SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  3
MEDIA SOSIAL : CABARAN TERHADAP KEHARMONIAN
Bismillahirahmanirrahim
Kini,media sosial muncul sebagai medium komunikasi paling hangat di abad ini
sehingga sudah menjadi sebahagian keutamaan hidup. Kehadiran media sosial membawa
kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara dalam talian. Proses komunikasi dan
penyebaran maklumat bertambah canggih dan dunia menjadi semakin kecil. Dalam
keghairahan kita menerima teknologi ini, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan
masyarakat sama ada kita sedari atau tidak. Nantikan cabarannya, renungkan.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Sejambak kasih seharum kasturi buat saudara peneraju majlis, jemaah hakim yang
berintegriti, warga pendidik yang disanjungi seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang
dihormati.
“Media Sosial: Cabaran terhadap Keharmonian “, demikianlah bingkisan syarahan saya
pada pagi ini.
Hadirin yang bervisi,
Menyusuri konsep MEDIA SOSIAL: CABARAN TERHADAP KEHARMONIAN
mempunyai kolerasi tersendiri. Penggunaan aplikasi yang terdapat dalam media sosial
menjadi satu budaya dan santapan harian dalam kalangan pengguna internet juga
menatijahkan pelbagai cabaran terhadap keharmonian. Justeru, hadirin sekalian, saya ingin
mengajak anda menghayati TIGA fokus bicara intipati wacana saya pada hari ini. Pertama,
senario semasa peranan media sosial kini. Kedua, impak negatif penyalahgunaan media sosial
dan ketiga cabaran keharmonian masyarakat.
Putera-puteri anak pertiwi,
Aplikasi media sosial dalam telefon pintar seperti Whatsapp, WeChat, LINE dan
Telegram menambahkan lagi obsesi pengguna terhadap internet tanpa wayar. Kebanjiran
laman-laman interaksi sosial di internet membolehkan komunikasi berjalan dengan begitu
pantas hanya dengan satu klik dan segalanya boleh tersebar sekelip mata tanpa ada batasan
tempat dan masa. Secara umumnya, media sosial berfungsi sebagai media komunikasi segera
antara individu. Namun, jika dilihat lebih mendalam, media sosial memainkan peranan untuk
perkongsian dan penyebaran maklumat, pembinaan jaringan hubungan sesama rakan baru
dan lama, medan perniagaan dan pengurusan kewangan, tempat berbual sama ada secara
panggilan audio, video atau mesej teks, penghantaran e-mail, tempat perbincangan, luahan
idea dan perasaan, permainan sosial dan media penerbitan. Status terbaik di media sosial
adalah update status yang informatif dan inspiratif. Namun, dalam keghairahan mencari
tempat untuk bersosial kadang kala masyarakat alpa terhadap etika, adab serta moral yang
perlu dijaga ketika menggunakan media sosial. Persoalannya, mampukah kita mendepani
pelbagai cabaran dalam keharmonian masyarakat seiring dengan ledakan penggunaan media
sosial yang memberi kebebasan komunikasi tanpa sempadan di seluruh dunia?
Warga dewan budiman,
Kesan negatif penggunaan media sosial adalah rentetan langsung daripada kesan
penyalahgunaan internet. Ketagihan melayari laman media sosial seperti Facebook, Twitter,
Pinterest, Linkedin boleh mendatangka pelbagai impak yang amat membimbangkan.
Pengasingan diri dari bermasyarakat boleh meningkatkan tekanan perasaan dan perasaan
sunyi seterusnya mengakibatkan masalah mental. Selain itu, fokus individu akan beralih
kepada media sosial dan perhatian kepada keluarga menjadi kurang menyebabkan hubungan
kekeluargaan mulai renggang. Secara tidak langsung kehidupan sosial secara bersemuka akan
digantikan dengan kehidupan bersosial secara maya dan mewujudkan individu yang bersifat
antisosial. Apabila ketagihan melayari internet tidak dapat dikawal, pelajar akan malas
belajar dan pekerja pula suka curi tulang. Waktu terbuang dengan sia-sia malah prestasi
mereka juga turut merosot. Apa yang membimbangkan adalah pengguna terjebak dengan
jerat cinta siber dan ini boleh mengundang gejala lain yang boleh mengganggu keharmonian
masyarakat seperti penipuan identiti yang sering berlaku di aplikasi rangkaian sosial.
Terdapat sesetengah golongan pengguna suka menyamar dengan menggunakan maklumat
peribadi palsu dan foto orang lain untuk melakukan penipuan dari segi kewangan ataupun
hubungan seks. Ini telah menyebabkan masalah sosial seperti membunuh, merogol, penipuan
dan lain-lain.
Hadirin yang dikasihi,
Blog, laman sosial, laman web dan aplikasi media sosial telah banyak mencetus
provokasi melalui penyataan status, rating like, komen, khidmat pesanan ringkas, kritikan
serta artikel yang dimuat naik secara bebas tanpa garis panduan serta peraturuan yang kukuh
yang dikuatkuasakan. Artikel-artikel akhbar menunjukkan ahli politik adalah golongan yang
paling banyak difitnah melalui khidmat pesanan ringkas. Berita-berita lain juga
mempamerkan penyalahgunaan laman media sosial yang banyak digunakan untuk
memfitnah, menjatuhkan maruah dan sebagai medan berbalas cacian yang selalunya
melibatkan selebriti. Tidak kurang juga remaja yang memuat naik video panas untuk meraih
populariti. Lebih parah apabila ada kalangan rakyat yang memberontak melalui blog sendiri
yang dijadikan ruang untuk meluahkan idea secara ekstrem tanpa memikirkan akibat tindakan
tersebut. Kes-kes penghinaan agama, institusi beraja dan hasutan berbaur perkauman melalui
media sosial telah dilaporkan dan ada yang dibawa ke muka pengadilan. Sehingga Jun 2013
sahaja, sebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan institusi raja melalui
media sosial telah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kebebasan yang tiada batasnya dalam dunia siber menyebabkan aspek keselamatan seperti
serangan siber dan sistem data maklumat negara boleh terancam. Negara kita juga tidak
terkecuali dan terpaksa berhadapan dengan ancaman siber ini. Wujudnya pelbagai laman web
berbentuk hasutan dan lucah boleh memberi implikasi buruk kepada negara. Oleh itu, kita
perlu sentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunana internet telah menjadi
gaya hidup masyarakat kini. Soalnya kini, apa tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik-
pemilik media sosial ini supaya mereka akur kepada lunas-lunas sosio-budaya dan tuntutan
kenegaraan?
Warga dewan yang budiman,
Secara keseluruhan, isu cabaran penggunaan media sosial ini sebenarnya boleh
ditangani dengan kerjasama pelbagai pihak. Oleh itu, langkah awal harus diambil dan semua
pihak perlu mula memainkan peranan masing-masing. Ingin saya tegaskan sekali lagi di sini
bahawa, cabaran yang ditempuhi ini tidak akan dibendung tanpa usaha dan peranan yang
proaktif oleh pelbagai pihak. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kekalkan keharmonian bumi
tercinta ini seiring ledakan teknologi maklumat era kini. Marilah kita lakarkan potret
kegemilangan Malaysia pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih dan assalamualaikum WBT.

Contenu connexe

Tendances

Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanDorisca
 
Teks ucapan semasa perhimpunan mingguan
Teks ucapan semasa perhimpunan mingguanTeks ucapan semasa perhimpunan mingguan
Teks ucapan semasa perhimpunan mingguansirniezam
 
Langkah mengatasi
Langkah mengatasiLangkah mengatasi
Langkah mengatasizumiza84
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZONSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZONAsmawi Abdullah
 
Folio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamFolio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamDania
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkahjayadarshu
 
Pengenalan Karangan
Pengenalan KaranganPengenalan Karangan
Pengenalan Karanganlnahrawi
 
English full essay
English full essayEnglish full essay
English full essayDoreen Yeo
 
geo ting 1: kesan Iklim& cuaca pada Kegiatan Manusia
geo ting 1: kesan Iklim& cuaca pada Kegiatan Manusiageo ting 1: kesan Iklim& cuaca pada Kegiatan Manusia
geo ting 1: kesan Iklim& cuaca pada Kegiatan ManusiaRamli Rem
 
Faktor faktor dan cara-cara untuk mengatasi jerebu
Faktor faktor dan cara-cara untuk mengatasi jerebuFaktor faktor dan cara-cara untuk mengatasi jerebu
Faktor faktor dan cara-cara untuk mengatasi jerebuempatsains2013
 
Kesan kepada manusia dan alam sekitar
Kesan kepada manusia dan alam sekitarKesan kepada manusia dan alam sekitar
Kesan kepada manusia dan alam sekitarNurul Shazliana
 
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)WanAkmalZahran
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melakaAsmawi Abdullah
 
Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Nur Syafiqah
 

Tendances (20)

Jerebu ((geografi
Jerebu ((geografiJerebu ((geografi
Jerebu ((geografi
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapan
 
Teks ucapan semasa perhimpunan mingguan
Teks ucapan semasa perhimpunan mingguanTeks ucapan semasa perhimpunan mingguan
Teks ucapan semasa perhimpunan mingguan
 
Penipisan lapisan ozon
Penipisan lapisan ozonPenipisan lapisan ozon
Penipisan lapisan ozon
 
Persaingan antara tumbuhan
Persaingan antara tumbuhanPersaingan antara tumbuhan
Persaingan antara tumbuhan
 
Langkah mengatasi
Langkah mengatasiLangkah mengatasi
Langkah mengatasi
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZONSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
 
Folio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamFolio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem Terancam
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkah
 
Pengenalan Karangan
Pengenalan KaranganPengenalan Karangan
Pengenalan Karangan
 
English full essay
English full essayEnglish full essay
English full essay
 
geo ting 1: kesan Iklim& cuaca pada Kegiatan Manusia
geo ting 1: kesan Iklim& cuaca pada Kegiatan Manusiageo ting 1: kesan Iklim& cuaca pada Kegiatan Manusia
geo ting 1: kesan Iklim& cuaca pada Kegiatan Manusia
 
Faktor faktor dan cara-cara untuk mengatasi jerebu
Faktor faktor dan cara-cara untuk mengatasi jerebuFaktor faktor dan cara-cara untuk mengatasi jerebu
Faktor faktor dan cara-cara untuk mengatasi jerebu
 
Lapisan Ozon
Lapisan OzonLapisan Ozon
Lapisan Ozon
 
Kuliah 2
Kuliah 2Kuliah 2
Kuliah 2
 
Kesan kepada manusia dan alam sekitar
Kesan kepada manusia dan alam sekitarKesan kepada manusia dan alam sekitar
Kesan kepada manusia dan alam sekitar
 
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melaka
 
Teks ucapan sukan
Teks ucapan sukanTeks ucapan sukan
Teks ucapan sukan
 
Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)
 

Similaire à teks syarahan BM rendah.docx

Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media SosialKuzi Ana
 
Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media SosialSee Iena
 
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasiPengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasiramdani77
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Freedy Kalang
 
Makalah etika profesi cyber bullying fix
Makalah etika profesi cyber bullying fixMakalah etika profesi cyber bullying fix
Makalah etika profesi cyber bullying fixAldila Amalia Saufika
 
Pengaruh media sosial bagi kalangan remaja
Pengaruh media sosial bagi kalangan remajaPengaruh media sosial bagi kalangan remaja
Pengaruh media sosial bagi kalangan remajassuser194c7f
 
Etika dalam menggunakan jejaring sosial
Etika dalam menggunakan jejaring sosialEtika dalam menggunakan jejaring sosial
Etika dalam menggunakan jejaring sosialEsy Ginting
 
Karangan pggunaan media sosial secara bermanfaat
Karangan   pggunaan media sosial secara bermanfaatKarangan   pggunaan media sosial secara bermanfaat
Karangan pggunaan media sosial secara bermanfaatABDUL TALIP OCHAR
 
Penggunaan media sosial bagi pelajar
Penggunaan media sosial bagi pelajarPenggunaan media sosial bagi pelajar
Penggunaan media sosial bagi pelajarRisna Bian
 
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )Esy Ginting
 
Dampak positif dan negatif sosial media terhadap remaja
Dampak positif dan negatif sosial media terhadap remajaDampak positif dan negatif sosial media terhadap remaja
Dampak positif dan negatif sosial media terhadap remajaM_Ramadhan
 
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaranPemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaransri wahyuni wahyuni
 
DINAMIKA SOSIAL DI ERA INFORMASI BERBASIS DATA.pptx
DINAMIKA SOSIAL DI ERA INFORMASI BERBASIS DATA.pptxDINAMIKA SOSIAL DI ERA INFORMASI BERBASIS DATA.pptx
DINAMIKA SOSIAL DI ERA INFORMASI BERBASIS DATA.pptxAyieTogar
 
Dunia maya; Informasi Sampah dan Alat Propaganda
Dunia maya; Informasi Sampah dan Alat PropagandaDunia maya; Informasi Sampah dan Alat Propaganda
Dunia maya; Informasi Sampah dan Alat PropagandaLSP3I
 
MAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIAL
MAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIALMAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIAL
MAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIALNur Kusmayadi
 

Similaire à teks syarahan BM rendah.docx (20)

Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media Sosial
 
Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media Sosial
 
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasiPengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
Pengaruh sosial media dalam kehidupan bersosialisasi
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
 
Makalah etika profesi cyber bullying fix
Makalah etika profesi cyber bullying fixMakalah etika profesi cyber bullying fix
Makalah etika profesi cyber bullying fix
 
Pengaruh medsos 17.18
Pengaruh medsos 17.18Pengaruh medsos 17.18
Pengaruh medsos 17.18
 
Pengaruh media sosial bagi kalangan remaja
Pengaruh media sosial bagi kalangan remajaPengaruh media sosial bagi kalangan remaja
Pengaruh media sosial bagi kalangan remaja
 
Etika dalam menggunakan jejaring sosial
Etika dalam menggunakan jejaring sosialEtika dalam menggunakan jejaring sosial
Etika dalam menggunakan jejaring sosial
 
Karangan pggunaan media sosial secara bermanfaat
Karangan   pggunaan media sosial secara bermanfaatKarangan   pggunaan media sosial secara bermanfaat
Karangan pggunaan media sosial secara bermanfaat
 
Proposal pondok
Proposal pondokProposal pondok
Proposal pondok
 
Penggunaan media sosial bagi pelajar
Penggunaan media sosial bagi pelajarPenggunaan media sosial bagi pelajar
Penggunaan media sosial bagi pelajar
 
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
 
Literasi Media
Literasi MediaLiterasi Media
Literasi Media
 
Dampak positif dan negatif sosial media terhadap remaja
Dampak positif dan negatif sosial media terhadap remajaDampak positif dan negatif sosial media terhadap remaja
Dampak positif dan negatif sosial media terhadap remaja
 
BUDAYA DIGITAL.pptx
BUDAYA DIGITAL.pptxBUDAYA DIGITAL.pptx
BUDAYA DIGITAL.pptx
 
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaranPemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
 
OPINI
OPINIOPINI
OPINI
 
DINAMIKA SOSIAL DI ERA INFORMASI BERBASIS DATA.pptx
DINAMIKA SOSIAL DI ERA INFORMASI BERBASIS DATA.pptxDINAMIKA SOSIAL DI ERA INFORMASI BERBASIS DATA.pptx
DINAMIKA SOSIAL DI ERA INFORMASI BERBASIS DATA.pptx
 
Dunia maya; Informasi Sampah dan Alat Propaganda
Dunia maya; Informasi Sampah dan Alat PropagandaDunia maya; Informasi Sampah dan Alat Propaganda
Dunia maya; Informasi Sampah dan Alat Propaganda
 
MAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIAL
MAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIALMAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIAL
MAKALAH DAMPAK NEGATIF MEDIA SOSIAL
 

Dernier

Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 

Dernier (20)

Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 

teks syarahan BM rendah.docx

  • 1. MEDIA SOSIAL : CABARAN TERHADAP KEHARMONIAN Bismillahirahmanirrahim Kini,media sosial muncul sebagai medium komunikasi paling hangat di abad ini sehingga sudah menjadi sebahagian keutamaan hidup. Kehadiran media sosial membawa kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara dalam talian. Proses komunikasi dan penyebaran maklumat bertambah canggih dan dunia menjadi semakin kecil. Dalam keghairahan kita menerima teknologi ini, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan masyarakat sama ada kita sedari atau tidak. Nantikan cabarannya, renungkan. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Sejambak kasih seharum kasturi buat saudara peneraju majlis, jemaah hakim yang berintegriti, warga pendidik yang disanjungi seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dihormati. “Media Sosial: Cabaran terhadap Keharmonian “, demikianlah bingkisan syarahan saya pada pagi ini. Hadirin yang bervisi, Menyusuri konsep MEDIA SOSIAL: CABARAN TERHADAP KEHARMONIAN mempunyai kolerasi tersendiri. Penggunaan aplikasi yang terdapat dalam media sosial menjadi satu budaya dan santapan harian dalam kalangan pengguna internet juga menatijahkan pelbagai cabaran terhadap keharmonian. Justeru, hadirin sekalian, saya ingin mengajak anda menghayati TIGA fokus bicara intipati wacana saya pada hari ini. Pertama, senario semasa peranan media sosial kini. Kedua, impak negatif penyalahgunaan media sosial dan ketiga cabaran keharmonian masyarakat. Putera-puteri anak pertiwi, Aplikasi media sosial dalam telefon pintar seperti Whatsapp, WeChat, LINE dan Telegram menambahkan lagi obsesi pengguna terhadap internet tanpa wayar. Kebanjiran laman-laman interaksi sosial di internet membolehkan komunikasi berjalan dengan begitu pantas hanya dengan satu klik dan segalanya boleh tersebar sekelip mata tanpa ada batasan tempat dan masa. Secara umumnya, media sosial berfungsi sebagai media komunikasi segera antara individu. Namun, jika dilihat lebih mendalam, media sosial memainkan peranan untuk
  • 2. perkongsian dan penyebaran maklumat, pembinaan jaringan hubungan sesama rakan baru dan lama, medan perniagaan dan pengurusan kewangan, tempat berbual sama ada secara panggilan audio, video atau mesej teks, penghantaran e-mail, tempat perbincangan, luahan idea dan perasaan, permainan sosial dan media penerbitan. Status terbaik di media sosial adalah update status yang informatif dan inspiratif. Namun, dalam keghairahan mencari tempat untuk bersosial kadang kala masyarakat alpa terhadap etika, adab serta moral yang perlu dijaga ketika menggunakan media sosial. Persoalannya, mampukah kita mendepani pelbagai cabaran dalam keharmonian masyarakat seiring dengan ledakan penggunaan media sosial yang memberi kebebasan komunikasi tanpa sempadan di seluruh dunia? Warga dewan budiman, Kesan negatif penggunaan media sosial adalah rentetan langsung daripada kesan penyalahgunaan internet. Ketagihan melayari laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Pinterest, Linkedin boleh mendatangka pelbagai impak yang amat membimbangkan. Pengasingan diri dari bermasyarakat boleh meningkatkan tekanan perasaan dan perasaan sunyi seterusnya mengakibatkan masalah mental. Selain itu, fokus individu akan beralih kepada media sosial dan perhatian kepada keluarga menjadi kurang menyebabkan hubungan kekeluargaan mulai renggang. Secara tidak langsung kehidupan sosial secara bersemuka akan digantikan dengan kehidupan bersosial secara maya dan mewujudkan individu yang bersifat antisosial. Apabila ketagihan melayari internet tidak dapat dikawal, pelajar akan malas belajar dan pekerja pula suka curi tulang. Waktu terbuang dengan sia-sia malah prestasi mereka juga turut merosot. Apa yang membimbangkan adalah pengguna terjebak dengan jerat cinta siber dan ini boleh mengundang gejala lain yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat seperti penipuan identiti yang sering berlaku di aplikasi rangkaian sosial. Terdapat sesetengah golongan pengguna suka menyamar dengan menggunakan maklumat peribadi palsu dan foto orang lain untuk melakukan penipuan dari segi kewangan ataupun hubungan seks. Ini telah menyebabkan masalah sosial seperti membunuh, merogol, penipuan dan lain-lain. Hadirin yang dikasihi, Blog, laman sosial, laman web dan aplikasi media sosial telah banyak mencetus provokasi melalui penyataan status, rating like, komen, khidmat pesanan ringkas, kritikan
  • 3. serta artikel yang dimuat naik secara bebas tanpa garis panduan serta peraturuan yang kukuh yang dikuatkuasakan. Artikel-artikel akhbar menunjukkan ahli politik adalah golongan yang paling banyak difitnah melalui khidmat pesanan ringkas. Berita-berita lain juga mempamerkan penyalahgunaan laman media sosial yang banyak digunakan untuk memfitnah, menjatuhkan maruah dan sebagai medan berbalas cacian yang selalunya melibatkan selebriti. Tidak kurang juga remaja yang memuat naik video panas untuk meraih populariti. Lebih parah apabila ada kalangan rakyat yang memberontak melalui blog sendiri yang dijadikan ruang untuk meluahkan idea secara ekstrem tanpa memikirkan akibat tindakan tersebut. Kes-kes penghinaan agama, institusi beraja dan hasutan berbaur perkauman melalui media sosial telah dilaporkan dan ada yang dibawa ke muka pengadilan. Sehingga Jun 2013 sahaja, sebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan institusi raja melalui media sosial telah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kebebasan yang tiada batasnya dalam dunia siber menyebabkan aspek keselamatan seperti serangan siber dan sistem data maklumat negara boleh terancam. Negara kita juga tidak terkecuali dan terpaksa berhadapan dengan ancaman siber ini. Wujudnya pelbagai laman web berbentuk hasutan dan lucah boleh memberi implikasi buruk kepada negara. Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunana internet telah menjadi gaya hidup masyarakat kini. Soalnya kini, apa tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik- pemilik media sosial ini supaya mereka akur kepada lunas-lunas sosio-budaya dan tuntutan kenegaraan? Warga dewan yang budiman, Secara keseluruhan, isu cabaran penggunaan media sosial ini sebenarnya boleh ditangani dengan kerjasama pelbagai pihak. Oleh itu, langkah awal harus diambil dan semua pihak perlu mula memainkan peranan masing-masing. Ingin saya tegaskan sekali lagi di sini bahawa, cabaran yang ditempuhi ini tidak akan dibendung tanpa usaha dan peranan yang proaktif oleh pelbagai pihak. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kekalkan keharmonian bumi tercinta ini seiring ledakan teknologi maklumat era kini. Marilah kita lakarkan potret kegemilangan Malaysia pada masa hadapan. Sekian, terima kasih dan assalamualaikum WBT.