SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  2
Télécharger pour lire hors ligne
1/8/2010                                    http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.…




  PUASA PENJANA AKHLAK TERPUJI Oleh: Wan Marzuki (Majalah CAHAYA
  Ogos 2006)
 Pedoman


                       Puasa Penjana Akhlak Terpuji
                                            Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

 SALAH satu matlamat kefardhuan puasa Ramadhan ialah untuk menjana suatu natijah akhlak yang terpuji dan
 seterusnya mencapai kemuncak darjat ketaqwaan yang sebenar kepada Allah SWT.
          Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda yang
 bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan
 mengharapkan pahala dari-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
          Ramadhan merupakan bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin
 mencapai hasrat tersebut. Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadah akan lebih memudahkan
 proses taqarrub (mendekatkan diri seseorang kepada Allah) . Dengan itu seseorang mukmin akan lebih mudah
 itu untuk membezakan sesuatu yang hak dan batil.

 Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang
 tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
 1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
 2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
 3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan
 penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
 4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat
 dicapainya pada bulan lain.
 5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai
 Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan
 dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)

           Setiap umat Islam digalakkan menyimpan niat untuk menjalani ibadat puasa pada setiap hari di bulan
 Ramadhan sebagai manifestasi untuk melaksanakannya mengikut apa yang dikehendaki oleh syarak.
           Puasa adalah suatu ibadat tazkiyah al-nafs iaitu proses penyucian jiwa dan nurani dari segala penyakit
 rohani yang boleh mengkerdilkan kesempurnaan ibadat seseorang. Melalui ibadat puasalah diharapkan akan lahir
 sifat-sifat terpuji seperti amanah dann jujur dengan diri sendiri, bertanggungjawab, bertaqwa dan sabar.
           Apa jua kesederhanaan dan sedikit kekuatan yang dituntut sepanjang menjalani ibadat puasa ini
 mencerminkan ibadat puasa adalah bersifat sosial yang dikatakan boleh menjana deria keprihatinan dan
 keinsafan terhadap nasib umat Islam yang kurang bernasib baik.
           Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Apabila kamu berpuasa,
 maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah
 dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan
 hari berpuasa adalah sama.” (H.R Bukhari).
           Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dapat kita laksanakan dengan baik, perkara utama
 yang harus dahulukan adalah menyiapkan diri untuk memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai
 sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Antaranya ialah:
                •    Menjaga ibadat puasa dari terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga
                     anggota badan.
                •   Membanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang
                     dibaca.
                • Mengurangkan tidur pada siang hari bulan Ramadan.
                • Beriktikaf dalam masjid terutamanya pada sepuluh malam terakhir Ramadan
                •   Membanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan
                     jiwa manusia dari sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.
                • Jangan terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.
           Melihat kepada betapa besarnya fadilat yang bakal diperolehi oleh semua umat muslimin pada sepanjang
 bulan yang barakah ini, Rasulullah SAW telah memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadhan
 melalui satu khutbah baginda iaitu:
           “Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu

islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1…                                                                           1/2
1/8/2010                                    http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.…
 bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah telah jadikan puasa
 adalah kefardhuan dan bangun pada malamnya adalah satu tambahan.
          Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia
 dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardhu di bulan yang lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk
 memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi
 makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan
 kebebasan dari api neraka.”
          Secara jelasnya menikmati kehadiran Ramadhan dan fadilat yang terselindung di sebalik tabir
 kemunculannya menjadi tumpuan setiap umat Islam yang sentiasa mendambakan keberkatan dan pahala yang
 berlipat ganda dari Allah SWT.
          Usah jadikan Ramadhan sebagai bulan untuk berlumba-lumba menyajikan makanan yang pelbagai
 sehingga melakukan pembaziran atau menjadikan alasan berpuasa di dalam bulan Ramadhan untuk menjadi
 umat Islam yang rendah produktiviti dan tiada natijah penghidupan kerana keletihan berpuasa.
          Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datangnya malam pertama Ramadhan, diikatlah
 segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka.
 Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru “ Wahai manusia yang inginkan
 kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu dan bagi Allah orang
 yang dibebaskan dari api neraka.”


 Tarikh : 14 July 2006
 [Za k aria Bin O thm an]
 Editor : PR O JAKI M []
 Hits : 4925




islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1…                                                                          2/2

Contenu connexe

Tendances (14)

Pidato islam
Pidato islamPidato islam
Pidato islam
 
Pidato bahasa indonesia isra miraj nabi muhammad
Pidato bahasa indonesia  isra miraj nabi muhammadPidato bahasa indonesia  isra miraj nabi muhammad
Pidato bahasa indonesia isra miraj nabi muhammad
 
Ringkasan (mukhtasar) shahih bukhari 1 [syaikh muhammad nashiruddin al albani]
Ringkasan (mukhtasar) shahih bukhari 1 [syaikh muhammad nashiruddin al albani]Ringkasan (mukhtasar) shahih bukhari 1 [syaikh muhammad nashiruddin al albani]
Ringkasan (mukhtasar) shahih bukhari 1 [syaikh muhammad nashiruddin al albani]
 
Khutbah jumat
Khutbah jumatKhutbah jumat
Khutbah jumat
 
! La tahzan dr. aidh al-qarni
! La tahzan   dr. aidh al-qarni! La tahzan   dr. aidh al-qarni
! La tahzan dr. aidh al-qarni
 
Yasin
YasinYasin
Yasin
 
Naskah pidato untuk acara peringatan maulid nabi muhammad saw
Naskah pidato untuk acara peringatan maulid nabi muhammad sawNaskah pidato untuk acara peringatan maulid nabi muhammad saw
Naskah pidato untuk acara peringatan maulid nabi muhammad saw
 
Hadist ringkasan shahih imam bukhari
Hadist ringkasan shahih imam bukhariHadist ringkasan shahih imam bukhari
Hadist ringkasan shahih imam bukhari
 
Ebook ringkasan kitab hadist shahih imam bukhari
Ebook   ringkasan kitab hadist shahih imam bukhariEbook   ringkasan kitab hadist shahih imam bukhari
Ebook ringkasan kitab hadist shahih imam bukhari
 
Katakan kebenaran itu meskipun terasa pahit
Katakan kebenaran itu meskipun terasa pahitKatakan kebenaran itu meskipun terasa pahit
Katakan kebenaran itu meskipun terasa pahit
 
Hadist sahih imam muslim
Hadist sahih imam muslimHadist sahih imam muslim
Hadist sahih imam muslim
 
Ceramah maulid nabi
Ceramah maulid nabiCeramah maulid nabi
Ceramah maulid nabi
 
Hadits Shahih Imam Muslim
Hadits Shahih Imam MuslimHadits Shahih Imam Muslim
Hadits Shahih Imam Muslim
 
kultum anak
kultum anakkultum anak
kultum anak
 

En vedette (14)

Panduan asas fardu ain
Panduan asas fardu ainPanduan asas fardu ain
Panduan asas fardu ain
 
Beschreibung zentaurus rev.1.2
Beschreibung zentaurus rev.1.2Beschreibung zentaurus rev.1.2
Beschreibung zentaurus rev.1.2
 
7 jenis wajah mayat di dalam kubur
7 jenis wajah mayat di dalam kubur7 jenis wajah mayat di dalam kubur
7 jenis wajah mayat di dalam kubur
 
Masjid Nurul Iman Rawang Sejarah & Perkembangan
Masjid Nurul Iman Rawang Sejarah & PerkembanganMasjid Nurul Iman Rawang Sejarah & Perkembangan
Masjid Nurul Iman Rawang Sejarah & Perkembangan
 
Himpunan doa
Himpunan doaHimpunan doa
Himpunan doa
 
Puasa
PuasaPuasa
Puasa
 
Kiamat kian hampir
Kiamat kian hampirKiamat kian hampir
Kiamat kian hampir
 
Beriman Kepada Hari Akhir
Beriman Kepada Hari AkhirBeriman Kepada Hari Akhir
Beriman Kepada Hari Akhir
 
Presentazione Simona Sammarco 01
Presentazione Simona Sammarco 01Presentazione Simona Sammarco 01
Presentazione Simona Sammarco 01
 
Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Kronologi Hari Kiamat. AllahuakhbarKronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
 
Puasa
PuasaPuasa
Puasa
 
Iman kepada hari akhir[pai]
Iman kepada hari akhir[pai]Iman kepada hari akhir[pai]
Iman kepada hari akhir[pai]
 
Contoh Kisah Keteladanan Nabi Yusuf AS
Contoh Kisah Keteladanan Nabi Yusuf AS Contoh Kisah Keteladanan Nabi Yusuf AS
Contoh Kisah Keteladanan Nabi Yusuf AS
 
Normas icontec
Normas icontec Normas icontec
Normas icontec
 

Similaire à Puasa penjana akhlak terpuji

Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadanRisalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Ahmad Junaidi Mohd Said
 
Keistimewaan Bulan Ramdhan
Keistimewaan Bulan RamdhanKeistimewaan Bulan Ramdhan
Keistimewaan Bulan Ramdhan
SD
 

Similaire à Puasa penjana akhlak terpuji (20)

F0lio agama
F0lio agamaF0lio agama
F0lio agama
 
F0lio agama
F0lio agamaF0lio agama
F0lio agama
 
Ramadhan
RamadhanRamadhan
Ramadhan
 
Welcome Ramadhan
Welcome RamadhanWelcome Ramadhan
Welcome Ramadhan
 
Bulan ramadhan
Bulan ramadhanBulan ramadhan
Bulan ramadhan
 
Khutbah idul fitri 1434 h kobe jepang
Khutbah idul fitri 1434 h kobe jepangKhutbah idul fitri 1434 h kobe jepang
Khutbah idul fitri 1434 h kobe jepang
 
Rahasia puasa
Rahasia puasaRahasia puasa
Rahasia puasa
 
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadanRisalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
 
Mencapai Kesempurnaan Ramadhan
Mencapai Kesempurnaan RamadhanMencapai Kesempurnaan Ramadhan
Mencapai Kesempurnaan Ramadhan
 
Menggapai Keutamaan Ramadhan
Menggapai Keutamaan Ramadhan Menggapai Keutamaan Ramadhan
Menggapai Keutamaan Ramadhan
 
Keistimewaan Bulan Ramdhan
Keistimewaan Bulan RamdhanKeistimewaan Bulan Ramdhan
Keistimewaan Bulan Ramdhan
 
Asasa fardhu ain puasa dan ramadan
Asasa fardhu ain puasa dan ramadanAsasa fardhu ain puasa dan ramadan
Asasa fardhu ain puasa dan ramadan
 
Id ramadan message
Id ramadan messageId ramadan message
Id ramadan message
 
Bahan kultum-ramadhan
Bahan kultum-ramadhanBahan kultum-ramadhan
Bahan kultum-ramadhan
 
7 keutamaan bulan ramadhan bagi umat islam
7 keutamaan bulan ramadhan bagi umat islam7 keutamaan bulan ramadhan bagi umat islam
7 keutamaan bulan ramadhan bagi umat islam
 
Amalan Sunnah saat Bulan Ramadhan, yang Dianjurkan.pptx
Amalan Sunnah saat Bulan Ramadhan, yang Dianjurkan.pptxAmalan Sunnah saat Bulan Ramadhan, yang Dianjurkan.pptx
Amalan Sunnah saat Bulan Ramadhan, yang Dianjurkan.pptx
 
10 amal ibadah pada bulan puasa
10 amal ibadah pada bulan puasa10 amal ibadah pada bulan puasa
10 amal ibadah pada bulan puasa
 
E-BOOK RAMADAN SINDONEWS.pdf
E-BOOK RAMADAN SINDONEWS.pdfE-BOOK RAMADAN SINDONEWS.pdf
E-BOOK RAMADAN SINDONEWS.pdf
 
Tuntunan ibadah di Bulan Ramadhan
Tuntunan ibadah di Bulan RamadhanTuntunan ibadah di Bulan Ramadhan
Tuntunan ibadah di Bulan Ramadhan
 
Proposal pondok Romadlon MTs al-azhar desa Grobogan Mojowarno Jombang, By pak...
Proposal pondok Romadlon MTs al-azhar desa Grobogan Mojowarno Jombang, By pak...Proposal pondok Romadlon MTs al-azhar desa Grobogan Mojowarno Jombang, By pak...
Proposal pondok Romadlon MTs al-azhar desa Grobogan Mojowarno Jombang, By pak...
 

Dernier

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Dernier (20)

PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Puasa penjana akhlak terpuji

  • 1. 1/8/2010 http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.… PUASA PENJANA AKHLAK TERPUJI Oleh: Wan Marzuki (Majalah CAHAYA Ogos 2006) Pedoman Puasa Penjana Akhlak Terpuji Oleh Wan Marzuki Wan Ramli SALAH satu matlamat kefardhuan puasa Ramadhan ialah untuk menjana suatu natijah akhlak yang terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketaqwaan yang sebenar kepada Allah SWT. Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala dari-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” Ramadhan merupakan bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat tersebut. Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadah akan lebih memudahkan proses taqarrub (mendekatkan diri seseorang kepada Allah) . Dengan itu seseorang mukmin akan lebih mudah itu untuk membezakan sesuatu yang hak dan batil. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya: 1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi. 2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka. 3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.' 4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain. 5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad) Setiap umat Islam digalakkan menyimpan niat untuk menjalani ibadat puasa pada setiap hari di bulan Ramadhan sebagai manifestasi untuk melaksanakannya mengikut apa yang dikehendaki oleh syarak. Puasa adalah suatu ibadat tazkiyah al-nafs iaitu proses penyucian jiwa dan nurani dari segala penyakit rohani yang boleh mengkerdilkan kesempurnaan ibadat seseorang. Melalui ibadat puasalah diharapkan akan lahir sifat-sifat terpuji seperti amanah dann jujur dengan diri sendiri, bertanggungjawab, bertaqwa dan sabar. Apa jua kesederhanaan dan sedikit kekuatan yang dituntut sepanjang menjalani ibadat puasa ini mencerminkan ibadat puasa adalah bersifat sosial yang dikatakan boleh menjana deria keprihatinan dan keinsafan terhadap nasib umat Islam yang kurang bernasib baik. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (H.R Bukhari). Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dapat kita laksanakan dengan baik, perkara utama yang harus dahulukan adalah menyiapkan diri untuk memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Antaranya ialah: • Menjaga ibadat puasa dari terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan. • Membanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca. • Mengurangkan tidur pada siang hari bulan Ramadan. • Beriktikaf dalam masjid terutamanya pada sepuluh malam terakhir Ramadan • Membanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia dari sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam. • Jangan terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan. Melihat kepada betapa besarnya fadilat yang bakal diperolehi oleh semua umat muslimin pada sepanjang bulan yang barakah ini, Rasulullah SAW telah memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadhan melalui satu khutbah baginda iaitu: “Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1… 1/2
  • 2. 1/8/2010 http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.… bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah telah jadikan puasa adalah kefardhuan dan bangun pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardhu di bulan yang lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan dari api neraka.” Secara jelasnya menikmati kehadiran Ramadhan dan fadilat yang terselindung di sebalik tabir kemunculannya menjadi tumpuan setiap umat Islam yang sentiasa mendambakan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT. Usah jadikan Ramadhan sebagai bulan untuk berlumba-lumba menyajikan makanan yang pelbagai sehingga melakukan pembaziran atau menjadikan alasan berpuasa di dalam bulan Ramadhan untuk menjadi umat Islam yang rendah produktiviti dan tiada natijah penghidupan kerana keletihan berpuasa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datangnya malam pertama Ramadhan, diikatlah segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka. Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru “ Wahai manusia yang inginkan kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu dan bagi Allah orang yang dibebaskan dari api neraka.” Tarikh : 14 July 2006 [Za k aria Bin O thm an] Editor : PR O JAKI M [] Hits : 4925 islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1… 2/2