SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  24
Télécharger pour lire hors ligne
R1001 / UNIT 3/ 1
                       PENCEGAHAN KEBAKARAN


         UNIT 3            PENCEGAHAN KEBAKARAN




                         OBJEKTIF




Objektif am        :


  • Mengetahui konsep asas kebakaran
  • Memahami kegunaan alat memadam api kecil permulaan
  • Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam situasi sebenar




Objektif khusus    : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-


  Ø menerangkan bagaimana api terhasil
  Ø membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api kecil permulaan
  Ø menggunakan alat memadam api kecil permulaan
  Ø menerangkan dan melaksanakan tatacara pengunsian bangunan.
R1001 / UNIT 3/ 2
                        PENCEGAHAN KEBAKARAN



                                INPUT




3.1 PENGENALAN KEBAKARAN


Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-
kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan
harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan
menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.


    3.1.1     Definisi pencegahan kebakaran


    Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi
    mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi
    mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada
    peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.


3.2 KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN API


    3.2.1      Asas kebakaran kimia


    Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang
    bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan
    minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi
    untuk menghasilkan api atau nyalaan.
R1001 / UNIT 3/ 3
                    PENCEGAHAN KEBAKARAN




          OKSIGEN                       HABA

                             API



                             BAHAN

                Rajah 1: Segitiga api



3.2.2     Cara memadam kebakaran


Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur
iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda
perlu untuk memisahkan gabungan tersebut.


Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan
dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya
bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke
tempat    kebakaran   dengan       menutup   kawasan   kebakaran   dengan
mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil.


Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:


a.   Melaparkan.
     Ini dilakukan dengan:
     i. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.
     ii. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain
     iii. Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya
         mudah dipadamkan.
R1001 / UNIT 3/ 4
                   PENCEGAHAN KEBAKARAN


b.   Melemaskan.
     Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara dengan cara
     menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat
     membantu kebakaran.


c.   Menyejukkan.
     Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan
     haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran
     sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan
     akan terpadam.


d.   Memutuskan Rantai Tindakbalas.
     Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan
     alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.


3.2.3    Cara api merebak


Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan
kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.


a.   Olakan haba.
     Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan, asap dan gas-
     gas yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap dan gas panas ini
     biasanya akan terperangkap di bahagian atas bangunan ataupun
     rumah yang terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana
     kawasan asap dan gas terperangkap akan meningkat dengan
     mendadak. Suhu yang meningkat ini akan menyebabkan bahan yang
     mudah terbakar akan terbakar dengan sendirinya apabila telah sampai
     ke suhu pembakaran.
R1001 / UNIT 3/ 5
                    PENCEGAHAN KEBAKARAN


c.   Pengaliran.
     Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar, tetapi
     boleh menghasilkan bahang dan suhu yang panas. Jadi apabila
     sesebuah bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan agen
     pengaliran yang akan mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat
     ke satu tempat yang lain. Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu
     dan bahang yang dihasilkan akan menyebabkan bahan-bahan di
     sekitarnya terbakar dengan sendirinya.


d.   Bahangan.
     Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di sekitar
     kawasan   terbakar   turut   meningkat.    Keadaan    ini   juga    boleh
     menyebabkan bahan-bahan bakar yang berada berhampiran dengan
     kawasan   terbakar   akan    turut   terbakar   walaupun    ianya   tidak
     bersentuhan.


e.   Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah untuk api
     merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah
     merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.


3.2.4    Kelas-kelas api


Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang
menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting kerana
ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk
memadamkan kebakaran tersebut.
R1001 / UNIT 3/ 6
                PENCEGAHAN KEBAKARAN

KELAS                                               ALAT PEMADAM API
                      CONTOH
 API                                                    PERMULAAN
                                                     ABC(Serbuk Kering)
        JENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk,
  A                                                             Air
                         kain
                                                               Buih
                                                               ABC
  B                                                            Buih
        JENIS CECAIR - minyak, gasolin,
                                                               CO2
                        alkohol
                                                         Air Semburan
                                                               Halon
                                                               ABC
        JENIS GAS     - acetylene, ammonia,
  C                                                      Air Semburan
                       butane
                                                         Halon (BCF)
        JENIS LOGAM - aluminium, kalsium,
 D                                                             ABC
                         magnesium




A              B                      C                         D
        Rajah 2: Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan
R1001 / UNIT 3/ 7
                   PENCEGAHAN KEBAKARAN


3.2.5     Alat pemadam api permulaan


Ramai orang biasa melihat alat pemadam api permulaan, tetapi tidak semua
yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini tidak
direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi ia
adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran.
Setiap alat pemadam api permulaan mestilah ditandakan simbol kelas api
dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan
banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat
pemadamnya berwarna biru muda.




        Rajah 3 : Alat pemadam api permulaan
                  (Fire Extinguishers)
R1001 / UNIT 3/ 8
                     PENCEGAHAN KEBAKARAN




                                                  MASA
                               JARAK
JENIS          WARNA                         KESELURUHAN            CATATAN
                             PANCUTAN
                                                PANCUTAN

                                                                   Tidak sesuai
 AIR            MERAH          4 meter           120 saat
                                                                    jenis B , E

                                                                   Boleh beku.
               KUNING
 BUIH                          6 meter          30 - 90 saat       Tidak sesuai
              LANGSAT
                                                                      jenis E


 CO2            HITAM          3 meter           120 saat          Tiada kesan



DEBU
              BIRU MUDA      3 – 6 meter         120 saat          Kesan kotor
KERING



  Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah
  berdasarkan singkatan perkataan PASS


  P - Pull       - Tarik pin di atas alat pemadam api
  A - Aim        - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan)
  S - Squeeze    - Pusing atau tekan pemegang
  S - Sweep      - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter
                  sehingga api padam.
R1001 / UNIT 3/ 9
                              PENCEGAHAN KEBAKARAN




                  Rajah 4: Cara menghalakan pancutan ke punca api



3.3 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN


Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan harta-benda
yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin membabitkan kehilangan nyawa.
Oleh     itu     adalah   penting    kita   mengetahui    apakah    punca-punca   yang
menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya
terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:


   i.          Pembuangan puntung rokok atau mancis api
   ii.         Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar.
  iii.         ‘overloading’ kepada litar letrik plug atau soket.
  iv.          Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api.
   v.          Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk
               jentera dan peralatan letrik.
R1001 / UNIT 3/ 10
                           PENCEGAHAN KEBAKARAN




                             AKTIVITI 1a




      •   UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
          SELANJUTNYA…!
      •   SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
          BERIKUTNYA.


Jawab soalan-soalan yang berikut:


3.1       Senaraikan tiga unsur yang memyebabkan terjadinya api
3.2       Senaraikan tiga kaedah untuk memadamkan api.
3.3       Senaraikan tiga kaedah api merebak.
3.4       Nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh.
3.5       Sekiranya anda ingin memadam api yang terbakar disebabkan
          i.    ranting-ranting kayu.
          ii.   Tumpuhan minyak tanah di kedai
          Nyatakan jenis-jenis alat pemadam api permulaan yang sesesuai
          digunakan.
R1001 / UNIT 3/ 11
                         PENCEGAHAN KEBAKARAN




                     MAKLUMBALAS 1a




Jawapan :


3.1   Udara haba dan bahan
3.2   Melaparkan, melemaskan dan menyejukan
3.3   Olakan haba, pengaliran , bahangan dan terus menerus.
3.4   Kelas A- terdiri dari bahan perpejal seperti kertas, kayu dan kain
      Kelas B – terdiri dari jenis cecair seperti telaga minyak, gasolin dan
      alkohol.
      Kelas c – terdiri dari jenis gas seperti kebakaran amonia, butane dan
      acetylene.
      Kelas D – terdiri dari jenis logam seperti aluminium, kalsium dan
      magnesium.
3.5   Jenis ABC (serbuk kering), air atau buih.
      Jenis ABC, buih, CO2, dan air semburan.
R1001 / UNIT 3/ 12
                         PENCEGAHAN KEBAKARAN




                                    INPUT




3.4 PENCEGAHAN KEBAKARAN


Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti
diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal
bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula           (infant stage) daripada
merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage )


    3.4.1       Pengurusan risiko kebakaran


    Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di
    tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah
    keselamatan seperti berikut       sebagai   persediaan   untuk   menghadapi
    sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
    i.     Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan
           diri (mean of escape).
    ii.    Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
    iii.   Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
    iv.    Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala
    v.     Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan
    vi.    Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi
    vii. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang
           bagus.
    viii. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara
           berkala.
R1001 / UNIT 3/ 13
                     PENCEGAHAN KEBAKARAN


3.4.2 Kelengkapan amaran kebakaran


Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran
kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik
dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau
premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran
kebakaran.


i.     Alat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara
       memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai.
       Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik
       dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada
       kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan.
ii.    Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan
       mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau
       suhu tertentu diperingkat awal kebakaran
iii.   Alat pengesan asap. Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia
       juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila
       mengesan sejumlah asap yang tertentu.


3.4.3       Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan


Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap dipasang
dikategorikan kepada 2 jenis;
i.     Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang
       tetap di bangunan untuk mengawal dan memadam kebakaran secara
       manual atau automatik
R1001 / UNIT 3/ 14
                           PENCEGAHAN KEBAKARAN


       ii.   Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat
             pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api
             dan   asap    dari    merebak     agar   penghuni   dapat      berlindung,
             menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat
             menempatkan     peralatan   dan     anggota   bomba   ketika     melawan
             kebakaran




       Perlindungan aktif.


 i.          Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk mengawal
             kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang
             bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini
             dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara
             automatik.
 ii.         Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancur
             iaitu Pancur basah dan Pancur kering
iii.         Sistem pili bomba (hyderant)
iv.          Sistem salur Bantu mula (hosereel)
v.           Sistem gas CO2.
vi.          Sistem pemasangan tetap buih (foam)


       Perlindungan pasif.


 i.          Tangga terlindung.
 ii.         Koridor terlindung
iii.         Pintu rintangan api
iv.          Ruang akses menentang kebakaran
v.           Lif Bomba
R1001 / UNIT 3/ 15
                     PENCEGAHAN KEBAKARAN


3.4.4       “Housekeeping”


Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran
daripada berlaku.
Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut:


i.     Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan
       sempurna.
ii.    Pembuangan sampah sarap secara tetap.
iii.   Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap.
iv.    Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak
       terhalang.
v.     Penjagaan kebersihan keseluruhan premis.
vi.    Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok.
vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul.
viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.


3.4.5       Tubuh pasukan sukarelawan melawan kebakaran


Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan satu tindakan
yang amat berguna di premis-premis besar seperti kilang, bangunan tinggi,
intitusi pengajian dan sebagainya.
Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan Penyelamat
untuk mengadakan latihan atau kursus untuk melengkapkan diri dengan
kemahiran melawan kebakaran dan menyelamat mangsa-mangsa yang
terperangkap dalam kebakaran.
Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan awal atau
serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran sebelum ia merebak dan
tidak terkawal.
R1001 / UNIT 3/ 16
                              PENCEGAHAN KEBAKARAN


       3.4.6        Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian elektrik


       Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan
       ujian peralatan pendawaian hendaklah di lantik agar ianya sentiasa dalam
       keadaan baik. Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri dari
       anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari melakukan pemeriksaan
       ke atas peralatan elektrik, beliau juga hendaklah menjalankan pemeriksaan
       harian di tempat bekerja seperti berikut:


       i.      tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa bekerja.
       ii.     alat-alat pemadam api.
       iii.    struktur bangunan
       iv.     tempat simpanan bahan mudah terbakar.
       v.      tahap housekeeping yang sentiasa baik.
       vi.     panel sistem kawalan kebakaran sentiasa berfungsi.
       vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan yang tidak digunakan.


       3.4.7        Pelan kontigensi


       Melepaskan diri dari bangunan terbakar


 i.           Tutup mulut dan hidung dengan kain basah
 ii.          Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan searah
              hingga jumpa pintu
iii.          Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan. Genggam
              tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan jika ingin menyentuh
              sesuatu yang tidak pasti atau halangan.
iv.           Merangkak    jika   asap   tebal   kerana   udara   bersih/sejuk   berada
              berhampiran lantai.
R1001 / UNIT 3/ 17
                                      PENCEGAHAN KEBAKARAN
      v.           Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding (bahagian yang
                   agak kuat)
     vi.           Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan seluruh badan
     vii.          Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu sebelum terjun.
 viii.             Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali
     ix.           Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci)             pintu untuk
                   mengurangkan asap
      x.           Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni. Gulingkan mangsa
                   diatas lantai. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan tangan dan gulingkan
                   diri di atas lantai.


3.5 TATACARA PENGUNSIAN BANGUNAN


1.                Tujuan latihan pengunsian bangunan.
            i.      Dapat bertindak dengan tenang dan teratur.
            ii.     Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas
                    “Routine” untuk menjaga keselamatan boleh bertindak lebih serius.
            iii.    Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan mengikut pelan yang
                    telah dirancang.
            iv.     Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan akan berjalan
                    dengan cepat dan teratur.


2.          Arahan / Latihan.
            i.      Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara pengunsian
                    bangunan. Arahan hendaklah terang , ringkas dan jelas serta mudah
                    difahami.
            ii.     Latihan hendaklah kerap diadakan
            iii.    Tempat diubah-ubah
            iv.     Mengetahui jalan keluar
R1001 / UNIT 3/ 18
                            PENCEGAHAN KEBAKARAN
     v.      Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu kecemasan
             atau kemalangan yang tidak diingini.
     vi.     Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit, bagi kilang
             yang mempunyai kawasan luas.


3.         Butiran tugas “Routine” jika berlaku kebakaran.
     i.      Tindakan/isyarat amaran.
             Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.
     ii.     Tenaga elektrik.
             Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang
             tidak perlu.
     iii.    Memanggil pihak bomba.
             Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis kejadian,bangunan/kawasan
             berhampiran yang diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil,
             no. telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak
             bomba dapat bertindak dengan segera.
     iv.     Pengunsian bangunan.
             Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik
             orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di tandas
             dan sebagainya jika disyaki masih ada yang belum keluar.
     v.      Pengumpulan.
             Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau dinyatakan di
             papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian
             bangunan.
     vi.     Berbaris (Roll Call)
             Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai Bomba
R1001 / UNIT 3/ 19
                         PENCEGAHAN KEBAKARAN
4.   Kekerapan melakukan latihan.


     Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada risiko bahaya kebakaran,
     kemerebakan, pembinaan serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar
     penghuni hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh pihak yang
     bertanggungjawab.
R1001 / UNIT 3/ 20
                           PENCEGAHAN KEBAKARAN



                             AKTIVITI 1b



      •   UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
          SELANJUTNYA…!
      •   SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
          BERIKUTNYA.




Jawab soalan-soalan yang berikut:


3.6       Senaraikan tiga jenis perlindungan pasif dan aktif yang biasanya terdapat
          di sebuah bangunan.
3.7       Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda berhadapan
          dengan situasi kebakaran di dalam sebuah bangunan tempat anda belajar.
R1001 / UNIT 3/ 21
                        PENCEGAHAN KEBAKARAN




                      MAKLUMBALAS 1b




Jawapan :


3.6   Jenis pasif- tangga,koridor, pintu rintangan api dan lift bomba.
      Jenis aktif- Pili bomba, salur bantu mula, sistem pemasangan sprinkler
      dan pemasangan pancur.


3.7   Tindakan yang perlu dilakukan adalah:
      a) Gunakan alat pemadam api permulaan sekiranya api diperingkat awal
         kebakaran.
      b) Sekiranya api tidak dapat dikawal. Ambil tindakan berikut:
         - Aktifkan alat amaran kebakaran dengan memecahkan kacanya.
         - telefon segera pihak bomba. Berikan butiran alamat, jenis kebakaran,
          lokasi, nama anda dan no. Kad pengenalan anda kepada pihak
          bomba. Anda mungkin perlu memberikan no. telefon anda sekiranya
          anda tidak menggunakan telefon awam.
         - lakukan tindakan pengunsian bangunan. Segera arahkan semua
          penghuni untuk berkumpul di tempat lapang.
R1001 / UNIT 3/ 22
                         PENCEGAHAN KEBAKARAN




                           PENILAIAN KENDIRI




Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah
anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!


Soalan


1.      Anda ingin membeli sebuah alat pemadam api permulaan untuk
        kenderaan anda. Alat pemadam tersebut mestilah tidak mengotorkan
        kenderaan anda apabila digunakan. Apakah jenis alat pemadam api yang
        sesuai.
2.      Anda seorang pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk membuat satu
        latihan kebakaran di syarikat anda. Apakah yang perlu anda lakukan.
R1001 / UNIT 3/ 23
                         PENCEGAHAN KEBAKARAN




                         MAKLUMBALAS




                     Adakah anda telah mencuba dahulu ???
                    Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .


JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI


1.   Jenis CO   2

2.   Tindakkan yang perlu anda ambil adalah
     i.     Kenal pasti tempat yang sesuai untuk berhimpun jika berlaku
            kebakaran.
     ii.    Menyediakan laluan yang perlu di lalui oleh pekerja semasa
            kebakaran agar semua pekerja mengetahui laluan yang perlu
            mereka lalui semasa kebakaran dan terus menuju ke tempat
            perhimpunan.
     i.     Pelan-pelan laluan dan perhimpunan ditempat di papan-papan
            kenyataan dan tempat-tempat yang sesuai supaya semua pekerja
            dapat mengetahuinya. Arahan hendaklah terang, ringkas dan jelas
            serta mudah di fahami.
     ii.    Melantik ketua-ketua bagi setiap lokasi/tingkat jabatan untuk
            menjalankan tugas latihan/semasa kebakaran.
     iii.   Memberi taklimat kepada semua pekerja mengenai laluan
            kecemasan dan tempat perhimpunan semasa latihan/kebakaran.
     iv.    Memberi taklimat kepada ketua-ketua yang dilantik mengenai
            tugas-tugas mereka semasa latihan atau kebakaran terutamanya
            tugas:
R1001 / UNIT 3/ 24
          PENCEGAHAN KEBAKARAN
a.   Memberi isyarat kecemasan
b.   Memastikan suiz utama ditutup
c.   Memastikan semua pekerja telah keluar dengan memeriksa
     bilik-bilik tertentu seperti bilik rehat dan bilik air
d.   Membuat pemeriksaan dalam barisan (roll call) membaca
     nama setiap pekerja.

Contenu connexe

Tendances

Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunanProsedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
Sabri Khalizasabarifayuim
 
Senarai semak pemeriksaan krselamatan tempat kerja dan healthy setting
Senarai semak pemeriksaan krselamatan tempat kerja dan healthy settingSenarai semak pemeriksaan krselamatan tempat kerja dan healthy setting
Senarai semak pemeriksaan krselamatan tempat kerja dan healthy setting
Lee Oi Wah
 
Pencegahan Kebakaran
Pencegahan KebakaranPencegahan Kebakaran
Pencegahan Kebakaran
mokhtar
 
Repot kimpalan gas
Repot kimpalan gas Repot kimpalan gas
Repot kimpalan gas
Asyraf Iqbal
 

Tendances (20)

Alat pemadam api
Alat pemadam apiAlat pemadam api
Alat pemadam api
 
Melawan kebakaran part 1
Melawan kebakaran part 1Melawan kebakaran part 1
Melawan kebakaran part 1
 
Sistem perlindungan kebakaran pasif
Sistem perlindungan kebakaran pasifSistem perlindungan kebakaran pasif
Sistem perlindungan kebakaran pasif
 
Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)
Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)
Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)
 
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunanProsedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
 
Melawan kebakaran (2)
Melawan kebakaran (2)Melawan kebakaran (2)
Melawan kebakaran (2)
 
Senarai semak pemeriksaan krselamatan tempat kerja dan healthy setting
Senarai semak pemeriksaan krselamatan tempat kerja dan healthy settingSenarai semak pemeriksaan krselamatan tempat kerja dan healthy setting
Senarai semak pemeriksaan krselamatan tempat kerja dan healthy setting
 
Modul 1 pengenalan kepada penyaman udara
Modul 1 pengenalan kepada penyaman udaraModul 1 pengenalan kepada penyaman udara
Modul 1 pengenalan kepada penyaman udara
 
Unit7
Unit7Unit7
Unit7
 
Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin) Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin)
 
Air cond
Air condAir cond
Air cond
 
Mesin gerudi
Mesin gerudiMesin gerudi
Mesin gerudi
 
Sistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaranSistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaran
 
PB 8015 ALAT PEMADAM API.ppt
PB 8015 ALAT PEMADAM API.pptPB 8015 ALAT PEMADAM API.ppt
PB 8015 ALAT PEMADAM API.ppt
 
Pencegahan Kebakaran
Pencegahan KebakaranPencegahan Kebakaran
Pencegahan Kebakaran
 
PENGENALAN ERT
PENGENALAN ERTPENGENALAN ERT
PENGENALAN ERT
 
Firefighting Course Ppt2
Firefighting Course Ppt2Firefighting Course Ppt2
Firefighting Course Ppt2
 
Mtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalan
Mtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalanMtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalan
Mtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalan
 
Fire alarm system
Fire alarm system Fire alarm system
Fire alarm system
 
Repot kimpalan gas
Repot kimpalan gas Repot kimpalan gas
Repot kimpalan gas
 

En vedette (6)

Topik 3 punca kmalangan&pcegahan
Topik 3 punca kmalangan&pcegahanTopik 3 punca kmalangan&pcegahan
Topik 3 punca kmalangan&pcegahan
 
Bab 5 luka & patah
Bab 5 luka & patahBab 5 luka & patah
Bab 5 luka & patah
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolah
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Nota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan CemasNota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan Cemas
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 

Similaire à R1001 Unit 3

Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
SheraShahira
 
Pengertian apar new
Pengertian apar newPengertian apar new
Pengertian apar new
Eko Kiswanto
 
Materi pelatihan apar 1
Materi pelatihan apar 1Materi pelatihan apar 1
Materi pelatihan apar 1
Eko Kiswanto
 
Materi pelatihan apar 2
Materi pelatihan apar 2Materi pelatihan apar 2
Materi pelatihan apar 2
Eko Kiswanto
 
Klasifikasi jenis penyebab kebakaran
Klasifikasi jenis penyebab kebakaranKlasifikasi jenis penyebab kebakaran
Klasifikasi jenis penyebab kebakaran
albent
 
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung AparAlat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
PT. MUTIARA SAFETYNDO
 
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.pptfdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
rifa tika
 

Similaire à R1001 Unit 3 (20)

Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
 
Pengertian apar new
Pengertian apar newPengertian apar new
Pengertian apar new
 
Materi pelatihan apar 1
Materi pelatihan apar 1Materi pelatihan apar 1
Materi pelatihan apar 1
 
Materi pelatihan apar 2
Materi pelatihan apar 2Materi pelatihan apar 2
Materi pelatihan apar 2
 
Materi Fire 13-nov.pptx
Materi Fire 13-nov.pptxMateri Fire 13-nov.pptx
Materi Fire 13-nov.pptx
 
Presentation Apar
Presentation AparPresentation Apar
Presentation Apar
 
Klasifikasi jenis penyebab kebakaran
Klasifikasi jenis penyebab kebakaranKlasifikasi jenis penyebab kebakaran
Klasifikasi jenis penyebab kebakaran
 
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung AparAlat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
 
AR101 Pencegahan Kebakaran
AR101 Pencegahan KebakaranAR101 Pencegahan Kebakaran
AR101 Pencegahan Kebakaran
 
Teori Api dan Pemadam.pdf
Teori Api dan Pemadam.pdfTeori Api dan Pemadam.pdf
Teori Api dan Pemadam.pdf
 
Sebab
SebabSebab
Sebab
 
SOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptx
SOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptxSOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptx
SOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptx
 
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.pptfdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
 
Teori OHSA
Teori OHSATeori OHSA
Teori OHSA
 
TRAINING APAR.pptx
TRAINING APAR.pptxTRAINING APAR.pptx
TRAINING APAR.pptx
 
Fire Fighting (Muh.Napiah).ppt
Fire Fighting (Muh.Napiah).pptFire Fighting (Muh.Napiah).ppt
Fire Fighting (Muh.Napiah).ppt
 
Cara Pemadaman.pptx
Cara Pemadaman.pptxCara Pemadaman.pptx
Cara Pemadaman.pptx
 
TRAINING APAR.ppt
TRAINING APAR.pptTRAINING APAR.ppt
TRAINING APAR.ppt
 
Materi mengenai pelatihan APAR disertai dengan bukti
Materi mengenai pelatihan APAR disertai dengan buktiMateri mengenai pelatihan APAR disertai dengan bukti
Materi mengenai pelatihan APAR disertai dengan bukti
 
K3 Modul 3_ Identifikasi Kebakaran dan Penanganan Kebakran
K3 Modul 3_ Identifikasi Kebakaran dan Penanganan KebakranK3 Modul 3_ Identifikasi Kebakaran dan Penanganan Kebakran
K3 Modul 3_ Identifikasi Kebakaran dan Penanganan Kebakran
 

Plus de mechestud (20)

J3009 Unit 13
J3009   Unit 13J3009   Unit 13
J3009 Unit 13
 
J3009 Unit 12
J3009   Unit 12J3009   Unit 12
J3009 Unit 12
 
J3009 Unit 11
J3009   Unit 11J3009   Unit 11
J3009 Unit 11
 
J3009 Unit 10
J3009   Unit 10J3009   Unit 10
J3009 Unit 10
 
J3009 Unit 9
J3009   Unit 9J3009   Unit 9
J3009 Unit 9
 
J3009 Unit 8
J3009   Unit 8J3009   Unit 8
J3009 Unit 8
 
J3009 Unit 7
J3009   Unit 7J3009   Unit 7
J3009 Unit 7
 
J3009 Unit 6
J3009   Unit 6J3009   Unit 6
J3009 Unit 6
 
J3009 Unit 4
J3009   Unit 4J3009   Unit 4
J3009 Unit 4
 
J3009 Unit 5
J3009   Unit 5J3009   Unit 5
J3009 Unit 5
 
J3009 Unit 3
J3009   Unit 3J3009   Unit 3
J3009 Unit 3
 
J3009 Unit 2
J3009   Unit 2J3009   Unit 2
J3009 Unit 2
 
J3009 Unit 0
J3009   Unit 0J3009   Unit 0
J3009 Unit 0
 
J3009 Unit 1
J3009   Unit 1J3009   Unit 1
J3009 Unit 1
 
J3010 Unit 6
J3010   Unit 6J3010   Unit 6
J3010 Unit 6
 
J3010 Unit 5
J3010   Unit 5J3010   Unit 5
J3010 Unit 5
 
J3010 Unit 4
J3010   Unit 4J3010   Unit 4
J3010 Unit 4
 
J3010 Unit 3
J3010   Unit 3J3010   Unit 3
J3010 Unit 3
 
J3010 Unit 2
J3010   Unit 2J3010   Unit 2
J3010 Unit 2
 
J3010 Unit 1
J3010   Unit 1J3010   Unit 1
J3010 Unit 1
 

Dernier

Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
RIMA685626
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Dernier (20)

Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 

R1001 Unit 3

  • 1. R1001 / UNIT 3/ 1 PENCEGAHAN KEBAKARAN UNIT 3 PENCEGAHAN KEBAKARAN OBJEKTIF Objektif am : • Mengetahui konsep asas kebakaran • Memahami kegunaan alat memadam api kecil permulaan • Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam situasi sebenar Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- Ø menerangkan bagaimana api terhasil Ø membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api kecil permulaan Ø menggunakan alat memadam api kecil permulaan Ø menerangkan dan melaksanakan tatacara pengunsian bangunan.
  • 2. R1001 / UNIT 3/ 2 PENCEGAHAN KEBAKARAN INPUT 3.1 PENGENALAN KEBAKARAN Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata- kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul. 3.1.1 Definisi pencegahan kebakaran Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi. 3.2 KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN API 3.2.1 Asas kebakaran kimia Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.
  • 3. R1001 / UNIT 3/ 3 PENCEGAHAN KEBAKARAN OKSIGEN HABA API BAHAN Rajah 1: Segitiga api 3.2.2 Cara memadam kebakaran Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu untuk memisahkan gabungan tersebut. Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil. Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu: a. Melaparkan. Ini dilakukan dengan: i. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain. ii. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain iii. Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.
  • 4. R1001 / UNIT 3/ 4 PENCEGAHAN KEBAKARAN b. Melemaskan. Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran. c. Menyejukkan. Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam. d. Memutuskan Rantai Tindakbalas. Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering. 3.2.3 Cara api merebak Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus. a. Olakan haba. Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan, asap dan gas- gas yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap dan gas panas ini biasanya akan terperangkap di bahagian atas bangunan ataupun rumah yang terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana kawasan asap dan gas terperangkap akan meningkat dengan mendadak. Suhu yang meningkat ini akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar akan terbakar dengan sendirinya apabila telah sampai ke suhu pembakaran.
  • 5. R1001 / UNIT 3/ 5 PENCEGAHAN KEBAKARAN c. Pengaliran. Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar, tetapi boleh menghasilkan bahang dan suhu yang panas. Jadi apabila sesebuah bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan agen pengaliran yang akan mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu dan bahang yang dihasilkan akan menyebabkan bahan-bahan di sekitarnya terbakar dengan sendirinya. d. Bahangan. Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di sekitar kawasan terbakar turut meningkat. Keadaan ini juga boleh menyebabkan bahan-bahan bakar yang berada berhampiran dengan kawasan terbakar akan turut terbakar walaupun ianya tidak bersentuhan. e. Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain. 3.2.4 Kelas-kelas api Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
  • 6. R1001 / UNIT 3/ 6 PENCEGAHAN KEBAKARAN KELAS ALAT PEMADAM API CONTOH API PERMULAAN ABC(Serbuk Kering) JENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk, A Air kain Buih ABC B Buih JENIS CECAIR - minyak, gasolin, CO2 alkohol Air Semburan Halon ABC JENIS GAS - acetylene, ammonia, C Air Semburan butane Halon (BCF) JENIS LOGAM - aluminium, kalsium, D ABC magnesium A B C D Rajah 2: Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan
  • 7. R1001 / UNIT 3/ 7 PENCEGAHAN KEBAKARAN 3.2.5 Alat pemadam api permulaan Ramai orang biasa melihat alat pemadam api permulaan, tetapi tidak semua yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran. Setiap alat pemadam api permulaan mestilah ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat pemadamnya berwarna biru muda. Rajah 3 : Alat pemadam api permulaan (Fire Extinguishers)
  • 8. R1001 / UNIT 3/ 8 PENCEGAHAN KEBAKARAN MASA JARAK JENIS WARNA KESELURUHAN CATATAN PANCUTAN PANCUTAN Tidak sesuai AIR MERAH 4 meter 120 saat jenis B , E Boleh beku. KUNING BUIH 6 meter 30 - 90 saat Tidak sesuai LANGSAT jenis E CO2 HITAM 3 meter 120 saat Tiada kesan DEBU BIRU MUDA 3 – 6 meter 120 saat Kesan kotor KERING Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS P - Pull - Tarik pin di atas alat pemadam api A - Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan) S - Squeeze - Pusing atau tekan pemegang S - Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.
  • 9. R1001 / UNIT 3/ 9 PENCEGAHAN KEBAKARAN Rajah 4: Cara menghalakan pancutan ke punca api 3.3 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan harta-benda yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin membabitkan kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut: i. Pembuangan puntung rokok atau mancis api ii. Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar. iii. ‘overloading’ kepada litar letrik plug atau soket. iv. Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api. v. Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk jentera dan peralatan letrik.
  • 10. R1001 / UNIT 3/ 10 PENCEGAHAN KEBAKARAN AKTIVITI 1a • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. Jawab soalan-soalan yang berikut: 3.1 Senaraikan tiga unsur yang memyebabkan terjadinya api 3.2 Senaraikan tiga kaedah untuk memadamkan api. 3.3 Senaraikan tiga kaedah api merebak. 3.4 Nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh. 3.5 Sekiranya anda ingin memadam api yang terbakar disebabkan i. ranting-ranting kayu. ii. Tumpuhan minyak tanah di kedai Nyatakan jenis-jenis alat pemadam api permulaan yang sesesuai digunakan.
  • 11. R1001 / UNIT 3/ 11 PENCEGAHAN KEBAKARAN MAKLUMBALAS 1a Jawapan : 3.1 Udara haba dan bahan 3.2 Melaparkan, melemaskan dan menyejukan 3.3 Olakan haba, pengaliran , bahangan dan terus menerus. 3.4 Kelas A- terdiri dari bahan perpejal seperti kertas, kayu dan kain Kelas B – terdiri dari jenis cecair seperti telaga minyak, gasolin dan alkohol. Kelas c – terdiri dari jenis gas seperti kebakaran amonia, butane dan acetylene. Kelas D – terdiri dari jenis logam seperti aluminium, kalsium dan magnesium. 3.5 Jenis ABC (serbuk kering), air atau buih. Jenis ABC, buih, CO2, dan air semburan.
  • 12. R1001 / UNIT 3/ 12 PENCEGAHAN KEBAKARAN INPUT 3.4 PENCEGAHAN KEBAKARAN Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage ) 3.4.1 Pengurusan risiko kebakaran Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran : i. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape). ii. Mengadakan pelan pengunsian bangunan. iii. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan iv. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala v. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan vi. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi vii. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus. viii. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.
  • 13. R1001 / UNIT 3/ 13 PENCEGAHAN KEBAKARAN 3.4.2 Kelengkapan amaran kebakaran Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran. i. Alat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan. ii. Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran iii. Alat pengesan asap. Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu. 3.4.3 Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis; i. Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik
  • 14. R1001 / UNIT 3/ 14 PENCEGAHAN KEBAKARAN ii. Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran Perlindungan aktif. i. Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik. ii. Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering iii. Sistem pili bomba (hyderant) iv. Sistem salur Bantu mula (hosereel) v. Sistem gas CO2. vi. Sistem pemasangan tetap buih (foam) Perlindungan pasif. i. Tangga terlindung. ii. Koridor terlindung iii. Pintu rintangan api iv. Ruang akses menentang kebakaran v. Lif Bomba
  • 15. R1001 / UNIT 3/ 15 PENCEGAHAN KEBAKARAN 3.4.4 “Housekeeping” Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran daripada berlaku. Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut: i. Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan sempurna. ii. Pembuangan sampah sarap secara tetap. iii. Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap. iv. Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak terhalang. v. Penjagaan kebersihan keseluruhan premis. vi. Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok. vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul. viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar. 3.4.5 Tubuh pasukan sukarelawan melawan kebakaran Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan satu tindakan yang amat berguna di premis-premis besar seperti kilang, bangunan tinggi, intitusi pengajian dan sebagainya. Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengadakan latihan atau kursus untuk melengkapkan diri dengan kemahiran melawan kebakaran dan menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam kebakaran. Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan awal atau serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran sebelum ia merebak dan tidak terkawal.
  • 16. R1001 / UNIT 3/ 16 PENCEGAHAN KEBAKARAN 3.4.6 Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian elektrik Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan ujian peralatan pendawaian hendaklah di lantik agar ianya sentiasa dalam keadaan baik. Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri dari anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari melakukan pemeriksaan ke atas peralatan elektrik, beliau juga hendaklah menjalankan pemeriksaan harian di tempat bekerja seperti berikut: i. tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa bekerja. ii. alat-alat pemadam api. iii. struktur bangunan iv. tempat simpanan bahan mudah terbakar. v. tahap housekeeping yang sentiasa baik. vi. panel sistem kawalan kebakaran sentiasa berfungsi. vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan yang tidak digunakan. 3.4.7 Pelan kontigensi Melepaskan diri dari bangunan terbakar i. Tutup mulut dan hidung dengan kain basah ii. Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan searah hingga jumpa pintu iii. Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan. Genggam tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan jika ingin menyentuh sesuatu yang tidak pasti atau halangan. iv. Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk berada berhampiran lantai.
  • 17. R1001 / UNIT 3/ 17 PENCEGAHAN KEBAKARAN v. Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding (bahagian yang agak kuat) vi. Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan seluruh badan vii. Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu sebelum terjun. viii. Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali ix. Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu untuk mengurangkan asap x. Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni. Gulingkan mangsa diatas lantai. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan tangan dan gulingkan diri di atas lantai. 3.5 TATACARA PENGUNSIAN BANGUNAN 1. Tujuan latihan pengunsian bangunan. i. Dapat bertindak dengan tenang dan teratur. ii. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas “Routine” untuk menjaga keselamatan boleh bertindak lebih serius. iii. Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan mengikut pelan yang telah dirancang. iv. Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan akan berjalan dengan cepat dan teratur. 2. Arahan / Latihan. i. Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara pengunsian bangunan. Arahan hendaklah terang , ringkas dan jelas serta mudah difahami. ii. Latihan hendaklah kerap diadakan iii. Tempat diubah-ubah iv. Mengetahui jalan keluar
  • 18. R1001 / UNIT 3/ 18 PENCEGAHAN KEBAKARAN v. Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu kecemasan atau kemalangan yang tidak diingini. vi. Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit, bagi kilang yang mempunyai kawasan luas. 3. Butiran tugas “Routine” jika berlaku kebakaran. i. Tindakan/isyarat amaran. Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat. ii. Tenaga elektrik. Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang tidak perlu. iii. Memanggil pihak bomba. Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis kejadian,bangunan/kawasan berhampiran yang diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil, no. telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak bomba dapat bertindak dengan segera. iv. Pengunsian bangunan. Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di tandas dan sebagainya jika disyaki masih ada yang belum keluar. v. Pengumpulan. Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau dinyatakan di papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian bangunan. vi. Berbaris (Roll Call) Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai Bomba
  • 19. R1001 / UNIT 3/ 19 PENCEGAHAN KEBAKARAN 4. Kekerapan melakukan latihan. Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada risiko bahaya kebakaran, kemerebakan, pembinaan serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar penghuni hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh pihak yang bertanggungjawab.
  • 20. R1001 / UNIT 3/ 20 PENCEGAHAN KEBAKARAN AKTIVITI 1b • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. Jawab soalan-soalan yang berikut: 3.6 Senaraikan tiga jenis perlindungan pasif dan aktif yang biasanya terdapat di sebuah bangunan. 3.7 Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda berhadapan dengan situasi kebakaran di dalam sebuah bangunan tempat anda belajar.
  • 21. R1001 / UNIT 3/ 21 PENCEGAHAN KEBAKARAN MAKLUMBALAS 1b Jawapan : 3.6 Jenis pasif- tangga,koridor, pintu rintangan api dan lift bomba. Jenis aktif- Pili bomba, salur bantu mula, sistem pemasangan sprinkler dan pemasangan pancur. 3.7 Tindakan yang perlu dilakukan adalah: a) Gunakan alat pemadam api permulaan sekiranya api diperingkat awal kebakaran. b) Sekiranya api tidak dapat dikawal. Ambil tindakan berikut: - Aktifkan alat amaran kebakaran dengan memecahkan kacanya. - telefon segera pihak bomba. Berikan butiran alamat, jenis kebakaran, lokasi, nama anda dan no. Kad pengenalan anda kepada pihak bomba. Anda mungkin perlu memberikan no. telefon anda sekiranya anda tidak menggunakan telefon awam. - lakukan tindakan pengunsian bangunan. Segera arahkan semua penghuni untuk berkumpul di tempat lapang.
  • 22. R1001 / UNIT 3/ 22 PENCEGAHAN KEBAKARAN PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan . Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!! Soalan 1. Anda ingin membeli sebuah alat pemadam api permulaan untuk kenderaan anda. Alat pemadam tersebut mestilah tidak mengotorkan kenderaan anda apabila digunakan. Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai. 2. Anda seorang pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk membuat satu latihan kebakaran di syarikat anda. Apakah yang perlu anda lakukan.
  • 23. R1001 / UNIT 3/ 23 PENCEGAHAN KEBAKARAN MAKLUMBALAS Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda . JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI 1. Jenis CO 2 2. Tindakkan yang perlu anda ambil adalah i. Kenal pasti tempat yang sesuai untuk berhimpun jika berlaku kebakaran. ii. Menyediakan laluan yang perlu di lalui oleh pekerja semasa kebakaran agar semua pekerja mengetahui laluan yang perlu mereka lalui semasa kebakaran dan terus menuju ke tempat perhimpunan. i. Pelan-pelan laluan dan perhimpunan ditempat di papan-papan kenyataan dan tempat-tempat yang sesuai supaya semua pekerja dapat mengetahuinya. Arahan hendaklah terang, ringkas dan jelas serta mudah di fahami. ii. Melantik ketua-ketua bagi setiap lokasi/tingkat jabatan untuk menjalankan tugas latihan/semasa kebakaran. iii. Memberi taklimat kepada semua pekerja mengenai laluan kecemasan dan tempat perhimpunan semasa latihan/kebakaran. iv. Memberi taklimat kepada ketua-ketua yang dilantik mengenai tugas-tugas mereka semasa latihan atau kebakaran terutamanya tugas:
  • 24. R1001 / UNIT 3/ 24 PENCEGAHAN KEBAKARAN a. Memberi isyarat kecemasan b. Memastikan suiz utama ditutup c. Memastikan semua pekerja telah keluar dengan memeriksa bilik-bilik tertentu seperti bilik rehat dan bilik air d. Membuat pemeriksaan dalam barisan (roll call) membaca nama setiap pekerja.