2. Sila baca soalan-soalan yan dikemukakan. Sebelum menjawab soalan-soalan, baca terlebih dahulu konteks yang diberikan. Kemudian barulah menjawab soalan-soalan yang dikehendaki. Pelajar dikehendaki menghantar jawapan melalui ruang komen. Selamat mencuba... ARAHAN
3. 1.Terangkan watak dan perwatakan Haji Zaki berdasarkan konteks di bawah ini : Haji Zaki tidak tahan tinggal bersama keluarga Ahmad. Hari-hari ada saja yang tidak kena. Anak-anak pula sering menjadi punca perselisihan dalam rumah itu. Haji Zaki lebih suka mengalah dan berdian diri. Adat hidup menumpang memang begitu. Tetapi berkat kesabaran dan ketabahan mereka suami isteri akhirnya berjaya juga mendirikan rumah sendiri. Tetapi Ahmad tetap menyimpan perasaan tidak senang pada mereka. ( Meniti Waktu, 2001 : 8 ) ( 5 Markah )
4. 2.Terangkan watak dan perwatakan Datuk Penghulu Basir berdasarkan konteks berikut ini : Datuk Penghulu Basir terkejut mendengarnya. Entah sedar atau tidak Haji Zaki mengelurakan kalimat itu, dia tidak tahu. Dan jikalah perkara ini akan dibawa ke hadapan Pegawai Daerah tentu akan mencabar kedudukannya sebagai penghulu di kampung itu. Dan mungkin kepercayaan orang atasan terhadapnya sydah tidak ada lagi. ( Meniti Waktu, 2001 : 14 ) (5 Markah )
5. 3.Terangkan watak dan perwatakan Normah berdasarkan konteks di bawah ini : Haji Zaki sampai ke rumah jam lima. Normah kelihatan masam dan murung. Haji Zaki yang terasa penat dan letih itu terkejut melihat muka isterinya begitu. “Mah, kenapa ni? Apa yang sudah terjadi sehingga muka macam cempedak buruk,” kata Haji Zaki cuba menggeletak hati isterinya. Tetapi Normah yang tidak tercuit hatinya dengan gurauan suaminya itu bertambah marahnya. “Abang haji ke mana saja, baru sekarang ada di rumah?” Haji Zaki tahu isterinya tidak senang dengan gurauannya lalu memujuk isterinya. “Mah yang minta belikan asam kelumbi. Abang cari idaman Mah itu sampai ke Tutong tapi tak ada. Maafkan abang ya Mah.” ( Meniti Waktu, 2001 : 10 ) ( 5 Markah )