3. Ianya boleh diterjemahkan sebagai lambang kepada
perasaan dalaman seseorang yang diluahkan dalam bentuk
mimik muka yang lebih dikenali sebagai air muka.
Hal ini demikian kerana berikutan beberapa faktor iaitu
keadaan dan situasi yang berlaku dalam kalangan
persekitarannya menyebabkan individu terbabit sukar
untuk menterjemahkan melalui lisan.
Antara contoh air muka:
4. Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku
iaitu apa yang diperhatikan.
Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang
akhirnya terus menjurus ke dalam proses komunikasi.
Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan
selalu berubah-ubah.
Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan
penerima dan ia adalah suatu penghubung antara
interaksi manusia dengan manusia laninnya.
Komunikasi berlaku dalam konteks fizikal dan sosial.
Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan
kenyamanan tempat komunikasi berlaku.
Komunikasi
5. Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan
kenyamanan tempat komunikasi berlaku.
Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap
dengan orang yang berbeza bangsa, ras,
bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status
sosial.
Komunikasi silang budaya ialah komunikasi
dengan mereka yang berlainan etnik dan
jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks
pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.
6. Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-
masing mengenai apa yang betul atau salah.
Komunikasi sangat berbudaya ialah komunikasi
di mana tahap perbezaan budaya adalah sangat
tinggi.
Komunikasi kurang berbudaya ialah tahap
perbezaan budaya yang rendah, ini bermaksud
dalam kalangan masyarakat itu sendiri tidak
mempunyai pelbagai kebudayaan yang terlalu
banyak serta sangat kurang adat resamnya.
7. Sebagai contoh,seorang pakar penasihat kepada Hicom
Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah
Hicom Sdn Bhd yang terdiri dari orang Malaysia, Orang
Jepun, Orang Kanada dan Orang UK.
Jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang
terlibat diamalkan, segala komunikasi yang terjadi ini
akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat
yang maksimum
Jika air muka yang dilemparkan adalah positif dan
menyenangkan jadi segala urusan akan lancar tanpa
sebarang konflik.
8. Jika diperhatikan,peranan air muka dalam konteks
kebudayaan amat berkait rapat dengan kepandaian kita
dalam menjaga air muka bagi menjaga keharmonian sejagat.
Walaupun hal ini kelihatan remeh namun air muka adalah
salah satu yang menyumbang terhadap keberkesanan
komunikasi yang berlaku.
Nilai yang dipegang akan membentuk tingkah laku yang
akhirnya akan “terbawa” ke dalam proses komunikasi serta
akan mempamerkan reaksi ketika kita berinteraksi dan inilah
yang dinamakan air muka.
9. Jika kita melihat di Malaysia norma atau adat yang dipegang
sangat lembut dan santun ianya juga mempengaruhi kita
dalam mempamerkan air muka itu sendiri secara tidak
langsung.
Kebanyakan anak-anak yang terdidik dengan kesantunan ini
akan manis tersenyum dengan tetamu yang datang
bertandang kerumah keranan menjaga air muka ibu bapa.
Budaya inilah yang menjadikan komunikasi silang budaya
akan lebih harmoni kerana terjaganya air muka
Oleh itu interaksi yang berlaku juga akan lancar dan
harmoni.
10. Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur
dengan orang yang tidak dikenali. Manakala, orang
Malaysia hanya bertegur dengan orang yang
dikenali sahaja.
Perbezaan cara teguran menggambarkan budaya
antara mereka berbeza.
Air muka (senyuman) yang dilemparkan juga hanya
pada yang dikenali sahaja menyebabkan jaringan
budaya di Malaysia tidak begitu meluas seperti di
barat.
11. Orang Asia lebih menjaga kedudukan hieraki,
air muka orang lain dan teguran.
Cakap kasar dan menyampuk adalah dilarang.
Segala komunikasi yang berjalan adalah seiring
dengan penjagaan air muka bagi seseorang .
Jadi kepentingan air muka dalam berinteraksi
adalah menentukan proses penyampaian itu
terjadi dengan lancar ataupun tidak.
12. Terdapat kesan yang besar bagi mereka yang
berjaya menyampaikan komunikasi dengan air
muka yang sewajarnya.
Hal tersebut akan menggambarkan keseluruhan
pencapaian matlamat komunikasi itu, sama ada
baik atau sebaliknya
Malah dengan keputusan daripada itu juga
menyebabkan sesuatu pendamaian atau konflik
akan wujud.
13.
14. “Saudara, apa sebenarnya yang ingin saudara
dapatkan daripada saya?”
“Err … . Tidak ada apa-apa. Saya … saya cuma
mengagumi saudara.”
- Cerpen Idola, Zaen Kasturi –
Dialog di atas adalah perbualan antara si hero
dan si penjaga panggung.
Penggunaan “saudara” untuk memanggil satu
sama lain menunjukkan bahawa mereka baru
berkenalan antara satu sama lain dan
bersopan santun ketika berucap.
15. “Vika ini buat kamu !”
“ Oh… makasi yaahh !”
- Cerpen SURAT MISTERIUS -
Dialog di atas adalah perbualan antara
Vika dan Arini.
Penggunaan “kamu” ketika memanggil
satu sama lain menunjukkan hubungan
mereka yang akrab sebagai kawan
sekelas.
16. Si penjaga panggung terus mengangguk-angguk.
- Cerpen Idola, Zaen Kasturi -
Gerakan badan mengangguk-angguk kepala menyatakan
bahawa seseorang setuju dengan sesuatu isu.
"Apa, Ustaz Atan minta sepuluh minit untuk beri
penjelasan sewaktu perhimpunan?" Cikgu Bari
menggaru kepalanya yang tidak berambut itu.
- Cerpen Rambut Palsu Cikgu Bari –
Gerakan badan menggaru-garu kepala menandakan
terdapat ketidakfahaman dan pertanyaan.