Teks ini berisi rangkaian acara Program Tiga Penjuru di SK Palong 7 pada tahun 2014. Acara dimulai dengan sambutan kehadiran tamu, doa, serta ucapan dari GPK sekolah dan pembicara. Tujuan program ini adalah untuk memfasilitasi interaksi antara orang tua, guru, dan siswa dalam membahas prestasi akademik siswa dan mengeratkan hubungan sekolah-orang tua. Acara berlanjut dengan presentasi dan diskusi
1. TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU SK PALONG 7 2014
TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU SK PALONG 7(F) 2014
Pembuka Bicara
بسم هللا الرحمن الرحيم
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين
.وعلى أله وصحبه أجمعين
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
.وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
Protokol
1. Yang berbahagia YDP PIBG SK Palong 7 En.Ghazali Zakaria
2. Yang dihormati wakil Tuan Pengurus Felda Palong 7
3. Yang berusaha Pn.Ainy Bt Ahmad,GPK SKP7
4. Ahli –ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru
5. Para Guru SKP7
6. Calon-calon UPSR SKP7 2014 berserta penjaga dan keluarga serta murid-murid
Tahun 5
7. Ibubapa tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian
Kata alu-aluan
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
2. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke
hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya
jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan program pertemuan 3
penjuru bagi tahun 2014 di dewan gemilang yang serba indah ini.
Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran yang dikasihi
En Ghazali Bin Zakaria, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru yang telah
sudi meluangkan sedikit masa majlis yang penuh bermakna ini.
Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan
Bacaan Doa
Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,
Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Alfadhil Ustz Mohd Razfaishal Bin Muhammad untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Mohd
Razfaishal Bin Muhammad atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Ucapan alu-aluan MC
3. Hadirin- hadirat yang dihormati ,
Program tiga penjuru ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada
penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi supaya dalam
membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang
proses pembelajaran mereka di SK Palong 7. Hal ini juga dapat membuka
peluang murid, guru dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan
yang dihadapi semasa diskusi nanti.
Di antara objektif pertemuan ini diadakan adalah:
1. Ibu bapa / penjaga berpeluang berkenalan dengan para guru yang
mengajar anak mereka
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak
mereka
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di
sekolah
4. Para gurudapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi
meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan guru di sekolah.
Ucapan GPK 1
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis dimulai dengan ucapan GPK 1 SKP7 Pn.Ainy Bt Ahmad. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan puan.
……………….Tamat Ucapan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha Pn.Ainy Bt Ahmad
atas ucapan sebentar tadi.
Penerangan carta aliran pergerakan ibu bapa
Program diteruskan dengan sesi Ceramah Motivasi. Sehubungan dengan itu,
mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah
diedarkan semasa pendaftaran tadi.
4. Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu bapa, sebaik sahaja selesai
ucapan GPK 1 SKP7, bagi ibu bapa dan semua murid tahun 5 dan 6 akan
mendengar dan mengamati perkongsian dan tips berguna untuk mencapai
kecemerlangan. InsyaAllah…dengan itu tanpa melengahkan masa majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Kamarol Zaman Bin Rashid
untuk menyampaikan ceramah beliau..Dipersilakan.
Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai sesi Ceramah Motivasi,
ibubapa dan para murid akan diserahkan kepada Mentor masing-masing.
Penutup
Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih
kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan
kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K
pengelola majlis memohon maaf.
Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa
puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam dihati
Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.