SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  34
PENGENALAN Kerajaan Turki Uthmaniyah (TU) telah diasaskan oleh Uthaman bin Ertughrul
bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Iaitu sebuah Kabilah Al-Ghuzz dari
kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan laut Caspian. Beliau merupakan
seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum Monggol ketika memberi
khidmatnya kepada kesultanan Salquq dan berjaya menumpaskan pihak Byzantine sehingga
Sultan Ali al-Din mengangkatnya sebagai Amir dengan nama Bad al-Shah Al Uthman.1 Hal
ini telah menyebabkan empayar tersebut telah dikenali berdasarkan namaya iaitu Empayar
Uthmaniyah.2 Kehebatan Uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh
pemimpinpemimpin lain selepasnya yang mempunyai kekuatan peribadi dan moral yang
tinggi iaitu seperti Sultan Murad I, Sultan Murad II, Sultan Bayazid I, Sultan Muhamad
alFatih, Sultan Salim I dan mencapai tahap kegemilangannya pada zaman Sultan Sulaiman
Qanuni (1520-1566). Pemerintahan yang hebat di kalangan pemimpin ini telah meletakkan
empayar TU dalam keadaan yang sangat hebat sehingga mampu berkembang sehingga
Afrika Utara disebelah barat daya dan Parsi di sebelah Timur. Kesultanan Uthamaniyah
mempunyai lebih banyak taklukan di Eropah berbanding Asia.3 Ini membuktikan bahawa
para pemimpin kerajaan TU lebih cenderung dalam memperluaskan kekuasaan mereka ke
Eropah.
1
Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan
Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), Prospecta Printers, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 5.
2 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan,
Thinkers Librarys ,2000, hlm. 123. 3 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan
Afrika Utara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.56
1
TU mulai mengalami kemerosotan semenjak pemerintahan Sultan Salim II. Kekuatan TU
tidak lagi mampu bertahan sehingga akhirnya tumbang sepertimana yang terjadi kepada
pemerintahan khalifah lain terdahulu. Namun, kejatuhan TU bukan sekadar kerana
kelemahan pemerintahnya tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti proses
Tanzimat, Nasionalisme, Kelonggaran ketenteraan, Pengkhianatan dalaman dan Ancaman
Luaran. Hal ini akan dibahaskan melalui esei ini. FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN TURKI
UTHMANIYAH 1.0 Kelemahan Pemerintah Pada Awal abad ke-17, kerajaan TU berada
dalam keadaan yang tidak stabil apabila pemerintahannya yang kerap bersilih ganti akibat
kematian pemimpinnya. Hal ini mengakibatkan setiap kali pertukaran Sultan berganti polisi
kerajaan juga bertukar dan kestabilan negara kerap goyah. Lima orang sultan pertamanya
pada abad ke -17 meninggal sebelum menjangkau usia 35 tahun . Pada saat ini pemimpin
sangat bergantung kepada para pegawai untuk menguruskan pentadbiran negara. 4 Kurun
ini menyaksikan kelemahan ramai pemerintah TU. Terdapat ramai sultan yang tidak sekuat
sultan-sultan terdahulu antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M), Uthman II (1617-1621 M),
Murad IV (1622-1640), Ibrahim bin Ahmad (1639-1648 M), Muhammad IV (1648-1687 M),
Suleiman III (1687-1690 M), Ahmad II (1690-1694), Mustafa II (1694-1703 M), Ahmad III
(1703-1730 M), Mahmud I (1730-1754 M), Ahman III (1754-1787 M), Mustafa III (1757-1773
M), dan Abdul Hamid I (1773-1788 M). 5
4 5
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 69 Ali
Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, Pustaka AlKausar,
2003, hlm .403-425.
2
Sultan Utsman ke II misalnya telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Sultan
hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak ditangan golongan elit Turki. Sultan hanya
menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang
pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah berlaku
sebanyak tujuh kali. 6 .Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V.
Beliau telah dinaikkan oleh golongan Freemasonry (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya
sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut. Beliau takut
melihat kematian Sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh. Selain itu
beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak
berwibawa. 7Sultan pada kurun ke-18M juga berperibadi lemah dan terkenal dengan sikap
zalim, ingin berlagak dengan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu. 8 Kelemahan
Pemerintah mengawal golongan Harem dan pegawai tempatan juga menjerumuskan TU ke
lembah kejatuhan. Pada kurun ke-16 telah menyaksikan kemasukan pengaruh perempuan
dalam pemerintahan TU. Hal ini berikutan Sultan Uthamaniyah pada abad ke-16 sangatlah
dipengaruhi oleh perempuan kerana mereka hidup terkurung di Istana Harem.9 Mereka
dikurung bagi mengelakkan pergaduhan antara bakal waris takhta sehingga menyebabkan
mereka lemah dan tidak pandai
memerintah kerajaan.10 Maka, kelemahan ini telah dimanfaatkan oleh intitusi Harem.
Golongan Harem berusaha untuk menaikkan zuriat masing-masing untuk menjadi
6 7
Ibid., hlm. 404. Ibid., hlm 528-529. 8 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah
Penjajahan dan Pergolakan, hlm.3. 9 Harem. merujuk kepada ruangan dalam rumah yang
menjadi kediaman para wanita, iaitu yang terdiri daripada kelompok isteri dan gundik kepada
tuan rumah. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan, hlm..4. 10 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara
Moden, hlm.59.
3
sultan sehingga sanggup membunuh antara satu sama lain dan mengadakan pelbagai
komplot agar cita-cita mereka tercapai. Akibatnya, berlakulah perebutan kuasa sehingga
menyebabkan suasana politik lemah dan kepimpinan menurun dan pemerintah gagal
mengawal situasi ini. Selain itu, sikap pegawai kerajaan TU juga berpecah-belah. Mereka
sangat mementingkan kedudukan mereka dan sanggup melakukan apa saja untuk
mempertahankan kedudukan. Maka, berlakulah rasuah dan penyelewengan kuasa.
Golongan istana tidak bersatu padu dan birokrat awam atau Kaleimiyyeh yang menjawat
jawatan tinggi juga berpecah belah pada abad ke-18.
11
Kelemahan yang
wujud dalam pemerintahan ini dan pegawai yang mula berpecah belah dan mempunyai
matlamat untuk kepentingan diri telah membawa kepada kejatuhan TU. Contohnya golongan
pembesar daerah derebey yang menguasai kawasan-kawasan lembah
kerap kali mencabar kerajaan pusat dan mengistiharkan kemerdekaan sendiri.12 Selain itu,
pembesar-pembesar tempatan yang cuba membebaskan diri daripada TU adalah seperti
Mamalik di Iraq, Alu Al-Azim di Suriah, Al-Syihabiyun di Libanon, Zahir Al-Umar di Palestin
dan sebagainya.13 Situasi ini membuktikan kelemahan pemerintah TU sehingga pembesar
berani berpaling tadah dan melakukan pemberontakan yang makin melemahkan TU. 2.0
Proses Tanzimat
11
Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan
sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm.166. 12 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah
Penjajahan dan Pergolakan,, hlm.4. 13 Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya
Khilafah Utsmaniyah, hlm. 712.
4
Tanzimat14 bermaksud mengatur, menyusun dan memperbaiki. Dalam sejarah TU,
Tanzimat merupakan satu pergerakan pembaharuan atau reformasi yang dilakukan TU
dalam tahun 1939-1876. Sayangnya pemodenan yang dibuat dalam konteks TU adalah
pembaharuan yang berasaskan pembaratan. Situasi ini semakin membuatkan TU semakin
parah dan terperangkap dengan situasi sehingga hancurnya empayar yang luas ini.
Pemodenan yang dilakukan bermula dengan pengistiharan Hatt-i-Sarif atau dikenali Piagam
Kamar Merah (1830) dan Hatt-I- Humayun (1856) oleh Sultan Abdul Majid dan Rasyid Ali
dan Fuad Pasha.15 Piagam ini merangkumi pembaharuan pentadbiran, penyelarasan sistem
cukai, sistem kerahan tenaga, persamaan hak individu dan pendidikan sekular
menggantikan pendidikan islam. Proses ini telah menyebabkan kemasukan fahaman sekular
yang membahayakan TU. Piagam Hatt-IHumayum lebih menegaskan tentang sekularisme
iaitu dengan menggugurkan rujukan tentang syariat Islam. 16Sebenarya proses ini amat
dinanti-nanti oleh dunia barat kerana reformasi ini menguntungkan mereka dan rakyat
kristian yang berada di bawah TU. Dari sudut ekonomi, pembaharuan ini merangkumi
pembinaan infrastruktur canggih seperti pembinaan Sistem Kereta api Eropah Barat
menerusi Anatolia terus ke Baghdad.1718 TU berhutang sehingga menyebabkan tekanan
daripada pihak Eropah
14
Al-Tanzimat ialah perkataan bahasa Arab yang telah memasuki bahasa Turki Uthmaniyah
dalam istilah politiknya. Ia adalah gerakan pembaharuan dan penyusunan mengikut cara
Eropah dan pihak Barat. Maknanya dari sudut sejarah pula ialah gerakan pembaharuan
dalam TU pada kurun ke-13 Hijrah atau ke-19M mengikut institusi-institusi dan
undangundang eropah. Lihat Eeman Mohamed Abas,Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan
Khilafah Islamiah, hlm.39. 15 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.),
Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk
Letupan dan Zaman MOden jil III, hlm.200. 16 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden:
Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm.126127. 17 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali
Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar
Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III, hlm.303 18 Ibid., hlm.200
5
yang mendesak agar Istanbul menghapuskan sekatan Import. Hal ini menyebabkan
barangan daripada Eropah telah memenuhi pasaran TU dengan harga yang sangat murah
sehingga menghancurkan ekonomi TU sendiri. Contohnya kemasukan
barangan luar secara berterusan, kain-kain yang dibuat di luar negeri , adalah daripada
bahan mentah Syria mengancam dan memusnahkan industri Syria.19 Sultan Abd al-Aziz
meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis
pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran
Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank eropah mengawal
kewangan Uthmaniyah. Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta , hutang
yang ditanggung oleh kerajaan TU ialah melebihi daripada 200 juta pound Sterling. Ini
membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi
memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi TU dan menghancurkan TU. Dari sudut
sosial, Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular menggantikan
sekolah yang berpendidikan Islam. Pendidikan sekular ini
tertumpu kepada karya sastera tertentu, arena persuratan berkembang maju dan terjemahan
daripada fiksyen barat.20 Malahan sistem pendidikan telah disusun semula dan pada 1866,
sebuah Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyelia sekolah sekular.21 Maka,
sekolah sekular mula tumbuh seperti cendawan di TU. Malahan negara barat juga
mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan mereka melalui beberapa institusi
pendidikan seperti Amerika menubuhkan
19 20
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 102. Marshall
G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam
Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III,, hlm. 302. 21
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 103.
6
Universiti Bosporus (1863) dan Maktab Protestan Syria ( 1866). Manakala Perancis
mengasaskan Imprrimerie Catholique pada 1853 dan the Universitende St. Joseph pada
1875.22 Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme, kapitalisme,
imperialism terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentimen perkauman semakin
menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam TU.
Malahan, pengenalan undang-undang barat juga telah dibawa masuk yang telah
mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Pada 1869 Menteri
kehakiman TU telah menubuhkan makhamah sekular yang mengehadkan bidang kuasa
mahkamah Syariah.23 Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang dunia
dan mengetepikan undang-undang yang selama ini telah diguna pakai oleh TU dan
mendorong kejatuhan TU. Dari sudut politik dan pentadbiran, kerajaan TU telah
memperkenalkan pentadbiran ala barat yang bertunjangkan sistem demokrasi. Kementerian
tertentu telah ditubuh seperti kementerian Pelajaran (1857), polis(1870) dan Majlis Tanzimat
yang berperanan menasihati Sultan. Tetapi hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk
golongan Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara.24 Malahan,
kuasa-kuasa Gabenor wilayah turut dikurangkan. kesultanan TU. 3.0 Kelonggaran
Ketenteraan Situasi ini melemahkan
22 23 24
Ibid., hlm. 104 Ibid. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan
Pergolakan, hlm.162.
7
Kekuatan TU ketika zaman keagungannya adalah dari segi ketenteraan dan ini terbukti
dengan siri-siri perluasan kuasa yang dilakukan oleh Sultan-sultan terdahulu. Namun, disiplin
ketenteraan yang mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan
bergaul dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan
tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum
arak, rasuah dan sebagainya. Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam
kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadap tanggungjawab luaran mereka dan
seringkali kekurangan latihan ketenteraan. 25 Selain itu, pasukan khas ini sering
memberontak terhadap sultan.26 Malahan pasukan tentera telah diwarnai dengan unsur-
unsur rasuah dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan. Kelemahan disiplin
dikalangan pegawai atasan akibat penjualan jawatan dari peringkat atasan. Pada awalnya,
pelantikan
adalah berdasarkan kemampuan berubah apabila peningkatan cukai secara tidak langsung
telah menyebabkan wang menjadi segala-galanya untuk pengimbangan pendapatan.27
Disiplin ketenteraan merosot pada semua jentera pusat dan ini menggoyahkan kerajaan TU
ketika menghadapi pemberontakan dalaman dan serangan luaran. Perlu saya tegaskan,
bahawa TU adalah sebuah kerajaan yang luas dan bagi menampung keluasan ini sistem
ketenteraan yang cekap amat penting. Tetapi, apabila keaadaan ketenteraan yang tenat,
pengawalan kawasannya menjadi lemah dan TU mulai goyah dan secara perlahan-lahan
menuju kejatuhan.
25 26
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm 65. Fadhlullah
Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.4. 27 Marshall G.S.
Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam
Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III, hlm. 150151.
8
Akibatnya, pembubaran unit Janissari telah dibuat dan ditentang hebat oleh golongan
Janissari tetapi pembaharuan tetap dibuat oleh Sultan Mahmud II kerana menyedari
kelemahan pasukan Janissari. Pemodenan tentera dibuat pada abad 19 dengan mengupah
pakar asing dan menghantar pegawai kanan menjalani latihan di negara Barat. Sesiapa
sahaja yang mempunyai kewarganegaraan boleh memasuki tentera berbeza dengan
sebelum, ini yang hanya khusus untuk orang Islam sahaja dan kewajiban membayar cukai
gantian yang dikenali ‘askariyyah’ kepada minoriti lain sebagai ganti perkhidmatan tentera.
Sultan Mahmud II misalnya telah membeli senjata baru dan peralatan senjata kecil yang
disembunyikan di Istananya.28 ini tetap tidak mampu menandingi negara Barat. Tetapi
langkah
4.0 Pergerakan Nasionalisme TU kukuh dalam empayarnya kerana kesatuan yang wujud
didalamnya. Namun, sejak fahaman sekular mulai meresap dalam nadi masyarakat yang
berbilang kaum di bawahnya, perpecahan mula berlaku dan masing-masing bersaing
sehingga
menjerumuskan TU ke jurang kejatuhan. nasionalisme yang diimport dari Barat ini
merupakan senjata yang amat ampuh. Malahan, institusi pendidikan sekular dan
perkhidmatan pos serta kemudahan perhubungan lain yang ada membolehkan ideologi dan
pemikiran baru yang diterapkan Eropah termasuk konsep revolusi, nasionalisme dan
imperialism telah menyuburkan semangat kebangsaan bangsa Arab dan sentimen
memerdekakan tanah Arab dari Turki yang berkobar-kobar.29 Gerakan perkauman ini
28 29
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 91. Hamedi
Mohd. Adnan, Krisis Timur Tengah, Penerbit Amal, 1991, hlm. 17
9
merupakan faktor keruntuhan TU kerana ketiadaan sikap bersatu padu ini telah memulakan
fasa penjajahan barat dalam memecahbelahkan TU. Malahan nasionalisme mengandungi
bibit-bibit jahilliyah yang sama dengan semangat abasiyah yang diharamkan oleh Islam.
Nasionalisme inilah yang mengasingkan umat Islam antara satu sama lain dan
menyebabkan mereka terus dikuasai oleh Barat.30 Sentimen anti Turki wujud bermula abad
ke-19. Contohnya di Arabia, telah
wujud pergerakan Wahabiyah yang bersifat anti Barat dan menentang dominasi Turki serta
menentang amalan korupsi didalam TU. Golongan ini Berjaya menakluki Mekah tetapi
seketika sahaja sebelum dikalahkan oleh Muhamad Ali Pasha pada 1810 dan pergerakan ini
Berjaya menawan kembali Mekah pada 1924. Selain itu, masyarakat Maronite di Lubnan
juga menjalankan sentiment anti-Turki akibat tidak berpuashati dianggap masyarakat kelas
kedua. Sentimen ini kian memuncak apabila berlakunya gerakan kemerdekaan Kristian
Lubnan pada 1860. Kewujudan sentimen perkauman antara masyarakat Turki dan Arab ini
memuncak pada zaman Sultan Abdul Hamid apabila beliau telah mengenakan tindakan
keras kepada masyarakat Arab dalam proses melumpuhkan gerakan pemberontakan tetapi
sebaliknya tindakan itu ditafsir sebagai cubaan memenangkan bangsa Turki dan dasar anti-
Arab. Sebenarnya,
gerakan kemerdekaan Arab ini telah di taja oleh Kristian Barat untuk menjatuhkan kesatuan
dunia Islam. Selain itu, Syarif Husain telah memberontak terhadap kerajaan TU pada Jun
1916 melalui komplot yang didalangi British. Syarif Husain sanggup menjual kehormatan
agama kerana terpengaruh dengan janji British. Pemberontakan yang
30
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm. 56.
10
dilakukannya dikenali sebagai pemberontakan Arab dan Berjaya mengalahkan TU dengan
bantuan pihak British. Kerajaan TU akhirnya runtuh kerana ketamakan Syarif Husain dan
pihak British yang berjaya menguasai kerajaan tersebut.31 Nasionalisme Turki juga
berperanan menjatuhkan kerajaan TU sendiri. Pertubuhan al-IIttihad wa al-Taraqqi telah
membangkitkan semangat perkauman dikalangan masyarakat Turki. Pertubuhan ini
menyeru kepada konsep baru seperti tanah air, perlembagaan, persamaan dan kebebasan.
Matlamat persatuan ini ialah menggulingkan Abdul al-Hamid II dan menggantikannya
dengan perlembagaan,
keadilan dan reformasi. Yang memalukan, matlamat persatuan ini digariskan oleh orang
Yahudi dan Freemason yand secara terangannya cuba memecahbelahkan umat Islam.32
Akhirnya, hal ini menjadi kenyataan apabila terhapusnya khalifah Uthmaniyah pada 1924.
Nasionalisme Arab dan Turki ini berterusan sehingga meletusnya perang dunia yang
pertama. Kemunculan gerakan-gerakan seperti Turki Muda dan sebagainya telah
menyebabkan berlakunya peperangan yang mengugat TU. Kerajaan ini tidak mampu
bertahan dengan serangan dalaman dengan bantuan pihak Barat yang sentiasa menanti
untuk membahagi-bahagikan wilayah TU. Pada akhirnya, selepas Barat menjajah negara
Islam barulah pemimpin gerakan nasionalisme ini mengaku salah dan berpendapat kerajaan
Islam dibawah TU adalah seribu kali lebih baik dari Barat. Malahan Nasionalisme yang
diperjuangkan gagal merealisasikan slogan mereka iaitu pembaharuan, kebebasan dan
keadilan. Nasionalisme Turki, Nasionalisme Arab seiring
31 32
Ibid., hlm. 70-71. Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah
Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 306.
11
dengan perancangan Barat dalam membangkitkan permusuhan dalaman TU ini berjalan
lancar sehingga mengheret kerajaan TU ke lurah kehancuran. 5.0 Penyelewengan Islam
Ajaran islam pada saat akhir kerajaan TU, telah dicemari oleh amalan kurafat dan tahayul
yang melampaui batas.Masyarakat TU semakin lali dan mementingkan keduniaan. Hal ini
terbukti apabila ramai menghiaskan diri dengan tangkal, azimat dan Jampi serapah untuk
menghindar diri dari penyakit atau bala bencana. Malahan berlaku pemujaan kubur seperti
memuja kubur wali atau orang yang dianggap keramat.33 Arak, Candu dan pelacuran
semakin berleluasa dan melemahkan umat Islam. Selain itu, masjid telah lengang dan
terdapat juga masyarakat TU yang berpuas hati dengan membilang tasbih tanpa melakukan
tugas-tugas wajib seperti solat lima waktu. Terpesong dari ajaran Islam bermakna kelunturan
nilai-nilai peribadi dan manusia berpaling ke arah dunia sehingga memporak-perandakan
keadaan masyarakat yang sudah sedia tenat dalam kerajaan TU. Malahan, yang lebih
menyedihkan adalah kemunculan para sufi yang menyimpang dari al-Quran dan al-Sunnah
dan
bersekongkol dengan pihak tertentu dalam menjatuhkan umat Islam itu sendiri.34 Situasi ini
diakui oleh Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika merasmikan pembukaan
sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877/ 4 Rabiul Awal 1294 H mengakui bahawa:
33 34
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm. 5-6 Ali
Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, hlm. 733.
12
“ … sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat jelata sentiasa
meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan
kedaulatan undang-undang, namun setelah itu kita mulai mengalami kemerosotan secara
berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu
kekuatan tersebut digantikan dengan kelemahan.”35
Hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat TU yang telah meninggalkan syariat Islam
dari pelbagai sudut ekonomi, sosial dan politik dan berpaling kepada konsep keduniaan
melumpuhkan nilai-nilai rohani dan nilai-nilai positif dalam pembentukan jiwa dan diri
seorang khalifah yang baik sehingga mendorong kemunculan pelbagai kemaksiatan yang
akhirnya menjerat kerajaan TU.
6.0 Peranan golongan minoriti Golongan minoriti dalam TU turut berperanan dalam
menjatuhkan kerajaan TU . Golongan tersebut ialah orang Yahudi dan Armenia. Orang
Yahudi merupakan terdiri daripada golongan kaya yang terlibat dalam perniagaan, perubatan
dan jawatan penting lain. Mereka memainkan peranan penting dari sudut sosial,
kebudayaan, politik dan ekonomi. Kaum Yahudi ini berperanan selama 400 tahun dalam
menjatuhkan kerajaan TU. Sultan Abd Hamid pernah menyatakan bahawa baginda tidak
bimbang pemberontakan dari pihak Rum, Armenia dan Albania kerana mampu
memadamkannya, kecuali orang Yahudi, kerana mereka orang-orang kaya dan sukar
menghadapi mereka.36
35
Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan
Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm.97. 36 Ibid., hlm. 510.
13
Orang Yahudi terutama Yahudi al-Dunamah telah melakukan pelbagai cara dalam
menjatuhkan TU termasuk seruan perkauman, sama ada perkauman Arab, Turki, Kurdi dan
lainnya dan dengan mengajak menyertai pertubuhan sulit terutama Freemason. Mereka turut
menggunakan propaganda dan akhbar-akhbar bagi meruntuhkan khilafah.37 Orang Yahudi
mempunyai misi dalam mendapatkan Palestin tetapi terhalang oleh pemimpin-pemimpin TU
yang tidak mahu menyerahkan bumi suci itu kepada kaum Yahudi. Kurusu, seorang peguam
Yahudi iaitu wakil peribadi kepada Theodore Herzl, pemimpim utama Zionis bersumpah
menggulingkan Abdul Hamid kerana sebelum itu enggan menyerahkan bumi Palestin
kepada pihak Zionis.38 Hal ini membuktikan pihak Yahudi berperanan penting dalam
menjatuhkan kerajaan TU dan melakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan TU dan
sanggup bersekongkol dengan pihak Barat dalam memastikan kejatuhan kerajaan TU.
Seorang penganalisa sejarah Turki berkata: “Boleh dikatakan dengan tegas dan pasti
bahawa revolusi Turki hampir semuanya adalah hasil konspirasi pihak Yahudi Freemason.39
Selain itu, bangsa Armenia juga berperanan dalam menjatuhkan kerajaan TU. Walaupun
awalnya bangsa ini sangat setia dan berpuas hati dengan pemerintahan TU tetapi hasutan
barat dan pendidikan sekular menjadikan mereka bangsa yang menentang TU. Mereka
merupakan pengikut pelbagai Mazhab seperti Kristian, Khatolik, dan Protestan. Masyarakat
Armenia Mempunyai jawatan dalam jabatan kerajaan, wilayah dan kedutaan pada zaman
Sultan Hamid. Mereka telah bertindak mengkhianati TU dengan membantu Rusia
menentang TU pada 1876 kerana
37
38
39
Ibid., hlm. 511. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan,
hlm.163.
Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan
Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 436.
14
terpengaruh idea Nasionalisme yang telah diterapkan.40 Malahan mereka menubuhkan
pergerakan bersenjata yang di pelopori pelajar Armenia yang mendapat pendidikan di
Switzerland dan Perancis. Mereka mengeluarkan akhbar-akhbar sendiri seperti alJaridah
dan pihak Inggeris dan Yahudi telah memberikan bantuan kewangan kepada mereka dalam
pergerakan menjatuhkan TU. Semasa pemerintahan Sultan al-Hamid, bangsa Armenia
mempunyai 9 akhbar yang mempunyai hubungan dengan negara Barat.41 Barat
menggunakan bangsa ini sebagai boneka untuk menjatuhkan TU kerana mereka merupakan
minoriti beragama kristian. Malahan pelajar-pelajar Armenia yang belajar ke Barat telah
bersekongkol dan membuat perjanjian dengan para pemimpin Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi (
Satu persatuan Yahudi) untuk berjuang mengubah perlembagaan, menukar sultan dan
lainlain. Para pemimpin ini membawa bersama mereka revolusi dan perkauman bagi
menentang TU.42Pengkhianatan dalaman yang dilakukan oleh masyarakat minoriti TU ini
jelas membawa kepada keadaan kucar kacir dan berpecah-belah sehingga menjatuhkan
kerajaan TU. 7.0 Campurtangan Kuasa Asing Pihak Barat sentiasa menanti peluang untuk
menjatuhkan kerajaan TU. Oleh kerana soal keagamaan ( permusuhan Kristian dan Islam)
dan ekonomi (Kedudukan dunia arab yang berada ditengah merupakan strategik untuk
perdagangan), kerajaan TU seolah-olah menjadi sebuah kerajaan yang perlu dijatuhkan.
Britain, Rusia,
40 41
Ibid., hlm.622. Ibid., hlm.639. 42 Ibid., hlm.640-641.
15
Perancis, Jerman dan Itali sentiasa memanfaatkan setiap situasi dalam negara TU untuk
menjatuhkannya. Contohnya ketika bangsa Armenia enggan membayar cukai di wilayah
Taflis telah menyebabkan kerajaan TU mengambil tindakan. Akhbar-akhbar eropah
membuat serangan kepada kerajaan TU dengan menuduh Sultan Abdul alHamid melakukan
pembunuhan besaran terhadap bangsa Armenia.43 Pihak Barat cuba campurtangan dengan
propaganda palsu mempertahankan hak golongan minoriti, menyebarkan ilmu dan
perubatan. Padahal dalam masa yang sama cuba menerapkan idea Nasionalisme dan
hasutan serta membiayai pihak-pihak yang berjuang untuk menjatuhkan TU. Contohnya parti
al-IIttihad wa al-Taraqqi (nasionalis Turki) telah dibantu oleh majlis Freemason (Yahudi
antarabangsa), Vienna, Budapest, London, Paris dan Berlin.
44
Hal ini membuktikan bahawa Barat
sememangnya memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan TU sejak awal lagi
iaitu dengan meniupkan idea Nasionalisme dan seterusnya apabila semangat nasionalisme
berkobar-kobar mereka memberikan bantuan pula untuk menyemarakkan lagi perjuangan
dalam matlamat menggulingkan kerajaan TU KESIMPULAN Melalui esei yang telah
dibincangkan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa kejatuhan kerajaan TU bukan sahaja
disebabkan oleh kelemahan pemerintah-
pemerintah akhirnya tetapi juga didorong faktor lain seperti penyelewengan agama Islam,
Nasionalisme kaum, pengkhianatan dalaman dan Ancaman luaran. Kesemua
43 44
Ibid., hlm. 638. Ibid., hlm. 436.
16
faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain sehingga mempercepatkan proses kejatuhan
empayar Khalifah terakhir ini.
BIBLIOGRAFI Ali Muhammad Ash- Salabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah
Utsmaniyah. Jakarta: Pustaka Al-Kausar, Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan ‘Abd Al-
Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan
Minoriti), Kuala Lumpur: Prospecta Printers. Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat
Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam: Thinkers Librarys. Hamedi Mohd.
Adnan. 1991. Krisis Timur Tengah. Kuala Lumpur: Penerbit Amal. Marshall G.S. Hogson,
Mohd Razali Masrun (terj.). 2004. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam
Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil II., Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Mohammad Redzuan Othaman. 1991.Timur Tengah dan Afrika Utara
Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
.
17
Kerajaan Turki Uthmaniyah

Contenu connexe

Tendances

Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuNaratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuKOSPATI UKM
 
Kerajaan turki usmani
Kerajaan turki usmaniKerajaan turki usmani
Kerajaan turki usmaniAnnisa Hanani
 
Turki usmani
Turki usmaniTurki usmani
Turki usmaniriyoollll
 
Sejarah Mata Wang Islam Zaman Uthmaniyyah
Sejarah Mata Wang Islam Zaman UthmaniyyahSejarah Mata Wang Islam Zaman Uthmaniyyah
Sejarah Mata Wang Islam Zaman UthmaniyyahKOSPATI UKM
 
Aya Sophia: Sejarah Penubuhan Penelitian dari Aspek Seni Bina
Aya Sophia: Sejarah Penubuhan Penelitian dari Aspek Seni BinaAya Sophia: Sejarah Penubuhan Penelitian dari Aspek Seni Bina
Aya Sophia: Sejarah Penubuhan Penelitian dari Aspek Seni BinaKOSPATI UKM
 
Sejarah Dinasti Turki Usmani
Sejarah Dinasti Turki UsmaniSejarah Dinasti Turki Usmani
Sejarah Dinasti Turki UsmaniLuthfi Nk
 
Sejarah turki usmani
Sejarah turki usmaniSejarah turki usmani
Sejarah turki usmaniPearl Black
 
Makalah spi turki usmani
Makalah spi turki usmaniMakalah spi turki usmani
Makalah spi turki usmaniLtfltf
 
Pembahruan turki
Pembahruan turkiPembahruan turki
Pembahruan turki2samadua
 
Perkembangan islam pada abad pertengahan
Perkembangan islam pada abad pertengahanPerkembangan islam pada abad pertengahan
Perkembangan islam pada abad pertengahanArian Nurrifqhi
 
Sejarah Ketenteraan Uthmaniyyah pada Zaman Pemerintahan Mahmud I (1730-1754M)
Sejarah Ketenteraan Uthmaniyyah pada Zaman Pemerintahan Mahmud I (1730-1754M)Sejarah Ketenteraan Uthmaniyyah pada Zaman Pemerintahan Mahmud I (1730-1754M)
Sejarah Ketenteraan Uthmaniyyah pada Zaman Pemerintahan Mahmud I (1730-1754M)KOSPATI UKM
 
Perkembangan Islam pada Abad Pertengahan
Perkembangan Islam pada Abad PertengahanPerkembangan Islam pada Abad Pertengahan
Perkembangan Islam pada Abad PertengahanYanisa S
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Shafawi
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti ShafawiSejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Shafawi
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti ShafawiBhayu Sulistiawan
 
Persentasi Agama Arsyad
Persentasi Agama ArsyadPersentasi Agama Arsyad
Persentasi Agama ArsyadArsyad Maulana
 

Tendances (20)

Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuNaratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
 
Kerajaan turki usmani
Kerajaan turki usmaniKerajaan turki usmani
Kerajaan turki usmani
 
Turki usmani
Turki usmaniTurki usmani
Turki usmani
 
Sejarah Mata Wang Islam Zaman Uthmaniyyah
Sejarah Mata Wang Islam Zaman UthmaniyyahSejarah Mata Wang Islam Zaman Uthmaniyyah
Sejarah Mata Wang Islam Zaman Uthmaniyyah
 
Aya Sophia: Sejarah Penubuhan Penelitian dari Aspek Seni Bina
Aya Sophia: Sejarah Penubuhan Penelitian dari Aspek Seni BinaAya Sophia: Sejarah Penubuhan Penelitian dari Aspek Seni Bina
Aya Sophia: Sejarah Penubuhan Penelitian dari Aspek Seni Bina
 
sejarah kerajaan Usmani
sejarah kerajaan Usmanisejarah kerajaan Usmani
sejarah kerajaan Usmani
 
Turki utsmani
Turki utsmaniTurki utsmani
Turki utsmani
 
Sejarah Dinasti Turki Usmani
Sejarah Dinasti Turki UsmaniSejarah Dinasti Turki Usmani
Sejarah Dinasti Turki Usmani
 
Kerajaan turki usmani
Kerajaan turki usmaniKerajaan turki usmani
Kerajaan turki usmani
 
Turki usmani
Turki usmaniTurki usmani
Turki usmani
 
Sejarah turki usmani
Sejarah turki usmaniSejarah turki usmani
Sejarah turki usmani
 
Makalah spi turki usmani
Makalah spi turki usmaniMakalah spi turki usmani
Makalah spi turki usmani
 
Makalah dinasti utsmaniy
Makalah dinasti utsmaniyMakalah dinasti utsmaniy
Makalah dinasti utsmaniy
 
Perkembangan islam
Perkembangan islamPerkembangan islam
Perkembangan islam
 
Pembahruan turki
Pembahruan turkiPembahruan turki
Pembahruan turki
 
Perkembangan islam pada abad pertengahan
Perkembangan islam pada abad pertengahanPerkembangan islam pada abad pertengahan
Perkembangan islam pada abad pertengahan
 
Sejarah Ketenteraan Uthmaniyyah pada Zaman Pemerintahan Mahmud I (1730-1754M)
Sejarah Ketenteraan Uthmaniyyah pada Zaman Pemerintahan Mahmud I (1730-1754M)Sejarah Ketenteraan Uthmaniyyah pada Zaman Pemerintahan Mahmud I (1730-1754M)
Sejarah Ketenteraan Uthmaniyyah pada Zaman Pemerintahan Mahmud I (1730-1754M)
 
Perkembangan Islam pada Abad Pertengahan
Perkembangan Islam pada Abad PertengahanPerkembangan Islam pada Abad Pertengahan
Perkembangan Islam pada Abad Pertengahan
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Shafawi
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti ShafawiSejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Shafawi
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Shafawi
 
Persentasi Agama Arsyad
Persentasi Agama ArsyadPersentasi Agama Arsyad
Persentasi Agama Arsyad
 

Similaire à Kerajaan Turki Uthmaniyah

Kemunduran serta Ibrah dari Daulah Utsmani by Muh. Nuruddin Yusuf Ardin.pptx
Kemunduran serta Ibrah dari Daulah Utsmani by Muh. Nuruddin Yusuf Ardin.pptxKemunduran serta Ibrah dari Daulah Utsmani by Muh. Nuruddin Yusuf Ardin.pptx
Kemunduran serta Ibrah dari Daulah Utsmani by Muh. Nuruddin Yusuf Ardin.pptxMuhNuruddinYA
 
Masa tiga kerajaan besar
Masa tiga kerajaan besarMasa tiga kerajaan besar
Masa tiga kerajaan besarAnita Rahman
 
Ppt materi kelas xi sma
Ppt materi kelas xi smaPpt materi kelas xi sma
Ppt materi kelas xi smaanna matofani
 
Ppt Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Utsmani
Ppt Peradaban Islam Pada Masa Dinasti UtsmaniPpt Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Utsmani
Ppt Peradaban Islam Pada Masa Dinasti UtsmaniAliImronWahidatTarub
 
sejarah pemikiran ekonomi islam pada masa 3 kerajaan besar
sejarah pemikiran  ekonomi islam pada masa 3 kerajaan besarsejarah pemikiran  ekonomi islam pada masa 3 kerajaan besar
sejarah pemikiran ekonomi islam pada masa 3 kerajaan besarfajriatus sny
 
PPT PERADABAN DINASTI USMANI .. IRA.pptx
PPT PERADABAN DINASTI USMANI .. IRA.pptxPPT PERADABAN DINASTI USMANI .. IRA.pptx
PPT PERADABAN DINASTI USMANI .. IRA.pptxYayuIndriyani3
 
spi_turki_usmani (1).pptx
spi_turki_usmani (1).pptxspi_turki_usmani (1).pptx
spi_turki_usmani (1).pptxalimudinalim
 
Sultan muhammad al fateh
Sultan muhammad al fatehSultan muhammad al fateh
Sultan muhammad al fatehKhairul Nizam
 
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxMakalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxAchmadFatomy
 
Sejarah_Peradaban_Islam_Masa_Kerajaan.pptx
Sejarah_Peradaban_Islam_Masa_Kerajaan.pptxSejarah_Peradaban_Islam_Masa_Kerajaan.pptx
Sejarah_Peradaban_Islam_Masa_Kerajaan.pptxlukmanchannel
 
Perkembangan islam abad pertengahan
Perkembangan islam abad pertengahanPerkembangan islam abad pertengahan
Perkembangan islam abad pertengahanCatur Saputro
 
Sejarah Peradaban Islam II.pdf
Sejarah Peradaban Islam II.pdfSejarah Peradaban Islam II.pdf
Sejarah Peradaban Islam II.pdfhexagon103
 
Sejarah Peradaban Islam Zaman Pemerintahan Turki Uthmaniyyah (699-1343)
Sejarah Peradaban Islam Zaman Pemerintahan Turki Uthmaniyyah (699-1343)Sejarah Peradaban Islam Zaman Pemerintahan Turki Uthmaniyyah (699-1343)
Sejarah Peradaban Islam Zaman Pemerintahan Turki Uthmaniyyah (699-1343)KOSPATI UKM
 
Note topik 1
Note topik 1Note topik 1
Note topik 1azlina_ab
 

Similaire à Kerajaan Turki Uthmaniyah (20)

Kemunduran serta Ibrah dari Daulah Utsmani by Muh. Nuruddin Yusuf Ardin.pptx
Kemunduran serta Ibrah dari Daulah Utsmani by Muh. Nuruddin Yusuf Ardin.pptxKemunduran serta Ibrah dari Daulah Utsmani by Muh. Nuruddin Yusuf Ardin.pptx
Kemunduran serta Ibrah dari Daulah Utsmani by Muh. Nuruddin Yusuf Ardin.pptx
 
Masa tiga kerajaan besar
Masa tiga kerajaan besarMasa tiga kerajaan besar
Masa tiga kerajaan besar
 
Ppt materi kelas xi sma
Ppt materi kelas xi smaPpt materi kelas xi sma
Ppt materi kelas xi sma
 
Ppt Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Utsmani
Ppt Peradaban Islam Pada Masa Dinasti UtsmaniPpt Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Utsmani
Ppt Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Utsmani
 
sejarah pemikiran ekonomi islam pada masa 3 kerajaan besar
sejarah pemikiran  ekonomi islam pada masa 3 kerajaan besarsejarah pemikiran  ekonomi islam pada masa 3 kerajaan besar
sejarah pemikiran ekonomi islam pada masa 3 kerajaan besar
 
turki-usmani-ski.pptx
turki-usmani-ski.pptxturki-usmani-ski.pptx
turki-usmani-ski.pptx
 
PPT PERADABAN DINASTI USMANI .. IRA.pptx
PPT PERADABAN DINASTI USMANI .. IRA.pptxPPT PERADABAN DINASTI USMANI .. IRA.pptx
PPT PERADABAN DINASTI USMANI .. IRA.pptx
 
spi_turki_usmani (1).pptx
spi_turki_usmani (1).pptxspi_turki_usmani (1).pptx
spi_turki_usmani (1).pptx
 
Sultan muhammad al fateh
Sultan muhammad al fatehSultan muhammad al fateh
Sultan muhammad al fateh
 
Makalah SPI .docx
Makalah SPI .docxMakalah SPI .docx
Makalah SPI .docx
 
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxMakalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Sejarah_Peradaban_Islam_Masa_Kerajaan.pptx
Sejarah_Peradaban_Islam_Masa_Kerajaan.pptxSejarah_Peradaban_Islam_Masa_Kerajaan.pptx
Sejarah_Peradaban_Islam_Masa_Kerajaan.pptx
 
Materi 5
Materi 5Materi 5
Materi 5
 
Perkembangan islam abad pertengahan
Perkembangan islam abad pertengahanPerkembangan islam abad pertengahan
Perkembangan islam abad pertengahan
 
PPT .pptx
PPT .pptxPPT .pptx
PPT .pptx
 
Agama (kelompok 3)
Agama (kelompok 3)Agama (kelompok 3)
Agama (kelompok 3)
 
Sejarah Peradaban Islam II.pdf
Sejarah Peradaban Islam II.pdfSejarah Peradaban Islam II.pdf
Sejarah Peradaban Islam II.pdf
 
Sejarah Peradaban Islam Zaman Pemerintahan Turki Uthmaniyyah (699-1343)
Sejarah Peradaban Islam Zaman Pemerintahan Turki Uthmaniyyah (699-1343)Sejarah Peradaban Islam Zaman Pemerintahan Turki Uthmaniyyah (699-1343)
Sejarah Peradaban Islam Zaman Pemerintahan Turki Uthmaniyyah (699-1343)
 
Note topik 1
Note topik 1Note topik 1
Note topik 1
 

Plus de Nizam

Buku panduan pengurusan rmt
Buku panduan pengurusan rmtBuku panduan pengurusan rmt
Buku panduan pengurusan rmtNizam
 
Worksheet bendera asean
Worksheet bendera aseanWorksheet bendera asean
Worksheet bendera aseanNizam
 
Rumah kertas
Rumah kertasRumah kertas
Rumah kertasNizam
 
Pengenalan kerajaan turki uthmaniyah nina
Pengenalan kerajaan turki uthmaniyah ninaPengenalan kerajaan turki uthmaniyah nina
Pengenalan kerajaan turki uthmaniyah ninaNizam
 
Together7
Together7Together7
Together7Nizam
 
Tiru jam ini
Tiru jam iniTiru jam ini
Tiru jam iniNizam
 
Burnout
BurnoutBurnout
BurnoutNizam
 

Plus de Nizam (8)

Buku panduan pengurusan rmt
Buku panduan pengurusan rmtBuku panduan pengurusan rmt
Buku panduan pengurusan rmt
 
Worksheet bendera asean
Worksheet bendera aseanWorksheet bendera asean
Worksheet bendera asean
 
Rumah kertas
Rumah kertasRumah kertas
Rumah kertas
 
Pengenalan kerajaan turki uthmaniyah nina
Pengenalan kerajaan turki uthmaniyah ninaPengenalan kerajaan turki uthmaniyah nina
Pengenalan kerajaan turki uthmaniyah nina
 
Sifir
SifirSifir
Sifir
 
Together7
Together7Together7
Together7
 
Tiru jam ini
Tiru jam iniTiru jam ini
Tiru jam ini
 
Burnout
BurnoutBurnout
Burnout
 

Dernier

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxshafiraramadhani9
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 

Dernier (20)

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 

Kerajaan Turki Uthmaniyah

  • 1. PENGENALAN Kerajaan Turki Uthmaniyah (TU) telah diasaskan oleh Uthaman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Iaitu sebuah Kabilah Al-Ghuzz dari kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan laut Caspian. Beliau merupakan seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum Monggol ketika memberi khidmatnya kepada kesultanan Salquq dan berjaya menumpaskan pihak Byzantine sehingga Sultan Ali al-Din mengangkatnya sebagai Amir dengan nama Bad al-Shah Al Uthman.1 Hal ini telah menyebabkan empayar tersebut telah dikenali berdasarkan namaya iaitu Empayar Uthmaniyah.2 Kehebatan Uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh pemimpinpemimpin lain selepasnya yang mempunyai kekuatan peribadi dan moral yang tinggi iaitu seperti Sultan Murad I, Sultan Murad II, Sultan Bayazid I, Sultan Muhamad alFatih, Sultan Salim I dan mencapai tahap kegemilangannya pada zaman Sultan Sulaiman Qanuni (1520-1566). Pemerintahan yang hebat di kalangan pemimpin ini telah meletakkan empayar TU dalam keadaan yang sangat hebat sehingga mampu berkembang sehingga Afrika Utara disebelah barat daya dan Parsi di sebelah Timur. Kesultanan Uthamaniyah mempunyai lebih banyak taklukan di Eropah berbanding Asia.3 Ini membuktikan bahawa para pemimpin kerajaan TU lebih cenderung dalam memperluaskan kekuasaan mereka ke Eropah. 1 Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), Prospecta Printers, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 5. 2 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, Thinkers Librarys ,2000, hlm. 123. 3 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.56
  • 2. 1
  • 3. TU mulai mengalami kemerosotan semenjak pemerintahan Sultan Salim II. Kekuatan TU tidak lagi mampu bertahan sehingga akhirnya tumbang sepertimana yang terjadi kepada pemerintahan khalifah lain terdahulu. Namun, kejatuhan TU bukan sekadar kerana kelemahan pemerintahnya tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti proses Tanzimat, Nasionalisme, Kelonggaran ketenteraan, Pengkhianatan dalaman dan Ancaman Luaran. Hal ini akan dibahaskan melalui esei ini. FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN TURKI UTHMANIYAH 1.0 Kelemahan Pemerintah Pada Awal abad ke-17, kerajaan TU berada dalam keadaan yang tidak stabil apabila pemerintahannya yang kerap bersilih ganti akibat kematian pemimpinnya. Hal ini mengakibatkan setiap kali pertukaran Sultan berganti polisi kerajaan juga bertukar dan kestabilan negara kerap goyah. Lima orang sultan pertamanya pada abad ke -17 meninggal sebelum menjangkau usia 35 tahun . Pada saat ini pemimpin sangat bergantung kepada para pegawai untuk menguruskan pentadbiran negara. 4 Kurun ini menyaksikan kelemahan ramai pemerintah TU. Terdapat ramai sultan yang tidak sekuat sultan-sultan terdahulu antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M), Uthman II (1617-1621 M), Murad IV (1622-1640), Ibrahim bin Ahmad (1639-1648 M), Muhammad IV (1648-1687 M), Suleiman III (1687-1690 M), Ahmad II (1690-1694), Mustafa II (1694-1703 M), Ahmad III (1703-1730 M), Mahmud I (1730-1754 M), Ahman III (1754-1787 M), Mustafa III (1757-1773 M), dan Abdul Hamid I (1773-1788 M). 5 4 5 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 69 Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, Pustaka AlKausar, 2003, hlm .403-425.
  • 4. 2
  • 5. Sultan Utsman ke II misalnya telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Sultan hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak ditangan golongan elit Turki. Sultan hanya menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah berlaku sebanyak tujuh kali. 6 .Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. Beliau telah dinaikkan oleh golongan Freemasonry (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut. Beliau takut melihat kematian Sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh. Selain itu beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak berwibawa. 7Sultan pada kurun ke-18M juga berperibadi lemah dan terkenal dengan sikap zalim, ingin berlagak dengan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu. 8 Kelemahan Pemerintah mengawal golongan Harem dan pegawai tempatan juga menjerumuskan TU ke lembah kejatuhan. Pada kurun ke-16 telah menyaksikan kemasukan pengaruh perempuan dalam pemerintahan TU. Hal ini berikutan Sultan Uthamaniyah pada abad ke-16 sangatlah dipengaruhi oleh perempuan kerana mereka hidup terkurung di Istana Harem.9 Mereka dikurung bagi mengelakkan pergaduhan antara bakal waris takhta sehingga menyebabkan mereka lemah dan tidak pandai memerintah kerajaan.10 Maka, kelemahan ini telah dimanfaatkan oleh intitusi Harem. Golongan Harem berusaha untuk menaikkan zuriat masing-masing untuk menjadi 6 7 Ibid., hlm. 404. Ibid., hlm 528-529. 8 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm.3. 9 Harem. merujuk kepada ruangan dalam rumah yang menjadi kediaman para wanita, iaitu yang terdiri daripada kelompok isteri dan gundik kepada tuan rumah. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
  • 6. Pergolakan, hlm..4. 10 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm.59. 3
  • 7. sultan sehingga sanggup membunuh antara satu sama lain dan mengadakan pelbagai komplot agar cita-cita mereka tercapai. Akibatnya, berlakulah perebutan kuasa sehingga menyebabkan suasana politik lemah dan kepimpinan menurun dan pemerintah gagal mengawal situasi ini. Selain itu, sikap pegawai kerajaan TU juga berpecah-belah. Mereka sangat mementingkan kedudukan mereka dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedudukan. Maka, berlakulah rasuah dan penyelewengan kuasa. Golongan istana tidak bersatu padu dan birokrat awam atau Kaleimiyyeh yang menjawat jawatan tinggi juga berpecah belah pada abad ke-18. 11 Kelemahan yang wujud dalam pemerintahan ini dan pegawai yang mula berpecah belah dan mempunyai matlamat untuk kepentingan diri telah membawa kepada kejatuhan TU. Contohnya golongan pembesar daerah derebey yang menguasai kawasan-kawasan lembah kerap kali mencabar kerajaan pusat dan mengistiharkan kemerdekaan sendiri.12 Selain itu, pembesar-pembesar tempatan yang cuba membebaskan diri daripada TU adalah seperti Mamalik di Iraq, Alu Al-Azim di Suriah, Al-Syihabiyun di Libanon, Zahir Al-Umar di Palestin dan sebagainya.13 Situasi ini membuktikan kelemahan pemerintah TU sehingga pembesar berani berpaling tadah dan melakukan pemberontakan yang makin melemahkan TU. 2.0 Proses Tanzimat
  • 8. 11 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.166. 12 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan,, hlm.4. 13 Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, hlm. 712. 4
  • 9. Tanzimat14 bermaksud mengatur, menyusun dan memperbaiki. Dalam sejarah TU, Tanzimat merupakan satu pergerakan pembaharuan atau reformasi yang dilakukan TU dalam tahun 1939-1876. Sayangnya pemodenan yang dibuat dalam konteks TU adalah pembaharuan yang berasaskan pembaratan. Situasi ini semakin membuatkan TU semakin parah dan terperangkap dengan situasi sehingga hancurnya empayar yang luas ini. Pemodenan yang dilakukan bermula dengan pengistiharan Hatt-i-Sarif atau dikenali Piagam Kamar Merah (1830) dan Hatt-I- Humayun (1856) oleh Sultan Abdul Majid dan Rasyid Ali dan Fuad Pasha.15 Piagam ini merangkumi pembaharuan pentadbiran, penyelarasan sistem cukai, sistem kerahan tenaga, persamaan hak individu dan pendidikan sekular menggantikan pendidikan islam. Proses ini telah menyebabkan kemasukan fahaman sekular yang membahayakan TU. Piagam Hatt-IHumayum lebih menegaskan tentang sekularisme iaitu dengan menggugurkan rujukan tentang syariat Islam. 16Sebenarya proses ini amat dinanti-nanti oleh dunia barat kerana reformasi ini menguntungkan mereka dan rakyat kristian yang berada di bawah TU. Dari sudut ekonomi, pembaharuan ini merangkumi pembinaan infrastruktur canggih seperti pembinaan Sistem Kereta api Eropah Barat menerusi Anatolia terus ke Baghdad.1718 TU berhutang sehingga menyebabkan tekanan daripada pihak Eropah 14 Al-Tanzimat ialah perkataan bahasa Arab yang telah memasuki bahasa Turki Uthmaniyah dalam istilah politiknya. Ia adalah gerakan pembaharuan dan penyusunan mengikut cara Eropah dan pihak Barat. Maknanya dari sudut sejarah pula ialah gerakan pembaharuan dalam TU pada kurun ke-13 Hijrah atau ke-19M mengikut institusi-institusi dan undangundang eropah. Lihat Eeman Mohamed Abas,Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan Khilafah Islamiah, hlm.39. 15 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk
  • 10. Letupan dan Zaman MOden jil III, hlm.200. 16 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm.126127. 17 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III, hlm.303 18 Ibid., hlm.200 5
  • 11. yang mendesak agar Istanbul menghapuskan sekatan Import. Hal ini menyebabkan barangan daripada Eropah telah memenuhi pasaran TU dengan harga yang sangat murah sehingga menghancurkan ekonomi TU sendiri. Contohnya kemasukan barangan luar secara berterusan, kain-kain yang dibuat di luar negeri , adalah daripada bahan mentah Syria mengancam dan memusnahkan industri Syria.19 Sultan Abd al-Aziz meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank eropah mengawal kewangan Uthmaniyah. Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta , hutang yang ditanggung oleh kerajaan TU ialah melebihi daripada 200 juta pound Sterling. Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi TU dan menghancurkan TU. Dari sudut sosial, Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam. Pendidikan sekular ini tertumpu kepada karya sastera tertentu, arena persuratan berkembang maju dan terjemahan daripada fiksyen barat.20 Malahan sistem pendidikan telah disusun semula dan pada 1866, sebuah Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyelia sekolah sekular.21 Maka, sekolah sekular mula tumbuh seperti cendawan di TU. Malahan negara barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan mereka melalui beberapa institusi pendidikan seperti Amerika menubuhkan
  • 12. 19 20 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 102. Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III,, hlm. 302. 21 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 103. 6
  • 13. Universiti Bosporus (1863) dan Maktab Protestan Syria ( 1866). Manakala Perancis mengasaskan Imprrimerie Catholique pada 1853 dan the Universitende St. Joseph pada 1875.22 Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme, kapitalisme, imperialism terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentimen perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam TU. Malahan, pengenalan undang-undang barat juga telah dibawa masuk yang telah mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Pada 1869 Menteri kehakiman TU telah menubuhkan makhamah sekular yang mengehadkan bidang kuasa mahkamah Syariah.23 Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang dunia dan mengetepikan undang-undang yang selama ini telah diguna pakai oleh TU dan mendorong kejatuhan TU. Dari sudut politik dan pentadbiran, kerajaan TU telah memperkenalkan pentadbiran ala barat yang bertunjangkan sistem demokrasi. Kementerian tertentu telah ditubuh seperti kementerian Pelajaran (1857), polis(1870) dan Majlis Tanzimat yang berperanan menasihati Sultan. Tetapi hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara.24 Malahan, kuasa-kuasa Gabenor wilayah turut dikurangkan. kesultanan TU. 3.0 Kelonggaran Ketenteraan Situasi ini melemahkan 22 23 24 Ibid., hlm. 104 Ibid. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.162. 7
  • 14.
  • 15. Kekuatan TU ketika zaman keagungannya adalah dari segi ketenteraan dan ini terbukti dengan siri-siri perluasan kuasa yang dilakukan oleh Sultan-sultan terdahulu. Namun, disiplin ketenteraan yang mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan bergaul dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum arak, rasuah dan sebagainya. Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadap tanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan. 25 Selain itu, pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.26 Malahan pasukan tentera telah diwarnai dengan unsur- unsur rasuah dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan. Kelemahan disiplin dikalangan pegawai atasan akibat penjualan jawatan dari peringkat atasan. Pada awalnya, pelantikan adalah berdasarkan kemampuan berubah apabila peningkatan cukai secara tidak langsung telah menyebabkan wang menjadi segala-galanya untuk pengimbangan pendapatan.27 Disiplin ketenteraan merosot pada semua jentera pusat dan ini menggoyahkan kerajaan TU ketika menghadapi pemberontakan dalaman dan serangan luaran. Perlu saya tegaskan, bahawa TU adalah sebuah kerajaan yang luas dan bagi menampung keluasan ini sistem ketenteraan yang cekap amat penting. Tetapi, apabila keaadaan ketenteraan yang tenat, pengawalan kawasannya menjadi lemah dan TU mulai goyah dan secara perlahan-lahan menuju kejatuhan. 25 26
  • 16. Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm 65. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.4. 27 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III, hlm. 150151. 8
  • 17. Akibatnya, pembubaran unit Janissari telah dibuat dan ditentang hebat oleh golongan Janissari tetapi pembaharuan tetap dibuat oleh Sultan Mahmud II kerana menyedari kelemahan pasukan Janissari. Pemodenan tentera dibuat pada abad 19 dengan mengupah pakar asing dan menghantar pegawai kanan menjalani latihan di negara Barat. Sesiapa sahaja yang mempunyai kewarganegaraan boleh memasuki tentera berbeza dengan sebelum, ini yang hanya khusus untuk orang Islam sahaja dan kewajiban membayar cukai gantian yang dikenali ‘askariyyah’ kepada minoriti lain sebagai ganti perkhidmatan tentera. Sultan Mahmud II misalnya telah membeli senjata baru dan peralatan senjata kecil yang disembunyikan di Istananya.28 ini tetap tidak mampu menandingi negara Barat. Tetapi langkah 4.0 Pergerakan Nasionalisme TU kukuh dalam empayarnya kerana kesatuan yang wujud didalamnya. Namun, sejak fahaman sekular mulai meresap dalam nadi masyarakat yang berbilang kaum di bawahnya, perpecahan mula berlaku dan masing-masing bersaing sehingga menjerumuskan TU ke jurang kejatuhan. nasionalisme yang diimport dari Barat ini merupakan senjata yang amat ampuh. Malahan, institusi pendidikan sekular dan perkhidmatan pos serta kemudahan perhubungan lain yang ada membolehkan ideologi dan pemikiran baru yang diterapkan Eropah termasuk konsep revolusi, nasionalisme dan imperialism telah menyuburkan semangat kebangsaan bangsa Arab dan sentimen memerdekakan tanah Arab dari Turki yang berkobar-kobar.29 Gerakan perkauman ini 28 29
  • 18. Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 91. Hamedi Mohd. Adnan, Krisis Timur Tengah, Penerbit Amal, 1991, hlm. 17 9
  • 19. merupakan faktor keruntuhan TU kerana ketiadaan sikap bersatu padu ini telah memulakan fasa penjajahan barat dalam memecahbelahkan TU. Malahan nasionalisme mengandungi bibit-bibit jahilliyah yang sama dengan semangat abasiyah yang diharamkan oleh Islam. Nasionalisme inilah yang mengasingkan umat Islam antara satu sama lain dan menyebabkan mereka terus dikuasai oleh Barat.30 Sentimen anti Turki wujud bermula abad ke-19. Contohnya di Arabia, telah wujud pergerakan Wahabiyah yang bersifat anti Barat dan menentang dominasi Turki serta menentang amalan korupsi didalam TU. Golongan ini Berjaya menakluki Mekah tetapi seketika sahaja sebelum dikalahkan oleh Muhamad Ali Pasha pada 1810 dan pergerakan ini Berjaya menawan kembali Mekah pada 1924. Selain itu, masyarakat Maronite di Lubnan juga menjalankan sentiment anti-Turki akibat tidak berpuashati dianggap masyarakat kelas kedua. Sentimen ini kian memuncak apabila berlakunya gerakan kemerdekaan Kristian Lubnan pada 1860. Kewujudan sentimen perkauman antara masyarakat Turki dan Arab ini memuncak pada zaman Sultan Abdul Hamid apabila beliau telah mengenakan tindakan keras kepada masyarakat Arab dalam proses melumpuhkan gerakan pemberontakan tetapi sebaliknya tindakan itu ditafsir sebagai cubaan memenangkan bangsa Turki dan dasar anti- Arab. Sebenarnya, gerakan kemerdekaan Arab ini telah di taja oleh Kristian Barat untuk menjatuhkan kesatuan dunia Islam. Selain itu, Syarif Husain telah memberontak terhadap kerajaan TU pada Jun 1916 melalui komplot yang didalangi British. Syarif Husain sanggup menjual kehormatan agama kerana terpengaruh dengan janji British. Pemberontakan yang 30
  • 20. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm. 56. 10
  • 21. dilakukannya dikenali sebagai pemberontakan Arab dan Berjaya mengalahkan TU dengan bantuan pihak British. Kerajaan TU akhirnya runtuh kerana ketamakan Syarif Husain dan pihak British yang berjaya menguasai kerajaan tersebut.31 Nasionalisme Turki juga berperanan menjatuhkan kerajaan TU sendiri. Pertubuhan al-IIttihad wa al-Taraqqi telah membangkitkan semangat perkauman dikalangan masyarakat Turki. Pertubuhan ini menyeru kepada konsep baru seperti tanah air, perlembagaan, persamaan dan kebebasan. Matlamat persatuan ini ialah menggulingkan Abdul al-Hamid II dan menggantikannya dengan perlembagaan, keadilan dan reformasi. Yang memalukan, matlamat persatuan ini digariskan oleh orang Yahudi dan Freemason yand secara terangannya cuba memecahbelahkan umat Islam.32 Akhirnya, hal ini menjadi kenyataan apabila terhapusnya khalifah Uthmaniyah pada 1924. Nasionalisme Arab dan Turki ini berterusan sehingga meletusnya perang dunia yang pertama. Kemunculan gerakan-gerakan seperti Turki Muda dan sebagainya telah menyebabkan berlakunya peperangan yang mengugat TU. Kerajaan ini tidak mampu bertahan dengan serangan dalaman dengan bantuan pihak Barat yang sentiasa menanti untuk membahagi-bahagikan wilayah TU. Pada akhirnya, selepas Barat menjajah negara Islam barulah pemimpin gerakan nasionalisme ini mengaku salah dan berpendapat kerajaan Islam dibawah TU adalah seribu kali lebih baik dari Barat. Malahan Nasionalisme yang diperjuangkan gagal merealisasikan slogan mereka iaitu pembaharuan, kebebasan dan keadilan. Nasionalisme Turki, Nasionalisme Arab seiring 31 32 Ibid., hlm. 70-71. Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 306.
  • 22. 11
  • 23. dengan perancangan Barat dalam membangkitkan permusuhan dalaman TU ini berjalan lancar sehingga mengheret kerajaan TU ke lurah kehancuran. 5.0 Penyelewengan Islam Ajaran islam pada saat akhir kerajaan TU, telah dicemari oleh amalan kurafat dan tahayul yang melampaui batas.Masyarakat TU semakin lali dan mementingkan keduniaan. Hal ini terbukti apabila ramai menghiaskan diri dengan tangkal, azimat dan Jampi serapah untuk menghindar diri dari penyakit atau bala bencana. Malahan berlaku pemujaan kubur seperti memuja kubur wali atau orang yang dianggap keramat.33 Arak, Candu dan pelacuran semakin berleluasa dan melemahkan umat Islam. Selain itu, masjid telah lengang dan terdapat juga masyarakat TU yang berpuas hati dengan membilang tasbih tanpa melakukan tugas-tugas wajib seperti solat lima waktu. Terpesong dari ajaran Islam bermakna kelunturan nilai-nilai peribadi dan manusia berpaling ke arah dunia sehingga memporak-perandakan keadaan masyarakat yang sudah sedia tenat dalam kerajaan TU. Malahan, yang lebih menyedihkan adalah kemunculan para sufi yang menyimpang dari al-Quran dan al-Sunnah dan bersekongkol dengan pihak tertentu dalam menjatuhkan umat Islam itu sendiri.34 Situasi ini diakui oleh Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877/ 4 Rabiul Awal 1294 H mengakui bahawa: 33 34 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm. 5-6 Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, hlm. 733. 12
  • 24.
  • 25. “ … sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat jelata sentiasa meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan kedaulatan undang-undang, namun setelah itu kita mulai mengalami kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu kekuatan tersebut digantikan dengan kelemahan.”35 Hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat TU yang telah meninggalkan syariat Islam dari pelbagai sudut ekonomi, sosial dan politik dan berpaling kepada konsep keduniaan melumpuhkan nilai-nilai rohani dan nilai-nilai positif dalam pembentukan jiwa dan diri seorang khalifah yang baik sehingga mendorong kemunculan pelbagai kemaksiatan yang akhirnya menjerat kerajaan TU. 6.0 Peranan golongan minoriti Golongan minoriti dalam TU turut berperanan dalam menjatuhkan kerajaan TU . Golongan tersebut ialah orang Yahudi dan Armenia. Orang Yahudi merupakan terdiri daripada golongan kaya yang terlibat dalam perniagaan, perubatan dan jawatan penting lain. Mereka memainkan peranan penting dari sudut sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi. Kaum Yahudi ini berperanan selama 400 tahun dalam menjatuhkan kerajaan TU. Sultan Abd Hamid pernah menyatakan bahawa baginda tidak bimbang pemberontakan dari pihak Rum, Armenia dan Albania kerana mampu memadamkannya, kecuali orang Yahudi, kerana mereka orang-orang kaya dan sukar menghadapi mereka.36 35
  • 26. Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm.97. 36 Ibid., hlm. 510. 13
  • 27. Orang Yahudi terutama Yahudi al-Dunamah telah melakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan TU termasuk seruan perkauman, sama ada perkauman Arab, Turki, Kurdi dan lainnya dan dengan mengajak menyertai pertubuhan sulit terutama Freemason. Mereka turut menggunakan propaganda dan akhbar-akhbar bagi meruntuhkan khilafah.37 Orang Yahudi mempunyai misi dalam mendapatkan Palestin tetapi terhalang oleh pemimpin-pemimpin TU yang tidak mahu menyerahkan bumi suci itu kepada kaum Yahudi. Kurusu, seorang peguam Yahudi iaitu wakil peribadi kepada Theodore Herzl, pemimpim utama Zionis bersumpah menggulingkan Abdul Hamid kerana sebelum itu enggan menyerahkan bumi Palestin kepada pihak Zionis.38 Hal ini membuktikan pihak Yahudi berperanan penting dalam menjatuhkan kerajaan TU dan melakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan TU dan sanggup bersekongkol dengan pihak Barat dalam memastikan kejatuhan kerajaan TU. Seorang penganalisa sejarah Turki berkata: “Boleh dikatakan dengan tegas dan pasti bahawa revolusi Turki hampir semuanya adalah hasil konspirasi pihak Yahudi Freemason.39 Selain itu, bangsa Armenia juga berperanan dalam menjatuhkan kerajaan TU. Walaupun awalnya bangsa ini sangat setia dan berpuas hati dengan pemerintahan TU tetapi hasutan barat dan pendidikan sekular menjadikan mereka bangsa yang menentang TU. Mereka merupakan pengikut pelbagai Mazhab seperti Kristian, Khatolik, dan Protestan. Masyarakat Armenia Mempunyai jawatan dalam jabatan kerajaan, wilayah dan kedutaan pada zaman Sultan Hamid. Mereka telah bertindak mengkhianati TU dengan membantu Rusia menentang TU pada 1876 kerana 37 38 39
  • 28. Ibid., hlm. 511. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.163. Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 436. 14
  • 29. terpengaruh idea Nasionalisme yang telah diterapkan.40 Malahan mereka menubuhkan pergerakan bersenjata yang di pelopori pelajar Armenia yang mendapat pendidikan di Switzerland dan Perancis. Mereka mengeluarkan akhbar-akhbar sendiri seperti alJaridah dan pihak Inggeris dan Yahudi telah memberikan bantuan kewangan kepada mereka dalam pergerakan menjatuhkan TU. Semasa pemerintahan Sultan al-Hamid, bangsa Armenia mempunyai 9 akhbar yang mempunyai hubungan dengan negara Barat.41 Barat menggunakan bangsa ini sebagai boneka untuk menjatuhkan TU kerana mereka merupakan minoriti beragama kristian. Malahan pelajar-pelajar Armenia yang belajar ke Barat telah bersekongkol dan membuat perjanjian dengan para pemimpin Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi ( Satu persatuan Yahudi) untuk berjuang mengubah perlembagaan, menukar sultan dan lainlain. Para pemimpin ini membawa bersama mereka revolusi dan perkauman bagi menentang TU.42Pengkhianatan dalaman yang dilakukan oleh masyarakat minoriti TU ini jelas membawa kepada keadaan kucar kacir dan berpecah-belah sehingga menjatuhkan kerajaan TU. 7.0 Campurtangan Kuasa Asing Pihak Barat sentiasa menanti peluang untuk menjatuhkan kerajaan TU. Oleh kerana soal keagamaan ( permusuhan Kristian dan Islam) dan ekonomi (Kedudukan dunia arab yang berada ditengah merupakan strategik untuk perdagangan), kerajaan TU seolah-olah menjadi sebuah kerajaan yang perlu dijatuhkan. Britain, Rusia, 40 41 Ibid., hlm.622. Ibid., hlm.639. 42 Ibid., hlm.640-641. 15
  • 30.
  • 31. Perancis, Jerman dan Itali sentiasa memanfaatkan setiap situasi dalam negara TU untuk menjatuhkannya. Contohnya ketika bangsa Armenia enggan membayar cukai di wilayah Taflis telah menyebabkan kerajaan TU mengambil tindakan. Akhbar-akhbar eropah membuat serangan kepada kerajaan TU dengan menuduh Sultan Abdul alHamid melakukan pembunuhan besaran terhadap bangsa Armenia.43 Pihak Barat cuba campurtangan dengan propaganda palsu mempertahankan hak golongan minoriti, menyebarkan ilmu dan perubatan. Padahal dalam masa yang sama cuba menerapkan idea Nasionalisme dan hasutan serta membiayai pihak-pihak yang berjuang untuk menjatuhkan TU. Contohnya parti al-IIttihad wa al-Taraqqi (nasionalis Turki) telah dibantu oleh majlis Freemason (Yahudi antarabangsa), Vienna, Budapest, London, Paris dan Berlin. 44 Hal ini membuktikan bahawa Barat sememangnya memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan TU sejak awal lagi iaitu dengan meniupkan idea Nasionalisme dan seterusnya apabila semangat nasionalisme berkobar-kobar mereka memberikan bantuan pula untuk menyemarakkan lagi perjuangan dalam matlamat menggulingkan kerajaan TU KESIMPULAN Melalui esei yang telah dibincangkan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa kejatuhan kerajaan TU bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan pemerintah- pemerintah akhirnya tetapi juga didorong faktor lain seperti penyelewengan agama Islam, Nasionalisme kaum, pengkhianatan dalaman dan Ancaman luaran. Kesemua
  • 32. 43 44 Ibid., hlm. 638. Ibid., hlm. 436. 16
  • 33. faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain sehingga mempercepatkan proses kejatuhan empayar Khalifah terakhir ini. BIBLIOGRAFI Ali Muhammad Ash- Salabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. Jakarta: Pustaka Al-Kausar, Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan ‘Abd Al- Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), Kuala Lumpur: Prospecta Printers. Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam: Thinkers Librarys. Hamedi Mohd. Adnan. 1991. Krisis Timur Tengah. Kuala Lumpur: Penerbit Amal. Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.). 2004. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil II., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohammad Redzuan Othaman. 1991.Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, . 17