1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SIMPANG LIMA
45300 SUNGAI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
JAWAB UNTUK CEMERLANG (JULANG)
PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH SPM 2014
1.0 TUJUAN
Kertas kerja projek ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan bagi SMK Agama Simpang
Lima menjalankan Program Jawab Untuk Cemelang (JULANG)PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
SPM 2014.
2.0 Pendahuluan
Kejayaan yang cemerlang tidak akan dating bergolek sebaliknya semua pelajar hendaklah berusaha
secara konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Justeru,pelajar perlu mengaplikasikan kemahiran belajar yang betul dan mempunyai motivasi serta
keazaman yang tinggi untuk Berjaya dalam peperiksaan .Program JULANG PENDIDIKAN AL QURAN
DAN AL-SUNNAH SPM 2014 diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran teknik menjawab
soalan peperiksaan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran besar iaitu peperiksaan SPM
2014.
3.0 Matlamat
3.1 Melahirkan individu yang bersikap positif dalam menghadapi cabaran hidup
terutamanya dalam mengharungi peperiksaan
3.2 Melahirkan pelajar yang benar-benar bersedia sebelum menghadapi peperiksaan
3.3 Mempersiapkan diri dan meningkatkan keyakinan diri pelajar agar dapat menjawab
soalan peperiksaan dengan cemerlang.
4.0 Objektif
4.1 Memberikan pendedahan mengenai teknik menjawabsoalan yang betul dan tepat
4.2 Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan
peperiksaan.
4.3 Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka
menjelang waktu peperiksaan.
4.4 Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
5.0 Sasaran
Semua calonSPM SMK Agama Simpang Lima, 2014.
6.0 Input
Ceramah dan bengkel
2. 7.0 Pelaksanaan Program
Tarikh : 19 April 2014
Masa : 10.30-12.30 tgh
Tempat : DewanBesar Al Biruni
SMK Agama Simpang Lima.
8. Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM) SUMBER
2. Bayaran penceramah RM 150 - 150.00
JUMLAH BESAR RM150.00
9.0 Penutup
Semoga program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancar seterusnya membantu
mempertingkatkan prestasi akademik pelajar di dalam SPM 2014.
Disediakan oleh,
………………………….......................
(PN. SALMAH BT MOHD)
Ketua Panitia
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
SMK AGAMA Simpang 5
Sungai Besar, Selangor
Diluluskan/ Tidak Diluluskan Oleh,
....................................................
(TN.JAAFAR BIN RAJULI )
Pengetua
SMK Agama Simpang Lima
Sungai Besar, Selangor
3. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SIMPANG LIMA
45300 SUNGAI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
JAWAB UNTUK CEMERLANG (JULANG)
PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH SPM 2014
PANITIA PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH