SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
Komentar Buku-Buku ‘Sejarah’ Islam
http://www.youtube.com/watch?v=WF31BGc3dx8
dan,
http://www.youtube.com/watch?v=QeR9XmQ169c
Satu perkembangan yang amat baik mutakhir ini bila tercetus minat orang ramai
untuk menelaah bahan bacaan berkaitan agama. Satu genre yang jelas mendapat
sambutan ialah buku-buku sejarah Islam. Tetapi agak malang bila didapati
kebanyakan buku-buku yang dikatakan buku ‘sejarah Islam’ ini tidak menepati
piawai amanah keilmuan. Banyak cerita yang diolah penulis-penulis tersebut yang
tersasar dari kebenaran .
Kita berbangga bila ada seseorang berani tampil untuk menegur kepincangan ini,
dan amat bertuah bila ianya datang dari golongan penulis sendiri. Di bawah ialah
artikel yang dipetik dari facebook Us Hasrizal Abd Jamil
(http://www.facebook.com/ustazhasrizal) untuk tatapan kita semua.
Ulasan Ringkas Dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin Tentang Komen Ustaz
Hasrizal Jamil Terhadap Abdul Latip Talib
moga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada Ustaz Hasrizal Jamil yang
mendedahkan kandungan yang tidak benar yang termuat dalam tulisan Abdul
Latip Talib..buku-buku tulisan penulis berkenaan boleh merosakkan hakikat
sejarah dan menyelewengkan fakta mengikut selera penulis...niat baik tidak
memadai jika diikuti dengan tindakan yang salah..sebab itu Nabi s.a.w
menyatakan "Sesiapa yang berdusta menggunakan namaku dengan sengaja
maka siap tempat duduknya dalam neraka" (hadis mutawatir)..sekalipun jika
seseorang mengadakan hadis palsu dengan niat baik, dia tetap melakukan dosa
besar iaitu pembohongan fakta atas nama rasulullah s.a.w..sejarah juga tidak
boleh dibohongi ataupun diada-adakan hanya kerana niat yang baik..awasi buku-
buku penulis berkenaan...
Sumber: http://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10151567568567990
Saya mengikuti kursus penulisan anjuran PTS pada tahun 2005 di Taman
Permata, KL. Saya belajar dengan sifu penulisan saya Puan Ainon, teknik
menyampaikan agama melalui cerita. Sampaikan agama melalui cerita, menjadi
tema saya di blog www.saifulislam.com semenjak itu dan dengan teknik yang
sama jugalah terhasilnya buku Aku Terima Nikahnya, dan KESEMUA buku saya
yang lain. Namun ketentuan Allah, buku-buku saya diterbitkan oleh Galeri Ilmu
Sdn Bhd dan bukannya PTS.
Berulang-ulang kali usaha dibuat untuk saya boleh menulis dengan PTS tetapi
sentiasa terhalang dan saya menganggap halangan itu berpunca daripada
kelemahan saya.
Semenjak 2005-2006 sudah ada dorongan untuk menulis tentang sejarah Islam
melalui penceritaan atau kemudiannya disebut sebagai Novel Sejarah Islam. Saya
juga mendapat pelawaan dalam bentuk cadangan oleh penerbit melalui editor
(maaf saya tidak ingat siapa) untuk menulis tema ini. Tetapi sesiapa sahaja yang
belajar ilmu Syariah akan tahu betapa hajat ini AMAT-AMAT SUKAR untuk dibuat.
Saya tidak mampu melakukannya.
Saya hanya mampu menulis sebuah artikel yang kemudiannya menjadi penutup
di dalam buku saya yang bertajuk MURABBI CINTA. Saya gunakan riwayat -
riwayat yang sahih untuk membina dialog detik-detik akhir hayat Baginda SAW.
Sedikit demi sedikit riwayat saya pecahkan, perenggankan ia, tanpa mereka
sendiri dialog kerana apa sahaja teori novel, pencerekaan, penghasilan novel,
asalkan ia mahu dinisbahkan kepada Rasulullah SAW, ia wajib tunduk kepada
peraturan syara' yang ketat.
Saya hanya mampu menghasilkan sebuah artikel. Jauh sekali berpuluh buku.
Akan tetapi di dalam travelog Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat
Letih, saya sampaikan fakta sejarah melalui penceritaan saya kepada rakan,
merujuk kisah benar perbualan saya dengan mereka, atau pun penceritaan saya
kepada pembaca. Monolog yang berlaku, ialah monolog saya tentang peristiwa.
Bukan monolog insan-insan benar di alam barzakh yang ingin saya ceritakan
tentang mereka.
Apabila kita belajar sejarah, asas paling besar ilmu sejarah adalah SUMBER.
Saya menilai Sirah Nabawiyyah oleh Ibnu Hisham sebagai salah satu rujukan
yang disenaraikan oleh Ayahanda Pak Latip sebagai rujukannya dalam
penghasilan Novel HIJRAH, sebab ia adalah rujukan PRIMER (MASDAR). Jika tiada
di dalam Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam, mungkin boleh rujuk riwayat-riwayat
lain yang dibawa oleh al-Bukhari dan rujukan-rujukan berotoriti lain.
Tidak mungkin jika tiada di dalam al-Sirah oleh Ibnu Hisham, rujuk karya
Tarikuddin Hasan. Ia tertib yang amat salah.
PEMBABITAN
Semenjak awal lagi, saya tahu wujudnya geran untuk projek mengkaji novel
sejarah islam ini. Dan saya berusaha untuk mengelakkan diri daripada terbabit di
dalam projek akademik Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti
Pengajian Islam, UKM ini. Saya tahu, jika saya terbabit, saya terpaksa mengkritik
insan-insan yang amat dekat dengan diri saya. Tetapi saya patuh kepada
keputusan pensyarah saya yang menghendaki saya menyertai usaha ini. Projek
ini dilakukan secara berkumpulan. Pasukan yang terbabit di dalam projek ini
melawat, menziarahi Pak Latip tetapi saya tidak dapat turut serta kerana berada
di Turki selama hampir sebulan.
Semasa di Turki, saya berbual dengan tokoh-tokoh ilmuwan tentang buku-buku
populis dalam penyampaian sejarah Islam, terutamanya di Turki. Dr. Hasan
Tuncay Başöğlu, Timbalan Direktor İSAM (Centre for Islamic Research) di
Istanbul tersenyum dan mengatakan, "ini masalah".
Itu sahaja.
Saya meluangkan masa yang panjang mengkaji melalui blog Pak Latip
terutamanya untuk mendapatkan maklumat motif penulisan novel sejarah Islam
beliau. Saya korek blog dan alhamdulillah saya bertemu sebuah entri pada tahun
2008. Saya bentangkan ia di dalam seminar minggu lalu di UKM, bahawa niat Pak
Latip mulia, mahu menyampaikan al-Quran dan al-Sunnah. Saya juga nyatakan
di dalam seminar, kita semua perlu berasa segan dengan kesungguhan Pak Latip
berusaha menulis secara istiqamah. Ahli akademik tidak prolifik seperti Pak Latip
malah mungkin anak-anak pensyarah sendiri membaca buku Pak Latip sendiri
dan bukan jurnal akademik ibu bapa mereka, seperti kata penyelia akademik
saya.
Dalam nada mengusik.
Malah saya bentangkan juga, beberapa perbualan Pak Latip dengan pembaca
yang ditulis di blog beliau, tentang persoalan-persoalan fakta sejarah seperti
perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah pada usia 40'an. Saya buktikan
kepada hadirin seminar bahawa Pak Latip sedar tentang isu-isu yang wujud di
dalam sejarah Islam dan berusaha menjernihkan mana-mana yang kabur.
Saya juga mengelakkan diri daripada mengkritik novel ini daripada disiplin
kesusasteraannya kerana ia tugasan disiplin sejarah Islam, dan menghormati
disiplin sastera yang mempunyai peraturan-peraturannya yang tersendiri. Jika
dikupas daripada sastera, mungkin impaknya lebih besar.
Tetapi saya simpulkan di dalam pembentangan, niat yang murni serta kesedaran
tentang manhaj oleh penulis novel HIJRAH, tidak dapat mencegah novel itu
daripada kesalahan fakta kerana permasalahan yang wujud semenjak di awal
penulisan iaitu
1. Keterbatasan penulis untuk merujuk (upaya Bahasa Arab dan Inggeris)
2. Masalah teknik pencairan fakta beku dalam sejarah melalui pengembangan
watak dan peristiwa, yang menyebabkan dialog-dialog terhasil.
Saya buat pemeriksaan di MPH serta Popular, dan saya dapati novel sejarah Pak
Latip yang bersifat fiksyen (walaupun Pak Latip dan PTS tidak setuju) dan karya
asal ilmiah oleh Dr MAZA berkenaan para Sahabat (asalnya tesis beliau)
diletakkan di rak yang sama. Masyarakat tidak dapat membezakan antara karya
populis, akademik, dan semi ilmiah.
Lebih memburukkan keadaan, pelajar universiti membuat tugasan akademik pun,
merujuk novel sejarah Pak Latip.
Saya pilih novel HIJRAH sebab tugasan ini asalnya adalah untuk subjek Fiqh
Sirah. Jika diberi pilihan, saya mungkin akan pilih novel berkaitan al-Khulafa' al-
Rashidin yang lebih sarat dengan permasalahan. Tetapi besar hikmahnya novel
HIJRAH dipilih sebab disiplin penulis terhadap RASULULLAH SALLALLAAHU
ALAYHI WA SALLAM adalah penentu komitmen ilmu tertinggi. Kalau dengan
baginda pun, kita tidak jaga, apatah lagi dengan yang lain.
Saya sampaikan semua ini sebagai wacana terbuka sebab jumlah buku Pak Latip
di pasaran mencecah ratusan ribu naskhah. Saya sampaikan secara berakhlak,
menyantuni, memuji, memberikan saranan sebaik mungkin dan mengharapkan
agar hasilnya adalah PENAMBAH BAIKAN.
Walaupun jauh di hati saya berkata, MUSTAHIL novel-novel sejarah ini boleh
dibetulkan kerana kecamuk isi kandungannya. Mungkin apa yang boleh dibuat
ialah menukar label kategori buku ini. Bukan lagi novel sejarah Islam tetapi novel
fiksyen.
Ia fiksyen.
Membaca novel Pak Latip, saya terasa seperti watak di dalam Sirah dan Sejarah
ini adalah MELAYU, dan bukan lagi Arab.
Ia memang fiksyen.
Semoga Allah nampakkan kita kebenaran sebagai kebenaran dan direzekikan kita
mengikutinya, dan direzekikan kita nampak kebatilan sebagai batil, dan
direzekikan kita meghindarinya, ameen.
Artikel asal:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=484694808244716&set=a.208756269
171906.46835.189792471068286&type=1&theater

Contenu connexe

Similaire à komentar buku-buku sejarah islam

Hamka.dari perbendaharaan lama.
Hamka.dari perbendaharaan lama.Hamka.dari perbendaharaan lama.
Hamka.dari perbendaharaan lama.Janang S
 
Dari perbendaharaan lama - hamka
Dari perbendaharaan lama - hamkaDari perbendaharaan lama - hamka
Dari perbendaharaan lama - hamkaahmadkhoiron
 
Dariperbendaharaanlama hamka
Dariperbendaharaanlama  hamkaDariperbendaharaanlama  hamka
Dariperbendaharaanlama hamkaHelmon Chan
 
dariperbendaharaanlama__hamka.pdf
dariperbendaharaanlama__hamka.pdfdariperbendaharaanlama__hamka.pdf
dariperbendaharaanlama__hamka.pdfArdiRek
 
Makalah sosiologi sastra
Makalah sosiologi sastraMakalah sosiologi sastra
Makalah sosiologi sastrarentalaka
 
Buku putih islam jawa 1
Buku putih islam jawa 1Buku putih islam jawa 1
Buku putih islam jawa 1Edi Awaludin
 
Halal dan Haram dalam islam by Dr. Yusuf Qardhawi
  Halal dan Haram dalam islam by Dr. Yusuf Qardhawi   Halal dan Haram dalam islam by Dr. Yusuf Qardhawi
Halal dan Haram dalam islam by Dr. Yusuf Qardhawi Martin Arale
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdf
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdfBahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdf
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdfSnowyFox
 
40masalahsyiah 170819020543
40masalahsyiah 17081902054340masalahsyiah 170819020543
40masalahsyiah 170819020543muhammad tarmizi
 
MAKALAH FIKSI NON FIKSI.docx
MAKALAH FIKSI NON FIKSI.docxMAKALAH FIKSI NON FIKSI.docx
MAKALAH FIKSI NON FIKSI.docxofficialterkini
 
Islam dalam tinjauan madilog
Islam dalam tinjauan madilogIslam dalam tinjauan madilog
Islam dalam tinjauan madilogBayu Prasetyo
 
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"KPM- ex KPLI students
 
La tahzan jgn bersedih
La tahzan jgn bersedihLa tahzan jgn bersedih
La tahzan jgn bersedihtengkiu
 
Aidh al qarni - la tahzan
Aidh al qarni - la tahzanAidh al qarni - la tahzan
Aidh al qarni - la tahzankusumahardi
 
La tahzan (jangan bersedih)
La tahzan (jangan bersedih)La tahzan (jangan bersedih)
La tahzan (jangan bersedih)Afif Tracal
 
Aidh al qorni - la tahzan
Aidh al qorni - la tahzanAidh al qorni - la tahzan
Aidh al qorni - la tahzanRobby Mukhtar
 

Similaire à komentar buku-buku sejarah islam (20)

Hamka.dari perbendaharaan lama.
Hamka.dari perbendaharaan lama.Hamka.dari perbendaharaan lama.
Hamka.dari perbendaharaan lama.
 
Dari perbendaharaan lama - hamka
Dari perbendaharaan lama - hamkaDari perbendaharaan lama - hamka
Dari perbendaharaan lama - hamka
 
Dariperbendaharaanlama hamka
Dariperbendaharaanlama  hamkaDariperbendaharaanlama  hamka
Dariperbendaharaanlama hamka
 
dariperbendaharaanlama__hamka.pdf
dariperbendaharaanlama__hamka.pdfdariperbendaharaanlama__hamka.pdf
dariperbendaharaanlama__hamka.pdf
 
Makalah sosiologi sastra
Makalah sosiologi sastraMakalah sosiologi sastra
Makalah sosiologi sastra
 
Buku putih islam jawa 1
Buku putih islam jawa 1Buku putih islam jawa 1
Buku putih islam jawa 1
 
Halal dan Haram dalam islam by Dr. Yusuf Qardhawi
  Halal dan Haram dalam islam by Dr. Yusuf Qardhawi   Halal dan Haram dalam islam by Dr. Yusuf Qardhawi
Halal dan Haram dalam islam by Dr. Yusuf Qardhawi
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdf
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdfBahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdf
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdf
 
40masalahsyiah 170819020543
40masalahsyiah 17081902054340masalahsyiah 170819020543
40masalahsyiah 170819020543
 
40 MASALAH SYIAH
40 MASALAH SYIAH40 MASALAH SYIAH
40 MASALAH SYIAH
 
MAKALAH FIKSI NON FIKSI.docx
MAKALAH FIKSI NON FIKSI.docxMAKALAH FIKSI NON FIKSI.docx
MAKALAH FIKSI NON FIKSI.docx
 
Islam dalam tinjauan madilog
Islam dalam tinjauan madilogIslam dalam tinjauan madilog
Islam dalam tinjauan madilog
 
Islam dalam tinjauan madilog
Islam dalam tinjauan madilogIslam dalam tinjauan madilog
Islam dalam tinjauan madilog
 
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
 
La tahzan jgn bersedih
La tahzan jgn bersedihLa tahzan jgn bersedih
La tahzan jgn bersedih
 
Aidh al qarni - la tahzan
Aidh al qarni - la tahzanAidh al qarni - la tahzan
Aidh al qarni - la tahzan
 
La tahzan (jangan bersedih)
La tahzan (jangan bersedih)La tahzan (jangan bersedih)
La tahzan (jangan bersedih)
 
La tahzan aidh al-qarni
La tahzan   aidh al-qarniLa tahzan   aidh al-qarni
La tahzan aidh al-qarni
 
Aidh al qorni - la tahzan
Aidh al qorni - la tahzanAidh al qorni - la tahzan
Aidh al qorni - la tahzan
 

Plus de R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukR&R Darulkautsar
 

Plus de R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
 

Dernier

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Dernier (20)

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

komentar buku-buku sejarah islam

  • 1. Komentar Buku-Buku ‘Sejarah’ Islam http://www.youtube.com/watch?v=WF31BGc3dx8 dan, http://www.youtube.com/watch?v=QeR9XmQ169c Satu perkembangan yang amat baik mutakhir ini bila tercetus minat orang ramai untuk menelaah bahan bacaan berkaitan agama. Satu genre yang jelas mendapat sambutan ialah buku-buku sejarah Islam. Tetapi agak malang bila didapati kebanyakan buku-buku yang dikatakan buku ‘sejarah Islam’ ini tidak menepati piawai amanah keilmuan. Banyak cerita yang diolah penulis-penulis tersebut yang tersasar dari kebenaran . Kita berbangga bila ada seseorang berani tampil untuk menegur kepincangan ini, dan amat bertuah bila ianya datang dari golongan penulis sendiri. Di bawah ialah artikel yang dipetik dari facebook Us Hasrizal Abd Jamil (http://www.facebook.com/ustazhasrizal) untuk tatapan kita semua. Ulasan Ringkas Dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin Tentang Komen Ustaz Hasrizal Jamil Terhadap Abdul Latip Talib moga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada Ustaz Hasrizal Jamil yang mendedahkan kandungan yang tidak benar yang termuat dalam tulisan Abdul Latip Talib..buku-buku tulisan penulis berkenaan boleh merosakkan hakikat sejarah dan menyelewengkan fakta mengikut selera penulis...niat baik tidak memadai jika diikuti dengan tindakan yang salah..sebab itu Nabi s.a.w menyatakan "Sesiapa yang berdusta menggunakan namaku dengan sengaja maka siap tempat duduknya dalam neraka" (hadis mutawatir)..sekalipun jika
  • 2. seseorang mengadakan hadis palsu dengan niat baik, dia tetap melakukan dosa besar iaitu pembohongan fakta atas nama rasulullah s.a.w..sejarah juga tidak boleh dibohongi ataupun diada-adakan hanya kerana niat yang baik..awasi buku- buku penulis berkenaan... Sumber: http://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10151567568567990 Saya mengikuti kursus penulisan anjuran PTS pada tahun 2005 di Taman Permata, KL. Saya belajar dengan sifu penulisan saya Puan Ainon, teknik menyampaikan agama melalui cerita. Sampaikan agama melalui cerita, menjadi tema saya di blog www.saifulislam.com semenjak itu dan dengan teknik yang sama jugalah terhasilnya buku Aku Terima Nikahnya, dan KESEMUA buku saya yang lain. Namun ketentuan Allah, buku-buku saya diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd dan bukannya PTS. Berulang-ulang kali usaha dibuat untuk saya boleh menulis dengan PTS tetapi sentiasa terhalang dan saya menganggap halangan itu berpunca daripada kelemahan saya. Semenjak 2005-2006 sudah ada dorongan untuk menulis tentang sejarah Islam melalui penceritaan atau kemudiannya disebut sebagai Novel Sejarah Islam. Saya
  • 3. juga mendapat pelawaan dalam bentuk cadangan oleh penerbit melalui editor (maaf saya tidak ingat siapa) untuk menulis tema ini. Tetapi sesiapa sahaja yang belajar ilmu Syariah akan tahu betapa hajat ini AMAT-AMAT SUKAR untuk dibuat. Saya tidak mampu melakukannya. Saya hanya mampu menulis sebuah artikel yang kemudiannya menjadi penutup di dalam buku saya yang bertajuk MURABBI CINTA. Saya gunakan riwayat - riwayat yang sahih untuk membina dialog detik-detik akhir hayat Baginda SAW. Sedikit demi sedikit riwayat saya pecahkan, perenggankan ia, tanpa mereka sendiri dialog kerana apa sahaja teori novel, pencerekaan, penghasilan novel, asalkan ia mahu dinisbahkan kepada Rasulullah SAW, ia wajib tunduk kepada peraturan syara' yang ketat. Saya hanya mampu menghasilkan sebuah artikel. Jauh sekali berpuluh buku. Akan tetapi di dalam travelog Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih, saya sampaikan fakta sejarah melalui penceritaan saya kepada rakan, merujuk kisah benar perbualan saya dengan mereka, atau pun penceritaan saya kepada pembaca. Monolog yang berlaku, ialah monolog saya tentang peristiwa. Bukan monolog insan-insan benar di alam barzakh yang ingin saya ceritakan tentang mereka. Apabila kita belajar sejarah, asas paling besar ilmu sejarah adalah SUMBER. Saya menilai Sirah Nabawiyyah oleh Ibnu Hisham sebagai salah satu rujukan yang disenaraikan oleh Ayahanda Pak Latip sebagai rujukannya dalam penghasilan Novel HIJRAH, sebab ia adalah rujukan PRIMER (MASDAR). Jika tiada di dalam Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam, mungkin boleh rujuk riwayat-riwayat lain yang dibawa oleh al-Bukhari dan rujukan-rujukan berotoriti lain. Tidak mungkin jika tiada di dalam al-Sirah oleh Ibnu Hisham, rujuk karya Tarikuddin Hasan. Ia tertib yang amat salah. PEMBABITAN Semenjak awal lagi, saya tahu wujudnya geran untuk projek mengkaji novel sejarah islam ini. Dan saya berusaha untuk mengelakkan diri daripada terbabit di dalam projek akademik Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM ini. Saya tahu, jika saya terbabit, saya terpaksa mengkritik
  • 4. insan-insan yang amat dekat dengan diri saya. Tetapi saya patuh kepada keputusan pensyarah saya yang menghendaki saya menyertai usaha ini. Projek ini dilakukan secara berkumpulan. Pasukan yang terbabit di dalam projek ini melawat, menziarahi Pak Latip tetapi saya tidak dapat turut serta kerana berada di Turki selama hampir sebulan. Semasa di Turki, saya berbual dengan tokoh-tokoh ilmuwan tentang buku-buku populis dalam penyampaian sejarah Islam, terutamanya di Turki. Dr. Hasan Tuncay Başöğlu, Timbalan Direktor İSAM (Centre for Islamic Research) di Istanbul tersenyum dan mengatakan, "ini masalah". Itu sahaja. Saya meluangkan masa yang panjang mengkaji melalui blog Pak Latip terutamanya untuk mendapatkan maklumat motif penulisan novel sejarah Islam beliau. Saya korek blog dan alhamdulillah saya bertemu sebuah entri pada tahun 2008. Saya bentangkan ia di dalam seminar minggu lalu di UKM, bahawa niat Pak Latip mulia, mahu menyampaikan al-Quran dan al-Sunnah. Saya juga nyatakan di dalam seminar, kita semua perlu berasa segan dengan kesungguhan Pak Latip berusaha menulis secara istiqamah. Ahli akademik tidak prolifik seperti Pak Latip malah mungkin anak-anak pensyarah sendiri membaca buku Pak Latip sendiri dan bukan jurnal akademik ibu bapa mereka, seperti kata penyelia akademik saya. Dalam nada mengusik. Malah saya bentangkan juga, beberapa perbualan Pak Latip dengan pembaca yang ditulis di blog beliau, tentang persoalan-persoalan fakta sejarah seperti perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah pada usia 40'an. Saya buktikan kepada hadirin seminar bahawa Pak Latip sedar tentang isu-isu yang wujud di dalam sejarah Islam dan berusaha menjernihkan mana-mana yang kabur. Saya juga mengelakkan diri daripada mengkritik novel ini daripada disiplin kesusasteraannya kerana ia tugasan disiplin sejarah Islam, dan menghormati disiplin sastera yang mempunyai peraturan-peraturannya yang tersendiri. Jika dikupas daripada sastera, mungkin impaknya lebih besar.
  • 5. Tetapi saya simpulkan di dalam pembentangan, niat yang murni serta kesedaran tentang manhaj oleh penulis novel HIJRAH, tidak dapat mencegah novel itu daripada kesalahan fakta kerana permasalahan yang wujud semenjak di awal penulisan iaitu 1. Keterbatasan penulis untuk merujuk (upaya Bahasa Arab dan Inggeris) 2. Masalah teknik pencairan fakta beku dalam sejarah melalui pengembangan watak dan peristiwa, yang menyebabkan dialog-dialog terhasil. Saya buat pemeriksaan di MPH serta Popular, dan saya dapati novel sejarah Pak Latip yang bersifat fiksyen (walaupun Pak Latip dan PTS tidak setuju) dan karya asal ilmiah oleh Dr MAZA berkenaan para Sahabat (asalnya tesis beliau) diletakkan di rak yang sama. Masyarakat tidak dapat membezakan antara karya populis, akademik, dan semi ilmiah. Lebih memburukkan keadaan, pelajar universiti membuat tugasan akademik pun, merujuk novel sejarah Pak Latip. Saya pilih novel HIJRAH sebab tugasan ini asalnya adalah untuk subjek Fiqh Sirah. Jika diberi pilihan, saya mungkin akan pilih novel berkaitan al-Khulafa' al- Rashidin yang lebih sarat dengan permasalahan. Tetapi besar hikmahnya novel HIJRAH dipilih sebab disiplin penulis terhadap RASULULLAH SALLALLAAHU ALAYHI WA SALLAM adalah penentu komitmen ilmu tertinggi. Kalau dengan baginda pun, kita tidak jaga, apatah lagi dengan yang lain. Saya sampaikan semua ini sebagai wacana terbuka sebab jumlah buku Pak Latip di pasaran mencecah ratusan ribu naskhah. Saya sampaikan secara berakhlak, menyantuni, memuji, memberikan saranan sebaik mungkin dan mengharapkan agar hasilnya adalah PENAMBAH BAIKAN. Walaupun jauh di hati saya berkata, MUSTAHIL novel-novel sejarah ini boleh dibetulkan kerana kecamuk isi kandungannya. Mungkin apa yang boleh dibuat ialah menukar label kategori buku ini. Bukan lagi novel sejarah Islam tetapi novel fiksyen. Ia fiksyen. Membaca novel Pak Latip, saya terasa seperti watak di dalam Sirah dan Sejarah ini adalah MELAYU, dan bukan lagi Arab.
  • 6. Ia memang fiksyen. Semoga Allah nampakkan kita kebenaran sebagai kebenaran dan direzekikan kita mengikutinya, dan direzekikan kita nampak kebatilan sebagai batil, dan direzekikan kita meghindarinya, ameen. Artikel asal: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=484694808244716&set=a.208756269 171906.46835.189792471068286&type=1&theater