SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  50
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
”Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."

Definisi Falsafah
Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos
bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang
dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan
sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau
pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah
menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir
secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh
diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang
penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 )
ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap
perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality,
ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya
kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.
1
Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan
asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab ‫ةفسلف‬
yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud
"cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
• Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas.
• Tujuannya untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan
falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak
dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1.
Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif
falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri.

Bagi rujukan umum, di sini kita mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi
Gazalba yang menyatakan bahawa Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari
kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan
berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian
dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu
telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu
adalah falsafah.

Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya
ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah.
Maka hasilnya adalah karya falsafah.

2
Definisi Pendidikan

Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare yang membawa maksud
memelihara atau mengasuh.
Menurut Kamus Pendidikan (1979), “Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang
bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu
proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu individu untuk
memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia
dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan
dikenali sebagai sekolah.”

Mengikut John Dewey (1859-1952), Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan
untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu
persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.

Mengikut Yusuf al-Qardawi (1980), Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup
termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk
menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang serting menghadapi kebaikan dan
kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Bagi Hassan Langgulung (1987), Pendidikan merupakan proses mengubah dan
memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan
tersebut berlaku melalui cara-cara berikut:
(i) pengajaran – pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu
yang lain;
(ii) Latihan – membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran;
(iii) Indoktrinasi – menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang
lain.
• Ketiga-tiga cara ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.
3
Negara Malaysia sedang mengalami proses pembangunan, oleh itu agak penting
kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
digubal pada 1988, berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi Negara. Kini
FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menjadi panduan
bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, maka sistem
pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk
sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada
peringkat tertinggi iaitu universiti.

FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.
Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia
dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang
paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan
menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu
yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang
amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan
manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan
pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan
mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada
manusia.

4
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan
diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan
individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli
keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia, dan berbakti.
Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka Matlamat
Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya
menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat
Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki
serta menghayati ciri-ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan.
Berilmu pengetahuan.
Berakhlak mulia.
Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

5
MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu
jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang
baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri:
1. Percaya kepada tuhan.
2. Berakhlak mulia.
3. Berilmu pengetahuan.
4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang
bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara.
Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke
hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina
negara Malaysia.

Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf
ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada
Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan
dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh
kerana pengkhianatan rakyatnya.

6
Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsipprinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan
perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang
membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara
Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi
teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan
kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada
undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.

Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi
sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan
yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong
dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat
ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju
berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam
merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada muridmurid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan
bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran

Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan
sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak.
Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai
nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan
peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni
ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai.

7
2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN(FPK).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional
terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan
haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem
pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara kita Malaysia.

Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi
dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang
berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.Untuk
menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada
segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan
terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor( Mok Soon Sang:2000:89) yang mempengaruhi
pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :-

2.1 Faktor Agama

Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama
Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut
undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktorfaktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah
Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu
“:...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...“

8
2.2 Faktor Politik

Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah
berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen
rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam
usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam
penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan
kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara.
Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Negara,
sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.
“...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara...”

2.3 Faktor Ekonomi

Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara
memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini
dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan
terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah
menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Negara
“...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri...”

9
2.4 Faktor Sosial

Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran
negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormatmenghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam
usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk
mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah
menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Negara, iaitu:
”...melahirkan rakyat Malaysia...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara...”

2.5 Faktor Individu

Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan
harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur,
sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup
dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan
pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Negara.
“…memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani…”

10
2.6 Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh
perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang
dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke
atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan,
pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO
dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan
Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan. Hal Ini
jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.
“..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh...”

Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan
andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi.
Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh
melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju yang
lain.

11
3.0 ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Terdapat beberapa elemen yang dikenalpasti di dalam FPK, iaitu :

3.1 Pendidikan suatu usaha berterusan
• Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan
nilai murni.
• Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari
kecil sehingga ke akhir hayat.
• Pendidkan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanakkanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun.
• Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan.
• Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu,
kemahiran dan akhlak mereka.
• Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri
dengan pelbagai perubahan.

3.2 Perkembangan potensi individu
• Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang
mungkin terpendam.
• Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk dan dikembangkan
dan dipertingkatkan.
• Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain
dan alam sekeliling.
• Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi
dan kebolehan mereka.

12
3.3 Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu
• Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan,
sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu
sama lain.
• Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi 4 aspek, iaitu intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

3.4 Insan yang seimbang dan harmonis
• Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya
kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik
(jasmani).
• Keseimbangan antara keepat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang
mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain.
• Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup
serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.

3.5 Unsur intelek
• Mempunyai kemahiran asas 3M; membaca, mengira dan menulis.
• Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar.
• Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.
• Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan
ilmu).

13
3.6 Unsur rohani
• Menyedari dan percaya kepada Tuhan.
• Bersyukur dengan pemberian Tuhan.
• Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

3.7 Unsur emosi
• Mempunyai emosi yang matang dan stabil.
• Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang.
• Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

3.8 Unsur jasmani
• Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal.
• Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.
• Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

3.9 Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan
• Mengakui tentang kewujudan Tuhan.
• Mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam.
• Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan
oleh Tuhan.
• Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan
dan tindakannya.
• Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

14
3.10 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
• Cintakan ilmu pengetahuan.
• Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca.
• Mempunyai fikiran luas dan terbuka.

3.11 Rakyat Malaysia yang berketrampilan
• Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.
• Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna.
• Berpandangan jauh dan berinisiatif.
• Memupuk pembawaan diri yang baik.

3.12 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
• Mempunyai perwatakan diri yang baik.
• Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

3.13 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
• Boleh dipercayai.
• Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus
dilaksanakan dengan baik.
• Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap.
• Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
• Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

3.14 Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesjahteraan diri
• Berfikiran waras dan berjiwa tenang.
• Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
15
3.15 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara
• Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa,
kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya.
• Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang
ditetapkan.
• Sering mengamalkan kestabilan politik dan keamanan negara.
• Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.
• Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

3.16 Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
• Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yan tinggi.
• Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

3.17 Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara
• Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.
• Memupuk persefahaman keluarga.
• Mematuhi norma masyarakat.
• Cintakan negara.

16
4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MENJAYAKAN HASRAT FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh
ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid
untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu
yang sedia ada.Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan
diaktifkan secara menyeluruh.
4.1 Peranan pihak pengurusan, guru dan organisasi sekolah.
Sekolah amat berperanan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Hal ini kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen
perubahan seseorang insan. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni harus diterapkan dalam
diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek
JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan
objektif FPK.
Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang penting
untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan. Jika
sesebuah sekolah ingin mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, maka
pentadbir sekolah berkenaan perlulah mempunyai matlamat dan strategi yang jelas
untuk mencapai maksud yang diharapkan. Kerjasama dan kesepaduan yang baik
antara pentadbir dan guru-guru dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai prestasi
yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Namun begitu, tidak semua guru dapat
memberi kerjasama sepenuhnya antara satu sama lain.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak ada pihak
yang ingin mainkan peranan masing-masing. Pihak sekolah merupakan peranan
terbesar dalam pelaksanaan FPK. Pendidikan itu bermula dari rumah tetapi sekolah

17
merupakan tempat mendidik yang lebih khusus. Oleh itu, FPK ini dijalankan di sekolah.
Di sekolah setiap individu memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara pihak yang berkaitan ialah:
Guru Besar
Guru Penolong Kanan
Ketua Panitia
Guru Bilik Darjah
4.1.1Guru Besar
Guru Besar merupakan tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan
dan menggerakkan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran
sekolah. Guru Besar merupakan ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat,
strategi, gaya dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian
objektif sekolah. Jika Guru Besar tersebut seorang yang tidak berdisiplin, maka
pincanglah segala perancangan dan pengurusan sekolah tersebut. Jadi,
kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang diterajui
oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek JERIS
selaras dengan hasrat FPK.
Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan
kewangan sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu
mendapat pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru
Besar itu merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam
merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai
pengajaran guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa
pengajaran, sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan
perkembangan profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid
Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan
Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap
bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi
18
latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi
terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam
meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah
yang dengan lebih efektif dan sistematik.
Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah,
namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di
sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan
galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik
dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi
arahan, namun perlu turut serta terlibat dengan program-program serta perlaksanaan
yang dijalankan di sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan
organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang
harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK.
Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika
terdapat kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan
prihatin terhadap mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami
kesulitan yang dialami oleh kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan
bersedia untuk menolong kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat
empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati
dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat baik kepada orang lain,
orang lain akan senang memberikan pertolongan kepada kita kelak dan begitulah
sebaliknya. Pemimpin yang tidak mengendahkan keadaan staf-stafnya akan
menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif. Contohnya, guru tidak akan
memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru Besar meminta
pertolongan dari guru tersebut.
Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah
termasuk murid-murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran
sekolah.
19
· 4.1.2 Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di sesebuah
sekolah. Terdapat 3 jenis guru Penolong Kanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK
Kokurikulum dan GPK HEM. Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala
pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar
dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan
guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan
berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila
terdapat guru yang tidak hadir maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau
akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua
selepas guru besar dan perlu sama-sama memastikan kelancaran pentadbiran sekolah.
Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini kerana
semua masalah guru terletak di bawah tanggungjawab GPK 1. jadual waktu yang
disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku pertindihan waktu antara guru. Struktur
organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan GPK 1 ini. Kesimpulannya,GPK 1 ini
memainkan peranan penting dalam membantu guru besar untuk melaksanakan
Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang
bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum
merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko
mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau
bertanggungjawab dalam pembelajaran yang berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan
sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau melaksanakan sukan dan persatuan di
dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
20
jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi pelajaran tetapi pandai dari
segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan hasrat Falsafah ini.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang
bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat
pelajar yang sakit, PK HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu
bapa pelajar tersebut. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah
kawalan guru ini. Pelajar yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan
guru inilah yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik
itu. Selain itu, PK HEM juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang
cemerlang namun dalam golongan miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa
kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga murid tersebut.
Murid-murid yang mempunyai masalah Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan
guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk
diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan
masalah. Guru ini bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin di sekolah
dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya pelajar yang keluar dari sekolah nanti
akan seimbang dirinya.
Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran
perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk
melicinkan pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar.
Guru Besar dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala
pengurusan yang dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan
warganegara yang menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek.

21
4.1.3 Ketua Panitia
Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan
kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai
seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan
diketuai oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata
pelajaran yang tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf
dan pendidikan khas.
Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang
diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan
merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan
hendaklah selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan
pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua
panitia matematik merancang satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
matematik. Ketua panitia ini memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjeksubjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan
pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum
dirujuk kepada Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia
hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi,
peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran
selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan
negara.

22
4.1.4 Guru Bilik Darjah
Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan muridmurid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun
mereka telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di
sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di
sekolah. Setiap masalah pelajar guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi
pembelajaran. Kehadiran pelajar guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab
jika tidak hadir ke sekolah. Setiap masalah yang berlaku guru kelas harus
menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir di sekolah. Guru bilik darjah juga
bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-masing kerana terdapat program
keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual
bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat
menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah.
Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang
baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada
murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang.
Guru bilik darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di
dalam kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka
untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat
membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma
dalam masyarakat pada hari ini.
Tuntasnya, guru bilik darjah ini merupakan tempat bergantung murid-murid
ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang paling
rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam
melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.

23
4.2 Prasarana
4.2.1 Kemudahan sekolah
Sekolah memainkan peranan yang amat penting untuk mendidik dan mengembangkan
potensi individu murid-murid supaya menjadi seorang warganegara yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia. Sekolah juga merupakan sebuah
tempat untuk bersosialisasi bersama individu lain dengan mengamalkan budaya dan
nilai murni yang tinggi selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini. Jadi kemudahan-kemudahan di sekolah amat penting untuk membantu
objektif FPK ini berjaya dilaksanakan.
Kemudahan-kemudahan yang dinyatakan di bawah merupakan antara kemudahan
yang berada di Sk. Batu 22 :

Sudut Pembelajaran
Di Sk.Batu 22 terdapat sudut pembelajaran yang khusus untuk murid-murid. Di sudut
tersebut mempunyai pelbagai jenis bahan bacaan untuk kemudahan murid di sekolah
seperti akhbar, majalah Pintar, Kuntum dan banyak lagi. Mereka boleh menggunakan
sudut pembelajaran itu pada bila-bila masa sahaja kerana sudut tersebut berada di
tempat terbuka. Keadaan di sekeliling sudut bacaan dihiasi dengan landskap yang
indah dan menarik. Perkembangan intelek dapat dipertingkatkan dengan wujudnya
sudut seperti ini di sekolah. Selain itu, budaya membaca serta penerapan unsur nilainilai murni dapat diwujudkan dalam kalangan murid di sekolah selaras dengan hasrat
yang didokong di dalam pembentukan FPK.

24
Dewan
Dewan sekolah berada pada aras bawah di blok C. Dewan berfungsi pada hari-hari
majlis tertentu seperti perjumpaan ibu bapa dan guru (PIBG), majlis ceramah,
pertandingan bercerita dan lain-lain. Selain itu, dewan ini juga digunakan sebagai
dewan peperiksaan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dewan ini ádalah
sederhana besar yang dapat memuatkan lebih daripada 100 orang murid.

Kantin
Apa yang saya perhatikan, kawasan kantin sangat kemas dan ceria. Terdapat pelbagai
jenis hiasan yang berada dalam kawasan kantin itu.Kantin sekolah ini adalah dalam
keadaan yang bersih dan dianugerahkan Gred B oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
dalam kebersihan premis makanan. Makanan yang disediakan juga sentiasa ditutup
rapat untuk mengelakkan lalat dari dihinggapi oleh serangga seperti lalat. Selain itu, ia
dapat mengelakkan murid-murid mengalami keracunan makanan serta menyediakan
mendapat makanan yang berkhasiat dan bersih. Harga makanan dan minuman yang
dijual di kantin sekolah kepada murid-murid sekolah adalah amat murah dan berpatutan
.
Tandas
Tandas pada umumnya adalah amat penting di sebuah sekolah dan memerlukan
penjagaan yang baik kerana tempat ini adalah tempat yang kotor. Terdapat 2 buah
tandas untuk kegunaan murid-murid dan tandas tersebut telah diasingkan antara murid
lelaki dengan murid perempuan. Tandas guru juga mempunyai 2 buah yang mana turut
diasingkan antara guru lelaki dan guru perempuan. Pihak sekolah telah menyediakan
program-program kebersihan tandas agar keadaan tandas sentiasa berada dalam
keadaan bersih dan selesa. Selain itu juga, program tersebut dapat melatih murid-murid
menggunakan tandas dengan cara yang betul dan dapat mengelakkan sebarang bau
yang tidak menyenangkan dari kawasan tandas semasa proses P&P berjalan.
25
Padang
Sk. Batu 22 mempunyai sebuah padang yang sangat luas iaitu kira-kira 2500
kaki persegi. Kedudukan padang adalah di hadapan blok bangunan C. Semua aktiviti
kokurikulum dan sukan akan diadakan di kawasan padang. Di padang terdapat
pelbagai kemudahan yang lengkap seperti trek larian untuk acara balapan serta
kawasan olahraga untuk murid-murid.Di tengah kawasan padang terdapat 2 gol untuk
permainan bola sepak, hoki dan sebagainya. Murid-murid dibenarkan bermain di
kawasan padang pada waktu petang untuk menjalani sebarang aktiviti sukan. Muridmurid juga perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti
memakai kasut ketika berada di padang, memakai baju sukan ketika berada di padang,
tidak membuang sampah di kawasan padang dan lain-lain yang telah dinyatakan di
dalam peraturan semasa menggunakan padang. Melalui hasil dapatan saya tentang Sk.
Batu 22 ini, kebanyakkan kejayaan yang dicapai adalah dalam bidang sukan. Jadi,
kemudahan-kemudahan yang disediakan banyak membantu sekolah dalam menempa
nama di persada sukan. Selain itu, kemudahan padang permaian yang tersedia ini
dapat membantu perkembangan fizikal murid-murid selaras dengan aspirasi FPK.

Padang Permainan
Terdapat sebuah padang permainan untuk kegunaan murid-murid prasekolah.
Kawasan permainan ini dibina berdekatan dengan kawasan kelas prasekolah untuk
kemudahan murid-murid dalam menjalani aktiviti kokurikulum dengan jayanya.

26
Pusat Sumber
Pusat sumber amatlah penting di sesebuah sekolah kerana ia memberi kemudahan
kepada murid-murid untuk mencari maklumat dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Selain itu, budaya ilmu juga dapat diterapkan di dalam diri setiap murid-murid agar
mereka menjadi seorang yang berilmu.Kedudukan pusat sumber di sekolah adalah di
blok C bangunan lama,di aras 2. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat
murid-murid untuk datang meminjam buku di pusat sumber tersebut walaupun agak
jauh dari blok-blok lain.
Pusat sumber tersebut memiliki kurang bahan bacaan dan hal ini akan
menyebabkan murid-murid tidak dapat memperolehi sumber rujukan ilmu pengetahuan
yang cukup lengkap. Buku-buku cerita yang disediakan juga agak lama dan tidak dapat
menarik perhatian murid-murid untuk meminjamnya. Menurut guru penyelaras pusat
sumber sekolah, pihak sekolah telah merancang untuk membeli bahan bacaan yang
baru dan lengkap selepas bangunan baru siap sepenuhnya. Jadi, murid-murid tidak
perlu lagi berjalan jauh untuk datang ke pusat sumber ini nanti.
Pusat sumber dijaga dan dikawal oleh pengawas pusat sumber yang bertugas.
Pengawas pusat sumber memakai pakaian seragam yang berwarna biru dan berkain
hitam. Mereka diberi tanggungjawab untuk menjaga kebersihan perpustakaan dan
merekodkan setiap buku yang dipinjam oleh murid-murid lain.

27
Makmal Sains
Makmal sains di Sk.Batu 22 berada di blok B. Di dalam makmal sains terdapat pelbagai
peralatan yang lengkap untuk digunakan dalam mata pelajaran Sains seperti
mikroskop, tabung uji, termometer, radas, balang kaca, neraca dan lain-lain. Peralatanperalatan yang disediakan ini adalah bertujuan untuk kemudahan pembelajaran muridmurid ketika menjalankan eksperimen di dalam makmal tersebut.
Semasa berada di dalam makmal, terdapat banyak peraturan yang perlu
dipatuhi. Hal ini disebabkan makmal merupakan tempat yang sangat bahaya kerana
terdapat bahan-bahan kimia yang mudah terbakar seperi alkohol dan sebagainya. Jadi,
murid-murid perlulah berhati-hati dan tidak bergurau ketika berada di dalam makmal
untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Selain itu juga,
murid-murid perlu mendapat kebenaran dari guru sebelum memasuki makmal sains ini.

Makmal Komputer
Makmal komputer di SK.Batu 22 baru ditubuhkan pada tahun 2009. Pembinaan blok
bangunan baru untuk makmal komputer ini adalah selari dengan hasrat kerajaan yang
inginkan pendedahan awal murid-murid dalam bidang ICT ini. Terdapat sebanyak 20
buah komputer telah dibekalkan untuk kemudahan pembelajaran murid-murid. Selain
itu, meja dan kerusi khas untuk meletakkan komputer juga telah dibekalkan sebanyak
20 buah.Murid-murid tidak boleh masuk sesuka hati di dalam makmal komputer . Hal ini
kerana untuk menjaga komputer daripada berlaku sebarang kerosakan. Jadi guru-guru
perlulah sentiasa memantau keadaan murid-murid semasa mereka menggunakan
komputer. Guru-guru juga perlu cekap dalam kemahiran menggunakan komputer agar
dapat mendedahkan teknik penggunaan komputer yang betul kepada murid-murid. Jika
guru tidak cekap menggunakan komputer, maka murid-murid akan berasa bosan dan
tidak akan berminat untuk mempelajari komputer. Oleh itu pengurusan dalam bidang
ICT yang cekap oleh para guru amat perlu agar dapat membolehkan murid-murid
berminat dalam mempelajari komputer.

28
Pejabat
Pejabat merupakan tunjang utama dalam segala sistem pengurusan dan pentadbiran di
sekolah. Di pejabat terdapat bilik Guru Besar dan bilik Penolong-penolong Kanan
sekolah. Selain itu juga, di pejabat terdapat kemudahan alat penghawa dingin untuk
memberi keselesaan kepada pihak pengurusan sekolah. Sistem pengurusan pejabat
yang sistematik diibaratkan sebagai nadi kecemerlangan yang dicapai oleh sekolah.
Andaikata pentadbiran yang dilakukan oleh pihak mengurusan itu lemah, maka segala
hasilnya juga adalah lemah.
Di pejabat terdapat 5 orang staf sokongan yang membantu pentadbiran dan
pengurusan di sekolah. Kelima-lima staf ini mempunyai bidang tugas yang berbeza dan
masing-masing dalam bidang kewangan, pembantu pengurusan murid, urusan
pengkeranian serta pengurusan pejabat. Dalam aspek keselamatan, pintu pejabat
dikunci dengan pintu pagar grill untuk mengelakkan sebarang kes pencerobohan dari
pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini kerana, di pejabat terdapat semua fail-fail
yang berkaitan dengan hal pengurusan dan maklumat sekolah. Jadi keselamatan
amatlah dititikberatkan untuk menjaga keselamatan sekolah ini.

Bilik Guru
Bilik guru merupakan bilik yang disediakan kepada setiap guru-guru yang berada di
sekolah tersebut. Bilik guru terletak bersebelahan dengan pejabat sekolah. Di SK.Batu
22 terdapat seramai 46 orang guru maka terdapat 46 buah meja dan kerusi. Kedudukan
tempat guru lelaki dan guru perempuan diasingkan. Selain itu terdapat satu set perabot
di dalam bilik guru untuk kemudahan dan keselesaan para guru selepas penat
mengajar. Mereka juga dapat berbincang masalah yang berlaku di sekolah dengan
rakan guru yang lain.

29
Di dalam bilik guru juga terdapat sebuah komputer dan sebuah printer untuk
kemudahan para guru. Bilik guru juga sentiasa berada di dalam kedaan kemas
walaupun meja yang disediakan untuk meletakkan bahan-bahan pengajaran itu
mempunyai ruang yang sempit.

Bilik Gerakan
Bilik gerakan dikenali juga sebagai bilik mesyuarat. Setiap kali perjumpaan atau
mesyuarat akan dijalankan di dalam bilik gerakan ini. Bilik ini amat penting untuk
menggerakkan pengurusan dan pentadbiran yang berlaku di sekolah. Segala
keputusan yang dicapai adalah hasil perbincangan para guru dengan pihak pengurusan
sekolah. Bilik gerakan di sekolah ini sangat kemas dan cantik. Setiap sudut dan dinding
telah dihias dengan pelbagai perhiasan dan rekabentuk yang unik. Selain itu, terdapat
pelbagai maklumat tentang pencapaian sekolah di bilik gerakan ini.

Kelas Pemulihan
Kelas pemulihan telah diadakan pada sesi persekolahan petang iaitu untuk murid tahun
1 dan 2. Pada setakat ini, terdapat seramai 81 orang murid yang dikenalpasti tidak
dapat menguasai kemahiran 3M dengan baik. Objektif utama kelas ini ditubuhkan
adalah supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu Membaca,
Menulis dan Mengira. Selepas mereka dapat menguasai ketiga-tiga kemahiran tersebut
dengan baik, maka mereka dapat meneruskan pelajaran mereka di kelas normal. Kelas
ini diuruskan oleh 3 orang guru.

30
Bengkel Kemahiran Hidup
Bengkel Kemahiran Hidup (KH) terletak di kawasan belakang sekolah. Bengkel ini
mempunyai peralatan yang cukup lengkap untuk digunakan semasa subjek Kemahiran
Hidup. Hal ini dapat melancarkan proses P&P kerana segala keperluan serta peralatan
adalah lengkap. Menurut Guru penyelaras bengkel KH, murid-murid diajar kemahirankemahiran asas dalam aktiviti kehidupan seharian. Kebiasaannya murid-murid akan
melaksanakan amali seperti bercucuk tanam, membuat aktiviti pertukangan dan
sebagainya. Kawasan di dalam bengkel KH adalah sangat luas dan selesa. Terdapat 6
buah meja panjang dan 12 buah kerusi panjang di dalam bilik tersebut. Murid-murid
tidak dibenarkan masuk ke dalam bengkel jika tidak menerima arahan daripada guru.
Ini kerana, di dalam bengkel tersebut terdapat peralatan yang membahayakan seperti
gergaji, tukul, paku, pisau dan lain-lain.

Kelas PPSMI
Kelas PPSMI baru dilaksanakan pada tahun 2007 di Sk.Batu 22 ini. Kelas ini digunakan
untuk mata pelajaran Sains dan Matematik untuk kemudahan murid-murid di sekolah.
Ruang di dalam bilik ini sangat luas. Pembinaan bilik ini adalah bertujuan untuk
memudahkan P&P dalam subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Bilik ini
masih belum mempunyai kelengkapan alatan yang cukup kerana masih lagi
kekurangan guru Sains dan Matematik.

31
Prasekolah
Terdapat 2 buah kelas prasekolah di SK.Batu 22 ini. Prasekolah Melati merupakan
prasekolah yang baru ditubuhkan pada tahun 2006. Hal ini disebabkan oleh permintaan
ibu bapa yang menginginkan pendidikan awal kanak-kanak sebelum mereka ke tahun 1
kelak. Setiap prasekolah mempunyai bilangan murid-murid seramai 25 orang yang
berumur 6 tahun.
Bangunan prasekolah berwarna warni untuk menarik minat murid-murid ke
sekolah. Selain itu, prasekolah-prasekolah ini mempunyai taman permainan yang
lengkap dan cantik untuk perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut. Dalam taman
permainan tersebut terdapat banyak kemudahan-kemudahan untuk kanak-kanak
prasekolah bermain seperti gelongsor, buaian, jongkang-jongkit dan banyak lagi.

KESIMPULAN
Jadi jelaslah prasarana-prasarana yang disediakan di sekolah banyak membantu
murid-murid belajar dengan selesa dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Prasarana merupakan salah satu faktor yang dapat melaksanakan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kemudahan yang lengkap akan melicinkan lagi sesi
pembelajaran di sekolah. Kemudahan yang lengkap akan melahirkan pelajar yang
seimbang dan dapat meningkatkan aspek JERIS murid-murid. Di perpustakaan mereka
boleh membaca surat khabar bagi menambahkan lagi pengetahuan dalam diri pelajar.
Di musalla pula mereka dapat meningkatkan aspek kerohanian dan juga moral. Padang
juga penting bagi pembentukan jasmani pelajar-pelajar supaya berkembang selaras
dengan perkembangan aspek lain. Maka ini bertepatanlah dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bahawa ingin melahirkan insan yang seimbang dari semua
aspek dan sempurna.

32
4.2.2 Keceriaan sekolah dalam memupuk nilai estetika, kebersihan dan
keselamatan.
Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran haruslah
diwujudkan untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan
menyeluruh dari segala aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Untuk
mencapai hasrat ini, iklim dan budaya sekolah haruslah berada dalam keadaan selesa,
tenteram, aman damai, mesra dan juga riang.
Sekolah perlulah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk melahirkan
individu yang dapat berkembang secara menyeluruh. Kebersihan di seluruh kawasan
sekolah amat penting kerana ia akan mempengaruhi proses P&P di dalam darjah.
Sebagai contoh, jika keadaan tandas di sekolah tidak terurus dan berbau busuk, maka
murid-murid belajar dalam keadaan yang tidak selesa. Ini akan menggangu
pembelajaran mereka dan akan menyebabkan objektif pengajaran tidak berhasil. Jadi,
pihak sekolah perlu sentiasa mengadakan aktiviti kebersihan agar keceriaan sekolah
dapat diwujudkan.
Selain itu, keceriaan sekolah diserikan dengan mural-mural yang berada di dindingdinding bangunan. Mural-mural yang mempunyai kepelbagaian hasil kreativiti dapat
meningkatkan keceriaan sekolah. kata-kata hikmah yang berada di dalam kawasan
sekolah juga amat penting dalam meningkatkan nilai estetika di sekolah. Kata-kata
hikmah seperti usaha tangga kejayaan, melentur buluh biarlah dari rebungnya, cintai
alam sekitar ,membaca jambatan itu adalah sebahagian contoh kata-kata hikmah yang
biasa kita lihat di sekolah. Ia juga berfungsi sebagai motivasi kepada murid-murid untuk
belajar bersungguh-sungguh dan berusaha mencapai cita-cita yang diimpikan serta
memupuk kecintaan terhadap alam semulajadi.
Amalan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia merupakan salah satu elemen di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. Guru berperanan penting dalam pemupukan
akhlak mulia murid-murid di sekolah. Nilai-nilai murni tersebut akan diamalkan oleh
murid-murid walaupun berada di luar kawasan sekolah andai guru dapat menerapkan

33
nilai murni dalam amalan pengajaran harian mereka. Nilai murni seperti memberi salam
kepada guru dan orang yang lebih tua, membaca doa sebelum dan selepas belajar
adalah perlu untuk melahirkan warganegara yang beragama dan seimbang serta
menyeluruh. Selain itu, budaya hormat menghormati dan tolong menolong dapat
melahirkan iklim sekolah yang baik.
Keselamatan juga merupakan salah satu faktor yang dapat menyuburkan suasana
sekolah agar sentiasa kelihatan aman damai dan selesa. Jika sekolah tidak mempunyai
tahap keselamatan yang baik, maka murid-murid akan berasa takut dan tidak selesa
semasa berada di sekolah. Jadi hal ini akan membantutkan segala aktiviti yang ingin
mereka lakukan. Sebagai contoh, P&P dijalankan di blok bangunan yang lama, jadi
murid-murid berasa tidak selamat dan sentiasa gelisah. Maka hal ini akan mengganggu
pembelajarannya. Oleh itu, pengurusan keselamatan di sekolah amat penting untuk
memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat
.

34
4.3 Program dan Aktiviti

4.3.1 Kurikulum
Dewasa ini, arus globalisasi yang melanda dunia mencetuskan persaingan yang hebat
dalam pelbagai aspek kehidupan. Aspek pendidikan adalah teraju yang amat penting
dalam mencapai persaingan ini, maka perancangan yang teliti dan berkesan perlu
dilakukan agar dapat melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan
mempunyai daya saing yang tinggi. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat
penting untuk melahirkan anak didik yag cemerlang dengan sokongan semua pihak
iaitu pihak ibu bapa dan seluruh warga sekolah.
Dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum,
pelbagai aktiviti yang disediakan di sekolah seperti Minggu Bahasa, English Days, kuiz
dan pertandingan, program motivasi, kelas intensif UPSR untuk murid tahun 6, kelas
tambahan pada waktu cuti dan banyak lagi. Strategi yang mantap haruslah dirancang
dan dilaksanakan dengan penuh komitmen dan memerlukan semangat kerja
berpasukan yang tinggi oleh warga sekolah untuk menjana kurikulum yang cemerlang.
Pengurusan kurikulum yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam
semua bidang sama ada akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Jadi, sekolah
berperanan penting dalam melaksanakan matlamat FPK ini dengan meningkatkan
keberkesanan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Sebagai contoh, peranan sekolah menaiktarafkan pusat sumber sekolah dengan
menambah bilangan buku dan kemudahan-kemudahan di dalam pusat sumber seperti
alat penghawa dingin, sudut kognitif dan sudut bacaan akhbar dapat menarik minat
murid dan guru-guru untuk ke sana. Jadi hal ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
murid-murid selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang
berilmu pengetahuan.

35
Proses P&P di dalam bilik darjah juga dapat dipertingkatkan dengan
penyelarasan rancangan mengajar. Guru memainkan peranan yang penting dalam
menjayakan P&P yang berkesan. Oleh itu guru perlu menggunakan modul pengajaran
KBKK semasa P&P berjalan kerana ingin mewujudkan suasana yang dapat menarik
minat murid-murid. Guru juga perlulah memberi latihan dari sumber luar agar cara
pengajaran dapat dipelbagaikan supaya murid-murid tidak bosan. Murid-murid akan
berasa lebih seronok dengan teknik pengajaran yang berbeza. Namun guru perlulah
memilih teknik pendekatan mengajar yang sesuai dengan situasi murid agar dapat
mencapai objektif pengajaran yang dihasilkan.
Selain itu, kurikulum sekolah dapat dipertingkatkan dengan mengadakan
program-program khas seperti program motivasi, program juara 5A, program kelas
pemulihan dan banyak lagi. Program-program sebegini dapat mempertingkatkan
pencapaian kecemerlangan dan keseluruhan dalam bidang akademik murid di semua
peringkat khususnya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekolah juga
perlu mengadakan sebuah majlis anugerah kecemerlangan akademik murid-murid
sebagai pengiktirafan kepada pencapaian mereka. Penganugerahan ini secara tidak
langsung akan meningkatkan prestasi mereka agar lebih bersungguh-sungguh.
Tuntasnya, pengurusan kurikulum yang baik dapat menghasilkan acuan yang
bagus dan mantap dari segala aspek. Kurikulum juga memberi peluang kepada murid
untuk membina ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan mengasah bakat dalam
pelbagai bidang di sekolah. Suasana yang harmoni dan mesra dapat diwujudkan serta
melahirkan individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan taat setia
sebagaimana yang terkandung di dalam FPK.

36
4.3.2 Ko kurikulum
Aktiviti kokurikulum adalah satu kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di
luar bilik darjah. Ia bertujuan untuk mengukuhkan dan penggayaan pembelajaran,
saling lengkap melengkapi pembelajaran di dalam bilik darjah bagi menyuburkan nilainilai murni dan mengembangkan bakat kepimpinan murid-murid. Selain itu aktiviti
kokurikulum ini juga dapat menyediakan murid-murid yang sedia berkhidmat untuk
masyarakat. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada gerak kerja pasukan unit beruniform
(GERKO), persatuan dan kelab serta sukan dan permainan.
Kokurikulum amat penting di sekolah kerana aktiviti ini merupakan pelengkap
pengetahuan dan pengalaman murid-murid ketika mereka di sekolah. Menerusi gerak
kerja kokurikulum pula mereka dapat mengembangkan bakat dan minat, meningkatkan
perkembangan sosial dan mental murid-murid. Jadi aktiviti kokurikulum yang dijalankan
di sekolah dapat memajukan dan meningkatkan perkembangan jasmani dan sosial
murid-murid sejajar dengan matlamat dalam FPK.
Semua murid mempunyai bakat dan potensi yang boleh dimajukan. Jadi sekolah
memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan memajukan
masyarakat secara menyeluruh dari segala aspek. Aktiviti ini juga berperanan
menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif murid selaras dengan FPK dan
Rukun Negara. Hal ini dapat dilihat dari segi pemakaian uniform yang seragam dan
kemas. Di sekolah kebiasaannya terdapat hari yang telah ditetapkan untuk memakai
pakaian seragam. Pakaian seragam yang pelbagai jenis seperti uniform pengakap,
puteri islam, pandu puteri dan lain-lain dapat melahirkan budaya sekolah yang menarik
dan menggembirakan.
Sukan dan permainan adalah satu aspek penting dalam sistem pendidikan hari
ini. Perancangan yang teratur dan sistematik perlu dilakukan untuk mencapai matlamat
FPK yang ingin melahirkan nilai-nilai murni yang dapat membantu murid-murid
meningkatkan pengetahuan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Aktiviti sukan
dan permainan yang dilaksanakan di sekolah perlu melibatkan semua murid.

37
Matlamat sukan untuk semua adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan di sekolah.
Secara tidak langsung, individu yang sihat dan cergas dapat dilahirkan serta dapat
melahirkan individu yang prihatan terhadap kesihatan diri. Jadi benarkan aktiviti sukan
bukan sahaja dapat membantu murid-murid dalam perkembangan jasmani sematamata namun secara menyeluruh dari segala aspek.
Persatuan dan Kelab merupakan salah satu bidang dalam kokurikulum di
sekolah. Matlamat utama Persatuan dan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menyemai
kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan
sebagaimana yang dinyatakan dalam FPK. Hal ini dapat dilihat dengan penubuhan
persatuan agama Islam, kelab Tarannum dan banyak lagi di sekolah. Selain itu,
matlamat gerak kerja kokurikulum yang dijalankan adalah untuk mewujudkan
keseimbangan perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial,
jasmani, dan rohani murid-murid sejajar dengan FPK. Murid-murid juga dapat mengisi
masa lapang dengan perkara yang berfaedah serta dapat melahirkan kesejahteraan diri
dengan penglibatan mereka di dalam aktiviti ini.
Jadi dapatlah dirumuskan bahawa kegiatan kokurikulum amatlah penting untuk
melahirkan masyarakat yang seimbang dari segala aspek sejajar dengan matlamat
FPK. Aktiviti yang dirancang itu pula mestilah dapat memajukan serta mengembangkan
bakat, minat serta kemahiran murid-murid secara menyeluruh.

38
4.3.3 Lain-lain
Lain-lain aktiviti yang dilaksanakan di sekolah seperti program ibu bapa dan guru
(PIBG), program keselamatan dan kesihatan serta aktiviti kemasyarakatan merupakan
pelengkap kepada kecemerlangan murid di sekolah. Penglibatan ibu bapa amat penting
dalam menjayakan matlamat FPK yang ingin melahirkan individu yang
bertanggungjawab kepada ibu bapa, masyarakat, agama, bangsa dan juga negara.
Peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan anak-anak yang berjaya selain guru
di sekolah. Ibu bapa akan mengambil tugas guru semasa di rumah. Mereka perlu
memastikan anak-anak mereka belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni yang
diamalkan di sekolah turut diaplikasikan di rumah.
Selain itu, program yang dijalankan di sekolah juga mampu untuk meningkatkan
tahap perkembangan pelajar supaya menjadi pelajar yang seimbang. Sekolah banyak
menjalankan aktiviti supaya pelajar-pelajar bercampur dan membentuk sikap toleransi
serta bekerjasama antara satu sama lain. Melalui sikap ini perpaduan akan dapat
dipupuk di jiwa mereka seterusnya menjadikan mereka seimbang dari segi sosial dan
rohani. Sebagai contoh aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di sekolah bukan
sahaja dapat melahirkan masyarakat yang suka menolong, namun ia juga dapat
melahirkan rasa hormat menghormati dalam kalangan mereka. Setiap aktiviti yang
dijalankan mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan semua aktiviti itu menuju ke
arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Program keselamatan dan kesihatan yang dijalankan di sekolah amat penting
untuk membentuk murid yang seimbang dari semua aspek. Program sebegini dapat
melahirkan murid yang dapat menguruskan diri sendiri dan dapat mengamalkan nilainilai murni di sekolah sejajar dengan matlamat FPK. Tubuh badan yang sihat dapat
meningkatkan perkembangan fizikal individu. Jadi kebersihan diri dan alam sekitar
dapat melahirkan budaya sekolah yang ceria dan menarik. Program keselamatan
seperti aktiviti demostrasi kebakaran dan program keselamatan di jalan raya dapat
melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan seimbang dari aspek JERIS
selaras dengan matlamat FPK.
39
Kesimpulannya, pihak sekolah merupakan pihak yang mempunyai peranan yang
terbesar untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat itu
diserapkan ke sekolah-sekolah demi untuk melahirkan insan yang seimbang bukan
sahaja dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani malah seimbang dalam pergaulan,
akhlak dan sahsiah.

40
5.0 IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya
terhadap sistem pendidkan negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti
mempunyai implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh
manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian. Bahagian-bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan negara:

- Implikasi Tehadap Kurikulum
- Implikasi Terhadap Pendidik
- Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan

5.1 Implikasi Terhadap Kurikulum.

Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan
kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama
dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar
kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu
yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya
nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua
rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan
berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir
dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak
ketinggalan.

41
5.2 Implikasi Terhadap Pendidik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan
selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi
di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk
mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu
merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.
Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan
sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap
bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih
dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi
falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti
negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui
perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja
yang diusahakan oleh guru.

5.3 Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahankemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk
merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini
adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah
juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling
bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk
menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk
melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan
mereka.

42
Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai
satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

43
RUMUSAN
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan
secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan
Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu
universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.
Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia
dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang
paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk
membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya
kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi
cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan
terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan
menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu
yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang
amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan
manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan
44
pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan
mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada
manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan
diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan
individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli
keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia, dan berbakti.

45
CADANGAN
Usaha untuk merealisasikan FPK telah dijalankan dengan penuh iltizam oleh pihak
SKKMB walaupun kedudukan sekolah terletak di kawasan luar bandar. Pelbagai
elemen yang digariskan dalam FPK telah berjaya direalisasikan di sekolah ini. Namun
begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak
sekolah ini supaya lebih maju ke hadapan setanding dengan sekolah-sekolah
cemerlang yang lain. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan di
sekolah ini adalah dari aspek kemudahan yang disediakan. Padang sekolah yang
kurang mengutamakan unsur-unsur keselamatan haruslah diperbaiki dengan segera
supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Padang sekolah yang berlubanglubang serta tidak rata boleh menyebabkan kecederaan kepada murid-murid yang
menggunakan padang ini. Selain itu juga, keadaan padang yang kurang baik juga
pastinya akan mencemar nama sekolah sekiranya padang itu digunakan untuk acara
rasmi seperti sukan tahunan yang dihadiri oleh ibu bapa atau tetamu khas yang
dijemput.
Pusat sumber merupakan satu tempat rujukan murid-murid untuk mencari
maklumat yang diingini selain menyediakan bahan bacaan bagi murid-murid supaya
masa mereka yang terluang boleh diisi dengan amalan membaca. Pusat sumber SK.
Batu 22 perlu dipertingkatkan lagi dari aspek bilangan bahan bacaan. Pihak sekolah
seharusnya menambah lagi bilangan bahan bacaan yang terdapat di pusat sumber
supaya murid-murid dapat mengeksplorasi ilmu dengan lebih berkesan seterusnya
meningkatkan tahap pencapaian mereka terutamanya dalam akademik. Pusat sumber
juga haruslah diselia dengan baik supaya dapat menarik minat murid-murid untuk
datang ke pusat sumber sekaligus membudayakan amalan membaca.
Penambahbaikan juga boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga
merupakan salah satu tarikan yang berupaya menarik minat murid-murid untuk hadir ke
sekolah bagi menimba ilmu yang diajarkan oleh guru mereka. Guru-guru SK. Batu 22
haruslah peka kepada setiap perkembangan murid mereka supaya murid-murid yang
46
belajar di situ akan berasa dikasihi dan dihargai. Guru-guru juga haruslah lebih kerap
menggunakan alat bantu mengajar yang menarik serta menggunakan kemudahan yang
disediakan sekolah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti
pemancar cahaya dan projektor.
Selain itu juga, pihak sekolah haruslah peka kepada persekitaran sekolah.
Persekitaran sekolah haruslah ditingkatkan lagi dari aspek kebersihan dan keceriaan
kerana persekitaran yang bersih dan sihat akan mewujudkan suasana yang selesa
untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran yang selesa juga amat
penting kerana proses pembelajaran adalah melalui pemerhatian(Bandura,1986).
Mural-mural lama yang terdapat di sekeliling sekolah hendaklah diperbaharui supaya
idea-idea segar daripada murid-murid atau guru-guru dapat diilhamkan dengan
cemerlang.
Sekolah juga haruslah membudayakan membaca sebagai salah satu aktiviti
utama murid-murid terutamanya ketika waktu lapang mereka. Sudut atau pondok
bacaan haruslah disediakan bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan
mereka seterusnya menjadi tempat perbincangan yang membolehkan perkongsian
idea-idea bernas berkaitan pelajaran. Keselamatan sekolah juga haruslah
dititikberatkan contohnya peraturan keluar masuk haruslah diperketatkan lagi supaya
keselamatan semua murid terjamin ketika berada di dalam kawasan sekolah.
Pihak sekolah juga boleh menggalakkan murid-murid belajar berinteraksi dengan
persekitaran supaya mereka dapat menimba pengalaman yang sebenar selaras
dengan saranan tokoh pendidik iaitu Maria Montessori yang mengatakan bahawa
kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang berinteraksi dengan
persekitaran. Oleh itu, pihak sekolah contohnya boleh mendorong murid-murid
melaksanakan Projek Sains seperti projek menanam sayur-sayuran kerana proses
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya mereka merasai serta melihat
sendiri pertumbuhan tanaman tersebut.

47
PENUTUP
Sebagai deduksinya, segala hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan haruslah
dicapai demi melahirkan insan yang seimbang dalam segala aspek selain menjadi
pewaris pemerintahan negara. Semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan
haruslah bersatu hati, menggenggam tekad yang jitu dengan sepenuh hati serta
berusaha bersungguh-sungguh merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi
melahirkan modal insan yang gemilang yang mempunyai mentaliti kelas pertama.
SK.Batu 22 juga perlulah lebih giat menjalankan penambahbaikan serta
meneruskan usaha untuk memajukan sekolah demi melahirkan modal insan yang
mempunyai ciri-ciri yang boleh dikategorikan kepada tiga aspek utama iaitu ilmu,
kemahiran dan penampilan yang unggul. Oleh itu, Malaysia akan terus membangun
bersama generasi yang mampu memimpin negara ke arah kemajuan.

48
REFLEKSI
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dekenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan adanya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan
diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai
asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat
yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu
dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara
yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang
baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan
yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama.
Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara
harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan
berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang
sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara
yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah
tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.
Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk
memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting
lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia.
Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan
sesuatu yang amat tinggi nilainya.

49
Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa
berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada
ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu
tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga melihat individu itu dalam beberapa
lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk
pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga,
meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas bahawa tujuan pendidikan
tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah
untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi
seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Jadi kita sebagai warga pendidik perlu melaksanakan tugas kita dengan sebaik
mungkin untuk mendidik anak bangsa berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
agar Negara kita mampu melahirkan golongan bijak pandai seterusnya mampu berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-nagara maju yang lain.

50

Contenu connexe

Tendances

Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurAmir Ibrahim
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratAmir Ibrahim
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Vince Here
 
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan KebangsaanArthur Jupong
 
KURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANKURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANsafyah
 
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Aswa Nina
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanRoslyna Ina
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & modenwananip
 
Ahli falsafah pendidikan timur - Tagore
Ahli falsafah pendidikan timur - TagoreAhli falsafah pendidikan timur - Tagore
Ahli falsafah pendidikan timur - TagoreTanKS6
 
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerLangkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerFatimah Al-Dayana
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Alya Ismahani
 

Tendances (20)

Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
Edu 3004 mazhab falsafah barat
Edu 3004   mazhab falsafah baratEdu 3004   mazhab falsafah barat
Edu 3004 mazhab falsafah barat
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
KURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANKURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Progresivisme
ProgresivismeProgresivisme
Progresivisme
 
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden
 
Ahli falsafah pendidikan timur - Tagore
Ahli falsafah pendidikan timur - TagoreAhli falsafah pendidikan timur - Tagore
Ahli falsafah pendidikan timur - Tagore
 
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerLangkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
 

En vedette

Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaKhairunmisa Jamil Khir
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996hazrinimam
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Rosdi Ramli
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sherly Jewinly
 

En vedette (7)

Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
 
Akta Pendidikan
Akta PendidikanAkta Pendidikan
Akta Pendidikan
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
 
Faktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulumFaktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulum
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
 

Similaire à MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012SK Seri Tawai
 
Filsafat Pendidikan Islam
Filsafat Pendidikan  IslamFilsafat Pendidikan  Islam
Filsafat Pendidikan IslamRahmad Alfianto
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikanJasmine Loo
 
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannya
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannyaMakalah pengertian pendidikan dan tujuannya
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannyaMara Sutan Siregar
 
Filsafat Pendidikan
Filsafat Pendidikan Filsafat Pendidikan
Filsafat Pendidikan Yamanto Isa
 
falsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiahfalsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiahGomaze Lang
 
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxPEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxHafizul20
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
Landasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptxLandasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptxMamaberkarya
 
resume filsafat pendidikan islam.docx
resume filsafat pendidikan islam.docxresume filsafat pendidikan islam.docx
resume filsafat pendidikan islam.docxMuzizahFitri
 
makalah hakikat pendidikan
makalah hakikat pendidikanmakalah hakikat pendidikan
makalah hakikat pendidikanfuji dea delpani
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdfPENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdfFatimah988108
 
Hakikat Pengertian Pendidikan Islam_PJJPAI IAIN CIREBON.ppt
Hakikat Pengertian Pendidikan Islam_PJJPAI IAIN CIREBON.pptHakikat Pengertian Pendidikan Islam_PJJPAI IAIN CIREBON.ppt
Hakikat Pengertian Pendidikan Islam_PJJPAI IAIN CIREBON.pptMuhammadIkhwansah
 

Similaire à MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (20)

Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Filsafat Pendidikan Islam
Filsafat Pendidikan  IslamFilsafat Pendidikan  Islam
Filsafat Pendidikan Islam
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannya
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannyaMakalah pengertian pendidikan dan tujuannya
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannya
 
Filsafat Pendidikan
Filsafat Pendidikan Filsafat Pendidikan
Filsafat Pendidikan
 
falsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiahfalsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiah
 
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxPEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
 
20150217220202 unit 1
20150217220202 unit 120150217220202 unit 1
20150217220202 unit 1
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Landasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptxLandasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptx
 
Pengantar pendidikan
Pengantar pendidikanPengantar pendidikan
Pengantar pendidikan
 
Pengantar pendidikan
Pengantar pendidikanPengantar pendidikan
Pengantar pendidikan
 
resume filsafat pendidikan islam.docx
resume filsafat pendidikan islam.docxresume filsafat pendidikan islam.docx
resume filsafat pendidikan islam.docx
 
makalah hakikat pendidikan
makalah hakikat pendidikanmakalah hakikat pendidikan
makalah hakikat pendidikan
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdfPENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
 
Hakikat Pengertian Pendidikan Islam_PJJPAI IAIN CIREBON.ppt
Hakikat Pengertian Pendidikan Islam_PJJPAI IAIN CIREBON.pptHakikat Pengertian Pendidikan Islam_PJJPAI IAIN CIREBON.ppt
Hakikat Pengertian Pendidikan Islam_PJJPAI IAIN CIREBON.ppt
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 

Dernier

MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 

Dernier (20)

MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 

MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

  • 1. KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ”Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Definisi Falsafah Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti. E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan. Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran. 1
  • 2. Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab ‫ةفسلف‬ yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut : • Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas. • Tujuannya untuk mendapatkan kebenaran Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba yang menyatakan bahawa Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah. 2
  • 3. Definisi Pendidikan Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare yang membawa maksud memelihara atau mengasuh. Menurut Kamus Pendidikan (1979), “Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.” Mengikut John Dewey (1859-1952), Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial. Mengikut Yusuf al-Qardawi (1980), Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang serting menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Bagi Hassan Langgulung (1987), Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut berlaku melalui cara-cara berikut: (i) pengajaran – pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain; (ii) Latihan – membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran; (iii) Indoktrinasi – menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. • Ketiga-tiga cara ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden. 3
  • 4. Negara Malaysia sedang mengalami proses pembangunan, oleh itu agak penting kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal pada 1988, berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi Negara. Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. 4
  • 5. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka Matlamat Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: Percaya dan patuh kepada Tuhan. Berilmu pengetahuan. Berakhlak mulia. Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. 5
  • 6. MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri: 1. Percaya kepada tuhan. 2. Berakhlak mulia. 3. Berilmu pengetahuan. 4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. 5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu 6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina negara Malaysia. Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya. 6
  • 7. Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsipprinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan. Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada muridmurid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai. 7
  • 8. 2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK). Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara kita Malaysia. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.Untuk menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor( Mok Soon Sang:2000:89) yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :- 2.1 Faktor Agama Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktorfaktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu “:...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...“ 8
  • 9. 2.2 Faktor Politik Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. “...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...” 2.3 Faktor Ekonomi Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara “...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri...” 9
  • 10. 2.4 Faktor Sosial Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormatmenghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu: ”...melahirkan rakyat Malaysia...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...” 2.5 Faktor Individu Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Negara. “…memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani…” 10
  • 11. 2.6 Faktor Sejagat Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan. Hal Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. “..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh...” Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju yang lain. 11
  • 12. 3.0 ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Terdapat beberapa elemen yang dikenalpasti di dalam FPK, iaitu : 3.1 Pendidikan suatu usaha berterusan • Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. • Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. • Pendidkan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanakkanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. • Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. • Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. • Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. 3.2 Perkembangan potensi individu • Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. • Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk dan dikembangkan dan dipertingkatkan. • Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. • Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. 12
  • 13. 3.3 Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu • Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. • Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi 4 aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. 3.4 Insan yang seimbang dan harmonis • Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). • Keseimbangan antara keepat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. • Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. 3.5 Unsur intelek • Mempunyai kemahiran asas 3M; membaca, mengira dan menulis. • Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. • Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. • Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu). 13
  • 14. 3.6 Unsur rohani • Menyedari dan percaya kepada Tuhan. • Bersyukur dengan pemberian Tuhan. • Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. 3.7 Unsur emosi • Mempunyai emosi yang matang dan stabil. • Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang. • Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. 3.8 Unsur jasmani • Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. • Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. • Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. 3.9 Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan • Mengakui tentang kewujudan Tuhan. • Mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. • Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. • Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya. • Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. 14
  • 15. 3.10 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan • Cintakan ilmu pengetahuan. • Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. • Mempunyai fikiran luas dan terbuka. 3.11 Rakyat Malaysia yang berketrampilan • Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri. • Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. • Berpandangan jauh dan berinisiatif. • Memupuk pembawaan diri yang baik. 3.12 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia • Mempunyai perwatakan diri yang baik. • Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. 3.13 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab • Boleh dipercayai. • Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. • Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap. • Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. • Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. 3.14 Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesjahteraan diri • Berfikiran waras dan berjiwa tenang. • Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. 15
  • 16. 3.15 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara • Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya. • Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan. • Sering mengamalkan kestabilan politik dan keamanan negara. • Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara. • Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. 3.16 Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yan tinggi. • Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. 3.17 Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara • Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup. • Memupuk persefahaman keluarga. • Mematuhi norma masyarakat. • Cintakan negara. 16
  • 17. 4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MENJAYAKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh. 4.1 Peranan pihak pengurusan, guru dan organisasi sekolah. Sekolah amat berperanan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan seseorang insan. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni harus diterapkan dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK. Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang penting untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan. Jika sesebuah sekolah ingin mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, maka pentadbir sekolah berkenaan perlulah mempunyai matlamat dan strategi yang jelas untuk mencapai maksud yang diharapkan. Kerjasama dan kesepaduan yang baik antara pentadbir dan guru-guru dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai prestasi yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Namun begitu, tidak semua guru dapat memberi kerjasama sepenuhnya antara satu sama lain. Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak ada pihak yang ingin mainkan peranan masing-masing. Pihak sekolah merupakan peranan terbesar dalam pelaksanaan FPK. Pendidikan itu bermula dari rumah tetapi sekolah 17
  • 18. merupakan tempat mendidik yang lebih khusus. Oleh itu, FPK ini dijalankan di sekolah. Di sekolah setiap individu memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara pihak yang berkaitan ialah: Guru Besar Guru Penolong Kanan Ketua Panitia Guru Bilik Darjah 4.1.1Guru Besar Guru Besar merupakan tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan dan menggerakkan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar merupakan ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian objektif sekolah. Jika Guru Besar tersebut seorang yang tidak berdisiplin, maka pincanglah segala perancangan dan pengurusan sekolah tersebut. Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek JERIS selaras dengan hasrat FPK. Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan kewangan sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu mendapat pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru Besar itu merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai pengajaran guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa pengajaran, sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan perkembangan profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi 18
  • 19. latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah yang dengan lebih efektif dan sistematik. Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah, namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi arahan, namun perlu turut serta terlibat dengan program-program serta perlaksanaan yang dijalankan di sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK. Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika terdapat kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami kesulitan yang dialami oleh kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan bersedia untuk menolong kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat baik kepada orang lain, orang lain akan senang memberikan pertolongan kepada kita kelak dan begitulah sebaliknya. Pemimpin yang tidak mengendahkan keadaan staf-stafnya akan menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif. Contohnya, guru tidak akan memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru Besar meminta pertolongan dari guru tersebut. Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah termasuk murid-murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran sekolah. 19
  • 20. · 4.1.2 Guru Penolong Kanan Guru Penolong Kanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di sesebuah sekolah. Terdapat 3 jenis guru Penolong Kanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK Kokurikulum dan GPK HEM. Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru. Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila terdapat guru yang tidak hadir maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua selepas guru besar dan perlu sama-sama memastikan kelancaran pentadbiran sekolah. Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini kerana semua masalah guru terletak di bawah tanggungjawab GPK 1. jadual waktu yang disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku pertindihan waktu antara guru. Struktur organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan GPK 1 ini. Kesimpulannya,GPK 1 ini memainkan peranan penting dalam membantu guru besar untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya. Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau bertanggungjawab dalam pembelajaran yang berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau melaksanakan sukan dan persatuan di dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan 20
  • 21. jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi pelajaran tetapi pandai dari segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hasrat Falsafah ini. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat pelajar yang sakit, PK HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu bapa pelajar tersebut. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah kawalan guru ini. Pelajar yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan guru inilah yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik itu. Selain itu, PK HEM juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang cemerlang namun dalam golongan miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempunyai masalah Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan masalah. Guru ini bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang dirinya. Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk melicinkan pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar. Guru Besar dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala pengurusan yang dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek. 21
  • 22. 4.1.3 Ketua Panitia Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan diketuai oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata pelajaran yang tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf dan pendidikan khas. Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan hendaklah selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua panitia matematik merancang satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam matematik. Ketua panitia ini memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjeksubjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum dirujuk kepada Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi, peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan negara. 22
  • 23. 4.1.4 Guru Bilik Darjah Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan muridmurid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun mereka telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Setiap masalah pelajar guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. Kehadiran pelajar guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab jika tidak hadir ke sekolah. Setiap masalah yang berlaku guru kelas harus menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir di sekolah. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-masing kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah. Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Guru bilik darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini. Tuntasnya, guru bilik darjah ini merupakan tempat bergantung murid-murid ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang paling rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia. 23
  • 24. 4.2 Prasarana 4.2.1 Kemudahan sekolah Sekolah memainkan peranan yang amat penting untuk mendidik dan mengembangkan potensi individu murid-murid supaya menjadi seorang warganegara yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia. Sekolah juga merupakan sebuah tempat untuk bersosialisasi bersama individu lain dengan mengamalkan budaya dan nilai murni yang tinggi selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Jadi kemudahan-kemudahan di sekolah amat penting untuk membantu objektif FPK ini berjaya dilaksanakan. Kemudahan-kemudahan yang dinyatakan di bawah merupakan antara kemudahan yang berada di Sk. Batu 22 : Sudut Pembelajaran Di Sk.Batu 22 terdapat sudut pembelajaran yang khusus untuk murid-murid. Di sudut tersebut mempunyai pelbagai jenis bahan bacaan untuk kemudahan murid di sekolah seperti akhbar, majalah Pintar, Kuntum dan banyak lagi. Mereka boleh menggunakan sudut pembelajaran itu pada bila-bila masa sahaja kerana sudut tersebut berada di tempat terbuka. Keadaan di sekeliling sudut bacaan dihiasi dengan landskap yang indah dan menarik. Perkembangan intelek dapat dipertingkatkan dengan wujudnya sudut seperti ini di sekolah. Selain itu, budaya membaca serta penerapan unsur nilainilai murni dapat diwujudkan dalam kalangan murid di sekolah selaras dengan hasrat yang didokong di dalam pembentukan FPK. 24
  • 25. Dewan Dewan sekolah berada pada aras bawah di blok C. Dewan berfungsi pada hari-hari majlis tertentu seperti perjumpaan ibu bapa dan guru (PIBG), majlis ceramah, pertandingan bercerita dan lain-lain. Selain itu, dewan ini juga digunakan sebagai dewan peperiksaan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dewan ini ádalah sederhana besar yang dapat memuatkan lebih daripada 100 orang murid. Kantin Apa yang saya perhatikan, kawasan kantin sangat kemas dan ceria. Terdapat pelbagai jenis hiasan yang berada dalam kawasan kantin itu.Kantin sekolah ini adalah dalam keadaan yang bersih dan dianugerahkan Gred B oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kebersihan premis makanan. Makanan yang disediakan juga sentiasa ditutup rapat untuk mengelakkan lalat dari dihinggapi oleh serangga seperti lalat. Selain itu, ia dapat mengelakkan murid-murid mengalami keracunan makanan serta menyediakan mendapat makanan yang berkhasiat dan bersih. Harga makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah kepada murid-murid sekolah adalah amat murah dan berpatutan . Tandas Tandas pada umumnya adalah amat penting di sebuah sekolah dan memerlukan penjagaan yang baik kerana tempat ini adalah tempat yang kotor. Terdapat 2 buah tandas untuk kegunaan murid-murid dan tandas tersebut telah diasingkan antara murid lelaki dengan murid perempuan. Tandas guru juga mempunyai 2 buah yang mana turut diasingkan antara guru lelaki dan guru perempuan. Pihak sekolah telah menyediakan program-program kebersihan tandas agar keadaan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa. Selain itu juga, program tersebut dapat melatih murid-murid menggunakan tandas dengan cara yang betul dan dapat mengelakkan sebarang bau yang tidak menyenangkan dari kawasan tandas semasa proses P&P berjalan. 25
  • 26. Padang Sk. Batu 22 mempunyai sebuah padang yang sangat luas iaitu kira-kira 2500 kaki persegi. Kedudukan padang adalah di hadapan blok bangunan C. Semua aktiviti kokurikulum dan sukan akan diadakan di kawasan padang. Di padang terdapat pelbagai kemudahan yang lengkap seperti trek larian untuk acara balapan serta kawasan olahraga untuk murid-murid.Di tengah kawasan padang terdapat 2 gol untuk permainan bola sepak, hoki dan sebagainya. Murid-murid dibenarkan bermain di kawasan padang pada waktu petang untuk menjalani sebarang aktiviti sukan. Muridmurid juga perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti memakai kasut ketika berada di padang, memakai baju sukan ketika berada di padang, tidak membuang sampah di kawasan padang dan lain-lain yang telah dinyatakan di dalam peraturan semasa menggunakan padang. Melalui hasil dapatan saya tentang Sk. Batu 22 ini, kebanyakkan kejayaan yang dicapai adalah dalam bidang sukan. Jadi, kemudahan-kemudahan yang disediakan banyak membantu sekolah dalam menempa nama di persada sukan. Selain itu, kemudahan padang permaian yang tersedia ini dapat membantu perkembangan fizikal murid-murid selaras dengan aspirasi FPK. Padang Permainan Terdapat sebuah padang permainan untuk kegunaan murid-murid prasekolah. Kawasan permainan ini dibina berdekatan dengan kawasan kelas prasekolah untuk kemudahan murid-murid dalam menjalani aktiviti kokurikulum dengan jayanya. 26
  • 27. Pusat Sumber Pusat sumber amatlah penting di sesebuah sekolah kerana ia memberi kemudahan kepada murid-murid untuk mencari maklumat dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Selain itu, budaya ilmu juga dapat diterapkan di dalam diri setiap murid-murid agar mereka menjadi seorang yang berilmu.Kedudukan pusat sumber di sekolah adalah di blok C bangunan lama,di aras 2. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat murid-murid untuk datang meminjam buku di pusat sumber tersebut walaupun agak jauh dari blok-blok lain. Pusat sumber tersebut memiliki kurang bahan bacaan dan hal ini akan menyebabkan murid-murid tidak dapat memperolehi sumber rujukan ilmu pengetahuan yang cukup lengkap. Buku-buku cerita yang disediakan juga agak lama dan tidak dapat menarik perhatian murid-murid untuk meminjamnya. Menurut guru penyelaras pusat sumber sekolah, pihak sekolah telah merancang untuk membeli bahan bacaan yang baru dan lengkap selepas bangunan baru siap sepenuhnya. Jadi, murid-murid tidak perlu lagi berjalan jauh untuk datang ke pusat sumber ini nanti. Pusat sumber dijaga dan dikawal oleh pengawas pusat sumber yang bertugas. Pengawas pusat sumber memakai pakaian seragam yang berwarna biru dan berkain hitam. Mereka diberi tanggungjawab untuk menjaga kebersihan perpustakaan dan merekodkan setiap buku yang dipinjam oleh murid-murid lain. 27
  • 28. Makmal Sains Makmal sains di Sk.Batu 22 berada di blok B. Di dalam makmal sains terdapat pelbagai peralatan yang lengkap untuk digunakan dalam mata pelajaran Sains seperti mikroskop, tabung uji, termometer, radas, balang kaca, neraca dan lain-lain. Peralatanperalatan yang disediakan ini adalah bertujuan untuk kemudahan pembelajaran muridmurid ketika menjalankan eksperimen di dalam makmal tersebut. Semasa berada di dalam makmal, terdapat banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Hal ini disebabkan makmal merupakan tempat yang sangat bahaya kerana terdapat bahan-bahan kimia yang mudah terbakar seperi alkohol dan sebagainya. Jadi, murid-murid perlulah berhati-hati dan tidak bergurau ketika berada di dalam makmal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Selain itu juga, murid-murid perlu mendapat kebenaran dari guru sebelum memasuki makmal sains ini. Makmal Komputer Makmal komputer di SK.Batu 22 baru ditubuhkan pada tahun 2009. Pembinaan blok bangunan baru untuk makmal komputer ini adalah selari dengan hasrat kerajaan yang inginkan pendedahan awal murid-murid dalam bidang ICT ini. Terdapat sebanyak 20 buah komputer telah dibekalkan untuk kemudahan pembelajaran murid-murid. Selain itu, meja dan kerusi khas untuk meletakkan komputer juga telah dibekalkan sebanyak 20 buah.Murid-murid tidak boleh masuk sesuka hati di dalam makmal komputer . Hal ini kerana untuk menjaga komputer daripada berlaku sebarang kerosakan. Jadi guru-guru perlulah sentiasa memantau keadaan murid-murid semasa mereka menggunakan komputer. Guru-guru juga perlu cekap dalam kemahiran menggunakan komputer agar dapat mendedahkan teknik penggunaan komputer yang betul kepada murid-murid. Jika guru tidak cekap menggunakan komputer, maka murid-murid akan berasa bosan dan tidak akan berminat untuk mempelajari komputer. Oleh itu pengurusan dalam bidang ICT yang cekap oleh para guru amat perlu agar dapat membolehkan murid-murid berminat dalam mempelajari komputer. 28
  • 29. Pejabat Pejabat merupakan tunjang utama dalam segala sistem pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Di pejabat terdapat bilik Guru Besar dan bilik Penolong-penolong Kanan sekolah. Selain itu juga, di pejabat terdapat kemudahan alat penghawa dingin untuk memberi keselesaan kepada pihak pengurusan sekolah. Sistem pengurusan pejabat yang sistematik diibaratkan sebagai nadi kecemerlangan yang dicapai oleh sekolah. Andaikata pentadbiran yang dilakukan oleh pihak mengurusan itu lemah, maka segala hasilnya juga adalah lemah. Di pejabat terdapat 5 orang staf sokongan yang membantu pentadbiran dan pengurusan di sekolah. Kelima-lima staf ini mempunyai bidang tugas yang berbeza dan masing-masing dalam bidang kewangan, pembantu pengurusan murid, urusan pengkeranian serta pengurusan pejabat. Dalam aspek keselamatan, pintu pejabat dikunci dengan pintu pagar grill untuk mengelakkan sebarang kes pencerobohan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini kerana, di pejabat terdapat semua fail-fail yang berkaitan dengan hal pengurusan dan maklumat sekolah. Jadi keselamatan amatlah dititikberatkan untuk menjaga keselamatan sekolah ini. Bilik Guru Bilik guru merupakan bilik yang disediakan kepada setiap guru-guru yang berada di sekolah tersebut. Bilik guru terletak bersebelahan dengan pejabat sekolah. Di SK.Batu 22 terdapat seramai 46 orang guru maka terdapat 46 buah meja dan kerusi. Kedudukan tempat guru lelaki dan guru perempuan diasingkan. Selain itu terdapat satu set perabot di dalam bilik guru untuk kemudahan dan keselesaan para guru selepas penat mengajar. Mereka juga dapat berbincang masalah yang berlaku di sekolah dengan rakan guru yang lain. 29
  • 30. Di dalam bilik guru juga terdapat sebuah komputer dan sebuah printer untuk kemudahan para guru. Bilik guru juga sentiasa berada di dalam kedaan kemas walaupun meja yang disediakan untuk meletakkan bahan-bahan pengajaran itu mempunyai ruang yang sempit. Bilik Gerakan Bilik gerakan dikenali juga sebagai bilik mesyuarat. Setiap kali perjumpaan atau mesyuarat akan dijalankan di dalam bilik gerakan ini. Bilik ini amat penting untuk menggerakkan pengurusan dan pentadbiran yang berlaku di sekolah. Segala keputusan yang dicapai adalah hasil perbincangan para guru dengan pihak pengurusan sekolah. Bilik gerakan di sekolah ini sangat kemas dan cantik. Setiap sudut dan dinding telah dihias dengan pelbagai perhiasan dan rekabentuk yang unik. Selain itu, terdapat pelbagai maklumat tentang pencapaian sekolah di bilik gerakan ini. Kelas Pemulihan Kelas pemulihan telah diadakan pada sesi persekolahan petang iaitu untuk murid tahun 1 dan 2. Pada setakat ini, terdapat seramai 81 orang murid yang dikenalpasti tidak dapat menguasai kemahiran 3M dengan baik. Objektif utama kelas ini ditubuhkan adalah supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Selepas mereka dapat menguasai ketiga-tiga kemahiran tersebut dengan baik, maka mereka dapat meneruskan pelajaran mereka di kelas normal. Kelas ini diuruskan oleh 3 orang guru. 30
  • 31. Bengkel Kemahiran Hidup Bengkel Kemahiran Hidup (KH) terletak di kawasan belakang sekolah. Bengkel ini mempunyai peralatan yang cukup lengkap untuk digunakan semasa subjek Kemahiran Hidup. Hal ini dapat melancarkan proses P&P kerana segala keperluan serta peralatan adalah lengkap. Menurut Guru penyelaras bengkel KH, murid-murid diajar kemahirankemahiran asas dalam aktiviti kehidupan seharian. Kebiasaannya murid-murid akan melaksanakan amali seperti bercucuk tanam, membuat aktiviti pertukangan dan sebagainya. Kawasan di dalam bengkel KH adalah sangat luas dan selesa. Terdapat 6 buah meja panjang dan 12 buah kerusi panjang di dalam bilik tersebut. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bengkel jika tidak menerima arahan daripada guru. Ini kerana, di dalam bengkel tersebut terdapat peralatan yang membahayakan seperti gergaji, tukul, paku, pisau dan lain-lain. Kelas PPSMI Kelas PPSMI baru dilaksanakan pada tahun 2007 di Sk.Batu 22 ini. Kelas ini digunakan untuk mata pelajaran Sains dan Matematik untuk kemudahan murid-murid di sekolah. Ruang di dalam bilik ini sangat luas. Pembinaan bilik ini adalah bertujuan untuk memudahkan P&P dalam subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Bilik ini masih belum mempunyai kelengkapan alatan yang cukup kerana masih lagi kekurangan guru Sains dan Matematik. 31
  • 32. Prasekolah Terdapat 2 buah kelas prasekolah di SK.Batu 22 ini. Prasekolah Melati merupakan prasekolah yang baru ditubuhkan pada tahun 2006. Hal ini disebabkan oleh permintaan ibu bapa yang menginginkan pendidikan awal kanak-kanak sebelum mereka ke tahun 1 kelak. Setiap prasekolah mempunyai bilangan murid-murid seramai 25 orang yang berumur 6 tahun. Bangunan prasekolah berwarna warni untuk menarik minat murid-murid ke sekolah. Selain itu, prasekolah-prasekolah ini mempunyai taman permainan yang lengkap dan cantik untuk perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut. Dalam taman permainan tersebut terdapat banyak kemudahan-kemudahan untuk kanak-kanak prasekolah bermain seperti gelongsor, buaian, jongkang-jongkit dan banyak lagi. KESIMPULAN Jadi jelaslah prasarana-prasarana yang disediakan di sekolah banyak membantu murid-murid belajar dengan selesa dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Prasarana merupakan salah satu faktor yang dapat melaksanakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemudahan yang lengkap akan melicinkan lagi sesi pembelajaran di sekolah. Kemudahan yang lengkap akan melahirkan pelajar yang seimbang dan dapat meningkatkan aspek JERIS murid-murid. Di perpustakaan mereka boleh membaca surat khabar bagi menambahkan lagi pengetahuan dalam diri pelajar. Di musalla pula mereka dapat meningkatkan aspek kerohanian dan juga moral. Padang juga penting bagi pembentukan jasmani pelajar-pelajar supaya berkembang selaras dengan perkembangan aspek lain. Maka ini bertepatanlah dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ingin melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek dan sempurna. 32
  • 33. 4.2.2 Keceriaan sekolah dalam memupuk nilai estetika, kebersihan dan keselamatan. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran haruslah diwujudkan untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari segala aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Untuk mencapai hasrat ini, iklim dan budaya sekolah haruslah berada dalam keadaan selesa, tenteram, aman damai, mesra dan juga riang. Sekolah perlulah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk melahirkan individu yang dapat berkembang secara menyeluruh. Kebersihan di seluruh kawasan sekolah amat penting kerana ia akan mempengaruhi proses P&P di dalam darjah. Sebagai contoh, jika keadaan tandas di sekolah tidak terurus dan berbau busuk, maka murid-murid belajar dalam keadaan yang tidak selesa. Ini akan menggangu pembelajaran mereka dan akan menyebabkan objektif pengajaran tidak berhasil. Jadi, pihak sekolah perlu sentiasa mengadakan aktiviti kebersihan agar keceriaan sekolah dapat diwujudkan. Selain itu, keceriaan sekolah diserikan dengan mural-mural yang berada di dindingdinding bangunan. Mural-mural yang mempunyai kepelbagaian hasil kreativiti dapat meningkatkan keceriaan sekolah. kata-kata hikmah yang berada di dalam kawasan sekolah juga amat penting dalam meningkatkan nilai estetika di sekolah. Kata-kata hikmah seperti usaha tangga kejayaan, melentur buluh biarlah dari rebungnya, cintai alam sekitar ,membaca jambatan itu adalah sebahagian contoh kata-kata hikmah yang biasa kita lihat di sekolah. Ia juga berfungsi sebagai motivasi kepada murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh dan berusaha mencapai cita-cita yang diimpikan serta memupuk kecintaan terhadap alam semulajadi. Amalan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia merupakan salah satu elemen di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. Guru berperanan penting dalam pemupukan akhlak mulia murid-murid di sekolah. Nilai-nilai murni tersebut akan diamalkan oleh murid-murid walaupun berada di luar kawasan sekolah andai guru dapat menerapkan 33
  • 34. nilai murni dalam amalan pengajaran harian mereka. Nilai murni seperti memberi salam kepada guru dan orang yang lebih tua, membaca doa sebelum dan selepas belajar adalah perlu untuk melahirkan warganegara yang beragama dan seimbang serta menyeluruh. Selain itu, budaya hormat menghormati dan tolong menolong dapat melahirkan iklim sekolah yang baik. Keselamatan juga merupakan salah satu faktor yang dapat menyuburkan suasana sekolah agar sentiasa kelihatan aman damai dan selesa. Jika sekolah tidak mempunyai tahap keselamatan yang baik, maka murid-murid akan berasa takut dan tidak selesa semasa berada di sekolah. Jadi hal ini akan membantutkan segala aktiviti yang ingin mereka lakukan. Sebagai contoh, P&P dijalankan di blok bangunan yang lama, jadi murid-murid berasa tidak selamat dan sentiasa gelisah. Maka hal ini akan mengganggu pembelajarannya. Oleh itu, pengurusan keselamatan di sekolah amat penting untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat . 34
  • 35. 4.3 Program dan Aktiviti 4.3.1 Kurikulum Dewasa ini, arus globalisasi yang melanda dunia mencetuskan persaingan yang hebat dalam pelbagai aspek kehidupan. Aspek pendidikan adalah teraju yang amat penting dalam mencapai persaingan ini, maka perancangan yang teliti dan berkesan perlu dilakukan agar dapat melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai daya saing yang tinggi. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan anak didik yag cemerlang dengan sokongan semua pihak iaitu pihak ibu bapa dan seluruh warga sekolah. Dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum, pelbagai aktiviti yang disediakan di sekolah seperti Minggu Bahasa, English Days, kuiz dan pertandingan, program motivasi, kelas intensif UPSR untuk murid tahun 6, kelas tambahan pada waktu cuti dan banyak lagi. Strategi yang mantap haruslah dirancang dan dilaksanakan dengan penuh komitmen dan memerlukan semangat kerja berpasukan yang tinggi oleh warga sekolah untuk menjana kurikulum yang cemerlang. Pengurusan kurikulum yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam semua bidang sama ada akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Jadi, sekolah berperanan penting dalam melaksanakan matlamat FPK ini dengan meningkatkan keberkesanan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, peranan sekolah menaiktarafkan pusat sumber sekolah dengan menambah bilangan buku dan kemudahan-kemudahan di dalam pusat sumber seperti alat penghawa dingin, sudut kognitif dan sudut bacaan akhbar dapat menarik minat murid dan guru-guru untuk ke sana. Jadi hal ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. 35
  • 36. Proses P&P di dalam bilik darjah juga dapat dipertingkatkan dengan penyelarasan rancangan mengajar. Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan P&P yang berkesan. Oleh itu guru perlu menggunakan modul pengajaran KBKK semasa P&P berjalan kerana ingin mewujudkan suasana yang dapat menarik minat murid-murid. Guru juga perlulah memberi latihan dari sumber luar agar cara pengajaran dapat dipelbagaikan supaya murid-murid tidak bosan. Murid-murid akan berasa lebih seronok dengan teknik pengajaran yang berbeza. Namun guru perlulah memilih teknik pendekatan mengajar yang sesuai dengan situasi murid agar dapat mencapai objektif pengajaran yang dihasilkan. Selain itu, kurikulum sekolah dapat dipertingkatkan dengan mengadakan program-program khas seperti program motivasi, program juara 5A, program kelas pemulihan dan banyak lagi. Program-program sebegini dapat mempertingkatkan pencapaian kecemerlangan dan keseluruhan dalam bidang akademik murid di semua peringkat khususnya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekolah juga perlu mengadakan sebuah majlis anugerah kecemerlangan akademik murid-murid sebagai pengiktirafan kepada pencapaian mereka. Penganugerahan ini secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi mereka agar lebih bersungguh-sungguh. Tuntasnya, pengurusan kurikulum yang baik dapat menghasilkan acuan yang bagus dan mantap dari segala aspek. Kurikulum juga memberi peluang kepada murid untuk membina ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan mengasah bakat dalam pelbagai bidang di sekolah. Suasana yang harmoni dan mesra dapat diwujudkan serta melahirkan individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan taat setia sebagaimana yang terkandung di dalam FPK. 36
  • 37. 4.3.2 Ko kurikulum Aktiviti kokurikulum adalah satu kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Ia bertujuan untuk mengukuhkan dan penggayaan pembelajaran, saling lengkap melengkapi pembelajaran di dalam bilik darjah bagi menyuburkan nilainilai murni dan mengembangkan bakat kepimpinan murid-murid. Selain itu aktiviti kokurikulum ini juga dapat menyediakan murid-murid yang sedia berkhidmat untuk masyarakat. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada gerak kerja pasukan unit beruniform (GERKO), persatuan dan kelab serta sukan dan permainan. Kokurikulum amat penting di sekolah kerana aktiviti ini merupakan pelengkap pengetahuan dan pengalaman murid-murid ketika mereka di sekolah. Menerusi gerak kerja kokurikulum pula mereka dapat mengembangkan bakat dan minat, meningkatkan perkembangan sosial dan mental murid-murid. Jadi aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah dapat memajukan dan meningkatkan perkembangan jasmani dan sosial murid-murid sejajar dengan matlamat dalam FPK. Semua murid mempunyai bakat dan potensi yang boleh dimajukan. Jadi sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan memajukan masyarakat secara menyeluruh dari segala aspek. Aktiviti ini juga berperanan menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif murid selaras dengan FPK dan Rukun Negara. Hal ini dapat dilihat dari segi pemakaian uniform yang seragam dan kemas. Di sekolah kebiasaannya terdapat hari yang telah ditetapkan untuk memakai pakaian seragam. Pakaian seragam yang pelbagai jenis seperti uniform pengakap, puteri islam, pandu puteri dan lain-lain dapat melahirkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan. Sukan dan permainan adalah satu aspek penting dalam sistem pendidikan hari ini. Perancangan yang teratur dan sistematik perlu dilakukan untuk mencapai matlamat FPK yang ingin melahirkan nilai-nilai murni yang dapat membantu murid-murid meningkatkan pengetahuan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Aktiviti sukan dan permainan yang dilaksanakan di sekolah perlu melibatkan semua murid. 37
  • 38. Matlamat sukan untuk semua adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan di sekolah. Secara tidak langsung, individu yang sihat dan cergas dapat dilahirkan serta dapat melahirkan individu yang prihatan terhadap kesihatan diri. Jadi benarkan aktiviti sukan bukan sahaja dapat membantu murid-murid dalam perkembangan jasmani sematamata namun secara menyeluruh dari segala aspek. Persatuan dan Kelab merupakan salah satu bidang dalam kokurikulum di sekolah. Matlamat utama Persatuan dan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam FPK. Hal ini dapat dilihat dengan penubuhan persatuan agama Islam, kelab Tarannum dan banyak lagi di sekolah. Selain itu, matlamat gerak kerja kokurikulum yang dijalankan adalah untuk mewujudkan keseimbangan perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani, dan rohani murid-murid sejajar dengan FPK. Murid-murid juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah serta dapat melahirkan kesejahteraan diri dengan penglibatan mereka di dalam aktiviti ini. Jadi dapatlah dirumuskan bahawa kegiatan kokurikulum amatlah penting untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari segala aspek sejajar dengan matlamat FPK. Aktiviti yang dirancang itu pula mestilah dapat memajukan serta mengembangkan bakat, minat serta kemahiran murid-murid secara menyeluruh. 38
  • 39. 4.3.3 Lain-lain Lain-lain aktiviti yang dilaksanakan di sekolah seperti program ibu bapa dan guru (PIBG), program keselamatan dan kesihatan serta aktiviti kemasyarakatan merupakan pelengkap kepada kecemerlangan murid di sekolah. Penglibatan ibu bapa amat penting dalam menjayakan matlamat FPK yang ingin melahirkan individu yang bertanggungjawab kepada ibu bapa, masyarakat, agama, bangsa dan juga negara. Peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan anak-anak yang berjaya selain guru di sekolah. Ibu bapa akan mengambil tugas guru semasa di rumah. Mereka perlu memastikan anak-anak mereka belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni yang diamalkan di sekolah turut diaplikasikan di rumah. Selain itu, program yang dijalankan di sekolah juga mampu untuk meningkatkan tahap perkembangan pelajar supaya menjadi pelajar yang seimbang. Sekolah banyak menjalankan aktiviti supaya pelajar-pelajar bercampur dan membentuk sikap toleransi serta bekerjasama antara satu sama lain. Melalui sikap ini perpaduan akan dapat dipupuk di jiwa mereka seterusnya menjadikan mereka seimbang dari segi sosial dan rohani. Sebagai contoh aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di sekolah bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang suka menolong, namun ia juga dapat melahirkan rasa hormat menghormati dalam kalangan mereka. Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan semua aktiviti itu menuju ke arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program keselamatan dan kesihatan yang dijalankan di sekolah amat penting untuk membentuk murid yang seimbang dari semua aspek. Program sebegini dapat melahirkan murid yang dapat menguruskan diri sendiri dan dapat mengamalkan nilainilai murni di sekolah sejajar dengan matlamat FPK. Tubuh badan yang sihat dapat meningkatkan perkembangan fizikal individu. Jadi kebersihan diri dan alam sekitar dapat melahirkan budaya sekolah yang ceria dan menarik. Program keselamatan seperti aktiviti demostrasi kebakaran dan program keselamatan di jalan raya dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan seimbang dari aspek JERIS selaras dengan matlamat FPK. 39
  • 40. Kesimpulannya, pihak sekolah merupakan pihak yang mempunyai peranan yang terbesar untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat itu diserapkan ke sekolah-sekolah demi untuk melahirkan insan yang seimbang bukan sahaja dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani malah seimbang dalam pergaulan, akhlak dan sahsiah. 40
  • 41. 5.0 IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya terhadap sistem pendidkan negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan negara: - Implikasi Tehadap Kurikulum - Implikasi Terhadap Pendidik - Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan 5.1 Implikasi Terhadap Kurikulum. Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan. 41
  • 42. 5.2 Implikasi Terhadap Pendidik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru. 5.3 Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan. Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahankemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka. 42
  • 43. Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. 43
  • 44. RUMUSAN Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan 44
  • 45. pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. 45
  • 46. CADANGAN Usaha untuk merealisasikan FPK telah dijalankan dengan penuh iltizam oleh pihak SKKMB walaupun kedudukan sekolah terletak di kawasan luar bandar. Pelbagai elemen yang digariskan dalam FPK telah berjaya direalisasikan di sekolah ini. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ini supaya lebih maju ke hadapan setanding dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan di sekolah ini adalah dari aspek kemudahan yang disediakan. Padang sekolah yang kurang mengutamakan unsur-unsur keselamatan haruslah diperbaiki dengan segera supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Padang sekolah yang berlubanglubang serta tidak rata boleh menyebabkan kecederaan kepada murid-murid yang menggunakan padang ini. Selain itu juga, keadaan padang yang kurang baik juga pastinya akan mencemar nama sekolah sekiranya padang itu digunakan untuk acara rasmi seperti sukan tahunan yang dihadiri oleh ibu bapa atau tetamu khas yang dijemput. Pusat sumber merupakan satu tempat rujukan murid-murid untuk mencari maklumat yang diingini selain menyediakan bahan bacaan bagi murid-murid supaya masa mereka yang terluang boleh diisi dengan amalan membaca. Pusat sumber SK. Batu 22 perlu dipertingkatkan lagi dari aspek bilangan bahan bacaan. Pihak sekolah seharusnya menambah lagi bilangan bahan bacaan yang terdapat di pusat sumber supaya murid-murid dapat mengeksplorasi ilmu dengan lebih berkesan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian mereka terutamanya dalam akademik. Pusat sumber juga haruslah diselia dengan baik supaya dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke pusat sumber sekaligus membudayakan amalan membaca. Penambahbaikan juga boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga merupakan salah satu tarikan yang berupaya menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah bagi menimba ilmu yang diajarkan oleh guru mereka. Guru-guru SK. Batu 22 haruslah peka kepada setiap perkembangan murid mereka supaya murid-murid yang 46
  • 47. belajar di situ akan berasa dikasihi dan dihargai. Guru-guru juga haruslah lebih kerap menggunakan alat bantu mengajar yang menarik serta menggunakan kemudahan yang disediakan sekolah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti pemancar cahaya dan projektor. Selain itu juga, pihak sekolah haruslah peka kepada persekitaran sekolah. Persekitaran sekolah haruslah ditingkatkan lagi dari aspek kebersihan dan keceriaan kerana persekitaran yang bersih dan sihat akan mewujudkan suasana yang selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran yang selesa juga amat penting kerana proses pembelajaran adalah melalui pemerhatian(Bandura,1986). Mural-mural lama yang terdapat di sekeliling sekolah hendaklah diperbaharui supaya idea-idea segar daripada murid-murid atau guru-guru dapat diilhamkan dengan cemerlang. Sekolah juga haruslah membudayakan membaca sebagai salah satu aktiviti utama murid-murid terutamanya ketika waktu lapang mereka. Sudut atau pondok bacaan haruslah disediakan bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan mereka seterusnya menjadi tempat perbincangan yang membolehkan perkongsian idea-idea bernas berkaitan pelajaran. Keselamatan sekolah juga haruslah dititikberatkan contohnya peraturan keluar masuk haruslah diperketatkan lagi supaya keselamatan semua murid terjamin ketika berada di dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan murid-murid belajar berinteraksi dengan persekitaran supaya mereka dapat menimba pengalaman yang sebenar selaras dengan saranan tokoh pendidik iaitu Maria Montessori yang mengatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang berinteraksi dengan persekitaran. Oleh itu, pihak sekolah contohnya boleh mendorong murid-murid melaksanakan Projek Sains seperti projek menanam sayur-sayuran kerana proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya mereka merasai serta melihat sendiri pertumbuhan tanaman tersebut. 47
  • 48. PENUTUP Sebagai deduksinya, segala hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan haruslah dicapai demi melahirkan insan yang seimbang dalam segala aspek selain menjadi pewaris pemerintahan negara. Semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan haruslah bersatu hati, menggenggam tekad yang jitu dengan sepenuh hati serta berusaha bersungguh-sungguh merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi melahirkan modal insan yang gemilang yang mempunyai mentaliti kelas pertama. SK.Batu 22 juga perlulah lebih giat menjalankan penambahbaikan serta meneruskan usaha untuk memajukan sekolah demi melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dikategorikan kepada tiga aspek utama iaitu ilmu, kemahiran dan penampilan yang unggul. Oleh itu, Malaysia akan terus membangun bersama generasi yang mampu memimpin negara ke arah kemajuan. 48
  • 49. REFLEKSI Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. 49
  • 50. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Jadi kita sebagai warga pendidik perlu melaksanakan tugas kita dengan sebaik mungkin untuk mendidik anak bangsa berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar Negara kita mampu melahirkan golongan bijak pandai seterusnya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-nagara maju yang lain. 50