SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
KARI IKAN
Bahan-Bahan : Seekor Ikan Jemuduk, Kacang Bende 6 biji, lada merah 1 biji, lada hijau 1 biji, 2 paket
Rempah Kari Ikan BABAS, santan kelapa 1 biji, minyak untuk menumis, garam, serbuk perasa dan asam
keping 1 keping. Bahan Kisar : Halia setengah inci, kunyit setengah inci, 2 ulas bawang putih dan 1 labu
bawang besar. Bahan Mayang : 1 ulas bawang putih dan 1 labu kecil bawang besar.
Ikan Jemuduk dipotong dan dibersihkan. Kacang Bende dicuci dan dipotong sedikit hujung dan
pangkalnya. Lada merah dan lada hijau di cuci dan dibelah dua tidak putus. Masukkan bahan kisar ke
dalam mangkuk dan campurkan rempah kari kedalamnya dan kacau hingga rata.
Kaedah Memasak : Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan yang telah dimayang hingga
garing. Kemudian masukkan bahan kisar yang telah dicampurkan dengan serbuk kari tadi. Setelah
rempah garing sila masukkan sedikit air dan kacau. Kemudian, masukkan santan dan kacau. Masukkan
pula Ikan Jemuduk dan tambahkan air hingga ke paras ikan tersebut. Oleh kerana Ikan Jemuduk ini jenis
ikan yang cepat masak dan isinya lembut, jadi sila masukkan sekali Kacang Bende, Lada merah & Lada
Hijau, Asam Keping, garam dan serbuk perasa. Tunggu hingga kuah mendidih dan naik minyak sebentar.
Kemudian sila rasa tahap kemasinan yang diingini. Akhir sekali, sila padamkan api dapur. Ngerti kamu?.
Memasak Kari Ikan ini banyak versinya ya pembaca. Kali ini Mina hanya menggunakan cara memasak
kari yang ringkas dan relevan untuk dimasak oleh sesiapa sahaja. Ada versi lain memasak Kari Ikan
seperti menggunakan 4 rempah, biji sawi, daun kari, campuran lada kering kisar, tidak membubuh
santan dan jenis yang hanya menumis bahan mayang tetapi tidak menggunakan bahan kisar. Ada juga
yang menggantikan minyak dengan minyak sapi dan mencampurkan sedikit tairu di dalamnya dan ada
pula yang menggunakan Rempah Kari Daging untuk memasak Kari Ikan dan begitulah sebaliknya. Ada
juga yang menitikkan serai di dalamnya. Macam-macam ada!
Arwah nenek Mina pandai menyediakan rempah untuk memasak kari dan beliau akan menggiling
rempah itu dengan menggunakan batu giling hingga lumat. Kari jenis ini warnaya tidak pekat dan tidak
sama dengan kari sekarang tetapi rasa masakan kari buatan tangan nenek Mina amat sedap sekali.
Sayangnya Mina tidak ingat sukatan bahan-bahan itu. Puas sudah Mina bertanya kepada emak Mina,
Emak juga tidak dapat menjawab persoalan itu kerana hanya Mina seorang yang tinggal dengan nenek
dan segala aktiviti harian nenek sepatutnya Mina yang lebih tahu.
Begitulah cerita tentang ragam cara memasak Kari yang pernah Mina lihat sama ada melalui
pengalaman sendiri, pembacaan dan media elektronik. Oleh itu, anda tidak usah berasa pelik jika
bertandang ke rumah orang lain yang masakan kari mereka tidak sama seperti kari yang selalu
dihidangkan oleh keluarga anda. Selamat mencuba!.
SUP IKAN GERUT
Bahan-bahan : 1 ekor Ikan Gerut yang telah dicuci bersih, sedikit kayu manis ( jika suka tapi Mina tak
letak pun), 2 biji buah pelaga, 2 biji bunga lawang, sebiji bunga cengkih, daun sup dan daun bawang
dihiris kasar, bawang goreng, 5 biji cili padi, garam, serbuk perasa, minyak untuk menumis, 1 biji bawang
besar dan 1 ulas bawang putih yang dimayang halus. Bahan kisar : Setengah inci halia, 1 labu bawang
besar, 2 ulas bawang putih dan 10 biji lada putih.
Kaedah memasak : Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumis 4 rempah sebentar dan tumis bawang
besar dan bawang putih yang telah dimayang hingga garing dan berbau harum. Tetapi jangan pula
hingga hangus nanti pahit pula sup anda. Kemudian, tumis bahan kisar tadi hingga naik bau. Selepas itu
masukkan sedikit air. Masukkan ikan dan tambahkan air hingga paras menutup ikan tetapi jangan hingga
kuah berladung banyaknya ya. Campakkan cili padi ( jika mahu pedas, cili padi itu perlu dititik ).
Masukkan garam dan serbuk perasa. Apabila kuah sudah mendidih, rasa keenakan dan kemasinan kuah
sup itu dan jika isinya sudah lembut, sila padamkan api. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup
dan daun bawang serta bawang goreng ke dalamnya.
Sup Ikan Gerut ini sangat sesuai untuk dimakan seisi keluarga kerana rasanya yang enak dan tidak muak.
Mina sangat suka menghirup rasa kuah supnya sambil makan nasi. Paling mantap jika anda dapat
menyediakan Sambal Belacan bersama ulam-ulaman kampung. Gerenti berpeluh dahi anda semasa
menikmati hidangan ini. Cuba dulu baru tahu. Akhir kalam, rajin-rajinkan diri untuk ke dapur ya!
SAMBAL TEMPE & IKAN BILIS
Bahan-bahannya: Tempe, ikan bilis & bahan kisar: bawang putih sedikit, bawang merah & cili
kering. Kalau anda suka letak kacang tanah juga boleh ya. Tetapi Hidayah hanya suka bahan-
bahan ini sahaja.
First of all, sila potong tempe mengikut kekreatifan masing-masing ya. Lagi kecil anda potong
lagi jimat dan muai jadinya. Kemudian goreng hingga sedikit garing. Jangan sampai hangus
sebab nanti rasa tempe itu pahit. Part ini, Hidayah hanya suka tempe yang digoreng membal-
membal (ni bahasa Jawa, entah anda faham entahkan tidak). Setelah garing sedikit, sila angkat
dan toskan ya.
Kemudian gorengkan ikan bilis. Mina menggunakan jenis ikan bilis yang sudah dikopek dan
yang baik kualitinya ya. Goreng hingga garing, angkat dan toskan bersama tempe tadi.
Beginilah rupa kejadian bahan-bahan yang telah Mina kerjakan tadi. Jom kita lihat visual
seterusnya.
Dengan menggunakan minyak lebihan tadi, anda agak-agaklah ya, kalau minyak lebihan
gorengan tadi tu agak banyak, pastikan anda mengurangkan kuantitinya sedikit.
Almaklumlahkan, rasanya tidak tergamak Mina hendak mendera jantung dan perut untuk
menelan makanan-makanan yang confirm diluar tabie akibat terlebih minyak tadi. Kalau anda
rasa diri anda tu dah kebal sangat, silakanlah ya. Mina tidak mahu bersubahat dalam kerja-kerja
membunuh ini.
Kemudian, masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga bahan kisar ini benar-benar garing dan
wangi. Sementara itu, boleh masukkan garam, gula dan perasa jika suka.
Setelah sambal agak garing, bolehlah dimasukkan tempe dan ikan bilis goreng tadi. Pastikan
sambal yang anda masak itu benar-benar garing dan kering airnya kerana proses ini akan
memberi kesan terhadap tempe dan ikan bilis goreng anda. Jika anda inginkan keadaan ikan bilis
yang sentiasa garing, maka ikut betul-betul cara memasak sambal yang Mina ajarkan tadi.
Walaupun masakan ini nampak simple lagi mudah tetapi tidak semua orang yang berjaya
menghasilkan Sambal Kering Tempe & Ikan Bilis yang enak. Yang paling penting adalah teknik
kita memasak sambal. Mina suka memasak sambal dengan menggunakan api yang kecil sahaja.
Semakin lama proses yang kita ambil untuk memasak, semakin panjang jangka hayat sesuatu
makanan itu untuk rosak.
Beginilah rupanya Sambal Kering Tempe & Ikan Bilis yang telah berjaya Mina sediakan. Jika
anda suka sambal yang manis, anda boleh memasukkan lebih gula. Ada juga yang merenjiskan
kicap manis ke dalam masakan ini tetapi cara ini akan menyebabkan sambal anda menjadi
kehitaman. Dan ada juga yang menggunakan gula merah untuk mensensasikan lagi rasanya.
Ikutlah mana-mana yang anda suka asalkan teknik memasak sambal itu anda tidak ubah. Yang
lain boleh dikreatifkan lagi. Ingat ya!! Sesungguhnya memasak itu mudah. Yang
menyusahkannya adalah diri dan fikiran kita sendiri.
Mina kasi gambar close up supaya pembaca akan menjadi semakin kecur hingga meleleh air liur.
Kalau dah berkeadaan macam tu, apa ditunggu lagi, moh lah kita ke dapur cari bahan-bahan apa
yang patut. Selamat mencuba!!
SUP AYAM CAMPUR KENTANG
Penuh perasaan Mina menulis hinggakan Mina terlupa yang sebenarnya Mina hendak menceritakan
tentang resipi hari ini iaitu Sup Ayam Campur Kentang. Baiklah untuk tidak membuang masa, bahan
yang diperlukan untuk resipi ini ialah seperti gambar di atas. Tidak jelas lagi?. Baiklah, bahan-bahannya
ialah : Ayam yang diracik kecil, kentang, daun sup & bawang, bawang goreng, rempah tumis sedikit,
rempah sup bunjut 1, garam, serbuk perasa, minyak untuk menumis & bahan kisar ---> bawang besar @
merah, bawang putih & halia.
Ayam perlu dibersihkan dahulu. Kentang hendaklah dikupas dan dipotong kecil. Bahan kisar perlu dikisar
& daun sup juga daun bawang hendaklah dihiris halus. Sila rujuk gambar di atas ini untuk info seterusnya
ya.
First of all tenggekkan periuk. Masukkan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, sila tumiskan
rempah tumis seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan sup bunjut. Kacau.
Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga sedikit garing.
Masukkan sedikit air.
Masukkan ayam yang telah diracik kecil dan telah dibersihkan tadi.
Tambahkan air lagi hingga melepasi paras kuantiti ayam. Renehkan ayam ini hingga empuk ya. Pada
permulaan masak dengan menggunakan api yan besar tetapi apabila kuah sup sudah mendidih, sila
kecilkan sedikit api dan tunggu sehingga daging ayam itu empuk.
Setelah ayam empuk, sila masukkan kentang pula ya.
Masukkan garam dan jika suka masukkan sekali serbuk perasa. Tunggu hingga kentang empuk dan
kemudian sila rasa tahap kemasinan dan keenakan yang anda mahukan.
Selepas semuanya 'well done' bolehlah dipadamkan api dapur.
Jika rajin, anda boleh rebuskan sedikit makaroni dan makan bersama Sup Ayam ini ya. Jika yang
citarasanya berjiwa Melayu pula, bolehlah makan Sup Ayam Campur Kentang ini bersama nasi dan
rajin-rajinkan diri untuk menumbuk Sambal Belacan dan jangan lupa perahkan sedikit air asam limau
kasturi di dalamnya. Tambahan lagi ada Telur Dadar, masyaAllah memang sedap sangat, Wallah Mina
suka yang teramat. Sup Ayam Campur Kentang ini juga sedap jika dimakan bersama Sambal Kicap. Mina
pernah mengeluarkan entri resipi Sambal Kicap ini tidak lama dahulu ya. Sila semak resipi-resipi yang
lepas.
Oh ya, jangan lupa untuk menaburkan hirisan daun sup & daun bawang dan juga bawang goreng. Sudah
tentu bau wangi Sup Ayam Campur Kentang ini bertambah berganda-ganda harumnya. Untuk
mengecurkan anda lagi, Mina sediakan gambar 'close up' Sup Ayam Campur Kentang ini. Jika dah terliur
tu, rajin-rajinkan diri untuk ke dapur dan meniru resipi ini. Semoga berhasil.

Contenu connexe

Tendances

Full resepi standard (american service)
Full resepi standard (american service)Full resepi standard (american service)
Full resepi standard (american service)AsminCasio
 
Masakan Melayu khas Riau
Masakan Melayu khas RiauMasakan Melayu khas Riau
Masakan Melayu khas RiauOddy Syaputra
 
Ebook kumpulan-fakta-unik
Ebook kumpulan-fakta-unikEbook kumpulan-fakta-unik
Ebook kumpulan-fakta-unikMbah Eko
 
TIP MEMBUAT DODOL
TIP MEMBUAT DODOLTIP MEMBUAT DODOL
TIP MEMBUAT DODOLnormiramli
 
Recipe collection 6
Recipe collection 6Recipe collection 6
Recipe collection 6Sal Lie
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39Sal Lie
 
Makanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisionalMakanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisionaltooshieee
 
Amali resipi-french toast, nasi ayam,Chocolate chip cookies etc
Amali resipi-french toast, nasi ayam,Chocolate chip cookies  etcAmali resipi-french toast, nasi ayam,Chocolate chip cookies  etc
Amali resipi-french toast, nasi ayam,Chocolate chip cookies etcaZea sdn Bhd....
 
Makanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan OrientalMakanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan OrientalAzahraa9
 

Tendances (17)

Full resepi standard (american service)
Full resepi standard (american service)Full resepi standard (american service)
Full resepi standard (american service)
 
Masakan Melayu khas Riau
Masakan Melayu khas RiauMasakan Melayu khas Riau
Masakan Melayu khas Riau
 
Ebook kumpulan-fakta-unik
Ebook kumpulan-fakta-unikEbook kumpulan-fakta-unik
Ebook kumpulan-fakta-unik
 
TIP MEMBUAT DODOL
TIP MEMBUAT DODOLTIP MEMBUAT DODOL
TIP MEMBUAT DODOL
 
Resipi lada
Resipi ladaResipi lada
Resipi lada
 
Menu masakan
Menu masakanMenu masakan
Menu masakan
 
Recipe collection 6
Recipe collection 6Recipe collection 6
Recipe collection 6
 
Resep masakan
Resep masakan Resep masakan
Resep masakan
 
Cilok
CilokCilok
Cilok
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39
 
Resep Masakan Oriental
Resep Masakan OrientalResep Masakan Oriental
Resep Masakan Oriental
 
13 Urutan Makanan
13 Urutan Makanan13 Urutan Makanan
13 Urutan Makanan
 
Makanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisionalMakanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisional
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Amali resipi-french toast, nasi ayam,Chocolate chip cookies etc
Amali resipi-french toast, nasi ayam,Chocolate chip cookies  etcAmali resipi-french toast, nasi ayam,Chocolate chip cookies  etc
Amali resipi-french toast, nasi ayam,Chocolate chip cookies etc
 
Nasi ayam
Nasi ayamNasi ayam
Nasi ayam
 
Makanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan OrientalMakanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan Oriental
 

Similaire à Kari ikan

Resep special dan praktis membuat semur ikan patin goren1
Resep special dan praktis membuat semur ikan patin goren1Resep special dan praktis membuat semur ikan patin goren1
Resep special dan praktis membuat semur ikan patin goren1Fikri Zaidan
 
Resepi rendang daging
Resepi rendang dagingResepi rendang daging
Resepi rendang dagingl Hakim
 
Recipe collection 8
Recipe collection 8Recipe collection 8
Recipe collection 8Sal Lie
 
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesiaResep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesiaBobokmarky
 
Resepi masakan
Resepi masakanResepi masakan
Resepi masakancru81
 
Recipe collection 10
Recipe collection 10Recipe collection 10
Recipe collection 10Sal Lie
 
Inilah menu masakan idul adha yang enak blog info dan tips terbaru
Inilah menu masakan idul adha yang enak   blog info dan tips terbaruInilah menu masakan idul adha yang enak   blog info dan tips terbaru
Inilah menu masakan idul adha yang enak blog info dan tips terbarunashrulfatah
 
Siti Sa'adah : Resep Masakan
Siti Sa'adah : Resep MasakanSiti Sa'adah : Resep Masakan
Siti Sa'adah : Resep MasakanDedesitisaadah
 
tugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanantugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makananestervalen15
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55Sal Lie
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55Sal Lie
 
Makanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisionalMakanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisionalNishaUcik
 

Similaire à Kari ikan (20)

Resep special dan praktis membuat semur ikan patin goren1
Resep special dan praktis membuat semur ikan patin goren1Resep special dan praktis membuat semur ikan patin goren1
Resep special dan praktis membuat semur ikan patin goren1
 
Resepi rendang daging
Resepi rendang dagingResepi rendang daging
Resepi rendang daging
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Recipe collection 8
Recipe collection 8Recipe collection 8
Recipe collection 8
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesiaResep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesia
 
Resepi masakan
Resepi masakanResepi masakan
Resepi masakan
 
Recipe collection 10
Recipe collection 10Recipe collection 10
Recipe collection 10
 
PPPPPP.pptx
PPPPPP.pptxPPPPPP.pptx
PPPPPP.pptx
 
Inilah menu masakan idul adha yang enak blog info dan tips terbaru
Inilah menu masakan idul adha yang enak   blog info dan tips terbaruInilah menu masakan idul adha yang enak   blog info dan tips terbaru
Inilah menu masakan idul adha yang enak blog info dan tips terbaru
 
Siti Sa'adah : Resep Masakan
Siti Sa'adah : Resep MasakanSiti Sa'adah : Resep Masakan
Siti Sa'adah : Resep Masakan
 
tugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanantugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanan
 
Laicikang
LaicikangLaicikang
Laicikang
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55
 
Makanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisionalMakanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisional
 
Ppt azrina
Ppt azrinaPpt azrina
Ppt azrina
 
Menu masakan
Menu masakanMenu masakan
Menu masakan
 

Kari ikan

  • 1. KARI IKAN Bahan-Bahan : Seekor Ikan Jemuduk, Kacang Bende 6 biji, lada merah 1 biji, lada hijau 1 biji, 2 paket Rempah Kari Ikan BABAS, santan kelapa 1 biji, minyak untuk menumis, garam, serbuk perasa dan asam keping 1 keping. Bahan Kisar : Halia setengah inci, kunyit setengah inci, 2 ulas bawang putih dan 1 labu bawang besar. Bahan Mayang : 1 ulas bawang putih dan 1 labu kecil bawang besar. Ikan Jemuduk dipotong dan dibersihkan. Kacang Bende dicuci dan dipotong sedikit hujung dan pangkalnya. Lada merah dan lada hijau di cuci dan dibelah dua tidak putus. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan campurkan rempah kari kedalamnya dan kacau hingga rata. Kaedah Memasak : Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan yang telah dimayang hingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar yang telah dicampurkan dengan serbuk kari tadi. Setelah rempah garing sila masukkan sedikit air dan kacau. Kemudian, masukkan santan dan kacau. Masukkan pula Ikan Jemuduk dan tambahkan air hingga ke paras ikan tersebut. Oleh kerana Ikan Jemuduk ini jenis ikan yang cepat masak dan isinya lembut, jadi sila masukkan sekali Kacang Bende, Lada merah & Lada Hijau, Asam Keping, garam dan serbuk perasa. Tunggu hingga kuah mendidih dan naik minyak sebentar. Kemudian sila rasa tahap kemasinan yang diingini. Akhir sekali, sila padamkan api dapur. Ngerti kamu?. Memasak Kari Ikan ini banyak versinya ya pembaca. Kali ini Mina hanya menggunakan cara memasak kari yang ringkas dan relevan untuk dimasak oleh sesiapa sahaja. Ada versi lain memasak Kari Ikan seperti menggunakan 4 rempah, biji sawi, daun kari, campuran lada kering kisar, tidak membubuh santan dan jenis yang hanya menumis bahan mayang tetapi tidak menggunakan bahan kisar. Ada juga yang menggantikan minyak dengan minyak sapi dan mencampurkan sedikit tairu di dalamnya dan ada pula yang menggunakan Rempah Kari Daging untuk memasak Kari Ikan dan begitulah sebaliknya. Ada juga yang menitikkan serai di dalamnya. Macam-macam ada! Arwah nenek Mina pandai menyediakan rempah untuk memasak kari dan beliau akan menggiling rempah itu dengan menggunakan batu giling hingga lumat. Kari jenis ini warnaya tidak pekat dan tidak sama dengan kari sekarang tetapi rasa masakan kari buatan tangan nenek Mina amat sedap sekali. Sayangnya Mina tidak ingat sukatan bahan-bahan itu. Puas sudah Mina bertanya kepada emak Mina, Emak juga tidak dapat menjawab persoalan itu kerana hanya Mina seorang yang tinggal dengan nenek dan segala aktiviti harian nenek sepatutnya Mina yang lebih tahu. Begitulah cerita tentang ragam cara memasak Kari yang pernah Mina lihat sama ada melalui pengalaman sendiri, pembacaan dan media elektronik. Oleh itu, anda tidak usah berasa pelik jika bertandang ke rumah orang lain yang masakan kari mereka tidak sama seperti kari yang selalu dihidangkan oleh keluarga anda. Selamat mencuba!. SUP IKAN GERUT
  • 2. Bahan-bahan : 1 ekor Ikan Gerut yang telah dicuci bersih, sedikit kayu manis ( jika suka tapi Mina tak letak pun), 2 biji buah pelaga, 2 biji bunga lawang, sebiji bunga cengkih, daun sup dan daun bawang dihiris kasar, bawang goreng, 5 biji cili padi, garam, serbuk perasa, minyak untuk menumis, 1 biji bawang besar dan 1 ulas bawang putih yang dimayang halus. Bahan kisar : Setengah inci halia, 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 10 biji lada putih. Kaedah memasak : Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumis 4 rempah sebentar dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang hingga garing dan berbau harum. Tetapi jangan pula hingga hangus nanti pahit pula sup anda. Kemudian, tumis bahan kisar tadi hingga naik bau. Selepas itu masukkan sedikit air. Masukkan ikan dan tambahkan air hingga paras menutup ikan tetapi jangan hingga kuah berladung banyaknya ya. Campakkan cili padi ( jika mahu pedas, cili padi itu perlu dititik ). Masukkan garam dan serbuk perasa. Apabila kuah sudah mendidih, rasa keenakan dan kemasinan kuah sup itu dan jika isinya sudah lembut, sila padamkan api. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng ke dalamnya. Sup Ikan Gerut ini sangat sesuai untuk dimakan seisi keluarga kerana rasanya yang enak dan tidak muak. Mina sangat suka menghirup rasa kuah supnya sambil makan nasi. Paling mantap jika anda dapat menyediakan Sambal Belacan bersama ulam-ulaman kampung. Gerenti berpeluh dahi anda semasa menikmati hidangan ini. Cuba dulu baru tahu. Akhir kalam, rajin-rajinkan diri untuk ke dapur ya! SAMBAL TEMPE & IKAN BILIS Bahan-bahannya: Tempe, ikan bilis & bahan kisar: bawang putih sedikit, bawang merah & cili kering. Kalau anda suka letak kacang tanah juga boleh ya. Tetapi Hidayah hanya suka bahan- bahan ini sahaja. First of all, sila potong tempe mengikut kekreatifan masing-masing ya. Lagi kecil anda potong lagi jimat dan muai jadinya. Kemudian goreng hingga sedikit garing. Jangan sampai hangus sebab nanti rasa tempe itu pahit. Part ini, Hidayah hanya suka tempe yang digoreng membal- membal (ni bahasa Jawa, entah anda faham entahkan tidak). Setelah garing sedikit, sila angkat dan toskan ya.
  • 3. Kemudian gorengkan ikan bilis. Mina menggunakan jenis ikan bilis yang sudah dikopek dan yang baik kualitinya ya. Goreng hingga garing, angkat dan toskan bersama tempe tadi. Beginilah rupa kejadian bahan-bahan yang telah Mina kerjakan tadi. Jom kita lihat visual seterusnya.
  • 4. Dengan menggunakan minyak lebihan tadi, anda agak-agaklah ya, kalau minyak lebihan gorengan tadi tu agak banyak, pastikan anda mengurangkan kuantitinya sedikit. Almaklumlahkan, rasanya tidak tergamak Mina hendak mendera jantung dan perut untuk menelan makanan-makanan yang confirm diluar tabie akibat terlebih minyak tadi. Kalau anda rasa diri anda tu dah kebal sangat, silakanlah ya. Mina tidak mahu bersubahat dalam kerja-kerja membunuh ini. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga bahan kisar ini benar-benar garing dan wangi. Sementara itu, boleh masukkan garam, gula dan perasa jika suka.
  • 5. Setelah sambal agak garing, bolehlah dimasukkan tempe dan ikan bilis goreng tadi. Pastikan sambal yang anda masak itu benar-benar garing dan kering airnya kerana proses ini akan memberi kesan terhadap tempe dan ikan bilis goreng anda. Jika anda inginkan keadaan ikan bilis yang sentiasa garing, maka ikut betul-betul cara memasak sambal yang Mina ajarkan tadi. Walaupun masakan ini nampak simple lagi mudah tetapi tidak semua orang yang berjaya menghasilkan Sambal Kering Tempe & Ikan Bilis yang enak. Yang paling penting adalah teknik kita memasak sambal. Mina suka memasak sambal dengan menggunakan api yang kecil sahaja. Semakin lama proses yang kita ambil untuk memasak, semakin panjang jangka hayat sesuatu makanan itu untuk rosak.
  • 6. Beginilah rupanya Sambal Kering Tempe & Ikan Bilis yang telah berjaya Mina sediakan. Jika anda suka sambal yang manis, anda boleh memasukkan lebih gula. Ada juga yang merenjiskan kicap manis ke dalam masakan ini tetapi cara ini akan menyebabkan sambal anda menjadi kehitaman. Dan ada juga yang menggunakan gula merah untuk mensensasikan lagi rasanya. Ikutlah mana-mana yang anda suka asalkan teknik memasak sambal itu anda tidak ubah. Yang lain boleh dikreatifkan lagi. Ingat ya!! Sesungguhnya memasak itu mudah. Yang menyusahkannya adalah diri dan fikiran kita sendiri. Mina kasi gambar close up supaya pembaca akan menjadi semakin kecur hingga meleleh air liur. Kalau dah berkeadaan macam tu, apa ditunggu lagi, moh lah kita ke dapur cari bahan-bahan apa yang patut. Selamat mencuba!! SUP AYAM CAMPUR KENTANG Penuh perasaan Mina menulis hinggakan Mina terlupa yang sebenarnya Mina hendak menceritakan tentang resipi hari ini iaitu Sup Ayam Campur Kentang. Baiklah untuk tidak membuang masa, bahan
  • 7. yang diperlukan untuk resipi ini ialah seperti gambar di atas. Tidak jelas lagi?. Baiklah, bahan-bahannya ialah : Ayam yang diracik kecil, kentang, daun sup & bawang, bawang goreng, rempah tumis sedikit, rempah sup bunjut 1, garam, serbuk perasa, minyak untuk menumis & bahan kisar ---> bawang besar @ merah, bawang putih & halia. Ayam perlu dibersihkan dahulu. Kentang hendaklah dikupas dan dipotong kecil. Bahan kisar perlu dikisar & daun sup juga daun bawang hendaklah dihiris halus. Sila rujuk gambar di atas ini untuk info seterusnya ya. First of all tenggekkan periuk. Masukkan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, sila tumiskan rempah tumis seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan sup bunjut. Kacau.
  • 8. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga sedikit garing. Masukkan sedikit air.
  • 9. Masukkan ayam yang telah diracik kecil dan telah dibersihkan tadi. Tambahkan air lagi hingga melepasi paras kuantiti ayam. Renehkan ayam ini hingga empuk ya. Pada permulaan masak dengan menggunakan api yan besar tetapi apabila kuah sup sudah mendidih, sila kecilkan sedikit api dan tunggu sehingga daging ayam itu empuk.
  • 10. Setelah ayam empuk, sila masukkan kentang pula ya. Masukkan garam dan jika suka masukkan sekali serbuk perasa. Tunggu hingga kentang empuk dan kemudian sila rasa tahap kemasinan dan keenakan yang anda mahukan.
  • 11. Selepas semuanya 'well done' bolehlah dipadamkan api dapur. Jika rajin, anda boleh rebuskan sedikit makaroni dan makan bersama Sup Ayam ini ya. Jika yang citarasanya berjiwa Melayu pula, bolehlah makan Sup Ayam Campur Kentang ini bersama nasi dan rajin-rajinkan diri untuk menumbuk Sambal Belacan dan jangan lupa perahkan sedikit air asam limau kasturi di dalamnya. Tambahan lagi ada Telur Dadar, masyaAllah memang sedap sangat, Wallah Mina suka yang teramat. Sup Ayam Campur Kentang ini juga sedap jika dimakan bersama Sambal Kicap. Mina pernah mengeluarkan entri resipi Sambal Kicap ini tidak lama dahulu ya. Sila semak resipi-resipi yang lepas.
  • 12. Oh ya, jangan lupa untuk menaburkan hirisan daun sup & daun bawang dan juga bawang goreng. Sudah tentu bau wangi Sup Ayam Campur Kentang ini bertambah berganda-ganda harumnya. Untuk mengecurkan anda lagi, Mina sediakan gambar 'close up' Sup Ayam Campur Kentang ini. Jika dah terliur tu, rajin-rajinkan diri untuk ke dapur dan meniru resipi ini. Semoga berhasil.