1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Sekolah : SK Binjal Tarikh : 30/6/2015
Kelas : 5 Bestari Waktu : 10.45-11.45
Saiz kelas : 35 org murid Tempoh : 60 minit
Mata Pelajaran : Sains Bidang Pembelajaran : Bumi dan Angkasa
Topik : 11.0 Bumi , Bulan dan Matahari
Standard Kandungan : 11.2 Fasa-fasa bulan
Standard Pembelajaran : 11.2.3 Menggunakan perhubungan ruang dan masa untuk menggambarkan
fasa Bulan seperti anak bulan, bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama dalam satu edaran lengkap
mengikut takwim qamari.
Konsep Utama : Memahami fasa-fasa bulan.
Rasional : Bentuk-bentuk bulan kelihatan seolah-olah berbeza-beza pada setiap malam. Perbezaan ini
disebut fasa-fasa bulan.
Objektif pembelajaran : Murid dapat menyatakan peringkat jenis-jenis fasa bulan dengan betul
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat,
Menyatakan sekurang-kurangnya 4 jenis fenomena fasa-fasa bulan.
Menyusun atur setiap 8 peringkat fasa-fasa bulan dengan betul.
Melabel gambarajah fasa-fasa bulan yang diberi dengan maklumat yang
betul.
Pengetahuan Lepas Murid : Murid telah mengetahui fenomena bulan penuh dan fenomena bulan sabit
berlaku
Kemahiran Proses Sains : Berkomunikasi, Memerhati, Membuat inferens dan Perhubungan ruang dan
masa
Nilai murni : Bersyukur dengan adanya bulan yang memantul cahaya dari matahari ke bumi pada waktu
malam.
Sumber pengajaran dan pembelajaran 1) Rujukan = buku teks/buku
rujukan/internet
2) Alat = kad manila,pensel warna, pen
marker, biskut oreo dan lembaran
kerja
3) Bahan = slaid powerpoint / video
Pendekatan Pengajaran : Pembelajaran koperatif