SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  5
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PAVLOV, WATSON DAN THORNDIKE DI
             DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


TEORI IVAN PETROVICH PAVLOV
       Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada
rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima
pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar
bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau
dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan
melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,
semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi
pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas),
maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun
tiada pujian daripada guru. Oleh itu, guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk
memperkukuhkan gerak balas terlazim. Guru juga boleh memotivasikan muridnya
dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang
dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru
boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang
untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi
murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set
induksi yang dapat menarik perhatian murid.
       Selain   itu,   guru   juga   perlu   melibatkan   murid-murid   dalam   proses
pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek
dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid dapat belajar dengan lebih
berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan
pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana
murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan.
Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas
ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.
       Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang
guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu,
konsep pemulihan semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkan
keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-
murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek untuk
meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid.




TEORI JOHN BROADUS WATSON
         Kajian J.B Watson banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov.
Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang
dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut
menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia
mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat
bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui
pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9
bulan dengan seekor tikus putih.
         Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip
kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang
menunjukkan      suatu   respons   terhadap   suatu   rangsangan,   semakin   tinggi
kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap
rangsangan tersebut. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami
dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi
mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaruan pula
menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan,
semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas
terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji
dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka
mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama
tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja. Oleh itu,
seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan
murid.
Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang
mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti
akan dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya
menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar
mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan
sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak menarik atau membosankan.
        Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik
bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikan
rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan
keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru juga
perlu   menggunakan     rangsangan   yang   boleh   memotivasikan    murid   seperti
mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi
mendorong mereka berminat untuk belajar.




TEORI EDWARD LEE THORNDIKE
        Beliau berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial
and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses
cuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses juba jaya. Latihan yang dilakukan secara
berulang-ulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat
permulaan akan semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan
dan gerak balas akan semakin kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiri
dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini
bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana
sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerak
balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, guru perlu menyediakan
pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan
agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan
menggunakan ICT dan audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani
proses pembelajaran dengan berkesan.
        Thorndike juga terkenal dengan tiga hukumnya       iaitu Hukum Kesediaan,
Hukum Latihan dan juga Hukum Kesan. Thorndike amat menyarankan ketiga-tiga
hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau
percaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi
mudah dan berkesan.
       Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum
seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu mempunyai
persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Murid
perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan
psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalam
mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan. Justeru
kesediaan murid sangat penting dalam memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya
mereka akan berasa seronok sepanjang pembelajaran berlaku dan seterusnya
objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Guru boleh menggunakan
motivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan
murid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia,
maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Motivasi yang diberikan adalah
sebagai satu rangsangan yang baik untuk meningkatkan semangat murid untuk
belajar.
       Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa perhubungan
antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan.
Ini bermakna, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas,
seseorang murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan untuk meningkatkan
keberkesanan pembelajaran. Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh
ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Sebagai contoh, jika
seseorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid itu akan menjadi
semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut
semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan
ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, guru perlu
sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang menyeronokkan supaya
murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran mereka.
       Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara rangsangan
dengan     gerak   balas   akan   bertambah   kukuh   jika   terdapat   kesan   yang
menyeronokkan.     Manakala     kesan    yang   menyakitkan   akan   melemahkan
perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranya
seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akan
mendorong mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika
seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan
semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang
diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan. Oleh itu, guru berperanan
mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberi ganjaran,
motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid supaya
mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi
tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan puas hati
seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu, guru
boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi
dalam pembelajaran mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap
kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokongan
yang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk
mencapai kejayaan yang mereka ingini.


      Kesimpulannya, ketiga-tiga tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan
persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya
perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas.
Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behavioris yang
menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Disebabkan teori
ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang
menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran di
dalam kelas. Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang
menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan
gerak balas. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan
perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Contenu connexe

Tendances

kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatKhasim Din
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Kemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisKemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisSohib AlQuran
 

Tendances (20)

kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Kemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisKemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulis
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 

Similaire à Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran

Implikasi behaviorisme dalam pdp
Implikasi behaviorisme dalam pdpImplikasi behaviorisme dalam pdp
Implikasi behaviorisme dalam pdpAinun Bariah Jaafar
 
Prinsip prinsip belajar teori pembelajaran
Prinsip prinsip belajar teori pembelajaranPrinsip prinsip belajar teori pembelajaran
Prinsip prinsip belajar teori pembelajaranheri sulistiowati
 
PPT-Teori belajar Behavioristik.pptx
PPT-Teori belajar Behavioristik.pptxPPT-Teori belajar Behavioristik.pptx
PPT-Teori belajar Behavioristik.pptxElysabetKristanti1
 
Istilah quantum diambil dari peristilahan ilmu fisika.docx
Istilah quantum diambil dari peristilahan ilmu fisika.docxIstilah quantum diambil dari peristilahan ilmu fisika.docx
Istilah quantum diambil dari peristilahan ilmu fisika.docxPlesetanKaos
 
Metode Pembelajaran Inquiry
Metode Pembelajaran InquiryMetode Pembelajaran Inquiry
Metode Pembelajaran Inquiry253545
 
Strategi pembelajaran active learning
Strategi pembelajaran active learningStrategi pembelajaran active learning
Strategi pembelajaran active learningSumarman Marman
 
Teori pembelajaran power point
Teori pembelajaran power pointTeori pembelajaran power point
Teori pembelajaran power pointintansayang
 
ppt klp1 teaching and learning.pptx
ppt klp1 teaching and learning.pptxppt klp1 teaching and learning.pptx
ppt klp1 teaching and learning.pptxNurfaizi12
 
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3NikenDwi15
 

Similaire à Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran (20)

Implikasi behaviorisme dalam pdp
Implikasi behaviorisme dalam pdpImplikasi behaviorisme dalam pdp
Implikasi behaviorisme dalam pdp
 
Ilmu pendidikan
Ilmu pendidikanIlmu pendidikan
Ilmu pendidikan
 
Prinsip prinsip belajar teori pembelajaran
Prinsip prinsip belajar teori pembelajaranPrinsip prinsip belajar teori pembelajaran
Prinsip prinsip belajar teori pembelajaran
 
Kelompok vii baru
Kelompok vii baruKelompok vii baru
Kelompok vii baru
 
PPT-Teori belajar Behavioristik.pptx
PPT-Teori belajar Behavioristik.pptxPPT-Teori belajar Behavioristik.pptx
PPT-Teori belajar Behavioristik.pptx
 
Prinsip prinsip belajar
Prinsip prinsip belajarPrinsip prinsip belajar
Prinsip prinsip belajar
 
Pembelajaran
PembelajaranPembelajaran
Pembelajaran
 
Istilah quantum diambil dari peristilahan ilmu fisika.docx
Istilah quantum diambil dari peristilahan ilmu fisika.docxIstilah quantum diambil dari peristilahan ilmu fisika.docx
Istilah quantum diambil dari peristilahan ilmu fisika.docx
 
Metode Pembelajaran Inquiry
Metode Pembelajaran InquiryMetode Pembelajaran Inquiry
Metode Pembelajaran Inquiry
 
Motivasi belajar
Motivasi belajarMotivasi belajar
Motivasi belajar
 
1216 2384-1-sm
1216 2384-1-sm1216 2384-1-sm
1216 2384-1-sm
 
Makalah teori belajar behavioristik
Makalah teori belajar behavioristikMakalah teori belajar behavioristik
Makalah teori belajar behavioristik
 
Strategi pembelajaran active learning
Strategi pembelajaran active learningStrategi pembelajaran active learning
Strategi pembelajaran active learning
 
TEORI_PEMBELAJARAN.pptx
TEORI_PEMBELAJARAN.pptxTEORI_PEMBELAJARAN.pptx
TEORI_PEMBELAJARAN.pptx
 
Prinsip prinsip belajar
Prinsip prinsip belajarPrinsip prinsip belajar
Prinsip prinsip belajar
 
Teori pembelajaran power point
Teori pembelajaran power pointTeori pembelajaran power point
Teori pembelajaran power point
 
ppt klp1 teaching and learning.pptx
ppt klp1 teaching and learning.pptxppt klp1 teaching and learning.pptx
ppt klp1 teaching and learning.pptx
 
PROFESI KEPENDIDIKAN
PROFESI KEPENDIDIKANPROFESI KEPENDIDIKAN
PROFESI KEPENDIDIKAN
 
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3
 
Makalah penguatan
Makalah penguatanMakalah penguatan
Makalah penguatan
 

Dernier

SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 

Dernier (20)

SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 

Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran

  • 1. IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PAVLOV, WATSON DAN THORNDIKE DI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEORI IVAN PETROVICH PAVLOV Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Oleh itu, guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim. Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui
  • 2. ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid- murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid. TEORI JOHN BROADUS WATSON Kajian J.B Watson banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9 bulan dengan seekor tikus putih. Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja. Oleh itu, seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan murid.
  • 3. Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak menarik atau membosankan. Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru juga perlu menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi mendorong mereka berminat untuk belajar. TEORI EDWARD LEE THORNDIKE Beliau berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses cuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses juba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan. Thorndike juga terkenal dengan tiga hukumnya iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan juga Hukum Kesan. Thorndike amat menyarankan ketiga-tiga
  • 4. hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan berkesan. Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Murid perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan. Justeru kesediaan murid sangat penting dalam memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya mereka akan berasa seronok sepanjang pembelajaran berlaku dan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Guru boleh menggunakan motivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan murid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia, maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Motivasi yang diberikan adalah sebagai satu rangsangan yang baik untuk meningkatkan semangat murid untuk belajar. Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan. Ini bermakna, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Sebagai contoh, jika seseorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid itu akan menjadi semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang menyeronokkan supaya murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran mereka. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang
  • 5. menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan melemahkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranya seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akan mendorong mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan. Oleh itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu, guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi dalam pembelajaran mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokongan yang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini. Kesimpulannya, ketiga-tiga tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas. Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behavioris yang menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Disebabkan teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.