SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  215
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
PANDUAN GURU
BAHASA MALAYSIA
(Sekolah Jenis Kebangsaan)
TAHUN 4
Terbitan
BahagianPembangunanKurikulum
2013
Cetakan Pertama 2013
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN
A. BAHAGIAN 1
PENGENALAN BUKU PANDUAN GURU
Pendahuluan 1
Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan 4
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia 5
Matlamat & Objektif Umum 6
Fokus 7
Susunan Kandungan Standard 8
Pengisian Kurikulum 20
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 22
Struktur Modul 31
B. BAHAGIAN 2
CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran
Mendengar dan Bertutur 35
Strategi Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 37
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran
Membaca 38
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca 39
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis 40
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis 42
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni
Bahasa 43
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Seni Bahasa 44
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa 45
Strategi Pengaharan dan Pembelajaran Aspek Tatabahasa 46
C. BAHAGIAN 3
PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR
Tema: Ekonomi 49
Tema: Keselamatan 50
Tema: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 51
iii
D. BAHAGIAN 4
CONTOH MODUL MENGIKUT TEMA
1. Tema: Ekonomi 57
2. Tema: Keselamatan 103
3. Tema: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 141
E BAHAGIAN 5
PERIBAHASA
Simpulan Bahasa 193
F BAHAGIAN 6
PERUMPAMAAN 199
G BAHAGIAN 7
GLOSARI 203
iv
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
vi
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
PENDAHULUAN
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Empat ini disediakan sebagai panduan
dan bahan rujukan untuk membantu guru mengaplikasikan Standard Kurikulum
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, menjana idea, merancang dan melaksanakan
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Buku Panduan Guru Bahasa
Malaysia Tahun Empat juga mencadangkan pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan
dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai.
Buku Panduan Guru ini diharapkan dapat membantu guru menterjemahkan
Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah Bahasa Malaysia yang
mengetengahkan pendekatan modular dan menitikberatkan pembelajaran secara
didik hibur. Dalam pendekatan modular ini, fokus pengajaran dan pembelajaran
diberikan kepada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta
dua elemen lain iaitu aspek seni bahasa dan tatabahasa. Semua fokus pengajaran
dan pembelajaran ini amat penting dan perlu dikuasai oleh murid bukan sahaja bagi
membantu mereka memantapkan kemahiran bahasa, mencungkil potensi diri, dan
meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan, malah menggalakkan mereka
berkomunikasi secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan. Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga turut memberi penekanan kepada
aspek penilaian, pemulihan dan pengayaan yang merupakan aspek penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Buku panduan ini mengandungi empat bahagian; Bahagian 1 merupakan
pengenalan tentang Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Empat dan
Struktur Pendekatan Modular, Bahagian 2 mengandungi contoh-contoh Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran, Bahagian 3 memaparkan contoh pemetaan
rancangan mengajar mingguan dan Bahagian 4 mengandungi peribahasa,
perumpamaan, dan glosari Bahasa Malaysia Tahun Empat.
Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Buku Panduan Guru ini
hanyalah cadangan. Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri untuk
mengubah suai aktiviti tersebut agar dapat memenuhi kebersediaan dan kebolehan
murid dalam setiap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas
sumbangan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
penghasilan buku ini. Buku Panduan Guru ini diharap dapat dimanfaatkan dalam
usaha melahirkan modal insan yang mampu menyumbang ke arah pembangunan
negara selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
3
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
BAHASA MALAYSIA DI SEKOLAH
JENIS KEBANGSAAN
Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) turut diajar sebagai bahasa kebangsaan seperti yang
dipelajari oleh murid-murid di Sekolah Kebangsaan. Namun begitu, pendekatan dan
strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di SJK menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. Pemerolehan bahasa
kedua berbeza dibandingkan dengan pemerolehan bahasa pertama (bahasa
ibunda). Penguasaan bahasa pertama diperoleh secara semula jadi, sebaliknya
pemerolehan bahasa kedua melalui pembelajaran, sama ada secara formal atau pun
tidak formal. Walau bagaimanapun, seseorang yang mempelajari bahasa kedua
sebenarnya telah melalui kemahiran berkomunikasi dalam bahasa pertamanya.
Justeru, menjadi tugas seorang pengajar untuk memindahkan kemahiran
berkomunikasi dalam bahasa pertama kepada berkomunikasi dalam bahasa kedua.
Pelbagai kaedah pengajaran bahasa kedua digunakan dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia. Antaranya melalui Kaedah Tatabahasa Terjemahan dan Kaedah
Terus. Kaedah Tatabahasa Terjemahan dianggap sebagai satu cara yang penting
dalam mempelajari penguasaan perbendaharaan kata. Melalui kaedah ini,
perbendaharaan kata diberikan pada peringkat awal pembelajaran. Kaedah ini juga
memberi penekanan terhadap latihan tatabahasa dengan menggunakan terjemahan
dalam bahasa ibunda. Kaedah ini memberi ruang kepada guru menterjemahkan
bahasa asing kepada bahasa ibunda dan sebaliknya. Kaedah ini bertujuan untuk
mendapat pemahaman terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
penguasaan terhadap perbendaharaan kata yang luas membolehkan seseorang itu
lebih yakin ketika aktiviti berbahasa atau berkomuniksi.
Kaedah Terus pula memberi tumpuan terhadap penggunaan bahasa kedua yang
dipelajari secara terus. Segala penjelasan makna juga dilakukan menggunakan
bahasa kedua tanpa melibatkan pengguna bahasa pertama. Begitu juga melalui
kaedah dengar dan sebut. Selain itu, terdapat pelbagai kaedah lain yang sesuai
digunakan seperti kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik dan kaedah gerak balas,
fizikal audio lingual dan lain-lain.
Oleh itu, menjadi tugas guru menggunakan pelbagai wacana yang tidak asing bagi
murid untuk menarik minat mereka mempelajari Bahasa Malaysia. Langkah ini
memberi ruang kepada guru untuk merancang secara bersistem dan formal dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah.
4
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
STANDARD KURIKULUM
BAHASA MALAYSIA
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang
Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai Kemanusiaan; Literasi Sains dan
Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut
merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan
dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk
membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan.
Beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia.
Antara penambahbaikan ialah penekanan aspek tatabahasa dan aspek sistem
bahasa. Aspek tatabahasa diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan
manakala aspek seni bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid
mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam standard kandungan dan standard
pembelajaran yang memberikan fokus kepada murid untuk berkomunikasi secara
lisan dan bukan lisan.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Empat lebih mementingkan
penguasaan kemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Dua. Pengajaran yang
berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan
penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu
pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan
kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan
berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial melalui pengajaran secara teori dan amali yang disaring dengan kepercayaan
kepada Tuhan. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang
kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat
murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan
pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti dalam rajah 1.
Rajah 1: Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang
5
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
MATLAMAT
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan
murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea
serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.
OBJEKTIF UMUM
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk:
i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi
persekitaran dengan teliti dan betul;
ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad,
perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan,
pesanan dan pertanyaan dengan betul;
iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu
perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara
bertatasusila;
v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar,
dibaca dan ditonton menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul;
vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;
vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;
viii. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan
sebutan dan intonasi yang betul;
ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai
sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada
pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;
6
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat
dalam pelbagai bahan;
xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan
maklumat untuk memupuk minat membaca;
xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
xvi. menulis imlak dengan tepat;
xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu
perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;
xviii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;
xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai
sumber;
xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan
dan penulisan; dan
xxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat
patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
FOKUS
Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus kepada kemahiran
literasi dan aplikasi bahasa. Pada Tahap 1, murid-murid perlu menguasai asas
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Hal ini bermakna konsep
kembali kepada asas (back to basic) diberi penekanan yang khusus. Penekanan
juga diberikan kepada pembelajaran yang menyeronokkan yang berkonsepkan
aktiviti didik hibur. Pada Tahap II pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan
dan aplikasi kemahiran bahasa. Melalui penguasaan kemahiran bahasa ini, murid
dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan manakala
melalui kemahiran membaca, murid dapat meningkatkan kosa kata di samping
memupuk minat membaca. Penguasaan tatabahasa yang baik dapat membantu
murid menghasilkan penulisan yang kreatif dan berkualiti. Aktiviti didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan
teknik seperti nyanyian dan permainan serta penggunaan pelbagai bahan yang
menarik dapat membantu murid menguasai dan menghayati pembelajaran.
7
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
SUSUNAN KANDUNGAN STANDARD
Standard Kurikulum
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan
penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu
diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong
oleh elemen Pengisian Kurikulum.
Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard ini dipersembahkan dalam
bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi
elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu
dikuasai oleh murid. Kandungan standard kurikulum ditunjukkan dalam rajah 2.
StandardKandungan StandardPembelajaran
Pernyataan tentang bidang ilmu Pernyataan tentang penetapan
yang patut diketahui dan dapat kriteria untuk memastikan kualiti
dilakukan oleh murid dalam suatu pembelajaran dan pencapaian
tempoh persekolahan yang murid bagi setiap standard
merangkumi aspek pengetahuan, kandungan.
kemahiran dan nilai.
Contoh: Standard Kandungan Contoh: Standard Pembelajaran
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan 1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara
permintaan tentang sesuatu perkara dengan menggunakan frasa yang
daripada pelbagai sumber dalam betul dalam pelbagai situasi
situasi formal dan tidak formal secara secara bertatasusila.
bertatasusila.
Rajah 2: Kandungan Standard Kurikulum
8
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 3.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Bertutur
KEMAHIRAN
BAHASA
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Rajah 3: Kandungan Kemahiran Bahasa
Pendekatan Modular
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan
pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang
baik. Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit
kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat
lima modul seperti yang dinyatakan dalam rajah 4.
Modul
Kemahiran
Mendengar
dan Bertutur
Modul
Modul
Kemahiran
Tatabahasa
Membaca
Lima Modul
Bahasa
Malaysia
Modul Modul
KemahiranSeni
MenulisBahasa
Rajah 4: Kandungan Modul Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
9
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar
dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan
Modul Tatabahasa adalah pengukuhan kepada ketiga-tiga modul kemahiran tersebut
untuk meningkatkan tahap kecekapan berbahasa murid.
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran
Mendengar
dan
Bertutur
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan kepada kemahiran
mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons.
Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk
menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea
yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan
bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam
kemahiran bertutur.
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Tahun 4
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid
mengetahui dan berkeupayaan:
i. mendengar, memahami, menyebut frasa, dan ayat dengan struktur yang
betul dan tepat;
ii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak
laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan
ayat perintah jenis ayat suruhan dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau
berdasarkan pelbagai soalan yang mengandungi kata tanya dan pesanan
mengikut urutan yang betul kepada orang lain;
iv. bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan perkataan dan
ayat yang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
10
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
v. berbual tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai ayat, kata panggilan
yang sesuai dalam kalangan bukan ahli keluarga dan menggunakan kata
ganti nama diri yang betul dalam situasi formal dan tidak formal secara
bertatasusila;
vi. bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat
menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul;
vii. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang
mengandungi frasa yang sesuai secara bertatasusila; dan
viii. berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu
perkara daripada pelbagai sumber menggunakan perkataan, frasa dan
ayat yang betul secara bertatasusila.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur
i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran
berbahasa.
ii. Bertutur perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.
iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan kemahiran dan minat dalam
menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.
iv. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi peluang kepada murid untuk
terlibat secara aktif bagi mempercepat penguasaan kemahiran tersebut.
v. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi tumpuan kepada aspek
sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa; dan
vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep.
Modul Kemahiran Membaca
Kemahiran
Membaca
Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca di
samping penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca
merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran
11
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di
samping itu, melalui modul kemahiran membaca murid juga berupaya memahami
dan menghayati teks yang dibaca.
Objektif Kemahiran Membaca
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
i. membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan
akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan dengan sebutan yang betul;
ii. membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal
berganding, digraf dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada
pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;
iii. membaca kuat bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat ,ayat
tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang dengan lancar,
sebutan dan intonasi yang betul dan jelas;
iv. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada
pelbagai bahan multimedia untuk mengenal pasti pertautan idea, membuat
penilaian dan ramalan dengan betul;
v. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan
maklumat kepada bentuk ayat dengan betul; dan
vi. membaca dan memahami pelbagai bahan sastera dan bukan sastera untuk
menambah ilmu pengetahuan dan mendapatkan pengajaran.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca
i. Bacaan mekanis asas untuk menguasai kemahiran membaca.
ii. Bacaan mentalis untuk melatih murid membaca dan memahami.
iii. Kebersediaan murid daripada segi perasaan dan bahasa perlu diberi
perhatian.
iv. Bahan bacaan perlu sesuai, menarik dan bersifat ansur maju.
v. Soalan bertumpu dan bercapah membantu murid memahami kandungan
bahan bacaan.
vi. Kepelbagaian pendekatan dan teknik membaca diaplikasikan mengikut
kesesuaian.
vii. Bacaan intensif dan ekstensif untuk memperkaya kosa kata dan ilmu serta
minat membaca.
12
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Modul Kemahiran Menulis
Kemahiran
Menulis
Modul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran menulis
merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid
juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran menulis ini diperoleh
melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
Objektif Kemahiran Menulis
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
i. menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan
kemas;
ii. menulis frasa dan ayat tunggal secara mekanis dalam bentuk tulisan
berangkai dengan betul dan kemas;
iii. membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu;
iv. membina dan menulis pelbagai jenis ayat berdasarkan bahan grafik dalam
satu perenggan dengan betul;
v. menulis imlak perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan
berimbuhan dengan tanda baca dan ejaan yang tepat;
vi. mencatat maklumat yang betul mengikut susunan dan membuat carta alir
daripada pelbagai sumber;
vii. menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk pengumuman yang betul
dan jelas dengan menegaskan kesantunan berbahasa;
viii. menghasilkan penulisan pelbagai genre secara berpandu dan terkawal
dengan betul; dan
ix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek penggunaan kata,
imbuhan kata majmuk, ejaan dan tanda baca.
13
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Prinsip pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Menulis
i. Kemahiran menulis secara mekanis merupakan asas kepada penguasaan
menulis.
ii. Idea yang dilahirkan dalam bentuk penulisan perlu mengamalkan prinsip
ansur maju.
iii. Keseragaman dalam membentuk dan menulis huruf perlu dititikberatkan.
iv. Latihan menulis yang berterusan perlu dijadikan amalan.
v. Mengimlak dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran mengeja.
vi. Bacaan luas membantu menghasilkan penulisan karangan yang baik.
Modul Seni Bahasa
Aspek
Seni
Bahasa
Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam
bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek
seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati
bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan
mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui
variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran
yang menyeronokkan secara didik hibur.
Objektif Aspek Seni Bahasa
Objektif Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
i. menyebut, memahami dan menghasilkan seni kata yang mengandungi mesej
secara terkawal dan menyampaikannya secara didik hibur;
ii. mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan
susunan idea yang tepat serta gaya yang sesuai untuk menyampaikan mesej
melalui penceritaan;
iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas, bahasa
badan yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran melalui lakonan secara
didik hibur;
14
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
iv. melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul
dan intonasi yang jelas, dipersembahkan dalam bahasa yang indah secara
didik hibur;
v. membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta dipersembahkan secara didik
hibur; dan
vi. membina teks ucapan secara berpandu berdasarkan diksi dan laras bahasa
yang sesuai serta menyampaikannya dengan yakin secara didik hibur.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa
i. Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.
ii. Pemilihan bahan mesti sesuai, menarik dan bersifat didik hibur.
iii. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh amat diperlukan.
iv. Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif
dan imaginatif.
Modul Tatabahasa
Aspek
Tatabahasa
Modul Aspek Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu
yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui
pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid
memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai
konteks secara lisan dan bertulis.
Objektif Aspek Tatabahasa
Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui
dan berkeupayaan:
i. memahami dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup
yang merujuk bukan manusia dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut
konteks;
ii. memahami dan menggunakan kata ganti nama diri sebagai kata sapaan
dengan betul mengikut konteks;
15
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
iii. memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif dan tak transitif,
pelbagai jenis kata adjektif, kata hubung gabungan, kata sendi nama dan
kata seru dengan betul mengikut konteks;
iv. memahami dan menggunakan kata terbitan awalan beR-, meN-, peN-, teR-,
dan di- dengan betul mengikut konteks;
v. memahami dan menggunakan kata ganda penuh sebagai penanda nama
haiwan, makna kesamaan atau keserupaan dan kata majmuk rangkai kata
bebas dengan betul dalam pelbagai konteks;
vi. memahami dan membina ayat-ayat tunggal susunan biasa dan ayat majmuk
dengan betul dalam pelbagai situasi; dan
vii. memahami dan membina ayat penyata dan ayat tanya dengan kata tanya
dan ayat tanya tanpa kata tanya, ayat seru dan ayat perintah dengan betul
dalam pelbagai situasi.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Tatabahasa
i. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan
teks petikan yang digunakan.
ii. Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada yang lebih
kompleks.
iii. Mengelakkan pelajar menghafal rumus atau hukum bahasa.
iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.
v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan
tulisan.
vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan
bahan rangsangan yang menarik dan berkesan.
vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan
bentuk simulasi secara berkesan,
viii. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas dan mahir tentang rumus tatabahasa
yang hendak disampaikan.
ix. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.
x. Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.
xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan
kefahaman.
16
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Sistem Bahasa
Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa
kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia membolehkan murid menggunakan dan
mengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan
dalam rajah 5.
Tatabahasa
Sistem Ejaan
SISTEM
Sebutan dan IntonasiBAHASA
Kosa Kata
Peribahasa
Rajah 5: Sistem Bahasa
1.0 Tatabahasa
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Dalam
KSSR, tatabahasa menjadi satu aspek dalam pendekatan modular.
1.1 Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk
dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran
atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau
hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam
golongan yang sama.
a. Struktur kata merujuk pola suku kata bagi:
i. kata asli bahasa Melayu
ii.kata pinjaman bahasa Melayu
b. Bentuk kata terdiri daripada:
i. kata tunggal
ii. kata terbitan
17
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
iii. kata ganda
iv. kata majmuk
c. Proses pembentukan kata meliputi:
i. pengimbuhan
ii. penggandaan
iii. pemajmukan
Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata ini, yang amat kompleks ialah
pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek
penggunaan imbuhan yang betul daripada segi bentuk dan makna termasuk
aspek baharu dalam proses pengimbuhan.
d. Golongan kata terdiri daripada:
i. kata nama
ii. kata kerja
iii. kata adjektif
iv. kata tugas
1.2 Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,
dan binaan ayat. Hal ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian
tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan
untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan
adalah seperti yang berikut:
a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek
pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.
b. Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seruan.
c. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang.
e. Binaan ayat:
i. ayat dasar
ii. ayat tunggal
iii. ayat terbitan atau ayat majmuk
f. Proses ayat terbitan:
i. proses penggantian
ii. proses pengguguran
iii. proses penyusunan semula
iv. proses peluasan
2.0 Sistem Ejaan
Perkara yang diberikan penekanan ialah:
i. Pola keselarasan huruf vokal
18
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
ii. Ejaan kata pinjaman
iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan
3.0 Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan
ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang
ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek
dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud
dengan tepat.
3.1 Sebutan
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan
betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah
menggunakan sebutan bahasa Melayu baku.
3.2 Intonasi
Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan mengikut
pola yang berikut:
i. ayat penyata
ii. ayat tanya
iii. ayat perintah
iv. ayat seruan
v. ayat terbalik atau songsang
vi. ayat aktif
vii. ayat pasif
4.0 Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan kosa kata istilah. Penguasaan
kosa kata perlu ditingkatkan dan dikembangkan agar murid dapat
mengungkap maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu
dalam mata-mata pelajaran yang dipelajari pada peringkat sekolah rendah.
5.0 Peribahasa
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan,
perbilangan dan kata-kata hikmat perlu diajarkan dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah,
keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Nota:
BukuTatabahasa Dewan EdisiTerkini oleh Nik Safiah Karimet al. ialahbukutatabahasa
peganganyangmenjadi sumberrujukandalampengajarandanpembelajaran.
19
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
PENGISIAN KURIKULUM
Pengisian kurikulum mengambil kira elemen merentas kurikulum iaitu unsur-unsur
yang diserap dalam setiap mata pelajaran. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah
unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Penerapan elemen ini bertujuan
untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan
serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Pengisian kurikulum
tersebut merangkumi perkara-perkara yang berikut:
Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang
sains dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.
Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh
guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Nilai Murni
Penyerapan nilai murni dalam Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan
insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan
dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia dapat membentuk generasi muda yang
berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang
nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak
langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat.
Nilai murni masyarakat Malaysia
ini ialah:
Baik hati
Berdikari
Hemah tinggi
Hormat-menghormati
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan fizikal dan mental
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
Kesyukuran
Rasional
Semangat bermasyarakat
20
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Patriotisme dan Kewarganegaraan
Elemen patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Malaysia
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara, serta berbangga
sebagai rakyat Malaysia. Semangat patriotisme dan kewarganegaraan dipupuk
melalui mata pelajaran dan aktiviti kokurikukum bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang mempunyai jati diri, cinta akan bahasa dan bangsa, serta
meningkatkan komitmen individu terhadap negara.
Peraturan Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan
bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian
masyarakat Malaysia.
Sains dan Teknologi
Penerapan empat unsur sains dan teknologi dalam mata pelajaran lain dilaksanakan
melalui kandungan, aktiviti dan bahan atau prasarana. Antara unsurnya ialah
pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran saintifik dan penggunaan teknologi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi
alam sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh
memberikan kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam.
Elemen Kreativiti dan Inovasi
Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran KSSR bagi membangunkan dan mengembangkan kreativiti murid
mengikut keupayaan seseorang individu. Selain itu, kreativiti merujuk kepada
tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baharu. Inovasi pula ialah
proses menjana idea dan mengaplikasi idea serta kreativiti dalam konteks tertentu.
Kreativiti dan inovasi perlu digandingkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
membangunkan modal insan yang dihasratkan.
Keusahawan
Elemen keusahawanan merentas kurikulum merupakan satu pendekatan
membudayakan keusahawanan. Proses ini melibatkan pembentukan sikap
keusahawan serta amalan nilai moral dan etika dalam keusahawanan. Penerapan
elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diaplikasikan dan
diintegrasikan supaya murid dapat belajar tentang perkakasan dan perisian. Selain
itu, guru dan murid menggunakan TMK sebagai alat untuk mengajar dan belajar.
Murid juga belajar melalui TMK bagi tujuan mengakses maklumat dan ilmu
pengetahuan untuk urusan seharian, pendidikan dan kerjaya.
21
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
STRATEGI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berperanan dalam
melengkapkan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif
dengan melibatkan pelbagai akitviti di dalam dan di luar bilik darjah. Dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, strategi merangkumi pendekatan,
kaedah dan teknik.
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk
mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu kemahiran. Pendekatan-
pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-
cara fakta disampaikan dan keaktifan pengajaran. Pendekatan pengajaran yang
berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan
pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, atau pendekatan kelas
bercantum. Pendekatan berdasarkan cara bagaimana isi pelajaran disampaikan
seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif dan pendekatan eklektik. Kaedah
pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu.
Teknik-teknik pengajaran merupakan suatu cara yang digunakan untuk
menyampaikan pengajaran yang ditetapkan. Antara teknik yang biasa digunakan
ialah teknik bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan,
menyelesaikan masalah, sumbang saran, perbahasan, kuiz, lakonan atau projek.
Pengalaman murid dapat dikaitkan dalam memenuhi kepelbagaian gaya
pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid.
Kepelbagaian media, bahan maujud, media cetak dan media elektronik boleh
dijadikan sebagai bahan sokongan untuk saling melengkapi proses pengajaran dan
pembelajaran. Tindakan susulan dapat dijalankan untuk memantapkan penguasaan
murid. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan melalui
kemahiran generik yang berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dikuasai oleh setiap
murid.
1. Prinsip 5P
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia prinsip 5P menekankan
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan sebagai
strategi pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran
tersebut adalah seperti yang berikut:
22
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai
serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses
pembelajaran. Antara kemahiran yang digabungjalinkan ialah kemahiran
mendengar, bertutur, membaca atau menulis yang terdapat dalam standard
kandungan.
Penyerapan
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai
murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan unsur-
unsur ini melibatkan isi pelajaran yang mencakupi hal-hal persendirian dan
kemasyarakatan, semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat
Malaysia, berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, serta
menyerapkan kemahiran berfikir secara terancang dalam setiap kemahiran
bahasa yang mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata
pelajaran lain.
Penilaian
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat
dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang
murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.
Pemulihan
Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran
asas yang belum dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk
aktiviti ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud atau alat permainan
yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah
kepada yang sukar. Pelaksanaan aktiviti ini adalah mengikut kadar
kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Pengayaan
Aktiviti pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan,
bakat dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza
untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan
seperti bacaan tambahan, kad atau permainan boleh diberikan kepada murid
yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau
lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
23
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
2. Pendekatan Berpusatkan Murid
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan
menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat
membina keyakinan berbahasa.
3. Pendekatan Tematik
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar
berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran
bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat
disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan
disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan penentuan
tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu
kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi
dalam diri murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah
seperti yang berikut:
Kekeluargaan
Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang
melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan
kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan menghormati setiap ahli
keluarga.
Kemasyarakatan
Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan
pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup
bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar
dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat-menghormati,
bekerjasama dan bertanggungjawab.
Kesihatan dan Kebersihan
Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan
fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah
rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan
dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat.
Keselamatan
Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada
bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai
diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar
mengutamakan keselamatan.
24
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Perpaduan
Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil
daripada toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai
diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan.
Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen
budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang
meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar
kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas
pembentukan jati diri warga Malaysia.
Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan
murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal,
mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup
berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk
melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan
setia kepada negara.
Sains, Teknologi dan Inovasi
Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur
atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat
menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid
agar dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk
menghasilkan sesuatu yang berinovasi.
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga
dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan
serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema
ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta bertanggungjawab
dalam menjaga alam sekitar dan teknologi hijau.
Pertanian dan Penternakan
Tema pertanian dan penternakan memberi murid pendedahan perihal asas-
asas pertanian dan penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini
sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang
bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.
Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang peniagaan dan
keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan.
Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan
bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam kehidupan.
25
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
4. Kepelbagaian Kaedah
Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah
rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Guru
boleh memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar, serta teknologi yang
dapat merangsang dan menggalakkan murid berkomunikasi dan berinteraksi serta
berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada daripada segi
mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan
adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa
hadapan.
Didik Hibur
Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang menekankan persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan. Unsur-unsur keseronokan akan wujud melalui pembelajaran
yang santai, menarik, menghibur, adanya ciri-ciri gembira dan humor yang
boleh memikat, serta menjadi motivasi kepada murid untuk terus belajar.
Persekitaran pembelajaran yang disediakan meliputi persembahan isi
kandungan mengikut konteks, kepelbagaian strategi penyampaian dan
penggunaan bahan yang mendorong pembelajaran melalui unsur-unsur
cabaran, ingin tahu, kawalan, fantasi, kerjasama, persaingan dan
pengiktirafan. Secara tidak langsung, pembelajaran yang menyeronokkan
akan wujud melalui aktiviti di dalam bilik darjah, pemilihan bahan dan kaedah
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Pelaksanaannya
adalah secara merentas kemahiran dan kurikulum bagi menyokong amalan
pembelajaran sepanjang hayat dan pembinaan jati diri.
Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki,
kuiz atau penggunaaan kemahiran matematik dalam situasi sebenar. Murid
perlu menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari
untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan
murid berfikir secara kritis dan kreatif.
26
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Pembelajaran Berasaskan Projek
Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk menghasilkan
sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu
isu, menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Hal ini dapat membantu
guru menilai perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. Murid lebih
bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk.
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Koperatif ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
kumpulan yang membolehkan murid belajar bersama-sama, saling belajar
dan membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
Ahli kumpulan dapat berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk mencapai
matlamat sendiri dan kumpulan. Pembelajaran koperatif ini juga dapat
menghasilkan satu tugasan kumpulan, di samping mewujudkan interaksi
antara murid, kerjasama dan semangat berpasukan yang kuat.
Kecerdasan Pelbagai
Pengajaran dan pembelajaran kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan
potensi, minat dan kecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumi
kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi
pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati
kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka.
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid
yang berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu
mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini
menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar sepanjang hayat
mereka.
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka
peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran
ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk
menghadapi dunia yang sering berubah dan berkeupayaan mengamalkan
pembelajaran seumur hidup.
27
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid
agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada
masa lampau, masa kini dan masa depan. Hal ini bermakna, murid dapat
membuat ramalan, menjangka akibat serta menangani perubahan supaya
mereka mendapat manfaat yang maksimum.
Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang membolehkan
murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid
diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan
mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari terhadap
pembelajaran mereka.
Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Pembelajaran luar bilik darjah merupakan aktiviti kurikulum yang
dilaksanakan di luar bilik darjah secara terancang dan berstruktur serta
berpusatkan murid. Kaedah ini dapat mengukuhkan pemahaman murid
terhadap konsep yang dipelajari semasa di dalam bilik darjah, memberi
pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, mengembangkan
kemahiran sosial dan kerja berpasukan.
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran dalam suatu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran
yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan kepada unit yang lebih kecil untuk
mudah dikuasai. Murid mesti menguasai 80 peratus aras masteri sebelum
berpindah ke unit pembelajaran yang baharu.
5. Kepelbagaian Teknik
Teknik merupakan satu cara yang digunakan oleh guru-guru bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan. Dalam Standard
Kurikulum sekolah rendah, guru digalakkan menggunakan pelbagai teknik untuk
mengajar.
Guru boleh memilih kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar serta
teknologi yang dapat merangsang serta menggalakkan murid berfikir secara kritis,
dan kreatif serta mampu berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.
28
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Antara teknik-teknik pengajaran bahasa ialah:
Teknik main peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting.
Teknik permainan bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu teknik dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan seperti permainan silang kata.
Teknik latih tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
Teknik bercerita
Teknik bercerita sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid
yang dilatih dalam kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkaitan,
mimik muka, serta kedudukan semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Bercerita amat sesuai untuk kemahiran bahasa kerana cerita merupakan
sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
Teknik inkuiri penemuan
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek
soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan sesuatu masalah.
Teknik perbahasan
Teknik ini melatih murid berfikir dengan pantas di samping dapat
berkomunikasi dengan berkesan.
Teknik kuiz
Teknik ini dapat mengukuhkan pengajaran guru dan memantapkan
pemahaman murid tentang sistem Bahasa Malaysia terutama daripada segi
bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat melalui pertandingan.
Teknik sumbang saran
Dikenali sebagai percambahan fikiran yang memerlukan setiap murid
menyumbangkan pendapat dan idea.
Teknik soal jawab
Teknik ini dilaksanakan dengan cara murid menyoal dan menjawab soalan
yang berkaitan dengan isi pelajaran.
Teknik simulasi
Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir
menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama
sendiri berdasarkan peranan masing-masing.
29
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Teknik drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, eklektik dan audiolingual.
Teknik perbincangan
Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan dalam
kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
Teknik forum
Teknik ini merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi
pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran
dengan jelas.
6. Kepelbagaian Sumber dan Bahan
Penggunaan pusat sumber dan komputer amatlah digalakkan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan sumber seperti akhbar,
majalah, buku rujukan, kamus, Internet, bahan sastera dan bahan berunsur ilmu
hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta untuk bacaan
ekstensif.
STRUKTUR MODUL
Modul Standard Kurikulum Bahasa Malaysia menekankan beberapa aspek dalam
pengajaran yang merangkumi fokus pengajaran, objektif, aktiviti, penilaian,
pengayaan dan pemulihan. Isi kandungan modul boleh diubah suai mengikut
kreativiti guru dan kebolehan murid.
Semua aspek ini dijelmakan seperti berikut;
Tema
Tajuk
Fokus Pengajaran
Objektif
Pengisian Kurikulum
Sistem Bahasa
Bahan Bantu Belajar
30
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Strategi pengajaran dan pembelajaran memuatkan aktiviti yang menjurus kepada
pencapaian objektif. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini juga memuatkan
aspek penilaian, pengayaan dan pemulihan serta latihan yang berkaitan. Semua
maklumat tentang strategi ini dipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian
kurikulum dan catatan.
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran
untuk menentukan sama ada sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran
tercapai. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam setiap pengajaran
dan pembelajaran. Hanya melalui penilaian yang berterusan guru dapat memastikan
bentuk tindakan susulan yang boleh dilaksanakan ke atas seseorang murid, sama
ada untuk memberi latihan pemulihan atau pengayaan.
Aspek pemulihan pula disediakan untuk membantu murid yang belum menguasai
kemahiran agar dapat memahami pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan
dengan penggunaan bahan yang berbeza dan sesuai dengan kebolehan mereka.
Bahan yang dicadangkan untuk aktiviti ini adalah seperti kad, carta, bahan maujud
atau alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat
daripada yang mudah kepada yang sukar. Latihan yang diberi perlu mengikut
kemampuan dan kadar masa yang sesuai untuk murid menguasai sesuatu
kemahiran.
Aspek pengayaan perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran
KSSR mengikut kecerdasan murid yang berbeza daripada segi kebolehan,
keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang membuat latihan pengayaan ialah murid
yang dikesan telah menguasai kemahiran yang diajar melalui pentaksiran yang
diberi. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang lebih mencabar minda bagi
kemahiran tertentu yang dipelajari oleh mereka. Bahan-bahan yang disediakan perlu
lebih merangsang minda dan dilaksanakan secara kendiri atau dengan bimbingan
guru yang paling minimum. Bahan yang sesuai seperti bahan bacaan tambahan atau
kad permainan bahasa dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan murid
berkaitan kemahiran yang diajar.
Aktiviti pengayaan dan pemulihan hendaklah dijalankan secara serentak. Guru perlu
memberi penerangan bagaimana cara melakukan aktiviti pengayaan kepada murid
dan memberikan ruang kepada mereka membuat latihan secara kendiri. Pada masa
yang sama, guru perlu memberi tumpuan untuk membimbing murid yang lemah
dalam menjalankan aktiviti pemulihan.
31
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
1.1 STANDARD KANDUNGAN DAN
STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar
menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti,
memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur pula
merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan,
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif,
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul dan mengungkapkan secara
bertatasusila. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
dan bertutur, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan
merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar
dan Bertutur.
Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Murid patut mengetahui dan boleh:
i. mendengar, memahami, menyebut pelbagai frasa dalam ayat dengan betul
dan tepat;
ii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak
laku berdasarkan ayat perintah jenis permintaan dan ayat perintah jenis
suruhan dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul dalam soal
jawab;
iv. mendengar, memahami dan memberikan respons untuk menyampaikan
pesanan dengan betul;
v. berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan frasa, kata
panggilan, kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk dengan
betul dalam pelbagai situasi secara bertatasusila;
vi. bertutur dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara menggunakan
35
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
perkataan dan ayat yang sesuai dalam situasi formal dan tidak formal secara
bertatasusila;
vii. bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat
menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul;
viii. berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat yang tersurat
dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan
menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila;dan
ix. berbincang dan mengemukakan pandangan serta pendapat tentang sesuatu
perkara daripada pelbagai sumber dengan betul secara bertatasusila.
36
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
1.2 STRATEGIPEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Semasa menyediakan strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
kemahiran mendengar dan bertutur,
guru perlu memberi pertimbangan
aktiviti yang sesuai sebelum, semasa
dan selepas kemahiran mendengar
dan bertutur yang diajar. Pengajaran
dan pembelajaran kemahiran ini boleh
dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti
secara terancang bagi mencapai
objektif yang telah ditentukan. Guru
boleh merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran dengan pelbagai
cara seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini di
Bahagian 4 .
37
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
2.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya
berkebolehan membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.
Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di
samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif
yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran Kemahiran Membaca.
Standard Kandungan Kemahiran Membaca
Murid patut mengetahui dan boleh:
i. membaca dengan sebutan yang betul.
ii. membaca dan memahami, perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai
sumber dengan sebutan yang betul.
iii. membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul.
iv. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada
pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
v. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan.
vi. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai untuk
memupuk minat membaca.
38
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Semasa menyediakan strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
kemahiran membaca, guru perlu
memberi pertimbangan aktiviti yang
sesuai sebelum, semasa dan selepas
kemahiran membaca yang diajar.
Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini boleh dilaksanakan
melalui pelbagai aktiviti secara
terancang bagi mencapai objektif yang
telah ditentukan. Guru boleh
merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai cara
seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini di
Bahagian 4.
39
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
3.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS
Standard Kandungan Kemahiran Menulis menentukan keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginasi untuk menghasilkan penulisan.
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis, guru perlu
menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis.
Standard Kandungan Kemahiran Menulis
Objektif Kemahiran Menulis
Murid patut mengetahui dan boleh:
i. menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul
dan kemas;
ii. menulis rangkai kata dan frasa secara mekanis dalam bentuk
tulisan berangkai yang betul;
iii. membina dan menulis jawapan pemahaman secara terkawal
berdasarkan soalan yang bertumpu dengan betul;
iv. membina dan menulis ayat berdasarkan bahan grafik dalam satu perenggan
dengan betul;
v. menulis imlak perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi imbuhan
awalan dan imbuhan akhiran dengan betul dan tepat;
vi. mencatat maklumat yang betul mengikut susunan dan membuat carta alir
secara berpandu daripada pelbagai sumber;
vii. menulis dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan serta
menegaskan kesantunan berbahasa semasa menyampaikan maklumat;
40
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
viii. menulis pengumuman yang jelas dengan bahasa yang santun
semasa menyampaikan maklumat;
ix. menghasilkan penulisan pelbagai genre kreatif secara berpandu;
x. menghasilkan penulisan pelbagai genre kreatif berbentuk imaginatif dan
deskriptif secara terkawal dengan berpandu; dan
xi. mengedit dan memurnikan hasil penulisan berbentuk naratif daripada aspek
penggunaan kata, imbuhan, kata majmuk dan tanda baca dengan betul.
41
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
3.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS
Semasa menyediakan strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
kemahiran menulis, guru perlu
memberi pertimbangan aktiviti yang
sesuai sebelum, semasa dan selepas
kemahiran menulis yang diajar.
Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini boleh dilaksanakan
melalui pelbagai aktiviti secara
terancang bagi mencapai objektif yang
telah ditentukan. Guru boleh
merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai cara
seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini di
Bahagian 4.
42
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
4.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD
PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA
Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid
mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui
pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat
murid dan membantu murid lebih berketerampilan serta menghayati kandungan seni
bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus
menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.
Standard Kandungan Seni Bahasa
Murid patut mengetahui dan boleh:
i. menyebut , memahami dan menyatakan mesej daripada lirik lagu dalam
nyanyian secara didik hibur;
ii. menyebut dan memahami diksi serta lirik lagu dalam nyanyian secara
didik hibur;
iii. mengujarkan ayat tentang sesuatu perkara dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul serta menggunakan mimik muka yang sesuai untuk
menyatakan mesej melalui penceritaan secara didik hibur;
iv. mengujarkan dialog tentang sesuatu perkara dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan jelas untuk menyatakan mesej serta menggunakan bahasa
badan yang sesuai untuk mengenali watak melalui lakonan secara didik
hibur;dan
v. melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul dan memahami
maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik
hibur.
43
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
4.2 STRATEGIPENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA
Semasa menyediakan strategi
pengajaran dan pembelajaran seni
bahasa, guru perlu memberi
pertimbangan aktiviti yang sesuai dan
menarik sebelum, semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran seni
bahasa yang diajar. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran ini boleh
dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti
secara terancang bagi mencapai
objektif yang telah ditentukan. Guru
boleh merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran dengan pelbagai
cara seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini di
Bahagian 4.
44
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
5.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD
PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA
Standard Kandungan Aspek Tatabahasa yang digubal bertujuan menentukan
keupayaan murid menguasai asas berbahasa dengan nahu yang betul. Guru perlu
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara
penggabungjalinan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca
atau menulis. Aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata,
pembentukan kata dan pembinaan ayat. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa ini harus diajar secara berfokus dan terancang. Dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus menetapkan objektif yang
perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran Kemahiran Aspek Tatabahasa yang disediakan.
Standard Kandungan Aspek Tatabahasa
Murid patut mengetahui dan boleh:
i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup merujuk bukan
manusia, kata nama khas hidup bukan manusia dan kata ganti nama diri
merujuk kepada gelaran dan panggilan mengikut konteks;
ii. memahami dan menggunakan kata kerja terbitan dan kata adjektif ukuran
dan bentuk dengan betul mengikut konteks;
iii. memahami dan menggunakan kata hubung gabungan dengan betul
mengikut konteks;
iv. memahami dan menggunakan kata sendi nama menunjukkan tempat, arah
dan masa dengan betul mengikut konteks;
v. memahami dan menggunakan imbuhan awalan meN- dan imbuhan apitan
dengan betul mengikut konteks;
vi. memahami dan menggunakan kata ganda penuh dalam pelbagai
situasi dengan betul mengikut konteks;
vii. memahami dan membina ayat tunggal dengan menggunakan pelbagai
pola ayat dalam sesuatu situasi;dan
viii. memahami dan membina ayat dengan kata tanya dan tanpa kata
tanya menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks.
45
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
5.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA
Semasa menyediakan strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
aspek tatabahasa, guru perlu memberi
pertimbangan aktiviti yang sesuai
sebelum, semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran yang
diajar. Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini boleh dilaksanakan
melalui pelbagai aktiviti secara
terancang bagi mencapai objektif yang
telah ditentukan. Guru boleh
merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai cara
seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini di
Bahagian 4.
46
Buku Pandua
PEMETAAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHU
MINGG U
TEMA /
HARI 1 HARI 2 HARI 3 HARI 4
TAJUK
FOKUS UTAMA FOKUS UTAMA FOKUS UTAMA FOKUS UTA
Tema: STANDARD STANDARD STAND ARD STAND AR
EKONOMI PEMBELAJAR AN PEMBELAJAR AN PEMBELAJAR AN PEMBELAJA
Tajuk:
1.4.1 Bertutur tentang 2.2.3 Membaca dan 3.3.3 Membina dan 4.1.2 Menyataka
sesuatu perkara memahami ayat menulis jawapan perasaan
- Gerai Buah- daripada sesuatu dalam petikan pemahaman berdasark
buahan sumber dengan daripada sesuatu berdasarkan melodi da
menggunakan bahan bacaan soalan bertumpu lagu yang
- Kolam ayat tunggal dan dengan sebutan dan bercapah dinyanyika
1 Memancing ayat majmuk yang yang betul. dengan betul.
betul dalam
1Malaysia sesuatu situasi
- Perusahaan
secara
bertatasusila.
Kerepek
Pisang
- Pekebun Jaya
- Pasar Raya
49
Buku Pandua
PEMETAAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TA
MINGGU
2
TEMA /
TAJUK
Tema:
KESELAMATAN
Tajuk: -
Taman
Permainan
-Kecil Menjadi
Kawan Besar
Menjadi Lawan
-Keselamatan
Di Sekolah
- Keselamatan
Diri
-Keselamatan
Jalan Raya
HARI 1 HARI 2 HARI 3 HARI
FOKUS UTAMA FOKUS UTAMA FOKUS UTAMA FOKUS U
STAND ARD STANDARD STAND ARD STAND A
PEMBELAJAR AN PEMBELAJAR AN PEMBELAJAR AN PEMBELAJ
1.2.6 Mendengar, 2.2.1 Membaca dan 3.3.3 Membina dan 4.1.1 Menyebu
memahami dan memahami menulis jawapan menyata
menyebutayat perkataan pemaham an daripada
yang pelbagai berimbuhan berdasarkan dalam n
jenis dengan betul apitan dalam soalan yang yang
dan tepat. ayat daripada bertumpu dan dipersem
sesuatu bahan bercapah dengan
bacaan dengan betul.
sebutan yang
betul.
50
Buku Pandua
PEMETAAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TA
MINGGU
TEMA /
HARI 1
TAJUK
Tema:
FOKUS UTAM AALAM
SEKITAR dan
TEKNOLOGI STAND ARD
HIJAU PEMBELAJAR AN
1.7.1 Berbincang dan
Tajuk: mengem ukakan
-Tenaga Bahan pandangan
Api tentang sesuatu
-Hasil dari Bumi
perkara
berdasarkan
3 bahan grafik
-Pencemaran menggunakan
Air
ayat yang
gramatis secara
- Flora dan
bertatasusila.
Fauna
-Akibat
Pencemaran
HARI 2 HARI 3 HA
FOKUS UTAMA FOKUS UTAMA FOKUS
STANDARD STANDARD STAN
PEMBELAJAR AN PEMBELAJAR AN PEMBEL
2.2.3 Membaca dan 3.6.2 Menulis untuk 4.3.1 Meng
memahami ayat menyampaikan dialo
dalam petikan maklumatyang Meng
daripada sesuatu jelas berbentuk diksi
bahan bacaan suratdengan serta
dengan sebutan menegaskan aksi
yang betul. kesantunan dala
bahasa yang
betul.
51
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
TEMA EKONOMI
Gerai Buah-buahanTAJUK
1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada sesuatu
STANDARD sumber dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat
PEMBELAJARAN majmuk yang gramatis dalam sesuatu situasi tidak formal
secara bertatasusila.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. bertutur tentang situasi di gerai buah-buahan menggunakan
OBJEKTIF ayat tunggal dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
ii. bertutur tentang situasi di gerai buah-buahan menggunakan
ayat majmuk dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
i. Ilmu: Matematik, Pendidikan Moral
PENGISIAN
ii. Nilai: Bersopan santun, kerajinan
iii. EMK: Keusahawanan – EK1 dan EK3, TMK
KURIKULUM iv. CK: Perbelanjaan, Wang/ Pendapatan/ Kerjaya
1.3 Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya,
pendidikan, kemahiran dan keadaan
ekonomi mempengaruhi pendapatan.
i. Tatabahasa: Morfologi (Kata tanya)SISTEM
BAHASA ii. Penjodoh Bilangan (biji, sisir)
BAHAN BANTU slaid tayangan, lembaran kerja, buah-buahan (benda maujud)
BELAJAR
PENILAIAN Murid melakonkan urusan jual beli di gerai seperti situasi yang
P&P sebenar secara kumpulan.
REFLEKSI
57
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Bertutur
1. Beberapa orang murid diminta Ilmu: TKP:
melakonkan gaya beberapa Sains (mengenal Verbal Linguistik
pekerjaan berdasarkan kad arahan. buah-buahan)
BBB:
Contoh: doktor yang sedang Nilai: Buah-buahan
memeriksa pesakit, penoreh getah Kerajinan (benda maujud)
2. Murid meneka jenis pekerjaan yang Penjodoh bilangan:
dilakonkan oleh kawan mereka. biji, sisir
3. Murid menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru.
CK1-1.3i. Apakah pekerjaan yang Teknik penyoalan
dilakonkan oleh kawan kamu? Mengenal pasti Kemahiran
ii. Di manakah tempat pekerja ini
bagaimana pilihan menaakul
kerjaya, pendidikan,
bekerja ini ? kemahiran dan -membuat
iii. Antara dua jenis pekerjaan ini,
keadaan ekonomi penilaian
mempengaruhi -Banding beza
pekerjaan yang manakah yang pendapatan
memerlukan lebih tenaga dan
mengapa ?
Mendengar dan Bertutur
Ilmu:
Lampiran 1
1. Guru memaparkan Slaid perbualan Elemen Didik HiburMatematik
(Lampiran 1)di Skrin komputer.
EMK:
2. Beberapa orang murid diminta
Sistem bahasa
TMK – belajar Tatabahasa:ayat
berlakon berdasarkan bantuan slaid menggunakan TMK tanya, ayat
(Lampiran 1)dari komputer
CK1
majmuk, ayat
3. Murid dibimbing oleh guru berlakon
tunggal
Mengenal pasti
berdasarkan slaid (Lampiran 1). bagaimana pilihan Simpulan bahasa
kerjaya, pendidikan,
kemahiran dan
keadaan ekonomi
mempengaruhi
pendapatan
58
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
AKTIVITI
PENGISIAN
CATATAN
KURIKULUM
4. Murid digalakan bertutur
menggunakan ayat tunggal dan Nilai:Berani KBT
ayat majmuk yang gramatis TKP:
dengan cara tersendiri secara Verbal Linguistik
bertatasusila.
5. Guru bersoal jawab dengan murid Elemen Keusahawanan
berdasarkan lakonan dialog kawan
mereka.
i. Pada pendapat kamu,antara
pekerjaan bapa Swee Lan dan
penjual buah, pendapatan Nilai:
siapakah yang tetap dan Bekerjasama
banyak?
EMK: Keusahawanan KBT:
ii. Berdasarkan teks,mengapakah EK1: peka pada Kemahiran berfikir
penjual mengatakan pekerjaan peluang perniagaan
ayah Swee Lan lebih baik?
KemahiranEK3: mengamalkan
iii. Walaupun tidak berpelajaran pengetahuan dan menaakul
tinggi, bagaimana penjual buah kemahiran pengurusan
itu dapat menyara perniagaan
keluarganya?
6. Guru mengaitkan pelajaran
CK1: 1.3dengan meminta murid mengenal
pasti pelbagai pekerjaan yang Mengenal pasti
terdapat dalam masyarakat dan bagaimana pilihan
pendapat yang berkaitan. kerjaya, pendidikan,
kemahiran dan
keadaan ekonomi
mempengaruhi
pendapatan.
Penilaian
Nilai : Bekerjasama
TKP:
1. Murid dibahagikan kepada
Verbal Linguistik
beberapa kumpulan. sopan santun Elemen Didik Hibur
2. Dalam kumpulan murid diberi kad
arahan.
CK 1:
Lampiran 2
Kad Arahan
3. Murid setiap kumpulan
Mengenal pasti
melakonkan situasi seperti kad
bagaimana pilihan
arahan.
kerjaya, pendidikan,
Contoh: kemahiran dan
Situasi 1 keadaan ekonomi
mempengaruhiKamu diminta melakonkan situasi
menjual air kelapa kepada pendapatan.
pelanggan sewaktu hujan turun
lebat.
59
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
4. Murid melakonkan urusan jual
beli di gerai air kelapa
berdasarkan situasi
menggunakan ayat tunggal dan
ayat majmuk dalam kumpulan
secara bertatasusila.
Pemulihan Lembaran Kerja 1
1. Murid diedarkan Lembaran Tatabahasa:Ayat
Kerja 2.
EMK: Keusahawanan
majmuk, ayat
tunggal
2. Murid melengkapkan ayat dengan Lembaran Kerja 1
kata hubung yang sesuai agar
menjadi ayat majmuk.
3. Murid dibimbing bertutur
berdasarkan gambar .
Pengayaan Lembaran kerja 2
1. Murid diedarkan Lembaran EMK: Keusahawanan KBT:
Kerja 2. Kemahiran berfikir
2. Secara berpasangan, murid
berbual berdasarkan gambar
yang diberi secara bertatasusila.
60
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lampiran 1
Dengan berpandukan petikan ini, tuturkan dialog dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
Ah Seng: Tembikai ! tembikai ! ______ ! _______ ! Manis-manis !
Swee Lan: Wah, sedapnya buah _________________ ini!
Ah Seng: Betul tu. Mari-mari ! Buah – buahan di gerai saya_______ dan ______
Swee Lan: Pak Cik, berikan saya buah _____________ sebiji.
Berapa harganya ?
Ah Seng : Buah _________________ini isinya merah. Tembikai ini berbiji.
Harganya Rm1.00 sekilo dan harganya hanya RM6.50
Swee Lan: Pak Cik, boleh kurangkan harganya sedikit? RM6.00 cukuplah.
Ah Seng : Baiklah, pak cik kira RM6.00.
Sebenarnya, pak cik tidak mendapat banyak untungpun. Harga baja
dan upah pekerja lagi. Musim hujan ini, banyak pokok tembikai pak cik
rosak dan musnah.
Swee Lan: Kalau begitu pendapat pak cik pasti sedikit ya?
Ah Seng: Ya. Pendapat kami tidak tetap. Bukan seperti bapa kamu yang menjadi
doktor. Gajinya lumayan. Jadi kamu kena rajin belajar, ikut jejak bapa
kamu. Jangan jadi macam pak cik yang belajar hanya sampai darjah 6
sahaja, inilah pekerjaan pak cik sekarang. Setiap hari bermandi
peluh mencari rezeki. Itu pun nasib baik pak cik ada tanah
sekangkang kera untuk menanam buah-buahan. Bolehlah menyara
hidup keluarga pak cik.
Swee Lan: Baiklah pak cik, ______________ atas nasihat pak cik.
Ah Seng: ______________
61
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lampiran 2
Contoh Kad Arahan
Kamu diminta melakonkan
situasi berurus niaga
menjual air kelapa kepada
pelanggan sewaktu hujan
turun lebat.
RM3.00
RM1.50
62
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lembaran Kerja 1
Pemulihan
Berdasarkan gambar dan ayat tunggal yang diberi, bina ayat majmuk secara lisan.
1. a) Saya suka makan buah limau.
b) Saya suka makan buah epal.
__________________________________
2. a) Buah epal merah itu manis.
b) Buah epal hijau itu masam.
__________________________________
3. a) Kita mesti makan buah-buahan.
b) Badan kita sihat.
__________________________________
63
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lembaran Kerja 2
Pengayaan
Apa kerja yang dilakukan oleh penoreh
getah?
Bagaimanakah penoreh getah mendapat
wang untuk menyara hidup?
Andainya anda seorang guru, nyatakan
apakah kerja –kerja seorang guru ?
Adakah anda bercita-cita menjadi guru?
Mengapa ?
64
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
TEMA EKONOMI
TAJUK Kolam Memancing 1 Malaysia
STANDARD
PEMBELAJARAN
OBJEKTIF
2.2.3 Membaca dan memahami ayat dalam petikan yang
mengandungi imbuhan apitan daripada pelbagai sumber
dengan sebutan yang betul.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. membaca ayat yang mengandungi imbuhan apitan
dengan sebutan yang jelas dan betul.
ii. memahami ayat dengan menyusun semula mengikut
urutan yang betul.
i. Ilmu : Sains , Matematik, Pendidikan Moral
PENGISIAN ii. Nilai : Menghargai masa
iii. EMK: Keusahawanan – EK1KURIKULUM
iv. CK : 2.2 Menilai maklumat kewangan yang didapati daripada
pelbagai sumber.
SISTEM
BAHASA
BAHAN BANTU
BELAJAR
PENILAIAN
P&P
Sebutan dan intonasi
Kosa kata : diskaun
Petikan, kad gambar dan lampiran aktiviti.
1. Murid membaca ayat-ayat yang mengandungi imbuhan
apitan dengan sebutan yang betul dan menyusun cerita
mengikut urutan yang betul.
REFLEKSI
65
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
AKTIVITI
Mendengar dan Bertutur
1. Murid ditunjukkan
beberapa keping gambar ikan.
2. Murid menyebut jenis ikan
yang diketahui.
3. Murid menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru.
Contoh Soalan:
i . Adakah kamu pernah
memancing ikan?
ii. Di manakah kamu
boleh memancing ikan?
iii. Apakah khasiat yang
diperoleh daripada ikan?
Membaca
1. Guru memaparkan iklan.
2. Murid merujuki kamus
untuk mencari maksud
perkataan-perkataan sukar
yang terdapat dalam petikan.
3. Murid dibimbing oleh guru
untuk membaca ayat dan
mencari apitan dalam iklan.
4. Seorang murid membaca
petikan dan murid lain diminta
mendengar dengan teliti.
5. Murid membaca ayat dalam iklan
secara individu dan dinilai oleh
rakan sebaya.
6. Murid memahami kadar
penjimatan sekiranya memancing
selama 4 jam.
PENGISIAN
KURIKULUM
Ilmu: Sains
(pelbagai jenis ikan)
Ilmu :Matematik
Nilai :
Keyakinan
EMK:
TMK
Belajar
melalui komputer
CK: 2.2
Menilai maklumat
kewangan yang
didapati daripada
pelbagai sumber.
CATATAN
TKP:
Verbal linguistik
Lampiran 1a :
Gambar ikan
Lampiran 1b :
Gambar
memancing
Sistem Bahasa:
Sebutan dan
intonasi
Lampiran 2:
Petikan
BCB:
Merujuk, mencatat
Contoh perkataan
sukar :
ekar
(ukuran untuk
keluasan sesuatu
kawasan )
Lampiran 3 :
Borang
pengurusan grafik
66
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
AKTIVITI
Penilaian
1. Murid diedarkan Lembaran
Kerja.
2. Murid membaca ayat-ayat
dengan sebutan yang betul.
3. Murid diminta menyusun
cerita mengikut urutan
dan membaca semula cerita
dengan sebutan yang betul.
Pemulihan
1. Murid diedarkan Lembaran
Kerja 2.
2. Murid menyusun perkataan
menjadi ayat yang betul.
3. Murid membaca ayat
dengan sebutan yang betul.
PENGISIAN
KURIKULUM
Ilmu: Sains
Nilai: Berdikari
CATATAN
Lembaran Kerja 1
Sebutan
dan intonasi
KB: Mengecam
Lembaran Kerja 2
Sebutan
dan intonasi
Pengayaan
1. Murid diedarkan Lembaran
Kerja 3.
2. Murid menyusun cerita.
3. Murid membaca dan
menyalin ayat semula dalam
bentuk perenggan.
Nilai : Bekerjasama KB : Menjana
idea
Lembaran Kerja 3
Sebutan
dan intonasi
67
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lampiran 1a
Ikan
68
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lampiran 1b
69
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lampiran 2
Iklan
Kolam Memancing 1 Malaysia
Jalan Tasik, Ampang, Selangor.
Kolam Memancing 1 Malaysia mempunyai empat buah kolam
seluas lapan ekar. Kolam memancing ikan ini dibuka 24 jam sehari.
Jangka masa minimum untuk setiap kali masuk memancing ialah
tiga jam. Bayaran yang dikenakan ialah RM12.00 sejam. Diskaun
10% akan diberikan kepada setiap pengunjung yang memancing
ikan selama 4 jam.
Terdapat lebih daripada 10 jenis ikan di kolam tersebut.
Antaranya ialah ikan siakap, ikan keli, ikan patin dan sebagainya.
1Malaysia Pancing Sdn. Bhd.
Lot 1773, Jalan Tasik,
68000 Ampang, Selangor.
70
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lembaran Kerja 1
Penilaian
Baca dan susun cerita mengikut urutan yang betul.
Dia pergi dengan menunggang basikal. Dia
menunggang basikal dengan berhati-hati.
Vasanthi hendak memancing ikan di sungai. Dia
memasukkan umpan, mata kail dan joran ke dalam
begnya.
Apabila sampai, dia mencari tempat yang sesuai untuk
memancing ikan. Setelah itu, dia mula memancing ikan.
Vasanthi berasa gembira kerana mendapat ikan. Ikan
itu boleh dijadikan hidangan untuk makan malam.
Selepas beberapa minit, tali jorannya tegang. Vasanthi
menyentap jorannya. Dia mendapat seekor ikan keli.
71
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lembaran Kerja 2
Pemulihan
Baca perkataan yang diberi dan susun perkataan tersebut menjadi ayat yang betul.
1.
memancing suka ikanSelvi
________________________________________________________________
2. memancing di ikan Mamat sungai
_________________________________________________________________
3. menggoreng Ibu ikan di dapur
________________________________________________________________
4.
sebatang membawa joran ke sungai
Ah Chong
_________________________________________________________________
72
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lembaran Kerja 3
Pengayaan
Baca dan fahami ayat di bawah. Kemudian susun mengikut urutan.
Kemudian, dia akan pergi ke gerai ikannya di pasar.
Ah Seng seorang peniaga yang amat tekun.
Ramai pelanggan suka membeli ikan di gerai Ah Seng.
Dia mendapat banyak keuntungan.
Pada pukul 5.00 pagi, Ah Seng bangun daripada tidur.
Pada pukul 6.00 petang, dia balik ke rumah untuk
makan malam bersama keluarganya.
Dia menjual ikan kembung, ikan tenggiri, ikan kerapu
dan sebagainya. Ah Seng menjual ikan-ikan yang
segar dengan harga yang berpatutan.
73
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Salin ayat di atas semula mengikut urutan cerita. Kemudian, baca cerita tersebut.
74
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lampiran 3
Borang Pengurusan Grafik
1 jam memancing
ikan ialah RM12
Jangka masa 4 jam memancing
minimum untuk ikan diberikan
memancing ikan ialah diskaun sebanyak
______________ . _____________ .
75
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
‘=
TEMA
TAJUK
STANDARD
PEMBELAJARAN
OBJEKTIF
PENGISIAN
KURIKULUM
SISTEM
BAHASA
BAHAN BANTU
BELAJAR
PENILAIAN
P&P
EKONOMI
Perusahaan Kerepek Pisang
3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan
soalan bertumpu dan bercapah dengan betul.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. membina dan menulis tiga jawapan pemahaman
berdasarkan soalan bertumpu dengan betul.
ii. membina dan menulis dua jawapan pemahaman
berdasarkan soalan bercapah dengan betul.
i. Ilmu : Kajian Tempatan (Ekonomi)
ii. Nilai : Bekerjasama, bertanggungjawab, gigih berusaha dan
mencintai alam sekitar.
iii. EMK: Keusahawanan – EK 1 Sikap Keusahawanan
iv. CK : 1.2 Mengenal pasti sumber pendapatan dan sumber
alternatif.
i. Tatabahasa: kata adjektif, sinonim
ii. Kosa kata umum : garing, tradisional,berkat,menghiris
memasarkan,mengupas,berkembang
Lampiran, lembaran kerja dan benda maujud
1. Murid menjawab soalan pemahaman perusahaan
kerepek pisang
REFLEKSI
76
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
Mendengar dan Bertutur
1. Guru menunjukkan
Ilmu: Ekonomi
Nilai : Menghargai
EMK : Keusahawanan
EK4 :
Menghasilkan produk
berasaskan pengetahuan dan
kemahiran teknologi serta
vokasional.
Kontekstual-
sebungkus kerepek pisang hubung kait
kepada murid.
Jenis kerepek:
2. Guru bersoal jawab dengan - Kerepek ubi
murid. - kerepek pisang
- Adakah harga kerepek ini - Kerepek kentang
mahal? Kenapa? - Kerepek keledek
- Di manakah kita boleh - Kerepek keladi
membeli makanan ini? - kerepek sukun
- Makanan ini dibuat daripada - Kerepek bawang
apa?
- Apakah nama makanan ini?
- Pada pendapat kamu,
berapakah harga bagi
sebungkus kerepek pisang?
Menulis
1. Murid membaca petikan
yang diedarkan.
2. Murid menjawab soalan-
soalan pemahaman
berdasarkan soalan
bertumpu yang diberikan
secara bertulis.
3. Guru mengaitkan sumber-
sumber alternatif pendapatan
keluarga atau jiran.
Ilmu: Ekonomi
Nilai: gigih berusaha
EMK: Keusahawanan
EK5:
Mengamalkan nilai moral dan
etika yang baik dalam
konteks keusahawanan.
CK 1 :
Menyatakan pelbagai sumber
pendapatan serta sumber-
sumber alternatif (daripada
keluarga, jiran,rakan sekerja
atau hadiah).
BCB
- bacaan mekanis
Lembaran
Kerja 1a
77
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
AKTIVITI
Menulis
1. Murid diedarkan Lembaran
Kerja 1b yang mengandungi
soalan bertumpu dan
bercapah sebagai
persediaan memahami teks
yang dibaca.
2. Murid menjawab soalan
pemahaman tersebut
dengan bimbingan guru.
3. Melalui penerangan guru,
murid mengetahui bahawa
produk boleh dihasilkan
berasaskan pengetahuan
dan kemahiran teknologi
vokasional melalui petikan
yang dibaca.
PENGISIAN KURIKULUM
EMK :
Keusahawanan
EK 5
Mengamalkan nilai moral dan
etika yang baik dalam
konteks keusahawanan.
CATATAN
KB – menjana
idea
Lembaran
Kerja 1b
Penilaian
1. Murid membaca petikan
“Perusahaan Kerepek Pisang”.
2. Murid diminta membina dan
menulis jawapan bertumpu
dan bercapah berdasarkan
jawapan yang diberikan.
Ilmu: Ekonomi
Nilai: Tekun
Kecerdasan
Pelbagai
Lembaran Kerja 2
Sistem bahasa :
Kosa kata
Pemulihan
1. Murid membaca ayat-ayat EMK: Keusahawanan – Lembaran Kerja 3
yang diberi. peka pada peluang
BCB - membaca
2. Murid menjawab soalan
perniagaan
bertumpu dan bercapah
dengan memilih jawapan
yang diberikan.
78
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
Pengayaan
1. Murid mencari bahan Ilmu : Kajian Tempatan Lembaran Kerja 4
tentang “Perusahaan
EMK :Kerepek Pisang” dalam
laman web dan membaca. Keusahawanan
EK4
2. Murid menjawab soalan Menghasilkan produk
bertumpu dan bercapah berasaskan pengetahuan dan
berdasarkan petikan yang kemahiran teknologi serta
dibaca. vokasional.
TMK: Menggunakan TMK
untuk mencari
maklumat.
79
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lembaran Kerja 1a
Baca petikan di bawah jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pak Cik Karim seorang pengusaha kerepek yang terkenal di negeri Selangor.
Beliau mempunyai sebuah kilang memproses kerepek pisang yang besar di Banting.
Kerepek pisang keluaran syarikat Pak Cik Karim sangat sedap dan rangup. Pak Cik
Karim bercadang untuk memperbesar perniagaannya.
Oleh itu, Pak Cik Karim telah menambah bilangan pekerja dan mesin
memproses kerepek untuk meningkatkan keluaran syarikatnya. Pak Cik Karim juga
sentiasa memastikan pembungkusan kerepek pisang keluarannya menarik dan
berkualiti.
Kegigihan Pak Cik Karim sebagai pengusaha kerepek pisang patut dicontohi.
Setiap orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh akan berjaya. Begitu juga
murid-murid sekolah perlu berusaha untuk berjaya.
Sikap Pak Cik Karim yang rajin dan melakukan kerja dengan tekun menjadi
ikutan kepada anaknya, Azman. Setiap hari, Azman akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh agar cita-citanya untuk menjadi peniaga yang berjaya seperti
bapanya akan tercapai. Bagi Azman, untuk mencapai sesuatu kejayaan perlulah
memiliki ilmu.
1. Apakah jenis kerepek yang diusahakan?
________________________________________________________________
2. Siapakah pengusaha kerepek itu?
_________________________________________________________________
3. Di manakah kilang kerepek tersebut?
_________________________________________________________________
80
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lembaran Kerja 1b
Jawab soalan pemahaman berikut.
1. Bagaimanakah Pak Cik Karim dapat meningkatkan hasil pengeluaran
kerepek pisangnya?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
2. Apakah yang patut dicontohi oleh Azman daripada ayahnya?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
3. Siapakah yang bercita-cita ingin menjadi peniaga yang berjaya?
_____________________________________________________________
____________________________________________________________
4. Mengapakah Azman berusaha dengan bersungguh-sungguh?
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
81
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lembaran Kerja 2
Penilaian
Perusahaan Kerepek Pisang
Pak Cik Azim merupakan seorang pengusaha kerepek pisang yang
rajin. Dia mengusahakan perusahaan kerepek pisang secara kecil-kecilan
untuk menyara keluarganya. Dia turut dibantu oleh keluarganya.
Pak Cik Azim menjalankan perusahaan kerepek pisang di sebelah
rumahnya. Dia memperoleh bekalan pisang daripada penanam pisang di
kawasan persekitarannya. Setiap pagi, Pak Cik Azim bersama keluarganya
akan mengupas kulit pisang itu dengan pisau yang tajam. Selepas itu, pisang-
pisang itu akan dihiris nipis-nipis lalu digoreng sehingga garing. Kemudian
kerepek pisang itu akan dibungkus untuk dipasarkan.
Kerepek pisang Pak Cik Azim mendapat sambutan ramai kerana
rasanya sedap. Kadang-kala Pak Cik Azim tidak dapat memenuhi segala
permintaan pelanggannya kerana dia mengusahakan perusahaan itu secara
tradisional. Walau bagaimanapun, dia tetap berusaha untuk memenuhi
permintaan pelanggannya.
Berkat kegigihannya, Pak Cik Azim telah berjaya memajukan
perusahaannya. Dia telah membeli beberapa buah mesin menghiris pisang dan
alat menggoreng agar segala permintaan pelanggannya dapat dipenuhi. Pak
Cik Azim juga telah menggaji beberapa orang pekerja untuk membantunya.
Kini, perusahaan kerepek pisang Pak Cik Azim telah berkembang
maju. Dia juga telah memasarkan kerepek pisang itu ke luar negara seperti
Singapura dan Indonesia. Pak Cik Azim berasa bangga kerana segala
usahanya selama ini membuahkan kejayaan.
82
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Jawab soalan pemahaman berikut.
1. Siapakah pengusaha kerepek pisang itu?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Bagaimanakah pisang itu dihiris?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3. Di manakah Pak Azim memasarkan kerepek pisangnya?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
4. Pada pendapat kamu, apakah bahan-bahan yang digunakan untuk memproses
kerepek pisang?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
5. Mengapakah Pak Azim memasarkan kerepek pisangnya ke luar negara?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
83
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lembaran Kerja 3
Pemulihan
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan dengan memilih
jawapan yang betul.
Azman bercita-cita menjadi peniaga yang berjaya.
Azman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Kita perlu berusaha dengan bersungguh-
sungguh untuk mencapai kejayaan.
Azman anak Pak Cik Karim.
1. Siapakah nama anak Pak Cik Karim?
__________________________________________________________________
2. Apakah cita-cita Azman?
__________________________________________________________________
3. Mengapakah kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh?
__________________________________________________________________
4. Bagaimanakah Azman memastikan dia berjaya menjadi peniaga yang berjaya?
__________________________________________________________________
84
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
Lampiran 4
Pengayaan
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan yang berikutnya.
Pak Murad memang terkenal dalam kalangan penduduk Kampung Aman. Dia sudah
tua tetapi masih kuat. Dia juga rajin dan murah hati.
Pagi-pagi lagi Pak Murad pergi ke kebunnya untuk bekerja. Kebun seluas 10
ekar itu ditanami sawi, kubis, cili dan timun. Hasil tanamannya seperti cili merah
telah dihantar ke kilang untuk diproses menjadi sos cili.
Setelah itu, dia pergi ke dusun. Kebetulan, sekarang musim buah-buahan.
Oleh itu, dia membina gerai di tepi jalan untuk menjual buah durian, manggis dan
rambutan. Pelanggan suka datang ke gerainya kerana dia peramah dan harga buah-
buahan yang dijualnya berpatutan.
Hasil titik peluhnya, dia mampu pula membeli ladang kelapa sawit seluas 30
ekar. Dia mengupah pekerja untuk mengusahakan ladang. Berkat usaha gigihnya,
dia telah dipilih sebagai peladang jaya daerahnya.
Kini, dia hidup bahagia di sebuah banglo bersama keluarganya. Walaupun
sibuk, dia sentiasa mengambil berat tentang pelajaran anak-anaknya.
1. Apakah pekerjaan Pak Murad?
___________________________________________________________
2. Di manakah Pak Murad tinggal?
___________________________________________________________
3. Apakah tujuan Pak Murad membeli ladang kelapa sawit?
___________________________________________________________
4. Mengapakah Pak Murad bersikap ramah?
___________________________________________________________
5. Pada pandangan kamu, bagaimanakah kita boleh berjaya dalam hidup?
85
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahu
n
4
TEMA
TAJUK
STANDARD
PEMBELAJARAN
OBJEKTIF
PENGISIAN
KURIKULUM
SISTEM
BAHASA
BAHAN BANTU
BELAJAR
PENILAIAN
P&P
REFLEKSI
EKONOMI
Pekebun Jaya
4.1.2 Menyatakan perasaan berdasarkan melodi dan lirik lagu
dalam nyanyian yang dipersembahkan.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. menyatakan perasaan berdasarkan melodi lagu
yang dinyanyikan.
ii. menyatakan perasaan berdasarkan lirik lagu
yang dinyanyikan.
i. Ilmu: Pendidikan Muzik, Pendidikan Alam Sekitar
ii. Nilai: Rajin, bertanggungjawab, berjimat cermat
iii. EMK: Kreativiti, TMK – Belajar dengan komputer
iv. CK: 1.2 Mengenal pasti sumber pendapatan dan
sumber alternatif.
Tatabahasa: Sebutan dan intonasi
Kad gambar, lirik lagu, komputer
1. Murid menyatakan perasaan mereka berdasarkan melodi dan
lirik lagu yang telah dinyanyikan kepada kawan-kawan.
86
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
Bertutur
PENGISIAN
CATATAN
KURIKULUM
1. Murid diminta mencantumkan
keratan gambar asal yang telah
dipotong pada papan hitam.
2. Murid meneka gambar yang
ditunjukkan.
3. Murid diminta menyebut nama
sayur tersebut.
4. Murid menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru.
i. Di manakah kamu dapat
melihat sayur ini?
ii. Pernahkah kamu pergi
ke kebun sayur?
iv. Di manakah petani
menjual sayur-sayurnya?
Membaca
1. Guru memaparkan lirik lagu pada
skrin.
2. Murid menyanyikan lagu yang
terdapat pada skrin dengan
mengikut melodi yang betul.
3. Murid menyanyi bersama-
sama guru dengan melakukan
pergerakan.
4. Guru membimbing murid untuk
menyatakan perasaan mereka
berdasarkan melodi dan seni
kata lagu yang dinyanyikan
kepada kawan-kawan.
5. Guru mengaitkan kandungan seni
kata lagu dengan menyatakan
pertanian boleh memberikan
sumber pendapatan keluarga.
Ilmu: Pendidikan
Alam Sekitar
Nilai : Menghargai
alam sekitar
Ilmu : Pendidikan
Muzik
Nilai: Rajin,
berjimat cermat
EMK: TMK – belajar
menggunakan
komputer
CK : 1.2 mengenal
pasti sumber
pendapatan
dan sumber
alternatif.
TKP : Kinestetik
Lampiran 1
BCB
- bacaan luncuran
Lampiran 2
Sistem bahasa :
Sebutan dan
intonasi
KP: Kinestetik
KB: Menganalisis
87
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4

Contenu connexe

Tendances

Tendances (9)

Ds bhs malaysia thn 2 sjk
Ds bhs malaysia thn 2 sjkDs bhs malaysia thn 2 sjk
Ds bhs malaysia thn 2 sjk
 
Ds bhs malaysia thn 2 sk
Ds bhs malaysia thn 2 skDs bhs malaysia thn 2 sk
Ds bhs malaysia thn 2 sk
 
Hsp bm y4all
Hsp bm y4allHsp bm y4all
Hsp bm y4all
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihan
 
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
 
01 dsk bm thn 1 - sk
01   dsk bm thn 1 - sk01   dsk bm thn 1 - sk
01 dsk bm thn 1 - sk
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
 
Bahasa malaysia kssr sk thn 4
Bahasa malaysia kssr sk thn 4Bahasa malaysia kssr sk thn 4
Bahasa malaysia kssr sk thn 4
 
Panduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 skPanduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 sk
 

Similaire à Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4

panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfpanduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
ssuser182c9c
 
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangPanduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
kee jumat
 
Panduan guru bm sk tahun 2
Panduan guru bm sk tahun 2Panduan guru bm sk tahun 2
Panduan guru bm sk tahun 2
Ceedrah Mohammad
 
Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4
Ina Salinah
 
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
nba95
 
Dokumen standard bahasa malaysia sjk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sjk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sjk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sjk tahap 1
Rozza Yuyu
 
Dskptahun4sjkbupdatebpk18ogos2013 130925010058-phpapp01
Dskptahun4sjkbupdatebpk18ogos2013 130925010058-phpapp01Dskptahun4sjkbupdatebpk18ogos2013 130925010058-phpapp01
Dskptahun4sjkbupdatebpk18ogos2013 130925010058-phpapp01
sathiasathis
 
Dskp tahun 4 SJKC
Dskp tahun 4 SJKC Dskp tahun 4 SJKC
Dskp tahun 4 SJKC
gsteng83
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cik BaCo
 
Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4
joharf
 
Panduan guru bm sk tahun 3 KSSR
Panduan guru bm sk tahun 3 KSSRPanduan guru bm sk tahun 3 KSSR
Panduan guru bm sk tahun 3 KSSR
Herney Aqilah Kay
 

Similaire à Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4 (20)

panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfpanduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
 
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangPanduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
 
Panduan Guru BM Tahun 2
Panduan Guru BM Tahun 2Panduan Guru BM Tahun 2
Panduan Guru BM Tahun 2
 
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
 
Panduan guru bm sk tahun 2
Panduan guru bm sk tahun 2Panduan guru bm sk tahun 2
Panduan guru bm sk tahun 2
 
Panduan guru-bm-thn-2-sk
Panduan guru-bm-thn-2-skPanduan guru-bm-thn-2-sk
Panduan guru-bm-thn-2-sk
 
Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4
 
PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 4SK
PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 4SKPANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 4SK
PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 4SK
 
Modul kssr bm thn 4
Modul kssr bm thn 4Modul kssr bm thn 4
Modul kssr bm thn 4
 
Modul kssr bm thn 4
Modul kssr bm thn 4Modul kssr bm thn 4
Modul kssr bm thn 4
 
Pgbahasamalaysiaskthn4 130625230954-phpapp02
Pgbahasamalaysiaskthn4 130625230954-phpapp02Pgbahasamalaysiaskthn4 130625230954-phpapp02
Pgbahasamalaysiaskthn4 130625230954-phpapp02
 
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
 
Hsp bm sk_y4a
Hsp bm sk_y4aHsp bm sk_y4a
Hsp bm sk_y4a
 
Dokumen standard bahasa malaysia sjk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sjk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sjk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sjk tahap 1
 
Dskptahun4sjkbupdatebpk18ogos2013 130925010058-phpapp01
Dskptahun4sjkbupdatebpk18ogos2013 130925010058-phpapp01Dskptahun4sjkbupdatebpk18ogos2013 130925010058-phpapp01
Dskptahun4sjkbupdatebpk18ogos2013 130925010058-phpapp01
 
Dskp tahun 4 SJKC
Dskp tahun 4 SJKC Dskp tahun 4 SJKC
Dskp tahun 4 SJKC
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4
 
Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4
 
Panduan guru bm sk tahun 3 KSSR
Panduan guru bm sk tahun 3 KSSRPanduan guru bm sk tahun 3 KSSR
Panduan guru bm sk tahun 3 KSSR
 

Dernier

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Dernier (20)

PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 

Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4

  • 1.
  • 2.
  • 3. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Rendah PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA (Sekolah Jenis Kebangsaan) TAHUN 4 Terbitan BahagianPembangunanKurikulum 2013
  • 4. Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. KANDUNGAN A. BAHAGIAN 1 PENGENALAN BUKU PANDUAN GURU Pendahuluan 1 Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan 4 Standard Kurikulum Bahasa Malaysia 5 Matlamat & Objektif Umum 6 Fokus 7 Susunan Kandungan Standard 8 Pengisian Kurikulum 20 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 22 Struktur Modul 31 B. BAHAGIAN 2 CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 35 Strategi Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 37 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca 38 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca 39 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis 40 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis 42 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa 43 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Seni Bahasa 44 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa 45 Strategi Pengaharan dan Pembelajaran Aspek Tatabahasa 46 C. BAHAGIAN 3 PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR Tema: Ekonomi 49 Tema: Keselamatan 50 Tema: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 51 iii
  • 6. D. BAHAGIAN 4 CONTOH MODUL MENGIKUT TEMA 1. Tema: Ekonomi 57 2. Tema: Keselamatan 103 3. Tema: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 141 E BAHAGIAN 5 PERIBAHASA Simpulan Bahasa 193 F BAHAGIAN 6 PERUMPAMAAN 199 G BAHAGIAN 7 GLOSARI 203 iv
  • 7. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
  • 8. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vi
  • 9.
  • 10.
  • 11. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 PENDAHULUAN Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Empat ini disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan untuk membantu guru mengaplikasikan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Empat juga mencadangkan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai. Buku Panduan Guru ini diharapkan dapat membantu guru menterjemahkan Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah Bahasa Malaysia yang mengetengahkan pendekatan modular dan menitikberatkan pembelajaran secara didik hibur. Dalam pendekatan modular ini, fokus pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta dua elemen lain iaitu aspek seni bahasa dan tatabahasa. Semua fokus pengajaran dan pembelajaran ini amat penting dan perlu dikuasai oleh murid bukan sahaja bagi membantu mereka memantapkan kemahiran bahasa, mencungkil potensi diri, dan meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan, malah menggalakkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga turut memberi penekanan kepada aspek penilaian, pemulihan dan pengayaan yang merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buku panduan ini mengandungi empat bahagian; Bahagian 1 merupakan pengenalan tentang Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Empat dan Struktur Pendekatan Modular, Bahagian 2 mengandungi contoh-contoh Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, Bahagian 3 memaparkan contoh pemetaan rancangan mengajar mingguan dan Bahagian 4 mengandungi peribahasa, perumpamaan, dan glosari Bahasa Malaysia Tahun Empat. Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Buku Panduan Guru ini hanyalah cadangan. Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai aktiviti tersebut agar dapat memenuhi kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam penghasilan buku ini. Buku Panduan Guru ini diharap dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. 3
  • 12. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 BAHASA MALAYSIA DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) turut diajar sebagai bahasa kebangsaan seperti yang dipelajari oleh murid-murid di Sekolah Kebangsaan. Namun begitu, pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di SJK menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. Pemerolehan bahasa kedua berbeza dibandingkan dengan pemerolehan bahasa pertama (bahasa ibunda). Penguasaan bahasa pertama diperoleh secara semula jadi, sebaliknya pemerolehan bahasa kedua melalui pembelajaran, sama ada secara formal atau pun tidak formal. Walau bagaimanapun, seseorang yang mempelajari bahasa kedua sebenarnya telah melalui kemahiran berkomunikasi dalam bahasa pertamanya. Justeru, menjadi tugas seorang pengajar untuk memindahkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa pertama kepada berkomunikasi dalam bahasa kedua. Pelbagai kaedah pengajaran bahasa kedua digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Antaranya melalui Kaedah Tatabahasa Terjemahan dan Kaedah Terus. Kaedah Tatabahasa Terjemahan dianggap sebagai satu cara yang penting dalam mempelajari penguasaan perbendaharaan kata. Melalui kaedah ini, perbendaharaan kata diberikan pada peringkat awal pembelajaran. Kaedah ini juga memberi penekanan terhadap latihan tatabahasa dengan menggunakan terjemahan dalam bahasa ibunda. Kaedah ini memberi ruang kepada guru menterjemahkan bahasa asing kepada bahasa ibunda dan sebaliknya. Kaedah ini bertujuan untuk mendapat pemahaman terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penguasaan terhadap perbendaharaan kata yang luas membolehkan seseorang itu lebih yakin ketika aktiviti berbahasa atau berkomuniksi. Kaedah Terus pula memberi tumpuan terhadap penggunaan bahasa kedua yang dipelajari secara terus. Segala penjelasan makna juga dilakukan menggunakan bahasa kedua tanpa melibatkan pengguna bahasa pertama. Begitu juga melalui kaedah dengar dan sebut. Selain itu, terdapat pelbagai kaedah lain yang sesuai digunakan seperti kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik dan kaedah gerak balas, fizikal audio lingual dan lain-lain. Oleh itu, menjadi tugas guru menggunakan pelbagai wacana yang tidak asing bagi murid untuk menarik minat mereka mempelajari Bahasa Malaysia. Langkah ini memberi ruang kepada guru untuk merancang secara bersistem dan formal dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. 4
  • 13. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan aspek tatabahasa dan aspek sistem bahasa. Aspek tatabahasa diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan manakala aspek seni bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran yang memberikan fokus kepada murid untuk berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Empat lebih mementingkan penguasaan kemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Dua. Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali yang disaring dengan kepercayaan kepada Tuhan. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti dalam rajah 1. Rajah 1: Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang 5
  • 14. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 MATLAMAT Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. OBJEKTIF UMUM Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk: i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul; ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul; iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul; iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila; v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar, dibaca dan ditonton menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila; vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila; viii. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul; ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul; 6
  • 15. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan; xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca; xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul; xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas; xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul; xvi. menulis imlak dengan tepat; xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun; xviii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul; xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan; xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber; xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan xxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa. FOKUS Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus kepada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa. Pada Tahap 1, murid-murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Hal ini bermakna konsep kembali kepada asas (back to basic) diberi penekanan yang khusus. Penekanan juga diberikan kepada pembelajaran yang menyeronokkan yang berkonsepkan aktiviti didik hibur. Pada Tahap II pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran bahasa. Melalui penguasaan kemahiran bahasa ini, murid dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan manakala melalui kemahiran membaca, murid dapat meningkatkan kosa kata di samping memupuk minat membaca. Penguasaan tatabahasa yang baik dapat membantu murid menghasilkan penulisan yang kreatif dan berkualiti. Aktiviti didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan teknik seperti nyanyian dan permainan serta penggunaan pelbagai bahan yang menarik dapat membantu murid menguasai dan menghayati pembelajaran. 7
  • 16. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 SUSUNAN KANDUNGAN STANDARD Standard Kurikulum Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid. Kandungan standard kurikulum ditunjukkan dalam rajah 2. StandardKandungan StandardPembelajaran Pernyataan tentang bidang ilmu Pernyataan tentang penetapan yang patut diketahui dan dapat kriteria untuk memastikan kualiti dilakukan oleh murid dalam suatu pembelajaran dan pencapaian tempoh persekolahan yang murid bagi setiap standard merangkumi aspek pengetahuan, kandungan. kemahiran dan nilai. Contoh: Standard Kandungan Contoh: Standard Pembelajaran 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan 1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara permintaan tentang sesuatu perkara dengan menggunakan frasa yang daripada pelbagai sumber dalam betul dalam pelbagai situasi situasi formal dan tidak formal secara secara bertatasusila. bertatasusila. Rajah 2: Kandungan Standard Kurikulum 8
  • 17. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3. Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Rajah 3: Kandungan Kemahiran Bahasa Pendekatan Modular Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat lima modul seperti yang dinyatakan dalam rajah 4. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur Modul Modul Kemahiran Tatabahasa Membaca Lima Modul Bahasa Malaysia Modul Modul KemahiranSeni MenulisBahasa Rajah 4: Kandungan Modul Mata Pelajaran Bahasa Malaysia 9
  • 18. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa adalah pengukuhan kepada ketiga-tiga modul kemahiran tersebut untuk meningkatkan tahap kecekapan berbahasa murid. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Mendengar dan Bertutur Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan kepada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Tahun 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. mendengar, memahami, menyebut frasa, dan ayat dengan struktur yang betul dan tepat; ii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat suruhan dengan betul; iii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau berdasarkan pelbagai soalan yang mengandungi kata tanya dan pesanan mengikut urutan yang betul kepada orang lain; iv. bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan perkataan dan ayat yang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila; 10
  • 19. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 v. berbual tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai ayat, kata panggilan yang sesuai dalam kalangan bukan ahli keluarga dan menggunakan kata ganti nama diri yang betul dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila; vi. bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; vii. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi frasa yang sesuai secara bertatasusila; dan viii. berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang betul secara bertatasusila. Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa. ii. Bertutur perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas. iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan kemahiran dan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. iv. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif bagi mempercepat penguasaan kemahiran tersebut. v. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa; dan vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep. Modul Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca di samping penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran 11
  • 20. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul kemahiran membaca murid juga berupaya memahami dan menghayati teks yang dibaca. Objektif Kemahiran Membaca Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan dengan sebutan yang betul; ii. membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul; iii. membaca kuat bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat ,ayat tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas; iv. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan multimedia untuk mengenal pasti pertautan idea, membuat penilaian dan ramalan dengan betul; v. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk ayat dengan betul; dan vi. membaca dan memahami pelbagai bahan sastera dan bukan sastera untuk menambah ilmu pengetahuan dan mendapatkan pengajaran. Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca i. Bacaan mekanis asas untuk menguasai kemahiran membaca. ii. Bacaan mentalis untuk melatih murid membaca dan memahami. iii. Kebersediaan murid daripada segi perasaan dan bahasa perlu diberi perhatian. iv. Bahan bacaan perlu sesuai, menarik dan bersifat ansur maju. v. Soalan bertumpu dan bercapah membantu murid memahami kandungan bahan bacaan. vi. Kepelbagaian pendekatan dan teknik membaca diaplikasikan mengikut kesesuaian. vii. Bacaan intensif dan ekstensif untuk memperkaya kosa kata dan ilmu serta minat membaca. 12
  • 21. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Modul Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis Modul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran menulis ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik. Objektif Kemahiran Menulis Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas; ii. menulis frasa dan ayat tunggal secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas; iii. membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu; iv. membina dan menulis pelbagai jenis ayat berdasarkan bahan grafik dalam satu perenggan dengan betul; v. menulis imlak perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan dengan tanda baca dan ejaan yang tepat; vi. mencatat maklumat yang betul mengikut susunan dan membuat carta alir daripada pelbagai sumber; vii. menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk pengumuman yang betul dan jelas dengan menegaskan kesantunan berbahasa; viii. menghasilkan penulisan pelbagai genre secara berpandu dan terkawal dengan betul; dan ix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek penggunaan kata, imbuhan kata majmuk, ejaan dan tanda baca. 13
  • 22. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Prinsip pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Menulis i. Kemahiran menulis secara mekanis merupakan asas kepada penguasaan menulis. ii. Idea yang dilahirkan dalam bentuk penulisan perlu mengamalkan prinsip ansur maju. iii. Keseragaman dalam membentuk dan menulis huruf perlu dititikberatkan. iv. Latihan menulis yang berterusan perlu dijadikan amalan. v. Mengimlak dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran mengeja. vi. Bacaan luas membantu menghasilkan penulisan karangan yang baik. Modul Seni Bahasa Aspek Seni Bahasa Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Objektif Aspek Seni Bahasa Objektif Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. menyebut, memahami dan menghasilkan seni kata yang mengandungi mesej secara terkawal dan menyampaikannya secara didik hibur; ii. mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan susunan idea yang tepat serta gaya yang sesuai untuk menyampaikan mesej melalui penceritaan; iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas, bahasa badan yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran melalui lakonan secara didik hibur; 14
  • 23. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 iv. melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas, dipersembahkan dalam bahasa yang indah secara didik hibur; v. membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta dipersembahkan secara didik hibur; dan vi. membina teks ucapan secara berpandu berdasarkan diksi dan laras bahasa yang sesuai serta menyampaikannya dengan yakin secara didik hibur. Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa i. Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa. ii. Pemilihan bahan mesti sesuai, menarik dan bersifat didik hibur. iii. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh amat diperlukan. iv. Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif. Modul Tatabahasa Aspek Tatabahasa Modul Aspek Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis. Objektif Aspek Tatabahasa Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. memahami dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup yang merujuk bukan manusia dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks; ii. memahami dan menggunakan kata ganti nama diri sebagai kata sapaan dengan betul mengikut konteks; 15
  • 24. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 iii. memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif dan tak transitif, pelbagai jenis kata adjektif, kata hubung gabungan, kata sendi nama dan kata seru dengan betul mengikut konteks; iv. memahami dan menggunakan kata terbitan awalan beR-, meN-, peN-, teR-, dan di- dengan betul mengikut konteks; v. memahami dan menggunakan kata ganda penuh sebagai penanda nama haiwan, makna kesamaan atau keserupaan dan kata majmuk rangkai kata bebas dengan betul dalam pelbagai konteks; vi. memahami dan membina ayat-ayat tunggal susunan biasa dan ayat majmuk dengan betul dalam pelbagai situasi; dan vii. memahami dan membina ayat penyata dan ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya, ayat seru dan ayat perintah dengan betul dalam pelbagai situasi. Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Tatabahasa i. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan. ii. Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks. iii. Mengelakkan pelajar menghafal rumus atau hukum bahasa. iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa. v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan. vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan. vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi secara berkesan, viii. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas dan mahir tentang rumus tatabahasa yang hendak disampaikan. ix. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu. x. Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks. xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan kefahaman. 16
  • 25. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Sistem Bahasa Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan dalam rajah 5. Tatabahasa Sistem Ejaan SISTEM Sebutan dan IntonasiBAHASA Kosa Kata Peribahasa Rajah 5: Sistem Bahasa 1.0 Tatabahasa Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Dalam KSSR, tatabahasa menjadi satu aspek dalam pendekatan modular. 1.1 Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama. a. Struktur kata merujuk pola suku kata bagi: i. kata asli bahasa Melayu ii.kata pinjaman bahasa Melayu b. Bentuk kata terdiri daripada: i. kata tunggal ii. kata terbitan 17
  • 26. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 iii. kata ganda iv. kata majmuk c. Proses pembentukan kata meliputi: i. pengimbuhan ii. penggandaan iii. pemajmukan Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata ini, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul daripada segi bentuk dan makna termasuk aspek baharu dalam proses pengimbuhan. d. Golongan kata terdiri daripada: i. kata nama ii. kata kerja iii. kata adjektif iv. kata tugas 1.2 Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Hal ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah seperti yang berikut: a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. b. Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. c. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang. e. Binaan ayat: i. ayat dasar ii. ayat tunggal iii. ayat terbitan atau ayat majmuk f. Proses ayat terbitan: i. proses penggantian ii. proses pengguguran iii. proses penyusunan semula iv. proses peluasan 2.0 Sistem Ejaan Perkara yang diberikan penekanan ialah: i. Pola keselarasan huruf vokal 18
  • 27. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 ii. Ejaan kata pinjaman iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan 3.0 Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. 3.1 Sebutan Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah menggunakan sebutan bahasa Melayu baku. 3.2 Intonasi Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut: i. ayat penyata ii. ayat tanya iii. ayat perintah iv. ayat seruan v. ayat terbalik atau songsang vi. ayat aktif vii. ayat pasif 4.0 Kosa kata Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan kosa kata istilah. Penguasaan kosa kata perlu ditingkatkan dan dikembangkan agar murid dapat mengungkap maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mata-mata pelajaran yang dipelajari pada peringkat sekolah rendah. 5.0 Peribahasa Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perlu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Nota: BukuTatabahasa Dewan EdisiTerkini oleh Nik Safiah Karimet al. ialahbukutatabahasa peganganyangmenjadi sumberrujukandalampengajarandanpembelajaran. 19
  • 28. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 PENGISIAN KURIKULUM Pengisian kurikulum mengambil kira elemen merentas kurikulum iaitu unsur-unsur yang diserap dalam setiap mata pelajaran. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Penerapan elemen ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Pengisian kurikulum tersebut merangkumi perkara-perkara yang berikut: Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Nilai Murni Penyerapan nilai murni dalam Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. Nilai murni masyarakat Malaysia ini ialah: Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat-menghormati Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Kebersihan fizikal dan mental Kejujuran Kerajinan Kerjasama Kesederhanaan Kesyukuran Rasional Semangat bermasyarakat 20
  • 29. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Patriotisme dan Kewarganegaraan Elemen patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Malaysia mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara, serta berbangga sebagai rakyat Malaysia. Semangat patriotisme dan kewarganegaraan dipupuk melalui mata pelajaran dan aktiviti kokurikukum bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri, cinta akan bahasa dan bangsa, serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara. Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia. Sains dan Teknologi Penerapan empat unsur sains dan teknologi dalam mata pelajaran lain dilaksanakan melalui kandungan, aktiviti dan bahan atau prasarana. Antara unsurnya ialah pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran saintifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Alam Sekitar Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam. Elemen Kreativiti dan Inovasi Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi membangunkan dan mengembangkan kreativiti murid mengikut keupayaan seseorang individu. Selain itu, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baharu. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasi idea serta kreativiti dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi perlu digandingkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan modal insan yang dihasratkan. Keusahawan Elemen keusahawanan merentas kurikulum merupakan satu pendekatan membudayakan keusahawanan. Proses ini melibatkan pembentukan sikap keusahawan serta amalan nilai moral dan etika dalam keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diaplikasikan dan diintegrasikan supaya murid dapat belajar tentang perkakasan dan perisian. Selain itu, guru dan murid menggunakan TMK sebagai alat untuk mengajar dan belajar. Murid juga belajar melalui TMK bagi tujuan mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan untuk urusan seharian, pendidikan dan kerjaya. 21
  • 30. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berperanan dalam melengkapkan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif dengan melibatkan pelbagai akitviti di dalam dan di luar bilik darjah. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, strategi merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu kemahiran. Pendekatan- pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara- cara fakta disampaikan dan keaktifan pengajaran. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, atau pendekatan kelas bercantum. Pendekatan berdasarkan cara bagaimana isi pelajaran disampaikan seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif dan pendekatan eklektik. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Teknik-teknik pengajaran merupakan suatu cara yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran yang ditetapkan. Antara teknik yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, sumbang saran, perbahasan, kuiz, lakonan atau projek. Pengalaman murid dapat dikaitkan dalam memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Kepelbagaian media, bahan maujud, media cetak dan media elektronik boleh dijadikan sebagai bahan sokongan untuk saling melengkapi proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan susulan dapat dijalankan untuk memantapkan penguasaan murid. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan melalui kemahiran generik yang berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dikuasai oleh setiap murid. 1. Prinsip 5P Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia prinsip 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut: 22
  • 31. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Penggabungjalinan Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Antara kemahiran yang digabungjalinkan ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca atau menulis yang terdapat dalam standard kandungan. Penyerapan Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan unsur- unsur ini melibatkan isi pelajaran yang mencakupi hal-hal persendirian dan kemasyarakatan, semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia, berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, serta menyerapkan kemahiran berfikir secara terancang dalam setiap kemahiran bahasa yang mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata pelajaran lain. Penilaian Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan. Pemulihan Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk aktiviti ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud atau alat permainan yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan aktiviti ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Pengayaan Aktiviti pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bacaan tambahan, kad atau permainan boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. 23
  • 32. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 2. Pendekatan Berpusatkan Murid Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa. 3. Pendekatan Tematik Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut: Kekeluargaan Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan menghormati setiap ahli keluarga. Kemasyarakatan Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat-menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab. Kesihatan dan Kebersihan Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat. Keselamatan Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar mengutamakan keselamatan. 24
  • 33. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Perpaduan Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara. Sains, Teknologi dan Inovasi Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan teknologi hijau. Pertanian dan Penternakan Tema pertanian dan penternakan memberi murid pendedahan perihal asas- asas pertanian dan penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang peniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam kehidupan. 25
  • 34. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 4. Kepelbagaian Kaedah Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Guru boleh memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar, serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berkomunikasi dan berinteraksi serta berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada daripada segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa hadapan. Didik Hibur Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Unsur-unsur keseronokan akan wujud melalui pembelajaran yang santai, menarik, menghibur, adanya ciri-ciri gembira dan humor yang boleh memikat, serta menjadi motivasi kepada murid untuk terus belajar. Persekitaran pembelajaran yang disediakan meliputi persembahan isi kandungan mengikut konteks, kepelbagaian strategi penyampaian dan penggunaan bahan yang mendorong pembelajaran melalui unsur-unsur cabaran, ingin tahu, kawalan, fantasi, kerjasama, persaingan dan pengiktirafan. Secara tidak langsung, pembelajaran yang menyeronokkan akan wujud melalui aktiviti di dalam bilik darjah, pemilihan bahan dan kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Pelaksanaannya adalah secara merentas kemahiran dan kurikulum bagi menyokong amalan pembelajaran sepanjang hayat dan pembinaan jati diri. Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaaan kemahiran matematik dalam situasi sebenar. Murid perlu menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. 26
  • 35. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Pembelajaran Berasaskan Projek Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Hal ini dapat membantu guru menilai perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. Murid lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk. Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Koperatif ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan yang membolehkan murid belajar bersama-sama, saling belajar dan membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Ahli kumpulan dapat berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat sendiri dan kumpulan. Pembelajaran koperatif ini juga dapat menghasilkan satu tugasan kumpulan, di samping mewujudkan interaksi antara murid, kerjasama dan semangat berpasukan yang kuat. Kecerdasan Pelbagai Pengajaran dan pembelajaran kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi, minat dan kecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka. Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar sepanjang hayat mereka. Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan berkeupayaan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. 27
  • 36. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta menangani perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari terhadap pembelajaran mereka. Pembelajaran Luar Bilik Darjah Pembelajaran luar bilik darjah merupakan aktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara terancang dan berstruktur serta berpusatkan murid. Kaedah ini dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang dipelajari semasa di dalam bilik darjah, memberi pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan. Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran dalam suatu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan kepada unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti menguasai 80 peratus aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baharu. 5. Kepelbagaian Teknik Teknik merupakan satu cara yang digunakan oleh guru-guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan. Dalam Standard Kurikulum sekolah rendah, guru digalakkan menggunakan pelbagai teknik untuk mengajar. Guru boleh memilih kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar serta teknologi yang dapat merangsang serta menggalakkan murid berfikir secara kritis, dan kreatif serta mampu berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. 28
  • 37. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Antara teknik-teknik pengajaran bahasa ialah: Teknik main peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Teknik permainan bahasa Permainan bahasa adalah salah satu teknik dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan seperti permainan silang kata. Teknik latih tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik bercerita Teknik bercerita sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid yang dilatih dalam kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkaitan, mimik muka, serta kedudukan semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Bercerita amat sesuai untuk kemahiran bahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Teknik inkuiri penemuan Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan sesuatu masalah. Teknik perbahasan Teknik ini melatih murid berfikir dengan pantas di samping dapat berkomunikasi dengan berkesan. Teknik kuiz Teknik ini dapat mengukuhkan pengajaran guru dan memantapkan pemahaman murid tentang sistem Bahasa Malaysia terutama daripada segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat melalui pertandingan. Teknik sumbang saran Dikenali sebagai percambahan fikiran yang memerlukan setiap murid menyumbangkan pendapat dan idea. Teknik soal jawab Teknik ini dilaksanakan dengan cara murid menyoal dan menjawab soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran. Teknik simulasi Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing. 29
  • 38. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Teknik drama Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, eklektik dan audiolingual. Teknik perbincangan Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Teknik forum Teknik ini merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas. 6. Kepelbagaian Sumber dan Bahan Penggunaan pusat sumber dan komputer amatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta untuk bacaan ekstensif. STRUKTUR MODUL Modul Standard Kurikulum Bahasa Malaysia menekankan beberapa aspek dalam pengajaran yang merangkumi fokus pengajaran, objektif, aktiviti, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Isi kandungan modul boleh diubah suai mengikut kreativiti guru dan kebolehan murid. Semua aspek ini dijelmakan seperti berikut; Tema Tajuk Fokus Pengajaran Objektif Pengisian Kurikulum Sistem Bahasa Bahan Bantu Belajar 30
  • 39. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Strategi pengajaran dan pembelajaran memuatkan aktiviti yang menjurus kepada pencapaian objektif. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini juga memuatkan aspek penilaian, pengayaan dan pemulihan serta latihan yang berkaitan. Semua maklumat tentang strategi ini dipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum dan catatan. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran untuk menentukan sama ada sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui penilaian yang berterusan guru dapat memastikan bentuk tindakan susulan yang boleh dilaksanakan ke atas seseorang murid, sama ada untuk memberi latihan pemulihan atau pengayaan. Aspek pemulihan pula disediakan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran agar dapat memahami pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan penggunaan bahan yang berbeza dan sesuai dengan kebolehan mereka. Bahan yang dicadangkan untuk aktiviti ini adalah seperti kad, carta, bahan maujud atau alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Latihan yang diberi perlu mengikut kemampuan dan kadar masa yang sesuai untuk murid menguasai sesuatu kemahiran. Aspek pengayaan perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR mengikut kecerdasan murid yang berbeza daripada segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang membuat latihan pengayaan ialah murid yang dikesan telah menguasai kemahiran yang diajar melalui pentaksiran yang diberi. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang lebih mencabar minda bagi kemahiran tertentu yang dipelajari oleh mereka. Bahan-bahan yang disediakan perlu lebih merangsang minda dan dilaksanakan secara kendiri atau dengan bimbingan guru yang paling minimum. Bahan yang sesuai seperti bahan bacaan tambahan atau kad permainan bahasa dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan murid berkaitan kemahiran yang diajar. Aktiviti pengayaan dan pemulihan hendaklah dijalankan secara serentak. Guru perlu memberi penerangan bagaimana cara melakukan aktiviti pengayaan kepada murid dan memberikan ruang kepada mereka membuat latihan secara kendiri. Pada masa yang sama, guru perlu memberi tumpuan untuk membimbing murid yang lemah dalam menjalankan aktiviti pemulihan. 31
  • 40.
  • 41.
  • 42.
  • 43. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 1.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul dan mengungkapkan secara bertatasusila. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Murid patut mengetahui dan boleh: i. mendengar, memahami, menyebut pelbagai frasa dalam ayat dengan betul dan tepat; ii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan ayat perintah jenis permintaan dan ayat perintah jenis suruhan dengan betul; iii. mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul dalam soal jawab; iv. mendengar, memahami dan memberikan respons untuk menyampaikan pesanan dengan betul; v. berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan frasa, kata panggilan, kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk dengan betul dalam pelbagai situasi secara bertatasusila; vi. bertutur dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara menggunakan 35
  • 44. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 perkataan dan ayat yang sesuai dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila; vii. bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; viii. berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat yang tersurat dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila;dan ix. berbincang dan mengemukakan pandangan serta pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan betul secara bertatasusila. 36
  • 45. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 1.2 STRATEGIPEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran mendengar dan bertutur yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini di Bahagian 4 . 37
  • 46. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 2.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca. Standard Kandungan Kemahiran Membaca Murid patut mengetahui dan boleh: i. membaca dengan sebutan yang betul. ii. membaca dan memahami, perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. iii. membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. iv. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. v. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. vi. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai untuk memupuk minat membaca. 38
  • 47. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini di Bahagian 4. 39
  • 48. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 3.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS Standard Kandungan Kemahiran Menulis menentukan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginasi untuk menghasilkan penulisan. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis. Standard Kandungan Kemahiran Menulis Objektif Kemahiran Menulis Murid patut mengetahui dan boleh: i. menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas; ii. menulis rangkai kata dan frasa secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai yang betul; iii. membina dan menulis jawapan pemahaman secara terkawal berdasarkan soalan yang bertumpu dengan betul; iv. membina dan menulis ayat berdasarkan bahan grafik dalam satu perenggan dengan betul; v. menulis imlak perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi imbuhan awalan dan imbuhan akhiran dengan betul dan tepat; vi. mencatat maklumat yang betul mengikut susunan dan membuat carta alir secara berpandu daripada pelbagai sumber; vii. menulis dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan serta menegaskan kesantunan berbahasa semasa menyampaikan maklumat; 40
  • 49. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 viii. menulis pengumuman yang jelas dengan bahasa yang santun semasa menyampaikan maklumat; ix. menghasilkan penulisan pelbagai genre kreatif secara berpandu; x. menghasilkan penulisan pelbagai genre kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif secara terkawal dengan berpandu; dan xi. mengedit dan memurnikan hasil penulisan berbentuk naratif daripada aspek penggunaan kata, imbuhan, kata majmuk dan tanda baca dengan betul. 41
  • 50. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 3.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menulis, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran menulis yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini di Bahagian 4. 42
  • 51. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 4.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketerampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan. Standard Kandungan Seni Bahasa Murid patut mengetahui dan boleh: i. menyebut , memahami dan menyatakan mesej daripada lirik lagu dalam nyanyian secara didik hibur; ii. menyebut dan memahami diksi serta lirik lagu dalam nyanyian secara didik hibur; iii. mengujarkan ayat tentang sesuatu perkara dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan mimik muka yang sesuai untuk menyatakan mesej melalui penceritaan secara didik hibur; iv. mengujarkan dialog tentang sesuatu perkara dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas untuk menyatakan mesej serta menggunakan bahasa badan yang sesuai untuk mengenali watak melalui lakonan secara didik hibur;dan v. melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. 43
  • 52. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 4.2 STRATEGIPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai dan menarik sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran seni bahasa yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini di Bahagian 4. 44
  • 53. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 5.1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA Standard Kandungan Aspek Tatabahasa yang digubal bertujuan menentukan keupayaan murid menguasai asas berbahasa dengan nahu yang betul. Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis. Aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata, pembentukan kata dan pembinaan ayat. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa ini harus diajar secara berfokus dan terancang. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Aspek Tatabahasa yang disediakan. Standard Kandungan Aspek Tatabahasa Murid patut mengetahui dan boleh: i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup merujuk bukan manusia, kata nama khas hidup bukan manusia dan kata ganti nama diri merujuk kepada gelaran dan panggilan mengikut konteks; ii. memahami dan menggunakan kata kerja terbitan dan kata adjektif ukuran dan bentuk dengan betul mengikut konteks; iii. memahami dan menggunakan kata hubung gabungan dengan betul mengikut konteks; iv. memahami dan menggunakan kata sendi nama menunjukkan tempat, arah dan masa dengan betul mengikut konteks; v. memahami dan menggunakan imbuhan awalan meN- dan imbuhan apitan dengan betul mengikut konteks; vi. memahami dan menggunakan kata ganda penuh dalam pelbagai situasi dengan betul mengikut konteks; vii. memahami dan membina ayat tunggal dengan menggunakan pelbagai pola ayat dalam sesuatu situasi;dan viii. memahami dan membina ayat dengan kata tanya dan tanpa kata tanya menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks. 45
  • 54. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 5.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi aspek tatabahasa, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini di Bahagian 4. 46
  • 55.
  • 56.
  • 57. Buku Pandua PEMETAAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHU MINGG U TEMA / HARI 1 HARI 2 HARI 3 HARI 4 TAJUK FOKUS UTAMA FOKUS UTAMA FOKUS UTAMA FOKUS UTA Tema: STANDARD STANDARD STAND ARD STAND AR EKONOMI PEMBELAJAR AN PEMBELAJAR AN PEMBELAJAR AN PEMBELAJA Tajuk: 1.4.1 Bertutur tentang 2.2.3 Membaca dan 3.3.3 Membina dan 4.1.2 Menyataka sesuatu perkara memahami ayat menulis jawapan perasaan - Gerai Buah- daripada sesuatu dalam petikan pemahaman berdasark buahan sumber dengan daripada sesuatu berdasarkan melodi da menggunakan bahan bacaan soalan bertumpu lagu yang - Kolam ayat tunggal dan dengan sebutan dan bercapah dinyanyika 1 Memancing ayat majmuk yang yang betul. dengan betul. betul dalam 1Malaysia sesuatu situasi - Perusahaan secara bertatasusila. Kerepek Pisang - Pekebun Jaya - Pasar Raya 49
  • 58. Buku Pandua PEMETAAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TA MINGGU 2 TEMA / TAJUK Tema: KESELAMATAN Tajuk: - Taman Permainan -Kecil Menjadi Kawan Besar Menjadi Lawan -Keselamatan Di Sekolah - Keselamatan Diri -Keselamatan Jalan Raya HARI 1 HARI 2 HARI 3 HARI FOKUS UTAMA FOKUS UTAMA FOKUS UTAMA FOKUS U STAND ARD STANDARD STAND ARD STAND A PEMBELAJAR AN PEMBELAJAR AN PEMBELAJAR AN PEMBELAJ 1.2.6 Mendengar, 2.2.1 Membaca dan 3.3.3 Membina dan 4.1.1 Menyebu memahami dan memahami menulis jawapan menyata menyebutayat perkataan pemaham an daripada yang pelbagai berimbuhan berdasarkan dalam n jenis dengan betul apitan dalam soalan yang yang dan tepat. ayat daripada bertumpu dan dipersem sesuatu bahan bercapah dengan bacaan dengan betul. sebutan yang betul. 50
  • 59. Buku Pandua PEMETAAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TA MINGGU TEMA / HARI 1 TAJUK Tema: FOKUS UTAM AALAM SEKITAR dan TEKNOLOGI STAND ARD HIJAU PEMBELAJAR AN 1.7.1 Berbincang dan Tajuk: mengem ukakan -Tenaga Bahan pandangan Api tentang sesuatu -Hasil dari Bumi perkara berdasarkan 3 bahan grafik -Pencemaran menggunakan Air ayat yang gramatis secara - Flora dan bertatasusila. Fauna -Akibat Pencemaran HARI 2 HARI 3 HA FOKUS UTAMA FOKUS UTAMA FOKUS STANDARD STANDARD STAN PEMBELAJAR AN PEMBELAJAR AN PEMBEL 2.2.3 Membaca dan 3.6.2 Menulis untuk 4.3.1 Meng memahami ayat menyampaikan dialo dalam petikan maklumatyang Meng daripada sesuatu jelas berbentuk diksi bahan bacaan suratdengan serta dengan sebutan menegaskan aksi yang betul. kesantunan dala bahasa yang betul. 51
  • 60.
  • 61.
  • 62.
  • 63.
  • 64.
  • 65. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 TEMA EKONOMI Gerai Buah-buahanTAJUK 1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada sesuatu STANDARD sumber dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat PEMBELAJARAN majmuk yang gramatis dalam sesuatu situasi tidak formal secara bertatasusila. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. bertutur tentang situasi di gerai buah-buahan menggunakan OBJEKTIF ayat tunggal dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. ii. bertutur tentang situasi di gerai buah-buahan menggunakan ayat majmuk dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. i. Ilmu: Matematik, Pendidikan Moral PENGISIAN ii. Nilai: Bersopan santun, kerajinan iii. EMK: Keusahawanan – EK1 dan EK3, TMK KURIKULUM iv. CK: Perbelanjaan, Wang/ Pendapatan/ Kerjaya 1.3 Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya, pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan. i. Tatabahasa: Morfologi (Kata tanya)SISTEM BAHASA ii. Penjodoh Bilangan (biji, sisir) BAHAN BANTU slaid tayangan, lembaran kerja, buah-buahan (benda maujud) BELAJAR PENILAIAN Murid melakonkan urusan jual beli di gerai seperti situasi yang P&P sebenar secara kumpulan. REFLEKSI 57
  • 66. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN CATATAN KURIKULUM Bertutur 1. Beberapa orang murid diminta Ilmu: TKP: melakonkan gaya beberapa Sains (mengenal Verbal Linguistik pekerjaan berdasarkan kad arahan. buah-buahan) BBB: Contoh: doktor yang sedang Nilai: Buah-buahan memeriksa pesakit, penoreh getah Kerajinan (benda maujud) 2. Murid meneka jenis pekerjaan yang Penjodoh bilangan: dilakonkan oleh kawan mereka. biji, sisir 3. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. CK1-1.3i. Apakah pekerjaan yang Teknik penyoalan dilakonkan oleh kawan kamu? Mengenal pasti Kemahiran ii. Di manakah tempat pekerja ini bagaimana pilihan menaakul kerjaya, pendidikan, bekerja ini ? kemahiran dan -membuat iii. Antara dua jenis pekerjaan ini, keadaan ekonomi penilaian mempengaruhi -Banding beza pekerjaan yang manakah yang pendapatan memerlukan lebih tenaga dan mengapa ? Mendengar dan Bertutur Ilmu: Lampiran 1 1. Guru memaparkan Slaid perbualan Elemen Didik HiburMatematik (Lampiran 1)di Skrin komputer. EMK: 2. Beberapa orang murid diminta Sistem bahasa TMK – belajar Tatabahasa:ayat berlakon berdasarkan bantuan slaid menggunakan TMK tanya, ayat (Lampiran 1)dari komputer CK1 majmuk, ayat 3. Murid dibimbing oleh guru berlakon tunggal Mengenal pasti berdasarkan slaid (Lampiran 1). bagaimana pilihan Simpulan bahasa kerjaya, pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan 58
  • 67. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 AKTIVITI PENGISIAN CATATAN KURIKULUM 4. Murid digalakan bertutur menggunakan ayat tunggal dan Nilai:Berani KBT ayat majmuk yang gramatis TKP: dengan cara tersendiri secara Verbal Linguistik bertatasusila. 5. Guru bersoal jawab dengan murid Elemen Keusahawanan berdasarkan lakonan dialog kawan mereka. i. Pada pendapat kamu,antara pekerjaan bapa Swee Lan dan penjual buah, pendapatan Nilai: siapakah yang tetap dan Bekerjasama banyak? EMK: Keusahawanan KBT: ii. Berdasarkan teks,mengapakah EK1: peka pada Kemahiran berfikir penjual mengatakan pekerjaan peluang perniagaan ayah Swee Lan lebih baik? KemahiranEK3: mengamalkan iii. Walaupun tidak berpelajaran pengetahuan dan menaakul tinggi, bagaimana penjual buah kemahiran pengurusan itu dapat menyara perniagaan keluarganya? 6. Guru mengaitkan pelajaran CK1: 1.3dengan meminta murid mengenal pasti pelbagai pekerjaan yang Mengenal pasti terdapat dalam masyarakat dan bagaimana pilihan pendapat yang berkaitan. kerjaya, pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan. Penilaian Nilai : Bekerjasama TKP: 1. Murid dibahagikan kepada Verbal Linguistik beberapa kumpulan. sopan santun Elemen Didik Hibur 2. Dalam kumpulan murid diberi kad arahan. CK 1: Lampiran 2 Kad Arahan 3. Murid setiap kumpulan Mengenal pasti melakonkan situasi seperti kad bagaimana pilihan arahan. kerjaya, pendidikan, Contoh: kemahiran dan Situasi 1 keadaan ekonomi mempengaruhiKamu diminta melakonkan situasi menjual air kelapa kepada pendapatan. pelanggan sewaktu hujan turun lebat. 59
  • 68. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 4. Murid melakonkan urusan jual beli di gerai air kelapa berdasarkan situasi menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dalam kumpulan secara bertatasusila. Pemulihan Lembaran Kerja 1 1. Murid diedarkan Lembaran Tatabahasa:Ayat Kerja 2. EMK: Keusahawanan majmuk, ayat tunggal 2. Murid melengkapkan ayat dengan Lembaran Kerja 1 kata hubung yang sesuai agar menjadi ayat majmuk. 3. Murid dibimbing bertutur berdasarkan gambar . Pengayaan Lembaran kerja 2 1. Murid diedarkan Lembaran EMK: Keusahawanan KBT: Kerja 2. Kemahiran berfikir 2. Secara berpasangan, murid berbual berdasarkan gambar yang diberi secara bertatasusila. 60
  • 69. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lampiran 1 Dengan berpandukan petikan ini, tuturkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul. Ah Seng: Tembikai ! tembikai ! ______ ! _______ ! Manis-manis ! Swee Lan: Wah, sedapnya buah _________________ ini! Ah Seng: Betul tu. Mari-mari ! Buah – buahan di gerai saya_______ dan ______ Swee Lan: Pak Cik, berikan saya buah _____________ sebiji. Berapa harganya ? Ah Seng : Buah _________________ini isinya merah. Tembikai ini berbiji. Harganya Rm1.00 sekilo dan harganya hanya RM6.50 Swee Lan: Pak Cik, boleh kurangkan harganya sedikit? RM6.00 cukuplah. Ah Seng : Baiklah, pak cik kira RM6.00. Sebenarnya, pak cik tidak mendapat banyak untungpun. Harga baja dan upah pekerja lagi. Musim hujan ini, banyak pokok tembikai pak cik rosak dan musnah. Swee Lan: Kalau begitu pendapat pak cik pasti sedikit ya? Ah Seng: Ya. Pendapat kami tidak tetap. Bukan seperti bapa kamu yang menjadi doktor. Gajinya lumayan. Jadi kamu kena rajin belajar, ikut jejak bapa kamu. Jangan jadi macam pak cik yang belajar hanya sampai darjah 6 sahaja, inilah pekerjaan pak cik sekarang. Setiap hari bermandi peluh mencari rezeki. Itu pun nasib baik pak cik ada tanah sekangkang kera untuk menanam buah-buahan. Bolehlah menyara hidup keluarga pak cik. Swee Lan: Baiklah pak cik, ______________ atas nasihat pak cik. Ah Seng: ______________ 61
  • 70. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lampiran 2 Contoh Kad Arahan Kamu diminta melakonkan situasi berurus niaga menjual air kelapa kepada pelanggan sewaktu hujan turun lebat. RM3.00 RM1.50 62
  • 71. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lembaran Kerja 1 Pemulihan Berdasarkan gambar dan ayat tunggal yang diberi, bina ayat majmuk secara lisan. 1. a) Saya suka makan buah limau. b) Saya suka makan buah epal. __________________________________ 2. a) Buah epal merah itu manis. b) Buah epal hijau itu masam. __________________________________ 3. a) Kita mesti makan buah-buahan. b) Badan kita sihat. __________________________________ 63
  • 72. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lembaran Kerja 2 Pengayaan Apa kerja yang dilakukan oleh penoreh getah? Bagaimanakah penoreh getah mendapat wang untuk menyara hidup? Andainya anda seorang guru, nyatakan apakah kerja –kerja seorang guru ? Adakah anda bercita-cita menjadi guru? Mengapa ? 64
  • 73. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 TEMA EKONOMI TAJUK Kolam Memancing 1 Malaysia STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF 2.2.3 Membaca dan memahami ayat dalam petikan yang mengandungi imbuhan apitan daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. membaca ayat yang mengandungi imbuhan apitan dengan sebutan yang jelas dan betul. ii. memahami ayat dengan menyusun semula mengikut urutan yang betul. i. Ilmu : Sains , Matematik, Pendidikan Moral PENGISIAN ii. Nilai : Menghargai masa iii. EMK: Keusahawanan – EK1KURIKULUM iv. CK : 2.2 Menilai maklumat kewangan yang didapati daripada pelbagai sumber. SISTEM BAHASA BAHAN BANTU BELAJAR PENILAIAN P&P Sebutan dan intonasi Kosa kata : diskaun Petikan, kad gambar dan lampiran aktiviti. 1. Murid membaca ayat-ayat yang mengandungi imbuhan apitan dengan sebutan yang betul dan menyusun cerita mengikut urutan yang betul. REFLEKSI 65
  • 74. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 AKTIVITI Mendengar dan Bertutur 1. Murid ditunjukkan beberapa keping gambar ikan. 2. Murid menyebut jenis ikan yang diketahui. 3. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Contoh Soalan: i . Adakah kamu pernah memancing ikan? ii. Di manakah kamu boleh memancing ikan? iii. Apakah khasiat yang diperoleh daripada ikan? Membaca 1. Guru memaparkan iklan. 2. Murid merujuki kamus untuk mencari maksud perkataan-perkataan sukar yang terdapat dalam petikan. 3. Murid dibimbing oleh guru untuk membaca ayat dan mencari apitan dalam iklan. 4. Seorang murid membaca petikan dan murid lain diminta mendengar dengan teliti. 5. Murid membaca ayat dalam iklan secara individu dan dinilai oleh rakan sebaya. 6. Murid memahami kadar penjimatan sekiranya memancing selama 4 jam. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu: Sains (pelbagai jenis ikan) Ilmu :Matematik Nilai : Keyakinan EMK: TMK Belajar melalui komputer CK: 2.2 Menilai maklumat kewangan yang didapati daripada pelbagai sumber. CATATAN TKP: Verbal linguistik Lampiran 1a : Gambar ikan Lampiran 1b : Gambar memancing Sistem Bahasa: Sebutan dan intonasi Lampiran 2: Petikan BCB: Merujuk, mencatat Contoh perkataan sukar : ekar (ukuran untuk keluasan sesuatu kawasan ) Lampiran 3 : Borang pengurusan grafik 66
  • 75. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 AKTIVITI Penilaian 1. Murid diedarkan Lembaran Kerja. 2. Murid membaca ayat-ayat dengan sebutan yang betul. 3. Murid diminta menyusun cerita mengikut urutan dan membaca semula cerita dengan sebutan yang betul. Pemulihan 1. Murid diedarkan Lembaran Kerja 2. 2. Murid menyusun perkataan menjadi ayat yang betul. 3. Murid membaca ayat dengan sebutan yang betul. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu: Sains Nilai: Berdikari CATATAN Lembaran Kerja 1 Sebutan dan intonasi KB: Mengecam Lembaran Kerja 2 Sebutan dan intonasi Pengayaan 1. Murid diedarkan Lembaran Kerja 3. 2. Murid menyusun cerita. 3. Murid membaca dan menyalin ayat semula dalam bentuk perenggan. Nilai : Bekerjasama KB : Menjana idea Lembaran Kerja 3 Sebutan dan intonasi 67
  • 76. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lampiran 1a Ikan 68
  • 77. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lampiran 1b 69
  • 78. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lampiran 2 Iklan Kolam Memancing 1 Malaysia Jalan Tasik, Ampang, Selangor. Kolam Memancing 1 Malaysia mempunyai empat buah kolam seluas lapan ekar. Kolam memancing ikan ini dibuka 24 jam sehari. Jangka masa minimum untuk setiap kali masuk memancing ialah tiga jam. Bayaran yang dikenakan ialah RM12.00 sejam. Diskaun 10% akan diberikan kepada setiap pengunjung yang memancing ikan selama 4 jam. Terdapat lebih daripada 10 jenis ikan di kolam tersebut. Antaranya ialah ikan siakap, ikan keli, ikan patin dan sebagainya. 1Malaysia Pancing Sdn. Bhd. Lot 1773, Jalan Tasik, 68000 Ampang, Selangor. 70
  • 79. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lembaran Kerja 1 Penilaian Baca dan susun cerita mengikut urutan yang betul. Dia pergi dengan menunggang basikal. Dia menunggang basikal dengan berhati-hati. Vasanthi hendak memancing ikan di sungai. Dia memasukkan umpan, mata kail dan joran ke dalam begnya. Apabila sampai, dia mencari tempat yang sesuai untuk memancing ikan. Setelah itu, dia mula memancing ikan. Vasanthi berasa gembira kerana mendapat ikan. Ikan itu boleh dijadikan hidangan untuk makan malam. Selepas beberapa minit, tali jorannya tegang. Vasanthi menyentap jorannya. Dia mendapat seekor ikan keli. 71
  • 80. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lembaran Kerja 2 Pemulihan Baca perkataan yang diberi dan susun perkataan tersebut menjadi ayat yang betul. 1. memancing suka ikanSelvi ________________________________________________________________ 2. memancing di ikan Mamat sungai _________________________________________________________________ 3. menggoreng Ibu ikan di dapur ________________________________________________________________ 4. sebatang membawa joran ke sungai Ah Chong _________________________________________________________________ 72
  • 81. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lembaran Kerja 3 Pengayaan Baca dan fahami ayat di bawah. Kemudian susun mengikut urutan. Kemudian, dia akan pergi ke gerai ikannya di pasar. Ah Seng seorang peniaga yang amat tekun. Ramai pelanggan suka membeli ikan di gerai Ah Seng. Dia mendapat banyak keuntungan. Pada pukul 5.00 pagi, Ah Seng bangun daripada tidur. Pada pukul 6.00 petang, dia balik ke rumah untuk makan malam bersama keluarganya. Dia menjual ikan kembung, ikan tenggiri, ikan kerapu dan sebagainya. Ah Seng menjual ikan-ikan yang segar dengan harga yang berpatutan. 73
  • 82. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Salin ayat di atas semula mengikut urutan cerita. Kemudian, baca cerita tersebut. 74
  • 83. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lampiran 3 Borang Pengurusan Grafik 1 jam memancing ikan ialah RM12 Jangka masa 4 jam memancing minimum untuk ikan diberikan memancing ikan ialah diskaun sebanyak ______________ . _____________ . 75
  • 84. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 ‘= TEMA TAJUK STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PENGISIAN KURIKULUM SISTEM BAHASA BAHAN BANTU BELAJAR PENILAIAN P&P EKONOMI Perusahaan Kerepek Pisang 3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. membina dan menulis tiga jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dengan betul. ii. membina dan menulis dua jawapan pemahaman berdasarkan soalan bercapah dengan betul. i. Ilmu : Kajian Tempatan (Ekonomi) ii. Nilai : Bekerjasama, bertanggungjawab, gigih berusaha dan mencintai alam sekitar. iii. EMK: Keusahawanan – EK 1 Sikap Keusahawanan iv. CK : 1.2 Mengenal pasti sumber pendapatan dan sumber alternatif. i. Tatabahasa: kata adjektif, sinonim ii. Kosa kata umum : garing, tradisional,berkat,menghiris memasarkan,mengupas,berkembang Lampiran, lembaran kerja dan benda maujud 1. Murid menjawab soalan pemahaman perusahaan kerepek pisang REFLEKSI 76
  • 85. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Mendengar dan Bertutur 1. Guru menunjukkan Ilmu: Ekonomi Nilai : Menghargai EMK : Keusahawanan EK4 : Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta vokasional. Kontekstual- sebungkus kerepek pisang hubung kait kepada murid. Jenis kerepek: 2. Guru bersoal jawab dengan - Kerepek ubi murid. - kerepek pisang - Adakah harga kerepek ini - Kerepek kentang mahal? Kenapa? - Kerepek keledek - Di manakah kita boleh - Kerepek keladi membeli makanan ini? - kerepek sukun - Makanan ini dibuat daripada - Kerepek bawang apa? - Apakah nama makanan ini? - Pada pendapat kamu, berapakah harga bagi sebungkus kerepek pisang? Menulis 1. Murid membaca petikan yang diedarkan. 2. Murid menjawab soalan- soalan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu yang diberikan secara bertulis. 3. Guru mengaitkan sumber- sumber alternatif pendapatan keluarga atau jiran. Ilmu: Ekonomi Nilai: gigih berusaha EMK: Keusahawanan EK5: Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan. CK 1 : Menyatakan pelbagai sumber pendapatan serta sumber- sumber alternatif (daripada keluarga, jiran,rakan sekerja atau hadiah). BCB - bacaan mekanis Lembaran Kerja 1a 77
  • 86. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 AKTIVITI Menulis 1. Murid diedarkan Lembaran Kerja 1b yang mengandungi soalan bertumpu dan bercapah sebagai persediaan memahami teks yang dibaca. 2. Murid menjawab soalan pemahaman tersebut dengan bimbingan guru. 3. Melalui penerangan guru, murid mengetahui bahawa produk boleh dihasilkan berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi vokasional melalui petikan yang dibaca. PENGISIAN KURIKULUM EMK : Keusahawanan EK 5 Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan. CATATAN KB – menjana idea Lembaran Kerja 1b Penilaian 1. Murid membaca petikan “Perusahaan Kerepek Pisang”. 2. Murid diminta membina dan menulis jawapan bertumpu dan bercapah berdasarkan jawapan yang diberikan. Ilmu: Ekonomi Nilai: Tekun Kecerdasan Pelbagai Lembaran Kerja 2 Sistem bahasa : Kosa kata Pemulihan 1. Murid membaca ayat-ayat EMK: Keusahawanan – Lembaran Kerja 3 yang diberi. peka pada peluang BCB - membaca 2. Murid menjawab soalan perniagaan bertumpu dan bercapah dengan memilih jawapan yang diberikan. 78
  • 87. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Pengayaan 1. Murid mencari bahan Ilmu : Kajian Tempatan Lembaran Kerja 4 tentang “Perusahaan EMK :Kerepek Pisang” dalam laman web dan membaca. Keusahawanan EK4 2. Murid menjawab soalan Menghasilkan produk bertumpu dan bercapah berasaskan pengetahuan dan berdasarkan petikan yang kemahiran teknologi serta dibaca. vokasional. TMK: Menggunakan TMK untuk mencari maklumat. 79
  • 88. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lembaran Kerja 1a Baca petikan di bawah jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pak Cik Karim seorang pengusaha kerepek yang terkenal di negeri Selangor. Beliau mempunyai sebuah kilang memproses kerepek pisang yang besar di Banting. Kerepek pisang keluaran syarikat Pak Cik Karim sangat sedap dan rangup. Pak Cik Karim bercadang untuk memperbesar perniagaannya. Oleh itu, Pak Cik Karim telah menambah bilangan pekerja dan mesin memproses kerepek untuk meningkatkan keluaran syarikatnya. Pak Cik Karim juga sentiasa memastikan pembungkusan kerepek pisang keluarannya menarik dan berkualiti. Kegigihan Pak Cik Karim sebagai pengusaha kerepek pisang patut dicontohi. Setiap orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh akan berjaya. Begitu juga murid-murid sekolah perlu berusaha untuk berjaya. Sikap Pak Cik Karim yang rajin dan melakukan kerja dengan tekun menjadi ikutan kepada anaknya, Azman. Setiap hari, Azman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar cita-citanya untuk menjadi peniaga yang berjaya seperti bapanya akan tercapai. Bagi Azman, untuk mencapai sesuatu kejayaan perlulah memiliki ilmu. 1. Apakah jenis kerepek yang diusahakan? ________________________________________________________________ 2. Siapakah pengusaha kerepek itu? _________________________________________________________________ 3. Di manakah kilang kerepek tersebut? _________________________________________________________________ 80
  • 89. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lembaran Kerja 1b Jawab soalan pemahaman berikut. 1. Bagaimanakah Pak Cik Karim dapat meningkatkan hasil pengeluaran kerepek pisangnya? _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ 2. Apakah yang patut dicontohi oleh Azman daripada ayahnya? _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ 3. Siapakah yang bercita-cita ingin menjadi peniaga yang berjaya? _____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. Mengapakah Azman berusaha dengan bersungguh-sungguh? _____________________________________________________________ ______________________________________________________________ 81
  • 90. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lembaran Kerja 2 Penilaian Perusahaan Kerepek Pisang Pak Cik Azim merupakan seorang pengusaha kerepek pisang yang rajin. Dia mengusahakan perusahaan kerepek pisang secara kecil-kecilan untuk menyara keluarganya. Dia turut dibantu oleh keluarganya. Pak Cik Azim menjalankan perusahaan kerepek pisang di sebelah rumahnya. Dia memperoleh bekalan pisang daripada penanam pisang di kawasan persekitarannya. Setiap pagi, Pak Cik Azim bersama keluarganya akan mengupas kulit pisang itu dengan pisau yang tajam. Selepas itu, pisang- pisang itu akan dihiris nipis-nipis lalu digoreng sehingga garing. Kemudian kerepek pisang itu akan dibungkus untuk dipasarkan. Kerepek pisang Pak Cik Azim mendapat sambutan ramai kerana rasanya sedap. Kadang-kala Pak Cik Azim tidak dapat memenuhi segala permintaan pelanggannya kerana dia mengusahakan perusahaan itu secara tradisional. Walau bagaimanapun, dia tetap berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggannya. Berkat kegigihannya, Pak Cik Azim telah berjaya memajukan perusahaannya. Dia telah membeli beberapa buah mesin menghiris pisang dan alat menggoreng agar segala permintaan pelanggannya dapat dipenuhi. Pak Cik Azim juga telah menggaji beberapa orang pekerja untuk membantunya. Kini, perusahaan kerepek pisang Pak Cik Azim telah berkembang maju. Dia juga telah memasarkan kerepek pisang itu ke luar negara seperti Singapura dan Indonesia. Pak Cik Azim berasa bangga kerana segala usahanya selama ini membuahkan kejayaan. 82
  • 91. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Jawab soalan pemahaman berikut. 1. Siapakah pengusaha kerepek pisang itu? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 2. Bagaimanakah pisang itu dihiris? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 3. Di manakah Pak Azim memasarkan kerepek pisangnya? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 4. Pada pendapat kamu, apakah bahan-bahan yang digunakan untuk memproses kerepek pisang? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 5. Mengapakah Pak Azim memasarkan kerepek pisangnya ke luar negara? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 83
  • 92. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lembaran Kerja 3 Pemulihan Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan dengan memilih jawapan yang betul. Azman bercita-cita menjadi peniaga yang berjaya. Azman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk mencapai kejayaan. Azman anak Pak Cik Karim. 1. Siapakah nama anak Pak Cik Karim? __________________________________________________________________ 2. Apakah cita-cita Azman? __________________________________________________________________ 3. Mengapakah kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh? __________________________________________________________________ 4. Bagaimanakah Azman memastikan dia berjaya menjadi peniaga yang berjaya? __________________________________________________________________ 84
  • 93. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 Lampiran 4 Pengayaan Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan yang berikutnya. Pak Murad memang terkenal dalam kalangan penduduk Kampung Aman. Dia sudah tua tetapi masih kuat. Dia juga rajin dan murah hati. Pagi-pagi lagi Pak Murad pergi ke kebunnya untuk bekerja. Kebun seluas 10 ekar itu ditanami sawi, kubis, cili dan timun. Hasil tanamannya seperti cili merah telah dihantar ke kilang untuk diproses menjadi sos cili. Setelah itu, dia pergi ke dusun. Kebetulan, sekarang musim buah-buahan. Oleh itu, dia membina gerai di tepi jalan untuk menjual buah durian, manggis dan rambutan. Pelanggan suka datang ke gerainya kerana dia peramah dan harga buah- buahan yang dijualnya berpatutan. Hasil titik peluhnya, dia mampu pula membeli ladang kelapa sawit seluas 30 ekar. Dia mengupah pekerja untuk mengusahakan ladang. Berkat usaha gigihnya, dia telah dipilih sebagai peladang jaya daerahnya. Kini, dia hidup bahagia di sebuah banglo bersama keluarganya. Walaupun sibuk, dia sentiasa mengambil berat tentang pelajaran anak-anaknya. 1. Apakah pekerjaan Pak Murad? ___________________________________________________________ 2. Di manakah Pak Murad tinggal? ___________________________________________________________ 3. Apakah tujuan Pak Murad membeli ladang kelapa sawit? ___________________________________________________________ 4. Mengapakah Pak Murad bersikap ramah? ___________________________________________________________ 5. Pada pandangan kamu, bagaimanakah kita boleh berjaya dalam hidup? 85
  • 94. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahu n 4 TEMA TAJUK STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PENGISIAN KURIKULUM SISTEM BAHASA BAHAN BANTU BELAJAR PENILAIAN P&P REFLEKSI EKONOMI Pekebun Jaya 4.1.2 Menyatakan perasaan berdasarkan melodi dan lirik lagu dalam nyanyian yang dipersembahkan. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. menyatakan perasaan berdasarkan melodi lagu yang dinyanyikan. ii. menyatakan perasaan berdasarkan lirik lagu yang dinyanyikan. i. Ilmu: Pendidikan Muzik, Pendidikan Alam Sekitar ii. Nilai: Rajin, bertanggungjawab, berjimat cermat iii. EMK: Kreativiti, TMK – Belajar dengan komputer iv. CK: 1.2 Mengenal pasti sumber pendapatan dan sumber alternatif. Tatabahasa: Sebutan dan intonasi Kad gambar, lirik lagu, komputer 1. Murid menyatakan perasaan mereka berdasarkan melodi dan lirik lagu yang telah dinyanyikan kepada kawan-kawan. 86
  • 95. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI Bertutur PENGISIAN CATATAN KURIKULUM 1. Murid diminta mencantumkan keratan gambar asal yang telah dipotong pada papan hitam. 2. Murid meneka gambar yang ditunjukkan. 3. Murid diminta menyebut nama sayur tersebut. 4. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. i. Di manakah kamu dapat melihat sayur ini? ii. Pernahkah kamu pergi ke kebun sayur? iv. Di manakah petani menjual sayur-sayurnya? Membaca 1. Guru memaparkan lirik lagu pada skrin. 2. Murid menyanyikan lagu yang terdapat pada skrin dengan mengikut melodi yang betul. 3. Murid menyanyi bersama- sama guru dengan melakukan pergerakan. 4. Guru membimbing murid untuk menyatakan perasaan mereka berdasarkan melodi dan seni kata lagu yang dinyanyikan kepada kawan-kawan. 5. Guru mengaitkan kandungan seni kata lagu dengan menyatakan pertanian boleh memberikan sumber pendapatan keluarga. Ilmu: Pendidikan Alam Sekitar Nilai : Menghargai alam sekitar Ilmu : Pendidikan Muzik Nilai: Rajin, berjimat cermat EMK: TMK – belajar menggunakan komputer CK : 1.2 mengenal pasti sumber pendapatan dan sumber alternatif. TKP : Kinestetik Lampiran 1 BCB - bacaan luncuran Lampiran 2 Sistem bahasa : Sebutan dan intonasi KP: Kinestetik KB: Menganalisis 87