Contenu connexe Similaire à Peringkat Penurunan al-Quran (20) Plus de Noor Aziah Mamat (14) Peringkat Penurunan al-Quran1. Penghayatan Islam
ISL 1012
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
31/01/2012
Para ulama telah berselisih pendapat mengenai penurunan al-Quran. Namun demikian kita akan
menerima dan membincangkan bahawa al-Quran diturunkan melalui tiga peringkat iaitu:
Peringkat pertama : Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke Luh Mahfuz iaitu satu-satunya
tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua
makhluk-Nya. Ini terbukti dengan firman Allah SWT:
Maksudnya : “Bahkan ia al-Quran yang mulia. Di papan yang terpelihara (Luh Mahfuz)”
(Surah al-Buruj:21-22)
Hikmah Penurunan al-Quran peringkat pertama : merupakan kemuliaan bagi al-Quran itu sendiri
kerana tempat tersebut merupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah. Peringkat ini juga perlu
kerana peringkat itu menyempurnakan kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala
perancangan yang wujud di alam ini dan al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah
ke dunia ini. Penurunan peringkat ini adalah secara sekaligus.
Peringkat kedua : Penurunan peringkat ini ialah penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul
Izzah di langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah SWT:
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.”
(Surah al-Qadar:1)
Begitu juga dengan firman Allah dalam ayat berikut :
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan ia pada malam yang berkat, sesungguhnya
Kami pemberi peringatan kepada manusia.” (Surah ad-Dukhan:3)
©kpmsi/isl1012/jan-jun12
2. Penghayatan Islam
ISL 1012
Dalam firman Allah yang lain di dalam ayat yang berikut :
Maksudnya : “Bulan (puasa) yang diturunkan di dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk
kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak
dan yang batil.” (Surah al-Baqarah:185)
Penurunan peringkat ini adalah masih dalam keadaan sekaligus. Ini dapat dilihat dari hadith
yang telah diriwayatkan :
Maksudnya : “ Diturunkan al-Quran ke langit dunia dalam jumlah sekaligus pada malam Lailatul
Qadar kemudian diturunkan sesudah itu selama dua puluh tahun”
Walaupun begitu terdapat juga beberapa pendapat ulama’ yang tidak berapa kuat mengatakan
bahawa penurunan tersebut adalah berperingkat-peringkat. Antaranya :
Diturunkan al-Quran pada peringkat ini selama 23, 24 atau 25 malam Lailatul Qadar.
Diturunkan al-Quran buat kali pertama pada malam lailatul Qadar dan seterusnya secara
berperingkat-peringkat.
Diturunkan oleh Malaikat Hafazah kepada Malaikat Jibril a.s dalam jangka masa 24 malam.
Peringkat ketiga : Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah SAW secara
beransur-ansur selama 22,23,24 atau 25 tahun mengikut perselisihan pendapat para ulama’.
Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah dalam ayat yang berikut :
©kpmsi/isl1012/jan-jun12
3. Penghayatan Islam
ISL 1012
Maksudnya : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan
kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit.”
(Surah al-Isra’:106)
Firman Allah lagi dalam al-Quran :
Maksudnya : “Diturunkan oleh Roh Suci (Jibril a.s). Ke dalam hati engkau (Ya Muhammad)
supaya engkau memberi peringatan.” (Surah as-Syu’ara:194)
Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut :
Maksudnya : “Kami turunkan kepada engkau (Ya Muhammad) Kitab (al-Quran) untuk
menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat serta khabar gembira
bagi orang islam.” (Surah an-Nahl:89)
Hikmah diturunkan al-Quran berperingkat-peringkat :
Sesungguhnya terdapat banyak hikmah mengapa Allah menurunkan al-Quran secara
berperingkat-peringkat:
• Peringkat-peringkat tersebut dapat membezakan Kitab al-Quran dengan Kitab-kitab Allah
terdahulu. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sementara yang lain secara
sekaligus.
• Peringkat-peringkat tersebut dapat mengagungkan Kitab al-Quran iaitu kedatangannya disebar
kepada seluruh penghuni alam dari langit sampailah ke bumi.
• Peringkat-peringkat tersebut sesungguhnya bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada
seluruh makhluk penghuni semua penjuru alam bahawa al-Quran sebagai kitab yang terakhir itu
adalah dari Allah dan bukan ciptaan Nabi Muhammad atau sebagainya.
©kpmsi/isl1012/jan-jun12
4. Penghayatan Islam
ISL 1012
• Penurunan secara yang demikian sesungguhnya juga memuliakan kerasulan junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w sebagai penyudah dan Penghulu segala Nabi.
• Al-Quran tidak diturunkan sekaligus tetapi diturunkan secara beransur-ansur agar hati Nabi
Muhammad SAW menjadi kuat dan tetap.
Al-Quran terbukti diturunkan untuk menjadi petunjuk dan hidayah yang mengubah masyarakat
Jahiliyah yang buruk kepada umat Islam yang berbudi pekerti mulia dan mampu mengubah
alam. Maka sesungguhnya al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi sekalian alam.
©kpmsi/isl1012/jan-jun12