Kata nama dan kata kerja merupakan unsur inti dalam binaan frasa. Kata nama terbahagi kepada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Kata kerja pula terbahagi kepada kata kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek manakala kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek.
3. Definisi Kata Nama
Kata nama ialah sejumlah kata yang menjadi
unsur inti dalam binaan frasa nama .
Kata nama terbahagi kepada kata nama
khas, kata nama am dan kata ganti nama .
4. Kata Nama Khas
1.Kata Nama Khas ialah kata nama yang mendukung
makna rujukan khusus kepada sesuatu benda atau orang.
2.Huruf pertama kata nama ini ditulis dengan huruf besar
sama ada di awal ayat atau di tengah ayat.
3.Kata nama khas terbahagi kepada
i) Kata nama khas hidup
ii) Kata nama khas tak hidup.
4.Kata nama khas hidup terbahagi kepada 2 kumpulan
i) Kata nama khas hidup manusia
ii) Kata nama khas hidup bukan manusia
5. Pembahagian Kata Nama Khas
Ma n u s i a
Hi d u p
K A T A N A MA Bu k a n
KHAS Ma n u s i a
T a k Hi d u p
6. Contoh Kata Nama Khas
(a) Kata nama khas hidup manusia – Nik Aziz, Anuwar
Ibrahim, Najib Razak
(a) Kata nama khas hidup bukan manusia – Si
Capik, Ar-Rahman, Si Jongang
(a) Kata nama khas tak hidup – Himpunan
Kebangkitan Rakyat, Bukit Siput, S.M.K. Dato’
Bentara Dalam
7. Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang merujuk
kepada benda, orang atau konsep yang
bersifat umum .
Pembahagian kata nama am
diperlihatkan oleh rajah berikut :
8. Kata
Nama Am
Hidup Tak Hidup
Bukan Bukan
Manusia Institusi
Manusia Institusi
Konkrit Abstrak
Tak
Berbilang
Berbilang
9. Contoh Kata Nama Am
Kata nama am hidup manusia
abang, ibu, adik
Kata nama am hidup bukan manusia
ayam, cicak, kambing
Kata nama am tak hidup institusi
dewan, farmasi, klinik
Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
daerah, gelandang, lembah
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
amalan, galakan, bilangan
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
iklim, keindahan, roh
10. Kata Ganti Nama
Kata yang menggantikan kata nama am atau kata
nama khas.
Terdiri daripada kata ganti nama tunjuk dan kata
ganti nama diri.
Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua
jenis iaitu :
K a t a Ga n t i N a m a T u n j u k U m u m (M e n u n j u k K e p a d a p e r k a r a a t a u
b e n d a )
K a t a Ga n t i N a ma T u n j u k T e mp a t (M e n u n j u k K e p a d a T e m p a t )
11. Kata ganti nama diri pula terdiri daripada
kata ganti nama diri tanya dan kata ganti
diri orang.
Kata ganti diri tanya digunakan untuk
menanyakan benda, perkara atau manusia.
Kata ganti nama diri orang digunakan untuk
merujuk kepada manusia dan terbahagi kepada:-
~Kata ganti nama diri orang pertama
~Kata ganti nama diri orang kedua
~Kata ganti nama diri orang ketiga
12. Pembahagian Kata Ganti
Nama
Umum
Kata Ganti
Nama Tunjuk
Tempat
KATA GANTI
NAMA
Tanya Pertama
Kata Ganti
Nama Diri
Orang Kedua
Ketiga
13. Berikut ini ialah contoh kata ganti nama.
a) Kata ganti nama tunjuk umum – ini, itu.
b) Kata ganti nama tunjuk tempat – sana, sini, situ
c) Kata ganti nama diri tanya – apa (untuk benda
atau perkara), siapa (untuk manusia), dan
mana(untuk manusia dan benda atau perkara)
d) Kata ganti nama diri orang pertama –
aku, beta, patik, saya, kami, kita
e) Kata ganti nama diri orang kedua –
anda, awak, engkau, kamu, tuanku,kalian.
f) Kata ganti nama diri orang ketiga –
baginda, beliau, dia, ia, mereka, -nya.
15. KATA KERJA
1) Kata kerja ialah sejumlah kata yang
menjadi unsur inti dalam binaan binaan
frasa kerja.
2) Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu:
a) kata kerja transitif.
b) kata kerja tak transitif.
16. KATA KERJA TRANSITIF
1) Kata kerja transitif ialah kata kerja yang
memerlukan objek yang terdiri daripada frasa
nama untuk menyempurnakan maksudnya.
2) Kata kerja transitif ini terbahagi kepada :
a) kata kerja transitif aktif
contoh: Negara itu menghantar bantuan
makanan ke Somalia.
b) kata kerja transitif pasif
misalnya: Bantuan makanan dihantar oleh
negara itu ke Somalia.
17. 3) Kata kerja transitif aktif boleh menggugurkan
objeknya seandainya kata kerja tersebut membawa
makna adjektif. Contohnya:
Tragedi yang menggerunkan kami itu berlaku
dengan tiba-tiba. Tragedi yang menggerunkan
Itu berlaku dengan tiba-tiba.
Penderitaan yang ditanggung oleh rakyat
Somalia menyedihkan kami. Penderitaan yang
ditanggung oleh rakyat Somalia menyedihkan.
18. Kata Kerja Tak Transitif
1)Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak
memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
Oleh itu kata kerja tak transitif tidak dapat
dipasifkan.
2)Terbahagi kepada dua :
a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
b) Kata kerja tak transitif berpelengkap.
19. Kata Kerja Tak Transitif
Tanpa Pelengkap
1)Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata
kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa diikuti oleh
pelengkap.Contoh ayat :
Kedua-dua orang pemimpin itu berbincang.
Para peserta maraton itu baru sahaja tiba.
2)Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh
ditambah dengan unsur keterangan seperti berikut :
Kedua-dua orang pemimpin itu berbincang tentang
isu ekonomi.
Peserta maraton itu baru sahaja tiba di pintu masuk
stadium.
20. Kata Kerja Tak Transitif
Berpelengkap
1)Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja
yang memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan
maksud ayat.
2)Unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada kata
adjektif, frasa sendi nama dan kata nama. Contoh:
a) Pelengkap kata adjektif : Orang tua itu berperangai
aneh .
b) Pelengkap frasa sendi nama : Dia tidak kenal akan
anaknya sendiri.
c) Pelengkap kata nama : Dia tidur bertemankan radio.