Iklan tender terbuka untuk projek peningkatan taraf empangan Tasik Kenyir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. Firma perunding perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan SSM, beroperasi 5 tahun, mempunyai 15 kakitangan ikhtisas, dan pernah melaksanakan projek serupa. Dokumen pelawaan boleh dibeli antara 14 Dis-29 Dis 2010. Cadangan teknikal perlu dihantar men
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
CONTOH IKLAN TENDER TERBUKA MELALUI PRA KELAYAKAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL
1. LAMPIRAN 12C
CONTOH IKLAN TENDER TERBUKA MELALUI PRA KELAYAKANBAGI PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
(Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar)
KENYATAAN PRA-KELAYAKAN PERKHIDMATAN PERUNDING
Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar mempelawa firma-firma perunding yang berminat dan berdaftar dengan
Kementerian Kewangan untuk menyertai pra-kelayakan bagi pelaksanaan projek seperti berikut:-
KAJIAN KEUPAYAAN EMPANGAN SEDIA ADA, MEREKA BENTUK, MENYEDIAKAN DOKUMEN TAWARAN, PENYELIAAN KERJA-
KERJA PEMBINAAN DAN TESTING AND COMMISSIONING BAGI PROJEK PENINGKATAN TARAF EMPANGAN TASIK KENYIR,
TERENGGANU
Syarat Mandatori:-
1. Firma berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang 230100 (Kej. Awam);
2. Firma berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan bertaraf ’Sendirian Berhad’;
3. Firma telah beroperasi sekurang-kurangnya 5 tahun;
4. Bilangan minimum kakitangan ikhtisas firma, 15 orang;
5. Sekurang-kurangnya dua (2) orang kakitangan ikhtisas yang mempunyai kepakaran dalam bidang Power Generation System;
6. Firma pernah melaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) projek seumpama sebagai perunding utama; atau melaksanakan
dua (2) atau lebih sebagai sub-perunding; dan
7. Firma perunding yang menepati syarat-syarat di atas boleh mendapatkan Dokumen Pelawaan Pra Kelayakan di Pejabat
Pengarah Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tingkat 2 Ibu Pejabat JPS, Jalan Sultan
Salahuddin, 50282Kuala Lumpur dari 14 Disember 2010 hingga 29 Disember 2010. Dokumen pelawaan dijual dengan kadar
RM100.00 bagi setiap satu (1) set.
Cadangan Teknikalhendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dan ditandakan ”Cadangan Teknikal Pra Kelayakan” di sebelah kiri sampul
surat berkenaan dan dialamatkan seperti di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 14 Januari
2011.DokumenCadanganTeknikal yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Hanya firma yang lulus proses penilaian pra kelayakan akan dipelawa ke peringkat seterusnya.