SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  3
REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya, saya dapat
menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Saya dengan serendah-rendah
hati, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik
Maniyamin yang tidak henti-henti memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Tidak lupa juga
rakan-rakan yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan tugasan ini.
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur,
bentuk, dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula
ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota
lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
Dalam soalan tugasan ini, kami dikehendaki mencari artikel mengenai isu bahasa
yang diterbitkan dalam majalah Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal ini bertujuan untuk
mencari dan mendapatkan kata terbitan yang terdapat dalam artikel itu secara
keseluruhannya dan membuat analisis berdasarkan proses pembentukan kata terbitan
tersebut. Ia harus dianalisis dengan menggunakan aras tinggi dan berilmiah. Justeru,
analisis kata terbitan yang dterdapat dalam artikel itu harus ditelaah dalam pelbagai aspek
termasuklah dari segi struktur (binaan) kata terbitan tersebut.
Melalui tugasan ini, saya mendapat begitu banyak input yang sangat berguna.
Antaranya ialah mengenai takrifan morfologi oleh ramai tokoh. Dalam masa yang sama,
saya dapat membuat banding beza antara satu dengan yang lain. Bukan itu sahaja, saya
juga dapat memahami mengenai begitu banyak konsep ilmu-ilmu yang berkait rapat dan
diguna pakai dalam proses membuat analisis kata terbitan tersebut.
Semasa membuat analisis perkataan, saya juga mengasimilasikan ilmu sintaksis. Ini
adalah salah satu kaedah yang saya gunakan agar hasil daripada analisis yang saya buat
betul-betul menepati jawaban yang dikehendaki dan mempunyai ulasan yang kukuh. Saya
menggunakan ilmu sintaksis dalam menganalisis kata terbitan ini bukan bermaksud
menggunakannya secara keseluruhan. Tetapi, saya menggunakan ilmu tersebut untuk
mengenalpasti sesuatu ayat itu terlebih dahulu sama ada betul ataupun salah. Contohnya,
sebelum saya membuat analisis mengenaikata terbitan, ia sudah pasti dipetik dalam sebuah
ayat. Justeru, itulah sebabnya saya menggunakan cabang ilmu sintaksis dalam
menganalisis perkataan dalam tugasan ini.
Bukan itu sahaja, saya juga dapat mengasah kemahiran ilmu saya dalam aspek
frasa Bahasa Melayu. Saya telah membuat banyak rujukan termasuklah buku, dan laman
sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) yang menyediakan huraian beserta contoh
yang dapat memberikan kefahaman kepada pengguna yang mengunjungi laman sesawang
mereka.
Seterusnya, saya juga belajar megenai proses pembentukan kata terbitan yang
terhasil daripada proses pengimbuhan. Dalam pengimbuhan, terdapat pula proses
pengimbuhan seperti imbuhan awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Dalam proses
pengimbuhan, kata terbitan akan dihasilkan melalui transformasi setelah menerima apa-apa
bentuk imbuhan. Contohnya, kata dasar ’lari’ akan menjadi kata terbitan ’berlari’ apabila
menerima imbuhan awalan. Dalam konteks ini,
Pada mulanya, memang agak sukar dan susah untuk memahami setiap inci kata
terbitan yang ada di dalam artikel tersebut. Namun, setelah membuat rujukan dan bacaan
secara berulang kali, saya dapat memahaminya walaupun mengambil sedikit masa.
Seterusnya membuat analisis mengenai proses kata dasar menjadi kata terbitan.
Justeru, proses pembentukan perkataan baharu inilah yang saya asimilasikan dalam
proses saya membuat analisis ayat dalam tugasan ini. Kefahaman yang tinggi sangat
diperlukan untuk menelaah. Begitu juga dengan perkataan. Ini melibatkan daya fikir yang
kritis di samping pandai mengaitkan sesuatu konsep dengan bidang ilmu yang lain.
Selepas itu, proses penggandaan dalam pembentukan perkataan juga berjaya saya
kuasai. Dalam proses penggandaan, ada tiga kaedah iaitu penggandaan penuh,
penggandaan separa, dan penggandaan berentak. Justeru, proses ini merupakan salah satu
cara untuk saya menghuraikan bagaima sesuatu kata terbitan itu boleh wujud.
Sesungguhnya, tugasan ini memberikan saya begitu banyak input yang sangat berguna
sebagai bakal seorang guru di sekolah kelak, seterusnya dapat diaplikasikan dan dikongsi
bukan hanya kepada murid, tetapi juga kepada guru-guru sedia ada yang kurang
berkemahiran dalam bidang ini.
Sebagai bakal guru, saya juga tidak lupa untuk mengaitkan peranan bidang
morfologi ini dalam kehidupan saya sekarang dan pada masa yang akan datang. Bidang ini
memberikan satu transformasi dalaman dalam diri saya. Kalau sebelum ini saya kurang
mempunyai ilmu, sekarang saya sudah berjaya menguasainya walaupun tidak secara
keseluruhan. Sedikit-banyak, tugasa ini membantu saya sebagai bakal guru di sekolah untuk
meguasai kemahiran sebelum berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat yang pelbagai
ragam.
Sesungguhnya, bidang sintaksis ini bukan hanya berguna ketika di sekolah, tetapi
juga berguna semasa di luar lingkungan sekolah. Ilmu merupakan cahaya. Tanpa ilmu,
manusia akan bergelumang dengan kejahilan yang boleh membuatkan institusi keluarga,
pendidikan dan institusi kenegaraan semakin mundur. Justeru, ilmu ini sangat berguna
dalam pelbagai aspek. Bukan terbatas semasa di sekolah sahaja, tetapi juga semasa di luar
sekolah. Hatta, di seluruh pelosok Malaysia dan dunia.
Sebagai seorang bakal guru, cara pengucapan dan gaya berbahasa yang kita
gunakan sangat penting kerana ia dipandang oleh masyarakat sekeliling. Bayangkan
seorang guru bahasa Melayu, tetapi tidak pandai dan mempunyai banyak kesalahan
semasa bertutur ataupun dalam penulisan Bahasa Melayu. Bukankah itu boleh menjatuhkan
profesion keguruan? Justeru, ilmu bahasa termasuklah bidang sintaksis yang menjadi
antara cabang ilmu ini sangat berguna terutamanya ketika menyusun ayat yang gramatis
dan baku. Walaupun tidak menguasai secara seratus peratus, tetapi usaha untuk
mempelajari sesuatu ilmu itulah yang boleh mendewasakan akal fikiran.
Kebanyakan orang sekarang lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding
bahasa sendiri yakni bahasa Melayu. Mereka merasakan diri mereka lebih hebat dengan
penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan sendiri. Sedangkan, Bahasa Melayu pun
apa kurang hebatnya. Sekarang, Bahasa Melayu sudah pun mengalami perubahan yang
begitu mendadak sehingga menjadi bahasa ilmu yang dikaji oleh bangsa lain seperti negara
Australia dan Eropah.
Tuntasnya, aliran ilmu yang saya peroleh semasa menjalankan tugasan ini akan
saya guna dan kembangkan sebaik kelak. Sesungguhnya, ini adalah salah satu medium
untuk mengumpul manifestasi ilmu yang boleh memajukan diri ke arah seorang guru dan
juga sebagai masyarakat majmuk yang lebih berilmu dan berketerampilan dari segi
penggunaan wacana bahasa yang betul dari segi tatabahasanya. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada individu yang saya sebutkan di awal
tinta. Semoga kita terus diberikan kesihatan dan kesejahteraan hidup yang berpanjangan.
Insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Contenu connexe

Tendances

Proses menterjemah
Proses menterjemah Proses menterjemah
Proses menterjemah Max Nazry
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5Laila Mohd Sarjan
 
Analisis Kontrastif Pembentukan Kata Kerja
Analisis Kontrastif Pembentukan Kata KerjaAnalisis Kontrastif Pembentukan Kata Kerja
Analisis Kontrastif Pembentukan Kata KerjaMarliena An
 
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kata
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kataPeranan preposisi sebagai unsur pembentuk kata
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kataIsmail Bisri
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAAFIFAH ABIDIN
 
LCD (language curriculum development)
LCD (language curriculum development)LCD (language curriculum development)
LCD (language curriculum development)Haksa Vanholick
 
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSI
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSIMAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSI
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSINurulbanjar1996
 
Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)sabrinahamid96
 
Pembentukan dan perluasan kalimat
Pembentukan dan perluasan kalimatPembentukan dan perluasan kalimat
Pembentukan dan perluasan kalimatMuhammad Amal
 
Paragraf bahasa indonesia
Paragraf bahasa indonesia Paragraf bahasa indonesia
Paragraf bahasa indonesia Desi Rahmawati
 
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWA
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA  PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWAPENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA  PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWA
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWANurulbanjar1996
 
Bab v wacana
Bab v wacanaBab v wacana
Bab v wacanauniihusni
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)azam_hazel
 
Translation theory
Translation theoryTranslation theory
Translation theoryarupphala
 

Tendances (18)

Makalah Sintaksis Bahasa Indonesia
Makalah Sintaksis Bahasa IndonesiaMakalah Sintaksis Bahasa Indonesia
Makalah Sintaksis Bahasa Indonesia
 
Bab1 (1)
Bab1 (1)Bab1 (1)
Bab1 (1)
 
Proses menterjemah
Proses menterjemah Proses menterjemah
Proses menterjemah
 
Proses menterjemah
Proses menterjemahProses menterjemah
Proses menterjemah
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
Analisis Kontrastif Pembentukan Kata Kerja
Analisis Kontrastif Pembentukan Kata KerjaAnalisis Kontrastif Pembentukan Kata Kerja
Analisis Kontrastif Pembentukan Kata Kerja
 
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kata
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kataPeranan preposisi sebagai unsur pembentuk kata
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kata
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
LCD (language curriculum development)
LCD (language curriculum development)LCD (language curriculum development)
LCD (language curriculum development)
 
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSI
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSIMAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSI
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSI
 
Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)
 
Pembentukan dan perluasan kalimat
Pembentukan dan perluasan kalimatPembentukan dan perluasan kalimat
Pembentukan dan perluasan kalimat
 
Paragraf bahasa indonesia
Paragraf bahasa indonesia Paragraf bahasa indonesia
Paragraf bahasa indonesia
 
Metod penerjemahan
Metod penerjemahanMetod penerjemahan
Metod penerjemahan
 
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWA
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA  PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWAPENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA  PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWA
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWA
 
Bab v wacana
Bab v wacanaBab v wacana
Bab v wacana
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
 
Translation theory
Translation theoryTranslation theory
Translation theory
 

Similaire à Morfologi- Refleksi(Sem 5)

Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaDarwis Maulana
 
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam MorfologiProses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologimaulidanabilar
 
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK LiswiAnisa
 
penggunaan EYD dalam penulisan skripsi
penggunaan EYD dalam penulisan skripsipenggunaan EYD dalam penulisan skripsi
penggunaan EYD dalam penulisan skripsiMohammad Nawawi
 
Model induktif kata bergambar
Model induktif kata bergambarModel induktif kata bergambar
Model induktif kata bergambarELce PurWandarie
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA Operator Warnet Vast Raha
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuNur Khairi
 
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiahnurul bazilah
 
studi wacana-pengajaran wacana
studi wacana-pengajaran wacanastudi wacana-pengajaran wacana
studi wacana-pengajaran wacanaAjengIlla
 
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asing
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asingPrinsip pengajaran kosakata bahasa asing
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asingWidya Ajeng Pemila
 
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptxMODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptxNoviSusilawati8
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIAZURYATI1
 

Similaire à Morfologi- Refleksi(Sem 5) (20)

Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
 
Teori bahasa
Teori bahasaTeori bahasa
Teori bahasa
 
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam MorfologiProses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
 
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
 
penggunaan EYD dalam penulisan skripsi
penggunaan EYD dalam penulisan skripsipenggunaan EYD dalam penulisan skripsi
penggunaan EYD dalam penulisan skripsi
 
Bmm sem4 kk
Bmm sem4 kkBmm sem4 kk
Bmm sem4 kk
 
Model induktif kata bergambar
Model induktif kata bergambarModel induktif kata bergambar
Model induktif kata bergambar
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimatMakalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimat
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimatMakalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimat
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
 
Kuiz morfologi
Kuiz morfologiKuiz morfologi
Kuiz morfologi
 
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
 
Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 
studi wacana-pengajaran wacana
studi wacana-pengajaran wacanastudi wacana-pengajaran wacana
studi wacana-pengajaran wacana
 
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asing
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asingPrinsip pengajaran kosakata bahasa asing
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asing
 
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptxMODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA
 
Penutup asas kepimpinan
Penutup asas kepimpinanPenutup asas kepimpinan
Penutup asas kepimpinan
 

Dernier

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptpalagoro17
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".Kanaidi ken
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 

Dernier (20)

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 

Morfologi- Refleksi(Sem 5)

  • 1. REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Saya dengan serendah-rendah hati, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Maniyamin yang tidak henti-henti memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Tidak lupa juga rakan-rakan yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan tugasan ini. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Dalam soalan tugasan ini, kami dikehendaki mencari artikel mengenai isu bahasa yang diterbitkan dalam majalah Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal ini bertujuan untuk mencari dan mendapatkan kata terbitan yang terdapat dalam artikel itu secara keseluruhannya dan membuat analisis berdasarkan proses pembentukan kata terbitan tersebut. Ia harus dianalisis dengan menggunakan aras tinggi dan berilmiah. Justeru, analisis kata terbitan yang dterdapat dalam artikel itu harus ditelaah dalam pelbagai aspek termasuklah dari segi struktur (binaan) kata terbitan tersebut. Melalui tugasan ini, saya mendapat begitu banyak input yang sangat berguna. Antaranya ialah mengenai takrifan morfologi oleh ramai tokoh. Dalam masa yang sama, saya dapat membuat banding beza antara satu dengan yang lain. Bukan itu sahaja, saya juga dapat memahami mengenai begitu banyak konsep ilmu-ilmu yang berkait rapat dan diguna pakai dalam proses membuat analisis kata terbitan tersebut. Semasa membuat analisis perkataan, saya juga mengasimilasikan ilmu sintaksis. Ini adalah salah satu kaedah yang saya gunakan agar hasil daripada analisis yang saya buat betul-betul menepati jawaban yang dikehendaki dan mempunyai ulasan yang kukuh. Saya menggunakan ilmu sintaksis dalam menganalisis kata terbitan ini bukan bermaksud menggunakannya secara keseluruhan. Tetapi, saya menggunakan ilmu tersebut untuk mengenalpasti sesuatu ayat itu terlebih dahulu sama ada betul ataupun salah. Contohnya, sebelum saya membuat analisis mengenaikata terbitan, ia sudah pasti dipetik dalam sebuah ayat. Justeru, itulah sebabnya saya menggunakan cabang ilmu sintaksis dalam menganalisis perkataan dalam tugasan ini.
  • 2. Bukan itu sahaja, saya juga dapat mengasah kemahiran ilmu saya dalam aspek frasa Bahasa Melayu. Saya telah membuat banyak rujukan termasuklah buku, dan laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) yang menyediakan huraian beserta contoh yang dapat memberikan kefahaman kepada pengguna yang mengunjungi laman sesawang mereka. Seterusnya, saya juga belajar megenai proses pembentukan kata terbitan yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Dalam pengimbuhan, terdapat pula proses pengimbuhan seperti imbuhan awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Dalam proses pengimbuhan, kata terbitan akan dihasilkan melalui transformasi setelah menerima apa-apa bentuk imbuhan. Contohnya, kata dasar ’lari’ akan menjadi kata terbitan ’berlari’ apabila menerima imbuhan awalan. Dalam konteks ini, Pada mulanya, memang agak sukar dan susah untuk memahami setiap inci kata terbitan yang ada di dalam artikel tersebut. Namun, setelah membuat rujukan dan bacaan secara berulang kali, saya dapat memahaminya walaupun mengambil sedikit masa. Seterusnya membuat analisis mengenai proses kata dasar menjadi kata terbitan. Justeru, proses pembentukan perkataan baharu inilah yang saya asimilasikan dalam proses saya membuat analisis ayat dalam tugasan ini. Kefahaman yang tinggi sangat diperlukan untuk menelaah. Begitu juga dengan perkataan. Ini melibatkan daya fikir yang kritis di samping pandai mengaitkan sesuatu konsep dengan bidang ilmu yang lain. Selepas itu, proses penggandaan dalam pembentukan perkataan juga berjaya saya kuasai. Dalam proses penggandaan, ada tiga kaedah iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak. Justeru, proses ini merupakan salah satu cara untuk saya menghuraikan bagaima sesuatu kata terbitan itu boleh wujud. Sesungguhnya, tugasan ini memberikan saya begitu banyak input yang sangat berguna sebagai bakal seorang guru di sekolah kelak, seterusnya dapat diaplikasikan dan dikongsi bukan hanya kepada murid, tetapi juga kepada guru-guru sedia ada yang kurang berkemahiran dalam bidang ini. Sebagai bakal guru, saya juga tidak lupa untuk mengaitkan peranan bidang morfologi ini dalam kehidupan saya sekarang dan pada masa yang akan datang. Bidang ini memberikan satu transformasi dalaman dalam diri saya. Kalau sebelum ini saya kurang mempunyai ilmu, sekarang saya sudah berjaya menguasainya walaupun tidak secara keseluruhan. Sedikit-banyak, tugasa ini membantu saya sebagai bakal guru di sekolah untuk meguasai kemahiran sebelum berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat yang pelbagai ragam.
  • 3. Sesungguhnya, bidang sintaksis ini bukan hanya berguna ketika di sekolah, tetapi juga berguna semasa di luar lingkungan sekolah. Ilmu merupakan cahaya. Tanpa ilmu, manusia akan bergelumang dengan kejahilan yang boleh membuatkan institusi keluarga, pendidikan dan institusi kenegaraan semakin mundur. Justeru, ilmu ini sangat berguna dalam pelbagai aspek. Bukan terbatas semasa di sekolah sahaja, tetapi juga semasa di luar sekolah. Hatta, di seluruh pelosok Malaysia dan dunia. Sebagai seorang bakal guru, cara pengucapan dan gaya berbahasa yang kita gunakan sangat penting kerana ia dipandang oleh masyarakat sekeliling. Bayangkan seorang guru bahasa Melayu, tetapi tidak pandai dan mempunyai banyak kesalahan semasa bertutur ataupun dalam penulisan Bahasa Melayu. Bukankah itu boleh menjatuhkan profesion keguruan? Justeru, ilmu bahasa termasuklah bidang sintaksis yang menjadi antara cabang ilmu ini sangat berguna terutamanya ketika menyusun ayat yang gramatis dan baku. Walaupun tidak menguasai secara seratus peratus, tetapi usaha untuk mempelajari sesuatu ilmu itulah yang boleh mendewasakan akal fikiran. Kebanyakan orang sekarang lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding bahasa sendiri yakni bahasa Melayu. Mereka merasakan diri mereka lebih hebat dengan penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan sendiri. Sedangkan, Bahasa Melayu pun apa kurang hebatnya. Sekarang, Bahasa Melayu sudah pun mengalami perubahan yang begitu mendadak sehingga menjadi bahasa ilmu yang dikaji oleh bangsa lain seperti negara Australia dan Eropah. Tuntasnya, aliran ilmu yang saya peroleh semasa menjalankan tugasan ini akan saya guna dan kembangkan sebaik kelak. Sesungguhnya, ini adalah salah satu medium untuk mengumpul manifestasi ilmu yang boleh memajukan diri ke arah seorang guru dan juga sebagai masyarakat majmuk yang lebih berilmu dan berketerampilan dari segi penggunaan wacana bahasa yang betul dari segi tatabahasanya. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada individu yang saya sebutkan di awal tinta. Semoga kita terus diberikan kesihatan dan kesejahteraan hidup yang berpanjangan. Insya-Allah. Sekian, terima kasih.