SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER 
TERHADAP TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS
BAB 1 
LATAR BELAKANG KAJIAN 
1.0 Pengenalan 
Dewasa ini, kemajuan teknologi komputer telah pesat berkembang khususnya dalam 
arena pendidikan. Pelbagai aplikasi telah diperkenalkan bagi meluaskan lagi peranan komputer 
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah 
memperkenalkan variasi mod penggunaan komputer dalam mengintegrasikan teknologi 
maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran di antaranya adalah 
tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Penggunaan perisian kursus (courseware) melalui 
kaedah pengajaran berbantukan komputer (PBK) juga telah diperkenalkan bagi membantu guru 
dan murid memperkayakan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Melalui program PPSMI 
kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan merekabentuk perisian kursus dan 
mengedarkannya ke sekolah-sekolah. Ini bagi memmbolehkan guru sains dan matematik 
mempersembahkan isi pengajaran dengan lebih berkesan dan membantu guru dan murid 
memperkayakan sumber pengajaran (KPM, 2003). Pengajaran berbantukan komputer (PBK) 
merupakan satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan 
pembelajaran. PBK juga dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI), Computer Based 
Instruction (CBI), Computer Assisted Testing (CAT), Computer Aided Learning (CAL) dan Computer 
Based Learning (CBL) (Baharuddin, Rio dan Manimegalai, 2002). Namun yang demikian menurut 
Zoraini Wati Abas (1993) ada dua cara guru boleh menggunakan komputer dalam pengajaran 
Iaitu pertama Pengajaran Berintegrasikan Komputer (PBK) yang melibatkan penggunaan
komputer untuk mencapai objektif pengajaran. Ini kerana pendekatan pengajaran tersebut 
dilakukan secara pengajaran terus (direct instruction) iaitu guru menyampaikan maklumat 
kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran. Kedua, Pengajaran Berbantukan Komputer 
(PBK) yang melibatkan penggunaan komputer bagi mencapai objektif pembelajaran namun 
dalam kaedah ini komputer digunakan oleh murid dan dikawal oleh mereka berdasarkan 
beberapa mod pembelajaran yang dipersembahkan komputer seperti tutorial, penerokaan atau 
aplikasi. 
1.2 Pernyataan Masalah 
Ramai guru menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran seperti 
penggunaan perisian kursus PPSMI kurang memberi kesan kepada pengusaan murid dalam 
matapelajaran sains. Ini memberikan gambaran negatif kepada guru bahawa penggunaan 
komputer dalam bilik darjah tidak membawa natijah yang diharapkan khususnya apabila murid 
berhadapan dengan kertas ujian. PBK telah lama diperkenalkan di dalam senario pendidikan di 
Malaysia dan ia telah membawa perubahan dalam iklim pengajaran di sekolah. Pembelajaran 
berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan 
pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian 
akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya 
memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang 
bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam
multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer (Mohd Aris, 
2007). 
Pembelajaran sains memerlukan penumpuan terutama kepada pemerhatian kepada 
sesuatu yang menjadi sebab dan akibat, justifikasi, meramal sesuatu dan mengaplikasi. Justeru, 
murid yang lemah tumpuannya dalam pembelajaran didapati agak sukar mengusai kemahiran 
proses sains walaupun mereka telah didedahkan dengan beberapa siri ekperimen di dalam 
makmal sains. Persoalan adakah kaedah PBK dapat membantu murid memahami konsep asas 
sains dan membantu mereka mahir dalam beberapa kemahiran asas sains yang dapat digunakan 
bagi menjawab soalan peperikasaan khususnya pada bahagian B. Kajian ini bertujuan 
menganalisa keberkesanan kaedah PBK terhadap pengusaan kemahiran proses sains murid dan 
menerangkan pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan penguasaan murid dalam subjek sains. 
1.3 Objektif kajian 
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah PBK terhadap 
tahap penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid tahun 4. Disamping itu kajian 
juga turut mahu mengenal pasti apakah pendekatan yang paling berkesan dalam kaedah PBK 
yang boleh meningkatkan kemahiran proses sains. Disamping itu mahu mengenal pasti apakah 
faktor yang menyebabkan murid sukar menguasai kemahiran proses sains melalui kaedah 
pengajaran “chalk and talk” yang selalu di amalkan oleh guru di sekolah.
1.4 Persoalan kajian 
Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan utama seperti yang berikut: 
a) Sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah PBK dalam meningkatkan pengusaan 
kemahiran proses sains dalam kalangan murid? 
b) Apakah hubung kait penggunaan kaedah PBK terhadap prestasi pengusaan kemahiran 
proses sains murid-murid lemah dan sederhana? 
c) Sejauh manakah perbezaaan tahap penguasaan murid selepas menjalani pembelajaran 
PBK di antara murid lemah, sederhana dan cemerlang? 
1.5 Kepentingan kajian 
Diharap kajian ini dapat menerangkan masalah yang dikaji iaitu keberkesanan kaedah 
PBK terhadap penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid. Jesteru kajian ini dapat 
mendedahkan beberapa maklumat penting kepada warga pendidik tentang keberkesanan kaedah 
PBK dalam pengajaran sains. Seterusnya guru-guru dapat mengaplikasikan kaedah ini dalam 
pengajaran seharian. Disamping itu kajian ini juga diharap akan membawa manfaat khususnya 
kepada murid-murid. Adalah diharapkan guru-guru dapat memperbaiki mutu pengajaran mereka 
untuk memberikan pengajaran yang berkesan kepada murid-murid. Pihak-pihak terbabit juga 
seperti Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri juga adalah diharap mendapat 
pendedahan tentang isu yang dikaji seterusnya dapat mengambil tindakan bagi menggalakan 
guru mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menyediakan pendidikan berkualiti di sekolah.
1.6 Batasan Kajian 
Kajian ini hanya terhad ke atas murid tahun 4 iaitu seramai 64 orang murid di sekolah 
yang telah di kenal pasti. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini juga hanya terhad 
mengambarkan situasi dan senario sekolah dan murid yang dipilih. Disamping itu juga, kajian ini 
terhad kepada kaedah serta metodologi yang telah dipilih yang memungkinkan dapatan atau 
hasil kajian yang akan diperolehi. 
1.7 Definisi Istilah 
1.7.1 Kaedah PBK 
Bermaksud suatu proses pembelajaran berasaskan komputer di mana komputer 
digunakan sebagai alat untuk mendapatkan hasil pembelajaran. Komputer dalam kaedah ini 
digunakan oleh murid dengan mengikuti beberapa mod asas pembelajaran berasaskan komputer. 
1.7.2 Kemahiran Proses Sains 
Bermaksud beberapa jenis kemahiran asas dalam proses sains yang digunakan dalam 
ilmu sains seperti memerhati, membuat kesimpulan, objektif dan lain-lain.
BAB 2 
TINJAUAN LITERATUR 
2.1 Pengenalan 
Bab ini akan menerangkan serta mengupas beberapa teori berkaitan kajian yang 
mempunyai hubungkait dengan masalah yang hendak dikaji. Disamping itu, akan menganalisa 
beberapa kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian. Dalam bab ini juga beberapa 
rumusan dankesimpulan akan dikemukakan di akhir perbincangan. 
2.2 PBK dalam pengajaran dan pembelajaran 
PBK bermaksud membawa masuk komputer ke dalam pengajaran bagi membantu guru 
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah sebahagian daripada cara bagaimana 
teknologi diintegrasikan dalam proses pengajaran di sekolah. Pengintegrasian teknologi 
bermaksud menggunakan teknologi sebagai alat dalam pengajaran untuk mencapai objektif 
pengajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Teknologi pula merujuk kepada bukan 
sahaja alat yang dinamakan komputer, malah ia merupakan kaedah eletronik dan peralatan yang 
digunakan untuk membantu pengajaran (Cradler, J., & Bridgforth, E., 1996). Fulan (2001) 
pernah menyatakan kegunaan komputer sebagai alat dalam pengajaran sebagai berikut. “The
computer can act as an educational learning aid ....The teacher teaches by directing what and 
how the students learn by deliberately selecting appropriate software or other resources 
according to certain intentions”. 
Berpandukan kepada kenyatan tersebut, terdapat beberapa peranan komputer dalam 
pengajaran dan pembelajaran iaitu seperti yang dinyatakan Wentsworth & Earle (2005) iaitu 
“pengajar” (Tutor), “alat” (Tools) dan “yang diajar” (Tutee). Komputer boleh menjadi pengajar 
apabila ia telah mengambil alih sebahagian tugas seseorang guru menyampaikan isi pengajaran 
sama seperti kaedah syarahan yang dipersembahkan guru. Di samping itu, komputer juga boleh 
menjalankan tugas sebagai “alat pengajaran” (Tool) yang digunakan oleh guru bagi 
menyampaikan pengajaran seperti tayangan video, persembahan pengajaran dan lain-lain. Ketiga 
komputer juga boleh diprogramkan “di ajar” bagi menyelesaikan sesuatu pekerjaan manusia. 
Penggunaan kaedah PBK mengadaptasi pendekatan konstruktif dalam menghasilkan 
natijah pembelajaran iaitu murid disuruh membina pengetahuan sendiri di atas pengalaman sedia 
ada. Pendekatan konstruktif ini percaya bahawa pengetahuan itu dibina sendiri oleh seseorang 
melalui beberapa pengalaman yang telah dilalui. Dalam kaedah PBK biasanya murid-murid 
disuruh melakukan tugas mereka dengan menggunakan komputer melalui beberapa cara seperti 
mendengar dan menonton persembahan dari tutorial, menjawab soalan dan membuat simulasi 
dan bermain. Dalam model pengajaran dan pembelajaran kontstruktif ini, ia mempunyai ciri-ciri 
seperti guru berfungsi sebagai fasilitator, kerja projek dan pembelajaran berlaku secara aktif dan 
kolaboratif (Roblyer, 2005). Penggunaan komputer dalam model pembelajaran ini menekankan
konsep pembelajaran arah kendiri seperti mengakses maklumat dan komputer digunakan oleh 
murid bagi mempersembahkan hasil kerja. 
Terdapat juga model PBK yang mengadaptasikan pendekatan teori tingkah laku atau 
disebut behaviourist. Pendekatan ini juga bertujuan mencapai objektif pembelajaran yang 
dikehendaki dengan kaedah tradisonal atau disebut pengajaran secara lansung. Perisian atau PBK 
jenis ini mementingkan pemindahan maklumat kerana pada asasnya murid tidak disuruh 
membina sendiri pengetahuan sehingalah mereka diberitahu. Terdapat beberapa cara 
pembeajaran PBK dalam pendekatan ini iaitu kaedah tutorial dan latih tubi. Dalam kaedah latih 
tubi misalnya murid akan diberikan sebanyak maklumat kemudia di akhir pembelajaran akan 
disediakan beberapa soalan untuk kefahaman dan pengukuhan. Model pengajaran PBK seperti 
ini merujuk kepada model pengajaran yang direka bentuk Gagne & Briggs (1979) yang dibina 
berasaskan perubahan dalam peningkatan tingkah laku (behavioral performance change). 
2.2 Literatur berkaitan 
Salah satu daripada kaedah PBK dalam pengajaran adalah penggunaan simulasi dalam 
tajuk pembelajaran tertentu. Melalui komputer suatu gambaran tentang peristiwa dan gambaran 
yang realiti dapat dijelmakan dalam bentuk simulasi pada paparan komputer (PPK, 2005). 
Menurut Geisert & Futrell (2006) pengajaran bersimulasi membolehkan realiti visual di bawa 
ke dalam kelas dan membolehkan murid belajar lebih dari keadaan yang sebenar jika simulasi itu 
benar-benar baik. Ini kerana simulasi mempunyai cirri-ciri keseronokan belajar, keserupaan 
dengan reality dan kurang ketakutan dan kebimbangan (Maddux, dalam Geisert & Futrell,
2006). Menurut Bitter & Pierson (2005) antara kaedah yang berkesan dalam meningkatkan 
pencapaian pelajar dalam sains adalah kaedah simulasi dan tutorial. Ini kerana kaedah ini 
biasanya direka oleh guru yang merekabentuk satu-satu perisian dengan mengambil kira objektif 
dan matlamat pembelajaran yang sesuai. Namun begitu kaedah ini dikatakan berkesan apabila 
pelajar tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang apa yang dipelajari sebelum 
kaedah simulasi (Akban, dalam Bitter & Pierson 2005). 
Kajian terhadap keberkesanan kaedah PBK dalam pengajaran telah lama menjadi fokus 
perbincangan oleh para pengkaji semenjak PBK diperkenalkan di Malaysia. Terdapat banyak 
kajian di Malaysia yang menumpukan PBK sebagai subjek kajian menganalisa kaedah PBK ini 
secara spesifik dan berfokus kepada tajuk-tajuk kecil dalam kaedah PBK. Ini kerana kaedah PBK 
mempunyai tafsiran dan pengertian yang luas yang terdiri daripada beberapa mod pembelajaran. 
Kajian Shaharuddin Mat Salleh & Tuck (2003) medapati PBK mendatangkan hasil yang 
positif terhadap minat dan kecenderungan murid untuk belajar matematik tajuk trigonometri. 
Menurut kajian tersebut juga terdapat perbezaan signifikan antara markah yang diperolehi oleh 
murid yang di kaji dalam pasca ujian setelah mendapat pengukuhan dalam PBK. Kajian juga 
mendapati PBK yang dihasilkan KPM bertajuk trigonometri mempunyai cirri-ciri rekabentuk 
PBK yang berkesan. Berdasarkan kajian tersebut juga dapat dirumuskan bahawa keberkesanan 
PBK juga bergantung kepada rekabentuk program itu dibuat.
Sebuah lagi kajian yang dilakukan Mohd Aris Othman (2007) mendapati PBK juga 
mendatangkan impak positif terhadap penguasaan murid dalam matapelajaran geografi. Daripada 
hasil kajian tersebut didapati murid yang lemah dalam tajuk-tajuk tertentu telah dapat menguasai 
matapelajaran tersebut setelah menghadiri beberapa siri PBK. Menurut beliau Pencapaian 
akademik kumpulan eksperimen jelas menunjukkan prestasi akademik yang lebih tinggi 
berbanding dengan kumpulan kawalan. 
BAB 3 
METODOLOGI KAJIAN 
3.1 Reka Bentuk Kajian 
Kajian yang akan dilakukan ini adalah berbentuk kajian ekperimen (Kuasi-Eksperimen) 
.Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen tulin 
apabila dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat 
dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini dilakukan ke atas individu 
yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar misalnya perbezaan jantina, umur, latar 
belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya. 
Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen. Dalam perkataan lain,
penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada responden kumpulan rawatan pada akhir 
eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan kepadanya atau faktor-faktor luaran 
yang lain. 
3.2 Hipotesis Kajian 
H1: Terdapat perbezaan signifikan antara markah ujian pra ujian dengan markah pasca ujian ke 
atas kumpulan murid kawalan dan rawatan 
H2: Terdapat perbezaan signifikan antara markah pasca ujian kumpulan murid lemah dan 
cemerlang dalam kumpulan rawatan dengan markah pra ujian. 
3.3 Populasi dan persampelan 
Terdapat seramai 64 orang murid yang terlibat dalam kajian ini. Kesemua mereka adalah 
terlibat dalam sampel kajian ini. Ini kerana hanya terdapat dua kelas sahaja di sekolah yang 
dikaji. 
3.4 Kaedah Persampelan 
Pengkaji telah memilih persampelan secara rawak mudah dalam kajian ini. Ini kerana 
persampelan jenis ini mudah dilakukan dan diurus. Di dalam persampelan rawak setiap unit di dalam 
populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak 
menunjukkan peluang yang sama untuk memasuki proses pemilihan.
Dalam persampelan ini murid akan dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 
murid lemah (KML) dan kumpulan murid menguasai (KMM). Pembahagian kumpulan ini bagi 
memudahkan analisa dibuat kelak. Setiap orang murid dari setiap kumpulan akan diberi nombor 
dan dipilih secara rawak. Setelah itu mereka akan dikumpulkan dalam dua kumpulan kajian iaitu 
kumpulan rawatan (KR) dan kumpulan bukan kawalan (KBK). Kemudian Murid dalam KR akan 
menjalani sesi rawatan (PBK) dan kumpulan bukan kawalan (KBK) akan menjalani proses 
pembelajaran biasa. 
3.5 Instrumen Kajian 
Terdapat tiga bentuk instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini 
a) Pra-ujian: Mengandungi soalan-soalan berkaitan kemahiran proses sains 
b) Pasca ujian : Mengandungi soalan berkaitan tajuk yang telah dipelajari 
c) Borang kaji selidik : Mengandungi soalan soal selidik bagi menganalisa 
pendapat dan pandangan murid tentang PBK

Contenu connexe

Tendances

Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
juelieyza
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
idahazira
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Husniyah Rashid
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
isuict12
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daTeknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Raudhah Alias
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
DIHYAUDDIN SAAD
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
sharilzal
 
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
Ena Ros
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
vincentraj74
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
shamsuhaila85
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
wmzuri
 

Tendances (18)

Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daTeknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Pembelajaran elektronik
Pembelajaran elektronikPembelajaran elektronik
Pembelajaran elektronik
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 

En vedette

K6 rph kssr sejarah tahun 6 smk taman mahsuri
K6 rph kssr sejarah tahun 6 smk taman mahsuriK6 rph kssr sejarah tahun 6 smk taman mahsuri
K6 rph kssr sejarah tahun 6 smk taman mahsuri
Megat Panji Alam
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
government
 
Globalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikanGlobalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikan
Azalea Nabiilah
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
Siti Zulaikha
 
Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaran
share with me
 

En vedette (20)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 
Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.
Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.
Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.
 
Dasar ict negara oleh abdul murad abd hamid
Dasar ict negara oleh  abdul murad abd hamidDasar ict negara oleh  abdul murad abd hamid
Dasar ict negara oleh abdul murad abd hamid
 
Eseimen 3109
Eseimen 3109Eseimen 3109
Eseimen 3109
 
Pekeliling12013
Pekeliling12013Pekeliling12013
Pekeliling12013
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Ppp 2013 2025 ringkasan
Ppp 2013 2025 ringkasanPpp 2013 2025 ringkasan
Ppp 2013 2025 ringkasan
 
K6 rph kssr sejarah tahun 6 smk taman mahsuri
K6 rph kssr sejarah tahun 6 smk taman mahsuriK6 rph kssr sejarah tahun 6 smk taman mahsuri
K6 rph kssr sejarah tahun 6 smk taman mahsuri
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
 
Globalisasi pendidikan EDU
Globalisasi pendidikan EDU Globalisasi pendidikan EDU
Globalisasi pendidikan EDU
 
Rph sejarah tahun 6
Rph sejarah tahun 6Rph sejarah tahun 6
Rph sejarah tahun 6
 
Pengenalan globalisasi pendidikan
Pengenalan globalisasi pendidikanPengenalan globalisasi pendidikan
Pengenalan globalisasi pendidikan
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
globalisasi.pptx
 globalisasi.pptx globalisasi.pptx
globalisasi.pptx
 
Globalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikanGlobalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikan
 
RPH SEJARAH TAHUN 6
RPH SEJARAH TAHUN 6RPH SEJARAH TAHUN 6
RPH SEJARAH TAHUN 6
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaran
 
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
 

Similaire à keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer

Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
liaw5
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
Norshakirah Adnan
 
Empat penggunaan tmk dalam p
Empat penggunaan tmk dalam pEmpat penggunaan tmk dalam p
Empat penggunaan tmk dalam p
cweet Thara
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
diaernah
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
mrsakmar
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Husniyah Rashid
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
NurAlias91
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013
lia369
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
Izawati Saat
 

Similaire à keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer (20)

Ppt kpt6043
Ppt kpt6043Ppt kpt6043
Ppt kpt6043
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
Kajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.SivikKajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.Sivik
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
Empat penggunaan tmk dalam p
Empat penggunaan tmk dalam pEmpat penggunaan tmk dalam p
Empat penggunaan tmk dalam p
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
 
Proposal azmy
Proposal azmyProposal azmy
Proposal azmy
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
 
Soalan lazim kssr
Soalan lazim kssrSoalan lazim kssr
Soalan lazim kssr
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Konsep sains
Konsep sainsKonsep sains
Konsep sains
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 

keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer

  • 1. KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER TERHADAP TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS
  • 2. BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.0 Pengenalan Dewasa ini, kemajuan teknologi komputer telah pesat berkembang khususnya dalam arena pendidikan. Pelbagai aplikasi telah diperkenalkan bagi meluaskan lagi peranan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan variasi mod penggunaan komputer dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran di antaranya adalah tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Penggunaan perisian kursus (courseware) melalui kaedah pengajaran berbantukan komputer (PBK) juga telah diperkenalkan bagi membantu guru dan murid memperkayakan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Melalui program PPSMI kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan merekabentuk perisian kursus dan mengedarkannya ke sekolah-sekolah. Ini bagi memmbolehkan guru sains dan matematik mempersembahkan isi pengajaran dengan lebih berkesan dan membantu guru dan murid memperkayakan sumber pengajaran (KPM, 2003). Pengajaran berbantukan komputer (PBK) merupakan satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. PBK juga dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI), Computer Based Instruction (CBI), Computer Assisted Testing (CAT), Computer Aided Learning (CAL) dan Computer Based Learning (CBL) (Baharuddin, Rio dan Manimegalai, 2002). Namun yang demikian menurut Zoraini Wati Abas (1993) ada dua cara guru boleh menggunakan komputer dalam pengajaran Iaitu pertama Pengajaran Berintegrasikan Komputer (PBK) yang melibatkan penggunaan
  • 3. komputer untuk mencapai objektif pengajaran. Ini kerana pendekatan pengajaran tersebut dilakukan secara pengajaran terus (direct instruction) iaitu guru menyampaikan maklumat kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran. Kedua, Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang melibatkan penggunaan komputer bagi mencapai objektif pembelajaran namun dalam kaedah ini komputer digunakan oleh murid dan dikawal oleh mereka berdasarkan beberapa mod pembelajaran yang dipersembahkan komputer seperti tutorial, penerokaan atau aplikasi. 1.2 Pernyataan Masalah Ramai guru menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran seperti penggunaan perisian kursus PPSMI kurang memberi kesan kepada pengusaan murid dalam matapelajaran sains. Ini memberikan gambaran negatif kepada guru bahawa penggunaan komputer dalam bilik darjah tidak membawa natijah yang diharapkan khususnya apabila murid berhadapan dengan kertas ujian. PBK telah lama diperkenalkan di dalam senario pendidikan di Malaysia dan ia telah membawa perubahan dalam iklim pengajaran di sekolah. Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam
  • 4. multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer (Mohd Aris, 2007). Pembelajaran sains memerlukan penumpuan terutama kepada pemerhatian kepada sesuatu yang menjadi sebab dan akibat, justifikasi, meramal sesuatu dan mengaplikasi. Justeru, murid yang lemah tumpuannya dalam pembelajaran didapati agak sukar mengusai kemahiran proses sains walaupun mereka telah didedahkan dengan beberapa siri ekperimen di dalam makmal sains. Persoalan adakah kaedah PBK dapat membantu murid memahami konsep asas sains dan membantu mereka mahir dalam beberapa kemahiran asas sains yang dapat digunakan bagi menjawab soalan peperikasaan khususnya pada bahagian B. Kajian ini bertujuan menganalisa keberkesanan kaedah PBK terhadap pengusaan kemahiran proses sains murid dan menerangkan pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan penguasaan murid dalam subjek sains. 1.3 Objektif kajian Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah PBK terhadap tahap penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid tahun 4. Disamping itu kajian juga turut mahu mengenal pasti apakah pendekatan yang paling berkesan dalam kaedah PBK yang boleh meningkatkan kemahiran proses sains. Disamping itu mahu mengenal pasti apakah faktor yang menyebabkan murid sukar menguasai kemahiran proses sains melalui kaedah pengajaran “chalk and talk” yang selalu di amalkan oleh guru di sekolah.
  • 5. 1.4 Persoalan kajian Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan utama seperti yang berikut: a) Sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah PBK dalam meningkatkan pengusaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid? b) Apakah hubung kait penggunaan kaedah PBK terhadap prestasi pengusaan kemahiran proses sains murid-murid lemah dan sederhana? c) Sejauh manakah perbezaaan tahap penguasaan murid selepas menjalani pembelajaran PBK di antara murid lemah, sederhana dan cemerlang? 1.5 Kepentingan kajian Diharap kajian ini dapat menerangkan masalah yang dikaji iaitu keberkesanan kaedah PBK terhadap penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid. Jesteru kajian ini dapat mendedahkan beberapa maklumat penting kepada warga pendidik tentang keberkesanan kaedah PBK dalam pengajaran sains. Seterusnya guru-guru dapat mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran seharian. Disamping itu kajian ini juga diharap akan membawa manfaat khususnya kepada murid-murid. Adalah diharapkan guru-guru dapat memperbaiki mutu pengajaran mereka untuk memberikan pengajaran yang berkesan kepada murid-murid. Pihak-pihak terbabit juga seperti Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri juga adalah diharap mendapat pendedahan tentang isu yang dikaji seterusnya dapat mengambil tindakan bagi menggalakan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menyediakan pendidikan berkualiti di sekolah.
  • 6. 1.6 Batasan Kajian Kajian ini hanya terhad ke atas murid tahun 4 iaitu seramai 64 orang murid di sekolah yang telah di kenal pasti. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini juga hanya terhad mengambarkan situasi dan senario sekolah dan murid yang dipilih. Disamping itu juga, kajian ini terhad kepada kaedah serta metodologi yang telah dipilih yang memungkinkan dapatan atau hasil kajian yang akan diperolehi. 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Kaedah PBK Bermaksud suatu proses pembelajaran berasaskan komputer di mana komputer digunakan sebagai alat untuk mendapatkan hasil pembelajaran. Komputer dalam kaedah ini digunakan oleh murid dengan mengikuti beberapa mod asas pembelajaran berasaskan komputer. 1.7.2 Kemahiran Proses Sains Bermaksud beberapa jenis kemahiran asas dalam proses sains yang digunakan dalam ilmu sains seperti memerhati, membuat kesimpulan, objektif dan lain-lain.
  • 7. BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan serta mengupas beberapa teori berkaitan kajian yang mempunyai hubungkait dengan masalah yang hendak dikaji. Disamping itu, akan menganalisa beberapa kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian. Dalam bab ini juga beberapa rumusan dankesimpulan akan dikemukakan di akhir perbincangan. 2.2 PBK dalam pengajaran dan pembelajaran PBK bermaksud membawa masuk komputer ke dalam pengajaran bagi membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah sebahagian daripada cara bagaimana teknologi diintegrasikan dalam proses pengajaran di sekolah. Pengintegrasian teknologi bermaksud menggunakan teknologi sebagai alat dalam pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Teknologi pula merujuk kepada bukan sahaja alat yang dinamakan komputer, malah ia merupakan kaedah eletronik dan peralatan yang digunakan untuk membantu pengajaran (Cradler, J., & Bridgforth, E., 1996). Fulan (2001) pernah menyatakan kegunaan komputer sebagai alat dalam pengajaran sebagai berikut. “The
  • 8. computer can act as an educational learning aid ....The teacher teaches by directing what and how the students learn by deliberately selecting appropriate software or other resources according to certain intentions”. Berpandukan kepada kenyatan tersebut, terdapat beberapa peranan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu seperti yang dinyatakan Wentsworth & Earle (2005) iaitu “pengajar” (Tutor), “alat” (Tools) dan “yang diajar” (Tutee). Komputer boleh menjadi pengajar apabila ia telah mengambil alih sebahagian tugas seseorang guru menyampaikan isi pengajaran sama seperti kaedah syarahan yang dipersembahkan guru. Di samping itu, komputer juga boleh menjalankan tugas sebagai “alat pengajaran” (Tool) yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan pengajaran seperti tayangan video, persembahan pengajaran dan lain-lain. Ketiga komputer juga boleh diprogramkan “di ajar” bagi menyelesaikan sesuatu pekerjaan manusia. Penggunaan kaedah PBK mengadaptasi pendekatan konstruktif dalam menghasilkan natijah pembelajaran iaitu murid disuruh membina pengetahuan sendiri di atas pengalaman sedia ada. Pendekatan konstruktif ini percaya bahawa pengetahuan itu dibina sendiri oleh seseorang melalui beberapa pengalaman yang telah dilalui. Dalam kaedah PBK biasanya murid-murid disuruh melakukan tugas mereka dengan menggunakan komputer melalui beberapa cara seperti mendengar dan menonton persembahan dari tutorial, menjawab soalan dan membuat simulasi dan bermain. Dalam model pengajaran dan pembelajaran kontstruktif ini, ia mempunyai ciri-ciri seperti guru berfungsi sebagai fasilitator, kerja projek dan pembelajaran berlaku secara aktif dan kolaboratif (Roblyer, 2005). Penggunaan komputer dalam model pembelajaran ini menekankan
  • 9. konsep pembelajaran arah kendiri seperti mengakses maklumat dan komputer digunakan oleh murid bagi mempersembahkan hasil kerja. Terdapat juga model PBK yang mengadaptasikan pendekatan teori tingkah laku atau disebut behaviourist. Pendekatan ini juga bertujuan mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki dengan kaedah tradisonal atau disebut pengajaran secara lansung. Perisian atau PBK jenis ini mementingkan pemindahan maklumat kerana pada asasnya murid tidak disuruh membina sendiri pengetahuan sehingalah mereka diberitahu. Terdapat beberapa cara pembeajaran PBK dalam pendekatan ini iaitu kaedah tutorial dan latih tubi. Dalam kaedah latih tubi misalnya murid akan diberikan sebanyak maklumat kemudia di akhir pembelajaran akan disediakan beberapa soalan untuk kefahaman dan pengukuhan. Model pengajaran PBK seperti ini merujuk kepada model pengajaran yang direka bentuk Gagne & Briggs (1979) yang dibina berasaskan perubahan dalam peningkatan tingkah laku (behavioral performance change). 2.2 Literatur berkaitan Salah satu daripada kaedah PBK dalam pengajaran adalah penggunaan simulasi dalam tajuk pembelajaran tertentu. Melalui komputer suatu gambaran tentang peristiwa dan gambaran yang realiti dapat dijelmakan dalam bentuk simulasi pada paparan komputer (PPK, 2005). Menurut Geisert & Futrell (2006) pengajaran bersimulasi membolehkan realiti visual di bawa ke dalam kelas dan membolehkan murid belajar lebih dari keadaan yang sebenar jika simulasi itu benar-benar baik. Ini kerana simulasi mempunyai cirri-ciri keseronokan belajar, keserupaan dengan reality dan kurang ketakutan dan kebimbangan (Maddux, dalam Geisert & Futrell,
  • 10. 2006). Menurut Bitter & Pierson (2005) antara kaedah yang berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam sains adalah kaedah simulasi dan tutorial. Ini kerana kaedah ini biasanya direka oleh guru yang merekabentuk satu-satu perisian dengan mengambil kira objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai. Namun begitu kaedah ini dikatakan berkesan apabila pelajar tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang apa yang dipelajari sebelum kaedah simulasi (Akban, dalam Bitter & Pierson 2005). Kajian terhadap keberkesanan kaedah PBK dalam pengajaran telah lama menjadi fokus perbincangan oleh para pengkaji semenjak PBK diperkenalkan di Malaysia. Terdapat banyak kajian di Malaysia yang menumpukan PBK sebagai subjek kajian menganalisa kaedah PBK ini secara spesifik dan berfokus kepada tajuk-tajuk kecil dalam kaedah PBK. Ini kerana kaedah PBK mempunyai tafsiran dan pengertian yang luas yang terdiri daripada beberapa mod pembelajaran. Kajian Shaharuddin Mat Salleh & Tuck (2003) medapati PBK mendatangkan hasil yang positif terhadap minat dan kecenderungan murid untuk belajar matematik tajuk trigonometri. Menurut kajian tersebut juga terdapat perbezaan signifikan antara markah yang diperolehi oleh murid yang di kaji dalam pasca ujian setelah mendapat pengukuhan dalam PBK. Kajian juga mendapati PBK yang dihasilkan KPM bertajuk trigonometri mempunyai cirri-ciri rekabentuk PBK yang berkesan. Berdasarkan kajian tersebut juga dapat dirumuskan bahawa keberkesanan PBK juga bergantung kepada rekabentuk program itu dibuat.
  • 11. Sebuah lagi kajian yang dilakukan Mohd Aris Othman (2007) mendapati PBK juga mendatangkan impak positif terhadap penguasaan murid dalam matapelajaran geografi. Daripada hasil kajian tersebut didapati murid yang lemah dalam tajuk-tajuk tertentu telah dapat menguasai matapelajaran tersebut setelah menghadiri beberapa siri PBK. Menurut beliau Pencapaian akademik kumpulan eksperimen jelas menunjukkan prestasi akademik yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian yang akan dilakukan ini adalah berbentuk kajian ekperimen (Kuasi-Eksperimen) .Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen tulin apabila dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini dilakukan ke atas individu yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar misalnya perbezaan jantina, umur, latar belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya. Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen. Dalam perkataan lain,
  • 12. penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada responden kumpulan rawatan pada akhir eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan kepadanya atau faktor-faktor luaran yang lain. 3.2 Hipotesis Kajian H1: Terdapat perbezaan signifikan antara markah ujian pra ujian dengan markah pasca ujian ke atas kumpulan murid kawalan dan rawatan H2: Terdapat perbezaan signifikan antara markah pasca ujian kumpulan murid lemah dan cemerlang dalam kumpulan rawatan dengan markah pra ujian. 3.3 Populasi dan persampelan Terdapat seramai 64 orang murid yang terlibat dalam kajian ini. Kesemua mereka adalah terlibat dalam sampel kajian ini. Ini kerana hanya terdapat dua kelas sahaja di sekolah yang dikaji. 3.4 Kaedah Persampelan Pengkaji telah memilih persampelan secara rawak mudah dalam kajian ini. Ini kerana persampelan jenis ini mudah dilakukan dan diurus. Di dalam persampelan rawak setiap unit di dalam populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak menunjukkan peluang yang sama untuk memasuki proses pemilihan.
  • 13. Dalam persampelan ini murid akan dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan murid lemah (KML) dan kumpulan murid menguasai (KMM). Pembahagian kumpulan ini bagi memudahkan analisa dibuat kelak. Setiap orang murid dari setiap kumpulan akan diberi nombor dan dipilih secara rawak. Setelah itu mereka akan dikumpulkan dalam dua kumpulan kajian iaitu kumpulan rawatan (KR) dan kumpulan bukan kawalan (KBK). Kemudian Murid dalam KR akan menjalani sesi rawatan (PBK) dan kumpulan bukan kawalan (KBK) akan menjalani proses pembelajaran biasa. 3.5 Instrumen Kajian Terdapat tiga bentuk instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini a) Pra-ujian: Mengandungi soalan-soalan berkaitan kemahiran proses sains b) Pasca ujian : Mengandungi soalan berkaitan tajuk yang telah dipelajari c) Borang kaji selidik : Mengandungi soalan soal selidik bagi menganalisa pendapat dan pandangan murid tentang PBK