SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  2
Karangan Budak Sekolah Rendah
Came across the following essay in my friend's blog (check out Syamil's blog!) - his
dad forwarded it to him... Can't help laughing at how a primary school kid's
imagination can really roam wild - lol, reminds me of the good old days of innocence
and naivety when I was younger... Anyway, here's the hilarious "karangan budak
sekolah rendah" reproduced with Syamil's permission... Have fun and laughs reading
it! I sure did! xD
Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi
pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana
tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari
rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke
dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di
belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu
nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan
cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat
marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori
menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi
pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari mak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam.
Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat
tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!”
dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu
mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu
pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu
terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai
lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang
akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu
semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana
terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang
paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Not bad, eh? =P

Contenu connexe

Tendances

Panduan Menulis Karangan
Panduan Menulis KaranganPanduan Menulis Karangan
Panduan Menulis Karangan
Jumaina Aman
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
Zalina Razali
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
Bong Shuying
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
Nor Zura
 
Hobi saya
Hobi sayaHobi saya
Hobi saya
Mei Yee
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
ku d pulau Mahsuri
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
Mat Yuih
 

Tendances (20)

Jenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kirimanJenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kiriman
 
rbt projek(selesai).docx
rbt projek(selesai).docxrbt projek(selesai).docx
rbt projek(selesai).docx
 
Panduan Menulis Karangan
Panduan Menulis KaranganPanduan Menulis Karangan
Panduan Menulis Karangan
 
Borang projek brief
Borang projek briefBorang projek brief
Borang projek brief
 
Cerita tahap 1
Cerita tahap 1Cerita tahap 1
Cerita tahap 1
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
 
Banjir di mata emak
Banjir di mata emakBanjir di mata emak
Banjir di mata emak
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
 
Bandingan semacam
Bandingan semacamBandingan semacam
Bandingan semacam
 
Legasi tapai ubi
Legasi tapai ubiLegasi tapai ubi
Legasi tapai ubi
 
Hobi saya
Hobi sayaHobi saya
Hobi saya
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
SELOKA KELAS 4C
SELOKA KELAS 4C SELOKA KELAS 4C
SELOKA KELAS 4C
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
 
Seloka 5 cokmar1
Seloka 5 cokmar1Seloka 5 cokmar1
Seloka 5 cokmar1
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
 

En vedette (6)

Karangan tahun 3
Karangan tahun 3Karangan tahun 3
Karangan tahun 3
 
Bahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanBahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisan
 
Penulisan bahasa melayu tahun 4
Penulisan bahasa melayu tahun 4Penulisan bahasa melayu tahun 4
Penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Slideshare ppt
Slideshare pptSlideshare ppt
Slideshare ppt
 

Karangan budak sekolah rendah

  • 1. Karangan Budak Sekolah Rendah Came across the following essay in my friend's blog (check out Syamil's blog!) - his dad forwarded it to him... Can't help laughing at how a primary school kid's imagination can really roam wild - lol, reminds me of the good old days of innocence and naivety when I was younger... Anyway, here's the hilarious "karangan budak sekolah rendah" reproduced with Syamil's permission... Have fun and laughs reading it! I sure did! xD Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari mak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
  • 2. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati. Not bad, eh? =P