3. Akidah berasal daripada perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti
mengikat atau menyimpul.
Akidah dari segi istilah syarak bermaksud kepercayaan dan
keyakinan yang mantap terhadap konsep ketuhanan, kerasulan,
perkara sam’iyyat dan perkara mumkinat berdasarkan dalil Al-
Quran dan As Sunnah.
DEFINISI
4. Akidah merupakan pokok dan di atasnya berdiri
syariah Islam sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat
perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya
teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberi
buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhan-Nya. Allah
membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya
mereka selalu ingat.
(Surah Ibrahim: 24 – 25)
5. Asas Aqidah Islam
Ar-Rububuiyyah
*Mentauhidkan
Allah sebagai
Pencipta,
Pemilik, dan
Penguasa
As-Syam'iyat
*Perkara-
perkara ghaib
yang tidak dapat
dicapai oleh
pancaindera
manusia seperti
dosa, pahala,
syurga dan
neraka
Al-Uluhiyyah
*Mentauhidkan
Allah yang
bersifat dengan
kesempurnaan.
Hanya Allah yang
disembah ditaati
peraturan dan
hanya Allah
tempat berdoa
dan berharap
An-Nubuwwah
*Perutusan nabi-
nabi dan rasul-
rasul yang
membawa
ajaran Allah taala
untuk
disampaikan
kepada umat
manusia
6. Maksud sebenar tauhid rububiyyah telah
dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an yang
bermaksud:
Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang membantah Ibrahim tentang
Tuhannya (Rab) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu
pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: Tuhanku yang
menghidupkan dan mematikan. Orang itu berkata: Aku dapat
menghidupkan dan mematikan. Ibrahim berkata: Sesungguhnya Allah
menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat, lalu
terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang
yang zalim.
(Surah al-Baqarah: 258)
Ayat di atas merupakan bukti jelas bahawa naluri manusia ialah
untuk mengenali dan mengakui rububiyyah Allah.
7. Syarat Sah Syahadah
Bagi seseorang yang belum Islam mengucapkannya beserta kepercayaan
di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.
Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa
diselangi perbuatan lain)
Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami.
Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw.
Menggunakan perkataan "asyhadu" ( ُﺪَﻬْﺷَﺃ) pada keduanya.
Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
Menunaikan Hak Syahadah
8. Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah
Syahadah. Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' mengajak kebaikan dan mencegah
kemunkaran iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang
belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan
selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan
tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya
khususnya dalam Dakwah dan Solat.
Syahadah juga merupakan Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw)
dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat.
Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya
(Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam
ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam
samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan
sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan
sepanjang tempoh kehidupannya
Syahadah
11. Rukun Iman Maksud Rukun Iman
1.Beriman kepada Allah
Wajib mempercayai keesaan Allah yang memiliki sifat
kesempurnaan berdasarkan dalil Naqli dan Aqli
2.Beriman kepada
Malaikat
Wajib mempercayai Malaikat adalah makhluk Allah yg dijadikan
daripada cahaya, tidak makan dan minum, tidak berjantina dan
sentiasa mentaati perintah Allah
3.Beriman kepada Kitab
Wajib mempercayai Allah telah menurunkan kitab kpd rasul-
rasulnya yg mengandungi ajaran yang benar dan menjadi
panduan hidup kepada umat manusia
4.Beriman kepada Rasul
Wajib mempercaya Allah telah mengutus rasul-rasulnya untuk
membimbing umat manusia ke jalan yang benar
5. Beriman kepada Hari
Kiamat
Wajib mempercayai alam ini akan hancur binasa dan manusia
akan dibangkitkan daripada kubur , dihimpun di Mahsyar,
dihisab amalan dan dimasukkan ke Syurga atau Neraka
6. Beriman kepada Hari
Qiamat
Wajib mempercayai Allah SWT yang mengatur segala yang
berlaku di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendakNya
12. Hubungan antara Iman,
Islam dan Ihsan
Suatu ketika malaikat Jibril dalam rupa seorang manusia
datang kpd Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam & para shahabat
utk mengajarkan tentang pokok-pokok ajaran agama, iaitu Islam,
Iman & Ihsan.
(Hadis Riwayat: Muslim)
13. Hadits riwayat Abu Hurairah , ia berkata; bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam pada suatu hari muncul bersama para sahabat, lalu datanglah orang asing
yang kemudian bertanya:
“Apakah iman itu?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Iman adalah
kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, percaya akan bertemu
dengan-Nya, beriman kepada rasul-rasul-Nya, dan beriman kepada hari
kebangkitan.”
Orang asing itu berkata: “Apakah Islam itu?” Nabishallallahu ‘alaihi wa
sallam menjawab: “Islam adalah kamu beribadah kepada Allah dan tidak
menyekutukannya dengan suatu apapun, kamu dirikan shalat, kamu tunaikan
zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadhan”.
itu berkata: “Apakah ihsan itu?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:
“Kamu beribadah kepada Allah seolah-olah melihat-Nya dan andaipun kamu
tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu”.
(shahih al-Bukhariy no. 48)
Teks Hadits
َلاَق ،َة َْري َرُه يِبَأ ُْثيِدَح:َع ُهللا ىَّلَص ُّيِبَّنال َانَكِاسَّنلِل اًم ْوَي اًز ِارَب َمَّلَس َو ِهْيَلُهاَتَأَف
َلاَقَف ٌلُجَر:َلاَق ؟ُانَمْيِ ْاْل اَم:«ِب َنِمْؤُت ْنَأ ُانَمْيِ ْاْلِب َو ِهِئاَقِلِب َو ِهِتَكِئ ََلَم َو ِهللاِهِلُسُر
ِثْعَبالِب َنِمْؤُت َو»َلاَق:َلاَق ؟ُم ََلْسِ ْاْل اَم:«ُم ََلْسِ ْاْلُت َو ِهِب َك ِشرُت ََل َو َهللا َدُبْعَت ْنَأَْميِق
َضَم َر َومُصَت َو َةَضوُرْفَالمـ َةاَك َالز َيِدَؤُت َو َة ََلَّصالَان»َلاَق:َلاَق ؟ُانَسْحِ ْاْل اَم:«ْنَأ
ِإَف ُهاَرَت ْنُكَت ْمَل ْنِإَف ،ُهاَرَت َكَّنَأَك َهللا َدُبْعَتَاكَرَي ُهَّن»
14. 1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah
2. Ingkar nikmat Allah samada dengan terang atau tersembunyi dengan mudah atau
yang memerlukan kajian
3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah
4. Menggubal undang-undang (hukum-hukum) mengikut kehendak manusia;
bukannya mengikut kehendak Allah
5. Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya
6. Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada
hukum Allah dalam semua perkara.
7. Benci atau menentang satu-satu perkara mengenai agama Islam atau membenci
agama Islam keseluruhannya
8. Menyintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia
sebagai matlamat hidupnya yang paling unggul
9. Menghina sesuatu daripada kitab dan sunnah atau orang-orang alim yang
menegakkan atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum-hukum Allah
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya
20 Perkara Membatalkan Syahadah
15. 11. Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah
12. Melantik orang-orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai
orang yang beraqidah dan mukmin
13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulallah S.A.W.
14. Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dada,
terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik
15. Menyatakan ayat-ayat al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang
terkandung dalam ayat itu, isi yang terkandung dalam al-Quran hanya boleh difahami oleh
sesetangah orang melalui ilham
16. Tidak mengetahui mengenai makrifatullah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar
sifat-sifat ketuhanan atau ingkar nama-namanya
17. Tidak mengetahui dan mengenal Rasulallah S.A.W dengan betul atau menafikan sifat-
sifat yang diberikan Allah kepada baginda
18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan
orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berpeang dengan mereka
19. Membuat sesuatu perkara bukan kerana Allah
20. Syirik kepada Allah
Sambungan