SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
TAJUK : Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan
masyarakat.
..
..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu
amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri
seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh
kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan
penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula.
Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak
tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu
dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh
dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan
satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya.
Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti
mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan
segera. Tidak Kurang yang lupa kesan pengambilan makanan
berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan
garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh
mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung,
darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca
kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti
menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak
kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang
seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang
ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan
diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu
menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih
sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti
bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau
bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti
senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu
menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta
menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang
gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan
minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang
bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka
semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda
yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........Kita juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada
setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada
sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi,
mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup
juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan
jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah
mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas
kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung
lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih
semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam
aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru,
amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk
gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan
diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan
persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan
amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang
penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan
gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman
perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau
memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen
pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya.
Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah
seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air
mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara
demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka
daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang
sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi
dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan
bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati
lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu
yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka.
Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama
mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi
dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan
komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran
tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat
melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan
menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial
manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang
sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif
penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani
tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif
menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai
kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa
tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran
terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif
daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang
menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh
mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-
taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang
dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif
seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu
perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda
seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang
mampu dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh
diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya
hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat
mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri
manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita
semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik
daripada mengubatinya.
....
Posted by mohd nazri siweng at 11:53 AM
‘KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP
SIHAT’
Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan
sebagai amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat.
Amalan gaya hidup sihat memang banyak
kepentingannya kepada manusia. seseorang akan
sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, aktiviti
yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu.
Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah
dengan mengambil makanan yang seimbang mengikut
hierarki piramid makanan. Amalan pemakanan
seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang
diperlukan. Contohnya, seseorang itu perlu banyak
mengambil makanan yang berserat seperti sayur-
sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan
makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol
yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti
penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan
diabetis, obesiti akan dapat dielakkan kerana mencegah
penyakit lebih baik daripada mengubatinya.
Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan
menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan
melancarkan perjalanan darah dan badan akan
mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan
seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang
basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan
seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya
pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas
datangnya daripada tubuh yang cergas.
Selain itu, setiap orang perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ia bertujuan
untuk memastikan anggota dalaman tubuh seseorang
itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas
berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit
berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis,
dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal
melalui peralatan moden dalam bidang perubatan.
Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat
dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-
alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu
penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru
nak tengadah.
Kesimpulannya amalan gaya hidup sihat memang
perlu dijadikan budaya untuk menjamin kebahagiaan
hidup. Jadi, setiap individu perlulah mengambil langkah
yang proaktif untuk kekal hidup dengan bahagia kerana
kesihatan melambangkan kebahagiaan. Sekiranya
langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk
melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak
akan menjadi kenyataan.
Sekian, terima kasih.
Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat?Gaya
hidup sihat ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepda diri sendiri, keluarga dan
masyarakat . Pada era serba moden ini, amalan gaya hidup
sihat ini tidak dikira penting oleh masyarakat Malaysia malah
tidak dipedulikan langsung. Masyarakat kita sekarang hanya
menumpukan kerjaya mereka untuk hidup lebih selesa.
Mereka lupa bahawa kesihatan mereka lebih penting untuk
hidup selesa dan wang yang mereka mengejar sekarang
untuk hidup selesa tidak dapat membeli nyawa mereka
apabiladiserang penyakit.
Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, satu bentuk
pemakanan yang seimbang harus diberi perhatian penting
dalam kehidupan kita. Masyarakat Malaysia mempunyai
tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak mengambil berat
terhadap apa yang dimakan. Ini adalah kerana mereka lebih
suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti
mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun
makanan segera. Tidak kurang juga, masyarakat kita hari ini
juga lupa kesan pengambilan berlemak ataupun makanan
yang mempunyai kandung gula atau sodium glutamit yang
tinggi. Pemakanan yang seimbang bermaksud setiap sajian
yang diambil harus mengandungi nutrient penting iaitu
karbohidrat, protin, lemak,vitamin, mineral dan fibre. Kuantiti
makanan yang diambil haruslah mengikut pyramid makanan
di mana makanan yang berada di puncak piramid perlu
diambil dalam kuantiti yang sedikit manakala makanan yang
berada di tapak piramid makanan perlu diambil dalam lapan
hingga dua belas hidangan. Dengan bantuan pyramid
makanan, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan
berkolestrol yang akan mengundang penyakit obesiti. Obesiti
ditakrifkan sebagai keadaan dimana terdapat pengumpulan
dan peyimpanan lemak yang berlebihan di dalam badan. Ia
Amalan Pemakanan Seimbang Bersukan dan
Beriadah Pemeriksaan Kesihatan
Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut
dengan jelas menggambarkan kepentingan
amalan gaya hidup sihat kepada manusia.
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat,
seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan
bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan
payung sebelum hujan. Mengikut kajian yang
dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan
kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi
sihat melalui amalan hidup yang sihat. . Amalan
ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan
produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk
meningkatkan produktiviti negara.
Terdapat pelbagai amalan gaya hidup sihat yang
sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu.
Lantaran itu, persoalan yang perlu dirungkaikan
apakah amalan-amalannya?
Salah satu amalan signifikan yang
perlu diamalkan ialah amalan pemakanan
seimbang. Tak tumbuh tak melata! Hal ini
disebabkan tubuh orang yang mengamalkan
pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat
dan vitamin yang diperlukan. Sebagai uswahnya,
seseorang itu perlu banyak mengambil makanan
yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-
buahan serta mengurangkan makanan yang
berlemak atau mengandungi kolesterol yang
tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya
seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah
tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan
kerana mencegah penyakit lebih baik daripada
mengubatinya. Sudah terang lagikan bersuluh,
kehidupan yang bahagia tanpa penyakit dapat
dicapai melalui amalan pemakanan yang sihat dan
simbang.
Sementelahan, amalan lain yang perlu
diamalkan adalah dengan bersukan atau
beriadah. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan
dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan
seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan
perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan
peluh. Biar kita ambil contoh yang dekat dengan
kita, seseorang itu boleh bersukan seperti bermain
badminton, bola sepak, menunggang basikal,
berjoging, atau berenang pada waktu lapang demi
memperoleh kehidupan yang sihat. . Jika badan
seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah
daya pemikirannya juga cerdas kerana minda
yang cerdas datangnya daripada fizikal yang
cergas. Selain itu, badan yang cergas dan
sihat kan menjadikan seseorang itu lebih aktif
ketika melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang
dianggap serampang dua mata ini perlu dijadikan
amalan hidup kita seharian. Jelaslah bahawa
bersukan dan beriadah mendatangkan banyak
maslahat kepada fizikal dan minda kita.
Amalan terakhir yang tidak dapat diketepikan
sama sekali ialah seseorang itu perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Mengapakah amalan ini perlu diraktikkan? Hal ini
kerana amalan tersebut akan memastikan
anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti,
jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas
berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga,
penyakit berbahaya, contohnya penyakit jantung
koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat
dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden
dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah
pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera.
Hal ini demikian kerana alat-alat perubatan moden
dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan
tidaklah sudah terhantuk
baru tengadah. Justifikasinya, masa dan wang
ringgit dapat dijimatkan melalui amalan tersebut.
Secara tuntasnya, amalan gaya hidup sihat
seyogianya perlu dijadikan budaya untuk
melahirkan rakyat yang sihat. Dengan itu, semua
pihak termasuk Kementerian Kesihatan perlulah
mengambil langkah yang proaktif untuk
merealisasikan kehidupan yang sejahtera.
Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah
tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang
sihat dan cergas tidak akan menjadi realiti. Oleh
itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas
dan cerdas tidak akan menjadi fatamorgana jika
semua pihak saling berpegang pada prinsip yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Kalau bukan kita siapa lagi!
Amalan membentuk gaya hidup sihat

Contenu connexe

Tendances

Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Mak Winson
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
HT Hong
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
Sok Moi Lee
 
7 kelas makanan
7 kelas makanan7 kelas makanan
7 kelas makanan
aqey
 
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
Atiqah Azmi
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
Vivian Wmn
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
leucosolonia
 

Tendances (20)

Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Bab 3 proses penyerapan hasil pencernaan
Bab 3   proses penyerapan hasil pencernaanBab 3   proses penyerapan hasil pencernaan
Bab 3 proses penyerapan hasil pencernaan
 
7 kelas makanan
7 kelas makanan7 kelas makanan
7 kelas makanan
 
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
 
Nota matematik tingkatan 4
Nota matematik tingkatan 4Nota matematik tingkatan 4
Nota matematik tingkatan 4
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
2.3 Organisasi Sel
2.3 Organisasi Sel2.3 Organisasi Sel
2.3 Organisasi Sel
 
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKITContoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
 
Kata Ganda
 Kata Ganda  Kata Ganda
Kata Ganda
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
 
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Bab 2 Nutrisi
Bab 2 NutrisiBab 2 Nutrisi
Bab 2 Nutrisi
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 

En vedette (6)

Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 

Similaire à Amalan membentuk gaya hidup sihat

Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Septian Muna Barakati
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballard
Tan Fen
 
Bab i budaya hidup sehat
Bab i budaya hidup sehatBab i budaya hidup sehat
Bab i budaya hidup sehat
agus
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
KADATM
 

Similaire à Amalan membentuk gaya hidup sihat (20)

Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
New microsoft word document
New microsoft word documentNew microsoft word document
New microsoft word document
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballard
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat  dan bersih irmayaniMakalah pola hidup sehat  dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
 
Bab i budaya hidup sehat
Bab i budaya hidup sehatBab i budaya hidup sehat
Bab i budaya hidup sehat
 
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...
 
Pembangunan mapan
Pembangunan mapanPembangunan mapan
Pembangunan mapan
 
PJK2102W
PJK2102WPJK2102W
PJK2102W
 
Makalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehatMakalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 

Amalan membentuk gaya hidup sihat

  • 1. TAJUK : Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. .. ..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. . ..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak Kurang yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang. . ..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih
  • 2. sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. . ..........Kita juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. . ..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan
  • 3. gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. . ..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. . ..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran
  • 4. terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan- taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. . ..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. .... Posted by mohd nazri siweng at 11:53 AM
  • 5. ‘KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT’ Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang- kurangnya tiga kali seminggu. Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang mengikut hierarki piramid makanan. Amalan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur- sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan
  • 6. diabetis, obesiti akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas. Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ia bertujuan untuk memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat- alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu
  • 7. penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah. Kesimpulannya amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk menjamin kebahagiaan hidup. Jadi, setiap individu perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk kekal hidup dengan bahagia kerana kesihatan melambangkan kebahagiaan. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Sekian, terima kasih.
  • 8. Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat?Gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepda diri sendiri, keluarga dan masyarakat . Pada era serba moden ini, amalan gaya hidup sihat ini tidak dikira penting oleh masyarakat Malaysia malah tidak dipedulikan langsung. Masyarakat kita sekarang hanya menumpukan kerjaya mereka untuk hidup lebih selesa. Mereka lupa bahawa kesihatan mereka lebih penting untuk hidup selesa dan wang yang mereka mengejar sekarang untuk hidup selesa tidak dapat membeli nyawa mereka apabiladiserang penyakit. Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, satu bentuk pemakanan yang seimbang harus diberi perhatian penting dalam kehidupan kita. Masyarakat Malaysia mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak mengambil berat terhadap apa yang dimakan. Ini adalah kerana mereka lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti
  • 9. mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga, masyarakat kita hari ini juga lupa kesan pengambilan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandung gula atau sodium glutamit yang tinggi. Pemakanan yang seimbang bermaksud setiap sajian yang diambil harus mengandungi nutrient penting iaitu karbohidrat, protin, lemak,vitamin, mineral dan fibre. Kuantiti makanan yang diambil haruslah mengikut pyramid makanan di mana makanan yang berada di puncak piramid perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit manakala makanan yang berada di tapak piramid makanan perlu diambil dalam lapan hingga dua belas hidangan. Dengan bantuan pyramid makanan, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berkolestrol yang akan mengundang penyakit obesiti. Obesiti ditakrifkan sebagai keadaan dimana terdapat pengumpulan dan peyimpanan lemak yang berlebihan di dalam badan. Ia
  • 10. Amalan Pemakanan Seimbang Bersukan dan Beriadah Pemeriksaan Kesihatan Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut dengan jelas menggambarkan kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Mengikut kajian yang dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui amalan hidup yang sihat. . Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Terdapat pelbagai amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu.
  • 11. Lantaran itu, persoalan yang perlu dirungkaikan apakah amalan-amalannya? Salah satu amalan signifikan yang perlu diamalkan ialah amalan pemakanan seimbang. Tak tumbuh tak melata! Hal ini disebabkan tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah- buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Sudah terang lagikan bersuluh, kehidupan yang bahagia tanpa penyakit dapat dicapai melalui amalan pemakanan yang sihat dan simbang.
  • 12. Sementelahan, amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Biar kita ambil contoh yang dekat dengan kita, seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang pada waktu lapang demi memperoleh kehidupan yang sihat. . Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana minda yang cerdas datangnya daripada fizikal yang cergas. Selain itu, badan yang cergas dan sihat kan menjadikan seseorang itu lebih aktif ketika melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang dianggap serampang dua mata ini perlu dijadikan amalan hidup kita seharian. Jelaslah bahawa
  • 13. bersukan dan beriadah mendatangkan banyak maslahat kepada fizikal dan minda kita. Amalan terakhir yang tidak dapat diketepikan sama sekali ialah seseorang itu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengapakah amalan ini perlu diraktikkan? Hal ini kerana amalan tersebut akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya, contohnya penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. Justifikasinya, masa dan wang ringgit dapat dijimatkan melalui amalan tersebut.
  • 14. Secara tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seyogianya perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Dengan itu, semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan kehidupan yang sejahtera. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi realiti. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas tidak akan menjadi fatamorgana jika semua pihak saling berpegang pada prinsip yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kalau bukan kita siapa lagi!