SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  27
SEM 2
       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                2012


1.0 Pendahuluan



        Pada dasarnya, bahasa adalah salah satu alat komunikasi yang sangat penting di dalam

kehidupan seharian. Menurut Asmah Haji Omar (1986), seseorang individu telah

menggunakan bahasa untuk bertutur melalui beberapa bahagian di dalam tubuh individu

tersebut. Contoh yang paling jelas, pertuturan boleh terhasil melibatkan penggunaan bibir,

lidah, lelangit dan pita suara.


        Fonologi diertikan sebagai ilmu kajian yang melibatkan bunyi bahasa. Dalam erti kata

lain, fonologi adalah kajian tentang bunyi-bunyi dalam sesebuah bahasa. Inotasi fonetik,

konsep dan istilah amat diperlukan dalam fonologi sebagai elemen tambahan.


        Menurut Merriam Webster‟s Collegaite Dictionary, fonologi juga dapat diertikan

sebagai sains bunyi sesebuah ucapan termasuklah sejarah dan teori perubahan bunyi dalam

satu atau lebih daripada satu jenis bahasa.


        Adrian Akmajianet pula telah memberi pengertian fonologi sebagai sub bidang

linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.

Istilah fonologi juga bertindak sebagai rumus yang mengawal bunyi yang disebarkan di

dalam pertuturan.


        Dialek pula bererti sesebuah bahasa yang sama dibunyikan atau dituturkan dalam

bunyi yang berbeza mengikut kawasan kependudukan. Elemen dalam sebutan, kosa kata dan

tatabahasa juga berbeza. Sesebuah bahasa yang dituturkan dengan seragam telah diubah

kerana telah dipengaruhi daripada pelbagai faktor seperti faktor geografi.




                                                                                          1
SEM 2
       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                2012


1.1 Pemilihan Dialek


       Kami telah bercadang untuk memilih dialek Terengganu bergantung kepada beberapa

faktor. Dialek Terengganu biasanya akan digunakan dalam seharian oleh masyarakat negeri

Terengganu yang menetap di dalam negeri itu sendiri mahupun di mana sahaja mereka

berada. Negeri Terengganu pula terletak di bahagian timur Semenanjung Malaysia.




       Dalam kajian ini, dialek Terengganu dipilih untuk dikaji adalah kerana dialek ini

mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Keunikannya terserlah melalui

istilah dan makna sesebuah perkataan yang diucapkan. Sebutan yang terhasil memberi

perbezaan berbanding dengan bahasa baku.




       Penggunaan dialek Terengganu ternyata semakin meluas berikutan faktor pendidikan

dan penghijrahan seseorang yang berasal dari negeri pantai timur itu. Ternyata dialek itu

disambut baik oleh seluruh masyarakat sebagai penghormatan atas keunikan bahasa yang

digunakan bagi perlambangan negeri itu sendiri.




       Dialek ini juga dapat disebarkan melalui media massa berikutan penggunaan dialek

Terengganu dalam sesetengah drama tempatan mahupun iklan-iklan di corong radio.

Masyarakat Malaysia rata-rata boleh memahami dialek yang dituturkan walaupun berbeza

daripada bahasa baku yang dipelajari di institusi pendidikan sebagai bahasa rasmi. Makna

yang berbeza dan pemahaman yang tidak setara adalah merupakan beberapa elemen yang

dititikberatkan dalam pemilihan dialek ini sebagai kajian kami.


                                                                                          2
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                            2012


1.2 Permasalah Kajian


Gaya penggunaan dialek Terengganu oleh penutur adalah tidak kurang bezanya dengan

dialek negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, ianya terdapat perbezaan dari segi sebutan.

Elemen utama dalam penggunaan dialek ini ialah penambahan huruf „g‟ bagi setiap perkataan

yang diakhiri dengan huruf „n‟.




Bahasa baku                                  Dialek Terengganu

Tangan                                       Tangang

Makan                                        Makang

Ikan                                         Ikang

Badan                                        Badang

Taman                                        Tamang

Hujan                                        Hujang

Kemaman                                      Kemamang




                                                                                       3
SEM 2
         BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                         2012

Di dalam dialek Terengganu juga, perkataan yang diakhiri dengan huruf „a‟ juga ditukar

kepada huruf „e‟.


Bahasa Baku                                 Dialek Terengganu

Mana                                        Mane

Siapa                                       Sape

Apa                                         Ape

Ada                                         Ade




Terdapat beberapa istilah perkataan yang lain juga telah dituturkan dengan bunyi yang

berbeza seperti:




Bahasa Baku                                 Dialek Terengganu

Pantai                                      Pata

Jumpa                                       Jupe

Sampai                                      Sapa

Pandai                                      Panda




                                                                                     4
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                2012

Perkataan yang di akhiri dengan huruf „s‟ juga dituturkan dengan pengakhiran huruf „h‟.


Bahasa Baku                                    Dialek Terengganu

Panas                                          Panah

Deras                                          Derah

Lepas                                          Pah

Bas                                            Bah




1.4 Objektif Kajian




Terdapat beberapa objektif yang terkandung dalam pengajian dialek ini, iaitu:


1. Menjelaskan penggunaan huruf lain di akhir perkataan yang sebenar.


2. Menjelaskan pembabitan organ yang penting dalam penghasilan bunyi dialek.


3. Mendedahkan makna yang sebenar di dalam bahasa Melayu baku.




1.5 Batasan Kajian


Sesetengah perkataan yang dituturkan dalam dialek ini telah disalah ertikan oleh masyarakat

luar tempatan.




                                                                                           5
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                              2012


2.0 Sorotan Kajian Lalu


Kajian mengenai dialek Terengganu ini telah lama dilakukan oleh pengkaji-pengkaji bahasa

pada masa yang lalu. Walau bagaimanapun, kajian yang lepas dapat dijadikan rujukan oleh

para pengkaji terkini yang akan muncul dengan sesuatu penemuan kajian yang baru dan lebih

baik.




Bahasa Melayu Terengganu merupakan bahasa lisan setempat yang telah dituturkan di negeri

Terengganu kecuali di Daerah Besut dan Pulau Perhentian. Hal ini terjadi adalah kerana

kebanyakan masyarakat di sana menggunakan dialek Kelantan. Selain itu, dialek ini juga

digunakankan di luar negeri Terengganu seperti di Kuantan, Pahang serta di Rompin, Johor.




Walaupun dialek ini kadangkala sukar difahami oleh penutur bahasa Melayu standard, namun

ia tidak jauh daripada maksud asal dan pengertiannya lebih kurang sama.


Terdapat beberapa kajian oleh pakar bahasa yang memberi pendedahan tentang dialek

Terengganu seperti Asmah Haji Omar dan Abdul Hamid Mahmood boleh dirujuk oleh

pengkaji kini.


i) Menurut pengkaji pertama iaitu Asmah Haji Omar:


Bahasa boleh dipecahkan kepada beberapa kelompok kawasan. Terdapat lima kelompok

bahasa yang telah diterangkan oleh beliau dan dialek Terengganu ternyata berada di dalam

kelompok Timur.




                                                                                            6
SEM 2
       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                2012

Di dalam kajian beliau, Asmah telah menggariskan dialek Kelantan, Terengganu, dan Pahang

sebagai satu kelompok pertuturan bahasa.




Dialek negeri ini lazimnya akan digunakan dalam pertuturan sesama masyarakat yang

menetap di Darul Iman itu mahupun anak jati negeri itu yang menetap di luar penempatan

tersebut.




Dialek ini telah turut dijadikan sebagai alat komunikasi dalam pergaulan harian

bagi mewujudkan sesebuah kemasyarakatan yang harmoni dan bermuafakat. Di samping itu,

dialek unik ini bukan sahaja diucapkan oleh masyarakat berbangsa Melayu, malah kaum Cina

dan India turut menuturkan dialek ini tanpa dipengaruhi dengan pelat bahasa ibunda mereka

sendiri.



Menurut beliau lagi, subdialek yang dituturkan di Kuala Terengganu telah diangkat sebagai

dialek Terengganu standard. Selain itu juga, beliau telah mengulas bahawa Kuala Terengganu

merupakan salah sebuah kawasan pusat budaya di mana kerja pentadbiran juga dilakukan

selain daripada urusan perniagaan. Hal yang demikian, subdialek yang dituturkan di Kuala

Terengganu juga sedikit sebanyak telah menjadi sumber rujukan bagi pencetusan dialek

negeri tersebut.



ii) Menurut pengkaji bahasa lain iaitu Abdul Hamid Mahmood pula:


Abdul Hamid Mahmood telah merujuk kepada Mario Pei yang telah menyatakan bahawa

dialek merupakan variasi daripada sesuatu bahasa tertentu yang digunakan dalam percakapan

                                                                                          7
SEM 2
       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                2012

seharian oleh sesebuah masyarakat di sesuatu kawasan. Dialek yang dituturkan oleh

masyarakat di sesebuah kawasan yang tertentu amat berbeza dengan bahasa melayu baku

yang dipelajari secara rasmi dalam pendidikan.



Dialek sesebuah negeri amat berlainan baik dari segi sebutan, tatabahasa, mahupun

penggunaan kata-kata yang tertentu. Walau bagaimanapun, dialek ini tidaklah membawa

kepada bahasa yang baru.



Dialek negeri Terengganu bukan sahaja digunakan dalam percakapan oleh penduduk negeri

Terengganu. Dialek ini juga turut digunakan oleh masyarakat yang menetap di sekitar

sempadan negeri Terengganu iaitu Kelantan dan Pahang.


Menurut pengkaji bahasa ini, dialek Terengganu mempunyai keunikan yang tersendiri dan

ternyata mempunyai perbezaan dengan bahasa Melayu baku yang digunakan baik dari segi

bunyi, tetapi juga dari segi morfologi.




3.0 Metodologi




Seperti yang telah diketahui, setiap bunyi atau fonologi sesuatu dialek bahasa Melayu dapat

dibezakan dari sudut makna, dan juga gaya penuturan perkataan pada setiap akhir kata.

Terdapat beberapa konsonan telah digantikan dalam sesuatu perkataan yang dituturkan

melalui dialek Terengganu ini.




                                                                                          8
SEM 2
         BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                              2012

Selain itu, berikut merupakan beberapa konsonan yang telah ditukar dalam penuturan dialek

Terengganu seperti konsonan „l‟, „t‟, dan „r‟ yang telah ditukar dalam sebutan dialek negeri

ini.



Bahasa baku                                    Dialek Terengganu

Hal                                            Ha

Kapal                                          Kapa

Buat                                           Buak

Pakat                                          Pakak

Gebar                                          Gebo

Hantar                                         Ato

Besar                                          Beso



Fonologi yang dipraktikkan dalam penuturan dialek ini telah ditunjukkan dalam carta di atas

berkenaan dengan beberapa konsonan yang berbeza.



3.1 Dialektologi Generatif


Menurut Zaharani (1993), dialektologi generatif adalah merupakan bidang teori nahu

transformasi generatif yang berfungsi dalam penghuraian dan perbandingan kelainan yang

wujud di antara beberapa dialek.




Di samping itu, aspek fonologi adalah sebuah aspek yang mengandungi paling banyak

perbezaan antara penuturan dialek sesebuah negeri dengan sesebuah negeri yang lain.

                                                                                          9
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                            2012

Menurut Newton (1972) pula, dialek-dialek yang digunakan oleh masyarakat di pelbagai

tempat mempunyai andaian yang sama memandangkan dialek yang dituturkan mereka

berasal daripada satu bahasa yang sama.




Perbezaan-perbezaan yang wujud dalam dialek bahasa Melayu ini telah terhasil daripada

pelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman ini. Justeru itu, dalam analisis teori

dialektologi generatif, bahasa sumber itu dianggap sebagai representasi dalaman, manakala

dialek-dialek turunannya dianggap sebagai representasi permukaan.


Kewujudan dialek dalam bahasa Melayu juga telah terjadi berdasarkan beberapa faktor

seperti:

           Penambahan rumus.

           Penghilangan rumus.

           Atur rumus.

           Simplikasi rumus.



3.2 Penambahan Rumus


Penambahan rumus merupakan sebuah bentuk perubahan bunyi yang melibatkan

pertambahan satu rumus. Selain itu, apabila terdapat banyak penambahan rumus        yang

banyak boleh menyebabkan dialek menjadi bahasa sukuan.



Hal ini akan terjadi apabila sudah wujud keadaan saling tidak memahami dialek pertuturan

yang digunakan antara satu sama.

lain.


                                                                                       10
SEM 2
       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                           2012

Perubahan bunyi yang berlaku adalah disebabkan oleh

proses fonologi yang terdiri daripada proses:



          Pengguguran

          Perubahan

          Penyisipan




                       Rumus penggeluncuran:

                       l   j / _____#




3.3 Penghilangan Rumus


Menurut King (1969), penghilangan rumus bermaksud rumus yang pada asalnya wujud

dalam bahasa sumber, tetapi tidak lagi dikekalkan dalam dialek keturunannya. Lazimnya

kaedah perbandingan sinkronis digunakan untuk menentukan rumus asal dalam bahasa

sumber.



Apabila sesuatu rumus itu dimanifestasikan dalam kebanyakan dialek turunan, maka rumus

itu dapat dianggap sebagai rumus asal yang wujud dalam bahasa sumber.




                                                                                     11
SEM 2
          BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                         2012




                         Rumus pengguguran:

                         r         Ǿ/ __#



3.4 Perbezaan Atur Rumus




Dalam teori fonologi generatif diandaikan bahawa rumus-rumus fonologi itu dilaksanakan

mengikut turutan. Satu rumus harus mendahului satu rumus yang lain. Atur rumus sangat

penting kerana aturan yang berbeza akan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza.

Perbezaan atur rumus boleh menghasilkan dialek yang berbeza berdasarkan konteks kajian

dialek.




                     Rumus pembundaran:

                     a       Ə / ___ #




3.5 Simplikasi Rumus


Simplikasi rumus merupakan rumus yang asalnya terbatas pada satu bunyi tertentu sahaja,

dan kemudiannya dipermudahkan dengan penglibatan beberapa bunyi lain.

Bunyi-bunyi „i‟ biasanya tergolong dalam satu kelas natural yang sama.


                                                                                      12
SEM 2
       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                  2012

Misalnya, rumus pengguguran /r/ y wujud dalam bahasa Melayu sumber hanya melibatkan

konsonan /r/ sahaja. Rumus ini beroperasi secara aktif dalam dialek negeri Johor.



Namun, dalam dialek negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, rumus

pengguguran ini telah dipermudahkan dengan menggugurkan semua bunyi likuida dan

penggeluncuran iaitu bunyi /l, r, j, w/.




                  Pengguguran konsonan sonoran bukan nasal:

               /,r,j,w          Ǿ/ __#




4.0 Hasil Kajian


Dialek Terengganu mengandungi maksud yang telah dinyatakan iaitu dialek yang

mempunyai ciri-ciri tertentu yang tersebar di kawasan Terengganu, dan ciri-ciri inilah yang

membezakan dialek ini dari dialek-dialek lain. Dalam kajian yang dijalankan ini, kami akan

membandingkan beberapa subdialek untuk menentukan kawasan penyebaran dialek

Terengganu itu.




Selain itu, dialek ini menentukan kawasan peralihan atau kawasan yang menerima pengaruh

dari luar. Subdialek-subdialek yang akan diperkatakan itu ialah yang dituturkan di Ulu




                                                                                            13
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                    2012

Telemong, Jerengau, Kuala Jengai, bandar baru Kuala Terengganu (khususnya Kampung

Manir), Ulu Nerus dan Ulu Dungun.




4.1 Sistem vokal


Ulu Telemong ialah kawasan yang terletak di pedalaman Terengganu. Ulu Telemong terletak

di antara daerah Kuala Terengganu dan Ulu Terengganu.


Kawasan ini juga dikatakan tidak banyak menerima pengaruh dari luar. Subdialek

Terengganu mempunyai enam fonem vokal, iaitu [ i ], [ ə ], [ e ], [ a ], [ u ], [ o ]. Dengan itu

[ a ] akhir kata dalam ejaan diucapkan sebagai [ ə ] dalam subdialek Ulu Telemong.




Bahasa Baku                                      Dialek Ulu Telemong

Baca                                             Bacə

Kuala                                            Kualə

Dia                                              Diə




                                                                                               14
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                            2012

Bagaimanapun, bunyi [ ə ] akhir kata dalam subdialek juga mempunyai kesejajaran dengan

diftong [ ai ] dalam bahasa Melayu standard . Sebagai contoh :




Bahasa Baku                                      Dialek Ulu Telemong


Semai                                            Semə


Misai                                            Misə


Tirai                                            Tirə




Vokal [ a ] dalam bahasa standard yang terdapat dalam suku kata akhir tertutup mempunyai

berbagai-bagai pengwujudan. Pertama vokal ini tetap sebagai [ a ] jika konsonan yang

mengikutnya itu hentian glotis atau nasalnya [ ŋ ].




Bahasa Baku                                      Dialek Ulu Telemong

rodat                                             ghudaq

kandaŋ kərbau                                     caq

tahan                                            tahaŋ

 ikan                                            ikaŋ




                                                                                       15
SEM 2
         BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                              2012

Di samping itu juga, sebelum [ h ], [ a ] dalam bahasa standard itu mempunyai kesejajaran

dengan [ o ] dalam subdialek negeri ini. Contohnya adalah seperti berikut:




Bahasa Baku                                     Dialek Ulu Telemong


mərah                                            mighoh


rumah                                           ghumoh




4.2 Diftong



Fonem [ a ] dalam subdialek Ulu Telemong dapat menduduki lingkungan akhir kata, tetapi

yang kesejajarannya adalah diftong atau [ ai ]. Vokal [ i ] akhir kata dalam bahasa standard

mempunyai kesejajaran dengan rangkap [ei ] yang diikuti oleh [ k ] dalam subdialek ini.

Contohnya:




Bahasa Baku                                     Dialek Ulu Telemong


ubi                                             ubeik



tinggi                                          tinggəik




                                                                                          16
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                   2012

Subdialek ini tidak mempunyai diftong. Dengan itu diftong-diftong dalam bahasa standard

bersejajaran dengan satu-satu vokal dalam subdialek tertentu. Dengan demikian [ ai ] ada

kalanya sejajar dengan [ ə ] atau dengan [ a ]. Diftong [ au ] dalam bahasa standard

mempunyai kesejajaran dalam [ o ] dalam subdialek ini. Contohnya seperti berikut:




Bahasa Standard                                    Ulu Telemong

pakai                                               paka


balai                                               bala


pisau                                               piso




Selain daripada itu, subdialek negeri ini mempunyai rangkap vokal seperti berikut [ ei ], [ aə],

[ iə ], [ iu ], [ ua ] dan [ ao ], seperti dalam contoh-contoh yang berikut:




Bahasa Baku                                        Dialek Ulu Telemong


duri                                                dugheiq


sən                                                 səng


dunia                                               duniə


liar                                                lio

liaŋ                                                liong



                                                                                              17
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                            2012

liur                                         liu

diam                                         diang


kuala                                        kualə


daun                                         daong




4.3 Konsonan Plosif




Semua konsonan plosif boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Lingkungan

akhir kata, sebelum kesenyapan hanya boleh ditempati oleh hentian glotis [ q ] sahaja.

Dengan demikian [ p ] dan [ t ] yang dalam bahasa standard menempati lingkungan tersebut

mempunyai kesejajaran dengan [ k ] dalam subdialek ini. Contoh-contoh adalah seperti

berikut:




Bahasa Baku                                  Dialek Ulu Telemong


darat                                         daghak


ikut                                          ikuk


gəlap                                         gəlak




                                                                                       18
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                               2012


4.4 Konsonan Nasal


Berkenaan dengan konsonan nasal pula, hanya [ ng ] yang dapat menempati kesemua

lingkungan yang diperkatakan. Konsonan-konsonan nasal lainnya hanya dapat menempati

lingkungan pravokal dan antara vokal. Dengan itu [ ng ] dalam bahasa standard yang terletak

dalam lingkungan akhir kata mempunyai kesejajaran dengan [ ng ] dalam subdielek ini.

Sebagai contoh adalah seperti berikut:




Bahasa Baku                                    Dialek Ulu Telemong


jalan                                          jalong


cawan                                          cawong


gunung                                         gunong


ənam                                           nong

dalam                                          daləng




4.5 Konsonan Frikatif


Konsonan frikatif [ s ] dan [ gh ] hanya terdapat dalam lingkungan pravokal dan antara vokal
sahaja, dan dengan demikian memperlihatkan ciri persamaan dengan dialek-dialek lain
seperti dialek Kedah, Kelantan dan Pahang. Konsonan [ h ] pula hanya terdapat dalam
lingkungan akhir kata sahaja.




                                                                                          19
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                            2012

Berhubung dengan itu, [ s ] akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan
[ h ] dalam subdialek Ulu Telemong. Perubahan [ s ] ke [ h ] itu boleh jadi mempengaruhi
nilai vokal sebelumnya. Khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ ə ]. Demikian juga,
vokal [ i ] berubah nilai bunyinya menjadi [ e ]. Contohnya seperti:




Bahasa Baku                                     Dialek Ulu Telemong


dəras                                            dəghəh


alih                                             aləh


tikus                                            tikuh




4.6 Pengguguran vokal


Konsonan [ r ] akhir kata digantikan dengan kesenyapan. Penguguran konsonan tersebut

boleh mempengaruhi nilai vokal yang mendahuluinya, khususnya vokal [ a ] yang berubah

menjadi [ o ]. Sebagai contoh:


Bahasa Baku                                     Dialek Ulu Telemong

tabir                                            tabi

fikir                                            piki

liar                                             lio

tidur                                            tido

liur                                             liu

təlur                                            təlu


                                                                                       20
SEM 2
        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                              2012

akar                                           ako




4.7 Konsonan Afrikat


Seperti dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalam

subdialek negeri ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonan-

konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan.




Bahasa Baku                                   Dialek Ulu Telemong


Cicak                                         Cicok


Jerat                                         Jeghak


Jaga                                          Jagə




4.8 Konsonan Lateral


Kadangkala, konsonan [ o ] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [ u ]

dalam subdialek ini. Sebagai contoh :




                                                                                         21
SEM 2
           BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                   2012


Bahasa Baku                                        Dialek Ulu Telemong


ekor                                               iku


təlur                                              tilu




Rangkap konsonan jenis lain juga terdapat dalam subdialek ini iaitu rangkap yang terdiri dari

konsonan plosif, frikatif [ s ] atau nasal yang diikuti oleh konsonan nasal [ l ], [ r ], misalnya [

ml ], [ gl ], [ sl ] atau juga gabungan-gabungan lain seperti [ sm ], [ jm ], [ tp ], [ jn ] dan

sebagainya. Contoh-contohnya:


Bahasa Baku                                        Dialek Ulu Telemong

tidur                                               mlinu

labah-labah                                         glabə

pəlaga                                              plagə

panjat                                              kghabək

tidur                                               dghəloh

səluar                                              sluwo

tərfikir                                            tpike

tərmakan                                            tmakang

mənikah                                             mnikoh




                                                                                                 22
SEM 2
          BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                          2012




Boleh dikatakan bahawa rangkap konsonan jenis kedua itu merupakan kelainan untuk urutan

KVK, di mana vokal digugurkan. Dengan demikian contoh-contoh di atas itu boleh juga

diwujudkan sebagai [ məlinu ], [ gəlabe ], [ təpike ] dan sebagainya, khususnya dalam

pertuturan yang kurang tepat.



Pemanjangan Konsonan



Dalam subdialek negeri ini juga terdapat gejala pemanjangan konsonan khususnya pada awal

kata. Apabila dibandingkan dengan bahasa standard dan dialek-dialek lain, didapati bahawa

pemanjangan konsonan itu adalah ciri pengganti bagi suku kata yang hilang. Suku kata yang

berkenaan yang letaknya di awal kata boleh merupakan morfem awalan, kata depan atau suku

kata yang tidak mempunyai apa-apa makna. Contohnya:



Bahasa Standard                              Ulu Telemong


məngingatkan                                  mengingək


di dalam                                      ddaləng


di sini                                       ssini


di kampung                                    kkapong




                                                                                       23
SEM 2
       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                             2012




5.0 Kesimpulan


Dari perbandingan di atas itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa ciri vokal depan luas yang

disengaukan itu adalah ciri gangguan yang masuk ke dalam subdialek Ulu Nerus dari dialek

Kelantan, baik berdasarkan resapan ataupun perpindahan. Dengan itu juga, boleh dikatakan

bahawa dalam subdialek Ulu Nerus pada asalnya terdapat urutan “ang” sama seperti

subdialek Kuala Terengganu dan bahawa ciri asli dialek Terengganu pada keseluruhannya

ialah “ang”.



Dibandingkan dengan subdialek yang dituturkan di Gong Terap yang terletak di daerah

Besut, maka didapati bahawa subdialek ini juga mempunyai ciri vokal depan luas yang

disengaukan pada akhir kata itu sebagai kesejajaran dengan “ang”. Dalam aspek-aspek

fonologi lainnya subdialek ini boleh dikatakan sama dengan subdialek Kuala Terengganu

kecuali dalam pengucapan [ a ] akhir kata, kerana dalam hal ini persamaannya ialah dengan

subdialek Ulu Telemong.



Dari perbandingan yang dilakukan ke atas bahasa Melayu yang dituturkan di berbagai-bagai

tempat di Terengganu, kita dapat membuat kesimpulan sendiri. Pertama, subdialek yang

dituturkan di bandar Kuala Terengganu dapat dianggap sebagai subdialek yang mewakili

dialek Terengganu Standard.



Kedua, Besut dan Ulu Nerus merupakan kawasan peralihan antara dialek Terengganu dan

dialek Kelantan.




                                                                                       24
SEM 2
         BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                2012

Ketiga, subdialek Ulu Telemong mewakili ciri-ciri yang boleh dikatakan banyak juga

menyimpang dari subdialek bandar Kuala Terengganu. Ciri-ciri penyimpangan itu

mencerminkan proses perubahan yang berlaku dalam masa yang silam.



Bahawa subdialek bandar Kuala Terengganu tidak mengalami proses itu adalah disebabkan

hubungannya yang terus menerus dengan dialek lain, khususnya dialek Johor, barangkali

melalui penutur-penutur golongan atasan, misalnya di kalangan istana. Dari sejarah, kita

ketahui bahawa antara istana Terengganu dan istana Johor terdapat hubungan yang erat.



Di samping itu juga Terengganu pernah menjadi sebahagian dari kerajaan besar Johor. Selain

dari itu ciri-ciri persambungan dialek juga boleh menyebabkan bertahannya ciri-ciri seperti e-

pepet dalam lingkungan akhir kata dan bertahannya a dalam –ang. Dalam hal ini kita lihat

bahawa Kuala Terengganu lebih dekat hubungannya dengan Pekan daripada dengan Kota

Bharu.



Keempat, kawasan-kawasan bandar (A), walaupun kecil , lebih banyak memperlihatkan

persamaan ciri-ciri pertuturannya dengan bandar Kuala Terengganu (B) dibandingkan antara

bandar Kuala Terengganu dengan kawasan pedalaman (C) walaupun jarak antara A dengan

C lebih dekat daripada A dengan B. Kelima, kesinambungan antara subkawasan-subkawasan

dialek itu jelas dari ciri-ciri pertuturannya, dan dengan itu tidak ada pemisahan yang

mendadak.




                                                                                            25
SEM 2
      BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                               2012


Bibliografi




1. Asmah Haji Omar, 2008.“Susur Galur Bahasa Melayu”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

  dan Pustaka.



2. Zaharani Ahmad,2006. “Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: Analisis

  Tatatingkat Kekangan.Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan

  Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



3. Asmah Haji Omar,1977. “Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu”.Kuala Lumpur:

  Dewan Bahasa dan Pustaka.



4. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik dan

  FonologiBahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd.




                                                                                         26
SEM 2
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU   2012




                                                      27

Contenu connexe

Tendances

Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Mok Ming yan
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayuladymama
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaKota Bharu
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturSYIZIDAM BNK
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfMaizatul Mansor
 

Tendances (20)

Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayu
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 

Similaire à Kajian dialek TRENGGANU

Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahMpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahfnurizdian
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012johari7755
 
Kepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaKepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaPAKLONG CIKGU
 
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologiAzman hj amin   tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologiNorafsah Awang Kati
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuMohd Rasdi
 
Dialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanDialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanShila Melisha
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Laila Mohd Sarjan
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Oh Jenny
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasacikgushamsuddin
 
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Mohd Nuruzzaman
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Roziah Geera
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuSiew Hong Ting
 
Perbezaan diantara 2 Bahasa dari aspek Fonologi dan Leksikal
Perbezaan diantara 2 Bahasa dari aspek Fonologi dan LeksikalPerbezaan diantara 2 Bahasa dari aspek Fonologi dan Leksikal
Perbezaan diantara 2 Bahasa dari aspek Fonologi dan LeksikalThanushah Soniyasee
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayuZubir Ismail
 
Gema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiGema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiMohd Rasdi
 

Similaire à Kajian dialek TRENGGANU (20)

Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahMpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
Kepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaKepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasa
 
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologiAzman hj amin   tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
 
Dialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanDialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat Kelantan
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
PBS KAJIAN FONETIK DAN FONOLOGI
PBS KAJIAN FONETIK DAN FONOLOGI PBS KAJIAN FONETIK DAN FONOLOGI
PBS KAJIAN FONETIK DAN FONOLOGI
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
 
Thesis complete
Thesis completeThesis complete
Thesis complete
 
Perbezaan diantara 2 Bahasa dari aspek Fonologi dan Leksikal
Perbezaan diantara 2 Bahasa dari aspek Fonologi dan LeksikalPerbezaan diantara 2 Bahasa dari aspek Fonologi dan Leksikal
Perbezaan diantara 2 Bahasa dari aspek Fonologi dan Leksikal
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu
 
Gema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiGema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semai
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 

Plus de CIKGU NAZARINANAWAWI

Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritisKajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis CIKGU NAZARINANAWAWI
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102 CIKGU NAZARINANAWAWI
 

Plus de CIKGU NAZARINANAWAWI (13)

Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
Kajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatifKajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatif
 
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritisKajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
 
Kajian induktif
Kajian induktifKajian induktif
Kajian induktif
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
 
Tugasan buku cerita ppg2012
Tugasan buku cerita ppg2012Tugasan buku cerita ppg2012
Tugasan buku cerita ppg2012
 
Edward De Bono
 Edward De Bono Edward De Bono
Edward De Bono
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 

Kajian dialek TRENGGANU

  • 1. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 1.0 Pendahuluan Pada dasarnya, bahasa adalah salah satu alat komunikasi yang sangat penting di dalam kehidupan seharian. Menurut Asmah Haji Omar (1986), seseorang individu telah menggunakan bahasa untuk bertutur melalui beberapa bahagian di dalam tubuh individu tersebut. Contoh yang paling jelas, pertuturan boleh terhasil melibatkan penggunaan bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Fonologi diertikan sebagai ilmu kajian yang melibatkan bunyi bahasa. Dalam erti kata lain, fonologi adalah kajian tentang bunyi-bunyi dalam sesebuah bahasa. Inotasi fonetik, konsep dan istilah amat diperlukan dalam fonologi sebagai elemen tambahan. Menurut Merriam Webster‟s Collegaite Dictionary, fonologi juga dapat diertikan sebagai sains bunyi sesebuah ucapan termasuklah sejarah dan teori perubahan bunyi dalam satu atau lebih daripada satu jenis bahasa. Adrian Akmajianet pula telah memberi pengertian fonologi sebagai sub bidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi juga bertindak sebagai rumus yang mengawal bunyi yang disebarkan di dalam pertuturan. Dialek pula bererti sesebuah bahasa yang sama dibunyikan atau dituturkan dalam bunyi yang berbeza mengikut kawasan kependudukan. Elemen dalam sebutan, kosa kata dan tatabahasa juga berbeza. Sesebuah bahasa yang dituturkan dengan seragam telah diubah kerana telah dipengaruhi daripada pelbagai faktor seperti faktor geografi. 1
  • 2. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 1.1 Pemilihan Dialek Kami telah bercadang untuk memilih dialek Terengganu bergantung kepada beberapa faktor. Dialek Terengganu biasanya akan digunakan dalam seharian oleh masyarakat negeri Terengganu yang menetap di dalam negeri itu sendiri mahupun di mana sahaja mereka berada. Negeri Terengganu pula terletak di bahagian timur Semenanjung Malaysia. Dalam kajian ini, dialek Terengganu dipilih untuk dikaji adalah kerana dialek ini mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Keunikannya terserlah melalui istilah dan makna sesebuah perkataan yang diucapkan. Sebutan yang terhasil memberi perbezaan berbanding dengan bahasa baku. Penggunaan dialek Terengganu ternyata semakin meluas berikutan faktor pendidikan dan penghijrahan seseorang yang berasal dari negeri pantai timur itu. Ternyata dialek itu disambut baik oleh seluruh masyarakat sebagai penghormatan atas keunikan bahasa yang digunakan bagi perlambangan negeri itu sendiri. Dialek ini juga dapat disebarkan melalui media massa berikutan penggunaan dialek Terengganu dalam sesetengah drama tempatan mahupun iklan-iklan di corong radio. Masyarakat Malaysia rata-rata boleh memahami dialek yang dituturkan walaupun berbeza daripada bahasa baku yang dipelajari di institusi pendidikan sebagai bahasa rasmi. Makna yang berbeza dan pemahaman yang tidak setara adalah merupakan beberapa elemen yang dititikberatkan dalam pemilihan dialek ini sebagai kajian kami. 2
  • 3. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 1.2 Permasalah Kajian Gaya penggunaan dialek Terengganu oleh penutur adalah tidak kurang bezanya dengan dialek negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, ianya terdapat perbezaan dari segi sebutan. Elemen utama dalam penggunaan dialek ini ialah penambahan huruf „g‟ bagi setiap perkataan yang diakhiri dengan huruf „n‟. Bahasa baku Dialek Terengganu Tangan Tangang Makan Makang Ikan Ikang Badan Badang Taman Tamang Hujan Hujang Kemaman Kemamang 3
  • 4. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Di dalam dialek Terengganu juga, perkataan yang diakhiri dengan huruf „a‟ juga ditukar kepada huruf „e‟. Bahasa Baku Dialek Terengganu Mana Mane Siapa Sape Apa Ape Ada Ade Terdapat beberapa istilah perkataan yang lain juga telah dituturkan dengan bunyi yang berbeza seperti: Bahasa Baku Dialek Terengganu Pantai Pata Jumpa Jupe Sampai Sapa Pandai Panda 4
  • 5. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Perkataan yang di akhiri dengan huruf „s‟ juga dituturkan dengan pengakhiran huruf „h‟. Bahasa Baku Dialek Terengganu Panas Panah Deras Derah Lepas Pah Bas Bah 1.4 Objektif Kajian Terdapat beberapa objektif yang terkandung dalam pengajian dialek ini, iaitu: 1. Menjelaskan penggunaan huruf lain di akhir perkataan yang sebenar. 2. Menjelaskan pembabitan organ yang penting dalam penghasilan bunyi dialek. 3. Mendedahkan makna yang sebenar di dalam bahasa Melayu baku. 1.5 Batasan Kajian Sesetengah perkataan yang dituturkan dalam dialek ini telah disalah ertikan oleh masyarakat luar tempatan. 5
  • 6. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 2.0 Sorotan Kajian Lalu Kajian mengenai dialek Terengganu ini telah lama dilakukan oleh pengkaji-pengkaji bahasa pada masa yang lalu. Walau bagaimanapun, kajian yang lepas dapat dijadikan rujukan oleh para pengkaji terkini yang akan muncul dengan sesuatu penemuan kajian yang baru dan lebih baik. Bahasa Melayu Terengganu merupakan bahasa lisan setempat yang telah dituturkan di negeri Terengganu kecuali di Daerah Besut dan Pulau Perhentian. Hal ini terjadi adalah kerana kebanyakan masyarakat di sana menggunakan dialek Kelantan. Selain itu, dialek ini juga digunakankan di luar negeri Terengganu seperti di Kuantan, Pahang serta di Rompin, Johor. Walaupun dialek ini kadangkala sukar difahami oleh penutur bahasa Melayu standard, namun ia tidak jauh daripada maksud asal dan pengertiannya lebih kurang sama. Terdapat beberapa kajian oleh pakar bahasa yang memberi pendedahan tentang dialek Terengganu seperti Asmah Haji Omar dan Abdul Hamid Mahmood boleh dirujuk oleh pengkaji kini. i) Menurut pengkaji pertama iaitu Asmah Haji Omar: Bahasa boleh dipecahkan kepada beberapa kelompok kawasan. Terdapat lima kelompok bahasa yang telah diterangkan oleh beliau dan dialek Terengganu ternyata berada di dalam kelompok Timur. 6
  • 7. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Di dalam kajian beliau, Asmah telah menggariskan dialek Kelantan, Terengganu, dan Pahang sebagai satu kelompok pertuturan bahasa. Dialek negeri ini lazimnya akan digunakan dalam pertuturan sesama masyarakat yang menetap di Darul Iman itu mahupun anak jati negeri itu yang menetap di luar penempatan tersebut. Dialek ini telah turut dijadikan sebagai alat komunikasi dalam pergaulan harian bagi mewujudkan sesebuah kemasyarakatan yang harmoni dan bermuafakat. Di samping itu, dialek unik ini bukan sahaja diucapkan oleh masyarakat berbangsa Melayu, malah kaum Cina dan India turut menuturkan dialek ini tanpa dipengaruhi dengan pelat bahasa ibunda mereka sendiri. Menurut beliau lagi, subdialek yang dituturkan di Kuala Terengganu telah diangkat sebagai dialek Terengganu standard. Selain itu juga, beliau telah mengulas bahawa Kuala Terengganu merupakan salah sebuah kawasan pusat budaya di mana kerja pentadbiran juga dilakukan selain daripada urusan perniagaan. Hal yang demikian, subdialek yang dituturkan di Kuala Terengganu juga sedikit sebanyak telah menjadi sumber rujukan bagi pencetusan dialek negeri tersebut. ii) Menurut pengkaji bahasa lain iaitu Abdul Hamid Mahmood pula: Abdul Hamid Mahmood telah merujuk kepada Mario Pei yang telah menyatakan bahawa dialek merupakan variasi daripada sesuatu bahasa tertentu yang digunakan dalam percakapan 7
  • 8. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 seharian oleh sesebuah masyarakat di sesuatu kawasan. Dialek yang dituturkan oleh masyarakat di sesebuah kawasan yang tertentu amat berbeza dengan bahasa melayu baku yang dipelajari secara rasmi dalam pendidikan. Dialek sesebuah negeri amat berlainan baik dari segi sebutan, tatabahasa, mahupun penggunaan kata-kata yang tertentu. Walau bagaimanapun, dialek ini tidaklah membawa kepada bahasa yang baru. Dialek negeri Terengganu bukan sahaja digunakan dalam percakapan oleh penduduk negeri Terengganu. Dialek ini juga turut digunakan oleh masyarakat yang menetap di sekitar sempadan negeri Terengganu iaitu Kelantan dan Pahang. Menurut pengkaji bahasa ini, dialek Terengganu mempunyai keunikan yang tersendiri dan ternyata mempunyai perbezaan dengan bahasa Melayu baku yang digunakan baik dari segi bunyi, tetapi juga dari segi morfologi. 3.0 Metodologi Seperti yang telah diketahui, setiap bunyi atau fonologi sesuatu dialek bahasa Melayu dapat dibezakan dari sudut makna, dan juga gaya penuturan perkataan pada setiap akhir kata. Terdapat beberapa konsonan telah digantikan dalam sesuatu perkataan yang dituturkan melalui dialek Terengganu ini. 8
  • 9. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Selain itu, berikut merupakan beberapa konsonan yang telah ditukar dalam penuturan dialek Terengganu seperti konsonan „l‟, „t‟, dan „r‟ yang telah ditukar dalam sebutan dialek negeri ini. Bahasa baku Dialek Terengganu Hal Ha Kapal Kapa Buat Buak Pakat Pakak Gebar Gebo Hantar Ato Besar Beso Fonologi yang dipraktikkan dalam penuturan dialek ini telah ditunjukkan dalam carta di atas berkenaan dengan beberapa konsonan yang berbeza. 3.1 Dialektologi Generatif Menurut Zaharani (1993), dialektologi generatif adalah merupakan bidang teori nahu transformasi generatif yang berfungsi dalam penghuraian dan perbandingan kelainan yang wujud di antara beberapa dialek. Di samping itu, aspek fonologi adalah sebuah aspek yang mengandungi paling banyak perbezaan antara penuturan dialek sesebuah negeri dengan sesebuah negeri yang lain. 9
  • 10. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Menurut Newton (1972) pula, dialek-dialek yang digunakan oleh masyarakat di pelbagai tempat mempunyai andaian yang sama memandangkan dialek yang dituturkan mereka berasal daripada satu bahasa yang sama. Perbezaan-perbezaan yang wujud dalam dialek bahasa Melayu ini telah terhasil daripada pelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman ini. Justeru itu, dalam analisis teori dialektologi generatif, bahasa sumber itu dianggap sebagai representasi dalaman, manakala dialek-dialek turunannya dianggap sebagai representasi permukaan. Kewujudan dialek dalam bahasa Melayu juga telah terjadi berdasarkan beberapa faktor seperti: Penambahan rumus. Penghilangan rumus. Atur rumus. Simplikasi rumus. 3.2 Penambahan Rumus Penambahan rumus merupakan sebuah bentuk perubahan bunyi yang melibatkan pertambahan satu rumus. Selain itu, apabila terdapat banyak penambahan rumus yang banyak boleh menyebabkan dialek menjadi bahasa sukuan. Hal ini akan terjadi apabila sudah wujud keadaan saling tidak memahami dialek pertuturan yang digunakan antara satu sama. lain. 10
  • 11. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Perubahan bunyi yang berlaku adalah disebabkan oleh proses fonologi yang terdiri daripada proses: Pengguguran Perubahan Penyisipan Rumus penggeluncuran: l j / _____# 3.3 Penghilangan Rumus Menurut King (1969), penghilangan rumus bermaksud rumus yang pada asalnya wujud dalam bahasa sumber, tetapi tidak lagi dikekalkan dalam dialek keturunannya. Lazimnya kaedah perbandingan sinkronis digunakan untuk menentukan rumus asal dalam bahasa sumber. Apabila sesuatu rumus itu dimanifestasikan dalam kebanyakan dialek turunan, maka rumus itu dapat dianggap sebagai rumus asal yang wujud dalam bahasa sumber. 11
  • 12. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Rumus pengguguran: r Ǿ/ __# 3.4 Perbezaan Atur Rumus Dalam teori fonologi generatif diandaikan bahawa rumus-rumus fonologi itu dilaksanakan mengikut turutan. Satu rumus harus mendahului satu rumus yang lain. Atur rumus sangat penting kerana aturan yang berbeza akan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza. Perbezaan atur rumus boleh menghasilkan dialek yang berbeza berdasarkan konteks kajian dialek. Rumus pembundaran: a Ə / ___ # 3.5 Simplikasi Rumus Simplikasi rumus merupakan rumus yang asalnya terbatas pada satu bunyi tertentu sahaja, dan kemudiannya dipermudahkan dengan penglibatan beberapa bunyi lain. Bunyi-bunyi „i‟ biasanya tergolong dalam satu kelas natural yang sama. 12
  • 13. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Misalnya, rumus pengguguran /r/ y wujud dalam bahasa Melayu sumber hanya melibatkan konsonan /r/ sahaja. Rumus ini beroperasi secara aktif dalam dialek negeri Johor. Namun, dalam dialek negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, rumus pengguguran ini telah dipermudahkan dengan menggugurkan semua bunyi likuida dan penggeluncuran iaitu bunyi /l, r, j, w/. Pengguguran konsonan sonoran bukan nasal: /,r,j,w Ǿ/ __# 4.0 Hasil Kajian Dialek Terengganu mengandungi maksud yang telah dinyatakan iaitu dialek yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang tersebar di kawasan Terengganu, dan ciri-ciri inilah yang membezakan dialek ini dari dialek-dialek lain. Dalam kajian yang dijalankan ini, kami akan membandingkan beberapa subdialek untuk menentukan kawasan penyebaran dialek Terengganu itu. Selain itu, dialek ini menentukan kawasan peralihan atau kawasan yang menerima pengaruh dari luar. Subdialek-subdialek yang akan diperkatakan itu ialah yang dituturkan di Ulu 13
  • 14. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Telemong, Jerengau, Kuala Jengai, bandar baru Kuala Terengganu (khususnya Kampung Manir), Ulu Nerus dan Ulu Dungun. 4.1 Sistem vokal Ulu Telemong ialah kawasan yang terletak di pedalaman Terengganu. Ulu Telemong terletak di antara daerah Kuala Terengganu dan Ulu Terengganu. Kawasan ini juga dikatakan tidak banyak menerima pengaruh dari luar. Subdialek Terengganu mempunyai enam fonem vokal, iaitu [ i ], [ ə ], [ e ], [ a ], [ u ], [ o ]. Dengan itu [ a ] akhir kata dalam ejaan diucapkan sebagai [ ə ] dalam subdialek Ulu Telemong. Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong Baca Bacə Kuala Kualə Dia Diə 14
  • 15. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Bagaimanapun, bunyi [ ə ] akhir kata dalam subdialek juga mempunyai kesejajaran dengan diftong [ ai ] dalam bahasa Melayu standard . Sebagai contoh : Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong Semai Semə Misai Misə Tirai Tirə Vokal [ a ] dalam bahasa standard yang terdapat dalam suku kata akhir tertutup mempunyai berbagai-bagai pengwujudan. Pertama vokal ini tetap sebagai [ a ] jika konsonan yang mengikutnya itu hentian glotis atau nasalnya [ ŋ ]. Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong rodat ghudaq kandaŋ kərbau caq tahan tahaŋ ikan ikaŋ 15
  • 16. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Di samping itu juga, sebelum [ h ], [ a ] dalam bahasa standard itu mempunyai kesejajaran dengan [ o ] dalam subdialek negeri ini. Contohnya adalah seperti berikut: Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong mərah mighoh rumah ghumoh 4.2 Diftong Fonem [ a ] dalam subdialek Ulu Telemong dapat menduduki lingkungan akhir kata, tetapi yang kesejajarannya adalah diftong atau [ ai ]. Vokal [ i ] akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan rangkap [ei ] yang diikuti oleh [ k ] dalam subdialek ini. Contohnya: Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong ubi ubeik tinggi tinggəik 16
  • 17. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Subdialek ini tidak mempunyai diftong. Dengan itu diftong-diftong dalam bahasa standard bersejajaran dengan satu-satu vokal dalam subdialek tertentu. Dengan demikian [ ai ] ada kalanya sejajar dengan [ ə ] atau dengan [ a ]. Diftong [ au ] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dalam [ o ] dalam subdialek ini. Contohnya seperti berikut: Bahasa Standard Ulu Telemong pakai paka balai bala pisau piso Selain daripada itu, subdialek negeri ini mempunyai rangkap vokal seperti berikut [ ei ], [ aə], [ iə ], [ iu ], [ ua ] dan [ ao ], seperti dalam contoh-contoh yang berikut: Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong duri dugheiq sən səng dunia duniə liar lio liaŋ liong 17
  • 18. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 liur liu diam diang kuala kualə daun daong 4.3 Konsonan Plosif Semua konsonan plosif boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Lingkungan akhir kata, sebelum kesenyapan hanya boleh ditempati oleh hentian glotis [ q ] sahaja. Dengan demikian [ p ] dan [ t ] yang dalam bahasa standard menempati lingkungan tersebut mempunyai kesejajaran dengan [ k ] dalam subdialek ini. Contoh-contoh adalah seperti berikut: Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong darat daghak ikut ikuk gəlap gəlak 18
  • 19. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 4.4 Konsonan Nasal Berkenaan dengan konsonan nasal pula, hanya [ ng ] yang dapat menempati kesemua lingkungan yang diperkatakan. Konsonan-konsonan nasal lainnya hanya dapat menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Dengan itu [ ng ] dalam bahasa standard yang terletak dalam lingkungan akhir kata mempunyai kesejajaran dengan [ ng ] dalam subdielek ini. Sebagai contoh adalah seperti berikut: Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong jalan jalong cawan cawong gunung gunong ənam nong dalam daləng 4.5 Konsonan Frikatif Konsonan frikatif [ s ] dan [ gh ] hanya terdapat dalam lingkungan pravokal dan antara vokal sahaja, dan dengan demikian memperlihatkan ciri persamaan dengan dialek-dialek lain seperti dialek Kedah, Kelantan dan Pahang. Konsonan [ h ] pula hanya terdapat dalam lingkungan akhir kata sahaja. 19
  • 20. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Berhubung dengan itu, [ s ] akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [ h ] dalam subdialek Ulu Telemong. Perubahan [ s ] ke [ h ] itu boleh jadi mempengaruhi nilai vokal sebelumnya. Khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ ə ]. Demikian juga, vokal [ i ] berubah nilai bunyinya menjadi [ e ]. Contohnya seperti: Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong dəras dəghəh alih aləh tikus tikuh 4.6 Pengguguran vokal Konsonan [ r ] akhir kata digantikan dengan kesenyapan. Penguguran konsonan tersebut boleh mempengaruhi nilai vokal yang mendahuluinya, khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ o ]. Sebagai contoh: Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong tabir tabi fikir piki liar lio tidur tido liur liu təlur təlu 20
  • 21. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 akar ako 4.7 Konsonan Afrikat Seperti dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalam subdialek negeri ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonan- konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong Cicak Cicok Jerat Jeghak Jaga Jagə 4.8 Konsonan Lateral Kadangkala, konsonan [ o ] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [ u ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh : 21
  • 22. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong ekor iku təlur tilu Rangkap konsonan jenis lain juga terdapat dalam subdialek ini iaitu rangkap yang terdiri dari konsonan plosif, frikatif [ s ] atau nasal yang diikuti oleh konsonan nasal [ l ], [ r ], misalnya [ ml ], [ gl ], [ sl ] atau juga gabungan-gabungan lain seperti [ sm ], [ jm ], [ tp ], [ jn ] dan sebagainya. Contoh-contohnya: Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong tidur mlinu labah-labah glabə pəlaga plagə panjat kghabək tidur dghəloh səluar sluwo tərfikir tpike tərmakan tmakang mənikah mnikoh 22
  • 23. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Boleh dikatakan bahawa rangkap konsonan jenis kedua itu merupakan kelainan untuk urutan KVK, di mana vokal digugurkan. Dengan demikian contoh-contoh di atas itu boleh juga diwujudkan sebagai [ məlinu ], [ gəlabe ], [ təpike ] dan sebagainya, khususnya dalam pertuturan yang kurang tepat. Pemanjangan Konsonan Dalam subdialek negeri ini juga terdapat gejala pemanjangan konsonan khususnya pada awal kata. Apabila dibandingkan dengan bahasa standard dan dialek-dialek lain, didapati bahawa pemanjangan konsonan itu adalah ciri pengganti bagi suku kata yang hilang. Suku kata yang berkenaan yang letaknya di awal kata boleh merupakan morfem awalan, kata depan atau suku kata yang tidak mempunyai apa-apa makna. Contohnya: Bahasa Standard Ulu Telemong məngingatkan mengingək di dalam ddaləng di sini ssini di kampung kkapong 23
  • 24. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 5.0 Kesimpulan Dari perbandingan di atas itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa ciri vokal depan luas yang disengaukan itu adalah ciri gangguan yang masuk ke dalam subdialek Ulu Nerus dari dialek Kelantan, baik berdasarkan resapan ataupun perpindahan. Dengan itu juga, boleh dikatakan bahawa dalam subdialek Ulu Nerus pada asalnya terdapat urutan “ang” sama seperti subdialek Kuala Terengganu dan bahawa ciri asli dialek Terengganu pada keseluruhannya ialah “ang”. Dibandingkan dengan subdialek yang dituturkan di Gong Terap yang terletak di daerah Besut, maka didapati bahawa subdialek ini juga mempunyai ciri vokal depan luas yang disengaukan pada akhir kata itu sebagai kesejajaran dengan “ang”. Dalam aspek-aspek fonologi lainnya subdialek ini boleh dikatakan sama dengan subdialek Kuala Terengganu kecuali dalam pengucapan [ a ] akhir kata, kerana dalam hal ini persamaannya ialah dengan subdialek Ulu Telemong. Dari perbandingan yang dilakukan ke atas bahasa Melayu yang dituturkan di berbagai-bagai tempat di Terengganu, kita dapat membuat kesimpulan sendiri. Pertama, subdialek yang dituturkan di bandar Kuala Terengganu dapat dianggap sebagai subdialek yang mewakili dialek Terengganu Standard. Kedua, Besut dan Ulu Nerus merupakan kawasan peralihan antara dialek Terengganu dan dialek Kelantan. 24
  • 25. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Ketiga, subdialek Ulu Telemong mewakili ciri-ciri yang boleh dikatakan banyak juga menyimpang dari subdialek bandar Kuala Terengganu. Ciri-ciri penyimpangan itu mencerminkan proses perubahan yang berlaku dalam masa yang silam. Bahawa subdialek bandar Kuala Terengganu tidak mengalami proses itu adalah disebabkan hubungannya yang terus menerus dengan dialek lain, khususnya dialek Johor, barangkali melalui penutur-penutur golongan atasan, misalnya di kalangan istana. Dari sejarah, kita ketahui bahawa antara istana Terengganu dan istana Johor terdapat hubungan yang erat. Di samping itu juga Terengganu pernah menjadi sebahagian dari kerajaan besar Johor. Selain dari itu ciri-ciri persambungan dialek juga boleh menyebabkan bertahannya ciri-ciri seperti e- pepet dalam lingkungan akhir kata dan bertahannya a dalam –ang. Dalam hal ini kita lihat bahawa Kuala Terengganu lebih dekat hubungannya dengan Pekan daripada dengan Kota Bharu. Keempat, kawasan-kawasan bandar (A), walaupun kecil , lebih banyak memperlihatkan persamaan ciri-ciri pertuturannya dengan bandar Kuala Terengganu (B) dibandingkan antara bandar Kuala Terengganu dengan kawasan pedalaman (C) walaupun jarak antara A dengan C lebih dekat daripada A dengan B. Kelima, kesinambungan antara subkawasan-subkawasan dialek itu jelas dari ciri-ciri pertuturannya, dan dengan itu tidak ada pemisahan yang mendadak. 25
  • 26. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Bibliografi 1. Asmah Haji Omar, 2008.“Susur Galur Bahasa Melayu”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Zaharani Ahmad,2006. “Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat Kekangan.Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 3. Asmah Haji Omar,1977. “Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu”.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik dan FonologiBahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd. 26
  • 27. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 27