SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  30
Télécharger pour lire hors ligne
Dasar Pakatan Rakyat
Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana
dasar dan kebijakan untuk membawa keluar
bangsa dan negara dari kemelut yang semakin
meruncing.  
Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir
akibat dari faham perkauman sempit, politik adu
domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi
merudum akibat dari keruntuhan akal budi,
kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang
yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang
dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.  
Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan
melebarnya jurang antara golongan kaya dengan
miskin, antara bandar, desa dan pendalaman
antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. 
Peningkatan jenayah mengancam keselamatan
nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis
disalahgunakan untuk tujuan politik sempit.
Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman
terus digasir oleh campur tangan politik dan
kepentingan perniagaan. 
Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat
sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan
manakala rakyat dari pelbagai kaum
mempamerkan semangat baru meleburkan
kerangka pemikiran usang dan jumud,
menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah,
merompak khazanah negara dan menginjak hak
rakyat.
Menginsafi semangat rakyat tersebut maka
Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami
untuk menghayati dan melaksanakan agenda
politik baru ke arah menggembleng tenaga
rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya
yang dilihat sebagai satu kekuatan.
 Malah kami yakin; kita mampu berubah dari
dasar perkauman sempit kepada kerukunan
hidup beragama, nilai kemanusiaan,
berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi,
prinsip negara hukum tanpa memilih darjat,
kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak
dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan
prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin
keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem
kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak
asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela
dan dimartabatkan.
Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi
Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas
melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi
yang mengarah kepada pembangunan manusia
seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan
Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan
yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh
dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah
pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi
kelompok miskin dan terpinggir.
Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka
ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah
kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi
memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar
menindas yang hanya memperkayakan segelintir
perlu digantikan dengan sebuah dasar yang
memastikan bantuan kepada golongan miskin di
Malaysia tanpa mengira kaum.
Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak
rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru
yang berteraskan keadilan untuk semua dan
prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda
yang mesti dilakukan untuk mengembalikan
maruah bangsa, kebebasan rakyat dan
kemuliaan insan.  Hanya dengan keadilan semua
rakyat akan makmur dan bersatu padu.
19 Disember 2009
Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Y.B. Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)
Y.B. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
8 September 2008
PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008
dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik
perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang
isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya
merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit
politik dan kroni mereka.
Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang
termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti
kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan
agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan
mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja
Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-
hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya
pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan
inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian
masyarakat majmuk negara ini.
Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang
disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan
dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan
kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang
menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara
dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.
Sekian, terima kasih.
Dasar Pakatan Rakyat
1 Demokrasi Telus dan Tulen
a Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang 6
b Pemisahan Kuasa 7
c Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil 8
2 Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil
a Ekonomi Kemahiran Tinggi 9
b Ekonomi Demokratik dan Telus 10
c Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri 11
d Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan 12
e Tenaga Kerja 13
f Jaringan Perlindungan Sosial 14
g Perumahan 15
h Prasarana dan Kemudahan Awam 16
i Alam Sekitar 17
j Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau 18
3 Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan
a Perpaduan dan Keadilan Sosial 19
b Agama 20
c Pendidikan 21
d Wanita dan Institusi Keluarga 23
e Golongan Muda 24
f Keselamatan 25
g Kesihatan 26
h Kebudayaan 27
4 Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara
a Sistem Persekutuan 28
b Sabah dan Sarawak 29
c Dasar Luar Negara 30
6
Mempertahankani.	 Perlembagaan
Persekutuan, Islam sebagai agama
bagi Persekutuan dan agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana di negara
ini serta melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak
negeri mana-mana antara Negeri
Sabah dan Sarawak dan kepentingan
sah kaum-kaum lain sejajar dengan
Perkara 153.
Mempertahankanii.	 peranan dan
tanggungjawab institusi raja
berperlembagaan.
Memartabatkaniii.	 pengunaan Bahasa
Melayu selari dengan Perkara 152
Perlembagaan dan memperluaskan
Bahasa Melayu sebagai lingua
franca serantau, melindungi dan
memperkukuhkan penggunaan
bahasa ibunda semua kaum.
Memansuhkaniv.	 Akta Keselamatan
Dalam Negeri dan undang-undang
yang membenarkan tahanan tanpa
dibicara. Serentak dengan itu
mengesyorkan pembatalan semua
pengisytiharan Darurat yang masih
berkuatkuasa.
Memansuhkanv.	 atau meminda semua
akta dan undang-undang yang zalim
serta melanggar hak asasi.
Menjaminvi.	 semangat persekutuan
serta hubungan yang adil di antara
Persekutuan dengan negeri-negeri,
terutama Sabah dan Sarawak.
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang
merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan
budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat
dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan:
a. 	 Negara Perlembagaan dan Kedaulatan
	 Undang-Undang
1. Demokrasi Telus dan Tulen
7
Memulihkani.	 kewibawaan sistem
kehakiman dan menjamin ketelusan
serta kebebasan sepenuhnya
Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
Menyusunii.	 semula perjalanan
Parlimen untuk menjadikannya
lebih telus, demokratik dan dapat
menjalankan peranan kuasa semak
dan imbang.
Menjaminiii.	 pertanggungjawaban
badan-badan seperti Suruhanjaya
Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia, Petronas, Khazanah dan
sebagainya secara langsung kepada
Parlimen.
Mewajibkaniv.	 perlantikan jawatan-
jawatan seperti Ketua Polis Negara,
Peguam Negara, Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
dan Ketua Audit Negara mendapat
kelulusan Parlimen.
Mewujudkanv.	 Jabatan Hisbah Negara
(Ombudsman).
Mengukuhkanvi.	 demokrasi kerajaan
tempatan dan meningkatkan
kecekapan serta keberkesanan
sistem penyampaian dan menjamin
ketelusan di semua peringkat secara
demokratik.
Membebaskanvii.	 media, meminda
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
1984, menggubal Akta Kebebasan
Maklumat dan memastikan
kebebasan Internet.
Mempertingkatkanviii.	 prestasi sektor
perkhidmatan awam serta menjamin
kebajikan anggotanya. Memastikan
institusi tersebut berkecuali dan
menjalankan tanggungjawabnya
secara cekap.
Memberdayakanix.	 dan memugar
masyarakat madani atau sivil.
Menyemarakkan penyertaan rakyat
melalui dialog dan perundingan.
Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan
doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan,
kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin
keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.
Pakatan Rakyat akan:
b. 	 Pemisahan Kuasa
8
Membolehkani.	 setiap rakyat berusia
18 tahun ke atas mengundi melalui
pendaftaran secara automatik.
Menghapuskanii.	 kelemahan
dalam sistem pengundian dengan
membersihkan senarai pengundi,
memansuhkan undi pos bagi
pengundi dalam negeri, memastikan
semua rakyat di luar negara dapat
mengundi dan menggunakan dakwat
kekal.
Memastikaniii.	 media massa memberi
ruang kepada semua parti politik
secara adil dan saksama, tempoh
kempen yang munasabah dan
pengendalian serta perjalanan
pilihanraya yang bersih dan bebas.
Menentukaniv.	 persempadanan
kawasan undi dibuat dengan
mencerminkan prinsip Satu Rakyat,
Satu Undi demi menjamin perwakilan
yang lebih adil dan saksama.
Memperuntukkanv.	 belanja kempen
kepada parti-parti politik berdasarkan
peratusan jumlah undi yang
diperolehi pada pilihanraya umum.
Menggubalvi.	 undang-undang
yang lebih berkesan bertujuan
menghukum calon atau parti politik
yang terbabit rasuah atau amalan
membeli undi.
Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk
memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka
ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang
berkaitan dengan pilihanraya.
Pakatan Rakyat akan:
c. 	 Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil
9
Menjamini.	 peluang pendidikan tinggi
dan latihan berteraskan ketrampilan
dibekalkan dalam seluruh sektor
perkhidmatan pembuatan dan
pertanian.
Memastikanii.	 warga kerja diberi
peluang meningkatkan kemahiran
serta diberi latihan berterusan untuk
terus meningkatkan produktiviti.
Menggalakkaniii.	 warga negara yang
professional dan berkemahiran yang
bermastautin di luar negara kembali
ke tanah air dengan menyedaikan
suasana kerja yang professional dan
menarik.
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki
pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap
dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi
menjamin daya saing negara.
Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta
menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya
maju dan berdaya tahan.
Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan
kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus
merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidakseimbangan
pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat
ramai.
2. Memacu Ekonomi Berprestasi
	 Tinggi, Mapan dan Adil
Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan,
berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan
yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi
melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.
Pakatan Rakyat akan:
a. 	 Ekonomi Kemahiran Tinggi
10
Merombaki.	 sistem tender supaya
adil, telus, terbuka dan memberi nilai
terbaik untuk wang rakyat. 
Menolakii.	 penswastaan yang
membebankan. Merunding semula
konsistensi dan kontrak yang bersifat
menguntungkan kroni dan tidak
adil kepada rakyat, termasuk yang
melibatkan IPP, tol lebuhraya dan
prasarana air. 
Melaksanakaniii.	 sistem cukai progresif
serta menolak sebarang cukai yang
membebankan rakyat termasuklah
cadangan perlaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST)
sehinggalah rakyat serta negara
bersedia.
Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan
urus tadbir yang baik.
Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang
pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.
Pakatan Rakyat akan:  
b. 	 Ekonomi Demokratik dan Telus 
11
Melaksanakani.	 formula geran
pembangunan dan kesamaan
berdasarkan faktor jumlah penduduk,
kadar kemiskinan, kawasan
pembangunan, kos, pembangunan
modal insan dan indeks pendapatan
kasar per kapita akan turut diberikan
bagi memastikan negeri yang miskin
tidak ketinggalan.
Mengagihkanii.	 kuasa pentadbiran
ekonomi dan perlaksanaan kerja
prasarana kepada kerajaan negeri,
misalnya hak rundingan saksama
dalam menentukan reka bentuk dan
jaringan pengangkutan awam.
Menjanaiii.	 pembangunan kawasan
yang lebih seimbang, sekali
gus mencipta bandar sekunder
yang produktif di seluruh negara
demi mengurangkan pemusatan
pembangunan di Lembah Klang.
Mengutamakaniv.	 dasar-dasar
penjanaan pertumbuhan tinggi
serta berjangka panjang, berasaskan
pemahaman ekonomi di mana
kerajaan negeri berada dalam
kedudukan terbaik untuk menentu
serta melaksanakan strategi sosio-
ekonomi.
Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan,
keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan
ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-
masing.
Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi
lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam
perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi
negara.
Pakatan Rakyat akan:
c. 	 Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan
	 Ekonomi Negeri
12
Menjamini.	 bantuan ekonomi dan
pengagihan adil kepada semua
berdasarkan keperluan.
Membantuii.	 golongan terpinggir dari
semua kaum.
Memberiiii.	 bantuan tunai secara
terus kepada kumpulan sasar untuk
menghapuskan golongan miskin
tegar.
Menyediakaniv.	 biasiswa pendidikan
berdasarkan keperluan dan merit.
Menjaminv.	 mobiliti sosial dengan
memastikan peluang ekonomi yang
lebih adil dan sama rata untuk semua.
Menggunakanvi.	 penjimatan dari
ketirisan dan pembaziran serta jihad
menentang rasuah sebagai sumber
tambahan bagi program membasmi
kemiskinan.
Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan
berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk
merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.
Pakatan Rakyat akan:
d. 	 Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan
13
Memperkenalkani.	 gaji minima untuk
semua pekerja Malaysia.
Mempertahankanii.	 hak pekerja
untuk membentuk kesatuan sekerja
mengikut kesesuaian dan pilihan
pekerja sendiri dan memastikan
mereka diberi hak dan perlindungan
selaras dengan piawaian
antarabangsa.
Memperkenalkaniii.	 Akta Peluang
Saksama untuk memastikan peluang
pekerjaan terbuka kepada semua.
Menyokongiv.	 pengusaha dan peniaga
Perusahaan Kecil dan Sederhana
dengan menyediakan capaian
kepada pinjaman dan prasarana yang
mencukupi serta mengurangkan
karenah birokrasi.
Mempermudahkanv.	 bantuan kepada
nelayan dan petani untuk memacu
peningkatan produktiviti.
Menyusunvi.	 dasar pekerja asing yang
bersepadu dan mengurangkan
kebergantungan negara kepada
pekerja asing.
Menyediakanvii.	 sistem sokongan
kepada golongan terbabit dalam
sektor ekonomi informal seperti
peniaga kecil, penjaja, petani dan
mereka yang bekerja sendiri.
Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat
akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan
kesejahteraan pekerja dipelihara.
Pakatan Rakyat akan:
e. 	 Tenaga Kerja
14
Memperkukuhkani.	 sistem Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja dan
memperkenalkan sistem pencen
untuk setiap pekerja sektor swasta.
Menubuhkanii.	 Dana Penamatan Kerja
untuk pembiayaan sementara rakyat
yang hilang pekerjaan, subsidi untuk
latihan semasa kerja dan latihan
semula pekerja.
Memperkenalkaniii.	 usia tamat tempoh
perkhidmatan 60 tahun bertujuan
memberi peluang kepada mereka
yang ingin terus menyumbang
kepada masyarakat.
Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang
hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah
mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi
negara.
Pakatan Rakyat akan:
f. 	 Jaringan Perlindungan Sosial
15
Menubuhkani.	 Perbadanan
Perumahan dengan mandat untuk
menambahkan bilangan rumah
mampu milik dan mencapai matlamat
Satu Keluarga, Satu Rumah.
Mengatasiii.	 masalah ‘setinggan/
peneroka bandar’ sebaiknya melalui
pembangunan perumahan in situ dan/
atau perkongsian tanah dan melalui
syarat-syarat pinjaman yang murah
bagi membantu setinggan membeli
rumah mereka.
Menyelaraskaniii.	 sistem perundingan
antara ‘setinggan/peneroka bandar’,
pemaju dan pihak berkuasa untuk
mencapai penyelesaian menang-
menang bagi perkara-perkara
berkaitan perumahan dan tanah;
Menyediakaniv.	 bantuan bagi menaik
taraf rumah kos rendah dan PPR
untuk memenuhi penambahan
bilangan isi rumah;
Melaburv.	 dalam kemudahan awam di
sekitar pangsapuri bagi memastikan
keseimbangan dan persekitaran yang
sihat.
Menggalakkanvi.	 ketelusan dan
persaingan dalam sektor kewangan
untuk membuat pinjaman perumahan
lebih mudah dan mampu dinikmati.
Bekerjasamavii.	 dengan kerajaan negeri
untuk menyemak dasar perumahan
dan memastikan perumahan kos
rendah mampu milik disediakan
untuk mereka yang memerlukannya.
Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia
tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan
sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:
g. 	 Perumahan
16
Menjamini.	 bekalan air bersih dan
tarif elektrik dengan harga yang
berpatutan kepada setiap keluarga di
Malaysia.
Merundingii.	 semula segala perjanjian
tol dan mengkaji pembelian balik
lebuhraya PLUS dengan matlamat
melupuskan tol dalam jangka masa 7
tahun.
Meningkatkaniii.	 kecekapan
sistem pengangkutan awam
melalui penubuhan Suruhanjaya
Pengangkutan Awam yang terdiri
daripada pihak kerajaan dan wakil
masyarakat.
Memperkenalkaniv.	 sistem separuh
tambang bagi warga emas, orang
kurang upaya, pelajar dan pesara
untuk semua jenis pengangkutan
awam.
Menyemakv.	 semula pemberian
permit teksi kepada syarikat-syarikat
besar dengan keutamaan kepada
pengusaha individu dan persatuan
mereka.
Menyediakanvi.	 perkhidmatan talian
jalur lebar tanpa wayar yang cekap
secara percuma untuk mengurangkan
jurang digital.
Penyediaan dan penyelenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab
kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan
kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia
meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.
Pakatan Rakyat akan:
h. 	 Prasarana dan Kemudahan Awam
17
Membudayakani.	 amalan kitar semula
dengan menyediakan prasarana dan
sistem yang menyeluruh.
Memastikanii.	 segala aktiviti
pembalakan dan penebangan hutan
dijalankan secara terkawal.
Membinaiii.	 asas dan kemahiran
teknologi bagi untuk melicinkan
peralihan kepada penggunaan
sumber tenaga alternatif.
Mengawaliv.	 sebarang pembinaan di
lereng bukit dan kawasan-kawasan
berbahaya.
Merendahkanv.	 kadar pelepasan
karbon selaras dengan piawaian
antarabangsa dan meningkatkan
daya sistem ekologi untuk menyerap
karbon.
Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup
generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:
i. 	 Alam Sekitar
18
Memperkenalkani.	 prasarana yang
moden, lengkap dan sesuai untuk
ekonomi karbon rendah, termasuk
sistem pengangkutan awam
berintegrasi bertaraf dunia dan
sistem kitar semula yang menyeluruh.
Membangunkanii.	 industri-industri
yang berasaskan teknologi hijau
seperti pembuatan panel suria dan sel
fuel hidrogen.
Memimpiniii.	 pembangunan sistem
sumber tenaga alternatif dan tenaga
keterbaharuan di rantau Asia.
Mengukuhkaniv.	 sektor pertanian
dengan kaedah dan teknologi terkini
demi memastikan jaminan bekalan
makanan negara.
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran
baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan
industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan
pertumbuhan ekonomi yang dinamik.
Pakatan Rakyat akan:
j. 	 Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau
19
Memberii.	 tumpuan kepada usaha
memperbaiki hubungan kaum dan
agama yang telah rosak.
Mengembelingii.	 tenaga semua
pihak yang berkepentingan untuk
menyuburkan sikap baik-sangka,
saling hormat dan mempercayai yang
memang telah begitu lama diamalkan
rakyat berbilang kaum dan agama di
Malaysia.
Menggubaliii.	 Akta Perhubungan
Kaum bagi menjamin kerukunan dan
keharmonian rakyat serta tiadanya
lagi diskriminasi antara kaum.
Pakataniv.	 Rakyat akan menjana
sokongan setiap peringkat
masyarakat supaya berpegang teguh
kepada segala prinsip dan petunjuk
yang wajar dipegang oleh sebuah
masyarakat yang terbuka.
Menghapuskanv.	 amalan politik
perkauman melalui pelbagai cara
termasuk pendidikan, media massa,
dialog dan perundingan.
Memupukvi.	 budaya Malaysia
berasaskan nilai moral dan citra
unggul yang boleh diterima semua
kaum. Ini memerlukan sikap terbuka
terhadap kepelbagaian budaya
yang dianuti pelbagai kaum dan
puak di Malaysia. Pakatan Rakyat
akan melakukan semua ini dengan
mengambil kira sejarah dan evolusi
negara ini.
Meningkatkanvii.	 kebajikan Orang Asli,
Orang Asal dan golongan minoriti lain
di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak selain mempertahankan hak
asasi, ekonomi dan sosial mereka.
Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat
berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan
kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan
Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana
kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.
Pakatan Rakyat akan:
a. 	 Perpaduan dan Keadilan Sosial
3. Keadilan Sosial dan
	 Pembangunan Insan
20
Mempertahankani.	 kedudukan agama
Islam sebagai agama persekutuan
dan menjamin hak kebebasan
beragama setiap rakyat Malaysia.
Menganjurii.	 dialog dan rundingan
antara peradaban untuk
mengukuhkan persefahaman.
Menubuhkaniii.	 mekanisme yang
menyeluruh untuk memberi
penyelesaian yang adil dalam kes-
kes yang melibatkan pertindihan
sistem perundangan sivil dan syariah,
termasuk sebuah Suruhanjaya
Diraja untuk mengkaji semua isu-isu
berkaitan dengan mendalam.
Memperkukuhkaniv.	 pengurusan
institusi Islam seperti Baitul Mal dan
Tabung Haji bagi memastikan ia
dikendalikan dengan berkesan, cekap
dan memenuhi matlamat.
Memastikanv.	 kawasan yang sesuai
untuk tempat ibadat dan pusara bagi
semua penganut agama.
Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan
berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam
kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan
kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia
adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki
tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.
Pakatan Rakyat berikrar:
b. 	 Agama
21
Menjadikani.	 sekolah kebangsaan
sebagai peneraju sistem pendidikan
negara. Memastikan sokongan dan
pembiayaan secara adil kepada
sekolah-sekolah agama rakyat,
sekolah kebangsaan Cina dan
Tamil, sekolah mubaligh, sekolah
vokasional dalam usaha bersama
untuk meningkatkan taraf pendidikan
negara.
Mengimbangiii.	 penekanan kepada
sistem peperiksaan dengan sistem
pembelajaran berasaskan pemikiran
kritis dan analitikal dengan matlamat
mencari kebenaran.
Memastikaniii.	 setiap pelajar yang
berkelayakan mendapat tempat di
institusi pengajian tinggi awam tanpa
mengira latar belakang.
Memindaiv.	 Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1974 demi mewujudkan
iklim yang kondusif dalam bentuk
jaminan kebebasan akademik
dan autonomi universiti ke arah
mempertingkatkan mutu pendidikan
setanding dengan negara-negara
maju.
Memastikanv.	 perlantikan naib
canselor, rektor, dan lain-lain
penjawat tertinggi akademik
dilakukan berdasarkan kelayakan dan
kelulusan Majlis Senat.
Memperbaikivi.	 mutu dan kemudahan
sekolah yang daif di pedalaman di
Sabah dan Sarawak;
Meningkatkanvii.	 mutu pendidikan
guru bagi setiap peringkat sekolah
dan menambah jumlah guru terlatih
mengikut permintaan.
Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk
menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang
saksama kepada rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
c. 	 Pendidikan
22
Menyediakanviii.	 peluang latihan peringkat
tinggi untuk guru dan pensyarah
supaya pengetahuan dan kemahiran
profesional mereka sentiasa selaras
dengan masa.
Mengkajiix.	 kembali skim perkhidmatan
guru dan menambah skim rangsangan
bagi mereka yang mengajar di
pedalaman.
Menyediakanx.	 biasiswa berasaskan
merit dan bantuan kewangan lain
berasaskan keperluan dengan
keutamaan kepada pelajar miskin dari
kawasan luar bandar dan pedalaman.
Menekankanxi.	 betapa mustahaknya
pelajar menguasai pelbagai bahasa
termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab,
Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa
utama dunia dan juga bahasa-bahasa
ibunda.
Menyediakanxii.	 tempat dan latihan
kepada mereka yang keciciran.
Meluaskanxiii.	 skop Lembaga Pentauliahan
Kebangsaan untuk memantau dan
mencadangkan pengiktirafan sijil,
diploma dan ijazah dari dalam dan
luar negara yang memenuhi piawaian
akademik yang boleh diterima
termasuklah sijil UEC dan Diploma
Muadalah (diploma berkembar).
23
Menggubali.	 akta bagi memastikan
golongan wanita mendapat layanan
dan yang adil dalam segala bidang.
Memberiii.	 penekanan ke arah
meningkatkan Kadar Guna Tenaga
bagi Wanita kepada tahap 60%
dalam tempoh 10 tahun akan datang
berbanding 46% sepanjang tempoh
20 tahun yang lalu.
Memperuntukkaniii.	 30% perwakilan
wanita dalam semua barisan
pimpinan politik dan kerajaan.
Menanganiiv.	 segala bentuk keganasan
terhadap wanita dan anak-anak
dengan hukuman yang lebih berat
dijatuhkan ke atas pesalah serta
memastikan keberkesanan pusat
krisis di setiap hospital dan balai polis.
Memastikanv.	 kewujudan sistem
sokongan dan bantuan seperti pusat
jagaan kanak-kanak dan sebagainya
untuk ibu yang bekerja di pejabat
kerajaan dan sektor swasta.
Memberikanvi.	 bantuan untuk
meringankan beban keluarga
ibu tunggal yang miskin dan
memerlukan.
Mengambilvii.	 kira perspektif gender
dalam merangka belanjawan dan
dasar-dasar negara.
Memperkenalkanviii.	 program kepekaan
jantina ke dalam kurikulum sekolah.
Mengiktirafix.	 peranan suri rumah
di dalam pengukuhan institusi
keluarga dan sumbangannya kepada
pembangunan masyarakat dan
negara.
Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan,
pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin
kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari
penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh
diabaikan.
Pakatan Rakyat akan:
d. 	 Wanita Dan Institusi Keluarga
24
Menjamini.	 peluang dan hak sama
rata serta adil untuk golongan muda
dari seluruh lapisan masyarakat bagi
merealisasikan potensi diri.
Memastikanii.	 supaya tiada seorang
belia akan dibiarkan mengakhiri
pendidikannya tanpa peluang
memperolehi kelayakan atau
latihan yang secukupnya untuk
menyumbang terhadap ekonomi
kemahiran tinggi negara.
Mengiktirafiii.	 kepentingan peranan
dan sumbangan oleh golongan muda
melalui perkongsian pendapat secara
jujur dengan gerakan-gerakan belia,
khususnya dalam isu berkepentingan
ke atas kehidupan mereka serta hala
tuju negara.
Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai
generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan
yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.
Pakatan Rakyat akan:
e. 	 Golongan Muda
25
Menjadikani.	 polis bebas dan
profesional serta mengembalikannya
kepada misi asal untuk mencegah
jenayah dan memastikan
keselamatan awam.
Merombakii.	 pengagihan tenaga
polis supaya bilangan tenaga polis
yang cukup ditugaskan untuk
membanteras jenayah.
Melengkapkaniii.	 pihak polis dengan
peralatan dan latihan yang terkini
dalam usaha membanteras jenayah.
Melaksanakaniv.	 semua saranan
Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan
Perjalanan dan Pengurusan Polis,
termasuk penubuhan IPCMC dan
penambahbaikan kebajikan polis
yang giat berbakti kepada negara.
Memperbaikiv.	 keadaan perkhidmatan
pasukan polis khususnya peringkat
bawahan bagi meningkatkan prestasi
dan moral.
Memperkukuhkanvi.	 peranan
masyarakat dalam pencegahan dan
pembanterasan jenayah melalui
program komuniti.
Menanganivii.	 dengan strategik dan
tuntas segala masalah sosial yang
menjadi punca kepada jenayah.
Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia
seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa.
Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih
baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan
setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.
Pakatan Rakyat akan:
f. 	 Keselamatan
26
Menimbangkani.	 penubuhan
Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
bertujuan meningkatkan kualiti
perkhidmatan kesihatan awam
supaya lebih setanding dengan
perkhidmatan sektor swasta.
Menjaminii.	 perkhidmatan kesihatan
awam yang cekap, meluas dan
bermutu kepada semua rakyat, pada
kadar yang munasabah.
Meningkatkaniii.	 skim ganjaran untuk
kakitangan perubatan di hospital
awam.
Memeriksaiv.	 dengan teliti keadaan
kemudahan penjagaan kesihatan
yang telah diswastakan bagi
melindungi kepentingan rakyat.
Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos
yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan
secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
g. 	 Kesihatan
27
h. 	 Kebudayaan
Menjamini.	 kebebasan pengucapan
penghasilan karya melalui semua
medium.
Hakii.	 untuk mengadakan
persembahan atau pertunjukan
seni-budaya tanpa sekatan dengan
keyakinan awal bahawa setiap
pengkarya ada tanggungjawab diri
dan sosial mereka.
Pautaniii.	 utuh terhadap akar
kemurnian kebudayaan tradisi
sendiri wajar ditambahkuat dengan
kesediaan menjadi tidak canggung
untuk menerima unsur murni
kebudayaan luar yang bersifat sejagat
daripada bangsa, benua dan faham
kepercayaan manapun.
Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan
masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.
Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan
potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada
mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan
negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (1971).
Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:
28
Menjamini.	 royalti sebanyak 20%
daripada hasil petroleum kepada
kerajaan negeri dengan matlamat
membasmi kemiskinan di kalangan
rakyat.
Memulangkanii.	 sebahagian daripada
kutipan cukai dari setiap negeri
kepada negeri tersebut berdasarkan
pengagihan yang adil.
Menambahiii.	 geran per kapita untuk
negeri-negeri.
Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi
pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan
yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta
keperluan rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
a. 	 Sistem Persekutuan
4. Hubungan Persekutuan-
	 Negeri dan Dasar Luar Negara
29
Memastikani.	 khazanah negeri
Sabah dan Sarawak dinikmati
sepenuhnya oleh rakyatnya dengan
memperuntukkan royalti 20%
daripada pendapatan petroleum
mereka.
Menubuhkanii.	 Suruhanjaya Diraja
demi mencari jalan penyelesaian
terbaik untuk isu pendatang asing.
Menjaminiii.	 hak Tanah Adat Orang
Asal tidak dicabuli oleh mana-mana
pihak.
Menghentikaniv.	 dengan serta-merta
penindasan terhadap rakyat kawasan
pedalaman akibat kegiatan ekonomi
yang tidak beretika.
Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara
Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang
memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan
terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi
di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.
Pakatan Rakyat akan:
b. 	 Sabah & Sarawak
30
c. 	 Dasar Luar Negara
Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi
matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat,
penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan
kemakmuran.
Pakatan Rakyat akan:
Memeliharai.	 kepentingan negara
dengan menjadi warga dunia
yang bertanggungjawab di dalam
menghormati hak asasi, memelihara
prinsip-prinsip demokrasi dan
menjunjung permuafakatan,
perjanjian, pengisytiharaan dan
persetujuan antarabangsa, yang
sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
Aktifii.	 menjadi pelopor dan peneraju
dialog antara peradaban.
Mengukuhkaniii.	 kerjasama diplomatik
dan perdagangan antarabangsa
dengan rakan-rakan serantau
terutamanya anggota-anggota
Asean.
Memperkukuhkaniv.	 lagi peranan
Malaysia dalam organisasi-organisasi
antarabangsa.

Contenu connexe

Tendances

UU ASN NO.5 TAHUN 2014 tentang ASN / PNS
UU ASN NO.5 TAHUN 2014 tentang ASN / PNSUU ASN NO.5 TAHUN 2014 tentang ASN / PNS
UU ASN NO.5 TAHUN 2014 tentang ASN / PNSKanaidi ken
 
Kode etik pegawai negeri sipil / PNS
Kode etik pegawai negeri sipil / PNSKode etik pegawai negeri sipil / PNS
Kode etik pegawai negeri sipil / PNSDIANTO IRAWAN
 
Bahan uu ormas pa bachtiar cianjur 25 sept 2013
Bahan uu ormas pa bachtiar cianjur 25 sept 2013Bahan uu ormas pa bachtiar cianjur 25 sept 2013
Bahan uu ormas pa bachtiar cianjur 25 sept 2013BADAR_HAMID
 
Korps pegawai republik indonesia (korpri)
Korps pegawai republik indonesia (korpri)Korps pegawai republik indonesia (korpri)
Korps pegawai republik indonesia (korpri)Amir Uddin
 
Siaran pers kman v pembukaan
Siaran pers kman v  pembukaanSiaran pers kman v  pembukaan
Siaran pers kman v pembukaanRahayu Wulansari
 
K erukunan Hidup Umat Beragama sebagai Sendi ketahanan bangsa
K erukunan Hidup Umat Beragama sebagai Sendi ketahanan bangsaK erukunan Hidup Umat Beragama sebagai Sendi ketahanan bangsa
K erukunan Hidup Umat Beragama sebagai Sendi ketahanan bangsaBADAR_HAMID
 
Undang-Undang tentang Aparatur Sipil Negara
Undang-Undang tentang Aparatur Sipil NegaraUndang-Undang tentang Aparatur Sipil Negara
Undang-Undang tentang Aparatur Sipil NegaraKetut Artayasa
 
UU No.5 Tahun 2014 tentang Aparatur Sipil Negara
UU No.5 Tahun 2014 tentang Aparatur Sipil NegaraUU No.5 Tahun 2014 tentang Aparatur Sipil Negara
UU No.5 Tahun 2014 tentang Aparatur Sipil NegaraZulfikri Armada
 
Undang undang no 5 tahun 2014 tentang ASN
Undang undang no 5 tahun 2014 tentang ASNUndang undang no 5 tahun 2014 tentang ASN
Undang undang no 5 tahun 2014 tentang ASNid_tribudi
 
Uu no 5-th 2014 tentang aparatur sipil negara
Uu no 5-th 2014 tentang aparatur sipil negaraUu no 5-th 2014 tentang aparatur sipil negara
Uu no 5-th 2014 tentang aparatur sipil negaraWinarto Winartoap
 
Ruu ruu tentang_aparatur_sipil_negara
Ruu ruu tentang_aparatur_sipil_negaraRuu ruu tentang_aparatur_sipil_negara
Ruu ruu tentang_aparatur_sipil_negaraCoky Fauzi Alfi
 
Pelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalPelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalguestd56616
 

Tendances (14)

UU ASN NO.5 TAHUN 2014 tentang ASN / PNS
UU ASN NO.5 TAHUN 2014 tentang ASN / PNSUU ASN NO.5 TAHUN 2014 tentang ASN / PNS
UU ASN NO.5 TAHUN 2014 tentang ASN / PNS
 
Kode etik pegawai negeri sipil / PNS
Kode etik pegawai negeri sipil / PNSKode etik pegawai negeri sipil / PNS
Kode etik pegawai negeri sipil / PNS
 
Bahan uu ormas pa bachtiar cianjur 25 sept 2013
Bahan uu ormas pa bachtiar cianjur 25 sept 2013Bahan uu ormas pa bachtiar cianjur 25 sept 2013
Bahan uu ormas pa bachtiar cianjur 25 sept 2013
 
Makna pemilu bagi perempuan
Makna pemilu bagi perempuanMakna pemilu bagi perempuan
Makna pemilu bagi perempuan
 
Korps pegawai republik indonesia (korpri)
Korps pegawai republik indonesia (korpri)Korps pegawai republik indonesia (korpri)
Korps pegawai republik indonesia (korpri)
 
Siaran pers kman v pembukaan
Siaran pers kman v  pembukaanSiaran pers kman v  pembukaan
Siaran pers kman v pembukaan
 
K erukunan Hidup Umat Beragama sebagai Sendi ketahanan bangsa
K erukunan Hidup Umat Beragama sebagai Sendi ketahanan bangsaK erukunan Hidup Umat Beragama sebagai Sendi ketahanan bangsa
K erukunan Hidup Umat Beragama sebagai Sendi ketahanan bangsa
 
Undang-Undang tentang Aparatur Sipil Negara
Undang-Undang tentang Aparatur Sipil NegaraUndang-Undang tentang Aparatur Sipil Negara
Undang-Undang tentang Aparatur Sipil Negara
 
UU No.5 Tahun 2014 tentang Aparatur Sipil Negara
UU No.5 Tahun 2014 tentang Aparatur Sipil NegaraUU No.5 Tahun 2014 tentang Aparatur Sipil Negara
UU No.5 Tahun 2014 tentang Aparatur Sipil Negara
 
Undang undang no 5 tahun 2014 tentang ASN
Undang undang no 5 tahun 2014 tentang ASNUndang undang no 5 tahun 2014 tentang ASN
Undang undang no 5 tahun 2014 tentang ASN
 
Uu no 5-th 2014 tentang aparatur sipil negara
Uu no 5-th 2014 tentang aparatur sipil negaraUu no 5-th 2014 tentang aparatur sipil negara
Uu no 5-th 2014 tentang aparatur sipil negara
 
Ruu ruu tentang_aparatur_sipil_negara
Ruu ruu tentang_aparatur_sipil_negaraRuu ruu tentang_aparatur_sipil_negara
Ruu ruu tentang_aparatur_sipil_negara
 
Pelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalPelan integriti nasional
Pelan integriti nasional
 
RUU TPKS
RUU TPKSRUU TPKS
RUU TPKS
 

En vedette

AERA Adaptation of Health Education Curricula
AERA  Adaptation of Health Education Curricula AERA  Adaptation of Health Education Curricula
AERA Adaptation of Health Education Curricula rmchpe
 
Kozma Szilárd: Akinek és aminek az anyagi krízist és a megoldást is köszönhetem
Kozma Szilárd: Akinek és aminek az anyagi krízist és a megoldást is köszönhetemKozma Szilárd: Akinek és aminek az anyagi krízist és a megoldást is köszönhetem
Kozma Szilárd: Akinek és aminek az anyagi krízist és a megoldást is köszönhetemVioletta Joó
 
Giornata Missionaria Mondiale 2013
Giornata Missionaria Mondiale 2013Giornata Missionaria Mondiale 2013
Giornata Missionaria Mondiale 2013Maike Loes
 
DIRECTORES Y PRODUCTORES MAS RECONOCIDOS
DIRECTORES Y PRODUCTORES MAS RECONOCIDOSDIRECTORES Y PRODUCTORES MAS RECONOCIDOS
DIRECTORES Y PRODUCTORES MAS RECONOCIDOSJavier Santos
 
Anastasi Lecture 2008
Anastasi Lecture 2008Anastasi Lecture 2008
Anastasi Lecture 2008behnke3791
 
Supplica a maria (2)
Supplica a maria (2)Supplica a maria (2)
Supplica a maria (2)Maike Loes
 
Safari hunters kenya african bliss
Safari hunters kenya african blissSafari hunters kenya african bliss
Safari hunters kenya african blissVivien Wamalwa
 
Analysingshots
AnalysingshotsAnalysingshots
Analysingshotsstoliros
 
18° Domingo - Tiempo Ordinario - Ciclo C
18° Domingo - Tiempo Ordinario - Ciclo C18° Domingo - Tiempo Ordinario - Ciclo C
18° Domingo - Tiempo Ordinario - Ciclo CMaike Loes
 
Action adventure mark scheme
Action adventure mark schemeAction adventure mark scheme
Action adventure mark schemestoliros
 
Secrets & Lies
Secrets & LiesSecrets & Lies
Secrets & LiesSam Baksh
 
Future of retail security
Future of retail securityFuture of retail security
Future of retail securityVivien Wamalwa
 
Strategic management army 2015 chp2 (1)
Strategic management army 2015 chp2 (1)Strategic management army 2015 chp2 (1)
Strategic management army 2015 chp2 (1)Opie Mohamad
 

En vedette (20)

Samo poznanie 2012
Samo poznanie 2012Samo poznanie 2012
Samo poznanie 2012
 
Sitio movil
Sitio movilSitio movil
Sitio movil
 
AERA Adaptation of Health Education Curricula
AERA  Adaptation of Health Education Curricula AERA  Adaptation of Health Education Curricula
AERA Adaptation of Health Education Curricula
 
Kozma Szilárd: Akinek és aminek az anyagi krízist és a megoldást is köszönhetem
Kozma Szilárd: Akinek és aminek az anyagi krízist és a megoldást is köszönhetemKozma Szilárd: Akinek és aminek az anyagi krízist és a megoldást is köszönhetem
Kozma Szilárd: Akinek és aminek az anyagi krízist és a megoldást is köszönhetem
 
Giornata Missionaria Mondiale 2013
Giornata Missionaria Mondiale 2013Giornata Missionaria Mondiale 2013
Giornata Missionaria Mondiale 2013
 
Leo da vinci
Leo da vinciLeo da vinci
Leo da vinci
 
First aid
First aid First aid
First aid
 
MomoFood Report
MomoFood ReportMomoFood Report
MomoFood Report
 
DIRECTORES Y PRODUCTORES MAS RECONOCIDOS
DIRECTORES Y PRODUCTORES MAS RECONOCIDOSDIRECTORES Y PRODUCTORES MAS RECONOCIDOS
DIRECTORES Y PRODUCTORES MAS RECONOCIDOS
 
Social Media Strategy
Social Media StrategySocial Media Strategy
Social Media Strategy
 
Building ovs
Building ovsBuilding ovs
Building ovs
 
Anastasi Lecture 2008
Anastasi Lecture 2008Anastasi Lecture 2008
Anastasi Lecture 2008
 
Supplica a maria (2)
Supplica a maria (2)Supplica a maria (2)
Supplica a maria (2)
 
Safari hunters kenya african bliss
Safari hunters kenya african blissSafari hunters kenya african bliss
Safari hunters kenya african bliss
 
Analysingshots
AnalysingshotsAnalysingshots
Analysingshots
 
18° Domingo - Tiempo Ordinario - Ciclo C
18° Domingo - Tiempo Ordinario - Ciclo C18° Domingo - Tiempo Ordinario - Ciclo C
18° Domingo - Tiempo Ordinario - Ciclo C
 
Action adventure mark scheme
Action adventure mark schemeAction adventure mark scheme
Action adventure mark scheme
 
Secrets & Lies
Secrets & LiesSecrets & Lies
Secrets & Lies
 
Future of retail security
Future of retail securityFuture of retail security
Future of retail security
 
Strategic management army 2015 chp2 (1)
Strategic management army 2015 chp2 (1)Strategic management army 2015 chp2 (1)
Strategic management army 2015 chp2 (1)
 

Similaire à Dasar Pakatan Rakyat

Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13zayruliqwan
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negaraMis Sem
 
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02khairil azhar
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikMohammad Yaqin
 
program_subsidi_upah.pdf
program_subsidi_upah.pdfprogram_subsidi_upah.pdf
program_subsidi_upah.pdfMohdNabil21
 
Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 (BM Version)
Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 (BM Version)Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 (BM Version)
Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 (BM Version)Hafiz Al-Din
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negarascha_erra
 
Tuntutan Chauvanist DAP Untuk PRK Kajang
Tuntutan Chauvanist DAP Untuk PRK Kajang Tuntutan Chauvanist DAP Untuk PRK Kajang
Tuntutan Chauvanist DAP Untuk PRK Kajang Hafiz Al-Din
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALAmy Syahida
 
Islam dan kedaulatan rakyat
Islam dan kedaulatan rakyatIslam dan kedaulatan rakyat
Islam dan kedaulatan rakyatpropadeus
 

Similaire à Dasar Pakatan Rakyat (20)

Rukun negara -
Rukun negara - Rukun negara -
Rukun negara -
 
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13
 
pakatan rakyat
pakatan rakyatpakatan rakyat
pakatan rakyat
 
R u k u n negara
R u k u n negaraR u k u n negara
R u k u n negara
 
Rukun negara 1
Rukun negara 1Rukun negara 1
Rukun negara 1
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
 
Rukunegara
RukunegaraRukunegara
Rukunegara
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politik
 
program_subsidi_upah.pdf
program_subsidi_upah.pdfprogram_subsidi_upah.pdf
program_subsidi_upah.pdf
 
Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 (BM Version)
Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 (BM Version)Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 (BM Version)
Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 (BM Version)
 
Buku jingga
Buku jinggaBuku jingga
Buku jingga
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
SLOT 2.pdf
SLOT 2.pdfSLOT 2.pdf
SLOT 2.pdf
 
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
 
E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )
 
Tuntutan Chauvanist DAP Untuk PRK Kajang
Tuntutan Chauvanist DAP Untuk PRK Kajang Tuntutan Chauvanist DAP Untuk PRK Kajang
Tuntutan Chauvanist DAP Untuk PRK Kajang
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
 
Islam dan kedaulatan rakyat
Islam dan kedaulatan rakyatIslam dan kedaulatan rakyat
Islam dan kedaulatan rakyat
 

Dasar Pakatan Rakyat

  • 2. Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.   Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.   Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.  Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.  Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat. Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.  Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan,
  • 3. berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan. Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir. Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum. Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan.  Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu. 19 Disember 2009
  • 4. Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Y.B. Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP) Y.B. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 8 September 2008 PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka. Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak- hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini. Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu. Sekian, terima kasih.
  • 5. Dasar Pakatan Rakyat 1 Demokrasi Telus dan Tulen a Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang 6 b Pemisahan Kuasa 7 c Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil 8 2 Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil a Ekonomi Kemahiran Tinggi 9 b Ekonomi Demokratik dan Telus 10 c Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri 11 d Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan 12 e Tenaga Kerja 13 f Jaringan Perlindungan Sosial 14 g Perumahan 15 h Prasarana dan Kemudahan Awam 16 i Alam Sekitar 17 j Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau 18 3 Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan a Perpaduan dan Keadilan Sosial 19 b Agama 20 c Pendidikan 21 d Wanita dan Institusi Keluarga 23 e Golongan Muda 24 f Keselamatan 25 g Kesihatan 26 h Kebudayaan 27 4 Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara a Sistem Persekutuan 28 b Sabah dan Sarawak 29 c Dasar Luar Negara 30
  • 6. 6 Mempertahankani. Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153. Mempertahankanii. peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan. Memartabatkaniii. pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum. Memansuhkaniv. Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa. Memansuhkanv. atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi. Menjaminvi. semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak. Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Pakatan Rakyat akan: a. Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang 1. Demokrasi Telus dan Tulen
  • 7. 7 Memulihkani. kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman. Menyusunii. semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang. Menjaminiii. pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen. Mewajibkaniv. perlantikan jawatan- jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen. Mewujudkanv. Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman). Mengukuhkanvi. demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik. Membebaskanvii. media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet. Mempertingkatkanviii. prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap. Memberdayakanix. dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan. Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif. Pakatan Rakyat akan: b. Pemisahan Kuasa
  • 8. 8 Membolehkani. setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik. Menghapuskanii. kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal. Memastikaniii. media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas. Menentukaniv. persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama. Memperuntukkanv. belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum. Menggubalvi. undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi. Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya. Pakatan Rakyat akan: c. Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil
  • 9. 9 Menjamini. peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian. Memastikanii. warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti. Menggalakkaniii. warga negara yang professional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan suasana kerja yang professional dan menarik. Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara. Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan. Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai. 2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara. Pakatan Rakyat akan: a. Ekonomi Kemahiran Tinggi
  • 10. 10 Merombaki. sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.  Menolakii. penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.  Melaksanakaniii. sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia. Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik. Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara. Pakatan Rakyat akan:   b. Ekonomi Demokratik dan Telus 
  • 11. 11 Melaksanakani. formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan. Mengagihkanii. kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam. Menjanaiii. pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang. Mengutamakaniv. dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio- ekonomi. Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing- masing. Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara. Pakatan Rakyat akan: c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri
  • 12. 12 Menjamini. bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan. Membantuii. golongan terpinggir dari semua kaum. Memberiiii. bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar. Menyediakaniv. biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit. Menjaminv. mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua. Menggunakanvi. penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan. Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua. Pakatan Rakyat akan: d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan
  • 13. 13 Memperkenalkani. gaji minima untuk semua pekerja Malaysia. Mempertahankanii. hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa. Memperkenalkaniii. Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua. Menyokongiv. pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi. Mempermudahkanv. bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti. Menyusunvi. dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing. Menyediakanvii. sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri. Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara. Pakatan Rakyat akan: e. Tenaga Kerja
  • 14. 14 Memperkukuhkani. sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta. Menubuhkanii. Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja. Memperkenalkaniii. usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat. Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara. Pakatan Rakyat akan: f. Jaringan Perlindungan Sosial
  • 15. 15 Menubuhkani. Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah. Mengatasiii. masalah ‘setinggan/ peneroka bandar’ sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/ atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka. Menyelaraskaniii. sistem perundingan antara ‘setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang- menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah; Menyediakaniv. bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah; Melaburv. dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat. Menggalakkanvi. ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati. Bekerjasamavii. dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya. Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan: g. Perumahan
  • 16. 16 Menjamini. bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia. Merundingii. semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun. Meningkatkaniii. kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat. Memperkenalkaniv. sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam. Menyemakv. semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka. Menyediakanvi. perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital. Penyediaan dan penyelenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka. Pakatan Rakyat akan: h. Prasarana dan Kemudahan Awam
  • 17. 17 Membudayakani. amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh. Memastikanii. segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal. Membinaiii. asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif. Mengawaliv. sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya. Merendahkanv. kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon. Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam: i. Alam Sekitar
  • 18. 18 Memperkenalkani. prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kitar semula yang menyeluruh. Membangunkanii. industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel suria dan sel fuel hidrogen. Memimpiniii. pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia. Mengukuhkaniv. sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara. Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik. Pakatan Rakyat akan: j. Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau
  • 19. 19 Memberii. tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak. Mengembelingii. tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Menggubaliii. Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum. Pakataniv. Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka. Menghapuskanv. amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan. Memupukvi. budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini. Meningkatkanvii. kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka. Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni. Pakatan Rakyat akan: a. Perpaduan dan Keadilan Sosial 3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan
  • 20. 20 Mempertahankani. kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia. Menganjurii. dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman. Menubuhkaniii. mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes- kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam. Memperkukuhkaniv. pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat. Memastikanv. kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama. Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin. Pakatan Rakyat berikrar: b. Agama
  • 21. 21 Menjadikani. sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. Mengimbangiii. penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran. Memastikaniii. setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. Memindaiv. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju. Memastikanv. perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat. Memperbaikivi. mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak; Meningkatkanvii. mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan. Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat. Pakatan Rakyat akan: c. Pendidikan
  • 22. 22 Menyediakanviii. peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa. Mengkajiix. kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman. Menyediakanx. biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman. Menekankanxi. betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda. Menyediakanxii. tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran. Meluaskanxiii. skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).
  • 23. 23 Menggubali. akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang. Memberiii. penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu. Memperuntukkaniii. 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan. Menanganiiv. segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis. Memastikanv. kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta. Memberikanvi. bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan. Mengambilvii. kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara. Memperkenalkanviii. program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah. Mengiktirafix. peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara. Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan. Pakatan Rakyat akan: d. Wanita Dan Institusi Keluarga
  • 24. 24 Menjamini. peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri. Memastikanii. supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara. Mengiktirafiii. kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara. Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak. Pakatan Rakyat akan: e. Golongan Muda
  • 25. 25 Menjadikani. polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam. Merombakii. pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah. Melengkapkaniii. pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah. Melaksanakaniv. semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara. Memperbaikiv. keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral. Memperkukuhkanvi. peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti. Menanganivii. dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah. Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat. Pakatan Rakyat akan: f. Keselamatan
  • 26. 26 Menimbangkani. penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta. Menjaminii. perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah. Meningkatkaniii. skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam. Memeriksaiv. dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat. Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat. Pakatan Rakyat akan: g. Kesihatan
  • 27. 27 h. Kebudayaan Menjamini. kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium. Hakii. untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka. Pautaniii. utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun. Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah. Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971). Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:
  • 28. 28 Menjamini. royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat. Memulangkanii. sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil. Menambahiii. geran per kapita untuk negeri-negeri. Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat. Pakatan Rakyat akan: a. Sistem Persekutuan 4. Hubungan Persekutuan- Negeri dan Dasar Luar Negara
  • 29. 29 Memastikani. khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka. Menubuhkanii. Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing. Menjaminiii. hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak. Menghentikaniv. dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika. Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur. Pakatan Rakyat akan: b. Sabah & Sarawak
  • 30. 30 c. Dasar Luar Negara Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran. Pakatan Rakyat akan: Memeliharai. kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan. Aktifii. menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban. Mengukuhkaniii. kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean. Memperkukuhkaniv. lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.