Tajuk: "Kitab-Kitab Hadith Yang Terpelihara Sehingga Kini"
Penulis: Muhammad Fathi Ali
Penulis menghasilkan penulisan ini pada tahun 2007, pada masa itu penulis bersama-sama Jabatan Hadith Laman Web Al-Ahkam.net sebagai Pembantu Panel, sebelum bertukar untuk berkhidmat dalam Jabatan Hadith Laman Web Al-Fikrah.net sehingga sekarang. Tulisan yang lama tersebut dikemaskini dan dijadikan E-Book. Moga Bermanfaat.
Edisi: Revisi Januari 2011
Muka Surat: 26 muka termasuk kulit
Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak cipta mana-mana syarikat percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali, dan dilarang meniagakannya tanpa izin
>> http://ansarul-hadis.blogspot.com/
"Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi"
"Kitab Hadith Yg Terpelihara Sehingga Kini"
1.
2.
3. ﺍﳊﻤﺪﷲﺭﺏﺍﻟﻌﺎﳌﲔ
ﻭﺍﻟﺼﻼﺓﻭﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻠﻰﻧﺒﻴﻨﺎﳏﻤﺪﻭﻋﻠﻰﺁﻟﻪﻭﺻﺤﺒﻪﻭﺳﻠﻢ
ﺃﻣﺎﺑﻌﺪ
KITAB-KITAB HADITH YANG
TERPELIHARA SEHINGGA KINI
Oleh: Muhammad Fathi Ali
"Ibn Hajar al-Asqalani berkata dalam kitabnya "al-Nukat `Ala Ibni Solah" (m/s: 992),
Abu Ja'far Muhammad bin al-Husain telah menyebutkan dalam kitabnya "al-Tamyiz"
daripada Syu'bah, al-Thauri, Yahya bin Said al-Qattan, Ibnu al-Mahdi, Ahmad bin
Hanbal dan lain-lain bahawa jumlah hadith-hadith yang disandarkan kepada Nabi
S.A.W (iaitu hadith-hadith sahih tanpa berulang) adalah 4400 (empat ribu empat
ratus) hadith"
erikut adalah senarai kitab-kitab Matan hadith yang masih terpelihara sejak dari
kurun yang awal Hijrah dan sehinggalah sekarang, yang telah sampai kepada kita
pada zaman ini. Sebahagian daripada kitab-kitab ini adalah tidak asing bagi kita dan
sebahagiannya mungkin baru. Senarai yang disebutkan dibawah termasuk juga kitab-kitab,
tulisan-tulisan dan manuskrip-manuskrip yang mengumpulkan matan hadis-hadis beserta
sanadnya yang lengkap, samada kitab itu memang dikhaskan untuk pengumpulan hadis
(seperti kutub al-Sittah) ataupun kitab-kitab yang tidak dikhaskan untuk pengumpulan
hadis, akan tetapi penulisnya turut menyebut hadis-hadis didalamnya dengan sanad
penulis itu sendiri (seperti kitab al-Umm karya Imam al-Syafie r.h).
B
4. Senarai kitab-kitab ini disediakan oleh seorang tokoh terkemuka dan juga Muhaddith
negara Iraq, iaitu as-Syaikh al-Muhaddith Dr. Mahir Yasin al-Fahl (hafizahullah) dalam
forum Multaqa' Ahli Hadeeth. Salah satu objektif dalam menyebut dan menyenaraikan
nama-nama kitab ini bertujuan untuk memperlihat kepada para pembaca betapa banyak
dan tidak terhitungnya kitab-kitab yang telah dikhaskan dan telah diabadikan untuk
pengumpulan hadis, walaupun senarai ini kelihatan banyak akan tetapi ia sebenarnya tidak
sempurna dan masih banyak lagi kitab-kitab yang tidak tersenarai, dan Syaikh Mahir
meminta agar mereka yang lain dalam thread tersebut agar dapat menambah lagi senarai
ini yang mana beliau tetinggal, dan setelah itu senarai ini bertambah lebih kurang 100 lagi
kitab yang tidak disenaraikan oleh Syaikh (link thread asal dalam arab disini:
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=30490), itupun rasanya masih banyak
lagi kitab-kitab yang terlepas.
Sesetengah orang, khususnya orientalis tersalah faham sehingga menganggap kitab-kitab
hadis seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim muncul secara tiba-tiba dan oleh itu ia tidak
dapat dipercayai, ini tidak benar sama sekali!! Bahkan dusta!! Bahkan menunjukkan
kedangkalan mereka terhadap sejarah penulisan dan pengumpulan hadis. Hadis-hadis
Baginda SAW telah mula dikumpul dan ditulis sejak zaman para sahabat dan setiap hadis-
hadis itu telah dikaji dan kenal pasti kesahihannya oleh para Imam-Imam Huffaz Hadis
yang mana pengkajian ini mencapai kemuncak dan kegemilangannya sekitar kurun kedua
dan ketiga Hijrah. Akan tetapi, bukanlah menjadi topik penulisan ini untuk membicarakan
sejarah pengkajian dan pengumpulan hadis.
Suatu perkara yang penting ialah, walaupun terdapat banyak kitab-kitab yang
menghimpunkan hadis-hadis. Namun, jika kita perhatikan kebanyakan (sangat banyak)
hadis-hadis yang terdapat dalam kitab-kitab ini hadis-hadisnya mempunyai sanad-sanad
yang turut bertembung, dan bertemu malah ada yang sama dengan sanad-sanad yang
terdapat dalam kitab-kitab hadis yang terkemuka seperti Kutub Sittah, Musnad Ahmad,
Muwatta' Malik dan lain-lain kitab hadis yang terkenal. Ini tidak termasuk kitab-kitab hadis
yang popular ini juga turut sesama sendiri sanad-sanadnya telah bertembung dan turut
bertemu dan ada yang sama. Dimana sanad-sanad ini adalah untuk hadis-hadis yang sama
dan lebih penting ia adalah dari guru-guru yang berbeza dan kesemuanya akan berbalik
kepada sumber sanad yang awal iaitu kepada para Tabiin dan para Sahabat dan seterusnya
kepada Baginda SAW. Sehinggakan begitu susah dan seolah sangat mustahil untuk kita
dapati walau satupun hadis sahih yang terdapat dalam kitab-kitab lain melainkan hadis-
hadis itu turut termuat dalam kitab-kitab hadis yang terkenal seperti kutub Sittah, Musnad
Ahmad, Muwatta' Malik dan lain-lain.
Malah jika kita perhatikan kepada jumlah hadis-hadis sahih, seperti yang dikhabarkan oleh
Imam-Imam Huffaz zaman kegemilangan kajian hadis seperti Syu'bah, al-Thauri, Yahya
bin Said al-Qattan, Ibnu al-Mahdi, Ahmad bin Hanbal, sebagaimana yang dinaqalkan oleh
Ibn Hajar dalam ''al-Nukat `Ala Ibni Solah'' ianya hanya berjumlah sekitar 4400 hadis
kesemuanya, dan turut dinaqalkan oleh Ibn Rajab al-Hanbali dalam ''Jami Ulum wal
Hikam'' bahawa Abu Daud menyatakan jumlah hadis-hadis sahih berjumlah sekitar hanya
4000 hadis. Tambahan lagi, hadis-hadis yang tidak berulang dalam dua kitab Sahih
(Bukhari dan Muslim) samada hadis yang diriwayatkan bersama (muttafaq alaih) ataupun
secara berasingan, telahpun berjumlah sebanyak 2900!!
5. Ini secara tidak langsung mampu memberi gambaran kepada kita bahawa kebanyakan
majoriti hadis-hadis sahih adalah sebenarnya telah termuat dalam kitab Sahih Bukhari dan
Sahih Muslim. Ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata al-Hafiz Ibn Mandah dalam ''Shurut
al-A’immah'' bahawa salah seorang Syaikh (Guru) kepada al-Hakim, al-Hafiz Abu ‘Abdillah
Muhammad ibn Ya’qub ibn al-Akhram menyatakan: ''betapa sangat jarangnya (iaitu
susahnya) sesuatu hadis yang tsabit itu terlepas oleh al-Bukhari dan Muslim'', kenyataaan
ini mengukuhkan bahawa walaupun bukan kesemuanya, tetapi kebanyakan majoriti, hadis-
hadis sahih adalah sebenarnya telahpun terkandung dalam kitab Sahihain.
Seperkara lagi, perlulah diingat dan difahami bahawa walaupun kitab-kitab yang akan
disebut dalam senarai dibawah nanti adalah kitab-kitab hadis yang telah berjaya hidup dan
terpelihara sehingga zaman kita ini, dan tidak dinafikan bahawa kitab-kitab yang tidak
berjaya sampai kepada kita sehingga zaman ini yang turut mengumpulkan hadis
(termasuk kitab-kitab yang tidak dikhaskan untuk pengumpulan hadis, akan tetapi turut
menyebut hadis-hadis dalamnya dengan sanad yang sendiri) masih banyak dan mungkin
berlipat kali ganda jumlahnya daripada yang berjaya terpelihara seperti yang akan
disenaraikan dibawah nanti. Walaubagaimanapun, dengan hanya membaca dan melihat
karya-karya yang telah sampai kepada kita hari ini pun, telah sangat jelas dan sangat
meyakinkan kepada kita bahawa tiada satupun daripada Sunnah yang terlepas, tertinggal
ataupun hilang dengan hilangnya atau tidak terpeliharanya kitab-kitab hadis lain yang
tidak berjaya sampai kepada kita pada zaman ini. Ini kerana, jika diperhatikan kitab-kitab
hadis yang telah berjaya sampai kepada kita pada zaman inipun, isinya hanya
mengandungi hadis-hadis yang sanad-sanadnya berulang-ulang perkara yang sama
dengan kitab-kitab yang lain, terutamanya dalam kitab-kitab hadis yang utama, terkemuka
dan penting seperti Kutub Sittah, Musnad Ahmad, Muwatta' Malik dan lain-lain kitab hadis
yang terkenal.
Ini diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa kitab-kitab hadis yang popular ini juga turut
sesama sendiri sanad-sanadnya telah bertembung dan turut bertemu dan ada yang sama
sesama mereka. Sehinggakan begitu susah dan seolah sangat mustahil untuk kita dapati
walau satupun hadis sahih yang terdapat dalam kitab-kitab lain melainkan hadis-hadis itu
turut termuat dalam kitab-kitab hadis yang terkenal seperti kutub Sittah, Musnad Ahmad,
Muwatta' Malik dan lain-lain. Malah seperti yang telah disebutkan sebelum ini kebanyakan
dan majoriti hadis-hadis Sahih pula telah termuat dan telah terkandung dalam dua kitab
Sahih (Sahihain iaitu samada Sahih Bukhari atau Sahih Muslim).