SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  14
4 
Pengagihan Sumber Modal Insan 
Di Sekolah 
Mohd Nizam Mat Tanda 
4.0 PENGENALAN 
Pembangunan Modal Insan merupakan teras utama dalam 
melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan berpandukan Misi 
Nasional. Program Pembangunan Modal Insan dalam Sains, 
Teknologi dan Inovasi merupakan usaha dan pelaburan Kerajaan 
dalam bidang (STI) ke arah meningkatkan kemahiran teknikal, 
kreativiti dan inovasi sumber manusia bagi memacu ekonomi 
berasaskan pengetahuan. 
Maka dengan ini, sistem pendidikan negara kita 
sememangnya perlu berubah dan menjalani suatu transformasi bagi 
memastikan pembangunan insan seimbang dapat direalisasikan dan 
ia bukanlah baru kepada sistem pendidikan negara tetapi sebelum 
ini ianya hanya sebuah teori di atas kertas semata-mata kerana 
perkara yang tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 
(FPK) yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang 
menyebut “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan
32 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia 
kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara 
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang 
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). 
Objektif Program Modal Insan ialah (a)Menambah 
kelompok kritikal saintis, jurutera dan penyelidik (RSE) dalam 
negara sehingga mencapai nisbah 50 RSE: 10,000 tenaga kerja 
dalam bidang keutamaan pada 2015, (b)Meningkatkan kemahiran 
penyelidikan yang bermutu tinggi, bertaraf global, dan memenuhi 
kehendak pasaran (market driven research) dan, (c) Meningkatkan 
tahap kecekapan dan kemahiran pengurusan R&D. 
Sekolah atau pusat institusi pendidikan merupakan tempat 
dimana sumber modal insan dihasilkan.Sistem Pendidikan di 
Malaysia secara umumnya dibahagi kepada 4 peringkat iaitu (a) 
pra sekolah (tadika), (b) sekolah rendah kebangsaan (srk, srjk), (c) 
sekolah menengah (smk, smka) dan,(d) institusi pengajian tinggi. 
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada etnik terbesar seperti 
Melayu, Cina dan India hinggalah penduduk bumiputera Sabah 
dan Sarawak mendapat peluang pendidikan dan Kerajaan 
mewajibkan keluarga dan ibu bapa menghantar anak-anak mereka 
ke sekolah. 
Konsep modal insan merujuk kepada perkataan modal 
mengikut Kamus Dewan bermaksud sesuatu yang digunakan untuk 
mendapat sesuatu yang lain, idea atau buah fikiran. Namun dalam 
konteks ini, modal insan ialah keupayaan manusia 
memaksimumkan penggunaan diri mereka dalam mencapai sesuatu 
yang terbaik dalam segala aspek kehidupan mereka berlandaskan 
nilai-nilai kemanusiaan yang didapati dari ajaran Islam. 
Manusia merupakan salah satu makhluk Allah yang 
dijadikan dari dua unsur utama iaitu jasmani dan rohani. Untuk 
menjadikan dua unsur ini berfungsi, manusia seterusnya 
dibekalkan akal. Namun akal manusia hanya akan berfungsi jika 
dipandukan dengan ilmu. Kerana inilah ayat yang pertama dalam 
al-Quran diturunkan berkaitan dengan usaha supaya mencari ilmu. 
Ayat al-Quran yang telah diturunkan jelas menunjukkan segalanya 
bermula dengan amalan bacaan.Firman Allah yang bermaksud: 
“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang
Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 33 
menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari 
sebuku darah beku.Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan 
manusia apa Yang tidak diketahuinya”. (al-Alaq:1-5) 
4.1 Pusat Sumber Ilmu Di Peringkat Menengah 
Berbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan mutu 
pendidikan, baik yang dilakukan pada tingkat nasional maupun 
daerah, antara lain melalui pelatihan dan peningkatan kompetensi 
guru, pembaikan frasarana dan prasarana pendidikan, penerbitan 
buku dan alat pelajaran terkini serta capaian internet di sekolah. 
Indikator mutu pendidikan dalam landasan yang nyata apabila 
penjenaman beberapa sekolah dikukuhkan dengan input serta 
sokongan dari badan korporat bagi kepentingan anak bangsa. 
Kebelakangan ini telah diberi penjenamaan yang mengikut 
pengkhususan dan pengurusan tertentu. Pelbagai nama dan gelaran 
diberikan. Antaranya iaitu (i)Sekolah Menengah Kebangsaan 
(SMK), (ii)Sekolah Menengah Kebangsan Agama (SMKA), (iii) 
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), (iv) Sekolah 
Menengah Mubaligh, (v) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), 
(vi)Sekolah Berasrama Penuh (SBP), (vii) Sekolah Menengah 
Teknik dan Vokasional, (viii) Kolej Vokasional, (ix) Sekolah 
Kluster, (x) Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), (xi) Sekolah Seni 
Malaysia (SSeM), (xii) Sekolah Sukan, (xiii) Sekolah Wawasan, 
(xiv) Sekolah Amanah dan (xv) Sekolah Bestari 
Sekolah berwatak; imej kecemerlangan samada bidang 
akademik dan ko-kurikulum serta sukan.Dasar sekolah berkenaan 
mengangkat bidang kepakaran dari tenaga pengajar sekolah dalam 
kecemerlangan dan pencapaian ke peringkat samada kebangsaan 
dan antarabangsa. 
Potensi pelajar digilap berorientasi suasana pembelajaran 
dan kaedah khusus kepada kecenderungan psikomotor dan kognitif 
individu. Pengesanan awal dan teknik pengendalian yang 
berprestasi tinggi bagi menghasilkan impak yang besar dan bukan 
biasa-biasa.
34 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia 
Sekolah Aliran Perdana 
Secara tradisi sejak era kemerdekaan Tanah Melayu, anak-anak 
disekolahkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)-Sekolah 
menengah harian biasa yang menumpukan kepada aspek 
menyediakan hak pendidikan yang sama rata kepada rakyat di 
seluruh pelusuk Malaysia. Sekolah ini boleh didapati di 
kebanyakan penempatan samada kawasan bandar, luar bandar dan 
pinggir bandar. 
Kurikulum sekolah ini menjuruskan anak-anak pelajar teras 
akademik asas seperti kemahiran 3M (membaca, menulis, 
mengira). Sekolah ini melahirkan anak-anak pelajar yang berjiwa 
setempat. Sebilangan besar salahsilah keluarga bersekolah di 
sekolah yang sama atas faktor penempatan dan kampung halaman 
yang dekat. 
Aliran Agama 
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)-Sekolah 
menengah harian atau pun berasrama yang memfokuskan kepada 
pembelajaran pendidikan yang berteraskan kepada ajaranagama 
Islam dan dalam masa yang sama juga menumpukan kepada 
kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Pelajar ini diberikan 
kelebihan dalam aspek pengurusan diri sebagai seorang islam. 
Rata-rata pelajar ini digelar ustaz dan imam muda dan apabila 
kembali ke kediaman mereka boleh memimpin rakan-rakan sebaya 
mereka. 
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)-Sekolah 
pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan 
sekolah yang berfungsi dengan menggunakan dana dan sumbangan 
daripada orang ramai atau badan-badan yang sudi. Namun kini 
sekolah berkenaan juga mendapat biaya dan peruntukan daripada 
kerajaan dalam membaikpulih infrastruktur dan kemudahan di 
sekolah berkenaan.
Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 35 
Sekolah Menengah Mubaligh-Sekolah yang pada asalnya 
didirikan oleh mubaligh Kristian bagi memberi pendidikan kepada 
penduduk setempat serta menyediakan ruang untuk pembelajaran 
agama Kristian kepada yang beragama Kristian. 
Sekolah Berwatak 
Imej bagi sekolah-sekolah berwatak sangat dipandang tinggi oleh 
masyarakat dan menjadi idaman kepada setiap pelajar untuk 
menjadi keluarga institusi keilmuan di sana. Sekolah-sekolah 
Berasrama Penuh (SBP) merupakan sekolah menengah perdana 
yang dibina khusus untuk memberi peluang persaingan akademik 
tertinggi kepada pelajar bumiputera di luar bandar yang 
memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam UPSR dan PMR. 
Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan 
terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Manakala rangkaian 
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pula adalah sekolah 
berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat 
(MARA) sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA 
dalam bidang latihan dan pendidikan di kalangan anak-anak 
kelahiran Bumiputera sahaja. 
Sekolah Kluster merupakan suatu jenama akademik dan 
penarafan yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti 
cemerlang dan berkemampuan dalam klusternya daripada aspek 
pengurusan sekolah dan kemenjadian murid dan sekaligus boleh 
dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di 
luar klusternya. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan 
sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang 
tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek 
pendidikan. Bertindak sebagai penanda aras dalam soal 
kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan 
kepada semua sekolah di negara ini. 
Sekolah Kemahiran
36 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia 
Melahirkan modal insan yang kreatif dan mampu bersaing ke 
peringkat glokal. Kerajaan menaiktaraf standard dan tahap 
profesionalisme Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik 
Vokasional - Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi 
peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam 
pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja 
separa professional dan professional dalam bidang teknikal dan 
kejuruteraan. Bakal melahirkan ramai jurutera dan juruteknik dari 
pelbagai bidang kejuruteraan. 
Sekolah Seni Malaysia(SSeM)-Sebuah institusi pendidikan 
formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan 
menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi 
aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan 
kreatif.Terdapat 3 aliran di sekolah seni iaitu Seni Visual, Seni 
Persembahan dan Seni Muzik.Pelajar-pelajar disekolah ini banyak 
didedahkan dengan aktiviti Kesenian di peringkat Kebangsaan 
mahupun dunia. 
Sekolah Sukan-Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah 
untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat 
cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta 
dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi 
serta guru-guru akademik yang terpilih. Para pelajar di sekolah ini 
merupakan pelapis kepada atlit-atlit senior di peringkat kebangsaan 
dan ada dikalangan pelajarnya yang sudah aktif menyertai 
pertandingan 
Sekolah Wawasan-Beberapa sekolah awam berkongsi 
kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali 
sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah 
untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. 
Sekolah Amanah-Sekolah “separa korporat” akan menjadi 
kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara 
langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan 
kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif 
Sekolah Amanah mulai tahun 2013. 
Sekolah Amanah bukanlah sekolah elit seperti anggapan 
sesetengah pihak, tetapi iameliputi sekolah berprestasi lemah,
Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 37 
sederhana dan baik, natijah akhir program memastikan sekolah 
dapat tingkat prestasi melalui perkongsian amalan terbaik dalam 
sistem Sekolah Amanah. 
Menerusi konsep Sekolah Amanah, kementerian memberi 
kebebasan kepada pentadbir, guru dan pihak swasta itu dalam 
bidang tertentu termasuk kurikulum, kewangan dan perolehan. 
Garis panduan disediakan bagi mengelakkan pertindihan fungsi 
dan tugas.Ketika ini, 90 model Sekolah Amanah, perkongsian 
awam-swasta wujud di 50 negara termasuk Singapura, India dan 
Amerika Syarikat. 
Sekolah Bestari - Sekolah bestari merupakan satu konsep 
sekolah yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan 
pembelajaran di sekolah di samping memastikan semua pelajar 
tanpa mengira latar belakang mencapai potensi sepenuhnya dalam 
cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran 
yang berlainan. 
Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian 
pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka 
yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap 
pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi 
sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan 
gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan 
membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan 
4.2 Revolusi Sumber Modal Insan 
Y.A.B. Perdana Menteri ke 5 (2003-2009) Tun Abdullah Bin Haji 
Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi 
penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai 
satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan 
merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha 
Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang 
maju, cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang Wawasa 2020. 
Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa 
berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan 
ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan
38 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia 
teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, 
berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, 
beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, 
inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal 
dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti 
unggul. Merekalah yang akan menentu hala tuju negara pada masa 
hadapan 
Modal insan yang dibangunkan secara sempurna juga harus 
bukan sekadar dilaburkan untuk kepentingan ekonomi dan pasaran 
industri semata-mata, tetapi ia perlu lebih jauh dari itu, iaitu 
manusia harus dibangunkan dengan kerohanian yang luhur bagi 
mewujudkan pembangunan yang benar-benar seimbang. Oleh itu 
aspek kerohanian atau spiritualiti yang harus dibangunkan dengan 
berkesan ini memerlukan kepada agama. Aspek keagamaan inilah 
yang akan mencorakkan praktik kehidupan seseorang itu sehari-hari. 
Agama yang berteraskan kepada akidah yang sahih 
mempunyai peranan yang besar dalam membentuk modal insan 
yang berkualiti dan seimbang dari segi rohani dan jasmaninya 
(Mohd. Najib Tun Abdul Razak,2010) 
Oleh yang demikian, pembangunan yang kontang dari 
unsur rohani bahkan menafikan idea agama yang merupakan asas 
kehidupan merupakan pembangunan yang berunsur 
“kebinatangan” (animal). Ini kerana ia berbalik kepada perkara 
asas yang membezakan manusia dengan binatang, iaitu kekuatan 
minda dan roh serta kemampuan manusia dalam pengawalan hawa 
nafsu. Jika pembangunan yang dimajukan menepati akal minda 
dan meletakkan kepentingan rohani di landasan yang sebenar, 
maka pembangunan tersebut menepati citra fitrah manusiawi. 
4.3 Destinasi Selepas Peringkat Menengah 
Debaran menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 
2012 semakin hampir. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang 
bakal menentukan masa depan sendiri tanpa panduan yang 
lengkap. Akhirnya memilih bidang-bidang tertentu dalam keadaan
Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 39 
tergega-gesa. Pemilihan hendaklah berdasarkan minat dan 
kecenderungan selain keputusan peperiksaan 
Pelajar-pelajar di Malaysia boleh memilih dan menunggu 
untuk tawaran belajar ke peringkat yang lebih tinggi selepas 
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diterima. 
Universit 
i Awam 
SP 
M 
Kolej 
Swasta 
Kolej 
Matrikula 
si 
Politekn 
ik 
Tingkata 
n 6 
Giat 
MARA 
Rajah 1: Hala Tuju Selepas Sijil Pelajaran Malaysia 
Universiti - Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 
cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka 
selepas SPM. Jika ingin ke universiti, anda harus memohon UPU 
lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau 
asasi di mana-mana IPTA di Malaysia. Persaingan sengit diantara 
lepasan SPM dan STPM kerana pihak universiti menawarkan 
Diploma dan Ijazah kepada meraka yang layak. 
Kolej Matrikulasi - Selain program Asasi, anda boleh 
memohon matrikulasi samada dalam aliran sains (sains hayat & 
sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan. Seperti juga Asasi, 
selepas Matrik, boleh memohon saluran UPU lagi di mana anda 
akan memilih jurusan untuk pengajian peringkat ijazah Jangka 
masa program setahun yang mana dapat menjimatkan masa untuk
40 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia 
mengikuti program ijazah. Ada juga program matrik 2 tahun, 
bergantung kepada keputusan SPM pemohon. 
Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan - Di 
politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Difahamkan ada 3 
politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti.Politeknik 
Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah 
(POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. 
Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK 
dan sebagainya. Harus diingat bahawa taraf sijil adalah sama 
dengan sijil SPM manakala diploma sama dengan lepasan STPM. 
Kolej-kolej-Kalau membeli surat khabar sekarang ni, 
banyak iklan-iklan kolej swasta. Pemilihan Kolej-kolej swasta 
perlu dilihat kepada anugerah pengiktirafan daripada MQA 
(dahulunya LAN).Ada juga kolej yang menawarkan program 
diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di 
Kolej Teknologi Timur ada ditawarkan program diploma UiTM. 
Tingkatan 6 - Ramai juga pelajar lepasan SPM menjadikan 
tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa 
tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam 
budak-budak sekolah lagi kan? Lagipun biasanya pelajar memilih 
tingkatan 6 setelah gagal memasuki IPT. Dahulunya pelajar di 
Tingkatan 6 perlu mengenakan pakaian uniform sekolah, kena 
pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya.Namun pada 
tahun 2014 Kementerian Pelajaran telah member penjenamaan 
baru iaitu pemakaian dan masa pembelajaran mirip universiti, 
matrikulasi atau kolej. 
Berikut adalah statistik jumlah pelajar yang mendapat 
tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.Sumber 
dirujuk daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2011. 
Dapatan yang dilihat dari statistik menunjukkan jumlah pelajar 
tertinggi adalah dalam bidang sains sosial, perniagaan dan 
perundangan diikuti oleh bidang kejuruteraan, pembuatan dan 
pembinaan. Bilangan pelajar yang belajar di IPTA dan IPTS 
mengikut bidang pengajian pada tahun 2011.
Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 41 
Bidang pengajian IPTA IPTS Jumlah 
Pendidikan 42824 44504 87328 
Sains Sosial, Perniagaan dan 
180072 152816 332888 
Perundangan 
Sastera dan Kemanusiaan 44504 36543 81047 
Sains, Matematik dan 
68703 53814 122517 
Komputer 
Kejuruteraan, Pembuatan dan 
Pembinaan 
115048 57235 172238 
Pertanian dan Veterinar 11489 1328 12817 
Kesihatan dan Kebajikan 30316 49780 80096 
Perkhidmatan 15300 23732 39032 
Jumlah 508256 419752 928008 
*Sumber dari http://www.moe.gov.my/ 
Apa yang boleh dirungkai perlu di perhatikan dan dilihat 
apakah yang mungkin terjadi kepada negara ini apabila 
kecenderungan bidang tertentu yang terwujud selepas pelajar-pelajar 
ini tamat pengajian dan menempuh alam pekerjaan. Adakah 
ini modal insan yang dicetus dari perancangan atau jangkauan 
masa perlu ditambah ke suatu tahun yang baharu dan lebih 
signifikan sejajar dengan arus globalisasi yang berkembang pesat. 
Di samping itu diharapkan pelajar dilengkapkan dengan 
kemahiran teknologi maklumat, komunikasi, kebolehan berfikir 
secara kreatif dan kritis, mengamalkan konsep pembelajaran 
sepanjang hayat dan mempunyai nilai yang tinggi serta mampu 
untuk menjadi pemimpin dalam keluarga dan masyarakat. Ternyata 
perancangan dan dasar memihak kepada usaha menjana modal 
insan bertaraf antarabangsa.Namun apakah ramuan menjadikan 
modal insan bertaraf dunia?Adakah acuan sistem Barat menjadi 
taruhan? 
Menurut Prof Madya Dr Hailani Muji Tahir, pakar 
Muamalat di Jabatan Muamalat di Jabatan Syariah, Fakulti 
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, pembangunan 
modal insan berteraskan kefahaman Barat tidak mementingkan 
aspek kepercayaan kepada Tuhan sebagai teras utama.
42 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia 
Konsep modal insan Islam perlu berteraskan kepada pegangan 
aqidah yang utuh.Elemen itu pula diikat dengan keindahan syariat 
Islam sebagai panduan lantas dipandu oleh akhlak yang baik. 
Gabungan unsur aqidah, syariah dan akhlak akan melahirkan 
modal insan berkualiti yang dapat menghindarkan mereka daripada 
terbabit dengan salah guna kuasa, rasuah dan lain-lain lagi. 
4.4 Penutup 
Proses melahirkan modal insan kelas pertama harus didasari oleh 
perancangan strategik dan berkesan. Program latihan 
pembangunan sumber manusia harus membangunkan potensi insan 
lantas menjadikannya sebagai seorang pekerja yang berkebolehan 
menggunakan segala sumber untuk dijana menjadi sesuatu 
bermanfaat kepada organisasi dan negara. Tetapi kadar pulangan 
yang dihajati adalah ganjaran di dunia dan juga di akhirat 
berdasarkan amal soleh dan kerja kuat yang dilaksanakan dalam 
amalan hidup seharian. Ia bersifat multi-dimensi, melibatkan 
perubahan kuantitatif dan kualitatif serta penekanan penggunaan 
sumber yang dianugerahkan secara adil (Mohd Kamal 
Hassan,1988). Program kemahiran harus mengambil kira 
keperluan organisasi dengan kapasiti untuk memaksimumkan 
produktiviti.Ia harus merangkumi aspek latihan ICT, teknologi, 
komunikasi, pengurusan, motivasi, kepimpinan dengan tidak 
meminggirkan penerapan nilai dan kerohanian di dalam setiap 
program yang dianjurkan. 
Selain itu, aspek pembangunan kerjaya modal insan juga 
tidak harus dilupakan. Modal insan berkualiti harus mampu untuk 
melonjakkan diri ke suatu tahap perkembangan dalam sesebuah 
organisasi.Andainya seorang pekerja bermula dengan kerjaya 
dalam bidang pengeluaran, seharusnya mereka mempunyai ruang 
untuk meningkatkan akademik ke tahap diploma ataupun ijazah 
hingga dapat menguruskan sasaran pengeluaran.Dalam bidang 
pentadbiran misalnya, biarlah individu itu bermula dengan 
mentadbir sesuatu unit, namun mempunyai akses kepada program
Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 43 
latihan dan perkembangan kerjaya sehingga melayakkan mereka 
untuk mentadbir sebuah jabatan besar. 
Maka proses itu tidak seharusnya diletakkan di bahu 
pengurus jabatan latihan saja. Titik tolak ke arah pembentukan 
modal insan kelas pertama bermula dari dalam diri seseorang 
pekerja itu sendiri.Tanyalah diri sendiri sejauh mana diri mahu 
dilonjakkan menuju puncak kecemerlangan. Kemajuan sesuatu 
sistem latihan dan perkembangan kerjaya sesuatu organisasi itu 
tidak dapat berjalan seandainya individu sumber manusia itu 
sendiri tiada usaha untuk melonjakkan dirinya sebagai modal insan 
terpilih dan berkualiti. 
Rujukan 
Abdullah Ahmad Badawi (2007), “Human Development: The 
Engine of Economic Growth” dalam Abdullah Ahmad 
Badawi (ed), Islam Hadhari Approach: Towards a 
Progressive Islamic Civilisation, Putrajaya: JAKIM 
Abdul Rahman Ahmad (2006), Pembangunan Modal Insan: Apa 
dan Kenapa Perlu Dalam Konteks Organisasi di Malaysia, 
Kuala Lumpur: Human Resources Academy 
______(2006).Mukadimah Ibn Khaldun,(Terjemahan) Dewan 
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 
______(2006).Majlis Pengisytiharan Institut Perguruan 
Malaysia.Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian 
Pelajaran Malaysia, Putrajaya. 
______(2011) Pelan Strategik-Transformasi Pendidikan 
Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya: 
Percetakan Nasional Malaysia Berhad. 
Tenku Iskandar :(2007)Kamus Dewan Edisi Keempat, Cetakan 
Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 
Unit Perancang Ekonomi (2006).Perancangan Malaysia ke 9, 
2006-2010, Putrajaya: Percetakan Nasional 
MalaysiaBerhad. 
Laman Web 
Ucapan Bajet Tahun 2010. http://bajet.treasury.gov.my/
44 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia 
Pembangunan Modal Insan.www.mosti.gov.my/ 
Kementerian Pendidikan Malaysia , http://www.moe.gov.my/

Contenu connexe

Tendances

Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Habibi Syamsuddin
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
Ayu Faizah
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Jessika Denis
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
Mickgun
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
Ana Azuan
 
Guru dan cabaran semasa bab 2
Guru dan cabaran semasa  bab 2Guru dan cabaran semasa  bab 2
Guru dan cabaran semasa bab 2
Saadah Maiden
 
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
Ym Ghufran
 

Tendances (19)

Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
Pentadbiran
PentadbiranPentadbiran
Pentadbiran
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
 
Pembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia di
Pembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia diPembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia di
Pembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia di
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
 
4.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.20114.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.2011
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
Tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosialTugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
Tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
 
Sabk
SabkSabk
Sabk
 
Guru dan cabaran semasa bab 2
Guru dan cabaran semasa  bab 2Guru dan cabaran semasa  bab 2
Guru dan cabaran semasa bab 2
 
Transformasi pendidikan dtp
Transformasi pendidikan dtpTransformasi pendidikan dtp
Transformasi pendidikan dtp
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 

Similaire à Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)
Rozhan Zakaria
 
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insanPeranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
Syahir Shuhaimi
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Izwan Samsudin
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Ang Xiao Yean
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Uder Ahmad
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
girlfrida
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)
Temeji Sabu
 

Similaire à Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah (20)

PIPP
PIPPPIPP
PIPP
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
 
Aktiviti 7.3
Aktiviti 7.3Aktiviti 7.3
Aktiviti 7.3
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krs
 
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insanPeranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
Bentuk kurikulum
Bentuk kurikulumBentuk kurikulum
Bentuk kurikulum
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
 
Laluan kerjaya guru gc
Laluan kerjaya guru gcLaluan kerjaya guru gc
Laluan kerjaya guru gc
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)
 
1 taklimat umum kssr
1 taklimat umum kssr1 taklimat umum kssr
1 taklimat umum kssr
 

Dernier

Dernier (6)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 

Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

  • 1. 4 Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah Mohd Nizam Mat Tanda 4.0 PENGENALAN Pembangunan Modal Insan merupakan teras utama dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan berpandukan Misi Nasional. Program Pembangunan Modal Insan dalam Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan usaha dan pelaburan Kerajaan dalam bidang (STI) ke arah meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi sumber manusia bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Maka dengan ini, sistem pendidikan negara kita sememangnya perlu berubah dan menjalani suatu transformasi bagi memastikan pembangunan insan seimbang dapat direalisasikan dan ia bukanlah baru kepada sistem pendidikan negara tetapi sebelum ini ianya hanya sebuah teori di atas kertas semata-mata kerana perkara yang tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang menyebut “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan
  • 2. 32 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Objektif Program Modal Insan ialah (a)Menambah kelompok kritikal saintis, jurutera dan penyelidik (RSE) dalam negara sehingga mencapai nisbah 50 RSE: 10,000 tenaga kerja dalam bidang keutamaan pada 2015, (b)Meningkatkan kemahiran penyelidikan yang bermutu tinggi, bertaraf global, dan memenuhi kehendak pasaran (market driven research) dan, (c) Meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran pengurusan R&D. Sekolah atau pusat institusi pendidikan merupakan tempat dimana sumber modal insan dihasilkan.Sistem Pendidikan di Malaysia secara umumnya dibahagi kepada 4 peringkat iaitu (a) pra sekolah (tadika), (b) sekolah rendah kebangsaan (srk, srjk), (c) sekolah menengah (smk, smka) dan,(d) institusi pengajian tinggi. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada etnik terbesar seperti Melayu, Cina dan India hinggalah penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat peluang pendidikan dan Kerajaan mewajibkan keluarga dan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Konsep modal insan merujuk kepada perkataan modal mengikut Kamus Dewan bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapat sesuatu yang lain, idea atau buah fikiran. Namun dalam konteks ini, modal insan ialah keupayaan manusia memaksimumkan penggunaan diri mereka dalam mencapai sesuatu yang terbaik dalam segala aspek kehidupan mereka berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan yang didapati dari ajaran Islam. Manusia merupakan salah satu makhluk Allah yang dijadikan dari dua unsur utama iaitu jasmani dan rohani. Untuk menjadikan dua unsur ini berfungsi, manusia seterusnya dibekalkan akal. Namun akal manusia hanya akan berfungsi jika dipandukan dengan ilmu. Kerana inilah ayat yang pertama dalam al-Quran diturunkan berkaitan dengan usaha supaya mencari ilmu. Ayat al-Quran yang telah diturunkan jelas menunjukkan segalanya bermula dengan amalan bacaan.Firman Allah yang bermaksud: “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang
  • 3. Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 33 menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya”. (al-Alaq:1-5) 4.1 Pusat Sumber Ilmu Di Peringkat Menengah Berbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan, baik yang dilakukan pada tingkat nasional maupun daerah, antara lain melalui pelatihan dan peningkatan kompetensi guru, pembaikan frasarana dan prasarana pendidikan, penerbitan buku dan alat pelajaran terkini serta capaian internet di sekolah. Indikator mutu pendidikan dalam landasan yang nyata apabila penjenaman beberapa sekolah dikukuhkan dengan input serta sokongan dari badan korporat bagi kepentingan anak bangsa. Kebelakangan ini telah diberi penjenamaan yang mengikut pengkhususan dan pengurusan tertentu. Pelbagai nama dan gelaran diberikan. Antaranya iaitu (i)Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), (ii)Sekolah Menengah Kebangsan Agama (SMKA), (iii) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), (iv) Sekolah Menengah Mubaligh, (v) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), (vi)Sekolah Berasrama Penuh (SBP), (vii) Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, (viii) Kolej Vokasional, (ix) Sekolah Kluster, (x) Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), (xi) Sekolah Seni Malaysia (SSeM), (xii) Sekolah Sukan, (xiii) Sekolah Wawasan, (xiv) Sekolah Amanah dan (xv) Sekolah Bestari Sekolah berwatak; imej kecemerlangan samada bidang akademik dan ko-kurikulum serta sukan.Dasar sekolah berkenaan mengangkat bidang kepakaran dari tenaga pengajar sekolah dalam kecemerlangan dan pencapaian ke peringkat samada kebangsaan dan antarabangsa. Potensi pelajar digilap berorientasi suasana pembelajaran dan kaedah khusus kepada kecenderungan psikomotor dan kognitif individu. Pengesanan awal dan teknik pengendalian yang berprestasi tinggi bagi menghasilkan impak yang besar dan bukan biasa-biasa.
  • 4. 34 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia Sekolah Aliran Perdana Secara tradisi sejak era kemerdekaan Tanah Melayu, anak-anak disekolahkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)-Sekolah menengah harian biasa yang menumpukan kepada aspek menyediakan hak pendidikan yang sama rata kepada rakyat di seluruh pelusuk Malaysia. Sekolah ini boleh didapati di kebanyakan penempatan samada kawasan bandar, luar bandar dan pinggir bandar. Kurikulum sekolah ini menjuruskan anak-anak pelajar teras akademik asas seperti kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira). Sekolah ini melahirkan anak-anak pelajar yang berjiwa setempat. Sebilangan besar salahsilah keluarga bersekolah di sekolah yang sama atas faktor penempatan dan kampung halaman yang dekat. Aliran Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)-Sekolah menengah harian atau pun berasrama yang memfokuskan kepada pembelajaran pendidikan yang berteraskan kepada ajaranagama Islam dan dalam masa yang sama juga menumpukan kepada kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Pelajar ini diberikan kelebihan dalam aspek pengurusan diri sebagai seorang islam. Rata-rata pelajar ini digelar ustaz dan imam muda dan apabila kembali ke kediaman mereka boleh memimpin rakan-rakan sebaya mereka. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)-Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan sekolah yang berfungsi dengan menggunakan dana dan sumbangan daripada orang ramai atau badan-badan yang sudi. Namun kini sekolah berkenaan juga mendapat biaya dan peruntukan daripada kerajaan dalam membaikpulih infrastruktur dan kemudahan di sekolah berkenaan.
  • 5. Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 35 Sekolah Menengah Mubaligh-Sekolah yang pada asalnya didirikan oleh mubaligh Kristian bagi memberi pendidikan kepada penduduk setempat serta menyediakan ruang untuk pembelajaran agama Kristian kepada yang beragama Kristian. Sekolah Berwatak Imej bagi sekolah-sekolah berwatak sangat dipandang tinggi oleh masyarakat dan menjadi idaman kepada setiap pelajar untuk menjadi keluarga institusi keilmuan di sana. Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sekolah menengah perdana yang dibina khusus untuk memberi peluang persaingan akademik tertinggi kepada pelajar bumiputera di luar bandar yang memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Manakala rangkaian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pula adalah sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan di kalangan anak-anak kelahiran Bumiputera sahaja. Sekolah Kluster merupakan suatu jenama akademik dan penarafan yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dan berkemampuan dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid dan sekaligus boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Bertindak sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini. Sekolah Kemahiran
  • 6. 36 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia Melahirkan modal insan yang kreatif dan mampu bersaing ke peringkat glokal. Kerajaan menaiktaraf standard dan tahap profesionalisme Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik Vokasional - Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja separa professional dan professional dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Bakal melahirkan ramai jurutera dan juruteknik dari pelbagai bidang kejuruteraan. Sekolah Seni Malaysia(SSeM)-Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.Terdapat 3 aliran di sekolah seni iaitu Seni Visual, Seni Persembahan dan Seni Muzik.Pelajar-pelajar disekolah ini banyak didedahkan dengan aktiviti Kesenian di peringkat Kebangsaan mahupun dunia. Sekolah Sukan-Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Para pelajar di sekolah ini merupakan pelapis kepada atlit-atlit senior di peringkat kebangsaan dan ada dikalangan pelajarnya yang sudah aktif menyertai pertandingan Sekolah Wawasan-Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Sekolah Amanah-Sekolah “separa korporat” akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun 2013. Sekolah Amanah bukanlah sekolah elit seperti anggapan sesetengah pihak, tetapi iameliputi sekolah berprestasi lemah,
  • 7. Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 37 sederhana dan baik, natijah akhir program memastikan sekolah dapat tingkat prestasi melalui perkongsian amalan terbaik dalam sistem Sekolah Amanah. Menerusi konsep Sekolah Amanah, kementerian memberi kebebasan kepada pentadbir, guru dan pihak swasta itu dalam bidang tertentu termasuk kurikulum, kewangan dan perolehan. Garis panduan disediakan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan tugas.Ketika ini, 90 model Sekolah Amanah, perkongsian awam-swasta wujud di 50 negara termasuk Singapura, India dan Amerika Syarikat. Sekolah Bestari - Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan semua pelajar tanpa mengira latar belakang mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan 4.2 Revolusi Sumber Modal Insan Y.A.B. Perdana Menteri ke 5 (2003-2009) Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang Wawasa 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan
  • 8. 38 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentu hala tuju negara pada masa hadapan Modal insan yang dibangunkan secara sempurna juga harus bukan sekadar dilaburkan untuk kepentingan ekonomi dan pasaran industri semata-mata, tetapi ia perlu lebih jauh dari itu, iaitu manusia harus dibangunkan dengan kerohanian yang luhur bagi mewujudkan pembangunan yang benar-benar seimbang. Oleh itu aspek kerohanian atau spiritualiti yang harus dibangunkan dengan berkesan ini memerlukan kepada agama. Aspek keagamaan inilah yang akan mencorakkan praktik kehidupan seseorang itu sehari-hari. Agama yang berteraskan kepada akidah yang sahih mempunyai peranan yang besar dalam membentuk modal insan yang berkualiti dan seimbang dari segi rohani dan jasmaninya (Mohd. Najib Tun Abdul Razak,2010) Oleh yang demikian, pembangunan yang kontang dari unsur rohani bahkan menafikan idea agama yang merupakan asas kehidupan merupakan pembangunan yang berunsur “kebinatangan” (animal). Ini kerana ia berbalik kepada perkara asas yang membezakan manusia dengan binatang, iaitu kekuatan minda dan roh serta kemampuan manusia dalam pengawalan hawa nafsu. Jika pembangunan yang dimajukan menepati akal minda dan meletakkan kepentingan rohani di landasan yang sebenar, maka pembangunan tersebut menepati citra fitrah manusiawi. 4.3 Destinasi Selepas Peringkat Menengah Debaran menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 semakin hampir. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri tanpa panduan yang lengkap. Akhirnya memilih bidang-bidang tertentu dalam keadaan
  • 9. Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 39 tergega-gesa. Pemilihan hendaklah berdasarkan minat dan kecenderungan selain keputusan peperiksaan Pelajar-pelajar di Malaysia boleh memilih dan menunggu untuk tawaran belajar ke peringkat yang lebih tinggi selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diterima. Universit i Awam SP M Kolej Swasta Kolej Matrikula si Politekn ik Tingkata n 6 Giat MARA Rajah 1: Hala Tuju Selepas Sijil Pelajaran Malaysia Universiti - Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia. Persaingan sengit diantara lepasan SPM dan STPM kerana pihak universiti menawarkan Diploma dan Ijazah kepada meraka yang layak. Kolej Matrikulasi - Selain program Asasi, anda boleh memohon matrikulasi samada dalam aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan. Seperti juga Asasi, selepas Matrik, boleh memohon saluran UPU lagi di mana anda akan memilih jurusan untuk pengajian peringkat ijazah Jangka masa program setahun yang mana dapat menjimatkan masa untuk
  • 10. 40 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia mengikuti program ijazah. Ada juga program matrik 2 tahun, bergantung kepada keputusan SPM pemohon. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan - Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Difahamkan ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti.Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. Harus diingat bahawa taraf sijil adalah sama dengan sijil SPM manakala diploma sama dengan lepasan STPM. Kolej-kolej-Kalau membeli surat khabar sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Pemilihan Kolej-kolej swasta perlu dilihat kepada anugerah pengiktirafan daripada MQA (dahulunya LAN).Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Teknologi Timur ada ditawarkan program diploma UiTM. Tingkatan 6 - Ramai juga pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Lagipun biasanya pelajar memilih tingkatan 6 setelah gagal memasuki IPT. Dahulunya pelajar di Tingkatan 6 perlu mengenakan pakaian uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya.Namun pada tahun 2014 Kementerian Pelajaran telah member penjenamaan baru iaitu pemakaian dan masa pembelajaran mirip universiti, matrikulasi atau kolej. Berikut adalah statistik jumlah pelajar yang mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.Sumber dirujuk daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2011. Dapatan yang dilihat dari statistik menunjukkan jumlah pelajar tertinggi adalah dalam bidang sains sosial, perniagaan dan perundangan diikuti oleh bidang kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan. Bilangan pelajar yang belajar di IPTA dan IPTS mengikut bidang pengajian pada tahun 2011.
  • 11. Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 41 Bidang pengajian IPTA IPTS Jumlah Pendidikan 42824 44504 87328 Sains Sosial, Perniagaan dan 180072 152816 332888 Perundangan Sastera dan Kemanusiaan 44504 36543 81047 Sains, Matematik dan 68703 53814 122517 Komputer Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan 115048 57235 172238 Pertanian dan Veterinar 11489 1328 12817 Kesihatan dan Kebajikan 30316 49780 80096 Perkhidmatan 15300 23732 39032 Jumlah 508256 419752 928008 *Sumber dari http://www.moe.gov.my/ Apa yang boleh dirungkai perlu di perhatikan dan dilihat apakah yang mungkin terjadi kepada negara ini apabila kecenderungan bidang tertentu yang terwujud selepas pelajar-pelajar ini tamat pengajian dan menempuh alam pekerjaan. Adakah ini modal insan yang dicetus dari perancangan atau jangkauan masa perlu ditambah ke suatu tahun yang baharu dan lebih signifikan sejajar dengan arus globalisasi yang berkembang pesat. Di samping itu diharapkan pelajar dilengkapkan dengan kemahiran teknologi maklumat, komunikasi, kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan mempunyai nilai yang tinggi serta mampu untuk menjadi pemimpin dalam keluarga dan masyarakat. Ternyata perancangan dan dasar memihak kepada usaha menjana modal insan bertaraf antarabangsa.Namun apakah ramuan menjadikan modal insan bertaraf dunia?Adakah acuan sistem Barat menjadi taruhan? Menurut Prof Madya Dr Hailani Muji Tahir, pakar Muamalat di Jabatan Muamalat di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, pembangunan modal insan berteraskan kefahaman Barat tidak mementingkan aspek kepercayaan kepada Tuhan sebagai teras utama.
  • 12. 42 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia Konsep modal insan Islam perlu berteraskan kepada pegangan aqidah yang utuh.Elemen itu pula diikat dengan keindahan syariat Islam sebagai panduan lantas dipandu oleh akhlak yang baik. Gabungan unsur aqidah, syariah dan akhlak akan melahirkan modal insan berkualiti yang dapat menghindarkan mereka daripada terbabit dengan salah guna kuasa, rasuah dan lain-lain lagi. 4.4 Penutup Proses melahirkan modal insan kelas pertama harus didasari oleh perancangan strategik dan berkesan. Program latihan pembangunan sumber manusia harus membangunkan potensi insan lantas menjadikannya sebagai seorang pekerja yang berkebolehan menggunakan segala sumber untuk dijana menjadi sesuatu bermanfaat kepada organisasi dan negara. Tetapi kadar pulangan yang dihajati adalah ganjaran di dunia dan juga di akhirat berdasarkan amal soleh dan kerja kuat yang dilaksanakan dalam amalan hidup seharian. Ia bersifat multi-dimensi, melibatkan perubahan kuantitatif dan kualitatif serta penekanan penggunaan sumber yang dianugerahkan secara adil (Mohd Kamal Hassan,1988). Program kemahiran harus mengambil kira keperluan organisasi dengan kapasiti untuk memaksimumkan produktiviti.Ia harus merangkumi aspek latihan ICT, teknologi, komunikasi, pengurusan, motivasi, kepimpinan dengan tidak meminggirkan penerapan nilai dan kerohanian di dalam setiap program yang dianjurkan. Selain itu, aspek pembangunan kerjaya modal insan juga tidak harus dilupakan. Modal insan berkualiti harus mampu untuk melonjakkan diri ke suatu tahap perkembangan dalam sesebuah organisasi.Andainya seorang pekerja bermula dengan kerjaya dalam bidang pengeluaran, seharusnya mereka mempunyai ruang untuk meningkatkan akademik ke tahap diploma ataupun ijazah hingga dapat menguruskan sasaran pengeluaran.Dalam bidang pentadbiran misalnya, biarlah individu itu bermula dengan mentadbir sesuatu unit, namun mempunyai akses kepada program
  • 13. Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 43 latihan dan perkembangan kerjaya sehingga melayakkan mereka untuk mentadbir sebuah jabatan besar. Maka proses itu tidak seharusnya diletakkan di bahu pengurus jabatan latihan saja. Titik tolak ke arah pembentukan modal insan kelas pertama bermula dari dalam diri seseorang pekerja itu sendiri.Tanyalah diri sendiri sejauh mana diri mahu dilonjakkan menuju puncak kecemerlangan. Kemajuan sesuatu sistem latihan dan perkembangan kerjaya sesuatu organisasi itu tidak dapat berjalan seandainya individu sumber manusia itu sendiri tiada usaha untuk melonjakkan dirinya sebagai modal insan terpilih dan berkualiti. Rujukan Abdullah Ahmad Badawi (2007), “Human Development: The Engine of Economic Growth” dalam Abdullah Ahmad Badawi (ed), Islam Hadhari Approach: Towards a Progressive Islamic Civilisation, Putrajaya: JAKIM Abdul Rahman Ahmad (2006), Pembangunan Modal Insan: Apa dan Kenapa Perlu Dalam Konteks Organisasi di Malaysia, Kuala Lumpur: Human Resources Academy ______(2006).Mukadimah Ibn Khaldun,(Terjemahan) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ______(2006).Majlis Pengisytiharan Institut Perguruan Malaysia.Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. ______(2011) Pelan Strategik-Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Tenku Iskandar :(2007)Kamus Dewan Edisi Keempat, Cetakan Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Unit Perancang Ekonomi (2006).Perancangan Malaysia ke 9, 2006-2010, Putrajaya: Percetakan Nasional MalaysiaBerhad. Laman Web Ucapan Bajet Tahun 2010. http://bajet.treasury.gov.my/
  • 14. 44 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia Pembangunan Modal Insan.www.mosti.gov.my/ Kementerian Pendidikan Malaysia , http://www.moe.gov.my/