SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
MOFORLOGI DAN SINTAKSIS
Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong dalam jenis bahasa
aglutinatif atau juga dikenali sebagai bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sebegini bermaksud
sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu ini perkembang melalui proses
pengimbuhan. Pengimbuhan yang di sebut ialah pengabungan morfem dengan kata dasar. Hasil
daripada penbentukan pelbagai bentuk akan akan dirangkaikan untuk menghasilkan binaan ayat-
ayat yang lebih gramatis. Selain itu, ia dapat berfungsi dalam menyampaikan maksud dan juga
sebagai alat komunikasi.
Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Ini adalah
kerana bahasa Melayu mempunyai konsep morfologi dan sintaksis yang ringkas dan mudah.
Morfologi dalam bahasa Melayu lebih didasari gabungan morfem serta proses pengimbuhan ,
pemajmukan dan penggandaan dalam menghasilkan pelbagai jenis frasa. Gabungan frasa dan
klausa pula akan membentuk ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan ayat-ayat
lain. Oleh itu, terhasillah jenis –jenis ayat yang pelbagai seperti ayat penyata, ayat seru, ayat
perintah dan ayat tanya di samping ayat aktif dan ayat pasif. Penggunaan pelbagai
jenis kelompok ayat ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat, penerangaan dan membuat
perhubungan
Tidak dapat dinafikan bahasa bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam
menyampaikan sesuatu maklumat sama ada secara lisan atau pun tulisan. Oleh itu , kerjasama
pihak kerajaan dengan wartawan di lihat sebagai satu hubungan yang perlu dieratkan demi
menjayakan usaha-usaha penyebaran maklumat. Menerusi hubungan inilah, khazanah ilmu dan
persuratan Melayu dapat di sebarkan dengan lebih meluas dan dapat bersaing dengan bahasa-
bahasa lain di duani. Hasil penulisan yang berbentuk ilmiah dan bukan ilmiah dianggap sama
penting dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu.
Kajian-kajian dalam bidang morfologi dan sintaksis wajar dibuat supaya bahasa Malayu
dapat difahami dan pelajari dengan lebih mendalam.Kini terdapat ramai penahu-penahu bahasa
dan pengkaji yang menghasilkan rumus dan peraturan dalam bidang bahasa Melayu. Usaha-
usaha ini akan menjamin bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa yang unggul di peringkat
antarabangsa.
1.0 Definisi Morfologi Dan Sintaksis Menurut Penahu-Penahu Bahasa
Tatabahasa dalam bahasa Melayu adalah satu peraturan atau sistem yang digunakan sama ada
ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Bagi mendalami bidang liguistik bahasa Melayu, kita
haruslah memahami dengan lebih jelas bidang kajian tatabahasa iaitu bidang morfologi dan
sintaksis.
2.1. Definisi Morfologi .
2.1.1. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi
ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan.Kajian morfologi meliputi
aspek struktur, bentuk dan juga penggolongan kata.Struktur kata bermaksud susunan bunyi
ujaran atau bunyi lambang yang bermakna dalam sesuatu unit bahasa. Bentuk kata ialah rupa
unit tatabahasa itu sendiri, sama ada berbentuk tunggal ataupun perkataan yang terhasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata pula proses
mengkategorikan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsinya.
2.1.2 Menurut Kamus Dewan Edisi 4 , Morfologi telah ditakrifkan sebagai satu kajian
tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Kajian yang dimaksudkan adalah meliputi jenis
pengimbuhan , kata terbitan dan juga pemajmukan . Pengimbuhan adalah proses bagaimana
suatu kata dasar diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Bentuk-bentuk
imbuhan ialah imbuhan awalan, akhiran , apitan dan juga imbuhan sisipan. Kata terbitan ialah
bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang telah mengalami proses pengimbuhan dan
berubah maksud nahunya. Pemajmukan pula bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar
dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang bermakna.
2.1.3 Secara ringkas, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam telah menyetujui
bahawa Morfologi adalah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-
cara pembentukannya. Definisi yang ringkas ini menjelaskan bahawa kajian tentang bahasa
adalah meliputi seluruh aspek tatabahasa termasuk juga proses pembentukan dan struktur ayat.
2.1.4 Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), morfologi dapat dijelaskan sebagai bidang linguistik yang
mengkaji bentuk-bentuk kata dan proses pembinaannya. Unit-unit morfologi dapat dibahagikan
kepada morfem terikat dan morfem bebas. Pembentukan kata yang turut dikaji dalam bidang
moforlogi ialah pembentukan kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk.
2.1.5 Pengertian atau definisi morfologi menurut Marzukhi Nyak Abdullah ialah kajian
tentang struktur dalaman kata-kata ataupun bentuk-bentuk kata yang diujar. Seterusnya,
morfologi juga ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang membicarakan selok-belok struktur
kata serta kesan-kesan perubahan struktur kata terhadap golongan kata dan maksud perkataan.
2.1.6 Morfologi mengikut pandangan Pitsamai Intrachat dalam bukunya Sintaksis
Predikat Dalam Bahasa Melayu , ialah kajian tentang sruktur kata yang melibatkan morfem dan
kata. Gabungan unit-unit tatabahasa yang terkecil yang terdiri daripada morfem bebas dan
morfem terikat akan menghasilkan bunyi ujaran yang berfungsi dan lebih bermakna.
Berdasarkan kepada beberapa definisi yang telah diberikan oleh para penahu bahasa,
jelaslah bahawa morfologi ialah satu kajian terperinci yang mengkaji nahu dan sistem bahasa
yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian yang dibuat adalah menyeluruh kepada
pembentukan kata dan jenis-jenis penggolongan kata . Selain itu, morfologi juga adalah kajian
ilmu bahasa yang memperjelaskan lagi fungsi dan maksud penggunaan kata yang diujarkan.
Dalam kajian ilmu linguistik, setiap morfem berfungsi gramatis dan penggunaan kata yang betul
dan sesuai akan menghasilkan maksud ayat yang gramatis juga. Morfologi juga dapat dinyatakan
sebagai proses penyusunan morfem secara berperaturan. Proses pembentukan perkataan dari
unit-unit tatabahasa ini seharusnya melalui proses pengimbuhan sama ada melibatkan imbuhan
awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan atau pun imbuhan sisipan. Hasil daripada susunan
beberapa morfem akan menghasilkan bentuk-bentuk kata seperti bentuk kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk dan kata ganti nama.
2.2. Definisi Sintaksis.
2.2.1. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu
cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat
2.2.2 : Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah
suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan
penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa
yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai
susunan kata-kata dalam sesuatu rangkaikata atau ayat yang membentuk klausa dan frasa.
2.2.3 : Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap
STPM, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan
ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa berkaitan
kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis
dan bermakna.
2.2.4 : Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan
Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang mengkaji
bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat dan hukum-
hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu disusun dalam
serangkai ayat yang bermakna.
2.2.5 : Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji
proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan
klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna.
Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang
mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa unsur
seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari hukum dan
peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang lengkap dan
difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif atau frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa bebas atau klausa tidak
bebas.
2.0 ANALISIS ASPEK MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BERDASARKAN PETIKAN
MINDA PENGARANG .
Berdasarkan penulisan pada ruangan Minda Pengarang yang dipetik daripada
akhbar Berita Harian bertarikh 11 Oktober 2010 , berikut adalah kajian dan analisis yang
menyentuh aspek morfologi dan sintaksis .
3.1 Aspek Morfologi.
3.1.1 : Struktur perkataan ialah susunan bentuk-bentuk bunyi ujaran atau lambang
yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Unit-unit terkecil dalam tatabahasa yang menjadi
unsur perkataan dinamakan morfem.Fungsi morfem adalah menjalankan tugas nahu. Setiap
perkataan yang dihasilkan terdiri daripada satu morfem atau pun lebih . Morfem terbahagi pula
kepada 2 jenis iaitu morfem bebas yang boleh berfungsi secara sendirian dan morfem terikat
yang digabungkan dengan morfem-morfem lain untuk menjadi lebih bermakna. Contoh-contoh
morfem yang boleh dilihat daripada bahan kajian ialah :
Perkataan Jenis morfem Bilangan morfem
Kita Morfem bebas 1 morfem = kita
Pihak morfem bebas 1 morfem = pihak
Calon Morfem bebas 1 morfem = calon
Desakan Morfem terikat 2 morfem = desak + an
Merangkap Morfem terikat 2 morfem = me + rangkap
Dakwaan Morfem terikat 2 morfem = dakwa + an
Kedudukan Morfem terikat 3 morfem = ke + duduk + an
Disediakan Morfem terikat 3 morfem = di + sedia + kan
Berasaskan Morfem terikat 3 morfem = ber + asas + kan
Penambahbaikan Morfem terikat 4 morfem = pen + tambah + baik + an
Memperbaiki Morfem terikat 4 morfem = mem + per + baik + i
berketrampilan Morfem terikat 4 morfem = ber + ke + trampil + an
3.1.2 : Bentuk kata ialah bunyi ujaran atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa.
Perkataan terhasil apabila diucapkan atau ditulis dengan menggunakan lambang-lambang huruf.
Perkataan yang bermakna berfungsi untuk menyampaikan maksud .Setiap kata yang gramatis
memberikan makna yang tertentu. Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis bentuk kata iaitu
kata tunggal,kata terbitan/ pengimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda.
a) Bentuk Kata Tunggal :
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terhasil daripada satu morfem atau satu kata dasar. Kata
tunggal tidak menerima sebarang bentuk imbuhan serta tidak mengalami proses pengandaan dan
pemajmukan. Selain itu, bentuk kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata atau
lebih.Contohnya :
Satu suku
kata
Dua suku kata Tiga suku kata Empat suku kata Lima suku kata
Pun
Dan
Yang
Gus
Ia
Rendah
Sudah
Akan
Dengan
Sistem
Baru
Mahu
Pakai
Format
Segi
Bentuk
Subjek
Kira
Bidang
Sivik
Hanya
Aspek
Calon
Jika
Markah
Kita
Yakin
Dapat
Pihak
Sikap
Pilih
Kasih
Ujian
Kelmarin
Timbalan
Perdana
Menteri
Bahawa
Sedikit
Kerana
Mulai
Prestasi
Pelajar
Selama
Soalan
Agensi
Sendiri
Sejajar
Supaya
Iaitu
Tiada
Malaysia
Pelbagai
Desakan
Dakwaan
Mengambil
Apatah
Teliti
Lagi
Sementara
Akademik
Integriti
Aktiviti
Komposisi
Pemarkahan
Kerajaan
Memadai
Pelajaran
Perubahan
Pentaksiran
Memastikan
Memuaskan
Berteraskan
Menggunakan
Keputusan
Pencapaian
Pelajaran
Pemberian
Berteraskan
Beberapa
Utama
Ditangani
mekanisme
Peperiksaan
Penambahbaikan
Persekolahan
Kementerian
Tidak
Mampu
Hati
Wakil
Sektor
Swasta
Ahli
Tokoh
Langsung
Satu
Saja
Ini
Anak
Pada
Insan
juga
atau
apa
namun
sahsiah
Adalah
Bersaing
b) Bentuk Kata Terbitan :
Kata terbitan ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan . Bentuk kata dasar
atau kata tunggal akan digandingkan dengan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan sisipan
atau imbuhan apitan. Imbuhan ialah morfem terikat yang tidak dapat berdiri sendiri malah perlu
dicantumkan dengan dengan kata tunggal atau kata dasar untuk menghasilkan maksid yang lebih
bermakna. Proses pengimbuhan akan menhasilkan 4 bentuk kata terbitan iaitu :
a) Kata terbitan berawalan
b) Kata terbitan berakhiran
c) Kata terbitan bersisipan
d) Kata terbitan berapitan
Contoh-contoh bentuk kata terbitan yang boleh didapati daripada bahan kajian ialah seperti :
Jenis bentuk kata terbitan Contoh perkataan
Kata terbitan awalan kata nama pelajar / perintis /
Kata terbitan awalan kata kerja terjawab / terpilih / termasuk / mengelak / terancam /
mengukur / mengambil / melihat /
Kata terbitan awalan kata
adjektif
mendalam / berjaya /
Kata terbitan akhiran kata nama soalan /
Kata terbitan akhiran kata kerja dakwaan / desakan / pandangan / bantahan / tindakan /
Kata terbitan apitan kata nama kementerian / pelajaran / persekolahan / penggredan /
pemarkahan / pendidikan / pemarkahan /
Kata terbitan apitan kata kerja pemberian / peperiksaan / membangunkan / perancangan /
mengurangkan
/ memperbaiki / mengumumkan / pengajaran /
pembelajaran /
Kata terbitan apitan kata
adjektif
kegagalan / kecemerlangan / kemajuan / separuh /
Kata terbitan sisipan kata nama ( contoh tiada dalam teks )
Kata terbitan sisipan kata
adjektif
( contoh tiada dalam teks )
c) Bentuk Kata Ganda :
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata
dasar. Proses pengulangan dan pengandaan ini menghasilkan bentuk pengandaan penuh,
pengandaan separa dan pengandaan berentak . Bentuk kata ganda penuh ialah mengandakan
keseluruhan kata dasar sama disertai imbuhan atau pun tanpa imbuhan. Penggandaan sebahagian
daripada kata dasar akan menghasilkan kata ganda separa. Manakala kata ganda berentak pula
ialah pengulangan vokal atau konsonan pada kata dasar.
Contoh bentuk kata ganda yang diperolehi dari bahan teks yang dikaji ialah seperti berikut :
Jenis kata ganda Contoh kata ganda
Kata ganda seluruh Teka-teki / mana-mana / kedua-dua
Kata ganda separa (Tiada dalam teks)
Kata ganda berentak (Tiada dalam teks)
Setelah dibuat analisis ke atas bahan teks kajian, penggunaan bentuk kata ganda yang digunakan
oleh penulis hanya bentuk kata ganda seluruh sahaja. Oleh itu, beberapa contoh bentuk kata
ganda yang boleh ditunjukkan ialah seperti berikut :
a) kata ganda seluruh = berlari-larian / murid-murid / rama-rama / tersenyum-senyum /
b) kata ganda separa = lelaki / jejentik / pepohon / bebola / kekuda / sesawang /
c) kata ganda berentak = terang-benderang / licin-licau / batu-batan / kering-kontang /
d) Bentuk Kata majmuk :
Bentuk kata majmuk boleh ditakrifkan sebagai bentuk kata yang mengalami proses
merangkaikan dua kata dasar atau lebih . Pembentukan kata majmuk akan membawa makna
yang baru jika dibandingkan dengan makna asal kata dasarnya. Ciri-ciri yang ada pada kata
majmuk ialah perkataan ini dieja terpisah tetapi berfungsi senagai satu unit. Kata majmuk juga
tidak boleh menerima sebarang imbuhan sisipan atau unsur-unsur lain. Pembentukan kata
majmuk terbahagi kepada 3 kelompok iaitu rangkaian kata bebas , istilah khusus dan kiasan
yang meliputi simpulan bahasa.
Hasil daripada analisis ke atas teks kajian ini, didapati tidak ada sebarang penggunaan
bentuk kata majmuk yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan isi kandungan teks.
Walau bagaimana pun, berikut adalah beberapa contoh yang boleh di terima sebagai bentuk kata
majmuk .
a) Rangkaian Kata Bebas = gambar rajah / jalan raya / alat tulis / terima kasih /
b) Istilah Khusus = lut sinar / garis pusat / tabung uji / cakera padat /
c) Kiasaan ( simpulan bahasa) = buah hati / anak emas / berat tulang / duit kopi /
3.1.3 : Pengolongan Kata menurut Nik Safiah Karim dalamTatabahasa Dewan Edisi
Ketiga, ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsinya.
Pengolongan kata ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria seperti keserupaan dari aspek fonologi
atau bunyinya, struktur morfem, struktur sintaksis dan juga kriteria semantik. Terdapat beberapa
pemahaman yang telah dibuat oleh beberapa orang penahu bahasa yang berbeza berkaitan
dengan kelompok penggolongan kata. Tatabahasa Dewan ( 1996 ) telah mengkategorikan
bentuk golongan kata kepada 4 bahagian iaitu :
a) Golongan Kata Nama
b) Golongan Kata Kerja
c) Golongan Kata Adjektif
d) Golongan Kata Tugas.
a) Golongan Kata Nama :
Kata nama adalah merujuk kepada sejumlah perkataan yang menjadi unsur utama dalam binaan
frasa. Lazimnya, kata nama menerangkan nama orang, benda atau konsep. Kata nama boleh
dikategorikan kepada 3 jenis iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama
. Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada nama orang dan nama sesuatu benda
yang ditulis dengan ejaan huruf besar dipangkal perkataan. Kata nama am pula merujuk kepada
benda, orang atau perkara yang umum sifatnya. Manakala kata ganti nama pula terbahagi
kepada kata ganti nama diri yang merujuk orang dan kata ganti nama tunjuk yang menerangkan
benda atau perkara yang dirujuk. Ciri-ciri yang boleh dikesan pada kata nama ialah kata nama
boleh didahului dengan pendojoh bilangan dan boleh dibilang. Selain itu, kata nama dapat
dirangkaikan bersama frasa adjektif agar lebih jelas maksudnya. Proses pengimbuhan kata nama
bersama imbuhan awalan ‘peN’ dan akhiran ‘wan’ dapat digabungkan untuk menghasilkan suatu
kata yang lebih jelas maknanya.
Contoh kata ganti nama yang diperolehi ialah seperti berikut :
Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama
Kata Nama Am Hidup
- Menteri
- Pelajar
- Calon
- Tokoh
Kata Nama Khas Hidup
- Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Timbalan Perdana Menteri
- Menteri Pelajaran
Kata Ganti Diri
- Kita
- Nya
- Mana-mana
Kata Nama Am Tak Hidup
- Ujian
- Subjek
- Aktiviti
- Sekolah
- Wakil
- Peperiksaan
Kata Nama Khas Tak Hidup
- Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah
- Sijil Pelajaran Malaysia
- Lembaga Peperiksaan Malaysia
- Penilaian Menengah Rendah
Kata Ganti Tunjuk
- Ini
- itu
- Kementerian
- Agensi
- Kerajaan
- Akademik
b) Golongan Kata Kerja :
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur utama dalam pembinaan sesuatu frasa kerja dan
boleh disertai oleh beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek , pelengkap dan
keterangan. Zaaba ( 1965 ) menjelaskan kata kerja sebagai satu penerangan tentang perbuatan
atau mengerjakan sesuatu. Kata kerja diabagikan kepada 2 kategori iaitu ; kata kerja tidak
transitif dan kata kerja transitif
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tidak Transitif
Kata kerja transitif aktif
- mengumumkan
- memuaskan
- memansuhkan
- mengunakan
- memperbaiki
- melakukan
- menyarankan
Kata kerja tidak transitif berpelengkap
- memadai
- dipantau
- dibuat
- dikekalkan
Kata kerja transitif pasif
- diguna
- ditangani
- disediakan
Kata kerja tidak transitif tanpa pelengkap
- peperiksaan
- berkemahiran
- dimansuhkan
c) Golongan Kata Adjektif
Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan unsur utama dalam frasa
adjektif. Kata adjektif berfungsi untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu frasa nama dan
mudah dikenali kerana kata adjektif ini boleh disertai dengan akat penguat sebagai
kata hadapannya. Kata penguat yang boleh digunakan bersama kata adjektif ialah amat, sangat,
sungguh, paling atau nian. Selain itu, imbuhan awalan ‘ter’ dan ‘ se’ sesuai digunakan diawal
kata adjektif bagi menerangkan maksud yang lebih jelas.Contoh : ‘terbaik’, ‘terkaya’, ‘seharum’,
‘secantik’. Frasa adjektif boleh digandakan dengan kata awalan ‘se’ dan akhiran ‘nya’ unutk
menjelaskan maksud yang lebih bermakna. Contoh : ‘sedalam-dalamnya’ , ‘setinggi-tingginya’.
Selain itu, kata adjektif juga boleh disertai kata nafi seperi ‘bukan’ atau
‘tidak’.Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Nik Safiah Karim dalamTatabahasa Dewan,
kata adjektif dapat dikelaskan kepada 9 jenis.Namun begitu, hasil daripada kajian yang dibuat
pada bahan teks ini, kata adjektif yang digunakan oleh penulis hanya menyentuh sebahagian
kecil jenis kata adjektif sahaja.
Contoh-contoh kata adjektif yang diperolehi dari teks ialah :
Jenis kata adjektif Contoh kata adjektif
Kata adjektif keadaan Berjaya / moden /
Kata adjektif warna (tiada dalam teks )
Kata adjektif ukuran Mendalam / depan /
Kata adjektif bentuk ( tiada dalam teks )
Kata adjektif waktu Baru /
Kata adjektif jarak ( tiada dalam teks )
Kata adjektif cara Teliti /
Kata adjektif perasaan Kasih / yakin /
Kata adjektif pancaindera ( tiada dalam teks )
d) Golongan Kata Tugas
Lazimnya kata tugas akan hadir dalam ayat, klausa atau frasa. Kata tugas berfungsi sebagai
penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar,
pemeri dan tugas-tugas agar struktur dan maksud ayat menjadi lebih bermakna dan jelas. Secara
ringkasnya kata tugas dapat dikelompokkan kepada 4 fungsi utama iaitu :
a) Kata Penyambung Ayat
b) Kata Praklausa
c) Kata Prafrasa
d) Kata Pascakata
Berikut adalah contoh-contoh kata tugas yang diperolehi daripada bahan kajian:
Kata tugas Contoh kata tugas
Kata penyambung ayat
- Kata hubung gabungan
- Kata hubung pancangan
- dan / atau / sebaliknya / kemudian /
-
yang / kerana / supaya / untuk / sebelum / selepas / walau
pun / namun /
selain itu /
Kata praklausa
- kata seru
- kata tanya
- kata perintah
- kata pembenar
- kata pengkal ayat
( tidak ada dalam teks )
Ayat prafrasa
- kata bantu
- kata penguat
- kata penegas
- kata nafi
- kata pemeri
- kata sendi nama
- kata arah
- kata bilangan
- telah / hendak / akan /
- agak /
- apatah /
- tidak / bukan
- ialah / adalah /
- di / ke / dari / untuk / pada / bagi /
- sudut /
- Semua / beberapa /
- ( tiada dalam teks )
- kata adverba
Kata pascakata
- Kata penekan
- Kata pembenda
- tentunya / sebaliknya
- calonnya /
3.2 Aspek Sintaksis
Dalam bahasa Melayu sintaksis merupakan peringkat pembentukan konstruksi ayat yang
melahirkan ayat-ayat gramatis. Setiap binaan ayat terhasil daripada satu gabungan dan susunan
unit-unit kecil rangkaikata yang terdiri daripada 2 unsur iaitu frasa dan klausa ataupun dikenali
sebagai subjek dan pradiket . Unsur-unsur yang terdapat dalam subjek ialah Frasa Nama
manakala unsur-unsur yang terdapat dalam pradiket ialah Frasa Kerja, Frasa Sendi Nama, Frasa
Adjektif atau Kata Tugas yang menjadi penerang kepada unsur subjek.
Contoh : Encik Ahmadi amat rajin dan cekap dalam tugasnya.
( Subjek=Frasa nama) ( Pradiket = keterangan )
3.2.1 Ragam Ayat
Binaan ayat yang lengkap dan gramatis adalah tertakluk kepada satu ayat dasar yang
menjadi sumber kepada pembentukan semua jenis ayat yang lain .Jenis ayat-ayat lain ialah ayat
terbitan iaitu pola ayat yang lebih kompleks dan panjang kerana ditambah dengan unsur-unsur
frasa pada subjek dan pradiketnya.Terdapat 2 jenis ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat
pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterang dan
menjadikan kata kerja sebagai penerang unsur subjek. Ayat pasif pula mengutamakan subjek
terbitan sebagai unsur diterang .
Hasil daripada analisis yang dibuat, teks ini tidak mengandungi ayat-ayat pasif. Walau
bagaimanapun, contoh-contoh ayat aktif yang masih boleh diperolehi daripada teks ini.
Ayat aktif :
a) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran
mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan.
Subjek ( Frasa nama ) Kata Kerja Pradiket (Keterangan)
Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin
merangkap Menteri Pelajaran
-mengumumkan -bahawa UPSR akan
dikekalkan dengan melakukan
sedikit penambahbaikan
b) Kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memastikan aspek integriti
pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon
dalam pemberian markah.
Subjek Kata kerja Keterangan 1 Keterangan 2
Kementerian melalui
Lembaga
Peperiksaan
Malaysia
akan memastikan aspek integriti
pentaksiran
supaya tiada sekolah
mengamalkan sikap
pilih kasih terhadap
mana-mana calon
dalam pemberian
markah.
c) Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 buah sekolah pada 2008
dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.
Subjek Kata kerja Keterangan 1 Keterangan 2
Kementerian
Pelajaran
turut melakukan ujian perintis
membabitkan 50
buah sekolah pada
2008 dan 500 lagi
tahun lalu
bagi melihat
kesesuaian
cadangan yang
bakal dilaksanakan
itu.
3.2.2 Jenis-jenis Ayat
Dalam bidang sintaksis, kajian yang dibuta bukan sahaja kepada ragam ayat malah
meliputi struktur dan jenis-jenis ayat.Secara umumnya, jenis ayat terbahagi kepada 4 jenis.Ayat-
ayat yang berbeza ini memberi penjelasan dan perbezaan dari aspek intonasi dan fungsinya. Jenis
ayat yang dimaksdkan ialah ayat penyata, ayat tanya , ayat seru dan ayat perintah.
a) Ayat penyata
Ayat penyata diucapkan untuk membuat sesuatu penyataan atau mengemukakan
keterangan tentang sesuatu perkara.Oleh itu, ayat penyata juga dikenali sebagai ayat
keterangan. Contoh :
i) Jiran saya seorang lelaki berbangsa Cina.
ii) Mereka datang bertiga.
iii) Saya tidak akan hadir.
b) Ayat Tanya
Ayat tanya pula diucapkan dengan intonasi yang berbeza jika dibandingkan dengan ayat
oenyata kerana ayatbtanya diakhiri dengan tanda soal. Fungsi ayat ini ialah untuk menyoal
atau mengemukan pertanyaan dan juga mendapatkan maklumat yang diperlukan.Ayat tanya
boleh digunakan tanay atau tanpa kata tanya. Contoh ayat tanya ialah :
a) Siapakah yang datang bersama awak ?
b) Apa khabar ?Sihat ?
c) Lukisan ini berharga seribu ringgit ?
d) Ayat Seru
Ayat seru pula ialah ayat yang menggunakan tanda seru dikahir ayat dan kata seru
dipangkal ayat untuk menyatakan sesuatu perkara yang mengambarkan perasaan. Ayat seru
dilafazkan dengan nada yang menggambarkan perasaan seperti marah, terkejut, hairan, sedih dan
sebagainya. Contoh:
a) Oh, Tuhanku !
b) Amboi, berseri-seri dari tadi !
c) Eh, awak lagi !
d) Ayat Perintah
Ayat perintah sering digunakan dalam memberikan arahan dan perintah kepada
seseorang. Fungsi ayat ini ialah untuk menimbulkan sesuatu tindakan . Ayat perintah diucapkan
dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan .Contohnya :
a) Jangan pijak rumput.
b) Sila datang lagi.
c) Tolong matikan suiz.
Analisis yang dibuat ke atas bahan teks menunjukkan penulis lebih banyak mengguna ayat jenis
ayat penyata dan tidak terdapat jenis ayat seru, perintah mahu pun ayat tanya.. Contoh ayat
penyata yang dikesan dalam bahan kajian ialah :
a) Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru dengan beberapa
penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek.
b) Pelajar, guru dan sekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam memastikan
berjaya atau gagalnya pelaksanaan perunahan baru yang dicadangkan itu.
c) Pendidikan adalah proses membangunkun insan sebab itu setiap perubahan memerlukan
perancangan teliti kerana jika tersilap langkah ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat,
malah kemajuan negara juga boleh terancam.
d) Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilain Menengah
Rendah sudah pun terjawab.
e) Antara perubahan yang dicadang termasuklah mengambil kira bidang utama dengan 60 peratus
penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya berteraskan aktiviti kokurikulum atau
sivik.
3.0 Refleksi Daripada Analisis.
Satu analisis dan kajian tentang morfologi dan sintaksis telah dihasilkan
berdasarkan kepada petikan Minda Pengarang yang bertajuk ‘Sistem Baru Ganti PMR
Mampu Kurangkan Tekanan Peperiksaan’ diambil dari Berita Harian bertarikh 11 Oktober
2010. Setelah dibuat penelitian dan kajian , teks ini boleh diangkat sebagai satu hasil penulisan
yang sesuai untuk bacaan umum khasnya golongan pelajar ataupun bukan pelajar. Ini adalah
kerana keterangan isi kandungannya yang jelas dan disokong pula oleh penggunaan kata dan
struktur ayat yang jelas dan tepat juga.
Jika dikaji dari aspek morfologinya, penulis didapati menggunakan frasa-frasa yang
mudah dan jelas maknanya.Walaupun terdapat akronim di gunakan di dalam teks ini, namun
penerangan maksud kata ini jelas diberikan.Penggunaan golongan kata dan bentuk kata yang
tepat dan sesuai dengan maklumat yang hendak diketengahkan dalam penulisan, menjadikan
bahan teks ini mudah difahami pembaca khasnya penutur jati bahasa Melayu. Sementelahan pula
isu yang diutarakan oleh penulis adalah isu penting yang menjadi bualan dan sering
didebatkan dikalangan ibu bapa, orang ramai dan para guru khasnya.
Walaupun penulis menggunakan ayat-ayat kompleks iaitu ayat-ayat yang panjang ,
namun ia tidak menimbulkan kesukaran kepada para pembaca untuk memahami maklumat atau
isu yang dibincangkan. Ini adalah kerana penulis lebih cenderung menggunakan ayat jenis ayat
aktif. Ayat aktif mengutamakan subjek dan objek dan disokong dengan pradiket yang menjadi
penerang kepada unsur subjek. Dengan penggunaan ayat yang begini akan menarik minat
pembaca untuk terus membaca.
Jenis ayat yang diguna hanya tertumpu kepada ayat penyata semata-mata. Tidak ada
sebarang unsur-unsur ayat tanya, ayat seru mahu pun ayat perintah yang digunakan oleh penulis
dalam menyampaikan penulisannya. Hasil penulisan yang begini dikira padan dengan isu yang
dibincang oleh penulis dan dianggap sesuai dengan artikel jenis perbincangan ini. Sekiranya
jenis ayat seru atau ayat perintah yang digunakan, sudah tentu artikel ini akan kedengaran agak
janggal.
5.0 Penutup
Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa
Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa
yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa
atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah.Bermula dengan penggunaan kata yang
pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan
penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah
menjadi tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.
Fish

Contenu connexe

Tendances

Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk
firo HAR
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
Punitha Nitha
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
Ranjene Ramaya
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Izzah Zahh
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
Shizuka Jijie (SBP)
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
cikguniza2012
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kata
ghazali76
 

Tendances (20)

Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Frasa (kerja)
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Suku kata
Suku kataSuku kata
Suku kata
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
 
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kata
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 

Similaire à Morfologi dan sintaksis (20)

Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112
 
Morfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayuMorfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayu
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
Teori huraian bahasa
Teori huraian bahasaTeori huraian bahasa
Teori huraian bahasa
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 
Latihan morfologi
Latihan morfologiLatihan morfologi
Latihan morfologi
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
 
08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASAKOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
 
SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juara
 

Plus de murni mohamat

Plus de murni mohamat (20)

Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1 Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
 
Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015
 
Soalan pjk tahun 2
Soalan pjk tahun 2 Soalan pjk tahun 2
Soalan pjk tahun 2
 
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
 
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
 
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
 
P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016
 
Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1 Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
 
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPenulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
 
P moral tahun 2 KSSR
P moral tahun 2  KSSRP moral tahun 2  KSSR
P moral tahun 2 KSSR
 
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
 
Penulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssrPenulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssr
 
Penulisan PPT Tahun 3
Penulisan PPT Tahun  3Penulisan PPT Tahun  3
Penulisan PPT Tahun 3
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perry
 
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016 Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
 
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisanUb2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 

Morfologi dan sintaksis

  • 1. MOFORLOGI DAN SINTAKSIS Pengenalan Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong dalam jenis bahasa aglutinatif atau juga dikenali sebagai bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sebegini bermaksud sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu ini perkembang melalui proses pengimbuhan. Pengimbuhan yang di sebut ialah pengabungan morfem dengan kata dasar. Hasil daripada penbentukan pelbagai bentuk akan akan dirangkaikan untuk menghasilkan binaan ayat- ayat yang lebih gramatis. Selain itu, ia dapat berfungsi dalam menyampaikan maksud dan juga sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Ini adalah kerana bahasa Melayu mempunyai konsep morfologi dan sintaksis yang ringkas dan mudah. Morfologi dalam bahasa Melayu lebih didasari gabungan morfem serta proses pengimbuhan , pemajmukan dan penggandaan dalam menghasilkan pelbagai jenis frasa. Gabungan frasa dan klausa pula akan membentuk ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain. Oleh itu, terhasillah jenis –jenis ayat yang pelbagai seperti ayat penyata, ayat seru, ayat perintah dan ayat tanya di samping ayat aktif dan ayat pasif. Penggunaan pelbagai jenis kelompok ayat ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat, penerangaan dan membuat perhubungan Tidak dapat dinafikan bahasa bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat sama ada secara lisan atau pun tulisan. Oleh itu , kerjasama pihak kerajaan dengan wartawan di lihat sebagai satu hubungan yang perlu dieratkan demi menjayakan usaha-usaha penyebaran maklumat. Menerusi hubungan inilah, khazanah ilmu dan persuratan Melayu dapat di sebarkan dengan lebih meluas dan dapat bersaing dengan bahasa- bahasa lain di duani. Hasil penulisan yang berbentuk ilmiah dan bukan ilmiah dianggap sama penting dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Kajian-kajian dalam bidang morfologi dan sintaksis wajar dibuat supaya bahasa Malayu dapat difahami dan pelajari dengan lebih mendalam.Kini terdapat ramai penahu-penahu bahasa dan pengkaji yang menghasilkan rumus dan peraturan dalam bidang bahasa Melayu. Usaha- usaha ini akan menjamin bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa yang unggul di peringkat antarabangsa. 1.0 Definisi Morfologi Dan Sintaksis Menurut Penahu-Penahu Bahasa Tatabahasa dalam bahasa Melayu adalah satu peraturan atau sistem yang digunakan sama ada ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Bagi mendalami bidang liguistik bahasa Melayu, kita haruslah memahami dengan lebih jelas bidang kajian tatabahasa iaitu bidang morfologi dan sintaksis. 2.1. Definisi Morfologi .
  • 2. 2.1.1. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan.Kajian morfologi meliputi aspek struktur, bentuk dan juga penggolongan kata.Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau bunyi lambang yang bermakna dalam sesuatu unit bahasa. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa itu sendiri, sama ada berbentuk tunggal ataupun perkataan yang terhasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata pula proses mengkategorikan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsinya. 2.1.2 Menurut Kamus Dewan Edisi 4 , Morfologi telah ditakrifkan sebagai satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Kajian yang dimaksudkan adalah meliputi jenis pengimbuhan , kata terbitan dan juga pemajmukan . Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu kata dasar diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Bentuk-bentuk imbuhan ialah imbuhan awalan, akhiran , apitan dan juga imbuhan sisipan. Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang telah mengalami proses pengimbuhan dan berubah maksud nahunya. Pemajmukan pula bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang bermakna. 2.1.3 Secara ringkas, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam telah menyetujui bahawa Morfologi adalah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara- cara pembentukannya. Definisi yang ringkas ini menjelaskan bahawa kajian tentang bahasa adalah meliputi seluruh aspek tatabahasa termasuk juga proses pembentukan dan struktur ayat. 2.1.4 Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), morfologi dapat dijelaskan sebagai bidang linguistik yang mengkaji bentuk-bentuk kata dan proses pembinaannya. Unit-unit morfologi dapat dibahagikan kepada morfem terikat dan morfem bebas. Pembentukan kata yang turut dikaji dalam bidang moforlogi ialah pembentukan kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk. 2.1.5 Pengertian atau definisi morfologi menurut Marzukhi Nyak Abdullah ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata ataupun bentuk-bentuk kata yang diujar. Seterusnya, morfologi juga ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang membicarakan selok-belok struktur kata serta kesan-kesan perubahan struktur kata terhadap golongan kata dan maksud perkataan. 2.1.6 Morfologi mengikut pandangan Pitsamai Intrachat dalam bukunya Sintaksis Predikat Dalam Bahasa Melayu , ialah kajian tentang sruktur kata yang melibatkan morfem dan kata. Gabungan unit-unit tatabahasa yang terkecil yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat akan menghasilkan bunyi ujaran yang berfungsi dan lebih bermakna. Berdasarkan kepada beberapa definisi yang telah diberikan oleh para penahu bahasa, jelaslah bahawa morfologi ialah satu kajian terperinci yang mengkaji nahu dan sistem bahasa
  • 3. yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian yang dibuat adalah menyeluruh kepada pembentukan kata dan jenis-jenis penggolongan kata . Selain itu, morfologi juga adalah kajian ilmu bahasa yang memperjelaskan lagi fungsi dan maksud penggunaan kata yang diujarkan. Dalam kajian ilmu linguistik, setiap morfem berfungsi gramatis dan penggunaan kata yang betul dan sesuai akan menghasilkan maksud ayat yang gramatis juga. Morfologi juga dapat dinyatakan sebagai proses penyusunan morfem secara berperaturan. Proses pembentukan perkataan dari unit-unit tatabahasa ini seharusnya melalui proses pengimbuhan sama ada melibatkan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan atau pun imbuhan sisipan. Hasil daripada susunan beberapa morfem akan menghasilkan bentuk-bentuk kata seperti bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganti nama. 2.2. Definisi Sintaksis. 2.2.1. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat 2.2.2 : Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkaikata atau ayat yang membentuk klausa dan frasa. 2.2.3 : Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa berkaitan kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan bermakna. 2.2.4 : Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat dan hukum- hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu disusun dalam serangkai ayat yang bermakna. 2.2.5 : Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna.
  • 4. Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa bebas atau klausa tidak bebas. 2.0 ANALISIS ASPEK MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BERDASARKAN PETIKAN MINDA PENGARANG . Berdasarkan penulisan pada ruangan Minda Pengarang yang dipetik daripada akhbar Berita Harian bertarikh 11 Oktober 2010 , berikut adalah kajian dan analisis yang menyentuh aspek morfologi dan sintaksis . 3.1 Aspek Morfologi. 3.1.1 : Struktur perkataan ialah susunan bentuk-bentuk bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Unit-unit terkecil dalam tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dinamakan morfem.Fungsi morfem adalah menjalankan tugas nahu. Setiap perkataan yang dihasilkan terdiri daripada satu morfem atau pun lebih . Morfem terbahagi pula kepada 2 jenis iaitu morfem bebas yang boleh berfungsi secara sendirian dan morfem terikat yang digabungkan dengan morfem-morfem lain untuk menjadi lebih bermakna. Contoh-contoh morfem yang boleh dilihat daripada bahan kajian ialah : Perkataan Jenis morfem Bilangan morfem Kita Morfem bebas 1 morfem = kita Pihak morfem bebas 1 morfem = pihak Calon Morfem bebas 1 morfem = calon Desakan Morfem terikat 2 morfem = desak + an Merangkap Morfem terikat 2 morfem = me + rangkap Dakwaan Morfem terikat 2 morfem = dakwa + an Kedudukan Morfem terikat 3 morfem = ke + duduk + an Disediakan Morfem terikat 3 morfem = di + sedia + kan Berasaskan Morfem terikat 3 morfem = ber + asas + kan Penambahbaikan Morfem terikat 4 morfem = pen + tambah + baik + an Memperbaiki Morfem terikat 4 morfem = mem + per + baik + i berketrampilan Morfem terikat 4 morfem = ber + ke + trampil + an
  • 5. 3.1.2 : Bentuk kata ialah bunyi ujaran atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa. Perkataan terhasil apabila diucapkan atau ditulis dengan menggunakan lambang-lambang huruf. Perkataan yang bermakna berfungsi untuk menyampaikan maksud .Setiap kata yang gramatis memberikan makna yang tertentu. Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis bentuk kata iaitu kata tunggal,kata terbitan/ pengimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda. a) Bentuk Kata Tunggal : Kata tunggal ialah bentuk kata yang terhasil daripada satu morfem atau satu kata dasar. Kata tunggal tidak menerima sebarang bentuk imbuhan serta tidak mengalami proses pengandaan dan pemajmukan. Selain itu, bentuk kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata atau lebih.Contohnya : Satu suku kata Dua suku kata Tiga suku kata Empat suku kata Lima suku kata Pun Dan Yang Gus Ia Rendah Sudah Akan Dengan Sistem Baru Mahu Pakai Format Segi Bentuk Subjek Kira Bidang Sivik Hanya Aspek Calon Jika Markah Kita Yakin Dapat Pihak Sikap Pilih Kasih Ujian Kelmarin Timbalan Perdana Menteri Bahawa Sedikit Kerana Mulai Prestasi Pelajar Selama Soalan Agensi Sendiri Sejajar Supaya Iaitu Tiada Malaysia Pelbagai Desakan Dakwaan Mengambil Apatah Teliti Lagi Sementara Akademik Integriti Aktiviti Komposisi Pemarkahan Kerajaan Memadai Pelajaran Perubahan Pentaksiran Memastikan Memuaskan Berteraskan Menggunakan Keputusan Pencapaian Pelajaran Pemberian Berteraskan Beberapa Utama Ditangani mekanisme Peperiksaan Penambahbaikan Persekolahan Kementerian
  • 6. Tidak Mampu Hati Wakil Sektor Swasta Ahli Tokoh Langsung Satu Saja Ini Anak Pada Insan juga atau apa namun sahsiah Adalah Bersaing b) Bentuk Kata Terbitan : Kata terbitan ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan . Bentuk kata dasar atau kata tunggal akan digandingkan dengan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan sisipan atau imbuhan apitan. Imbuhan ialah morfem terikat yang tidak dapat berdiri sendiri malah perlu dicantumkan dengan dengan kata tunggal atau kata dasar untuk menghasilkan maksid yang lebih bermakna. Proses pengimbuhan akan menhasilkan 4 bentuk kata terbitan iaitu : a) Kata terbitan berawalan b) Kata terbitan berakhiran c) Kata terbitan bersisipan d) Kata terbitan berapitan Contoh-contoh bentuk kata terbitan yang boleh didapati daripada bahan kajian ialah seperti : Jenis bentuk kata terbitan Contoh perkataan
  • 7. Kata terbitan awalan kata nama pelajar / perintis / Kata terbitan awalan kata kerja terjawab / terpilih / termasuk / mengelak / terancam / mengukur / mengambil / melihat / Kata terbitan awalan kata adjektif mendalam / berjaya / Kata terbitan akhiran kata nama soalan / Kata terbitan akhiran kata kerja dakwaan / desakan / pandangan / bantahan / tindakan / Kata terbitan apitan kata nama kementerian / pelajaran / persekolahan / penggredan / pemarkahan / pendidikan / pemarkahan / Kata terbitan apitan kata kerja pemberian / peperiksaan / membangunkan / perancangan / mengurangkan / memperbaiki / mengumumkan / pengajaran / pembelajaran / Kata terbitan apitan kata adjektif kegagalan / kecemerlangan / kemajuan / separuh / Kata terbitan sisipan kata nama ( contoh tiada dalam teks ) Kata terbitan sisipan kata adjektif ( contoh tiada dalam teks ) c) Bentuk Kata Ganda : Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar. Proses pengulangan dan pengandaan ini menghasilkan bentuk pengandaan penuh, pengandaan separa dan pengandaan berentak . Bentuk kata ganda penuh ialah mengandakan keseluruhan kata dasar sama disertai imbuhan atau pun tanpa imbuhan. Penggandaan sebahagian daripada kata dasar akan menghasilkan kata ganda separa. Manakala kata ganda berentak pula ialah pengulangan vokal atau konsonan pada kata dasar. Contoh bentuk kata ganda yang diperolehi dari bahan teks yang dikaji ialah seperti berikut : Jenis kata ganda Contoh kata ganda Kata ganda seluruh Teka-teki / mana-mana / kedua-dua
  • 8. Kata ganda separa (Tiada dalam teks) Kata ganda berentak (Tiada dalam teks) Setelah dibuat analisis ke atas bahan teks kajian, penggunaan bentuk kata ganda yang digunakan oleh penulis hanya bentuk kata ganda seluruh sahaja. Oleh itu, beberapa contoh bentuk kata ganda yang boleh ditunjukkan ialah seperti berikut : a) kata ganda seluruh = berlari-larian / murid-murid / rama-rama / tersenyum-senyum / b) kata ganda separa = lelaki / jejentik / pepohon / bebola / kekuda / sesawang / c) kata ganda berentak = terang-benderang / licin-licau / batu-batan / kering-kontang / d) Bentuk Kata majmuk : Bentuk kata majmuk boleh ditakrifkan sebagai bentuk kata yang mengalami proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih . Pembentukan kata majmuk akan membawa makna yang baru jika dibandingkan dengan makna asal kata dasarnya. Ciri-ciri yang ada pada kata majmuk ialah perkataan ini dieja terpisah tetapi berfungsi senagai satu unit. Kata majmuk juga tidak boleh menerima sebarang imbuhan sisipan atau unsur-unsur lain. Pembentukan kata majmuk terbahagi kepada 3 kelompok iaitu rangkaian kata bebas , istilah khusus dan kiasan yang meliputi simpulan bahasa. Hasil daripada analisis ke atas teks kajian ini, didapati tidak ada sebarang penggunaan bentuk kata majmuk yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan isi kandungan teks. Walau bagaimana pun, berikut adalah beberapa contoh yang boleh di terima sebagai bentuk kata majmuk . a) Rangkaian Kata Bebas = gambar rajah / jalan raya / alat tulis / terima kasih / b) Istilah Khusus = lut sinar / garis pusat / tabung uji / cakera padat / c) Kiasaan ( simpulan bahasa) = buah hati / anak emas / berat tulang / duit kopi / 3.1.3 : Pengolongan Kata menurut Nik Safiah Karim dalamTatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsinya. Pengolongan kata ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria seperti keserupaan dari aspek fonologi atau bunyinya, struktur morfem, struktur sintaksis dan juga kriteria semantik. Terdapat beberapa pemahaman yang telah dibuat oleh beberapa orang penahu bahasa yang berbeza berkaitan dengan kelompok penggolongan kata. Tatabahasa Dewan ( 1996 ) telah mengkategorikan bentuk golongan kata kepada 4 bahagian iaitu :
  • 9. a) Golongan Kata Nama b) Golongan Kata Kerja c) Golongan Kata Adjektif d) Golongan Kata Tugas. a) Golongan Kata Nama : Kata nama adalah merujuk kepada sejumlah perkataan yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa. Lazimnya, kata nama menerangkan nama orang, benda atau konsep. Kata nama boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama . Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada nama orang dan nama sesuatu benda yang ditulis dengan ejaan huruf besar dipangkal perkataan. Kata nama am pula merujuk kepada benda, orang atau perkara yang umum sifatnya. Manakala kata ganti nama pula terbahagi kepada kata ganti nama diri yang merujuk orang dan kata ganti nama tunjuk yang menerangkan benda atau perkara yang dirujuk. Ciri-ciri yang boleh dikesan pada kata nama ialah kata nama boleh didahului dengan pendojoh bilangan dan boleh dibilang. Selain itu, kata nama dapat dirangkaikan bersama frasa adjektif agar lebih jelas maksudnya. Proses pengimbuhan kata nama bersama imbuhan awalan ‘peN’ dan akhiran ‘wan’ dapat digabungkan untuk menghasilkan suatu kata yang lebih jelas maknanya. Contoh kata ganti nama yang diperolehi ialah seperti berikut : Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama Kata Nama Am Hidup - Menteri - Pelajar - Calon - Tokoh Kata Nama Khas Hidup - Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Perdana Menteri - Menteri Pelajaran Kata Ganti Diri - Kita - Nya - Mana-mana Kata Nama Am Tak Hidup - Ujian - Subjek - Aktiviti - Sekolah - Wakil - Peperiksaan Kata Nama Khas Tak Hidup - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Sijil Pelajaran Malaysia - Lembaga Peperiksaan Malaysia - Penilaian Menengah Rendah Kata Ganti Tunjuk - Ini - itu
  • 10. - Kementerian - Agensi - Kerajaan - Akademik b) Golongan Kata Kerja : Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur utama dalam pembinaan sesuatu frasa kerja dan boleh disertai oleh beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek , pelengkap dan keterangan. Zaaba ( 1965 ) menjelaskan kata kerja sebagai satu penerangan tentang perbuatan atau mengerjakan sesuatu. Kata kerja diabagikan kepada 2 kategori iaitu ; kata kerja tidak transitif dan kata kerja transitif Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tidak Transitif Kata kerja transitif aktif - mengumumkan - memuaskan - memansuhkan - mengunakan - memperbaiki - melakukan - menyarankan Kata kerja tidak transitif berpelengkap - memadai - dipantau - dibuat - dikekalkan Kata kerja transitif pasif - diguna - ditangani - disediakan Kata kerja tidak transitif tanpa pelengkap - peperiksaan - berkemahiran - dimansuhkan c) Golongan Kata Adjektif Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan unsur utama dalam frasa adjektif. Kata adjektif berfungsi untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu frasa nama dan mudah dikenali kerana kata adjektif ini boleh disertai dengan akat penguat sebagai kata hadapannya. Kata penguat yang boleh digunakan bersama kata adjektif ialah amat, sangat, sungguh, paling atau nian. Selain itu, imbuhan awalan ‘ter’ dan ‘ se’ sesuai digunakan diawal kata adjektif bagi menerangkan maksud yang lebih jelas.Contoh : ‘terbaik’, ‘terkaya’, ‘seharum’, ‘secantik’. Frasa adjektif boleh digandakan dengan kata awalan ‘se’ dan akhiran ‘nya’ unutk menjelaskan maksud yang lebih bermakna. Contoh : ‘sedalam-dalamnya’ , ‘setinggi-tingginya’. Selain itu, kata adjektif juga boleh disertai kata nafi seperi ‘bukan’ atau ‘tidak’.Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Nik Safiah Karim dalamTatabahasa Dewan,
  • 11. kata adjektif dapat dikelaskan kepada 9 jenis.Namun begitu, hasil daripada kajian yang dibuat pada bahan teks ini, kata adjektif yang digunakan oleh penulis hanya menyentuh sebahagian kecil jenis kata adjektif sahaja. Contoh-contoh kata adjektif yang diperolehi dari teks ialah : Jenis kata adjektif Contoh kata adjektif Kata adjektif keadaan Berjaya / moden / Kata adjektif warna (tiada dalam teks ) Kata adjektif ukuran Mendalam / depan / Kata adjektif bentuk ( tiada dalam teks ) Kata adjektif waktu Baru / Kata adjektif jarak ( tiada dalam teks ) Kata adjektif cara Teliti / Kata adjektif perasaan Kasih / yakin / Kata adjektif pancaindera ( tiada dalam teks ) d) Golongan Kata Tugas Lazimnya kata tugas akan hadir dalam ayat, klausa atau frasa. Kata tugas berfungsi sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas agar struktur dan maksud ayat menjadi lebih bermakna dan jelas. Secara ringkasnya kata tugas dapat dikelompokkan kepada 4 fungsi utama iaitu : a) Kata Penyambung Ayat
  • 12. b) Kata Praklausa c) Kata Prafrasa d) Kata Pascakata Berikut adalah contoh-contoh kata tugas yang diperolehi daripada bahan kajian: Kata tugas Contoh kata tugas Kata penyambung ayat - Kata hubung gabungan - Kata hubung pancangan - dan / atau / sebaliknya / kemudian / - yang / kerana / supaya / untuk / sebelum / selepas / walau pun / namun / selain itu / Kata praklausa - kata seru - kata tanya - kata perintah - kata pembenar - kata pengkal ayat ( tidak ada dalam teks ) Ayat prafrasa - kata bantu - kata penguat - kata penegas - kata nafi - kata pemeri - kata sendi nama - kata arah - kata bilangan - telah / hendak / akan / - agak / - apatah / - tidak / bukan - ialah / adalah / - di / ke / dari / untuk / pada / bagi / - sudut / - Semua / beberapa / - ( tiada dalam teks )
  • 13. - kata adverba Kata pascakata - Kata penekan - Kata pembenda - tentunya / sebaliknya - calonnya / 3.2 Aspek Sintaksis Dalam bahasa Melayu sintaksis merupakan peringkat pembentukan konstruksi ayat yang melahirkan ayat-ayat gramatis. Setiap binaan ayat terhasil daripada satu gabungan dan susunan unit-unit kecil rangkaikata yang terdiri daripada 2 unsur iaitu frasa dan klausa ataupun dikenali sebagai subjek dan pradiket . Unsur-unsur yang terdapat dalam subjek ialah Frasa Nama manakala unsur-unsur yang terdapat dalam pradiket ialah Frasa Kerja, Frasa Sendi Nama, Frasa Adjektif atau Kata Tugas yang menjadi penerang kepada unsur subjek. Contoh : Encik Ahmadi amat rajin dan cekap dalam tugasnya. ( Subjek=Frasa nama) ( Pradiket = keterangan ) 3.2.1 Ragam Ayat Binaan ayat yang lengkap dan gramatis adalah tertakluk kepada satu ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan semua jenis ayat yang lain .Jenis ayat-ayat lain ialah ayat terbitan iaitu pola ayat yang lebih kompleks dan panjang kerana ditambah dengan unsur-unsur frasa pada subjek dan pradiketnya.Terdapat 2 jenis ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterang dan menjadikan kata kerja sebagai penerang unsur subjek. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai unsur diterang . Hasil daripada analisis yang dibuat, teks ini tidak mengandungi ayat-ayat pasif. Walau bagaimanapun, contoh-contoh ayat aktif yang masih boleh diperolehi daripada teks ini. Ayat aktif : a) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan. Subjek ( Frasa nama ) Kata Kerja Pradiket (Keterangan) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran -mengumumkan -bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan
  • 14. b) Kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah. Subjek Kata kerja Keterangan 1 Keterangan 2 Kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah. c) Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 buah sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu. Subjek Kata kerja Keterangan 1 Keterangan 2 Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 buah sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu. 3.2.2 Jenis-jenis Ayat Dalam bidang sintaksis, kajian yang dibuta bukan sahaja kepada ragam ayat malah meliputi struktur dan jenis-jenis ayat.Secara umumnya, jenis ayat terbahagi kepada 4 jenis.Ayat- ayat yang berbeza ini memberi penjelasan dan perbezaan dari aspek intonasi dan fungsinya. Jenis ayat yang dimaksdkan ialah ayat penyata, ayat tanya , ayat seru dan ayat perintah. a) Ayat penyata Ayat penyata diucapkan untuk membuat sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.Oleh itu, ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Contoh : i) Jiran saya seorang lelaki berbangsa Cina. ii) Mereka datang bertiga. iii) Saya tidak akan hadir.
  • 15. b) Ayat Tanya Ayat tanya pula diucapkan dengan intonasi yang berbeza jika dibandingkan dengan ayat oenyata kerana ayatbtanya diakhiri dengan tanda soal. Fungsi ayat ini ialah untuk menyoal atau mengemukan pertanyaan dan juga mendapatkan maklumat yang diperlukan.Ayat tanya boleh digunakan tanay atau tanpa kata tanya. Contoh ayat tanya ialah : a) Siapakah yang datang bersama awak ? b) Apa khabar ?Sihat ? c) Lukisan ini berharga seribu ringgit ? d) Ayat Seru Ayat seru pula ialah ayat yang menggunakan tanda seru dikahir ayat dan kata seru dipangkal ayat untuk menyatakan sesuatu perkara yang mengambarkan perasaan. Ayat seru dilafazkan dengan nada yang menggambarkan perasaan seperti marah, terkejut, hairan, sedih dan sebagainya. Contoh: a) Oh, Tuhanku ! b) Amboi, berseri-seri dari tadi ! c) Eh, awak lagi ! d) Ayat Perintah Ayat perintah sering digunakan dalam memberikan arahan dan perintah kepada seseorang. Fungsi ayat ini ialah untuk menimbulkan sesuatu tindakan . Ayat perintah diucapkan dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan .Contohnya : a) Jangan pijak rumput. b) Sila datang lagi. c) Tolong matikan suiz.
  • 16. Analisis yang dibuat ke atas bahan teks menunjukkan penulis lebih banyak mengguna ayat jenis ayat penyata dan tidak terdapat jenis ayat seru, perintah mahu pun ayat tanya.. Contoh ayat penyata yang dikesan dalam bahan kajian ialah : a) Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru dengan beberapa penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek. b) Pelajar, guru dan sekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam memastikan berjaya atau gagalnya pelaksanaan perunahan baru yang dicadangkan itu. c) Pendidikan adalah proses membangunkun insan sebab itu setiap perubahan memerlukan perancangan teliti kerana jika tersilap langkah ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat, malah kemajuan negara juga boleh terancam. d) Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilain Menengah Rendah sudah pun terjawab. e) Antara perubahan yang dicadang termasuklah mengambil kira bidang utama dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya berteraskan aktiviti kokurikulum atau sivik. 3.0 Refleksi Daripada Analisis. Satu analisis dan kajian tentang morfologi dan sintaksis telah dihasilkan berdasarkan kepada petikan Minda Pengarang yang bertajuk ‘Sistem Baru Ganti PMR Mampu Kurangkan Tekanan Peperiksaan’ diambil dari Berita Harian bertarikh 11 Oktober 2010. Setelah dibuat penelitian dan kajian , teks ini boleh diangkat sebagai satu hasil penulisan yang sesuai untuk bacaan umum khasnya golongan pelajar ataupun bukan pelajar. Ini adalah kerana keterangan isi kandungannya yang jelas dan disokong pula oleh penggunaan kata dan struktur ayat yang jelas dan tepat juga. Jika dikaji dari aspek morfologinya, penulis didapati menggunakan frasa-frasa yang mudah dan jelas maknanya.Walaupun terdapat akronim di gunakan di dalam teks ini, namun penerangan maksud kata ini jelas diberikan.Penggunaan golongan kata dan bentuk kata yang tepat dan sesuai dengan maklumat yang hendak diketengahkan dalam penulisan, menjadikan bahan teks ini mudah difahami pembaca khasnya penutur jati bahasa Melayu. Sementelahan pula isu yang diutarakan oleh penulis adalah isu penting yang menjadi bualan dan sering didebatkan dikalangan ibu bapa, orang ramai dan para guru khasnya. Walaupun penulis menggunakan ayat-ayat kompleks iaitu ayat-ayat yang panjang , namun ia tidak menimbulkan kesukaran kepada para pembaca untuk memahami maklumat atau isu yang dibincangkan. Ini adalah kerana penulis lebih cenderung menggunakan ayat jenis ayat aktif. Ayat aktif mengutamakan subjek dan objek dan disokong dengan pradiket yang menjadi penerang kepada unsur subjek. Dengan penggunaan ayat yang begini akan menarik minat pembaca untuk terus membaca.
  • 17. Jenis ayat yang diguna hanya tertumpu kepada ayat penyata semata-mata. Tidak ada sebarang unsur-unsur ayat tanya, ayat seru mahu pun ayat perintah yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan penulisannya. Hasil penulisan yang begini dikira padan dengan isu yang dibincang oleh penulis dan dianggap sesuai dengan artikel jenis perbincangan ini. Sekiranya jenis ayat seru atau ayat perintah yang digunakan, sudah tentu artikel ini akan kedengaran agak janggal. 5.0 Penutup Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah.Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah. Fish