MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Reflektif
1. REFLEKSI
NORAINI BINTI HJ DAUD
850401-01-6646
Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah S.W.T
kerana dengan izinNya maka akhirnya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini setelah
mengharungi pelbagai ujian dari Allah.
Terlebih dahulu ucapan penghargaan dan terima kasih
diucapkan khas kepada dua orang pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Sarimah
Binti Ahmad dan Encik Mohd Rafi Bin Ghazali yang banyak bersabar dan bertoleransi
dengan karenah saya dalam menghasilkan tugasan ini.Saya dengan rasa rendah diri
mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada mereka berdua dalam membantu saya
melaksanakan tugasan ini sehabis baik yang saya mampu laksanakan.Segala daya
usaha mereka yang proaktif dalam membimbing saya menyiapkan tugas ini
sesungguhnya amat saya hormati dan kenang sepanjang hayat.Saya juga ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak
berkongsi idea dan pendapat mereka.
Tugasan ini dijalankan secara individu dan kami guru-guru
pelatih dikehendaki mencari maklumat daripada buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
sebagai rujukan utama.Selain itu, kami dikehendaki menganalisis aspek tatabahasa
yang terdapat dalam sebuah cerpen sekolah menebgah.Cerpen saya iaitu Sepucuk
Surat daripada kawan dan saya telah menganalisis cerpen tersebut.
Pada awalnya saya agak khuatir untuk menyiapkan
tugasan ini yang pada pendapat saya sangat mencabar bagi insan yang baru hendak
berjinak-jinak dengan bidang pengajian bahasa Melayu.Melalui penerangan dan
maklumat yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah pembimbing saya, saya sedikit
sebanyak mula bertatih dan memahirkan diri dalam bidang morfologi dan sintaksis
bahasa Melayu.Segala halangan dan cabaran yang telah dilalui memberi banyak impak
2. terhadap kefahaman saya dalam bidang yang dikaji. Dalam proses menganalisis
cerpen misalnya, saya berhadapan dengan masalah dalam menentukan bentuk ayat
dan jenis ayat yang terkandung dalam cerpen tersebut, namun berkat bantuan
pensyarah-pensyarah pembimbing subjek ini yang banyak memberikan maklumat
secara lisan juga nota-nota berkaitan amat memudahkan tugas saya.Alhamdulillah atas
segalanya.Kini, saya lebih yakin untuk menggalas amanah sebagai guru subjek bahasa
Melayu yang berilmu untuk berkongsi pengalaman dengan anak didik saya.Guru
seharusnya mempunyai kemahiran yang mendalam dalam subjek yang diajarnya dan
mampu menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya
terutamanya dalam bidang morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.