SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  16
1
Tajuk:
A. PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN
B. SIFAT-SIFAT PELAJAR YANG BERJAYA
1.0 PENGENALAN
Pembelajaran merupakan satu proses penyerapan ilmu yang berlaku dalam
kehidupan individu. Terdapat 3 kategori pembelajaran iaitu pembelajaran formal,
pembelajaran informal dan pembelajaran non-formal. Pembelajaran formal adalah
pembelajaran yang teratur seperti di dalam kelas. Pembelajaran informal pula
merupakan pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung ataupun secara tidak
sedar. Seterusnya adalah pembelajaran non-formal iaitu berfungsi bagi
melengkapkan pembelajaran formal. Melalui pembelajaran juga, individu itu akan
dapat dikesan terhadap tahap perbezaan pembelajaran mereka.
Disebabkan itu timbulnya perbezaan individu dalam pembelajaran. Menurut
Khairul Yusri (2007), perbezaan individu adalah dari segi ketidaksamaan aspek
perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Manakala,
dari segi pembelajaran adalah tertumpu kepada cara pelajar itu menelaah ilmu.
Definisi pembelajaran menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah
pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru
membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi
rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.
Jadi ia juga menentukan prestasi individu sama ada cemerlang ataupun tidak.
Bagi mereka yang cemerlang dikategorikan sebagai pelajar yang berjaya. Maka,
sudah tentulah pelajar yang berjaya akan mempunyai sifat-sifat mereka yang
tersendiri. Sekiranya seorang pelajar tidak mempunyai sifat yang baik, nescaya
pelajar itu tidak akan menjadi pelajar yang cemerlang walaupun dia mempunyai
kesungguhan untuk berjaya. Menurut Kesepaduan dari segi aspek jasmani, emosi,
rohani intelek dan juga sosial adalah menjadi peranan penting bagi mempengaruhi
keseimbangan yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2
2.0 PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN
2.1 Perbezaan individu
Setiap individu adalah berbeza dari segi fizikal mereka, dari segi kognitif, dari segi
sosial dan sebagainya. Merujuk kepada variasi, Papalia (2001), manusia berbeza
dari segi jantina, berat, bentuk. Slavin (1997), mengaitkan perbezaan badan,
kesihatan tahap tenaga individu dengan konteks pengajaran personaliti dan emosi
serta pembelajaran. Tambahan lagi, Setiap individu mempunyai corak pertumbuhan
yang unik. Individu yang normal akan mengalami peringkat pertumbuhan yang sama
iaitu melalui peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa namun akan
mengalami kadar pertumbuhan dalam aspek fizikal, mental dan sahsiah yang
berbeza-beza.
Oleh itu, individu dalam kumpulan usia yang sama tidak semestinya
mempunyai kebolehan yang sama dalam aktiviti fizikal mahupun akademik.Menurut
pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh
dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Perbezaan individu ini akan membawa
kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.
Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak
seperti manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut
kumpulan dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri
bagi sesuatu perkara. Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah
unik dan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai aspek. Perbezaan individu
boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti:
2.1.1 Aspek Fizikal
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Perbezaan ini boleh
dilakukan melalui pemerhatian individu dari segi luaran seperti paras rupa, susuk
badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti
saiz otak dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz
badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur
lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah.
Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan
3
lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki hal ini demikian kerana perempuan
berfikiran lebih matang ketika berusia 9 tahun hingga 15 tahun berbanding remaja
lelaki.
Sheldon (1942) mengategorikan temperamen ataupun gaya perilaku kepada
tiga kategori iaitu Endomorf (bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan
mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. Mesomorf
(tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif, bertenaga dan kuat
bersukan. Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka
bersendirian dan seorang pendiam. Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia
juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran. Dari segi pembelajaran pula,
ianya mungkin akan menjadi individu yang aktif dan individu pasif. Sekiranya pelajar
itu dalam kategori ektomort, maka mereka ini perlu di beri bimbingan yang lebih dan
perlu sentiasa di beri perhatian.
2.1.2 Aspek Kognitif / Mental
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat,
menaakul, menganalisis serta bakatnya. Individu mempunyai aras kognitif yang
berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima
daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid
perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada
lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki
lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik,
Sains dan sukan.
Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-
murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan. Kesediaan belajar dan
pencapaian pelajar dan pembelajaran adalah bergantung kepada sikap dan minat
mereka terhadap sesuatu. Murid yang berminat dengan sesuatu subjek akan
memberi tumpuan dan cuba sedaya upaya untuk mencapai prestasi cemerlang
dalam subjek tersebut berbanding dengan pelajar yang tidak berminat.
2.1.3 Aspek Emosi
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana
mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-
4
kemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap
kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat
marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat
temperamen daripada kanak-kanak perempuan.
Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani
dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan
pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-
murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa
pembelajaran dijalankan.
2.1.4 Apek Tingkah laku
Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi
peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Menurut Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari
segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau
galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Dari
segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya,
media massa dan kebudayaan. Setiap individu membina keyakinan diri yang
berbeza-beza berdasarkan status sosioekonomi. Ada ketikanya individu daripada
status sosioekonomi rendah akan merasa rendah diri dan ini menyebabkan mereka
segan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif
2.1.5 Aspek Sosial
Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah
mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu perangai yang akan tentukan sama ada individu itu
permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah mahupun impulsif. Manakala
minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi
individu. Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah
laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang
lain.
Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latar belakang
sosio-ekonomi seperti individu yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang
tinggi, maka nustrisi yang dibekalkan adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga
5
dengan rapi. Jadi, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di dalam kelas.
2.1.6 Aspel Rohani / Agama
Kewujudan perbezaan rohani terhadap individu adalah disebabkan
terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing. Aspek rohani
adalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan,minda serta jiwa. Murid-murid
dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa mereka serta dari latar
belakang mereka. Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan
menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda
murid-murid supaya melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.
Selain daripada enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan
individu, maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini
seperti bakat atau minat, perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang
berbeza dan sebagainya. Namun begitu, menurut Weil (1980), para pendidik perlu
merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akur
dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid supaya tahap
pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.
2.2 Gaya Pembelajaran
Menurut Dunn dan Dunn (1982), terdapatnya unsur-unsur daripada lima rangsangan
yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu iaitu persekitaran,
emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor
yang memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya
pembelajaran murid.
2.2.1 Rangsangan Persekitaran
Rangsangan pertama ialah rangsangan persekitaran yang merangkumi
empat unsur yang utama iaitu pertama, cahaya. Kadar terangnya cahaya adalah
diukurkan mengikut kesesuaian tersendiri. Walaupun kebanyakan dari kita selesa
belajar dengan kadar pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga ada orang
yang lebih suka belajar dalam suasana yang malap. Kedua, bunyi dengan jenis
bunyi akan menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka. Terdapatnya individu
6
suka belajar dalam keadaan senyap sunyi, sebaliknya terdapat juga individu yang
suka belajar dengan sambil mendengar bunyi muzik.
Ketiga, suhu dengan keadaan sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan
keberkesanan pembelajaran. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat
mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Ramai murid tidak suka dan tidak
selesa belajar dalam keadaan cuaca yang panas tanpa kipas. Akhirnya kelima, reka
bentuk suasana tempat belajar yang menunjukkan keadaan susunan suasana bilik
darjah juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid. Contohnya tempat
duduk yang selesa dapat mengurangkan keletihan murid semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
2.2.2 Rangsangan emosi
Ransangan emosi adalah berkait rapat dengan perasaan jiwa seseorang.
Terdapatnya dua unsur iaitu motivasi dan sikap keazaman dan tanggungjawab.
Unsur motivasi ini dibahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dengan murid
belajar mengikut arahan yang berstruktur daripada guru. Manakala motivasi
intrinstik dengan murid suka belajar dengan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan
orang lain. Bagi rangsangan emosi, sikap keazaman dan tanggungjawab adalah
mengambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang serta
mana-mana rangsangan persekitaran.
2.2.3 Rangsangan Sosial
Ransangan sosial mengandungi empat unsur iaitu perseorangan,
berpasangan, rakan sebaya atau kumpulan pasukan dan orang dewasa. Unsur
perseorangan ini terdapatnya individu ini lebih suka belajar bersendirian dan individu
ini tidak suka ada sebarang gangguan semasa sedang belajar. Manakala keadaan
ini berlainan dengan unsur berpasangan. Individu yang suka belajar berpasangan
adalah individu lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat bersamanya.
Pasangannya adalah teman paling karib dan mereka dapat berinteraksi secara dua
hala apabila bersama.
Pembelajaran dalam bentuk kumpulan adalah biasaanya melebihi daripada
dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan, sumbangan dan
perkongsian idea-idea tentang pembelajaran mereka. Selain itu, orang dewasa juga
7
turut menjadi tempat untuk mereka menyoal dan mengemukakan soalan apabila
menghadapi masalah pembelajaran. Ini adalah dilakukan dengan murid yang
kurang selesa belajar dengan murid sebaya dengannya, mereka berasa lebih selesa
semasa belajar bersama guru ataupun orang dewasa terutamanya pihak ibu bapa.
2.2.4 Ransangan Fisiologi
Unsur-unsur yang terkandung dalam rangsangan fisiologi ini ialah persepsi,
pemakanan, waktu tertentu dan mobiliti. Menurut Atan Long (1988), pembelajaran
merupakan satu proses bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima
oleh pancaindera. Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi
sema lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap
individu. Dalam Model Dunn dan Dunn menekankan pembelajaran menggunakan
kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual dengan pembelajaran melalui
pengamatan, persepsi auditor dengan pembelajaran dalam keadaan yang ada
suara latar belakang, persepsi taktual dengan pembelajaran melalui sentuhan dan
persepsi kinestetik dengan pembelajaran melalui melakukan aktiviti fizikan dan
gerak kerja.
Unsur pemakanan menentukan gaya pembelajaran yang berlainan
menerangkan terdapatnya murid-murid yang suka belajar sambil makan dan
minum. Tetapi ada murid yang tidak dapat memberikan tumpuan dengan sambil
makan dan minum semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Justeru, waktu
pembelajaran juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Contohnya
sesetengah orang suka belajar pada waktu pagi dan ada sesetengah orang suka
belajar di waktu malam. Contoh unsur mobiliti yang mempengaruhi rangsangan
fisiologi ialah seseorang murid suka belajar dengan keadaan berdiri atau berjalan
sana-sini. Terdapat juga seseorang murid suka menukar tempat duduk kerap kali
semasa belajar.
Rangsangan yang kelima ialah rangsangan psikologi yang terdiri daripada
elemen-elemen yang berikut seperti analitikal dan global, impulsif dan refleksif serta
dominan otak kiri dan dominan otak kanan. Bagi murid analitika akan melaksanakan
tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setiap aktiviti pembelajaran yang
dilakukan, manakala murid global akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih
luas dan terbuka atau mengamati aspek-aspek secara menyeluruh atau holistik.
8
Murid yang impulsif adalah suka membuat keputusan dengan cepat dan sering
mengikut gerak hati semasa melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. sebaliknya dengan murid reflektif, mereka lebih berhati-hati semasa
membuat sesuatu tugasan.
Jadi, otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan.
Fungsi otak yang berbeza akan mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu.
Otak kiri akan mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik,
linear dan analisis. Manakala otak kanan berfungsi dalam aspek ruang, lukisan,
corak holistik, rentak dan irama. Sementara itu, kategori individu juga diambil kira
untuk menentukan gaya pembelajaran seseorang individu seperti murid-murid
global, murid-murid auditori, murid-murid taktil, murid-murid visual dan sebagainya.
3.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN
3.1 Perbezaan Dari Segi Fizikal
Implikasi yang pertama dari segi perbezaan fizikal. Tugasan yang diterima adalah
sepadan dengan saiz fizikal. Perbezaan fizikal juga membawa kesan negatif di
dalam kelas iaitu saiz badan murid yang kuat dan besar akan membuli murid yang
bersaiz badan kecil. Hal ini kemungkinan menyebabkan murid-murid yang kena buli
itu mempunyai harga diri rendah dan kurang keyakinan diri sendiri. Namun, guru
perlu memberikan galakan dan motivasi kepada murid-murid yang berada dalam
perbezaan fizikal. Contohnya, guru perlu mengajar murid sentiasa mengamalkan
nilai hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain.
3.2 Perbezaan Dari Segi Kognitif
Implikasi yang kedua dari segi perbezaan kognitif ataupun tahap kebijaksanaan,
Individu yang cerdik dapat membantu guru untuk membimbing rakan-rakan yang
lemah. Dalam kelas bilangan murid yang ramai, mereka yang cerdik boleh
berperanan sebagai mentor-menti semasa aktiviti P&P dijalankan. Menurut Jean
Piaget iaitu ahli falsafah yang menekankan unsur kognitif dalam pembelajaran,
pelajar perlulah menjadi seorang yang berfikir agak neutran saling berhubung.
9
3.3 Perbezaan Dari Segi Sosialisasi
Implikasi yang ketiga dari segi perbezaan kelas sosial yang menyebabkan Individu
kelas sederhana menjauhkan diri. Salah satu punca adalah wujudnya status
ekonomi yang berbeza bagi setiap individu murid itu sendiri. Manakala bagi murid-
murid yang tidak berpendidikan pra sekolah adalah sukar untuk mereka belajar
seperti murid biasa telah menerima pendidikan pra sekolah selama dua tahun.
3.4 Perbezaan Dari segi Budaya
Implikasi yang keempat perbezaan dari segi budaya, rohani dan agama, murid-murid
berpeluang berkongsi nilai-nilai kebudayaan dan agama yang berlainan. Kesan
negatif wujudnya perbezaan budaya, rohani dan agama ialah timbulnya polarisasi.
Kemungkinan dari segi pertuturan dan pandangan yang berbeza akan menyebabkan
kewujudan salah faham antara satu sama lain.
3.5 Perbezaan Dari Segi Emosi
Implikasi yang kelima dari segi perbezaan emosi. Kewujudan perbezaan emosi juga
akan menimbulkan kesan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran iaitu bagi
murid-murid yang pasif tidak akan memberikan sebarang tindak balas. Murid-murid
yang lemah tidak dieksplotasi oleh murid-murid yang lebih kuat. Maka, murid
tersebut akan terus berdiam diri sekiranya tiada pemantauan dari guru.
4.0 SIFAT-SIFAT PELAJAR YANG BERJAYA
Pelajar yang berjaya atau lebih selesa dengan pelajar cemerlang bukan sahaja
handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai
keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang,
belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai
cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar
cemerlang. Perkembangan yang menyeluruh dari segi aspek rohani, emosi, intelek,
jasmani dan juga sosial amatlah dititik berat dalam hal sebegini.
10
4.1 Berdisiplin
Disiplin merupakan faktor utama untuk berjaya. Setiap murid hendaklah mengikut
peraturan serta menghormati ibu bapa, guru yang lebih tua dan rakan-rakan.dalam
islam sendiri menekankan unsure disiplin dalam kehidupan. Sebagai contoh adalah
dalam solat terdapat disiplin yang patut di patuhi, sekiranya ingkar, solat tidak akan
sah dan sebagainya. Sekiranya kita tidak mengambil wuduk untuk solat, semestinya
solat kita tidak akan sah sekiranya kita tetap menunaikannya.
Sama juga seperti dalam pembelajaran. Sekiranya ingin berjaya, kita perlulah
berusaha untuk mencapainya. Usaha itu merupakan disiplin terhadap prinsip
kejayaan. Disiplin dapat melahirkan pelajar yang mempunyai keinsanan yang
syumul. Hal ini demikian, disiplin merupakan asas bagi sesebuah kejayaan.
Contohnya, seseorang pelajar yang ingin berjaya mestilah rajin untuk mengulang
kaji pelajaran, bangun awal ke sekolah, membuat semua kerja sekolah yang
diberikan dan mematuhi peraturan sekolah.
Tanpa disiplin, tidak mungkin seseorang pelajar dapat melakukan perkara-
perkara tersebut. Malahan, budaya pesimistik dalam kalangan pelajar mestilah
dikikis demi menyambut gamitan menara impian. Tamsilnya, Nik Nur Madihah yang
merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008 mendapat
20 A dalam peperiksaan awam. Beliau tidak menjadikan kemiskinan yang
membelenggu hidupnya sebagai batu penarung.
Sebaliknya, disebabkan kerajinan, kegigihan, ketekunan dan yang paling
perdana iaitu disiplin beliau yang tinggi dan minda yang positif telah menyuntik
semangat dirinya untuk menggapai kejayaan seperti kata tokoh terkemuka, Cecil B.
DeMille iaitu orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepada tujuan itu tanpa menyimpang. Jelaslah bahawa
disiplin merupakan formula yang paling manjur untuk anak watan ini meraih
kegemilangan dalam kehidupan.
4.2 Amanah
Pelajar yang berjaya boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia
sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak
mengambil hak orang lain. Setiap kelakuannya dijaga dan sentiasa berhati-hati.
11
Walaupun dia tahu tiada mata manusia yang akan melihatnya namun Ia sedar
bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T. dan disebabkan
itulah segala kerja yang di pertanggungjawabkan ke atasnya akan dijalankan
dengan penuh amanah.
4.3 Bertanggungjawab
Pelajar yang berjaya juga bertanggungjawab terhadap diri nya sendiri. Pelajar ini
akan bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di
sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya seperti
melakukan perkara yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar
yang berjaya juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan
serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah. Disamping itu,
pelajar yang berjaya juga bertanggung jawab terhadap dirinya dari segi pemakanan.
Pemakanan yang boleh memudaratkan diri seperti makanan berkabonat, minyak
yang berlemihan, tinggi kolestrol dan tinggi kadar gula.
Selain daripada itu, jauhkan daripada makanan yang alkohol serta berasid
kerana ianya mampu menghakis ingatan. Selain daripada itu, menurut Prof. Dr.
Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin melalui blog beliau yang dipetik pada November 2014,
pengambilan logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hati, herba yang
dipekatkan atau kopi campuran herba, ikan keli, dan semua bahagian kepala
ikan akan menyebabkan kesan sampingan sepeti penyakit lupa dan penyakit
kekeliruan. Jadi, mereka yang tidak menjaga pemakanan dan cara mereka makan
adalah tergolong kepada mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
4.4 Cergas
Pelajar yang berjaya sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya
juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam
mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah
membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya
lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
12
4.5 Dedikasi
Pelajar yang berjaya amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam
melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan
dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan
penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke
arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
4.6 Elok
Pelajar yang berjaya baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia
mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga
menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang
bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak
diberkati Tuhan.
Pelajar yang berjaya menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi
gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan
peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta
keluarganya.
4.7 Faham
Pelajar yang berjaya lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang
demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui
sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana ia
mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca,
dilihat atau yang dipelajarinya.
4.8 Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan
tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah
menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. Menurut pelajar
cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah “Saya suka bertanya soalan kepada cikgu
dan selalu berjumpa dan mendapatkan nasihat dari cikgu apabila saya mendapat
markah yang rendah dan tidak memuaskan. Saya sentiasa mencari masa terluang
13
kerana cikgu tidak akan sempat untuk menumpukan masanya kepada saya seorang
di dalam kelas. Jadi saya akan berjumpa dengan cikgu walaupun pada waktu
petang.”
Manakala menurut Azam (2014) usaha itu merupakan tangga kejayaan.
Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti
menggunakan tangga untuk turun ke bawah. Jadi, Usaha yang ditonjolkan
merupakan satu usaha gigih yang menginginkan kejayaan dan bukan sekadar
angan-angan. Selain daripada itu, sikap yang tidak mudah berpuas hati juga perlu di
amalkan. Jangan terlampau memandang kepada apa yang telah diperoleh tetapi
sebaliknya fikirkanlah apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan pencapaian yang
telah diperoleh itu sebagai pendorong kepada kejayaan yang akan datang.
4.9 Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk
menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-
cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Manusia yang
tanpa hasrat dalam hidupnya umpama laying-layang terputus tali.
4.10 Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha
mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang
disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa,
pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan
amalan yang harus diikuti. Menurut Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar
cemerlang SPM 2008 iaitu kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan
akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di
dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi
4.11 Bertaqwa
Berdoa dan memperuntukkan masa untuk mengingati Allah. Semua kewajiban
terhadap agama hendaklah dipenuhi bagi menjamin untuk mendapat keredhaan
daripada Allah. Berdoalah memohon kesenangan dak kelancaran dalam mencapai
14
kejayaan serta berdoa juga agar dikurniakan kecerdasan otak yang lebih. Otak yang
dikurniakan tuhan kepada makhluk-makhluk adalah sama. Sebarang kelebihan
adalah datangnya daripada Allah.
5.0 KESIMPULAN
Jadi, kefahaman tentang gaya pembelajaran amat penting untuk seseorang pendidik
dan murid. Ini disebabkan gaya pembelajaran yang sedia ada pada murid dapat
mendorong seseorang pendidik merancang pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Guru perlu mempelbagaikan teknik, pendekatan
pengajaran, bahan dan aktiviti yang disediakan mengikut aras aspirasi murid.
Justeru, guru berperanan sebagai kaunselor atau pembimbing dengan
sentiasa memberikan sokongan dan memotivasikan murid. Murid adalah
berperanan mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing melalui sesi
temubual dengan pihak sekolah terutamanya kaunselor atau guru darjah. Murid
juga perlu diberikan pengetahuan tentang kepentingan gaya pembelajaran terhadap
pembelajaran mereka.
Selain darpada itu, murid juga dinasihatkan supaya berdikari untuk
memantapkan lagi kualiti pembelajaran dalam diri sendiri. usah menjadi seperti
pahat dan penukul, apabila diketuk barulah ianya bergerak. manakala
pesanan Imam Syafie pula adalah tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat
menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ini terbukti kerana
individu yang berilmu akan menjadi seorang yang berjaya dan mampu memikirkan
baik dan buruk sesuatu perkara.
15
RUJUKAN
Arifaizal. (2007, 08). Petua Pengambilan Makanan. Diperoleh dari Rawatan
Kesihatan: Http://blogspot.com
Azam. (2014, 11). Mutiara Kata. Diperoleh dari Familiazam.com:
Http://wordpress.com
Barry, J. (2008). Motivation and self-Regulated Learning. Routledge Taylor & Francis
group.
Jah, C. (2010, 05). Perbezaan Kesediaan Belajar. Diperoleh dari Cikgujah90:
Http://blogspot.com
Madihah. (2009, 04 23). Agama dan Akademik Mesti seiringan Nik Nur Madihah.
diperoleh dari Wanitaisma: Http://wordpress.com
Mazlan. (2013, 01). Disiplin Teras Kejayaan. Diperoleh dari Karangan Bahasa
Melayu: Http://spm.blogspot.com
Sang, M. S. (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. selangor:
Penerbit Multimedia sdn.Bhd.
Suhaimin, T. (2014). Pelajar cemerlang. In T. Suhaimin, Teknik Belajar & strategi
Menghadapi Peperiksaan Edisi Ke 7 (pp. 16-22). Sabah: Usahawan Group.
Taylor, T. (2006). 100% Student Success. The McGraw-Hill Companies.
Velayutham, M. (1996). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
16
LAMPIRAN
Gambar 1
Gambar satu menunjukkan Nik Nur Mdihah sebagai Pelajar cemerlang pada tahun
2008. Sifat beliau yang berbudi pekerti menunjukkan lagi ciri kecemerlangan beliau
Gambar 2
Gambar 2 menunjukkan Siti Fatimah Mukhtar yang merupakan pelajar sekolah
agama beroleh 17A1 dan1A2.

Contenu connexe

Tendances

Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran Humanisme
AsyrafRidzuan
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Emma Subpei Shafie
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Fauzan Zain
 

Tendances (20)

Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran Humanisme
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordon
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 

Similaire à perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
wakzar
 
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
fara dillah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
fara dillah
 
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdfTT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
ErfanDwiKurniawan
 
Karakteristik peserta didik
Karakteristik peserta didikKarakteristik peserta didik
Karakteristik peserta didik
Yuna Van Basthom
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
Awatif Atif
 

Similaire à perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya (20)

PERKEMBANGAN MURID PEMULIHAN
PERKEMBANGAN MURID PEMULIHANPERKEMBANGAN MURID PEMULIHAN
PERKEMBANGAN MURID PEMULIHAN
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
SOSiologi dwi.pdf
SOSiologi dwi.pdfSOSiologi dwi.pdf
SOSiologi dwi.pdf
 
Landasan Pendidikan Psikologi (terkait isu-isu pendidikan)
Landasan Pendidikan Psikologi (terkait isu-isu pendidikan) Landasan Pendidikan Psikologi (terkait isu-isu pendidikan)
Landasan Pendidikan Psikologi (terkait isu-isu pendidikan)
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2
 
perkembangan kepribadian.pptx
perkembangan kepribadian.pptxperkembangan kepribadian.pptx
perkembangan kepribadian.pptx
 
5 Yuliani
5 Yuliani5 Yuliani
5 Yuliani
 
Makalah perkembangan peserta didik
Makalah perkembangan peserta didikMakalah perkembangan peserta didik
Makalah perkembangan peserta didik
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
 
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
 
Study case sem_3
Study case sem_3Study case sem_3
Study case sem_3
 
Modul a
Modul aModul a
Modul a
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesis
 
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdfTT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
 
Karakteristik peserta didik
Karakteristik peserta didikKarakteristik peserta didik
Karakteristik peserta didik
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Makalah Perbedaan individu dalam belajar
Makalah Perbedaan individu dalam  belajarMakalah Perbedaan individu dalam  belajar
Makalah Perbedaan individu dalam belajar
 
Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...
Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...
Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...
 

Dernier

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
furqanridha
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
subki124
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Dernier (20)

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugasTeks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

  • 1. 1 Tajuk: A. PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN B. SIFAT-SIFAT PELAJAR YANG BERJAYA 1.0 PENGENALAN Pembelajaran merupakan satu proses penyerapan ilmu yang berlaku dalam kehidupan individu. Terdapat 3 kategori pembelajaran iaitu pembelajaran formal, pembelajaran informal dan pembelajaran non-formal. Pembelajaran formal adalah pembelajaran yang teratur seperti di dalam kelas. Pembelajaran informal pula merupakan pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung ataupun secara tidak sedar. Seterusnya adalah pembelajaran non-formal iaitu berfungsi bagi melengkapkan pembelajaran formal. Melalui pembelajaran juga, individu itu akan dapat dikesan terhadap tahap perbezaan pembelajaran mereka. Disebabkan itu timbulnya perbezaan individu dalam pembelajaran. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Manakala, dari segi pembelajaran adalah tertumpu kepada cara pelajar itu menelaah ilmu. Definisi pembelajaran menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Jadi ia juga menentukan prestasi individu sama ada cemerlang ataupun tidak. Bagi mereka yang cemerlang dikategorikan sebagai pelajar yang berjaya. Maka, sudah tentulah pelajar yang berjaya akan mempunyai sifat-sifat mereka yang tersendiri. Sekiranya seorang pelajar tidak mempunyai sifat yang baik, nescaya pelajar itu tidak akan menjadi pelajar yang cemerlang walaupun dia mempunyai kesungguhan untuk berjaya. Menurut Kesepaduan dari segi aspek jasmani, emosi, rohani intelek dan juga sosial adalah menjadi peranan penting bagi mempengaruhi keseimbangan yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • 2. 2 2.0 PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN 2.1 Perbezaan individu Setiap individu adalah berbeza dari segi fizikal mereka, dari segi kognitif, dari segi sosial dan sebagainya. Merujuk kepada variasi, Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk. Slavin (1997), mengaitkan perbezaan badan, kesihatan tahap tenaga individu dengan konteks pengajaran personaliti dan emosi serta pembelajaran. Tambahan lagi, Setiap individu mempunyai corak pertumbuhan yang unik. Individu yang normal akan mengalami peringkat pertumbuhan yang sama iaitu melalui peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa namun akan mengalami kadar pertumbuhan dalam aspek fizikal, mental dan sahsiah yang berbeza-beza. Oleh itu, individu dalam kumpulan usia yang sama tidak semestinya mempunyai kebolehan yang sama dalam aktiviti fizikal mahupun akademik.Menurut pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu perkara. Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai aspek. Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti: 2.1.1 Aspek Fizikal Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Perbezaan ini boleh dilakukan melalui pemerhatian individu dari segi luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan
  • 3. 3 lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki hal ini demikian kerana perempuan berfikiran lebih matang ketika berusia 9 tahun hingga 15 tahun berbanding remaja lelaki. Sheldon (1942) mengategorikan temperamen ataupun gaya perilaku kepada tiga kategori iaitu Endomorf (bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif, bertenaga dan kuat bersukan. Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka bersendirian dan seorang pendiam. Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran. Dari segi pembelajaran pula, ianya mungkin akan menjadi individu yang aktif dan individu pasif. Sekiranya pelajar itu dalam kategori ektomort, maka mereka ini perlu di beri bimbingan yang lebih dan perlu sentiasa di beri perhatian. 2.1.2 Aspek Kognitif / Mental Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Individu mempunyai aras kognitif yang berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid- murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan. Kesediaan belajar dan pencapaian pelajar dan pembelajaran adalah bergantung kepada sikap dan minat mereka terhadap sesuatu. Murid yang berminat dengan sesuatu subjek akan memberi tumpuan dan cuba sedaya upaya untuk mencapai prestasi cemerlang dalam subjek tersebut berbanding dengan pelajar yang tidak berminat. 2.1.3 Aspek Emosi Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-
  • 4. 4 kemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada kanak-kanak perempuan. Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid- murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan. 2.1.4 Apek Tingkah laku Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa dan kebudayaan. Setiap individu membina keyakinan diri yang berbeza-beza berdasarkan status sosioekonomi. Ada ketikanya individu daripada status sosioekonomi rendah akan merasa rendah diri dan ini menyebabkan mereka segan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif 2.1.5 Aspek Sosial Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu perangai yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah mahupun impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu. Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain. Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latar belakang sosio-ekonomi seperti individu yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi yang dibekalkan adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga
  • 5. 5 dengan rapi. Jadi, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di dalam kelas. 2.1.6 Aspel Rohani / Agama Kewujudan perbezaan rohani terhadap individu adalah disebabkan terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing. Aspek rohani adalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan,minda serta jiwa. Murid-murid dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa mereka serta dari latar belakang mereka. Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang. Selain daripada enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan individu, maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat atau minat, perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan sebagainya. Namun begitu, menurut Weil (1980), para pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan. 2.2 Gaya Pembelajaran Menurut Dunn dan Dunn (1982), terdapatnya unsur-unsur daripada lima rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid. 2.2.1 Rangsangan Persekitaran Rangsangan pertama ialah rangsangan persekitaran yang merangkumi empat unsur yang utama iaitu pertama, cahaya. Kadar terangnya cahaya adalah diukurkan mengikut kesesuaian tersendiri. Walaupun kebanyakan dari kita selesa belajar dengan kadar pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga ada orang yang lebih suka belajar dalam suasana yang malap. Kedua, bunyi dengan jenis bunyi akan menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka. Terdapatnya individu
  • 6. 6 suka belajar dalam keadaan senyap sunyi, sebaliknya terdapat juga individu yang suka belajar dengan sambil mendengar bunyi muzik. Ketiga, suhu dengan keadaan sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Ramai murid tidak suka dan tidak selesa belajar dalam keadaan cuaca yang panas tanpa kipas. Akhirnya kelima, reka bentuk suasana tempat belajar yang menunjukkan keadaan susunan suasana bilik darjah juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid. Contohnya tempat duduk yang selesa dapat mengurangkan keletihan murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 2.2.2 Rangsangan emosi Ransangan emosi adalah berkait rapat dengan perasaan jiwa seseorang. Terdapatnya dua unsur iaitu motivasi dan sikap keazaman dan tanggungjawab. Unsur motivasi ini dibahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dengan murid belajar mengikut arahan yang berstruktur daripada guru. Manakala motivasi intrinstik dengan murid suka belajar dengan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Bagi rangsangan emosi, sikap keazaman dan tanggungjawab adalah mengambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang serta mana-mana rangsangan persekitaran. 2.2.3 Rangsangan Sosial Ransangan sosial mengandungi empat unsur iaitu perseorangan, berpasangan, rakan sebaya atau kumpulan pasukan dan orang dewasa. Unsur perseorangan ini terdapatnya individu ini lebih suka belajar bersendirian dan individu ini tidak suka ada sebarang gangguan semasa sedang belajar. Manakala keadaan ini berlainan dengan unsur berpasangan. Individu yang suka belajar berpasangan adalah individu lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat bersamanya. Pasangannya adalah teman paling karib dan mereka dapat berinteraksi secara dua hala apabila bersama. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan adalah biasaanya melebihi daripada dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan, sumbangan dan perkongsian idea-idea tentang pembelajaran mereka. Selain itu, orang dewasa juga
  • 7. 7 turut menjadi tempat untuk mereka menyoal dan mengemukakan soalan apabila menghadapi masalah pembelajaran. Ini adalah dilakukan dengan murid yang kurang selesa belajar dengan murid sebaya dengannya, mereka berasa lebih selesa semasa belajar bersama guru ataupun orang dewasa terutamanya pihak ibu bapa. 2.2.4 Ransangan Fisiologi Unsur-unsur yang terkandung dalam rangsangan fisiologi ini ialah persepsi, pemakanan, waktu tertentu dan mobiliti. Menurut Atan Long (1988), pembelajaran merupakan satu proses bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi sema lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu. Dalam Model Dunn dan Dunn menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual dengan pembelajaran melalui pengamatan, persepsi auditor dengan pembelajaran dalam keadaan yang ada suara latar belakang, persepsi taktual dengan pembelajaran melalui sentuhan dan persepsi kinestetik dengan pembelajaran melalui melakukan aktiviti fizikan dan gerak kerja. Unsur pemakanan menentukan gaya pembelajaran yang berlainan menerangkan terdapatnya murid-murid yang suka belajar sambil makan dan minum. Tetapi ada murid yang tidak dapat memberikan tumpuan dengan sambil makan dan minum semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Justeru, waktu pembelajaran juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Contohnya sesetengah orang suka belajar pada waktu pagi dan ada sesetengah orang suka belajar di waktu malam. Contoh unsur mobiliti yang mempengaruhi rangsangan fisiologi ialah seseorang murid suka belajar dengan keadaan berdiri atau berjalan sana-sini. Terdapat juga seseorang murid suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar. Rangsangan yang kelima ialah rangsangan psikologi yang terdiri daripada elemen-elemen yang berikut seperti analitikal dan global, impulsif dan refleksif serta dominan otak kiri dan dominan otak kanan. Bagi murid analitika akan melaksanakan tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan, manakala murid global akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka atau mengamati aspek-aspek secara menyeluruh atau holistik.
  • 8. 8 Murid yang impulsif adalah suka membuat keputusan dengan cepat dan sering mengikut gerak hati semasa melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. sebaliknya dengan murid reflektif, mereka lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu tugasan. Jadi, otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Fungsi otak yang berbeza akan mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu. Otak kiri akan mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, linear dan analisis. Manakala otak kanan berfungsi dalam aspek ruang, lukisan, corak holistik, rentak dan irama. Sementara itu, kategori individu juga diambil kira untuk menentukan gaya pembelajaran seseorang individu seperti murid-murid global, murid-murid auditori, murid-murid taktil, murid-murid visual dan sebagainya. 3.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN 3.1 Perbezaan Dari Segi Fizikal Implikasi yang pertama dari segi perbezaan fizikal. Tugasan yang diterima adalah sepadan dengan saiz fizikal. Perbezaan fizikal juga membawa kesan negatif di dalam kelas iaitu saiz badan murid yang kuat dan besar akan membuli murid yang bersaiz badan kecil. Hal ini kemungkinan menyebabkan murid-murid yang kena buli itu mempunyai harga diri rendah dan kurang keyakinan diri sendiri. Namun, guru perlu memberikan galakan dan motivasi kepada murid-murid yang berada dalam perbezaan fizikal. Contohnya, guru perlu mengajar murid sentiasa mengamalkan nilai hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain. 3.2 Perbezaan Dari Segi Kognitif Implikasi yang kedua dari segi perbezaan kognitif ataupun tahap kebijaksanaan, Individu yang cerdik dapat membantu guru untuk membimbing rakan-rakan yang lemah. Dalam kelas bilangan murid yang ramai, mereka yang cerdik boleh berperanan sebagai mentor-menti semasa aktiviti P&P dijalankan. Menurut Jean Piaget iaitu ahli falsafah yang menekankan unsur kognitif dalam pembelajaran, pelajar perlulah menjadi seorang yang berfikir agak neutran saling berhubung.
  • 9. 9 3.3 Perbezaan Dari Segi Sosialisasi Implikasi yang ketiga dari segi perbezaan kelas sosial yang menyebabkan Individu kelas sederhana menjauhkan diri. Salah satu punca adalah wujudnya status ekonomi yang berbeza bagi setiap individu murid itu sendiri. Manakala bagi murid- murid yang tidak berpendidikan pra sekolah adalah sukar untuk mereka belajar seperti murid biasa telah menerima pendidikan pra sekolah selama dua tahun. 3.4 Perbezaan Dari segi Budaya Implikasi yang keempat perbezaan dari segi budaya, rohani dan agama, murid-murid berpeluang berkongsi nilai-nilai kebudayaan dan agama yang berlainan. Kesan negatif wujudnya perbezaan budaya, rohani dan agama ialah timbulnya polarisasi. Kemungkinan dari segi pertuturan dan pandangan yang berbeza akan menyebabkan kewujudan salah faham antara satu sama lain. 3.5 Perbezaan Dari Segi Emosi Implikasi yang kelima dari segi perbezaan emosi. Kewujudan perbezaan emosi juga akan menimbulkan kesan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran iaitu bagi murid-murid yang pasif tidak akan memberikan sebarang tindak balas. Murid-murid yang lemah tidak dieksplotasi oleh murid-murid yang lebih kuat. Maka, murid tersebut akan terus berdiam diri sekiranya tiada pemantauan dari guru. 4.0 SIFAT-SIFAT PELAJAR YANG BERJAYA Pelajar yang berjaya atau lebih selesa dengan pelajar cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Perkembangan yang menyeluruh dari segi aspek rohani, emosi, intelek, jasmani dan juga sosial amatlah dititik berat dalam hal sebegini.
  • 10. 10 4.1 Berdisiplin Disiplin merupakan faktor utama untuk berjaya. Setiap murid hendaklah mengikut peraturan serta menghormati ibu bapa, guru yang lebih tua dan rakan-rakan.dalam islam sendiri menekankan unsure disiplin dalam kehidupan. Sebagai contoh adalah dalam solat terdapat disiplin yang patut di patuhi, sekiranya ingkar, solat tidak akan sah dan sebagainya. Sekiranya kita tidak mengambil wuduk untuk solat, semestinya solat kita tidak akan sah sekiranya kita tetap menunaikannya. Sama juga seperti dalam pembelajaran. Sekiranya ingin berjaya, kita perlulah berusaha untuk mencapainya. Usaha itu merupakan disiplin terhadap prinsip kejayaan. Disiplin dapat melahirkan pelajar yang mempunyai keinsanan yang syumul. Hal ini demikian, disiplin merupakan asas bagi sesebuah kejayaan. Contohnya, seseorang pelajar yang ingin berjaya mestilah rajin untuk mengulang kaji pelajaran, bangun awal ke sekolah, membuat semua kerja sekolah yang diberikan dan mematuhi peraturan sekolah. Tanpa disiplin, tidak mungkin seseorang pelajar dapat melakukan perkara- perkara tersebut. Malahan, budaya pesimistik dalam kalangan pelajar mestilah dikikis demi menyambut gamitan menara impian. Tamsilnya, Nik Nur Madihah yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008 mendapat 20 A dalam peperiksaan awam. Beliau tidak menjadikan kemiskinan yang membelenggu hidupnya sebagai batu penarung. Sebaliknya, disebabkan kerajinan, kegigihan, ketekunan dan yang paling perdana iaitu disiplin beliau yang tinggi dan minda yang positif telah menyuntik semangat dirinya untuk menggapai kejayaan seperti kata tokoh terkemuka, Cecil B. DeMille iaitu orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepada tujuan itu tanpa menyimpang. Jelaslah bahawa disiplin merupakan formula yang paling manjur untuk anak watan ini meraih kegemilangan dalam kehidupan. 4.2 Amanah Pelajar yang berjaya boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Setiap kelakuannya dijaga dan sentiasa berhati-hati.
  • 11. 11 Walaupun dia tahu tiada mata manusia yang akan melihatnya namun Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T. dan disebabkan itulah segala kerja yang di pertanggungjawabkan ke atasnya akan dijalankan dengan penuh amanah. 4.3 Bertanggungjawab Pelajar yang berjaya juga bertanggungjawab terhadap diri nya sendiri. Pelajar ini akan bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya seperti melakukan perkara yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang berjaya juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah. Disamping itu, pelajar yang berjaya juga bertanggung jawab terhadap dirinya dari segi pemakanan. Pemakanan yang boleh memudaratkan diri seperti makanan berkabonat, minyak yang berlemihan, tinggi kolestrol dan tinggi kadar gula. Selain daripada itu, jauhkan daripada makanan yang alkohol serta berasid kerana ianya mampu menghakis ingatan. Selain daripada itu, menurut Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin melalui blog beliau yang dipetik pada November 2014, pengambilan logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hati, herba yang dipekatkan atau kopi campuran herba, ikan keli, dan semua bahagian kepala ikan akan menyebabkan kesan sampingan sepeti penyakit lupa dan penyakit kekeliruan. Jadi, mereka yang tidak menjaga pemakanan dan cara mereka makan adalah tergolong kepada mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri. 4.4 Cergas Pelajar yang berjaya sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
  • 12. 12 4.5 Dedikasi Pelajar yang berjaya amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik. 4.6 Elok Pelajar yang berjaya baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. Pelajar yang berjaya menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 4.7 Faham Pelajar yang berjaya lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya. 4.8 Gigih Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. Menurut pelajar cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah “Saya suka bertanya soalan kepada cikgu dan selalu berjumpa dan mendapatkan nasihat dari cikgu apabila saya mendapat markah yang rendah dan tidak memuaskan. Saya sentiasa mencari masa terluang
  • 13. 13 kerana cikgu tidak akan sempat untuk menumpukan masanya kepada saya seorang di dalam kelas. Jadi saya akan berjumpa dengan cikgu walaupun pada waktu petang.” Manakala menurut Azam (2014) usaha itu merupakan tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti menggunakan tangga untuk turun ke bawah. Jadi, Usaha yang ditonjolkan merupakan satu usaha gigih yang menginginkan kejayaan dan bukan sekadar angan-angan. Selain daripada itu, sikap yang tidak mudah berpuas hati juga perlu di amalkan. Jangan terlampau memandang kepada apa yang telah diperoleh tetapi sebaliknya fikirkanlah apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan pencapaian yang telah diperoleh itu sebagai pendorong kepada kejayaan yang akan datang. 4.9 Hasrat Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita- cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Manusia yang tanpa hasrat dalam hidupnya umpama laying-layang terputus tali. 4.10 Iman Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti. Menurut Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 iaitu kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi 4.11 Bertaqwa Berdoa dan memperuntukkan masa untuk mengingati Allah. Semua kewajiban terhadap agama hendaklah dipenuhi bagi menjamin untuk mendapat keredhaan daripada Allah. Berdoalah memohon kesenangan dak kelancaran dalam mencapai
  • 14. 14 kejayaan serta berdoa juga agar dikurniakan kecerdasan otak yang lebih. Otak yang dikurniakan tuhan kepada makhluk-makhluk adalah sama. Sebarang kelebihan adalah datangnya daripada Allah. 5.0 KESIMPULAN Jadi, kefahaman tentang gaya pembelajaran amat penting untuk seseorang pendidik dan murid. Ini disebabkan gaya pembelajaran yang sedia ada pada murid dapat mendorong seseorang pendidik merancang pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu mempelbagaikan teknik, pendekatan pengajaran, bahan dan aktiviti yang disediakan mengikut aras aspirasi murid. Justeru, guru berperanan sebagai kaunselor atau pembimbing dengan sentiasa memberikan sokongan dan memotivasikan murid. Murid adalah berperanan mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing melalui sesi temubual dengan pihak sekolah terutamanya kaunselor atau guru darjah. Murid juga perlu diberikan pengetahuan tentang kepentingan gaya pembelajaran terhadap pembelajaran mereka. Selain darpada itu, murid juga dinasihatkan supaya berdikari untuk memantapkan lagi kualiti pembelajaran dalam diri sendiri. usah menjadi seperti pahat dan penukul, apabila diketuk barulah ianya bergerak. manakala pesanan Imam Syafie pula adalah tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ini terbukti kerana individu yang berilmu akan menjadi seorang yang berjaya dan mampu memikirkan baik dan buruk sesuatu perkara.
  • 15. 15 RUJUKAN Arifaizal. (2007, 08). Petua Pengambilan Makanan. Diperoleh dari Rawatan Kesihatan: Http://blogspot.com Azam. (2014, 11). Mutiara Kata. Diperoleh dari Familiazam.com: Http://wordpress.com Barry, J. (2008). Motivation and self-Regulated Learning. Routledge Taylor & Francis group. Jah, C. (2010, 05). Perbezaan Kesediaan Belajar. Diperoleh dari Cikgujah90: Http://blogspot.com Madihah. (2009, 04 23). Agama dan Akademik Mesti seiringan Nik Nur Madihah. diperoleh dari Wanitaisma: Http://wordpress.com Mazlan. (2013, 01). Disiplin Teras Kejayaan. Diperoleh dari Karangan Bahasa Melayu: Http://spm.blogspot.com Sang, M. S. (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. selangor: Penerbit Multimedia sdn.Bhd. Suhaimin, T. (2014). Pelajar cemerlang. In T. Suhaimin, Teknik Belajar & strategi Menghadapi Peperiksaan Edisi Ke 7 (pp. 16-22). Sabah: Usahawan Group. Taylor, T. (2006). 100% Student Success. The McGraw-Hill Companies. Velayutham, M. (1996). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
  • 16. 16 LAMPIRAN Gambar 1 Gambar satu menunjukkan Nik Nur Mdihah sebagai Pelajar cemerlang pada tahun 2008. Sifat beliau yang berbudi pekerti menunjukkan lagi ciri kecemerlangan beliau Gambar 2 Gambar 2 menunjukkan Siti Fatimah Mukhtar yang merupakan pelajar sekolah agama beroleh 17A1 dan1A2.