SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  72
1
PENGAKUAN
“ Kami mengakui bahawa karya kajian tahap pengetahuan Tahap
Pengetahuan Mengenai Kadar Pengambilan Kalori Yang Diperlukan Dalam
Kalangan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan merupakan hasil kerja
kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap – tiap satunya
telah kami jelaskan sumbernya ”
…………………………………
NUR FAIZAH BINTI AB. WAHID
940428-XX-XXXX
…………………………………
WAN NUR IZZATI BINTI WAN AHMAD SHUKRI
930129-XX-XXXX
2
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam usaha untuk menjayakan kajian ini atas kewajipan
memenuhi sebahagian daripada kehendak Kursus Diploma Pembantu
Perubatan.
Pertama sekali, kami merakamkan ribuan terima kasih yang tak
terhingga kepada kedua-dua ibu bapa kami yang telah banyak memberi
sokongan serta dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami
sepanjang pelaksaan kajian ini.
Kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
penyelia kami Encik Tigilan A/L Sethrai yang tidak pernah jemu dalam
memberikan tunjuk ajar dan pandangan bagi menyiapkan kajian ini.
Di sini juga, kami ingin mengungkapkan segala rasa penghargaan
kami kepada Tuan Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan
Shah Ulu Kinta, Tuan Haji Zafri kerana telah memberikan peluang untuk
menyiapkan kajian ini. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada En.
Hari Mohan A/L Sri Diwan Chand selaku Ketua Program Pembantu
Perubatan serta Encik Jaafar bin Abu Seman dan Encik Pairul Hisham bin
3
Awang selaku penyelia Kumpulan 32, di atas segala toleransi dan tunjuk ajar
sepanjang melaksanakan kajian ini.
Jutaan dan ribuan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak kerana di
atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.
Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada semua pengajar dan
kakitangan akademik KSKB Sultan Azlan Shah terutamanya dalam Jurusan
Diploma Pembantu Perubatan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat semua ahli kumpulan ini
kerana telah bersama sama bertungkus-lumus bagi menyiapkan kajian dan
seterusnya rakan-rakan seperjuangan, Pelatih Diploma Pembantu Perubatan
ambilan Januari 2013/Kump.32 yang terlibat sama membantu menjayakan
projek penyelidikan ini.
Berkat kerjasama dan usaha dari semua pihak, kajian ini akhirnya
mencapai jalan penamatnya dan diharapkan agar dapat dinilai dengan baik.
Sekian, terima kasih.
4
ABSTRAK
Dewasa ini, masalah kesihatan seringkali menjadi isu yang hangat
diperkatakan. Saban hari, jumlah mortaliti semakin meningkat disebabkan
penyakit-penyakit kronik seperti Diabetes Mellitus,Hipertensi, serta masalah
jantung. Kajian yang dijalankan ialah mengenai ‘Tahap Pengetahuan
Mengenai Kadar Pengambilan Kalori Yang Diperlukan Dalam Kalangan Ahli
Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak. Kajian ini dijalankan bagi mengukur
tahap pengetahuan ahli tersebut mengenai keperluan kalori. Pengetahuan
kalori sangat penting kerana kalori merupakan sejenis jumlah tenaga yang
dijana oleh badan. Sekiranya kalori tersebut tidak dibakar, maka berlakunya,
lemak berlebihan dalam badan seterusnya mengundang kepada penyakit
kronik seperti diatas. Pengkaji telah memilih teknik deskriptif dan kuantitatif.
Design atau bentuk kajian ini dipilih kerana ianya memudahkan penyelidik di
dalam menjalankan kajian tanpa memerlukan perbandingan data yang akan
diperolehi dengan data kawalan. Kaedah ini dilakukan secara tinjauan dan
gambaran berkaitan fenomena dalam kehidupan sebenar berkaitan ciri-ciri
individu, situasi, atau kumpulan. Sampel populasi yang diambil adalah
seramai 30 orang yang dipilih secara rawak di Kelab Nutrisi Taman
Perpaduan, Perak. Kesemua responden yang diambil adalah daripada
golongan berumur dari 18 tahun hingga 30 tahun yang mempunyai latar
belakang yang berlainan, taraf pendidikan yang berbeza serta status
pekerjaan yang berbeza. Tempat yang dipilih ialah sebuah kelab iaitu Kelab
Nutrisi Taman Perpaduan, Perak. Kawasan ini dipilih sebagai lokasi
5
penyelidikan kerana terdapatnya sebuah kelab yang diberi nama Kelab
Rakan Sihat. Kelab Rakan Sihat ini merupakan tempat yang ideal bagi
individu yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat melalui saranan
pengambilan kalori yang mengikut keperluan. Setelah kajian dijalankan,
ternyata masyarakat di Malaysia yang semakin berusia lebih mengetahui
tentang keperluan kalori yang betul. Hal ini mungkin disebabkan penyakit
kronik berlaku seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu, mereka
mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengawal kalori yang terdapat
dalam badan. Bagi meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat Malaysia
khususnya generasi muda, beberapa cadangan harus dikemukakan.
Antaranya ialah mengadakan pendidikan kesihatan, mengedarkan risalah,
serta melakukan aktiviti yang dapat membakar kalori.
6
ABSTRACT
Nowadays, health problems have been a great issue. Every single
day, mortalities number are increasing caused by chronic diseases such as
Diabetes Mellitus, Hypertension, and heart problem. The research is about ‘
Knowledge Level of Calories Intake That Needed Among Nutrition Club
Participants in Taman Perpaduan,Perak. This research was done to
measure knowledge level of the participants about calories needed.
Knowledge about calories are very significant because it is an enegy that
generated by a body. If the calories not burned, then fat in the body will
exceeding in the body then finally can cause chronic diseases as mentioned
above. Researcher had choosen descriptive and quantitative technique. This
design had choosen because it it easier for researcher to run this research
without doing comparison data with controllable data. The method of this
research is observing and imagining about the phenomena in real life
regarding individual characteristics, situation, and a group. Sample of
population had taken about 30 participants randomly among Nutrition Club
Participants from 18 to 30 that have different background, different education
level and different job status. The location is Nutrition Club Taman
Perpaduan. it is choosen because it has a club named Healthy Friend Club.
It is a very ideal place for any individu that having healthy lifestyle through
suitable calories needed. After the research has been done, people in
Malaysia that getting older are very know about the true calories intake. That
may because chronic diseases commonly for older peoples. They should
7
have a healthy lifestyle by control the calories that contain in the body. For
improving the knowledge people in Malaysia especially among the young
generation, a few suggestions can be considered such as health education,
distribute the pamplets, and do for activities that can burn calories.
8
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN 01
PENGHARGAAN 02 - 03
ABSTRAK 04 - 05
ABSTRACT 06 - 07
SENARAI KANDUNGAN 08 - 10
BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENGENALAN 11 - 17
1.2 KENYATAAN MASALAH 18 - 21
1.3 JUSTIFIKASI KAJIAN 21 - 22
1.4 OBJEKTIF KAJIAN 23
1.5 DEFINISI ISTILAH 24 - 25
1.6 RUMUSAN 25
BAB 2 KAJIAN SEMULA 26 - 33
9
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 METODOLOGI KAJIAN 34 - 35
3.2 KAEDAH KAJIAN 35 - 36
3.3 SAMPEL POPULASI 36
3.4 TEMPAT KAJIAN 37
3.5 PERLAKSANAAN DAN PROSEDUR KAJIAN 38
3.6 KAJIAN RINTIS / PILOT STUDY 38 - 39
3.7 CARA PENGUMPULAN DATA 39
3.8 ANALISIS DATA 39 - 40
3.9 ISU ETIKA 40
3.10 LIMITASI KAJIAN 41
BAB 4 PENEMUAN / PENGANALISAAN DATA 42 - 57
BAB 5 PERBINCANGAN 58 - 63
10
BAB 6 RUMUSAN
6.1 RUMUSAN 64 - 66
6.2 CADANGAN 67 - 69
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI 70 - 72
LAMPIRAN A : BORANG PROPOSAL -
LAMPIRAN B : CARTA BUIH -
LAMPIRAN C : CARTA GANTT -
LAMPIRAN D : BORANG SOAL SELIDIK -
LAMPIRAN E : SURAT KEBENARAN -
11
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kalori adalah sejenis unit tenaga. Perkataan ini berasal daripada Bahasa
Perancis yang mengambil perkataan Latin calor (haba). Kalori telah
digantikan dengan unit S.I Joule dalam kebanyakan bidang, namun ia masih
lagi digunakan dalam konteks tenaga yang diperoleh daripada makanan.
12
Terdapat beberapa takrifan kalori pada abad ke 19 dan 20, semuanya
terbahagi kepada :
1) Kalori gram merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan
suhu 1g sebanyak 1 darjah selsius. Tenaga ini sebanyak 4.184 J
2) Kalori kilogram pula merupakan tenaga yang diperlukan untuk
menaikkan suhu 1kg air sebanyak 1 darjah selsius. Tenaga ini
sebanyak 4.184 kJ dan sama dengan 1000 kalori gram.
Dalam konteks sains, ‘kalori’ biasanya merujuk kepada kalori gram, dan
simbol unit ini ialah cal.Awalan S.I boleh digunakan dengan unit ini. Kalori
juga digunakan untuk mengukur tenaga badan. Kita memerlukan kalori yang
mencukupi untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil dan dimakan dalam
kuantiti yang banyak dan berlebihan lalu tidak dibakar, ia akan ditukar
menjadi lemak dan di simpan di dalam badan sebagai lemak berlebihan.
Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan boleh
menjejaskan serta membahayakan kesihatan masyarakat. Masyarakat
seharusnya mengetahui kadar pengambilan kalori mengikut keperluan
badan masing-masing dengan mengira kalori dalam makanan. Biasanya
setiap produk makanan yang dijual ada kiraan kalorinya pada bahagian
“maklumat pemakanan” dam kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab
berat dalam “gram” nutrisi berikut denga nombor pekali yang disenaraikan
bagi setiap kumpulan makanan.
13
Contohnya :
Karbohidrat : di ( x 2 ) untuk setiap gram.
Protein : di ( x 4 ) untuk setiap gram.
Lemak : di ( x 9 ) untuk setiap gram.
Sebagai contoh, satu hidangan sos cili mengandungi :
Karbohidrat : 53 g (53 g x 2 = 106 kalori )
Protein : 1 g (1 g x 4 = 4 kalori )
Gula (juga karbohidrat ) – 16 g (16 g x 4 =64 kalori)
Oleh yang demikian satu tuangan sos cili mengandungi 174 kalori.
Kalori sangat penting kerana badan kita mendapat kalori/tenaga untuk
melakukan aktiviti fizikal melalui makanan yang kita makan. Kita perlu
mengira kadar kalori harian yang diperlukan oleh badan supaya tidak
berlakunya pengambilan kalori yang berlebihan atau berkurangan dengan
keperluan badan. Pengiraan kalori adalah berdasarkan tinggi, berat, umur,
jantina dan aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.
Pengambilan makanan secara berlebihan dan kalori melebihi apa yang
diperlukan oleh badan boleh menjerumuskan diri kepada berat badan yang
berlebihan seterusnya kepada obesiti. Tubuh kita memerlukan kalori untuk
melakukan fungsi yang berbeza dan kalori diperolehi daripada pelbagai jenis
14
makanan yang kita ambil. Kita harus menjadikan rutin untuk membelek
“nutritious facts” yang ada pada bungkusan makanan. Kita dapat lihat kalori
makanan biasanya diletakkan pada bahagian atas sekali dan dilabel sebagai
tenaga dengan unit “kcal”. 1 kalori bersamaan 1 kcal. Formula untuk mengira
keperluan kalori yang diperlukan oleh badan mengikut jantina adalah seperti
berikut :
Lelaki : 66 + ( 13.7 x berat dalam kg ) + ( 5 x tinggi dalam cm ) - ( 6.8 x umur
dalam tahun )
Perempuan : 655 + ( 9.6 x berat dalam kg ) + ( 1.8 x tinggi dalam cm ) – (4.7
x umur dalam tahun )
Contoh yang dikira untuk seorang perempuan dewasa yang berumur 28
tahun, mempunyai berat badan 90kg dengan ketinggian 161cm.
Perempuan = 655 + ( 9.6 x 90kg ) + ( 1.8 x 161cm ) – ( 4.7 x 28 )
= 655 + 864 + 289.8 – 131.6
= 1808.8 – 131.6
= 1677.2 kcal/day
Kita perlulah tahu dan mengambil tahu berkaitan kadar pengambilan
kalori yang diperlukan oleh badan kita dan haruslah bersesuaian dengan
aktiviti fizikal yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Kalori yang diambil
ini perlulah digunakan dan dibakar bagi mengelakkan kalori ditukarkan
15
menjadi lemak dalam badan sekiranya tidak digunakan. Perlu diingatkan
bahawa setiap 8000 kalori yang terkumpul dan tidak dibakar akan
menaikkan 1kg berat badan dari berat badan asal. Manakala untuk
mengurangkan berat badan, kalori seharian perlu dikurangkan sebanyak 500
kalori iaitu 300 kalori daripada pemakanan dan 200 kalori lagi daripada
aktiviti olahraga. Untuk menambahkan berat badan, keperluan kalori harian
yang diambil perlulah ditambah sebanyak 500 kalori. Untuk mengekalkan
berat badan yang ideal pula, kalori harian yang diambil perlulah mengikut
keperluan kalori yang diperlukan oleh badan kita. Secara umumnya,
keperluan kalori harian yang diperlukan oleh golongan lelaki adalah
sebanyak 1800 kalori manakala untuk golongan perempuan pula adalah
sebanyak 1500 kalori sehari.
Contoh menu untuk 1800 kalori adalah seperti berikut :
Sarapan ( 8.00 am ) = 2 keping sandwich telur + 1 cawan teh dengan susu
rendah lemak.
Minum pagi ( 10.00 am ) = 1 biji kuih + 1 cawan teh o dengan 1 sudu teh
gula.
Makan tengahari ( 1.00 pm ) = 2 cawan nasi putih + 1 keping ikan tenggiri
masak asam
½ cawan terung tumis berlada + 1 keping
tempe goreng
½ biji jambu batu + 1 gelas air kosong.
16
Minum petang ( 4.30 pm ) = 1 biji bun bijirin penuh + 1 gelas susu coklat
rendah lemak.
Makan malam ( 8.00 pm ) = 1 ½ cawan nasi putih + 1 keping dada ayam
masak halia +
1 mangkuk sup petola + 2 biji pisang emas + 1
gelas air.
Contoh menu untuk 1500 kalori adalah seperti berikut :
Sarapan ( 8.00 am ) = 2 keping sandwich keju + 1 cawan kopi susu rendah
lemak.
Makan tengahari ( 1.00 pm ) = 1 ½ cawan nasi putih + 1 ekor ikan kembung
masak kari +
½ cawan sayur kalian + 1 keping tempe
goring + 1
potong buah betik + 1 gelas air kosong.
Makan malam ( 8.00 pm ) = 1 ½ mee cawan goreng ( isi ayam + sayur +
tauhu ) + 1potong nenas + 1 gelas air kosong.
Manakala contoh berkaitan pengambilan kalori dan penggunaan
tenaga untuk membakar semula kalori yang diambil adalah seperti berikut;
teh tarik dan roti canai 420 kcal, perlu berjogging selama 60 minit; nasi
tomato 600 kcal, perlu berjalan selama 3 jam; nasi goreng 600 kcal, perlu
17
lompat tali ( skipping ) selama 60 minit; char kuetieu 730 kcal, perlu
berenang selama 3 jam; mee kari 450 kcal, perlu perlu mengemop lantai
selama 2 jam 5 minit; nasi lemak yam goreng 690 kcal, perlu berlari selama
2 jam; nasi beriani 830 kcal, perlu bermain golf selama 3 jam; kuetiau goreng
670 kcal, perlu menggosok pakaian selama 4 jam 50 minit; mee goreng 580
kcal, perlu bermain bola sepak selama 1 jam 25 minit; burger 370 kcal,perlu
bermain badminton selama 1 jam 20 minit.
Oleh itu, pengamalan diet yang sihat dan pengambilan kalori
makanan mengikut badan sangat penting untuk mengekalkan berat badan
yang ideal. Pengambilan kalori yang berlebihan dan tidak dibakar semula
melalui aktiviti fizikal seharian seperti olahraga akan disimpan dalam tubuh
sebagai lemak terutama di bahagian perut, paha, pinggul dan lengan
seterusnya memberikan kita risiko untuk mendapat berat badan berlebihan
dan seterusnya membawa kepada masalah obesiti yang jelas boleh
menjejaskan taraf kesihatan tubuh badan seseorang.
18
1.2 Pernyataan Masalah
Masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi. Jika dahulu,
kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan
vitamin tetapi hakikat hari ini telah berubah di mana masyarakat mengalami
masalah kesihatan disebabkan terlebih makan atau pengambilan kalori
melebihi keperluan yang diperlukan oleh badan dan seterusnya berlanjutan
kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan kegemukan atau
obesiti. Hampir 350 juta orang dewasa di seluruh dunia dilaporkan
menghidap diabetes, iaitu dua kali ganda sejak 1980, berdasarkan satu
kajian diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet bertarikh 25 Jun 2011.
Melalui petikan akhbar Utusan Malaysia Jumaat 15 November
2013,Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke
atas mengambil 2,500 kilokalori (kcal) sehari. Angka tersebut melebihi
daripada jumlah disarankan iaitu 2,000 kcal sehari untuk lelaki dewasa dan
1,500 kcal untuk wanita dewasa. Mengenali Malaysia sebagai “syurga
makanan”, membuatkan rakyatnya sukar untuk menolak “godaan” sekali gus
menjerumuskan masyarakat di negara sebagai antara yang menghadapi
ancaman obesiti. Secara umumnya pengambilan lebihan 500 kcal sehari
boleh meningkatkan berat badan sebanyak setengah hingga sekilogram
dalam seminggu atau dua hingga empat kilogram dalam sebulan. Apatah
19
lagi jika ia tidak disusuli dengan aktiviti kecergasan. Memburukan lagi
keadaan apabila kesedaran dan pengetahuan tentang jumlah kalori yang
perlu diambil dalam kalangan masyarakat masih rendah.
Saintis dari Kolej Imperial London dan Universiti Harvard menganalisis
gula dalam darah 2.7 juta orang berumur 25 tahun ke atas di seluruh dunia
dan menggunakan keputusan itu untuk menganggarkan jumlah pesakit
diabetes. Kajian itu menyatakan jumlah penghidap diabetes meningkat dua
kali ganda dari 153 juta orang pada 1980 kepada 347 juta orang pada 2008.
Tahap gula yang tinggi dalam darah dan diabetes membunuh tiga juta orang
di seluruh dunia setiap tahun. Pengkaji kajian itu berkata, dua faktor utama
yang mengakibatkan peningkatan penghidap diabetes adalah hidup yang
lama dan berat badan berlebihan atau lebih dikenali dengan obesiti. Obesiti
juga merupakan satu masalah kesihatan berat badan yang terlampau yang
amat serius. Lebih dari 1 billion penduduk dunia gemuk.
Obesiti adalah masalah kesihatan, bukan tanda kekayaan. Ramai orang
dewasa dan kanak-kanak gemuk. Kanak-kanak dan remaja sekarang lebih
gemuk dari dahulu. Ia berbeza dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol
yang menurun di kebanyakan rantau. Di Malaysia pula, menurut kaji selidik
Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta
penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu. Ketua Pengarah
Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, menurutnya, perangkaan
daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31
peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006
bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
20
Menurutnya lagi, antara faktor yang menyumbang peningkatan jumlah
penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat
badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum
alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.
Penyakit yang wujud dalam masyarakat sekarang adalah kerana
manusia tidak mengikut peraturan yang telah disusun oleh Allah SWT dan
mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia berlaku
akibat kelalaian dan kealpaan manusia itu sendiri kerana tidak menjaga
keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan adalah penting untuk kita
mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun, disebabkan kegagalan inilah
menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit.
Seperti mana yang termaktub dalam surah ar- Ruum ayat 41 di mana
Allah mengingatkan kita bahawa kerosakan di muka bumi ini adalah akibat
daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab
dan merasakan akibat daripada perbuatan tersebut. Pemakanan yang baik
mula mempengaruhi kesihatan tubuh sejak daripada kita kecil lagi. Ia juga
membantu menguatkan sistem imun pada masa kini dan masa hadapan
serta menguatkan sistem daya ketahanan semula jadi tubuh badan. Nikmat
kepelbagaian sumber makanan yang dianugerahkan Allah memerlukan
kebijaksanaan seseorang individu untuk memilih makanan agar tidak
mencampakkan dirinya dalam kebinasaan. Pemakanan memainkan peranan
penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. Kita pernah
21
mendengar pepatah Inggeris yang menyatakan ‘We Are What We Eat’ yang
bermaksud kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu, sekiranya kita ingin
sihat, kita seharusnya mengamalkan makan secara sihat mengikut kalori
optimum yang diperlukan oleh badan.
1.3Justifikasi Kajian
Justifikasi kajian merupakan sebab mengapa kajian tersebut ingin
dijalankan. Kajian tersebut haruslah mempunyai kepentingan terhadap
penyelidik, responden serta sesebuah organisasi.
Justifikasi kajian yang dijalankan terhadap penyelidik ialah penyelidik
dapat mencari maklumat serta ilmu yang lebih mendalam mengenai tajuk
yang dijalankan. Selain itu, penyelidik jugak sedar akan permasalahan yang
berlaku dewasa ini sehinggakan tercetusnya idea bagi menjalankan kajian
yang berkaitan pengambilan kalori. Melalui maklumat yang dicari, ternyata
masyarakat Malaysia mempunyai kadar obesiti yang tinggi pada era 2015
ini. Justeru, penyelidik berpendapat bahawa pengambilan kalori yang betul
amat penting bagi mengurangkan kadar obesiti di Malaysia.
Responden yang akan dipilih merupakan populasi dari Kelab Nutrisi
taman Perpaduan. pemilihan tersebut dilakukan bagi menguji tahap
pengetahuan responden dari ahli kelab tersebut kerana secara majoritinya
ahli dari kelab tersebut mempunyai masalah berat badan. Oleh yang
22
demikian, kajian ini akan menentukan sama ada masyarakat yang
mengalami masalah berat badan sedar ataupun tidak akan kepentingan
pengambilan kalori yang diperlukan oleh badan mereka.
Bagi sesebuah organisasi pula, kajian ini mempunyai justifikasi yang
tersendiri kerana sebagai staf kesihatan, kita sudah sedia maklum bahawa
pengetahuan dalam perawatan dan bidang kesihatan amat lah penting
dalam merawat pesakit. Justeru, tubuh badan yang sihat sangat penting
dalam agar tugas dapat dijalankan dengan baik. Maka dengan itu, kajian ini
dijalankan bertujuan agar organisasi ini dapat mengamalkan gaya hidup
sihat berpandukan kalori yang ditetapkan.
23
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut :
Objektif Am :
Mengetahui Tahap Pengetahuan Mengenai Kadar Pengambilan Kalori Yang
Diperlukan Dalam Kalangan Ahli Kelab Nutrisi Di Taman Perpaduan.
Objektif Spesifik :
i. Mengenalpasti Tahap Pengetahuan Ahli Kelab Nutrisi Taman
Perpaduan Mengenai Pengambilan Kalori Yang Betul.
ii. Mengetahui Tahap Pengetahuan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan
Mengenai Kesan Pengambilan Makanan Mengikut Keperluan Kalori
Yang Betul.
iii. Mengenalpasti Cadangan Atau Langkah Terhadap Pengambilan
Makanan Mengikut Keperluan Kalori Yang Kurang Betul.
24
1.5 Definisi istilah
Penyelidik telah mendefinisikan beberapa istilah mengikut konteks kajian
yang dijalankan dengan melibatkan definisi istilah dan operasional. Ini
adalah seperti yang dinyatakan Marican (2005) di mana definisi operasi
menghubungkan konsep kepada sesuatu yang boleh diperhatikan dan
dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur dan dimanipulasi. Secara
definisi mengikut konteks kajian adalah seperti berikut:
1) Tahap Pengetahuan
Tahap pengetahuan ialah nilai pemikiran ilmu serta ilmu terhadap
sesuatu perkara, kejadian, gambaran, objek, perlakuan dan juga tindak
balas terhadap kesan. Bagaimanapun, dalam konteks kajian ini
pengetahuan bermaksud penilaian ahli kelab nutrisi mengenai
kepentingan pemakanan seimbang melalui pengaplikasian pengamalan
pemakanan seimbang.
2) Kadar
Pengukuran terhadap sesuatu kauntiti ataupun frekuensi.
3) Pengambilan Kalori
25
Pengambilan kalori bermaksud jumlah yang diperlukan bagi mengukur
unit tenaga yang diperlukan oleh badan. Jika kalori diambil dalam kadar
yang berlebihan, maka perkara tersebut boleh menyebabkan seseorang
individu mengalami kenaikan berat badan.
4) Yang Diperlukan
Sesuatu yang harus digunakan dan amat penting
5) Dalam Kalangan
Merupakan suatu tempat yang dipenuhi dengan masyarakat .
1.6 Rumusan
Oleh itu, pengamalan diet yang sihat dan pengambilan kalori makanan
mengikut keperluan badan sangat penting untuk mengekalkan berat badan
yang ideal. Sekiranya pengambilan makanan yang berlebihan tidak dibakar
semula melalui aktiviti senaman, maka ia akan disimpan di dalam tubuh
badan sebagai lemak terutama sekali di bahagian perut, peha, pinggul dan
lengan. Kesannya, ia akan mendatangkan risiko untuk mendapat untuk
mendapat berat badan berlebihan seterusnya obesity yang boleh
menjejaskan kesihatan kita.
26
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
Kajian literatur merupakan salah satu bab yang penting kepada seseorang
penyelidik untuk menjalankan kajian. Oleh itu, bab ini telah memberi ulasan
mengenai segala bahan bacaan yang berkaitan menerusi penghasilan buku
berunsur ilmiah, rencana, artikel surat khabar, sumber dari internet dan
kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan dengan amalan pemakanan
seimbang di kalangan pelajar. Hasil dapatannya dicatatkan sebagai rujukan
penyelidikan. Sumber-sumber ini amat berguna sebagai rujukan tambahan
kepada penyelidik agar setiap penyelidikan dan kajian yang dijalankan
seharusnya mempunyai bukti-bukti kukuh untuk menyokong hujah yang
diperbincangkan.
27
Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang
seimbang. Diet yang seimbang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan pada
kadaryang betul(NCCFN, 2005).Diet ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara, namun
demikian ia harus mengandungi amaun karbohidrat, lemak, protin, vitamin, mineral,serat
dan air yang mencukupi (NCCFN, 2005).Makanan diletakkan pada aras yang
berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan kepada nilai nutrien utama
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan dengan nilai nutrien
tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang
mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan pada puncak piramid makanan.
Jumlah amaun makanan yang dibenarkan adalah berbeza di antara individu.
Oleh itu pemilihan makanan harus mengikut bahagian yang dinyatakan
dalam panduan piramid makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011).
Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid mengikut turutan,
pilihan terbaik dan perlu dimakan paling banyak adalah daripada aras satu
atau dasar piramid, dan makanan dari aras puncak piramid makanan perlu
diambil dengan kadar paling sedikit (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2011).
Kesihatan merupakan salah satu keperluan paling penting dalam
masyarakat yang akan menentukan peningkatan, keamanan, dan
pembangunan masyarakat. Ia adalah satu fakta yang diterima oleh hampir
semua orang hari ini bahawa pemakanan yang mencukupi dan seimbang
merupakan asas kesihatan. Menurut Rahmah (1999) pula, pemakanan memberi
kesan kepada kesihatan seseorang. Perubahan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita
28
dan ini termasuklah perubahan dari segi amalan pemakanan. Bender (1997)
menyatakan bahawa situasi pemakanan sedunia telah berkembang dengan
dramatiknya sejak 30 tahun kebelakangan ini. Takrif pemakanan yang mencukupi
dan seimbang ditakrifkan sebagai pengambilan yang cukup bagi setiap
nutrien yang diperlukan dan penggunaan yang betul bagi setiap kelas
makanan untuk pertumbuhan, pemulihan, dan fungsi badan (Baysal, 2002).
Manakala menurut U.S.Food and Drug Administration dalam Suriati dan
rakan-rakan (1993), pemakanan yang sihat ialah makanan seimbang yang
mengandungi 6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi
,3-5 hidangan daripada kumpulan sayuran, 2-4 hidangan daripada kumpulan
buah-buahan, 2-3 hidangan daripada kumpulan daging, ayam, ikan, telur
dan kekacang, 2-3 hidangan daripada kumpulan hasilan tenusu iaitu susu ,
keju dan dadih. Manakala lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang
mungkin.
Amalan pemakanan manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), di antara faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan makanan ialah keluarga dan budaya, rakan-rakan,
kepercayaan agama, emosi, kawasan geografi, pengiklanan serta nilai dan
gaya hidup. Kajian Hoolihan (2003) mengenai pemilihan makanan individu
pula mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien
termasuklah umur, jantina, tahap aktiviti, bangsa dan etnik, cara hidup,
persekitaran, sejarah keluarga dan pemendapan penyakit genetik. McBean
(1999) turut menyatakan faktor lain yang mempengaruhi amalan pemakanan
termasuk faktor genetik dan persekitaran. Manakala Blades (2001),
29
mendapati bahawa selain pengaruh individu dan organisasi, pemilihan
makanan turut dipengaruhi oleh ornagoleptik, sosio budaya dan faktor
biologi. Manakala Delisle (2005), pula melaporkan bahawa budaya, rakan
sebaya dan keluarga mampu mempengaruhi tabiat pemakanan dan beliau
turut menyatakan bahawa apabila tiada halangan dari segi ekonomi dan
keselamatan makanan, pemilihan makanan ditentukan oleh faktor-faktor
psikososial.
Nutrisi dapat diperolehi dari pelbagai sumber makanan dan kombinasi jenis
makanan yang sesuai dapat membekalkan nutrien yang mencukupi yang diperlukan
oleh tubuh. Faktor pendapatan turut menyumbang kepadakesihatan masyarakat
sesebuah negara.. Bender (1997) dalam kajiannya mengenai keperluan makanan abad
ke 21 menyatakan, diet ditentukan oleh faktor ekonomi, seperti harga barangan dan
pendapatan seseorang. Beliau turut menyatakan bahawa apabila pendapatan
seseorang itu meningkat, amalan diet yang seimbang turut meningkat. Ini seterusnya
memberi kesan kepadaproduktiviti negara. Selain itu, sosioekonomi sesebuah keluarga
turut menentukan jenis makanan yang diambil untuk mendapatkan nutrien yang
diperlukanoleh badan(KKM,2000).
Nutrisi yang sihat difahami secara berbeza oleh pelbagai negara dan
budaya.Menurut UNESCO (2004), secara umumnya nutrisi yang sihat adalah
gabunganmakanan, kesihatan dan penjagaan diri dalam kehidupan seharian yang
menyumbangkepada psikologi, mentaldan kehidupan sosial individu. Menurut Stroper
30
(2003), ahlinutrisi telah meningkatkan penumpuan dalam membantu pengguna
membuat perkaitandi antara makanan yang sihat dengan persekitaran yang sihat.
Selain daripada itu, amalan gaya hidup moden merupakan salah satu
faktor yang menunjangi masalah ini. Pada zaman millennia yang serba
canggih dan pantas kini, semua orang terlalu sibuk dengan hal dan kerjaya
masing-masing hingga mengabaikan pengambilan pemakanan seimbang
dalam kehidupan seharian mereka. Menurut Tesler (2003), untuk mengubah tabiat
pemakanan adalah sukar, maka persekitaran yang menjadikan makanan yang
berkhasiat mudah diperolehi dan di dalam pilihan yang banyak perlu
diwujudkan.Mereka lebih gemar mengambil makanan segera dan tidak
berkhasiat seperti mi segera, minuman berkarbonat, burger dan sebagainya.
Saintis di seluruh dunia mendapati bahawa makananmakanan tersebut tidak
dapat menampung keperluan zat yang diperlukan oleh badan. Tambahan
pula, ia turut menjadi punca utama kepada penyakit kronik seperti obesiti
(Govindji et al., 2002).
Keperluan berbeza sepanjang hayat, bergantung kepada perubahan
fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti tumbesaran, taraf kesihatan
dan aktiviti yang dilakukan (Zainab, 2000). Menurut beliau, golongan dewasa
lanjut usia memerlukan makanan yang kurang disebabkan aktiviti yang
berkurangan berbanding golongan yang muda dan aktif. Keperluan juga
bergantung kepada cara hidup. Contohnya, pengambilan kopi, teh, alkohol,
dan rokok boleh menghapuskan nutrien dalam badan kita (Zainab, 2000).
31
Menurut Zainab, Pegawai Zat Makanan Negeri, Jabatan Kesihatan
Negeri Sarawak (2001), diet sihat mengandungi semua zat makanan
(nutrien) yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan
dan kelebihan zat makanan dan menjaminkan kesihatan. Diet sedemikian
boleh didapati dari pelbagai makanan yang mudah didapati, mampu dibeli
dan dinikmati oleh sesiapa sahaja. Makanan yang baik bukan sahaja
kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi juga mesti seimbang. Ini
bermakna makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas makanan
dalam kadar yang betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan.
Makanan dan minuman mempunyai kesan yang besar terhadap
pertumbuhan, kesihatan rohani dan jasmani. Kedua-duanya juga
membentuk keperibadian dan perwatakan manusia. (Ensiklopedia Islam
Edisi 4, 2003).
Menurut Kamus Cambridge (2015), kalori dari aspek pemakanan
bermaksud merupakan satu unit yang diukur bagi menentukan amaun
tenaga untuk makanan yang dibekalkan ketika makanan tersebut dimakan
lalu dicernakan. Manakala dari aspek saintifik, kalori bermaksud merupakan
satu unit yang bersamaam dengan jumlah tenaga yang diperlukan dalam
meningkatkan suhu satu gram air bagi satu darjah selsius.
Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan
kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein,
32
dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat 9 kalori
setiap gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan.
Oleh itu, makanan yang tinggi lemak mempunyai kadar kalori yang tinggi.
Manakala makanan yang tinggi kandungan air seperti sayur mempunyai
kadar kalori yang tinggi.
Jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri (2013) berkata, tubuh
seseorang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil
terlalu banyak dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan
dalam badan.Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan
membahayakan kesihatan.Ramai orang tidak tahu jumlah keperluan kalori
mereka sehari. Apa yang mereka tahu, menambah, mengurangkan atau
mengekalkan berat badan tanpa mengetahui berapa jumlah sebenar
keperluan kalori mereka.Jika kita tidak tahu berapa keperluan kalori, sukar
untuk kita melakar pelan diet yang benar-benar berkesan bagi tubuh badan
kita. Menurut Kevin, keperluan kalori seseorang bergantung kepada lima
faktor utama seperti jantina, berat, tinggi, umur dan gaya hidup. Lima faktor
itu juga dikenali sebagai Kadar Metabolik Aktif.
Individu perlu menentukan penggunaan dan pengambilan tenaga
seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya
pengambilan tenaga yang lebih dari yang diperlukan, badan akan
menyimpan lebihan lemak di dalam hati dan otot-otot sebagai glikogen dan
di bawah kulit dalam bentuk lemak. (jika kelaparan berlaku, simpanan lemak
33
ini akan digunakan.) bagi setiap 3500 kalori yang disimpan, berat badan
akan naik lebih kurang 450 gram.walau bagaimanapun, bilangan kalori yang
diperlukan bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz,
cara hidup, komposisi badan dan keturunan. (Zainab, 2000).
Menurut Rahmat (2012), diet yang sihat membantu tumbesaran dan
membolehkan manusia bekerja secara proaktif dan merasa selesa. Beliau
turut menyatakan bahawa pilihan makanan membantu mengurangkan risiko
penyakit kronik seperti sakit jantung. Kanser, penyakit kencing manis, strok,
dan osteoporosis. Diet yang sihat juga mampu mengurangkan faktor risiko
utama kepada penyakit kronik seperti kegemukan, tekanan darah tinggi, dan
paras kolestrol yang tinggi dalam darah.
Pendapat Zeigler et al.(1998) pula turut menyatakan bahawa pengambilan
nutrien dan tenaga yang tidak mencukupi dalam jangka masa yang panjang akan
mengakibatkan kehilanganjisim otot, pembesaran terbantut, masalah kehilangan selera
makan dan osteoporosis. Manakala “Timbalan Menteri Kesihatan berkata, terdapat kira-
kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya
semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita
mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.” (Hilmi Yahaya, 2013)
34
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Metodologi Kajian
Dalam menjalankan sebuah kajian, metodologi yang digunakan adalah
berbeza dari segi penggunaan alat, sampel populasi serta kawasan kajian.
Terdapat sesetengah kajian menggunakan kaedah yang berlainan dan
menghasilkan keputusan yang baik. Bagaimanapun, menggabungkan
beberapa kaedah dalam sesebuah kajian akan menjadikan kajian tersebut
kompleks dan sukar untuk dilaksanakan.
35
Dalam kajian yang dijalankan, soalan-soalan yang akan berbangkit
adalah bergantung kepada isu semasa , bidang kajian, sampel populasi
yang diambil, responden yang terlibat sama ada ahli pasif ataupun yang aktif
akan diambil kira untuk menjayakan kajian ini .Setelah menetapkan semua
aspek ini, satu kaedah metodologi akan dipilih bagi melaksanakan kajian ini
dan untuk memperolehi satu keputusan yang memuaskan.
3.2Kaedah Kajian
Setelah itu penyelidik mendapati bahawa kajian ini perlu diberi perhatian
tentang bentuk atau cara untuk melakukan kajian ini. Pengkaji memilih teknik
deskriptif dan kuantitatif. Design atau bentuk kajian ini dipilih kerana ianya
memudahkan penyelidik di dalam menjalankan kajian tanpa memerlukan
perbandingan data yang akan diperolehi dengan data kawalan. Kaedah ini
dilakukan secara tinjauan dan gambaran berkaitan fenomena dalam
kehidupan sebenar berkaitan ciri-ciri individu, situasi, atau kumpulan..
Pendekatan ini dipilih kerana jalan pendekatannya akan menjadikan
kajian ini lebih terperinci dan sistematik. Satu komponen yang besar dalam
kajian ini adalah Kajian Semula. Secara umumnya, kajian semula akan
mengkaji dan mengembangkan secara terperinci tentang beberapa kajian
yang pernah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu. Hal ni bermaksud
kajian-kajian yang terdahulu dijadikan sumber rujukan bagi membuktikan
bahawa kajian yang akan dijalankan mempunyai nilainya.
36
Pendekatan deskriptif terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek kualitatif
dan aspek kuantitatif. Aspek kualitatif bermaksud fakta-fakta dan data-data
yang tidak boleh dikira seperti tahap pengetahuan dan pemahaman tentang
sesuatu perkara di dalam sesebuah komuniti. Manakala aspek kuantitatif
bermaksud aspek yang boleh dikira serta penghuraian ciri-ciri melalui carta-
carta pai, graf dan jumlah keseluruhan dalam sesebuah kajian. Ini
merupakan proses sistematik dan subjektif yang digunakan untuk
menentukan kehidupan atau situasi sebenar.
3.3Sampel Populasi
Dalam menentukan responden yang akan dipilih, beberapa kriteria harus
diteliti bagi menjadikan kajian ini menghasilkan keputusan yang baik dan
memberansangkan. Kriteria seperti julat umur, golongan yang berkaitan
serta faktor-faktor luar yang mempengaruhi sesebuah komuniti itu turut
diambil kira. Ini perlu bagi merealisasikan kajian dan untuk mencapai objektif
yang telah dinyatakan.
Untuk kajian ini, sampel populasi yang diambil adalah seramai 30 orang
yang dipilih secara rawak di Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak.
Kesemua responden yang diambil adalah daripada golongan berumur dari
18 tahun hingga 30 tahun yang mempunyai latar belakang yang berlainan,
taraf pendidikan yang berbeza serta status pekerjaan yang berbeza. Satu
persampelan akan direka dan diuruskan dengan baik untuk memperolehi
data yang baik (Bloch 1999). Soal selidik yang berkaitan akan diberikan
37
kepada responden dan akan dijawab dan hasilnya akan dibincangkan
kemudian.
3.4Tempat Kajian
Tempat merupakan kawasan yang dipilih untuk melaksanakan kajian akan
dipilih berdasarkan beberapa faktor seperti tahap pendidikan di sesuatu
tempat itu, pendedahan kepada dunia luar serta pendedahan kepada
sebarang media massa atau elektronik. Di sini, objektif kajian akan
diperlihatkan untuk membezakan tahap pengetahuan responden kepada
kajian yang dijalankan.
Tempat yang dipilih ialah sebuah kelab iaitu Kelab Nutrisi Taman
Perpaduan, Perak. Kawasan ini dipilih sebagai lokasi penyelidikan kerana
terdapatnya sebuah kelab yang diberi nama Kelab Rakan Sihat. Kelab
Rakan Sihat ini merupakan tempat yang ideal bagi individu yang ingin
mengamalkan gaya hidup sihat melalui saranan pengambilan kalori yang
mengikut keperluan. Selain itu, lokasi yang amat strategik seperti berdekatan
dengan bandar memudahkan mengkaji untuk membuat kajian di lokasi
tersebut dari semasa ke semasa.
38
3.5 Perlaksanaan Dan Prosedur Kajian
Setelah memilih responden yang sesuai dengan tajuk kajian serta memilih
satu kawasan yang agak efektif untuk sesebuah kajian itu, terdapat
beberapa prosedur yang perlu dipatuhi untuk melaksanakan kajian ini.
Prosedur ini berbangkit untuk mengelakkan sebarang pertikaian dan salah
faham dari pihak tertentu serta mengelakkan sebarang masalah dan ketidak
bertanggungjawab dalam menjayakan kajian ini. Tujuan kajian juga perlu
dijelaskan kepada semua pihak agar kajian yang dijalankan berjalan lancar
dan mendapat kerjasama dari semua pihak.
Prosedur pertama yang perlu dipatuhi ialah mendapatkan surat
kebenaran untuk melaksanakan kajian ini daripada pihak berwajib dan
meminta izin daripada ketua kawasan terbabit untuk menjalankan kajian.
Setelah itu, kajian dijalankan kepada responden yang terlibat sambil
menerangkan segala objektif dan tujuan kajian yang dijalankan.
3.6 Kajian Rintis/Pilot Study
Sebelum borang kaji selidik diberikan kepada responden, satu kajian rintis
perlu dilakukan. Kajian rintis adalah di mana borang kaji selidik yang telah
siap dibuat akan diberikan kepada beberapa orang untuk diuji
keberkesanannya dahulu. Ini untuk mengelakkan sebarang kesalah fahaman
dan kecelaruan yang akan membuatkan responden tidak dapat menjawab
dengan baik. Hal ini dikhuatiri menyebabkan hasil keputusan yang akan
diperolehi tidak memuaskan. Sebanyak 5 orang responden dari Kelab Nutrisi
39
Taman Perpaduan akan dipilih bagi menjawab borang soal selidik yang akan
dikemukakan.
3.7 Cara Pengumpulan Data
Setelah borang kaji selidik diberikan kepada responden, dan setelah soalan-
soalan yang diajukan dijawab dengan baik, data dan maklumat akan
dikumpul untuk dianalisa. Data-data yang diperolehi akan dipersembahkan
melalui beberapa kategori di dalam graf dan carta berkaitan. Data akan
diproses menggunakan perisian komputer. Persembahan graf dan carta-
carta juga akan dijana oleh perisian komputer Microsoft Excel. Ini akan
memperlihatkan kekemasan data dan pengurusan data dengan baik.
Pengumpulan data atau maklumat disokong melalui sumber rujukan buku
ilmiah yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Kaedah kajian ini juga
amat murah dan penyelidik boleh melakukan pengumpulan data pada bila-
bila masa yang diperlukan. Responden akan diberi masa selama 15
sehingga 20 minit selepas diberi penerangan untuk mengisi borang soal
selidik. Borang soal selidik akan dikutip secara manual oleh penyelidik
sendiri pada hari sama.
3.8 Analisis data.
Penganalisaan data diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mudah seperti
jadual, graf, carta pai atau seumpamanya melalui bantuan perisian
komputer. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan deskriptif.
40
Deskriptif statistik digunakan untuk mengetahui frekuensi dan peratus
dalam Data Sosiodemografik. Bagi bahagian B dan C, iaitu soalan-soalan
mengenai (KAP), akan dihuraikan dari segi frekuensi dan peratus (%).
Keputusan frekuensi dan peratus akan dapat menentukan tahap
pengetahuan responden mengenai pendermaan organ.
3.9 Isu etika
Dalam melakukan kajian ini, beberapa isu perlu dijaga di dalam memastikan
setiap maklumat seperti latar belakang dan butiran peribadi responden
adalah sulit dan rahsia. Setiap maklumat peribadi tidak boleh didedahkan
secara terbuka tanpa persetujuan daripada responden samada secara lisan
atau bukan lisan bagi memastikan tidak ada dalam kalangan pihak
responden yang tersinggung. Pengkaji juga tidak mengganggu atau
mempertikaikan setiap jawapan daripada para responden dan sekali tidak
menyinggung atau mengganggu perasaan, tugas mahupun personaliti serta
keperibadian responden yang dipilih dalam menjalankan kajian.
41
3.10 Limitasi Kajian
Masa :
 Kekangan masa pelatih yang menjalani latihan klinikal merupakan
satu limitasi bagi mengadakan perjumpaan dengan penyelia kajian.
Hal ini kerana kebiasaannya pelatih akan berada di luar kawasan
kolej bagi menjalani latihan klinikal.
Pencarian sumber :
 Kami dapati bahawa kajian yang dijalankan menyebabkan kesukaran
mencari sumber dan bahan kerana amat sukar mencari perpustakaan
apabila berada di luar kawasan kolej.
Perjumpaan Ahli
 Kami dapati bahawa faktor lokasi penempatan klinikal yang berlainan
antara ahli telah menyukarkan proses perbincangan mengenai kajian
yang dijalankan.
42
BAB 4
PENEMUAN / PENGANALISAAN DATA
Seramai 30 orang responden lelaki dan perempuan yang terdiri daripada Ahli
Kelab Nutrisi yang telah dipilih secara rawak untuk diedarkan borang soal
selidik untuk membantu kajian ini. Borang soal selidik ini merangkumi tiga (3)
bahagian iaitu Bahagian A (maklumat peribadi responden) , Bahagian B
(merangkumi soalan yang berkaitan kajian yang dijalankan) iaitu mengkaji
tahap pengetahuan mengenai pengambilan kalori yang diperlukan dalam
kalangan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan dan Bahagian C pula
merupakan (Cadangan).
43
BAHAGIAN A
Untuk bahagian ini, maklumat peribadi responden yang diambil ialah jantina,
bangsa, umur dan agama.
Untuk jantina, hasil keputusan mendapati jantina lelaki seramai 13 orang
(43.33%) dan perempuan pula seramai 17 orang (56.67%).
Untuk pecahan taburan bangsa dan agama pula masing-masing berkongsi
bacaan yang sama. Responden berbangsa Melayu dan beragama Islam
adalah seramai 23 orang (76.67%) . Manakala, responden berbangsa Cina
dan beragama Buddha pula seramai 4 orang (13.33%). Responden yang
berbangsa India dan beragama Hindu direkodkan seramai 3 orang (10.00%).
43%
57%
Pecahan Jantina Responden Ahli Kelab
Nutrisi Taman Perpaduan
Lelaki Perempuan
44
Berikut merupakan carta pai responden mengikut bangsa dan agama
77%
13%
10%
Pecahan Bangsa RespondenAhli Kelab
Nutrisi Taman Perpaduan
Melayu Cina India
77%
13%
10%
Pecahan Agama Responden Ahli Kelab
Nutrisi Taman Perpaduan
Islam Buddha Hindu
45
Untuk umur, hasil keputusan mendapati responden yang berumur diantara
18-22 tahun seramai 4 orang (13.33%). Manakala, 8 orang (26.66%) dalam
lingkungan 23-26 tahun dan baki 18 orang (60.00%) berumur dalam 27-30
tahun.
60%
27%
13%
Pecahan Umur Responden Ahli Kelab Nutrisi
Taman Perpaduan
18-22 Tahun 23-26 Tahun 27-30 Tahun
46
BAHAGIAN B
Untuk bahagian ini, Tahap pengetahuan responden mengenai pengambilan
kalori diuji dengan beberapa set soalan tertutup. Soalan yang dipilih
berdasarkan tiga (3) faktor utama yang dikenalpasti mempengaruhi
pengetahuan responden. Tiga (3) faktor itu ialah Tahap Pengetahuan Asas
Mengenai Kalori , Kesan Pengambilan Kalori , dan Cadangan yang Dipilih.
Faktor pertama yang diuji dalam set soalan yang disediakan ialah
faktor tahap pengetahuan asas mengenai kalori. Untuk faktor ini, terbahagi
kepada empat (4) komponen kecil iaitu maksud kalori, cara pengiraan kalori,
pengetahuan mengenai kalori yang diperlukan dalam sehari serta
kepentingan pengambilan kalori yang betul . Berikut merupakan dapatan
data yang diperolehi.
47
Seramai 23 orang (76.67%) responden mengetahui apa itu kalori. Manakala
baki lagi 7 orang (23.33%) tidak tahu apa itu kalori.
Seramai 14 orang (46.66%) responden mengetahui cara pengiraan kalori.
Manakala baki lagi 16 orang (53.33%) tidak tahu untuk mengiranya.
Memahami definisi Kalori
56.67
6.67
Tahap Pengetahuan Responden
Mengenai Apa Itu Kalori
Ya Tidak
Mengetahui Cara Pengiraanya
46.66
53.33
Tahap Pengetahuan Responden
Mengenai Cara Pengiraan Kalori
Ya Tidak
48
Namun, Seramai 17 orang (56.67%) responden mengetahui kalori yang
diperlukan tubuh dalam masa sehari. Manakala baki lagi 13 orang (43.33%)
tidak tahu kadar keperluan kalori tubuh.
Mengetahui Kadar Keperluan Kalori Tubuh
56.67
43.33
Tahap Pengetahuan Responden
Mengenai Kadar Kalori yang
Diperlukan Tubuh Dalam Sehari
Ya Tidak
49
Akhir sekali dalam komponen kecil tahap pengetahuan responden, Seramai
17 orang (56.67%) responden mengetahui kepentingan pengambilan kalori
mengikut keperluan badan dengan julat yang betul. Manakala baki lagi 13
orang (43.33%) tidak tahu mengenainya
Faktor seterusnya yang diuji dalam set soalan yang disediakan ialah faktor
kesan pengambilan kalori. Untuk faktor ini, terbahagi kepada empat (4)
komponen kecil iaitu peningkatan berat badan, peningkatan penyakit kronik,
kurang aktif dan peningkatan perbelanjaan kos rawatan. Berikut merupakan
dapatan data yang diperolehi.
Mengetahui Kadar Keperluan Kalori
Tubuh
56.67
43.33
Tahap Pengetahuan Responden
Mengenai kepentingan Pengambilan
Kalori Mengikut Keperluan Badan
Dengan Julat yang Betul
Ya Tidak
50
Dari segi peningkatan berat badan, seramai 23 orang (76.67%) bersetuju
bahawa pengambilan kalori berlebihan akan menyebabkan peningkatan
berat badan Namun, baki 7 orang (23.3%) responden memilih untuk tidak
mempercayainya.
Selain itu, seramai 17 orang (56.67%) bersependapat bahawa pengambilan
kalori berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik. Namun, baki 13 orang
(43.33%) responden pula membangkang mengenai perihal ini.
Ya
77%
Tidak
23%
Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh
Menyebabkan PeningkatanBerat Badan
Ya
57%
Tidak
43%
Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh
Menyebabkan PeningkatanPenyakit
Kronik
51
Selain itu, seramai 17 orang (56.67%) bersependapat bahawa pengambilan
kalori berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kurang aktif.
Namun, baki 13 orang (43.33%) responden pula membangkang mengenai
perihal ini.
Ya
57%
Tidak
43%
Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh
Menyebabkan Seseorang Itu Menjadi Kurang
Aktif
52
Untuk komponen terakhir dalam faktor kesan pengambilan kalori, Seramai
18 orang (60.00%) bersependapat peningkatan perbelanjaan awam
merupakan kesan pengambilan kalori yang berlebihan . Namun , 12 orang
(40.00%) responden lain menyatakan mereka tidak mempercayainya.
Ya
60%
Tidak
40%
Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh
Menyebabkan PeningkatanKos
Perbelanjaan Rawatan
53
Faktor terakhir yang diuji dalam set soalan yang disediakan ini ialah faktor
Cadangan. Untuk faktor ini, terbahagi kepada empat (4) jenis cadangan yang
dipilih bagi mengenalpasti tahap pengetahuan seseorang dalam
pengambilan kalori iaitu jenis media, senaman, pengamalan diet makanan
berkalori rendah dan pemberian pendidikan kesihatan. Berikut merupakan
dapatan data yang diperolehi berdasarkan senarai cadangan berkenaan.
Untuk jenis media, Seramai 12 orang (40.00%) berpendapat televisyen
merupakan saluran mendapatkan informasi berkaitan pengambilan kalori.
Namun, 10 orang (33.33%) responden memilih internet . Tapi, wakil kepada
media cetak iaitu majalah dan akhbar mencatatkan 6 (20.00%) dan 2
(6.66%) .
Pecahan Responden yang Pernah Menerima
Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari Ibubapa…
0
20
40
40
33.33
20
6.66
Pecahan Responden yang Pernah
Menerima Maklumat Berkaitan
Pengambilan Kalori Mengikut Jenis Media
Pecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari Ibubapa
Sendiri
54
Selain itu, seramai 22 orang (73.33%) responden menyatakan melakukan
senaman boleh mengurangkan risiko pengambilan kalori yang berlebihan.
Namun, baki 8 orang (26.66%) responden membangkang mengenai
pernyataan ini.
Seramai 23 orang (73.33%) responden menyatakan mengamalkan
pengambilan makanan kurang kalori baik untuk kesihatan. Namun, baki 7
orang (23.33%) responden pula membangkang pernyataan ini.
Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan
Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan
0
20
40
60
80
Ya
Tidak
73.33
26.67
MelakukanSenaman Dapat Mengurangkan
Risiko PengambillanKalori yang Berlebihan
Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan
Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan
Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan
0
50
100
Ya
Tidak
76.67
23.33
Mengambil Diet yang Kurang Kalori Adalah
Baik Untuk Kesihatan
Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan
55
Komponen terakhir dalam cadangan yang diuji ialah pendidikan kesihatan.
Seramai 24 orang (80.00%) responden menyatakan pentingnya pendidikan
kesihatan untuk kesedaran oang ramai mengenai pengambilan kalori yang
betul. Namun, baki 6 orang (20.00%) responden pula tidak bersetuju.
Pentingnya Pendidikan Kesihatan untuk
Kesedaran Orang Ramai Mengenai…
0
50
100
Ya
Tidak
80
20
Pentingnya Pendidikan Kesihatan untuk
Kesedaran Orang Ramai Mengenai
Pengambilan Kalori yang Betul
Pentingnya Pendidikan Kesihatan untuk Kesedaran Orang Ramai Mengenai Pengambilan
Kalori yang Betul
56
BAHAGIAN C
Untuk bahagian ini, Beberapa contoh cadangan diuji dengan set soalan
tertutup. Soalan yang dipilih berdasarkan tiga (3) cadangan utama yang
dikenalpasti boleh menyumbang kepada tahap pengetahuan responden
mengenai pengambilan kalori. Tiga (3) cadangan itu ialah pemberian
pendidikan kesihatan, mengikuti aktiviti kelab secara berkala dan
pengedaran risalah berkaitan kalori.
Seramai 28 orang (93.33%) responden menyokong pendidikan kesihatan
perlu diberikan di kelab ini. Manakala baki lagi 2 orang (6.66%)
membangkang cadangan ini
Ya
Tidak
0
20
40
60
80
100
93.33
3.33
PendidikanKesihatan Perlu Diberikan di
Kelab Nutrisi ini
Pendidikan Kesihatan Perlu Diberikan di Kelab Nutrisi ini
57
Seramai 25 orang (83.33%) responden menyokong mengikuti aktiviti
berkaitan kalori di kelab ini secara berkala. Manakala baki lagi 5 orang
(16.66%) membangkang cadangan ini
Untuk komponen terakhir cadangan yang diuji, Seramai 28 orang (93.33%)
responden menyokong risalah berkaitan kalori diedarkan dalam kelab ini.
Manakala baki lagi 2 orang (6.66%) membangkang cadangan ini
Ya
Tidak
0
20
40
60
80
100
83.33
16.67
Cadangan Mengikuti Aktiviti Berkaitan
Kalori di Kelab ini Secara Berkala
Cadangan Mengikuti Aktiviti Berkaitan Kalori di Kelab ini Secara Berkala
Ya
Tidak
0
20
40
60
80
100
93.33
6.67
Risalah Berkaitan Kalori Perlu Diedarkan
di Kelab Nutrisi ini
Pendidikan Kesihatan Perlu Diberikan di Kelab Nutrisi ini
58
BAB 5
PERBINCANGAN
Kajian yang dijalankan merangkumi beberapa bahagian iaitu Bahagian A,
bahagian B, serta Bahagian C yang terdiri daripada 30 orang responden.
Setelah penganalisaan data daripada borang soal selidik yang telah
dilakukan, hasil kajian mendapati pengetahuan responden tentang tahap
pengetahuan pengambilan kalori yang diperlukan adalah baik dan
memuaskan dalam kalangan Ahli Kelab Nutrisi , Taman Perpaduan Perak.
59
Kajian ini dilakukan kepada wanita dan lelaki yang dipilih secara
rawak di Kelab Nutrisi, Taman Perpaduan. Dapatan menunjukkan bahawa
kaum wanita yang menjadi ahli Kelab Nutrisi melebihi kaum lelaki yang
meliputi 56.67% wanita dan 43.33% lelaki. Hal ini turut membuktikan yang
wanita lebih berminat untuk mengawal tahap kalori berbanding lelaki. Kajian
Hoolihan (2003) mengenai pemilihan makanan individu pula mendapati
bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien termasuklah
umur, jantina, tahap aktiviti, bangsa, etnik dan cara hidup.
Responden yang dikaji ialah berumur di antara 18 tahun hingga 30
tahun. Hal ini menunjukkan bahawa responden yang berumur di antara 27
tahun hingga 30 tahun mencapai jumlah tertinggi iaitu 60.00% berbanding
yang berumur 23 tahun hingga 26 tahun dan 18 tahun hingga 22 tahun yang
hanya mencapai 26.66% dan 13.33%. menurut Zainab (2000), Keperluan
berbeza sepanjang hayat, bergantung kepada perubahan fisiologikal yang
berlaku dalam badan seperti tumbesaran, taraf kesihatan dan aktiviti yang
dilakukan.
Pengkaji merasakan bahawa masyarakat yang terdiri daripada Ahli
Kelab Nutrisi Taman Perpaduan lebih memahami tentang pengertian kalori
itu sendiri. Menurut Kamus Cambridge (2015), kalori dari aspek pemakanan
bermaksud merupakan satu unit yang diukur bagi menentukan amaun
tenaga untuk makanan yang dibekalkan ketika makanan tersebut dimakan
lalu dicernakan. Manakala dari aspek saintifik, kalori bermaksud merupakan
60
satu unit yang bersamaam dengan jumlah tenaga yang diperlukan dalam
meningkatkan suhu satu gram air bagi satu darjah selsius.
Manakala dari segi mengetahuan mengenai cara pengiraan kalori
yang betul,hampir sebahagian masih belum mengetahui kerana cara
pengiraannya yang agak sukar. Namun, hal ini sangat penting kerana ukuran
tersebut akan menentukan jumlah kalori yang boleh diambil oleh badan
individu tersebut.
Individu perlu menentukan penggunaan dan pengambilan tenaga
seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya
pengambilan tenaga yang lebih dari yang diperlukan, badan akan
menyimpan lebihan lemak di dalam hati dan otot-otot sebagai glikogen dan
di bawah kulit dalam bentuk lemak. (jika kelaparan berlaku, simpanan lemak
ini akan digunakan.) bagi setiap 3500 kalori yang disimpan, berat badan
akan naik lebih kurang 450 gram.walau bagaimanapun, bilangan kalori yang
diperlukan bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz,
cara hidup, komposisi badan dan keturunan. (Zainab, 2000).
Dewasa ini, masyarakat yang menitik beratkan soal kesihatan sering
kali mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh yang demikian ,mereka
sangat cakna akan cara pemakanan serta keperluan kalori yang diperlukan
seharian.
61
Menurut responden yang dikaji, sebahagian besar amat bersetuju
bahawa pengambilan kalori yang berlebihan memberi kesan khususnya dari
segi peningkatan badan. Kevin Zahri (2013) berkata, tubuh seseorang
memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak
dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan dalam
badan.Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan
membahayakan kesihatan.
Pengkaji mendapati bahawa pengambilan kalori yang berlebihan
boleh menyebabkan penyakit yang kronik. Menurut Rahmat (2012), diet
yang sihat membantu tumbesaran dan membolehkan manusia bekerja
secara proaktif dan merasa selesa. Diet yang sihat juga mampu
mengurangkan faktor risiko utama kepada penyakit kronik seperti
kegemukan, tekanan darah tinggi, dan paras kolestrol yang tinggi dalam
darah. Selain itu, “Timbalan Menteri Kesihatan berkata, terdapat kira-kira
tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan
bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta
individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.”
(Hilmi Yahaya, 2013)
Saintis dari Kolej Imperial London dan Universiti Harvard
menganalisis gula dalam darah 2.7 juta orang berumur 25 tahun ke atas di
seluruh dunia dan menggunakan keputusan itu untuk menganggarkan
jumlah pesakit diabetes. Kajian itu menyatakan jumlah penghidap diabetes
62
meningkat dua kali ganda dari 153 juta orang pada 1980 kepada 347 juta
orang pada 2008. Pengkaji kajian itu berkata, dua faktor utama yang
mengakibatkan peningkatan penghidap diabetes adalah hidup yang lama
dan berat badan berlebihan atau lebih dikenali dengan obesiti. Obesiti juga
merupakan satu masalah kesihatan berat badan yang terlampau yang amat
serius. Lebih dari 1 billion penduduk dunia gemuk.
Selain itu, kajian ini turut menunjukkan bahawa kurangnya melakukan
aktiviti seperti senaman menyebabkan kurang pembakaran kalori. Menurut
Zainab (2000), golongan dewasa lanjut usia memerlukan makanan yang
kurang disebabkan aktiviti yang berkurangan berbanding golongan yang
muda dan aktif. Oleh itu, sekiranya kalori tersebut diambil secara berlebihan,
maka individu tersebut harus melakukan aktiviti yang mampu mengurangkan
kadar kalori dalam badan.
Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang sangat
penting dalam memberi input dan maklumat terhadap orang ramai. Secara
keseluruhannya, saluran yang paling mudah disampaikan kepada
masyarakat Malaysia ialah melalui stesen televisyen. Hal ini kerana majoriti
rakyat Malaysia gemar menonton televisyen bersama-sama keluarga pada
waktu senggang.
63
Masyarakat Malaysia bersetuju bahawa mengamalkan aktiviti yang
cergas khususnya melakukan senaman secara berkala mampu
mengurangkan risiko penyakit kronik. Hal ini disebabkan oleh kalori yang
berlebihan dapat dikawal dalam badan. Oleh itu, pengumpulan lemak di
dalam badan juga dapat dielakkan.
Sebahagian besar responden dari Ahli Kelab Nutrisi Taman
Perpaduan turut bersetuju bahawa pendidikan kesihatan harus diberikan
kepada orang ramai agar mereka di luar sana sedar akan kepentingan
mengawal kalori berlebihan dalam badan serta kesan jika tidak
mengalamalkan gaya hidup yang sihat.
64
BAB 6
RUMUSAN DAN CADANGAN
6.1 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan mengenai kadar pengetahuan
mengenai pengambilan kalori yang diperlukan oleh badan dalam kalangan
ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak agak memuaskan. Mereka
menitik beratkan soal gaya hidup yang sihat dengan mengambil kira dari
segi keperluan kalori yang betul. Kalori merupakan unit yang diukur bagi
65
tenaga yang terdapat di dalam badan. Pengetahuan mengenai kalori sangat
penting kerana sekiranya diambil dan dimakan dalam kuantiti yang banyak
dan berlebihan lalu tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan di
simpan di dalam badan sebagai lemak berlebihan.
Sangat penting bagi masyarakat di luar sana untuk mengetahui
mengenai kalori yang diperlukan dalam badan. Hal ini juga kerana setiap
8000 kalori yang terkumpul dan tidak dibakar akan menaikkan 1kg berat
badan dari berat badan asal. Bagi mengekalkan berat badan yang ideal pula,
kalori harian yang diambil perlulah mengikut keperluan kalori yang
diperlukan oleh badan kita. Secara umumnya, keperluan kalori harian yang
diperlukan oleh golongan lelaki adalah sebanyak 1800 kalori manakala untuk
golongan perempuan pula adalah sebanyak 1500 kalori sehari.
Dari konteks demografik, ternyata bahawa golongan berusia lebih
berminat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat berbanding golongan
muda serta remaja. Hal ini kerana sebahagian besar ahli Kelab Nutrisi
Taman Perpaduan, Perak mementingkan kesihatan kerana peningkatan usia
seseorang akan menyebabkan datangnya pelbagai penyakit kronik seperti
diabetes, hipertensi, serta masalah jantung jika tidak dicegah dengan awal.
Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.
66
Melalui borang soal selidik yang diberikan kepada para responden di
Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, antara faktor yang mempengaruhi tahap
pengetahuan mengenai pengambilan kalori yang diperlukan badan ialah
cara pengiraan kalori yang betul. Melalui dapatan tersebut, pengkaji dapat
merumuskan bahawa masyarakat sekarang masih tidak mengetahui cara
pengiraan yang betul. Namun, masyarakat dewasa ini agak sedia maklum
serta mengetahui tentang kepentingan dan apakah sebenarnya maksud
kalori.
Selain itu, masyarakat mahupun orang awam rata-ratanya tahu akan
keperluan kalori di dalam badan secara kasarnya. Mereka juga sedar dan
tahu bahawa kalori jika diambil berlebihan boleh menyebabkan peningkatan
berat badan.
Masyarakat juga sedia maklum bahawa antara kesan tidak cakna
akan kepentingan kalori adalah peningkatan dari segi kos perbelanjaan. Hal
ini kerana rentetan dari penyakit kronik yang datang,kos dari segi
perbelanjaan perubatan amat diperlukan bagi merawat penyakit tersebut.
Oleh itu, jikan penduduk di Malaysia kini tidak mengambil endah akan
penjagaan kesihatan, maka mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan yang
akhirnya menggangu gugat pendapatan bulanan mereka.
67
6.2 CADANGAN
Beberapa cadangan boleh dikemukakan bagi meningkatkan tahap
pengetahuan mengenai keperluan kalori yang diperlukan dalam badan. Hal
ini sangat penting agar generasi yang akan datang dapat mengekalkan
kesihatan dengan mengambil berat mengenai penjagaan kalori yang
diperlukan dalam badan agar sentiasa berada dalam jumlah yang optimum
serta terkawal.
Antaranya cadangan yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan serta
badan berkanun harus bekerjasama dalam menjayakan program kesedaran
terhadap masyarakat sejagat. Contohnya ialah dengan menyampaikan input
dan maklumat melalui saluran seperti media massa dan elektronik. Hal ini
sangat membantu dari segi menghebahkan sesuatu perkara. Secara tidak
langsung, perkara ini telah menyuntik kesedaran dalam kalangan
masyarakat mengenai keperluan kalori yang diperlukan dalam badan.
Selain itu, pendidikan kesihatan perlu diberikan kepada orang awam
khususnya Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan. Pegawai Kesihatan
ataupun jurulatih yang berpengalaman mengenai kalori perlu memberikan
input yang penting kepada masyrakat agar mereka tahu bagaimana cara
untuk mengekalkan kesihatan dengan mengawal jumlah kalori dalam badan.
68
Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa cadangan ini boleh dilakukan pada
masa yang
akan datang kerana maklumat yang disampaikan adalah melalui perjumpaan
di antara pegawai yang bertugas dengan masyarakat. Pelbagai soalan boleh
diajukan secara terus kepada mereka .
Pengkaji juga berpendapat bahawa pengedaran risalah kepada orang
awam dapat meningkatkan tahap pengetahuan mengenai keperluan kalori
yang betul di dalam badan. Risalah tersebut boleh dibaca dan difahami.
Maklumat yang penting juga terdapat dalam risalah itu. Melalui pembacaan
risalah, pembaca juga boleh menyampaikan ilmu yang diketahui kepada
orang lain khususnya keluarga mereka sendiri. Oleh itu, makin ramai yang
akan mengetahui mengenai perkara ini.
Aktiviti-aktiviti kecergasan juga perlu dilakukan secara berkala seperti
tiga kali seminggu selama 20 minit. Aktiviti sebegini dapat membantu dari
segi pembakaran kalori yang berlebihan dalam badan. Terdapat dua jenis
aktiviti seperti ‘low impact’ dan ‘high impact’. ‘low impact’ merupakan aktiviti
yang perlahan seperti berjalan kaki dan yoga. Aktiviti sebegini mengambil
masa yang lama untuk membakar kalori. Manakala ‘high impact’ pula
merupakan aktiviti yang memerlukan stamina tinggi seperti berlari dan
berzumba. Oleh itu, masyarakat boleh memilih aktiviti yang bersesuaian
dengan stamina badan
69
kerana objektif aktiviti ini adalah pembakaran kalori tidak kira apa-apa jua
aktiviti sekalipun.
Sesungguhnya, pengkaji perlulah sentiasa peka akan cadangan yang
bakal dikemukakan. Hal ini sangat penting agar penyelidikan yang bakal
dijalankan di masa akan datang dapat lebih diperlbaiki lagi. Seterusnya
pengetahuan mengetahi mengenai keperluan kalori dalam badan juga dapat
dipertingkat dari semasa ke semasa agar masyarakat sentiasa
mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sejahtera.
70
BIBLIOGRAFI
Baysal, A. (2002). General Nutrition. Ankara: Hatiboglu Publications: 14,
Press.
Bender, W. H. (1997). “How much foodwill we need inthe 21st century? ”
Environment..39. 6-11.
Blades, M. (2001). Factors affecting what we eat. Nutrition and Food
Science, 21 (2), 71-77.
Delisle, H. (2005). Should Adolescents be Specifically Targeted for Nutrition
in Developing Countries? To Address Which Problems, and How?
Universiti Montreal: Thesis.
Ensiklopedia Islam Edisi 4, (2003)
Govindji, F., Hunter, F., Graimes, N., Marshall, J., More, J., Wilcock, F.(2002). “Foodfor
Your Body”. London: Reader’s Digest.36-43, 302-305
71
Hoolihan, L. E. (2003). Individualization of nutrition recommendations and
food choices. Nutrition Today, 38, 6. 225-231.
Kelly-Plate, J. & Eubanks, E. (2000). Teacher’s Wraparound Edition: Today’s
Teen. Illinois: Glencoe McGraw Hill.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Healthy Weight: A New Way of
Looking At Your Weight and Health. Kuala Lumpur: KKM.
McBean, L. D. (1999). Emerging dietary benefits of dairy foods. Nutrition
Today, 34(1), 47-53.
Rahmah, M. A., (1999). “Rancangan Kesihatan Sekolah”. Buletin Kesihatan
Masyarakat, 5,90-91.
Rahmat, R. (2012). Faktor Yang Mempengaruhi Penumpuan Pembelajaran
Pelajar. Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana.
Storper, B. (2003). “Moving toward health sustainable diets”. Nutrition Today, 38, 2.
57-59.
72
Tesler, W (2003). “Four corecomponents which should bemade available together andin
all schools”. UNESCO: Skill-based health: Tidakditerbitkan
UNESCO (2004). “WHO Information Series on School Health – Document 4 :
HealthyNutrition : An Essential Element of a Health Promoting School”. Geneva :
Nota
Zainab Tambi (2000). “Amalan PemakananSihat”. Jabatan Kesihatan Negeri
Sarawak:Nota
Ziegler, P., Hensley, P., Roepke, J. B.(1998). “Eating attitudes and energy intakes
of female skaters”. Medicine and Science in Sports and Exercise,30,4.
583-586.
Cambridge Advanced Learner's Dictionary dimuat turun pada 20 Mac 2015
dari http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/
Hilmi Yahaya (2013). Obesiti Kini Masalah Besar di Malaysia. Dimuat turun
pada 25 April 2015 dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-
semasa/2013/11/17/obesiti-kini-masalah-besar-di-malaysia/
Kevin Zahri (2013). Kenal Pasti Kalori. Dimuat naik pada 1 Mei 2015 dari
http://www.myhealth.gov.my/index.php/component/content/article/772
6-kenal-pasti-kalori.

Contenu connexe

Tendances

Sistem saraf
Sistem saraf Sistem saraf
Sistem saraf BPG
 
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORSORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORSMuhammad Nasrullah
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembuttokey_sport
 
Konsep & Skop Program Kesihatan Sekolah
Konsep & Skop Program Kesihatan SekolahKonsep & Skop Program Kesihatan Sekolah
Konsep & Skop Program Kesihatan SekolahMuhammad Nasrullah
 
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)Kochi Chia
 
2.2 2.3 nervous system
2.2   2.3 nervous system2.2   2.3 nervous system
2.2 2.3 nervous systemMohd Arif
 
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATANPKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATANMary Lemok
 
Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitPenyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitZahiruddin Othman
 
Pengenalan kepada diabetes mellitus
Pengenalan kepada diabetes mellitusPengenalan kepada diabetes mellitus
Pengenalan kepada diabetes mellitusLee Oi Wah
 
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan khairul azlan taib
 
PROPOSAL Kajian Tentang Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar Universit...
PROPOSAL Kajian Tentang Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar Universit...PROPOSAL Kajian Tentang Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar Universit...
PROPOSAL Kajian Tentang Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar Universit...Hanissa Rafee
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 

Tendances (20)

Sistem saraf
Sistem saraf Sistem saraf
Sistem saraf
 
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORSORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
 
Bab 3 jenis luka
Bab 3 jenis lukaBab 3 jenis luka
Bab 3 jenis luka
 
Renjatan
RenjatanRenjatan
Renjatan
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembut
 
Konsep & Skop Program Kesihatan Sekolah
Konsep & Skop Program Kesihatan SekolahKonsep & Skop Program Kesihatan Sekolah
Konsep & Skop Program Kesihatan Sekolah
 
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
 
Sistem urinari
Sistem urinariSistem urinari
Sistem urinari
 
2.2 2.3 nervous system
2.2   2.3 nervous system2.2   2.3 nervous system
2.2 2.3 nervous system
 
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATANPKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
 
Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitPenyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
 
Kepatahan
KepatahanKepatahan
Kepatahan
 
ANATOMI & FISIOLOGI MATA
ANATOMI & FISIOLOGI MATAANATOMI & FISIOLOGI MATA
ANATOMI & FISIOLOGI MATA
 
Pengenalan kepada diabetes mellitus
Pengenalan kepada diabetes mellitusPengenalan kepada diabetes mellitus
Pengenalan kepada diabetes mellitus
 
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
 
PROPOSAL Kajian Tentang Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar Universit...
PROPOSAL Kajian Tentang Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar Universit...PROPOSAL Kajian Tentang Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar Universit...
PROPOSAL Kajian Tentang Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar Universit...
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Makanan seimbang
Makanan seimbangMakanan seimbang
Makanan seimbang
 
Makanan seimbang
Makanan seimbangMakanan seimbang
Makanan seimbang
 
KONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATANKONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATAN
 

Similaire à KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012manrazi1980
 
Rsps pmr + isbn corel x4
Rsps  pmr + isbn corel x4Rsps  pmr + isbn corel x4
Rsps pmr + isbn corel x4Eidellweist
 
exemplo de ppt de correlação
exemplo de ppt de correlaçãoexemplo de ppt de correlação
exemplo de ppt de correlaçãossusere3e02f
 
7. rsps (remaja sehat peduli sesama) pmr madya
7. rsps (remaja sehat peduli sesama)  pmr madya7. rsps (remaja sehat peduli sesama)  pmr madya
7. rsps (remaja sehat peduli sesama) pmr madyacheko dunk
 
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptx
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptxMateri Presentasi Panduan Orientasi.pptx
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptxikatjandrakusuma
 
proposal gerakan mahasiswa sehat
proposal gerakan mahasiswa sehatproposal gerakan mahasiswa sehat
proposal gerakan mahasiswa sehatApriani Rahayu
 
RPL BK FORMAT KLASIKAL ( POLA HIDUP SEHAT )
RPL BK FORMAT KLASIKAL (  POLA HIDUP SEHAT )RPL BK FORMAT KLASIKAL (  POLA HIDUP SEHAT )
RPL BK FORMAT KLASIKAL ( POLA HIDUP SEHAT )izar jk
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1ramlahcm69
 
HECAT Magazine Vol. 1
HECAT Magazine Vol. 1HECAT Magazine Vol. 1
HECAT Magazine Vol. 1hermadiny
 
5. INTERVENSI GIZI GERIATRI.pptx
5. INTERVENSI GIZI GERIATRI.pptx5. INTERVENSI GIZI GERIATRI.pptx
5. INTERVENSI GIZI GERIATRI.pptxDewAyuTrisna
 
Karya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiahKarya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiahHardi Maifra
 
KB 3 Perencanaan Keluarga, Penapisan dan Persyaratan Medis
KB 3 Perencanaan Keluarga, Penapisan dan Persyaratan MedisKB 3 Perencanaan Keluarga, Penapisan dan Persyaratan Medis
KB 3 Perencanaan Keluarga, Penapisan dan Persyaratan Medispjj_kemenkes
 
PPT PEMENUHAN KEBUTUHAN NUTRSI KELOMPOK 5 PKDM.pptx
PPT PEMENUHAN KEBUTUHAN NUTRSI KELOMPOK 5 PKDM.pptxPPT PEMENUHAN KEBUTUHAN NUTRSI KELOMPOK 5 PKDM.pptx
PPT PEMENUHAN KEBUTUHAN NUTRSI KELOMPOK 5 PKDM.pptx21036IgnatiaLarissa
 
PEMAKANAN SIHAT KUNCI HIDUP SIHAT- JABATAN SUKARELAWAN 3 FEB 2023.pptx
PEMAKANAN SIHAT KUNCI HIDUP SIHAT- JABATAN SUKARELAWAN 3 FEB 2023.pptxPEMAKANAN SIHAT KUNCI HIDUP SIHAT- JABATAN SUKARELAWAN 3 FEB 2023.pptx
PEMAKANAN SIHAT KUNCI HIDUP SIHAT- JABATAN SUKARELAWAN 3 FEB 2023.pptxRelaDaerahSPU
 
Pentingnya mengkonsumsi karbohidrat kompleks by Icball Gizi
Pentingnya mengkonsumsi karbohidrat kompleks by Icball GiziPentingnya mengkonsumsi karbohidrat kompleks by Icball Gizi
Pentingnya mengkonsumsi karbohidrat kompleks by Icball GiziIeCc'bi-aell hisagi'Shirazaku
 

Similaire à KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN (20)

KMR PINGGAN SIHAT BIO BM PJK.pptx
KMR PINGGAN SIHAT BIO BM PJK.pptxKMR PINGGAN SIHAT BIO BM PJK.pptx
KMR PINGGAN SIHAT BIO BM PJK.pptx
 
Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012
 
Rsps pmr + isbn corel x4
Rsps  pmr + isbn corel x4Rsps  pmr + isbn corel x4
Rsps pmr + isbn corel x4
 
exemplo de ppt de correlação
exemplo de ppt de correlaçãoexemplo de ppt de correlação
exemplo de ppt de correlação
 
7. rsps (remaja sehat peduli sesama) pmr madya
7. rsps (remaja sehat peduli sesama)  pmr madya7. rsps (remaja sehat peduli sesama)  pmr madya
7. rsps (remaja sehat peduli sesama) pmr madya
 
proposal-fix-udah-jadi
proposal-fix-udah-jadiproposal-fix-udah-jadi
proposal-fix-udah-jadi
 
Doktor mudamodul
Doktor mudamodulDoktor mudamodul
Doktor mudamodul
 
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptx
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptxMateri Presentasi Panduan Orientasi.pptx
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptx
 
proposal gerakan mahasiswa sehat
proposal gerakan mahasiswa sehatproposal gerakan mahasiswa sehat
proposal gerakan mahasiswa sehat
 
RPL BK FORMAT KLASIKAL ( POLA HIDUP SEHAT )
RPL BK FORMAT KLASIKAL (  POLA HIDUP SEHAT )RPL BK FORMAT KLASIKAL (  POLA HIDUP SEHAT )
RPL BK FORMAT KLASIKAL ( POLA HIDUP SEHAT )
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
HECAT Magazine Vol. 1
HECAT Magazine Vol. 1HECAT Magazine Vol. 1
HECAT Magazine Vol. 1
 
5. INTERVENSI GIZI GERIATRI.pptx
5. INTERVENSI GIZI GERIATRI.pptx5. INTERVENSI GIZI GERIATRI.pptx
5. INTERVENSI GIZI GERIATRI.pptx
 
Karya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiahKarya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiah
 
LIRP6-2016
LIRP6-2016LIRP6-2016
LIRP6-2016
 
KB 3 Perencanaan Keluarga, Penapisan dan Persyaratan Medis
KB 3 Perencanaan Keluarga, Penapisan dan Persyaratan MedisKB 3 Perencanaan Keluarga, Penapisan dan Persyaratan Medis
KB 3 Perencanaan Keluarga, Penapisan dan Persyaratan Medis
 
kertas-cadangan
kertas-cadangankertas-cadangan
kertas-cadangan
 
PPT PEMENUHAN KEBUTUHAN NUTRSI KELOMPOK 5 PKDM.pptx
PPT PEMENUHAN KEBUTUHAN NUTRSI KELOMPOK 5 PKDM.pptxPPT PEMENUHAN KEBUTUHAN NUTRSI KELOMPOK 5 PKDM.pptx
PPT PEMENUHAN KEBUTUHAN NUTRSI KELOMPOK 5 PKDM.pptx
 
PEMAKANAN SIHAT KUNCI HIDUP SIHAT- JABATAN SUKARELAWAN 3 FEB 2023.pptx
PEMAKANAN SIHAT KUNCI HIDUP SIHAT- JABATAN SUKARELAWAN 3 FEB 2023.pptxPEMAKANAN SIHAT KUNCI HIDUP SIHAT- JABATAN SUKARELAWAN 3 FEB 2023.pptx
PEMAKANAN SIHAT KUNCI HIDUP SIHAT- JABATAN SUKARELAWAN 3 FEB 2023.pptx
 
Pentingnya mengkonsumsi karbohidrat kompleks by Icball Gizi
Pentingnya mengkonsumsi karbohidrat kompleks by Icball GiziPentingnya mengkonsumsi karbohidrat kompleks by Icball Gizi
Pentingnya mengkonsumsi karbohidrat kompleks by Icball Gizi
 

Plus de Muhammad Nasrullah (20)

UJIAN GARPU TALA
UJIAN GARPU TALAUJIAN GARPU TALA
UJIAN GARPU TALA
 
TONSILITIS
TONSILITISTONSILITIS
TONSILITIS
 
STRABISMUS
STRABISMUSSTRABISMUS
STRABISMUS
 
OFTALMOLOGI
OFTALMOLOGIOFTALMOLOGI
OFTALMOLOGI
 
KERATITIS - UVEITIS
KERATITIS - UVEITISKERATITIS - UVEITIS
KERATITIS - UVEITIS
 
CONJUNCTIVITIS
CONJUNCTIVITISCONJUNCTIVITIS
CONJUNCTIVITIS
 
BLEPHARITIS
BLEPHARITISBLEPHARITIS
BLEPHARITIS
 
BAKTERIOLOGI OFTALMOLOGI
BAKTERIOLOGI OFTALMOLOGIBAKTERIOLOGI OFTALMOLOGI
BAKTERIOLOGI OFTALMOLOGI
 
SIMTOMATOLOGI SISTEM SARAF
SIMTOMATOLOGI SISTEM SARAFSIMTOMATOLOGI SISTEM SARAF
SIMTOMATOLOGI SISTEM SARAF
 
RADIOLOGI CNS
RADIOLOGI CNSRADIOLOGI CNS
RADIOLOGI CNS
 
PARKINSONISME
PARKINSONISMEPARKINSONISME
PARKINSONISME
 
Migraine - SAKIT KEPALA
Migraine - SAKIT KEPALAMigraine - SAKIT KEPALA
Migraine - SAKIT KEPALA
 
EPILEPSI
EPILEPSIEPILEPSI
EPILEPSI
 
DEMENTIA
DEMENTIADEMENTIA
DEMENTIA
 
BELL'S PALSY
BELL'S PALSYBELL'S PALSY
BELL'S PALSY
 
UTERINE ABNORMALITIES
UTERINE ABNORMALITIESUTERINE ABNORMALITIES
UTERINE ABNORMALITIES
 
TUMOR
TUMORTUMOR
TUMOR
 
TOILET AND SUTURE
TOILET AND SUTURETOILET AND SUTURE
TOILET AND SUTURE
 
SISTA ( CYST )
SISTA ( CYST )SISTA ( CYST )
SISTA ( CYST )
 
PERDARAHAN MELALUI VAGINA
PERDARAHAN MELALUI VAGINAPERDARAHAN MELALUI VAGINA
PERDARAHAN MELALUI VAGINA
 

Dernier

Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacy
Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacyChapter 1 Introduction to veterinary pharmacy
Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacyIkanurzijah2
 
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.pptSISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.pptAcephasan2
 
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdfbendaharadakpkmbajay
 
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.pptPAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.pptssuser551745
 
PPT-UEU-Keperawatan-Kesehatan-Jiwa-I-Pertemuan-13.ppt
PPT-UEU-Keperawatan-Kesehatan-Jiwa-I-Pertemuan-13.pptPPT-UEU-Keperawatan-Kesehatan-Jiwa-I-Pertemuan-13.ppt
PPT-UEU-Keperawatan-Kesehatan-Jiwa-I-Pertemuan-13.pptkhalid1276
 
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptxPenyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptxTULUSHADI
 
Asuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial Remaja
Asuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial RemajaAsuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial Remaja
Asuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial RemajaFeraAyuFitriyani
 
Materi E- Kohort Dinkes Prop untuk nakes .pptx
Materi E- Kohort Dinkes Prop untuk nakes .pptxMateri E- Kohort Dinkes Prop untuk nakes .pptx
Materi E- Kohort Dinkes Prop untuk nakes .pptxssuser981dcb
 
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).ppt
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).pptMEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).ppt
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).pptssuserbb0b09
 
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptAcephasan2
 
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...nadyahermawan
 
materi tentang airway management terbaru
materi tentang airway management terbarumateri tentang airway management terbaru
materi tentang airway management terbaruPrajaPratama4
 
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptx
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptxPPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptx
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptxDwiDamayantiJonathan1
 
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptx
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptxFRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptx
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptxDwiHmHsb1
 
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOAPROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOAkompilasikuliahd3TLM
 
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannyaleaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannyaYosuaNatanael1
 
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptx
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptxpemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptx
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptxFerawatiPhea1
 

Dernier (20)

Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacy
Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacyChapter 1 Introduction to veterinary pharmacy
Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacy
 
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.pptSISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
 
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
 
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.pptPAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
 
PPT-UEU-Keperawatan-Kesehatan-Jiwa-I-Pertemuan-13.ppt
PPT-UEU-Keperawatan-Kesehatan-Jiwa-I-Pertemuan-13.pptPPT-UEU-Keperawatan-Kesehatan-Jiwa-I-Pertemuan-13.ppt
PPT-UEU-Keperawatan-Kesehatan-Jiwa-I-Pertemuan-13.ppt
 
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptxPenyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
 
Asuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial Remaja
Asuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial RemajaAsuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial Remaja
Asuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial Remaja
 
Materi E- Kohort Dinkes Prop untuk nakes .pptx
Materi E- Kohort Dinkes Prop untuk nakes .pptxMateri E- Kohort Dinkes Prop untuk nakes .pptx
Materi E- Kohort Dinkes Prop untuk nakes .pptx
 
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).ppt
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).pptMEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).ppt
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).ppt
 
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
 
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
 
KUNCI CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN ABORSI JANIN 087776558899
KUNCI CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN ABORSI JANIN 087776558899KUNCI CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN ABORSI JANIN 087776558899
KUNCI CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN ABORSI JANIN 087776558899
 
materi tentang airway management terbaru
materi tentang airway management terbarumateri tentang airway management terbaru
materi tentang airway management terbaru
 
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptx
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptxPPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptx
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptx
 
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptx
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptxFRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptx
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptx
 
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOAPROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
 
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannyaleaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
 
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptx
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptxpemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptx
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptx
 
Jenis-Jenis-Karakter-Pasien-Rumah-Sakit.pdf
Jenis-Jenis-Karakter-Pasien-Rumah-Sakit.pdfJenis-Jenis-Karakter-Pasien-Rumah-Sakit.pdf
Jenis-Jenis-Karakter-Pasien-Rumah-Sakit.pdf
 
Jual Obat Cytotec Asli 085225524732 Obat Penggugur Kandungan
Jual Obat Cytotec Asli 085225524732 Obat Penggugur KandunganJual Obat Cytotec Asli 085225524732 Obat Penggugur Kandungan
Jual Obat Cytotec Asli 085225524732 Obat Penggugur Kandungan
 

KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

  • 1. 1 PENGAKUAN “ Kami mengakui bahawa karya kajian tahap pengetahuan Tahap Pengetahuan Mengenai Kadar Pengambilan Kalori Yang Diperlukan Dalam Kalangan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan merupakan hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya ” ………………………………… NUR FAIZAH BINTI AB. WAHID 940428-XX-XXXX ………………………………… WAN NUR IZZATI BINTI WAN AHMAD SHUKRI 930129-XX-XXXX
  • 2. 2 PENGHARGAAN Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha untuk menjayakan kajian ini atas kewajipan memenuhi sebahagian daripada kehendak Kursus Diploma Pembantu Perubatan. Pertama sekali, kami merakamkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa kami yang telah banyak memberi sokongan serta dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami sepanjang pelaksaan kajian ini. Kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penyelia kami Encik Tigilan A/L Sethrai yang tidak pernah jemu dalam memberikan tunjuk ajar dan pandangan bagi menyiapkan kajian ini. Di sini juga, kami ingin mengungkapkan segala rasa penghargaan kami kepada Tuan Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta, Tuan Haji Zafri kerana telah memberikan peluang untuk menyiapkan kajian ini. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada En. Hari Mohan A/L Sri Diwan Chand selaku Ketua Program Pembantu Perubatan serta Encik Jaafar bin Abu Seman dan Encik Pairul Hisham bin
  • 3. 3 Awang selaku penyelia Kumpulan 32, di atas segala toleransi dan tunjuk ajar sepanjang melaksanakan kajian ini. Jutaan dan ribuan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak kerana di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang kajian ini dijalankan. Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada semua pengajar dan kakitangan akademik KSKB Sultan Azlan Shah terutamanya dalam Jurusan Diploma Pembantu Perubatan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat semua ahli kumpulan ini kerana telah bersama sama bertungkus-lumus bagi menyiapkan kajian dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan, Pelatih Diploma Pembantu Perubatan ambilan Januari 2013/Kump.32 yang terlibat sama membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Berkat kerjasama dan usaha dari semua pihak, kajian ini akhirnya mencapai jalan penamatnya dan diharapkan agar dapat dinilai dengan baik. Sekian, terima kasih.
  • 4. 4 ABSTRAK Dewasa ini, masalah kesihatan seringkali menjadi isu yang hangat diperkatakan. Saban hari, jumlah mortaliti semakin meningkat disebabkan penyakit-penyakit kronik seperti Diabetes Mellitus,Hipertensi, serta masalah jantung. Kajian yang dijalankan ialah mengenai ‘Tahap Pengetahuan Mengenai Kadar Pengambilan Kalori Yang Diperlukan Dalam Kalangan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak. Kajian ini dijalankan bagi mengukur tahap pengetahuan ahli tersebut mengenai keperluan kalori. Pengetahuan kalori sangat penting kerana kalori merupakan sejenis jumlah tenaga yang dijana oleh badan. Sekiranya kalori tersebut tidak dibakar, maka berlakunya, lemak berlebihan dalam badan seterusnya mengundang kepada penyakit kronik seperti diatas. Pengkaji telah memilih teknik deskriptif dan kuantitatif. Design atau bentuk kajian ini dipilih kerana ianya memudahkan penyelidik di dalam menjalankan kajian tanpa memerlukan perbandingan data yang akan diperolehi dengan data kawalan. Kaedah ini dilakukan secara tinjauan dan gambaran berkaitan fenomena dalam kehidupan sebenar berkaitan ciri-ciri individu, situasi, atau kumpulan. Sampel populasi yang diambil adalah seramai 30 orang yang dipilih secara rawak di Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak. Kesemua responden yang diambil adalah daripada golongan berumur dari 18 tahun hingga 30 tahun yang mempunyai latar belakang yang berlainan, taraf pendidikan yang berbeza serta status pekerjaan yang berbeza. Tempat yang dipilih ialah sebuah kelab iaitu Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak. Kawasan ini dipilih sebagai lokasi
  • 5. 5 penyelidikan kerana terdapatnya sebuah kelab yang diberi nama Kelab Rakan Sihat. Kelab Rakan Sihat ini merupakan tempat yang ideal bagi individu yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat melalui saranan pengambilan kalori yang mengikut keperluan. Setelah kajian dijalankan, ternyata masyarakat di Malaysia yang semakin berusia lebih mengetahui tentang keperluan kalori yang betul. Hal ini mungkin disebabkan penyakit kronik berlaku seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu, mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengawal kalori yang terdapat dalam badan. Bagi meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat Malaysia khususnya generasi muda, beberapa cadangan harus dikemukakan. Antaranya ialah mengadakan pendidikan kesihatan, mengedarkan risalah, serta melakukan aktiviti yang dapat membakar kalori.
  • 6. 6 ABSTRACT Nowadays, health problems have been a great issue. Every single day, mortalities number are increasing caused by chronic diseases such as Diabetes Mellitus, Hypertension, and heart problem. The research is about ‘ Knowledge Level of Calories Intake That Needed Among Nutrition Club Participants in Taman Perpaduan,Perak. This research was done to measure knowledge level of the participants about calories needed. Knowledge about calories are very significant because it is an enegy that generated by a body. If the calories not burned, then fat in the body will exceeding in the body then finally can cause chronic diseases as mentioned above. Researcher had choosen descriptive and quantitative technique. This design had choosen because it it easier for researcher to run this research without doing comparison data with controllable data. The method of this research is observing and imagining about the phenomena in real life regarding individual characteristics, situation, and a group. Sample of population had taken about 30 participants randomly among Nutrition Club Participants from 18 to 30 that have different background, different education level and different job status. The location is Nutrition Club Taman Perpaduan. it is choosen because it has a club named Healthy Friend Club. It is a very ideal place for any individu that having healthy lifestyle through suitable calories needed. After the research has been done, people in Malaysia that getting older are very know about the true calories intake. That may because chronic diseases commonly for older peoples. They should
  • 7. 7 have a healthy lifestyle by control the calories that contain in the body. For improving the knowledge people in Malaysia especially among the young generation, a few suggestions can be considered such as health education, distribute the pamplets, and do for activities that can burn calories.
  • 8. 8 SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN 01 PENGHARGAAN 02 - 03 ABSTRAK 04 - 05 ABSTRACT 06 - 07 SENARAI KANDUNGAN 08 - 10 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN 11 - 17 1.2 KENYATAAN MASALAH 18 - 21 1.3 JUSTIFIKASI KAJIAN 21 - 22 1.4 OBJEKTIF KAJIAN 23 1.5 DEFINISI ISTILAH 24 - 25 1.6 RUMUSAN 25 BAB 2 KAJIAN SEMULA 26 - 33
  • 9. 9 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 METODOLOGI KAJIAN 34 - 35 3.2 KAEDAH KAJIAN 35 - 36 3.3 SAMPEL POPULASI 36 3.4 TEMPAT KAJIAN 37 3.5 PERLAKSANAAN DAN PROSEDUR KAJIAN 38 3.6 KAJIAN RINTIS / PILOT STUDY 38 - 39 3.7 CARA PENGUMPULAN DATA 39 3.8 ANALISIS DATA 39 - 40 3.9 ISU ETIKA 40 3.10 LIMITASI KAJIAN 41 BAB 4 PENEMUAN / PENGANALISAAN DATA 42 - 57 BAB 5 PERBINCANGAN 58 - 63
  • 10. 10 BAB 6 RUMUSAN 6.1 RUMUSAN 64 - 66 6.2 CADANGAN 67 - 69 RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI 70 - 72 LAMPIRAN A : BORANG PROPOSAL - LAMPIRAN B : CARTA BUIH - LAMPIRAN C : CARTA GANTT - LAMPIRAN D : BORANG SOAL SELIDIK - LAMPIRAN E : SURAT KEBENARAN -
  • 11. 11 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Kalori adalah sejenis unit tenaga. Perkataan ini berasal daripada Bahasa Perancis yang mengambil perkataan Latin calor (haba). Kalori telah digantikan dengan unit S.I Joule dalam kebanyakan bidang, namun ia masih lagi digunakan dalam konteks tenaga yang diperoleh daripada makanan.
  • 12. 12 Terdapat beberapa takrifan kalori pada abad ke 19 dan 20, semuanya terbahagi kepada : 1) Kalori gram merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1g sebanyak 1 darjah selsius. Tenaga ini sebanyak 4.184 J 2) Kalori kilogram pula merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1kg air sebanyak 1 darjah selsius. Tenaga ini sebanyak 4.184 kJ dan sama dengan 1000 kalori gram. Dalam konteks sains, ‘kalori’ biasanya merujuk kepada kalori gram, dan simbol unit ini ialah cal.Awalan S.I boleh digunakan dengan unit ini. Kalori juga digunakan untuk mengukur tenaga badan. Kita memerlukan kalori yang mencukupi untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil dan dimakan dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan lalu tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan di simpan di dalam badan sebagai lemak berlebihan. Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan boleh menjejaskan serta membahayakan kesihatan masyarakat. Masyarakat seharusnya mengetahui kadar pengambilan kalori mengikut keperluan badan masing-masing dengan mengira kalori dalam makanan. Biasanya setiap produk makanan yang dijual ada kiraan kalorinya pada bahagian “maklumat pemakanan” dam kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut denga nombor pekali yang disenaraikan bagi setiap kumpulan makanan.
  • 13. 13 Contohnya : Karbohidrat : di ( x 2 ) untuk setiap gram. Protein : di ( x 4 ) untuk setiap gram. Lemak : di ( x 9 ) untuk setiap gram. Sebagai contoh, satu hidangan sos cili mengandungi : Karbohidrat : 53 g (53 g x 2 = 106 kalori ) Protein : 1 g (1 g x 4 = 4 kalori ) Gula (juga karbohidrat ) – 16 g (16 g x 4 =64 kalori) Oleh yang demikian satu tuangan sos cili mengandungi 174 kalori. Kalori sangat penting kerana badan kita mendapat kalori/tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal melalui makanan yang kita makan. Kita perlu mengira kadar kalori harian yang diperlukan oleh badan supaya tidak berlakunya pengambilan kalori yang berlebihan atau berkurangan dengan keperluan badan. Pengiraan kalori adalah berdasarkan tinggi, berat, umur, jantina dan aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Pengambilan makanan secara berlebihan dan kalori melebihi apa yang diperlukan oleh badan boleh menjerumuskan diri kepada berat badan yang berlebihan seterusnya kepada obesiti. Tubuh kita memerlukan kalori untuk melakukan fungsi yang berbeza dan kalori diperolehi daripada pelbagai jenis
  • 14. 14 makanan yang kita ambil. Kita harus menjadikan rutin untuk membelek “nutritious facts” yang ada pada bungkusan makanan. Kita dapat lihat kalori makanan biasanya diletakkan pada bahagian atas sekali dan dilabel sebagai tenaga dengan unit “kcal”. 1 kalori bersamaan 1 kcal. Formula untuk mengira keperluan kalori yang diperlukan oleh badan mengikut jantina adalah seperti berikut : Lelaki : 66 + ( 13.7 x berat dalam kg ) + ( 5 x tinggi dalam cm ) - ( 6.8 x umur dalam tahun ) Perempuan : 655 + ( 9.6 x berat dalam kg ) + ( 1.8 x tinggi dalam cm ) – (4.7 x umur dalam tahun ) Contoh yang dikira untuk seorang perempuan dewasa yang berumur 28 tahun, mempunyai berat badan 90kg dengan ketinggian 161cm. Perempuan = 655 + ( 9.6 x 90kg ) + ( 1.8 x 161cm ) – ( 4.7 x 28 ) = 655 + 864 + 289.8 – 131.6 = 1808.8 – 131.6 = 1677.2 kcal/day Kita perlulah tahu dan mengambil tahu berkaitan kadar pengambilan kalori yang diperlukan oleh badan kita dan haruslah bersesuaian dengan aktiviti fizikal yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Kalori yang diambil ini perlulah digunakan dan dibakar bagi mengelakkan kalori ditukarkan
  • 15. 15 menjadi lemak dalam badan sekiranya tidak digunakan. Perlu diingatkan bahawa setiap 8000 kalori yang terkumpul dan tidak dibakar akan menaikkan 1kg berat badan dari berat badan asal. Manakala untuk mengurangkan berat badan, kalori seharian perlu dikurangkan sebanyak 500 kalori iaitu 300 kalori daripada pemakanan dan 200 kalori lagi daripada aktiviti olahraga. Untuk menambahkan berat badan, keperluan kalori harian yang diambil perlulah ditambah sebanyak 500 kalori. Untuk mengekalkan berat badan yang ideal pula, kalori harian yang diambil perlulah mengikut keperluan kalori yang diperlukan oleh badan kita. Secara umumnya, keperluan kalori harian yang diperlukan oleh golongan lelaki adalah sebanyak 1800 kalori manakala untuk golongan perempuan pula adalah sebanyak 1500 kalori sehari. Contoh menu untuk 1800 kalori adalah seperti berikut : Sarapan ( 8.00 am ) = 2 keping sandwich telur + 1 cawan teh dengan susu rendah lemak. Minum pagi ( 10.00 am ) = 1 biji kuih + 1 cawan teh o dengan 1 sudu teh gula. Makan tengahari ( 1.00 pm ) = 2 cawan nasi putih + 1 keping ikan tenggiri masak asam ½ cawan terung tumis berlada + 1 keping tempe goreng ½ biji jambu batu + 1 gelas air kosong.
  • 16. 16 Minum petang ( 4.30 pm ) = 1 biji bun bijirin penuh + 1 gelas susu coklat rendah lemak. Makan malam ( 8.00 pm ) = 1 ½ cawan nasi putih + 1 keping dada ayam masak halia + 1 mangkuk sup petola + 2 biji pisang emas + 1 gelas air. Contoh menu untuk 1500 kalori adalah seperti berikut : Sarapan ( 8.00 am ) = 2 keping sandwich keju + 1 cawan kopi susu rendah lemak. Makan tengahari ( 1.00 pm ) = 1 ½ cawan nasi putih + 1 ekor ikan kembung masak kari + ½ cawan sayur kalian + 1 keping tempe goring + 1 potong buah betik + 1 gelas air kosong. Makan malam ( 8.00 pm ) = 1 ½ mee cawan goreng ( isi ayam + sayur + tauhu ) + 1potong nenas + 1 gelas air kosong. Manakala contoh berkaitan pengambilan kalori dan penggunaan tenaga untuk membakar semula kalori yang diambil adalah seperti berikut; teh tarik dan roti canai 420 kcal, perlu berjogging selama 60 minit; nasi tomato 600 kcal, perlu berjalan selama 3 jam; nasi goreng 600 kcal, perlu
  • 17. 17 lompat tali ( skipping ) selama 60 minit; char kuetieu 730 kcal, perlu berenang selama 3 jam; mee kari 450 kcal, perlu perlu mengemop lantai selama 2 jam 5 minit; nasi lemak yam goreng 690 kcal, perlu berlari selama 2 jam; nasi beriani 830 kcal, perlu bermain golf selama 3 jam; kuetiau goreng 670 kcal, perlu menggosok pakaian selama 4 jam 50 minit; mee goreng 580 kcal, perlu bermain bola sepak selama 1 jam 25 minit; burger 370 kcal,perlu bermain badminton selama 1 jam 20 minit. Oleh itu, pengamalan diet yang sihat dan pengambilan kalori makanan mengikut badan sangat penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Pengambilan kalori yang berlebihan dan tidak dibakar semula melalui aktiviti fizikal seharian seperti olahraga akan disimpan dalam tubuh sebagai lemak terutama di bahagian perut, paha, pinggul dan lengan seterusnya memberikan kita risiko untuk mendapat berat badan berlebihan dan seterusnya membawa kepada masalah obesiti yang jelas boleh menjejaskan taraf kesihatan tubuh badan seseorang.
  • 18. 18 1.2 Pernyataan Masalah Masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi. Jika dahulu, kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin tetapi hakikat hari ini telah berubah di mana masyarakat mengalami masalah kesihatan disebabkan terlebih makan atau pengambilan kalori melebihi keperluan yang diperlukan oleh badan dan seterusnya berlanjutan kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan kegemukan atau obesiti. Hampir 350 juta orang dewasa di seluruh dunia dilaporkan menghidap diabetes, iaitu dua kali ganda sejak 1980, berdasarkan satu kajian diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet bertarikh 25 Jun 2011. Melalui petikan akhbar Utusan Malaysia Jumaat 15 November 2013,Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengambil 2,500 kilokalori (kcal) sehari. Angka tersebut melebihi daripada jumlah disarankan iaitu 2,000 kcal sehari untuk lelaki dewasa dan 1,500 kcal untuk wanita dewasa. Mengenali Malaysia sebagai “syurga makanan”, membuatkan rakyatnya sukar untuk menolak “godaan” sekali gus menjerumuskan masyarakat di negara sebagai antara yang menghadapi ancaman obesiti. Secara umumnya pengambilan lebihan 500 kcal sehari boleh meningkatkan berat badan sebanyak setengah hingga sekilogram dalam seminggu atau dua hingga empat kilogram dalam sebulan. Apatah
  • 19. 19 lagi jika ia tidak disusuli dengan aktiviti kecergasan. Memburukan lagi keadaan apabila kesedaran dan pengetahuan tentang jumlah kalori yang perlu diambil dalam kalangan masyarakat masih rendah. Saintis dari Kolej Imperial London dan Universiti Harvard menganalisis gula dalam darah 2.7 juta orang berumur 25 tahun ke atas di seluruh dunia dan menggunakan keputusan itu untuk menganggarkan jumlah pesakit diabetes. Kajian itu menyatakan jumlah penghidap diabetes meningkat dua kali ganda dari 153 juta orang pada 1980 kepada 347 juta orang pada 2008. Tahap gula yang tinggi dalam darah dan diabetes membunuh tiga juta orang di seluruh dunia setiap tahun. Pengkaji kajian itu berkata, dua faktor utama yang mengakibatkan peningkatan penghidap diabetes adalah hidup yang lama dan berat badan berlebihan atau lebih dikenali dengan obesiti. Obesiti juga merupakan satu masalah kesihatan berat badan yang terlampau yang amat serius. Lebih dari 1 billion penduduk dunia gemuk. Obesiti adalah masalah kesihatan, bukan tanda kekayaan. Ramai orang dewasa dan kanak-kanak gemuk. Kanak-kanak dan remaja sekarang lebih gemuk dari dahulu. Ia berbeza dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol yang menurun di kebanyakan rantau. Di Malaysia pula, menurut kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, menurutnya, perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • 20. 20 Menurutnya lagi, antara faktor yang menyumbang peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap. Penyakit yang wujud dalam masyarakat sekarang adalah kerana manusia tidak mengikut peraturan yang telah disusun oleh Allah SWT dan mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia itu sendiri kerana tidak menjaga keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan adalah penting untuk kita mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun, disebabkan kegagalan inilah menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit. Seperti mana yang termaktub dalam surah ar- Ruum ayat 41 di mana Allah mengingatkan kita bahawa kerosakan di muka bumi ini adalah akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab dan merasakan akibat daripada perbuatan tersebut. Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh sejak daripada kita kecil lagi. Ia juga membantu menguatkan sistem imun pada masa kini dan masa hadapan serta menguatkan sistem daya ketahanan semula jadi tubuh badan. Nikmat kepelbagaian sumber makanan yang dianugerahkan Allah memerlukan kebijaksanaan seseorang individu untuk memilih makanan agar tidak mencampakkan dirinya dalam kebinasaan. Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. Kita pernah
  • 21. 21 mendengar pepatah Inggeris yang menyatakan ‘We Are What We Eat’ yang bermaksud kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu, sekiranya kita ingin sihat, kita seharusnya mengamalkan makan secara sihat mengikut kalori optimum yang diperlukan oleh badan. 1.3Justifikasi Kajian Justifikasi kajian merupakan sebab mengapa kajian tersebut ingin dijalankan. Kajian tersebut haruslah mempunyai kepentingan terhadap penyelidik, responden serta sesebuah organisasi. Justifikasi kajian yang dijalankan terhadap penyelidik ialah penyelidik dapat mencari maklumat serta ilmu yang lebih mendalam mengenai tajuk yang dijalankan. Selain itu, penyelidik jugak sedar akan permasalahan yang berlaku dewasa ini sehinggakan tercetusnya idea bagi menjalankan kajian yang berkaitan pengambilan kalori. Melalui maklumat yang dicari, ternyata masyarakat Malaysia mempunyai kadar obesiti yang tinggi pada era 2015 ini. Justeru, penyelidik berpendapat bahawa pengambilan kalori yang betul amat penting bagi mengurangkan kadar obesiti di Malaysia. Responden yang akan dipilih merupakan populasi dari Kelab Nutrisi taman Perpaduan. pemilihan tersebut dilakukan bagi menguji tahap pengetahuan responden dari ahli kelab tersebut kerana secara majoritinya ahli dari kelab tersebut mempunyai masalah berat badan. Oleh yang
  • 22. 22 demikian, kajian ini akan menentukan sama ada masyarakat yang mengalami masalah berat badan sedar ataupun tidak akan kepentingan pengambilan kalori yang diperlukan oleh badan mereka. Bagi sesebuah organisasi pula, kajian ini mempunyai justifikasi yang tersendiri kerana sebagai staf kesihatan, kita sudah sedia maklum bahawa pengetahuan dalam perawatan dan bidang kesihatan amat lah penting dalam merawat pesakit. Justeru, tubuh badan yang sihat sangat penting dalam agar tugas dapat dijalankan dengan baik. Maka dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan agar organisasi ini dapat mengamalkan gaya hidup sihat berpandukan kalori yang ditetapkan.
  • 23. 23 1.4 Objektif Kajian Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut : Objektif Am : Mengetahui Tahap Pengetahuan Mengenai Kadar Pengambilan Kalori Yang Diperlukan Dalam Kalangan Ahli Kelab Nutrisi Di Taman Perpaduan. Objektif Spesifik : i. Mengenalpasti Tahap Pengetahuan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan Mengenai Pengambilan Kalori Yang Betul. ii. Mengetahui Tahap Pengetahuan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan Mengenai Kesan Pengambilan Makanan Mengikut Keperluan Kalori Yang Betul. iii. Mengenalpasti Cadangan Atau Langkah Terhadap Pengambilan Makanan Mengikut Keperluan Kalori Yang Kurang Betul.
  • 24. 24 1.5 Definisi istilah Penyelidik telah mendefinisikan beberapa istilah mengikut konteks kajian yang dijalankan dengan melibatkan definisi istilah dan operasional. Ini adalah seperti yang dinyatakan Marican (2005) di mana definisi operasi menghubungkan konsep kepada sesuatu yang boleh diperhatikan dan dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur dan dimanipulasi. Secara definisi mengikut konteks kajian adalah seperti berikut: 1) Tahap Pengetahuan Tahap pengetahuan ialah nilai pemikiran ilmu serta ilmu terhadap sesuatu perkara, kejadian, gambaran, objek, perlakuan dan juga tindak balas terhadap kesan. Bagaimanapun, dalam konteks kajian ini pengetahuan bermaksud penilaian ahli kelab nutrisi mengenai kepentingan pemakanan seimbang melalui pengaplikasian pengamalan pemakanan seimbang. 2) Kadar Pengukuran terhadap sesuatu kauntiti ataupun frekuensi. 3) Pengambilan Kalori
  • 25. 25 Pengambilan kalori bermaksud jumlah yang diperlukan bagi mengukur unit tenaga yang diperlukan oleh badan. Jika kalori diambil dalam kadar yang berlebihan, maka perkara tersebut boleh menyebabkan seseorang individu mengalami kenaikan berat badan. 4) Yang Diperlukan Sesuatu yang harus digunakan dan amat penting 5) Dalam Kalangan Merupakan suatu tempat yang dipenuhi dengan masyarakat . 1.6 Rumusan Oleh itu, pengamalan diet yang sihat dan pengambilan kalori makanan mengikut keperluan badan sangat penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Sekiranya pengambilan makanan yang berlebihan tidak dibakar semula melalui aktiviti senaman, maka ia akan disimpan di dalam tubuh badan sebagai lemak terutama sekali di bahagian perut, peha, pinggul dan lengan. Kesannya, ia akan mendatangkan risiko untuk mendapat untuk mendapat berat badan berlebihan seterusnya obesity yang boleh menjejaskan kesihatan kita.
  • 26. 26 BAB 2 KAJIAN LITERATUR Kajian literatur merupakan salah satu bab yang penting kepada seseorang penyelidik untuk menjalankan kajian. Oleh itu, bab ini telah memberi ulasan mengenai segala bahan bacaan yang berkaitan menerusi penghasilan buku berunsur ilmiah, rencana, artikel surat khabar, sumber dari internet dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan dengan amalan pemakanan seimbang di kalangan pelajar. Hasil dapatannya dicatatkan sebagai rujukan penyelidikan. Sumber-sumber ini amat berguna sebagai rujukan tambahan kepada penyelidik agar setiap penyelidikan dan kajian yang dijalankan seharusnya mempunyai bukti-bukti kukuh untuk menyokong hujah yang diperbincangkan.
  • 27. 27 Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang seimbang. Diet yang seimbang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan pada kadaryang betul(NCCFN, 2005).Diet ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara, namun demikian ia harus mengandungi amaun karbohidrat, lemak, protin, vitamin, mineral,serat dan air yang mencukupi (NCCFN, 2005).Makanan diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan kepada nilai nutrien utama (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan dengan nilai nutrien tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan pada puncak piramid makanan. Jumlah amaun makanan yang dibenarkan adalah berbeza di antara individu. Oleh itu pemilihan makanan harus mengikut bahagian yang dinyatakan dalam panduan piramid makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid mengikut turutan, pilihan terbaik dan perlu dimakan paling banyak adalah daripada aras satu atau dasar piramid, dan makanan dari aras puncak piramid makanan perlu diambil dengan kadar paling sedikit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Kesihatan merupakan salah satu keperluan paling penting dalam masyarakat yang akan menentukan peningkatan, keamanan, dan pembangunan masyarakat. Ia adalah satu fakta yang diterima oleh hampir semua orang hari ini bahawa pemakanan yang mencukupi dan seimbang merupakan asas kesihatan. Menurut Rahmah (1999) pula, pemakanan memberi kesan kepada kesihatan seseorang. Perubahan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita
  • 28. 28 dan ini termasuklah perubahan dari segi amalan pemakanan. Bender (1997) menyatakan bahawa situasi pemakanan sedunia telah berkembang dengan dramatiknya sejak 30 tahun kebelakangan ini. Takrif pemakanan yang mencukupi dan seimbang ditakrifkan sebagai pengambilan yang cukup bagi setiap nutrien yang diperlukan dan penggunaan yang betul bagi setiap kelas makanan untuk pertumbuhan, pemulihan, dan fungsi badan (Baysal, 2002). Manakala menurut U.S.Food and Drug Administration dalam Suriati dan rakan-rakan (1993), pemakanan yang sihat ialah makanan seimbang yang mengandungi 6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi ,3-5 hidangan daripada kumpulan sayuran, 2-4 hidangan daripada kumpulan buah-buahan, 2-3 hidangan daripada kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang, 2-3 hidangan daripada kumpulan hasilan tenusu iaitu susu , keju dan dadih. Manakala lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang mungkin. Amalan pemakanan manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan ialah keluarga dan budaya, rakan-rakan, kepercayaan agama, emosi, kawasan geografi, pengiklanan serta nilai dan gaya hidup. Kajian Hoolihan (2003) mengenai pemilihan makanan individu pula mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien termasuklah umur, jantina, tahap aktiviti, bangsa dan etnik, cara hidup, persekitaran, sejarah keluarga dan pemendapan penyakit genetik. McBean (1999) turut menyatakan faktor lain yang mempengaruhi amalan pemakanan termasuk faktor genetik dan persekitaran. Manakala Blades (2001),
  • 29. 29 mendapati bahawa selain pengaruh individu dan organisasi, pemilihan makanan turut dipengaruhi oleh ornagoleptik, sosio budaya dan faktor biologi. Manakala Delisle (2005), pula melaporkan bahawa budaya, rakan sebaya dan keluarga mampu mempengaruhi tabiat pemakanan dan beliau turut menyatakan bahawa apabila tiada halangan dari segi ekonomi dan keselamatan makanan, pemilihan makanan ditentukan oleh faktor-faktor psikososial. Nutrisi dapat diperolehi dari pelbagai sumber makanan dan kombinasi jenis makanan yang sesuai dapat membekalkan nutrien yang mencukupi yang diperlukan oleh tubuh. Faktor pendapatan turut menyumbang kepadakesihatan masyarakat sesebuah negara.. Bender (1997) dalam kajiannya mengenai keperluan makanan abad ke 21 menyatakan, diet ditentukan oleh faktor ekonomi, seperti harga barangan dan pendapatan seseorang. Beliau turut menyatakan bahawa apabila pendapatan seseorang itu meningkat, amalan diet yang seimbang turut meningkat. Ini seterusnya memberi kesan kepadaproduktiviti negara. Selain itu, sosioekonomi sesebuah keluarga turut menentukan jenis makanan yang diambil untuk mendapatkan nutrien yang diperlukanoleh badan(KKM,2000). Nutrisi yang sihat difahami secara berbeza oleh pelbagai negara dan budaya.Menurut UNESCO (2004), secara umumnya nutrisi yang sihat adalah gabunganmakanan, kesihatan dan penjagaan diri dalam kehidupan seharian yang menyumbangkepada psikologi, mentaldan kehidupan sosial individu. Menurut Stroper
  • 30. 30 (2003), ahlinutrisi telah meningkatkan penumpuan dalam membantu pengguna membuat perkaitandi antara makanan yang sihat dengan persekitaran yang sihat. Selain daripada itu, amalan gaya hidup moden merupakan salah satu faktor yang menunjangi masalah ini. Pada zaman millennia yang serba canggih dan pantas kini, semua orang terlalu sibuk dengan hal dan kerjaya masing-masing hingga mengabaikan pengambilan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian mereka. Menurut Tesler (2003), untuk mengubah tabiat pemakanan adalah sukar, maka persekitaran yang menjadikan makanan yang berkhasiat mudah diperolehi dan di dalam pilihan yang banyak perlu diwujudkan.Mereka lebih gemar mengambil makanan segera dan tidak berkhasiat seperti mi segera, minuman berkarbonat, burger dan sebagainya. Saintis di seluruh dunia mendapati bahawa makananmakanan tersebut tidak dapat menampung keperluan zat yang diperlukan oleh badan. Tambahan pula, ia turut menjadi punca utama kepada penyakit kronik seperti obesiti (Govindji et al., 2002). Keperluan berbeza sepanjang hayat, bergantung kepada perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti tumbesaran, taraf kesihatan dan aktiviti yang dilakukan (Zainab, 2000). Menurut beliau, golongan dewasa lanjut usia memerlukan makanan yang kurang disebabkan aktiviti yang berkurangan berbanding golongan yang muda dan aktif. Keperluan juga bergantung kepada cara hidup. Contohnya, pengambilan kopi, teh, alkohol, dan rokok boleh menghapuskan nutrien dalam badan kita (Zainab, 2000).
  • 31. 31 Menurut Zainab, Pegawai Zat Makanan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (2001), diet sihat mengandungi semua zat makanan (nutrien) yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan dan kelebihan zat makanan dan menjaminkan kesihatan. Diet sedemikian boleh didapati dari pelbagai makanan yang mudah didapati, mampu dibeli dan dinikmati oleh sesiapa sahaja. Makanan yang baik bukan sahaja kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi juga mesti seimbang. Ini bermakna makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan. Makanan dan minuman mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan, kesihatan rohani dan jasmani. Kedua-duanya juga membentuk keperibadian dan perwatakan manusia. (Ensiklopedia Islam Edisi 4, 2003). Menurut Kamus Cambridge (2015), kalori dari aspek pemakanan bermaksud merupakan satu unit yang diukur bagi menentukan amaun tenaga untuk makanan yang dibekalkan ketika makanan tersebut dimakan lalu dicernakan. Manakala dari aspek saintifik, kalori bermaksud merupakan satu unit yang bersamaam dengan jumlah tenaga yang diperlukan dalam meningkatkan suhu satu gram air bagi satu darjah selsius. Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein,
  • 32. 32 dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat 9 kalori setiap gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh itu, makanan yang tinggi lemak mempunyai kadar kalori yang tinggi. Manakala makanan yang tinggi kandungan air seperti sayur mempunyai kadar kalori yang tinggi. Jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri (2013) berkata, tubuh seseorang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan.Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.Ramai orang tidak tahu jumlah keperluan kalori mereka sehari. Apa yang mereka tahu, menambah, mengurangkan atau mengekalkan berat badan tanpa mengetahui berapa jumlah sebenar keperluan kalori mereka.Jika kita tidak tahu berapa keperluan kalori, sukar untuk kita melakar pelan diet yang benar-benar berkesan bagi tubuh badan kita. Menurut Kevin, keperluan kalori seseorang bergantung kepada lima faktor utama seperti jantina, berat, tinggi, umur dan gaya hidup. Lima faktor itu juga dikenali sebagai Kadar Metabolik Aktif. Individu perlu menentukan penggunaan dan pengambilan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya pengambilan tenaga yang lebih dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan lemak di dalam hati dan otot-otot sebagai glikogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak. (jika kelaparan berlaku, simpanan lemak
  • 33. 33 ini akan digunakan.) bagi setiap 3500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 450 gram.walau bagaimanapun, bilangan kalori yang diperlukan bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup, komposisi badan dan keturunan. (Zainab, 2000). Menurut Rahmat (2012), diet yang sihat membantu tumbesaran dan membolehkan manusia bekerja secara proaktif dan merasa selesa. Beliau turut menyatakan bahawa pilihan makanan membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung. Kanser, penyakit kencing manis, strok, dan osteoporosis. Diet yang sihat juga mampu mengurangkan faktor risiko utama kepada penyakit kronik seperti kegemukan, tekanan darah tinggi, dan paras kolestrol yang tinggi dalam darah. Pendapat Zeigler et al.(1998) pula turut menyatakan bahawa pengambilan nutrien dan tenaga yang tidak mencukupi dalam jangka masa yang panjang akan mengakibatkan kehilanganjisim otot, pembesaran terbantut, masalah kehilangan selera makan dan osteoporosis. Manakala “Timbalan Menteri Kesihatan berkata, terdapat kira- kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.” (Hilmi Yahaya, 2013)
  • 34. 34 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Metodologi Kajian Dalam menjalankan sebuah kajian, metodologi yang digunakan adalah berbeza dari segi penggunaan alat, sampel populasi serta kawasan kajian. Terdapat sesetengah kajian menggunakan kaedah yang berlainan dan menghasilkan keputusan yang baik. Bagaimanapun, menggabungkan beberapa kaedah dalam sesebuah kajian akan menjadikan kajian tersebut kompleks dan sukar untuk dilaksanakan.
  • 35. 35 Dalam kajian yang dijalankan, soalan-soalan yang akan berbangkit adalah bergantung kepada isu semasa , bidang kajian, sampel populasi yang diambil, responden yang terlibat sama ada ahli pasif ataupun yang aktif akan diambil kira untuk menjayakan kajian ini .Setelah menetapkan semua aspek ini, satu kaedah metodologi akan dipilih bagi melaksanakan kajian ini dan untuk memperolehi satu keputusan yang memuaskan. 3.2Kaedah Kajian Setelah itu penyelidik mendapati bahawa kajian ini perlu diberi perhatian tentang bentuk atau cara untuk melakukan kajian ini. Pengkaji memilih teknik deskriptif dan kuantitatif. Design atau bentuk kajian ini dipilih kerana ianya memudahkan penyelidik di dalam menjalankan kajian tanpa memerlukan perbandingan data yang akan diperolehi dengan data kawalan. Kaedah ini dilakukan secara tinjauan dan gambaran berkaitan fenomena dalam kehidupan sebenar berkaitan ciri-ciri individu, situasi, atau kumpulan.. Pendekatan ini dipilih kerana jalan pendekatannya akan menjadikan kajian ini lebih terperinci dan sistematik. Satu komponen yang besar dalam kajian ini adalah Kajian Semula. Secara umumnya, kajian semula akan mengkaji dan mengembangkan secara terperinci tentang beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu. Hal ni bermaksud kajian-kajian yang terdahulu dijadikan sumber rujukan bagi membuktikan bahawa kajian yang akan dijalankan mempunyai nilainya.
  • 36. 36 Pendekatan deskriptif terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek kualitatif dan aspek kuantitatif. Aspek kualitatif bermaksud fakta-fakta dan data-data yang tidak boleh dikira seperti tahap pengetahuan dan pemahaman tentang sesuatu perkara di dalam sesebuah komuniti. Manakala aspek kuantitatif bermaksud aspek yang boleh dikira serta penghuraian ciri-ciri melalui carta- carta pai, graf dan jumlah keseluruhan dalam sesebuah kajian. Ini merupakan proses sistematik dan subjektif yang digunakan untuk menentukan kehidupan atau situasi sebenar. 3.3Sampel Populasi Dalam menentukan responden yang akan dipilih, beberapa kriteria harus diteliti bagi menjadikan kajian ini menghasilkan keputusan yang baik dan memberansangkan. Kriteria seperti julat umur, golongan yang berkaitan serta faktor-faktor luar yang mempengaruhi sesebuah komuniti itu turut diambil kira. Ini perlu bagi merealisasikan kajian dan untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan. Untuk kajian ini, sampel populasi yang diambil adalah seramai 30 orang yang dipilih secara rawak di Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak. Kesemua responden yang diambil adalah daripada golongan berumur dari 18 tahun hingga 30 tahun yang mempunyai latar belakang yang berlainan, taraf pendidikan yang berbeza serta status pekerjaan yang berbeza. Satu persampelan akan direka dan diuruskan dengan baik untuk memperolehi data yang baik (Bloch 1999). Soal selidik yang berkaitan akan diberikan
  • 37. 37 kepada responden dan akan dijawab dan hasilnya akan dibincangkan kemudian. 3.4Tempat Kajian Tempat merupakan kawasan yang dipilih untuk melaksanakan kajian akan dipilih berdasarkan beberapa faktor seperti tahap pendidikan di sesuatu tempat itu, pendedahan kepada dunia luar serta pendedahan kepada sebarang media massa atau elektronik. Di sini, objektif kajian akan diperlihatkan untuk membezakan tahap pengetahuan responden kepada kajian yang dijalankan. Tempat yang dipilih ialah sebuah kelab iaitu Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak. Kawasan ini dipilih sebagai lokasi penyelidikan kerana terdapatnya sebuah kelab yang diberi nama Kelab Rakan Sihat. Kelab Rakan Sihat ini merupakan tempat yang ideal bagi individu yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat melalui saranan pengambilan kalori yang mengikut keperluan. Selain itu, lokasi yang amat strategik seperti berdekatan dengan bandar memudahkan mengkaji untuk membuat kajian di lokasi tersebut dari semasa ke semasa.
  • 38. 38 3.5 Perlaksanaan Dan Prosedur Kajian Setelah memilih responden yang sesuai dengan tajuk kajian serta memilih satu kawasan yang agak efektif untuk sesebuah kajian itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi untuk melaksanakan kajian ini. Prosedur ini berbangkit untuk mengelakkan sebarang pertikaian dan salah faham dari pihak tertentu serta mengelakkan sebarang masalah dan ketidak bertanggungjawab dalam menjayakan kajian ini. Tujuan kajian juga perlu dijelaskan kepada semua pihak agar kajian yang dijalankan berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Prosedur pertama yang perlu dipatuhi ialah mendapatkan surat kebenaran untuk melaksanakan kajian ini daripada pihak berwajib dan meminta izin daripada ketua kawasan terbabit untuk menjalankan kajian. Setelah itu, kajian dijalankan kepada responden yang terlibat sambil menerangkan segala objektif dan tujuan kajian yang dijalankan. 3.6 Kajian Rintis/Pilot Study Sebelum borang kaji selidik diberikan kepada responden, satu kajian rintis perlu dilakukan. Kajian rintis adalah di mana borang kaji selidik yang telah siap dibuat akan diberikan kepada beberapa orang untuk diuji keberkesanannya dahulu. Ini untuk mengelakkan sebarang kesalah fahaman dan kecelaruan yang akan membuatkan responden tidak dapat menjawab dengan baik. Hal ini dikhuatiri menyebabkan hasil keputusan yang akan diperolehi tidak memuaskan. Sebanyak 5 orang responden dari Kelab Nutrisi
  • 39. 39 Taman Perpaduan akan dipilih bagi menjawab borang soal selidik yang akan dikemukakan. 3.7 Cara Pengumpulan Data Setelah borang kaji selidik diberikan kepada responden, dan setelah soalan- soalan yang diajukan dijawab dengan baik, data dan maklumat akan dikumpul untuk dianalisa. Data-data yang diperolehi akan dipersembahkan melalui beberapa kategori di dalam graf dan carta berkaitan. Data akan diproses menggunakan perisian komputer. Persembahan graf dan carta- carta juga akan dijana oleh perisian komputer Microsoft Excel. Ini akan memperlihatkan kekemasan data dan pengurusan data dengan baik. Pengumpulan data atau maklumat disokong melalui sumber rujukan buku ilmiah yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Kaedah kajian ini juga amat murah dan penyelidik boleh melakukan pengumpulan data pada bila- bila masa yang diperlukan. Responden akan diberi masa selama 15 sehingga 20 minit selepas diberi penerangan untuk mengisi borang soal selidik. Borang soal selidik akan dikutip secara manual oleh penyelidik sendiri pada hari sama. 3.8 Analisis data. Penganalisaan data diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mudah seperti jadual, graf, carta pai atau seumpamanya melalui bantuan perisian komputer. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan deskriptif.
  • 40. 40 Deskriptif statistik digunakan untuk mengetahui frekuensi dan peratus dalam Data Sosiodemografik. Bagi bahagian B dan C, iaitu soalan-soalan mengenai (KAP), akan dihuraikan dari segi frekuensi dan peratus (%). Keputusan frekuensi dan peratus akan dapat menentukan tahap pengetahuan responden mengenai pendermaan organ. 3.9 Isu etika Dalam melakukan kajian ini, beberapa isu perlu dijaga di dalam memastikan setiap maklumat seperti latar belakang dan butiran peribadi responden adalah sulit dan rahsia. Setiap maklumat peribadi tidak boleh didedahkan secara terbuka tanpa persetujuan daripada responden samada secara lisan atau bukan lisan bagi memastikan tidak ada dalam kalangan pihak responden yang tersinggung. Pengkaji juga tidak mengganggu atau mempertikaikan setiap jawapan daripada para responden dan sekali tidak menyinggung atau mengganggu perasaan, tugas mahupun personaliti serta keperibadian responden yang dipilih dalam menjalankan kajian.
  • 41. 41 3.10 Limitasi Kajian Masa :  Kekangan masa pelatih yang menjalani latihan klinikal merupakan satu limitasi bagi mengadakan perjumpaan dengan penyelia kajian. Hal ini kerana kebiasaannya pelatih akan berada di luar kawasan kolej bagi menjalani latihan klinikal. Pencarian sumber :  Kami dapati bahawa kajian yang dijalankan menyebabkan kesukaran mencari sumber dan bahan kerana amat sukar mencari perpustakaan apabila berada di luar kawasan kolej. Perjumpaan Ahli  Kami dapati bahawa faktor lokasi penempatan klinikal yang berlainan antara ahli telah menyukarkan proses perbincangan mengenai kajian yang dijalankan.
  • 42. 42 BAB 4 PENEMUAN / PENGANALISAAN DATA Seramai 30 orang responden lelaki dan perempuan yang terdiri daripada Ahli Kelab Nutrisi yang telah dipilih secara rawak untuk diedarkan borang soal selidik untuk membantu kajian ini. Borang soal selidik ini merangkumi tiga (3) bahagian iaitu Bahagian A (maklumat peribadi responden) , Bahagian B (merangkumi soalan yang berkaitan kajian yang dijalankan) iaitu mengkaji tahap pengetahuan mengenai pengambilan kalori yang diperlukan dalam kalangan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan dan Bahagian C pula merupakan (Cadangan).
  • 43. 43 BAHAGIAN A Untuk bahagian ini, maklumat peribadi responden yang diambil ialah jantina, bangsa, umur dan agama. Untuk jantina, hasil keputusan mendapati jantina lelaki seramai 13 orang (43.33%) dan perempuan pula seramai 17 orang (56.67%). Untuk pecahan taburan bangsa dan agama pula masing-masing berkongsi bacaan yang sama. Responden berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah seramai 23 orang (76.67%) . Manakala, responden berbangsa Cina dan beragama Buddha pula seramai 4 orang (13.33%). Responden yang berbangsa India dan beragama Hindu direkodkan seramai 3 orang (10.00%). 43% 57% Pecahan Jantina Responden Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan Lelaki Perempuan
  • 44. 44 Berikut merupakan carta pai responden mengikut bangsa dan agama 77% 13% 10% Pecahan Bangsa RespondenAhli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan Melayu Cina India 77% 13% 10% Pecahan Agama Responden Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan Islam Buddha Hindu
  • 45. 45 Untuk umur, hasil keputusan mendapati responden yang berumur diantara 18-22 tahun seramai 4 orang (13.33%). Manakala, 8 orang (26.66%) dalam lingkungan 23-26 tahun dan baki 18 orang (60.00%) berumur dalam 27-30 tahun. 60% 27% 13% Pecahan Umur Responden Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan 18-22 Tahun 23-26 Tahun 27-30 Tahun
  • 46. 46 BAHAGIAN B Untuk bahagian ini, Tahap pengetahuan responden mengenai pengambilan kalori diuji dengan beberapa set soalan tertutup. Soalan yang dipilih berdasarkan tiga (3) faktor utama yang dikenalpasti mempengaruhi pengetahuan responden. Tiga (3) faktor itu ialah Tahap Pengetahuan Asas Mengenai Kalori , Kesan Pengambilan Kalori , dan Cadangan yang Dipilih. Faktor pertama yang diuji dalam set soalan yang disediakan ialah faktor tahap pengetahuan asas mengenai kalori. Untuk faktor ini, terbahagi kepada empat (4) komponen kecil iaitu maksud kalori, cara pengiraan kalori, pengetahuan mengenai kalori yang diperlukan dalam sehari serta kepentingan pengambilan kalori yang betul . Berikut merupakan dapatan data yang diperolehi.
  • 47. 47 Seramai 23 orang (76.67%) responden mengetahui apa itu kalori. Manakala baki lagi 7 orang (23.33%) tidak tahu apa itu kalori. Seramai 14 orang (46.66%) responden mengetahui cara pengiraan kalori. Manakala baki lagi 16 orang (53.33%) tidak tahu untuk mengiranya. Memahami definisi Kalori 56.67 6.67 Tahap Pengetahuan Responden Mengenai Apa Itu Kalori Ya Tidak Mengetahui Cara Pengiraanya 46.66 53.33 Tahap Pengetahuan Responden Mengenai Cara Pengiraan Kalori Ya Tidak
  • 48. 48 Namun, Seramai 17 orang (56.67%) responden mengetahui kalori yang diperlukan tubuh dalam masa sehari. Manakala baki lagi 13 orang (43.33%) tidak tahu kadar keperluan kalori tubuh. Mengetahui Kadar Keperluan Kalori Tubuh 56.67 43.33 Tahap Pengetahuan Responden Mengenai Kadar Kalori yang Diperlukan Tubuh Dalam Sehari Ya Tidak
  • 49. 49 Akhir sekali dalam komponen kecil tahap pengetahuan responden, Seramai 17 orang (56.67%) responden mengetahui kepentingan pengambilan kalori mengikut keperluan badan dengan julat yang betul. Manakala baki lagi 13 orang (43.33%) tidak tahu mengenainya Faktor seterusnya yang diuji dalam set soalan yang disediakan ialah faktor kesan pengambilan kalori. Untuk faktor ini, terbahagi kepada empat (4) komponen kecil iaitu peningkatan berat badan, peningkatan penyakit kronik, kurang aktif dan peningkatan perbelanjaan kos rawatan. Berikut merupakan dapatan data yang diperolehi. Mengetahui Kadar Keperluan Kalori Tubuh 56.67 43.33 Tahap Pengetahuan Responden Mengenai kepentingan Pengambilan Kalori Mengikut Keperluan Badan Dengan Julat yang Betul Ya Tidak
  • 50. 50 Dari segi peningkatan berat badan, seramai 23 orang (76.67%) bersetuju bahawa pengambilan kalori berlebihan akan menyebabkan peningkatan berat badan Namun, baki 7 orang (23.3%) responden memilih untuk tidak mempercayainya. Selain itu, seramai 17 orang (56.67%) bersependapat bahawa pengambilan kalori berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik. Namun, baki 13 orang (43.33%) responden pula membangkang mengenai perihal ini. Ya 77% Tidak 23% Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh Menyebabkan PeningkatanBerat Badan Ya 57% Tidak 43% Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh Menyebabkan PeningkatanPenyakit Kronik
  • 51. 51 Selain itu, seramai 17 orang (56.67%) bersependapat bahawa pengambilan kalori berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kurang aktif. Namun, baki 13 orang (43.33%) responden pula membangkang mengenai perihal ini. Ya 57% Tidak 43% Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh Menyebabkan Seseorang Itu Menjadi Kurang Aktif
  • 52. 52 Untuk komponen terakhir dalam faktor kesan pengambilan kalori, Seramai 18 orang (60.00%) bersependapat peningkatan perbelanjaan awam merupakan kesan pengambilan kalori yang berlebihan . Namun , 12 orang (40.00%) responden lain menyatakan mereka tidak mempercayainya. Ya 60% Tidak 40% Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh Menyebabkan PeningkatanKos Perbelanjaan Rawatan
  • 53. 53 Faktor terakhir yang diuji dalam set soalan yang disediakan ini ialah faktor Cadangan. Untuk faktor ini, terbahagi kepada empat (4) jenis cadangan yang dipilih bagi mengenalpasti tahap pengetahuan seseorang dalam pengambilan kalori iaitu jenis media, senaman, pengamalan diet makanan berkalori rendah dan pemberian pendidikan kesihatan. Berikut merupakan dapatan data yang diperolehi berdasarkan senarai cadangan berkenaan. Untuk jenis media, Seramai 12 orang (40.00%) berpendapat televisyen merupakan saluran mendapatkan informasi berkaitan pengambilan kalori. Namun, 10 orang (33.33%) responden memilih internet . Tapi, wakil kepada media cetak iaitu majalah dan akhbar mencatatkan 6 (20.00%) dan 2 (6.66%) . Pecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari Ibubapa… 0 20 40 40 33.33 20 6.66 Pecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan Pengambilan Kalori Mengikut Jenis Media Pecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari Ibubapa Sendiri
  • 54. 54 Selain itu, seramai 22 orang (73.33%) responden menyatakan melakukan senaman boleh mengurangkan risiko pengambilan kalori yang berlebihan. Namun, baki 8 orang (26.66%) responden membangkang mengenai pernyataan ini. Seramai 23 orang (73.33%) responden menyatakan mengamalkan pengambilan makanan kurang kalori baik untuk kesihatan. Namun, baki 7 orang (23.33%) responden pula membangkang pernyataan ini. Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan 0 20 40 60 80 Ya Tidak 73.33 26.67 MelakukanSenaman Dapat Mengurangkan Risiko PengambillanKalori yang Berlebihan Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan 0 50 100 Ya Tidak 76.67 23.33 Mengambil Diet yang Kurang Kalori Adalah Baik Untuk Kesihatan Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan
  • 55. 55 Komponen terakhir dalam cadangan yang diuji ialah pendidikan kesihatan. Seramai 24 orang (80.00%) responden menyatakan pentingnya pendidikan kesihatan untuk kesedaran oang ramai mengenai pengambilan kalori yang betul. Namun, baki 6 orang (20.00%) responden pula tidak bersetuju. Pentingnya Pendidikan Kesihatan untuk Kesedaran Orang Ramai Mengenai… 0 50 100 Ya Tidak 80 20 Pentingnya Pendidikan Kesihatan untuk Kesedaran Orang Ramai Mengenai Pengambilan Kalori yang Betul Pentingnya Pendidikan Kesihatan untuk Kesedaran Orang Ramai Mengenai Pengambilan Kalori yang Betul
  • 56. 56 BAHAGIAN C Untuk bahagian ini, Beberapa contoh cadangan diuji dengan set soalan tertutup. Soalan yang dipilih berdasarkan tiga (3) cadangan utama yang dikenalpasti boleh menyumbang kepada tahap pengetahuan responden mengenai pengambilan kalori. Tiga (3) cadangan itu ialah pemberian pendidikan kesihatan, mengikuti aktiviti kelab secara berkala dan pengedaran risalah berkaitan kalori. Seramai 28 orang (93.33%) responden menyokong pendidikan kesihatan perlu diberikan di kelab ini. Manakala baki lagi 2 orang (6.66%) membangkang cadangan ini Ya Tidak 0 20 40 60 80 100 93.33 3.33 PendidikanKesihatan Perlu Diberikan di Kelab Nutrisi ini Pendidikan Kesihatan Perlu Diberikan di Kelab Nutrisi ini
  • 57. 57 Seramai 25 orang (83.33%) responden menyokong mengikuti aktiviti berkaitan kalori di kelab ini secara berkala. Manakala baki lagi 5 orang (16.66%) membangkang cadangan ini Untuk komponen terakhir cadangan yang diuji, Seramai 28 orang (93.33%) responden menyokong risalah berkaitan kalori diedarkan dalam kelab ini. Manakala baki lagi 2 orang (6.66%) membangkang cadangan ini Ya Tidak 0 20 40 60 80 100 83.33 16.67 Cadangan Mengikuti Aktiviti Berkaitan Kalori di Kelab ini Secara Berkala Cadangan Mengikuti Aktiviti Berkaitan Kalori di Kelab ini Secara Berkala Ya Tidak 0 20 40 60 80 100 93.33 6.67 Risalah Berkaitan Kalori Perlu Diedarkan di Kelab Nutrisi ini Pendidikan Kesihatan Perlu Diberikan di Kelab Nutrisi ini
  • 58. 58 BAB 5 PERBINCANGAN Kajian yang dijalankan merangkumi beberapa bahagian iaitu Bahagian A, bahagian B, serta Bahagian C yang terdiri daripada 30 orang responden. Setelah penganalisaan data daripada borang soal selidik yang telah dilakukan, hasil kajian mendapati pengetahuan responden tentang tahap pengetahuan pengambilan kalori yang diperlukan adalah baik dan memuaskan dalam kalangan Ahli Kelab Nutrisi , Taman Perpaduan Perak.
  • 59. 59 Kajian ini dilakukan kepada wanita dan lelaki yang dipilih secara rawak di Kelab Nutrisi, Taman Perpaduan. Dapatan menunjukkan bahawa kaum wanita yang menjadi ahli Kelab Nutrisi melebihi kaum lelaki yang meliputi 56.67% wanita dan 43.33% lelaki. Hal ini turut membuktikan yang wanita lebih berminat untuk mengawal tahap kalori berbanding lelaki. Kajian Hoolihan (2003) mengenai pemilihan makanan individu pula mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien termasuklah umur, jantina, tahap aktiviti, bangsa, etnik dan cara hidup. Responden yang dikaji ialah berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun. Hal ini menunjukkan bahawa responden yang berumur di antara 27 tahun hingga 30 tahun mencapai jumlah tertinggi iaitu 60.00% berbanding yang berumur 23 tahun hingga 26 tahun dan 18 tahun hingga 22 tahun yang hanya mencapai 26.66% dan 13.33%. menurut Zainab (2000), Keperluan berbeza sepanjang hayat, bergantung kepada perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti tumbesaran, taraf kesihatan dan aktiviti yang dilakukan. Pengkaji merasakan bahawa masyarakat yang terdiri daripada Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan lebih memahami tentang pengertian kalori itu sendiri. Menurut Kamus Cambridge (2015), kalori dari aspek pemakanan bermaksud merupakan satu unit yang diukur bagi menentukan amaun tenaga untuk makanan yang dibekalkan ketika makanan tersebut dimakan lalu dicernakan. Manakala dari aspek saintifik, kalori bermaksud merupakan
  • 60. 60 satu unit yang bersamaam dengan jumlah tenaga yang diperlukan dalam meningkatkan suhu satu gram air bagi satu darjah selsius. Manakala dari segi mengetahuan mengenai cara pengiraan kalori yang betul,hampir sebahagian masih belum mengetahui kerana cara pengiraannya yang agak sukar. Namun, hal ini sangat penting kerana ukuran tersebut akan menentukan jumlah kalori yang boleh diambil oleh badan individu tersebut. Individu perlu menentukan penggunaan dan pengambilan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya pengambilan tenaga yang lebih dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan lemak di dalam hati dan otot-otot sebagai glikogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak. (jika kelaparan berlaku, simpanan lemak ini akan digunakan.) bagi setiap 3500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 450 gram.walau bagaimanapun, bilangan kalori yang diperlukan bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup, komposisi badan dan keturunan. (Zainab, 2000). Dewasa ini, masyarakat yang menitik beratkan soal kesihatan sering kali mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh yang demikian ,mereka sangat cakna akan cara pemakanan serta keperluan kalori yang diperlukan seharian.
  • 61. 61 Menurut responden yang dikaji, sebahagian besar amat bersetuju bahawa pengambilan kalori yang berlebihan memberi kesan khususnya dari segi peningkatan badan. Kevin Zahri (2013) berkata, tubuh seseorang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan.Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan. Pengkaji mendapati bahawa pengambilan kalori yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit yang kronik. Menurut Rahmat (2012), diet yang sihat membantu tumbesaran dan membolehkan manusia bekerja secara proaktif dan merasa selesa. Diet yang sihat juga mampu mengurangkan faktor risiko utama kepada penyakit kronik seperti kegemukan, tekanan darah tinggi, dan paras kolestrol yang tinggi dalam darah. Selain itu, “Timbalan Menteri Kesihatan berkata, terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.” (Hilmi Yahaya, 2013) Saintis dari Kolej Imperial London dan Universiti Harvard menganalisis gula dalam darah 2.7 juta orang berumur 25 tahun ke atas di seluruh dunia dan menggunakan keputusan itu untuk menganggarkan jumlah pesakit diabetes. Kajian itu menyatakan jumlah penghidap diabetes
  • 62. 62 meningkat dua kali ganda dari 153 juta orang pada 1980 kepada 347 juta orang pada 2008. Pengkaji kajian itu berkata, dua faktor utama yang mengakibatkan peningkatan penghidap diabetes adalah hidup yang lama dan berat badan berlebihan atau lebih dikenali dengan obesiti. Obesiti juga merupakan satu masalah kesihatan berat badan yang terlampau yang amat serius. Lebih dari 1 billion penduduk dunia gemuk. Selain itu, kajian ini turut menunjukkan bahawa kurangnya melakukan aktiviti seperti senaman menyebabkan kurang pembakaran kalori. Menurut Zainab (2000), golongan dewasa lanjut usia memerlukan makanan yang kurang disebabkan aktiviti yang berkurangan berbanding golongan yang muda dan aktif. Oleh itu, sekiranya kalori tersebut diambil secara berlebihan, maka individu tersebut harus melakukan aktiviti yang mampu mengurangkan kadar kalori dalam badan. Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi input dan maklumat terhadap orang ramai. Secara keseluruhannya, saluran yang paling mudah disampaikan kepada masyarakat Malaysia ialah melalui stesen televisyen. Hal ini kerana majoriti rakyat Malaysia gemar menonton televisyen bersama-sama keluarga pada waktu senggang.
  • 63. 63 Masyarakat Malaysia bersetuju bahawa mengamalkan aktiviti yang cergas khususnya melakukan senaman secara berkala mampu mengurangkan risiko penyakit kronik. Hal ini disebabkan oleh kalori yang berlebihan dapat dikawal dalam badan. Oleh itu, pengumpulan lemak di dalam badan juga dapat dielakkan. Sebahagian besar responden dari Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan turut bersetuju bahawa pendidikan kesihatan harus diberikan kepada orang ramai agar mereka di luar sana sedar akan kepentingan mengawal kalori berlebihan dalam badan serta kesan jika tidak mengalamalkan gaya hidup yang sihat.
  • 64. 64 BAB 6 RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 RUMUSAN Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan mengenai kadar pengetahuan mengenai pengambilan kalori yang diperlukan oleh badan dalam kalangan ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak agak memuaskan. Mereka menitik beratkan soal gaya hidup yang sihat dengan mengambil kira dari segi keperluan kalori yang betul. Kalori merupakan unit yang diukur bagi
  • 65. 65 tenaga yang terdapat di dalam badan. Pengetahuan mengenai kalori sangat penting kerana sekiranya diambil dan dimakan dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan lalu tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan di simpan di dalam badan sebagai lemak berlebihan. Sangat penting bagi masyarakat di luar sana untuk mengetahui mengenai kalori yang diperlukan dalam badan. Hal ini juga kerana setiap 8000 kalori yang terkumpul dan tidak dibakar akan menaikkan 1kg berat badan dari berat badan asal. Bagi mengekalkan berat badan yang ideal pula, kalori harian yang diambil perlulah mengikut keperluan kalori yang diperlukan oleh badan kita. Secara umumnya, keperluan kalori harian yang diperlukan oleh golongan lelaki adalah sebanyak 1800 kalori manakala untuk golongan perempuan pula adalah sebanyak 1500 kalori sehari. Dari konteks demografik, ternyata bahawa golongan berusia lebih berminat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat berbanding golongan muda serta remaja. Hal ini kerana sebahagian besar ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak mementingkan kesihatan kerana peningkatan usia seseorang akan menyebabkan datangnya pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, serta masalah jantung jika tidak dicegah dengan awal. Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.
  • 66. 66 Melalui borang soal selidik yang diberikan kepada para responden di Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, antara faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan mengenai pengambilan kalori yang diperlukan badan ialah cara pengiraan kalori yang betul. Melalui dapatan tersebut, pengkaji dapat merumuskan bahawa masyarakat sekarang masih tidak mengetahui cara pengiraan yang betul. Namun, masyarakat dewasa ini agak sedia maklum serta mengetahui tentang kepentingan dan apakah sebenarnya maksud kalori. Selain itu, masyarakat mahupun orang awam rata-ratanya tahu akan keperluan kalori di dalam badan secara kasarnya. Mereka juga sedar dan tahu bahawa kalori jika diambil berlebihan boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Masyarakat juga sedia maklum bahawa antara kesan tidak cakna akan kepentingan kalori adalah peningkatan dari segi kos perbelanjaan. Hal ini kerana rentetan dari penyakit kronik yang datang,kos dari segi perbelanjaan perubatan amat diperlukan bagi merawat penyakit tersebut. Oleh itu, jikan penduduk di Malaysia kini tidak mengambil endah akan penjagaan kesihatan, maka mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan yang akhirnya menggangu gugat pendapatan bulanan mereka.
  • 67. 67 6.2 CADANGAN Beberapa cadangan boleh dikemukakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan mengenai keperluan kalori yang diperlukan dalam badan. Hal ini sangat penting agar generasi yang akan datang dapat mengekalkan kesihatan dengan mengambil berat mengenai penjagaan kalori yang diperlukan dalam badan agar sentiasa berada dalam jumlah yang optimum serta terkawal. Antaranya cadangan yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan serta badan berkanun harus bekerjasama dalam menjayakan program kesedaran terhadap masyarakat sejagat. Contohnya ialah dengan menyampaikan input dan maklumat melalui saluran seperti media massa dan elektronik. Hal ini sangat membantu dari segi menghebahkan sesuatu perkara. Secara tidak langsung, perkara ini telah menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai keperluan kalori yang diperlukan dalam badan. Selain itu, pendidikan kesihatan perlu diberikan kepada orang awam khususnya Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan. Pegawai Kesihatan ataupun jurulatih yang berpengalaman mengenai kalori perlu memberikan input yang penting kepada masyrakat agar mereka tahu bagaimana cara untuk mengekalkan kesihatan dengan mengawal jumlah kalori dalam badan.
  • 68. 68 Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa cadangan ini boleh dilakukan pada masa yang akan datang kerana maklumat yang disampaikan adalah melalui perjumpaan di antara pegawai yang bertugas dengan masyarakat. Pelbagai soalan boleh diajukan secara terus kepada mereka . Pengkaji juga berpendapat bahawa pengedaran risalah kepada orang awam dapat meningkatkan tahap pengetahuan mengenai keperluan kalori yang betul di dalam badan. Risalah tersebut boleh dibaca dan difahami. Maklumat yang penting juga terdapat dalam risalah itu. Melalui pembacaan risalah, pembaca juga boleh menyampaikan ilmu yang diketahui kepada orang lain khususnya keluarga mereka sendiri. Oleh itu, makin ramai yang akan mengetahui mengenai perkara ini. Aktiviti-aktiviti kecergasan juga perlu dilakukan secara berkala seperti tiga kali seminggu selama 20 minit. Aktiviti sebegini dapat membantu dari segi pembakaran kalori yang berlebihan dalam badan. Terdapat dua jenis aktiviti seperti ‘low impact’ dan ‘high impact’. ‘low impact’ merupakan aktiviti yang perlahan seperti berjalan kaki dan yoga. Aktiviti sebegini mengambil masa yang lama untuk membakar kalori. Manakala ‘high impact’ pula merupakan aktiviti yang memerlukan stamina tinggi seperti berlari dan berzumba. Oleh itu, masyarakat boleh memilih aktiviti yang bersesuaian dengan stamina badan
  • 69. 69 kerana objektif aktiviti ini adalah pembakaran kalori tidak kira apa-apa jua aktiviti sekalipun. Sesungguhnya, pengkaji perlulah sentiasa peka akan cadangan yang bakal dikemukakan. Hal ini sangat penting agar penyelidikan yang bakal dijalankan di masa akan datang dapat lebih diperlbaiki lagi. Seterusnya pengetahuan mengetahi mengenai keperluan kalori dalam badan juga dapat dipertingkat dari semasa ke semasa agar masyarakat sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sejahtera.
  • 70. 70 BIBLIOGRAFI Baysal, A. (2002). General Nutrition. Ankara: Hatiboglu Publications: 14, Press. Bender, W. H. (1997). “How much foodwill we need inthe 21st century? ” Environment..39. 6-11. Blades, M. (2001). Factors affecting what we eat. Nutrition and Food Science, 21 (2), 71-77. Delisle, H. (2005). Should Adolescents be Specifically Targeted for Nutrition in Developing Countries? To Address Which Problems, and How? Universiti Montreal: Thesis. Ensiklopedia Islam Edisi 4, (2003) Govindji, F., Hunter, F., Graimes, N., Marshall, J., More, J., Wilcock, F.(2002). “Foodfor Your Body”. London: Reader’s Digest.36-43, 302-305
  • 71. 71 Hoolihan, L. E. (2003). Individualization of nutrition recommendations and food choices. Nutrition Today, 38, 6. 225-231. Kelly-Plate, J. & Eubanks, E. (2000). Teacher’s Wraparound Edition: Today’s Teen. Illinois: Glencoe McGraw Hill. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Healthy Weight: A New Way of Looking At Your Weight and Health. Kuala Lumpur: KKM. McBean, L. D. (1999). Emerging dietary benefits of dairy foods. Nutrition Today, 34(1), 47-53. Rahmah, M. A., (1999). “Rancangan Kesihatan Sekolah”. Buletin Kesihatan Masyarakat, 5,90-91. Rahmat, R. (2012). Faktor Yang Mempengaruhi Penumpuan Pembelajaran Pelajar. Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana. Storper, B. (2003). “Moving toward health sustainable diets”. Nutrition Today, 38, 2. 57-59.
  • 72. 72 Tesler, W (2003). “Four corecomponents which should bemade available together andin all schools”. UNESCO: Skill-based health: Tidakditerbitkan UNESCO (2004). “WHO Information Series on School Health – Document 4 : HealthyNutrition : An Essential Element of a Health Promoting School”. Geneva : Nota Zainab Tambi (2000). “Amalan PemakananSihat”. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak:Nota Ziegler, P., Hensley, P., Roepke, J. B.(1998). “Eating attitudes and energy intakes of female skaters”. Medicine and Science in Sports and Exercise,30,4. 583-586. Cambridge Advanced Learner's Dictionary dimuat turun pada 20 Mac 2015 dari http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/ Hilmi Yahaya (2013). Obesiti Kini Masalah Besar di Malaysia. Dimuat turun pada 25 April 2015 dari http://www.mstar.com.my/berita/berita- semasa/2013/11/17/obesiti-kini-masalah-besar-di-malaysia/ Kevin Zahri (2013). Kenal Pasti Kalori. Dimuat naik pada 1 Mei 2015 dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/component/content/article/772 6-kenal-pasti-kalori.