SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
ISI KANDUNGAN


No.   Kandungan                                                            Muka surat


1     Pendahuluan                                                                1


2     Pengurusan

         1) Takrif Pengurusan                                                    3

         2) Sejarah Awal Pengurusan                                              4

         3) Konsep Pengurusan

                i.    Konsep Pengurusan Islam                                    6

               ii.    Konsep Pengurusan Barat                                    7

               iii.   Konsep Pengurusan Jepun                                    8

         4) Fungsi-fungsi Pengurusan

                i.    Proses Penyusunan                                          9

               ii.    Proses Pengarahan                                          9

               iii.   Proses Pengawalan                                          10



3     Organisasi

         1) Sektor Awam                                                          11

         2) Sektor Swasta                                                        11

         3) Perbezaan Sistem Pengurusan Sektor Awam Dengan Sektor Swasta         12



4     Kesimpulan                                                                 15



5     Bibliografi / Rujukan                                                      16




                                                                             0
PENDAHULUAN


Dalam dunia yang semakin maju dengan teknologi maklumat kini, pengurusan adalah salah

satu perkara yang sukar untuk dipisahkan dari manusia. Hal ini kerana, pengurusan adalah

salah satu aspek penting yang mampu mengurus, menyelaras serta mengimbangi pelbagai

aspek sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan

juga sering dikaitkan dengan pengurusan sistem paling ringkas iaitu keluarga hinggalah

pengurusan system paling kompleks iaitu pengurusan sesebuah negara.


Pengurusan juga dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila seseorang membicarakan tentang

konsep pengurusan sudah tentu 3 elemen utama iaitu pengurus, organisasi dan tatacara atau

garis panduan pengurusan turut disertakan.


Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang

seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai

„master-mind‟ dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga akan turut bertindak sebagai

pelaksana.


Sebagai seorang „master-mind‟, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat

dibawahnya untuk merancang segala tindakan serta aktiviti agar selaras dengan visi, misi dan

objektif yang telah ditetapkan serta jadual perancangan yang digariskan. Usaha untuk

mengarah dan memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurus

dengan pendekatan yang subjektif atau pelbagai berdasarkan gaya kepimpinan dan

kemampuan memanipulasikan serta kebolehan berkomunikasi seseorang pengurus.


Sebagai pelaksana pula, pengurus akan bertindak sebagai pembimbing dan pada masa yang

sama bergerak seiring bersama subordinatnya untuk melaksanakan visi, misi dan objektif yang

telah ditetapkan.



                                                                                               1
Sama ada sebagai „master-mind‟ mahupun pelaksana pengurus perlu bertindak berdasarkan

tatacara dan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang negara dan organisasi. Garis

panduan atau tatacara berkenaan tidak kira sama ada yang berasaskan contoh dan garis

panduan dari organisasi lain, mahupun idea pengurus itu sendiri, ataupun ia digubal dengan

persetujuan kolektif antara pengurus dan subordinat perlu sentiasa dipatuhi.


Pengurus biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakan

tanggungjawabnya memimpin organisasi di samping menjalankan fungsinya sebagai ketua

subordinatnya. Kuasa diperolehi samada daripada sumber perundangan sepertimana yang

ditetapkan oleh perlembagaan yang digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasa

diberikan dengan persetujuan kolektif semua ahli dalam organisasi tersebut. Kuasa yang ada

pada pengurus secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya dikendalikan dengan baik

dan menghormati „the spirit of ethic‟ akan menjadikan pengurus dilihat mengemudi

organisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa.




                                                                                             2
PENGURUSAN


1) TAKRIF PENGURUSAN


Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses

kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai

garis panduan tertentu.


Menurut Jaafar Muhamad (1992) kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa

Itali „maneggiare‟ iaitu „menangani‟ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin –

„manus‟ (tangan). Perkataan bahasa Perancis „mesnagement‟ telah banyak mempengaruhi

perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris „management‟ pada abad-abad ke 17 dan

18.


Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia pula „pengurusan terdiri daripada pengarahan

dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk

tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu

matlamat. Ia juga merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga

sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang

yang menjalankan fungsi pengurusan‟.


Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan „adalah sebagai seni untuk

mencapai sesuatu melalui orang lain‟. Free-Content Encyclopedia Wikipedia menyatakan

pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai „tindakan untuk mengukur sesuatu

kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai

rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang‟.


James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa „pengurusan adalah proses

merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan


                                                                                                3
menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang

ditetapkan‟. Mohammad Fauzi (2008).


Wan Azmi Ramli pula merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan

atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-

kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.


2) SEJARAH AWAL PENGURUSAN


Umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah

keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan

pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negara

bangsa.


Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan

kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan

kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem pengurusan

mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul negara,

mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke

atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.


Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain dan

peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai

sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash)

dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan

dalam pelbagai badan awam. Sivachandralingam & Ayadurai (2001)




                                                                                               4
Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285

undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan

pengurusan, perdagangan dan kewangan.


Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir‟aun dan

pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan

pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaan

piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistem

pengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja

setiap masa.


Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem

pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya „Law‟,

bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah

satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. Pemerintahan

Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri.

Sivachandralingam & Ayadurai (2001)


Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi

membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia

Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan

empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini

diberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan

model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. Jaafar Muhamad (1992).


Pihak pengurusan pula merupakan gabungan individu yang mengendalikan sesebuah

organisasi. Secara akademik definisi seperti ini sangatlah terhad pengertiannya. Oleh kerana

pengurusan itu bukannya individu atau sekumpulan individu, maka untuk tujuan kita, ia boleh


                                                                                               5
didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan

penggunaan sumber untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Mohammad Fauzi

(2008).


3) KONSEP PENGURUSAN


Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti

zamanMesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya, konsep pengurusan

yangmenjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu


  i.      Konsep Pengurusan Islam

  ii.     Konsep Pengurusan Barat

 iii.     Konsep Pengurusan Jepun


Konsep Pengurusan Islam


Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik

dimana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya

jelas,penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh

dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan

Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.


Definisi Pengurusan Islam


Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah

mengutarakandefinisi pengurusan. Di antaranya:


          a) Ahmad Ibrahim Abu Sin


                Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta

          kemahiran kelompok seseorang menjadi pengurus.


                                                                                               6
b) Profesor Syed Othman Alhabshi


               Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-

       sumberkewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat

       organisasisama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.


       c) Muhammad A. Al-Buraey


               Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai

       matlamat sebagaimakhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.


Konsep Pengurusan Barat


Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana iabergantung

kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus kearah

memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau

pengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem danciri-ciri nya.


Definisi Pengurusan Barat


Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah:


       a) Hilgert dan Leonard


               Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan

       denganmengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi

       kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.


       b) Boone dan Kurtz


               Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber

       manusia dansumber teknikal dengan cara yang paling efektif.


                                                                                            7
c) Gitman dan McDaniel


              Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan

       sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat

       organisasitersebut.


       d) Wagner dan Hollenback


               Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan

       kawalanperlakuan organisasi


Konsep Pengurusan Jepun


       Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang lebih

mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantung

kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan

membaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapai

kemajuan korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia.

Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :-


       a) Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management ) iaitu

pekerjaanadalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikan

kepadamereka yang paling lama berkhidmat.


       b) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak pengurusan

mengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama.

Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam membuat keputusan.


       c) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif,

ketaatandan etika.



                                                                                           8
4) FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN


Proses perancangan oleh sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada

tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program. Tujuan dan

objektif tertentu adalah merujuk kepada matlamat penubuhan organisasi pendidikan yang ingin

dicapai.


Perancangan juga melibatkan strategi yang akan digunapakai sepanjang program yang akan

berlangsung bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ringkasnya proses perancangan

ialah berusaha mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat

organisasi.




PROSES PENYUSUNAN


       Proses penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.

Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan perkara penting di mana maklumat tentang

pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan. Disamping itu pengurusan

staf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan dan

program kebajikan.




PROSES PENGARAHAN


       Proses pengarahan perlu dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi

berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni. Beberapa faktor yang terlibata

dalam proses ini ialah motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi.




                                                                                                 9
PROSES PENGAWALAN


       Proses pengawalan pula mesti berjalan dengan teratur dan tersusun di sepanjang

program berjalan bagi memastikan prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan.

Proses ini membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam

penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil. Pengawasan

aspek kemanusiaan juga merupakan perkara penting yang mesti diberi perhatian seperti sifat

kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku.




                                                                                             10
ORGANISASI


       Organisasi sektor awam kerap dikaitkan dengan pertubuhan-pertubuhan, badan-badan

dan jabatan-jabatan milik kerajaan pusat atau negeri


Bagi sektor swasta pula, jawapan yang kerap diberikan oleh masyarakat ialah organisasi-

organisasi milik persendirian yang mengenakan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan

atau barangan mereka


Peranan organisasi sektor awam dan swasta dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah

negara adalah sama penting


1) SEKTOR AWAM


Gordon (1986:7): pentadbiran awam boleh didefinisikan sebagai keseluruhan proses, organisasi

dan individu (kemudiannya bertindak atas jawatan dan peranan masing-masing) yang

melaksanakan undang-undang dan perintah yang diisukan oleh badan perundangan,eksekutif,

dan kehakiman


Fungsi ketiga-tiga badan tersebut dipisahkan mengikut Doktrin Pengasingan Kuasa


Basu (1988:1): pentadbiran awam ialah apa-apa bentuk pentadbiran demi memenuhi

kepentingan awam


2) SEKTOR SWASTA


Definisi umum tentang pengurusan ialah satu proses dan tindakan merancang, mengorganisasi,

mengarah, dan mengawal segala sumber organisasi.


Pengurusan sektor swasta ialah satu proses menjalankan fungsi-fungsi pengurusan mengikut

cara atau pilihan masing-masing



                                                                                           11
Sesebuah organisasi terdapat dua pihak utama iaitu pemilik atau tuan punya organisasi dan

satu pihak lagi ialah pekerja.


3) PERBEZAAN SISTEM PENGURUSAN SEKTOR AWAM DENGAN SEKTOR SWASTA


KEUNTUNGAN


       Keuntungan yang dimiliki oleh sektor awam adalah bertujuan untuk pembangunan serta

kemajuan negara secara keseluruhannya


       Keuntungan yang dimiliki atau diperolehi oleh sektor swasta pula adalah milik individu

tersebut oleh itu individu terlibat akan sedaya upaya memaksimumkan keuntungannya untuk

kepentingan diri sendiri.


KAWALAN KUASA


       Kawalan kuasa dalam sector awam bergantung kepada konsep pemusatan kuasa yang

tersedia dalam undang-undang negara.


       Kawalan kuasa dalam sektor swasta pula bergantung kepada konsep pembahagian

kuasa pemilik sesebuah organisasi tersebut.


HUBUNGAN DENGAN ORGANISASI BERKAITAN YANG LAIN


       Dalam organisasi awam, setiap organisasi akan saling membantu antara satu sama lain

iaitu untuk menyediakan kemudahan yang optimum kepada rakyat serta menjamin kelancaran

pembangunan serta pentadbiran negara.


       Dalam organisasi swasta pula, setiap organisasi beroperasi bagi mencapai matlamat

persendirian tanpa melibatkan organisasi yang lain.




                                                                                                12
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN


       Aktiviti-aktiviti organisasi daripada sektor awam dirangka mengikut kehendak kerajaan

yang memerintah dan mengikut keperluan dan kehendak rakyat dalam sesebuah negara.


       Aktiviti-aktiviti organisasi dalam sector swasta pula dirangka mengikut jenis operasi serta

terarah kepada keuntugan kewangan organisasi.


STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI


       Dalam pengurusan struktur organisasi awam banyak berlaku pertukaran kakitangan

disebabkan oleh pelbagai factor seperti kenaikan pngkat, persaraan dan pertukaran ke

organisasi awam yang lain sekiranya organisasi awam yang lain tidak mempunyai kakitangan

yang mencukupi.


       Dalam pengurusan struktur organisasi swasta pula kebyakkan jawatan adalah tetap

terutamanya pemilik organisasi swasta tersebut, sentiasa berada di hierarki utama organisasi

sepanjang hayat mereka sehinggalah organisasi tersebut bertukar hak milik ataupun muflis.


FAKTOR YANG MENDORONG PEMBANGUNAN ORGANISASI


       Sebarang pembangunan dalam organisasi awam bergantung kepada peruntukan atau

bajet dalam belanjawan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memrintah negara tersebut.


       Berlainan pula dengan pembangunan organisasi swasta yang dipengaruhi oleh

keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan atau perkhidmatan merupakan sumber

utama kepada pembangunan organisasi sektor swasta.


PENYEDIAAN BELANJAWAN


       Penyediaan belanjawan untuk organisasi awam dirangka mengikut peruntukan yang

disediakan oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

                                                                                               13
Penyediaan belanjawan bagi organisasi daripada sektor swasta pula dirangka

bergantung kepada keuntungan yang diperolehi.


TAHAP HEBAHAN AKTIVITI ORGANISASI


       Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor awam menjadi

perhatian media massa yang berfungsi sebagai pelapor kepada rakyat dalam sesebuah negara.


       Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor swasta kurang diberi

liputan oleh media massa kerana tidak semua orang mempunyai kepentingan terhadap

sesebuah organisasi swasta.


PERANAN SERTA FUNGSI ORGANISASI


       Setiap organisasi awam dalam sesebuah negara memainkan peranan serta fungsi

sebagai organisasi yang menyediakan keperluan rakyat bagi mengoptimumkan tahap kebajikan

rakyat dalam negara tersebut.


       Manakala dalam organisasi sektor swasta pula berfungsi sebagai pengeluar produk-

produk atau perkhidmatan yang berguna kepada rakyat bagi memastikan pemilik organisasi

swasta mencapai keuntungan tertentu. Namun begitu, kewujudan sesetengah sektor swasta

juga amat penting bagi membantu kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat

contohnya Syabas serta Tenaga Nasional Berhad yang telah menyediakan kemudahan air

serta tenaga elektrik di dalam negara Malaysia.




                                                                                             14
KESIMPULAN


Pengurusan merupakan sesuatu yang sinonim bagi semua perkara yang melibatkan organisasi

sama ada kecil atau pun besar. Sesebuah pengurusan amat penting bagi memastikan

kecekapan sesebuah organisasi bagi menghasilkan produk mahupun perkhidmatan yang

berdaya saing serta mempunyai nilai yang dapat memajukan organisasi tersebut seterusnya

mnyubangkan kepada kemajuan sesebuah negara.


Organisasi yang dapat pula dikategorikan kepada sektor awam dan juga sektor swasta seperti

yang telah dijelaskan dalam bab-bab sebelum ini. Kedua-dua sektor ini memainkan peranan

yang penting dalam menjana sesebuah nagara yang maju dan harmoni. Walaupun kedua-dua

sektor datangnya dari dua entity yang berbeza, namunbegitu tidak menghalang kedua-dua

sektor ini untuk saling bergantung serta berkerjasama memandangkan kedua-dua sektor ini

berkongsi negara yang sama.


Di dalam tugasan ini telah dihuraikan perbezaan diantara system pengurusan sektor awam

serta sektor swasta. Perbezaan-perbezaan ini jelas menunjukkan tujuan serta pengurusan lain

yang ketara perbezaan di antara kedua-dua entiti. Tugasan ini juga dapat membantu pelajar

unuk lebih memahami dan mendalami tentang takrif dan konsep pengurusan serta perbezaan

pengurusan sektor awam dan swasta. Beberapa contoh yang relevan juga turut disertakan bagi

menambah kefahaman.


Kesimpulan daripada tugasan ini bukan sahaja membantu pelajar untuk memahami isi tugasan

yang diberikan malahan turut menambah pengetahuan am yang lain bagi meningkatkan “soft

skill” pelajar-pelajar bagi menghadapi cabaran masa depan.




                                                                                            15
Bibliography

   1. Hasan, N. M. (2008, November 4). Keperluan Kebajikan dan Kebebasan Individu Perlu

        Seimbang Kekalkan Pembangunan Negara. Retrieved August 23, 2012, from Berita

        Harian On-Line: http://www.ibfim.com/index.php?option=com

        content&task=view&id=1940&ltemid=179

   2. Muhamad, J. (1988). Asas Pengurusan. Fajar Bakti.

   3. Ramli, W. A. (1991). Dasar Awam di Malaysia Volume 1. University of Michigan:

        Pustaka Cipta.

   4. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Lectumanan. (2001). Tamadun Dunia. Fajar

        Bakti.

   5.   Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Retrived on

        September 26, 2008 from http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-

        sejarah-dan-konsep-siri-1/

   6. Mary Parker Follet (1868 -1933). Vocational Business: Training, Developing and

        Motivating People oleh Richard Barrett - Perniagaan & Ekonomi - 2003. m.s. 51.

   7. Retrived on August 21, 2012: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan#cite_note-2




                                                                                          16

Contenu connexe

Tendances

Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Dr. Vignes Gopal
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayarangrace anzelletha
 
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & manFaktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & manfazrul
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukanmr_kay86
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Ilyani Azmi
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017grace anzelletha
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaTamil Malar
 
Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanikha2203
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuJANGAN TINGGAL DAKU
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikNikky Charloutee
 
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)Ckg Nizam
 
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranSky Red
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanZafarul_Irshard
 

Tendances (20)

Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & manFaktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
 
Unit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasianUnit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasian
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
 
Integriti
IntegritiIntegriti
Integriti
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
 
Aktiviti kemasyarakatan
Aktiviti kemasyarakatanAktiviti kemasyarakatan
Aktiviti kemasyarakatan
 
Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusan
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
 
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
Ful kk pp
Ful kk ppFul kk pp
Ful kk pp
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 

En vedette

Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Ar Rayyan
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awamNur Az
 
Chapter 4 eksternaliti
Chapter 4 eksternalitiChapter 4 eksternaliti
Chapter 4 eksternalitikim rae KI
 
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATPENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATCt Hussen
 
Panduan pengurusan pejabat baru
Panduan pengurusan pejabat   baruPanduan pengurusan pejabat   baru
Panduan pengurusan pejabat baruanjungteguhperdana
 
1 pengenalan ekonomi dlm pengurusan awam
1  pengenalan ekonomi dlm pengurusan awam1  pengenalan ekonomi dlm pengurusan awam
1 pengenalan ekonomi dlm pengurusan awamNur Az
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gvali ahmad
 
laporan latihan industri
laporan latihan industrilaporan latihan industri
laporan latihan industriPKB -> USIM
 
PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT
PANDUAN PENGURUSAN PEJABATPANDUAN PENGURUSAN PEJABAT
PANDUAN PENGURUSAN PEJABATfazrul
 
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesanPengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesanLee Oi Wah
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanBab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanCkg Nizam
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Rizalshah Zulkifli
 
Public sector accounting and budgetary accounting
Public sector accounting and budgetary accountingPublic sector accounting and budgetary accounting
Public sector accounting and budgetary accountingrezkyprast
 

En vedette (20)

Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Chapter 4 eksternaliti
Chapter 4 eksternalitiChapter 4 eksternaliti
Chapter 4 eksternaliti
 
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATPENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
 
Panduan pengurusan pejabat baru
Panduan pengurusan pejabat   baruPanduan pengurusan pejabat   baru
Panduan pengurusan pejabat baru
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Dasar Awam
Dasar AwamDasar Awam
Dasar Awam
 
Teori-teori Dasar Awam
Teori-teori Dasar AwamTeori-teori Dasar Awam
Teori-teori Dasar Awam
 
1 pengenalan ekonomi dlm pengurusan awam
1  pengenalan ekonomi dlm pengurusan awam1  pengenalan ekonomi dlm pengurusan awam
1 pengenalan ekonomi dlm pengurusan awam
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusiaPengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusia
 
laporan latihan industri
laporan latihan industrilaporan latihan industri
laporan latihan industri
 
PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT
PANDUAN PENGURUSAN PEJABATPANDUAN PENGURUSAN PEJABAT
PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT
 
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesanPengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanBab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi Perniagaan
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
 
Public sector accounting and budgetary accounting
Public sector accounting and budgetary accountingPublic sector accounting and budgetary accounting
Public sector accounting and budgetary accounting
 

Similaire à Pengurusan

FILSAFAT MODUL 4 KEL 1.pptx
FILSAFAT MODUL 4 KEL 1.pptxFILSAFAT MODUL 4 KEL 1.pptx
FILSAFAT MODUL 4 KEL 1.pptxEwiek02
 
Queen Rinjani, Dasar-Dasar Manajemen, Sosiologi, Dr. Taufik Ramdani, S.Th.I.,...
Queen Rinjani, Dasar-Dasar Manajemen, Sosiologi, Dr. Taufik Ramdani, S.Th.I.,...Queen Rinjani, Dasar-Dasar Manajemen, Sosiologi, Dr. Taufik Ramdani, S.Th.I.,...
Queen Rinjani, Dasar-Dasar Manajemen, Sosiologi, Dr. Taufik Ramdani, S.Th.I.,...Queen Rinjani
 
TUGAS MATA KULIAH PENGANTAR MANAJEMEN
TUGAS MATA KULIAH PENGANTAR MANAJEMENTUGAS MATA KULIAH PENGANTAR MANAJEMEN
TUGAS MATA KULIAH PENGANTAR MANAJEMENAisha Safira
 
SLIDE_1_PENGERTIAN_ADMINISTRASI.pptx
SLIDE_1_PENGERTIAN_ADMINISTRASI.pptxSLIDE_1_PENGERTIAN_ADMINISTRASI.pptx
SLIDE_1_PENGERTIAN_ADMINISTRASI.pptxHanyaAbdulH
 
Session 1 hakikat, filsafat dan perkembangan Ilmu Manajemen
Session 1 hakikat, filsafat dan perkembangan Ilmu ManajemenSession 1 hakikat, filsafat dan perkembangan Ilmu Manajemen
Session 1 hakikat, filsafat dan perkembangan Ilmu ManajemenAhmad Kurnia
 
Makalah manajemen-ADMINISTRATIF MANAGEMENT THEORY
Makalah manajemen-ADMINISTRATIF MANAGEMENT THEORYMakalah manajemen-ADMINISTRATIF MANAGEMENT THEORY
Makalah manajemen-ADMINISTRATIF MANAGEMENT THEORYKartika Dwi Rachmawati
 
Hakekat Manajemen Sekolah (Pengertian, Tujuan, Fungsi, Prinsip Dan Ruang Ling...
Hakekat Manajemen Sekolah (Pengertian, Tujuan, Fungsi, Prinsip Dan Ruang Ling...Hakekat Manajemen Sekolah (Pengertian, Tujuan, Fungsi, Prinsip Dan Ruang Ling...
Hakekat Manajemen Sekolah (Pengertian, Tujuan, Fungsi, Prinsip Dan Ruang Ling...Riha Nugroho
 
Makalah Pendahuluan dan Evolusi Teori Manajemen Umum
Makalah Pendahuluan dan Evolusi Teori Manajemen UmumMakalah Pendahuluan dan Evolusi Teori Manajemen Umum
Makalah Pendahuluan dan Evolusi Teori Manajemen UmumFajar Jabrik
 
Resume buku pengantar manajemen
Resume buku pengantar manajemenResume buku pengantar manajemen
Resume buku pengantar manajemenJef Ri
 
Konsep Dasar Manajemen, Keterampilan Manajerial & Perkembangan Teori Manajeme...
Konsep Dasar Manajemen, Keterampilan Manajerial & Perkembangan Teori Manajeme...Konsep Dasar Manajemen, Keterampilan Manajerial & Perkembangan Teori Manajeme...
Konsep Dasar Manajemen, Keterampilan Manajerial & Perkembangan Teori Manajeme...IrmaYunita30
 
Modul 1-4 (pengertian adm)
Modul 1-4 (pengertian adm)Modul 1-4 (pengertian adm)
Modul 1-4 (pengertian adm)anidatun_nabilah
 
tugas kkpi Modul 1 4
tugas kkpi Modul 1 4tugas kkpi Modul 1 4
tugas kkpi Modul 1 4tifina
 
Modul 1 4 pptx
Modul 1 4 pptxModul 1 4 pptx
Modul 1 4 pptxaa25
 
Modul 1 4
Modul 1 4Modul 1 4
Modul 1 4Celsyi
 

Similaire à Pengurusan (20)

Tugas makalah asri
Tugas makalah asriTugas makalah asri
Tugas makalah asri
 
Tugas makalah asri AKBID PARAMATA RAHA
Tugas makalah asri AKBID PARAMATA RAHA Tugas makalah asri AKBID PARAMATA RAHA
Tugas makalah asri AKBID PARAMATA RAHA
 
FILSAFAT MODUL 4 KEL 1.pptx
FILSAFAT MODUL 4 KEL 1.pptxFILSAFAT MODUL 4 KEL 1.pptx
FILSAFAT MODUL 4 KEL 1.pptx
 
Kelompok 8..
Kelompok 8..Kelompok 8..
Kelompok 8..
 
Queen Rinjani, Dasar-Dasar Manajemen, Sosiologi, Dr. Taufik Ramdani, S.Th.I.,...
Queen Rinjani, Dasar-Dasar Manajemen, Sosiologi, Dr. Taufik Ramdani, S.Th.I.,...Queen Rinjani, Dasar-Dasar Manajemen, Sosiologi, Dr. Taufik Ramdani, S.Th.I.,...
Queen Rinjani, Dasar-Dasar Manajemen, Sosiologi, Dr. Taufik Ramdani, S.Th.I.,...
 
TUGAS MATA KULIAH PENGANTAR MANAJEMEN
TUGAS MATA KULIAH PENGANTAR MANAJEMENTUGAS MATA KULIAH PENGANTAR MANAJEMEN
TUGAS MATA KULIAH PENGANTAR MANAJEMEN
 
Ddm 02.. perguruan tinggi
Ddm 02.. perguruan tinggiDdm 02.. perguruan tinggi
Ddm 02.. perguruan tinggi
 
SLIDE_1_PENGERTIAN_ADMINISTRASI.pptx
SLIDE_1_PENGERTIAN_ADMINISTRASI.pptxSLIDE_1_PENGERTIAN_ADMINISTRASI.pptx
SLIDE_1_PENGERTIAN_ADMINISTRASI.pptx
 
Session 1 hakikat, filsafat dan perkembangan Ilmu Manajemen
Session 1 hakikat, filsafat dan perkembangan Ilmu ManajemenSession 1 hakikat, filsafat dan perkembangan Ilmu Manajemen
Session 1 hakikat, filsafat dan perkembangan Ilmu Manajemen
 
Makalah manajemen-ADMINISTRATIF MANAGEMENT THEORY
Makalah manajemen-ADMINISTRATIF MANAGEMENT THEORYMakalah manajemen-ADMINISTRATIF MANAGEMENT THEORY
Makalah manajemen-ADMINISTRATIF MANAGEMENT THEORY
 
Hakekat Manajemen Sekolah (Pengertian, Tujuan, Fungsi, Prinsip Dan Ruang Ling...
Hakekat Manajemen Sekolah (Pengertian, Tujuan, Fungsi, Prinsip Dan Ruang Ling...Hakekat Manajemen Sekolah (Pengertian, Tujuan, Fungsi, Prinsip Dan Ruang Ling...
Hakekat Manajemen Sekolah (Pengertian, Tujuan, Fungsi, Prinsip Dan Ruang Ling...
 
Makalah Pendahuluan dan Evolusi Teori Manajemen Umum
Makalah Pendahuluan dan Evolusi Teori Manajemen UmumMakalah Pendahuluan dan Evolusi Teori Manajemen Umum
Makalah Pendahuluan dan Evolusi Teori Manajemen Umum
 
Modul 5 KB 1
Modul 5 KB 1Modul 5 KB 1
Modul 5 KB 1
 
Resume buku pengantar manajemen
Resume buku pengantar manajemenResume buku pengantar manajemen
Resume buku pengantar manajemen
 
Konsep Dasar Manajemen, Keterampilan Manajerial & Perkembangan Teori Manajeme...
Konsep Dasar Manajemen, Keterampilan Manajerial & Perkembangan Teori Manajeme...Konsep Dasar Manajemen, Keterampilan Manajerial & Perkembangan Teori Manajeme...
Konsep Dasar Manajemen, Keterampilan Manajerial & Perkembangan Teori Manajeme...
 
Modul 1-4 (pengertian adm)
Modul 1-4 (pengertian adm)Modul 1-4 (pengertian adm)
Modul 1-4 (pengertian adm)
 
Modul 1 4
Modul 1 4Modul 1 4
Modul 1 4
 
tugas kkpi Modul 1 4
tugas kkpi Modul 1 4tugas kkpi Modul 1 4
tugas kkpi Modul 1 4
 
Modul 1 4 pptx
Modul 1 4 pptxModul 1 4 pptx
Modul 1 4 pptx
 
Modul 1 4
Modul 1 4Modul 1 4
Modul 1 4
 

Pengurusan

  • 1. ISI KANDUNGAN No. Kandungan Muka surat 1 Pendahuluan 1 2 Pengurusan 1) Takrif Pengurusan 3 2) Sejarah Awal Pengurusan 4 3) Konsep Pengurusan i. Konsep Pengurusan Islam 6 ii. Konsep Pengurusan Barat 7 iii. Konsep Pengurusan Jepun 8 4) Fungsi-fungsi Pengurusan i. Proses Penyusunan 9 ii. Proses Pengarahan 9 iii. Proses Pengawalan 10 3 Organisasi 1) Sektor Awam 11 2) Sektor Swasta 11 3) Perbezaan Sistem Pengurusan Sektor Awam Dengan Sektor Swasta 12 4 Kesimpulan 15 5 Bibliografi / Rujukan 16 0
  • 2. PENDAHULUAN Dalam dunia yang semakin maju dengan teknologi maklumat kini, pengurusan adalah salah satu perkara yang sukar untuk dipisahkan dari manusia. Hal ini kerana, pengurusan adalah salah satu aspek penting yang mampu mengurus, menyelaras serta mengimbangi pelbagai aspek sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan juga sering dikaitkan dengan pengurusan sistem paling ringkas iaitu keluarga hinggalah pengurusan system paling kompleks iaitu pengurusan sesebuah negara. Pengurusan juga dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila seseorang membicarakan tentang konsep pengurusan sudah tentu 3 elemen utama iaitu pengurus, organisasi dan tatacara atau garis panduan pengurusan turut disertakan. Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai „master-mind‟ dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga akan turut bertindak sebagai pelaksana. Sebagai seorang „master-mind‟, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat dibawahnya untuk merancang segala tindakan serta aktiviti agar selaras dengan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan serta jadual perancangan yang digariskan. Usaha untuk mengarah dan memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurus dengan pendekatan yang subjektif atau pelbagai berdasarkan gaya kepimpinan dan kemampuan memanipulasikan serta kebolehan berkomunikasi seseorang pengurus. Sebagai pelaksana pula, pengurus akan bertindak sebagai pembimbing dan pada masa yang sama bergerak seiring bersama subordinatnya untuk melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan. 1
  • 3. Sama ada sebagai „master-mind‟ mahupun pelaksana pengurus perlu bertindak berdasarkan tatacara dan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang negara dan organisasi. Garis panduan atau tatacara berkenaan tidak kira sama ada yang berasaskan contoh dan garis panduan dari organisasi lain, mahupun idea pengurus itu sendiri, ataupun ia digubal dengan persetujuan kolektif antara pengurus dan subordinat perlu sentiasa dipatuhi. Pengurus biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakan tanggungjawabnya memimpin organisasi di samping menjalankan fungsinya sebagai ketua subordinatnya. Kuasa diperolehi samada daripada sumber perundangan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan yang digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasa diberikan dengan persetujuan kolektif semua ahli dalam organisasi tersebut. Kuasa yang ada pada pengurus secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya dikendalikan dengan baik dan menghormati „the spirit of ethic‟ akan menjadikan pengurus dilihat mengemudi organisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa. 2
  • 4. PENGURUSAN 1) TAKRIF PENGURUSAN Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu. Menurut Jaafar Muhamad (1992) kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali „maneggiare‟ iaitu „menangani‟ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin – „manus‟ (tangan). Perkataan bahasa Perancis „mesnagement‟ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris „management‟ pada abad-abad ke 17 dan 18. Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia pula „pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia juga merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan‟. Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan „adalah sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain‟. Free-Content Encyclopedia Wikipedia menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai „tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang‟. James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa „pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan 3
  • 5. menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan‟. Mohammad Fauzi (2008). Wan Azmi Ramli pula merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah- kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu. 2) SEJARAH AWAL PENGURUSAN Umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negara bangsa. Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana. Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain dan peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan dalam pelbagai badan awam. Sivachandralingam & Ayadurai (2001) 4
  • 6. Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285 undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan pengurusan, perdagangan dan kewangan. Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir‟aun dan pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa. Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya „Law‟, bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. Pemerintahan Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri. Sivachandralingam & Ayadurai (2001) Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini diberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. Jaafar Muhamad (1992). Pihak pengurusan pula merupakan gabungan individu yang mengendalikan sesebuah organisasi. Secara akademik definisi seperti ini sangatlah terhad pengertiannya. Oleh kerana pengurusan itu bukannya individu atau sekumpulan individu, maka untuk tujuan kita, ia boleh 5
  • 7. didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan penggunaan sumber untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Mohammad Fauzi (2008). 3) KONSEP PENGURUSAN Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zamanMesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya, konsep pengurusan yangmenjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu i. Konsep Pengurusan Islam ii. Konsep Pengurusan Barat iii. Konsep Pengurusan Jepun Konsep Pengurusan Islam Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik dimana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas,penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja. Definisi Pengurusan Islam Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakandefinisi pengurusan. Di antaranya: a) Ahmad Ibrahim Abu Sin Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran kelompok seseorang menjadi pengurus. 6
  • 8. b) Profesor Syed Othman Alhabshi Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber- sumberkewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasisama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. c) Muhammad A. Al-Buraey Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat sebagaimakhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain. Konsep Pengurusan Barat Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana iabergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus kearah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem danciri-ciri nya. Definisi Pengurusan Barat Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah: a) Hilgert dan Leonard Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan denganmengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi. b) Boone dan Kurtz Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dansumber teknikal dengan cara yang paling efektif. 7
  • 9. c) Gitman dan McDaniel Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasitersebut. d) Wagner dan Hollenback Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalanperlakuan organisasi Konsep Pengurusan Jepun Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang lebih mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantung kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan membaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapai kemajuan korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia. Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :- a) Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management ) iaitu pekerjaanadalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikan kepadamereka yang paling lama berkhidmat. b) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak pengurusan mengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama. Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam membuat keputusan. c) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif, ketaatandan etika. 8
  • 10. 4) FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN Proses perancangan oleh sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program. Tujuan dan objektif tertentu adalah merujuk kepada matlamat penubuhan organisasi pendidikan yang ingin dicapai. Perancangan juga melibatkan strategi yang akan digunapakai sepanjang program yang akan berlangsung bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ringkasnya proses perancangan ialah berusaha mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi. PROSES PENYUSUNAN Proses penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi. Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan perkara penting di mana maklumat tentang pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan. Disamping itu pengurusan staf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan dan program kebajikan. PROSES PENGARAHAN Proses pengarahan perlu dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni. Beberapa faktor yang terlibata dalam proses ini ialah motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi. 9
  • 11. PROSES PENGAWALAN Proses pengawalan pula mesti berjalan dengan teratur dan tersusun di sepanjang program berjalan bagi memastikan prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan. Proses ini membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil. Pengawasan aspek kemanusiaan juga merupakan perkara penting yang mesti diberi perhatian seperti sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku. 10
  • 12. ORGANISASI Organisasi sektor awam kerap dikaitkan dengan pertubuhan-pertubuhan, badan-badan dan jabatan-jabatan milik kerajaan pusat atau negeri Bagi sektor swasta pula, jawapan yang kerap diberikan oleh masyarakat ialah organisasi- organisasi milik persendirian yang mengenakan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan atau barangan mereka Peranan organisasi sektor awam dan swasta dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara adalah sama penting 1) SEKTOR AWAM Gordon (1986:7): pentadbiran awam boleh didefinisikan sebagai keseluruhan proses, organisasi dan individu (kemudiannya bertindak atas jawatan dan peranan masing-masing) yang melaksanakan undang-undang dan perintah yang diisukan oleh badan perundangan,eksekutif, dan kehakiman Fungsi ketiga-tiga badan tersebut dipisahkan mengikut Doktrin Pengasingan Kuasa Basu (1988:1): pentadbiran awam ialah apa-apa bentuk pentadbiran demi memenuhi kepentingan awam 2) SEKTOR SWASTA Definisi umum tentang pengurusan ialah satu proses dan tindakan merancang, mengorganisasi, mengarah, dan mengawal segala sumber organisasi. Pengurusan sektor swasta ialah satu proses menjalankan fungsi-fungsi pengurusan mengikut cara atau pilihan masing-masing 11
  • 13. Sesebuah organisasi terdapat dua pihak utama iaitu pemilik atau tuan punya organisasi dan satu pihak lagi ialah pekerja. 3) PERBEZAAN SISTEM PENGURUSAN SEKTOR AWAM DENGAN SEKTOR SWASTA KEUNTUNGAN Keuntungan yang dimiliki oleh sektor awam adalah bertujuan untuk pembangunan serta kemajuan negara secara keseluruhannya Keuntungan yang dimiliki atau diperolehi oleh sektor swasta pula adalah milik individu tersebut oleh itu individu terlibat akan sedaya upaya memaksimumkan keuntungannya untuk kepentingan diri sendiri. KAWALAN KUASA Kawalan kuasa dalam sector awam bergantung kepada konsep pemusatan kuasa yang tersedia dalam undang-undang negara. Kawalan kuasa dalam sektor swasta pula bergantung kepada konsep pembahagian kuasa pemilik sesebuah organisasi tersebut. HUBUNGAN DENGAN ORGANISASI BERKAITAN YANG LAIN Dalam organisasi awam, setiap organisasi akan saling membantu antara satu sama lain iaitu untuk menyediakan kemudahan yang optimum kepada rakyat serta menjamin kelancaran pembangunan serta pentadbiran negara. Dalam organisasi swasta pula, setiap organisasi beroperasi bagi mencapai matlamat persendirian tanpa melibatkan organisasi yang lain. 12
  • 14. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN Aktiviti-aktiviti organisasi daripada sektor awam dirangka mengikut kehendak kerajaan yang memerintah dan mengikut keperluan dan kehendak rakyat dalam sesebuah negara. Aktiviti-aktiviti organisasi dalam sector swasta pula dirangka mengikut jenis operasi serta terarah kepada keuntugan kewangan organisasi. STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI Dalam pengurusan struktur organisasi awam banyak berlaku pertukaran kakitangan disebabkan oleh pelbagai factor seperti kenaikan pngkat, persaraan dan pertukaran ke organisasi awam yang lain sekiranya organisasi awam yang lain tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Dalam pengurusan struktur organisasi swasta pula kebyakkan jawatan adalah tetap terutamanya pemilik organisasi swasta tersebut, sentiasa berada di hierarki utama organisasi sepanjang hayat mereka sehinggalah organisasi tersebut bertukar hak milik ataupun muflis. FAKTOR YANG MENDORONG PEMBANGUNAN ORGANISASI Sebarang pembangunan dalam organisasi awam bergantung kepada peruntukan atau bajet dalam belanjawan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memrintah negara tersebut. Berlainan pula dengan pembangunan organisasi swasta yang dipengaruhi oleh keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan atau perkhidmatan merupakan sumber utama kepada pembangunan organisasi sektor swasta. PENYEDIAAN BELANJAWAN Penyediaan belanjawan untuk organisasi awam dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. 13
  • 15. Penyediaan belanjawan bagi organisasi daripada sektor swasta pula dirangka bergantung kepada keuntungan yang diperolehi. TAHAP HEBAHAN AKTIVITI ORGANISASI Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor awam menjadi perhatian media massa yang berfungsi sebagai pelapor kepada rakyat dalam sesebuah negara. Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor swasta kurang diberi liputan oleh media massa kerana tidak semua orang mempunyai kepentingan terhadap sesebuah organisasi swasta. PERANAN SERTA FUNGSI ORGANISASI Setiap organisasi awam dalam sesebuah negara memainkan peranan serta fungsi sebagai organisasi yang menyediakan keperluan rakyat bagi mengoptimumkan tahap kebajikan rakyat dalam negara tersebut. Manakala dalam organisasi sektor swasta pula berfungsi sebagai pengeluar produk- produk atau perkhidmatan yang berguna kepada rakyat bagi memastikan pemilik organisasi swasta mencapai keuntungan tertentu. Namun begitu, kewujudan sesetengah sektor swasta juga amat penting bagi membantu kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat contohnya Syabas serta Tenaga Nasional Berhad yang telah menyediakan kemudahan air serta tenaga elektrik di dalam negara Malaysia. 14
  • 16. KESIMPULAN Pengurusan merupakan sesuatu yang sinonim bagi semua perkara yang melibatkan organisasi sama ada kecil atau pun besar. Sesebuah pengurusan amat penting bagi memastikan kecekapan sesebuah organisasi bagi menghasilkan produk mahupun perkhidmatan yang berdaya saing serta mempunyai nilai yang dapat memajukan organisasi tersebut seterusnya mnyubangkan kepada kemajuan sesebuah negara. Organisasi yang dapat pula dikategorikan kepada sektor awam dan juga sektor swasta seperti yang telah dijelaskan dalam bab-bab sebelum ini. Kedua-dua sektor ini memainkan peranan yang penting dalam menjana sesebuah nagara yang maju dan harmoni. Walaupun kedua-dua sektor datangnya dari dua entity yang berbeza, namunbegitu tidak menghalang kedua-dua sektor ini untuk saling bergantung serta berkerjasama memandangkan kedua-dua sektor ini berkongsi negara yang sama. Di dalam tugasan ini telah dihuraikan perbezaan diantara system pengurusan sektor awam serta sektor swasta. Perbezaan-perbezaan ini jelas menunjukkan tujuan serta pengurusan lain yang ketara perbezaan di antara kedua-dua entiti. Tugasan ini juga dapat membantu pelajar unuk lebih memahami dan mendalami tentang takrif dan konsep pengurusan serta perbezaan pengurusan sektor awam dan swasta. Beberapa contoh yang relevan juga turut disertakan bagi menambah kefahaman. Kesimpulan daripada tugasan ini bukan sahaja membantu pelajar untuk memahami isi tugasan yang diberikan malahan turut menambah pengetahuan am yang lain bagi meningkatkan “soft skill” pelajar-pelajar bagi menghadapi cabaran masa depan. 15
  • 17. Bibliography 1. Hasan, N. M. (2008, November 4). Keperluan Kebajikan dan Kebebasan Individu Perlu Seimbang Kekalkan Pembangunan Negara. Retrieved August 23, 2012, from Berita Harian On-Line: http://www.ibfim.com/index.php?option=com content&task=view&id=1940&ltemid=179 2. Muhamad, J. (1988). Asas Pengurusan. Fajar Bakti. 3. Ramli, W. A. (1991). Dasar Awam di Malaysia Volume 1. University of Michigan: Pustaka Cipta. 4. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Lectumanan. (2001). Tamadun Dunia. Fajar Bakti. 5. Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Retrived on September 26, 2008 from http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi- sejarah-dan-konsep-siri-1/ 6. Mary Parker Follet (1868 -1933). Vocational Business: Training, Developing and Motivating People oleh Richard Barrett - Perniagaan & Ekonomi - 2003. m.s. 51. 7. Retrived on August 21, 2012: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan#cite_note-2 16