2. TANJUNG
• Terbentuk di kawasan
pinggir pantai yang
mempunyai susunan
batuan keras dan
lembut yang
berselang-seli
• Terbentuk di
bahagian batuan
keras yang tahan
hakisan ombak
3. TELUK
• Terbentuk di kawasan
pinggir pantai yang
mempunyai susunan
batuan keras dan
lembut yang
berselang seli
• Terbentuk di
bahagian batuan
lembut yang dihakis
oleh ombak
4. TEBING TINGGI
• Terbentuk apabila
ombak menghakis
kaki cerun tebing
pantai semasa air
pasang
• Apabila batuan atau
lekukan yang
terbentuk runtuh,
maka tebing tinggi
terbentuk
5. PENTAS HAKISAN OMBAK
• Merupakan bentuk muka
bumi yang terbentuk
berlanjutan daripada
pembentukan tebing
tinggi
• Hakisan ombak yang
berterusan menyebabkan
tebing tinggi mengundur
dan membentuk pentas
hakisan ombak di kaki
tebing tinggi tersebut.
6. GUA
• Merupakan kesan
hakisan ombak di
tanjung tinggi
• Hakisan tersebut akan
menghakis batuan di
tebing pantai dan
membentuk gua laut
7. GERBANG LAUT
• Terhasil daripada
hakisan gua laut
• Hakisan ombak yang
berterusan dan
menembusi dinding
dua buah gua laut
yang bertentangan
akan membentuk
gerbang laut
8. BATU TUNGGUL
• Terhasil akibat
tindakan
penggondolan
terhadap gerbang laut
• Apabila bumbung
gerbang laut runtuh,
batu tunggul
terbentuk
9. TUNGGUL SISA
• Batu tunggul yang
terhakis akan
membentuk tunggul
sisa secara lambat
laun
• Tunggul sisa hanya
boleh kelihatan ketika
air laut surut
10. ANAK TANJUNG
• Merupakan permatang
berupa tanduk yang
dibentuk oleh pemendapan
pasir di hujung teluk atau
muara sungai
• Anak tanjung menganjur ke
laut manakala bahagian
hujungnya bersambung
dengan pinggir pantai
• Juga dikenali sebagai
tetanjung
11. LAGUN
• Merupakan kesan
pembentukan anak
tanjung yang paling
ketara
• Lagun ialah kawasan
perairan yang
terlindung oleh
tetanjung (anak
tanjung)
12. BETING PASIR
• Merupakan
penimbunan pasir
yang merentangi
sesebuah teluk
• Terbentuk samada
selari dengan garisan
pantai atau bersudut
tepat dengannya