1. MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN
JAWI
DENGAN KAEDAH BAHAN DAN IMLAK
1.0 PENGENALAN
Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana
melalui proses pengimbuhan perkataan baru akan dibina. Sifat imbuhan
seperti ini menyebabkan imbuhan sering digunakan dalam penggunaan bahasa
seharian sama ada melalui percakapan mahupun penulisan. Namun begitu,
proses pengimbuhan bukanlah satu proses yang mudah difahami kerana proses
ini merangkumi banyak aspek lain dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan
kajian ini terhadap imbuhan awalan dan memilih 16 orang murid tahun 3
sebagai kumpulan sasaran kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan murid yang
belum dapat menguasai dan kurang memahami pembinaan imbuhan awalan bagi
kata dasar. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid
kepada perkataan –perkataan imbuhan awalan yang terdapat dalam gambar tingkah
laku yang ditayangkan kepada mereka. Murid juga didedahkan dengan kaedah
bahan dan imlak selama satu jam dan kajian ini telah selesai dalam tempoh
sebulan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa murid lebih seronok belajar
mata pelajaran Jawi ini jika sentiasa dirangsang dengan bahan, pujian positif dan
aktiviti yang pelbagai
. 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Sekolah Kebangsaan Sungai Siput merupakan sekolah yang
digolongkan dalam kategori sekolah luar Bandar dan juga sekolah kurang
murid. Apa yang hendak dikongsikan disini adalah mata pelajaran pendidikan
islam sering di ambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh
sebilangan ibu bapa dan murid-murid. Ini kerana pada anggapan mereka mata
pelajaran pendidikan islam Adalah satu mata pelajaran yang kurang penting
kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang
2. akan di jawab dalam peperiksaaan Ujian Penilain Sekolah rendah atau
UPSR.
Mereka juga beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam sukar
dikuasai kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan
bidang dan tajuk serta kemahiran yang perlu dikuasai.Pecahan bidang yang
terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti akidah, ibadah, sirah,
tilawah, adab, akhlak, jawi dan amali.
Misalnya dalam bidang pelajaran jawi guru perlu memberi tumpuan
kepada menulis tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga mempelajari asas
seni tulisan jawi. Manakala dalam sukatan pelajaran jawi murid perlu menguasai
beberapa kemahiran dan pecahan kemahiran tersebut seperti berikut:
Mengenal, menyebut, dan menulis jawi tunggal
Mengenal, menyebut dan menulis jawi sambung
Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata terbuka
Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata tertutup
Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat
Mengenal, menulis dan membaca perkataan pinjaman
Mengenal, membaca perkataan berimbuhan dan ayat pendek
Menggunakan tanda baca
Membaca pelbagai jenis bahan bacaan
Menulis pelbagai jenis teks
Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikuah.
Dalam pelajaran jawi yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 3 ini saya dapati
ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja perkataan berimbuhan dengan
menggunakan sistem ejaan jawi.Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan
melalui buku teks kurang berkesan kerana murid tidak menguasai kemahiran
mengeja ejeen jawi. Keputusan ujian bulanan Julai merosot dan murid tidak dapat
menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Faktor dari kelemahan tersebut,
saya cuba melakukan perubahan untuk member kefahaman terhadap mereka
tentang penggunaan perkataan berimbuhan seterusnya mengurangkan kelemahan
mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.
3. 3.0 FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak menjawab soalan di dalam kelas dan
markah ujian bulan julai rendah kerana
1. Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan ejaan jawi menyebabkan
mereka sukar untuk mengeja dalam perkataan jawi ketika pengajaran dan
pembelajaran.
2. Masih terdapat 2 orang murid yang belum dapat mengenali huruf-huruf jawi
3. Sebilangan murid juga sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf tersebut
sekiranya bersambung dengan huruf lain.
4. Murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu
perkataan.
5. Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
6. Murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam
ayat
atau teks petikan.
Masalah ini berlaku kerana sebilangan murid tersebut mempunyai sikap yang
malas dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Jika masalah ini tidak diatasi,
murid akan terus tidak memahami dan menguasai bacaan jawi dan menghadapi
masalah jangka panjang untuk menguasai pelajaran jawi.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan system
ejaan jawi dengan mengaplikasikan persembahan tayangan Powerpoint yang
mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu, murid akan dapat menguasai bacaan
perkataan berimbuhan dan juga ejaan jawi.
ii. Objektif Khusus
Objektif Khusus kajian ini adalah supaya :
Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi
Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi
Murid dapat membaca jawi dengan lancardalam petikan
Murid dapat mengelaskan perkataan-perkataan imbuhan
Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat awalan, akhiran
dan apitan
4. Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam membina ayat.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalah pelajaran yang
menyeronokkan untuk dikuasai dan diterokai.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dalam
tahun 3 yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan juga 10 orang murid
perempuan. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Tinjauan Masalah
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal
bagi kajian ini
6.1.1 Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid
mengenai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Melalui ujian tersebut
didapati pencapaian sebilangan murid di tahap sederhana dan juga di tahap yang
lemah.
6.1.2 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Daripada
pemerhatian tersebut saya dapati murid perempuan lebih bersedia dan member
kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya terdapat murid lelaki kurang
member perhatian dan kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan
pembelajaran yang dijalankan.
6.1.3 Temu bual
Saya melakukan temu bual dengan murid –murid yang menghadapai masalah untuk
menguasai pembacaan jawi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka.
Dalam masa yang sama juga, saya mengadakan temubual dengan saudara yang
terdekat dengan murid yang belajar di sekolah yang sama bagi mengetahui keadaan
pembelajaran mereka di rumah.
6.1.4 Perbincangan dengan guru
Saya juga meminta beberapa orang guru menganalisis kekuatan dan kelemahan
pengajaran saya bagi mata pelajaran pendidikan islam ini.
5. 6.1.5 Semakan buku latihan
Melalui semakan buku latihan saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan
murid dalam penggunaan system ejaan jawi dari semasa ke semasa. Oleh itu saya
akan dapat mengetahui tahap penguasaab murid sama ada mereka mahir atau tidak
mahir dalam pelajaran jawi ini.
7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau
masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan
sistem ejaan jawi.
8.0 UJIAN PRA
8.1 Analisis Ujian Pra
Pencapaian
(Gred)
Bilangan
Sampel
Peratus
A (80-100) 2 12.5
B ( 60-79) 3 18.75
C (40-59)
D (20-39)
5
4
31.25
25
E (0-19) 2 12.5
Jumlah 16 100
Jadual 1: Pencapaian Pra Ujian
Berdasarkan Jadual 1, 62.5% (10 orang) murid telah lulus dan 37.5% (6 orang) murid
telah gagal. Daripada analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal
adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan memahami penggunaan imbuhan
dalam pembinaan perkataan. Mereka juga tidak dapat membezakan penggunaan
imbuhan ber dan be serta bel.
.2 Analisis Pemerhatian
Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar
murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 2: Mengenal pasti tingkah laku murid
TINGKAH LAKU MURID PERATUS
Kesungguhan 30
Aktif dalam pembelajaran 30
6. Kurang memberi tumpuan 20
Tidak memberi tumpuan 20
Jumlah 100
8.3 Analisis Temu Bual Dengan Murid
Jadual 3: Analisis Temu Bual Dengan Murid
il Deskriptor Tidak
setuju
setuju Amat setuju
1 Suka belajar /
2 Suka pada Guru
pendidikan Islam
/
Rasa diri pandai /
Suka datang ke sekolah /
Bercita-cita tinggi untuk
Berjaya
/
Mesra dengan rakan /
Merasa malu kerana
tidak tahu membaca
/
Mahu berubah untuk
membaca jawi
/
Mahu ke kelas
pemulihan jawi
/
7. 8.4 Analisis temu bual dengan abang dan kakak
Jadual 4: Analisis Temu Bual Dengan Abang dan Kakak Murid
Bil Deskriptor Tidak setuju setuju Amat setuju
1 Membaca buku di
rumah
/
2 Mengulangkaji pelajaran
jawi bersama abang
dan kakak
/
3 Bertanya kepada ibu
bapa apabila tidak tahu
membaca
/
4 Belajar bersama ibu
bapa
/
5 Ibu bapa memarahi
murid apabila tidak tahu
membaca
8.5 Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang diambil sebagai sampel(
Mengetahui kekuatan dan kelemahan pengajaran)
Jadual 5: Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar
Skala
Sebab
1
Sangat
setuju
2
setuju
3
Tidak
setuju
4
Sangat
tidak
setuju
Jumlah
Pengajaran guru tidak
menarik
2
40%
3
60%
Guru tidak
menggunakan BBM
yang sesuai
1
20%
4
80%
Banyak buku yang 2 3
8. perlu dibaca 40% 60%
Tidak mengetahui
penggunaan perkataan
imbuhan awalan
dengan kemahiran
membaca jawi dan
membina ayat
2
40%
3
60%
Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan
kelemahan saya dalam pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid
tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dalam membina ayat dan
juga membaca dengan betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku
aktiviti iaitu 40%. Tujuan penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai
memudahkan guru untuk menyemak buku latihan kerana dalam Mata Pelajaran
Pendidikan Islam ini terbahagi kepada beberapa bidang seperti bidang Al Quran,
bidang Akhlak, bidang Jawi dan sebagainya.
9.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Daripada pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan permasalahan yang
dihadapi oleh murid, saya menjalankan aktiviti seperti dibawah yang dianggap
bersesuaian bagi memastikan murid-murid dapat menguasai jawi dengan sebaik-
baiknya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
9.1 Membaca perkataan imbuhan awalan yang mudah dengan menggunakan slaid
power point dan membuat penerangan imbuhan awalan.
9.2 Kaedah menekap perkataan Imbuhan awalan
9.3 Kaedah Flash Kad dan Imlak
9.4 Membina ayat berdasarkan gambar
9.5 Ujian Pos
10.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
10.1 Aktiviti 1
I. Saya mempamerkan gambar tingkah laku orang tua sedang berjalan dan
seorang kakak yang berada di dapur serta seoprang adik sedang membaca. Guru
meminta semua murid menyatakan perlakuan yang dilihat oleh mereka.Terdapat
beberapa imbuhan awalan yang terdapat dalam tayangan slaid power point yang
dinyatakan oleh murid, iaitu;
9. Berjalan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
Bersukan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
Bersenam- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
Memasak- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar
Membasuh - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar
Membaca - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar
Menulis- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar
Belajar- imbuhan awalan be yang hadir sebelum kata dasar
II. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan.
Imbuhan adalah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada
sesuatu perkataan. Hasil daripada proses pengimbuhan akan terbentuk kata terbitan.
Contohnya terasa, terlaris, tercantik, berlari, makanan.
III. Murid mencatat perkataan berimbuhan tersebut.
IV. Pemerhatian:
Saya dapati murid lebih seronok belajar pelajaran jawi apabila menggunakan bahan
sebagai rangsangan. Semua berlumba-lumba untuk memberi jawapan walaupun ada
di antara jawapan yang diberikan tidak tepat.
V. Refleksi:
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan murid-murid
tidak diberikan bimbingan untuk menggunakan perkataan berimbuhan dengan tepat.
10.2 Aktiviti 2
I. Saya mengedarkan beberapa kad yang mengandungi perkataan imbuhan
awalan yang mempunyai tulisan jawi kepada semua murid yang telah dibahagikan
kepada 8 kumpulan. Setelah itu saya telah meminta setiap murid didalam kumpulan
menekap perkataan imbuhan awalan dengan tulisan jawi yang cantik dan
mewarnakan serta membacanya sehingga lancar. Setiap kumpulan yang diwujudkan
terdapat dua orang murid. Seorang murid pandai bacaan jawi dan seorang lagi
murid lemah dalam bacaan jawi.Murid yang pandai bacaan jawi akan membantu
murid yang lemah bacaan untuk membaca sehingga lancar.
II. Pemerhatian:
Saya dapati semua ahli kumpulan bekerjasama dalam membuat tugasan yang
diberikan.
III. Refleksi:
10. Saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum menguasai
bacaan jawi dengan lancar.
10.3 Aktiviti 3
I. Saya menunjukkan kad flash atau kad imbasan yang mengandungi
perkataan imbuhan awalan yang mana mempunyai tulisan yang cantik, jelas dan
warna yang menarik. Saya meminta murid membaca perkataan imbuhan awalan
yang terdapat pada kad imbasan atau kad flash. Bacaan tersebut dibaca secara
kelas dan individu.
II. Setelah aktiviti bacaan dibuat, murid dikehendaki mengelaskan perkataan
berimbuhan awalan mengikut jenis imbuhan awalan pada lembaran yang diberikan
melalui bacaan guru pada kad yang telah digunakan pada aktiviti bacaan ( kaedah
imlak)
III. Contohnya,
ber be ter te me mem men
berlari berasa terlaris terasa memasak membaca mendapat
bersukan belajar tersepak terendam menulis memberitahu mencatat
bersenam terminum terancang memukul
Jadual 6: Pengkelasan Imbuhan Awalan
IV. Pemerhatian
Aktiviti 3 menghasilkan keputusan berikut;
Markah Peratus
A ( 80-100) 25
B( 60-79) 62.5
C( 40-59) 12.5
D (20-39) 0
E (0-19) 0
Jadual 7: peratus lulus murid menkelaskan perkataan
berimbuhan
Saya dapati dengan kaedah kad imbasan ini murid masing-masing berlumba untuk
membacanya dengan betul. Selain itu juga mereka amat teruja untuk mengecam
perkataan berimbuhan yang dibaca oleh guru untuk dicatat pada ruangan yang betul.
V. Refleksi:
11. Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila Berjaya
mengelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut jenisnya.
10.3 Aktiviti 4
I. Gambar dipamerkan oleh guru melalui slaid power point. Murid melihat
gambar dan memahami perlakuan gambar tersebut.
II. Murid membina ayat berdasarkan gambar yang dilihat.Contohnya; Ali terpijak
ular di kebun pisang ayahnya.
III. Guru mencatat ayat-ayat yang dibina oleh murid.
IV. Perbincangan – mengenal pasti imbuhan awalan dan kata dasar yang
terdapat dalam ayat yang dibina.
V. Latih tubi membaca ayat yang telah dibina oleh murid.
VI. Guru membuat pemerhatian terhadap respon murid ketika aktiviti ini
dilaksanakan.
Aktiviti Bilangan
Murid
Peratus
pencapaian
Membina ayat 10 62.5
Perbincangan 12 75
Membaca ayat 16 100
VII. Pemerhatian :
Saya dapati merasa sangat teruja dan seronok dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
Ini terbukti bahawa menggunakan bahan yang menarik akan membantu guru untuk
merangsang murid terlibat secara aktif dalam aktiviti selain daripada dapat mengawal
tingkah laku murid yang negative di dalam kelas.
VIII. Refleksi
Saya mula menyedari bahawa sumber bahan adalah aspek penting yang perlu
dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan
berperanan dalam semua aspek dan langkah iatu dari set induksi, langkah
penerangan, perkembangan dan penutup.
10.4 Ujian Pos
I. Ujian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas
ujian pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan ujian pra
tetapi diubah ayatnya dan imbuhan awalan bagi perkataan.
12. II. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki
menjawab semua soalan yang mengandungi markah sebanyak 100 markah. Kertas
ujian ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu
Bahagian A : Objektif.
Bahagian B: Menggariskan perkataan imbuhan awalan pada teks.
Bahagian C: Mengkelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut kategori.
Bahagian D: Menyesuaikan ayat yang betul dengan gambar yang sesuai.
Bahagian E: Membina ayat berdasarkan gambar.
III. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab solan adalah selama 45
minit.
IV. Pemerhatian:
Saya dapati semua murid tekun membaca setiap solan yang diberikan.
Walaubagaimanapun terdapat 2 orang murid tidak dapat membaca dengan lancar
oleh itu guru membantu murid tersebut dari segi memahami soalan untuk dijawab.
Jadual 9 : Jadual Pencapaian Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus.
Pencapaian ( Gred) Bilangan
Murid
Peratus
A (80-100) 4 25
B (60-79) 8 50
C (40-69) 3 18.75
D ( 20-39) 1 6.25
E (0-19)
V. Refleksi:
Dapatan Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian
dikalangan murid. Walaubagaimanapun masih terdapat seorang murid yang gagal
dalam Ujian Pos ini. Murid yang gagal ini adalah murid pemulihan khas jawi bagi
kelas jQAF.
11.0 REFLEKSI KESELURUHAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan saya membuat beberapa rumusan tentang
proses pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi tajuk kajian tindakan imbuhan
awalan ini. Rumusan tersebut ialah;
13. Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.
Pencapaian murid dalam ujian Pos amat ketara yang menunjukkan peningkatan
yang amat memberangsangkan. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan
awalan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada
peningkatan markah dalam ujian pos. Pada keseluruhan dapat disimpulkan bahawa
pencapaian murid meningkat apabila kajian tindakan diambil oleh guru.
Jadual 10: Perbandingan Pretasi Murid dalam ujian Pra dan Ujian pos
Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos
Lulus 62.50 93.75
Gagal 37.50 6.25
Jumlah 100 100
Berdasarkan jadual di atas , 62.50% murid lulus dan 37.50 murid gagal dalam ujian
pra. Manakala dalam ujian pos menunjukkan 93.75% murid telah lulus dan seorang
murid gagal dengan peratusan 6.25%.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan
yang diambil berkesan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan
imbuhan awalan.
Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, tidak member tumpuan, dan tidak memiliki kemahiran
membaca jawi nampak berkurangan. Semua murid menunjukkan reaksi yang positif
dalam menyertai dengan aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru.
12.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya bercadang akan meneruskan kaedah bahan dan imlak ini dalam
membantu murid-murid untuk menguasai bacaan jawi dan penulisan jawi yang betul.
Dalam kajian yang telah dijalankan ini ternyata kaedah bahan dan imlak ini banyak
membantu murid menguasai penggunaan imbuhan walaupun masih terdapat
kelemahan dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menggunakan
kaedah imlak ini dalam bidang lain bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seperti
bidang Al Quran. Saya juga akan mencadangkan kaedah ini untuk diaplikasikan oleh
guru –guru mata pelajaran lain terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa di kalangan murid –murid dalam mata
pelajaran tersebut. Selain itu juga saya juga akan menyarankan supaya semua guru
sentiasa menggunakan sumber bahan supaya dapat menarik perhatian murid dalam
14. pelajaran yan diajar disamping dapat mengukuhkan ingatan mereka terhadap
pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru.
13.0 BAHAN YANG DIPERLUKAN
Bahan –bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah:
Kad Flash atau Kad Imbasan Imbuhan Awalan -20 keping
Marker pen
Gunting
Pembaris
Kertas A4
Set Soalan Pendidikan Islam –pra ujia -16 set
Set Soalan Pendidikan Islam – ujian pos- 16 set
Komputer riba
Lcd Projektor
14.0 ANGGARAN KOS
Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan :
Kad Imbasan : RM15.00
Marker Pen : RM6.00
32 set Soalan Ujian x RM1.00 : RM32.00
BIBLIOGRAFI
Jauharah Hj. Tak & Saliha Hj. Md. Amin. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa (untuk
sekolah rendah
dan menengah) Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong
Malim:
Penerbit UPSI.
Mohd. Radzi Misran & Haris Yusof. (1997). Siri Celik Bacaan: Bacaan Berpandu
(KVKV).Selangor: Edusystem Sdn. Bhd. Selayang.
Laman Web
wannoorainiwmp51992.blogspot.com/
http://www.ppdsetiu.net/index.php?option=com_content&view=article&id=197%3Acontoh-
kajian-tindakan&catid=105%3Amakluman&Itemid=137
http://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdf
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0CGsQFj
AH&url=http%3A%2F%2Fsktu4jb.50webs.com%2FKajian_tindakan%2FPanduan-asas-eprd-
dan-contoh-