1. AYAT PELEMBUT HATI KEKASIH
surah Ali Imran ayat 200
Dibaca 3 kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali
sampai bila-bila,
niatkan supaya pasangan anda setia pada anda.InsyaAllah
pasangan anda tak akan kahwin lain lagi.
Ayat-ayat pelembut hati dan penerang hati
Ayat-ayat ini dibaca selepas solat sebanyak 3 atau 7 kali.
Gambarkan wajah dan niatkan untuk siapa supaya terang dan
lembut hatinya mengikut kita.
Al Fatihah: 1-7
Supaya hatinya terbuka untuk kita
Ali Imran: 31
Supaya kasihkan kita
Yusuf: 4
2. Supaya ikut kata
Thahaa: 1- 6
Supaya hatinya lembut untuk kita
Rum: 21
Supaya balik tinggal di rumah dan wujud kasih sayang dalam
rumah tangga
Fussilat: 29
Supaya akur kepada kita
Al Hasyr: 21- 24
Supaya hatinya lembut
Al Insyirah: 1-8
Baca pada air mineral sebanyak 70 kali selepas solat hajat sebelum
tidur. Tiup 10 saat pada air meneral dan masukkan ke dalam air
minuman dan ketika masak nasi. Jika boleh diberi minum terus
lebih baik.
Doa : Supaya lembut hatinya untuk kita
‘Allahumma layyin li qalbahu kama layyanta li daud al hadid”
3. Makna: Ya Allah lembutkanlah hatinya kepadaku sebagaimana
Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud alaihissalam.
Ayat-ayat ini boleh dibaca untuk kerukunan rumah tangga. Boleh
juga untuk anak yang nakal tidak mendengar cakap dan penerang
hati untuk pembelajaran terutamanya surah al Insyirah. Solat hajat
hendaklah dilakukan.