1. Bahagian B(2011)
6. Encik Aliff yang tinggal di Melaka adalah seorang siswazah undang-undang universiti tempatan.
Selepas tamat pengajian, dia mendapat tawaran bekerja di sebuah firma guaman di Kuala
Lumpur tetapi memutuskan untuk mengambil alih perniagaan inap desa (homestay) milik
bapanya iaitu ERK Homestay di Melaka mulai tahun 2010.
Encik Aliff telah menetapkan sasaran keuntungan sebanyak 30% bagi tahun 2011. Oleh itu,
sebagai langkah permulaan untuk menarik lebih ramai pelanggan, Encik Aliff telah melabur
RM200 ribu bagi menaik taraf homestaynya. Namun begitu, tindakan untuk meningkatkan
permintaan terhadap ERK Homestay tidak berjaya. Walau bagaimanapun Encik Aliff tetap tidak
berputus asa. Dia berusaha memajukan dirinya dengan mengikuti pelbagai kursus keusahawanan
dan mendapat khidmat nasihat daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Tetapi usahanya
itu masih tidak membuahkan hasil untuk meningkatkan permintaan seperti mana yang
diharapkan.
Empat tahun selepas itu, perniagaan ERK Homestay semakin maju. Prestasi perniagaannya
bertambah baik sehingga mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM40 ribu sebulan. Ini
mendorong Encik Aliff menubuhkan agensi pelancongannya sendiri yang beroperasi di
homestaynya. Tindakan ini menyebabkan keuntungan ERK Homestay bertambah menjadi
RM65 ribu sebulan dan seterusnya beliau dapat menyumbangkan kepada sumber hasil kerajaan
melalui peningkatan cukai yang dibayarnya.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:
(a) Adakah anda bersetuju dengan keputusan Encik Aliff untuk mengambil alih perniagaan inap
desa?
Beri enam alasan.
[7 markah]
(b) Mengapakah tindakan awal Encik Aliff tidak berjaya untuk meningkatkan permintaan
terhadap ERK Homestay?
[6 markah]
(c) Cadangkan dua cara lain untuk membantu Encik Aliff mengatasi masalah yang dihadapinya.
[2 markah]
(d) Jelaskan kesan penubuhan agensi pelancongan kepada:
(i) ERK Homestay
[3 markah]
(ii)Penduduk setempat
[3 markah]
(e) Terangkan dua jenis cukai yang perlu dibayar oleh ERK Homestay kepada kerajaan.
[4 markah]
2. Ceraian (a)
... saya bersetuju dengan keputusan Encik Aliff untuk mengambil alih perniagaan inap desa [1m]
Alasan:
... sanggup menanggung risiko [1m]
... menerima ganjaran untung [1m]
... boleh bekerja di luar waktu pejabat [1m]
... bebas membuat keputusan [1m]
... menimba pengalaman baru [1m]
... mempunyai pengalaman lepas cara mengurus homestay dari ayahnya [1m]
ATAU
... saya tidak bersetuju dengan keputusan Encik Aliff untuk mengambil alih perniagaan inap desa
[1m]
Alasan:
... tidak mempraktikkan pekerjaan mengikut kelayakan akademiknya [1m]
... waktu bekerja tidak menentu [1m]
... kurang pengalaman [1m]
... sanggup menerima arahan daripada majikan [1m]
... menerima upah yang tetap [1m]
Ceraian (b)
Sebab tindakan awal Encik Aliff tidak berjaya meningkatkan permintaan terhadap ERK Homestay
... kempen yang kurang agresif [1m]
... pengguna tidak suka akan penginapan inap desa [1m]
... kurang pengalaman [1m]
... harga barang pengganti lebih murah [1m]
... pendapatan pengguna rendah [1m]
... harga terlalu tinggi [1m]
Ceraian (c)
Cara lain untuk membantu Encik Aliff mengatasi masalah yang dihadapi
... memberikan diskaun [1m]
... menyediakan kemudahan pengangkutan percuma [1m]
Ceraian (d)i.
Kesan penubuhan agensi pelancongan kepada ERK Homestay
... penawaran pakej pelancongan bertambah [1m]
... permintaan bahan mentah bertambah [1m]
... pelaburan bertambah [1m]
... nama baik syarikat meningkat [1m]
[Pilih mana-mana 3]
Ceraian (d)ii.
Kesan penubuhan agensi pelancongan kepada penduduk setempat
... permintaan pengguna meningkat [1m]
... peluang pekerjaan bertambah [1m]
... pendapatan penduduk bertambah [1m]
... taraf hidup meningkat [1m]
[Pilih mana-mana 3]
Ceraian (e)
Jenis-jenis cukai yang perlu dibayar oleh ERK Homestay
Cukai pendapatan syarikat [1m]
... cukai ini dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh oleh syarikat [1m]