SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
Télécharger pour lire hors ligne
Sistem Pilihan Raya

Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang
memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan
Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-
System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan
raya yang berkenaan.

Undang-Undang dan Pelaksanaan Pilihan raya

Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk
memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan
yang digubal adalah seperti yang berikut:

   •   Perlembagaan Persekutuan;
   •   Perlembagaan Negeri;
   •   Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);
   •   Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);
   •   Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981;
   •   Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002;
   •   Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan
raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan
secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan
raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan
Dalam Negeri, 1960.

Elemen -Elemen Penting Pilihan Raya

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-

   •   Bahagian Pilihan Raya
   •   Pemilih
   •   Calon
   •   Proses Pilihan Raya

Bilangan Bahagian Pilihan Raya

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-
penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri
(Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan
Undangan Negeri.
Persempadanan Semula

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji
semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam
Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang
daripada 8 tahun.

Pendaftaran Pemilih

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri.
Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:

   •   Warganegara Malaysia;
   •   Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
   •   Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
   •   Tidak hilang kelayakan.

Hilang Kerakyatan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia:

   •   Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
   •   Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh
       lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
   •   Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
   •   Telah memperoleh kerakyatan asing.

Semakan Daftar Pengundi

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-
undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya
Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru
disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.
Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun
berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-
nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan
dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

Kelayakan Calon

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding
sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi
syarat berikut:
•   Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
   •   Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
   •   Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.
   •   Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:
   •   Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
   •   Ddidapati seorang bankrap; atau
   •   Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
   •   Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
   •   Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh
       tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan;
       atau
   •   Telah memperoleh kewarganegaraan asing.

Tempoh Pilihan Raya

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-
undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya
Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran. Pilihan Raya Kecil juga diadakan di
dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau
seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh
kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Proses Pilihan Raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan,
menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

Hari Penamaan Calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-
calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai
Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah
seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara jam 9.00 pagi hingga
10.00 pagi pada hari penamaan. Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00
pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai
Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Deposit

Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan
kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit
sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di
dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.
Penggunaan Simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat
kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol
yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

Kempen

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di
dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses
penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan
pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958
dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan
membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika
difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan
seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk
memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan
peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar.
Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat
Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-
calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai
perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh
calon-calon dan petugas-petugas parti.

Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa:
   • Pengedaran risalah dan surat;
   • Poster;
   • Ceramah tertutup dan ceramah umum;
   • Kempen dari rumah ke rumah.
   • Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelas menifesto masing-masing. Mereka
       juga boleh menggunakan media elektronik. Walau bagaimanapun, calon-calon perlu membayar
       deposit berjumlah RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Negeri.
       Deposit ini akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya
       di dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.
   • Sepanjang tempoh berkempen pihak polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis
       panduan kepada calon-calon yang bertanding untuk memastikan pilihan raya berjalan secara aman.
       Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Hari Mengundi

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi
bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun
demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.
Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang
undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan
Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan
raya seperti:

   •   Tarikh mengundi;
   •   Lokasi tempat mengundi;
   •   Waktu mengundi di semua tempat mengundi;
   •   Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.
   •   Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat mengundi
       mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengawal selia proses pengundian. Beliau akan
       dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi.
.
Barong SPR

Undang-undang yang ada pada masa ini melarang calon daripada mendirikan pondok di mana-mana pusat
mengundi di dalam kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik
dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika sekiranya terletak di luar jarak 50 meter dari pusat
mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan mendirikan
barong SPR di pusat-pusat mengundi. Barong-barong ini adalah untuk membantu pemilih menyemak
nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan teratur.

Kebenaran Untuk Memasuki Tempat Mengundi

Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat di dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi
sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi. Penggunaan kad pengenalan pemilih yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalan diri, dan perlu ditunjukkan di tempat
mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai
berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:
    • Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya;
    • Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya;
    • calon-calon dan wakil calon;
    • Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi; dan
    • orang-orang yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Cara-Cara Mengundi

Undi adalah rahsia. Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja, iaitu dengan
menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu
melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya memasukkannya ke dalam peti undi yang
disediakan. Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) kertas-kertas
undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang ditanda
“PARLIMEN” dan “NEGERI”.
Undi Pos

Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos.
Biasanya pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya,
pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri
atau suami masing-masing. Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam
5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga
kerahsiaan undi.

Ejen Mengundi

Undang-undang membenarkan calon melantik ejen mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon di
setiap tempat mengundi di sepanjang masa. Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan
mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Pengiraan Undi

Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan
undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di
pusat pengiraan undi yang ditetapkan. Semasa undi dikira, orang-orang yang dibenarkan sahaja boleh
memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah:

   •   Ahli-ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya;
   •   pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya;
   •   kerani mengira undi; dan
   •   calon, wakil dan ejen mengira undi.
   •   Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses
       yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan dan bagi memastikan urusan
       pengiraan undi itu betul, adil dan telus.

Penjumlahan Rasmi Undi

Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi, keputusan-keputusan
pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi. Pegawai Pengurus akan
menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk menentukan pemenang. Pegawai Pengurus bagi
sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti, sebagai wakil
yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan.

Petisyen Pilihan Raya

Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut:
   • Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya;
   • Ketidak patuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya;
   • Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon dan ejen-
      ejen;
•   Calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya.
   •   Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi di dalam masa 21 hari selepas
       tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta. Jika Hakim Pilihan Raya, selepas menjalankan
       perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal,
       Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis yang mana pilihan raya baru akan diadakan di
       bahagian pilihan raya tersebut.

Penyata Perbelanjaan Mengundi

   •   Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi:
   •   RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan
   •   RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
   •   Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri di dalam tempoh 31
       hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta. Kegagalan untuk
       mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk mengemukakannya di
       dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya
       1954.

Penyimpanan dan Pelupusan

   •   Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen
       lain berkaitan. Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan
       dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon.
   •   Peti-peti khas ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah
       Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga 'counter foils'
       kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan
       Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes-kes petisyen.
   •   Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus, selepas mendapat kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya
       akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan. Pegawai Pengurus kemudian
       akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Proses pilihan raya di Malaysia adalah satu proses yang baik berdasarkan kepada penggubalan beberapa
undang-undang dan peraturan yang memastikan pilihan raya yang bebas, adil dan telus. Di samping itu
proses pilihan raya ini menjamin keputusan pilihan raya diumumkan dengan cepat.

Pengenalan Sistem Demokrasi

Ciri utama bagi negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen ialah mengadakan pilihanraya
yang bebas. Dalam hal ini tujuan diadakan pilihanraya ialah agar rakyat menggunakan hak mereka untuk
memilih kerajaan yang mereka percaya boleh memerintah dengan baik dan memenuhi kehendak -kehendak
rakyat. Oleh itu parti yang paling banyak mendapat kepercayaan rakyat adalah berhak menggunakan
mandat itu selama lima tahun sehingga pilihanraya baru diadakan.
Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen

Demokrasi dan Perlembagaan adalah dua konsep yang sangat besar ertinya bagi kita di Malaysia. Pegangan
kita kepada kedua-dua konsep inilah yang menentukan corak kerajaan kita di samping segala kebebasan dan
kemakmuran yang dinikmati sehingga hari ini. Secara amnya demokrasi bermakna rakyat mempunyai suara
mutlak di dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara. Sejak negara mencapai
kemerdekaan, amalan demokrasi berparlimen telah ditentukan melalui sistem pilihanraya yang bebas.
Biasanya pada tiap-tiap lima tahun kita sebagai rakyat Malaysia adalah berhak memilih wakil-wakil kita
dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dan Dewan-dewan Undangan Negeri pula melantik Ahli-ahli Dewan Negara bagi mewakili kepentingan-
kepentingan tertentu.

Panduan Mengundi
Syarat-syarat mendaftar sebagai pengundi ialah:
   • Warganegara Malaysia
   • Berumur 21 tahun ke atas.
   • Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya
   • (Mengikut alamat dalam kad pengenalan)
   • Tidak hilang Kelayakan sebagai pemilih sebagaimana diperuntukkan di dalam undang-undang

Tip Mengundi

   •   Memeriksa nama anda dalam daftar pemilih sebelum ke tempat mengundi. Semakan boleh dibuat
       melalui Daftar Pemilih di Tempat Mengundi atau di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau
       melalui laman web SPR dua minggu sebelum hari mengundi.
              Laman Web SPR- http://www.spr.gov.my

   •   Datang awal ke tempat mengundi dan bawa salah satu dari dokumen-dokumen berikut :
   -   Kad Pengenalan atau
   -   Pasport Terhad atau
   -   Pasport Antarabangsa atau
   -   Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9) atau
   -   Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar (JPN 1/11) atau
   -   Lesen Memandu.

   •   Undi anda amat dihargai. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seseorang pun yang
       boleh menghalang anda dari membuang undi.
   •   Dalam pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan tunjukkan
       Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya.
   •   Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, anda akan diberi slip menyatakan nombor siri daftar
       dan saluran mengundi anda.
   •   Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada kerani pengundian pertama yang akan
       meneriakkan nama dan nombor Kad Pengenalan atau nombor siri anda. Kerani kedua akan
       mengeluarkan kertas undi anda yang telah terlipat dua dan menyerahkannya kepada kerani ketiga
       yang akan menindik kertas undi tersebut.
•   Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan turunkan tanda “X” pada petak kosong di atas
       kertas undi anda bersebelahan nama dan simbol calon yang anda pilih.
   •   Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi
   •   Keluarlah melalui pintu yang disediakan.
   •   Peraturan Mengundi
   •   Beratur
   •   Sentiasa senyap di kawasan pusat mengundi
   •   Mengundi hanya sekali
   •   Bagi Pemilih yang cacat penglihatan atau cacat anggota boleh mengundi. Mereka mesti hadir ke
       pusat mengundi dengan ditemani oleh ibu, bapa, abang, adik, suami atau isteri yang telah diberikan
       kuasa untuk mengundi bagi pihak mereka. Wakil ini mesti menandatangani Perisytiharan identiti.
   •   Pemilih cacat penglihatan dan cacat anggota yang tidak ditemani saudara juga juga boleh mengundi.
       Mereka boleh meminta pertolongan Ketua Tempat Mengundi untuk membantu mereka membuang
       undi.

Yang Tidak harus Dilakukan

   •   Jangan menerima sebarang imbuhan berupa wang atau barangan
   •   Jangan masuk ke pusat mengundi memakai lencana atau simbol parti yang besar.
   •   Jangan berbual-bual atau bertanya ketika di dalam saluran mengundi. Dapatkan pertolongan Ketua
       Tempat Mengundi sekiranya anda perlukan bantuan.
   •   Jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuang undi.
   •   Jangan bazirkan kertas undi anda.
   •   Jangan tunjukkan kertas undi kepada sesiapa setelah anda selesai mengundi.
       - Anda hanya mengundi sekali sahaja dalam satu-satu pilihan raya.
   •   Jangan mengundi lebih dari sekali kerana tindakan itu adalah satu kesalahan yang besar.

Pendaftaran Pemilih

Pendaftaran pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang membolehkan warganegara
Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu membolehkan Pemilih Berdaftar yang
bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam
daftar pemilih yang sudah disahkan.

Mendaftar Sebagai Pemilih

Untuk mendapatkan hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang
warganegara.

Tempoh Pendaftaran Pemilih

Melalui Sistem Pendaftaran     Pemilih Sepanjang Tahun (SPPST), pendaftaran pemilih boleh dibuat
sepanjang tahun.
Bagaimana Untuk Mendaftar

Pergi ke pusat-pusat pendaftaran:
   • Bawa bersama Kad Pengenalan ( My Kad) anda;
   • Mengisi borang permohonan (Borang A ).
   • Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang
   • Simpan satu salinan borang berkenaaan sebagai bukti pendaftaran
   • Pusat-pusat Pendaftaran pemilih

i) Kaunter Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya
ii) Kaunter pejabat-pejabat pilihanraya negeri
iii) Kaunter pejabat-pejabat pos berkomputer

Unit Bergerak

i) Unit Bergerak Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
ii) Penolong Pendaftar (Wakil-wakil Jabatan kerajaan)
iii) Penolong Pendaftar (Wakil-wakil parti politik)

Nombor Telefon Pejabat Pilihanraya Negeri

Negeri                             Nombor Telefon
Perlis                             04 - 9761180
Kedah                              04 - 7331332
Kelantan                           09 - 7482510
Terengganu                         09 - 6221218
Pulau Pinang                       04 - 2617692
Perak                              05 - 2544195
Pahang                             09 - 5165025
Selangor                           03 - 55194273
Wilayah Persekutuan                03 – 26811050
Negeri . Sembilan                  03 - 7639975
Melaka                             06 - 2824124
Johor                              07 – 2243516
Sabah                              088 – 488588
Sarawak                            082 - 254867

Laman Web : www.spr.gov.my
E- mail : spr@spr.gov.my

Bagaimana Hendak Menyemak Status Pendaftaran Anda:

Seseorang pemilih boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut:

   •   Melalui laman web SPR di http://www.spr.gov.my:
•   Melalui semakan itu, pemilih akan memperolehi maklumat-maklumat berikut:
                 i)       Nama,
                 ii)      Nombor K/P ( baru dan lama; jika ada) :
                 iii)     Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti.
   •   Datang sendiri ke Ibu Pejabat SPR atau ke Pejabat Pilihan Raya Negeri
   •   Menyemak Buku Daftar Pemilih yang dijual oleh SPR
   •   Menelefon ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat Pilihan Raya Negeri
   •   Melalui Unit Bergerak SPR
   •
Untuk makluman lanjut, sila layari laman web SPR di http: //www.spr.gov.my atau hubungi:

                                  Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
                                          Aras 4 – 5 Blok C7
                                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                                            62690 Putrajaya
                                          Tel : 03-88856500


Sumber Maklumat: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Contenu connexe

Tendances

Pengajian AM Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian AM  Demokrasi dan PilihanrayaPengajian AM  Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian AM Demokrasi dan PilihanrayaKhai Khairy
 
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaAnisah Musa
 
Agensi Mengurus dan Pelaksana
Agensi Mengurus dan Pelaksana Agensi Mengurus dan Pelaksana
Agensi Mengurus dan Pelaksana azam_hazel
 
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan NegeriPerlembagaan Negeri
Perlembagaan Negerimus_bmi
 
Bab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayaBab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayanasywah79
 
Demokrasi dan plihanraya-pengajian Am
Demokrasi dan plihanraya-pengajian AmDemokrasi dan plihanraya-pengajian Am
Demokrasi dan plihanraya-pengajian AmNoraZiemah AZman
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)JASONYAPMUNHONG
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanShila Sim Rin
 
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHANBab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHANnasywah79
 
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian MalaysiaKonsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian MalaysiaNasir Hassan
 
Pengajian Am- Badan Perundangan
Pengajian Am-  Badan PerundanganPengajian Am-  Badan Perundangan
Pengajian Am- Badan PerundanganKhai Khairy
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Khai Khairy
 
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)Normurni Mohamad
 
Sistem pentadbiran malaysia
Sistem pentadbiran malaysiaSistem pentadbiran malaysia
Sistem pentadbiran malaysiaSamad Shomie
 
P.am 1
P.am 1P.am 1
P.am 1suntar
 
Ciri ciri Negara Malaysia
Ciri ciri  Negara MalaysiaCiri ciri  Negara Malaysia
Ciri ciri Negara Malaysiamunnianwar
 
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara DemokrasiKerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasiasam jeruk
 

Tendances (20)

Pengajian AM Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian AM  Demokrasi dan PilihanrayaPengajian AM  Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian AM Demokrasi dan Pilihanraya
 
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
 
Agensi Mengurus dan Pelaksana
Agensi Mengurus dan Pelaksana Agensi Mengurus dan Pelaksana
Agensi Mengurus dan Pelaksana
 
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan NegeriPerlembagaan Negeri
Perlembagaan Negeri
 
Bab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayaBab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanraya
 
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUANSEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
 
Demokrasi dan plihanraya-pengajian Am
Demokrasi dan plihanraya-pengajian AmDemokrasi dan plihanraya-pengajian Am
Demokrasi dan plihanraya-pengajian Am
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
 
majlis raja-raja.pengajian am
majlis raja-raja.pengajian ammajlis raja-raja.pengajian am
majlis raja-raja.pengajian am
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHANBab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
 
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian MalaysiaKonsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
 
Pengajian Am- Badan Perundangan
Pengajian Am-  Badan PerundanganPengajian Am-  Badan Perundangan
Pengajian Am- Badan Perundangan
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1
 
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
 
Sistem pentadbiran malaysia
Sistem pentadbiran malaysiaSistem pentadbiran malaysia
Sistem pentadbiran malaysia
 
P.am 1
P.am 1P.am 1
P.am 1
 
Ciri ciri Negara Malaysia
Ciri ciri  Negara MalaysiaCiri ciri  Negara Malaysia
Ciri ciri Negara Malaysia
 
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara DemokrasiKerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
 

Similaire à PILIHAN RAYA MALAYSIA

Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)Akhy Sham
 
pkpu 02 th 2013 seleksi kpu
pkpu 02 th 2013 seleksi kpupkpu 02 th 2013 seleksi kpu
pkpu 02 th 2013 seleksi kpuKPU KOTA KENDARI
 
Pemilu untuk Kita.ppt
Pemilu untuk Kita.pptPemilu untuk Kita.ppt
Pemilu untuk Kita.pptANZAKKI
 
Memahami UU Pemilu Nomor 7 tahun 2017
Memahami UU Pemilu Nomor 7 tahun 2017Memahami UU Pemilu Nomor 7 tahun 2017
Memahami UU Pemilu Nomor 7 tahun 2017Ahsanul Minan
 
DINAMIKA MALAYSIA: PILIHAN RAYA.pptx
DINAMIKA MALAYSIA: PILIHAN RAYA.pptxDINAMIKA MALAYSIA: PILIHAN RAYA.pptx
DINAMIKA MALAYSIA: PILIHAN RAYA.pptxFaiqIkram1
 
Dinamika sistem pemilu di indonesia
Dinamika sistem pemilu di indonesiaDinamika sistem pemilu di indonesia
Dinamika sistem pemilu di indonesiaAhsanul Minan
 
Pengajian Am Nota Pendek Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian Am Nota Pendek Demokrasi dan PilihanrayaPengajian Am Nota Pendek Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian Am Nota Pendek Demokrasi dan PilihanrayaKhai Khairy
 
Presentasi kajian penindakan dugaan pelanggaran
Presentasi kajian penindakan dugaan pelanggaranPresentasi kajian penindakan dugaan pelanggaran
Presentasi kajian penindakan dugaan pelanggaranBilly Adam Fisher
 
PKPU nomor 5 tahun 2015.
PKPU nomor 5 tahun 2015.PKPU nomor 5 tahun 2015.
PKPU nomor 5 tahun 2015.Arifuddin Ali.
 
Peraturan Bawaslu nomor 7 Tahun 2022.docx
Peraturan Bawaslu nomor 7 Tahun 2022.docxPeraturan Bawaslu nomor 7 Tahun 2022.docx
Peraturan Bawaslu nomor 7 Tahun 2022.docxpanwascamSumbang
 
Materi UU Pemilu tahapan dan program pemilu 2019
Materi UU Pemilu tahapan dan program pemilu 2019Materi UU Pemilu tahapan dan program pemilu 2019
Materi UU Pemilu tahapan dan program pemilu 2019Dody Wijaya
 
Per kpu no 26 tahun 2013 memicu transmigrasi pemilih
Per kpu no 26 tahun 2013 memicu transmigrasi pemilihPer kpu no 26 tahun 2013 memicu transmigrasi pemilih
Per kpu no 26 tahun 2013 memicu transmigrasi pemilihAhmad Solihin
 
Sosialisasi Pemilu PPLN Wellington
Sosialisasi Pemilu PPLN WellingtonSosialisasi Pemilu PPLN Wellington
Sosialisasi Pemilu PPLN Wellingtonpemilunz
 
Focus Group Discussion with MPR RI ang Universitas Hasanuddin
Focus Group Discussion with MPR RI ang Universitas HasanuddinFocus Group Discussion with MPR RI ang Universitas Hasanuddin
Focus Group Discussion with MPR RI ang Universitas HasanuddinAwaluddinSaputra1
 

Similaire à PILIHAN RAYA MALAYSIA (20)

Pam demokrasidanplihanraya
Pam demokrasidanplihanrayaPam demokrasidanplihanraya
Pam demokrasidanplihanraya
 
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
 
pkpu 02 th 2013 seleksi kpu
pkpu 02 th 2013 seleksi kpupkpu 02 th 2013 seleksi kpu
pkpu 02 th 2013 seleksi kpu
 
Wita ti
Wita tiWita ti
Wita ti
 
Suruhanjaya pilihan raya
Suruhanjaya pilihan rayaSuruhanjaya pilihan raya
Suruhanjaya pilihan raya
 
Pemilu untuk Kita.ppt
Pemilu untuk Kita.pptPemilu untuk Kita.ppt
Pemilu untuk Kita.ppt
 
Memahami UU Pemilu Nomor 7 tahun 2017
Memahami UU Pemilu Nomor 7 tahun 2017Memahami UU Pemilu Nomor 7 tahun 2017
Memahami UU Pemilu Nomor 7 tahun 2017
 
Bab i
Bab   iBab   i
Bab i
 
DINAMIKA MALAYSIA: PILIHAN RAYA.pptx
DINAMIKA MALAYSIA: PILIHAN RAYA.pptxDINAMIKA MALAYSIA: PILIHAN RAYA.pptx
DINAMIKA MALAYSIA: PILIHAN RAYA.pptx
 
Dinamika sistem pemilu di indonesia
Dinamika sistem pemilu di indonesiaDinamika sistem pemilu di indonesia
Dinamika sistem pemilu di indonesia
 
Pengajian Am Nota Pendek Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian Am Nota Pendek Demokrasi dan PilihanrayaPengajian Am Nota Pendek Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian Am Nota Pendek Demokrasi dan Pilihanraya
 
Presentasi kajian penindakan dugaan pelanggaran
Presentasi kajian penindakan dugaan pelanggaranPresentasi kajian penindakan dugaan pelanggaran
Presentasi kajian penindakan dugaan pelanggaran
 
PKPU nomor 5 tahun 2015.
PKPU nomor 5 tahun 2015.PKPU nomor 5 tahun 2015.
PKPU nomor 5 tahun 2015.
 
Peraturan Bawaslu nomor 7 Tahun 2022.docx
Peraturan Bawaslu nomor 7 Tahun 2022.docxPeraturan Bawaslu nomor 7 Tahun 2022.docx
Peraturan Bawaslu nomor 7 Tahun 2022.docx
 
Materi UU Pemilu tahapan dan program pemilu 2019
Materi UU Pemilu tahapan dan program pemilu 2019Materi UU Pemilu tahapan dan program pemilu 2019
Materi UU Pemilu tahapan dan program pemilu 2019
 
Per kpu no 26 tahun 2013 memicu transmigrasi pemilih
Per kpu no 26 tahun 2013 memicu transmigrasi pemilihPer kpu no 26 tahun 2013 memicu transmigrasi pemilih
Per kpu no 26 tahun 2013 memicu transmigrasi pemilih
 
Sosialisasi Pemilu PPLN Wellington
Sosialisasi Pemilu PPLN WellingtonSosialisasi Pemilu PPLN Wellington
Sosialisasi Pemilu PPLN Wellington
 
55555555555555
5555555555555555555555555555
55555555555555
 
55555555555555
5555555555555555555555555555
55555555555555
 
Focus Group Discussion with MPR RI ang Universitas Hasanuddin
Focus Group Discussion with MPR RI ang Universitas HasanuddinFocus Group Discussion with MPR RI ang Universitas Hasanuddin
Focus Group Discussion with MPR RI ang Universitas Hasanuddin
 

Dernier

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 

Dernier (20)

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 

PILIHAN RAYA MALAYSIA

  • 1. Sistem Pilihan Raya Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post- System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan. Undang-Undang dan Pelaksanaan Pilihan raya Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut: • Perlembagaan Persekutuan; • Perlembagaan Negeri; • Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19); • Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5); • Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981; • Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002; • Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003. Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960. Elemen -Elemen Penting Pilihan Raya Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:- • Bahagian Pilihan Raya • Pemilih • Calon • Proses Pilihan Raya Bilangan Bahagian Pilihan Raya Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk- penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.
  • 2. Persempadanan Semula Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun. Pendaftaran Pemilih Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia: • Warganegara Malaysia; • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan; • Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan • Tidak hilang kelayakan. Hilang Kerakyatan Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia: • Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau • Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau • Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau • Telah memperoleh kerakyatan asing. Semakan Daftar Pengundi Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang- undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama- nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan. Kelayakan Calon Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:
  • 3. Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini; • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan • Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding. • Seseorang calon hilang kelayakan jika dia: • Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau • Ddidapati seorang bankrap; atau • Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau • Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau • Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau • Telah memperoleh kewarganegaraan asing. Tempoh Pilihan Raya Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang- undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran. Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya. Proses Pilihan Raya Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi. Hari Penamaan Calon Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon- calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan. Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding. Deposit Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.
  • 4. Penggunaan Simbol Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi. Kempen Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding. Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon- calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti. Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa: • Pengedaran risalah dan surat; • Poster; • Ceramah tertutup dan ceramah umum; • Kempen dari rumah ke rumah. • Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelas menifesto masing-masing. Mereka juga boleh menggunakan media elektronik. Walau bagaimanapun, calon-calon perlu membayar deposit berjumlah RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Negeri. Deposit ini akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya di dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi. • Sepanjang tempoh berkempen pihak polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yang bertanding untuk memastikan pilihan raya berjalan secara aman. Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Hari Mengundi Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun
  • 5. demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti: • Tarikh mengundi; • Lokasi tempat mengundi; • Waktu mengundi di semua tempat mengundi; • Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi. • Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengawal selia proses pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi. . Barong SPR Undang-undang yang ada pada masa ini melarang calon daripada mendirikan pondok di mana-mana pusat mengundi di dalam kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika sekiranya terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan mendirikan barong SPR di pusat-pusat mengundi. Barong-barong ini adalah untuk membantu pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan teratur. Kebenaran Untuk Memasuki Tempat Mengundi Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat di dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi. Penggunaan kad pengenalan pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalan diri, dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi: • Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya; • Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya; • calon-calon dan wakil calon; • Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi; dan • orang-orang yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Cara-Cara Mengundi Undi adalah rahsia. Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan. Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) kertas-kertas undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang ditanda “PARLIMEN” dan “NEGERI”.
  • 6. Undi Pos Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Biasanya pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-masing. Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi. Ejen Mengundi Undang-undang membenarkan calon melantik ejen mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa. Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan. Pengiraan Undi Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan. Semasa undi dikira, orang-orang yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah: • Ahli-ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya; • pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya; • kerani mengira undi; dan • calon, wakil dan ejen mengira undi. • Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan dan bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus. Penjumlahan Rasmi Undi Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi, keputusan-keputusan pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi. Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk menentukan pemenang. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti, sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan. Petisyen Pilihan Raya Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut: • Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya; • Ketidak patuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya; • Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon dan ejen- ejen;
  • 7. Calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya. • Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi di dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta. Jika Hakim Pilihan Raya, selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis yang mana pilihan raya baru akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut. Penyata Perbelanjaan Mengundi • Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi: • RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan • RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri • Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri di dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta. Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk mengemukakannya di dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Penyimpanan dan Pelupusan • Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen lain berkaitan. Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon. • Peti-peti khas ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga 'counter foils' kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes-kes petisyen. • Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus, selepas mendapat kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan. Pegawai Pengurus kemudian akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri. Proses pilihan raya di Malaysia adalah satu proses yang baik berdasarkan kepada penggubalan beberapa undang-undang dan peraturan yang memastikan pilihan raya yang bebas, adil dan telus. Di samping itu proses pilihan raya ini menjamin keputusan pilihan raya diumumkan dengan cepat. Pengenalan Sistem Demokrasi Ciri utama bagi negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen ialah mengadakan pilihanraya yang bebas. Dalam hal ini tujuan diadakan pilihanraya ialah agar rakyat menggunakan hak mereka untuk memilih kerajaan yang mereka percaya boleh memerintah dengan baik dan memenuhi kehendak -kehendak rakyat. Oleh itu parti yang paling banyak mendapat kepercayaan rakyat adalah berhak menggunakan mandat itu selama lima tahun sehingga pilihanraya baru diadakan.
  • 8. Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen Demokrasi dan Perlembagaan adalah dua konsep yang sangat besar ertinya bagi kita di Malaysia. Pegangan kita kepada kedua-dua konsep inilah yang menentukan corak kerajaan kita di samping segala kebebasan dan kemakmuran yang dinikmati sehingga hari ini. Secara amnya demokrasi bermakna rakyat mempunyai suara mutlak di dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara. Sejak negara mencapai kemerdekaan, amalan demokrasi berparlimen telah ditentukan melalui sistem pilihanraya yang bebas. Biasanya pada tiap-tiap lima tahun kita sebagai rakyat Malaysia adalah berhak memilih wakil-wakil kita dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Dewan-dewan Undangan Negeri pula melantik Ahli-ahli Dewan Negara bagi mewakili kepentingan- kepentingan tertentu. Panduan Mengundi Syarat-syarat mendaftar sebagai pengundi ialah: • Warganegara Malaysia • Berumur 21 tahun ke atas. • Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya • (Mengikut alamat dalam kad pengenalan) • Tidak hilang Kelayakan sebagai pemilih sebagaimana diperuntukkan di dalam undang-undang Tip Mengundi • Memeriksa nama anda dalam daftar pemilih sebelum ke tempat mengundi. Semakan boleh dibuat melalui Daftar Pemilih di Tempat Mengundi atau di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui laman web SPR dua minggu sebelum hari mengundi. Laman Web SPR- http://www.spr.gov.my • Datang awal ke tempat mengundi dan bawa salah satu dari dokumen-dokumen berikut : - Kad Pengenalan atau - Pasport Terhad atau - Pasport Antarabangsa atau - Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9) atau - Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar (JPN 1/11) atau - Lesen Memandu. • Undi anda amat dihargai. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seseorang pun yang boleh menghalang anda dari membuang undi. • Dalam pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan tunjukkan Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya. • Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, anda akan diberi slip menyatakan nombor siri daftar dan saluran mengundi anda. • Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada kerani pengundian pertama yang akan meneriakkan nama dan nombor Kad Pengenalan atau nombor siri anda. Kerani kedua akan mengeluarkan kertas undi anda yang telah terlipat dua dan menyerahkannya kepada kerani ketiga yang akan menindik kertas undi tersebut.
  • 9. Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan turunkan tanda “X” pada petak kosong di atas kertas undi anda bersebelahan nama dan simbol calon yang anda pilih. • Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi • Keluarlah melalui pintu yang disediakan. • Peraturan Mengundi • Beratur • Sentiasa senyap di kawasan pusat mengundi • Mengundi hanya sekali • Bagi Pemilih yang cacat penglihatan atau cacat anggota boleh mengundi. Mereka mesti hadir ke pusat mengundi dengan ditemani oleh ibu, bapa, abang, adik, suami atau isteri yang telah diberikan kuasa untuk mengundi bagi pihak mereka. Wakil ini mesti menandatangani Perisytiharan identiti. • Pemilih cacat penglihatan dan cacat anggota yang tidak ditemani saudara juga juga boleh mengundi. Mereka boleh meminta pertolongan Ketua Tempat Mengundi untuk membantu mereka membuang undi. Yang Tidak harus Dilakukan • Jangan menerima sebarang imbuhan berupa wang atau barangan • Jangan masuk ke pusat mengundi memakai lencana atau simbol parti yang besar. • Jangan berbual-bual atau bertanya ketika di dalam saluran mengundi. Dapatkan pertolongan Ketua Tempat Mengundi sekiranya anda perlukan bantuan. • Jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuang undi. • Jangan bazirkan kertas undi anda. • Jangan tunjukkan kertas undi kepada sesiapa setelah anda selesai mengundi. - Anda hanya mengundi sekali sahaja dalam satu-satu pilihan raya. • Jangan mengundi lebih dari sekali kerana tindakan itu adalah satu kesalahan yang besar. Pendaftaran Pemilih Pendaftaran pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu membolehkan Pemilih Berdaftar yang bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih yang sudah disahkan. Mendaftar Sebagai Pemilih Untuk mendapatkan hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara. Tempoh Pendaftaran Pemilih Melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (SPPST), pendaftaran pemilih boleh dibuat sepanjang tahun.
  • 10. Bagaimana Untuk Mendaftar Pergi ke pusat-pusat pendaftaran: • Bawa bersama Kad Pengenalan ( My Kad) anda; • Mengisi borang permohonan (Borang A ). • Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang • Simpan satu salinan borang berkenaaan sebagai bukti pendaftaran • Pusat-pusat Pendaftaran pemilih i) Kaunter Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya ii) Kaunter pejabat-pejabat pilihanraya negeri iii) Kaunter pejabat-pejabat pos berkomputer Unit Bergerak i) Unit Bergerak Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri ii) Penolong Pendaftar (Wakil-wakil Jabatan kerajaan) iii) Penolong Pendaftar (Wakil-wakil parti politik) Nombor Telefon Pejabat Pilihanraya Negeri Negeri Nombor Telefon Perlis 04 - 9761180 Kedah 04 - 7331332 Kelantan 09 - 7482510 Terengganu 09 - 6221218 Pulau Pinang 04 - 2617692 Perak 05 - 2544195 Pahang 09 - 5165025 Selangor 03 - 55194273 Wilayah Persekutuan 03 – 26811050 Negeri . Sembilan 03 - 7639975 Melaka 06 - 2824124 Johor 07 – 2243516 Sabah 088 – 488588 Sarawak 082 - 254867 Laman Web : www.spr.gov.my E- mail : spr@spr.gov.my Bagaimana Hendak Menyemak Status Pendaftaran Anda: Seseorang pemilih boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut: • Melalui laman web SPR di http://www.spr.gov.my:
  • 11. Melalui semakan itu, pemilih akan memperolehi maklumat-maklumat berikut: i) Nama, ii) Nombor K/P ( baru dan lama; jika ada) : iii) Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti. • Datang sendiri ke Ibu Pejabat SPR atau ke Pejabat Pilihan Raya Negeri • Menyemak Buku Daftar Pemilih yang dijual oleh SPR • Menelefon ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat Pilihan Raya Negeri • Melalui Unit Bergerak SPR • Untuk makluman lanjut, sila layari laman web SPR di http: //www.spr.gov.my atau hubungi: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4 – 5 Blok C7 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya Tel : 03-88856500 Sumber Maklumat: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia