SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  22
Isi Kandungan                                                    Muka Surat
1.0   Pengenalan                                                      1
      1.1 Penilaian                                                   2
      1.2 Jadual Penentuan Ujian (JPU)                                3
      1.3 Skema Pemarkahan                                            4


2.0   Keputusan Ujian                                                 5
      2.1Jadual Keputusan Ujian 1 dan Analisis                        5
      2.2 Pengiraan Markah                                            7
      2.3 Indeks Kesukaran Item                                       8
      2.4 Indeks Diskriminasi                                         12
      2.5 Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi
           Item Serta Komen                                           15


3.0   Jadual Keputusan Ujian 2 dan Analisis                           17
      3.1 Komen dan Ulasan Keputusan                                  21
4.0   Rumusan                                                         21
Rujukan
Lampiran
      (a) Bahagian Sukatan Pelajaran yang dipilih
      (b) JPU
      (c) Kertas Soalan
      (d) Skema Pemarkahan
      (e) Sampel jawapan bagi tiga pelajar yang sama
           bagi ujian kali pertama dan kali kedua




                                               1
1.0    Pengenalan

1.1     Penilaian

       Penilaian adalah konsep yang digunakan dalam pelbagai bidang untuk membolehkan
seseorang itu membuat anggaran dan merupakan satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat
tentang sesuatu perkara. Menurut Gay ( 1985 ), penilaian ialah satu proses yang sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
ditetapkan itu telah tercapai.

       Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem           yang meliputi aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat
analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selain itu penilaian
dalam pendidikan juga mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan hasil
program pengajian berbanding matlamat asalnya. Penilaian dapat dibuat dengan menggunakan
maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali.

       Terdapat tiga proses utama dalam penilaian, iaitu menentukan ukuran, menganalisis
ukuran dan menyatakan nilai atau interprestasi ukuran. Penilaian dapat dilaksanakan dalam lima
peringkat, iaitu persediaan ujian, pentadbiran ujian, pemeriksaan jawapan ujian, analisis ukuran
dan interprestasi dan tindakan susulan.

       Untuk menyempurnakan tugasan ini, saya telah memilih Mata Pelajaran Matematik
Tahun Enam sesuai dengan pengkhususan saya di mana item-item meliputi semua topik dalam
Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) SK (2003) seperti yang tercatat
dalam Jadual Penentuan Ujian yang dikepilkan. Satu set soalan telah disediakan yang terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang mengandungi 20 item objektif yakni menyumbang
60 peratus markah manakala Bahagian B mengandungi 10 item subjektif membawa kepada 40
peratus markah. Item-item telah ini diuji kepada 12 orang murid Tahun Enam di SK Pasir
Tengah, Lundu yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan
September nanti. Ujian ini telah dijalankan dalam tempoh masa satu jam dan dilaksanakan
sebanyak dua kali iaitu pada 11 Hb. Jun 2012 (UJIAN 1) dan 24 Hb. Jun 2012 (UJIAN 2).




                                               2
1.2 Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan Kepentingannya

       Menurut Kubiszyn dan Borich, JPU ( Test Specification Table ) adalah carta dua –hala
yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta menyenaraikan
objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta pula menyenaraikan konsep-konsep utama
yang diajar dan ingin diukur. Dengan ini jadual penentuan ujian ( JPU ) boleh menjadi panduan
kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu
dicapai. Dari segi pembinaan item ujian pula, jadual penentuan ujian akan menjadi panduan
kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada
awal hingga akhir.

       Manakala menurut Haladyna (1977), konsep pencapaian boleh dipecahkan kepada
pengetahuan dan kemahiran. Ujian ke atas pengetahuan seseorang individu hendaklah
berlandaskan pengetahuan serta kefahaman mengenai fakta, konsep dan prinsip. Ujian terhadap
kemahiran hendaklah berasaskan kepada aplikasi pengetahuan terhadap masalah dan keadaan.

       Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Selain
itu penggubalan juga perlu mengikuti pelbagai, termasuk penyediaan jadual penentuan ujian (
JPU ), pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Namun begitu,
item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran yang berkaitan untuk memastikan
kualiti item ujian dari segi kebolehanpercayaan, kesahan dan pengukuran yang adil, demikian
menurut pandangan Hale ( 1980 ).

       Jadual Penentuan Ujian disediakan untuk membantu penggubal kertas ujian dan pembina
item. Antara kepentingan Jadual Penentuan Ujian ialah seperti berikut:

a) kertas ujian dapat digubal dan ditadbir secara sistematik

b) kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin

c) taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang

d) ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

e) aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh

  pembina lain.


                                                  3
1.3 Skema Pemarkahan



       Pada umumnya, dalam sesuatu ujian atau peperiksaan, seseorang penggubal soalan atau
guru diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip
jawapan. Ini bermakna skema pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih awal untuk membantu
guru mengenal pasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu diperbaiki atau dibuang.

       Terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru atau penggubal soalan semasa
menyediakan skema pemarkahan bagi rujukan memeriksa jawapan ialah:

a) kandungan – mencakupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan

b) pengelolaan – aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang

c) proses – aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan daya kreatif
menjawab.

       Secara umumnya skema pemarkahan boleh disediakan dalam dua cara, iaitu:

a) Skema Pemarkahan Holistik

       Skema jenis ini ialah sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid.
Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan
impresi. Pemarkahan holistik memerlukan pemeriksa membaca jawapan secara keseluruhan dan
kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah
keseluruhan bagi sesuatu soalan. Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng
daripada kehendak soalan. Pemeriksa pula perlu banyak pengalaman dan menguasai mata
pelajaran yang berkaitan.

       Kelebihan skema pemarkahan secara holistik ialah pemeriksaan lebih cepat. Namun
begitu, pemarkahan cara ini dianggap kurang objektif. Lantaran itu ketua pemeriksa akan
memberikan panduan memeriksan jawapan murid.




                                               4
b) Skema Pemarkahan Analitik

       Pemarkahan cara ini merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara
terperinci yakni markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Misalnya, penentuan
pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang diberikan akan dipertimbangkan
untuk diberikan markah penuh. Agihan markah adalah berdasarkan aspek-aspek seperti isi, fakta,
persembahan dan bahasa.

       Pemarkahan analitik adalah lebih objektif kerana skemanya lebih terperinci, tetapi
mengambil masa yang lama terutamanya jika bilangan calon terlalu ramai.




2.0    Keputusan Ujian

2.1 Jadual Keputusan Ujian (UJIAN 1) dan Analisis




       Ujian bagi tujuan tugasan ini telah dijalankan untuk kelas Tahun Enam pada 11 Hb. Jun
2012. Ujian ini mengambil masa selama satu jam. Setelah memeriksa jawapan pelajar, langkah
yang berikutnya dalam tugasan ini ialah mencatat markah yang diperolehi oleh murid, mengira
markah purata bagi kedua-dua Bahagian A dan Bahagian B serta jumlah markah, mengira indeks
diskriminasi bagi setiap item dalam Bahagian A, membuat perbandingan indeks kesukaran
setiap item dengan item yang terdapat dalam Jadual Penentuan Ujian dan membuat ulasan bagi
perbandingan tersebut.




                                              5
6
2.2   Pengiraan Markah


      (a)   Purata Markah Bagi Markah Bahagian A
                                        JumlahMark ah
            Markah Purata =
                                        JumlahPela        jar

                             21     30     12       24        45        27        45        36        18        48        33        24
                       =
                                                                             12
                              363
                         =
                              12

                       = 30.25


      (b)   Purata Markah Bagi Markah Bahagian B
                                        JumlahMark ah
            Markah Purata =
                                        JumlahPela jar

                                   8     22     6        22        32        24        22        20        10        32        28        8
                              =
                                                                                  12

                                  234
                         =
                                  12
                       = 19.50




      (c)   Jumlah Markah
      Pelajar   P1   P2 P3 P4              P5       P6 P7 P8 P9 P10                                         P11           P12 Jumlah
      Markah    29   52 18         46      78       51 73                56        28            80         60             32                597




      (d)   Purata Jumlah Markah
                                                                   597
            = 30.25 + 19.50             atau             =
                                                                   12

            = 49.75                                           = 49.75




                                                              7
2.3 Indeks Kesukaran Item


               Indeks Kesukaran Item (item difficulty index, p) dapat menunjukkan aras
kesukaran   sesuatu   item.Iaitu   sama      ada       item   tersebut   berada   pada   aras   terlalu
sukar,sukar,sederhana sukar ,mudah atau terlalu mudah.Ia juga dapat menjelaskan kualiti sesuatu
item ujian.Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan
betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut

       Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks
Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada
sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk
soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang
memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.
Pengiraannyaa adalah seperti persamaan berikut :




Contoh Pengiraan Indeks Kesukaran Item (p);

(a) Item Objektif

       Satu item dapat dijawab oleh 5 orang pelajar daripada sejumlah 12 orang orang pelajar
yang menjawab soalan tersebut. Cari nilai p .




                                        5
                                    =
                                        12


                                    = 0.416




                                                   8
(b) Item Subjektif

                                 Markah Purata = Jumlah Markah diperolehi ÷ Jumlah Pelajar

                                 Julat Markah Penuh = (Markah Penuh 1 Item    0)


                                      MarkahPura ta
                              p=
                                   JulatMarka hPenuh




       Contoh:

         40 markah daripada 48 markah dapat diperolehi oleh 12 orang murid. Markah penuh
untuk satu item ialah 4. Nilai p ialah ;

                                                 40
                               Markah Purata =        = 3.333
                                                 12


                              Julat Markah Penuh = 4-0 = 4

                                   3 . 333
                              p=
                                      4

                               = 0.833




       Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00.Jika nilai p akan menjadi 0 maka (soalan amat
sukar) atau item yang sukar mempunyai nilai p             yang rendah.Oleh itu,item yang sukar
mempunyai nilai p yang rendah dan sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p yang
tinggi,seperti yang ditunjukkan di bawah.




                                                 9
Mengikut (Wood,1960), bagi ujian aneka pilihan ,indeks kesukaran mengambarkan peratusan
murid yang menjawab sesuatu item dengan betul.Lebih tinggi peratusan murid yang menjawab
sesuatu item dengan betul,lebih mudah item tersebut.Sebagai panduan ,aras kesukaran item
dapat ditafsirkan mengikut nilai p seperti yang ditunjukan di bawah.



                               Nilai ( p )           Pengkelasan Item



                              0.00 – 0.20           Terlalu sukar

                              0.21 – 0.40           Sukar

                              0.41 – 0.60           Sederhana sukar

                              0.61 – 0.80           Mudah

                              0.81 – 1.00           Terlalu mudah


              Jadual 1.2 : Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item


       Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa
soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15)tidak akan dapat memberi
maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang
terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua murid, sementara soalan yang terlalu
sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua murid. Justeru, soalan – soalan ini tidak dapat
membezakan murid yang lebih rendah keupayaannya dengan murid yang tinggi keupayaannya.




                         Jumlah jawapan               Nilai indeks
    Item / soalan                                                        Pengkelasan item
                              betul                   kesukaran
          1                     5                        0.416            Sederhana sukar
          2                     7                        0.583            Sederhana sukar
          3                     9                        0.750                Mudah
          4                     4                        0.333                 sukar
          5                     6                        0.500            Sederhana sukar
          6                     5                        0.416            Sederhana sukar
          7                     5                        0.416            Sederhana sukar

                                               10
8                     7                    0.583            Sederhana sukar
         9                     5                    0.416            Sederhana sukar
        10                     6                    0.500            Sederhana sukar
        11                     4                    0.333                 Sukar
        12                     6                    0.500            Sederhana sukar
        13                     7                    0.583            Sederhana sukar
        14                     6                    0.500            Sederhana sukar
        15                     8                    0.666                Mudah
        16                     8                    0.666                Mudah
        17                     3                    0.250                 Sukar
        18                     7                    0.583            Sederhana sukar
        19                     6                    0.500            Sederhana sukar
        20                     8                    0.666                Mudah


Jadual 1.3 : Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN A ( Soalan objektif )




                        Jumlah markah            Nilai indeks
   Item / soalan                                                    Pengkelasan item
                          diperolehi             kesukaran
         1                    40                    0.833             Terlalu mudah
         2                    20                    0.416            Sederhana sukar
         3                    36                    0.750                 Mudah
         4                    28                    0.583            Sederhana Sukar
         5                    16                    0.333                 Sukar
         6                    34                    0.708                 Mudah
         7                     4                    0.083             Terlalu Sukar
         8                    14                    0.291                 Sukar
         9                    20                    0.416            Sederhana Sukar
        10                    30                    0.625                 Mudah


Jadual 1.4 : Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN B ( Soalam subjektif )




                                            11
2.4     Indeks Diskriminasi

       Indeks Diskriminasi adalah bertujuan untuk membezakan calon-calon daripada kumpulan
cerdas dengan kumpulan lambat. Sesuatu item/soalan yang baik akan dapat mendiskriminasikan
antara keupayaan rendah dan yang tinggi. Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-
langkah Mehran & Lehmann(1991) seperti berikut:




i ) Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan,iaitu ( 25 % terdiri daripada 3 orang murid
  berpencapaian rendah ),( 50 % terdiri daripada 6 orang murid berpencapaian antara terendah
 dan tertinggi ) dan (25 % terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian tertinggi).


Ii ) Mengira bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berpencapaian
rendah (RL – Right Lower), bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid
berpencapaian tinggi(RU – Right Upper) dan jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi (T
(L + U) – Total).

Iii )Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU – RL) dengan
separuh T(L + U) seperti berikut:



                                                (RU – RL)

               Indeks Didskriminasi ( d ) =_________________

                                              ( ½ T (L + U))

                    Dimana,

                    T(L + U)= Jumlah murid pencapaian rendah dan tinggi


                    Ru = Bilangan murid pencapaian tinggi yang menjawab betul

                      ( 25% daripada jumlah murid)

                    RL = Bilangan murid pencapaian rendah yang jawab betul

                      ( 25% daripada jumlah murid )

                                               12
Nilai (d)        Pengkelasan Item

                    0.00 – 0.10         Tidak baik

                    0.11 – 0.20         Kurang baik

                    0.21 – 0.30         Sederhana baik

                    0.31 – 0.40         Baik

                    0.41 – 1.00         Sangat baik



       Jadual 1.5 : Jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item




       Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir
kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN)
kerana ia dapat membezakan murid yang berpencapaian tinggi dengan murid yang
berpencapaian lemah.
       Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan-soalan
ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan murid pandai
dengan murid lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang
menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan
murid pandai daripada murid lemah, iaitu lebih ramai murid lemah dapat menjawab soalan-
soalan ini dengan betul berbanding murid pandai.




                                               13
(d) = (RU – RL)
 Item /                                        Nilai Indeks
                      (1/2 T (L+U)                                Pengkelasan Item
 soalan                                     Diskriminasi Item
                       (3–0)
   1                                               1.00               Sangat baik
                         3
                       (3–0)
   2                                               1.00               Sangat baik
                         3
                       (3–0)
   3                                               1.00               Sangat baik
                         3
                       (0–2)
   4                                              - 0.66              Tidak baik
                         3
                       (2–0)
   5                                               0.66               Sangat baik
                         3
                       (2–0)
   6                                               0.66               Sangat baik
                         3
                       (2–2)
   7                                               0.00               Tidak baik
                         3
                       (2–0)
   8                                               0.66               Sangat baik
                         3
                       (2–0)
   9                                               0.66               Sangat baik
                         3
                       (2–0)
   10                                              0.66               Sangat baik
                         3
                       (2–1)
   11                                              0.33                  Baik
                         3
                       (2–2)
   12                                              0.00               Tidak Baik
                         3
                       (2–1)
   13                                              0.33                  Baik
                         3
                       (2–1)
   14                                              0.33                  Baik
                         3
                       (3–0)
   15                                              1.00               Sangat Baik
                         3
                       (2–1)
   16                                              0.33                  Baik
                         3
                       (0–1)
   17                                             - 0.33              Tidak Baik
                         3
                       (3–0)
   18                                              1.00               Sangat Baik
                         3
                       (3–1)
   19                                              0.66               Sangat Baik
                         3
                       (3–2)
   20                                              0.33                  Baik
                         3


Jadual 1.6 : Jadual Pengkelasan Indeks Diskriminasi Item BAHAGIAN A ( Soalan objektif )

                                          14
2.5   Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen.


BAHAGIAN A        INDEKS           INDEKS
  / ITEM        KESUKARAN       DISKRIMINASI         KOMEN DAN ULASAN
                   ITEM             ITEM
                                                  Item ini sangat baik kerana murid
                                                  berprestasi     rendah      dapat
                                                  menjawab dengan baik.         Ini
      1             0.416             1.00
                                                  bermakna item ini boleh disimpan
                                                  dan diguna semula.

                                                  Item ini sangat baik untuk diuji
                                                  kerana murid berprestasi tinggi
                                                  dan murid berprestasi rendah
      2             0.583             1.00        dapat menjawab dengan baik. Ini
                                                  bermakna item ini boleh disimpan
                                                  dan diguna semula.

                                                  Item ini sangat baik untuk diuji
                                                  kerana murid berprestasi tinggi
                                                  dan murid berprestasi rendah
      3             0.750             1.00        dapat menjawab dengan baik. Ini
                                                  bermakna item ini boleh disimpan
                                                  dan diguna semula.

                                                  Kurang baik untuk ditadbir kerana
                                                  murid berprestasi tinggi tidak
                                                  dapat menjawab dengan baik.
                                     - 0.66       Oleh itu item ini perlu digugurkan
      4             0.333
                                                  dan digantikan dengan item yang
                                                  lain.

                                                  Item ini baik kerana mampu
                                                  dijawab oleh murid berprestasi
                    0.500             0.66
      5                                           rendah dan berprestasi tinggi.

                                                  Item ini baik kerana mampu
                                      0.66        dijawab oleh murid berprestasi
      6             0.416
                                                  rendah dan berprestasi tinggi.
                                                  Item ini tidak baik untuk ditadbir
                                                  kerana murid berprestasi tinggi
                                                  dan murid berprestasi rendah
      7             0.416             0.00
                                                  gagal menjawab dengan betul.
                                                  Item ini perlu dibuang atau
                                                  disemak semula.

                                        15
Item ini baik kerana mampu
                    dijawab oleh murid berprestasi
8    0.583   0.66   rendah dan berprestasi tinggi.

                    Item ini baik kerana mampu
                    dijawab oleh murid berprestasi
9    0.416   0.66
                    rendah dan berprestasi tinggi.

                    Item ini baik kerana mampu
                    dijawab oleh murid berprestasi
10   0.500   0.66
                    rendah dan berprestasi tinggi.

                    Item ini sederhana baik untuk
11   0.333   0.66   ditadbir kepada murid-murid .

                    Item ini sederhana baik untuk
                    ditadbir kepada murid-murid
                    kerana murid berprestasi tinggi
12   0.500   0.33   dapat menjawab dengan baik
                    berbanding murid berprestasi
                    rendah.

                    Item ini tidak baik untuk ditadbir
                    kerana murid berprestasi tinggi
13   0.583   0.00   dan murid berprestasi rendah
                    gagal menjawab dengan betul.

                    Item ini sederhana baik untuk
                    ditadbir kepada murid-murid
                    kerana murid berprestasi tinggi
14   0.500          dapat menjawab dengan baik
             0.33
                    berbanding murid berprestasi
                    rendah.

                    Item ini sangat baik untuk diuji
                    kerana murid berprestasi tinggi
                    dan murid berprestasi rendah
15   0.666   1.00   dapat menjawab dengan baik. Ini
                    bermakna item ini boleh disimpan
                    dan diguna semula.


                    Item ini sederhana baik untuk
16   0.666   0.33   ditadbir kepada murid-murid
                    kerana murid berprestasi tinggi
                    dapat menjawab dengan baik

               16
berbanding   murid    berprestasi
                                                          rendah.

                                                          Item ini kurang baik kerana murid
                                                          berprestasi tinggi dan murid
                                                          berprestasi rendah tidak dapat
      17                0.250              - 0.33
                                                          menjawab soalan ini dan item
                                                          perlu diubahsuai atau digugurkan.

                                                          Item ini sangat baik untuk diuji
                                                          kerana murid berprestasi tinggi
                                                          dan murid berprestasi rendah
      18                0.583               1.00          dapat menjawab dengan baik. Ini
                                                          bermakna item ini boleh disimpan
                                                          dan diguna semula.

                                                          Item ini baik kerana mampu
                                                          dijawab oleh murid berprestasi
      19                0.500               0.66
                                                          rendah dan berprestasi tinggi.

                                                          Item ini sederhana baik untuk
                                                          ditadbir kepada murid-murid
                                                          kerana murid berprestasi tinggi
      20                0.666               0.33          dapat menjawab dengan baik
                                                          berbanding murid berprestasi
                                                          rendah.



Jadual 1.7 : Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen.




3.0 Jadual Keputusan Ujian 2 dan Analisis

       Bagi Ujian 2 ini, pengiraan untuk indeks kesukaran dan indeks diskriminasi adalah
mengikut rumus seperti yang dinyatakan di atas dan keputusannya ditunjukkan dalam Jadual 1.8.
Manakala pengiraan pekali korelasi antara indeks kesukaran Ujian 1 (x) dengan indeks
kesukaran Ujian 2 (y) pula ditunjukkan pada Jadual 1.9.



                                              17
18
19
20
3.1 Komen dan Ulasan Keputusan



       Pekali Korelasi Linear Pearson (rxy) di antara Ujian 1 dan Ujian 2 berdasarkan indeks

kesukaran item-item ialah 0.691. Hubungan antara pemboleh ubah (Ujian 1 dan Ujian2) adalah
secara langsung iaitu skor pemboleh ubah pertama meningkat, skor pemboleh ubah kedua juga
turut meningkat. Keputusan ini juga menunjukkan kekuatan mengikut nilai mutlak pekali
korelasi yakni dalam lingkungan 0.61 - 0.80 (kuat).




4.0 Rumusan




       Berdasarkan hasil analisis terhadap keputusan ujian dan analisis terhadap indeks
kesukaran item dan indeks diskriminasi item, adalah amat perlu membuat Jadual Penentuan
Ujian (JPU) bagi memilih item-item yang sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid.

       Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa set soalan yang telah digubal dan
diuji kepada murid-murid merupakan set soalan yang baik kerana mampu menunjukkan jurang
pencapaian atau indeks diskriminasi yang cukup kukuh untuk membezakan murid berpencapaian
tinggi dan murid berpencapaian rendah. Sebagai langkah cadangan, beberapa item memerlukan
pengubahsuaian supaya boleh memberikan indeks diskriminasi yang lebih jelas dan
menghasilkan set instrument ujian yang bermutu dan berkepercayaan tinggi.




                                                                        (2907 patah perkataan)




                                               21
RUJUKAN




Azizi Ahmad , Mohd Isha Awang. ( 2007 ). HBEF3203 Pengukuran dan
     penilaian dalam pendidikan . OUM : Kuala Lumpur.

Bhasah Abu Bakar . ( 2003 ) . Asas pengukuran bilik darjah . Perak : Quantum
     Books.

Eng Leng, Wee dan Beng Hin, Lee. (2006). Praktis Topikal Bestari Matematik KBSR
      Tahun 6. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hon Min, Yap dan Y.K. Tan. (2011). AKSES Matematik Aktiviti KBSR Tahun 6.
      Kajang: Unik Didik Sdn. Bhd.

Hon Min, Yap dan Y.K. Tan. (2011). Latihan Progresif Matematik Tahun 6.
     Kajang: Unik Didik Sdn. Bhd.

Isme Azura dan Irene Cheah. (2006). STAR Genius Matematik. Petaling Jaya:
     Info Didik Sdn. Bhd.

Mehrens, W. A. & Lehman, I . J . ( 1991 ) . Measurement and evaluation in
     education and psychology ( 4 th.ed ) . Chicago : Holt, Rinehartend

Mokhtar Ismail . ( 1995 ) . Penilaian di bilik darjah . Kuala Lumpur : Dewan
     Bahasa dan Pustaka .

Shahril Ahmad dan Arish Shammen. (2012). My Tutor Topical Mathematics.
      Petaling Jaya: Info Didik Sdn. Bhd.

Sharon Lim. (2012). Exam Focus UPSR. Kuala Lumpur: Global Media Sdn. Bhd.




                                              22

Contenu connexe

Similaire à Final version 1 penilaian dan pengukuran

Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6
sukatmaputri
 
Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6
rachmasanie
 
Tugas model kirkpatrick
Tugas model kirkpatrickTugas model kirkpatrick
Tugas model kirkpatrick
Hamzah Pagarra
 
5. pedoman penilaian smp uji coba 2006
5. pedoman penilaian smp uji coba 20065. pedoman penilaian smp uji coba 2006
5. pedoman penilaian smp uji coba 2006
autada
 
1.15 penilaian hasil belajar
1.15  penilaian hasil belajar1.15  penilaian hasil belajar
1.15 penilaian hasil belajar
Cuplis Chephy
 
14. REKONSTRUKSI MATA KULIAH.pptx
14. REKONSTRUKSI MATA KULIAH.pptx14. REKONSTRUKSI MATA KULIAH.pptx
14. REKONSTRUKSI MATA KULIAH.pptx
IndahAini12
 
Penyusunan Kisi-Kisi Soal.pptx
Penyusunan Kisi-Kisi Soal.pptxPenyusunan Kisi-Kisi Soal.pptx
Penyusunan Kisi-Kisi Soal.pptx
DinarDorotea
 
Evaluasi, Pengukuran, Dan Penilaian
Evaluasi, Pengukuran, Dan PenilaianEvaluasi, Pengukuran, Dan Penilaian
Evaluasi, Pengukuran, Dan Penilaian
Iwan Wicaksono
 

Similaire à Final version 1 penilaian dan pengukuran (20)

Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6
 
Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6
 
Tugas model kirkpatrick
Tugas model kirkpatrickTugas model kirkpatrick
Tugas model kirkpatrick
 
Kelompok 4
Kelompok 4Kelompok 4
Kelompok 4
 
Penilaian kelas depdiknas
Penilaian kelas depdiknasPenilaian kelas depdiknas
Penilaian kelas depdiknas
 
TELAAH RPP KURIKULUM 2013
TELAAH RPP KURIKULUM 2013TELAAH RPP KURIKULUM 2013
TELAAH RPP KURIKULUM 2013
 
5. pedoman penilaian smp uji coba 2006
5. pedoman penilaian smp uji coba 20065. pedoman penilaian smp uji coba 2006
5. pedoman penilaian smp uji coba 2006
 
PBD 7 (1-38) PERENCANAAN BERBASIS DATA SMK.pptx
PBD 7 (1-38) PERENCANAAN BERBASIS DATA SMK.pptxPBD 7 (1-38) PERENCANAAN BERBASIS DATA SMK.pptx
PBD 7 (1-38) PERENCANAAN BERBASIS DATA SMK.pptx
 
1.15 penilaian hasil belajar
1.15  penilaian hasil belajar1.15  penilaian hasil belajar
1.15 penilaian hasil belajar
 
14. REKONSTRUKSI MATA KULIAH.pptx
14. REKONSTRUKSI MATA KULIAH.pptx14. REKONSTRUKSI MATA KULIAH.pptx
14. REKONSTRUKSI MATA KULIAH.pptx
 
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdfBUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
 
Jsu baiki
Jsu baikiJsu baiki
Jsu baiki
 
Penyusunan Kisi-Kisi Soal.pptx
Penyusunan Kisi-Kisi Soal.pptxPenyusunan Kisi-Kisi Soal.pptx
Penyusunan Kisi-Kisi Soal.pptx
 
Ev.pend3 hp-df
Ev.pend3 hp-dfEv.pend3 hp-df
Ev.pend3 hp-df
 
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdfKELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
 
Makalah: Mengembangkan Butir Soal
Makalah: Mengembangkan Butir SoalMakalah: Mengembangkan Butir Soal
Makalah: Mengembangkan Butir Soal
 
Kd3.2
Kd3.2Kd3.2
Kd3.2
 
Evaluasi, Pengukuran, Dan Penilaian
Evaluasi, Pengukuran, Dan PenilaianEvaluasi, Pengukuran, Dan Penilaian
Evaluasi, Pengukuran, Dan Penilaian
 
04.penskoran m ts
04.penskoran  m ts04.penskoran  m ts
04.penskoran m ts
 
Lembar kerja
Lembar kerjaLembar kerja
Lembar kerja
 

Final version 1 penilaian dan pengukuran

  • 1. Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan 1 1.1 Penilaian 2 1.2 Jadual Penentuan Ujian (JPU) 3 1.3 Skema Pemarkahan 4 2.0 Keputusan Ujian 5 2.1Jadual Keputusan Ujian 1 dan Analisis 5 2.2 Pengiraan Markah 7 2.3 Indeks Kesukaran Item 8 2.4 Indeks Diskriminasi 12 2.5 Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen 15 3.0 Jadual Keputusan Ujian 2 dan Analisis 17 3.1 Komen dan Ulasan Keputusan 21 4.0 Rumusan 21 Rujukan Lampiran (a) Bahagian Sukatan Pelajaran yang dipilih (b) JPU (c) Kertas Soalan (d) Skema Pemarkahan (e) Sampel jawapan bagi tiga pelajar yang sama bagi ujian kali pertama dan kali kedua 1
  • 2. 1.0 Pengenalan 1.1 Penilaian Penilaian adalah konsep yang digunakan dalam pelbagai bidang untuk membolehkan seseorang itu membuat anggaran dan merupakan satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Menurut Gay ( 1985 ), penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem yang meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selain itu penilaian dalam pendidikan juga mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Penilaian dapat dibuat dengan menggunakan maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Terdapat tiga proses utama dalam penilaian, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai atau interprestasi ukuran. Penilaian dapat dilaksanakan dalam lima peringkat, iaitu persediaan ujian, pentadbiran ujian, pemeriksaan jawapan ujian, analisis ukuran dan interprestasi dan tindakan susulan. Untuk menyempurnakan tugasan ini, saya telah memilih Mata Pelajaran Matematik Tahun Enam sesuai dengan pengkhususan saya di mana item-item meliputi semua topik dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) SK (2003) seperti yang tercatat dalam Jadual Penentuan Ujian yang dikepilkan. Satu set soalan telah disediakan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang mengandungi 20 item objektif yakni menyumbang 60 peratus markah manakala Bahagian B mengandungi 10 item subjektif membawa kepada 40 peratus markah. Item-item telah ini diuji kepada 12 orang murid Tahun Enam di SK Pasir Tengah, Lundu yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September nanti. Ujian ini telah dijalankan dalam tempoh masa satu jam dan dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada 11 Hb. Jun 2012 (UJIAN 1) dan 24 Hb. Jun 2012 (UJIAN 2). 2
  • 3. 1.2 Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan Kepentingannya Menurut Kubiszyn dan Borich, JPU ( Test Specification Table ) adalah carta dua –hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan ini jadual penentuan ujian ( JPU ) boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai. Dari segi pembinaan item ujian pula, jadual penentuan ujian akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Manakala menurut Haladyna (1977), konsep pencapaian boleh dipecahkan kepada pengetahuan dan kemahiran. Ujian ke atas pengetahuan seseorang individu hendaklah berlandaskan pengetahuan serta kefahaman mengenai fakta, konsep dan prinsip. Ujian terhadap kemahiran hendaklah berasaskan kepada aplikasi pengetahuan terhadap masalah dan keadaan. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Selain itu penggubalan juga perlu mengikuti pelbagai, termasuk penyediaan jadual penentuan ujian ( JPU ), pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Namun begitu, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran yang berkaitan untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehanpercayaan, kesahan dan pengukuran yang adil, demikian menurut pandangan Hale ( 1980 ). Jadual Penentuan Ujian disediakan untuk membantu penggubal kertas ujian dan pembina item. Antara kepentingan Jadual Penentuan Ujian ialah seperti berikut: a) kertas ujian dapat digubal dan ditadbir secara sistematik b) kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin c) taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang d) ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran e) aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain. 3
  • 4. 1.3 Skema Pemarkahan Pada umumnya, dalam sesuatu ujian atau peperiksaan, seseorang penggubal soalan atau guru diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip jawapan. Ini bermakna skema pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih awal untuk membantu guru mengenal pasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu diperbaiki atau dibuang. Terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru atau penggubal soalan semasa menyediakan skema pemarkahan bagi rujukan memeriksa jawapan ialah: a) kandungan – mencakupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan b) pengelolaan – aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang c) proses – aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan daya kreatif menjawab. Secara umumnya skema pemarkahan boleh disediakan dalam dua cara, iaitu: a) Skema Pemarkahan Holistik Skema jenis ini ialah sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan impresi. Pemarkahan holistik memerlukan pemeriksa membaca jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksa pula perlu banyak pengalaman dan menguasai mata pelajaran yang berkaitan. Kelebihan skema pemarkahan secara holistik ialah pemeriksaan lebih cepat. Namun begitu, pemarkahan cara ini dianggap kurang objektif. Lantaran itu ketua pemeriksa akan memberikan panduan memeriksan jawapan murid. 4
  • 5. b) Skema Pemarkahan Analitik Pemarkahan cara ini merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara terperinci yakni markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Misalnya, penentuan pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang diberikan akan dipertimbangkan untuk diberikan markah penuh. Agihan markah adalah berdasarkan aspek-aspek seperti isi, fakta, persembahan dan bahasa. Pemarkahan analitik adalah lebih objektif kerana skemanya lebih terperinci, tetapi mengambil masa yang lama terutamanya jika bilangan calon terlalu ramai. 2.0 Keputusan Ujian 2.1 Jadual Keputusan Ujian (UJIAN 1) dan Analisis Ujian bagi tujuan tugasan ini telah dijalankan untuk kelas Tahun Enam pada 11 Hb. Jun 2012. Ujian ini mengambil masa selama satu jam. Setelah memeriksa jawapan pelajar, langkah yang berikutnya dalam tugasan ini ialah mencatat markah yang diperolehi oleh murid, mengira markah purata bagi kedua-dua Bahagian A dan Bahagian B serta jumlah markah, mengira indeks diskriminasi bagi setiap item dalam Bahagian A, membuat perbandingan indeks kesukaran setiap item dengan item yang terdapat dalam Jadual Penentuan Ujian dan membuat ulasan bagi perbandingan tersebut. 5
  • 6. 6
  • 7. 2.2 Pengiraan Markah (a) Purata Markah Bagi Markah Bahagian A JumlahMark ah Markah Purata = JumlahPela jar 21 30 12 24 45 27 45 36 18 48 33 24 = 12 363 = 12 = 30.25 (b) Purata Markah Bagi Markah Bahagian B JumlahMark ah Markah Purata = JumlahPela jar 8 22 6 22 32 24 22 20 10 32 28 8 = 12 234 = 12 = 19.50 (c) Jumlah Markah Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 P11 P12 Jumlah Markah 29 52 18 46 78 51 73 56 28 80 60 32 597 (d) Purata Jumlah Markah 597 = 30.25 + 19.50 atau = 12 = 49.75 = 49.75 7
  • 8. 2.3 Indeks Kesukaran Item Indeks Kesukaran Item (item difficulty index, p) dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item.Iaitu sama ada item tersebut berada pada aras terlalu sukar,sukar,sederhana sukar ,mudah atau terlalu mudah.Ia juga dapat menjelaskan kualiti sesuatu item ujian.Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannyaa adalah seperti persamaan berikut : Contoh Pengiraan Indeks Kesukaran Item (p); (a) Item Objektif Satu item dapat dijawab oleh 5 orang pelajar daripada sejumlah 12 orang orang pelajar yang menjawab soalan tersebut. Cari nilai p . 5 = 12 = 0.416 8
  • 9. (b) Item Subjektif Markah Purata = Jumlah Markah diperolehi ÷ Jumlah Pelajar Julat Markah Penuh = (Markah Penuh 1 Item 0) MarkahPura ta p= JulatMarka hPenuh Contoh: 40 markah daripada 48 markah dapat diperolehi oleh 12 orang murid. Markah penuh untuk satu item ialah 4. Nilai p ialah ; 40 Markah Purata = = 3.333 12 Julat Markah Penuh = 4-0 = 4 3 . 333 p= 4 = 0.833 Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00.Jika nilai p akan menjadi 0 maka (soalan amat sukar) atau item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah.Oleh itu,item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah dan sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p yang tinggi,seperti yang ditunjukkan di bawah. 9
  • 10. Mengikut (Wood,1960), bagi ujian aneka pilihan ,indeks kesukaran mengambarkan peratusan murid yang menjawab sesuatu item dengan betul.Lebih tinggi peratusan murid yang menjawab sesuatu item dengan betul,lebih mudah item tersebut.Sebagai panduan ,aras kesukaran item dapat ditafsirkan mengikut nilai p seperti yang ditunjukan di bawah. Nilai ( p ) Pengkelasan Item 0.00 – 0.20 Terlalu sukar 0.21 – 0.40 Sukar 0.41 – 0.60 Sederhana sukar 0.61 – 0.80 Mudah 0.81 – 1.00 Terlalu mudah Jadual 1.2 : Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15)tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua murid, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua murid. Justeru, soalan – soalan ini tidak dapat membezakan murid yang lebih rendah keupayaannya dengan murid yang tinggi keupayaannya. Jumlah jawapan Nilai indeks Item / soalan Pengkelasan item betul kesukaran 1 5 0.416 Sederhana sukar 2 7 0.583 Sederhana sukar 3 9 0.750 Mudah 4 4 0.333 sukar 5 6 0.500 Sederhana sukar 6 5 0.416 Sederhana sukar 7 5 0.416 Sederhana sukar 10
  • 11. 8 7 0.583 Sederhana sukar 9 5 0.416 Sederhana sukar 10 6 0.500 Sederhana sukar 11 4 0.333 Sukar 12 6 0.500 Sederhana sukar 13 7 0.583 Sederhana sukar 14 6 0.500 Sederhana sukar 15 8 0.666 Mudah 16 8 0.666 Mudah 17 3 0.250 Sukar 18 7 0.583 Sederhana sukar 19 6 0.500 Sederhana sukar 20 8 0.666 Mudah Jadual 1.3 : Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN A ( Soalan objektif ) Jumlah markah Nilai indeks Item / soalan Pengkelasan item diperolehi kesukaran 1 40 0.833 Terlalu mudah 2 20 0.416 Sederhana sukar 3 36 0.750 Mudah 4 28 0.583 Sederhana Sukar 5 16 0.333 Sukar 6 34 0.708 Mudah 7 4 0.083 Terlalu Sukar 8 14 0.291 Sukar 9 20 0.416 Sederhana Sukar 10 30 0.625 Mudah Jadual 1.4 : Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN B ( Soalam subjektif ) 11
  • 12. 2.4 Indeks Diskriminasi Indeks Diskriminasi adalah bertujuan untuk membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat. Sesuatu item/soalan yang baik akan dapat mendiskriminasikan antara keupayaan rendah dan yang tinggi. Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah- langkah Mehran & Lehmann(1991) seperti berikut: i ) Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan,iaitu ( 25 % terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian rendah ),( 50 % terdiri daripada 6 orang murid berpencapaian antara terendah dan tertinggi ) dan (25 % terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian tertinggi). Ii ) Mengira bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berpencapaian rendah (RL – Right Lower), bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berpencapaian tinggi(RU – Right Upper) dan jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi (T (L + U) – Total). Iii )Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU – RL) dengan separuh T(L + U) seperti berikut: (RU – RL) Indeks Didskriminasi ( d ) =_________________ ( ½ T (L + U)) Dimana, T(L + U)= Jumlah murid pencapaian rendah dan tinggi Ru = Bilangan murid pencapaian tinggi yang menjawab betul ( 25% daripada jumlah murid) RL = Bilangan murid pencapaian rendah yang jawab betul ( 25% daripada jumlah murid ) 12
  • 13. Nilai (d) Pengkelasan Item 0.00 – 0.10 Tidak baik 0.11 – 0.20 Kurang baik 0.21 – 0.30 Sederhana baik 0.31 – 0.40 Baik 0.41 – 1.00 Sangat baik Jadual 1.5 : Jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN) kerana ia dapat membezakan murid yang berpencapaian tinggi dengan murid yang berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan-soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan murid pandai dengan murid lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan murid pandai daripada murid lemah, iaitu lebih ramai murid lemah dapat menjawab soalan- soalan ini dengan betul berbanding murid pandai. 13
  • 14. (d) = (RU – RL) Item / Nilai Indeks (1/2 T (L+U) Pengkelasan Item soalan Diskriminasi Item (3–0) 1 1.00 Sangat baik 3 (3–0) 2 1.00 Sangat baik 3 (3–0) 3 1.00 Sangat baik 3 (0–2) 4 - 0.66 Tidak baik 3 (2–0) 5 0.66 Sangat baik 3 (2–0) 6 0.66 Sangat baik 3 (2–2) 7 0.00 Tidak baik 3 (2–0) 8 0.66 Sangat baik 3 (2–0) 9 0.66 Sangat baik 3 (2–0) 10 0.66 Sangat baik 3 (2–1) 11 0.33 Baik 3 (2–2) 12 0.00 Tidak Baik 3 (2–1) 13 0.33 Baik 3 (2–1) 14 0.33 Baik 3 (3–0) 15 1.00 Sangat Baik 3 (2–1) 16 0.33 Baik 3 (0–1) 17 - 0.33 Tidak Baik 3 (3–0) 18 1.00 Sangat Baik 3 (3–1) 19 0.66 Sangat Baik 3 (3–2) 20 0.33 Baik 3 Jadual 1.6 : Jadual Pengkelasan Indeks Diskriminasi Item BAHAGIAN A ( Soalan objektif ) 14
  • 15. 2.5 Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen. BAHAGIAN A INDEKS INDEKS / ITEM KESUKARAN DISKRIMINASI KOMEN DAN ULASAN ITEM ITEM Item ini sangat baik kerana murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan baik. Ini 1 0.416 1.00 bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula. Item ini sangat baik untuk diuji kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah 2 0.583 1.00 dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula. Item ini sangat baik untuk diuji kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah 3 0.750 1.00 dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula. Kurang baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi tidak dapat menjawab dengan baik. - 0.66 Oleh itu item ini perlu digugurkan 4 0.333 dan digantikan dengan item yang lain. Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi 0.500 0.66 5 rendah dan berprestasi tinggi. Item ini baik kerana mampu 0.66 dijawab oleh murid berprestasi 6 0.416 rendah dan berprestasi tinggi. Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah 7 0.416 0.00 gagal menjawab dengan betul. Item ini perlu dibuang atau disemak semula. 15
  • 16. Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi 8 0.583 0.66 rendah dan berprestasi tinggi. Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi 9 0.416 0.66 rendah dan berprestasi tinggi. Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi 10 0.500 0.66 rendah dan berprestasi tinggi. Item ini sederhana baik untuk 11 0.333 0.66 ditadbir kepada murid-murid . Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi 12 0.500 0.33 dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah. Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi 13 0.583 0.00 dan murid berprestasi rendah gagal menjawab dengan betul. Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi 14 0.500 dapat menjawab dengan baik 0.33 berbanding murid berprestasi rendah. Item ini sangat baik untuk diuji kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah 15 0.666 1.00 dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula. Item ini sederhana baik untuk 16 0.666 0.33 ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik 16
  • 17. berbanding murid berprestasi rendah. Item ini kurang baik kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah tidak dapat 17 0.250 - 0.33 menjawab soalan ini dan item perlu diubahsuai atau digugurkan. Item ini sangat baik untuk diuji kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah 18 0.583 1.00 dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula. Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi 19 0.500 0.66 rendah dan berprestasi tinggi. Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi 20 0.666 0.33 dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah. Jadual 1.7 : Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen. 3.0 Jadual Keputusan Ujian 2 dan Analisis Bagi Ujian 2 ini, pengiraan untuk indeks kesukaran dan indeks diskriminasi adalah mengikut rumus seperti yang dinyatakan di atas dan keputusannya ditunjukkan dalam Jadual 1.8. Manakala pengiraan pekali korelasi antara indeks kesukaran Ujian 1 (x) dengan indeks kesukaran Ujian 2 (y) pula ditunjukkan pada Jadual 1.9. 17
  • 18. 18
  • 19. 19
  • 20. 20
  • 21. 3.1 Komen dan Ulasan Keputusan Pekali Korelasi Linear Pearson (rxy) di antara Ujian 1 dan Ujian 2 berdasarkan indeks kesukaran item-item ialah 0.691. Hubungan antara pemboleh ubah (Ujian 1 dan Ujian2) adalah secara langsung iaitu skor pemboleh ubah pertama meningkat, skor pemboleh ubah kedua juga turut meningkat. Keputusan ini juga menunjukkan kekuatan mengikut nilai mutlak pekali korelasi yakni dalam lingkungan 0.61 - 0.80 (kuat). 4.0 Rumusan Berdasarkan hasil analisis terhadap keputusan ujian dan analisis terhadap indeks kesukaran item dan indeks diskriminasi item, adalah amat perlu membuat Jadual Penentuan Ujian (JPU) bagi memilih item-item yang sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid. Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa set soalan yang telah digubal dan diuji kepada murid-murid merupakan set soalan yang baik kerana mampu menunjukkan jurang pencapaian atau indeks diskriminasi yang cukup kukuh untuk membezakan murid berpencapaian tinggi dan murid berpencapaian rendah. Sebagai langkah cadangan, beberapa item memerlukan pengubahsuaian supaya boleh memberikan indeks diskriminasi yang lebih jelas dan menghasilkan set instrument ujian yang bermutu dan berkepercayaan tinggi. (2907 patah perkataan) 21
  • 22. RUJUKAN Azizi Ahmad , Mohd Isha Awang. ( 2007 ). HBEF3203 Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan . OUM : Kuala Lumpur. Bhasah Abu Bakar . ( 2003 ) . Asas pengukuran bilik darjah . Perak : Quantum Books. Eng Leng, Wee dan Beng Hin, Lee. (2006). Praktis Topikal Bestari Matematik KBSR Tahun 6. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hon Min, Yap dan Y.K. Tan. (2011). AKSES Matematik Aktiviti KBSR Tahun 6. Kajang: Unik Didik Sdn. Bhd. Hon Min, Yap dan Y.K. Tan. (2011). Latihan Progresif Matematik Tahun 6. Kajang: Unik Didik Sdn. Bhd. Isme Azura dan Irene Cheah. (2006). STAR Genius Matematik. Petaling Jaya: Info Didik Sdn. Bhd. Mehrens, W. A. & Lehman, I . J . ( 1991 ) . Measurement and evaluation in education and psychology ( 4 th.ed ) . Chicago : Holt, Rinehartend Mokhtar Ismail . ( 1995 ) . Penilaian di bilik darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Shahril Ahmad dan Arish Shammen. (2012). My Tutor Topical Mathematics. Petaling Jaya: Info Didik Sdn. Bhd. Sharon Lim. (2012). Exam Focus UPSR. Kuala Lumpur: Global Media Sdn. Bhd. 22