SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  33
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
TAJUK 1 PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA
KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR
• SINOPSIS
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi
pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
guru meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan
bidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologi
perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar
dapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni di negara
serta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan murid-
murid di sekolah.
• HASIL PEMBELAJARAN
• Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual
(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV
KBSR
• Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR
• Mengaitkan kepentingan perkembangan Kurikulum
• Merancang dan mereka bentuk aktiviti seni visual dalam pengajaran
dan pembelajaran
• Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain
1
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
1.0 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia
Jadual 1 :
Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual
Jadual 2 :
Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual
2
Transisi merentasi
kurikulum PSV
erentasi kurikulum
Pendidikan Institusi
Penerbitan Penubuhan kelab seni
Sebelum
Merdeka
Awal
Merdeka Sekarang
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
a) Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia
1.1 Laporan Winstedt- Zaman British
Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Neger-
negeri Selat 1885 adalah; Cukup untuk kehendak-kehendak biasa
budak-budak Melayu, yang kelak akan menjadi pemandu kereta
lembu, penanam padi dan nelayan. Tujuan kerajaan bukanlah
untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik.
Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia
hanya akan menimbulkan kesulitan nanti
1.2 1916 – Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah
di Tanah Melayu-Sekolah Melayu dan maktab mengajar mata
pelajaran lukisan. Anyaman diletakkan di bawah mata pelajaran
sains pertanian
1.3 Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri
Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:-
Lukisan adalah mustahak untuk “Latihan yang amat baik
memerhati alam” yang didapati darinya, dan ia dapat
menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih mereka
ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan
kerja- kerja mandur. Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4.
Menyediakan matapelajaran Kerjatangan seperti membuat bakul.
1.4 Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam
8.00 pagi hingga 12.00 tgh
Mata pelajaran :-Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu,
Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan, Senaman,
Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem
Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung-anjuran
R.O.Winstedt
1.5 Penyata Rahman Talib
Pada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula
implementasi dasar pendidikan di bawah ordinan pendidikan 1957
yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib
Antara syor yang dikemukakan:
3
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan
had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran
percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai
1962. Memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan
vokesional. Mengadakan pendidikan agama Islam.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya
sebagai bahasa kebangsaan.
1.6 Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan
di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru
dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu
Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama
Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan
lain-lain.
1.7 Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut
kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga
1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat
kesesuaian KLSR ini.
1.8 Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati
bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan
kurikulum yang baru. Implikasi daripada laporan ini ialah
pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada
tahun 1982.
1.9 Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti
kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali
pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar
menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi
kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada
mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran
masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.
1.10 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang
positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum
Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan
terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah
beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan
tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan,
4
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangan
kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila
kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan
memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir
dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md
Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan
Seni Visual).
1.11 Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru
ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua
kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib
dan mata pelajaran elektif.
1.12 Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan
penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang
individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran
terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam
menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya
dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah,
matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih
mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.
1.13 Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran
wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini
ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK
pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang
terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti
berikut :
(a) Melukis dan membuat gambar
(b) Membuat corak dan rekaan
5
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
(c) Membentuk dan membuat binaan
(d) Mengenal kraf tradisional
1.14 Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian
aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi
aspek seni. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai
pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-
sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah
perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi,
estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa
pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni
sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran,
dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan
Mohamad.1996)
1.15 Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual peringkat menengah.
Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagi
menggantikan Kertas Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh
University of Cambridge Local Examintin Syndicate tahun 1982.
1.16 Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan kepada pembelajaran
yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih
berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata bagi menguji
kemahiran calon dari aspek melukis dan pertukangan menerusi enam
kertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran.
1.17 Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami
sebarang perubahan selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuat
bagi dijadikan syarat kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidak
memberansangkan apabila persepsi yang direndah dan salah
khususnya dikalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihat
matapelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak
mempunyai prospek serta dipertikai dari aspek nilai komersialnya.
1.18 Melalui perbincangan Jawatankuasa yang diketuai Prof Madya Dr
Mohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatankuasa telah
membahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatankuasa dan
MPM bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan di gantikan
dengan Sukatan Pelajaran Seni Visual. Ianya merupakan satu
kesinambungan dari Matapelajaran Pendidikan Seni Visual di
peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran
6
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
Malaysia (SPM) dan juga menjadi jambatan ilmu ke program-program
seni lukis dan seni reka serta yang berkaitan di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT). Pemurniaan sukatan pelajaran sekali lagi mengalami
perubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan.
Maka pada tahun 2005 pemurniaan oleh jawatankuasa yang sama
menggubal beberapa aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual dan
penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga komponen
iaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek Penghasilan
Karya
7
Aspek
Pendidikan Sebelum
Merdeka
Pendidikan Selepas
Merdeka
Matlamat dan
Objektif
Isi kandungan
Pendekatan
Latihan 1
Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum
Merdeka dan selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.
Latihan 1
Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum
Merdeka dan selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
b) Kelahiran Institusi Seni
1.1 1922 – Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris-Memberi latihan
perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran
termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan. Melahirkan tokoh
pelukisan yang mempunyai ‘sudut pandangan Melayu’
Mengetengahkan hal benda tempatan. Anatara tokoh seperti Mohd.
Said Hj. Hussain dan Idris Hj. Salam
Antara matapelajaran :Pekerjaan tangan- kerja membuat raga
dianggap paling sesuai kerana: Seni pertukangan asli
Bahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan mudah,
Bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab
1.2 Sukatan Pelajaran Tahun pertama
* penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka juga
dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan
dan buluh. Tahun Kedua, sambungan kerja tahun pertama.
Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas
1.3 1960-Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur
Dibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-
masing antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan
jasmani. Selain itu, Pendidikan guru kelas buta dan cacat
pendengaran, Kaunseling dan kerjaya, Teknologi pendidikan dan
sebagainya Peter Harris mengendalikan kurikulum Jabatan
Pendidikan Seni bagi latihan guru dan antara kakitangan awal MPIK
adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo
For, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni
halus, seni grafik dan kraftangan diberi penekanan. Sukatan mata pelajaran
yang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni
8
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan Kursus wajib –
lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni, Latihan
praktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah seperti
Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail Hashim
Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an).
1.4 1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui Laporan
Rahman Talib. Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu,
logam, seni bina dan lukisan teknik dimasukkan ke dalam kursus seni
1.5 1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA)
Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam,
Seni tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka
tembikar, Seni reka kasut.
1.6 Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru pendidikan
seni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong
Kam Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telah
mengambil alih peranan kakitangan MPIK yang sebelum ini
memainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avant-garde
negara. Mereka telah menanamkan semangat yang
memberangsangkan di kalangan pelukis muda serta memupuk
kewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada tahun-tahun
1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah Fatimah
Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramai
lagi.
1.7 1971-Universiti Sains Malaysia
Di bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidang
Seni lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik,
arca, fotografi, sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni.
Melahirkan tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza
Piyadasa.
9
Latihan 2
Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat ke
atas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu,
apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajar
terhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai oleh
pelajar?
Latihan 2
Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat ke
atas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu,
apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajar
terhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai oleh
pelajar?
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
c) Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis
1.1 1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan
mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam
bahasa Cina
1.2 1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau
Pinang dan ahli Penang Impressionist
1.3 1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang
pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusan
sekolah seni dari United Kingdom. Beliau telah
memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan
guru sebagai pelukis banyak membantu perkembangan
pendidikan seni di sekolah-sekolah tanah air.Terus
berkembang dengan penubuhan sekolah kelab melukis antara
perkara yang diajar :Antaranya Kelas potret – Mohd. Hossein
10
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
Enas, Kelas Arca – Idris Salam, Kelas Grafik – Zakaria Nor
dan Kelas seni dalaman – Habibah Baharudin
1.4 1954 – Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual
Pulau Pinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54
hingga 29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guru
Melayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan
oleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20
orang guru seni.
1.5 1956-Majlis Kesenian Malaya
Pengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin
Hj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongan
kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjaga
kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan,
kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri
daripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris
1.6 1957- Thursday Art Group –Rentetan dari penubuhan WAG
dengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti
banyak berbentuk potret yang disesuaikan dengan budaya dan
identiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaan
dan kerjaya.
1.7 1966-Penang Teachers’ Art Circle-Latihan pendidikan seni di
luar negara. Terdiri daripada guru-guru seni tujuan :
membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan
seni.
d) Penerbitan
1.1 Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and
Crafts iaitu buku pertama mengenai sejarah seni dan seni
pertukangan.
1.2 1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkan
kaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan
1.3 1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan
oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata
pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di
sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.
Kitab Pedoman Guru Penggal II disusun oleh O.T. Dussek dan
11
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang
ditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaran
Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting
digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di
sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.
1.4 1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For Senior
Schools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolah-
sekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, Pulau
Pinang. Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan
Tangan. Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Work
antaranya ialah Corak pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan /
kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino, Cara-
cara menjilid buku dan alat yang digunakan.
1.5 “Kitab Rajah-Rajah Anyaman oleh guru anyaman –
Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilih
kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuat
perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan
sebagainya. Mejilid buku: untuk penuntut tahun
tiga. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan
permainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah
liat: penuntut terpilih
1.6 1957- Buku Panduan Guru– Kementerian Pelajaran
Persekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai
Mengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untuk
membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanak-
kanak, menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan
kecerdasan kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka.
Selain itu, objektifnya menjurus kepada pembinaan
kebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan,
Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburan
kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yang
terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisan
biasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar,
Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan.
1.7 1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan
seni lukis Sekolah Victoria, Singapura) dan W.T.Swinbanks
12
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
(pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura).
Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri
teknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk School
Certificate.
1.8 1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge
Series for Schools and Training Colleges oleh Blythe yang
menjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentuk
geometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruh
Malaya.
2.0 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual
a) Matlamat Pendidikan Seni Visual
Rancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia
telah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini
agar dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tujuannya untuk melengkapkan kamahiran murid ke aras pencapaian
keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi, dan
alam kehidupan selepas persekolahan.
Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan
penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan
keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif
dalam seni visual. Contoh modul yang dihasilkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
menjadi rujukan kepada guru-guru di sekolah.
13
Latihan 3
Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum
Merdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda
tentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hari
ini yang telah dibentuk?
Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.
Latihan 3
Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum
Merdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda
tentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hari
ini yang telah dibentuk?
Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu;
1. Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam
pendidikan dengan aktif.
2. Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta
penghasilan seni visual.
3. Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya
menerusi sejarah dan apresiasi seni visual.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendah
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan
seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Rajah 2.1 :
Matlamat Pendidikan Seni Visual
14
Celik
Budaya/harmonis
Nilai estatik tinggi Kreatif
Inovatif
Inventif/produktif
Imaginatif
Kritis
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
• Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan
aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan
estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
• Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan
produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.
• Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid :
- Memupuk minat
- Memperkembang keperibadian
- Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar.
b) Objektif Pendidikan Seni Visual
* Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di
kreatif dan menyeronokkan
- Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera
- Mengenali asas seni reka dan olahannya serta
dapat menggunakannya
- Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai
kegiatan seni visual
c) Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual
- Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti
berikut
a) pemerhatian secara aktif
15
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
b) interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat
dan bahan
c) apresiasi Seni Visual secara mudah; dan
b) menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
i. Pemerhatian secara aktif
Aspek ini melibatkan senitiviti deria. Semasa
menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada
perkara berikut ;
• Pengetahuan sedia ada murid
• Benda yang konkrit
• Minat, kecenderungan dan latar belakang murid
• Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
• Mencetus idea dan imaginasi
ii. Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan
bahan
Aspek yang melibatkan penerokaan dan
penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan
dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa
menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian
kepada perkara berikut;
• penerokaan
- aktiviti kecil mudah ringkas;
- cuba mencuba, suaikenal dengan
bahan;
- mencari alternatif, variasi dan
kemungkinan lain;
- bebas daripada jawapan tetap, murid
senang dan ingin mmencuba;
- aktif melibatkan pelbagai kecerdasan;
dan
- menggunakan kemahiran berfikir dan
pengurusan grafik
16
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
• penghasilan/membuat
- Penggunaan alat bahan dan teknik;
- Tatacara, langkah dan proses
membuat;
- Amalan tertib kerja;
- Keselamatan semasa bekerja; dan
- Penyampaian kandungan subjek,
idea, halbenda dengan bentuk hasil.
iii. Apresiasi Seni Visual secara mudah;
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif,
terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti
yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan
aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah,
perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ;
• Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah
seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton,
rupabentuk dan bentuk;
• Aspek bahasa yang berkaitan dengan
manipulasi, alat bahan dan teknik;
• Penghargaan hasil kerja dan menghormati
pembuat karya;
• Perasaan, penghargaan dan refleksi diri;
dan
• Penyerapan pengetahuan dan penerapan
nilai yang berkaitan dengan kandungan
iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
17
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
• Nilai, idea dan kandungan dikaitkan
selanjutnya dengan perkara lain di dalam
kegiatan;
• Nilai, idea dan kandungan dikaitkan
selanjutnya dengan perkara lain di luar
kegiatan dalam kehidupan seharian;
• Tindakan susulan;
• Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalam
Huraian Sukatan Pelajaran; dan mencintai
alam kehidupan;
• Nilai patriotisme dan nilai murni lain;
• Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya
dan perkembangan persepsi yang terkandung
dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan
tersebut dihuraikan secara lebih terperinci
dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan
• Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi,
dan penilaian
Organisasi Kurikulum
PENANG FREE SCHOO
 MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut dunia
pendidikan barat
18
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
Carta 2.2 :
Carta Organisasi Kurikulum
19
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
Carta 2.3:
Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV
20
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
3.0 Kepentingan Terhadap Struktur Perubahan Dasar Perkembangan
Kurikulum
3.1 Sosial
3.2 Ekonomi
3.3 Politik
3.4 Teknologi
Aspek-aspek
(Sosial) (Ekonomi) (Politik) (Teknologi)
Senibina Kraf tangan Propaganda Perkongsian
pintar
Peralatan rumah Pelancongan Isu Peragaan
Pakaian Ornamen Tema Pengiklanan
Kebudayaan Promosi e-
dagang
Nilai sejagat Penyebaran
maklumat
Kepercayaan/adat
istiadat
Dimensi baru Kemanusiaan Lalu lintas
Muzium, galeri,
bazar, pasar seni,
komplek kraf dan
lain-lain.
Jaringan
keusahawanan
21
Latihan 3
Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan
multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi
dan multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual,
sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undang-
undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya.
Mohd Johari Ab.Hamid, 2006
Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan
Teknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikan
faktor-faktor yang dimaksudkan?
Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat
tersebut melalui inkuiri penemuan.
Latihan 3
Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan
multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi
dan multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual,
sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undang-
undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya.
Mohd Johari Ab.Hamid, 2006
Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan
Teknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikan
faktor-faktor yang dimaksudkan?
Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat
tersebut melalui inkuiri penemuan.
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
4.0 Konsep 5P dalam PSV KBSR
Sinopsis
Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam
rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan
menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep
5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan
pengetahuan, penerapan nilai murni dan pengayaan.
Hasil Pembelajaran
i. Memahami perkembangan kurikulum Pendidikan Seni
Visual(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran(HSP) PSV KBSR.
ii. Memahami kepentingan perkembangan kurikulum
iii. Memahami konsep 5P dalam PSV KBSR
Kerangka konsep pelaksanaan 5P dalam pengajaran
Rajah 4.1 :
Kerangka Konsep 5P dalam Pendidikan Seni Visual
JALINAN KEMAHIR
a) Penggabungjalinan Kemahiran
22
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
• Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu
pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang
intergratif dan menyeluruh
• Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan
pelbagai kemahiran secara serentak dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
• Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu:
i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain
iii. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum
b) Penyerapan Pengetahuan
• Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan
menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada
suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata
pelajaran yang diajar
• Kelebihan penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual
ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat
sebaliknya
• Kelebihan kedua ialah meningkatkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran psv lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya
ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran
lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif
• Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya
dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata
pelajaran lain
• Guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan
serba sedikit mengenai sejarah seni visual serta tokoh-tokoh terkenal
dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-
kemahiran melukis dan mewarna sahaja.
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
• PENDEKATAN IMPLISIT – Pendekatan implicit seperti guru-guru
secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai
• PENDEKATAN EKSPLISIT – Mengadakan suatu peraturan, arahan
dan sebagainya yang bertulis tentang sesuaru perkara
PENGAYAAN
23
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
• Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar
di samping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu
pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri
• Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar
sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka
meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya
kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja
mereka sendiri
• Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk
mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan
serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,
kumpulan dan juga masyarakat.
• Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar
supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri
5.0 Konsep Integrasi dalam Pendidikan Seni Visual
Program intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara
khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun 1900 an.
Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan
dengan mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana dia telah mengganggap
sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu
terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam
kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuat secara kesimpulan bahawa
konsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengan secara meluas
dikebanyakan pelajar negara-negara maju.
Bagi pendidik, kebanyakannya menggunakan konsep dan makna
pengintergrasian dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan
pedagogi. Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan
personaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total
dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan social sentiasa berkait rapat dan saling
bergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai
lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan
antara personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar,
dan antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin
24
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai sagensi masyarakat dan
akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai
institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan
kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan
kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk
tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara
belajar.
a) Empat jenis integrasi yang boleh dijalankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Terdapat pelbagai cara intergrasi dijalankan dalam pengajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR,
penegasan yang berkesan sangat dititikberatkan bagi mempastikan
kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam
falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa
kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah
konsep intergrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali
sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR
membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara intergrasi
dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi
pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu
ditegaskan sebagai asas dalam proses P&P KBSR yang mengandungi
aspek.
Antara jenis-jenis intergrasi yang boleh dijalankan dalam P&P ialah :
i) Penggabungjalinan
25
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang
kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan
menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni
dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa
mata pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti
P&P yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses
P&P yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan
pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan
dengan cara bersepadu.
Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan
perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran
itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan
teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan
pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan
minat murid-murid.
Strategi penggabungjalinan ini memainkan peranan penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan
cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses
pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada
kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau
kemahiran-kemahiran daripada satu mata pelajaran yang
digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran.
Jenis-jenis Penggabungjalinan :
Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti P&P
boleh dilihat daripada tiga sudut seperti :
26
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
• Penggunaan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
• Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke
dalam sesuatu mata pelajaran
• Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum
Contoh Aktiviti dalam P&P
Mata Pelajaran : Matematik (Tahun2)
Topik : Nombor Bulat 0 Sehingga 100
Kemahiran : Menolak sebarang nombor bulat 0
sehingga 100
Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pendidikan (Penggabungjalinan)
Muzik : Nyanyian lagu ‘Sepuluh Budak Hitam’.
Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok
dan difahami, guru telah menggabungjalinkan seni dalam pendidikan
yang merangkumi bidang seni muzik dalam tajuk mata pelajaran yang
diajar.
Dalam mata pelajaran Matematik, guru memilih untuk menggunakan
cara penggabungjalinan bidang seni muzik dengan memilih lagu rakyat
“Sepuluh Budak Hitam” untuk operasi menolak nombor bulat. Guru
menyanyikan lagu tersebut sendirian dengan diiringi muzik dan
meminta murid mendengar dengar teliti. Seterusnya meminta murid
menyatakan operasi apakah yang digunakan dalam lirik lagu tersebut.
Contohnya lirik : “Sepuluh budak hitam main tepi kolam, seorang
tergelincir tinggal lagi Sembilan”.
Aktiviti ini boleh dilakukan semasa set induksi sesuatu pengajaran.
Antara contoh lagu kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan adalah
seperti berikut:
27
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
Diamlah wahai adik
Papaku pulang dari kota
Telefon berbunyi
Sepuluh botol kicap
Silly billy
Satu pagi saya ke sekolah
ii) Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan
atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam
isi pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses
penyerapan lebih kepada unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau
lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada
mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains
bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains
semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Ciri-ciri Penyerapan :
i. Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengatahuan
daripada berbagai-bagai pelajaran
ii. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara
bersepadu dalam satu mata pelajaran
iii. Bilangan mata pelajaran yang boleh digunakan dalam
proses penyerapan adalah fleksibel.
iv. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung
kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau
bagaimanapun, unsur utama tetapt diberi penekanan
yang lebih.
v. Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan
proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan
boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan
28
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis
dan mengira.
Contoh Aktiviti dalam P&P
Subject : Science Year 5
Topic : Investigating Living Thing
Unit 1 : Lesson 2- Friends or Foes
Penyerapan
Bahasa Inggeris : Kemahiran Membaca
Daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau
artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris.Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu
pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran
Bahasa Inggeris
Contoh petikan : “ Tapai is a popular food in Malaysia. It is made
from glutinous rice or tapioca. Yeast is added to make tapai”.
Pengajaran ini dijalankan semasa langkah pertama iaitu menerangkan
isi kandungan topic yang akan dijalankan.
iii) Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan
nila-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.
Nila-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kemanusian,
ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui
dua pendekatan iaitu :
i. Pendekatan implisit
Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai.
Segala perlakuan guru diperhatikan oleh kanak-kanak
dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak-
kanak. Tindakan menyokong dan memberi pujian `
kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan
pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif
itu.
29
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
ii. Pendekatan eksplisit
Pendekatan ini bermaksud dengan mengadakan suatu
peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang
bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan
tidak diharapkan. Oleh yang demikian, penerapan
secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat,
dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.
Contoh Aktiviti Dalam P&P
Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Tahun 4
Topik : Pengurusan Diri
Sub Topik : Jaga Kebersihan Diri
Penerapan
Dalam mata pelajaran kajian tempatan, guru boleh menerapakan
pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Contohnya dalam topik
pengurusan diri, cara menjaga kebersihan. Guru perlu bersedia terlebih
dahulu dengan berpakaian kemas, berbau harum, dan sentiasa berada
dalam keadaan segar. Ini menjadi contoh yang terbaik untuk para
pelajar mengikut tingkah laku yang sihat terhadap gurunya.
Selain itu, guru boleh menetapkan peraturan atau langkah-langkah
yang perlu diikuti oleh pelajar untuk pengurusan diri di rumah.
Contohnya, bangun pagi dengan gosok gigi,mandi,menyikat rambut
dan berpakaian kemas. Segala pendekatan terkandung dalam aktiviti
tersebut.
iv) Pemulihan
Satu lagi aktiviti dalam jenis integrasi adalah aktiviti pemulihan.
Pemulihan adalah satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk
membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang
30
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti ini memerlukan
perancangan yang betul untuk membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam
merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara atau aspek harus
diambil kira iaitu:
i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan
contohnya melalui ujian diagnostik. Guru akan dapat mengenal
pasti di mana kelemahan murid secara lebih tepat seperti
kelemahan mengeja suku kata KVKKV. Maka guru
seharusnya merancang untuk menambahbaikan masalah
tersebut.
ii) Pengajaran dan pembelajaran murid perlu diubahsuai dan
dipelbagaikan
mengikut keperluan kognisi murid. Bermaksud murid yang
telah dikenalpasti memerlukan aktiviti pemulihan seharusnya
diberikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
sesuai dengan tahap pemikiran mereka atau lebih
mudah dikatakan aras yang lebih mudah supaya murid senang
memahami apa yang murid tidak faham pada pelajaran lalu.
iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk
bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid
memahami dan menguasai hasil pembelajaran. Ini penting
untuk memastikan aktiviti pemulihan yang dijalankan akan
lebih berjaya dengan adanya lebih bahan Bantu mengajar yang
sesuai dan dipastikan berkesan. Selepas aktiviti pemulihan,
pascaujian dijalankan secar pemerhatian, lisan atau bertulis.
Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau
kemahiran yang perlu dikuasai.
Contoh Aktiviti Dalam P&P
31
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
Mata Pelajaran : Kajian Tempatan Tahun 5
Topik : Geografi Fizikal
Sub Topik : Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar
Pemulihan
Aktiviti pemulihan boleh dilaksanakan semasa langkah 3 pengajaran
dan pembelajaran.Guru telah mengenal pasti pelajar yang lemah dan
kemahiran yang tidak dapat dikuasai pelajar. Contohnya kemahiran
membanding beza habitat haiwan yang tinggal di hutan hujan tropika
dengan hutan paya, guru boleh mencipta animasi pergerakan binatang
serta bunyi-bunyian. Pembelajaran yang menyeronokan menarik minat
serta mengukuhkan pemahaman pelajar.
Gerak kerja dilakukan secara individu sehingga pelajar tersebut
memahami perbezaan habitat haiwan yang tinggal di tempat yang
berbeza. Pengintegrasian akan tercipta dengan gabungan visual,muzik
dan pergerakan binatang tersebut. Ini member kesan yang baik dalam
aktviti pemulihan pelajar.
Integrasi mempunyai banyak kelebihan yang ketara seperti ia
mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk
unit-unit kerja. Integrasi juga akan memberi ruang untuk
menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan dan
seterusnya integrasi mempunyai ruang untuk menampung skop
perpaduan yang luas.
Integrasi juga seharusnya dinilai supaya ia masih berada dalam
landasan yang betul. Penilaian bagi pendekatan integrasi terbahagi
kepada dua iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif.
Penilaian Formatif berlaku secara berterusan semasa pengajaran
dan pembelajaran sedang berjalan. Penilaian Sumatif pula dijalankan
setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu
semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan
32
(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif
yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu
jangka waktu tertentu yang lebih panjang.
33
Latihan 4
Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat
mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih
bersifat futuristik.
Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan
dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi
kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam
bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual?
Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual
Tahun 6.
Latihan 4
Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat
mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih
bersifat futuristik.
Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan
dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi
kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam
bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual?
Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual
Tahun 6.

Contenu connexe

Tendances

Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksirantbb7177
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikWany Hardy
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualshiemah
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanOnie Gi
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Paper mache, doh, tanah liat
Paper mache, doh, tanah liatPaper mache, doh, tanah liat
Paper mache, doh, tanah liatArifahAzlanShah2
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Mandy Cheng 92
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarAngel Spaghcoroni
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 

Tendances (20)

Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
 
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Kod kognitif
Kod kognitifKod kognitif
Kod kognitif
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Paper mache, doh, tanah liat
Paper mache, doh, tanah liatPaper mache, doh, tanah liat
Paper mache, doh, tanah liat
 
Peranan guru psv
Peranan guru psvPeranan guru psv
Peranan guru psv
 
Teknik nyanyian
Teknik nyanyianTeknik nyanyian
Teknik nyanyian
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 

Similaire à Psv 1

Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 PUTERI KATAK
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5niza_yusof
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5nurmawaddah1519
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5tunteja2008
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Umaiya Ambal
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5401401401
 
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4Nija Bachup
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahAminah Rahmat
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5pototo16
 
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Shika Nara
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR FREE FILE DOWNLOAD
 
11 DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan Seni Visual.pdf
11 DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan Seni Visual.pdf11 DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan Seni Visual.pdf
11 DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan Seni Visual.pdfNORLELABINTIZAKARIAH
 
PPT KURIKULUM PENGGERAK.pptx
PPT KURIKULUM PENGGERAK.pptxPPT KURIKULUM PENGGERAK.pptx
PPT KURIKULUM PENGGERAK.pptxFadillahSyam1
 
Ds seni kreatif
Ds seni kreatifDs seni kreatif
Ds seni kreatifSeremban
 
dskp kssr semakan 2017 pendidikan kesenian tahun 3
dskp kssr semakan 2017 pendidikan kesenian tahun 3dskp kssr semakan 2017 pendidikan kesenian tahun 3
dskp kssr semakan 2017 pendidikan kesenian tahun 3SK BATANG BENAR
 

Similaire à Psv 1 (20)

1 keberkesanan pnp kbsr art 1
1 keberkesanan  pnp kbsr art 11 keberkesanan  pnp kbsr art 1
1 keberkesanan pnp kbsr art 1
 
Hsp pseni kbsm1-5
Hsp pseni kbsm1-5Hsp pseni kbsm1-5
Hsp pseni kbsm1-5
 
KOSP_23-24_SD.docx
KOSP_23-24_SD.docxKOSP_23-24_SD.docx
KOSP_23-24_SD.docx
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Mulok januari-1
Mulok januari-1Mulok januari-1
Mulok januari-1
 
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendah
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
 
11 DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan Seni Visual.pdf
11 DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan Seni Visual.pdf11 DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan Seni Visual.pdf
11 DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan Seni Visual.pdf
 
PPT KURIKULUM PENGGERAK.pptx
PPT KURIKULUM PENGGERAK.pptxPPT KURIKULUM PENGGERAK.pptx
PPT KURIKULUM PENGGERAK.pptx
 
Bicara seni 01
Bicara seni 01Bicara seni 01
Bicara seni 01
 
Ds seni kreatif
Ds seni kreatifDs seni kreatif
Ds seni kreatif
 
dskp kssr semakan 2017 pendidikan kesenian tahun 3
dskp kssr semakan 2017 pendidikan kesenian tahun 3dskp kssr semakan 2017 pendidikan kesenian tahun 3
dskp kssr semakan 2017 pendidikan kesenian tahun 3
 

Psv 1

  • 1. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) TAJUK 1 PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR • SINOPSIS Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu guru meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan bidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologi perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar dapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni di negara serta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan murid- murid di sekolah. • HASIL PEMBELAJARAN • Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV KBSR • Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR • Mengaitkan kepentingan perkembangan Kurikulum • Merancang dan mereka bentuk aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran • Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain 1
  • 2. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) 1.0 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia Jadual 1 : Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Jadual 2 : Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual 2 Transisi merentasi kurikulum PSV erentasi kurikulum Pendidikan Institusi Penerbitan Penubuhan kelab seni Sebelum Merdeka Awal Merdeka Sekarang
  • 3. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) a) Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia 1.1 Laporan Winstedt- Zaman British Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Neger- negeri Selat 1885 adalah; Cukup untuk kehendak-kehendak biasa budak-budak Melayu, yang kelak akan menjadi pemandu kereta lembu, penanam padi dan nelayan. Tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik. Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia hanya akan menimbulkan kesulitan nanti 1.2 1916 – Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu-Sekolah Melayu dan maktab mengajar mata pelajaran lukisan. Anyaman diletakkan di bawah mata pelajaran sains pertanian 1.3 Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:- Lukisan adalah mustahak untuk “Latihan yang amat baik memerhati alam” yang didapati darinya, dan ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan kerja- kerja mandur. Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4. Menyediakan matapelajaran Kerjatangan seperti membuat bakul. 1.4 Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh Mata pelajaran :-Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu, Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan, Senaman, Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung-anjuran R.O.Winstedt 1.5 Penyata Rahman Talib Pada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula implementasi dasar pendidikan di bawah ordinan pendidikan 1957 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib Antara syor yang dikemukakan: 3
  • 4. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai 1962. Memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan vokesional. Mengadakan pendidikan agama Islam. Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. 1.6 Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain. 1.7 Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. 1.8 Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum yang baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982. 1.9 Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual. 1.10 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, 4
  • 5. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual). 1.11 Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif. 1.12 Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar. 1.13 Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut : (a) Melukis dan membuat gambar (b) Membuat corak dan rekaan 5
  • 6. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) (c) Membentuk dan membuat binaan (d) Mengenal kraf tradisional 1.14 Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah- sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996) 1.15 Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual peringkat menengah. Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagi menggantikan Kertas Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh University of Cambridge Local Examintin Syndicate tahun 1982. 1.16 Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan kepada pembelajaran yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata bagi menguji kemahiran calon dari aspek melukis dan pertukangan menerusi enam kertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran. 1.17 Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami sebarang perubahan selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuat bagi dijadikan syarat kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidak memberansangkan apabila persepsi yang direndah dan salah khususnya dikalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihat matapelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak mempunyai prospek serta dipertikai dari aspek nilai komersialnya. 1.18 Melalui perbincangan Jawatankuasa yang diketuai Prof Madya Dr Mohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatankuasa telah membahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatankuasa dan MPM bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan di gantikan dengan Sukatan Pelajaran Seni Visual. Ianya merupakan satu kesinambungan dari Matapelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran 6
  • 7. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) Malaysia (SPM) dan juga menjadi jambatan ilmu ke program-program seni lukis dan seni reka serta yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pemurniaan sukatan pelajaran sekali lagi mengalami perubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan. Maka pada tahun 2005 pemurniaan oleh jawatankuasa yang sama menggubal beberapa aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual dan penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga komponen iaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek Penghasilan Karya 7 Aspek Pendidikan Sebelum Merdeka Pendidikan Selepas Merdeka Matlamat dan Objektif Isi kandungan Pendekatan Latihan 1 Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum Merdeka dan selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan. Latihan 1 Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum Merdeka dan selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.
  • 8. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) b) Kelahiran Institusi Seni 1.1 1922 – Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris-Memberi latihan perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan. Melahirkan tokoh pelukisan yang mempunyai ‘sudut pandangan Melayu’ Mengetengahkan hal benda tempatan. Anatara tokoh seperti Mohd. Said Hj. Hussain dan Idris Hj. Salam Antara matapelajaran :Pekerjaan tangan- kerja membuat raga dianggap paling sesuai kerana: Seni pertukangan asli Bahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan mudah, Bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab 1.2 Sukatan Pelajaran Tahun pertama * penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka juga dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Tahun Kedua, sambungan kerja tahun pertama. Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas 1.3 1960-Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur Dibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing- masing antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan jasmani. Selain itu, Pendidikan guru kelas buta dan cacat pendengaran, Kaunseling dan kerjaya, Teknologi pendidikan dan sebagainya Peter Harris mengendalikan kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru dan antara kakitangan awal MPIK adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni halus, seni grafik dan kraftangan diberi penekanan. Sukatan mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni 8
  • 9. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan Kursus wajib – lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni, Latihan praktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah seperti Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail Hashim Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an). 1.4 1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui Laporan Rahman Talib. Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu, logam, seni bina dan lukisan teknik dimasukkan ke dalam kursus seni 1.5 1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA) Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam, Seni tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka tembikar, Seni reka kasut. 1.6 Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru pendidikan seni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong Kam Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telah mengambil alih peranan kakitangan MPIK yang sebelum ini memainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avant-garde negara. Mereka telah menanamkan semangat yang memberangsangkan di kalangan pelukis muda serta memupuk kewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada tahun-tahun 1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah Fatimah Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramai lagi. 1.7 1971-Universiti Sains Malaysia Di bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidang Seni lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik, arca, fotografi, sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni. Melahirkan tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza Piyadasa. 9 Latihan 2 Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat ke atas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu, apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajar terhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar? Latihan 2 Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat ke atas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu, apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajar terhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar?
  • 10. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) c) Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis 1.1 1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam bahasa Cina 1.2 1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau Pinang dan ahli Penang Impressionist 1.3 1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusan sekolah seni dari United Kingdom. Beliau telah memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan guru sebagai pelukis banyak membantu perkembangan pendidikan seni di sekolah-sekolah tanah air.Terus berkembang dengan penubuhan sekolah kelab melukis antara perkara yang diajar :Antaranya Kelas potret – Mohd. Hossein 10
  • 11. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) Enas, Kelas Arca – Idris Salam, Kelas Grafik – Zakaria Nor dan Kelas seni dalaman – Habibah Baharudin 1.4 1954 – Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual Pulau Pinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54 hingga 29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guru Melayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan oleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20 orang guru seni. 1.5 1956-Majlis Kesenian Malaya Pengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin Hj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongan kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjaga kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan, kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri daripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris 1.6 1957- Thursday Art Group –Rentetan dari penubuhan WAG dengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti banyak berbentuk potret yang disesuaikan dengan budaya dan identiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaan dan kerjaya. 1.7 1966-Penang Teachers’ Art Circle-Latihan pendidikan seni di luar negara. Terdiri daripada guru-guru seni tujuan : membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan seni. d) Penerbitan 1.1 Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and Crafts iaitu buku pertama mengenai sejarah seni dan seni pertukangan. 1.2 1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkan kaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan 1.3 1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal II disusun oleh O.T. Dussek dan 11
  • 12. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu. 1.4 1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For Senior Schools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolah- sekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, Pulau Pinang. Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan Tangan. Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Work antaranya ialah Corak pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan / kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino, Cara- cara menjilid buku dan alat yang digunakan. 1.5 “Kitab Rajah-Rajah Anyaman oleh guru anyaman – Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilih kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Mejilid buku: untuk penuntut tahun tiga. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan permainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah liat: penuntut terpilih 1.6 1957- Buku Panduan Guru– Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai Mengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untuk membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanak- kanak, menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan kecerdasan kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka. Selain itu, objektifnya menjurus kepada pembinaan kebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan, Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburan kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yang terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisan biasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar, Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan. 1.7 1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan seni lukis Sekolah Victoria, Singapura) dan W.T.Swinbanks 12
  • 13. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) (pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura). Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri teknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk School Certificate. 1.8 1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge Series for Schools and Training Colleges oleh Blythe yang menjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentuk geometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruh Malaya. 2.0 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual a) Matlamat Pendidikan Seni Visual Rancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia telah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini agar dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk melengkapkan kamahiran murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi, dan alam kehidupan selepas persekolahan. Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual. Contoh modul yang dihasilkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi rujukan kepada guru-guru di sekolah. 13 Latihan 3 Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda tentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hari ini yang telah dibentuk? Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu. Latihan 3 Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda tentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hari ini yang telah dibentuk? Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.
  • 14. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu; 1. Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam pendidikan dengan aktif. 2. Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta penghasilan seni visual. 3. Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan apresiasi seni visual. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rajah 2.1 : Matlamat Pendidikan Seni Visual 14 Celik Budaya/harmonis Nilai estatik tinggi Kreatif Inovatif Inventif/produktif Imaginatif Kritis
  • 15. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) • Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. • Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. • Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid : - Memupuk minat - Memperkembang keperibadian - Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar. b) Objektif Pendidikan Seni Visual * Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di kreatif dan menyeronokkan - Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera - Mengenali asas seni reka dan olahannya serta dapat menggunakannya - Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual c) Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual - Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti berikut a) pemerhatian secara aktif 15
  • 16. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) b) interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan c) apresiasi Seni Visual secara mudah; dan b) menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan i. Pemerhatian secara aktif Aspek ini melibatkan senitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ; • Pengetahuan sedia ada murid • Benda yang konkrit • Minat, kecenderungan dan latar belakang murid • Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan • Mencetus idea dan imaginasi ii. Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan Aspek yang melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut; • penerokaan - aktiviti kecil mudah ringkas; - cuba mencuba, suaikenal dengan bahan; - mencari alternatif, variasi dan kemungkinan lain; - bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mmencuba; - aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan - menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik 16
  • 17. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) • penghasilan/membuat - Penggunaan alat bahan dan teknik; - Tatacara, langkah dan proses membuat; - Amalan tertib kerja; - Keselamatan semasa bekerja; dan - Penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil. iii. Apresiasi Seni Visual secara mudah; Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ; • Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk; • Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik; • Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya; • Perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan • Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan 17
  • 18. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) • Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan; • Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian; • Tindakan susulan; • Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan mencintai alam kehidupan; • Nilai patriotisme dan nilai murni lain; • Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang terkandung dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan • Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian Organisasi Kurikulum PENANG FREE SCHOO  MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut dunia pendidikan barat 18
  • 19. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) Carta 2.2 : Carta Organisasi Kurikulum 19
  • 20. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) Carta 2.3: Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV 20
  • 21. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) 3.0 Kepentingan Terhadap Struktur Perubahan Dasar Perkembangan Kurikulum 3.1 Sosial 3.2 Ekonomi 3.3 Politik 3.4 Teknologi Aspek-aspek (Sosial) (Ekonomi) (Politik) (Teknologi) Senibina Kraf tangan Propaganda Perkongsian pintar Peralatan rumah Pelancongan Isu Peragaan Pakaian Ornamen Tema Pengiklanan Kebudayaan Promosi e- dagang Nilai sejagat Penyebaran maklumat Kepercayaan/adat istiadat Dimensi baru Kemanusiaan Lalu lintas Muzium, galeri, bazar, pasar seni, komplek kraf dan lain-lain. Jaringan keusahawanan 21 Latihan 3 Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi dan multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual, sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undang- undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya. Mohd Johari Ab.Hamid, 2006 Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan Teknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikan faktor-faktor yang dimaksudkan? Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat tersebut melalui inkuiri penemuan. Latihan 3 Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi dan multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual, sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undang- undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya. Mohd Johari Ab.Hamid, 2006 Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan Teknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikan faktor-faktor yang dimaksudkan? Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat tersebut melalui inkuiri penemuan.
  • 22. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) 4.0 Konsep 5P dalam PSV KBSR Sinopsis Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni dan pengayaan. Hasil Pembelajaran i. Memahami perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV KBSR. ii. Memahami kepentingan perkembangan kurikulum iii. Memahami konsep 5P dalam PSV KBSR Kerangka konsep pelaksanaan 5P dalam pengajaran Rajah 4.1 : Kerangka Konsep 5P dalam Pendidikan Seni Visual JALINAN KEMAHIR a) Penggabungjalinan Kemahiran 22
  • 23. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) • Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh • Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam proses pengajaran dan pembelajaran • Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu: i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain iii. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum b) Penyerapan Pengetahuan • Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar • Kelebihan penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya • Kelebihan kedua ialah meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran psv lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif • Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain • Guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah seni visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran- kemahiran melukis dan mewarna sahaja. PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI • PENDEKATAN IMPLISIT – Pendekatan implicit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai • PENDEKATAN EKSPLISIT – Mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuaru perkara PENGAYAAN 23
  • 24. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) • Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar di samping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri • Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri • Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. • Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri 5.0 Konsep Integrasi dalam Pendidikan Seni Visual Program intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun 1900 an. Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan dengan mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana dia telah mengganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuat secara kesimpulan bahawa konsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengan secara meluas dikebanyakan pelajar negara-negara maju. Bagi pendidik, kebanyakannya menggunakan konsep dan makna pengintergrasian dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi. Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin 24
  • 25. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai sagensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar. a) Empat jenis integrasi yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Terdapat pelbagai cara intergrasi dijalankan dalam pengajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan sangat dititikberatkan bagi mempastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah konsep intergrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara intergrasi dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses P&P KBSR yang mengandungi aspek. Antara jenis-jenis intergrasi yang boleh dijalankan dalam P&P ialah : i) Penggabungjalinan 25
  • 26. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti P&P yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses P&P yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid. Strategi penggabungjalinan ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran. Jenis-jenis Penggabungjalinan : Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti P&P boleh dilihat daripada tiga sudut seperti : 26
  • 27. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) • Penggunaan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran • Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran • Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum Contoh Aktiviti dalam P&P Mata Pelajaran : Matematik (Tahun2) Topik : Nombor Bulat 0 Sehingga 100 Kemahiran : Menolak sebarang nombor bulat 0 sehingga 100 Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pendidikan (Penggabungjalinan) Muzik : Nyanyian lagu ‘Sepuluh Budak Hitam’. Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru telah menggabungjalinkan seni dalam pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik dalam tajuk mata pelajaran yang diajar. Dalam mata pelajaran Matematik, guru memilih untuk menggunakan cara penggabungjalinan bidang seni muzik dengan memilih lagu rakyat “Sepuluh Budak Hitam” untuk operasi menolak nombor bulat. Guru menyanyikan lagu tersebut sendirian dengan diiringi muzik dan meminta murid mendengar dengar teliti. Seterusnya meminta murid menyatakan operasi apakah yang digunakan dalam lirik lagu tersebut. Contohnya lirik : “Sepuluh budak hitam main tepi kolam, seorang tergelincir tinggal lagi Sembilan”. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa set induksi sesuatu pengajaran. Antara contoh lagu kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan adalah seperti berikut: 27
  • 28. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) Diamlah wahai adik Papaku pulang dari kota Telefon berbunyi Sepuluh botol kicap Silly billy Satu pagi saya ke sekolah ii) Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. Ciri-ciri Penyerapan : i. Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengatahuan daripada berbagai-bagai pelajaran ii. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran iii. Bilangan mata pelajaran yang boleh digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel. iv. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetapt diberi penekanan yang lebih. v. Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan 28
  • 29. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira. Contoh Aktiviti dalam P&P Subject : Science Year 5 Topic : Investigating Living Thing Unit 1 : Lesson 2- Friends or Foes Penyerapan Bahasa Inggeris : Kemahiran Membaca Daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Inggeris Contoh petikan : “ Tapai is a popular food in Malaysia. It is made from glutinous rice or tapioca. Yeast is added to make tapai”. Pengajaran ini dijalankan semasa langkah pertama iaitu menerangkan isi kandungan topic yang akan dijalankan. iii) Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nila-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nila-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kemanusian, ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu : i. Pendekatan implisit Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Segala perlakuan guru diperhatikan oleh kanak-kanak dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak- kanak. Tindakan menyokong dan memberi pujian ` kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu. 29
  • 30. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) ii. Pendekatan eksplisit Pendekatan ini bermaksud dengan mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan tidak diharapkan. Oleh yang demikian, penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat, dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas. Contoh Aktiviti Dalam P&P Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4 Topik : Pengurusan Diri Sub Topik : Jaga Kebersihan Diri Penerapan Dalam mata pelajaran kajian tempatan, guru boleh menerapakan pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Contohnya dalam topik pengurusan diri, cara menjaga kebersihan. Guru perlu bersedia terlebih dahulu dengan berpakaian kemas, berbau harum, dan sentiasa berada dalam keadaan segar. Ini menjadi contoh yang terbaik untuk para pelajar mengikut tingkah laku yang sihat terhadap gurunya. Selain itu, guru boleh menetapkan peraturan atau langkah-langkah yang perlu diikuti oleh pelajar untuk pengurusan diri di rumah. Contohnya, bangun pagi dengan gosok gigi,mandi,menyikat rambut dan berpakaian kemas. Segala pendekatan terkandung dalam aktiviti tersebut. iv) Pemulihan Satu lagi aktiviti dalam jenis integrasi adalah aktiviti pemulihan. Pemulihan adalah satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang 30
  • 31. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti ini memerlukan perancangan yang betul untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara atau aspek harus diambil kira iaitu: i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan contohnya melalui ujian diagnostik. Guru akan dapat mengenal pasti di mana kelemahan murid secara lebih tepat seperti kelemahan mengeja suku kata KVKKV. Maka guru seharusnya merancang untuk menambahbaikan masalah tersebut. ii) Pengajaran dan pembelajaran murid perlu diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi murid. Bermaksud murid yang telah dikenalpasti memerlukan aktiviti pemulihan seharusnya diberikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dengan tahap pemikiran mereka atau lebih mudah dikatakan aras yang lebih mudah supaya murid senang memahami apa yang murid tidak faham pada pelajaran lalu. iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai hasil pembelajaran. Ini penting untuk memastikan aktiviti pemulihan yang dijalankan akan lebih berjaya dengan adanya lebih bahan Bantu mengajar yang sesuai dan dipastikan berkesan. Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secar pemerhatian, lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai. Contoh Aktiviti Dalam P&P 31
  • 32. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) Mata Pelajaran : Kajian Tempatan Tahun 5 Topik : Geografi Fizikal Sub Topik : Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar Pemulihan Aktiviti pemulihan boleh dilaksanakan semasa langkah 3 pengajaran dan pembelajaran.Guru telah mengenal pasti pelajar yang lemah dan kemahiran yang tidak dapat dikuasai pelajar. Contohnya kemahiran membanding beza habitat haiwan yang tinggal di hutan hujan tropika dengan hutan paya, guru boleh mencipta animasi pergerakan binatang serta bunyi-bunyian. Pembelajaran yang menyeronokan menarik minat serta mengukuhkan pemahaman pelajar. Gerak kerja dilakukan secara individu sehingga pelajar tersebut memahami perbezaan habitat haiwan yang tinggal di tempat yang berbeza. Pengintegrasian akan tercipta dengan gabungan visual,muzik dan pergerakan binatang tersebut. Ini member kesan yang baik dalam aktviti pemulihan pelajar. Integrasi mempunyai banyak kelebihan yang ketara seperti ia mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja. Integrasi juga akan memberi ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan dan seterusnya integrasi mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Integrasi juga seharusnya dinilai supaya ia masih berada dalam landasan yang betul. Penilaian bagi pendekatan integrasi terbahagi kepada dua iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Penilaian Formatif berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Penilaian Sumatif pula dijalankan setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan 32
  • 33. (PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR) dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang. 33 Latihan 4 Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih bersifat futuristik. Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual? Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6. Latihan 4 Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih bersifat futuristik. Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual? Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6.