SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non-Muslim

                     Muhamad Faisal Ashaari

                             Pendahuluan

Mutakhir ini, hubungan antara Muslim dan non-Muslim telah
mendapat tempat dalam masyarakat Islam di Malaysia. Ini dapat
diperhatikan daripada pertambahan kecil bilangan fatwa yang yang
dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang berkaitan
dengan hubungan Muslim dan non-Muslim kira-kira sedekad yang
lalu. Jadual 1 di bawah menunjukkan tiga fatwa sahaja yang
menyentuh hubungan Muslim dan non-Muslim daripada 110 fatwa
yang dikeluarkan antara 1970 hingga 1999. Namun begitu, terdapat
pertambahan tujuh fatwa antara 2000 hingga 2009, daripada 114
fatwa yang telah dikeluarkan. Sungguhpun jumlah ini masih rendah,
pertambahan kecil bilangan fatwa yang menyentuh hubungan ini
boleh dianggap sebagai titik permulaan kepada kesediaan untuk
menangani hubungan dengan non-Muslim berdasarkan pandangan
Islam. Dalam pada itu, pertambahan bilangan fatwa ini bukanlah satu
bukti yang kukuh kepada usaha ini kerana ia turut melibatkan
beberapa faktor lain seperti kesedaran umat Islam, geo-politik dan
political will. Walau bagaimanapun, ia masih boleh dianggap sebagai
satu perkembangan yang positif berbanding sebelum 1990, seolah-
olah tiada permohonan rasmi untuk mendapatkan fatwa dalam isu-isu
ini.1 Sedangkan isu seperti hukum mengucapkan selamat hari raya

       1
        Majlis Fatwa Kebangsaan biasanya bersidang untuk menentukan sesuatu
hukum berdasarkan kepada permohonan seperti daripada Jabatan Mufti, Jabatan
Agama Negeri dan JAKIM.
2 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



kepada non-Muslim sempena hari raya mereka dan hukum kongsi
raya dan hukum memberikan zakat kepada non-Muslim untuk tujuan
dakwah merupakan antara isu penting yang menyentuh hubungan
Mulism dan non-Muslim. Secara tidak langsung, ia menggambarkan
dua kemungkinan iaitu sama ada masyarakat yang tidak mengambil
peduli di dalam isu ini atau pihak yang berwajib mengabaikan
kewajipan mereka.

                            Jadual 1
         Jumlah Fatwa Yang Berkaitan Dengan non-Muslim
                      Jumlah   Fatwa yang berkaitan
            Tahun                                     Peratus
                       Fatwa    dengan non-Muslim
          1971-1999    110              3               2.7%
          2000-2009    114              7               6.1%
          1971-2009    224             10               4.5%
      Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan.asp

     Pada asasnya, perbezaan agama dan etnik membawa kepada
perbezaan nilai dan budaya. Sekiranya perbezaan ini tidak dicermati
dengan baik, ia boleh membawa kepada pertembungan nilai dan boleh
membawa kepada perasaan tidak puas hati khususnya apabila
wujudnya jurang seperti di dalam bidang politik, ekonomi dan
pendidikan yang didominasi oleh sesuatu penganut agama dan etnik
sahaja. Sebagai contoh, peristiwa pertumpahan darah yang berlaku
pada 13 Mei 1969 di negara ini, antara lain berpunca daripada
perasaan tidak puas hati antara Melayu dan Cina yang dipercayai
disebabkan oleh jurang ekonomi dan beberapa isu politik yang lain
(Tunku Abdul Rahman, 2007; Kua Kia Soong, 2008). Persoalannya
ialah sejauhmanakah Islam diterima menjadi suatu nilai yang
universal kepada semua penduduk terutamanya dalam sebuah negara
Islam. Ini kerana hujah masyarakat majmuk seringkali dikemukakan
untuk mengenepikan pelaksanaan perundangan Islam lantaran ia
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 3




membawa nilai yang dianggap bertentangan dengan rasional dan hak
asasi manusia. Anis Malik Taha menegaskan bahawa masyarakat
pluralistik lebih cernderung menyokong dan mendokong sekularisme
(Anis Malik Taha, 2005).2 Dengan kata lain, mengasaskan sesuatu
peraturan dan dasar berdasarkan perkiraan dosa dan pahala dianggap
pemaksaan kepada penerimaan nilai dan ajaran agama yang sukar
diterima oleh masyarakat yang pluralistik. Mereka lebih selesa
sekiranya peraturan yang digubal atau apa-apa dasar yang
dilaksanakan berasaskan kepada rasional tanpa berdasarkan kepada
wahyu.
     Di dalam masyarakat yang pluralistik ini, Muslim mestilah
meletakkan dakwah sebagai asas di dalam hubungan dengan non-
Muslim iaitu mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan
kemungkaran. Segala tindakan dan keputusan mestilah berpaksikan
kepada usaha dakwah untuk memastikan Islam dapat memimpin
kehidupan manusia.

     Hubungan dengan non-Muslim dari perspektif Islam

Islam mengiktiraf non-Muslim sebagai penduduk yang perlu
dihormati dan dipelihara hak mereka. Malah terdapat hadis
menyebutkan bahawa seseorang yang menyakiti non-Muslim di
kalangan ahli al-zimmah seperti menyakiti Rasulullah S.A.W.
sendiri. 3 Islam sangat menitikberatkan persoalan keadilan dan

        2
            Menurut al-Attas, sekularism ialah “kedisinikinian” iaitu kehidupan
manusia yang hanya di dunia ini sahaja dan tiada kaitannya dengan dimensi
ketuhanan dan akhirat (al-Attas, 1995). Manakala menurut al-Qaradawi,
sekularisme membawa erti tiada agama dengan kata lain kehidupan yang tiada
kaitan dengan persoalan ketuhanan dan perkiraan dosa pahala (al-Qaradawi, 1997).
3
  Hadis ini diriwayatkan dengan beberapa lafaz, sebahagiannya dianggap lemah oleh
Ulama dan sebahagiannya lagi dianggap palsu. Tetapi dari sudut makna disokong
oleh hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (No. 3166) “Sesiapa yang membunuh
orang yang melakukan perjanjian (Kafir Mucahad), tidak mencium bau syurga”.
4 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



jaminan keamanan terhadap mereka kerana ia merupakan asas
kestabilan pemerintahan dalam sebuah negara dan sebagai wahana
dakwah kepada mereka. Sifat mereka sebagai bukan Islam bukanlah
merupakan lesen kepada mana-mana pihak untuk menindas dan
menzalimi mereka bahkan di dalam Islam, keadilan merupakan salah
satu makna hikmah yang diaplikasikan di dalam dakwah yang boleh
menawan hati mereka. Allah telah menegaskan bahawa kezaliman
yang dilakukan oleh sesetengah pihak bukanlah alasan untuk
meninggalkan keadilan malahan keadilan itu mendorong kepada
ketakwaan (Q, 5: 2). Pengiktirafan yang diberikan oleh Islam ialah
dari sudut kemanusiaan yang merangkumi kebebasan untuk bekerja,
memiliki tempat tinggal dan sebagainya termasuk kebebasan
beragama. Dalam pada itu, Islam hanya menghormati agama dan
kepercayaan mereka tetapi tidak mengiktiraf kebenaran agama dan
kepercayaan yang dibawa oleh mereka kerana Islam mengamalkan
konsep tauhid yang hanya menerima konsep keesaan Allah dan
kebenaran itu ialah mutlak, bukannya relatif sebagaimana yang
dipegang oleh kumpulan sekular dan liberal. Bagi Islam, tiada tuhan
yang layak disembah melainkan Allah dan tiada agama yang benar
melainkan Islam.
      Terdapat dua bentuk hubungan antara Muslim dan non-Muslim
iaitu yang berasaskan kepada perbezaan agama dan berasaskan
kepada perbezaan etnik. Pertama, kepelbagaian agama merupakan
natijah interaksi antara manusia dengan godaan syaitan, dorongan
nafsu dan tarikan terhadap dunia. Sejak syaitan diusir keluar daripada
syurga, ia telah bertekad dan berusaha berhempas pulas menyesatkan
anak Adam siang dan malam. Nafsu pula menjadi penggerak kepada
manusia untuk mencari kehidupan di atas muka bumi ini kerana
keinginan manusia yang tidak terbatas itu telah mendorongnya
bekerja dan berusaha membangunkan dunia. Oleh kerana sifat nafsu
itu liar dan tidak ingin dikongkong maka manusia selalunya menuruti
kemahuan nafsu melainkan mereka yang berjaya mengekang
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 5




nafsunya agar mematuhi perintah Allah. Manusia selalu terpesona
dengan dunia dan berasa kekal hidup di atas muka bumi. Sungguhpun
mereka mengetahui bahawa mati boleh menjemput mereka pada bila-
bila masa, tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang bersedia
sepenuhnya untuk mati dan kehidupan selepas mati.
     Kedua, kepelbagaian etnik merupakan suatu ketentuan ilahi
dengan hikmah tertentu, antara lainnya seperti yang disebut oleh
Allah ialah untuk saling berkenalan (Q, 49: 13). Kepelbagaian
membawa kepada perhubungan sesama mereka dan juga persaingan
di dalam merebut habuan dunia. Ia bukan suatu yang negatif malah
seperti kata Ibn Khaldun (1993), persaingan itu membawa manusia
mencapai tahap ketamadunan yang tinggi kerana keinginan manusia
itu sentiasa mencari keselesaan di dalam kehidupan. Bangsa bukanlah
suatu kelebihan tetapi ia suatu ketetapan kerana manusia tidak dapat
menentukan sebelum kelahiran apakah bangsanya nanti. Oleh sebab
itu, kemuliaan seseorang manusia di sisi Allah taala itu tidak terletak
pada bangsa tetapi apabila seseorang itu mempunyai hubungan yang
baik dengan Allah iaitu takwa. Justeru, kepelbagaian etnik merupakan
suatu rahmat dan menjadikan kehidupan manusia lebih indah dan
menarik.
      Di dalam menangani hubungan antara Muslim dan non-Muslim,
ia turut melibatkan hubungan di kalangan sesama etnik dan juga
dengan etnik yang berbeza. Walau apa pun bentuknya, ia persis antara
pendakwah dan sasaran dakwah. Ia tidak sekadar hubungan
kemasyarakatan yang kosong dan bernoktah di situ sahaja tetapi
hubungan ini perlu disulami dengan membawa mesej Islam kepada
mereka sama ada secara langsung atau pun tidak. Kegagalan orang
Islam menggalas peranan ini, merupakan kegagalan kepada usaha
dakwah. Ia merupakan instrumen penting untuk memastikan bahawa
semua manusia mendapat panduan kehidupan yang betul dan selamat
kehidupannya di dunia dan di akhirat.
6 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



                        Tuntutan dakwah

Pada asasnya dakwah merupakan tugas dan tanggungjawab semua
orang Islam secara fardu kifayah. Ini berdasarkan kepada ayat ke 124
di dalam Surah Ali cImran yang menyebutkan kemestian kewujudan
sekelompok kecil di kalangan orang Islam yang melaksanakan
kewajipan seruan kepada kebaikan dan menggalas tugas amar macruf
nahi mungkar (Zaydan, 1998; al-Bayanuni, 1999; Mustafa Mashhur,
1995). Kata kerja daca yang membawa maksud seruan, desakan,
panggilan dan sebagainya membawa konotasi mengadakan usaha
yang terancang dan lebih tersusun bagi mencapai matlamat dakwah
iaitu membawa kebenaran, menegakkan hujjah, menyelamatkan
manusia daripada kesesatan, membina peribadi yang baik (al-Wakil,
1986: 58; al-Bayanuni, 1998: 251). Usaha-usaha itu seperti
mengadakan program tertentu atau gerak kerja tertentu yang
mempunyai objektif dan matlamat dakwah yang lebih khusus yang
merupakan tanggungjawab semua orang Islam secara fardu kifayah.
Sebagai contoh, mengedarkan pamplet, mengadakan dialog,
menganjurkan majlis kemasyarakatan dan sebagainya.
     Dalam mengkonsepkan dakwah di dalam kehidupan seorang
Muslim, ia boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap fardu ain
dan tahap fardu kifayah. Di dalam tahap pertama, setiap individu
Islam berkewajipan menggunakan semua anggota badannya termasuk
harta atau apa jua yang dimilikinya berdasarkan panduan yang
digariskan oleh Islam. Setiap orang Islam tidak boleh mencuri,
berzina, menipu dan sebagainya. Komitmen seorang Muslim di dalam
perkara ini sebenarnya secara tidak langsung merupakan dakwah bil
hal iaitu dakwah menerusi contoh yang baik kepada orang bukan
Islam. Kelemahan ketara yang ada pada hari ini bukanlah disebabkan
pengabaian tanggungjawab dakwah tetapi lebih mendasar lagi apabila
orang Islam sudah lagi tidak komited dengan Islam. Menurut al-
Marhum Ismail al-Faruqi (1998), apabila orang Islam melaksanakan
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 7




Islam dengan sempurna, orang bukan Islam akan menerima kebaikan
Islam secara tidak langsung. Ini kerana Islam merupakan ajaran yang
dapat diterima oleh fitrah manusia, bukan menyusahkan manusia,
malah memandu kehidupan manusia ke arah yang lebih sempurna.
Oleh sebab itu, komitmen yang baik seorang Muslim terhadap Islam
merupakan salah suatu method dakwah kepada non-Muslim.
     Dalam pada itu, tugasan dakwah tidaklah hanya dengan
menunjukkan contoh yang baik sahaja, tetapi perlulah juga
dilaksanakan dengan perkataan kerana Rasulullah S.A.W. sendiri
telah menunjukkan contoh sedemikian. Baginda telah bertemu dengan
pemimpin Quraish ketika berada di Mekah dan pemuka Yahudi ketika
berada di Madinah. Walau bagaimanapun, ia merupakan
tanggungjawab yang akan terlepas sekiranya terdapat sebahagian
kecil atau sekelompok orang Islam yang melaksanakan tugasan ini.

       Dakwah di dalam multi agama dan multi etnik

Terdapat sekurang-kurangnya tiga pendekatan penting yang perlu
diaplikasikan untuk memastikan dakwah dapat mendasari hubungan
antara Muslim dan non-Muslim.

                             Keadilan

Keadilan merupakan salah satu prinsip perundangan Islam yang boleh
mendekatkan jurang antara Muslim dan non-Muslim. Sebelum non-
Muslim mendekati dan memahami Islam, mereka akan memerhatikan
imej, penampilan dan keadaan orang Islam. Sungguhpun ada orang
yang memeluk Islam disebabkan oleh kebaikan Islam tetapi ramai di
kalangan yang enggan mendekati Islam disebabkan oleh imej dan
tabiat buruk orang Islam itu sendiri. Keadilan di dalam pemerintahan
merupakan tarikan penting di dalam usaha dakwah seperti yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. Keadilan
8 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



bukanlah bererti persamaan tetapi ia adalah meletakkan sesuatu pada
tempatnya. Antara pengertian penting kepada keadilan ialah menjauhi
kezaliman dan penindasan yang boleh membangkitkan perasaan tidak
puas hati terhadap sesebuah pemerintahan Islam dan langsung akan
menyebabkan mereka berasa benci kepada Islam itu sendiri. Ini akan
membawa mereka jauh daripada mendekati Islam malah membenci
Islam. Keadilan ini meliputi soal peruntukan, polisi, kehakiman dan
sebagainya. Prinsip keadilan ini merentasi sempadan bangsa kerana
apa yang penting di sisi Allah ialah ketakwaan kepada Allah. Prinsip
asabiah yang dipegang oleh bangsa Arab iaitu prinsip
mempertahankan bangsa walaupun melakukan kesalahan telah
membawa kepada kehancuran akhlak mereka sehingga digelar
sebagai jahiliah. Sebagai seorang Muslim perlu mempertahankan
harta, keluarga, bangsa dan tanah air kerana itu adalah fitrah manusia
tetapi ia tidak boleh sehingga melakukan kezaliman terhadap orang
lain. al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.
pernah menyebut bahawa sekiranya Fatimah mencuri, baginda tetap
akan memotong tangan anaknya sekalipun Fatimah itu anaknya (No.
3475).

                          Menghormati hak

Perkataan tolarensi (al-samahah) seringkali diungkapkan dalam
menangani hubungan antara kaum. Ia merupakan perbendaharaan
kata yang baru bagi menggambarkan sikap keterbukaan dalam
masyarakat yang pluralistik. Di dalam Islam, sekiranya tolarensi
membawa maksud menghormati hak non-Muslim ia diterima.
Sebaliknya sekiranya ia membawa maksud mengiktiraf kebenaran
agama lain atau boleh menggadaikan prinsip Islam maka ia ditolak.
Oleh kerana maksud tolarensi itu sangat subjektif dan mudah
dimanipulasi sehingga boleh mengancam kedudukan Islam itu sendiri.
Semangat tolarensi yang dianjurkan oleh Islam bermaksud
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 9




menghormati kepercayaan agama dan kebebasan non-Muslim. Islam
tidak memaksa manusia memeluk Islam secara kekerasan kerana
paksaan itu hanya berjaya memaksa luaran manusia sahaja, tidak
kepada hati dan perasaan manusia sedangkan kepercayaan itu terletak
di dalam hati manusia. Untuk itu, Islam sangat mementingkan hujah,
dalil dan alasan kerana ia merupakan antara cara untuk memenangi
hati-hati manusia. Islam memperakui kepelbagaian agama yang
merupakan kerencaman yang Allah berikan kepada manusia dengan
tujuan untuk menguji manusia. Namun begitu, terdapat kelompok
yang menggunakan alasan tolarensi ini untuk bertolak ansur sehingga
mengabaikan ajaran Islam. Jelasnya, prinsip menghormati hak dan
tolarensi tidak boleh menjadi penghalang kepada usaha
menyampaikan dakwah. Apa yang penting, seruan Islam itu sampai
cuma dalam bentuk apa ia perlu disampaikan, maka hikmah seorang
pendakwahlah yang akan menentukan pendekatan yang sesuai.

                              Dialog

Teladan dakwah yang ditampilkan oleh para rasul terdahulu telah
menunjukkan dialog sebagai salah satu daripada metod penting di
dalam dakwah. Pendekatan dakwah bil hal sahaja tidak cukup tetapi
perlu diikuti juga dengan dialog yang boleh membawa kepada
pemahaman di dalam isu-isu agama dan boleh mengurangkan
prasangka. Apa yang penting menerusi dialog ini ialah memahami
agama dan budaya masyarakat sesuatu agama, dan mengetahui
pendirian agama dalam hal-hal tertentu (Kamar Oniah, 2006). Orang
Islam perlu menyebut tentang kebaikan Islam, cara Islam
menyelesaikan masalah, sejarah Islam dan sebagainya kerana ia dapat
mengaitkan manusia dengan ketuhanan. Dengan demikian itu, non-
Muslim akan faham tentang Islam. Sekurang-kurangnya mereka
diingatkan dengan persoalan ketuhanan yang menjadi salah satu teras
kepercayaan manusia. Apatah lagi dalam suasana masyarakat pada
10 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



hari ini yang didominasi oleh pemikiran sekular dan dikelabui dengan
modernity, dialog dan perbincangan mengenai agama akan
mengingatkan mereka tentang pencipta alam ini. Orang Islam perlu
bertegas tentang Islam dan mereka perlu menyebut tanpa rasa
merendah diri tentang ajaran Islam semasa berinteraksi dengan non-
Muslim. Lambat laun mereka akan memahami Islam dan menerima
Islam sebagai agama. Bagaimanakah mereka dapat menerima Islam,
sedangkan orang Islam sendiri tidak menjaja dan berbicara dengan
mereka perihal Islam. Bagi non-Muslim yang mempunyai latar
belakang agama, dialog merupakan medium yang baik untuk mereka
lebih memahami tentang Islam dan kita pula dapat tahu pendirian
mereka tentang Islam. Dialog bukanlah mesti dengan membongkar
rahsia keburukan dan kelemahan agama lain tetapi boleh juga dengan
menyebut tentang kelebihan dan kebaikan Islam itu sendiri. Orang
Islam tidak harus berasa gementar untuk berdialog kerana Islam
bukanlah agama yang berasaskan kepada imaginasi dan khayalan
tetapi ia boleh diterima oleh akal yang rasional.


                              Penutup

Dakwah merupakan kewajipan dan tanggungjawab semua orang
Islam. Semua pihak sama ada individu, badan bukan kerajaan dan
agensi kerajaan perlu bergandingan bagi memastikan dakwah Islam
dapat disampaikan kepada orang bukan Islam. Untuk itu, dakwah
perlu dijadikan sebagai dasar dalam menjalinkan hubungan antara
Muslim dan non-Muslim. Tiga pendekatan yang disebutkan di dalam
tulisan ini iaitu menerusi keadilan, menghormati hak non-Muslim dan
berdialog perlu diaplikasikan bagi memastikan kelangsungan dakwah
dapat mendasari dalam hubungan ini. Sekiranya kezaliman masih
berlaku, sikap perkauman yang sempit terus diamalkan, pencabulan
terhadap hak terus berleluasa, dan pintu dialog disukarkan maka misi
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 11




dakwah akan sukar dijalankan. Apakah mungkin selama ini
kekurangan bilangan non-Muslim memeluk Islam disebabkan
kurangnya penekanan tiga aspek yang dikemukakan itu dalam
berinteraksi dengan mereka? Atau orang Islam telah kehilangan rasa
hebat tentang Islam di dalam hati mereka. Mereka berasa rendah diri
dan enggan membawa dimensi agama ketika berinteraksi dengan non-
Muslim walhal Islam merupakan agama yang mengajak kepada
kebenaran, keadilan dan kesejahteraan. Ini adalah salah satu
manifestasi sekularisme di dalam pemikiran Muslim yang terhasil
daripada kehidupan di dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Tegasnya, orang Islam perlu menyematkan niat dan menanam tekad
di dalam kepala mereka untuk membawa misi dakwah di dalam
kehidupan masyarakat berbilang kaum. Tugas yang mencabar ini
memerlukan kepada persediaan yang tuntas dari sudut kefahaman dan
tindakan secara kolektif daripada semua pihak agar misi ini dapat
tercapai dengan baik dan sempurna.


                            Rujukan

Al-Quran.
Al-Attas, Syed Nuqaib. 1995. Prolegomena to the Metaphysic of
       Islam: An expoisition of the Fundamental elements of the
       Worldview of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC.
al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fath. 1999. al-Madkhal ila cilm al-
       dacwah. Bayrut: Muasssat al-Risalah.
Al-Faruqi, Ismail. 1998. Islam and Other Faiths. Leicester: The
Islamic Foundation.
Kamar Oniah Kamaruzzaman. 2006. Responding to humanitarian
       crisis through interfaith dialouge. Kertas kerja yang
       dibentangkan pada 13-14 Jun di Kuala Lumpur anjuran UUM.
12 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
      Hal    Ehwal     Agama      Islam.   2009.     http://www.e-
      fatwa.gov.my/jakim/keputusan.asp
Kua Kia Soong. 2008. 13 Mei: Dokumen-dokumen Deklasifikasi
      Tentang Rusuhan 1969 Malaysia. Penang: Suaram.
Mustafa Mashhur. 1995. Min Fiqh al-Dacwah. al-Qahirah: Dar al-
      Tawzic wa al-Nashr al-Islamiyyah.
Al-Qaradawi, Yusuf. 1997. Al-Islam wa al-cilmaniyyah: Wajhan li
      wajhin. Al-Qahirah: Maktabah Wahbah.
Tunku Abdul Rahman. 2007. 13 Mei: Sebelum dan selepas. Kuala
      Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Al-Wakil, Muhammad al-Sayyid. 1986. Usus al-Dacwah wa Adab al-
      Ducah. Al-Mansurah: Dar al-Wafa’.
Zaydan, cAbd al-Karim. 1996. Usul al-dacwah. Bayrut: Muassat al-
      Risalah.

Contenu connexe

Tendances

PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABSiti Nurhaishah Mohd Rani
 
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTABKHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTABanafarzana30
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHanuar2u
 
Pengertian jahiliyah
Pengertian jahiliyah Pengertian jahiliyah
Pengertian jahiliyah ATIEYSMKSP
 
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahNur Zaki
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quranWan Syafawati
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah
 
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi TalibKhalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talibamiraaa96
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNAanuar2u
 
Usuluddin metod pendokumentasian al quran
Usuluddin metod pendokumentasian al quranUsuluddin metod pendokumentasian al quran
Usuluddin metod pendokumentasian al quranAliahNadhirah1
 
Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09arizal
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahfiro HAR
 
Kewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahKewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahikaasanii
 
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahmzaidin
 

Tendances (20)

Hadis Dhaif
Hadis DhaifHadis Dhaif
Hadis Dhaif
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTABKHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
 
AA101 - Konsep Akidah
AA101 - Konsep AkidahAA101 - Konsep Akidah
AA101 - Konsep Akidah
 
TAFSIR SURAH JUMUAH
TAFSIR SURAH JUMUAH TAFSIR SURAH JUMUAH
TAFSIR SURAH JUMUAH
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
 
Pengertian jahiliyah
Pengertian jahiliyah Pengertian jahiliyah
Pengertian jahiliyah
 
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi TalibKhalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
 
Definisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalamDefinisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalam
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
 
Manual kerja kursus syariah
Manual kerja kursus syariahManual kerja kursus syariah
Manual kerja kursus syariah
 
Usuluddin metod pendokumentasian al quran
Usuluddin metod pendokumentasian al quranUsuluddin metod pendokumentasian al quran
Usuluddin metod pendokumentasian al quran
 
Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
 
Kewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahKewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullah
 
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
 

Similaire à Dakwah asas hubungan non muslim

Ctu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslimCtu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslimRahila Sulung
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)redwanyasin86
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)redwanyasin86
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysia
Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysiaIslam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysia
Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysiaJoana Bain
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTang Hiang
 
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdfBAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduanRosli Dol Haji
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxabelgxx
 
Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2vincentraj74
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuDhea Ct
 
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikBab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikFarid Hasan
 
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKHUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKaienaanaina
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.razakghani97
 

Similaire à Dakwah asas hubungan non muslim (20)

Ctu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslimCtu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslim
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
1
11
1
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysia
Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysiaIslam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysia
Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysia
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
 
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdfBAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
 
Sistem muamalah islam
Sistem muamalah islamSistem muamalah islam
Sistem muamalah islam
 
Syimah Punyer
Syimah PunyerSyimah Punyer
Syimah Punyer
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
 
Titas 3
Titas 3Titas 3
Titas 3
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
 
Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikBab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnik
 
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKHUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.
 

Dakwah asas hubungan non muslim

  • 1. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non-Muslim Muhamad Faisal Ashaari Pendahuluan Mutakhir ini, hubungan antara Muslim dan non-Muslim telah mendapat tempat dalam masyarakat Islam di Malaysia. Ini dapat diperhatikan daripada pertambahan kecil bilangan fatwa yang yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang berkaitan dengan hubungan Muslim dan non-Muslim kira-kira sedekad yang lalu. Jadual 1 di bawah menunjukkan tiga fatwa sahaja yang menyentuh hubungan Muslim dan non-Muslim daripada 110 fatwa yang dikeluarkan antara 1970 hingga 1999. Namun begitu, terdapat pertambahan tujuh fatwa antara 2000 hingga 2009, daripada 114 fatwa yang telah dikeluarkan. Sungguhpun jumlah ini masih rendah, pertambahan kecil bilangan fatwa yang menyentuh hubungan ini boleh dianggap sebagai titik permulaan kepada kesediaan untuk menangani hubungan dengan non-Muslim berdasarkan pandangan Islam. Dalam pada itu, pertambahan bilangan fatwa ini bukanlah satu bukti yang kukuh kepada usaha ini kerana ia turut melibatkan beberapa faktor lain seperti kesedaran umat Islam, geo-politik dan political will. Walau bagaimanapun, ia masih boleh dianggap sebagai satu perkembangan yang positif berbanding sebelum 1990, seolah- olah tiada permohonan rasmi untuk mendapatkan fatwa dalam isu-isu ini.1 Sedangkan isu seperti hukum mengucapkan selamat hari raya 1 Majlis Fatwa Kebangsaan biasanya bersidang untuk menentukan sesuatu hukum berdasarkan kepada permohonan seperti daripada Jabatan Mufti, Jabatan Agama Negeri dan JAKIM.
  • 2. 2 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim kepada non-Muslim sempena hari raya mereka dan hukum kongsi raya dan hukum memberikan zakat kepada non-Muslim untuk tujuan dakwah merupakan antara isu penting yang menyentuh hubungan Mulism dan non-Muslim. Secara tidak langsung, ia menggambarkan dua kemungkinan iaitu sama ada masyarakat yang tidak mengambil peduli di dalam isu ini atau pihak yang berwajib mengabaikan kewajipan mereka. Jadual 1 Jumlah Fatwa Yang Berkaitan Dengan non-Muslim Jumlah Fatwa yang berkaitan Tahun Peratus Fatwa dengan non-Muslim 1971-1999 110 3 2.7% 2000-2009 114 7 6.1% 1971-2009 224 10 4.5% Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan.asp Pada asasnya, perbezaan agama dan etnik membawa kepada perbezaan nilai dan budaya. Sekiranya perbezaan ini tidak dicermati dengan baik, ia boleh membawa kepada pertembungan nilai dan boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati khususnya apabila wujudnya jurang seperti di dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan yang didominasi oleh sesuatu penganut agama dan etnik sahaja. Sebagai contoh, peristiwa pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 di negara ini, antara lain berpunca daripada perasaan tidak puas hati antara Melayu dan Cina yang dipercayai disebabkan oleh jurang ekonomi dan beberapa isu politik yang lain (Tunku Abdul Rahman, 2007; Kua Kia Soong, 2008). Persoalannya ialah sejauhmanakah Islam diterima menjadi suatu nilai yang universal kepada semua penduduk terutamanya dalam sebuah negara Islam. Ini kerana hujah masyarakat majmuk seringkali dikemukakan untuk mengenepikan pelaksanaan perundangan Islam lantaran ia
  • 3. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 3 membawa nilai yang dianggap bertentangan dengan rasional dan hak asasi manusia. Anis Malik Taha menegaskan bahawa masyarakat pluralistik lebih cernderung menyokong dan mendokong sekularisme (Anis Malik Taha, 2005).2 Dengan kata lain, mengasaskan sesuatu peraturan dan dasar berdasarkan perkiraan dosa dan pahala dianggap pemaksaan kepada penerimaan nilai dan ajaran agama yang sukar diterima oleh masyarakat yang pluralistik. Mereka lebih selesa sekiranya peraturan yang digubal atau apa-apa dasar yang dilaksanakan berasaskan kepada rasional tanpa berdasarkan kepada wahyu. Di dalam masyarakat yang pluralistik ini, Muslim mestilah meletakkan dakwah sebagai asas di dalam hubungan dengan non- Muslim iaitu mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Segala tindakan dan keputusan mestilah berpaksikan kepada usaha dakwah untuk memastikan Islam dapat memimpin kehidupan manusia. Hubungan dengan non-Muslim dari perspektif Islam Islam mengiktiraf non-Muslim sebagai penduduk yang perlu dihormati dan dipelihara hak mereka. Malah terdapat hadis menyebutkan bahawa seseorang yang menyakiti non-Muslim di kalangan ahli al-zimmah seperti menyakiti Rasulullah S.A.W. sendiri. 3 Islam sangat menitikberatkan persoalan keadilan dan 2 Menurut al-Attas, sekularism ialah “kedisinikinian” iaitu kehidupan manusia yang hanya di dunia ini sahaja dan tiada kaitannya dengan dimensi ketuhanan dan akhirat (al-Attas, 1995). Manakala menurut al-Qaradawi, sekularisme membawa erti tiada agama dengan kata lain kehidupan yang tiada kaitan dengan persoalan ketuhanan dan perkiraan dosa pahala (al-Qaradawi, 1997). 3 Hadis ini diriwayatkan dengan beberapa lafaz, sebahagiannya dianggap lemah oleh Ulama dan sebahagiannya lagi dianggap palsu. Tetapi dari sudut makna disokong oleh hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (No. 3166) “Sesiapa yang membunuh orang yang melakukan perjanjian (Kafir Mucahad), tidak mencium bau syurga”.
  • 4. 4 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim jaminan keamanan terhadap mereka kerana ia merupakan asas kestabilan pemerintahan dalam sebuah negara dan sebagai wahana dakwah kepada mereka. Sifat mereka sebagai bukan Islam bukanlah merupakan lesen kepada mana-mana pihak untuk menindas dan menzalimi mereka bahkan di dalam Islam, keadilan merupakan salah satu makna hikmah yang diaplikasikan di dalam dakwah yang boleh menawan hati mereka. Allah telah menegaskan bahawa kezaliman yang dilakukan oleh sesetengah pihak bukanlah alasan untuk meninggalkan keadilan malahan keadilan itu mendorong kepada ketakwaan (Q, 5: 2). Pengiktirafan yang diberikan oleh Islam ialah dari sudut kemanusiaan yang merangkumi kebebasan untuk bekerja, memiliki tempat tinggal dan sebagainya termasuk kebebasan beragama. Dalam pada itu, Islam hanya menghormati agama dan kepercayaan mereka tetapi tidak mengiktiraf kebenaran agama dan kepercayaan yang dibawa oleh mereka kerana Islam mengamalkan konsep tauhid yang hanya menerima konsep keesaan Allah dan kebenaran itu ialah mutlak, bukannya relatif sebagaimana yang dipegang oleh kumpulan sekular dan liberal. Bagi Islam, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan tiada agama yang benar melainkan Islam. Terdapat dua bentuk hubungan antara Muslim dan non-Muslim iaitu yang berasaskan kepada perbezaan agama dan berasaskan kepada perbezaan etnik. Pertama, kepelbagaian agama merupakan natijah interaksi antara manusia dengan godaan syaitan, dorongan nafsu dan tarikan terhadap dunia. Sejak syaitan diusir keluar daripada syurga, ia telah bertekad dan berusaha berhempas pulas menyesatkan anak Adam siang dan malam. Nafsu pula menjadi penggerak kepada manusia untuk mencari kehidupan di atas muka bumi ini kerana keinginan manusia yang tidak terbatas itu telah mendorongnya bekerja dan berusaha membangunkan dunia. Oleh kerana sifat nafsu itu liar dan tidak ingin dikongkong maka manusia selalunya menuruti kemahuan nafsu melainkan mereka yang berjaya mengekang
  • 5. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 5 nafsunya agar mematuhi perintah Allah. Manusia selalu terpesona dengan dunia dan berasa kekal hidup di atas muka bumi. Sungguhpun mereka mengetahui bahawa mati boleh menjemput mereka pada bila- bila masa, tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang bersedia sepenuhnya untuk mati dan kehidupan selepas mati. Kedua, kepelbagaian etnik merupakan suatu ketentuan ilahi dengan hikmah tertentu, antara lainnya seperti yang disebut oleh Allah ialah untuk saling berkenalan (Q, 49: 13). Kepelbagaian membawa kepada perhubungan sesama mereka dan juga persaingan di dalam merebut habuan dunia. Ia bukan suatu yang negatif malah seperti kata Ibn Khaldun (1993), persaingan itu membawa manusia mencapai tahap ketamadunan yang tinggi kerana keinginan manusia itu sentiasa mencari keselesaan di dalam kehidupan. Bangsa bukanlah suatu kelebihan tetapi ia suatu ketetapan kerana manusia tidak dapat menentukan sebelum kelahiran apakah bangsanya nanti. Oleh sebab itu, kemuliaan seseorang manusia di sisi Allah taala itu tidak terletak pada bangsa tetapi apabila seseorang itu mempunyai hubungan yang baik dengan Allah iaitu takwa. Justeru, kepelbagaian etnik merupakan suatu rahmat dan menjadikan kehidupan manusia lebih indah dan menarik. Di dalam menangani hubungan antara Muslim dan non-Muslim, ia turut melibatkan hubungan di kalangan sesama etnik dan juga dengan etnik yang berbeza. Walau apa pun bentuknya, ia persis antara pendakwah dan sasaran dakwah. Ia tidak sekadar hubungan kemasyarakatan yang kosong dan bernoktah di situ sahaja tetapi hubungan ini perlu disulami dengan membawa mesej Islam kepada mereka sama ada secara langsung atau pun tidak. Kegagalan orang Islam menggalas peranan ini, merupakan kegagalan kepada usaha dakwah. Ia merupakan instrumen penting untuk memastikan bahawa semua manusia mendapat panduan kehidupan yang betul dan selamat kehidupannya di dunia dan di akhirat.
  • 6. 6 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim Tuntutan dakwah Pada asasnya dakwah merupakan tugas dan tanggungjawab semua orang Islam secara fardu kifayah. Ini berdasarkan kepada ayat ke 124 di dalam Surah Ali cImran yang menyebutkan kemestian kewujudan sekelompok kecil di kalangan orang Islam yang melaksanakan kewajipan seruan kepada kebaikan dan menggalas tugas amar macruf nahi mungkar (Zaydan, 1998; al-Bayanuni, 1999; Mustafa Mashhur, 1995). Kata kerja daca yang membawa maksud seruan, desakan, panggilan dan sebagainya membawa konotasi mengadakan usaha yang terancang dan lebih tersusun bagi mencapai matlamat dakwah iaitu membawa kebenaran, menegakkan hujjah, menyelamatkan manusia daripada kesesatan, membina peribadi yang baik (al-Wakil, 1986: 58; al-Bayanuni, 1998: 251). Usaha-usaha itu seperti mengadakan program tertentu atau gerak kerja tertentu yang mempunyai objektif dan matlamat dakwah yang lebih khusus yang merupakan tanggungjawab semua orang Islam secara fardu kifayah. Sebagai contoh, mengedarkan pamplet, mengadakan dialog, menganjurkan majlis kemasyarakatan dan sebagainya. Dalam mengkonsepkan dakwah di dalam kehidupan seorang Muslim, ia boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap fardu ain dan tahap fardu kifayah. Di dalam tahap pertama, setiap individu Islam berkewajipan menggunakan semua anggota badannya termasuk harta atau apa jua yang dimilikinya berdasarkan panduan yang digariskan oleh Islam. Setiap orang Islam tidak boleh mencuri, berzina, menipu dan sebagainya. Komitmen seorang Muslim di dalam perkara ini sebenarnya secara tidak langsung merupakan dakwah bil hal iaitu dakwah menerusi contoh yang baik kepada orang bukan Islam. Kelemahan ketara yang ada pada hari ini bukanlah disebabkan pengabaian tanggungjawab dakwah tetapi lebih mendasar lagi apabila orang Islam sudah lagi tidak komited dengan Islam. Menurut al- Marhum Ismail al-Faruqi (1998), apabila orang Islam melaksanakan
  • 7. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 7 Islam dengan sempurna, orang bukan Islam akan menerima kebaikan Islam secara tidak langsung. Ini kerana Islam merupakan ajaran yang dapat diterima oleh fitrah manusia, bukan menyusahkan manusia, malah memandu kehidupan manusia ke arah yang lebih sempurna. Oleh sebab itu, komitmen yang baik seorang Muslim terhadap Islam merupakan salah suatu method dakwah kepada non-Muslim. Dalam pada itu, tugasan dakwah tidaklah hanya dengan menunjukkan contoh yang baik sahaja, tetapi perlulah juga dilaksanakan dengan perkataan kerana Rasulullah S.A.W. sendiri telah menunjukkan contoh sedemikian. Baginda telah bertemu dengan pemimpin Quraish ketika berada di Mekah dan pemuka Yahudi ketika berada di Madinah. Walau bagaimanapun, ia merupakan tanggungjawab yang akan terlepas sekiranya terdapat sebahagian kecil atau sekelompok orang Islam yang melaksanakan tugasan ini. Dakwah di dalam multi agama dan multi etnik Terdapat sekurang-kurangnya tiga pendekatan penting yang perlu diaplikasikan untuk memastikan dakwah dapat mendasari hubungan antara Muslim dan non-Muslim. Keadilan Keadilan merupakan salah satu prinsip perundangan Islam yang boleh mendekatkan jurang antara Muslim dan non-Muslim. Sebelum non- Muslim mendekati dan memahami Islam, mereka akan memerhatikan imej, penampilan dan keadaan orang Islam. Sungguhpun ada orang yang memeluk Islam disebabkan oleh kebaikan Islam tetapi ramai di kalangan yang enggan mendekati Islam disebabkan oleh imej dan tabiat buruk orang Islam itu sendiri. Keadilan di dalam pemerintahan merupakan tarikan penting di dalam usaha dakwah seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. Keadilan
  • 8. 8 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim bukanlah bererti persamaan tetapi ia adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Antara pengertian penting kepada keadilan ialah menjauhi kezaliman dan penindasan yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap sesebuah pemerintahan Islam dan langsung akan menyebabkan mereka berasa benci kepada Islam itu sendiri. Ini akan membawa mereka jauh daripada mendekati Islam malah membenci Islam. Keadilan ini meliputi soal peruntukan, polisi, kehakiman dan sebagainya. Prinsip keadilan ini merentasi sempadan bangsa kerana apa yang penting di sisi Allah ialah ketakwaan kepada Allah. Prinsip asabiah yang dipegang oleh bangsa Arab iaitu prinsip mempertahankan bangsa walaupun melakukan kesalahan telah membawa kepada kehancuran akhlak mereka sehingga digelar sebagai jahiliah. Sebagai seorang Muslim perlu mempertahankan harta, keluarga, bangsa dan tanah air kerana itu adalah fitrah manusia tetapi ia tidak boleh sehingga melakukan kezaliman terhadap orang lain. al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah menyebut bahawa sekiranya Fatimah mencuri, baginda tetap akan memotong tangan anaknya sekalipun Fatimah itu anaknya (No. 3475). Menghormati hak Perkataan tolarensi (al-samahah) seringkali diungkapkan dalam menangani hubungan antara kaum. Ia merupakan perbendaharaan kata yang baru bagi menggambarkan sikap keterbukaan dalam masyarakat yang pluralistik. Di dalam Islam, sekiranya tolarensi membawa maksud menghormati hak non-Muslim ia diterima. Sebaliknya sekiranya ia membawa maksud mengiktiraf kebenaran agama lain atau boleh menggadaikan prinsip Islam maka ia ditolak. Oleh kerana maksud tolarensi itu sangat subjektif dan mudah dimanipulasi sehingga boleh mengancam kedudukan Islam itu sendiri. Semangat tolarensi yang dianjurkan oleh Islam bermaksud
  • 9. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 9 menghormati kepercayaan agama dan kebebasan non-Muslim. Islam tidak memaksa manusia memeluk Islam secara kekerasan kerana paksaan itu hanya berjaya memaksa luaran manusia sahaja, tidak kepada hati dan perasaan manusia sedangkan kepercayaan itu terletak di dalam hati manusia. Untuk itu, Islam sangat mementingkan hujah, dalil dan alasan kerana ia merupakan antara cara untuk memenangi hati-hati manusia. Islam memperakui kepelbagaian agama yang merupakan kerencaman yang Allah berikan kepada manusia dengan tujuan untuk menguji manusia. Namun begitu, terdapat kelompok yang menggunakan alasan tolarensi ini untuk bertolak ansur sehingga mengabaikan ajaran Islam. Jelasnya, prinsip menghormati hak dan tolarensi tidak boleh menjadi penghalang kepada usaha menyampaikan dakwah. Apa yang penting, seruan Islam itu sampai cuma dalam bentuk apa ia perlu disampaikan, maka hikmah seorang pendakwahlah yang akan menentukan pendekatan yang sesuai. Dialog Teladan dakwah yang ditampilkan oleh para rasul terdahulu telah menunjukkan dialog sebagai salah satu daripada metod penting di dalam dakwah. Pendekatan dakwah bil hal sahaja tidak cukup tetapi perlu diikuti juga dengan dialog yang boleh membawa kepada pemahaman di dalam isu-isu agama dan boleh mengurangkan prasangka. Apa yang penting menerusi dialog ini ialah memahami agama dan budaya masyarakat sesuatu agama, dan mengetahui pendirian agama dalam hal-hal tertentu (Kamar Oniah, 2006). Orang Islam perlu menyebut tentang kebaikan Islam, cara Islam menyelesaikan masalah, sejarah Islam dan sebagainya kerana ia dapat mengaitkan manusia dengan ketuhanan. Dengan demikian itu, non- Muslim akan faham tentang Islam. Sekurang-kurangnya mereka diingatkan dengan persoalan ketuhanan yang menjadi salah satu teras kepercayaan manusia. Apatah lagi dalam suasana masyarakat pada
  • 10. 10 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim hari ini yang didominasi oleh pemikiran sekular dan dikelabui dengan modernity, dialog dan perbincangan mengenai agama akan mengingatkan mereka tentang pencipta alam ini. Orang Islam perlu bertegas tentang Islam dan mereka perlu menyebut tanpa rasa merendah diri tentang ajaran Islam semasa berinteraksi dengan non- Muslim. Lambat laun mereka akan memahami Islam dan menerima Islam sebagai agama. Bagaimanakah mereka dapat menerima Islam, sedangkan orang Islam sendiri tidak menjaja dan berbicara dengan mereka perihal Islam. Bagi non-Muslim yang mempunyai latar belakang agama, dialog merupakan medium yang baik untuk mereka lebih memahami tentang Islam dan kita pula dapat tahu pendirian mereka tentang Islam. Dialog bukanlah mesti dengan membongkar rahsia keburukan dan kelemahan agama lain tetapi boleh juga dengan menyebut tentang kelebihan dan kebaikan Islam itu sendiri. Orang Islam tidak harus berasa gementar untuk berdialog kerana Islam bukanlah agama yang berasaskan kepada imaginasi dan khayalan tetapi ia boleh diterima oleh akal yang rasional. Penutup Dakwah merupakan kewajipan dan tanggungjawab semua orang Islam. Semua pihak sama ada individu, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan perlu bergandingan bagi memastikan dakwah Islam dapat disampaikan kepada orang bukan Islam. Untuk itu, dakwah perlu dijadikan sebagai dasar dalam menjalinkan hubungan antara Muslim dan non-Muslim. Tiga pendekatan yang disebutkan di dalam tulisan ini iaitu menerusi keadilan, menghormati hak non-Muslim dan berdialog perlu diaplikasikan bagi memastikan kelangsungan dakwah dapat mendasari dalam hubungan ini. Sekiranya kezaliman masih berlaku, sikap perkauman yang sempit terus diamalkan, pencabulan terhadap hak terus berleluasa, dan pintu dialog disukarkan maka misi
  • 11. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 11 dakwah akan sukar dijalankan. Apakah mungkin selama ini kekurangan bilangan non-Muslim memeluk Islam disebabkan kurangnya penekanan tiga aspek yang dikemukakan itu dalam berinteraksi dengan mereka? Atau orang Islam telah kehilangan rasa hebat tentang Islam di dalam hati mereka. Mereka berasa rendah diri dan enggan membawa dimensi agama ketika berinteraksi dengan non- Muslim walhal Islam merupakan agama yang mengajak kepada kebenaran, keadilan dan kesejahteraan. Ini adalah salah satu manifestasi sekularisme di dalam pemikiran Muslim yang terhasil daripada kehidupan di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Tegasnya, orang Islam perlu menyematkan niat dan menanam tekad di dalam kepala mereka untuk membawa misi dakwah di dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum. Tugas yang mencabar ini memerlukan kepada persediaan yang tuntas dari sudut kefahaman dan tindakan secara kolektif daripada semua pihak agar misi ini dapat tercapai dengan baik dan sempurna. Rujukan Al-Quran. Al-Attas, Syed Nuqaib. 1995. Prolegomena to the Metaphysic of Islam: An expoisition of the Fundamental elements of the Worldview of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC. al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fath. 1999. al-Madkhal ila cilm al- dacwah. Bayrut: Muasssat al-Risalah. Al-Faruqi, Ismail. 1998. Islam and Other Faiths. Leicester: The Islamic Foundation. Kamar Oniah Kamaruzzaman. 2006. Responding to humanitarian crisis through interfaith dialouge. Kertas kerja yang dibentangkan pada 13-14 Jun di Kuala Lumpur anjuran UUM.
  • 12. 12 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. 2009. http://www.e- fatwa.gov.my/jakim/keputusan.asp Kua Kia Soong. 2008. 13 Mei: Dokumen-dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia. Penang: Suaram. Mustafa Mashhur. 1995. Min Fiqh al-Dacwah. al-Qahirah: Dar al- Tawzic wa al-Nashr al-Islamiyyah. Al-Qaradawi, Yusuf. 1997. Al-Islam wa al-cilmaniyyah: Wajhan li wajhin. Al-Qahirah: Maktabah Wahbah. Tunku Abdul Rahman. 2007. 13 Mei: Sebelum dan selepas. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Al-Wakil, Muhammad al-Sayyid. 1986. Usus al-Dacwah wa Adab al- Ducah. Al-Mansurah: Dar al-Wafa’. Zaydan, cAbd al-Karim. 1996. Usul al-dacwah. Bayrut: Muassat al- Risalah.