2. PENYAKIT ASMA ATAU LELAH
- Cari daun kecubung dan bunganya, di tumbuk
hingga halus kemudian dijemur sampai kering.
Setelah kering di curahkan air hujan sedikit lalu di
panggang. Setelah kering lagi dibuat campuran
tembakau untuk merokok bagi penderita penyakit
asma tersebut tiap-tiap hari sekali.
Cara yang lain - Tangkap seekor keluang lalu
sembelih. Setelah di kupas kulitnya cuci dagingnya
yang bersih dengan air kapur agar tidak berbau,
sesudah itu buatlah resepi menurut kesukaan.
Ulang 3 hari berturut-turut dalam tempoh 3 bulan.
InsyaAllah.
3. BISUL PADA LEHER
Penyakit yang bengkak pada kelenjar leher dapat
dicegah dengan cara menghindarkan makanan
yang lazat dan tidak meminum susu terlalu banyak
dan tidak makan jenis makanan yang bergula.
Penyakit ini dapat di ubati dengan perahan limau
nipis, perahan kunyit dan madu murni. Minumlah
sedikit demi sedikit sampai 2 atau 3 sudu makan.
Selain itu usahakanlah mandi air hangat sambil
membaca Bismillah 7 kali sampai
mengeringat/peluh keluar. Ulangi beberapa kali.
InsyaAllah.
4. AIR SUSU IBU BERLEBIHAN
Ambil segenggam bunga melati atau bunga mawar
kemudian tumbuklah bunga tersebut hingga lembut
kemudian taruhlah pada kapas, maka tempelkanlah
pada payudara sebelum mandi. InsyaAllah.
5. MUDAH MELAHIRKAN
Pada waktu anda hamil 6 bulan, minumlah sesudu
minyak kelapa seminggu 3 kali, dan apabila
kandungan anda sudah berumur 9 bulan
lakukanlah setiap hari. Dan jangan lupa berdoa
dengan penuh keyakinan setiap hari dan setiap
malam.InsyaAllah.
6. AIR SUSU SUPAYA LANCAR
Makan setiap hari kulup dari daun
kecipir atau daun ketela yang
berwarna merah, atau juga daun
betik. InsyaAllah.
7. BUANG AIR BESAR DARAH
Pesakit harus banyak berehat, kemudian
ambil beberapa lembar daun jambu yang
muda, dan biji buah oisang(pisang yang
banyak biji). Setelah mengupas kulitnya,
parutlah pisang itu lalu campur dengan
daun jambu yang muda dan tumbuk sampai
halus, munim air perahan pisang berserta
daun jambu tersebut. Ulangi beberapa kali.
InsyaAllah.
8. PENYAKIT KURANG DARAH
Ambil 3 kerat lempu yang sebesar jari tangan, Gula
jawa secukupnya, kunyit secukupnya, Caranya
parut lempuyang dan kunyit tersebut lalu dibubuhi
gula jawa da diperah. Kunyit dan lempuyang
tersebut jangan dikupas kulitnya. Kemudian
rebuslah dengan air sebanyak 3 gelas, Apabila
dicuba kurang manis, maka tambahlah gula jawa
secukupnya. Biarkanlah sampai mendidih hingga
airnya tinggal 1 gelas, setelah dingin minumlah
sampai habis. Dan setiap hari harus membuat 1
gelas, minum apabila hendak tidur. Dan ulang
beberapa kali dalam tempoh empat bulan.
InsyAllah.
9. MABUK KENDERAAN
Sebelum naik kenderaan
minumlah dulu madu yang murni
dicampur dengan garam sedikit,
dengan cara minum 3 sudu madu
yang dibubuhi sedikit garam tadi.
InsyaAllah.
10. TERKENA AIR PANAS
Sapulah segera dengan ubat gigi,
maka bahagian yang terkena
panas tersebut tidak akan
mengembang dan tidak terasa
panas lagi . InsyaAllah.
11. LUKA MEMAR(LUKA MEMBIRU).
Luka seperti kena pukul, kena benda yangg keras,
tersepit pintu, jatuh. maka caranya ambil gosokan
kayu cendana atau kayu cendana, bawang merah
dan putih secukupnya, daun jambu muda 3 lembar,
ditumbuk halus bawang merah, bawang putih dan
daun jambu, tersebut dan campurkan dengan
gosokan kayu cendana bersama air, tunggu apabila
sudah berubah warna kecoklat-coklatan, ambil
kapuk kapas celupkan pada air tersebut dan
balutkan pada yang luka. InsyaAllah.
12. LEMAH ALAT KELAMIN
Ambil buah delima yang kecut
perah dan ambil airnya kira-kira
100% kemudian gula 50% jadikan
di atas api hingga mengental
seperti madu, setelah dingin baru
dimakan. InsyaAllah.
13. BENGKAK-BENGKAK MERAH DI BADAN
Ambil sepotong kunyit kemudian
parut kunyit tersebut lalu bubuh
kapur sirih dan air. Kemudian
panaskanlah ramuan itu di atas
api, setelah dingin sapukan pada
bahagian yang bengkak-bengkak.
InsyaAllah.
14. BISUL
Ambil tangkai daun sirih dan tumbuk
perlahan-lahan lalu celupkan pada minyak
kelapa, kemudian bakar tangkai daun sirih
tadi sehingga panas untuk di tempelkan
pada bahagian yang bisul. Seterusnya
sapukan tangkai daun sirih yang telah
dibakar pada bahagian yang membengkak,
dengan membubuh kapur sirih sedikit pada
bahagian yang luka beberapa kali.
InsyaAllah.
15. BENGKAK GUSI
Ambil 5 lembar daun jarak, 1 liter air
biasa & di tambah 1 sudu air kapur.
Rebus ramuan tersebut sampai
mendidih , kemudian setelah dingin air
rebusan dari ramuan itu di minum, dan
dibuat berkumur-kumur. InsyaAllah.
16. BARAH
Ambil kapur secukupnya, daun
sirih secukupnya, madu
secukupnya. campur semua
hingga sampai lumat, sesudah
lumat oleskan pada yang sakit
sehari 3 kali, InsyaAllah.
17. BATUK GATAL
Ambil 5 biji kencur, kemudian
kupas dan cuci hingga bersih,
setelah itu kunyah dengan di
campur garam sedikit, lakukan
berulang-ulang kali . InsyaAllah.
18. TEKANAN DARAH TINGGI
Gunakan 3 taring bawang putih
yang kecil sahaja, di tumbuk alau
di sedu dengan air masak
kemudian minum sesudah
sarapan pagi selama seminggu
berturut-turut. InsyaAllah.
19. GATAL-GATAL KERANA GIGITAN
SERANGGA
Ambil 2 buah kemiri dan sepotong
kunyit sebesar jari kelingking.
Pangganglah 2 bahan tersebut lalu
tumbuklah sampai halus, kemudian
sapukan keseluruhan bahagian yang
gatal. Dengan cara dan khasiat dari
ramuan tersebut maka keesokan
harinya gatal-gatal itu akan hilang.
Ulangi sehingga berjaya. InsyaAllah.
20. GIGI BERLUBANG YANG
BERDENYUT
Ambil getah buah betik yang masih
muda, masukan pada gigi yang
berlubang dengan memakai kapas
yang bersih secukupnya. Atau ambil 5
biji buah belimbing kemudian makan
belimbing tersebut yang dicampur
dengan garam sedikit. InsyaAllah.