Dokumen ini merangkum visi, misi, dan aktiviti kokurikulum sebuah sekolah serta menjelaskan bagaimana meningkatkan keberkesanan pengajaran melalui ganjaran dan hukuman. Ia juga menyoroti kesan positif kaedah ini terhadap sikap dan prestasi pelajar dalam kelas ICT.
2. • VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera
• MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
3.
4. • Kokurikulum
-Johan Futsal Peringkat Daerah Ledang 2014
-Johan Futsal Peringkat Daedah Johor 2014
-Johan Bola Jaring Peringkat Daerah Ledang 2014
-Johan Silat Tempur MSSD Ledang 2014
-Naib Johan Bola Baling MSSD Ledang 2014
9. • Pelajar suka membuat kerja lain semasa aktiviti hands
on.
• Sesetengah pelajar tidak minat untuk ke kelas
disebabkan ICTL merupakan subjek elektif.
• Pelajar lambat datang ke makmal.
• Keadaan dalam makmal semasa PdP kurang terkawal.
10. • Teori Pelaziman Operan Skinner. Skinner (1958)
mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu
dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada
ganjaran atau dendaan.
• Rahil Mahyuddin (2002), peneguhan positif
meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah
laku dengan adanya rangsangan tertentu.
11. • Meningkatkan keberkesanan kawalan kelas
menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman.
• Menarik minat pelajar ke atas Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dengan kaedah ganjaran
dan hukuman.
12. • Seramai 33 orang pelajar (11 lelaki dan 22
perempuan) tingkatan 2 Bestari telah terlibat
dalam kajian tindakan ini. Sebahagian besar
pelajar dalam kelas ini mempunyai prestasi
akademik yang sederhana dan hanya
sebilangan kecil sahaja pandai dalam
pelajaran.
13. LANGKAH 1 : Set peraturan ringkas.
• Peraturan-peraturan tersebut saya paparkan
pada pintu masuk makmal komputer.
• Peraturan-peraturan yang dikenakan adalah
seperti berikut :
1. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke makmal
apabila mendapat kebenaran guru.
2. Pelajar hanya dibenarkan membuka komputer
setelah guru memberi arahan.
3. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising
sewaktu PdP dijalankan.
14. 4. Pelajar boleh berbincang dalam kumpulan
sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan, tetapi
dengan nada suara yang lembut.
5. Pelajar harus mematuhi segala arahan yang
diberikan oleh guru sewaktu PdP dilaksanakan.
6. Pelajar hendaklah mengemas dan menutup
komputer seperti sedia kala setelah tamat PdP.
# Mana-mana pelajar yang gagal mengikuti
peraturan-peraturan tersebut akan menyebabkan
kesemua ahli kelas lewat menamatkan sesi
persekolahan pada hari tersebut.
15. LANGKAH 2 : Pemilihan hasil kerja terbaik.
• Pelajar perlu menyiapkan tugasan yang
diberikan pada hari tersebut dalam masa yang
ditetapkan.
• Hasil kerja pelajar yang terbaik akan
diumumkan di akhir PdP pada hari berkenaan.
• Pelajar yang berjaya menyempurnakan
tugasan tersebut akan diberikan penghargaan
berupa kata-kata semangat dan pada hari-hari
tertentu diberikan sedikit ganjaran.
17. • Pemerhatian dilakukan terutama semasa
kajian dilakukan di mana pelajar kelihatan
sangat teruja dan seronok dengan aktiviti yang
diberikan oleh guru.
• Pemerhatian selepas kajian pula dilihat pelajar
semakin datang awal ke makmal dan tidak
sabar-sabar untuk mengetahui apa
pembelajaran seterusnya.
18.
19. Item Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
1. Saya suka dengan
kaedah ganjaran dan
hukuman yang guru
gunakan.
- 15 18
2. Ganjaran yang
diberikan oleh guru
dapat meningkatkan
minat saya terhadap
mata pelajaran ICTL.
- 13 20
3. Hukuman yang
digunakan oleh guru
dapat mendisiplinkan
saya.
- 14 19
4. Saya berharap agar
kaedah ganjaran dan
hukuman ini diteruskan.
- 8 25
21. LANGKAH 1 : Set Peraturan Ringkas
• Pelajar menunjukkan perubahan tingkah laku
daripada negatif kepada positif terutama
sebelum, semasa dan selepas PdP.
• Pelajar kelihatan lebih memberikan fokus di
dalam kelas.
22. LANGKAH 2 : Pemilihan hasil kerja terbaik.
• Pelajar kelihatan seronok dan gembira semasa
proses PdP.
• Pelajar berlumba-lumba menyempurnakan
tugasan hands on yang diberikan.
• Pelajar lebih kreatif dalam tugasan yang
dihasilkan.
23. • Kaedah Ganjaran dan Hukuman ini telah
berjaya mencapai objektifnya iaitu
meningkatkan keberkesanan kawalan kelas
dan juga meningkatkan minat murid-murid
terhadap P&P saya.