SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  62
OLAHRAGA : ACARA PADANG
       OLEH: MINGGU ANAK RICHARD
   PPISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2012
               SEMESTER 2




OLAHRAGA/ REJAM LEMBING             1
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   2
OLAHRAGA ITU APA???

    Berasal daripada perkataan Greek
     ‘athlos’ yang bermaksud
     bertanding.
    Terbahagi kepada dua kategori
     iaitu:
        Acara Balapan
        Acara Padang




                  OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   3
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   4
SEJARAH ACARA REJAM LEMBING
   Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan
    dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu
    lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam
    peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan
    dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara
    merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua
    acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat
    negeri, daerah atau sekolah.




                          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                    5
   Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang
    dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam
    kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan
    ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling
    jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah
    lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.




                           OLAHRAGA/ REJAM LEMBING           6
PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING
   Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling
    yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera.
    Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan
    yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi
    ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam
    lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih
    kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau
    bola tenis.




                          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING            7
   Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan

    keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang

    berkesan semasa merejam lembing.

   Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para

    pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing,

    merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka

    dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya

    melenturkan badan sebelum merejam, langkah larian yang licin,

    keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan

    tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu

    kepada para pelatih.

                           OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                     8
KESELAMATAN PARA PELATIH
   Semasa membawa lembing
     Jangan berlari
     Mata lembing biarlah menghadap ke bawah


   Semasa latihan
     Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam
     Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan
     Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka
      mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh
      jurulatih
     Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua
      merejam.


                       OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                9
BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING
   Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran.
    Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor.

   Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran
    25cm-33cm.

   Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara
    kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki
    bawah 18 tahun.

   Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing
    untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita
    bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.


                           OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                      10
BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING




          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   11
GAYA MEMEGANG LEMBING

   Terdapat tiga teknik asas memegang
    lembing:
     Gaya Amerika
     Gaya Finnish
     Gaya pegangan- U




                     OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   12
   Gaya Amerika
     Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari
     telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.




                      OLAHRAGA/ REJAM LEMBING            13
   Gaya Finnish
     Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari
     tengah.




                     OLAHRAGA/ REJAM LEMBING         14
   Gaya Pegangan-U
     Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari
     tengah.




                      OLAHRAGA/ REJAM LEMBING             15
GAYA
                          REJAMAN
                          Gaya rejaman dari
                          atas bahu.




OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                       16
GAYA
                          REJAMAN
                          Gaya rejaman dari
                          bawah bahu.




OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                       17
KAWASAN MEREJAM LEMBING
   Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada
    sebarang gangguan atau halangan serta tidak
    membahayakan keselamatan orang ramai.

   Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan
    lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang
    dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai
    jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut.

   Panjang kawasan ini tidak mempunyai had
    asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi
    peserta.


                     OLAHRAGA/ REJAM LEMBING           18
   Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab

    acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka kawasan

    yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atau

    halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau

    orang ramai yang menyaksikan acara itu dijalankan.



   Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau

    stadium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut

    garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut penetapan yang

    diiktiraf IAAF.



                           OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                   19
Rajah Kawasan Rejaman




          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   20
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   21
BERAT & PANJANG LEMBING
       UNTUK LELAKI:
         2.60 meter
         800 gram


       UNTUK PEREMPUAN:
         2.20 meter
         600 gram




                OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   22
TEKNIK REJAMAN LEMBING
   Terdiri daripada empat fasa utama iaitu:


                  Fasa             Fasa Lari
               Persediaan           Landas




                 Fasa              Fasa Ikut
                Rejaman             Lajak




                   OLAHRAGA/ REJAM LEMBING     23
FASA PERSEDIAAN
   Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti
    teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing
    serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi
    perhatian ialah:
     Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan
      selesa
     Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih
      dengan kemas dan selesa
     Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan
      bersudut 40 darjah
     Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah
      kawasan rejaman
     Pandang ke arah kawasan rejaman
                       OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                24
FASA LARI LANDAS
   Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan
    yang maksimum dan dalam keadaan terkawal.
    Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
     Mulakan larian sambil memegang lembing pada
      aras kepala.
     Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara
      terkawal
     Langkah terakhir lebih besar daripada langkah –
      langkah sebelumnya
     Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa
      memberhentikan larian supaya kuasa larian
      dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa
      rejaman

                      OLAHRAGA/ REJAM LEMBING            25
FASA REJAMAN
   Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke
    lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada
    rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
     Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah,
      kilaskan badan ke sisi
     Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan
      menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi
      pinggang
     Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke
      hadapan untuk melancarkan lembing
     Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan
      lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa
      rejaman
                       OLAHRAGA/ REJAM LEMBING             26
FASA IKUT LAJAK
   Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan
    selepas merejam adalah penting. Perkara yang
    perlu diberi perhatian ialah:
     Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak
      ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki
     Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi
     Rendahkan badan bagi mengimbang dan
      menstabilkan kedudukan badan
     Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan
      lengkungan bulatan



                      OLAHRAGA/ REJAM LEMBING             27
Inilah foto yang menunjukkan teknik rejaman yang
digunakan oleh peserta semasa MSSD Bera 2009.
                            OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   28
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   29
CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN
              REJAMAN
   Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran
    yang di lakukan dalam kawasan bukan berbentuk bulatan
    seperti dalam acara lontaran lain.

   Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada lorong larian yang
    lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak
    lebih kurang antara 30 meter hingga 35 meter.

   Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta
    lain dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah
    langkah atau larian yang dibuat dan cara membuat
    pelepasan lembing.



                        OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                 30
   Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam
    melakukan rejaman umumnya adalah sama, sama
    ada lembing itu di rejam oleh peserta lelaki ataupun
    wanita.

   Ada beberapa peringkat yang terdapat pada
    perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama
    ada yang baru menceburi diri dalam acara ini
    ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus
    dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat
    dengan penekanan perhatian diberikan kepada
    kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman
    supaya mendapat jarak sejauh mungkin. Peringkat-
    peringkat itu adalah seperti berikut:



                      OLAHRAGA/ REJAM LEMBING              31
 Cara memegang lembing
 Larian awal
 Peringkat rejaman lembing
 Peringkat pendaratan lembing dan
  ikut lajak
 Peringkat mengundurkan diri.




             OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   32
Gaya
            Amerika
                                      Gaya
 Gaya
                                    Pegangan-
Finnish
                                        U

              CARA
           MEMEGANG
            LEMBING




          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING               33
LARIAN AWAL
   Setelah peserta mendapatkan pegangan yang sesuai, bermakna
    dia sudah bersedia untuk memulakan pergerakan membuat
    rejaman pada lembing yang dipegangnya itu. Untuk itu peserta
    berkenaan hendaklah dalam keadaan bersedia termasuk dari
    segi mental juga. Peserta tidak seharusnya cuba melakukan
    pergerakan secara tergesa-gesa kerana akan mengakibatkan
    pergerakan menjadi kurang sempurna. Berikut adalah di antara
    perkara yang boleh dijadikan panduan pada peringkat melakukan
    larian awal ini.


                         OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                    34
   Peserta hendaklah berdiri pada kedudukan sedia dengan
    merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan larian yang
    disediakan sambil tangan memegang lembing mengikut cara
    pegangan yang telah dipelajari.
   Jika boleh pastikan jumlah langkah atau jarak larian yang bakal
    dilakukan daripada lorong larian yang disediakan dengan cara
    umpamanya membuat check-mark seperti dalam larian untuk
    lompat jauh atau lompat kijang.
   Peserta meletakkan lembing pada bahu dengan siku tangan yang
    memegang lembing dibengkokkan ke hadapan. Jika peserta
    memegang lembing pada bawah bahunya, dia hendaklah
    meluruskan tangannya seakan-akan selari dengan lembing.


                          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                     35
   Jika bersedia, peserta boleh melakukan langkah
    menggunakan mana-mana kaki mengikut jumlah langkah
    yang akan dibuat dan pada kelajuan sederhana.

   Peserta hendaklah menumpukan perhatian penuh terhadap
    lembing yang bakal direjamkan, tanpa mempedulikan
    keadaan sekitarnya.

   Peserta melakukan larian hingga langkah terakhir
    mendarat dibelakang penanda arc dengan menggunakan
    tumit atau seluruh kaki hadapan. Ketika membawa lembing
    sambil berlari, badan condong sedikit ke belakang.

                          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING             36
PERINGKAT MEMBUAT REJAMAN
   Kini peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam
    keseluruhan acara merejam lembing ini. Jarak yang akan dicapai
    daripada rejaman lembing akan ditentukan pada peringkat ini. Ini
    bermakna peserta harus memberikan sepenuh perhatian pada
    peringkat ini.
   Harus diingat bahawa peserta akan melakukan rejaman sambil
    dirinya cuba memberhentikan keseluruhan badan supaya tidak
    melepasi penanda arc.
   Sering terjadi, peserta gagal mengimbangkan diri diperingkat ini
    sehingga menyebabkan kakinya terpijak atau melepasi penanda itu.
    Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam
    pergerakan peringkat ini.

                            OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                       37
   Untuk melakukan langkah terakhir sebelum berhenti, peserta
    hendaklah cuba membuka atau membuat langkah seluas mungkin
    supaya keseimbangan badan diperoleh.

   Peserta hendaklah mendarat pada kaki kanan berhampiran dengan
    penanda arc tanpa menyentuh, melangkah atau melepasi garisan
    tersebut. Peserta boleh juga membuat lompatan pada langkah akhir
    ini sambil tangan membantu mendapatkan keseimbangan badan.

   Peserta hendaklah melepaskan lembing pada sudut antara 35
    hingga 40 daripada permukan padang, dengan menggunakan
    kekuatan yang maksimum.

   Tangan yang tidak memegang lembing hendaklah mengawal
    rejaman dan kedudukan badan semasa larian sehingga membuat
    rejaman.

                           OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                     38
PERINGKAT PENDARATAN
      LEMBING DAN IKUT LAJAK
   Walaupun peserta telah selesai melakukan rejaman, tetapi
    pergerakan sebenar dalam acara ini masih belum selesai.
    Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan
    memberhentikan keseluruhan badan di hadapan penanda arc,
    tanpa kaki menyentuh atau melepasi penanda. Jika peserta
    melepasi penanda ini atau terkeluar dari kawasan rejaman,
    bermakna rejaman akan dibatalkan. Begitu juga jika peserta
    terjatuh atau tangannya menyentuh kawasan selepas arc untuk
    menggelakkan dirinya daripada terjatuh, juga akan dibatalkan.


                          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                   39
   Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan pada
    peringkat ini.
     Peserta hendaklah memberhentikan diri di hadapan penanda arc tanpa

      menyentuh atau melepasi penanda arc.

     Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan rejaman sehingga
      lembing mendarat atau terjatuh ke kawasan pendaratan yang
      disediakan. Pegawai pertandingan akan menentukan sama ad rejaman
      itu sah atau tidak berdasarkan cara lembing itu mendarat.

     Peserta hendaklah menumpukan perhatian dan pandangan kepada
      lembing yang baru dilontarnya sehingga lembing mendarat, sekurang-
      kurangnya peserta dapat melihat tempat pendaratan.




                             OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                       40
PERINGKAT BERUNDUR DIRI
   Kini semua pergerakan dalam acara merejam lembing telah
    selesai dan jarak rejaman juga dapat dilihat secara kasar
    oleh peserta.
   Tetapi, peserta tidak boleh terus meninggalkan kawasan
    rejaman sesuka hati. Dia hendaklah beredar dari kawasan
    itu ke belakang dari penanda arc, kerana undang-undang
    acara ini akan membatalkan rejaman seseorang peserta
    yang beredar dari kawasan rejaman melalui dan melepasi
    penanda arc.


                        OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                 41
   Akhirnya, peserta hendaklah kembali ke tempat peserta
    menunggu untuk rejaman seterusnya mengikut giliran
    yang ditetapkan.
   Dengan demikian, tamat pusingan pertama peserta
    merejam lembing. Pelakuan yang sama akan diulangi
    untuk rejaman kedua, ketiga atau sehingga kali keenam.
    Jika semua rejaman dilakukan dengan sempurna, maka
    jarak terbaik daripada rejaman ini akan menentukan
    kedudukan peserta itu dibandingkan dengan peserta
    yang lain.



                        OLAHRAGA/ REJAM LEMBING              42
PERATURAN MEREJAM LEMBING
 Setiap permainan mempunyai peraturannya
  yang tersendiri, begitu juga bagi acara
  rejam lembing.
 Antara peraturan-peraturannya ialah:
     Peraturan-peraturan Am Rejam Lembing
     Penggunaan Kasut
     Pita Pengukur
     Kesilapan Umum



                      OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   43
PERATURAN-PERATURAN AM
         REJAM LEMBING
☻   Lembing hendaklah dipegang pada bahagían gripnya.

☻   Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam
    kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah
    mendarat kawasan yang
    dibenarkan.

☻   Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas
    padang, cukup sekadar kepaia lembing menyentuh tanah
    dahulu.

☻   Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman
    selagi lembing belum mendarat.
                          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING               44
☻   Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau
    berada di udara, rejaman adalah sah.
☻   Sarung tangan tidak dibenarkan.
☻   Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat
    kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya
    melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan setiap
    peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman
    paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan
    diberi tiga rejaman.




                           OLAHRAGA/ REJAM LEMBING               45
PENGGUNAAN KASUT
    Kasut yang paling sesuai digunakan dalam
     acara ini ialah spike.
    Jika menggunakan kasut getah, hendaklah
     dipastikan kasut itu dalam keadaan baik
     terutama pada bahagian tapaknya.




                     OLAHRAGA/ REJAM LEMBING    46
PITA PENGUKUR
   Pita pengukur yang digunakan hendaklah
    yang lebih panjang ukurannya.

   Pengukuran dibuat dari tempat titik di
    mana kepala lembing mendarat dengan
    garisan penanda.




                     OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   47
KESALAHAN UMUM
   Secara am, berikut adalah di antara kesilapan yang sering
    dilakukan oleh peserta acara merejam lembing.
     Peserta tidak memegang lembing pada bahagian atau yempat yang
      dikhaskan.

     Peserta melakukan larian awal di luar lorong atau kawasan yang

      disediakan.

     Peserta teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia

      untuk membuat rejaman.

     Peserta tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai

      untuk melakukan larian, sehingga menyebabkan kakinya menyentuh
      atau melepasi penanda arc.


                             OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                        48
 Lembing yang direjam tidak memecah kawasan mendarat pada

  bahagian kepalanya sehingga tiada kesan cecahannya.

 Lembing mendarat di luar kawasan mendarat yang disediakan.

 Peserta terus meninggalkan kawasan rejaman sebaik selesai

  melakukan rejaman sebelum lembing mendarat.

 Peserta meninggalkan kawasan rejaman melalui bahagian

  hadapan melepasi penanda arc.

 Peserta gagal melakukan rejaman bersih daripada keseluruhan

  jumlah rejaman yang diberi kepadanya.

 Peserta tidak mematuhi aturan dan undang-undang acara.



                       OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                  49
JAGUH ACARA REJAM LEMBING
   Dato’ Nashatar Singh (Malaysia)

   Ballang Lassung (Malaysia)

   Norsham Yon (Malaysia- wanita)

   Jan Zelezny (Czech)

   Barbora Spotáková (Pemegang Rekod Dunia-
    wanita; Republik Czech)

   Maria Abakumova (Rusia)



                      OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   50
DATO’ NASHATAR SINGH




          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   51
   Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang
    Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang
    pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-
    an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu
    Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan
    SEAP pada masa yang lalu.
   Dato’ Nashatar Singh bukan sahaja meninggalkan lapangan
    Olahraga yang diceburinya dengan rekod pencapaian hebat
    dan mengagumkan, malah merupakan antara sebilangan kecil
    atlet olahraga yang pernah beraksi di setiap kejohanan bermula
    dari Sukan SEAP hinggalah temasya paling berprestij Sukan
    Olimpik , yang menghimpunkan barisan bintang sukan ternama
    dunia.

                         OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                     52
   Nashatar tampil beraksi dua kali pada Sukan Olimpik, Tokyo
    1964 dan Mexico 1968 – pencapaian yang boleh disifatkan
    mustahil untuk dilakukan oleh perejam lembing pada hari ini,
    malah hakikat bahawa beliau satu-satunya atlet acara itu yang
    pernah beraksi di Olimpik, kekal tidak terusik meskipun Ballang
    Lasung dan Yazid Imran pernah cuba melakukannya pada era
    kegemilangan masing-masing.
   Pencapaian terbaik Nashatar adalah ketika beliau memenangi
    dua pingat emas di Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 dengan
    lontaran lembing sejauh 71.56m (rekod Asia), dan
    kemudiannya memecahkan rekod Sukan SEAP dalam acara
    lontar peluru dengan lontaran sejauh 14.09m.


                          OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                     53
   Tahun berikutnya, di Sukan Asia Bangkok, Nashatar terus
    mempamer kejaguhan apabila meraih pingat emas Rejam
    Lembing, dengan catatan 72.92m, sekaligus
    memperbaharui rekod Asia miliknya sendiri.



   Pencapaian hebat Nashatar tidak terhenti di situ, beliau
    unggul dengan memenangi enam pingat emas berturut-
    turut acara Rejam Lembing dari 1967-1975, dan juga
    emas Lontar Peluru pada tahun 1967. Beliau bersara
    pada 1975, dan beralih ke bidang kejurulatihan pada 1977
    - 1994.

                           OLAHRAGA/ REJAM LEMBING             54
Spotakava & Abakumova




DAEGU – Atlet Rusia, Maria Abakumova berjaya mengatasi pemegang rekod dunia,
Barbora Spotakova untuk menjuarai acara merejam lembing wanita di Kejohanan Olahraga
Dunia.



                                OLAHRAGA/ REJAM LEMBING                                55
   Abakumova memenangi pingat emas dengan rekod
    kejohanan 71.99 meter, catatan kedua terbaik
    sepanjang zaman.
   Atlet dari Republik Czech, Spotakova pula merekodkan
    catatan terbaik musim ini 71.58m untuk pingat perak,
    manakala atlet Afrika Selatan, Sunette Viljoen
    memenangi gangsa dengan 68.38m.
   Ini kali pertama dua atlet wanita berjaya melakukan
    rejaman melebihi 71m dalam satu kejo- hanan yang
    sama.



                         OLAHRAGA/ REJAM LEMBING           56
Info Ekstra…
   Di peringkat dunia pula jarak terbaik pada tahun
    1996 adalah 92.88m yang dibuat oleh Jan
    Zelezny (Czech) semasa Grand Prix Jena
    (Jerman). Sementara rekod bagi rejam lembing
    wanita dimiliki oleh Barbora Spotáková yang
    dibuat pada tahun 2008 dengan jarak 72.28m
    yang dibuat semasa IAAF / VTB Bank World
    Athletics Final at Stuttgart (Jerman).


                       OLAHRAGA/ REJAM LEMBING         57
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   58
Video: Rejam Lembing




           OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   59
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   60
Rujukan
1. http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewforum.php
2. Artikel
   Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte
   nt.asp?y=2011&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Su
   kan&pg=su_09.htm#ixzz2Gs8BpBK1




                 OLAHRAGA/ REJAM LEMBING         61
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   62

Contenu connexe

Tendances

lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar peluru
dhuhahuda
 
L berpagar
L berpagarL berpagar
L berpagar
firo HAR
 
Lari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterLari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meter
Adada Eric
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
Tembuakar Corp
 
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
khairul azlan taib
 
Acara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaAcara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak Sederhana
Jessyca Ungat
 
Kemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingKemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola baling
Hiroshi Sakae
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
Tinagaran Magisparan
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistik
Afzan Razali
 

Tendances (20)

Periodisasi Latihan
Periodisasi LatihanPeriodisasi Latihan
Periodisasi Latihan
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar peluru
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
L berpagar
L berpagarL berpagar
L berpagar
 
Lompat Jauh
Lompat JauhLompat Jauh
Lompat Jauh
 
2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari PecutContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
 
Lari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterLari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meter
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
 
Teori latihan olahraga
Teori latihan olahragaTeori latihan olahraga
Teori latihan olahraga
 
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
 
Acara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaAcara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak Sederhana
 
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
 
Kemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingKemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola baling
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) new
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistik
 
Balapan
BalapanBalapan
Balapan
 

Similaire à Pjk rejam lembing

Sejarah lari
Sejarah lari Sejarah lari
Sejarah lari
Nur Naima
 
Lompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulanLompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulan
Sok Moi Lee
 
Lari berganti ganti
Lari berganti gantiLari berganti ganti
Lari berganti ganti
Yusuf Uchem
 
Sejarah lari pecut
Sejarah lari pecutSejarah lari pecut
Sejarah lari pecut
rurounidin
 
lompat jauh
lompat jauhlompat jauh
lompat jauh
Amykoty
 

Similaire à Pjk rejam lembing (20)

Pjk rejam lembing
Pjk  rejam lembingPjk  rejam lembing
Pjk rejam lembing
 
Acara pecut
Acara pecutAcara pecut
Acara pecut
 
Sejarah lari
Sejarah lari Sejarah lari
Sejarah lari
 
Merejam lembing 2
Merejam lembing 2Merejam lembing 2
Merejam lembing 2
 
Lari lempar dan lompat
Lari lempar dan lompatLari lempar dan lompat
Lari lempar dan lompat
 
Tmk assgiment
Tmk assgimentTmk assgiment
Tmk assgiment
 
Lompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulanLompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulan
 
Lari berganti ganti
Lari berganti gantiLari berganti ganti
Lari berganti ganti
 
Sejarah lari pecut
Sejarah lari pecutSejarah lari pecut
Sejarah lari pecut
 
Lari Pecut
Lari PecutLari Pecut
Lari Pecut
 
Assignment lari pecut
Assignment lari pecutAssignment lari pecut
Assignment lari pecut
 
Lari pecut 1
Lari pecut 1Lari pecut 1
Lari pecut 1
 
0 pengenalan.pecut
0 pengenalan.pecut0 pengenalan.pecut
0 pengenalan.pecut
 
Atletik = lari sambung & lempar cakram
Atletik = lari sambung & lempar cakramAtletik = lari sambung & lempar cakram
Atletik = lari sambung & lempar cakram
 
Atletik = lari sambung & lempar cakram
Atletik = lari sambung & lempar cakramAtletik = lari sambung & lempar cakram
Atletik = lari sambung & lempar cakram
 
Makalah lompat jauh
Makalah lompat jauhMakalah lompat jauh
Makalah lompat jauh
 
Lompat Jauh
Lompat JauhLompat Jauh
Lompat Jauh
 
TUGAS POWER POINT.pptx
TUGAS POWER POINT.pptxTUGAS POWER POINT.pptx
TUGAS POWER POINT.pptx
 
Asas acara balapan : LARIAN JARAK SEDERHANA
Asas acara balapan : LARIAN JARAK SEDERHANAAsas acara balapan : LARIAN JARAK SEDERHANA
Asas acara balapan : LARIAN JARAK SEDERHANA
 
lompat jauh
lompat jauhlompat jauh
lompat jauh
 

Pjk rejam lembing

  • 1. OLAHRAGA : ACARA PADANG OLEH: MINGGU ANAK RICHARD PPISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2012 SEMESTER 2 OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 1
  • 3. OLAHRAGA ITU APA???  Berasal daripada perkataan Greek ‘athlos’ yang bermaksud bertanding.  Terbahagi kepada dua kategori iaitu:  Acara Balapan  Acara Padang OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 3
  • 5. SEJARAH ACARA REJAM LEMBING  Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 5
  • 6. Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 6
  • 7. PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING  Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 7
  • 8. Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing.  Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya melenturkan badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 8
  • 9. KESELAMATAN PARA PELATIH  Semasa membawa lembing  Jangan berlari  Mata lembing biarlah menghadap ke bawah  Semasa latihan  Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam  Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan  Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih  Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 9
  • 10. BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING  Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor.  Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm-33cm.  Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun.  Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 10
  • 11. BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 11
  • 12. GAYA MEMEGANG LEMBING  Terdapat tiga teknik asas memegang lembing:  Gaya Amerika  Gaya Finnish  Gaya pegangan- U OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 12
  • 13. Gaya Amerika  Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 13
  • 14. Gaya Finnish  Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 14
  • 15. Gaya Pegangan-U  Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 15
  • 16. GAYA REJAMAN Gaya rejaman dari atas bahu. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 16
  • 17. GAYA REJAMAN Gaya rejaman dari bawah bahu. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 17
  • 18. KAWASAN MEREJAM LEMBING  Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai.  Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut.  Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 18
  • 19. Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai yang menyaksikan acara itu dijalankan.  Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau stadium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut penetapan yang diiktiraf IAAF. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 19
  • 20. Rajah Kawasan Rejaman OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 20
  • 22. BERAT & PANJANG LEMBING  UNTUK LELAKI:  2.60 meter  800 gram  UNTUK PEREMPUAN:  2.20 meter  600 gram OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 22
  • 23. TEKNIK REJAMAN LEMBING  Terdiri daripada empat fasa utama iaitu: Fasa Fasa Lari Persediaan Landas Fasa Fasa Ikut Rejaman Lajak OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 23
  • 24. FASA PERSEDIAAN  Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:  Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa  Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa  Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah  Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman  Pandang ke arah kawasan rejaman OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 24
  • 25. FASA LARI LANDAS  Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:  Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala.  Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal  Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya  Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 25
  • 26. FASA REJAMAN  Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:  Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi  Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang  Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing  Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 26
  • 27. FASA IKUT LAJAK  Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:  Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki  Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi  Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan  Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 27
  • 28. Inilah foto yang menunjukkan teknik rejaman yang digunakan oleh peserta semasa MSSD Bera 2009. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 28
  • 30. CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN  Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam kawasan bukan berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain.  Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang antara 30 meter hingga 35 meter.  Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta lain dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian yang dibuat dan cara membuat pelepasan lembing. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 30
  • 31. Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan rejaman umumnya adalah sama, sama ada lembing itu di rejam oleh peserta lelaki ataupun wanita.  Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama ada yang baru menceburi diri dalam acara ini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin. Peringkat- peringkat itu adalah seperti berikut: OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 31
  • 32.  Cara memegang lembing  Larian awal  Peringkat rejaman lembing  Peringkat pendaratan lembing dan ikut lajak  Peringkat mengundurkan diri. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 32
  • 33. Gaya Amerika Gaya Gaya Pegangan- Finnish U CARA MEMEGANG LEMBING OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 33
  • 34. LARIAN AWAL  Setelah peserta mendapatkan pegangan yang sesuai, bermakna dia sudah bersedia untuk memulakan pergerakan membuat rejaman pada lembing yang dipegangnya itu. Untuk itu peserta berkenaan hendaklah dalam keadaan bersedia termasuk dari segi mental juga. Peserta tidak seharusnya cuba melakukan pergerakan secara tergesa-gesa kerana akan mengakibatkan pergerakan menjadi kurang sempurna. Berikut adalah di antara perkara yang boleh dijadikan panduan pada peringkat melakukan larian awal ini. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 34
  • 35. Peserta hendaklah berdiri pada kedudukan sedia dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan larian yang disediakan sambil tangan memegang lembing mengikut cara pegangan yang telah dipelajari.  Jika boleh pastikan jumlah langkah atau jarak larian yang bakal dilakukan daripada lorong larian yang disediakan dengan cara umpamanya membuat check-mark seperti dalam larian untuk lompat jauh atau lompat kijang.  Peserta meletakkan lembing pada bahu dengan siku tangan yang memegang lembing dibengkokkan ke hadapan. Jika peserta memegang lembing pada bawah bahunya, dia hendaklah meluruskan tangannya seakan-akan selari dengan lembing. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 35
  • 36. Jika bersedia, peserta boleh melakukan langkah menggunakan mana-mana kaki mengikut jumlah langkah yang akan dibuat dan pada kelajuan sederhana.  Peserta hendaklah menumpukan perhatian penuh terhadap lembing yang bakal direjamkan, tanpa mempedulikan keadaan sekitarnya.  Peserta melakukan larian hingga langkah terakhir mendarat dibelakang penanda arc dengan menggunakan tumit atau seluruh kaki hadapan. Ketika membawa lembing sambil berlari, badan condong sedikit ke belakang. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 36
  • 37. PERINGKAT MEMBUAT REJAMAN  Kini peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam keseluruhan acara merejam lembing ini. Jarak yang akan dicapai daripada rejaman lembing akan ditentukan pada peringkat ini. Ini bermakna peserta harus memberikan sepenuh perhatian pada peringkat ini.  Harus diingat bahawa peserta akan melakukan rejaman sambil dirinya cuba memberhentikan keseluruhan badan supaya tidak melepasi penanda arc.  Sering terjadi, peserta gagal mengimbangkan diri diperingkat ini sehingga menyebabkan kakinya terpijak atau melepasi penanda itu. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam pergerakan peringkat ini. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 37
  • 38. Untuk melakukan langkah terakhir sebelum berhenti, peserta hendaklah cuba membuka atau membuat langkah seluas mungkin supaya keseimbangan badan diperoleh.  Peserta hendaklah mendarat pada kaki kanan berhampiran dengan penanda arc tanpa menyentuh, melangkah atau melepasi garisan tersebut. Peserta boleh juga membuat lompatan pada langkah akhir ini sambil tangan membantu mendapatkan keseimbangan badan.  Peserta hendaklah melepaskan lembing pada sudut antara 35 hingga 40 daripada permukan padang, dengan menggunakan kekuatan yang maksimum.  Tangan yang tidak memegang lembing hendaklah mengawal rejaman dan kedudukan badan semasa larian sehingga membuat rejaman. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 38
  • 39. PERINGKAT PENDARATAN LEMBING DAN IKUT LAJAK  Walaupun peserta telah selesai melakukan rejaman, tetapi pergerakan sebenar dalam acara ini masih belum selesai. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan memberhentikan keseluruhan badan di hadapan penanda arc, tanpa kaki menyentuh atau melepasi penanda. Jika peserta melepasi penanda ini atau terkeluar dari kawasan rejaman, bermakna rejaman akan dibatalkan. Begitu juga jika peserta terjatuh atau tangannya menyentuh kawasan selepas arc untuk menggelakkan dirinya daripada terjatuh, juga akan dibatalkan. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 39
  • 40. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan pada peringkat ini.  Peserta hendaklah memberhentikan diri di hadapan penanda arc tanpa menyentuh atau melepasi penanda arc.  Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan rejaman sehingga lembing mendarat atau terjatuh ke kawasan pendaratan yang disediakan. Pegawai pertandingan akan menentukan sama ad rejaman itu sah atau tidak berdasarkan cara lembing itu mendarat.  Peserta hendaklah menumpukan perhatian dan pandangan kepada lembing yang baru dilontarnya sehingga lembing mendarat, sekurang- kurangnya peserta dapat melihat tempat pendaratan. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 40
  • 41. PERINGKAT BERUNDUR DIRI  Kini semua pergerakan dalam acara merejam lembing telah selesai dan jarak rejaman juga dapat dilihat secara kasar oleh peserta.  Tetapi, peserta tidak boleh terus meninggalkan kawasan rejaman sesuka hati. Dia hendaklah beredar dari kawasan itu ke belakang dari penanda arc, kerana undang-undang acara ini akan membatalkan rejaman seseorang peserta yang beredar dari kawasan rejaman melalui dan melepasi penanda arc. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 41
  • 42. Akhirnya, peserta hendaklah kembali ke tempat peserta menunggu untuk rejaman seterusnya mengikut giliran yang ditetapkan.  Dengan demikian, tamat pusingan pertama peserta merejam lembing. Pelakuan yang sama akan diulangi untuk rejaman kedua, ketiga atau sehingga kali keenam. Jika semua rejaman dilakukan dengan sempurna, maka jarak terbaik daripada rejaman ini akan menentukan kedudukan peserta itu dibandingkan dengan peserta yang lain. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 42
  • 43. PERATURAN MEREJAM LEMBING  Setiap permainan mempunyai peraturannya yang tersendiri, begitu juga bagi acara rejam lembing.  Antara peraturan-peraturannya ialah:  Peraturan-peraturan Am Rejam Lembing  Penggunaan Kasut  Pita Pengukur  Kesilapan Umum OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 43
  • 44. PERATURAN-PERATURAN AM REJAM LEMBING ☻ Lembing hendaklah dipegang pada bahagían gripnya. ☻ Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah mendarat kawasan yang dibenarkan. ☻ Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar kepaia lembing menyentuh tanah dahulu. ☻ Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 44
  • 45. Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman adalah sah. ☻ Sarung tangan tidak dibenarkan. ☻ Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 45
  • 46. PENGGUNAAN KASUT  Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike.  Jika menggunakan kasut getah, hendaklah dipastikan kasut itu dalam keadaan baik terutama pada bahagian tapaknya. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 46
  • 47. PITA PENGUKUR  Pita pengukur yang digunakan hendaklah yang lebih panjang ukurannya.  Pengukuran dibuat dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan penanda. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 47
  • 48. KESALAHAN UMUM  Secara am, berikut adalah di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh peserta acara merejam lembing.  Peserta tidak memegang lembing pada bahagian atau yempat yang dikhaskan.  Peserta melakukan larian awal di luar lorong atau kawasan yang disediakan.  Peserta teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia untuk membuat rejaman.  Peserta tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai untuk melakukan larian, sehingga menyebabkan kakinya menyentuh atau melepasi penanda arc. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 48
  • 49.  Lembing yang direjam tidak memecah kawasan mendarat pada bahagian kepalanya sehingga tiada kesan cecahannya.  Lembing mendarat di luar kawasan mendarat yang disediakan.  Peserta terus meninggalkan kawasan rejaman sebaik selesai melakukan rejaman sebelum lembing mendarat.  Peserta meninggalkan kawasan rejaman melalui bahagian hadapan melepasi penanda arc.  Peserta gagal melakukan rejaman bersih daripada keseluruhan jumlah rejaman yang diberi kepadanya.  Peserta tidak mematuhi aturan dan undang-undang acara. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 49
  • 50. JAGUH ACARA REJAM LEMBING  Dato’ Nashatar Singh (Malaysia)  Ballang Lassung (Malaysia)  Norsham Yon (Malaysia- wanita)  Jan Zelezny (Czech)  Barbora Spotáková (Pemegang Rekod Dunia- wanita; Republik Czech)  Maria Abakumova (Rusia) OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 50
  • 51. DATO’ NASHATAR SINGH OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 51
  • 52. Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70- an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu.  Dato’ Nashatar Singh bukan sahaja meninggalkan lapangan Olahraga yang diceburinya dengan rekod pencapaian hebat dan mengagumkan, malah merupakan antara sebilangan kecil atlet olahraga yang pernah beraksi di setiap kejohanan bermula dari Sukan SEAP hinggalah temasya paling berprestij Sukan Olimpik , yang menghimpunkan barisan bintang sukan ternama dunia. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 52
  • 53. Nashatar tampil beraksi dua kali pada Sukan Olimpik, Tokyo 1964 dan Mexico 1968 – pencapaian yang boleh disifatkan mustahil untuk dilakukan oleh perejam lembing pada hari ini, malah hakikat bahawa beliau satu-satunya atlet acara itu yang pernah beraksi di Olimpik, kekal tidak terusik meskipun Ballang Lasung dan Yazid Imran pernah cuba melakukannya pada era kegemilangan masing-masing.  Pencapaian terbaik Nashatar adalah ketika beliau memenangi dua pingat emas di Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 dengan lontaran lembing sejauh 71.56m (rekod Asia), dan kemudiannya memecahkan rekod Sukan SEAP dalam acara lontar peluru dengan lontaran sejauh 14.09m. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 53
  • 54. Tahun berikutnya, di Sukan Asia Bangkok, Nashatar terus mempamer kejaguhan apabila meraih pingat emas Rejam Lembing, dengan catatan 72.92m, sekaligus memperbaharui rekod Asia miliknya sendiri.  Pencapaian hebat Nashatar tidak terhenti di situ, beliau unggul dengan memenangi enam pingat emas berturut- turut acara Rejam Lembing dari 1967-1975, dan juga emas Lontar Peluru pada tahun 1967. Beliau bersara pada 1975, dan beralih ke bidang kejurulatihan pada 1977 - 1994. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 54
  • 55. Spotakava & Abakumova DAEGU – Atlet Rusia, Maria Abakumova berjaya mengatasi pemegang rekod dunia, Barbora Spotakova untuk menjuarai acara merejam lembing wanita di Kejohanan Olahraga Dunia. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 55
  • 56. Abakumova memenangi pingat emas dengan rekod kejohanan 71.99 meter, catatan kedua terbaik sepanjang zaman.  Atlet dari Republik Czech, Spotakova pula merekodkan catatan terbaik musim ini 71.58m untuk pingat perak, manakala atlet Afrika Selatan, Sunette Viljoen memenangi gangsa dengan 68.38m.  Ini kali pertama dua atlet wanita berjaya melakukan rejaman melebihi 71m dalam satu kejo- hanan yang sama. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 56
  • 57. Info Ekstra…  Di peringkat dunia pula jarak terbaik pada tahun 1996 adalah 92.88m yang dibuat oleh Jan Zelezny (Czech) semasa Grand Prix Jena (Jerman). Sementara rekod bagi rejam lembing wanita dimiliki oleh Barbora Spotáková yang dibuat pada tahun 2008 dengan jarak 72.28m yang dibuat semasa IAAF / VTB Bank World Athletics Final at Stuttgart (Jerman). OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 57
  • 59. Video: Rejam Lembing OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 59
  • 61. Rujukan 1. http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewforum.php 2. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte nt.asp?y=2011&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Su kan&pg=su_09.htm#ixzz2Gs8BpBK1 OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 61

Notes de l'éditeur

  1. Sebagaipengiktirafankepadapencapaiannya, NashatarmenerimaAnugerahDato’ PadukaTuankuJaafarpada 2005, yang membawagelaranDatukdaripada Yang di-PertuanBesarNegeri Sembilan ketikaitu, TuankuJa’afarAlmarhumTuanku Abdul Rahman.Antaraatletterkemuka yang menyerlahdibawahbeliauadalahDatukPadukaMumtazJaafar, Rabuan Pit, Wong Tee KuedanNorsham Yoon.