1. KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah
Kuliah 2:
Pendekatan, kaedah, teknik, dan strategi
pengajaran bahasa
Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944)
Pensyarah : Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu – 016-4556096)
Dr. Ahmad Zamri Khairani (Kuching – 019-5492525)
Dr. Aswati Hamzah (Pulau Pinang – 018-4056787)
12 Oktober 2013
2. Sketsa Guru
“Kaedah pengajaran yang saya
gunakan betul... tapi hasil yang
saya harapkan masih tidak
tercapai.”
“Kalau begitu, adakah teknikteknik yang awak gunakan itu
betul juga?”
“Teknik-teknik yang saya pakai
tidak mungkin salah lagi”
“Oh ya! Strategi pengajaran
macam mana pula?”
“Apa itu stra..."
3. PENDEKATAN
Pendekatan dimaksudkan sebagai
arah atau hala yang diambil untuk
menuju sesuatu sasaran.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.
4. Analogi – Memasak ikan
Pendekatan Timur
Keutamaan diberi kepada
rasa dan rupa makanan
tetapi tidak begitu
mementingkan nilai kalori
atau ciri-ciri makanan
seimbang.
Pendekatan Barat
Keutamaan ditegaskan pada
nilai kalori, nilai makanan
dari segi zat makanan dan
ciri-ciri makanan seimbang.
5. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang
digunakan untuk memulakan proses pengajaran…
Teori Behavioris (Skinner)
sesuatu isi
pelajaran,
sesuatu mata
pelajaran,
beberapa mata
pelajaran
kemahiran
Pendekatan-pendekatan ini wujud berdasarkan aspek-aspek
pengajaran yang ingin diutamakan dan boleh digolongkan
mengikut:
Cara
pengelolaan
murid
Cara fakta
disampaikan
Keaktifan
pengajaran
atau murid
Pengajaran
bahasa
Pengajaran
mata
pelajaran
lain.
7. Pendekatan deduktif
Dipaksikan pada kepatuhan terhadap pendedahan
awal tentang teori, hukum atau masalah tertentu.
Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan
rumus.
Memulakan sesuatu pembelajaran dengan melihat
sesuatu itu secara keseluruhan sebelum kesimpulan
secara spesifik dibuat.
8. Ciri-ciri pendekatan deduktif
Mementingkan pengetahuan yang diperoleh & bukan kebiasaan.
Bersifat ideasionalisme untuk memperoleh pengetahuan.
Isi disusun bermula dengan keseluruhan kepada yang lebih kompleks.
Struktur isi & kognitif dapat memudahkan murid belajar.
Menekankan aspek pemahaman berbanding hafalan.
Memulakan pengajaran secara generalisasi kemudian diikuti contoh.
Selaras dengan linguistik tradisional & transformasi.
Mengutamakan aspek tulisan berbanding kemahiran lain.
9. Kekuatan
Cara mudah &
sesuai untuk
sampai isi
pelajaran.
Bermanfaat
kepada murid
yang pandai.
Sesuai
digunakan
dalam
pengajaran.
Murid
berpeluang
meniru dan
menghafal
contoh yang
diberikan
guru.
10. Kelemahan
Guru perlu
menguasai konsep
dan contoh yang
betul, tepat dan
jelas sebelum
melaksanakannya.
Tidak sesuai untuk
murid lemah.
Mengutamakan
pengetahuan sedia ada
murid.
12. Ciri-ciri Pendekatan Induktif
Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan.
Menggunakan pengalaman deria untuk memperoleh pengetahuan.
Penekanan kepada pengajaran berbentuk konkrit.
Kekerapan membuat ulangan dalam pelbagai konteks kemahiran.
Selaras dengan kehendak linguistik struktural.
Murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru.
Menekankan penglibatan murid yang aktif.
Bersifat saintifik.
Menekankan aspek lisan.
13. Kelebihan
Kelemahan
Murid dibantu memahami konsep
menerusi teknik penyoalan oleh
guru.
Sukar mendapat kerjasama daripada
murid-murid.
Menggalakkan penglibatan murid
yang aktif.
Masa yang digunakan terlalu lama
untuk menyelesaikan masalah.
Murid mendapat bimbingan
sepenuhnya daripada guru.
Guru terbeban kerana terlalu banyak
persediaan yang perlu dibuat.
Penggunaan bahan bantu mengajar
secara maksimum.
Tidak sesuai untuk murid yang
pandai.
Murid berpeluang mengemukakan
contoh sendiri.
15. Ciri-ciri Pendekatan Eklektik
Satu cara mengajar bahasa yang menggunakan pelbagai kaedah.
Memberi peluang guru menggunakan usaha dan kreativiti sendiri.
Guru berpeluang mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid.
Membolehkan murid berfikir secara terus dalam bahasa yang dipelajari.
Banyak menggunakan latihan dalam pengajarannya.
16. Kelebihan
Kelemahan
Sesuai dilaksanakan untuk murid
yang mempunyai pelbagai
kebolehan.
Sukar memilih pendekatan yang
hendak digunakan.
Murid berpeluang belajar dalam
suasana yang lebih meyakinkan.
Tugas guru bertambah kerana
terpaksa menyediakan banyak
latihan.
Pengambilan ciri-ciri baik daripada
beberapa pendekatan lain, boleh
mengimbangkan kelemahan yang
ada dalam pendekatan tersebut.
Tidak sesuai untuk murid yang lemah.
Memudahkan guru mentadbir
pengajaran mereka sekali gus
meningkatkan pemahaman murid.
17. Pendekatan Komunikatif
Berpusatkan murid dalam P&P.
Berfokus pada bentuk-bentuk komunikatif seperti
permohonan maaf, penceritaan, pelaporan dan
sebagainya.
Penyerapan bentuk gramatikal untuk tujuan komunikasi.
Menekankan proses komunikasi sebenar.
Menggunakan struktur bahasa yang sesuai mengikut
tujuan komunikasi dan mengambil kira makna sosial
dalam penggunaan bahasa.
18. KAEDAH
Kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat
sesuatu), hukum atau prinsip.
Terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang
sistematik dan tersusun untuk mencapai
sesuatu matlamat.
Satu aktiviti pengajaran yang mempunyai
langkah-langkah yang tersusun.
19. Analogi
Jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu
fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang
kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedahkaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti
menggoreng, merebus, memanggang atau
mengukus.
21. 1. Kaedah nahu terjemahan
Berfokus pada kemahiran menulis dan bukannya kemahiran lisan.
Tidak mementingkan fonetik ketika menggunakan kaedah ini.
Tujuan – untuk membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa
di samping melatih mereka menulis menggunakan bahasa yang betul.
Beri peluang murid menterjemahkan bahan daripada bahasa asing ke bahasa
jati atau sebaliknya.
Gabungan tatabahasa dengan terjemahan.
22. Ciri-ciri Kaedah Nahu Terjemahan
Berfokus
pada aspek
tulisan.
Berteraskan
pendekatan
deduktif.
Pengajaran
dan
praktikalnya
berdasarkan
ayat.
Menekankan
hafazan
peraturan
tatabahasa.
Mengekalkan
bahasa
pertama
sebagai
sistem
rujukan.
23. Kelebihan Kaedah Nahu Terjemahan
Amat berkesan dalam kelas yang mempunyai murid cerdas yang berminat untuk menaakul
konsep-konsep abstrak.
Murid tersebut mempunyai kemampuan untuk memahami segala huraian bahasa yang diajar
serta dapat mengingati peraturan-peraturan, bahasa dan perbendaharaan kata yang diajar.
Tidak memerlukan persediaan yang teliti dalam menyediakan bahan bantu mengajar kerana
hanya melibatkan bahan bacaan sahaja.
Tegasnya, dalam kaedah ini guru perlu kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan teknik
pengajaran.
Kebanyakan bahan pengajarannya terdiri daripada buku teks.
Dapat diajar dalam jumlah murid yang ramai.
24. 2. Kaedah terus
Menekankan pengajaran bahasa kedua dan bahasa asing yang dilaksanakan melalui
penggunaan bahasa sasaran semata-mata.
Terjemahan dalam bahasa ibunda tidak boleh langsung dalam kaedah ini.
Murid mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa
sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut.
Asas pengajaran adalah selari dengan cara murid mempelajari bahasa ibunda mereka
seperti tanggapan ahli-ahli behavioris.
Murid belajar bahasa ibunda mereka dengan cara mendengar, meniru serta mengulangi
perlakuan bahasa yang mereka dengari sehingga membentuk satu kelaziman bahasa.
25. Ciri-Ciri
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.
Timbulkan perasaan ingin tahu murid melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.
Mengutamakan bahasa lisan,
Tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari,
Mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan
Mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.
26. Kelebihan Kaedah Terus
Penglibatan murid
secara aktif &
menyeluruh.
Menekankan
aspek
penguasaan
bahasa dalam
komunikasi.
Murid dapat
berkomunikasi
atau bertutur
dengan cepat
dan lancar.
27. 3. Kaedah bacaan/ajuk
Merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik, iaitu dengan
membandingkan antara dua bahasa.
Pemilihan bunyi yang dilakukan adalah sama bagi kedua-dua bahasa.
Dari segi pengajaran bentuk ayat pula, pengajaran dilakukan berdasarkan bahasa
ibunda terlebih dahulu sebelum dipilih daripada bentuk ayat yang tiada dalam bahasa
ibunda mereka.
Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan
bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.
Murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan antara
tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.
28. Kelebihan
Murid dapat
memahami serta
bertutur dengan
sebutan yang betul
dan lebih baik.
Murid mudah faham
kerana guru bertutur
menggunakan bahasa
penutur sebagai
bahasa utama.
Pengajaran tatabahasa
juga mudah
dilaksanakan kerana
murid mudah
memahami perkara
yang diajar oleh guru.
Guru menggunakan
teknik latih tubi bagi
meningkatkan
penguasaan
kemahiran bertutur
murid.
29. Kelemahan
Kemahiran lisan
murid, iaitu bertutur
diutamakan
berbanding
kemahiran
membaca dan
menulis.
Guru perlu
membuat pelbagai
aktiviti bagi melatih
kemahiran lisan
murid untuk
berbahasa.
Guru mementingkan
penggunaan bahasa
yang diutarakan
oleh murid
berbanding makna
ayat tersebut.
30. 4. Kaedah audio-lingual
• Kaedah dengar-tutur.
• Kemahiran mendengar & bertutur
diutamakan.
• Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti
dengan ajukan.
31. Ciri-ciri
Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.
Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali.
Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi
perhatian terhadap intonasi yang betul.
Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan
penutur jati bahasa itu.
Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih - lebih lagi
jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.
32. Kebaikan
Kelemahan
Murid mudah menerima pelajaran
kerana aktiviti latih tubi.
Membebankan guru kerana keperluan
tenaga yang banyak untuk menjalankan
latih tubi.
Murid berpeluang meniru & menghafaz
perkara yang diajarkan guru.
Memerlukan tempoh masa yang agak
panjang untuk dilaksanakan.
Kesalahan yang dilakukan murid akan
dibetulkan oleh guru & mereka diminta
mengulang-ulang perkataan yang betul.
Murid bosan kerana terlalu banyak
latihan oral.
Murid hilang keyakinan untuk belajar
kerana menganggap pembelajaran
hanya tertumpu kepada aktiviti oral
sahaja.
33. 5. Kaedah komunikatif
Murid akan menjadi ahli
dalam komuniti.
Matlamat – memastikan
murid-murid belajar cara-cara
berkomunikasi menggunakan
bahasa yang ingin dipelajari
mengikut gaya sendiri.
Mereka akan melalui proses
interaksi dengan rakan-rakan
dalam komuniti tersebut.
34. Ciri-ciri
Memupuk semangat kekitaaan & perasaan keselamatan.
Kebolehan murid meningkat maju & mula berdikari.
Peranan guru sebagai pembimbing.
Guru mengenal pasti sejauh manakah situasi pembelajaran yang
baru ini boleh menggugat proses pembelajaran yang mantap.
Guru perlu menyokong & memahami sifat murid dalam
usaha untuk menguasai bahasa tersebut.
Peringkat awal pelaksanaan – murid boleh bergantung
kepada guru.
Proses pembelajaran meningkat – murid perlu berdikari.
35. Kebaikan
Kelemahan
Membantu murid mengurangkan rasa
cemas & takut.
Tidak sesuai dilaksanakan untuk kelas yang
terdiri dari pelbagai jurusan.
Membantu murid menangani faktor-faktor
yang mengancam diri mereka seperti kerap
kali melakukan kesalahan.
Guru sukar memastikan murid berminat
terhadap tajuk yang diperbincangkan &
menarik minat mereka menyertainya.
Menyemai sikap bersaing secara sihat.
Guru terpaksa menguasai & fasih bahasa
pertama & bahasa kedua.
Murid berpeluang berbincang bebas tanpa
mengambil kira tahap penguasaan bahasa
mereka.
Guru hilang fokus terhadap aras kesukaran
jika murid membangkitkan struktur
tatabahasa yang kompleks.
Murid bebas bercakap tentang apa juga
topik.
Bilangan murid dalam sebuah kelas antara
6-12 orang sahaja.
Memantapkan penguasaan murid dalam
perbualan & struktur ayat.
Membantu meningkatkan kemahiran dalam
tatabahasa.
Murid dibenarkan menggunakan bahasa
pertama & meningkatkan bahasa kedua.
37. Analogi
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah
menggoreng, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu
sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk
mengelakkan ikan melekat pada kuali, sedikit garam perlu
dimasukkan ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api
juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua
tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik
menggoreng.
38. Definisi
Teknik ialah satu taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil
segera yang maksimum pada waktu pengajaran bagi bahagian bahasa
tertentu.
Pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
kelas untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran.
Alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan sesuatu
bahan pengajaran yang telah dipilih.
Bahan yang dipilih haruslah sejajar dengan teknik yang digunakan, selain
seirama dengan kaedah yang dipilih.
39. 1. Teknik Syarahan
Teknik Penerangan
Teknik pengajaran yg asas.
Melibatkan guru menyampaikan/
persembahan lisan tentang fakta dan prinsip,
Lebih berpusatkan kepada guru.
Pendekatan yang jelas untuk
penyampaian kandungan.
Ada sedikit penglibatan murid
melalui penyoalan dan
perbincangan.
40. 2. Teknik Latih Tubi
• Aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari.
• Tujuannya adalah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran, di samping menjamin
ketekalan ingatan.
41. 3. Teknik Soal Jawab
• Teknik yang kerap digunakan oleh guru.
• Mewujudkan interaksi antara guru dengan
murid.
• Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
bertanyakan soalan dan murid akan
menjawab soalan tersebut.
• Mempunyai aras kesukaran soalan.
42. 4. Teknik Perbincangan
• Teknik ‘brainstorming’
• Murid digalakkan berfikir secara kreatif dan
aktif untuk menghuraikan pendapatnya.
• Semua pendapat dicatat.
• Sesuai untuk mendapatkan banyak maklumat.
43. 5. Teknik Main Peranan & Simulasi
Merupakan teknik pengajaran yang digunakan untuk
menjelaskan sesuatu konsep/situasi.
Dalam simulasi, murid akan berlakon dan mereka akan
mempelajari sesuatu konsep daripada lakonan tersebut.
Selalunya, dalam setiap simulasi melibatkan garis
panduan/peraturan yang perlu dipatuhi.
Penting:
Pastikan adanya perbincangan semasa atau selepas simulasi.
Perbincangan tersebut perlu bagi memastikan proses
pembelajaran berlaku.
44. 6. Teknik Drama/Lakonan
Teknik drama adalah untuk melatih murid menggunakan
unsur bahasa, unsur paralinguistik seperti jeda, nada &
intonasi, selain bukan linguistik yang membabitkan mimik
muka, gerak tangan, kepala & sebagainya dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Komponen yang terletak bawah teknik drama, iaitu:
Mimos
Improvisasi
Simulasi
Pantomin
Teater bercerita
Mestamu
Main peranan
45. 7. Teknik Permainan
Aktiviti dinamik.
Memberi peluang murid memperoleh latihan intensif,
pembelajaran bermakna & membuat diagnostik.
Menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa.
Hala tuju yang bertepatan dengan kehendak sistem
pendidikan negara & FPN.
Objektif yang tersirat:
Merangsang interaksi verbal.
Menambah kefasihan & keyakinan.
Menyediakan konteks pembelajaran yang kaya dengan
persekitaran penaakulan ilmu pengetahuan.
Alat yang dapat mengikis rasa bosan.
Alat pemulihan, pengukuhan & pengayaan.
46. 8. Teknik Penyelesaian Masalah
• Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di
bawah penyeliaan guru.
• Murid diberi permasalahan dan diminta untuk
cuba menyelesaikan masalah tersebut.
• Dapat memupuk kemahiran berfikir.
47. Strategi
• Kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran.
• Berdasarkan objektif pengajaran.
• Melibatkan pemilihan bahan, masa dan
sebagainya.
• Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu
susunan pendekatan dan kaedah untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa, dan kemudahan
secara optimum.
48. Analogi: Memasak Ikan (5kg)
Kita perlu merancangkan pendekatan dan kaedah yang boleh
digunakan supaya dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak
dengan menggunakan masa, tenaga serta sumber yang paling
minimum.
Umpamanya: kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya,
memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup,
menjeruk telurnya dan sebagainya.
Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu?
Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak?
Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi
memasak.
50. Strategi Berpusatkan Guru
Strategi konvensional yang
masih diamalkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Ekoran perkembangan sistem
pendidikan, khususnya
teknologi maklumat dan
komunikasi telah menyebabkan
strategi ini kurang dipraktikkan
di dalam bilik darjah.
51. Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Guru
Guru memainkan peranan utama untuk menguasai & mengawal proses pengajaran & pembelajaran.
Murid bersifat pasif dalam pembelajaran.
Komunikasi sehala sahaja.
Fokus murid pada hafalan & tidak melakukan interpretasi.
Tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan murid dari segi kebolehan & minat yang wujud.
Murid tidak kreatif, selain tiada daya inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.
Sesuai digunakan dalam aktiviti bercerita, iaitu guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita
52. Strategi Berpusat Murid
Memanfaatkan
penglibatkan murid
sebagai pemain utama
dalam proses pengajaran
& pembelajaran.
Guru bertindak
sebagai fasilitator
dalam proses
pengajaran bahasa.
Sesi pembelajaran
dimulakan dengan
usaha-usaha untuk
menggalakkan murid
supaya terlibat
secara aktif dalam
P&P.
53. Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid
Masa banyak diperuntukkan kepada murid untuk meneroka & menyelesaikan masalah
dengan bantuan guru.
Komunikasi dua hala.
Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik.
Murid bebas untuk bertanya dan mengemukakan pendapat.
Penekanan pembelajaran terhadap pencapaian objektif.
Aktiviti perbincangan dijalankan lebih kerap untuk memupuk sifat kerjasama & toleransi.
Guru berpeluang untuk berinteraksi dengan murid.
54. Strategi Berpusatkan Bahan
3.
Membolehkan
murid
memahami isi
pelajaran
4. Perkara utama –
penggunaannya dapat
meningkatkan minat
dan kefahaman murid.
2. Terbahagi
kepada dua:
• Bahan Pengajaran
• Bahan Pembelajaran
1. Memberi
penekanan kepada
bahan untuk
membantu
pengajaran guru.
5. Tidak
semestinya semua
sesi P&P perlukan
bahan
55. Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Bahan
Penggunaan bahan
dalam pengajaran
memudahkan guru
dalam pengajaran.
Penggunaan bahan
berpada-pada dalam
satu-satu masa.
Keperluan penguasaan
guru dalam kemahiran
penggunaan alat,
khususnya yang
berasaskan teknologi.
Kewujudan bahan
pengajaran membantu
murid mengikuti
pelajaran tanpa
kehadiran guru.
Peranan guru adalah
dominan, murid hanya
perlu memberi tindak
balas terhadap bahan.
Kewujudan sifat-sifat
berdikari dalam kalangan
murid.
Murid terlatih dalam
satu pasukan yang saling
bekerjasama untuk
memastikan sesuatu
tugasan dapat disiapkan.
57. Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Masalah
Kewujudan asas mengenal pasti masalah,
mencari maklumat, membuat dan menguji
hipotesis, menilai dan membuat rumusan.
Murid bebas memberikan idea,
bekerjasama, meningkatkan kefahaman
serta ingatan.
Penglibatan murid dalam pembelajaran
adalah sepenuhnya.
58. Strategi
Pendekatan
Kaedah
Teknik
Pertimbangan terhadap
teori, pendekatan, kaedah
dan teknik pengajaran
Abstrak
Terdapat pemeringkatan.
Lebih khusus, spesifik &
tidak terbatas
penggubalannya
Rancangan yang teratur
untuk capai matlamat
Cara guru mendekati murid
Ada susunan
Benar-benar berlaku di
dalam kelas berdasarkan
aktiviti pengajaran
Strategi berpusatkan guru
Pendekatan Induktif
Teknik Syarahan,
Strategi berpusatkan murid
Pendekatan Deduktif
Kaedah Natural /
Tradisional
Strategi berpusatkan bahan
Pendekatan Eklektik
Strategi berpusatkan
masalah
Pendekatan Komunikatif
Kaedah Tatabahasa
Terjemahan / Nahu
Terjemahan
Kaedah Terus
Kaedah Ajuk Hafaz / Bacaan
Kaedah Linguistik
Kaedah Kod Kognitif
Kaedah Bahasa Komuniti /
Komunikatif
Kaedah Oral-Aural / AudioLingual
Latih tubi & latih amal,
Soal Jawab,
Perbincangan,
Main Peranan & Simulasi,
Drama / Lakonan,
Permaianan,
Penyelesaian Masalah