SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  167
Télécharger pour lire hors ligne
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




BAB 5 : STATUT LAIN YANG BERKAITAN

KANDUNGAN

5.0   PENGENALAN                                                         5003

5.1   KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56)                                  5004
      5.1.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
            BANDAR DAN DESA.                               5004
      5.1.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5012
5.2   AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 (AKTA 486)                             5046
      5.2.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
            BANDAR DAN DESA.                               5046
      5.2.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5051
5.3   AKTA HAKMILIK STRATA 1985 (AKTA 318)                               5062
      5.3.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
            BANDAR DAN DESA.                               5062
      5.3.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5064
5.4   AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127)                       5079
      5.4.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
            BANDAR DAN DESA                                5079
      5.4.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5080
5.5   AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN
      KEMUDAHAN PEKERJA 1990 (AKTA 446)                                  5096
      5.5.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
            BANDAR DAN DESA.                               5096
      5.5.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5098
5.6   AKTA PEMULIHARAAN TANAH 1960 (AKTA 385)                            5102
      5.6.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
            BANDAR DAN DESA.                               5103
      5.6.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5104
5.7   AKTA PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN 1993                           (AKTA
      508)                                                             5107
      5.7.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
            BANDAR DAN DESA.                               5107
      5.7.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5108
5.8   AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 (AKTA 341)                            5110
      5.8.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
            BANDAR DAN DESA.                               5110
      5.8.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5111




                                    5001
Statut Lain Yang Berkaitan




5.9   AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990           (AKTA
      423)                                                 5116
      5.9.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
            BANDAR DAN DESA.                               5116
      5.9.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5117
5.10 AKTA PUSAT JAGAAN 1993 (AKTA 506)                     5120
      5.10.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
             BANDAR DAN DESA.                               5120
      5.10.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5121
5.11 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171)                5124
      5.11.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
             BANDAR DAN DESA.                               5125
      5.11.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5126
5.12 AKTA BEKALAN LETRIK 1990 (AKTA 447)                   5152
      5.12.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
             BANDAR DAN DESA.                               5153
      5.12.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5154
5.13 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LABUAN 1992              (AKTA
     480)                                                  5158
      5.13.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
             BANDAR DAN DESA.                               5158
      5.13.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5159
5.14 AKTA BENDA PURBA 1976 (AKTA 168)                      5165
      5.14.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN
             BANDAR DAN DESA.                               5165
      5.14.2 SEKSYEN BERKAITAN                              5166




                              5002
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




5.0 PENGENALAN

    Dalam perundangan perancangan bandar, jururancang bukan
    sahaja merujuk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
    dan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 tetapi
    juga merujuk kepada beberapa perundangan lain yang mempunyai
    implikasi keatas amalan perancangan, baik secara langsung
    mahupun tidak langsung. Antara akta-akta terpenting yang
    berkaitan ialah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56), Akta
    Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486), Akta Hakmilik Strata 1985
    (Akta 318), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), Akta
    Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990
    (Akta 446), Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (Akta 385), Akta
    Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508), Akta Perkhidmatan
    Bomba 1988 (Akta 341), Akta Lembaga Pembangunan Langkawi
    1990 (Akta 423), Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506), Akta
    Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Bekalan Letrik 1990
    (Akta 447), Akta Lembaga Pembangunan Labuan 1992 (Akta 480)
    dan Akta Benda Purba 1976 (Akta 168).

    Bab ini mengandungi keterangan mengenai kaitan antara
    perancangan bandar dan desa dan petikan seksyen-seksyen yang
    berkaitan.




                                 5003
Statut Lain Yang Berkaitan




5.1    KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56)

       Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) merupakan satu akta yang
       terpenting serta mempunyai kuasa yang sangat luas dalam bidang
       pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.
       Tujuan utama akta ini adalah untuk memastikan wujudnya
       keseragaman perundangan dan polisi yang berkaitan dengan
       pentadbiran tanah serta penggunaannya, yang antara lain
       termasuk hakmilik, urusniaga dan kutipan hasil pendapatan
       daripadanya.

       Setiap tanah akan diberikan satu hakmilik di mana ini
       merupakan satu bukti hakmilik tanah bagi seseorang individu,
       individu-individu atau satu syarikat. Sesiapa yang ingin
       memajukan tanahnya perlulah memastikan bahawa tanahnya itu
       adalah termasuk dalam kategori yang akan dimajukan tersebut.
       Jika tanah yang hendak dimajukan itu berada dalam kategori
       yang berbeza daripada jenis guna tanah yang dicadang akan
       dimajukan, pemilik tanah tersebut dikehendaki terlebih dahulu
       membuat permohonan menukar kategori guna tanahnya itu (tukar
       syarat) kepada kategori yang akan dimajukan. Terdapat tiga
       kategori guna tanah iaitu pertanian, bangunan dan perindustrian.
       Akan tetapi, apabila sesuatu tanah itu telah diberikan hakmilik,
       maka kategori tanah tersebut hanyalah kepada satu kegunaan
       tanah sahaja. Proses pemajuan tanah akan melibatkan beberapa
       tahap dan mengguna-pakai kaedah-kaedah tertentu seperti yang
       terkandung dalam Akta ini. Seksyen-seksyen tertentu yang
       berkaitan dengan proses dan amalan perancangan bandar dalam
       Akta ini telah dipetik dan dihuraikan didalam Bab ini untuk
       menjelaskan tentang tatacara menukar syarat, memecah
       bahagian, memecah sempadan dan menyatukan tanah. Antara
       seksyen yang berkaitan adalah seperti di bawah iaitu Seksyen 52,
       Seksyen 72, Seksyen 103-134, Seksyen 135-150 dan Seksyen 195-
       204H:

       5.1.1   Perkara-perkara yang       berkaitan   dengan   perancangan
               bandar dan desa.

               a. Sejarah Perkembangan Undang-Undang Tanah

                       Undang-undang tanah yang dipakai di negara ini
                       pada     asalnya    tidak   seragam,     manakala
                       perkembangannya juga tidak mampu berjalan
                       serentak. Terdapat undang-undang yang berbeza di
                       semua 5 Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
                       (iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan
                       Perlis),  manakala     4   Negeri-Negeri   Melayu
                       Bersekutu (iaitu Selangor, Perak, Negeri Sembilan
                       dan Pahang) mempunyai satu undang-undang tanah




                                   5004
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




            yang sama, iaitu Kanun Tanah 1926 yang mula
            dikuatkuasakan pada 1 Januari 1928 (biasa disebut
            sebagai Kanun Tanah 1928). Dalam masa yang
            sama,   Melaka    dan     Pulau    Pinang   terus
            menggunakan undang-undang tanah Inggeris, iaitu
            mengikut sistem Deeds (suratikatan).

            Selain dari itu, undang-undang tanah berteraskan
            adat juga masih dipakai dan diiktiraf oleh
            mahkamah, manakala dalam hal-hal tertentu yang
            membabitkan orang Islam, seperti hal yang berkait
            dengan harta pesaka, wakaf, nazar, hibah dan
            sebagainya, undang-undang Islam juga terus
            terpakai. Dalam kes Tengku Jaafar & Anor v. The
            State of Pahang [1987] 2 MLJ 74, misalnya,
            Mahkamah Agong menjelaskan bahawa di Negeri
            Pahang, undang-undang tanah yang dipakai
            sebelum kedatangan penasihat Inggeris dan undang-
            undang berlandaskan sistem Torrens adalah hukum
            syarak berasaskan Mazhab Shafii.

            Undang-undang tanah berasaskan sistem Torrens
            diperkenalkan bagi mengatasi kelemahan yang
            terdapat pada undang-undang dan amalan
            pentadbiran tanah yang sedia ada. Di peringkat
            awal, undang-undang tanah yang pertama kali
            diasaskan kepada sistem Torrens (iaitu General
            Land Regulations) telah diperkenalkan di Perak
            pada tahun 1887, diikuti oleh Selangor pada 1882,
            Negeri Sembilan pada 1887 dan Pahang pada 1888.
            Usaha ini kemudian disusuli oleh Registration of
            Titles Regulations di Selangor pada 1891, Perak dan
            Pahang pada 1897 dan Negeri Sembilan pada 1898.
            Selain itu, satu undang-undang tanah yang
            seragam, iaitu Land Enactment dikuatkuasakan di
            semua 4 negeri-negeri tersebut pada 1897.

            Akhirnya, pada 1911, dua undang-undang baru
            digubal dan dikuatkuasakan di kesemua 4 negeri ini
            secara serentak dan seragam, iaitu FMS Land
            Enactment 1911 dan FMS Registration of Titles
            Enactment 1911. Perkembangan seterusnya ialah
            enam tahun selepas terbentuknya Negeri-Negeri
            Melayu Bersekutu pada 1895, undang-undang tanah
            berasaskan sistem Torrens telah dapat dilaksanakan
            di semua 4 negeri tersebut. Enakmen ini akhirnya
            digantikan dengan FMS Land Code 1926, yang mula
            berkuatkuasa pada 1 Januari 1928. Di bawah
            Enakmen ini, prinsip hakmilik yang tidak boleh




                           5005
Statut Lain Yang Berkaitan




                       disangkal (indefeasibility of title) diperjelaskan,
                       pemilikan tanah secara melalui menduduki secara
                       haram oleh setinggan (adverse possession) tidak lagi
                       boleh dilakukan, manakala sistem pemegangan
                       tanah berasaskan Adat Perpatih terus diiktiraf.

               b.      Ke Arah Penggubalan Kanun Tanah Negara

                       Menjelang merdeka pada 31 Ogos 1957, Malaysia
                       (ketika itu Persekutuan Tanah Melayu) mempunyai
                       undang-undang tanah yang berbeza seperi berikut -

                       (a) Satu Kanun Tanah yang seragam bagi 4 Negeri-
                           Negeri Melayu Bersekutu;

                       (b) 5 undang-undang tanah yang berbeza di Negeri-
                           Negeri Melayu yang lain; dan

                       (c) sistem Deeds yang digunapakai di Pulau Pinang
                           dan Melaka.

                       Kedudukan undang-undang yang berbeza-beza ini
                       menimbulkan berbagai-bagai kesulitan. Oleh itu,
                       usaha telah dijalankan untuk menggubal satu
                       undang-undang tanah negara yang seragam, dan
                       yang boleh dipakai bagi semua negeri setelah negara
                       merdeka. Untuk maksud ini, International Bank of
                       Reconstruction and Development (IBRD) telah
                       membentuk satu Jawatankuasa Kerja (Task Force),
                       yang diketuai oleh Sir Louis Chick, untuk mengkaji
                       secara mendalam undang-undang tanah negara ini
                       bagi maksud memperbaharui dan memperbaikinya
                       supaya sesuai dengan kehendak semasa. Dalam
                       laporannya yang dikemukakan pada 1955, badan
                       petugas ini membuat cadangan agar kerajaan baru
                       yang ditubuhkan nanti bertindak segera menggubal
                       satu kanun tanah yang seragam bagi seluruh
                       negara.

                       Berikutnya, satu Suruhanjaya Pakar (Commission of
                       Experts) ditubuhkan untuk mengkaji laporan dan
                       perakuan badan petugas di bawah Sir Louis Chick
                       itu. Setelah mengkaji dokumen tersebut dan
                       mengenal pasti segala kelemahan yang terdapat
                       dalam undang-undang yang sedia ada, Suruhanjaya
                       berkenaan segera menggubal satu rang undang-
                       undang baru yang kemudian diluluskan oleh
                       Parlimen dengan nama Kanun Tanah Negara 1965,
                       berasaskan Kanun Tanah Negeri-Negeri Melayu
                       Bersekutu yang sedia ada.




                                    5006
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




            Sementara itu, satu lagi undang-undang diluluskan
            bagi maksud memansuhkan sistem Deeds di dua
            negeri itu dan menggantikannya dengan sistem
            Torrens. Akta itu, National Land Code (Penang &
            Malacca Titles) Act 1963, yang kemudian dipinda
            oleh National Land Code (Penang & Malacca Titles)
            (Amendment) Act 1965, dikuatkuasakan serentak
            dengan Kanun Tanah Negara 1965 pada 1 Januari
            1966. Akibatnya, mulai tarikh itu, sistem Torrens
            dilaksanakan seragam di seluruh Semenanjung
            Malaysia.

    c.      Ciri-Ciri Utama Sistem Torrens

            Di bawah sistem Torrens, semua urusan berhubung
            dengan tanah perlu didaftar di Pejabat Tanah sama
            ada di pejabat tanah daerah atau pejabat tanah
            negeri. Proses pemberianmilik tanah oleh Pihak
            berkuasa Negeri kepada rakyat perlu didaftar.
            Urusan pindahmilik dari satu pemilik tanah kepada
            pihak lain juga perlu didaftar. Urusniaga lain,
            seperti gadaian dan pajakan, juga perlu didaftar.
            Untuk maksud itu, borang-borang tertentu
            disediakan dan borang-borang ini mestilah
            digunakan bagi segala urusan yang hendak
            didaftarkan di pejabat tanah berkenaan.

            Apabila pemberian milik itu telah selesai
            didaftarkan, atau satu urusniaga itu telah sempurna
            didaftarkan seperti yang dikehendaki oleh undang-
            undang, hakmilik atau kepentingan pihak-pihak
            berkenaan ke atas tanah itu adalah dijamin dan
            tidak boleh disangkal atau dipertikaikan oleh mana-
            mana pihak lain, kecuali ada sebab-sebab tertentu
            seperti yang dinyatakan secara terperinci dalam
            Kanun Tanah Negara.

            Dalam pada itu, walaupun hakmilik atau
            kepentingan seseorang itu dijamin di bawah
            undang-undang, andainya pemilik tanah itu
            melakukan apa-apa pelanggaran syarat nyata
            (seperti yang disebutkan dalam suratan hakmilik)
            atau melanggar mana-mana syarat tersirat (seperti
            yang disebutkan dalam Kanun Tanah Negara),
            tanah itu boleh dirampas oleh Pihak berkuasa
            Negeri.

            Selain itu, di bawah sistem Torrens yang
            diperkenalkan di bawah Kanun Tanah Negara ini,




                           5007
Statut Lain Yang Berkaitan




                       terdapat juga satu sistem kaveat. Terdapat 4 jenis
                       kaveat yang boleh dimasukkan oleh seseorang ke
                       atas hakmilik tanah orang lain.

                       Akhir sekali, seperti halnya dengan undang-undang
                       tanah di zaman silam, di bawah sistem Torrens ini,
                       undang-undang berteraskan adat dan Hukum
                       Syarak masih terus juga diiktiraf dalam hal-hal
                       tertentu. Dengan perkataan lain, sistem Torrens
                       bukanlah satu sistem pentadbiran tanah yang
                       tertutup atau eksklusif.

               d.      Peruntukan Utama Di Bawah Kanun Tanah Negara.

                       Kanun Tanah Negara, yang dipakai hanya di
                       Semenanjung Malaysia (Sarawak dan Sabah
                       mempunyai Kanun Tanah yang tersendiri),
                       terbahagi kepada 6 Bahagian (Divisions) dan
                       mempunyai 14 Jadual. Memandangkan bahawa
                       perkara "tanah" adalah dalam Senarai Negeri
                       mengikut Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah
                       Negara ini diluluskan oleh Parlimen di bawah
                       Perkara 76 (iaitu bagi maksud mewujudkan
                       penyeragaman undang-undang di semua negeri) dan
                       selepas itu, untuk Akta ini boleh terpakai di
                       peringkat negeri, ia perlu dikuatkuasakan oleh
                       negeri masing-masing.

                       Dalam     Bahagian     I   (Permulaan),    terdapat
                       peruntukan mengenai takrif istilah-istilah tertentu
                       (seksyen 5), sistem pendaftaran tanah berkomputer
                       (seksyen 5A dan 5B), kuasa pegawai-pegawai
                       Persekutuan dan Negeri (seksyen 6 hingga 18),
                       siastan (seksyen 23 hingga 39), kuasa Pihak
                       berkuasa Negeri untuk membuat pelupusan
                       (seksyen 40 hingga 50), klasifikasi dan kegunaan
                       tanah (seksyen 51 hingga 56), akses ke atas dan
                       kegunaan tanah berimilik (seksyen 57 hingga 61A).

                       Dalam Bahagian II (Pelupusan tanah), terdapat
                       peruntukan-peruntukan mengenai perizaban tanah
                       (seksyen 62 hinga 64), pendudukan sementara
                       (seksyen 65 hingga 69), pengeluaran batu-batuan
                       (seksyen 70 hingga 75), permit menggunakan ruang
                       udara (seksyen 75A hingga 75G), pelupusan tanah
                       kerajaan menerusi pemberianmilik (seksyen 76
                       hingga 92) dan pelupusan tanah di bawah tanah
                       (seksyen 92A hingga 92I).




                                    5008
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




            Bahagian III selanjutnya menyatakan peruntukan-
            peruntukan yang lebih terperinci mengenai tanah
            berimilik, antaranya, kewajipan membayar cukai
            tahunan (seksyen 93 hingga 102), syarat-syarat
            nyata,    syarat-syarat  tersirat  dan    sekatan
            kepentingan yang dikenakan pada tanah (seksyen
            103 hingga 123), kuasa Pihak berkuasa Negeri
            untuk menukar syarat pada tanah (seksyen 124 dan
            124A), penguatkuasaan dan rampasan kerana
            pelanggaran syarat (seksyen 125 hingga 134), pecah
            sempadan, belah-bahagi dan penyatuan (seksyen
            135 hingga 157B), penyediaan dan penyelenggaraan
            daftar (seksyen 158 hingga 188), penukaran
            hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (seksyen
            189 hingga 194), serahbalik tanah dan kurnia
            semula (seksyen 195 hingga 204H).

            Dalam Bahagian IV, terdapat peruntukan mengenai
            urusniaga (dealings) iaitu pindahmilik (seksyen 214
            hingga 220), pajakan dan sewaan (seksyen 221
            hingga 240), gadaian dan lien (seksyen 241 hingga
            281), ismen (seksyen 282 hingga 291), prosedur
            berhubung pendaftaran urusniaga (seksyen 292
            hingga 318), dan sekatan terhadap urusniaga, iaitu
            kaveat dan perintah larangan (seksyen 319 hingga
            339).

            Dalam Bahagian V pula, terdapat peruntukan am
            dan tambahan mengenai tanah berimilik, iaitu
            hakmilik yang tidak boleh disangkal (seksyen 340
            dan 341), hakmilik tanah bersama dan amanah
            (seksyen 342 hingga 345), transmisi apabila berlaku
            kematian dan kebankrapan (seksyen 346 hingga
            350), dan pengembalian tanah kepada Pihak
            berkuasa Negeri (seksyen 351 dan 352).

            Dalam Bahagian VI, iaitu bahagian terakhir,
            memuatkan beberapa peruntukan am misalnya
            mengenai membuat carian (seksyen 384 hingga 486),
            hak laluan Pentadbir Tanah (seksyen 387 hingga
            395), pendaftaran perletakan hak statutori (seksyen
            414 hingga 416E), bidangkuasa mahkamah (seksyen
            417 hingga 421A), kuasa menjalankan tangkapan
            dan penyitaan (seksyen 422 hingga 429E),
            penyampaian notis (seksyen 430 hingga 433), dan
            sekatan kepada bukan warganegara memiliki tanah
            (seksyen 433A hingga 433E).




                           5009
Statut Lain Yang Berkaitan




               e.      Peruntukan-peruntukan Yang Berkaitan Dengan
                       Perancangan Bandar

                       Dari huraian ringkas di atas, nyata bahawa terdapat
                       beberapa peruntukan tertentu dalam Kanun Tanah
                       Negara 1965 yang ada kaitan langsung dengan
                       perancangan dan pembangunan tanah, misalnya -

                       (a) kategori penggunaan tanah, iaitu tanah
                           pertanian, bangunan dan perindustrian (seksyen
                           52);

                       (b) jenis suratan hakmilik tanah yang dikeluarkan,
                           iaitu hakmilik tanah dalam Pejabat Pendaftar
                           dan hakmilik tanah dalam Pejabat Tanah
                           (seksyen 77);

                       (c) syarat-syarat nyata, syarat-syarat tersirat dan
                           sekatan kepentingan, tukar syarat, pelanggaran
                           syarat dan natijah yang berbangkit darinya
                           (seksyen 103 hingga 134);

                       (d) belah-bahagi, pecah sempadan dan penyatuan
                           tanah (seksyen 135 hingga 150); dan

                       (e) serahbalik tanah dan kurnia semula (seksyen
                           195 hingga 204H).

                       Di bawah seksyen 52, tanah yang diberimilik oleh
                       Pihak berkuasa Negeri terbahagi kepada tiga
                       kategori, iaitu tanah pertanian, tanah bangunan dan
                       tanah perindustrian. Apabila suratan hakmilik
                       dikeluarkan, syarat-syarat nyata dan sekatan
                       kepentingan (jika ada) akan dikenakan sebagaimana
                       yang ditentukan mengikut budibicara Pihak
                       berkuasa Negeri. Di bawah seksyen 108, andainya
                       suatu tanah itu tertakluk kepada mana-mana
                       undang-undang kecil yang dibuat oleh pihak
                       berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancang
                       tempatan atau dikenakan apa-apa syarat olehnya,
                       dan tanah itu kemudian dikenakan apa-apa syarat
                       di bawah Kanun Tanah Negara yang bertentangan
                       dengan apa yang dikenakan oleh pihak berkuasa
                       tempatan atau pihak berkuasa perancang tempatan
                       itu, syarat yang dikenakan di bawah Kanun Tanah
                       Negara itu hendaklah terpakai dan undang-undang
                       kecil atau sekatan yang dikenakan oleh pihak
                       berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancang
                       tempatan      itu   hendaklah,     setakatmana    ia
                       bertentangan, terhenti dari dipakai kepada tanah




                                    5010
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




            itu. Selain dari itu, syarat-syarat tersirat tertentu
            juga dikenakan bagi tanah pertanian (di bawah
            seksyen 115), bagi tanah bangunan (seksyen 116)
            dan bagi tanah perindustrian (seksyen 117).

            Sekiranya pemilik tanah berhasrat untuk mengubah
            syarat yang dikenakan pada tanahnya, misalnya
            mengubah syarat kegunaan tanah dari pertanian
            kepada bangunan (untuk maksud pembinaan rumah
            dan sebagainya), permohonan untuk maksud
            tersebut bolehlah dibuat dibawah seksyen 124 atau
            seksyen 124A.

            Selain dari memohon tukar syarat dari suatu
            kategori kegunaan tanah kepada kategori yang lain,
            pemilik tanah juga boleh memohon supaya tanahnya
            dibelah bahagi (sub-division of lands) di bawah
            seksyen 135 hingga 139), memohon pecah sempadan
            (partition of lands) di bawah seksyen 140 hingga
            145) atau memohon untuk menyatukan beberapa
            bidang atau lot tanah yang bersempadan
            (amalgamation of lands) di bawah seksyen 146
            hingga 150.

            Kanun     Tanah    Negara     juga   mengandungi
            peruntukan yang terperinci mengenai prosedur
            serahbalik tanah berimilik (kepada Pihak berkuasa
            Negeri) bagi maksud mendapatkan kurnia semula.
            Seksyen 195 memberi kuasa kepada pemilik tanah
            untuk berbuat demikian, seksyen 196 menyatakan
            syarat-syaratnya, manakala seksyen 197 hingga 202
            menggariskan prosedurnya dan selebihnya seksyen
            203 hingga 204H menjelaskan proses kurnia semula.

            Walaupun Kanun Tanah Negara 1965 diluluskan
            bagi meningkatkan penyeragaman undang-undang
            dan prosedur berhubung dengan pentadbiran tanah
            di seluruh Semenanjung, amalan masa kini di
            beberapa negeri masih menunjukkan terdapatnya
            perbezaan prosedur terperinci dan masa untuk
            mendapatkan kelulusan bagi urusan tukar syarat,
            serahbalik dan kurnia semula tanah di antara
            negeri-negeri.




                           5011
Statut Lain Yang Berkaitan




       5.1.2     Seksyen berkaitan


       BAHAGIAN TIGA – HAK DAN KUASA PIHAK BERKUASA NEGERI



Penjenisan dan Penggunaan tanah

52. Jenis-jenis penggunaan tanah, dan pemakaiannya pada tanah-tanah Akta
    ini.

  (1)    Bagi maksud-maksud Akta ini maka hendaklah ada tiga jenis
penggunaan tanah yang dikenali masing-masingnya sebagai “pertanian”,
“bangunan” dan “perindustrian’’, dan tertakluk kepada seksyen kecil (5), di
mana-mana tanah diberimilik di bawah Akta ini –

       (a)     maka hendaklah dicatiterakan di atas dokumen hakmiliknya
               mana-mana satu daripada jenis-jenis itu sebagaimana Pihak
               Berkuasa Negeri –

               (i)    telah menetapkan dengan pemberitahuan yang mempunyai
                      kesan dalam hubungan dengannya di bawah seksyen kecil (2),
                      atau

               (ii)   dalam ketiadaan apa-apa pemberitahuan sedemikian itu,
                      telah menentukan dalam hubungan dengannya menurut
                      seksyen kecil (3); dan

        (b)    syarat-syarat yang tanah        itu   tertakluk   hendaklah   dengan
                sewajarnya memasukkan –

               (i)    apa-apa syarat nyata seperti yang telah dikenakan oleh Pihak
                      Berkuasa Negeri oleh sebab seksyen 121 atau 122, mengikut
                      mana-mana yang sesuai, dan

               (ii)   apa-apa tersirat sebagaimana yang boleh dipakai kepadanya
                      oleh sebab seksyen 115, 116 atau 117.

    (1) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah dengan pemberitahuan dalam Warta
  menentukan mana-mana kawasan dalam Negeri dan menetapkan suatu jenis
  penggunaan tanah dalam hubungan dengannya bagi maksud-maksud seksyen
  ini; dan jenis itu hendaklah jenis yang dicatiterakan di bawah seksyen kecil (1)
  ketika pemberimilikan dibuat mengikut mana-mana kelulusan yang telah
  diberi selepas pemberitahuan, mengenai mana-mana tanah Kerajaan dalam
  kawasan itu yang belum lagi diberimilik pada masa yang lalu, telah disiarkan.

    (3) Kecuali dalam hal yang termasuk di bawah seksyen kecil (2), jenis
  penggunaan tanah yang hendak dicatiterakan menurut seksyen kecil (1) di
  atas dokumen hakmilik mana-mana tanah hendaklah ditentukan oleh Pihak
  Berkuasa Negeri pada masa bilamana tanah itu diluluskan untuk diberimilik.

   (4) Salinan-salinan mana-mana pemberitahuan di bawah seksyen ini
  hendaklah disiarkan menurut seksyen 433.




                                        5012
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




    (5) Seksyen ini tidak boleh dipakai kepada mana-mana tanah yang
  diberimilik di bawah Akta ini menurut suatu kelulusan yang diberi oleh Pihak
  Berkuasa Negeri sebelum permulaannya; dan Pihak Berkuasa Negeri
  bolehlah, ketika meluluskan pemberimilikan mana-mana tanah selepas
  permulaan itu, mengarahkan supaya tiada jenis penggunaan tanah dicatitkan
  di atas dokumen hakmilik mengenainya, jika ia berpuashati bahawa
  penggunaannya boleh dikawal dengan lebih patut dengan pengenaan syarat-
  syarat nyata di bawah seksyen 120.



72. Jangkamasa, syarat-syarat, dll. Dan bentuk permit

    (1) Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, tiap-tiap permit untuk
  mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan hendaklah
  dikeluarkan untuk satu tempoh yang tamat tidak lewat daripada penghujung
  tahun kelendar yang ianya bermula, dan hendaklah terhenti manakala
  tamatnya tempuh itu walaupun jumlah banyaknya bahan batuan yang
  ditentukan di dalamnya belum lagi habis dikeluarkan, diambil dan diangkut
  pada masa itu.

    (2) Tiap-tiap permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut
  bahan batuan hendaklah mempunyai keran tertakluk kepada apa-apa
  peruntukan seperti yang terkandung di dalamnya dan, setakat mana yang
  tidak bercanggah dengannya, kepada apa-apa peruntukan lain yang mungkin
  ditetapkan.

    (3) Tiap-tiap permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan batuan
  hendaklah dibuat di atas Borang 4C.



BAHAGIAN TUJUH - SYARAT DAN SEKATAN KEPENTINGAN

103. Tafsiran dan skop.

    (1) Dalam bahagian ini-

       "syarat" tidaklah termasuk apa-apa sekatan kepentinpn, atau apa-apa
  syarat samaada nyata atau tersirat data mana-mana pedanjian yang Pihak
  Berkuasa Negeri bukanlah satu pihak;

        “syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan" ertinya apa-apa
  syarat yang menghendaki tuanpunya mana-mana tanah untuk membuat, atau
  berhenti dari membuat, apa-apa perbuatan sepanjang tempoh bilamana tanah
  itu diberimilik, atau untuk selama mana tempuh itu belum tamat –

       (a)      selepas tamatnya mana-mana tempoh tertentu yang ditetapkan
                dalam syarat itu, atau

       (b)      selepas berlakunya apa-apa tarikh atau peristiwa tertentu
                sepertimana yang ditetapkan;




                                        5013
Statut Lain Yang Berkaitan




       “syarat tertakluk kepada satu tempoh tetap" ertinya apa-apa syarat yang
  menghendaki tuanpunya mana-mana tanah untuk membuat apa-apa
  perbuatan sebelum, atau berhenti dari membuat apa-apa perbuatan sehingga,
  tamatnya mana-mana tempoh tertentu, atau berlakunya apa-apa tarikh atau
  peristiwa tertentu, seperti yang ditetapkan data syarat itu.

    (2) Kecuali di mana kandungan ayat menghendaki sebaliknya, peruntukan
  bahagian ini hendaklah terpakai kepada syarat-syarat yang timbul di bawah
  mana-mana undang-undang tanah terdahulu sepertimana ianya terpakai
  kepada syarat-syarat yang timbul di bawah Akta ini.



104. Syarat dan sekatan kepentingan hendaklah bersekali dengan tanah.

       Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan hendaklah bersekali dengan
  tanah yang ianya berkaitan dan hendaklah mengikat tuanpunya tanah pada
  masa itu dan tiap-tiap orang atau badan yang mempunyai kepentingan atau
  menuntut apa-apa kepentingan dalam tanah itu, walau bagaimana juapun
  ianya diperolehi.



105 . Lamanya syarat dan sekatan kepentingan.

    (1) Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan yang dikenakan oleh atau di
  bawah Akta ini hendaklah, kecuali di mana ianya diperuntukkan sebaliknya
  oleh Akta ini atau kandungan ayat menghendaki sebaliknya, mula bersekali
  dari tarikh pemberimilikan tanah yang ianya berkaitan.

    (2) Tiap-tiap syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan, dan
  (melainkan ayat menghendaki sebahknya) tiap-tiap sekatan kepentingan,
  hendaklah terus berkuatkuasa sehingga perkembalian tanah yang ianya
  berkaitan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri; dan tiap-tiap syarat yang
  tertakluk kepada satu tempoh tetap hendaklah terus berkuatkuasa menurut
  maksudnya.




106. Masa hendaklah menjadi pati syarat-syarat tempoh tetap bersifat positif.

    (1) Masa hendaklah disifatkan sebagai pati tiap-tiap syarat tertakluk
kepada satu tempoh tetap bilamana tuanpunya mana-mana tanah dikehendaki
untuk melakukan apa-apa perbuatan.




                                     5014
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




107. Pelanjutan masa untuk mematuhi syarat-syarat tempoh tetap             bersifat
     positif

    (1)   Dalam hal mana-mana syarat yang seksyen 106 adalah terpakai Pihak
  Berkuasa bolehlah membenarkan (sama ada sebelum atau selepas tamatnya
  tempuh, atau berlakunya tarikh atau peristiwa yang ditetapkan di dalamnya
  untuk melakukan perbuatan dalam persoalan) apa-apa tempuh tambahan
  untuk melakukan perbuatan itu sebagaimana yang difikirkan patut, dan
  syarat itu hendaklah pada ketika itu mempunyai kuatkuasa seolah-olah ianya
  menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam tempoh itu pada permulaannya.

    (2) Pelaksanaan kuasa yang diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh
  seksyen kecil (I) mengenai mana-mana syarat janganlah hendaknya, kecuali
  secara siratan perlu –

       (a)      menyentuh pedalanan apa-apa syarat lain yang tanah dalam
                persoalan pada masa itu tertakluk, atau

       (b)      diertikan sebagai satu kemaafan apa-apa pelanggaran mana-mana
                syarat lain yang sedemikian.

    (3) Suatu notanda mengenai apa-apa pelanjutan masa yang diberi di bawah
  seksyan kecil (1) berkaitan dengan mana-mana syarat hendaklah
  dicatiterakan di atas hakmilik daftaran kepada tanah yang disentuh oleh
  syarat itu.



108. Percanggahan dengan undang-undang kecil tempatan, dll.

         Jika mana-mana tanah yang terlibat dengan mana-mana undang-
  undang kecil atau sekatan yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa
  tempatan atau pihak berkuasa perancangan menjadi tertakluk oleh sebab
  Akta ini kepada mana-mana syarat yang berlawanan dengannya, maka syarat
  itulah yang terpakai dan undang-undang kecil atau sekatan itu hendaklah,
  setakat mana ianya berlawanan, terhenti dari dipakai kepada tanah itu.

  Ringkasan Syarat dan Sekatan Kepentingan yang Menyentuh Tanah
  Berimilik




                 TANAH YANG DIBERIMILIK DI BAWAH AKTA INI

109. Syarat-syarat dll., yang boleh dipakai apabila diberi milik.

    (1) Seksyen ini dipakai kepada semua tanah yang diberimilik di bawah
  Akta ini selain dari tanah yang diluluskan untuk diberimilik sebelum
  bermulanya Akta ini.

    (2) Tanah yang seksyen ini terpakai hendaklah menjadi tertakluk, apabila
  diberimilik, kepada.syarat-syarat dan sekatan kepentingan berikut-




                                        5015
Statut Lain Yang Berkaitan




       (a)     apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan jika ada)
              sepertimana tercatitera pada ketika itu dalam dokumen
              hakmiliknya (atau yang disebut di dalamnya) iaitu syarat dan
              sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah
              kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 120 hingga 122; dan

       (b)     Syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen 114, oleh seksyen 115,
              116 atau II 7 (menurut jenis penggunaan tanah yang tanah itu
              tertakluk) dan, di mana berkenaan, oleh seksyen II 8.



             TANAH YANG DIBERIMILIK SEBELUM PERMULAAN

110.   Syarat-syarat dll, yang boleh dipakai sejak permulaan.

        Tanah yang diberimilik sebelum permulaan Akta ini hendaklah
  tertakluk sejak permulaan itu kepada syarat-syarat dan sekatan kepentingan
  berikut-

       (a)    apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan (jika ada)
              sebagaimana, sejurus sebelum permulaan  itu, tercatitera dalam
              dokumen hakmiliknya (atau, dalam hal satu sijil hakmilik, apa
              yang disebut di dalamnya).

       (b)    data hal tanah yang seksyen 53 terpakai, syarat tersirat yang
              ditetapkan data seksyen kecil (2) atau (3) seksyen itu, mengikut
              mana-mana yang sesuai;

       (c)    syarat-syarat yang tersirat oleh seksyen 114, dan di mana
              berkenaan, 119; dan 68

       (d)     apa-apa syarat tersirat tambaban yang boleh dipakai kepadanya
              seperti yang ditunjukkan

               (i) dalam hal tanah yang pada permulaan Akta ini adalah tanah
                   desa, dalam Jadual Kedua, dan

               (ii) dalam hal tanah yang pada permulaan itu adalah tanah
                    bandar atau pekan (sama ada dipegang di bawah hakmilik
                    Pejabat Pendaftaran atau hakmilik Pejabat Tanah), dalam
                    Jadual Ketiga.



111. Syarat-syarat dll., yang boleh dipakai selepas penjenisan     penggunaan
     tanah yang dikenakan di bawah seksyen 54.

        Jika mana-mana tanah yang diberimilik sebelum permulaan Akta ini
  menjadi tertakluk kepada mana-mana jenis penggunaan tanah oleh sebab
  suatu pemberitahuan di bawah seksyen 54 –




                                     5016
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




       (a)      maka ianya hendaklah tertakluk kepada sekatan kepentinpn yang
                sama (jika ada) sepertimana yang boteh dipakai kepadanya sejurus
                sebelum penjenisan itu dikenakan, tetapi

       (b)      menurut seksyen kecil (3) seksyen ini, syarat-syarat yang ianya
                tertakluk hendaklah menjadi seperti berikut –

                 (i) apa-apa syarat nyata (jika ada) sebagaimana Pihak Berkuasa
                     Negeri mungkin mengarahkan di bawah seksyen 123; dan

                 (ii) syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen 114, dan (menurut
                      penjenisan penggunaan tanah dalam persoalan) oleh seksyen
                      115, 116 atau 1 17.



          TANAH YANG DILULUSKAN UNTUK PEMBERIMILIKAN
                      SEBELUM PERMULAAN



112 Syarat-syarat dll., yang boleh dipakai ketika diberimilikk dan selepas
    pengenaan jenis penggunaan jenis penggunaan tanah oleh sebab seksyen
    56.

     (1)  Seksyen ini terpakai kepada semua tanah yang diberimilik di bawah
   Akta ini menurut satu kelulusan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri
   sebelum permulaannya.

     (2)  Tanah yang seksyen ini terpakai hendaklah menjadi tertakluk kepada
   syarat-syarat dan sekatan kepentingan berikut ketika diberimilik –

       (a)      apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingin (jika ada)
                sepertimana tercatitera pada ketika itu dalam dokumen
                hakmiliknya (atau apa yang disebutkan di dalamnya), iaitu syarat
                dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuaasa Negeri di
                bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 120;

       (b)      dalam hal tanah yang seksyen 55 terpakai, syarat terisrat yang
                ditetapkan dalim seksyen kecil (2) atau (3) seksyen 53, mengikut
                mana-mana yang sesuai;

       (c)      syarat yang disiratkan oleh seksyen 114 dan, di mana berkenaan,
                118; dan

       (d)      apa-apa syarat tersirat tambahan yang boleh dipakai kepadanya
                seperti yang ditunjukkan –

                 (i)   dalam hal tanah yang pada permulaan Akta ini ialah tanah
                       desa, dalam Jadual Kedua, dan

                 (ii) dalam hal tanah yang pada permulaan itu adalah tanah
                      bandar atau pekan, dalam Jadual Ketiga.




                                        5017
Statut Lain Yang Berkaitan




    (3) Jika mana-mana tanah yang seksyen ini terpakai menjadi tertakluk
  kepada satu jenis penggunaan tanah oleh sebab pemberitahuan di bawah
  seksyen 54 yang mempunyai kesan berkaitan dengannya menurut seksyen
  kecil (1) seksyen 56 –

       (a)     maka ianya hendaklah terus tertakluk kepada sekatan
              kepentingan yang sama (jika ada) sepertimana ianya terpakai
              sejurus sebelum penjenisan itu dikenakan, tetapi;

       (b)    menurut seksyen kecil (3) seksyen 54 sepertimana yang
              diubahsuaikan berkaitan dengan tanah sedemikian oleh seksyen
              kecil (2) seksyen 56, syarat-syarat yang ianya tertakluk hendaklah
              menjadi seperti berikut –

               (i)    apa-apa syarat nyata jika ada sepertimana Pihak Berkuasa
                      Negeri mungkin mengarahkan di bawah seksyen 123; dan

               (ii)   syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen 114, oleh seksyen
                      115, 116 atau 117 (menurut jenis penggunaan tanah dalam
                      persoalan) dan, di mana berkenaan, oleh seksyen I 1 8.



PERUBAHAN SYARAT DAN SEKATAN

113.   Cara bagaimana perubahan boleh dilaksanakan.

       Syarat dan sekatan kepentingan 'yang boleh dipakai kepada mana-mana
tanah berimilik hendaklah, selepas ditetapkan oleh pelaksanaan mana-mana
peruntukan sebelumnya dalam Bab ini, menjadi tertakluk kepada semua
perubahan sedemikian yang mungkin timbul darinya-

       (a)    pemberian apa-apa permohonan oleh tuanpunya tanah di bawah
              seksyen kecil (r) seksyen 124, atau

       (b)    penguatkuasaan apa-apa arahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa
              Negeri di bawah seksyen kecil (3) seksyen 147 ketika keizinan
              penyatuan tanah itu dengan tanah lain diberi.


                              Bab 3 - Syarat Tersirat

                               TANDA SEMPADAN

114. Syarat-syarat tersirat yang menyentuh semua tanah berimilik.

        Semua tanah berimilik hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat
tersirat berikut yang dengan tanda sempadannya-

        (a)   bahawa tuanpunya akan mengambil semua langkah yang wajar
              untuk mencegah kerosakannya, kemusnahannya atau pengalihan
              taksah;




                                       5018
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




       (b)    bahawa tuanpunya akan memberi notis serta merta, jika mana-
              mana satu darinya rosak, musnah atau dialih secara taksah,
              mengenai fakta itu kepada Pentadbir Tanah, atau kepada penghulu
              yang mempunyai bidangkuasa dalam kawasan di mana tanah itu
              terletak;

       (c)    bahawa tuanpunya akan membayar, jika dikehendaki berbuat
              demikian oleh Pentadbir Tanah, kos pembaikan atau kos
              penggantian, mengikut manamana yang sesuai, mana-mana
              darinya yang mungkin telah dirosakkan, dimusnahkan atau
              dialihkan secara taksah; dan

       (d)    bahawa tuanpunya akan membersihkan, jika dikehendi berbuat
              demikian oleh Pentadbir Tanah, atas perbelanjaannya sendiri
              mana-mana garisan sempadan di antara mana-mana tanah.



                                JENIS: PERTANIAN

115. Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah tertakluk kepada jenis
"pertanian".

     (1)     Jika mana-mana tanah berimilik adalah tertakluk oleh sebab
  mana-mana Akta ini kepada jenis "pertanian", maka syarat-syarat tersirat
  berikut hendaklah, tertakluk kepada seksyen kecil (3), terpakai kepadanya-

      (a)      bahawa tiada apa jua bangunan boleh didirikan di atas tanah itu
               selain dari sebuah bangunan atau bangunan-bangunan untuk
               digunakan bagi satu maksud atau lebih seperti yang ditetapkan
               atau disebut dalam seksyen kecil (4);

      (b)       bahawa satu permulaan penanaman atas tanah secara bonafide
               hendaklah dibuat dalam masa dua belas bulan dari tarikh yang
               berkaitan;

      (c)       bahawa seluruh kawasan tanah itu, selain dari mana-mana
               bahagian darinya-

                i) yang dibina atau berkaitan dengan sebuah bangunan (bila-bila
                   sahaja dibina) digunakan untuk satu maksud atau lebih
                   seperti yang ditetapkan atau disebut dalam seksyen kecil (4),
                   atau

                ii) digunakan bagi mana-mana maksud yang disebut dalam
                    perenggan (e) seksyen kecil itu, atau apa-apa maksud lain
                    yang Pihak Berkuasa Negeri mungkin mewibawa secara
                    khas,hendaklah ditanam sepenuhnya dalam masa tiga tahun
                    dari tarikh vanz berkaitan;

      (d)        bahawa kawasan yang disebut dalam perenggan (c) hendaklah
               dijaga ditanam menurut kaedah-kaedah pertanian yang sempurna;
               dan




                                       5019
Statut Lain Yang Berkaitan




       (e)      bahawa kawasan tersebut hendaklah ditanam secara berterusan:

        Dengan syarat bahawa syarat yang ditetapkan dalam perenggan (e)
  hendaklah dianggap sebagai dipatuhi dalam hal mana-mana kawasan yang
  kurang dari keseluruhannya ditanam asalkan sebarang tempoh itu tidak
  melebihi dua belas bulan.

    (2) Dalam seksyen kecil (1) "tarikh yang berkaitan" ertinya tarikh
  bilamana tanah itu menjadi tertakluk kepada jenis itu:

        Dengan syarat bahawa, jika mana-mana tanah menjadi tertakluk
  kepada jenis itu ketika penyatuannya dengan tanah lain yang sedia tertakluk
  sedemikian, maka tarikh bilamana satu dokumen hakmilik daftaran kepada
  kawasan tersatu itu pertama kalinya didaftarkan hendaklah menjadi tarikh
  yang berkaitan mengenai keseluruhan kawasan itu.

    (3) Syarat-syarat yang ditetapkan dalam seksyen kecil (1) hendaklah
  disiratkan dalam hal mana-mana tanah setakatmana ianya tidak berlawanan
  dengan apa-apa syarat nyata yang tanah itu pada masa itu tertakluk sahaja.

   (4) Maksud-maksud yang disebutkan dalam perenggan (a) seksyen kecil (1)
  adalah seperti berikut -

       (a)    maksud-maksud sebuah rumah kediaman untuk tuanpunya tanah
              itu atau mana-mana orang lain yang mendudukinya secara sah,
              atau untuk orang gaji kepada, atau mana-mana orang yang
              digunatenagakan untuk maksud pertanian oleh, tuanpunya atau
              mana-mana orang lain sedemikian:

        Dengan syarat bahawa rumah kediaman untuk tuanpunya tanah atau
  mana-mana orang lain yang menduduki secara sah tanah berkenaan tidak
  boleh meliputi lebih daripada satu perlima keseluruhan keluasan tanah itu
  atau dua hektar, mengikut mana yang lebih kurang,

       (b)    maksud-maksud pertanian;

       (c)    maksud untuk mengeluarkan atau memproses bahan semulajadi
              dari manamana hasil pertanian tanah tersebut;

       (d)    bagi maksud menyediakan untuk pengedaran apa-apa bahan atau
              keluaran, atau apa-apa lebah manisan, temakan atau reptilia
              disimpan atau dipelihara atas tanah itu, atau keluaran temakan
              atau akuakultur atas tanah tersebut;

       (e)    maksud untuk menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan,
              kebersihan atau lain-lain kemudahan kebajikan, termasuklah
              (setakatmana ia terutamanya diperuntukkan untuk kegunaan
              orang yang digunatenagakan atas tanah itu) kemudahan-
              kemudahan untuk membeli barang dan lain-lain barangan;

       (f)    apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri mungkin
              menctapkan untuk maksud seksyen ini oleh kaedah-kaedah di
              bawah seksyen 14;




                                    5020
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




       (g)      apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan patut
                untuk mewibawakan dalam keadaan mana-mana hal tertentu;

       (h)      apa-apa maksud sampinpn kepada satu maksud yang termasuk
                dalam mana-mana perenggan terdahulu.



                    JENIS BANGUNAN

116.    Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah yang tertakluk kepada
jenis "bangunan".

   (1) Jika mana-mana tanah berimflik tertakluk oleh sebab mana-mana
peruntukan Akta ini kepada jenis "bangunan", syarat-syarat tersirat berikut
hendaklah, tertakluk kepada seksyen kecfl (3), dipakai kepadanya-

       (a)      bahawa, melainkan pada tarikh yang berkaitan sesebuah
                bangunan sedemikian telah sedia ada di atas tanah itu, maka
                hendaklah dalam masa dua tahun dari tarikh itu dibina di atasnya
                sebuah bangunan sesuai untuk digunakan bagi satu maksud atau
                lebih seperti yang ditetapkan atau disebutkan dalam seksyen kecil
                (4);

       (b)      bahawa tiada apa jua bahagian tanah itu boleh digunakan untuk
                maksud pertanian atau perusahaan (kecuali setakatmana
                pembinaan atau penyelenggaraan mana-mana bangunan untuk
                satu maksud atau maksud-maksud yang tertnasuk dalam
                perenggan (f) atau (g) seksyen kecil (4) boleh merupakan
                penggunaan sedemikian);

       (c)      bahawa tiap-tiap bangunan diatasnya (bila-bila masa jua ianya
                dibina) hendaklah dijagabaik;

       (d)      bahawa tiada bangunan sedemikian boleh dimusnahkan, diubah
                atau ditambah tanpa keizinan secara bertulis terlebih dahulu dari
                Pihak Berkuasa Negeri.

    (2) Dalam seksyen kecil (1) "tarikh yang berkaitan" ertinya tarikh
  bilamana manamana bahagian tanah itu pertama kali menjadi tertakluk
  kepada jenis itu.

    (3) Syarat-syarat yang ditetapkan dalam seksyen kecil (1) hendaklah
  disiratkan dalam hal mana-mana tanah hanya setakatmana ianya tidak
  berlawan dengan mana-mana syarat nyata yang tanah itu pada masa itu
  tertakluk.

   (4) Maksud-maksud yang disebutkan dalam perenggan (a) seksyen kecil (1)
  adalah ,seperti berikut-

       (a)      maksud kediaman;

       (b)      maksud pentadbiran atau perniagaan, atau maksud pengangkutan
                penumpang;




                                        5021
Statut Lain Yang Berkaitan




        (c)   maksud mempamir, menjual secara runcit, membaiki atau
              sebahknya mengurusniaga apa-apa barang atau barangan, atau
              memberi apa-apa perkhidmatan;

        (d)   maksud memberi kemudahan-kemudahan pendidikan, perubatan,
              kebersihan atau kemudahan-kemudahan kebajikan yang lain;

        (e)   maksud hiburan, makan minumati atau permainan;

        (f)   apa-apa, maksud yang Pihak Berkuasa Negeri mungkin
              menetapkan bagi maksud seksyen ini oleh kaedah-kaedah di
              bawah seksyen 14;

        (g)   apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan patut
              untuk mewibawa dalam keadaan apa-apa hal tertentu.

        (h)   apa-apa maksud yang berkaitan dengan satu maksud yang
              termasuk dalam mana-mana perenggan yang terdahulu.



116A.   (Dimansuhkan).



                     JENIS PERINDUSTRIAN

117. Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah yang tertakluk kepada jenis
     "perindustrian."

    (1) Jika mana-mana tanah berimilik tertakluk oleh sebab mana-mana
  peruntukan, Akta ini kepada jenis "perindustrian", syarat-syarat tersirat
  berikut hendaklah, tertakluk kepada seksyen (2), dipakai kepadanya-

        (a)   bahawa ia hendaklah digunakan hanya untuk maksud
              perindustrian, iaitu. untuk maksud membina atau menyenggara
              kilang, bengkel, fondri, gudang. Umbungan, jeti, keretapi atau
              bangunan atau pemasangan lain untuk digunakan atau
              berhubungan dengan satu maksud atau lebih dari maksudmaksud
              yang berikut-

                i)    mengilang;

                ii) melebur;

                iii) pengeluaran dan penyebaran kuasa;

                iv) penyimpanan, pemasangan, pemprosesan, pengangkutan
                    atau penyebaran barang, atau barangan lain;

                v)    apa-apa maksud lain seperti mana Pihak Berkuasa Negeri
                      mungkin menetapkan bagi maksud seksyen ini oleh kaedah-
                      kaedah di bawah seksyen 14;




                                      5022
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




       (b)      bahawa perindustrian hendaklah dimulakan dalam masa tiga
                tahun daripada tarikh berkenaan dan tiap-tiap bangunan atau
                pemasangan di atasnya (bila-bila jua ianya dibina atau dipasang)
                hendaklah dijagabaiki;

       (c)      bahawa tiada bangunan, atau pemasangan sedemikian boleh
                dimusnahkan, diubah atau ditambah tanpa keizinan secara
                bertulis terlebih dahulu dan Pihak Berkuasa berkenaan:



        Dengan syarat bahawa syarat yang ditetapkan dalam perenggan (a)
janganlah hendaknya menghalang penyenggaraan atau pembinaan, di atas
tanah, itu, apa-apa bangunan yang digunakan atau hendak digunakan -

                 i) untuk peruntukan kemudahan-kemudahan pendidikan,
                    perubatan, kesihatan atau kemudahan kebajikan, untuk
                    tuanpunya tanah atau mana-mana orang lain yang
                    menduduki tanah itu dengan sah di sisi undang-undang, atau
                    untuk pekerja-pekerja tuanpunya, atau mana-mana orang
                    yang diambil bekerja untuk maksud perindustrian oleh
                    tuanpunya atau mana-mana orang lain tersebut, atau

                 ii) untuk apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri
                     memikirkan patut untuk mewibawa dalam keadaan tertentu
                     hal itu.

   (1A) Dalam seksyen kecil (1) "tarikh berkenaan" bermakna tarikh dimana
  apa-apa bahagian tanah mula tertakluk kepada kategori.

    (2)  Syarat yang ditetapkan dalam seksyen kecil (1) hendaklah disiratkan
  dalam hal mana-mana tanah hanya setakat mana ianya tidak berlawanan
  dengan mana-mana syarat nyata yang tanah itu pada masa itu tertakluk.



         TANAH PERTANIAN YANG DIBERIMILIK DI BAWAH HAKMILIK
                          BERSYARAT

118.   Syarat tersirat yang menyentuh tanah pertanian yang diberimilik di
       bawah hakmilik bersyarat.

    (1) Jika mana-mana tanah yang diberimilik di bawah hakmilik sementara
  adalah tertakluk -

       (a)      oleh sebab seksyen kecil (2) seksyen 55, kepada syarat tersirat
                seperti yang ditetapkan dalam seksyen kecil (2) seksyen 53, atau

       (b)      kepada mana-mana syarat nyata yang menghendaki ianya
                digunakan untuk maksud pertanian, atau

       (c)      kepada jenis "pertanian",




                                        5023
Statut Lain Yang Berkaitan




       maka ianya hendaklah, tertakluk kepada seksyen kecil (2), menjadi
  tertakluk kepada satu syarat nyata tersirat, selama mana ianya terus
  dipegang di bawah bakmilik bersyarat, bahawa tiada bangunan selain dari
  sebuah bangunan sementara boleh dibina di atasnya tanpa kelulusan
  Pentadbir Tanah.

     (2) Syarat yang ditetapkan dalam seksyen kecil (1) hendaklah disiratkan
  dalam hal mana-mana tanah hanya setakat mana ianya tidak berlawanan
  dengan mana-mana syarat nyata yang tanah itu pada masa itu tertakluk.



             TANAH YANG DICATITERA "PADI" SEBELUM PERMULAAN

119.   Syarat tersirat yang menyentuh tanah yang diberimilik sebelum
       permulaan untuk penanaman padi.

    (1) Jika dokumen hakmilik mana-mana tanah desa yang diberimilik
  sebelum bermulanya Akta ini, iaitu tanah yang tidak lebih dari empat hektar
  keluasannya, mengandungi perbahasan "padi", atau apa-apa kesamaan atau
  kelainan seperti yang ditetapkan dalam Jadual Keempat, sebagai jenis
  penanaman atau maksud pemberimilikannya, atau sebagai sebahagian dari
  jenis itu atau satu maksud sedemikian, maka tertakluk kepada seksyen kecil
  dan (3), tanah itu hendaklah menjadi tertakluk kepada syarat-syarat tersirat
  berikut -

       (a)    bahawa kawasan tanah sedemikian itu sepertimana, pada
              pendapat Pentadbir Tanah, sesuai untuk penanaman padi
              hendaklah ditanami sedemikian;

       (b)    bahawa kawasan itu hendaklah disenggara dan ditanami
              sedemikian mengikut kaedah-kaedah pertanian yang sempurna ,
              dan

       (c)    bahawa kawasan itu hendaklah ditanami sedemikian dengan
              berterusan

        Dengan syarat bahawa syarat yang ditetapkan data perengaan (c)
  hendaklah dianggap sebagai dipatum data hal mana-mana kawasan asalkan
  sekurang-kurangnya tiga suku darinya adalah ditanami pada setiap masa,
  dan asalkan apa-apa tempuh bilamana kurang dari seluruh tanah itu
  ditanami sedemikian tidak melebihi dua belas bulan.

    (2) Seksyen ini tidak terpakai kepada mana-mana tanah yang dokumen
  hakmiliknya, pada permulaan Akta ini adalah dicatiterakan dengan tanda
  ingatan kecuahan dan peruntukan-peruntukan yang serupa dalam mana-
  mana undang-undang tanah terdahulu.

    (3) Syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen ini hendaklah terhenti dari
  dipakai kepada mana-mana tanah -

       (a)    apabila perbahasaan yang menimbulkannya dihapuskan dari
              dokumen hakmilik menurut satu permohonan oleh tuanpunya di
              bawah seksyen 124;




                                    5024
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




       (b)      apabila tanah itu menjadi tertakluk kepada mana-mana jenis
                penggunaan tanah.




               Bab 4 - Syarat-syarat Nyata dan Sekatan Kepentingan

                KUASA-KUASA AM KETIKA PEMBERIMILIKAN

120. Pengenaan syarat nyata dan sekatan kepentingan apabila pemberimilikan
     dibuat di bawah Akta ini.

    (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, Pihak Berkuasa
  Negeri boleh memberimilik tanah di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa
  syarat nyata dan sekatan kepentingan yang mematuhi undang-undang
  sepertimana yang difikirkannya patut.

    (2) Syarat-syarat dan sekatan-sekatan kepentingan yang hendak
  dikenakan di bawah seksyen ini data hal mana-mana tanah hendaklah
  ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada masa bilamana tanah itu
  diluluskan untuk pemberimihkan.

    (3) Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan yang dikenakan di bawah
  seksyen ini hendakiah dicatiterakan di atas atau disebutkan di dalam
  dokumen hakmilik tanah itu: dan data mematuhi seksyen kecil ini Pihak
  Berkuasa Negeri hendaklah, dalam apa-apa hal di mana ia mengenakan
  syarat dan sekatan kepentingan itu kedua-duanya sekali. memperbezakan
  antara kedua-duanya.

    (4) Tiada apa jua syarat boleh dikenakan di bawah seksyen ini yang
  berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat yang tanah itu menjadi
  tertakluk kepada pemberimilik dibuat oleh sebab seksyen 114.



    TANAH YANG DIBERIMILIK TERTAKLUK KEPADA SUATU JENIS

121. Jenis: Pertanian.

     (1)   Jika, menurut seksyen 52, mana-mana tanah yang diberin-iilik di
  bawah Akta ini :ertakluk kepada jenis "pertanian" maka Pihak Berkuasa
  Negeri bolehlah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 120 (dan
  tanpa menyentuh keluasan kuasa-kuasa itu), -,mengenakan apa-apa syarat
  sepertimana yang difikirkannya patut-

       (a)      menghendaki penanaman di atasnya, atau di atas mana-mana
                bahagian darinya, suatu tanaman tertentu, atau mana-mana klas
                atau jenis tanaman;




                                        5025
Statut Lain Yang Berkaitan




       (b)    melarang penanaman di atasnya, atau di atas mana-mana
              bahagian darinya, suatu penanaman tertentu, atau apa-apa klas
              atau jenis tanaman;

       (c)    menetapkan tarikh-tafikh dalam sesuatu tahun pada atau sebelum
              mana apa-apa kerja pembersihan, penanaman, penyemaian,
              pembajaan, atau penuaian, atau apa-apa tindakan pertanian lain,
              hendak dimula atau diselesaikan;

       (d)    menghadkan kawasan maksimum tanah itu yang boleh dibina
              rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan lain.

   (2) Dalam seksyen ini "tanaman" termasuklah pokok-pokok yang ditanam
  untuk maksud mendapatkan hasilnya.

122. Jenis Bangunan dan Perindustrian.

         Jika, menurut seksyen 52, mana-mana tanah diberimilik di bawah Akta
  ini tertakluk kepada jenis "bangunan" atau jenis "perindustrian" Pihak
  Berkuasa Negeri bolehlah, dalam menjalankan kuasa-kuasanya di bawah
  seksyen 120 (dan tanpa menyentuh keluasan kuasa-kuasa itu), mengenakan
  apa-apa syarat sepertimana yang difikirkannya patut mengenai-

       (a)    kawasan atau bahagian tanah yang hendak dibina di atasnya;

       (b)    jenis, rekabentuk, tinggi dan struktur mana-mana bangunan yang
              hendak dibina di atas tanah itu, dan jenis dan kualiti baban-bahan
              yang hendak digunakan dalam pembinaannya;

       (c)    tarikh pada atau sebelum mana apa-apa bangunan sedemikian
              hendak dimula atau diselesaikan;

       (d)    kegunaan bangunan itu.



    TANAH MENJADI TERTAKLUK KEPADA SESUATU JENIS SELEPAS
                      PEMBERIMILIKAN

123.     Pengenaan syarat nyata kepada tanah yang menjadi tertakluk kepada
         suatu jenis di bawah seksyen 54.

    (1) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, dalam mana-mana pemberitahuan yang
  diberi di bawah seksyen 54 mengenai mana-mana kawasan, mengarahkan
  supaya sejak tarikh bilamana mana-mana tanah dalam kawasan itu oleh
  sebab pemberitahuan itu menjadi tertakluk kepada mana-mana jenis
  penggunaan tanah yang ditetapkan dalam arahan itu, ianya menjadi
  tertakluk juga kepada apa-apa syarat nyata sepertimana yang ditetapkan
  sedemikian iaitu syarat-syarat mengenai mana-mana dari perkara-perkara
  yang disebutkan dalam seksyen 121 atau 122, mengikut mana-mana yang
  sesuai.

    (2)    Pada atau sebelum tarikh bilamana mana-mana tanah menjadi
  tertakluk kepada apa-apa syarat oleh sebab mana-mana pemberitahuan




                                     5026
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




  sedemikian, hendaklah dicatiterakan di atas dokumen hakmilik tanah itu
  sama ada syarat-syarat itu sendiri atau rujukan kepadanya.

    (3 ) Tiada apa jua syarat boleh dikenakan oleh sebab seksyen ini yang
  berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat seperti yang ditetapkan dalam
  seksyen 114.



             PENGUBAHAN SYARAT-SYARAT, SEKATAN DAN JENIS

124.    Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk mengubah syarat, dll., atas
        permohonan tuanpunya.

        (1) Tuanpunya mana-mana tanah berimilik bolehlah memohon kepada
  Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini untuk -

       (a)      pengubahan mana-mana jenis penggunaan tanah yang tanah itu
                pada masa itu tertakluk atau, jika ianya tidak tertakluk
                sedemikian, untuk pengenaan mana-mana jenis ke atasnya;

       (b)       pembatalan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepentingan yang
                dicatiterakan di atas, atau disebut di dalam, dokumen hakmilik
                tanah itu, atau penghapusan perbahasan "padi" dari dokumen itu,
                atau apa-apa perbahasaan lain yang oleh sebabnya tanah itu
                tertakluk pada masa itu kepada syarat tersirat seperti yang
                ditetapkan dalam seksyen 119; atau

                 (ba) memotong daripada dokumen hakmilik ungkapan "Getah",
                      "kampung" atau mana-mana ungkapan lain mengenai
                      kegunaan tanah, dan untuk mengenakan syarat-syarat
                      nyata yang lain mengenai kegunaan tanah;

       (c)      pemindaan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepefitingan yang
                tercatitera di atas, atau disebut di dalam dokumen hakmilik tanah
                itu, atau pengenaan apa-apa syarat nyata yang baru atau sekatan
                kepentingan:

         Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Negeri janganlah hendaknya
  melayan apa-apa permohonan sedemikian melainkan ianya berpuashati
  mengenai setiap orang atau badan yang mempunyai kepentingan berdaftar
  pada tanah itu, atau menduduki mana-mana bahagian darinya di bawah
  mana-mana sewaan bebas daftaran samada ianya telah menizinkannya, atau
  keizinan dalam keadaan-keadaan hal itu patut tidak payah diminta:

        Dengan syarat selanjutnya bahawa Pihak Berkuasa Negeri tidak akan
  melayan apa-apa pen-nohonan tersebut melainkan apa-apa cukai yang kena
  dibayar bagi tanah itu telah pun dibayar.

     (2)    Jika Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di
  bawah perenggan (a) seksyen kecil (1) -

       (a)      ia hendaklah mengarahkan supaya jenis penggunaan tanah yang
                ditetapkan dalam permohonan itu dicatiterakan dalam dokumen




                                        5027
Statut Lain Yang Berkaitan




              hakmilik tanah itu, dan jenis yang sedia ada (jika ada) hendaklah
              digugurkan, dan

       (b)    ia bolehlah, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya
              dicatiterakan juga di atas dokumen hakmilik itu apa-apa syarat
              nyata yang baru seperti yang ditetapkan dalam arahan itu, iaitu
              syarat-syarat mengenai mana-mana dari perkara yang disebutkan
              dalam seksyen 121 atau 122, mengikut mana-mana yang sesuai;
              dan, sejak tarikh bilamana arahan itu mula dijalankan -

                i)   tanah itu hendaklah menjadi tertakluk kepada apa-apa
                     syarat yang dicatiterakan menurutnya dan (menurut jenis
                     penggunaan tanah yang dicatiterakan sedemikian) kepada
                     syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen 115, 116 atau
                     117;

                ii) hendaklah terhenti dari terpakai kepada tanah itu semua
                    syarat yang ianya tertakluk terdahulu kecuali syarat-syarat
                    yang disiratkan di bawah seksyen 114 dan, di mana
                    berkenaan, 118.

     (3) Apabila Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di
bawah perenggan (b) seksyen kecil (1), ia hendaklah mengarahkan supaya
syarat, sekatan kepentingan   atau perbahasan dalam persoalan digugurkan
dari dokumen hakmilik kepada tanah itu atau, dalam hal mana-mana syarat
atau sekatan yang hanya disebutkan dalam dokumen hakmilik itu, supaya satu
notanda mengenai pembatalannya dicatiterakan.

    (3A) Jika Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah
  perenggan ba) seksyen kecil (1), ia akan arahkan supaya ungkapan berkenaan
  dipotong, dan syaratarat nyata baru diendorskan atas dokumen hakmilik
  kepada tanah.

    (4) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah meluluskan apa-apa permohonan di
  bawah perenggan (c) seksyen kecil (1) sama ada mengikut syarat-syarat yang
  ianya dikemukakan atau; tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang
  difikirkannya patut, dengan keizinan pemohon dan mana-mana orang atau
  badan lain yang keizinannya adalah dikehendaki di bawah proviso kepada
  seksyen kecil itu, dan hendaklah, walau apapun, mengarahkan sebagai patut
  –

       (a)    pindaan mana-mana syarat atau sekatan kepentingan yang
              dicatiterakan di atas dokumen hakmilik kepada tanah itu, atau

       (b)    catitera satu notanda pindaan mengenai apa-apa syarat atau
              sekatan yang hanya disebutkan di dalamnya di atas dokumen
              hakmilik, atau

       (c)    catitera mengenai apa-apa syarat baru di atas dokumen hakmilik
              itu.

    (5) Apa-apa arahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah
  seksyen ini boleh dijadikan bersyarat bagi semua atau mana-mana dari
  perkara-perkara berikut -




                                     5028
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




      (a)      pembayaran satu premium tambahan;

               (aa) pembayaran apa-apa pengenaan yang ditentukan;

      (b)      pengenaan satu cukaisewa baru;

      (c)      pematuhan kepada apa-apa kehendak lain yang Pihak Berkuasa
               Negeri memikirkan patut.

    (6) Tiada apa jua syarat yang berlawanan dengan mana-mana syarat
  tersirat yang tanah dalam persoalan itu pada masa itu tertakluk di bawah
  seksyen 114 atau 119 boleh dikenakan oleh sebab seksyen ini, dan tiada
  apajua syarat boleh dipinda oleh sebab seksyen ini sehingga ianya menjadi
  berlawanan dengan apa-apa syarat tersirat sedemikian.

    (7) Setelah dituluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen kecil
  (4). PC-, daftar atau Pentadbir Tanah, mengikut mana yang berkenaan, akan
  menandatangani suatu memorandum dalam Borang 7C mengikut arahan
  Pihak Berkuasa Negeri dan akm mengemukakan pindaan, dan di atas
  memorialnya yang dibuat, Pendaftar akan membuat suatu catatan di atas
  dokumen-dokumen hakmilik daftar dan keluaran kepada tanah dam akan
  mencatatkan tarikh dan kuasa untuknya, dan mengesahkan pindaan itu
  dengan tanda-tangan dan meterainya.

   (8) Sewa dan premium dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh
  Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar kepada Pihak
  Berkuasa Negeri pada masa ia meluluskan permohonan dan Pentadbir Tanah
  hendaklah menyebatkan untuk disampaikan kepada tuanpunya suatu notis
  dalam Borang 7G menghendakinya membayar jumlah tersebut dalam masa
  yang ditentukan dan jika mana-mana jumlah tersebut tidak dibayar dalam
  masa tersebut kelulusan Pihak Berkuasa Negeri akan luput oleh kerana itu.



124A. Permohonan secara serentak untuk pecah sempadan tanah dan di bawah
seksyen 124 (1) mengenai petak-petak pecah sempadan yang dicadangkan itu.

    (1) Tuanpunya bagi mana-mana tanah yang diberimilik boleh memohon
  kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan pecah sempadan tanah dan
  pada masa yang sama membuat permohonan di bawah seksyen kecil (1)
  seksyen 124 mengenai petak-petak pecah sempadan yang dicadangkan itu.



    (2) Sesuatu pennohonan di bawah seksyen kecil (1) seksyen 124 mengenai
  petak-petak pecah sempadan yang dicadangkan itu hendaklah dibuat dalam
  Borang 7D, dan akan dilayan dan diselenggarakan di bawah seksyen 124
  sebagai suatu permohonan berasingan di bawah seksyen kecil (1) seksyen 124
  mengenai tiap-tiap petak pecah sempadan yang dicadangkan itu.

   (3) Kelulusan permohonan untuk pecah sempadan tanah dan kelulusan
  permohonan di bawah seksyen kecil (1) seksyen 124 mengenai petak-petak
  pecah sempadan yang dicadangkan itu hendaklah kedua-dua bersyarat atas
  pemohon memenuhi, semua petakpecah sempadan, dalam tempuh tertentu




                                       5029
Statut Lain Yang Berkaitan




  sebagaimana yang akan dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Negeri, semua
  syarat yang akan dikenakan di bawah seksyen kecil (5) seksyen 124 mengenai
  tiap-tiap petak pecah sempadan yang dicadangkan itu.

    (4) Bagi maksud permohonan untuk pecah sempadan di bawah seksyen
  kecil (1) permohonan akan dianggap seolah-olah sebagai suatu permohonan di
  bawah seksyen 135 dan peruntukan-peruntukan seksyen-seksyen 136, 137,
  138 dan 139 hendaklah terpakai setakat mana peruntukan-peruntukan itu
  tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan seksyen ini, dan dalam
  menimbangkan permohonan tersebut Pihak Berkuasa Negeri hendaklah
  mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa Pengarah Negeri atau
  Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau boleh
  mengarahkan Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, mengikut mana yang
  berkenaan, untuk menjalankan semua atau sebahagian daripada kuasa-kuasa
  itu.



                      Bab 5 - Penguatkuasaan Syarat-syarat

125. Bila suatu pelanggaran syarat berbangkit.

    (1) Suatu pelanggaran syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan
  akan berbangkit sebaik sahaja, dan terus selama mana syarat itu tidak
  dipatuhi.

   (2) Pelanggaran syarat yang tertakluk kepada suatu tempuh tetap akan
  berbangkit-

          a)   dalam hal suatu syarat yang menghendaki pelaksanaan apa-apa
               perbuatan dalam sebarang tempuh (iaitu tempoh yang ditetapkan
               di dalamnya, atau tempuh yang dilanjutkan menurut seksyen
               107), apabila tamatnya tempuh itu tanpa perbuatan itu tidak
               dilaksanakan;

          b)   dalam hal satu syarat yang menghendaki apa-apa perbuatan
               ditinggalkan sehingga pada suatu masa, apabila perbuatan itu
               dilakukan sebelum masa itu.



 126. Pelanggaran syarat kompleks.

        Jika apa-apa syarat mengandungi dua kewajipan atau tanggungan
  yang berasingan atau lebih,     kegagalan untuk memenuhi mana-mana
  kewajipan atau tanggungan itu akan merupakan pelanggaran syarat itu.



 127. Tanggungan untuk penyitaan kerana pelanggaran syarat.

   (1) Bila apa-apa pelanggaran berbangkit daripada apa-apa syarat yang
  mana-mana tanah berimilik pada masa itu tertakluk-




                                     5030
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




       a)   maka tanah itu hendaklah boleh dikenakan penyitaan oleh Pihak
            Berkuasa Negeri, dan

       b)   kecuali dalam hal di mana suatu denda dikenakan di bawah
            seksyen kecil (IA), atau di mana tindakan untuk maksud
            melantar supaya diremedikan pelanggaran itu adalah
            pertamanya dikehendaki diambil di bawah seksyen 128,
            Pentadbir Tanah hendaklah meneruskan penguatkuasaan
            penyitaan itu menurut peruntukan-peruntukan seksyen 129.

  (IA) (a) Apabila sesuatu pelanggaran sebagaimana yang dirujukkan dalam
subseksyen 1) timbul, maka Pentadbir Tanah boleh, selain dari mengambil
tindakan di bawah seksyen 128 atau 129, menyerahkan suatu notis dalam
Borang 7E kepada tuanpunya, memerlukannya menunjukkan sebab mengapa
suatu denda tidak dikenakan mengenai pelanggaran itu.

  (b) Apabila gagal tuan punya menunjukkan sebab dengan memuaskan
kepada Pentadbir Tanah, maka Pentadbir Tanah boleh membuat suatu
perintah untuk bayaran denda tidak kurang daripada lima ratus ringgit, dan
dalam hal pelanggaran berterusan, suatu denda lagi tidak kurang daripada
seratus ringgit pada tiap-tiap hari dalam tempoh pelanggaran itu berterusan.

  (IB) Jika suatu denda dibayar atas suatu perintah yang dibuat di bawah
perenggan (b) subseksyen (IA), tindakan tidak akan diambil di bawah seksyen
128 atau 129 mengenai pelanggaran itu.

  (lC) Walau apapun peruntukan subseksyen (IB), jika Pentadbir Tanah
selepas siasatan dengan sempurna, berpuas hati bahawa pelanggaran
bersambung, Pentadbir Tanah boleh menyerahkan suatu notis dalam Borang
7F terhadap tuanpunya memberitahu kepadanya tentang tujuannya untuk
mengambil tindakan di bawah seksyen 128 atau 129 selepas habis tempoh
enam bulan dari tarikh penyampaian notis atau pada bila-bila masa
kemudiannya.

  (2) Penerimaan bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa
butiran hasil tanah yang terhutang berkenaan mana-mana tanah berimilik
janganlah hendaknya dijadikan sebagai satu kemaafan bagi mana-mana hak
penyitaan yang pada ketika itu wujud mengenai tanah itu oleh sebab seksyen
ini.

  (3) Tanah yang telah menjadi tertanggung untuk penyitaan di bawah
seksyen ini kerana pelanggaran mana-mana syarat hendaklah terhenti dari
tertanggung sedemikian jika-

       a)   pelanggaran itu diremedikan kemudiannya, atau

       b) dalam hal satu syarat yang tertakluk kepada suatu tempuh tetap,
          tiada apa jua tindakan telah diambil mengenai pelanggaran di
          bawah seksyen 128 atau 129 sebelum tamatnya tempuh duabelas
          tahun bennula dan tarikh bilamana pelanggaran itu berbangkit.




                                  5031
Statut Lain Yang Berkaitan




    (4) Untuk maksud-maksud seksyen ini, dan seksyen 128 dan 129, tiap-tiap
  pelanggaran syarat hendaklah dianggap sebagai boleh diremedikan; dan
  tindakan yang dikehendaki untuk meremedikan apa-apa pelanggaran
  hendaklab diertikan sebagai terdiri dari-

               a)   dalam hal satu syarat positif, pelaksanaan tiap-tiap perbuatan
                    atau sesuatu, yang ketinggalan untuk membuatnya merupakan
                    atau menjadi sebahagian daripada pelanggaran itu;

               b) dalam hal satu syarat negatif, pelaksanaan semua perbuatan atau
                  sesuatu yang sedemikian atau sebagaimana yang perlu untuk
                  meletakkan tanah itu dalam keadaan di mana ianya akan berada
                  jika pelanggaran itu tidak berlaku.

128.         Tindakan ringkas untuk menetapkan remedi pelanggaran syarat.

       (1)     Jika-

               a) mana-mana tanah berimilik adalah dikenakan penyitaan kepada
                  Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 127 kerana pelanggaran
                  syarat, dan

               b) pada pendapat Pentadbir Tanah pelanggaran itu boleh
                  diremedikan oleh tuanpunya dalam satu tempuh yang munasabah,

         Pentadbir Tanah hendaklah menyampaikan, atau melantar supaya
  disampaikan kepada tuanpunya satu notis atas Borang 7A yang menetapkan
  tindakan yang dikehendaki untuk meremedikan pelanggaran itu, dan
  memintanya supaya mengambil tindakan sedemikian dalam masa yang
  ditetapkan di dalamnya.

    (2) Apabila disampaikan apa-apa notis di bawah seksyen kecil (1), Pentadbir
  Tanah hendaklah mencatiterakan, atau melantar supaya dicatiterakan, di
  atas dokumen hakdaftaran kepada tanah dalam persoalan itu satu notanda
  yang menyatakan bahawa itu adalah tertakluk kepada tindakan kerana
  pelanggaran syarat.

    (3) Penyampaian apa-apa notis di bawah seksyen kecil (1) hendaklah
  dijadikan sebagai satu kemaafan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan syarat
  segala kehendak-kehendak betul-betul dipatuh, mengenai hak penyitaan yang
  sedia ada oleh sebab pelanggaran yang ianya berkaitan; dan –

               a)   jika notis itu dipatuh, notanda yang dicatiterakan di bawah
                    seksyen kecil

                       (2) hendaklah dibatalkan menurutnya;

               b)   jika notis itu tidak dipatum, Pentadbir Tanah hendaklah
                    mengambil tindakan menurut peruntukan seksyen 129.

129.    Tindakan untuk menguatkuasakan penyitaan kerana pelanggaran
syarat.




                                           5032
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




  (1) Pentadbir Tanah hendaklah mengambfl tindakan di bawah seksyen ini
bila-bila jua mana-mana tanah berimilik boleh dikenakan penyitaan di bawah
seksyen 127 kerana pelanggaran syarat dan-

       a)   ia berpendapat bahawa pengambilan tindakan di bawah seksyen
            128 tidak akan berpatutan, atau

       b)   tuanpunya tanah itu gagal, mematuhi mana-mana notis yang
            disampaikan kepadanya di bawah seksyen itu.

  (2) Dalam mana-mana keadaan yang tersebut di atas, Pentadbir Tanah
hendaklah -

       a)   melantar supaya disampaikan satu notis atas Borang 7B, kepada
            tuanpunya tanah itu, dan

       b)   melantar supaya disampaikan satu salinan notis itu, yang
            kepadanya hendaklah dilampirkan notis tambahan yang
            diterakan dalam tambahan kepada Borang itu, kepada orang dan
            badan yang serupa seperti orang dan badan yang mana notis
            mengenai cukaisewa adalah dikehendaki untuk disampaikan oleh
            seksyen kecil (1) seksyen 98.

  (3) Apabila, mana-mana notis disampaikan di bawah seksyen kecil (2),
Pentadbir Tanah hendakiah mencatiterakan (melainkan satu notanda
sedemikian telah sedia dicatiterakan di bawah seksyen 128), atau melantar
supaya dicatiterakan di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah dalam
persoalan itu satu notanda yang menyatakan bahawa tanah itu adalah
tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat.

  (4) Apabila tiba tarikh dan pada masa dan tempatnya, sebagaimana yang
ditetapkan dalam mana-mana notis sedemikian, Pentadbir Tanah hendaklah
mengadakan satu urutan menurut peruntukan-peruntukan Akta ini, dan,
apabila tamatnya, siasatan itu -

       a)   jika pada pendapatnya bahawa pelanggaran itu telah
            diremedikan, maka ia hendaklah mengisytiharkan dengan
            perintah, dan hendaklah membatal am melantar supaya
            dibatalkan apa-apa notanda yang dicatiterakan di bawah seksyen
            ini atau seksyen 128;

       b)   jika pada pendapatnya hanya tempoh itu (atau jika satu notis di
            bawah seksyen 128 telah sedia disampaikan mengenai
            pelanggaran itu, satu tempoh lanjutan) patut dibenarkan untuk
            meremedikan pelanggaran itu, maka la hendaklah membuat satu
            perintah yang menetapkan tindakan yang hendak diambil untuk
            maksud itu, dan tempoh dalam mana tindakan itu hendak
            diambil;

       c)   dalam hal yang lain, akan mengambil pemilikan sementara tanah
            itu sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri
            atau tanpa arahan tersebut, membuat suatu perintah
            mengisytiharkan tanah itu dirampas menjadi hak Pihak
            Berkuasa Negeri.




                                  5033
Statut Lain Yang Berkaitan




    (5) Pembuatan satu perintah di bawah perenggan (b) seksyen kecil (4)
  hendaklkmenjadi satu kemaafan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan syarat
  segala kehendak-kehendaknya betul-betul dipatuhi, mengenai hak menyita
  yang sedia ada oleh sebab pelanggaran yang perintah itu berkaitan; dan -

          a)   jika perintah itu dipatuhi, apa-apa notanda yang dicatiterakan di
               bawah seksyen ini atau seksyen 128 hendaklah dibatalkan
               menurutnya;

          b)   jika perintah itu tidak dipatuhi, Pentadbir Tanah boleh, pada
               tamat tempuh yang dinyatakan di dalamnya, mengambil
               pemilikan sementara tanah itu sebagaimana yang diarahkan oleh
               Pihak Berkuasa Negeri atau tanpa arahan tersebut, membuat
               suatu arahan mengisytiharkan tanah itu dirampas menjadi hak
               Pihak Berkuasa Negeri.

   (6) Jika pemilikan sementara diambil oleh Pentadbir Tanah di bawah
  perenggan (c) seksyen kecil (4) atau perenggan (b) seksyen kecil (5),
  peruntukan-peruntukan berikut hendaklah terpakai -

          a)   Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana orang atau badan yang
               dilantik  olehnya   hendaklah    mempunyai     kuasa   untuk
               memperbetulkan pelanggaran atas perbelanjaan Pihak Berkuasa
               Negeri atau perbelanjaan sendiri orang atau badan itu dengan
               apa-apa cara atau bentuk yang difikirkan sesuai oleh Pihak
               Berkuasa Negeri;

          b)   apabila selesai urusan remedi atau dalam tempuh tertentu
               sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri fikirkan sesuai setelah
               melaksanakan remedi tersebut, pemilikan akan dikembalikan
               kepada tuanpunya dengan keperluan bahawa tanah itu
               diselenggara dalam keadaan yang memuaskan memandangkan
               remedi itu dan bahawa Pihak Berkuasa Negeri, orang atau badan
               berkenaan akan dibayar balik semua atau sebahagian dari
               perbelanjaan yang telah dilakukan dalam melaksanakan remedi
               itu sama ada dengan sekali gus atau secara ansuran; dan

          c)   jika mana-mana keperluan di bawah perenggan (b) didapati tidak
               dipatuhi. Pentadbir Tanah akan melapurkan kepada Pihak
               Berkuasa Negeri, dan jik.-a Pihak Berkuasa Negeri berpuashati
               bahawa tanah itu tidak diselenggara sepert yang dikehendaki,
               maka ia akan membuat suatu perintah mengisytiharkan tanah
               itu dirampas menjadi hak Pihak Berkuasa Negeri.



                       BAHAGIAN LAPAN - PENYITAAN

130. Penyitaan hendaklah mula berkuatkuasa apabila pemberitahuan dibuat
dalam Warta.

   (1) Dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat suatu perintah di
  bawah seksyen 100 atau 129 mengenai mana-mana tanah (iaitu, suatu
  perintah yang mengisytihartanah itu tersita kepada Pihak Berkuasa Negeri




                                     5034
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




  kerana ketiadaan bayaran cukaisewa atau pelanggaran mana-mana syarat),
  Pentadbir Tanah hendaklah menyiarkan di dalam Warta satu pemberitahuan
  mengenai penyitaan atas Borang 8A; dan setelah disiarkan sedemikian,
  penyitaan itu hendaklah mula berkuatkuasa sepertimana yang disebutkan
  dalam seksyen 131.

   (2)     Salinan mana-mana pemberitahuan yang disiarkan di bawah seksyen
           kecil (1) hendaklah disiarkan menurut peruntukan-peruntukan
           seksyen 433, dan Pentadbir Tanah hendaklah, dengan seberapa
           segera yang boleh selepas pemberitahuan itu disiarkan, mendaftar
           atau melantar supaya didaftarkan satu ingatan mengenainya di atas
           dokumen hakmilik daftaran tanah dalam persoalan itu.



131.     Kesan perampasan.

    Apabila mula berkuatkuasa apa-apa penyitaan mengenai mana-mana tanah
  di bawah .Akta ini –

          a)   tanah itu hendaklah kembali dan terletakhak kepada, Pihak
               Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan, dibebas dan dilepaskan
               dari semua hakmilik dan kepentingan yang sedia ada atau yang
               boleh timbul sejurus sebelum penyitaan itu mula berkuatkuasa;

          b)   hendaklah juga tertelakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri,
               setakatmana yang ditetapkan dalam seksyen 47 dan tanpa
               bayaran pampasan, apa-apa bangunan yang ketika itu wujud di
               atas tanah itu; dan

          c)   apa-apa butiran hasil tanah yang pada ketika itu terhutang
               kepada Pihak Berkuasa Negeri mengenai tanah itu hendaklah
               dihapuskan.

132. Tanah tidak boleh diberimilik semula dll., dalam tempoh rayuan
     membantah penyitaan.

    (1) Jika mana-mana tanah kembali kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh
  sebab bermulanya kuatkuasa mana-mana penyitaan di bawah Akta ini, Pihak
  Berkuasa Negeri, tertakluk kepada seksyen kecil (2), janganlah hendaknya
  memberimilik semula atau sebaliknya melupuskannya pada bila-bila masa
  sebelum-

          a) tamatnya tempoh tiga bulan bilamana (di bawah seksyen 418) satu
             rayuan dibentangkan di hadapan Mahkamah membantah perintah
             Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100 atau 129, mengikut mana-
             mana yang sesuai; atau

          b) jika satu rayuan sedemikian dibuat dalam tempoh itu, penentuan
              rayuan itu dan apa-apa pembicaraan yang berbangkit, darinya
              kemudiannya.

   (2)    Peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) -




                                      5035
Statut Lain Yang Berkaitan




          a)    hendaknya tidak menyentuh kuasa Pihak Berkuasa Negeri di
                bawah seksyen kecil (2) seksyen 133 untuk membatalkan
                penyitaan pada bila-bila masa atas rayuan selaku itu oleh orang
                atau badan yarig menjadi tuanpunya tanah itu sejurus sebelum
                penyitaan itu mula berkuatkuasa; dan

          b)    janganlah handaknya menghalang Pihak Berkuasa Negeri dari
                memberimilik semula tanah itu kepada orang atau badan itu
                pada bila-bila masa sepertimana yang disebut di dalam seksyen
                kecil (3) seksyen 133.

    (3) Asalkan peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) terpakai kepada
  mana-inana tanah, tiada dokumen cabutan hakniihk padanya yang mungkin
  telah diserahkan kepada, atau sebaliknya diperolehi oleh Pentadbir Tanah
  boleh dimusnahkan.

133.   Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk membatalkan penyitaan, atau
memberimilik semula kepada tuanpunya terdahulu dengan syarat-syarat baru
dll.

    (1) Mana-mana orang atau badan yang menjadi tuanpunya mana-mana
  tanah berimilik sejurus sebelum penyitaannya di bawah Akta ini bolehlah
  pada bila-bila masa memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk
  mendapatkan pembatalan penyitaan itu.

    (2) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah atas budibicara mutlaknya menolak
  atau membenarkan apa-apa rayuan di bawah seksyen itu, dan jika ia
  membenarkan rayuan itu, bolehlah berbuat demikian dengan syarat sepia
  bayaran telah dibuat oleh perayu -

          a)   jika penyitaan itu adalah kerana ketiadaan bayaran cukaisewa,
               apa-apa denda sedemikian, tidak melebihi enam kali jumlah yang
               ianya dikehendaki membayar oleh notis tuntutan yang
               disampaikan kepadanya di bawah seksyen 97, sepertimana yang
               difikirkan oleh Pihak Berkuasa Negeri patut dikenakan.

          b)   jika penyitaan itu adalah untuk pelanggaran mana-mana syarat,
               apa-apa jumlah wang yang Pihak Berkuasa Negeri boleh
               menentukan mengenai perbelanjaan yang disebabkan oleh
               penyitaan itu.

   (3) Penolakan mana-mana rayuan di bawah seksyen ini janganlah
  hendaknya dianggap sebagai menyentuh kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk
  memberimilik semula tanah itu kepada tuanpunya terdahulu pada bila-bila
  masa, dan, untuk maksud apa-apa pemberimilikan semula sedemikian, Pihak
  Berkuasa Negeri hendaklah, pada masa ia memberi kelulusan itu,
  menentukan semula, sepertimana yang difikirkannya patut, berbagai perkara
  yang ditetapkan dalam seksyen kecil (2) seksyen 79.



134.   Rayuan membantah penyitaan.




                                     5036
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




    (1) Sahnya mana-mana penyitaan di bawah Akta ini tidak boleh
  dipersoalkan dalmn mana-mana mahkamah kecuali dengn cara, atau dalam
  pembicaraan terkemudian ke atas satu rayuan di bawah seksyen 418 yang
  membantah perintah Pentadbir Tanah bawah seksyen 100 atau 129, mengikut
  mana-mana yang sesuai; dan walau apa juapun yang terdapat dalam mana-
  mana undang-undang bertulis lain, tiada apa rayuan boleh dimulakan selepas
  tamatnya tempoh tiga bulan yang dibenarkan untuk membawanya oleh
  seksyen 418 tersebut.

   (2) Tiada apa jua perintah oleh Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100 atau
  129 diketepikan oleh mana-mana imahkamah kecuali atas alasan ianya dibuat
  berlawan dengan peruntukan Akta ini, atau adanya kegagalan pada pihak
  Pentadbir Tanah untuk mamatuhi kehendak-kehendak mana-mana
  peruntukan sedemikian; dan tiada perintah sedemikian boleh diketepikan
  hanya oleh sebab apa-apa salahaturan dalam bentuk atau penyampaian
  mana-mana notis di bawah Bab 2 Bahagian Enam atau, Bab 5 Bahagian
  Tujuh, mengikut mana-mana yang sesuai, melainkan, pada pendapat
  mahkarnah, salah aturan itu adalah suatu salah aturan yang penting.

    (3) Dalam apa-apa rayuan sedemikian atau pembicaraan-pembicaraan lain
  seperti disebutkan dalam seksyen kecil (I), maka hendaklah dianggap
  sehingga yang sebaliknya dibuktikan bahawa semua notis yang dikehendaki
  disampaikan di bawah Bab 2 Bahagian Enam atau Bab 5 Bahagian Tujuh,
  mengikut mana-mana yang sesuai, disampai dengan sempurna dan menurut
  peraturan.

    (4) Peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) janganlah hendaknya
  menyentuh mana-mana orang atau badan untuk mengambil satu tindakan
  kerosakan terhadap pihak Berkuasa Negeri, atau (tertakluk kepada
  peruntukan-peruntukan seksyen 22) terhadap mana-mana pegawai yang
  dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, mengenai apa-apa, perbuatan atau
  benda yang dilakukan dengan salahnya, atau diperintah supaya dilakukan ,
  atau ditinggal dari dilakukan, berhubungan dengan apa-apa penyitaan di
  bawah Akta ini.



       BAHAGIAN SEMBILAN-PECAH SEMPADAN, PECAH-BAHAGIAN DAN
                            PENYATUAN

                               Bab 1 -Pecah.Sempadan Tanah

135.    Kuasa tuanpunya untuk memecah sempadan dengan kelulusan dari
       Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah.

    (1) Tuanpunya mana-mana tanah berimilik yang dipegang di bawah
  hakmilik Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah atau hakmilik sementara
  sambungan hakmilik muktamad boleh, dengan kelulusan di bawah Bab ini
  dari Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, seperti yang diperuntukkan oleh
  seksyen kecil (2), memecah sempadan tanah itu kepada dua bahagian atau
  lebih (dalam Bab ini disebut sebagai “bahagian pecah sempadan”) untuk
  dipegang olehnya di bawah hakmilik berasingan.




                                      5037
Statut Lain Yang Berkaitan




   (2) Dalam ketiadaan apa-apa arahan yang berlawanan oleh Pihak Berkuasa
  Negeri, kelulusan yang dikehendaki oleh seksyen kecil (1) hendaklah diberi -

          (a)   oleh Pengarah Negeri dalam hal tanah yang dipegang di bawah
                hak-milik Pejabat Pendaftaran, dan

          (b)   oleh Pentadbir Tanah dalam hal tanah yang dipegang di bawah
                hakmilik Pejabat Tanah.




136. Syarat untuk kelulusan pecah-sempadan.

    (1) Tiada apa jua pecah sempadan boleh diluluskan oleh Pengarah Negeri
  atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang sesuai, melainkan syarat-
  syarat berikut dipenuhi-

          (a)   bahawa pecah-sempadan itu tidak akan melanggar apa-apa
                sekatan kepentingan yang tanah itu pada masa itu tertakluk;

          (b)   bahawa pecah-sempadan itu tidak akan berlawanan dengan
                peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa
                itu berkuatkuasa, dan bahawa apa-apa kehendak yang dikenakan
                mengenainya oleh atau di bawah apa-apa undang-undang
                sedemikian telah dipatuhi;

          (c)   tanpa menyentuh keluasan makna perenggan (b) -

                (i)    bahawa apa-apa kelulusan perlu dari mana.mana pihak
                       berkuasa perancangan telah diperolehi, dan

                (ii)   bahawa pecah sempadan itu tidak akan berlawanan dengan
                       apa-apa rancangan yang diluluskan oleb Pihak Berkuasa
                       Negeri untuk pembangunan kawasan di mana tanah itu
                       terletak, atau kepada apa-apa keputusan mana-mana pihak
                       berkuasa perancangan bagi kawasan itu, dan

                (iii) jika hal itu termasuk dalam mana-mana arahan selakunya
                      yang diberi oleb Pihak Berkuasa Negeri, babawa pecah
                      sempadan itu mempunyai keizinan mana-mana badan atau
                      pihak berkuasa yang ditentukan dalam, atau dilantik oleh
                      arahan itu;

          (d)   bahawa tiada butiran hasil tanah masih terhutang mengenai
                tanah itu;

          (e)   bahawa tiap-tiap orang, atau badan yang, pada ketika kelulusan
                itu dipohon, berhak kepada kepentingan -

                (i) cagaran tanah itu,




                                         5038
Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa




             (ii) pajakan seluruh atau mana-mana bahagian darinya, selain
                  dari satu bahagian yang bersamaan betul dengan salah satu
                  babagian pecah sempadan yang dicadangkan,

             (iii) cagaran pajakan sedemikian, atau

             (iv) lien ke atas tanah atau apa.apa pajakan sedemikian, telah
                  memberi keizinan secara bertulis tentang pembuatan
                  permohonan itu,

       (f)   bahawa kawasan mana-mana bahagian pecah-sempadan -

             (i) dalam hal tanah yang tertakluk kepada jenis “pertanian”,
                 atau kepada apa-apa syarat yang menghendaki kegunaannya
                 untuk satu maksud pertanian, tidaklah kurang dari dua
                 perlima hectare, dan

             (ii) dalam apa-apa hallain, tidaklah kurang dari kawasan
                  minimum yang patut untuk tanah dari kelas atau jenis dalam
                  persoalan, seperti yang ditentukan untuk maksud perenggan
                  kecil ini oleh Pihak berkuasa perancangan untuk kawasan di
                  mana tanah itu terletak atau (jika tiada pihak berkuasa
                  sedemikian) oleh Pihak Berkuasa Negeri;

       (g)   bahawa bentuk tiap-tiap bahagian pecah-sempadan, pada
             pendapatnya, adalah sesuai untuk maksud ianya diniatkan untuk
             digunakan;

       (h)   bahawa, kecuali dalam hal mana-mana bahagian pecah.sempadan
             di mana ada jalan masuk keluar kepadanya, satu cara masuk
             keluar yang memuaskan boleh didapati dari tiap-tiap bahagian
             sedemikian samaada kepada sebatang jalan, sungai, sebahagian
             tepi-pantai atau sebuah perhentian keretapi, atau kepada satu
             tempat di tanah itu dari mana cara masuk keluar sedemikian
             boleh didapati atau boleh diperolehi dengan permohonan kepada
             Pentadbir Tanah di bawah Bahagian Dua Puluh lapan.

  (2) Kehendak-kehendak perenggan (h) seksyen kecil (1) hendaklah dianggap
sebagai memuaskan mengenai apa-apa bahagian pecah-sempadan jika, tetapi
hanya jika -

       (a) dalam hal tanah yang terletak dalam mana-mana kawasan yang
           ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk maksud seksyen
           kecil ini, atau mana-mana klas atau jenis tanah dalam kawasan
           itu ditentukan dalam penetapan itu, tuanpunya telah bersetuju
           dalam permohonannya.-

             (i) bahawa ia akan menyediakan cara masuk keluar perlu
                 dengan membuat sebatang jalan mengikut taraf yang
                 ditentukan dalam penetapan itu ;

             (ii) bahawa tanah yang diliputi oleh jalan itu hendaklah, dari
                  mulanya pengeluaran hakmilik itu hingga bahagian pecah-




                                   5039
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan
Bab 05 statut lain yang berkaitan

Contenu connexe

En vedette

PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...DevGAMM Conference
 

En vedette (20)

Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
 

Bab 05 statut lain yang berkaitan

  • 1. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa BAB 5 : STATUT LAIN YANG BERKAITAN KANDUNGAN 5.0 PENGENALAN 5003 5.1 KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56) 5004 5.1.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5004 5.1.2 SEKSYEN BERKAITAN 5012 5.2 AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 (AKTA 486) 5046 5.2.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5046 5.2.2 SEKSYEN BERKAITAN 5051 5.3 AKTA HAKMILIK STRATA 1985 (AKTA 318) 5062 5.3.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5062 5.3.2 SEKSYEN BERKAITAN 5064 5.4 AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) 5079 5.4.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 5079 5.4.2 SEKSYEN BERKAITAN 5080 5.5 AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990 (AKTA 446) 5096 5.5.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5096 5.5.2 SEKSYEN BERKAITAN 5098 5.6 AKTA PEMULIHARAAN TANAH 1960 (AKTA 385) 5102 5.6.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5103 5.6.2 SEKSYEN BERKAITAN 5104 5.7 AKTA PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN 1993 (AKTA 508) 5107 5.7.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5107 5.7.2 SEKSYEN BERKAITAN 5108 5.8 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 (AKTA 341) 5110 5.8.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5110 5.8.2 SEKSYEN BERKAITAN 5111 5001
  • 2. Statut Lain Yang Berkaitan 5.9 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990 (AKTA 423) 5116 5.9.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5116 5.9.2 SEKSYEN BERKAITAN 5117 5.10 AKTA PUSAT JAGAAN 1993 (AKTA 506) 5120 5.10.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5120 5.10.2 SEKSYEN BERKAITAN 5121 5.11 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171) 5124 5.11.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5125 5.11.2 SEKSYEN BERKAITAN 5126 5.12 AKTA BEKALAN LETRIK 1990 (AKTA 447) 5152 5.12.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5153 5.12.2 SEKSYEN BERKAITAN 5154 5.13 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LABUAN 1992 (AKTA 480) 5158 5.13.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5158 5.13.2 SEKSYEN BERKAITAN 5159 5.14 AKTA BENDA PURBA 1976 (AKTA 168) 5165 5.14.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. 5165 5.14.2 SEKSYEN BERKAITAN 5166 5002
  • 3. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa 5.0 PENGENALAN Dalam perundangan perancangan bandar, jururancang bukan sahaja merujuk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 tetapi juga merujuk kepada beberapa perundangan lain yang mempunyai implikasi keatas amalan perancangan, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Antara akta-akta terpenting yang berkaitan ialah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56), Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486), Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (Akta 385), Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508), Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423), Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Bekalan Letrik 1990 (Akta 447), Akta Lembaga Pembangunan Labuan 1992 (Akta 480) dan Akta Benda Purba 1976 (Akta 168). Bab ini mengandungi keterangan mengenai kaitan antara perancangan bandar dan desa dan petikan seksyen-seksyen yang berkaitan. 5003
  • 4. Statut Lain Yang Berkaitan 5.1 KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) merupakan satu akta yang terpenting serta mempunyai kuasa yang sangat luas dalam bidang pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Tujuan utama akta ini adalah untuk memastikan wujudnya keseragaman perundangan dan polisi yang berkaitan dengan pentadbiran tanah serta penggunaannya, yang antara lain termasuk hakmilik, urusniaga dan kutipan hasil pendapatan daripadanya. Setiap tanah akan diberikan satu hakmilik di mana ini merupakan satu bukti hakmilik tanah bagi seseorang individu, individu-individu atau satu syarikat. Sesiapa yang ingin memajukan tanahnya perlulah memastikan bahawa tanahnya itu adalah termasuk dalam kategori yang akan dimajukan tersebut. Jika tanah yang hendak dimajukan itu berada dalam kategori yang berbeza daripada jenis guna tanah yang dicadang akan dimajukan, pemilik tanah tersebut dikehendaki terlebih dahulu membuat permohonan menukar kategori guna tanahnya itu (tukar syarat) kepada kategori yang akan dimajukan. Terdapat tiga kategori guna tanah iaitu pertanian, bangunan dan perindustrian. Akan tetapi, apabila sesuatu tanah itu telah diberikan hakmilik, maka kategori tanah tersebut hanyalah kepada satu kegunaan tanah sahaja. Proses pemajuan tanah akan melibatkan beberapa tahap dan mengguna-pakai kaedah-kaedah tertentu seperti yang terkandung dalam Akta ini. Seksyen-seksyen tertentu yang berkaitan dengan proses dan amalan perancangan bandar dalam Akta ini telah dipetik dan dihuraikan didalam Bab ini untuk menjelaskan tentang tatacara menukar syarat, memecah bahagian, memecah sempadan dan menyatukan tanah. Antara seksyen yang berkaitan adalah seperti di bawah iaitu Seksyen 52, Seksyen 72, Seksyen 103-134, Seksyen 135-150 dan Seksyen 195- 204H: 5.1.1 Perkara-perkara yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. a. Sejarah Perkembangan Undang-Undang Tanah Undang-undang tanah yang dipakai di negara ini pada asalnya tidak seragam, manakala perkembangannya juga tidak mampu berjalan serentak. Terdapat undang-undang yang berbeza di semua 5 Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis), manakala 4 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (iaitu Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang) mempunyai satu undang-undang tanah 5004
  • 5. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa yang sama, iaitu Kanun Tanah 1926 yang mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1928 (biasa disebut sebagai Kanun Tanah 1928). Dalam masa yang sama, Melaka dan Pulau Pinang terus menggunakan undang-undang tanah Inggeris, iaitu mengikut sistem Deeds (suratikatan). Selain dari itu, undang-undang tanah berteraskan adat juga masih dipakai dan diiktiraf oleh mahkamah, manakala dalam hal-hal tertentu yang membabitkan orang Islam, seperti hal yang berkait dengan harta pesaka, wakaf, nazar, hibah dan sebagainya, undang-undang Islam juga terus terpakai. Dalam kes Tengku Jaafar & Anor v. The State of Pahang [1987] 2 MLJ 74, misalnya, Mahkamah Agong menjelaskan bahawa di Negeri Pahang, undang-undang tanah yang dipakai sebelum kedatangan penasihat Inggeris dan undang- undang berlandaskan sistem Torrens adalah hukum syarak berasaskan Mazhab Shafii. Undang-undang tanah berasaskan sistem Torrens diperkenalkan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat pada undang-undang dan amalan pentadbiran tanah yang sedia ada. Di peringkat awal, undang-undang tanah yang pertama kali diasaskan kepada sistem Torrens (iaitu General Land Regulations) telah diperkenalkan di Perak pada tahun 1887, diikuti oleh Selangor pada 1882, Negeri Sembilan pada 1887 dan Pahang pada 1888. Usaha ini kemudian disusuli oleh Registration of Titles Regulations di Selangor pada 1891, Perak dan Pahang pada 1897 dan Negeri Sembilan pada 1898. Selain itu, satu undang-undang tanah yang seragam, iaitu Land Enactment dikuatkuasakan di semua 4 negeri-negeri tersebut pada 1897. Akhirnya, pada 1911, dua undang-undang baru digubal dan dikuatkuasakan di kesemua 4 negeri ini secara serentak dan seragam, iaitu FMS Land Enactment 1911 dan FMS Registration of Titles Enactment 1911. Perkembangan seterusnya ialah enam tahun selepas terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1895, undang-undang tanah berasaskan sistem Torrens telah dapat dilaksanakan di semua 4 negeri tersebut. Enakmen ini akhirnya digantikan dengan FMS Land Code 1926, yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1928. Di bawah Enakmen ini, prinsip hakmilik yang tidak boleh 5005
  • 6. Statut Lain Yang Berkaitan disangkal (indefeasibility of title) diperjelaskan, pemilikan tanah secara melalui menduduki secara haram oleh setinggan (adverse possession) tidak lagi boleh dilakukan, manakala sistem pemegangan tanah berasaskan Adat Perpatih terus diiktiraf. b. Ke Arah Penggubalan Kanun Tanah Negara Menjelang merdeka pada 31 Ogos 1957, Malaysia (ketika itu Persekutuan Tanah Melayu) mempunyai undang-undang tanah yang berbeza seperi berikut - (a) Satu Kanun Tanah yang seragam bagi 4 Negeri- Negeri Melayu Bersekutu; (b) 5 undang-undang tanah yang berbeza di Negeri- Negeri Melayu yang lain; dan (c) sistem Deeds yang digunapakai di Pulau Pinang dan Melaka. Kedudukan undang-undang yang berbeza-beza ini menimbulkan berbagai-bagai kesulitan. Oleh itu, usaha telah dijalankan untuk menggubal satu undang-undang tanah negara yang seragam, dan yang boleh dipakai bagi semua negeri setelah negara merdeka. Untuk maksud ini, International Bank of Reconstruction and Development (IBRD) telah membentuk satu Jawatankuasa Kerja (Task Force), yang diketuai oleh Sir Louis Chick, untuk mengkaji secara mendalam undang-undang tanah negara ini bagi maksud memperbaharui dan memperbaikinya supaya sesuai dengan kehendak semasa. Dalam laporannya yang dikemukakan pada 1955, badan petugas ini membuat cadangan agar kerajaan baru yang ditubuhkan nanti bertindak segera menggubal satu kanun tanah yang seragam bagi seluruh negara. Berikutnya, satu Suruhanjaya Pakar (Commission of Experts) ditubuhkan untuk mengkaji laporan dan perakuan badan petugas di bawah Sir Louis Chick itu. Setelah mengkaji dokumen tersebut dan mengenal pasti segala kelemahan yang terdapat dalam undang-undang yang sedia ada, Suruhanjaya berkenaan segera menggubal satu rang undang- undang baru yang kemudian diluluskan oleh Parlimen dengan nama Kanun Tanah Negara 1965, berasaskan Kanun Tanah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang sedia ada. 5006
  • 7. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa Sementara itu, satu lagi undang-undang diluluskan bagi maksud memansuhkan sistem Deeds di dua negeri itu dan menggantikannya dengan sistem Torrens. Akta itu, National Land Code (Penang & Malacca Titles) Act 1963, yang kemudian dipinda oleh National Land Code (Penang & Malacca Titles) (Amendment) Act 1965, dikuatkuasakan serentak dengan Kanun Tanah Negara 1965 pada 1 Januari 1966. Akibatnya, mulai tarikh itu, sistem Torrens dilaksanakan seragam di seluruh Semenanjung Malaysia. c. Ciri-Ciri Utama Sistem Torrens Di bawah sistem Torrens, semua urusan berhubung dengan tanah perlu didaftar di Pejabat Tanah sama ada di pejabat tanah daerah atau pejabat tanah negeri. Proses pemberianmilik tanah oleh Pihak berkuasa Negeri kepada rakyat perlu didaftar. Urusan pindahmilik dari satu pemilik tanah kepada pihak lain juga perlu didaftar. Urusniaga lain, seperti gadaian dan pajakan, juga perlu didaftar. Untuk maksud itu, borang-borang tertentu disediakan dan borang-borang ini mestilah digunakan bagi segala urusan yang hendak didaftarkan di pejabat tanah berkenaan. Apabila pemberian milik itu telah selesai didaftarkan, atau satu urusniaga itu telah sempurna didaftarkan seperti yang dikehendaki oleh undang- undang, hakmilik atau kepentingan pihak-pihak berkenaan ke atas tanah itu adalah dijamin dan tidak boleh disangkal atau dipertikaikan oleh mana- mana pihak lain, kecuali ada sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan secara terperinci dalam Kanun Tanah Negara. Dalam pada itu, walaupun hakmilik atau kepentingan seseorang itu dijamin di bawah undang-undang, andainya pemilik tanah itu melakukan apa-apa pelanggaran syarat nyata (seperti yang disebutkan dalam suratan hakmilik) atau melanggar mana-mana syarat tersirat (seperti yang disebutkan dalam Kanun Tanah Negara), tanah itu boleh dirampas oleh Pihak berkuasa Negeri. Selain itu, di bawah sistem Torrens yang diperkenalkan di bawah Kanun Tanah Negara ini, 5007
  • 8. Statut Lain Yang Berkaitan terdapat juga satu sistem kaveat. Terdapat 4 jenis kaveat yang boleh dimasukkan oleh seseorang ke atas hakmilik tanah orang lain. Akhir sekali, seperti halnya dengan undang-undang tanah di zaman silam, di bawah sistem Torrens ini, undang-undang berteraskan adat dan Hukum Syarak masih terus juga diiktiraf dalam hal-hal tertentu. Dengan perkataan lain, sistem Torrens bukanlah satu sistem pentadbiran tanah yang tertutup atau eksklusif. d. Peruntukan Utama Di Bawah Kanun Tanah Negara. Kanun Tanah Negara, yang dipakai hanya di Semenanjung Malaysia (Sarawak dan Sabah mempunyai Kanun Tanah yang tersendiri), terbahagi kepada 6 Bahagian (Divisions) dan mempunyai 14 Jadual. Memandangkan bahawa perkara "tanah" adalah dalam Senarai Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara ini diluluskan oleh Parlimen di bawah Perkara 76 (iaitu bagi maksud mewujudkan penyeragaman undang-undang di semua negeri) dan selepas itu, untuk Akta ini boleh terpakai di peringkat negeri, ia perlu dikuatkuasakan oleh negeri masing-masing. Dalam Bahagian I (Permulaan), terdapat peruntukan mengenai takrif istilah-istilah tertentu (seksyen 5), sistem pendaftaran tanah berkomputer (seksyen 5A dan 5B), kuasa pegawai-pegawai Persekutuan dan Negeri (seksyen 6 hingga 18), siastan (seksyen 23 hingga 39), kuasa Pihak berkuasa Negeri untuk membuat pelupusan (seksyen 40 hingga 50), klasifikasi dan kegunaan tanah (seksyen 51 hingga 56), akses ke atas dan kegunaan tanah berimilik (seksyen 57 hingga 61A). Dalam Bahagian II (Pelupusan tanah), terdapat peruntukan-peruntukan mengenai perizaban tanah (seksyen 62 hinga 64), pendudukan sementara (seksyen 65 hingga 69), pengeluaran batu-batuan (seksyen 70 hingga 75), permit menggunakan ruang udara (seksyen 75A hingga 75G), pelupusan tanah kerajaan menerusi pemberianmilik (seksyen 76 hingga 92) dan pelupusan tanah di bawah tanah (seksyen 92A hingga 92I). 5008
  • 9. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa Bahagian III selanjutnya menyatakan peruntukan- peruntukan yang lebih terperinci mengenai tanah berimilik, antaranya, kewajipan membayar cukai tahunan (seksyen 93 hingga 102), syarat-syarat nyata, syarat-syarat tersirat dan sekatan kepentingan yang dikenakan pada tanah (seksyen 103 hingga 123), kuasa Pihak berkuasa Negeri untuk menukar syarat pada tanah (seksyen 124 dan 124A), penguatkuasaan dan rampasan kerana pelanggaran syarat (seksyen 125 hingga 134), pecah sempadan, belah-bahagi dan penyatuan (seksyen 135 hingga 157B), penyediaan dan penyelenggaraan daftar (seksyen 158 hingga 188), penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (seksyen 189 hingga 194), serahbalik tanah dan kurnia semula (seksyen 195 hingga 204H). Dalam Bahagian IV, terdapat peruntukan mengenai urusniaga (dealings) iaitu pindahmilik (seksyen 214 hingga 220), pajakan dan sewaan (seksyen 221 hingga 240), gadaian dan lien (seksyen 241 hingga 281), ismen (seksyen 282 hingga 291), prosedur berhubung pendaftaran urusniaga (seksyen 292 hingga 318), dan sekatan terhadap urusniaga, iaitu kaveat dan perintah larangan (seksyen 319 hingga 339). Dalam Bahagian V pula, terdapat peruntukan am dan tambahan mengenai tanah berimilik, iaitu hakmilik yang tidak boleh disangkal (seksyen 340 dan 341), hakmilik tanah bersama dan amanah (seksyen 342 hingga 345), transmisi apabila berlaku kematian dan kebankrapan (seksyen 346 hingga 350), dan pengembalian tanah kepada Pihak berkuasa Negeri (seksyen 351 dan 352). Dalam Bahagian VI, iaitu bahagian terakhir, memuatkan beberapa peruntukan am misalnya mengenai membuat carian (seksyen 384 hingga 486), hak laluan Pentadbir Tanah (seksyen 387 hingga 395), pendaftaran perletakan hak statutori (seksyen 414 hingga 416E), bidangkuasa mahkamah (seksyen 417 hingga 421A), kuasa menjalankan tangkapan dan penyitaan (seksyen 422 hingga 429E), penyampaian notis (seksyen 430 hingga 433), dan sekatan kepada bukan warganegara memiliki tanah (seksyen 433A hingga 433E). 5009
  • 10. Statut Lain Yang Berkaitan e. Peruntukan-peruntukan Yang Berkaitan Dengan Perancangan Bandar Dari huraian ringkas di atas, nyata bahawa terdapat beberapa peruntukan tertentu dalam Kanun Tanah Negara 1965 yang ada kaitan langsung dengan perancangan dan pembangunan tanah, misalnya - (a) kategori penggunaan tanah, iaitu tanah pertanian, bangunan dan perindustrian (seksyen 52); (b) jenis suratan hakmilik tanah yang dikeluarkan, iaitu hakmilik tanah dalam Pejabat Pendaftar dan hakmilik tanah dalam Pejabat Tanah (seksyen 77); (c) syarat-syarat nyata, syarat-syarat tersirat dan sekatan kepentingan, tukar syarat, pelanggaran syarat dan natijah yang berbangkit darinya (seksyen 103 hingga 134); (d) belah-bahagi, pecah sempadan dan penyatuan tanah (seksyen 135 hingga 150); dan (e) serahbalik tanah dan kurnia semula (seksyen 195 hingga 204H). Di bawah seksyen 52, tanah yang diberimilik oleh Pihak berkuasa Negeri terbahagi kepada tiga kategori, iaitu tanah pertanian, tanah bangunan dan tanah perindustrian. Apabila suratan hakmilik dikeluarkan, syarat-syarat nyata dan sekatan kepentingan (jika ada) akan dikenakan sebagaimana yang ditentukan mengikut budibicara Pihak berkuasa Negeri. Di bawah seksyen 108, andainya suatu tanah itu tertakluk kepada mana-mana undang-undang kecil yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancang tempatan atau dikenakan apa-apa syarat olehnya, dan tanah itu kemudian dikenakan apa-apa syarat di bawah Kanun Tanah Negara yang bertentangan dengan apa yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancang tempatan itu, syarat yang dikenakan di bawah Kanun Tanah Negara itu hendaklah terpakai dan undang-undang kecil atau sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah, setakatmana ia bertentangan, terhenti dari dipakai kepada tanah 5010
  • 11. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa itu. Selain dari itu, syarat-syarat tersirat tertentu juga dikenakan bagi tanah pertanian (di bawah seksyen 115), bagi tanah bangunan (seksyen 116) dan bagi tanah perindustrian (seksyen 117). Sekiranya pemilik tanah berhasrat untuk mengubah syarat yang dikenakan pada tanahnya, misalnya mengubah syarat kegunaan tanah dari pertanian kepada bangunan (untuk maksud pembinaan rumah dan sebagainya), permohonan untuk maksud tersebut bolehlah dibuat dibawah seksyen 124 atau seksyen 124A. Selain dari memohon tukar syarat dari suatu kategori kegunaan tanah kepada kategori yang lain, pemilik tanah juga boleh memohon supaya tanahnya dibelah bahagi (sub-division of lands) di bawah seksyen 135 hingga 139), memohon pecah sempadan (partition of lands) di bawah seksyen 140 hingga 145) atau memohon untuk menyatukan beberapa bidang atau lot tanah yang bersempadan (amalgamation of lands) di bawah seksyen 146 hingga 150. Kanun Tanah Negara juga mengandungi peruntukan yang terperinci mengenai prosedur serahbalik tanah berimilik (kepada Pihak berkuasa Negeri) bagi maksud mendapatkan kurnia semula. Seksyen 195 memberi kuasa kepada pemilik tanah untuk berbuat demikian, seksyen 196 menyatakan syarat-syaratnya, manakala seksyen 197 hingga 202 menggariskan prosedurnya dan selebihnya seksyen 203 hingga 204H menjelaskan proses kurnia semula. Walaupun Kanun Tanah Negara 1965 diluluskan bagi meningkatkan penyeragaman undang-undang dan prosedur berhubung dengan pentadbiran tanah di seluruh Semenanjung, amalan masa kini di beberapa negeri masih menunjukkan terdapatnya perbezaan prosedur terperinci dan masa untuk mendapatkan kelulusan bagi urusan tukar syarat, serahbalik dan kurnia semula tanah di antara negeri-negeri. 5011
  • 12. Statut Lain Yang Berkaitan 5.1.2 Seksyen berkaitan BAHAGIAN TIGA – HAK DAN KUASA PIHAK BERKUASA NEGERI Penjenisan dan Penggunaan tanah 52. Jenis-jenis penggunaan tanah, dan pemakaiannya pada tanah-tanah Akta ini. (1) Bagi maksud-maksud Akta ini maka hendaklah ada tiga jenis penggunaan tanah yang dikenali masing-masingnya sebagai “pertanian”, “bangunan” dan “perindustrian’’, dan tertakluk kepada seksyen kecil (5), di mana-mana tanah diberimilik di bawah Akta ini – (a) maka hendaklah dicatiterakan di atas dokumen hakmiliknya mana-mana satu daripada jenis-jenis itu sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri – (i) telah menetapkan dengan pemberitahuan yang mempunyai kesan dalam hubungan dengannya di bawah seksyen kecil (2), atau (ii) dalam ketiadaan apa-apa pemberitahuan sedemikian itu, telah menentukan dalam hubungan dengannya menurut seksyen kecil (3); dan (b) syarat-syarat yang tanah itu tertakluk hendaklah dengan sewajarnya memasukkan – (i) apa-apa syarat nyata seperti yang telah dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri oleh sebab seksyen 121 atau 122, mengikut mana-mana yang sesuai, dan (ii) apa-apa tersirat sebagaimana yang boleh dipakai kepadanya oleh sebab seksyen 115, 116 atau 117. (1) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah dengan pemberitahuan dalam Warta menentukan mana-mana kawasan dalam Negeri dan menetapkan suatu jenis penggunaan tanah dalam hubungan dengannya bagi maksud-maksud seksyen ini; dan jenis itu hendaklah jenis yang dicatiterakan di bawah seksyen kecil (1) ketika pemberimilikan dibuat mengikut mana-mana kelulusan yang telah diberi selepas pemberitahuan, mengenai mana-mana tanah Kerajaan dalam kawasan itu yang belum lagi diberimilik pada masa yang lalu, telah disiarkan. (3) Kecuali dalam hal yang termasuk di bawah seksyen kecil (2), jenis penggunaan tanah yang hendak dicatiterakan menurut seksyen kecil (1) di atas dokumen hakmilik mana-mana tanah hendaklah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada masa bilamana tanah itu diluluskan untuk diberimilik. (4) Salinan-salinan mana-mana pemberitahuan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan menurut seksyen 433. 5012
  • 13. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa (5) Seksyen ini tidak boleh dipakai kepada mana-mana tanah yang diberimilik di bawah Akta ini menurut suatu kelulusan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri sebelum permulaannya; dan Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, ketika meluluskan pemberimilikan mana-mana tanah selepas permulaan itu, mengarahkan supaya tiada jenis penggunaan tanah dicatitkan di atas dokumen hakmilik mengenainya, jika ia berpuashati bahawa penggunaannya boleh dikawal dengan lebih patut dengan pengenaan syarat- syarat nyata di bawah seksyen 120. 72. Jangkamasa, syarat-syarat, dll. Dan bentuk permit (1) Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, tiap-tiap permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan hendaklah dikeluarkan untuk satu tempoh yang tamat tidak lewat daripada penghujung tahun kelendar yang ianya bermula, dan hendaklah terhenti manakala tamatnya tempuh itu walaupun jumlah banyaknya bahan batuan yang ditentukan di dalamnya belum lagi habis dikeluarkan, diambil dan diangkut pada masa itu. (2) Tiap-tiap permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan hendaklah mempunyai keran tertakluk kepada apa-apa peruntukan seperti yang terkandung di dalamnya dan, setakat mana yang tidak bercanggah dengannya, kepada apa-apa peruntukan lain yang mungkin ditetapkan. (3) Tiap-tiap permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan batuan hendaklah dibuat di atas Borang 4C. BAHAGIAN TUJUH - SYARAT DAN SEKATAN KEPENTINGAN 103. Tafsiran dan skop. (1) Dalam bahagian ini- "syarat" tidaklah termasuk apa-apa sekatan kepentinpn, atau apa-apa syarat samaada nyata atau tersirat data mana-mana pedanjian yang Pihak Berkuasa Negeri bukanlah satu pihak; “syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan" ertinya apa-apa syarat yang menghendaki tuanpunya mana-mana tanah untuk membuat, atau berhenti dari membuat, apa-apa perbuatan sepanjang tempoh bilamana tanah itu diberimilik, atau untuk selama mana tempuh itu belum tamat – (a) selepas tamatnya mana-mana tempoh tertentu yang ditetapkan dalam syarat itu, atau (b) selepas berlakunya apa-apa tarikh atau peristiwa tertentu sepertimana yang ditetapkan; 5013
  • 14. Statut Lain Yang Berkaitan “syarat tertakluk kepada satu tempoh tetap" ertinya apa-apa syarat yang menghendaki tuanpunya mana-mana tanah untuk membuat apa-apa perbuatan sebelum, atau berhenti dari membuat apa-apa perbuatan sehingga, tamatnya mana-mana tempoh tertentu, atau berlakunya apa-apa tarikh atau peristiwa tertentu, seperti yang ditetapkan data syarat itu. (2) Kecuali di mana kandungan ayat menghendaki sebaliknya, peruntukan bahagian ini hendaklah terpakai kepada syarat-syarat yang timbul di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu sepertimana ianya terpakai kepada syarat-syarat yang timbul di bawah Akta ini. 104. Syarat dan sekatan kepentingan hendaklah bersekali dengan tanah. Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan hendaklah bersekali dengan tanah yang ianya berkaitan dan hendaklah mengikat tuanpunya tanah pada masa itu dan tiap-tiap orang atau badan yang mempunyai kepentingan atau menuntut apa-apa kepentingan dalam tanah itu, walau bagaimana juapun ianya diperolehi. 105 . Lamanya syarat dan sekatan kepentingan. (1) Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini hendaklah, kecuali di mana ianya diperuntukkan sebaliknya oleh Akta ini atau kandungan ayat menghendaki sebaliknya, mula bersekali dari tarikh pemberimilikan tanah yang ianya berkaitan. (2) Tiap-tiap syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan, dan (melainkan ayat menghendaki sebahknya) tiap-tiap sekatan kepentingan, hendaklah terus berkuatkuasa sehingga perkembalian tanah yang ianya berkaitan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri; dan tiap-tiap syarat yang tertakluk kepada satu tempoh tetap hendaklah terus berkuatkuasa menurut maksudnya. 106. Masa hendaklah menjadi pati syarat-syarat tempoh tetap bersifat positif. (1) Masa hendaklah disifatkan sebagai pati tiap-tiap syarat tertakluk kepada satu tempoh tetap bilamana tuanpunya mana-mana tanah dikehendaki untuk melakukan apa-apa perbuatan. 5014
  • 15. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa 107. Pelanjutan masa untuk mematuhi syarat-syarat tempoh tetap bersifat positif (1) Dalam hal mana-mana syarat yang seksyen 106 adalah terpakai Pihak Berkuasa bolehlah membenarkan (sama ada sebelum atau selepas tamatnya tempuh, atau berlakunya tarikh atau peristiwa yang ditetapkan di dalamnya untuk melakukan perbuatan dalam persoalan) apa-apa tempuh tambahan untuk melakukan perbuatan itu sebagaimana yang difikirkan patut, dan syarat itu hendaklah pada ketika itu mempunyai kuatkuasa seolah-olah ianya menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam tempoh itu pada permulaannya. (2) Pelaksanaan kuasa yang diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh seksyen kecil (I) mengenai mana-mana syarat janganlah hendaknya, kecuali secara siratan perlu – (a) menyentuh pedalanan apa-apa syarat lain yang tanah dalam persoalan pada masa itu tertakluk, atau (b) diertikan sebagai satu kemaafan apa-apa pelanggaran mana-mana syarat lain yang sedemikian. (3) Suatu notanda mengenai apa-apa pelanjutan masa yang diberi di bawah seksyan kecil (1) berkaitan dengan mana-mana syarat hendaklah dicatiterakan di atas hakmilik daftaran kepada tanah yang disentuh oleh syarat itu. 108. Percanggahan dengan undang-undang kecil tempatan, dll. Jika mana-mana tanah yang terlibat dengan mana-mana undang- undang kecil atau sekatan yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancangan menjadi tertakluk oleh sebab Akta ini kepada mana-mana syarat yang berlawanan dengannya, maka syarat itulah yang terpakai dan undang-undang kecil atau sekatan itu hendaklah, setakat mana ianya berlawanan, terhenti dari dipakai kepada tanah itu. Ringkasan Syarat dan Sekatan Kepentingan yang Menyentuh Tanah Berimilik TANAH YANG DIBERIMILIK DI BAWAH AKTA INI 109. Syarat-syarat dll., yang boleh dipakai apabila diberi milik. (1) Seksyen ini dipakai kepada semua tanah yang diberimilik di bawah Akta ini selain dari tanah yang diluluskan untuk diberimilik sebelum bermulanya Akta ini. (2) Tanah yang seksyen ini terpakai hendaklah menjadi tertakluk, apabila diberimilik, kepada.syarat-syarat dan sekatan kepentingan berikut- 5015
  • 16. Statut Lain Yang Berkaitan (a) apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan jika ada) sepertimana tercatitera pada ketika itu dalam dokumen hakmiliknya (atau yang disebut di dalamnya) iaitu syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 120 hingga 122; dan (b) Syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen 114, oleh seksyen 115, 116 atau II 7 (menurut jenis penggunaan tanah yang tanah itu tertakluk) dan, di mana berkenaan, oleh seksyen II 8. TANAH YANG DIBERIMILIK SEBELUM PERMULAAN 110. Syarat-syarat dll, yang boleh dipakai sejak permulaan. Tanah yang diberimilik sebelum permulaan Akta ini hendaklah tertakluk sejak permulaan itu kepada syarat-syarat dan sekatan kepentingan berikut- (a) apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan (jika ada) sebagaimana, sejurus sebelum permulaan itu, tercatitera dalam dokumen hakmiliknya (atau, dalam hal satu sijil hakmilik, apa yang disebut di dalamnya). (b) data hal tanah yang seksyen 53 terpakai, syarat tersirat yang ditetapkan data seksyen kecil (2) atau (3) seksyen itu, mengikut mana-mana yang sesuai; (c) syarat-syarat yang tersirat oleh seksyen 114, dan di mana berkenaan, 119; dan 68 (d) apa-apa syarat tersirat tambaban yang boleh dipakai kepadanya seperti yang ditunjukkan (i) dalam hal tanah yang pada permulaan Akta ini adalah tanah desa, dalam Jadual Kedua, dan (ii) dalam hal tanah yang pada permulaan itu adalah tanah bandar atau pekan (sama ada dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran atau hakmilik Pejabat Tanah), dalam Jadual Ketiga. 111. Syarat-syarat dll., yang boleh dipakai selepas penjenisan penggunaan tanah yang dikenakan di bawah seksyen 54. Jika mana-mana tanah yang diberimilik sebelum permulaan Akta ini menjadi tertakluk kepada mana-mana jenis penggunaan tanah oleh sebab suatu pemberitahuan di bawah seksyen 54 – 5016
  • 17. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa (a) maka ianya hendaklah tertakluk kepada sekatan kepentinpn yang sama (jika ada) sepertimana yang boteh dipakai kepadanya sejurus sebelum penjenisan itu dikenakan, tetapi (b) menurut seksyen kecil (3) seksyen ini, syarat-syarat yang ianya tertakluk hendaklah menjadi seperti berikut – (i) apa-apa syarat nyata (jika ada) sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri mungkin mengarahkan di bawah seksyen 123; dan (ii) syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen 114, dan (menurut penjenisan penggunaan tanah dalam persoalan) oleh seksyen 115, 116 atau 1 17. TANAH YANG DILULUSKAN UNTUK PEMBERIMILIKAN SEBELUM PERMULAAN 112 Syarat-syarat dll., yang boleh dipakai ketika diberimilikk dan selepas pengenaan jenis penggunaan jenis penggunaan tanah oleh sebab seksyen 56. (1) Seksyen ini terpakai kepada semua tanah yang diberimilik di bawah Akta ini menurut satu kelulusan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri sebelum permulaannya. (2) Tanah yang seksyen ini terpakai hendaklah menjadi tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan kepentingan berikut ketika diberimilik – (a) apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingin (jika ada) sepertimana tercatitera pada ketika itu dalam dokumen hakmiliknya (atau apa yang disebutkan di dalamnya), iaitu syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuaasa Negeri di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 120; (b) dalam hal tanah yang seksyen 55 terpakai, syarat terisrat yang ditetapkan dalim seksyen kecil (2) atau (3) seksyen 53, mengikut mana-mana yang sesuai; (c) syarat yang disiratkan oleh seksyen 114 dan, di mana berkenaan, 118; dan (d) apa-apa syarat tersirat tambahan yang boleh dipakai kepadanya seperti yang ditunjukkan – (i) dalam hal tanah yang pada permulaan Akta ini ialah tanah desa, dalam Jadual Kedua, dan (ii) dalam hal tanah yang pada permulaan itu adalah tanah bandar atau pekan, dalam Jadual Ketiga. 5017
  • 18. Statut Lain Yang Berkaitan (3) Jika mana-mana tanah yang seksyen ini terpakai menjadi tertakluk kepada satu jenis penggunaan tanah oleh sebab pemberitahuan di bawah seksyen 54 yang mempunyai kesan berkaitan dengannya menurut seksyen kecil (1) seksyen 56 – (a) maka ianya hendaklah terus tertakluk kepada sekatan kepentingan yang sama (jika ada) sepertimana ianya terpakai sejurus sebelum penjenisan itu dikenakan, tetapi; (b) menurut seksyen kecil (3) seksyen 54 sepertimana yang diubahsuaikan berkaitan dengan tanah sedemikian oleh seksyen kecil (2) seksyen 56, syarat-syarat yang ianya tertakluk hendaklah menjadi seperti berikut – (i) apa-apa syarat nyata jika ada sepertimana Pihak Berkuasa Negeri mungkin mengarahkan di bawah seksyen 123; dan (ii) syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen 114, oleh seksyen 115, 116 atau 117 (menurut jenis penggunaan tanah dalam persoalan) dan, di mana berkenaan, oleh seksyen I 1 8. PERUBAHAN SYARAT DAN SEKATAN 113. Cara bagaimana perubahan boleh dilaksanakan. Syarat dan sekatan kepentingan 'yang boleh dipakai kepada mana-mana tanah berimilik hendaklah, selepas ditetapkan oleh pelaksanaan mana-mana peruntukan sebelumnya dalam Bab ini, menjadi tertakluk kepada semua perubahan sedemikian yang mungkin timbul darinya- (a) pemberian apa-apa permohonan oleh tuanpunya tanah di bawah seksyen kecil (r) seksyen 124, atau (b) penguatkuasaan apa-apa arahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen kecil (3) seksyen 147 ketika keizinan penyatuan tanah itu dengan tanah lain diberi. Bab 3 - Syarat Tersirat TANDA SEMPADAN 114. Syarat-syarat tersirat yang menyentuh semua tanah berimilik. Semua tanah berimilik hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat tersirat berikut yang dengan tanda sempadannya- (a) bahawa tuanpunya akan mengambil semua langkah yang wajar untuk mencegah kerosakannya, kemusnahannya atau pengalihan taksah; 5018
  • 19. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa (b) bahawa tuanpunya akan memberi notis serta merta, jika mana- mana satu darinya rosak, musnah atau dialih secara taksah, mengenai fakta itu kepada Pentadbir Tanah, atau kepada penghulu yang mempunyai bidangkuasa dalam kawasan di mana tanah itu terletak; (c) bahawa tuanpunya akan membayar, jika dikehendaki berbuat demikian oleh Pentadbir Tanah, kos pembaikan atau kos penggantian, mengikut manamana yang sesuai, mana-mana darinya yang mungkin telah dirosakkan, dimusnahkan atau dialihkan secara taksah; dan (d) bahawa tuanpunya akan membersihkan, jika dikehendi berbuat demikian oleh Pentadbir Tanah, atas perbelanjaannya sendiri mana-mana garisan sempadan di antara mana-mana tanah. JENIS: PERTANIAN 115. Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah tertakluk kepada jenis "pertanian". (1) Jika mana-mana tanah berimilik adalah tertakluk oleh sebab mana-mana Akta ini kepada jenis "pertanian", maka syarat-syarat tersirat berikut hendaklah, tertakluk kepada seksyen kecil (3), terpakai kepadanya- (a) bahawa tiada apa jua bangunan boleh didirikan di atas tanah itu selain dari sebuah bangunan atau bangunan-bangunan untuk digunakan bagi satu maksud atau lebih seperti yang ditetapkan atau disebut dalam seksyen kecil (4); (b) bahawa satu permulaan penanaman atas tanah secara bonafide hendaklah dibuat dalam masa dua belas bulan dari tarikh yang berkaitan; (c) bahawa seluruh kawasan tanah itu, selain dari mana-mana bahagian darinya- i) yang dibina atau berkaitan dengan sebuah bangunan (bila-bila sahaja dibina) digunakan untuk satu maksud atau lebih seperti yang ditetapkan atau disebut dalam seksyen kecil (4), atau ii) digunakan bagi mana-mana maksud yang disebut dalam perenggan (e) seksyen kecil itu, atau apa-apa maksud lain yang Pihak Berkuasa Negeri mungkin mewibawa secara khas,hendaklah ditanam sepenuhnya dalam masa tiga tahun dari tarikh vanz berkaitan; (d) bahawa kawasan yang disebut dalam perenggan (c) hendaklah dijaga ditanam menurut kaedah-kaedah pertanian yang sempurna; dan 5019
  • 20. Statut Lain Yang Berkaitan (e) bahawa kawasan tersebut hendaklah ditanam secara berterusan: Dengan syarat bahawa syarat yang ditetapkan dalam perenggan (e) hendaklah dianggap sebagai dipatuhi dalam hal mana-mana kawasan yang kurang dari keseluruhannya ditanam asalkan sebarang tempoh itu tidak melebihi dua belas bulan. (2) Dalam seksyen kecil (1) "tarikh yang berkaitan" ertinya tarikh bilamana tanah itu menjadi tertakluk kepada jenis itu: Dengan syarat bahawa, jika mana-mana tanah menjadi tertakluk kepada jenis itu ketika penyatuannya dengan tanah lain yang sedia tertakluk sedemikian, maka tarikh bilamana satu dokumen hakmilik daftaran kepada kawasan tersatu itu pertama kalinya didaftarkan hendaklah menjadi tarikh yang berkaitan mengenai keseluruhan kawasan itu. (3) Syarat-syarat yang ditetapkan dalam seksyen kecil (1) hendaklah disiratkan dalam hal mana-mana tanah setakatmana ianya tidak berlawanan dengan apa-apa syarat nyata yang tanah itu pada masa itu tertakluk sahaja. (4) Maksud-maksud yang disebutkan dalam perenggan (a) seksyen kecil (1) adalah seperti berikut - (a) maksud-maksud sebuah rumah kediaman untuk tuanpunya tanah itu atau mana-mana orang lain yang mendudukinya secara sah, atau untuk orang gaji kepada, atau mana-mana orang yang digunatenagakan untuk maksud pertanian oleh, tuanpunya atau mana-mana orang lain sedemikian: Dengan syarat bahawa rumah kediaman untuk tuanpunya tanah atau mana-mana orang lain yang menduduki secara sah tanah berkenaan tidak boleh meliputi lebih daripada satu perlima keseluruhan keluasan tanah itu atau dua hektar, mengikut mana yang lebih kurang, (b) maksud-maksud pertanian; (c) maksud untuk mengeluarkan atau memproses bahan semulajadi dari manamana hasil pertanian tanah tersebut; (d) bagi maksud menyediakan untuk pengedaran apa-apa bahan atau keluaran, atau apa-apa lebah manisan, temakan atau reptilia disimpan atau dipelihara atas tanah itu, atau keluaran temakan atau akuakultur atas tanah tersebut; (e) maksud untuk menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan atau lain-lain kemudahan kebajikan, termasuklah (setakatmana ia terutamanya diperuntukkan untuk kegunaan orang yang digunatenagakan atas tanah itu) kemudahan- kemudahan untuk membeli barang dan lain-lain barangan; (f) apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri mungkin menctapkan untuk maksud seksyen ini oleh kaedah-kaedah di bawah seksyen 14; 5020
  • 21. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa (g) apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan patut untuk mewibawakan dalam keadaan mana-mana hal tertentu; (h) apa-apa maksud sampinpn kepada satu maksud yang termasuk dalam mana-mana perenggan terdahulu. JENIS BANGUNAN 116. Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah yang tertakluk kepada jenis "bangunan". (1) Jika mana-mana tanah berimflik tertakluk oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini kepada jenis "bangunan", syarat-syarat tersirat berikut hendaklah, tertakluk kepada seksyen kecfl (3), dipakai kepadanya- (a) bahawa, melainkan pada tarikh yang berkaitan sesebuah bangunan sedemikian telah sedia ada di atas tanah itu, maka hendaklah dalam masa dua tahun dari tarikh itu dibina di atasnya sebuah bangunan sesuai untuk digunakan bagi satu maksud atau lebih seperti yang ditetapkan atau disebutkan dalam seksyen kecil (4); (b) bahawa tiada apa jua bahagian tanah itu boleh digunakan untuk maksud pertanian atau perusahaan (kecuali setakatmana pembinaan atau penyelenggaraan mana-mana bangunan untuk satu maksud atau maksud-maksud yang tertnasuk dalam perenggan (f) atau (g) seksyen kecil (4) boleh merupakan penggunaan sedemikian); (c) bahawa tiap-tiap bangunan diatasnya (bila-bila masa jua ianya dibina) hendaklah dijagabaik; (d) bahawa tiada bangunan sedemikian boleh dimusnahkan, diubah atau ditambah tanpa keizinan secara bertulis terlebih dahulu dari Pihak Berkuasa Negeri. (2) Dalam seksyen kecil (1) "tarikh yang berkaitan" ertinya tarikh bilamana manamana bahagian tanah itu pertama kali menjadi tertakluk kepada jenis itu. (3) Syarat-syarat yang ditetapkan dalam seksyen kecil (1) hendaklah disiratkan dalam hal mana-mana tanah hanya setakatmana ianya tidak berlawan dengan mana-mana syarat nyata yang tanah itu pada masa itu tertakluk. (4) Maksud-maksud yang disebutkan dalam perenggan (a) seksyen kecil (1) adalah ,seperti berikut- (a) maksud kediaman; (b) maksud pentadbiran atau perniagaan, atau maksud pengangkutan penumpang; 5021
  • 22. Statut Lain Yang Berkaitan (c) maksud mempamir, menjual secara runcit, membaiki atau sebahknya mengurusniaga apa-apa barang atau barangan, atau memberi apa-apa perkhidmatan; (d) maksud memberi kemudahan-kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan atau kemudahan-kemudahan kebajikan yang lain; (e) maksud hiburan, makan minumati atau permainan; (f) apa-apa, maksud yang Pihak Berkuasa Negeri mungkin menetapkan bagi maksud seksyen ini oleh kaedah-kaedah di bawah seksyen 14; (g) apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan patut untuk mewibawa dalam keadaan apa-apa hal tertentu. (h) apa-apa maksud yang berkaitan dengan satu maksud yang termasuk dalam mana-mana perenggan yang terdahulu. 116A. (Dimansuhkan). JENIS PERINDUSTRIAN 117. Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah yang tertakluk kepada jenis "perindustrian." (1) Jika mana-mana tanah berimilik tertakluk oleh sebab mana-mana peruntukan, Akta ini kepada jenis "perindustrian", syarat-syarat tersirat berikut hendaklah, tertakluk kepada seksyen (2), dipakai kepadanya- (a) bahawa ia hendaklah digunakan hanya untuk maksud perindustrian, iaitu. untuk maksud membina atau menyenggara kilang, bengkel, fondri, gudang. Umbungan, jeti, keretapi atau bangunan atau pemasangan lain untuk digunakan atau berhubungan dengan satu maksud atau lebih dari maksudmaksud yang berikut- i) mengilang; ii) melebur; iii) pengeluaran dan penyebaran kuasa; iv) penyimpanan, pemasangan, pemprosesan, pengangkutan atau penyebaran barang, atau barangan lain; v) apa-apa maksud lain seperti mana Pihak Berkuasa Negeri mungkin menetapkan bagi maksud seksyen ini oleh kaedah- kaedah di bawah seksyen 14; 5022
  • 23. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa (b) bahawa perindustrian hendaklah dimulakan dalam masa tiga tahun daripada tarikh berkenaan dan tiap-tiap bangunan atau pemasangan di atasnya (bila-bila jua ianya dibina atau dipasang) hendaklah dijagabaiki; (c) bahawa tiada bangunan, atau pemasangan sedemikian boleh dimusnahkan, diubah atau ditambah tanpa keizinan secara bertulis terlebih dahulu dan Pihak Berkuasa berkenaan: Dengan syarat bahawa syarat yang ditetapkan dalam perenggan (a) janganlah hendaknya menghalang penyenggaraan atau pembinaan, di atas tanah, itu, apa-apa bangunan yang digunakan atau hendak digunakan - i) untuk peruntukan kemudahan-kemudahan pendidikan, perubatan, kesihatan atau kemudahan kebajikan, untuk tuanpunya tanah atau mana-mana orang lain yang menduduki tanah itu dengan sah di sisi undang-undang, atau untuk pekerja-pekerja tuanpunya, atau mana-mana orang yang diambil bekerja untuk maksud perindustrian oleh tuanpunya atau mana-mana orang lain tersebut, atau ii) untuk apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan patut untuk mewibawa dalam keadaan tertentu hal itu. (1A) Dalam seksyen kecil (1) "tarikh berkenaan" bermakna tarikh dimana apa-apa bahagian tanah mula tertakluk kepada kategori. (2) Syarat yang ditetapkan dalam seksyen kecil (1) hendaklah disiratkan dalam hal mana-mana tanah hanya setakat mana ianya tidak berlawanan dengan mana-mana syarat nyata yang tanah itu pada masa itu tertakluk. TANAH PERTANIAN YANG DIBERIMILIK DI BAWAH HAKMILIK BERSYARAT 118. Syarat tersirat yang menyentuh tanah pertanian yang diberimilik di bawah hakmilik bersyarat. (1) Jika mana-mana tanah yang diberimilik di bawah hakmilik sementara adalah tertakluk - (a) oleh sebab seksyen kecil (2) seksyen 55, kepada syarat tersirat seperti yang ditetapkan dalam seksyen kecil (2) seksyen 53, atau (b) kepada mana-mana syarat nyata yang menghendaki ianya digunakan untuk maksud pertanian, atau (c) kepada jenis "pertanian", 5023
  • 24. Statut Lain Yang Berkaitan maka ianya hendaklah, tertakluk kepada seksyen kecil (2), menjadi tertakluk kepada satu syarat nyata tersirat, selama mana ianya terus dipegang di bawah bakmilik bersyarat, bahawa tiada bangunan selain dari sebuah bangunan sementara boleh dibina di atasnya tanpa kelulusan Pentadbir Tanah. (2) Syarat yang ditetapkan dalam seksyen kecil (1) hendaklah disiratkan dalam hal mana-mana tanah hanya setakat mana ianya tidak berlawanan dengan mana-mana syarat nyata yang tanah itu pada masa itu tertakluk. TANAH YANG DICATITERA "PADI" SEBELUM PERMULAAN 119. Syarat tersirat yang menyentuh tanah yang diberimilik sebelum permulaan untuk penanaman padi. (1) Jika dokumen hakmilik mana-mana tanah desa yang diberimilik sebelum bermulanya Akta ini, iaitu tanah yang tidak lebih dari empat hektar keluasannya, mengandungi perbahasan "padi", atau apa-apa kesamaan atau kelainan seperti yang ditetapkan dalam Jadual Keempat, sebagai jenis penanaman atau maksud pemberimilikannya, atau sebagai sebahagian dari jenis itu atau satu maksud sedemikian, maka tertakluk kepada seksyen kecil dan (3), tanah itu hendaklah menjadi tertakluk kepada syarat-syarat tersirat berikut - (a) bahawa kawasan tanah sedemikian itu sepertimana, pada pendapat Pentadbir Tanah, sesuai untuk penanaman padi hendaklah ditanami sedemikian; (b) bahawa kawasan itu hendaklah disenggara dan ditanami sedemikian mengikut kaedah-kaedah pertanian yang sempurna , dan (c) bahawa kawasan itu hendaklah ditanami sedemikian dengan berterusan Dengan syarat bahawa syarat yang ditetapkan data perengaan (c) hendaklah dianggap sebagai dipatum data hal mana-mana kawasan asalkan sekurang-kurangnya tiga suku darinya adalah ditanami pada setiap masa, dan asalkan apa-apa tempuh bilamana kurang dari seluruh tanah itu ditanami sedemikian tidak melebihi dua belas bulan. (2) Seksyen ini tidak terpakai kepada mana-mana tanah yang dokumen hakmiliknya, pada permulaan Akta ini adalah dicatiterakan dengan tanda ingatan kecuahan dan peruntukan-peruntukan yang serupa dalam mana- mana undang-undang tanah terdahulu. (3) Syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen ini hendaklah terhenti dari dipakai kepada mana-mana tanah - (a) apabila perbahasaan yang menimbulkannya dihapuskan dari dokumen hakmilik menurut satu permohonan oleh tuanpunya di bawah seksyen 124; 5024
  • 25. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa (b) apabila tanah itu menjadi tertakluk kepada mana-mana jenis penggunaan tanah. Bab 4 - Syarat-syarat Nyata dan Sekatan Kepentingan KUASA-KUASA AM KETIKA PEMBERIMILIKAN 120. Pengenaan syarat nyata dan sekatan kepentingan apabila pemberimilikan dibuat di bawah Akta ini. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, Pihak Berkuasa Negeri boleh memberimilik tanah di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan yang mematuhi undang-undang sepertimana yang difikirkannya patut. (2) Syarat-syarat dan sekatan-sekatan kepentingan yang hendak dikenakan di bawah seksyen ini data hal mana-mana tanah hendaklah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada masa bilamana tanah itu diluluskan untuk pemberimihkan. (3) Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan yang dikenakan di bawah seksyen ini hendakiah dicatiterakan di atas atau disebutkan di dalam dokumen hakmilik tanah itu: dan data mematuhi seksyen kecil ini Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, dalam apa-apa hal di mana ia mengenakan syarat dan sekatan kepentingan itu kedua-duanya sekali. memperbezakan antara kedua-duanya. (4) Tiada apa jua syarat boleh dikenakan di bawah seksyen ini yang berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat yang tanah itu menjadi tertakluk kepada pemberimilik dibuat oleh sebab seksyen 114. TANAH YANG DIBERIMILIK TERTAKLUK KEPADA SUATU JENIS 121. Jenis: Pertanian. (1) Jika, menurut seksyen 52, mana-mana tanah yang diberin-iilik di bawah Akta ini :ertakluk kepada jenis "pertanian" maka Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 120 (dan tanpa menyentuh keluasan kuasa-kuasa itu), -,mengenakan apa-apa syarat sepertimana yang difikirkannya patut- (a) menghendaki penanaman di atasnya, atau di atas mana-mana bahagian darinya, suatu tanaman tertentu, atau mana-mana klas atau jenis tanaman; 5025
  • 26. Statut Lain Yang Berkaitan (b) melarang penanaman di atasnya, atau di atas mana-mana bahagian darinya, suatu penanaman tertentu, atau apa-apa klas atau jenis tanaman; (c) menetapkan tarikh-tafikh dalam sesuatu tahun pada atau sebelum mana apa-apa kerja pembersihan, penanaman, penyemaian, pembajaan, atau penuaian, atau apa-apa tindakan pertanian lain, hendak dimula atau diselesaikan; (d) menghadkan kawasan maksimum tanah itu yang boleh dibina rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan lain. (2) Dalam seksyen ini "tanaman" termasuklah pokok-pokok yang ditanam untuk maksud mendapatkan hasilnya. 122. Jenis Bangunan dan Perindustrian. Jika, menurut seksyen 52, mana-mana tanah diberimilik di bawah Akta ini tertakluk kepada jenis "bangunan" atau jenis "perindustrian" Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, dalam menjalankan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 120 (dan tanpa menyentuh keluasan kuasa-kuasa itu), mengenakan apa-apa syarat sepertimana yang difikirkannya patut mengenai- (a) kawasan atau bahagian tanah yang hendak dibina di atasnya; (b) jenis, rekabentuk, tinggi dan struktur mana-mana bangunan yang hendak dibina di atas tanah itu, dan jenis dan kualiti baban-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaannya; (c) tarikh pada atau sebelum mana apa-apa bangunan sedemikian hendak dimula atau diselesaikan; (d) kegunaan bangunan itu. TANAH MENJADI TERTAKLUK KEPADA SESUATU JENIS SELEPAS PEMBERIMILIKAN 123. Pengenaan syarat nyata kepada tanah yang menjadi tertakluk kepada suatu jenis di bawah seksyen 54. (1) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, dalam mana-mana pemberitahuan yang diberi di bawah seksyen 54 mengenai mana-mana kawasan, mengarahkan supaya sejak tarikh bilamana mana-mana tanah dalam kawasan itu oleh sebab pemberitahuan itu menjadi tertakluk kepada mana-mana jenis penggunaan tanah yang ditetapkan dalam arahan itu, ianya menjadi tertakluk juga kepada apa-apa syarat nyata sepertimana yang ditetapkan sedemikian iaitu syarat-syarat mengenai mana-mana dari perkara-perkara yang disebutkan dalam seksyen 121 atau 122, mengikut mana-mana yang sesuai. (2) Pada atau sebelum tarikh bilamana mana-mana tanah menjadi tertakluk kepada apa-apa syarat oleh sebab mana-mana pemberitahuan 5026
  • 27. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa sedemikian, hendaklah dicatiterakan di atas dokumen hakmilik tanah itu sama ada syarat-syarat itu sendiri atau rujukan kepadanya. (3 ) Tiada apa jua syarat boleh dikenakan oleh sebab seksyen ini yang berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat seperti yang ditetapkan dalam seksyen 114. PENGUBAHAN SYARAT-SYARAT, SEKATAN DAN JENIS 124. Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk mengubah syarat, dll., atas permohonan tuanpunya. (1) Tuanpunya mana-mana tanah berimilik bolehlah memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini untuk - (a) pengubahan mana-mana jenis penggunaan tanah yang tanah itu pada masa itu tertakluk atau, jika ianya tidak tertakluk sedemikian, untuk pengenaan mana-mana jenis ke atasnya; (b) pembatalan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepentingan yang dicatiterakan di atas, atau disebut di dalam, dokumen hakmilik tanah itu, atau penghapusan perbahasan "padi" dari dokumen itu, atau apa-apa perbahasaan lain yang oleh sebabnya tanah itu tertakluk pada masa itu kepada syarat tersirat seperti yang ditetapkan dalam seksyen 119; atau (ba) memotong daripada dokumen hakmilik ungkapan "Getah", "kampung" atau mana-mana ungkapan lain mengenai kegunaan tanah, dan untuk mengenakan syarat-syarat nyata yang lain mengenai kegunaan tanah; (c) pemindaan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepefitingan yang tercatitera di atas, atau disebut di dalam dokumen hakmilik tanah itu, atau pengenaan apa-apa syarat nyata yang baru atau sekatan kepentingan: Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Negeri janganlah hendaknya melayan apa-apa permohonan sedemikian melainkan ianya berpuashati mengenai setiap orang atau badan yang mempunyai kepentingan berdaftar pada tanah itu, atau menduduki mana-mana bahagian darinya di bawah mana-mana sewaan bebas daftaran samada ianya telah menizinkannya, atau keizinan dalam keadaan-keadaan hal itu patut tidak payah diminta: Dengan syarat selanjutnya bahawa Pihak Berkuasa Negeri tidak akan melayan apa-apa pen-nohonan tersebut melainkan apa-apa cukai yang kena dibayar bagi tanah itu telah pun dibayar. (2) Jika Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (a) seksyen kecil (1) - (a) ia hendaklah mengarahkan supaya jenis penggunaan tanah yang ditetapkan dalam permohonan itu dicatiterakan dalam dokumen 5027
  • 28. Statut Lain Yang Berkaitan hakmilik tanah itu, dan jenis yang sedia ada (jika ada) hendaklah digugurkan, dan (b) ia bolehlah, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya dicatiterakan juga di atas dokumen hakmilik itu apa-apa syarat nyata yang baru seperti yang ditetapkan dalam arahan itu, iaitu syarat-syarat mengenai mana-mana dari perkara yang disebutkan dalam seksyen 121 atau 122, mengikut mana-mana yang sesuai; dan, sejak tarikh bilamana arahan itu mula dijalankan - i) tanah itu hendaklah menjadi tertakluk kepada apa-apa syarat yang dicatiterakan menurutnya dan (menurut jenis penggunaan tanah yang dicatiterakan sedemikian) kepada syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen 115, 116 atau 117; ii) hendaklah terhenti dari terpakai kepada tanah itu semua syarat yang ianya tertakluk terdahulu kecuali syarat-syarat yang disiratkan di bawah seksyen 114 dan, di mana berkenaan, 118. (3) Apabila Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (b) seksyen kecil (1), ia hendaklah mengarahkan supaya syarat, sekatan kepentingan atau perbahasan dalam persoalan digugurkan dari dokumen hakmilik kepada tanah itu atau, dalam hal mana-mana syarat atau sekatan yang hanya disebutkan dalam dokumen hakmilik itu, supaya satu notanda mengenai pembatalannya dicatiterakan. (3A) Jika Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan ba) seksyen kecil (1), ia akan arahkan supaya ungkapan berkenaan dipotong, dan syaratarat nyata baru diendorskan atas dokumen hakmilik kepada tanah. (4) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (c) seksyen kecil (1) sama ada mengikut syarat-syarat yang ianya dikemukakan atau; tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang difikirkannya patut, dengan keizinan pemohon dan mana-mana orang atau badan lain yang keizinannya adalah dikehendaki di bawah proviso kepada seksyen kecil itu, dan hendaklah, walau apapun, mengarahkan sebagai patut – (a) pindaan mana-mana syarat atau sekatan kepentingan yang dicatiterakan di atas dokumen hakmilik kepada tanah itu, atau (b) catitera satu notanda pindaan mengenai apa-apa syarat atau sekatan yang hanya disebutkan di dalamnya di atas dokumen hakmilik, atau (c) catitera mengenai apa-apa syarat baru di atas dokumen hakmilik itu. (5) Apa-apa arahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini boleh dijadikan bersyarat bagi semua atau mana-mana dari perkara-perkara berikut - 5028
  • 29. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa (a) pembayaran satu premium tambahan; (aa) pembayaran apa-apa pengenaan yang ditentukan; (b) pengenaan satu cukaisewa baru; (c) pematuhan kepada apa-apa kehendak lain yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan patut. (6) Tiada apa jua syarat yang berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat yang tanah dalam persoalan itu pada masa itu tertakluk di bawah seksyen 114 atau 119 boleh dikenakan oleh sebab seksyen ini, dan tiada apajua syarat boleh dipinda oleh sebab seksyen ini sehingga ianya menjadi berlawanan dengan apa-apa syarat tersirat sedemikian. (7) Setelah dituluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen kecil (4). PC-, daftar atau Pentadbir Tanah, mengikut mana yang berkenaan, akan menandatangani suatu memorandum dalam Borang 7C mengikut arahan Pihak Berkuasa Negeri dan akm mengemukakan pindaan, dan di atas memorialnya yang dibuat, Pendaftar akan membuat suatu catatan di atas dokumen-dokumen hakmilik daftar dan keluaran kepada tanah dam akan mencatatkan tarikh dan kuasa untuknya, dan mengesahkan pindaan itu dengan tanda-tangan dan meterainya. (8) Sewa dan premium dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri pada masa ia meluluskan permohonan dan Pentadbir Tanah hendaklah menyebatkan untuk disampaikan kepada tuanpunya suatu notis dalam Borang 7G menghendakinya membayar jumlah tersebut dalam masa yang ditentukan dan jika mana-mana jumlah tersebut tidak dibayar dalam masa tersebut kelulusan Pihak Berkuasa Negeri akan luput oleh kerana itu. 124A. Permohonan secara serentak untuk pecah sempadan tanah dan di bawah seksyen 124 (1) mengenai petak-petak pecah sempadan yang dicadangkan itu. (1) Tuanpunya bagi mana-mana tanah yang diberimilik boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan pecah sempadan tanah dan pada masa yang sama membuat permohonan di bawah seksyen kecil (1) seksyen 124 mengenai petak-petak pecah sempadan yang dicadangkan itu. (2) Sesuatu pennohonan di bawah seksyen kecil (1) seksyen 124 mengenai petak-petak pecah sempadan yang dicadangkan itu hendaklah dibuat dalam Borang 7D, dan akan dilayan dan diselenggarakan di bawah seksyen 124 sebagai suatu permohonan berasingan di bawah seksyen kecil (1) seksyen 124 mengenai tiap-tiap petak pecah sempadan yang dicadangkan itu. (3) Kelulusan permohonan untuk pecah sempadan tanah dan kelulusan permohonan di bawah seksyen kecil (1) seksyen 124 mengenai petak-petak pecah sempadan yang dicadangkan itu hendaklah kedua-dua bersyarat atas pemohon memenuhi, semua petakpecah sempadan, dalam tempuh tertentu 5029
  • 30. Statut Lain Yang Berkaitan sebagaimana yang akan dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Negeri, semua syarat yang akan dikenakan di bawah seksyen kecil (5) seksyen 124 mengenai tiap-tiap petak pecah sempadan yang dicadangkan itu. (4) Bagi maksud permohonan untuk pecah sempadan di bawah seksyen kecil (1) permohonan akan dianggap seolah-olah sebagai suatu permohonan di bawah seksyen 135 dan peruntukan-peruntukan seksyen-seksyen 136, 137, 138 dan 139 hendaklah terpakai setakat mana peruntukan-peruntukan itu tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan seksyen ini, dan dalam menimbangkan permohonan tersebut Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau boleh mengarahkan Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, mengikut mana yang berkenaan, untuk menjalankan semua atau sebahagian daripada kuasa-kuasa itu. Bab 5 - Penguatkuasaan Syarat-syarat 125. Bila suatu pelanggaran syarat berbangkit. (1) Suatu pelanggaran syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan akan berbangkit sebaik sahaja, dan terus selama mana syarat itu tidak dipatuhi. (2) Pelanggaran syarat yang tertakluk kepada suatu tempuh tetap akan berbangkit- a) dalam hal suatu syarat yang menghendaki pelaksanaan apa-apa perbuatan dalam sebarang tempuh (iaitu tempoh yang ditetapkan di dalamnya, atau tempuh yang dilanjutkan menurut seksyen 107), apabila tamatnya tempuh itu tanpa perbuatan itu tidak dilaksanakan; b) dalam hal satu syarat yang menghendaki apa-apa perbuatan ditinggalkan sehingga pada suatu masa, apabila perbuatan itu dilakukan sebelum masa itu. 126. Pelanggaran syarat kompleks. Jika apa-apa syarat mengandungi dua kewajipan atau tanggungan yang berasingan atau lebih, kegagalan untuk memenuhi mana-mana kewajipan atau tanggungan itu akan merupakan pelanggaran syarat itu. 127. Tanggungan untuk penyitaan kerana pelanggaran syarat. (1) Bila apa-apa pelanggaran berbangkit daripada apa-apa syarat yang mana-mana tanah berimilik pada masa itu tertakluk- 5030
  • 31. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa a) maka tanah itu hendaklah boleh dikenakan penyitaan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dan b) kecuali dalam hal di mana suatu denda dikenakan di bawah seksyen kecil (IA), atau di mana tindakan untuk maksud melantar supaya diremedikan pelanggaran itu adalah pertamanya dikehendaki diambil di bawah seksyen 128, Pentadbir Tanah hendaklah meneruskan penguatkuasaan penyitaan itu menurut peruntukan-peruntukan seksyen 129. (IA) (a) Apabila sesuatu pelanggaran sebagaimana yang dirujukkan dalam subseksyen 1) timbul, maka Pentadbir Tanah boleh, selain dari mengambil tindakan di bawah seksyen 128 atau 129, menyerahkan suatu notis dalam Borang 7E kepada tuanpunya, memerlukannya menunjukkan sebab mengapa suatu denda tidak dikenakan mengenai pelanggaran itu. (b) Apabila gagal tuan punya menunjukkan sebab dengan memuaskan kepada Pentadbir Tanah, maka Pentadbir Tanah boleh membuat suatu perintah untuk bayaran denda tidak kurang daripada lima ratus ringgit, dan dalam hal pelanggaran berterusan, suatu denda lagi tidak kurang daripada seratus ringgit pada tiap-tiap hari dalam tempoh pelanggaran itu berterusan. (IB) Jika suatu denda dibayar atas suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (b) subseksyen (IA), tindakan tidak akan diambil di bawah seksyen 128 atau 129 mengenai pelanggaran itu. (lC) Walau apapun peruntukan subseksyen (IB), jika Pentadbir Tanah selepas siasatan dengan sempurna, berpuas hati bahawa pelanggaran bersambung, Pentadbir Tanah boleh menyerahkan suatu notis dalam Borang 7F terhadap tuanpunya memberitahu kepadanya tentang tujuannya untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 128 atau 129 selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh penyampaian notis atau pada bila-bila masa kemudiannya. (2) Penerimaan bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa butiran hasil tanah yang terhutang berkenaan mana-mana tanah berimilik janganlah hendaknya dijadikan sebagai satu kemaafan bagi mana-mana hak penyitaan yang pada ketika itu wujud mengenai tanah itu oleh sebab seksyen ini. (3) Tanah yang telah menjadi tertanggung untuk penyitaan di bawah seksyen ini kerana pelanggaran mana-mana syarat hendaklah terhenti dari tertanggung sedemikian jika- a) pelanggaran itu diremedikan kemudiannya, atau b) dalam hal satu syarat yang tertakluk kepada suatu tempuh tetap, tiada apa jua tindakan telah diambil mengenai pelanggaran di bawah seksyen 128 atau 129 sebelum tamatnya tempuh duabelas tahun bennula dan tarikh bilamana pelanggaran itu berbangkit. 5031
  • 32. Statut Lain Yang Berkaitan (4) Untuk maksud-maksud seksyen ini, dan seksyen 128 dan 129, tiap-tiap pelanggaran syarat hendaklah dianggap sebagai boleh diremedikan; dan tindakan yang dikehendaki untuk meremedikan apa-apa pelanggaran hendaklab diertikan sebagai terdiri dari- a) dalam hal satu syarat positif, pelaksanaan tiap-tiap perbuatan atau sesuatu, yang ketinggalan untuk membuatnya merupakan atau menjadi sebahagian daripada pelanggaran itu; b) dalam hal satu syarat negatif, pelaksanaan semua perbuatan atau sesuatu yang sedemikian atau sebagaimana yang perlu untuk meletakkan tanah itu dalam keadaan di mana ianya akan berada jika pelanggaran itu tidak berlaku. 128. Tindakan ringkas untuk menetapkan remedi pelanggaran syarat. (1) Jika- a) mana-mana tanah berimilik adalah dikenakan penyitaan kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 127 kerana pelanggaran syarat, dan b) pada pendapat Pentadbir Tanah pelanggaran itu boleh diremedikan oleh tuanpunya dalam satu tempuh yang munasabah, Pentadbir Tanah hendaklah menyampaikan, atau melantar supaya disampaikan kepada tuanpunya satu notis atas Borang 7A yang menetapkan tindakan yang dikehendaki untuk meremedikan pelanggaran itu, dan memintanya supaya mengambil tindakan sedemikian dalam masa yang ditetapkan di dalamnya. (2) Apabila disampaikan apa-apa notis di bawah seksyen kecil (1), Pentadbir Tanah hendaklah mencatiterakan, atau melantar supaya dicatiterakan, di atas dokumen hakdaftaran kepada tanah dalam persoalan itu satu notanda yang menyatakan bahawa itu adalah tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat. (3) Penyampaian apa-apa notis di bawah seksyen kecil (1) hendaklah dijadikan sebagai satu kemaafan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan syarat segala kehendak-kehendak betul-betul dipatuh, mengenai hak penyitaan yang sedia ada oleh sebab pelanggaran yang ianya berkaitan; dan – a) jika notis itu dipatuh, notanda yang dicatiterakan di bawah seksyen kecil (2) hendaklah dibatalkan menurutnya; b) jika notis itu tidak dipatum, Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan menurut peruntukan seksyen 129. 129. Tindakan untuk menguatkuasakan penyitaan kerana pelanggaran syarat. 5032
  • 33. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa (1) Pentadbir Tanah hendaklah mengambfl tindakan di bawah seksyen ini bila-bila jua mana-mana tanah berimilik boleh dikenakan penyitaan di bawah seksyen 127 kerana pelanggaran syarat dan- a) ia berpendapat bahawa pengambilan tindakan di bawah seksyen 128 tidak akan berpatutan, atau b) tuanpunya tanah itu gagal, mematuhi mana-mana notis yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen itu. (2) Dalam mana-mana keadaan yang tersebut di atas, Pentadbir Tanah hendaklah - a) melantar supaya disampaikan satu notis atas Borang 7B, kepada tuanpunya tanah itu, dan b) melantar supaya disampaikan satu salinan notis itu, yang kepadanya hendaklah dilampirkan notis tambahan yang diterakan dalam tambahan kepada Borang itu, kepada orang dan badan yang serupa seperti orang dan badan yang mana notis mengenai cukaisewa adalah dikehendaki untuk disampaikan oleh seksyen kecil (1) seksyen 98. (3) Apabila, mana-mana notis disampaikan di bawah seksyen kecil (2), Pentadbir Tanah hendakiah mencatiterakan (melainkan satu notanda sedemikian telah sedia dicatiterakan di bawah seksyen 128), atau melantar supaya dicatiterakan di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah dalam persoalan itu satu notanda yang menyatakan bahawa tanah itu adalah tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat. (4) Apabila tiba tarikh dan pada masa dan tempatnya, sebagaimana yang ditetapkan dalam mana-mana notis sedemikian, Pentadbir Tanah hendaklah mengadakan satu urutan menurut peruntukan-peruntukan Akta ini, dan, apabila tamatnya, siasatan itu - a) jika pada pendapatnya bahawa pelanggaran itu telah diremedikan, maka ia hendaklah mengisytiharkan dengan perintah, dan hendaklah membatal am melantar supaya dibatalkan apa-apa notanda yang dicatiterakan di bawah seksyen ini atau seksyen 128; b) jika pada pendapatnya hanya tempoh itu (atau jika satu notis di bawah seksyen 128 telah sedia disampaikan mengenai pelanggaran itu, satu tempoh lanjutan) patut dibenarkan untuk meremedikan pelanggaran itu, maka la hendaklah membuat satu perintah yang menetapkan tindakan yang hendak diambil untuk maksud itu, dan tempoh dalam mana tindakan itu hendak diambil; c) dalam hal yang lain, akan mengambil pemilikan sementara tanah itu sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau tanpa arahan tersebut, membuat suatu perintah mengisytiharkan tanah itu dirampas menjadi hak Pihak Berkuasa Negeri. 5033
  • 34. Statut Lain Yang Berkaitan (5) Pembuatan satu perintah di bawah perenggan (b) seksyen kecil (4) hendaklkmenjadi satu kemaafan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan syarat segala kehendak-kehendaknya betul-betul dipatuhi, mengenai hak menyita yang sedia ada oleh sebab pelanggaran yang perintah itu berkaitan; dan - a) jika perintah itu dipatuhi, apa-apa notanda yang dicatiterakan di bawah seksyen ini atau seksyen 128 hendaklah dibatalkan menurutnya; b) jika perintah itu tidak dipatuhi, Pentadbir Tanah boleh, pada tamat tempuh yang dinyatakan di dalamnya, mengambil pemilikan sementara tanah itu sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau tanpa arahan tersebut, membuat suatu arahan mengisytiharkan tanah itu dirampas menjadi hak Pihak Berkuasa Negeri. (6) Jika pemilikan sementara diambil oleh Pentadbir Tanah di bawah perenggan (c) seksyen kecil (4) atau perenggan (b) seksyen kecil (5), peruntukan-peruntukan berikut hendaklah terpakai - a) Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana orang atau badan yang dilantik olehnya hendaklah mempunyai kuasa untuk memperbetulkan pelanggaran atas perbelanjaan Pihak Berkuasa Negeri atau perbelanjaan sendiri orang atau badan itu dengan apa-apa cara atau bentuk yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Negeri; b) apabila selesai urusan remedi atau dalam tempuh tertentu sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri fikirkan sesuai setelah melaksanakan remedi tersebut, pemilikan akan dikembalikan kepada tuanpunya dengan keperluan bahawa tanah itu diselenggara dalam keadaan yang memuaskan memandangkan remedi itu dan bahawa Pihak Berkuasa Negeri, orang atau badan berkenaan akan dibayar balik semua atau sebahagian dari perbelanjaan yang telah dilakukan dalam melaksanakan remedi itu sama ada dengan sekali gus atau secara ansuran; dan c) jika mana-mana keperluan di bawah perenggan (b) didapati tidak dipatuhi. Pentadbir Tanah akan melapurkan kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan jik.-a Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa tanah itu tidak diselenggara sepert yang dikehendaki, maka ia akan membuat suatu perintah mengisytiharkan tanah itu dirampas menjadi hak Pihak Berkuasa Negeri. BAHAGIAN LAPAN - PENYITAAN 130. Penyitaan hendaklah mula berkuatkuasa apabila pemberitahuan dibuat dalam Warta. (1) Dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat suatu perintah di bawah seksyen 100 atau 129 mengenai mana-mana tanah (iaitu, suatu perintah yang mengisytihartanah itu tersita kepada Pihak Berkuasa Negeri 5034
  • 35. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa kerana ketiadaan bayaran cukaisewa atau pelanggaran mana-mana syarat), Pentadbir Tanah hendaklah menyiarkan di dalam Warta satu pemberitahuan mengenai penyitaan atas Borang 8A; dan setelah disiarkan sedemikian, penyitaan itu hendaklah mula berkuatkuasa sepertimana yang disebutkan dalam seksyen 131. (2) Salinan mana-mana pemberitahuan yang disiarkan di bawah seksyen kecil (1) hendaklah disiarkan menurut peruntukan-peruntukan seksyen 433, dan Pentadbir Tanah hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas pemberitahuan itu disiarkan, mendaftar atau melantar supaya didaftarkan satu ingatan mengenainya di atas dokumen hakmilik daftaran tanah dalam persoalan itu. 131. Kesan perampasan. Apabila mula berkuatkuasa apa-apa penyitaan mengenai mana-mana tanah di bawah .Akta ini – a) tanah itu hendaklah kembali dan terletakhak kepada, Pihak Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan, dibebas dan dilepaskan dari semua hakmilik dan kepentingan yang sedia ada atau yang boleh timbul sejurus sebelum penyitaan itu mula berkuatkuasa; b) hendaklah juga tertelakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri, setakatmana yang ditetapkan dalam seksyen 47 dan tanpa bayaran pampasan, apa-apa bangunan yang ketika itu wujud di atas tanah itu; dan c) apa-apa butiran hasil tanah yang pada ketika itu terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri mengenai tanah itu hendaklah dihapuskan. 132. Tanah tidak boleh diberimilik semula dll., dalam tempoh rayuan membantah penyitaan. (1) Jika mana-mana tanah kembali kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh sebab bermulanya kuatkuasa mana-mana penyitaan di bawah Akta ini, Pihak Berkuasa Negeri, tertakluk kepada seksyen kecil (2), janganlah hendaknya memberimilik semula atau sebaliknya melupuskannya pada bila-bila masa sebelum- a) tamatnya tempoh tiga bulan bilamana (di bawah seksyen 418) satu rayuan dibentangkan di hadapan Mahkamah membantah perintah Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100 atau 129, mengikut mana- mana yang sesuai; atau b) jika satu rayuan sedemikian dibuat dalam tempoh itu, penentuan rayuan itu dan apa-apa pembicaraan yang berbangkit, darinya kemudiannya. (2) Peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) - 5035
  • 36. Statut Lain Yang Berkaitan a) hendaknya tidak menyentuh kuasa Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen kecil (2) seksyen 133 untuk membatalkan penyitaan pada bila-bila masa atas rayuan selaku itu oleh orang atau badan yarig menjadi tuanpunya tanah itu sejurus sebelum penyitaan itu mula berkuatkuasa; dan b) janganlah handaknya menghalang Pihak Berkuasa Negeri dari memberimilik semula tanah itu kepada orang atau badan itu pada bila-bila masa sepertimana yang disebut di dalam seksyen kecil (3) seksyen 133. (3) Asalkan peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) terpakai kepada mana-inana tanah, tiada dokumen cabutan hakniihk padanya yang mungkin telah diserahkan kepada, atau sebaliknya diperolehi oleh Pentadbir Tanah boleh dimusnahkan. 133. Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk membatalkan penyitaan, atau memberimilik semula kepada tuanpunya terdahulu dengan syarat-syarat baru dll. (1) Mana-mana orang atau badan yang menjadi tuanpunya mana-mana tanah berimilik sejurus sebelum penyitaannya di bawah Akta ini bolehlah pada bila-bila masa memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapatkan pembatalan penyitaan itu. (2) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah atas budibicara mutlaknya menolak atau membenarkan apa-apa rayuan di bawah seksyen itu, dan jika ia membenarkan rayuan itu, bolehlah berbuat demikian dengan syarat sepia bayaran telah dibuat oleh perayu - a) jika penyitaan itu adalah kerana ketiadaan bayaran cukaisewa, apa-apa denda sedemikian, tidak melebihi enam kali jumlah yang ianya dikehendaki membayar oleh notis tuntutan yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen 97, sepertimana yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Negeri patut dikenakan. b) jika penyitaan itu adalah untuk pelanggaran mana-mana syarat, apa-apa jumlah wang yang Pihak Berkuasa Negeri boleh menentukan mengenai perbelanjaan yang disebabkan oleh penyitaan itu. (3) Penolakan mana-mana rayuan di bawah seksyen ini janganlah hendaknya dianggap sebagai menyentuh kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk memberimilik semula tanah itu kepada tuanpunya terdahulu pada bila-bila masa, dan, untuk maksud apa-apa pemberimilikan semula sedemikian, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, pada masa ia memberi kelulusan itu, menentukan semula, sepertimana yang difikirkannya patut, berbagai perkara yang ditetapkan dalam seksyen kecil (2) seksyen 79. 134. Rayuan membantah penyitaan. 5036
  • 37. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa (1) Sahnya mana-mana penyitaan di bawah Akta ini tidak boleh dipersoalkan dalmn mana-mana mahkamah kecuali dengn cara, atau dalam pembicaraan terkemudian ke atas satu rayuan di bawah seksyen 418 yang membantah perintah Pentadbir Tanah bawah seksyen 100 atau 129, mengikut mana-mana yang sesuai; dan walau apa juapun yang terdapat dalam mana- mana undang-undang bertulis lain, tiada apa rayuan boleh dimulakan selepas tamatnya tempoh tiga bulan yang dibenarkan untuk membawanya oleh seksyen 418 tersebut. (2) Tiada apa jua perintah oleh Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100 atau 129 diketepikan oleh mana-mana imahkamah kecuali atas alasan ianya dibuat berlawan dengan peruntukan Akta ini, atau adanya kegagalan pada pihak Pentadbir Tanah untuk mamatuhi kehendak-kehendak mana-mana peruntukan sedemikian; dan tiada perintah sedemikian boleh diketepikan hanya oleh sebab apa-apa salahaturan dalam bentuk atau penyampaian mana-mana notis di bawah Bab 2 Bahagian Enam atau, Bab 5 Bahagian Tujuh, mengikut mana-mana yang sesuai, melainkan, pada pendapat mahkarnah, salah aturan itu adalah suatu salah aturan yang penting. (3) Dalam apa-apa rayuan sedemikian atau pembicaraan-pembicaraan lain seperti disebutkan dalam seksyen kecil (I), maka hendaklah dianggap sehingga yang sebaliknya dibuktikan bahawa semua notis yang dikehendaki disampaikan di bawah Bab 2 Bahagian Enam atau Bab 5 Bahagian Tujuh, mengikut mana-mana yang sesuai, disampai dengan sempurna dan menurut peraturan. (4) Peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) janganlah hendaknya menyentuh mana-mana orang atau badan untuk mengambil satu tindakan kerosakan terhadap pihak Berkuasa Negeri, atau (tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 22) terhadap mana-mana pegawai yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, mengenai apa-apa, perbuatan atau benda yang dilakukan dengan salahnya, atau diperintah supaya dilakukan , atau ditinggal dari dilakukan, berhubungan dengan apa-apa penyitaan di bawah Akta ini. BAHAGIAN SEMBILAN-PECAH SEMPADAN, PECAH-BAHAGIAN DAN PENYATUAN Bab 1 -Pecah.Sempadan Tanah 135. Kuasa tuanpunya untuk memecah sempadan dengan kelulusan dari Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah. (1) Tuanpunya mana-mana tanah berimilik yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah atau hakmilik sementara sambungan hakmilik muktamad boleh, dengan kelulusan di bawah Bab ini dari Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, seperti yang diperuntukkan oleh seksyen kecil (2), memecah sempadan tanah itu kepada dua bahagian atau lebih (dalam Bab ini disebut sebagai “bahagian pecah sempadan”) untuk dipegang olehnya di bawah hakmilik berasingan. 5037
  • 38. Statut Lain Yang Berkaitan (2) Dalam ketiadaan apa-apa arahan yang berlawanan oleh Pihak Berkuasa Negeri, kelulusan yang dikehendaki oleh seksyen kecil (1) hendaklah diberi - (a) oleh Pengarah Negeri dalam hal tanah yang dipegang di bawah hak-milik Pejabat Pendaftaran, dan (b) oleh Pentadbir Tanah dalam hal tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah. 136. Syarat untuk kelulusan pecah-sempadan. (1) Tiada apa jua pecah sempadan boleh diluluskan oleh Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang sesuai, melainkan syarat- syarat berikut dipenuhi- (a) bahawa pecah-sempadan itu tidak akan melanggar apa-apa sekatan kepentingan yang tanah itu pada masa itu tertakluk; (b) bahawa pecah-sempadan itu tidak akan berlawanan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa, dan bahawa apa-apa kehendak yang dikenakan mengenainya oleh atau di bawah apa-apa undang-undang sedemikian telah dipatuhi; (c) tanpa menyentuh keluasan makna perenggan (b) - (i) bahawa apa-apa kelulusan perlu dari mana.mana pihak berkuasa perancangan telah diperolehi, dan (ii) bahawa pecah sempadan itu tidak akan berlawanan dengan apa-apa rancangan yang diluluskan oleb Pihak Berkuasa Negeri untuk pembangunan kawasan di mana tanah itu terletak, atau kepada apa-apa keputusan mana-mana pihak berkuasa perancangan bagi kawasan itu, dan (iii) jika hal itu termasuk dalam mana-mana arahan selakunya yang diberi oleb Pihak Berkuasa Negeri, babawa pecah sempadan itu mempunyai keizinan mana-mana badan atau pihak berkuasa yang ditentukan dalam, atau dilantik oleh arahan itu; (d) bahawa tiada butiran hasil tanah masih terhutang mengenai tanah itu; (e) bahawa tiap-tiap orang, atau badan yang, pada ketika kelulusan itu dipohon, berhak kepada kepentingan - (i) cagaran tanah itu, 5038
  • 39. Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa (ii) pajakan seluruh atau mana-mana bahagian darinya, selain dari satu bahagian yang bersamaan betul dengan salah satu babagian pecah sempadan yang dicadangkan, (iii) cagaran pajakan sedemikian, atau (iv) lien ke atas tanah atau apa.apa pajakan sedemikian, telah memberi keizinan secara bertulis tentang pembuatan permohonan itu, (f) bahawa kawasan mana-mana bahagian pecah-sempadan - (i) dalam hal tanah yang tertakluk kepada jenis “pertanian”, atau kepada apa-apa syarat yang menghendaki kegunaannya untuk satu maksud pertanian, tidaklah kurang dari dua perlima hectare, dan (ii) dalam apa-apa hallain, tidaklah kurang dari kawasan minimum yang patut untuk tanah dari kelas atau jenis dalam persoalan, seperti yang ditentukan untuk maksud perenggan kecil ini oleh Pihak berkuasa perancangan untuk kawasan di mana tanah itu terletak atau (jika tiada pihak berkuasa sedemikian) oleh Pihak Berkuasa Negeri; (g) bahawa bentuk tiap-tiap bahagian pecah-sempadan, pada pendapatnya, adalah sesuai untuk maksud ianya diniatkan untuk digunakan; (h) bahawa, kecuali dalam hal mana-mana bahagian pecah.sempadan di mana ada jalan masuk keluar kepadanya, satu cara masuk keluar yang memuaskan boleh didapati dari tiap-tiap bahagian sedemikian samaada kepada sebatang jalan, sungai, sebahagian tepi-pantai atau sebuah perhentian keretapi, atau kepada satu tempat di tanah itu dari mana cara masuk keluar sedemikian boleh didapati atau boleh diperolehi dengan permohonan kepada Pentadbir Tanah di bawah Bahagian Dua Puluh lapan. (2) Kehendak-kehendak perenggan (h) seksyen kecil (1) hendaklah dianggap sebagai memuaskan mengenai apa-apa bahagian pecah-sempadan jika, tetapi hanya jika - (a) dalam hal tanah yang terletak dalam mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk maksud seksyen kecil ini, atau mana-mana klas atau jenis tanah dalam kawasan itu ditentukan dalam penetapan itu, tuanpunya telah bersetuju dalam permohonannya.- (i) bahawa ia akan menyediakan cara masuk keluar perlu dengan membuat sebatang jalan mengikut taraf yang ditentukan dalam penetapan itu ; (ii) bahawa tanah yang diliputi oleh jalan itu hendaklah, dari mulanya pengeluaran hakmilik itu hingga bahagian pecah- 5039