SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  46
Télécharger pour lire hors ligne
ISDINSTRUMEN SENARAI SEMAK
DISLEKSIA
MANUAL
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Cetakan Kedua 2011
KANDUNGAN
Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Khas) 	 ix
Penghargaan	 x
BAB 	 PERKARA	 HALAMAN
BAB 1	 PENGENALAN 	 1
	 Pengenalan 	 2
	 Apa Itu Disleksia?	 3
	 Murid Disleksia Kementerian Pelajaran Malaysia	 4
BAB 2 	 INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD)	 5
	 Apa itu ISD?	 7
	 Mengapa ISD Diperkenalkan 	 7
	 Apakah kandungan ISD?	 8
BAB 3	 BAGAIMANA MENGOPERASI ISD?	 9
	 Pengoperasian ISD	 11
	 Pencalonan 	 11
	 Perumusan 	 11
	 Pelaporan 	 12
	 Pengesahan Pengamal Perubatan 	 12
	 Ilustrasi pentaksiran ISD	 13
	
BAB 4	 BAGAIMANA MENTADBIR ISD?	 15
	 Pengenalan	 17
	 Bahagian A 	 17
Bahagian B	 17
	
	 BAGAIMANA MENTADBIR BAHAGIAN A	 17
	 Nama Murid 	 17
	 Jantina 	 18
	 Status Murid 	 18
	 Tahun Persekolahan 	 18
	 Keturunan 	 18
	 Kedatangan Sekolah 	 18
	 Pencapaian Akademik 	 19
	 Nama Sekolah	 19
	 Lokasi Sekolah 	 19
	 Negeri 	 19
	 Daerah 	 19
	 Nama Guru Bahasa Melayu atau Guru Penilai 	 20
	 Tarikh 	 20
	 Tanda Tangan Guru Bahasa Melayu atau Guru Penilai 	20
	
	 BAGAIMANA MENTADBIR B 	 20
	 Elemen 1 : Tahap penguasaan Kemahiran mengeja,	 20
	 membaca dan menulis 	
	 Kemahiran Mengeja 	 20
	 Mengeja Perkataan Mudah
	 Mengeja Perkataan Tidak 	 21
	 Sebagaimana Yang Dikehendaki 		
	 Menyusun Abjad Tidak Mengikut 	 22
	 Ejaan Dalam Perkataan Sebagaimana Yang Sepatutnya
Kesilapan Meletakkan Suku kata Dalam Perkataan 	 22
	 Tidak Boleh atau Keliru dalam Membezakan 	 23
	 Bunyi Abjad Yang Hampir Sama Yang Terdapat
	 Dalam Suku Kata
	 Kemahiran Membaca 	 24
	 Membaca Ayat Tanpa Menghiraukan	 24
	 Tanda Baca Yang Ada 		
	 Tidak Boleh Membaca Perkataan Yang Mengandungi 	24
		 Vokal Berganding 	 24
		 Diftong	 24
		 Diagraf / Konsonan Berganding 	 24
	 Kemahiran Menulis 	 25
	 Elemen 2 : Kekuatan Murid	 28
	 Elemen 3: Kelemahan yang Ditunjukkan	 31
BAB 5	 PENSKORAN ISD	 35
	 Skor 	 37
	 Merumus Skor 	 37
	 Interpretasi Elemen	 38
	 Elemen 1 : Persepsi Tahap Penguasan Kemahiran 	 38
	 Mengeja, Membaca dan Menulis
	 Elemen 2 : Persepsi Terhadap Kebolehan Murid 	 38
	 Elemen 3 : Ciri-Ciri Spesifik Yang Ada Pada Murid 	 38
KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN
Bismilahhirahmanirahim
Saya berasa amat bangga dan bersyukur atas kejayaan penerbitan
Manual Instrumen Senarai Semak (ISD) ini. Manual ISD ini diterbitkan
seiring dengan Instrumen Senarai Semak Disleksia bagi menentukan
kebarangkalian murid mengalami masalah pembelajaran disleksia.
ISD merupakan satu instrumen yang dapat menentukan kebarang-
kalian murid mengalami masalah pembelajaran disleksia. Manual ini
diterbitkan bagi tujuan membantu guru-guru bahasa khususnya guru
bahasa Melayu dan disleksia mengendalikan ISD di sekolah mereka
dengan berkesan. Seterusnya manual ini dapat memandu guru-guru
bahasa dan disleksia memahami kandungan ISD supaya maklumat
yang diisi dapat mengambarkan keadaan sebenar seseorang murid.
Dengan terhasilnya Manual ini juga akan dapat membantu guru-
guru bahasa menggunakan instumen ini secara lebih terselaras dan
seterusnya dapat turut membantu guru-guru disleksia menentukan
kebarangkalian murid mengalami masalah pembelajaran disleksia.
Justeru, proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksana terha-
dap mereka. Program pendidikan murid-murid yang mengalami ma-
salah pembelajaran disleksia adalah menjadi tanggungjawab guru-
guru disleksia.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua pendidik yang terlibat
memastikan setiap murid yang berada dalam sistem pendidikan hari
ini kompeten bagi menghadapi segala cabaran dalam era globalisasi.
MOHD NORDIN BIN AWANG MAT
PENGENALAN
Jabatan Pendidikan Khas khususnya urusetia Manual ISD merakam-
kan perghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk sehingga Instrumen
dan manual ini dapat disajikan dalam bentuk yang ada ini. Perhar-
gaan dan ucapan terima kasih ditujukan khas kepada:
1.	 Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pen-
didikan Malaysia.
2.	 Ketua-ketua Unit Pendidikan Khas, Pegawai-pegawai Pemulihan
Khas Jabatan Pendidikan Negeri dan Guru-guru Disleksia.
3.	 Pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
4.	 Khidmat Kepakaran daripada Universiti Sains Malaysia, Pusat
Pengajian Perubatan, Kubang Kerian.
5.	 Khidmat Kepakaran daripada Hospital Besar Kuala Lumpur dan
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
6.	 Khidmat Kepakaran daripada Universiti Putra Malaysia dan Uni-
versiti Kebangsaan Malaysia.
7.	 Khidmat Kepakaran daripada Pensyarah-pensyarah, Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
8.	 Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan.
9.	 Mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam membangunkan intrumen dan manual ini.
Sesungguhnya hanya ALLAH yang dapat membalas jasa dan sum-
bangan tuan/puan, InsyaAllah.
BAB 1
PENGENALAN
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
2
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
3
PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan
pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran dan murid
pemulihan khas. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran
di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
seperti yang berikut:-
	 Sindrom Down
	 Autisme ringan
	 Attention Deficit Hyperactive Disorder
	 Terencat akal minimum
	 Bermasalah pembelajaran specifik (contoh:Disleksia)
APA ITU DISLEKSIA?
Perkataan “disleksia” adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu
“dys” bermaksud “kesukaran” dan “lexia” bermaksud “perkataan”.
Disleksia jika diterjemahkan secara terus bermaksud “kesukaran
dengan perkataan bertulis”. Selain daripada disleksia istilah lain yang
telah digunakan bagi kesukaran ini adalah “buta huruf”. Definisi disle-
ksia ialah “kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai
kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan yang
mencukupi”.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
4
MURID DISLEKSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Disleksia dikaitkan dengan kesukaran membaca dan menulis.
Lazimnya murid-murid dalam kategori ini adalah terdiri daripada murid
atau kumpulan murid yang mempunyai kecerdasan atau kepintaran
yang tinggi tetapi pencapaian akademik mereka adalah rendah. Hal
ini demikian adalah kerana murid atau kumpulan murid ini mempunyai
masalah dalam penguasaan kemahiran dan menulis.	
Penilaian melalui kaedah pensel dan kertas adalah merupakan
sesuatu yang amat sukar bagi murid-murid ini. Murid disleksia juga
tergolong daripada murid-murid bermasalah pembelajaran spesifik.
Fenomena ini wujud kerana terdapat murid disleksia yang bukan
sahaja menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran asas
literasi tetapi juga turut menghadapi masalah dalam kemahiran asas
numerasi.
Murid atau kumpulan murid disleksia ini tidak terdiri daripada
mereka yang malas, nakal, mengalami gangguan emosi mahupun
menghadapi masalah sosial. Dalam konteks pelaksanaan Program
Disleksia, Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan murid
disleksia sebagai:
“Murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas
atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran
yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja,membaca dan
menulis
BAB 2
INSTRUMEN
SENARAI SEMAK
DISLEKSIA (ISD)
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
6
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
7
APA ITU ISD?
ISD adalah merupakan ujian saringan bagi mengenal pasti
kebarangkalianseseorangmuriditumengalamimasalahpembelajaran
spesifik disleksia.
MENGAPA ISD DIPERKENALKAN
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
merancang untuk membekalkan perkhidmatan kepada murid-murid
yang mengalami masalah disleksia. Langkah awal ke arah ini,
adalah mengenal pasti murid atau kumpulan murid yang mengalami
kebarangkalian disleksia.
Penyaringan murid-murid yang kebarangkalian mengalami masalah
disleksia adalah bukan suatu perkara yang mudah. Hal ini adalah
kerana masalah disleksia hanya dapat dikesan apabila kanak-kanak
yang mengalami masalah memasuki alam pendidikan. Kebanyakan
murid-murid disleksia dikenal pasti dengan menggunakan khidmat
kepakaran psikologi; klinikal perubatan atau psikologi pendidikan.
Mereka ini dikenal pasti melalui penggunaan instrumen yang
dihasilkan oleh negara barat. Penggunaan instrumen ini adalah
tertakluk kepada peraturan hak cipta. Fenomena ini telah mendorong
BP Khas membina dan mengeluarkan satu sebagai instrumen bagi
menyaring murid-murid disleksia. Instrumen ini dikenali sebagai
Instrumen Senarai Semak Disleksia atau singkatannya, ISD.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
8
APAKAH KANDUNGAN ISD?
ISD dibina berasaskan kepada teori yang beranggapan bahawa mu-
rid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah
terdiri daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri:
x)	 Kecerdasan mental yang normal;
xi)	 Memperoleh pencapaian prestasi akademik yang rendah;
xii)	 Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca
dan menulis;
xiii)	 Mempunyai ciri-ciri disleksia yang diterima oleh umum;
xiv)	 Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebaya
dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta
rendah dalam pencapaian akademik.
Berasaskan kepada teori ini, kerangka ISD telah dibina dalam tiga
(3) elemen. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:
ELEMEN 1
Mengukur persepsi terhadap penguasaan membaca,mengeja dan
menulis.
ELEMEN 2
Mengukur persepsi terhadap kebolehan atau kecerdasan kognitif
(kekuatan sedia ada) murid.
ELEMEN 3
Mengenal pasti ciri-ciri spesifik disleksia yang terdapat pada se-      
seorang murid.
BAB 3
BAGAIMANA
MENGOPERASI ISD?
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
10
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
11
PENGOPERASIAN ISD
Untuk mengoperasikan ISD langkah-langkah yang berikut perlu di
ikuti, antaranya ialah:
PENCALONAN
Proses pencalonan boleh dilakukan oleh sama ada daripada guru-gu-
ru kelas atau guru-guru yang lain mahupun daripada ibu bapa murid
sendiri. Apabila guru Bahasa Melayu menerima pencalonan daripada
pihak-pihak yang berkenaan, maka pengoperasian ISD boleh dilak-
sanakan.
Di samping menerima pencalonan daripada pihak-pihak yang lain,
guru-guru Bahasa Melayu juga boleh mengoperasi ISD ini sekiranya
beliau mendapati murid atau kumpulan murid yang dalam perhatian-
nya berkemungkinan menghadapi masalah disleksia.
Setelah guru Bahasa Melayu mengoperasi ISD, Guru Bahasa Melayu
hendaklah memberi skor kepada respons murid. Kemudian ISD yang
telah diberi penskoran diserahkan kepada Guru Penyelaras atau
Guru Disleksia.
PERUMUSAN
Apabila Guru Penyelaras atau Guru Disleksia menerima ISD yang tel-
ah diberi penskoran daripada Guru Bahasa Melayu, Guru Penyelaras
atau Guru Disleksia hendaklah merumuskan penskoran yang berk-
enaan. Hasil daripada rumusan ini Guru Penyelaras akan mengenal
pasti sama ada murid yang berkenaan berkemungkinan mengalami
kebarangkalian disleksia atau sebaliknya.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
12
PELAPORAN
Guru Penyelaras akan melaporkan rumusan ISD kepada Guru Be-
sar atau Pihak Pentadbir sekolah. Guru Besar atau pihak pentadbir
sekolah hendaklah menyerahkan pelaporan serta keputusan ISD
serta borang pengesahan pengamal perubatan kepada ibu bapa mu-
rid yang berkenaan. Kemudian, pihak ibu bapa atau penjaga murid
yang berkenaan dicadangkan supaya membawa anak bawah jagaan
mereka berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan
khidmat kepakaran.
PENGESAHAN PENGAMAL PERUBATAN
Keputusan ISD yang menyatakan bahawa seseorang murid itu berke-
mungkinan mengalami kebarangkalian masalah disleksia ini perlu
mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan. Hal ini demi-
kian adalah bertepatan dengan keperluan peraturan pendidikan khas
yang mengkehendaki seseorang murid pendidikan khas itu terlebih
dahulu disahkan kategori permasalahannya oleh pengamal peru-
batan. Setelah murid ini mendapat pengesahan daripada pengamal
perubatan, proses penempatan murid program disleksia boleh diter-
uskan .
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
13
ILUSTRASI PENTAKSIRAN ISD
Petunjuk
KMMD = Kebarangkalian Mengalami Masalah Disleksia
TMMD = Tidak Mengalami Masalah Disleksia
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
14
BAB 4
BAGAIMANA MENTADBIR
ISD?
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
16
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
17
PENGENALAN 	
Instrumen ini terdiri dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B
BAHAGIAN A
Bahagian ini merupakan bahagian yang mengandungi item-item ten-
tang biodata murid. Bahagian ini perlu diisi oleh guru Bahasa Malay-
sia atau guru penilai yang berkenaan mengikut keperluan (contohnya
ketiadaan guru Bahasa Melayu dalam tempoh masa yang lama)
BAHAGIAN B
Bahagian ini merupakan bahagian yang mengandungi item-item
senarai semak. Bahagian ini dibahagikan kepada tiga elemen. Jum-
lah item dalam bahagian ini ialah 50 item, yang merangkumi 20
item dalam Elemen 1, 20 item dalam Elemen 2 dan 10 item dalam
Elemen 3.
BAGAIMANA MENTADBIR BAHAGIAN A
Bahagian A adalah merupakan bahagian yang memperincikan ten-
tang biodata murid. Bahagian ini hendaklah diisi oleh sesiapa sahaja
yang membuat penilaian terhadap murid, tetapi di sini adalah dica-
dangkan sebaik-baiknya oleh Guru Bahasa Malaysia. Bahagian ini
hendaklah diisi sebagaimana dalam catatan di bawah:
NAMA MURID
Nama murid hendaklah ditulis di dalam petak yang disediakan den-
gan huruf besar.
JANTINA
Jantina murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak
yang berkenaan.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
18
STATUS MURID
Status murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang
berkenaan.
TAHUN PERSEKOLAHAN
Tahun persekolahan murid ditandakan dengan tanda palang (/) di
dalam petak yang berkenaan. Kemudian, catatkan nama kelas murid
seperti 1 Mawar atau seumpamanya.
KETURUNAN
Keturunan murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak
yang berkenaan.
KEDATANGAN SEKOLAH
Kedatangan sekolah murid ditandakan dengan tanda palang (/) di
dalam petak yang berkenaan .
PENCAPAIAN AKADEMIK
Pencapaian akademik murid di tandakan dengan tanda palang (/) di
dalam petak yang berkenaan mengikut gred pencapaian peperiksaan
terakhir murid yang berkenaan.
A 80-100
B 60-79
C 40-59
D 20-39
E 0-19
		
NAMA SEKOLAH
Nama sekolah murid ditulis di petak yang disediakan
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
19
LOKASI SEKOLAH
Lokasi sekolah murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam
petak yang berkenaan.
NEGERI
Negeri di mana sekolah murid itu terletak ditandakan dengan tanda
palang (/) di dalam petak yang berkenaan.
DAERAH
Daerah di mana terletaknya sekolah murid yang berkenaan ditulis di
dalam petak yang disediakan.
NAMA GURU BAHASA MELAYU ATAU GURU PENILAI
Nama Guru Bahasa Malaysia atau Guru Penilai yang mengoperasikan
ISD ditulis dengan huruf besar di dalam petak yang disediakan .
TARIKH
Tarikah pelaksanaan ISD hendaklah dicatatkan pada ruang yang
disediakan.
TANDA TANGAN GURU BAHASA ATAU GURU PENILAI
Setelah selesai melengkapkan Bahagian A ini, Guru Bahasa Malaysia
atau Guru Penilai hendaklah menandatangani dokumen yang
berkenaan pada ruang yang disediakan.
BAGAIMANA MENTADBIR BAHAGIAN B
Bahagian B terdiri daripada 3 elemen.
Elemen 1: Tahap penguasaan Kemahiran mengeja, membaca
dan menulis.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
20
KEMAHIRAN MENGEJA
1)	 Mengeja Perkataan Mudah
Murid seharusnya dapat mengeja perkataan mudah. Perkataan
mudah bermaksud perkataan asas yang seharusnya ada pada
seseorang murid, tahap perbendaharaan kata adalah berdasarkan
umur murid.
Contoh:-
Tahun Perkataan Mudah
Tahun 1
baju, emak, rumah, muka, nama sendiri dan seperti
yang terkandung dalam senarai perbendaharaan kata
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1
Tahun 2
acara, bagai, bayi, dahaga, jendela dan seperti yang
terkandung dalam senarai perbendaharaan kata Sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2.
Tahun 3
sangkar, tandan, abang, beku dan seperti yang
terkandung dalam senarai perbendaharaan kata Sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3
2)	 Mengeja Perkataan Tidak Sebagaimana Yang Dikehendaki.
Contoh:-
Ejaan Yang Dikehendaki Ejaan Murid
Baju Batu
Sama Sana
Lagu Laju
Kepak Kapak
Sekolah Selekoh
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
21
3.	 Menyusun Abjad Tidak Mengikut Dalam Perkataan
Sebagaimana Yang Sepatutnya
Murid sering melakukan kesilapan dalam menyusun abjad ketika
mengeja perkataan. Contohnya jika guru meminta mereka mengeja
perkataan “nasi”, murid akan menyusun abjad dalam ejaan ‘nasi’
menjadi “sain” atau “nsai” yang tidak mengikut urutan ejaan perkataan
‘nasi’ sebagaimana yang sepatutnya.
Contoh perkataan-perkataan lain:-
Susunan Abjad Yang Sepatutnya Ejaan Murid
sabun Basun
Dalam ldmaa
Arnab ranab
4)	 Kesilapan Meletakkan Suku Kata Dalam Perkataan
Murid sering melakukan kesilapan dalam meletakkan suku kata dalam
perkataan. Contohnya jika guru meminta murid mengeja perkataan
“pasu”, murid sering akan meletakkan suku kata dalam perkataan
pasu, iaitu suku kata “pa” dan suku kata “su” menjadi susunan “supa”
yang tidak mempunyai kaitan dengan perkataan asal atau mempunyai
makna yang lain daripada makna asal.
Contoh perkataan yang lain:
tisu suti
buta tabu
buka kabu
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
22
5)	 Tidak Boleh atau Keliru dalam Membezakan Bunyi Abjad
Yang Hampir Sama Yang Terdapat Dalam Suku Kata
Murid tidak boleh atau keliru dalam membezakan bunyi-bunyi abjad
yang hampir sama
Contoh perkataan:
Perkataan
Guru
Perkataan
Murid
Suku Kata
(Sepatutnya)
Suku Kata
(Murid)
dapat padat da pa
pat dat
pakaian pakayan ian yan
almari lamari al la
Kemahiran Membaca
Tahap kebolehan membaca murid agak rendah berbanding dengan
rakan sebayanya. Rakan sebaya di sini adalah merujuk kepada
keseluruhan murid pada tahun yang sama contohnya murid Tahun
Satu.
Masalah Murid Dalam Membaca Teks Panjang
6)	 Murid Membaca Ayat Tanpa Menghiraukan Tanda Baca
Yang Ada.
Murid sering meninggalkan perkataan yang tertentu semasa
membaca teks panjang. Teks panjang di sini merujuk kepada teks
yang mengandungi ayat lebih daripada 6 baris.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
23
Murid sering kali menyebut perkataan lain daripada perkataan yang
sepatutnya dibaca semasa membaca teks yang panjang. Perkataan-
perkataan tersebut mungkin sukar dieja oleh murid tersebut.
Murid Sering Kali menambah Perkataan Sendiri Dalam Ayat Yang
Dibaca.
Murid membaca ayat secara melangkau baris dengan meninggalkan
baris-baris ayat yang tertentu dalam teks panjang.
Sekiranya guru kurang pasti, guru boleh membina teks sendiri yang
mengandungi lebih daripada 6 baris.
7)	 Murid Tidak Boleh Membaca Perkataan Yang Mengandungi :
I.	 Vokal Berganding
Contoh :daun, cium, baik, buih dan sebagainya
II.	 Diftong
Contoh: dia, air, pulau, misai dan sebagainya
III.	 Diagraf / Konsonan Berganding
Contoh: Khamis, syarikat, trafik dan sebagainya
8)	 Murid sukar membaca ayat panjang. Murid berasa was-was
atau teragak-agak kerana kurang yakin, sama ada ayat yang
dibaca itu betul atau salah.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
24
Kemahiran Menulis
Masalah Yang Sering Dialami Oleh
Murid Yang Kebarangkalian Mengalami
Masalah Disleksia Dalam Penguasaan Kemahiran Menulis
9)	 Hasil kerja murid tidak kemas contohnya saiz tidak
seragam,margin antara huruf atau perkataan antara baris tidak
seragam, tidak seragam dalam membentuk huruf dan kerja
bertulis kotor.
(i)	 Murid mencampurkan huruf besar dengan huruf kecil.
Contoh: ruMaH, BuaT.
(ii)	 Murid menulis dengan tidak mengikut garisan.
Contoh:
		
(iii)	 Saiz huruf yang ditulis tidak sama besar.
Contoh:
saYa maKan
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
25
10)	 (i) Murid tidak berupaya menyalin semula secara lengkap
maklumat yang ditulis di papan hitam.
(ii) Murid tidak berupaya menulis maklumat yang di
perdengarkan atau yang disebut oleh guru
11)	 Tulisan murid sukar dibaca.
(i)	 Bentuk abjad tidak jelas
Contoh
		
(ii)	 Tidak ada jarak satu perkataan dengan perkataan yang
lain.
Contoh: sayamakannasi
(iii)	 Kedudukan huruf tidak teratur.
Contoh:
		
12)	 Murid tidak dapat menyaingi kebolehan menulis setanding
dengan rakan sebayanya. Rakan sebaya di sini bermaksud
keseluruhan murid pada tahun yang sama contohnya Tahun
Satu.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
26
13)	 Murid menulis secara terbalik.
(i)	 Abjad-abjad tertentu.
Contohnya :
Abjad Tulisan Murid
b d
u n
m w
p q
(ii)	 Perkataan terbalik.
Contoh:
Perkataan Tulisan Murid
sama masa
buku kubu
Duku Kuda
Elemen 2:	 Kekuatan Murid
14)	 Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan
berinteraksi secara lisan dengan guru dan rakan-rakan serta
tidak menghadapi masalah dalam menyebut contohnya gagap,
pelat.
15)	 Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab
soalan secara lisan dengan baik, iaitu :
Jawapan murid menepati kehendak soalan
Apa-apa penjelasan yang difikirkan sesuai.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
27
16)	 Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menceritakan
keperihalan gambar atau gambar-gambar yang ditunjukkan
mahupun yang ditayangkan.
(i)	 Cerita yang dihasilkan menepati gambar atau gambar-
gambar.
17)	 Berdasarkan pemerhatian guru:
(i)	 Murid sering bertanya untuk mendapatkan maklumat
tentang sesuatu perkara yang baru.
(ii)	 Suka mencuba sesuatu perkara yang baru dan se-
bagainya.
(iii)	 Murid menunjukkan sikap ingin mencuba yang tinggi
18)	 Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan
berkomunikasisecaralisansetandingdenganrakansebayanya:
19)	 Berdasarkan pemerhatian guru, murid berpotensi di dalam
bidang-bidang yang tertentu;
(i)	 Seni – nyanyian, menulis, kraf tangan dan sebagainya.
(ii)	 Sukan- permainan, olahraga.
20)	 Berdasarkanpemerhatian guru,muridmenunjukkan keupayaan
berkomunikasi dengan baik, mampu melahirkan pendapat
tetapi pencapaian akademiknya rendah.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
28
21)	 Berdasarkan pemerhatian guru, murid memperlihatkan
keupayahan mengutarakan pandangan serta idea.
22)	 Berdasarkan penilaian guru, murid tidak berupaya melahirkan
idea dalam bentuk tulisan.
Contoh:
	 Isi-isi karangan tidak tersusun
23)	 Berdasarkan pemerhatian guru, murid melakukan banyak
kesalahan bahasa walaupun isi kandungan murid baik.
24)	 Berdasarkan penilaian guru, murid menunjukkan prestasi yang
baik dalam subjek-subjek isi kemahiran berbanding subjek-
subjek akedemik.
25)	 Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab
secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang
diperdengarkan.
26)	 Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menceritakan
semula petikan yang telah diperdengarkan semula.
27)	 Berdasarkan pemerhatian guru, murid menunjukkan kreativiti
dalam penghasilan sesuatu tugasan / tindakan.
28)	 Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan
menyesuaikan diri dengan rakan-rakannya.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
29
29)	 Berdasarkan pemerhatian guru, murid dapat bertindak-balas
terhadap pelbagai situasi yang diberikan kepadanya.
Contoh:
(i)	 Latihan kebakaran.
(ii)	 Aktiviti simulasi
(iii)	 Dan sebagainya
30)	 Berdasarkan pemerhatian dan penilaian guru, murid
berkeupayaan membuat ramalan jawapan mengenai sesuatu
situasi yang dikemukakan.
31)	 Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab
soalan-soalan yang berkaitan isu-isu semasa dan pengetahuan
am melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, perbincangan dan
sebagainya.
32)	 Berdasarkan pemerhatian guru,
(i)	 murid sering bertanya untuk mendapatkan maklumat ten-
tang sesuatu perkara yang baru.
(ii)	 suka mencuba sesuatu perkara yang baru dan
sebagainya.
(iii)	 murid sering mengajukan soalan untuk mendapatkan
maklumat lanjut berhubung perkara atau topik baru.
(iv)	murid menunjukkan sikap ingin tahu dan mencuba yang
tinggi.
(v)	 memperlihatkan apa-apa tindak balas tingkah laku yang
menunjukkan minat.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
30
Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan
33)	 Murid enggan melakukan sesuatu sama ada secara bersendiri
atau bila disuruh kerana menganggap dirinya tidak mampu
menandingi rakan atau merasakan dia tidak akan berjaya
melakukannya.
34)	 Apabila disuruh melakukan apa-apa aktiviti menulis atau
membaca murid bersikap menolak dengan memberi alasan
yang sukar diterima.
Contohnya:
(i)	 Tangan sakit kerana enggan menulis
(ii)	 Sakit gigi kerana enggan membaca
(iii)	 Demam
(iv)	Sakit perut
(v)	 Ingin ke tandas dan sebagainya
35)	 Murid didapati gemar melakukan perkara yang negatif,
(i)	 Membuang kertas.
(ii)	 Menconteng buku.
(iii)	 Mengoyak kertas.
(iv)	Mengusik rakan.
(v)	 Merosakkan harta benda dan sebagainya.
36)	 Murid didapati kerap bertukar-tukar aktiviti dalam sesuatu
tempoh (tempoh tumpuan pada satu aktiviti terlalu singkat)
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
31
37)	 Murid tidak dapat menentukan arah.
Contoh:
(i)	 Kanan atau kiri
(ii)	 Atas atau bawah
(iii)	 Depan atau belakang
38)	 Murid tidak boleh menyatakan konsep turutan.
Contoh:
(i)	 Nama hari dalam seminggu
(ii)	 Masa dalam sehari
(iii)	 Nama bulan dalam setahun
(iv)	Turutan nombor
39)	 Murid tidak boleh menyelesaikan tugasan dalam masa yang
ditetapkan.
40)	 Murid tidak berupaya memahami arahan yang panjang. Murid
akan keliru jika menerima arahan terlalu banyak dalam suatu
masa.
41)	 Murid menunjukkan kegagalan mengawal diri semasa
menjalankan sesuatu aktiviti.
42)	 Murid tidak dapat mengawal diri dalam pergerakan (cemerkap)
Contoh:
(i)	 Bila berjalan kerap terlanggar sesuatu di persekitaran.
(ii)	 Kerap menjatuhkan barang.
(iii)	 Dan sebagainya.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
33
BAB 5
PENSKORAN ISD
(DIISI OLEH GURU BAHASA MALAYSIA)
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
34
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
35
SKOR
(DIISI OLEH GURU BAHASA MALAYSIA)
Skor “1” di berikan kepada jawapan “Ya” dan skor “0” kepada jawapan
“Tidak”
Jawapan Skor
Ya 1
Tidak 0
		
MERUMUS SKOR (DIISI OLEH GURU BAHASA MALAYSIA)
Jumlah skor yang terkumpul perlu dirumuskan mengikut wajaran
yang berikut:-
Elemen Julat Skor Skor
Elemen 1 : Persepsi tahap penguasaan
kemahiran membaca dan menulis
0 - 7
8 - 20
0
1
Elemen 2 : Persepsi terhadap kebolehan
murid
0- 7
8 - 20
0
1
Elemen 3 : Ciri-ciri spesifik disleksia yang
ada pada murid
0 - 3
4 - 10
0
1
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
36
INTERPRETASI ELEMEN
Elemen 1:
Persepsi Tahap Penguasaan Kamahiran
Mengeja, Membaca dan Menulis.
Skor ‘0’:
Murid dianggap berada dalam lingkungan
kebarangkalian tidak menghadap masalah
mengeja, membaca dan menulis.
Skor ‘1’:
Murid dianggap berada dalam lingkungan
kebarangkalian menghadapi masalah mengeja,
membaca dan menulis.
Elemen 2: Persepsi Terhadap Kebolehan Murid
Skor ‘0’ :
Murid dianggap berada dalam lingkungan
kebarangkalian mempunyai kognitif di bawah
aras murid biasa.
Skor ‘1’ :
Murid dianggap berada dalam lingkungan
kebarangkalian mempunyai keupayaan kognitif
searas atau melebihi murid-murid normal.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
37
Elemen 3: Ciri-Ciri Spesifik Disleksia Yang Ada Pada Murid
Muriddianggapberadadalamlingkungankebarangkalianmenghadapi
kesukaran. Disleksia terdiri daripada mereka yang mendapat skor
seperti berikut:
Elemen Skor
1 1
2 1
3 1
	
KECUALI YANG BERIKUT :
Elemen Skor Elemen Skor Elemen Skor Elemen Skor Elemen Skor
1 1 1 0 1 0 1 0 1 1
2 0 2 1 2 0 2 0 2 0
3 1 3 1 3 1 3 0 3 0
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
38

Contenu connexe

Similaire à 1. manual isd

ISD DYSLEXIA SCREENING FOR REMEDIAL CLASS
ISD DYSLEXIA SCREENING FOR REMEDIAL CLASSISD DYSLEXIA SCREENING FOR REMEDIAL CLASS
ISD DYSLEXIA SCREENING FOR REMEDIAL CLASSAMIRAHNABILABINTIRAZ
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksiapeggylau9318
 
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukut
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukutLaporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukut
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukutSyahirah Mahiyud-Din
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Kesulitan belajar
Kesulitan belajarKesulitan belajar
Kesulitan belajarajengpujir
 
3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)john law
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Chon Seong Hoo
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baruAyieda Eryna
 
Bahan workshop bridges 2019, by adit
Bahan workshop bridges 2019, by aditBahan workshop bridges 2019, by adit
Bahan workshop bridges 2019, by aditAldian ismantoro
 

Similaire à 1. manual isd (20)

ISD DYSLEXIA SCREENING FOR REMEDIAL CLASS
ISD DYSLEXIA SCREENING FOR REMEDIAL CLASSISD DYSLEXIA SCREENING FOR REMEDIAL CLASS
ISD DYSLEXIA SCREENING FOR REMEDIAL CLASS
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksia
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukut
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukutLaporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukut
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukut
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
Proposal bab 2
Proposal bab 2Proposal bab 2
Proposal bab 2
 
Kesulitan belajar
Kesulitan belajarKesulitan belajar
Kesulitan belajar
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Konsep Dasar Kesulitan Belajar
Konsep Dasar Kesulitan BelajarKonsep Dasar Kesulitan Belajar
Konsep Dasar Kesulitan Belajar
 
SLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptxSLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptx
 
3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)
 
Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1
 
PPT FEBRI.pptx
PPT FEBRI.pptxPPT FEBRI.pptx
PPT FEBRI.pptx
 
5. proforma pkp3105
5. proforma pkp31055. proforma pkp3105
5. proforma pkp3105
 
Gangguan belajar
Gangguan belajarGangguan belajar
Gangguan belajar
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
 
Bm t1 6 kosa kata
Bm t1 6 kosa kataBm t1 6 kosa kata
Bm t1 6 kosa kata
 
1
11
1
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baru
 
Bahan workshop bridges 2019, by adit
Bahan workshop bridges 2019, by aditBahan workshop bridges 2019, by adit
Bahan workshop bridges 2019, by adit
 

Dernier

Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024panyuwakezia
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 

Dernier (20)

Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 

1. manual isd

  • 1. ISDINSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA MANUAL BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 2.
  • 3. BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Cetakan Kedua 2011
  • 4. KANDUNGAN Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Khas) ix Penghargaan x BAB PERKARA HALAMAN BAB 1 PENGENALAN 1 Pengenalan 2 Apa Itu Disleksia? 3 Murid Disleksia Kementerian Pelajaran Malaysia 4 BAB 2 INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD) 5 Apa itu ISD? 7 Mengapa ISD Diperkenalkan 7 Apakah kandungan ISD? 8 BAB 3 BAGAIMANA MENGOPERASI ISD? 9 Pengoperasian ISD 11 Pencalonan 11 Perumusan 11 Pelaporan 12 Pengesahan Pengamal Perubatan 12 Ilustrasi pentaksiran ISD 13 BAB 4 BAGAIMANA MENTADBIR ISD? 15 Pengenalan 17 Bahagian A 17
  • 5. Bahagian B 17 BAGAIMANA MENTADBIR BAHAGIAN A 17 Nama Murid 17 Jantina 18 Status Murid 18 Tahun Persekolahan 18 Keturunan 18 Kedatangan Sekolah 18 Pencapaian Akademik 19 Nama Sekolah 19 Lokasi Sekolah 19 Negeri 19 Daerah 19 Nama Guru Bahasa Melayu atau Guru Penilai 20 Tarikh 20 Tanda Tangan Guru Bahasa Melayu atau Guru Penilai 20 BAGAIMANA MENTADBIR B 20 Elemen 1 : Tahap penguasaan Kemahiran mengeja, 20 membaca dan menulis Kemahiran Mengeja 20 Mengeja Perkataan Mudah Mengeja Perkataan Tidak 21 Sebagaimana Yang Dikehendaki Menyusun Abjad Tidak Mengikut 22 Ejaan Dalam Perkataan Sebagaimana Yang Sepatutnya
  • 6. Kesilapan Meletakkan Suku kata Dalam Perkataan 22 Tidak Boleh atau Keliru dalam Membezakan 23 Bunyi Abjad Yang Hampir Sama Yang Terdapat Dalam Suku Kata Kemahiran Membaca 24 Membaca Ayat Tanpa Menghiraukan 24 Tanda Baca Yang Ada Tidak Boleh Membaca Perkataan Yang Mengandungi 24 Vokal Berganding 24 Diftong 24 Diagraf / Konsonan Berganding 24 Kemahiran Menulis 25 Elemen 2 : Kekuatan Murid 28 Elemen 3: Kelemahan yang Ditunjukkan 31 BAB 5 PENSKORAN ISD 35 Skor 37 Merumus Skor 37 Interpretasi Elemen 38 Elemen 1 : Persepsi Tahap Penguasan Kemahiran 38 Mengeja, Membaca dan Menulis Elemen 2 : Persepsi Terhadap Kebolehan Murid 38 Elemen 3 : Ciri-Ciri Spesifik Yang Ada Pada Murid 38
  • 7. KATA ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN Bismilahhirahmanirahim Saya berasa amat bangga dan bersyukur atas kejayaan penerbitan Manual Instrumen Senarai Semak (ISD) ini. Manual ISD ini diterbitkan seiring dengan Instrumen Senarai Semak Disleksia bagi menentukan kebarangkalian murid mengalami masalah pembelajaran disleksia. ISD merupakan satu instrumen yang dapat menentukan kebarang- kalian murid mengalami masalah pembelajaran disleksia. Manual ini diterbitkan bagi tujuan membantu guru-guru bahasa khususnya guru bahasa Melayu dan disleksia mengendalikan ISD di sekolah mereka dengan berkesan. Seterusnya manual ini dapat memandu guru-guru bahasa dan disleksia memahami kandungan ISD supaya maklumat yang diisi dapat mengambarkan keadaan sebenar seseorang murid. Dengan terhasilnya Manual ini juga akan dapat membantu guru- guru bahasa menggunakan instumen ini secara lebih terselaras dan seterusnya dapat turut membantu guru-guru disleksia menentukan kebarangkalian murid mengalami masalah pembelajaran disleksia. Justeru, proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksana terha- dap mereka. Program pendidikan murid-murid yang mengalami ma- salah pembelajaran disleksia adalah menjadi tanggungjawab guru- guru disleksia. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua pendidik yang terlibat memastikan setiap murid yang berada dalam sistem pendidikan hari ini kompeten bagi menghadapi segala cabaran dalam era globalisasi. MOHD NORDIN BIN AWANG MAT
  • 8. PENGENALAN Jabatan Pendidikan Khas khususnya urusetia Manual ISD merakam- kan perghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk sehingga Instrumen dan manual ini dapat disajikan dalam bentuk yang ada ini. Perhar- gaan dan ucapan terima kasih ditujukan khas kepada: 1. Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pen- didikan Malaysia. 2. Ketua-ketua Unit Pendidikan Khas, Pegawai-pegawai Pemulihan Khas Jabatan Pendidikan Negeri dan Guru-guru Disleksia. 3. Pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 4. Khidmat Kepakaran daripada Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Perubatan, Kubang Kerian. 5. Khidmat Kepakaran daripada Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. 6. Khidmat Kepakaran daripada Universiti Putra Malaysia dan Uni- versiti Kebangsaan Malaysia. 7. Khidmat Kepakaran daripada Pensyarah-pensyarah, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. 8. Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan. 9. Mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan intrumen dan manual ini. Sesungguhnya hanya ALLAH yang dapat membalas jasa dan sum- bangan tuan/puan, InsyaAllah.
  • 10. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 2
  • 11. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 3 PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran dan murid pemulihan khas. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti yang berikut:- Sindrom Down Autisme ringan Attention Deficit Hyperactive Disorder Terencat akal minimum Bermasalah pembelajaran specifik (contoh:Disleksia) APA ITU DISLEKSIA? Perkataan “disleksia” adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud “kesukaran” dan “lexia” bermaksud “perkataan”. Disleksia jika diterjemahkan secara terus bermaksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Selain daripada disleksia istilah lain yang telah digunakan bagi kesukaran ini adalah “buta huruf”. Definisi disle- ksia ialah “kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi”.
  • 12. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 4 MURID DISLEKSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Disleksia dikaitkan dengan kesukaran membaca dan menulis. Lazimnya murid-murid dalam kategori ini adalah terdiri daripada murid atau kumpulan murid yang mempunyai kecerdasan atau kepintaran yang tinggi tetapi pencapaian akademik mereka adalah rendah. Hal ini demikian adalah kerana murid atau kumpulan murid ini mempunyai masalah dalam penguasaan kemahiran dan menulis. Penilaian melalui kaedah pensel dan kertas adalah merupakan sesuatu yang amat sukar bagi murid-murid ini. Murid disleksia juga tergolong daripada murid-murid bermasalah pembelajaran spesifik. Fenomena ini wujud kerana terdapat murid disleksia yang bukan sahaja menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran asas literasi tetapi juga turut menghadapi masalah dalam kemahiran asas numerasi. Murid atau kumpulan murid disleksia ini tidak terdiri daripada mereka yang malas, nakal, mengalami gangguan emosi mahupun menghadapi masalah sosial. Dalam konteks pelaksanaan Program Disleksia, Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan murid disleksia sebagai: “Murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja,membaca dan menulis
  • 14. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 6
  • 15. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 7 APA ITU ISD? ISD adalah merupakan ujian saringan bagi mengenal pasti kebarangkalianseseorangmuriditumengalamimasalahpembelajaran spesifik disleksia. MENGAPA ISD DIPERKENALKAN Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk membekalkan perkhidmatan kepada murid-murid yang mengalami masalah disleksia. Langkah awal ke arah ini, adalah mengenal pasti murid atau kumpulan murid yang mengalami kebarangkalian disleksia. Penyaringan murid-murid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu perkara yang mudah. Hal ini adalah kerana masalah disleksia hanya dapat dikesan apabila kanak-kanak yang mengalami masalah memasuki alam pendidikan. Kebanyakan murid-murid disleksia dikenal pasti dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi; klinikal perubatan atau psikologi pendidikan. Mereka ini dikenal pasti melalui penggunaan instrumen yang dihasilkan oleh negara barat. Penggunaan instrumen ini adalah tertakluk kepada peraturan hak cipta. Fenomena ini telah mendorong BP Khas membina dan mengeluarkan satu sebagai instrumen bagi menyaring murid-murid disleksia. Instrumen ini dikenali sebagai Instrumen Senarai Semak Disleksia atau singkatannya, ISD.
  • 16. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 8 APAKAH KANDUNGAN ISD? ISD dibina berasaskan kepada teori yang beranggapan bahawa mu- rid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri: x) Kecerdasan mental yang normal; xi) Memperoleh pencapaian prestasi akademik yang rendah; xii) Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis; xiii) Mempunyai ciri-ciri disleksia yang diterima oleh umum; xiv) Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebaya dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam pencapaian akademik. Berasaskan kepada teori ini, kerangka ISD telah dibina dalam tiga (3) elemen. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut: ELEMEN 1 Mengukur persepsi terhadap penguasaan membaca,mengeja dan menulis. ELEMEN 2 Mengukur persepsi terhadap kebolehan atau kecerdasan kognitif (kekuatan sedia ada) murid. ELEMEN 3 Mengenal pasti ciri-ciri spesifik disleksia yang terdapat pada se- seorang murid.
  • 18. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 10
  • 19. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 11 PENGOPERASIAN ISD Untuk mengoperasikan ISD langkah-langkah yang berikut perlu di ikuti, antaranya ialah: PENCALONAN Proses pencalonan boleh dilakukan oleh sama ada daripada guru-gu- ru kelas atau guru-guru yang lain mahupun daripada ibu bapa murid sendiri. Apabila guru Bahasa Melayu menerima pencalonan daripada pihak-pihak yang berkenaan, maka pengoperasian ISD boleh dilak- sanakan. Di samping menerima pencalonan daripada pihak-pihak yang lain, guru-guru Bahasa Melayu juga boleh mengoperasi ISD ini sekiranya beliau mendapati murid atau kumpulan murid yang dalam perhatian- nya berkemungkinan menghadapi masalah disleksia. Setelah guru Bahasa Melayu mengoperasi ISD, Guru Bahasa Melayu hendaklah memberi skor kepada respons murid. Kemudian ISD yang telah diberi penskoran diserahkan kepada Guru Penyelaras atau Guru Disleksia. PERUMUSAN Apabila Guru Penyelaras atau Guru Disleksia menerima ISD yang tel- ah diberi penskoran daripada Guru Bahasa Melayu, Guru Penyelaras atau Guru Disleksia hendaklah merumuskan penskoran yang berk- enaan. Hasil daripada rumusan ini Guru Penyelaras akan mengenal pasti sama ada murid yang berkenaan berkemungkinan mengalami kebarangkalian disleksia atau sebaliknya.
  • 20. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 12 PELAPORAN Guru Penyelaras akan melaporkan rumusan ISD kepada Guru Be- sar atau Pihak Pentadbir sekolah. Guru Besar atau pihak pentadbir sekolah hendaklah menyerahkan pelaporan serta keputusan ISD serta borang pengesahan pengamal perubatan kepada ibu bapa mu- rid yang berkenaan. Kemudian, pihak ibu bapa atau penjaga murid yang berkenaan dicadangkan supaya membawa anak bawah jagaan mereka berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan khidmat kepakaran. PENGESAHAN PENGAMAL PERUBATAN Keputusan ISD yang menyatakan bahawa seseorang murid itu berke- mungkinan mengalami kebarangkalian masalah disleksia ini perlu mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan. Hal ini demi- kian adalah bertepatan dengan keperluan peraturan pendidikan khas yang mengkehendaki seseorang murid pendidikan khas itu terlebih dahulu disahkan kategori permasalahannya oleh pengamal peru- batan. Setelah murid ini mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan, proses penempatan murid program disleksia boleh diter- uskan .
  • 21. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 13 ILUSTRASI PENTAKSIRAN ISD Petunjuk KMMD = Kebarangkalian Mengalami Masalah Disleksia TMMD = Tidak Mengalami Masalah Disleksia
  • 22. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 14
  • 24. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 16
  • 25. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 17 PENGENALAN Instrumen ini terdiri dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B BAHAGIAN A Bahagian ini merupakan bahagian yang mengandungi item-item ten- tang biodata murid. Bahagian ini perlu diisi oleh guru Bahasa Malay- sia atau guru penilai yang berkenaan mengikut keperluan (contohnya ketiadaan guru Bahasa Melayu dalam tempoh masa yang lama) BAHAGIAN B Bahagian ini merupakan bahagian yang mengandungi item-item senarai semak. Bahagian ini dibahagikan kepada tiga elemen. Jum- lah item dalam bahagian ini ialah 50 item, yang merangkumi 20 item dalam Elemen 1, 20 item dalam Elemen 2 dan 10 item dalam Elemen 3. BAGAIMANA MENTADBIR BAHAGIAN A Bahagian A adalah merupakan bahagian yang memperincikan ten- tang biodata murid. Bahagian ini hendaklah diisi oleh sesiapa sahaja yang membuat penilaian terhadap murid, tetapi di sini adalah dica- dangkan sebaik-baiknya oleh Guru Bahasa Malaysia. Bahagian ini hendaklah diisi sebagaimana dalam catatan di bawah: NAMA MURID Nama murid hendaklah ditulis di dalam petak yang disediakan den- gan huruf besar. JANTINA Jantina murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan.
  • 26. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 18 STATUS MURID Status murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan. TAHUN PERSEKOLAHAN Tahun persekolahan murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan. Kemudian, catatkan nama kelas murid seperti 1 Mawar atau seumpamanya. KETURUNAN Keturunan murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan. KEDATANGAN SEKOLAH Kedatangan sekolah murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan . PENCAPAIAN AKADEMIK Pencapaian akademik murid di tandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan mengikut gred pencapaian peperiksaan terakhir murid yang berkenaan. A 80-100 B 60-79 C 40-59 D 20-39 E 0-19 NAMA SEKOLAH Nama sekolah murid ditulis di petak yang disediakan
  • 27. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 19 LOKASI SEKOLAH Lokasi sekolah murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan. NEGERI Negeri di mana sekolah murid itu terletak ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan. DAERAH Daerah di mana terletaknya sekolah murid yang berkenaan ditulis di dalam petak yang disediakan. NAMA GURU BAHASA MELAYU ATAU GURU PENILAI Nama Guru Bahasa Malaysia atau Guru Penilai yang mengoperasikan ISD ditulis dengan huruf besar di dalam petak yang disediakan . TARIKH Tarikah pelaksanaan ISD hendaklah dicatatkan pada ruang yang disediakan. TANDA TANGAN GURU BAHASA ATAU GURU PENILAI Setelah selesai melengkapkan Bahagian A ini, Guru Bahasa Malaysia atau Guru Penilai hendaklah menandatangani dokumen yang berkenaan pada ruang yang disediakan. BAGAIMANA MENTADBIR BAHAGIAN B Bahagian B terdiri daripada 3 elemen. Elemen 1: Tahap penguasaan Kemahiran mengeja, membaca dan menulis.
  • 28. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 20 KEMAHIRAN MENGEJA 1) Mengeja Perkataan Mudah Murid seharusnya dapat mengeja perkataan mudah. Perkataan mudah bermaksud perkataan asas yang seharusnya ada pada seseorang murid, tahap perbendaharaan kata adalah berdasarkan umur murid. Contoh:- Tahun Perkataan Mudah Tahun 1 baju, emak, rumah, muka, nama sendiri dan seperti yang terkandung dalam senarai perbendaharaan kata Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 Tahun 2 acara, bagai, bayi, dahaga, jendela dan seperti yang terkandung dalam senarai perbendaharaan kata Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2. Tahun 3 sangkar, tandan, abang, beku dan seperti yang terkandung dalam senarai perbendaharaan kata Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 2) Mengeja Perkataan Tidak Sebagaimana Yang Dikehendaki. Contoh:- Ejaan Yang Dikehendaki Ejaan Murid Baju Batu Sama Sana Lagu Laju Kepak Kapak Sekolah Selekoh
  • 29. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 21 3. Menyusun Abjad Tidak Mengikut Dalam Perkataan Sebagaimana Yang Sepatutnya Murid sering melakukan kesilapan dalam menyusun abjad ketika mengeja perkataan. Contohnya jika guru meminta mereka mengeja perkataan “nasi”, murid akan menyusun abjad dalam ejaan ‘nasi’ menjadi “sain” atau “nsai” yang tidak mengikut urutan ejaan perkataan ‘nasi’ sebagaimana yang sepatutnya. Contoh perkataan-perkataan lain:- Susunan Abjad Yang Sepatutnya Ejaan Murid sabun Basun Dalam ldmaa Arnab ranab 4) Kesilapan Meletakkan Suku Kata Dalam Perkataan Murid sering melakukan kesilapan dalam meletakkan suku kata dalam perkataan. Contohnya jika guru meminta murid mengeja perkataan “pasu”, murid sering akan meletakkan suku kata dalam perkataan pasu, iaitu suku kata “pa” dan suku kata “su” menjadi susunan “supa” yang tidak mempunyai kaitan dengan perkataan asal atau mempunyai makna yang lain daripada makna asal. Contoh perkataan yang lain: tisu suti buta tabu buka kabu
  • 30. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 22 5) Tidak Boleh atau Keliru dalam Membezakan Bunyi Abjad Yang Hampir Sama Yang Terdapat Dalam Suku Kata Murid tidak boleh atau keliru dalam membezakan bunyi-bunyi abjad yang hampir sama Contoh perkataan: Perkataan Guru Perkataan Murid Suku Kata (Sepatutnya) Suku Kata (Murid) dapat padat da pa pat dat pakaian pakayan ian yan almari lamari al la Kemahiran Membaca Tahap kebolehan membaca murid agak rendah berbanding dengan rakan sebayanya. Rakan sebaya di sini adalah merujuk kepada keseluruhan murid pada tahun yang sama contohnya murid Tahun Satu. Masalah Murid Dalam Membaca Teks Panjang 6) Murid Membaca Ayat Tanpa Menghiraukan Tanda Baca Yang Ada. Murid sering meninggalkan perkataan yang tertentu semasa membaca teks panjang. Teks panjang di sini merujuk kepada teks yang mengandungi ayat lebih daripada 6 baris.
  • 31. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 23 Murid sering kali menyebut perkataan lain daripada perkataan yang sepatutnya dibaca semasa membaca teks yang panjang. Perkataan- perkataan tersebut mungkin sukar dieja oleh murid tersebut. Murid Sering Kali menambah Perkataan Sendiri Dalam Ayat Yang Dibaca. Murid membaca ayat secara melangkau baris dengan meninggalkan baris-baris ayat yang tertentu dalam teks panjang. Sekiranya guru kurang pasti, guru boleh membina teks sendiri yang mengandungi lebih daripada 6 baris. 7) Murid Tidak Boleh Membaca Perkataan Yang Mengandungi : I. Vokal Berganding Contoh :daun, cium, baik, buih dan sebagainya II. Diftong Contoh: dia, air, pulau, misai dan sebagainya III. Diagraf / Konsonan Berganding Contoh: Khamis, syarikat, trafik dan sebagainya 8) Murid sukar membaca ayat panjang. Murid berasa was-was atau teragak-agak kerana kurang yakin, sama ada ayat yang dibaca itu betul atau salah.
  • 32. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 24 Kemahiran Menulis Masalah Yang Sering Dialami Oleh Murid Yang Kebarangkalian Mengalami Masalah Disleksia Dalam Penguasaan Kemahiran Menulis 9) Hasil kerja murid tidak kemas contohnya saiz tidak seragam,margin antara huruf atau perkataan antara baris tidak seragam, tidak seragam dalam membentuk huruf dan kerja bertulis kotor. (i) Murid mencampurkan huruf besar dengan huruf kecil. Contoh: ruMaH, BuaT. (ii) Murid menulis dengan tidak mengikut garisan. Contoh: (iii) Saiz huruf yang ditulis tidak sama besar. Contoh: saYa maKan
  • 33. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 25 10) (i) Murid tidak berupaya menyalin semula secara lengkap maklumat yang ditulis di papan hitam. (ii) Murid tidak berupaya menulis maklumat yang di perdengarkan atau yang disebut oleh guru 11) Tulisan murid sukar dibaca. (i) Bentuk abjad tidak jelas Contoh (ii) Tidak ada jarak satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contoh: sayamakannasi (iii) Kedudukan huruf tidak teratur. Contoh: 12) Murid tidak dapat menyaingi kebolehan menulis setanding dengan rakan sebayanya. Rakan sebaya di sini bermaksud keseluruhan murid pada tahun yang sama contohnya Tahun Satu.
  • 34. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 26 13) Murid menulis secara terbalik. (i) Abjad-abjad tertentu. Contohnya : Abjad Tulisan Murid b d u n m w p q (ii) Perkataan terbalik. Contoh: Perkataan Tulisan Murid sama masa buku kubu Duku Kuda Elemen 2: Kekuatan Murid 14) Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan berinteraksi secara lisan dengan guru dan rakan-rakan serta tidak menghadapi masalah dalam menyebut contohnya gagap, pelat. 15) Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab soalan secara lisan dengan baik, iaitu : Jawapan murid menepati kehendak soalan Apa-apa penjelasan yang difikirkan sesuai.
  • 35. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 27 16) Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menceritakan keperihalan gambar atau gambar-gambar yang ditunjukkan mahupun yang ditayangkan. (i) Cerita yang dihasilkan menepati gambar atau gambar- gambar. 17) Berdasarkan pemerhatian guru: (i) Murid sering bertanya untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara yang baru. (ii) Suka mencuba sesuatu perkara yang baru dan se- bagainya. (iii) Murid menunjukkan sikap ingin mencuba yang tinggi 18) Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan berkomunikasisecaralisansetandingdenganrakansebayanya: 19) Berdasarkan pemerhatian guru, murid berpotensi di dalam bidang-bidang yang tertentu; (i) Seni – nyanyian, menulis, kraf tangan dan sebagainya. (ii) Sukan- permainan, olahraga. 20) Berdasarkanpemerhatian guru,muridmenunjukkan keupayaan berkomunikasi dengan baik, mampu melahirkan pendapat tetapi pencapaian akademiknya rendah.
  • 36. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 28 21) Berdasarkan pemerhatian guru, murid memperlihatkan keupayahan mengutarakan pandangan serta idea. 22) Berdasarkan penilaian guru, murid tidak berupaya melahirkan idea dalam bentuk tulisan. Contoh: Isi-isi karangan tidak tersusun 23) Berdasarkan pemerhatian guru, murid melakukan banyak kesalahan bahasa walaupun isi kandungan murid baik. 24) Berdasarkan penilaian guru, murid menunjukkan prestasi yang baik dalam subjek-subjek isi kemahiran berbanding subjek- subjek akedemik. 25) Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 26) Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menceritakan semula petikan yang telah diperdengarkan semula. 27) Berdasarkan pemerhatian guru, murid menunjukkan kreativiti dalam penghasilan sesuatu tugasan / tindakan. 28) Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan menyesuaikan diri dengan rakan-rakannya.
  • 37. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 29 29) Berdasarkan pemerhatian guru, murid dapat bertindak-balas terhadap pelbagai situasi yang diberikan kepadanya. Contoh: (i) Latihan kebakaran. (ii) Aktiviti simulasi (iii) Dan sebagainya 30) Berdasarkan pemerhatian dan penilaian guru, murid berkeupayaan membuat ramalan jawapan mengenai sesuatu situasi yang dikemukakan. 31) Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab soalan-soalan yang berkaitan isu-isu semasa dan pengetahuan am melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, perbincangan dan sebagainya. 32) Berdasarkan pemerhatian guru, (i) murid sering bertanya untuk mendapatkan maklumat ten- tang sesuatu perkara yang baru. (ii) suka mencuba sesuatu perkara yang baru dan sebagainya. (iii) murid sering mengajukan soalan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara atau topik baru. (iv) murid menunjukkan sikap ingin tahu dan mencuba yang tinggi. (v) memperlihatkan apa-apa tindak balas tingkah laku yang menunjukkan minat.
  • 38. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 30 Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan 33) Murid enggan melakukan sesuatu sama ada secara bersendiri atau bila disuruh kerana menganggap dirinya tidak mampu menandingi rakan atau merasakan dia tidak akan berjaya melakukannya. 34) Apabila disuruh melakukan apa-apa aktiviti menulis atau membaca murid bersikap menolak dengan memberi alasan yang sukar diterima. Contohnya: (i) Tangan sakit kerana enggan menulis (ii) Sakit gigi kerana enggan membaca (iii) Demam (iv) Sakit perut (v) Ingin ke tandas dan sebagainya 35) Murid didapati gemar melakukan perkara yang negatif, (i) Membuang kertas. (ii) Menconteng buku. (iii) Mengoyak kertas. (iv) Mengusik rakan. (v) Merosakkan harta benda dan sebagainya. 36) Murid didapati kerap bertukar-tukar aktiviti dalam sesuatu tempoh (tempoh tumpuan pada satu aktiviti terlalu singkat)
  • 39. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 31 37) Murid tidak dapat menentukan arah. Contoh: (i) Kanan atau kiri (ii) Atas atau bawah (iii) Depan atau belakang 38) Murid tidak boleh menyatakan konsep turutan. Contoh: (i) Nama hari dalam seminggu (ii) Masa dalam sehari (iii) Nama bulan dalam setahun (iv) Turutan nombor 39) Murid tidak boleh menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan. 40) Murid tidak berupaya memahami arahan yang panjang. Murid akan keliru jika menerima arahan terlalu banyak dalam suatu masa. 41) Murid menunjukkan kegagalan mengawal diri semasa menjalankan sesuatu aktiviti. 42) Murid tidak dapat mengawal diri dalam pergerakan (cemerkap) Contoh: (i) Bila berjalan kerap terlanggar sesuatu di persekitaran. (ii) Kerap menjatuhkan barang. (iii) Dan sebagainya.
  • 40.
  • 41. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 33 BAB 5 PENSKORAN ISD (DIISI OLEH GURU BAHASA MALAYSIA)
  • 42. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 34
  • 43. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 35 SKOR (DIISI OLEH GURU BAHASA MALAYSIA) Skor “1” di berikan kepada jawapan “Ya” dan skor “0” kepada jawapan “Tidak” Jawapan Skor Ya 1 Tidak 0 MERUMUS SKOR (DIISI OLEH GURU BAHASA MALAYSIA) Jumlah skor yang terkumpul perlu dirumuskan mengikut wajaran yang berikut:- Elemen Julat Skor Skor Elemen 1 : Persepsi tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis 0 - 7 8 - 20 0 1 Elemen 2 : Persepsi terhadap kebolehan murid 0- 7 8 - 20 0 1 Elemen 3 : Ciri-ciri spesifik disleksia yang ada pada murid 0 - 3 4 - 10 0 1
  • 44. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 36 INTERPRETASI ELEMEN Elemen 1: Persepsi Tahap Penguasaan Kamahiran Mengeja, Membaca dan Menulis. Skor ‘0’: Murid dianggap berada dalam lingkungan kebarangkalian tidak menghadap masalah mengeja, membaca dan menulis. Skor ‘1’: Murid dianggap berada dalam lingkungan kebarangkalian menghadapi masalah mengeja, membaca dan menulis. Elemen 2: Persepsi Terhadap Kebolehan Murid Skor ‘0’ : Murid dianggap berada dalam lingkungan kebarangkalian mempunyai kognitif di bawah aras murid biasa. Skor ‘1’ : Murid dianggap berada dalam lingkungan kebarangkalian mempunyai keupayaan kognitif searas atau melebihi murid-murid normal.
  • 45. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 37 Elemen 3: Ciri-Ciri Spesifik Disleksia Yang Ada Pada Murid Muriddianggapberadadalamlingkungankebarangkalianmenghadapi kesukaran. Disleksia terdiri daripada mereka yang mendapat skor seperti berikut: Elemen Skor 1 1 2 1 3 1 KECUALI YANG BERIKUT : Elemen Skor Elemen Skor Elemen Skor Elemen Skor Elemen Skor 1 1 1 0 1 0 1 0 1 1 2 0 2 1 2 0 2 0 2 0 3 1 3 1 3 1 3 0 3 0
  • 46. MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 38