Solat berjemaah merupakan ibadah bersama yang menjalin hubungan antara imam dan jamaah. Islam mengatur beberapa kesempatan pertemuan komunal seperti solat lima waktu, Jumat, dan hari raya untuk memperkuat silaturahim dan kasih sayang antar umat.
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Kuliah 30 Minit Sebelum Jumaat_15 Julai 2016_Masjid Al-Hidayah Taman Melawati_Peraturan-Peraturan Solat Berjemaah_M. Hidir Baharudin
1.
2. M. Hidir Baharudin
Imam 4
Masjid Al-Hidayah Taman Melawati
Pelajar
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
UIAM
Master of Comparative Laws (MCL)
Anak ke-5
http://www.slideshare.net/mohammadhidirbaharudin1
4. َّّّلِل َدحمَحاْل َّإن،
ّعَتحسَنَو ُهُدَمحََنَتحسَنَو ُُُُنيُهُُِّحْغ،
ّم َّّالِلّب ُذوُعَنَوُِحَنأ ّروُُُش حناَُّس
حَعأ ّاتَئّنيَس حنّمَواَُِّاَم،
َف َُّالِل ّهّدحهَي حنَمَِ ََّّ ُِّم َالُُ،
َالَف حَّ ّلحُِي حنَمَوَُُِ ََِّاََ،
َِّإ َال حنَأ ُدَهحشَأَوَُّالِل َّالّإ َُُهَدححَو
َُُِ َيكَُّش َال،
َّمَُُم ََّنأ ُدَهحشَأَوُهُدحبَع اًد
ُُُِوُسَرَو.
Segala puji bagi Allah,
Kita memujiNya, kita memohon
pertolonganNya, kita memohon
keampunanNya,
Kita berlindung kepada Allah
daripada keburukan diri kita dan
keburukan perbuatan kita,
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh
Allah maka tiadalah kesesatan
baginya,
Sesiapa yang disesatkan oleh Allah
maka tiadalah petunjuk baginya,
Kita bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali
Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu
bagiNya,
Kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. adalah hambaNya dan RasulNya.
5. َّقَح ََّالِل اوُقَّات اوَُُآم َينّذَِّا اَهَُّيأ اَيَّالّإ َّنُتوََُت َالَو ُّّاتَقُتمَُنتأَو
َنوُمّلحسُّم
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali
kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(Surah Ali Imran: 102)
Imam Ibn Kathir (w.774H) menukilkan perkataan Abdullah ibn
Mas’ud (w.32H): “Iaitu dengan taat kepada-Nya
dan tidak maksiat terhadapnya, selalu
mengingat-Nya dan tidak lupa kepadaNya,
selalu bersyukur kepada-Nya dan tidak ingkar
terhadap nikmatNya.”
6. ّذَِّا ُمُكَّبَر اوُقَّات َُّاسُِا اَهَُّيأ اَيَدّاحَو ٍسحَِّن نّم مُكَقَلَخ ٍَة
َمُهحُّم َّثَبَو اَهَجحوَز اَهحُّم َقَلَخَوَّاتَو ًاءَسّنَو اًريّثَك ًاالَجّر ااوُق
َححَرحاْلَو ُّّب َنوَُِاءَسَت َّذَِّا ََّالِلُكحنيَلَع َناَكََّالِل َّنّإ ََااًنيبّقَر حم
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu
yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu
(Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah
hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah An-
Nisa’: 1)
7.
8. ََّالِل اوُقَّات اوَُُآم َينّذَِّا اَهَُّيأ اَيّدَس ًالحوَق اوُِوُقَوححّلحصُي اًيد
حمُكَِ حُِّحْغَيَو حمُكَِاَمحَعأ حمُكَِّعّطُي نَمَو حمُكَوبُنُذَُُِوُسَرَو ََّالِل
اًنيمّظَع اًزحوَف َازَف حدَقَف
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah
kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat -
benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi
taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah)
sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka
sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-
besar kejayaan. (Surah Al-Ahzab: 70-71)
9.
10. 1. PENDAHULUAN
2. SEJARAH PENSYARIATAN SOLAT
BERJEMAAH
3. HIKMAH DAN TUJUAN
4. FADHILAT SOLAT BERJEMAAH
& HUKUM
5. PERATURAN PERTAMA: SAF
17. “Solat berjemaah adalah hubungan yang
terjalin antara imam dan makmum. Islam
telah mengatur beberapa kesempatan dan
pertemuan sosial di antara umat Islam
untuk menunaikan ibadah pada waktu-
waktu tertentu. Di antaranya adalah solat 5
waktu untuk sehari semalam, solat Jumaat
untuk mingguan, solat 2 hari raya untuk
tahunan (yang mengumpulkan seluruh
penduduk negeri) dan yang terakhir adalah
wukuf di Arafah untuk tahunan (yang
mengumpulkan seluruh penduduk dunia).
Semua itu demi terjalin silaturrahim, kasih
sayang, dan tautan yang tidak putus-putus.”
18. “Dengan adanya solat berjemaah maka
akan terwujudnya jalinan, perkenalan,
dan tolong menolong sesama umat
Islam disamping menyemai benih kasih
sayang di dalam hati mereka. Juga,
solat jemaah akan menyatakan bahawa
mereka semua adalah saudara,
merasakan susah dan senang bersama
tanpa membezakan darjat, tingkatan,
pekerjaan, kekayaan, kedudukan, kaya
atau miskin. Di dalam solat berjemaah
juga, ada pembelajaran untuk selalu
teratur, disiplin, mudah patuh dalam
melakukan perbuatan yang baik.”
19. “Hikmah-hikmah ini akan terkesan di
dalam kehidupan umum atau khusus
sehingga solat jemaah akan memberi
buah (kesan) yang baik,
merealisasikan tujuan, mendidik
manusia dengan pendidikan yang
terbaik serta mendidik manusia
dengan ikatan yang kuat bahawa
Tuhan mereka adalah satu, imam
mereka adalah satu, tujuan mereka
adalah satu, dan jalan mereka adalah
satu.”
20. “Disebut di dalam Ad-Durr Al-
Mukhtar, “Di antara hikmah terbesar
solat berjemaah adalah ia merupakan
program pendekatan dan
pembelajaran untuk orang yang jahil
daripada orang yang berilmu.
Pendekatan itu akan muncul sendiri
dengan seringnya bertemu dalam
waktu-waktu solat.”
23. “Abu Sulaiman Ad-Darani (w.215H) menyebut,
“Tidak ada orang yang meninggalkan solat
berjemaah melainkan orang itu sedang
melakukan dosa. Disebutkan bahawa orang-orang
soleh terdahulu akan menyesal selama 3 hari jika
ketinggalan takbir pertama dan akan menyesal
selama 7 hari jika ketinggalan solat berjemaah
keseluruhannya.”
[Fiqh Islam Wa Adillatuh, Jil.2, Hal.1165; Mughni
Muhtaj, Jil.1, Hal.465.]
30. Mazhab As-Syafie berpendapat,
“Melakukan solat berjemaah
untuk kaum lelaki di masjid itu
adalah lebih utama kecuali jika
jumlah jemaah di dalam rumah
itu lebih banyak. Ini adalah
kerana semakin banyak jemaah
maka semakin utama.”
31. Mazhab Maliki berpendapat, “Tidak
disangsikan lagi, melakukan solat
bersama para ulama, orang soleh,
dan banyak orang-orang yang baik
itu lebih utama daripada solat tanpa
mereka. Hal ini adalah kerana
mencakupnya doa, cepatnya doa
akan dikabulkan, banyaknya
turunnya rahmat, dan diterima
syafaat.”
35. Allah s.w.t. berfirman;
ُي َينِذَّال ُّبِحُي َ َّاَّلل َّنِإيِب َس يِف َونُلِتاَقِهِل
ْرَّم َانيْنُب مُهَّنَأَك اًَّفصوصُص[٦١:٤]
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berperang untuk membela agamaNya,
dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan yang tersusun
kukuh.
36. Kata Qatadah, “Adakah kamu tidak melihat
orang yang membina bangunan, mereka
membenci binaan mereka bengkang bengkok
(tidak sama – tidak tersusun). Allah s.w.t.
juga membenci manusia ingkar perintahNya.
Jika kaum muslimin tersusun ketika berjihad,
tersusun rapi ketika solat, sesungguhnya
penjagaan Allah s.w.t. bersama sesiapa yang
menjaga perintahnya.
37. “Selepas Allah s.w.t. menyebut
tentang … Allah s.w.t. menyebut
tentang kisah Musa a.s. dan Bani
Israil, akibat daripada tidak
menuruti perintah Allah s.w.t.”
39. َلاَق ،َةَرُم َس ِنْب ِرِبَاج ْنَع:و ُسَر َلاَقعليه هللا صلى ِ َّاَّلل ُل
وسلم" :ََلَمْال ُّفُصَت َامَك َونُّفُصَت َِلَأَج ْمِهِبَر َدْنِع ُةَكِئَّل
زَعَو."ِئََلَمْال ُّفُصَت َفْيََكو َانْلُقَلاَق ؟ْمِهِبَر َدْنِع ُةَك:"َونُّمِتُي
ِف َونُّاصَرَتَيَو َةَمَّدَقُمْال َوفُفُّالصِفَّصال ي".
Daripada Jabir bin Samurah dia berkata,
Rasulullah ﷺbersabda, “Tidakkah kalian ingin
berbaris sebagaimana para malaikat berbaris di
hadapan Tuhan mereka Azza wa Jalla?” Kami
berkata, “Bagaimana para malaikat berbaris di
hadapan Rabb mereka?” Baginda ﷺbersabda,
“Mereka menyempurnakan saf-saf yang paling
hadapan dan saling merapatkan saf.”
40. ُتْعِم َس َلاَق ،ِيِلَدَجْال ِمِساَقْال يِبَأ ْنَعَي ٍيرِشَب َنْب ََانمْعُّالنُولُق
َلَع وسلم عليه هللا صلى ِ َّاَّلل ُول ُسَر َلَبْقَأِهِهَْجوِب ِاسَّنال ى
َلاَقَف"ْمُكَوفُفُص واُميِقَأ".اثََلَث"ِ ََّاَّللوْمُكَوفُفُص َّنُميِقُتَلْوَأ
ْمُكِبوُلُق َنْيَب ُ َّاَّلل َّنَفِلاَخُيَل".َلاَقَم ُقِزْلُي َلُجَّرال ُتْيَأَرَفُهَبِكْن
َص ِةَبْكُرِب َُهتَبْكُرَو ِهِبِحَاص ِبِكْنَمِبِهِبْعَكِب ُهَبْعََكو ِهِبِحا.
Daripada Abi Al-Qasim Al-Jadali, dia berkata, “Saya
telah mendengar An-Nu’man bin Basyir berkata,
“Rasulullah ﷺbiasa menghadap kepada jemaah lalu
bersabda, “Luruskanlah saf-saf kalian! (3 kali). Demi
Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf-
saf kalian atau Allah benar-benar akan membuat hati
kalian saling berselisih.” Kata Nu’man, “Maka saya
melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu
temannya di sampingnya, demikian juga antara lutut
dan mata kaki.
41. Kata Imam Nawawi, “Maknanya ialah, akan
berlaku antara kamu permusuhan, hasad
dengki, dan hati yang berselisih. Ini adalah
kerana perselisihan zahir (tidak lurus dan
rapat saf) akan menyebabkan perselisihan
batin (hati).
42. َانَك َلاَق ،ٍبِازَع ِنْب ِءاَرَبْال ِنَعصلى ِ َّاَّلل ُول ُسَر
ِم َّفَّصال ُلَّلَخَتَي وسلم عليه هللاىَلِإ ٍةَيِحاَن ْن
ِكَانَمَو اَنَروُدُص ُح َسَْمي ٍةَيِحاَنُولَُقيَو َانَب" :َت َِلواُفِلَتْخ
ْمُكُبوُلُق َفِلَتَْختَف".َي َانََكوُولُق"َمَو َ َّاَّلل َّنِإَُهتَكِئََل
ِلَوُاْل ِفوُفُّالص ىَلَع َونَُّلصُي".
Daripada Al-Bara’ bin ‘Azib, dia berkata,
“Rasulullah ﷺbiasa memasuki celah-celah saf,
daripada hujung ke hujung lainnya sambil
mengusap dada dan bahu kami, lalu bersabda,
“Janganlah kalian berselisih kerana ia akan
membuat hati kalian juga berselisih.” Baginda
ﷺjuga bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para
malaikatNya berselawat kepada orang-orang di
saf-saf hadapan.”
43. ْب ََانمْعُّالن ُتْعِم َس َلاَق ،ٍكَامِس ْنَعَانَك َلاَق ،ٍيرِشَب َن
َسُي وسلم عليه هللا صلى ِ َّاَّلل ُول ُسَرَذِإ َانَوفُفُص يِوا
َك َانْيَوَت ْاس اَذِإَف ِةََلَّصلِل َانْمُقَرَّب.
Daripada Simak dia berkata, “Saya telah
mendengar An-Nu’man bin Basyir berkata,
“Rasulullah ﷺmeluruskan saf-saf kami
apabila kami berdiri untuk salat. Apabila
barisan kami telah lurus, maka baginda ﷺ
bertakbir memulakan solat.
44. َانَمْال َنْيَب واَُاذحَو َوفُفُّالص واُميِقَأِلَو َلَلَخْال واُّد َُسو ِبِكواُني
ْمُكِنَاوْخِإ يِدْيَأِبٍتَاجُرُف واُرَذَت َِلَوَصَو َْنمَو ِناَطْي َّلشِلاًَّفص َل
َعَطَق اًَّفص َعَطَق َْنمَو ُ َّاَّلل ُهََلصَوُ َّاَّلل ُه".َدُوَاد وُبَأ َلاَق
َىنَْعمَو"ْمُكِنَاوْخِإ يِدْيَأِب واُنيِلَو".ِفَّصال ىَلِإ لُجَر َءَاج اَذِإ
ُي ْنَأ يِغَبْنَيَف ِهيِف ُلُخَْدي َبَهَذَفَم ٍلُجَر ُّلُك ُهَل َنِيَلِهْيَبِكْن
ِفَّصال يِف َلُخَْدي ىَّتَح.
“ Luruskan saf, rapatkan antara bahu, tutup ruang
kosong dan lemah-lembutlah terhadap kedua
tangan saudara kalian. Dan janganlah kalian
membiarkan ruang-ruang kosong untuk syaitan.
Barangsiapa yang menyambung saf maka Allah
akan menyambung orang tersebut denganNya
dan barangsiapa yang memutusnya saf maka
Allah akan memutus orang tersebut denganNya.”
45. Abu Dawud berkata, “Makna daripada
kalimah ‘lemah lembutlah terhadap kedua
tangan saudara kalian’ adalah, apabila ada
seseorang yang baru datang dan masuk ke
dalam saf maka yang berada dalam saf
tersebut hendaklah memberi dengan
merendahkan bahunya hingga orang yang
baru dating tersebut dapat masuk ke dalam
shaf.
46. ِ َّاَّلل ِلو ُسَر ْنَع ،ٍكِلَام ِنْب ِسَنَأ ْنَععليه هللا صلى
َلاَق وسلم"ُبِارََقو ْمُكَوفُفُص واُّصُرواَُاذحَو َاهَنْيَب وا
ِدَيِب يِسْفَن يِذََّالوَف ِقَان ْعَاْلِبَطْي َّالش ىَرَْل يِنِإ ِهَان
ا َاهَّنَأَك ِفَّصال ِلَلَخ ْنِم ُلُخَْديُفَذَحْل".
Daripada Anas bin Malik, daripada Rasulullah
ﷺ, baginda ﷺbersabda, “Rapatkan saf-saf
kalian, dekatkanlah jarak antara keduanya,
sejajarkanlah antara leher-leher. Demi Dzat
yang jiwaku berada di TanganNya,
sesungguhnya aku melihat syaitan masuk ke
dalam celah-celah saf, tak ubah seperti anak
kambing kecil.”
47. صل ِ َّاَّلل ُول ُسَر َلاَق َلاَق ،ٍسَنَأ ْنَعوسلم عليه هللا ى:
"َةَيِو ْسَت َّنِإَف ْمُكَوفُفُص واُّو َسَّصال َِِامَت ْنِم ِفَّصالِةََل".
Daripada Anas, dia berkata, “Rasulullah ﷺ
bersabda, “Luruskan saf-saf kalian, kerana
sesungguhnya meluruskan saf termasuk
dalam kesempurnaan salat.”
48. Tentang Meluruskan Saf, Terdapat beberapa
faedah daripada hadith-hadith dalam tajuk
ini. (1) Imam bertanggungjawab
menggalakkan makmum untuk meluruskan
barisan dan ini adalah salah satu daripada
tanggungjawabnya. (2) Nabi ﷺsangat
menitik beratkan akan meluruskan saf. (3) Ini
menunjukkan mukjizat Nabi ﷺiaitu, baginda
ﷺboleh melihat mealui belakang kepala
baginda ﷺdan melihat syaitan di antara
barisan yang tidak sempurna. (4) Meluruksan
saf itu adalah dengan mendekatkan bahu
49. (5) Meluruskan saf dan merapatkannya akan
menghalang syaitan daripada berada di
antara celah-celahnya. Ini adalah kerana,
jika syaitan berada di celah-celahnya, ia
akan membisikkan was-was kepada orang
yang sedang melakukan solat. (6)
Sesungguhnya malaikat meminta ampun
kepada orang yang berada di saf yang
terawal. Maka hendaklah umat Islam
mengambil peringatan. Hukum Meluruskan
Saf, Jumhur ulamak berpendapat akan
sunatnya meluruskan saf. Imam Muhammad
ibn Hazm berpendapat akan kewajiban
meluruskan saf. Batal solat jika
meninggalkannya. Ia telah disyariatkan
kepada umat Islam.
50. Al-Hafiz Wali Al-Din Al-Iraqi r.h. telah
menyebut hikmah-hikmah meluruskan saf.
(1) Dengan meluruskan dan merapatkan saf,
hati akan beristiqamah. Ini adalah kerana
lurusnya zahir akan meluruskan batin. (2)
Dengan merapatkan saf, syaitan tidak akan
mencelah dengan perasaan was-was yang
akan membatalkan solat. (3) Hal demikian
juga merupakan sikap yang baik. (4) Dengan
meluruskan dan merapatkan saf, ruang yang
kecil mampu menampung jemaah yang
ramai. Sebaliknya. (5) Jemaah tidak akan
disibukkan dengan memandang-mandang
perkara yang tidak perlu jika mereka
merapatkan dan meluruskan saf.