SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
Télécharger pour lire hors ligne
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN DAN KEPENTINGANNYA
TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Zakiah Mohamad Ashari (zakiah33@live.utm.my)
Azlina Mohd. Kosnin
Yeo Kee Jiar
Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak: Bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-kanak (Landreth, Baggelly &
Tyndall, 1999). Bermain merupakan aksi, tindakan atau kelakuan yang boleh dihargai dan
mudah untuk dikenal pasti (Sluss, 2005). Di prasekolah, pendekatan belajar melalui bermain
membenarkan kanak-kanak terlibat dengan sesuatu aktiviti pengajaran dengan perasaan
yang gembira dan penuh kepuasan seiring dengan minat dan kemahuan. Sebagai pendidik
kepada kanak-kanak, guru prasekolah sangat disarankan supaya memenuhi minat dan
keperluan anak didiknya. Apabila keperluan bermain kanak-kanak dipenuhi, secara tidak
langsung minatnya terhadap pembelajaran akan bertambah, dan motivasinya juga akan
meningkat. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Atas alasan ini, pemahaman terhadap konsep bermain kanak-
kanak adalah perlu khususnya dalam kalangan guru prasekolah. Oleh yang demikian, kertas
kerja ini akan 1) menerangkan tentang keperluan aktiviti bermain terhadap perkembangan
kanak-kanak serta 2) membincangkan tentang kepentingan bermain terhadap motivasi kanak-
kanak. Daripada perbincangan ini dicadangkan supaya pendekatan belajar melalui bermain
diberi penekanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di
prasekolah. Hal ini kerana, belajar melalui bermain merupakan aktiviti yang membolehkan
kanak-kanak meneroka hubungan, menambah pengetahuan dan meningkatkan keyakinan
serta motivasi secara semula jadi. Pengalaman yang dilalui ketika bermain melatih kanak-
kanak berfikir dan menyesuaikannya dalam kehidupan sebenar.
Kata kunci : belajar melalui bermain, motivasi kanak-kanak
Pengenalan
Bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-kanak (Landreth, Baggelly & Tyndall, 1999).
Bermain merupakan aksi, tindakan atau kelakuan yang boleh dihargai dan mudah untuk
dikenal pasti (Sluss, 2005). Dalam pendidikan awal kanak-kanak, bermain menjadi faktor
penting yang dapat membantu mengoptimumkan proses pembelajaran dan perkembangan.
Menurut Froebel (dalam Vickerius & Sandberg, 2006), kerja, bermain dan belajar adalah satu
unit dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dalam pada itu, Vygotsky menjelaskan bahawa
bermain adalah kenderaan bagi kanak-kanak untuk melakukan interaksi sosial dan sangat
penting untuk proses belajar. Bermain juga memberi ruang bagi anak-anak untuk
meningkatkan kepercayaan diri dan penguasaan. Walaupun bermain dilakukan secara tidak
formal, namun kanak-kanak dapat berbincang dan berkongsi tujuan bermain yang sama.
Pendekatan belajar sambil bermain dikatakan satu pendekatan yang memberi pengalaman
secara langsung dengan objek dan menggalakkan kanak-kanak membina perhubungan
dengan individu dan objek dipersekitarannya secara optimum.
Sebagai pendidik kepada kanak-kanak, guru prasekolah sangat disarankan supaya memenuhi
minat dan keperluan anak didiknya. Di prasekolah, pendekatan belajar melalui bermain
membenarkan kanak-kanak terlibat dengan sesuatu aktiviti pengajaran dengan perasaan yang
gembira dan penuh kepuasan seiring dengan minat dan keinginan semula jadi. Martin (2001)
menyatakan kanak-kanak akan mempamerkan keinginan semula jadi tentang apakah objek
itu, bagaimana objek tersebut berfungsi dan bagaimana ia berkait antara satu sama lain
dengan memerhatikan objek yang berada di persekitaran mereka. Oleh sebab itu, pelopor
pendidikan awal kanak-kanak seperti Froebel, Pestalozzi dan Montessori dalam Eliason dan
Jenkins (2003) menyarankan agar pendidikan di peringkat awal ini berasaskan persekitaran
semula jadi dengan menggalakkan penglibatan aktif dan permainan.
Pada asasnya, sifat dan sikap kanak-kanak untuk belajar tentang sesuatu yang belum
diketahui sangat tinggi ketika bermain. Namun, orang dewasa sering melihat aktiviti bermain
dari sudut yang sempit. Dari penglihatan mata kasar, kanak-kanak bermain hanya untuk
menikmati keseronokan sahaja tanpa matlamat yang jelas. Mereka bimbang anak-anak lalai
dan hilang fokus dalam pelajaran seterusnya tidak dapat menguasai bidang akademik dengan
cemerlang. Tetapi Morrison (1998) menjelaskan bahawa aktiviti bermain sebenarnya adalah
satu proses permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar. Ahli pendidikan awal kanak-kanak
menjelaskan bahawa aktiviti bermain dapat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak
dari aspek sosial, kognitif, afektif dan motor (Frost, Bowers & Wortham, 1990). Selain itu,
banyak hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-
kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan
pembelajaran kanak-kanak (Mastura, 2009).
Peluang bermain yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikatakan
mampu merangsang motivasi dan minda kanak-kanak ke tahap optimum melalui penerokaan,
inkuiri, pembinaan dan penemuan secara semula jadi. Apabila keperluan bermain kanak-
kanak dipenuhi, secara tidak langsung minatnya terhadap pembelajaran akan bertambah, dan
motivasinya juga akan meningkat. Selain itu, tekanan juga dapat dielakkan apabila
bermotivasi ketika belajar kerana tanpa disedari kanak-kanak, tugas atau pembelajarannya
diserapkan dalam aktiviti bermain. Penglibatan kanak-kanak dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga semakin meningkat kerana mereka berasa seronok dengan pengajaran
yang melibatkan pengalaman, penggunaan objek-objek konkrit dan juga berpusatkan kanak-
kanak. Kajian lepas mendapati apabila pendekatan pengajaran yang digunakan bersesuaian
dengan gaya pembelajaran pelajar atau kanak-kanak, pengetahuan yang disampaikan dapat
disimpan dengan lebih lama dan kanak-kanak mempunyai sikap yang positif terhadap
pembelajaran tersebut (Sloan, 2004; Nor Azan, 2005).
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa kejayaan mempunyai pengaruh yang kuat dengan
motivasi individu (Middleton dan Spanias, 1999) dalam Aida Suraya dan Wan Zah, 2009).
Motivasi yang hadir ketika pendekatan belajar melalui bermain diaplikasikan dijadikan
perangsang untuk membangkitkan keseronokan dan minat seseorang kanak-kanak terhadap
pembelajaran mereka. Atas alasan ini, pemahaman terhadap konsep bermain kanak-kanak
adalah perlu khususnya dalam kalangan guru prasekolah supaya keperluan semula jadi
kanak-kanak dipenuhi sekaligus meningkatkan motivasi mereka dalam menuntut ilmu.
1. Objektif kertas kerja
Kertas kerja ini akan;
1.1 menerangkan tentang keperluan aktiviti bermain terhadap perkembangan kanak-kanak.
1.2 membincangkan tentang kepentingan bermain terhadap motivasi kanak-kanak.
2. Konsep bermain di prasekolah
Menurut Frost, Bowers dan Wortham (1990) bermain dapat menyumbang kepada
perkembangan kanak-kanak dari aspek sosial, kognitif, afektif dan motor. Malah, banyak
hadis-hadis yang menerangkan tentang kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak
dan menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama dalam perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak (Mastura, 2009). Selain itu, ramai pelopor pendidikan awal
kanak-kanak merumuskan bahawa pembelajaran yang sangat bernilai hadir ketika kanak-
kanak bermain. Bahkan ada yang berpendapat bahawa bermain adalah pekerjaan bagi kanak-
kanak.
Penjelasan Froebel (1889) dalam bukunya yang bertajuk ‘The Education of Man’ terhadap
kepentingan bermain kepada kehidupan kanak-kanak adalah seperti berikut;
“bermain adalah perkembangan yang tertinggi di zaman kanak-kanak. Melalui
bermain kanak-kanak dapat belajar meluahkan apa yang terkandung dalam
jiwa mereka dengan rela. Peluang bermain yang diberikan sangat penting dan
bermakna kepada kanak-kanak.”
Kepentingan penggunaan konsep bermain pada peringkat kanak-kanak telah disokong dan
diakui oleh penyelidik-penyelidik dari pelbagai disiplin termasuklah psikologi, pendidikan,
falsafah, sosiologi dan juga kesihatan. Malah Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah
mengisytiharkan pada 20 November 1959 bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk
bermain yang harus diarahkan untuk tujuan yang sama khususnya dalam bidang pendidikan
(Duncan & Lockwood, 2008). Hal ini kerana, mereka percaya dalam kehidupan kanak-kanak,
bermain merupakan faktor penting dalam membantu proses pembelajaran dan perkembangan
(Bredekamp, 1987). Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri,
mereka lebih cenderung untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa dan bermakna.
Seperti yang dijelaskan oleh Morrison (1995), bermain adalah kehidupan bagi kanak-kanak
dan merupakan tahap tertinggi dalam membantu proses perkembangan mereka. Froebel
menyarankan semua kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri
bermain. Dengan bermain kanak-kanak dapat melahirkan dan mendedahkan keunikan yang
dimilikinya. Oleh yang demikian, aktiviti bermain perlu diaplikasikan oleh guru prasekolah
dengan cara terbaik dalam memperkenalkan perkara-perkara asas mengikut standard
kandungan yang telah ditetapkan dalam setiap tunjang prasekolah. Dalam Rohani, Nani dan
Mohd. Sharani (2007), pendekatan bermain yang berasaskan Teori Piaget menitik beratkan
beberapa perkara, iaitu;
i. Persekitaran kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang
membenarkan mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka. Contohnya, aktiviti
melukis, membina, berlakon, bermain olok-olok atau bermain dengan pasir dan air.
ii. Pengalaman belajar kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti penerokaan dan
penemuan. Misalnya, selepas berpengalaman bermain dengan air, kanak-kanak akan
berkebolehan membuat jangkaan sama ada sesuatu benda akan terapung atau
tenggelam apabila diletakkan di atas permukaan air.
iii. Guru berperanan dengan menggalakkan penerokaan persekitaran dan membimbing
dalam proses pembinaan pengetahuan.
iv. Kurikulum dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak disusun berasaskan minat
yang boleh mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak.
Sehubungan itu, Jerome Bruner menyarankan bahawa ciri-ciri utama bermain bukan sahaja
terletak pada isi kandungan tetapi bentuk permainan. Pendekatan bermain ini wujud dalam
kontinum yang berterusan dari pelbagai jenis permainan yang ditentukan oleh kanak-kanak
seterusnya orang dewasa atau guru prasekolah. Aktiviti bermain bermula dari main secara
bebas (free-flow play) yang mana aktiviti bermain adalah atas pilihan sendiri dan sepenuhnya
diurus oleh diri kanak-kanak. Kemudian aktiviti bermain menuju ke arah permainan yang
lebih berstruktur dan tersusun (structured play), seterusnya permainan berpandu (guided
play) dan di akhiri dengan pembelajaran yang menyeronokkan (playful teaching). Aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan ini perlu kepada inisiatif guru yang bijak merangka
agenda supaya aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak, tidak
bosan dan sentiasa aktif.
3. Bermain dan motivasi kanak-kanak prasekolah
Hubungan antara memenuhi keperluan dengan pembelajaran kanak-kanak yang bermakna
merupakan elemen penting dalam pendekatan belajar sambil bermain. Motivasi merupakan
aspek penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Menurut Kanfer (1994), motivasi
merupakan mekanisme psikologi yang mampu mengawal arahan, intensiti dan tingkah laku
yang berterusan. Manakala Bomia et al. (1997) menjelaskan motivasi adalah kesediaan
pelajar, keperluan, keinginan, dan paksaan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu perkara
serta berjaya dalam proses pembelajaran. Skinner dan Belmont (1991) menjelaskan bahawa
pelajar-pelajar yang bermotivasi akan melibatkan diri dalam aktiviti sekolah seperti memilih
tugas-tugas mengikut kemampuan kecekapan, bertindak apabila diberi peluang, mengerahkan
usaha yang gigih serta memberi tumpuan dalam pelaksanaan tugas pembelajaran,
menunjukkan emosi yang positif seperti bersemangat, optimis, rasa ingin tahu, dan minat.
Motivasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivati ekstrinsik dan instrinsik (Lepper, 1985;
Lepper & Chabay, 1985; Lepper & Malone, 1987). Motivasi ekstrinsik merupakan elemen
yang terkandung di bawah persekitaran luaran. Motivasi ekstrinsik merangkumi faktor-faktor
seperti popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan ganjaran. Manakala motivasi
instrinsik ialah kecenderungan dalaman untuk menumpukan perhatian kepada minat,
membuat latihan kepada keupayaan, mencari dan menjadi pakar di dalam cabaran yang
optima (Reeve, 2001). Motivasi ini akan wujud dalam diri individu apabila melakukan
sesuatu perkara atau aktiviti yang bertujuan untuk menikmati keseronokan tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran. Lepper dan Chabay (1985) berpendapat bahawa motivasi
intrinsik lebih memberi manfaat kepada pembelajaran berbanding motivasi ektrinsik
khususnya dalam pembelajaran matematik. Oleh sebab itu, kajian lepas menunjukkan bahawa
elemen motivasi merupakan satu pengaruh yang kuat dalam pembelajaran matematik
(Middleton & Spanias,1999).
Motivasi intrinsik sangat berkait dengan pencapaian yang cemerlang dalam pembelajaran di
kalangan kanak-kanak (Pintrich & Schunk, 1996). Motivasi instrinsik adalah penyumbang
kepada keupayaan kanak-kanak untuk memperoleh pembelajaran bermakna, menyelesaikan
masalah dan pengalaman yang menggembirakan (Deci, 1975). Peningkatan pembelajaran ini
berlaku disebabkan pelajar yang mempunyai motivasi instrinsik yang tinggi akan melibatkan
diri secara optimum dalam proses pembelajaran. Kanak-kanak akan menggunakan pelbagai
strategi untuk menggalakkan pemahaman yang mendalam dan mengaplikasikannya pada
masa depan hasil dari pembelajaran yang dilalui. Apabila kanak-kanak bermotivasi tinggi,
secara tidak langsung mereka akan memperoleh keseronokan dalam pembelajaran,
meningkatkan ilmu pengetahuan, yakin dengan diri sendiri dan lebih cenderung melakukan
aktiviti-aktiviti bermatlamat ( Harter, 1982; Pintrich & Schunk, 1996).
4. Isu yang berbangkit
Walaupun telah banyak bukti kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa aktiviti bermain
memberikan impak postif terhadap perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak namun
situasi yang berlaku kini adalah pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh
standard kurikulum prasekolah masih tidak diberikan keutamaan di prasekolah. Laporan oleh
Miller dan Almon (2009) menunjukkan aktiviti bermain telah diketepikan dalam pendidikan
prasekolah di Amerika sejak dua dekad yang lalu kerana dianggap tidak relevan dengan
kurikulum prasekolah yang bersifat akademik dan berorientasikan peperiksaan. Kurikulum
ini telah menafikan naluri semula jadi kanak-kanak kerana terlalu mementingkan gred dan
prestasi individu.
Menurut Miller dan Almon (2009) lagi, banyak masa kanak-kanak diperuntukkan untuk
belajar dan mereka sering diuji dalam kemahiran literasi dan matematik berbanding
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Pendekatan belajar melalui bermain
dikatakan tidak mendatangkan faedah dan tidak bernilai (Cleave & Brown, 1989), boleh
merendahkan tahap intelek kanak-kanak (Hall & Abbott, 1991) dan dilihat sebagai musuh
pada peringkat pendidikan asas oleh sesetengah pihak. Akibatnya bilangan guru yang
mengikut perubahan kurikulum baru juga semakin bertambah (Nicolopoulou, 2010). Guru
terpaksa menurut perubahan kurikulum (Nicolopoulou, 2010) dengan memilih dan
menggunakan pendekatan langsung supaya kanak-kanak menguasai kemahiran literasi dan
matematik dengan cepat mengikut masa dan standard akademik yang telah ditentukan dalam
kurikulum (Miller & Almon, 2009).
Kajian awal yang dilakukan oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 2005 setelah
diperkenalkan pendekatan belajar melalui bermain pada tahun 2003 di Malaysia
menunjukkan bahawa kesemua prasekolah yang dilawati telah menggunakan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan (2003) sebagai panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Malangnya kurikulum yang menjadi garis panduan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran tidak ketara penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali
prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Mariani, 2009). Kajian mendapati
sebanyak 79.5 peratus guru telah melaporkan penggunaan pendekatan belajar melalui
bermain dalam pengajaran mereka, 83.6 peratus menggunakan pendekatan bertema dan 78
peratus menggunakan pendekatan bersepadu. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa
pendekatan belajar melalui bermain adalah pendekatan yang kerap digunakan dalam proses
pengajaran meskipun dianggap sebagai aktiviti yang banyak membuang masa kanak-kanak
oleh sesetengah pihak.
Walau bagaimanapun, apabila pemerhatian dilakukan sekali lagi dalam kajian yang lain
terhadap 20 buah sekolah oleh pegawai prasekolah dari Bahagian Pendidikan Negeri
Selangor, dapatan menunjukkan hampir semua kelas tidak melaksanakan pendekatan belajar
melalui bermain (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2007). Rumusan awal yang dibuat ialah
guru mempunyai pandangan positif terhadap pendekatan belajar melalui bermain yang
disarankan oleh kurikulum prasekolah tetapi sukar untuk melaksanakannya di dalam kelas
kerana kurang pengetahuan dan kemahiran serta tiada panduan yang khusus untuk
melaksanakan pendekatan tersebut. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), antara sebab
guru masih tidak mengamalkan pembelajaran berfikrah walaupun mereka sedar kepentingan
ini adalah kerana guru kurang pengetahuan tentang teori pembelajaran yang dicadangkan
oleh kementerian. Akibatnya banyak prasekolah telah mengurangkan pendekatan bermain
dan ada sesetengahnya yang menolak terus pendekatan tersebut dari proses pengajaran dan
pembelajaran (Bodrova & Leong, 2003; Brandon, 2002 dalam Zigler & Bishop-Josef, 2006).
5. Kesimpulan
Aktiviti bermain merupakan teknik yang mudah untuk guru prasekolah aplikasikan kepada
kanak-kanak tanpa perlu dipaksa dan diajar secara rumit. Hal ini kerana apabila kanak-kanak
bermain, mereka sebenarnya diberi peluang menggunakan dan mengasah kreativiti sedia ada
yang dimiliki untuk menyelesaikan masalah sama ada secara individu mahu pun
berkumpulan. Dalam hal ini, pendidik perlu memainkan peranan penting dalam membina dan
menggalakkan motivasi intrinsik kanak-kanak terutamanya di prasekolah. Sebagai guru
prasekolah, mereka perlu bertindak balas terhadap keperluan setiap kanak-kanak yang berada
di dalam kelasnya. Penggunaan pendekatan belajar melalui bermain boleh membantu
meningkatkan motivasi instrinsik kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi dalam setiap
perkembangannya (Rubin, Fein & Vandenburg, 1983). Menurut Isenberg dan Quisenberry
(2002), aktiviti bermain yang disediakan untuk kanak-kanak dapat menyokong peningkatan
motivasi instrinsik hasil daripada emosi positif yang hadir ketika bermain. Emosi yang
positif, seperti rasa ingin tahu dan rasa seronok secara umumnya dapat meningkatkan prestasi
pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti bermain yang disediakan oleh guru. Oleh itu, guru
perlu komited untuk memastikan pendekatan belajar sambil bermain dapat dilaksanakan
dengan cekap, berkesan untuk melahirkan modal insan yang menguasai ilmu, berkemahiran
tinggi dan mempunyai daya saing yang tinggi. Peranan guru prasekolah perlu diperhebat
dengan memberi ruang atau stimulus kepada kanak-kanak supaya dapat bermain,
menyediakan bahan dan material kepada kanak-kanak untuk membentuk pengetahuan
melalui bermain dan juga menjadi pemerhati yang cekap kepada kanak-kanak ketika bermain.
Hal ini kerana bermain bukan sahaja dapat mengasah kemahiran dan pengetahuan kanak-
kanak malah ia merupakan satu medium yang mampu meningkatkan motivasi kanak-kanak
secara semula jadi.
Rujukan
Aida Suraya Md. Yunus & Wan Zah Wan Ali (2009). Motivation in the learning of
mathematics. European Journal of Social Sciences. Vol. 7, No. 4 (93-101).
Bomia, L., Beluzo, L., Demeester, D., Elander, K., Johnson, M., & Sheldon, B. 1997. The
impact of teaching strategies on intrinsic motivation. Champaign, IL: ERIC
Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education.
Bredekamp, S. (1987). Developmentally appropriate practice in early childhood programs
serving children from birth through age eight. Washington, DC: NAEYC.
Cleave, S. & Brown, S. (1989). Four year olds in school: Meeting their needs. Windsor:
NFER-Nelson.
Deci, E. L. (1975). Intrinsic motivation. New York: Plenum Publishing.
Duncan, J. & Lockwood, M. (2008). Learning through play: A work based approach for the
early years professional. London: Continuum International Publishing Group.
Eliason, C. & Jenkins, L. (2003). A practical guide to early childhood curriculum (5 th ed.).
New York: Mac Millan College Publishing Company.
Froebel, F. (1889). The education of man. New York: E. Appleton.
Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham, S., (1990). The state of American playgrounds. Journal
of Physical Education, Recreation, and Dance. Vol 61 (8), hlm. 18-23.
Hall, N. & Abbott, L. (1991). Play in the primary curriculum. London: Hodder & Stoughton.
Harter, S. (1982). The perceived competence scale for children. Child Development. Vol. 53,
87-97.
Isenberg, J. P. & Quisenberry, N. (2002). Play: Essential for all children. A position paper of
the Association for Childhood Education International.
www.acei.org/playpaper.htm. Dilayari pada 6 Mac 2011.
Landreth G. L., Baggelly, J., & Tyndall, A. L. (1999). Beyond adapting adult counseling
skills for use with children: The paradigm shift to child-centered play therapy.
Journal of Individual Psychology, 55(3), 272-288.
Lepper, M. R. (1985). The play's the thing. (Review of Mind at Play). Contemporary
Psychology, 30, 312-313.
Lepper, M. R. & Chabay, R.W. (1985). Intrinsic motivation and instruction: Conflicting
views on the role of motivational processes in computer-based education.
Educational Psychologist, 20, pp. 217-230.
Malone, T. W & Lepper, M. R. (1987). Making learning fun: A taxonomy model of intrinsic
motivations for learning. Dalam R. E. Snow & M. J. Farr (eds). Aptitude, learning
and instruction. Vol. 3, 255-286.
Mariani Md Nor (2009). Kepentingan bermain dalam pendidikan prasekolah.
http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-Pendidikan-
Prasekolah. Dilayari pada 11 Januari 2010.
Martin, D. J. (2001). Construction early childhood science. Delmar: Albany.
Mastura Badzis (2009). Pendidikan anak-anak di peringkat awal umur berasaskan binaan
kurikulum yang integratif. Minda Madani Online. Dilayari pada 20 April 2011.
Morrison, G. S. (1995). Early childhood education today. New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Morrison, G. S. (1998). Early childhood education today. Upper Saddle River, NJ:Prentice
Hall.
Middleton, J. A. & Spanias, P. A. 1999. “Motivation for achievement in mathematics:
Findings, generalization and criticism of the research”, Journal for Research in
Mathematics Education,30(1), 65–88.
Miller, E. & Almon, J. (2009). Crisis in the kindergarten: Why children need to play in
school. www.eddigest.com. Dilayari pada 19 Februari 2011.
Nicolopoulou, A. (2010). The alarming disappearance of play from early childhood
education. Human Development 2010. Vol. 53, 1-4.
Nor Azan Mat Zin. 2005. Pembangunan dan Kepenggunaan Perisian Kursus Adaptif
Multimedia (A-MathS): Reka Bentuk Berasaskan Stail Pembelajaran. Tesis Ph.D.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pintrich, P. R., & Schunk, D. (1996). Motivation in education: Theory, research and
applications. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan kajian kes pendidikan prasekolah 2008. Kuala
Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dengan kerjasama
UNICEF.
Reeve, J. (2001). Understanding motivation and emotion. (3th
ed). United States of America :
Harcourt Brace College.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum
Prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd:Selangor.
Rubin, K. H., Fein, G., & Vandenberg, B. (1983). Play. Dalam E.M Hetherington (ed.). & P.
H. Mussen. Handbook of child psychology: Vol. 4. Socialization, personality and
social development (pp.698-774). New York: Wiley.
Sloan, T., Daane, C.J. & Giesen, J. (2004). Learning Styles of Elementary Preservice
Teachers. College Students Journal. 38(3): 494-501.
Sluss, D., J. (2005). Supporting play: Birth through age eight. Canada: Thomsom Delmar
Learning.
Vickerius, M., & Sandberg, A. ( 2006). The significance of play and the environment around
play . Early Child Development and Care , 176, 207–217.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of the higher psychological
processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Zigler, E., & Bishop-Josef, S. (2006). The cognitive child vs. The whole child: Lessons from
40 years of head start. In D. Singer, R. M. Golinkoff, & K. Hirsh-Pasek (Eds.), Play-
Learning: How play motivates and enhances children’s cognitive and social-
emotional growth. New York, NY: Oxford University Press.
Penghargaan
Ucapan penghargaan di atas bantuan kewangan yag diberikan oleh Unit Biasiswazah
Zamalah, Universiti Teknologi Malaysia yang membiayai penyelidikan saya ini.

Contenu connexe

Tendances

Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematikAdilah Said
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankGabby Ee
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahIzz Khalil
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Dy Marvel
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahHon Shan Shan
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakNur Syamimi Ahmad Othman
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahHon Shan Shan
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHnurulanwar
 

Tendances (20)

Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
 
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakananKeselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolah
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolah
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
 

Similaire à Konsep bermain dalam pakk

KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...Joyce Robert
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakWan Amir Wan
 
Assment saadah aku
Assment saadah akuAssment saadah aku
Assment saadah akuKapur Putih
 
Nota konsep main
Nota konsep mainNota konsep main
Nota konsep mainahmadjalani
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1Young Lia
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakD'ba Rosle
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baruJamaliah Hashim
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaDurratul Aini
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranasihwiniy viniy
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikNorina Mohamad Najib
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutazimahbtomar
 

Similaire à Konsep bermain dalam pakk (20)

KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
 
Kepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajarKepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajar
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 
Assment saadah aku
Assment saadah akuAssment saadah aku
Assment saadah aku
 
Article Text-610.pdf
Article Text-610.pdfArticle Text-610.pdf
Article Text-610.pdf
 
Nota konsep main
Nota konsep mainNota konsep main
Nota konsep main
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
Permainan Mesra Budaya
Permainan Mesra BudayaPermainan Mesra Budaya
Permainan Mesra Budaya
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
 
Tutorial
TutorialTutorial
Tutorial
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaran
 
Rekreasi matematik
Rekreasi matematikRekreasi matematik
Rekreasi matematik
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 

Dernier

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 

Dernier (11)

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 

Konsep bermain dalam pakk

  • 1. KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH Zakiah Mohamad Ashari (zakiah33@live.utm.my) Azlina Mohd. Kosnin Yeo Kee Jiar Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-kanak (Landreth, Baggelly & Tyndall, 1999). Bermain merupakan aksi, tindakan atau kelakuan yang boleh dihargai dan mudah untuk dikenal pasti (Sluss, 2005). Di prasekolah, pendekatan belajar melalui bermain membenarkan kanak-kanak terlibat dengan sesuatu aktiviti pengajaran dengan perasaan yang gembira dan penuh kepuasan seiring dengan minat dan kemahuan. Sebagai pendidik kepada kanak-kanak, guru prasekolah sangat disarankan supaya memenuhi minat dan keperluan anak didiknya. Apabila keperluan bermain kanak-kanak dipenuhi, secara tidak langsung minatnya terhadap pembelajaran akan bertambah, dan motivasinya juga akan meningkat. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Atas alasan ini, pemahaman terhadap konsep bermain kanak- kanak adalah perlu khususnya dalam kalangan guru prasekolah. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan 1) menerangkan tentang keperluan aktiviti bermain terhadap perkembangan kanak-kanak serta 2) membincangkan tentang kepentingan bermain terhadap motivasi kanak- kanak. Daripada perbincangan ini dicadangkan supaya pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di prasekolah. Hal ini kerana, belajar melalui bermain merupakan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak meneroka hubungan, menambah pengetahuan dan meningkatkan keyakinan serta motivasi secara semula jadi. Pengalaman yang dilalui ketika bermain melatih kanak- kanak berfikir dan menyesuaikannya dalam kehidupan sebenar. Kata kunci : belajar melalui bermain, motivasi kanak-kanak Pengenalan Bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-kanak (Landreth, Baggelly & Tyndall, 1999). Bermain merupakan aksi, tindakan atau kelakuan yang boleh dihargai dan mudah untuk dikenal pasti (Sluss, 2005). Dalam pendidikan awal kanak-kanak, bermain menjadi faktor penting yang dapat membantu mengoptimumkan proses pembelajaran dan perkembangan. Menurut Froebel (dalam Vickerius & Sandberg, 2006), kerja, bermain dan belajar adalah satu unit dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dalam pada itu, Vygotsky menjelaskan bahawa bermain adalah kenderaan bagi kanak-kanak untuk melakukan interaksi sosial dan sangat penting untuk proses belajar. Bermain juga memberi ruang bagi anak-anak untuk meningkatkan kepercayaan diri dan penguasaan. Walaupun bermain dilakukan secara tidak formal, namun kanak-kanak dapat berbincang dan berkongsi tujuan bermain yang sama. Pendekatan belajar sambil bermain dikatakan satu pendekatan yang memberi pengalaman secara langsung dengan objek dan menggalakkan kanak-kanak membina perhubungan dengan individu dan objek dipersekitarannya secara optimum. Sebagai pendidik kepada kanak-kanak, guru prasekolah sangat disarankan supaya memenuhi minat dan keperluan anak didiknya. Di prasekolah, pendekatan belajar melalui bermain membenarkan kanak-kanak terlibat dengan sesuatu aktiviti pengajaran dengan perasaan yang gembira dan penuh kepuasan seiring dengan minat dan keinginan semula jadi. Martin (2001) menyatakan kanak-kanak akan mempamerkan keinginan semula jadi tentang apakah objek
  • 2. itu, bagaimana objek tersebut berfungsi dan bagaimana ia berkait antara satu sama lain dengan memerhatikan objek yang berada di persekitaran mereka. Oleh sebab itu, pelopor pendidikan awal kanak-kanak seperti Froebel, Pestalozzi dan Montessori dalam Eliason dan Jenkins (2003) menyarankan agar pendidikan di peringkat awal ini berasaskan persekitaran semula jadi dengan menggalakkan penglibatan aktif dan permainan. Pada asasnya, sifat dan sikap kanak-kanak untuk belajar tentang sesuatu yang belum diketahui sangat tinggi ketika bermain. Namun, orang dewasa sering melihat aktiviti bermain dari sudut yang sempit. Dari penglihatan mata kasar, kanak-kanak bermain hanya untuk menikmati keseronokan sahaja tanpa matlamat yang jelas. Mereka bimbang anak-anak lalai dan hilang fokus dalam pelajaran seterusnya tidak dapat menguasai bidang akademik dengan cemerlang. Tetapi Morrison (1998) menjelaskan bahawa aktiviti bermain sebenarnya adalah satu proses permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar. Ahli pendidikan awal kanak-kanak menjelaskan bahawa aktiviti bermain dapat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek sosial, kognitif, afektif dan motor (Frost, Bowers & Wortham, 1990). Selain itu, banyak hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak- kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak-kanak (Mastura, 2009). Peluang bermain yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikatakan mampu merangsang motivasi dan minda kanak-kanak ke tahap optimum melalui penerokaan, inkuiri, pembinaan dan penemuan secara semula jadi. Apabila keperluan bermain kanak- kanak dipenuhi, secara tidak langsung minatnya terhadap pembelajaran akan bertambah, dan motivasinya juga akan meningkat. Selain itu, tekanan juga dapat dielakkan apabila bermotivasi ketika belajar kerana tanpa disedari kanak-kanak, tugas atau pembelajarannya diserapkan dalam aktiviti bermain. Penglibatan kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga semakin meningkat kerana mereka berasa seronok dengan pengajaran yang melibatkan pengalaman, penggunaan objek-objek konkrit dan juga berpusatkan kanak- kanak. Kajian lepas mendapati apabila pendekatan pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar atau kanak-kanak, pengetahuan yang disampaikan dapat disimpan dengan lebih lama dan kanak-kanak mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran tersebut (Sloan, 2004; Nor Azan, 2005). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa kejayaan mempunyai pengaruh yang kuat dengan motivasi individu (Middleton dan Spanias, 1999) dalam Aida Suraya dan Wan Zah, 2009). Motivasi yang hadir ketika pendekatan belajar melalui bermain diaplikasikan dijadikan perangsang untuk membangkitkan keseronokan dan minat seseorang kanak-kanak terhadap pembelajaran mereka. Atas alasan ini, pemahaman terhadap konsep bermain kanak-kanak adalah perlu khususnya dalam kalangan guru prasekolah supaya keperluan semula jadi kanak-kanak dipenuhi sekaligus meningkatkan motivasi mereka dalam menuntut ilmu. 1. Objektif kertas kerja Kertas kerja ini akan; 1.1 menerangkan tentang keperluan aktiviti bermain terhadap perkembangan kanak-kanak. 1.2 membincangkan tentang kepentingan bermain terhadap motivasi kanak-kanak.
  • 3. 2. Konsep bermain di prasekolah Menurut Frost, Bowers dan Wortham (1990) bermain dapat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek sosial, kognitif, afektif dan motor. Malah, banyak hadis-hadis yang menerangkan tentang kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak dan menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Mastura, 2009). Selain itu, ramai pelopor pendidikan awal kanak-kanak merumuskan bahawa pembelajaran yang sangat bernilai hadir ketika kanak- kanak bermain. Bahkan ada yang berpendapat bahawa bermain adalah pekerjaan bagi kanak- kanak. Penjelasan Froebel (1889) dalam bukunya yang bertajuk ‘The Education of Man’ terhadap kepentingan bermain kepada kehidupan kanak-kanak adalah seperti berikut; “bermain adalah perkembangan yang tertinggi di zaman kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar meluahkan apa yang terkandung dalam jiwa mereka dengan rela. Peluang bermain yang diberikan sangat penting dan bermakna kepada kanak-kanak.” Kepentingan penggunaan konsep bermain pada peringkat kanak-kanak telah disokong dan diakui oleh penyelidik-penyelidik dari pelbagai disiplin termasuklah psikologi, pendidikan, falsafah, sosiologi dan juga kesihatan. Malah Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan pada 20 November 1959 bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk bermain yang harus diarahkan untuk tujuan yang sama khususnya dalam bidang pendidikan (Duncan & Lockwood, 2008). Hal ini kerana, mereka percaya dalam kehidupan kanak-kanak, bermain merupakan faktor penting dalam membantu proses pembelajaran dan perkembangan (Bredekamp, 1987). Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri, mereka lebih cenderung untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa dan bermakna. Seperti yang dijelaskan oleh Morrison (1995), bermain adalah kehidupan bagi kanak-kanak dan merupakan tahap tertinggi dalam membantu proses perkembangan mereka. Froebel menyarankan semua kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri bermain. Dengan bermain kanak-kanak dapat melahirkan dan mendedahkan keunikan yang dimilikinya. Oleh yang demikian, aktiviti bermain perlu diaplikasikan oleh guru prasekolah dengan cara terbaik dalam memperkenalkan perkara-perkara asas mengikut standard kandungan yang telah ditetapkan dalam setiap tunjang prasekolah. Dalam Rohani, Nani dan Mohd. Sharani (2007), pendekatan bermain yang berasaskan Teori Piaget menitik beratkan beberapa perkara, iaitu; i. Persekitaran kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang membenarkan mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka. Contohnya, aktiviti melukis, membina, berlakon, bermain olok-olok atau bermain dengan pasir dan air. ii. Pengalaman belajar kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti penerokaan dan penemuan. Misalnya, selepas berpengalaman bermain dengan air, kanak-kanak akan berkebolehan membuat jangkaan sama ada sesuatu benda akan terapung atau tenggelam apabila diletakkan di atas permukaan air. iii. Guru berperanan dengan menggalakkan penerokaan persekitaran dan membimbing dalam proses pembinaan pengetahuan. iv. Kurikulum dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak disusun berasaskan minat yang boleh mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak.
  • 4. Sehubungan itu, Jerome Bruner menyarankan bahawa ciri-ciri utama bermain bukan sahaja terletak pada isi kandungan tetapi bentuk permainan. Pendekatan bermain ini wujud dalam kontinum yang berterusan dari pelbagai jenis permainan yang ditentukan oleh kanak-kanak seterusnya orang dewasa atau guru prasekolah. Aktiviti bermain bermula dari main secara bebas (free-flow play) yang mana aktiviti bermain adalah atas pilihan sendiri dan sepenuhnya diurus oleh diri kanak-kanak. Kemudian aktiviti bermain menuju ke arah permainan yang lebih berstruktur dan tersusun (structured play), seterusnya permainan berpandu (guided play) dan di akhiri dengan pembelajaran yang menyeronokkan (playful teaching). Aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan ini perlu kepada inisiatif guru yang bijak merangka agenda supaya aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak, tidak bosan dan sentiasa aktif. 3. Bermain dan motivasi kanak-kanak prasekolah Hubungan antara memenuhi keperluan dengan pembelajaran kanak-kanak yang bermakna merupakan elemen penting dalam pendekatan belajar sambil bermain. Motivasi merupakan aspek penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Menurut Kanfer (1994), motivasi merupakan mekanisme psikologi yang mampu mengawal arahan, intensiti dan tingkah laku yang berterusan. Manakala Bomia et al. (1997) menjelaskan motivasi adalah kesediaan pelajar, keperluan, keinginan, dan paksaan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu perkara serta berjaya dalam proses pembelajaran. Skinner dan Belmont (1991) menjelaskan bahawa pelajar-pelajar yang bermotivasi akan melibatkan diri dalam aktiviti sekolah seperti memilih tugas-tugas mengikut kemampuan kecekapan, bertindak apabila diberi peluang, mengerahkan usaha yang gigih serta memberi tumpuan dalam pelaksanaan tugas pembelajaran, menunjukkan emosi yang positif seperti bersemangat, optimis, rasa ingin tahu, dan minat. Motivasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivati ekstrinsik dan instrinsik (Lepper, 1985; Lepper & Chabay, 1985; Lepper & Malone, 1987). Motivasi ekstrinsik merupakan elemen yang terkandung di bawah persekitaran luaran. Motivasi ekstrinsik merangkumi faktor-faktor seperti popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan ganjaran. Manakala motivasi instrinsik ialah kecenderungan dalaman untuk menumpukan perhatian kepada minat, membuat latihan kepada keupayaan, mencari dan menjadi pakar di dalam cabaran yang optima (Reeve, 2001). Motivasi ini akan wujud dalam diri individu apabila melakukan sesuatu perkara atau aktiviti yang bertujuan untuk menikmati keseronokan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Lepper dan Chabay (1985) berpendapat bahawa motivasi intrinsik lebih memberi manfaat kepada pembelajaran berbanding motivasi ektrinsik khususnya dalam pembelajaran matematik. Oleh sebab itu, kajian lepas menunjukkan bahawa elemen motivasi merupakan satu pengaruh yang kuat dalam pembelajaran matematik (Middleton & Spanias,1999). Motivasi intrinsik sangat berkait dengan pencapaian yang cemerlang dalam pembelajaran di kalangan kanak-kanak (Pintrich & Schunk, 1996). Motivasi instrinsik adalah penyumbang kepada keupayaan kanak-kanak untuk memperoleh pembelajaran bermakna, menyelesaikan masalah dan pengalaman yang menggembirakan (Deci, 1975). Peningkatan pembelajaran ini berlaku disebabkan pelajar yang mempunyai motivasi instrinsik yang tinggi akan melibatkan diri secara optimum dalam proses pembelajaran. Kanak-kanak akan menggunakan pelbagai strategi untuk menggalakkan pemahaman yang mendalam dan mengaplikasikannya pada masa depan hasil dari pembelajaran yang dilalui. Apabila kanak-kanak bermotivasi tinggi, secara tidak langsung mereka akan memperoleh keseronokan dalam pembelajaran,
  • 5. meningkatkan ilmu pengetahuan, yakin dengan diri sendiri dan lebih cenderung melakukan aktiviti-aktiviti bermatlamat ( Harter, 1982; Pintrich & Schunk, 1996). 4. Isu yang berbangkit Walaupun telah banyak bukti kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa aktiviti bermain memberikan impak postif terhadap perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak namun situasi yang berlaku kini adalah pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh standard kurikulum prasekolah masih tidak diberikan keutamaan di prasekolah. Laporan oleh Miller dan Almon (2009) menunjukkan aktiviti bermain telah diketepikan dalam pendidikan prasekolah di Amerika sejak dua dekad yang lalu kerana dianggap tidak relevan dengan kurikulum prasekolah yang bersifat akademik dan berorientasikan peperiksaan. Kurikulum ini telah menafikan naluri semula jadi kanak-kanak kerana terlalu mementingkan gred dan prestasi individu. Menurut Miller dan Almon (2009) lagi, banyak masa kanak-kanak diperuntukkan untuk belajar dan mereka sering diuji dalam kemahiran literasi dan matematik berbanding menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Pendekatan belajar melalui bermain dikatakan tidak mendatangkan faedah dan tidak bernilai (Cleave & Brown, 1989), boleh merendahkan tahap intelek kanak-kanak (Hall & Abbott, 1991) dan dilihat sebagai musuh pada peringkat pendidikan asas oleh sesetengah pihak. Akibatnya bilangan guru yang mengikut perubahan kurikulum baru juga semakin bertambah (Nicolopoulou, 2010). Guru terpaksa menurut perubahan kurikulum (Nicolopoulou, 2010) dengan memilih dan menggunakan pendekatan langsung supaya kanak-kanak menguasai kemahiran literasi dan matematik dengan cepat mengikut masa dan standard akademik yang telah ditentukan dalam kurikulum (Miller & Almon, 2009). Kajian awal yang dilakukan oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 2005 setelah diperkenalkan pendekatan belajar melalui bermain pada tahun 2003 di Malaysia menunjukkan bahawa kesemua prasekolah yang dilawati telah menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) sebagai panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malangnya kurikulum yang menjadi garis panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran tidak ketara penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Mariani, 2009). Kajian mendapati sebanyak 79.5 peratus guru telah melaporkan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran mereka, 83.6 peratus menggunakan pendekatan bertema dan 78 peratus menggunakan pendekatan bersepadu. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa pendekatan belajar melalui bermain adalah pendekatan yang kerap digunakan dalam proses pengajaran meskipun dianggap sebagai aktiviti yang banyak membuang masa kanak-kanak oleh sesetengah pihak. Walau bagaimanapun, apabila pemerhatian dilakukan sekali lagi dalam kajian yang lain terhadap 20 buah sekolah oleh pegawai prasekolah dari Bahagian Pendidikan Negeri Selangor, dapatan menunjukkan hampir semua kelas tidak melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2007). Rumusan awal yang dibuat ialah guru mempunyai pandangan positif terhadap pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh kurikulum prasekolah tetapi sukar untuk melaksanakannya di dalam kelas kerana kurang pengetahuan dan kemahiran serta tiada panduan yang khusus untuk melaksanakan pendekatan tersebut. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), antara sebab guru masih tidak mengamalkan pembelajaran berfikrah walaupun mereka sedar kepentingan
  • 6. ini adalah kerana guru kurang pengetahuan tentang teori pembelajaran yang dicadangkan oleh kementerian. Akibatnya banyak prasekolah telah mengurangkan pendekatan bermain dan ada sesetengahnya yang menolak terus pendekatan tersebut dari proses pengajaran dan pembelajaran (Bodrova & Leong, 2003; Brandon, 2002 dalam Zigler & Bishop-Josef, 2006). 5. Kesimpulan Aktiviti bermain merupakan teknik yang mudah untuk guru prasekolah aplikasikan kepada kanak-kanak tanpa perlu dipaksa dan diajar secara rumit. Hal ini kerana apabila kanak-kanak bermain, mereka sebenarnya diberi peluang menggunakan dan mengasah kreativiti sedia ada yang dimiliki untuk menyelesaikan masalah sama ada secara individu mahu pun berkumpulan. Dalam hal ini, pendidik perlu memainkan peranan penting dalam membina dan menggalakkan motivasi intrinsik kanak-kanak terutamanya di prasekolah. Sebagai guru prasekolah, mereka perlu bertindak balas terhadap keperluan setiap kanak-kanak yang berada di dalam kelasnya. Penggunaan pendekatan belajar melalui bermain boleh membantu meningkatkan motivasi instrinsik kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi dalam setiap perkembangannya (Rubin, Fein & Vandenburg, 1983). Menurut Isenberg dan Quisenberry (2002), aktiviti bermain yang disediakan untuk kanak-kanak dapat menyokong peningkatan motivasi instrinsik hasil daripada emosi positif yang hadir ketika bermain. Emosi yang positif, seperti rasa ingin tahu dan rasa seronok secara umumnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti bermain yang disediakan oleh guru. Oleh itu, guru perlu komited untuk memastikan pendekatan belajar sambil bermain dapat dilaksanakan dengan cekap, berkesan untuk melahirkan modal insan yang menguasai ilmu, berkemahiran tinggi dan mempunyai daya saing yang tinggi. Peranan guru prasekolah perlu diperhebat dengan memberi ruang atau stimulus kepada kanak-kanak supaya dapat bermain, menyediakan bahan dan material kepada kanak-kanak untuk membentuk pengetahuan melalui bermain dan juga menjadi pemerhati yang cekap kepada kanak-kanak ketika bermain. Hal ini kerana bermain bukan sahaja dapat mengasah kemahiran dan pengetahuan kanak- kanak malah ia merupakan satu medium yang mampu meningkatkan motivasi kanak-kanak secara semula jadi. Rujukan Aida Suraya Md. Yunus & Wan Zah Wan Ali (2009). Motivation in the learning of mathematics. European Journal of Social Sciences. Vol. 7, No. 4 (93-101). Bomia, L., Beluzo, L., Demeester, D., Elander, K., Johnson, M., & Sheldon, B. 1997. The impact of teaching strategies on intrinsic motivation. Champaign, IL: ERIC Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education. Bredekamp, S. (1987). Developmentally appropriate practice in early childhood programs serving children from birth through age eight. Washington, DC: NAEYC. Cleave, S. & Brown, S. (1989). Four year olds in school: Meeting their needs. Windsor: NFER-Nelson. Deci, E. L. (1975). Intrinsic motivation. New York: Plenum Publishing. Duncan, J. & Lockwood, M. (2008). Learning through play: A work based approach for the early years professional. London: Continuum International Publishing Group.
  • 7. Eliason, C. & Jenkins, L. (2003). A practical guide to early childhood curriculum (5 th ed.). New York: Mac Millan College Publishing Company. Froebel, F. (1889). The education of man. New York: E. Appleton. Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham, S., (1990). The state of American playgrounds. Journal of Physical Education, Recreation, and Dance. Vol 61 (8), hlm. 18-23. Hall, N. & Abbott, L. (1991). Play in the primary curriculum. London: Hodder & Stoughton. Harter, S. (1982). The perceived competence scale for children. Child Development. Vol. 53, 87-97. Isenberg, J. P. & Quisenberry, N. (2002). Play: Essential for all children. A position paper of the Association for Childhood Education International. www.acei.org/playpaper.htm. Dilayari pada 6 Mac 2011. Landreth G. L., Baggelly, J., & Tyndall, A. L. (1999). Beyond adapting adult counseling skills for use with children: The paradigm shift to child-centered play therapy. Journal of Individual Psychology, 55(3), 272-288. Lepper, M. R. (1985). The play's the thing. (Review of Mind at Play). Contemporary Psychology, 30, 312-313. Lepper, M. R. & Chabay, R.W. (1985). Intrinsic motivation and instruction: Conflicting views on the role of motivational processes in computer-based education. Educational Psychologist, 20, pp. 217-230. Malone, T. W & Lepper, M. R. (1987). Making learning fun: A taxonomy model of intrinsic motivations for learning. Dalam R. E. Snow & M. J. Farr (eds). Aptitude, learning and instruction. Vol. 3, 255-286. Mariani Md Nor (2009). Kepentingan bermain dalam pendidikan prasekolah. http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-Pendidikan- Prasekolah. Dilayari pada 11 Januari 2010. Martin, D. J. (2001). Construction early childhood science. Delmar: Albany. Mastura Badzis (2009). Pendidikan anak-anak di peringkat awal umur berasaskan binaan kurikulum yang integratif. Minda Madani Online. Dilayari pada 20 April 2011. Morrison, G. S. (1995). Early childhood education today. New Jersey: Merrill Prentice Hall. Morrison, G. S. (1998). Early childhood education today. Upper Saddle River, NJ:Prentice Hall. Middleton, J. A. & Spanias, P. A. 1999. “Motivation for achievement in mathematics: Findings, generalization and criticism of the research”, Journal for Research in Mathematics Education,30(1), 65–88.
  • 8. Miller, E. & Almon, J. (2009). Crisis in the kindergarten: Why children need to play in school. www.eddigest.com. Dilayari pada 19 Februari 2011. Nicolopoulou, A. (2010). The alarming disappearance of play from early childhood education. Human Development 2010. Vol. 53, 1-4. Nor Azan Mat Zin. 2005. Pembangunan dan Kepenggunaan Perisian Kursus Adaptif Multimedia (A-MathS): Reka Bentuk Berasaskan Stail Pembelajaran. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pintrich, P. R., & Schunk, D. (1996). Motivation in education: Theory, research and applications. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall. Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan kajian kes pendidikan prasekolah 2008. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dengan kerjasama UNICEF. Reeve, J. (2001). Understanding motivation and emotion. (3th ed). United States of America : Harcourt Brace College. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd:Selangor. Rubin, K. H., Fein, G., & Vandenberg, B. (1983). Play. Dalam E.M Hetherington (ed.). & P. H. Mussen. Handbook of child psychology: Vol. 4. Socialization, personality and social development (pp.698-774). New York: Wiley. Sloan, T., Daane, C.J. & Giesen, J. (2004). Learning Styles of Elementary Preservice Teachers. College Students Journal. 38(3): 494-501. Sluss, D., J. (2005). Supporting play: Birth through age eight. Canada: Thomsom Delmar Learning. Vickerius, M., & Sandberg, A. ( 2006). The significance of play and the environment around play . Early Child Development and Care , 176, 207–217. Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of the higher psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University Press. Zigler, E., & Bishop-Josef, S. (2006). The cognitive child vs. The whole child: Lessons from 40 years of head start. In D. Singer, R. M. Golinkoff, & K. Hirsh-Pasek (Eds.), Play- Learning: How play motivates and enhances children’s cognitive and social- emotional growth. New York, NY: Oxford University Press. Penghargaan Ucapan penghargaan di atas bantuan kewangan yag diberikan oleh Unit Biasiswazah Zamalah, Universiti Teknologi Malaysia yang membiayai penyelidikan saya ini.