3. Apabila suatu hari nanti engkau mendapati diriku semakin tua, hendaklah engkau bersabar dan memahamiku…
4. Jika aku mengotorkan diriku ketika makan, jika aku menghadapi kesukaran menguruskan diri…bersabarlah! Ingatlah waktu-waktu yang aku luangkan untuk mengajarmu tentang segala sesuatu ketika kamu masih kecil dahulu…
5. Jika aku mengulangi perkara yang sama setiap detik masa, janganlah engkau menegurku! Dengarlah kata-kataku! Sewaktu engkau kecil, engkau selalu memintaku supaya membacakanmu cerita yang sama,malam berganti malam, sehinggalah kamu tertidur… Dan aku menurut sahaja!
6. Jika aku tidak membersihkan diriku setiap hari dengan air, usah menegurku dan memberitahuku bahawa itu sesuatu yang memalukan… Ingatlah berapa banyak alasan yang aku reka untuk membuatkan kamu mandi semasa kecil…
7. Bila melihat kejahilanku terhadap teknologi baru, usahlah engkau mentertawakan diriku, tetapi berilah aku masa untuk memahaminya…
8. Aku telah mengajarkanmu terlalu banyak perkara supaya kamu dapat makan dengan baik… dapat menguruskan diri dengan baik… dapat berkelakuan baik… dan bagaimana menghadapi segala masalah di dalam kehidupan…
9. Jika pada suatu ketika aku terlupa atau tidak mampu mengikuti sesuatu perbualan, berilah masa padaku untuk mengingatinya kembali dan jika aku masih tidak dapat mengingatinya, janganlah engkau berasa marah dan menjadi orang yang sombong… kerana amat penting bagiku… adalah untuk bersama dengan dirimu dan dapat berbual denganmu.
10. Jika aku menolak untuk makan, janganlah memaksa diriku! Aku tahu bila aku lapar dan bila aku tidak lapar…
11. Jika kaki tuaku sudah tidak mampu berjalan seperti sebelumnya…
12. … Bantulah aku sepertimana aku pernah memaut tanganmu untuk mengajarkanmu memulakan langkah pertamamu…
13. Dan apabila pada suatu masa nanti, aku memberitahumu bahawa aku payah mengharungi hidup ini, aku makin hampir dengan mati, janganlah marah padaku… kerana pada suatu hari nanti engkau akan faham…!
14. Cubalah engkau memahami bahawa pada suatu tahap usia, kami benar-benar lemah menghadapi hidup ini. Kami cuba mengharunginya…
15. Suatu hari nanti, engkau akan faham bahawa pada setiap kesalahan yang aku lakukan, aku selalu inginkan yang terbaik untuk dirimu, yang telah aku sediakan sejak engkau kecil lagi untuk dirimu membesar.
16. Engkau tidak perlu merasa sedih, malang, atau lemah di hadapan usia tuaku dan pada keadaan diriku ini. Hendaklah engkau berada di sampingku, cuba memahami hidupku, melakukan yang terbaik sepertimana yang aku lakukan ketika kelahiranmu.
17. Bantulah aku untuk berjalan, bantulah aku untuk mengakhiri hidupku ini dengan kasih sayang dan sabar… Hanya satu cara yang perlu untukku menghargai dirimu, iaitu senyuman dan kasih sayang dari dirimu.
30. رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ "Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab" "O our Lord! And forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established." [Ibrahim 14:41]