SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  31
PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI 
MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN 
MALAYSIA 2012/13 
SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM 
NUR ATHIRAH BINTI KAMAROLASNAN 
NUR YAZSMIN FATIN BINTI YAACOB 
SITI SYAZA SYAHIRAH BINTI RUSLAN 
2012/2013 
(BAHASA MELAYU 910/5)
3 
PENGHARGAAN 
Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, 
dapatlah penyelidik menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dengan segala 
kemampuan yang ada serta dalam ruangan waktu yang agak terhad. Penyelidik 
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Jasmani binti Saidin 
selaku guru mata pelajaran Bahasa Melayu kerana telah mencurahkan segala apa 
yang beliau ada dalam memastikan penyelidik dapat melaksanakan tugasan ini 
dengan sempurna. Komitmen dan sikap keprihatinan yang beliau pamerkan telah 
menyuntik semangat penyelidik untuk menyelesaikan tugasan ini. Jutaan terima 
kasih juga penyelidik ucapkan kepada ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan dan 
individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam 
menyelesaikan tugasan ini. Penghargaan istimewa penyelidik dedikasikan kepada 
pihak-pihak ini kerana telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi 
kepada penyelidik. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kalian semua. Akhir 
kata, penyelidik berharap usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak 
terutamanya dalam bidang yang penyelidik kaji ini. Semoga tugasan ini diredhai 
oleh Allah S.W.T. 
Shah Mohd Akmal bin Abdul Halim 
Siti Syaza Syahirah bt Ruslan 
Nur Yazsmin Fatin bt Yaacob 
Nur Athirah bt Kamarolasnan 
Julai 2013
4 
1.0 PENGENALAN 
Bahagian ini menghuraikan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang 
laman sosial Facebook serta difinisi konesep-konsep penting yang digunakan 
dalam kajian ini. 
1.1 Latar Belakang 
Dunia kini yang semakin maju dalam penghasilan teknologi-teknologi 
canggih sememangnya memberikan keselesaan dalam kehidupan seharian 
manusia. Perkembangan teknologi-teknologi canggih ini juga telah 
menyebabkan ramai yang mempunyai dan mengemari telefon pintar. Telefon 
pintar ini boleh memuatkan pelbagai aplikasi menarik termasuklah 
‘Facebook’ yang juga merupakan sebuah laman sosial yang mampu 
menghubungkan manusia ke serata dunia. Sejajar dengan perkembangan 
teknologi yang semakin pesat, laman sosial Facebook sememangnya menjadi 
medium untuk berkomunikasi di samping sebagai media hiburan belia masa 
kini. Laman sosial Facebook ini juga memudahkan komunikasi antara satu 
sama lain memandangkan aplikasinya sudah sedia ada di telefon-telefon 
pintar dan komputer peribadi. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan belia-belia 
kini begitu taksub menggunakan laman sosial Facebook dalam 
kehidupan seharian. 
Laman sosial Facebook sememangnya aplikasi yang sangat popular 
dalam kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia dan di seluruh dunia
khususnya kepada golongan pelajar. Pada awalnya, Laman sosial Facebook 
ini tidak begitu dikenali ramai kerana saingan daripada laman-laman sosial 
lain seperti ‘Myspace’, ‘Imesh’ dan lain-lain. Namun, populariti Facebook 
meningkat dengan mendadak pada tahun 2008 yang mencatatkan 100 juta 
pengguna dan meningkat dari tahun ke tahun hingga ke hari ini kerana 
aplikasi-aplikasi yang menarik berjaya menarik hati pengguna dunia siber. 
Menyentuh soal bahasa yang digunakan di laman sosial ini 
sememangnya majoriti pengguna menggunakan bahasa yang tidak baku atau 
dikenali sebagai Bahasa Basahan. Bahasa ini mempunyai unsur-unsur 
campuran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Dialek. 
Dalam pada itu, singkatan dan gabungan kata juga turut digunakan secara 
meluas dalam laman sosial Facebook ini. Hal ini disebabkan bahasa 
singkatan ini lebih mudah, ringkas dan cepat untuk ditaip dan mampu 
5 
menjimatkan masa. 
Dari sudut pandangan negatif, pengunaan bahasa singkatan yang kerap 
di laman sosial seperti Facebook sememangnya memberikan impak yang 
sangat buruk terutamanya kepada pelajar-pelajar. Pelajar yang terbiasa 
dengan tulisan-tulisan ringkas ini tidak mustahil akan terbawa-bawa ke 
dalam dunia realiti yakni ketika dalam penulisan karangan dan lain-lain. Hal 
ini kerana, bahasa yang diguna pakai dalam Laman Sosial Facebook ini tidak 
baku, bahasa basahan, dan bahasa rojak. Sekiranya tiada langkah efektif yang 
dilaksanakan, tidak mustahil penularan bahasa laman sosial ini terus menular
kepada generasi-generasi akan datang dan seterusnya menyebabkan Bahasa 
6 
Melayu ini tercemar. 
1.2 Definisi Konsep 
Menurut Raja Masittah Raja Ariffin singkatan kata akan terbentuk apabila 
suatu istilah tidak ditulis secara penuh iaitu satu huruf atau lebih telah 
digugurkan. Sebagai contoh, MPR yang bermaksud Majlis Permusyawaratan 
Rakyat. 
Menurut Ateng Winarno pula, singkatan adalah bentuk pemendekan satu 
kata atau lebih yang proses pengejaanya dilakukan dengan menyebut huruf 
demi huruf yang berkaitan. Tamsilnya, DPR untuk Dewan Perwakilan 
Rakyat, SMA untuk Sekolah Menengah atas dan sda bermaksud sama 
dengan atas. 
Seterusnya, Harimurti Kridalaksana pula mendifinisikan singkatan sebagai 
salah satu hasil proses pemendekan yang berupa huruf atau gabungan huruf 
sama ada yang dieja huruf demi huruf mahupun yang tidak dieja huruf demi 
huruf. Sebagai analogi, PBB yang bermaksud Pertubuhan Bangsa-Bangsa 
Bersatu yang dieja huruf demi huruf manakala dng yang bermaksud dengan 
yang tidak dieja huruf demi huruf.
7 
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 
Objektif kajian ini adalah untuk 
(a) Mengenal pasti pengguguran vokal, konsonan dan suku kata dalam bahasa 
singkatan laman sosial Facebook 
(b) Mengenal pasti percampuran bahasa yang digunakan dalam bahasa 
singkatan laman sosial Facebook 
(c) Menjelaskan penggunaan huruf, dan angka dalam bahasa singkatan laman 
sosial Facebook 
(d) Mengkelaskan jenis-jenis kata ganda yang kerap digunakan dalam bahasa 
singkatan laman sosial Facebook 
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN 
Hasil kajian ini penting untuk 
(a) Memperbanyak dokumentasi mengenai singkatan bahasa khususnya 
dalam laman sosial Facebook 
(b) Menyediakan panduan untuk dijadikan rujukan umum mengenai bahasa 
singkatan yang digunakan di laman sosial Facebook 
(c) Mendedahkan kepada masyarakat mengenai singkatan-singkatan yang 
digunakan di laman sosial Facebook 
(d) Memperjelaskan maksud-maksud perkataan tertentu yang diguna pakai 
dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook
8 
4.0 SKOP KAJIAN 
Kajian ini berfokus kepada pengguran vokal, konsonan dan suku kata dalam 
proses penyingkatan sesuatu perkataan. Penggunaan huruf, angka dan simbol 
dalam proses penyingkatan kata turut dikaji dalam kajian ini. Selain itu, 
penggunaan kata ganda di laman sosial Facebook ini turut dikelaskan. 
5.0 BATASAN KAJIAN 
Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis yang dipetik daripada 
laman sosial Facebook dalam kalangan 50 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah 
Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Pasir Gudang, Johor. Oleh itu, 
penggunaan bahasa singkatan di laman sosial Facebook ini tidak 
mengambarkan penggunaanya oleh seluruh anggota masyarakat. 
6.0 KAEDAH KAJIAN 
Segala kaedah, cara mendapatkan data, kaedah pemprosesan dan cara 
persembahan dapatan kajian dijelaskan di bahagian ini.
9 
6.1 Mendapatkan data 
Sepanjang kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian teks. 
Teks yang dimuat naik ke dalam Facebook penyelidik kumpulkan 
daripada responden. Seramai 50 orang responden daripada pelajar 
tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 diminta 
memberikan 1 teks yang telah dimuat naik ke dalam laman sosial 
Facebook. Penyelidik telah memaklumkan 2 minggu lebih awal kepada 
responden yang terlibat bagi mempercepatkan proses mengutip data. 
6.2 Mengumpul data 
Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik telah 
mengedarkan borang kepada para responden supaya dapat menyalin 
semula teks-teks yang telah dimuat naik berserta terjemahanya ke 
dalam bahasa Melayu baku. Terjemahan ini sememangnya sangat 
diperlukan agar pengkaji tidak tersilap ketika mengenal pasti maksud 
asal perkataan-perkataan tersebut. Hasilnya, sebanyak 50 teks berserta 
terjemahanya berjaya dikumpul dan ditaip semula yang bertujuan 
memudahkan penyelidik untuk merujuk data tersebut.
10 
6.3 Menganalisis data 
Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan 
kepada aspek-aspek yang ingin dikaji iaitu pengguguran, percampuran 
bahasa, penggunaan huruf dan angka, serta penggunaan kata ganda di 
laman sosial Facebook. 
7.0 DAPATAN KAJIAN 
Dapatan kajian ini akan dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu pengguguran, 
percampuran bahasa, penggunaan huruf dan angka dan penggunaan kata ganda. 
Bahagian yang berikut memaparkan huraian berkaitan empat aspek ini. 
Perbincangan yang dilaksanakan ini berdasarkan data-data yang telah dikutip. 
7.1 Pengguguran Vokal, Konsonan dan Suku Kata 
Morfologi merupakan bidang dalam ilmu bahasa yang mengkaji 
perkataan. Salah satu aspek perkataan yang merangkumi morfologi 
ialah bentuk kata. Di dalam laman sosial Facebook, bentuk kata yang 
sering digunakan ialah bentuk singkatan. Singkatan ini merangkumi 
pengguguran vokal, konsonan dan suku kata. Pengguguran ini 
bertujuan menyingkatkan perkataan-perkataan ini agar mudah untuk 
ditaip. Berikut merupakan jenis-jenis pengguguran yang digunakan 
dalam proses penyingkatan.
11 
Pengguguran Vokal 
Contoh Bahasa Baku Vokal yang 
digugurkan 
dh dah a 
bg bagi a,i 
bt buat u,a 
dpt dapat a 
mcm macam a 
sbb sebab e,a 
bley boleh o 
bkk buka u,a 
nk nak a 
jgn jangan a 
jln jalan a 
tp tapi a,i 
Jadual 1 : Pengguguran vokal dalam bahasa singkatan laman sosial 
Facebook
Merujuk jadual 1, singkatan-singkatan ini lazimnya terbentuk apabila 
vokal-vokal tertentu digugurkan. Pengguguran vokal ini menjadikan 
sesuatu perkataan itu lebih ringkas dan mudah untuk ditaip. Namun, 
terdapat juga sesetengah perkataan yang digugurkan separuh huruf 
vokalnya dan tidak digugurkan keseluruhanya. Tamsilnya, bley yang 
bermaksud boleh telah memperlihatkan pengguguran satu vokal sahaja 
iaitu vokal a manakala vokal e dikekalkan. 
12 
Pengguguran konsonan 
Contoh Bahasa Baku konsonan yang 
digugurkan 
bole boleh h 
ari hari h 
ujan hujan h 
da sudah h 
angan jangan j 
ta tak k 
umah rumah r 
Jadual 2 : Pengguguran konsonan dalam bahasa singkatan laman sosial 
Facebook
Berdasarkan jadual 2, kebanyakan huruf konsonan yang digugurkan 
adalah huruf konsonan yang terletak di permulaan dan akhiran 
perkataan. Manakala huruf konsonan yang berada ditengah perkataan 
tidak digugurkan dan akan dikekalkan bagi membolehkan perkataan 
tersebut dibentuk. Sebagai contoh, bole, da, ujan yang memperlihatkan 
pengguguran konsonan di awal dan akhir perkataan sahaja. 
13 
Pengguguran suku kata 
Contoh Bahasa Baku Suku kata yang 
digugurkan 
lau kalau ka 
de ada a 
pe apa a 
gi pergi per 
tol betul be 
ni ini i 
kol pukul pu 
lom belum be 
Jadual 3 : Pengguguran suku kata dalam bahasa singkatan laman sosial 
Facebook
Dari segi pengguguran suku kata pula, kebiasaanya suku kata pertama 
dan terakhir akan digugurkan. Setiap suku kata yang digugurkan akan 
memendekan sesuatu perkataan yang akan menjadikanya lebih singkat 
dan amat releven untuk digunakan di laman sosial. 
14 
7.2 Percampuran Bahasa 
Di dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook, terdapat juga 
campuran bahasa asing yang bertujuan untuk menyingkatkan dan 
permudahkan sesuatu perkataan. Namun, penggunaan bahasa 
campuran ini juga digunakan akibat terbiasa dan terikut-ikut oleh para 
pengguna laman sosial tersebut. Antara bahasa campuran yang sering 
digunakan di dalam laman sosial Facebook adalah Bahasa Inggeris, 
Bahasa Slanga, Bahasa Daerah dan Bahasa Pasar. Jadual-jadual 
dibawah akan menghuraikan jenis percampuran bahasa, contoh dan 
maksud sebenar perkataan tersebut. 
7.2.1 Bahasa Inggeris 
Contoh Bahasa Baku Maksud 
tonite tonight malam ini 
gudnyte good night selamat malam 
oohseem awesome hebat 
I I saya
u you awak 
topup top up tambah nilai 
buzy busy sibuk 
respon response bertindak balas 
daet diet makanan seimbang 
Jadual 4 : Penggunaan Bahasa Inggeris dalam laman sosial Facebook 
Bahasa Inggeris sememangnya kerap digunakan di dalam dunia siber 
namun perbezaan yang ketara dapat dilihat apabila Bahasa Inggeris 
tersebut dimelayukan dan digunakan bersama-sama dengan Bahasa 
Melayu. Berdasarkan jadual 4, terdapat beberapa perkataan yang 
digunakan secara kerap. Antara perkataan yang sering digunakan 
adalah I dan U. Kebiasaanya, perkataan ini kerap digunakan kerana 
mempunyai perkataan yang ringkas iaitu satu huruf sahaja. Oleh itu, 
percampuran Bahasa Inggeris ini juga bertujuan untuk menyingkatkan 
perkataan dan mampu memudahkan pengguna laman sosial tersebut 
untuk berkomunikasi. Penggunaan Bahasa Inggeris ini juga 
memperlihatkan sesetangah ataupun hampir semua yang diubah 
ejaannya. Sebagai analogi, busy yang menukarkan s kepada z sekaligus 
menjadikannya kepada buzy. Walaupun ejaan ditukar, sebutan asal 
perkataan tersebut tidak berubah. Terdapat juga sesetengah huruf 
digugurkan. Sebagai contoh, response ditukar menjadi respon yang 
memperlihatkan konsonan s dan vokal e digugurkan. 
15
16 
7.2.2 Bahasa Slanga 
Contoh Maksud 
sedih gila terlalu sedih 
der abang 
awex teman wanita 
brader abang 
bro abang 
pkwe teman lelaki 
kantoi sesuatu perkara yang telah 
diketahui 
Jadual 5 : Penggunaan Bahasa Slanga dalam laman sosial Facebook 
Berdasarkan analisis yang dibuat, bahasa slanga juga merupakan antara 
bahasa campuran yang amat popular yang digunakan oleh pelajar di 
laman sosial Facebook. Sesetengah bahasa slanga yang digunakan ini 
sememangnya sukar untuk difahami oleh golongan-golongan tua 
kerana bahasa slanga ini sangat fleksibal dengan golongan muda 
kerana bahasa ini hanya ditutur oleh golongan remaja. Bahasa slanga 
ini turut digunakan dalam menyingkatkan sesuatu perkataan seperti bro 
yang mewakili brother. Bahasa slanga di laman sosial Facebook ini 
juga dilihat tidak menggunakan ejaan asal sebaliknya menukar 
sebahagian ejaannya. Contonya brother ditukar menjadi brader.
Perkataan yang digunakan ini juga adalah sebahagian daripada bahasa 
17 
basahan dan tidak formal. 
7.2.3 Bahasa daerah 
Jenis Contoh Bahasa Baku 
Dialek Kelantan 
Johor Darul 
Takzim@JDT ? puok 
kawe tunggu puok 
mu..gomo klate gomo. 
Johor Darul Takzim 
? kumpulan saya 
akan menunggu 
kumpulan anda. 
Maju Kelantan Maju 
! 
Dialek 
Terengganu 
..mase tu ah ade ari 
sukang..mase tu ah 
nok wak prekse.. 
Masa ada hari sukan 
masa tu lah juga nak 
buat peperiksaan. 
Jadual 6 : Penggunaan bahasa daerah/dialek dalam kalangan pelajar di 
laman sosial Facebook 
Dialek secara umumnya dapat diertikan sebagai suatu bentuk bahasa 
yang berbeza daripada bahasa standard. Di laman sosial Facebook, 
penggunaan dialek daerah negeri asal dalam kalangan pelajar juga 
sememangnya meluas walaupun pelajar tersebut telah menetap di 
negeri lain seperti di Johor. Dialek-dialek ini dapat dibezakan dari 
aspek kata ganti nama diri, sebutan, kosa kata dan ejaan. Sebagai
contoh, dialek Kelantan menggunakan kawe sebagai saya, dan mu 
sebagai awak. Dialek-dialek yang digunakan di laman sosial ini adalah 
disebabkan faktor keselesaan yang memperlihatkan keselesaan 
menggunakan bahasa asal mereka. 
18 
7.2.4 Bahasa Pasar 
Contoh Bahasa Baku/Maksud 
Taiko sangat ke lu? Meh itu 
olang wa kasi bantai sama 
dia ! 
Hebat sangat ke awak? Mari sini 
bergaduh dengan saya ! 
Bnyk comel kau pnye mke 
nak arahII aq ! 
Amboi ! jangan suka-suka mahu 
arah orang lain. 
Lu wat gua bikin pnas la 
derrr…… 
Awak buat saya marah ! 
Jadual 7 : Penggunaan Bahasa pasar di laman sosial Facebook 
Bahasa pasar digunakan secara meluas di dalam laman sosial Facebook 
terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar. Selain bertujuan untuk 
menyingkatkan perkataan, bahasa ini turut digunakan dalam memberi 
sindiran/kata sinis kepada individu yang ingin ditujukan atau pun 
dengan tujuan gurauan. Bahasa yang digunakan ini tidak menepati 
hukum D-M misalnya itu olang. Kata banyak juga turut digunakan 
sebagai kata penguat. Berdasarkan jadual di atas, jelas bahawa
perkataan bnyk comel menggunakan banyak sebagai kata penguat dan 
jelas menjadi kesalahan dalam Bahasa Melayu. 
7.3 Penggunaan huruf dan angka dalam proses penyingkatan 
19 
perkataan 
Berdasarkan data yang dikutip, didapati terdapat ramai pelajar yang 
gemar menggunakan huruf dan angka dalam menyingkatkan sesuatu 
perkataan. Hal ini disebabkan penggunaan huruf dan angka dapat 
menggantikan satu perkataan lengkap yang memperlihatkan tiada 
perubahan makna yang terjadi. Namun, penggunaan huruf dan angka 
kadang-kala mampu menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai 
makna yang sama. 
7.3.1 Penggunaan huruf 
Contoh Perkataan Asal 
k ok 
n and 
p tapi 
g pergi 
y yang
x tak 
p pergi 
k ke 
Jadual 8 : Penggunaan huruf dalam bahasa singkatan laman sosial 
20 
Facebook 
Berdasarkan jadual 8, pelajar juga gemar menggunakan huruf dalam 
proses penyingkatan perkataan. Kebiasaanya, hanya huruf pertama 
sahaja yang dikekalkan dan selebihnya digugurkan. Namun, terdapat 
persamaan makna dalam penggunaan huruf ini bagi tujuan 
penyingkatan. Sebagai contoh, terdapat 2 perkataan yang 
menggunakan k sebagai singkatan. Antaranya ialah ok dan ke. Kedua-dua 
perkataan ini menggunakan k sebagai singkatan dan bagi yang 
kurang memahami dengan bahasa singkatan laman sosial Facebook 
mungkin akan tersalah tafsir. Begitu juga dengan p yang membawa 
maksud pergi dan tapi. 
7.3.2 Penggunaan angka 
Contoh Perkataan Asal 
I2 itu 
2 tu
Off9 offline 
Jadual 9 : Penggunaan angka 
Penggunaan angka dalam proses penyingkatan kata sememangnya 
kerap digunakan dalam laman sosial Facebook. Kadang- kala, angka 
dan huruf dicampur bagi mewujudkan singkatan kata. Sebagai analogi, 
i+2 = itu dan off+9 = offline. Namun, penggunaan angka sahaja turut 
digunakan seperti 2 yang bermaksud tu. 
7.4 Penggunaan kata ganda dalam laman sosial Facebook 
21 
Jenis Kata 
Ganda 
Contoh Bahasa baku 
Penggandaan separa 
-lelama 
-memalam 
-tetiba 
 lama-lama 
 malam-malam 
 tiba-tiba 
Penggandaan penuh 
-mkn2 
-skolah2 
 makan-makan 
 sekolah-sekolah
Jadual 10 : Penggunaan kata ganda mengikut jenis 
Jadual 10 menunjukan penggunaan kata ganda mengikut jenis dalam 
laman sosial Facebook. Merujuk jadual 10, terdapat 2 jenis 
penggandaan yang kerap digunakan di dalam laman sosial Facebook 
iaitu penggandaan penuh dan penggandaan separa. Namun, 
penggandaan ini tidak menepati ciri-ciri morfologi kerana tidak 
mempunyai ciri-ciri sebenar pergandaan. Sebagai contoh, pergandaan 
penuh diubah menjadi penggandaan separa seperti tiba-tiba yang 
bertukar menjadi tetiba. Penggandaan penuh juga tidak ditulis secara 
penuh yang hanya memperlihatkan penggunaan angka sebagai 
petunjuk penggandaan. Tamsilnya, mkn2 dan skolah2 yang mengikut 
ejaan bahasa melayu yang betul adalah makan-makan dan sekolah-sekolah. 
22 
8.0 RUMUSAN KAJIAN 
Rumusannya, kajian ini dapat mempamerkan penggunaan bahasa 
Melayu yang tidak mengikut ciri-ciri sebenar. Singkatan-singkatan 
yang dibuat ini juga mempunyai pelbagai kelemahan. Responden juga 
didapati mencampurkan pelbagai jenis variasi bahasa untuk 
menyingkatkan sesuatu perkataan. Dalam aspek morfologi pula,
hampir keseluruhan perkataan atau ayat di dalam bahasa singkatan 
laman sosial Facebook ini bercanggah dengan ciri-ciri morfologi 
sebenar. Bagi pelajar tingkatan 5, pelbagai impak akan terjadi 
sekiranya mereka tetap mengamalkan bahasa singkatan laman sosial 
Facebook ini. Tidak mustahil mereka akan terbawa-bawa bahasa ini 
sehingga ke dalam peperiksaan lantas menyebabkan kejatuhan 
martabat bahasa Melayu. Oleh itu, pihak-pihak berwajib perlu 
memaksimakan peranan mereka agar fenomena ini berjaya dihapuskan. 
23 
9.0 PENUTUP 
Sejajar denga perkembangan teknologi terkini, laman sosial 
sememangnya merupakan salah satu medium untuk berkomunikasi 
dalam kehidupan seharian. Namun, hukum bahasa juga perlu dititik 
beratkan agar kesucian bahasa ibunda kita terpelihara. Oleh itu, 
pelbagai kajian perlu dijalankan mengenai penggunaan bahasa 
singkatan laman sosial Facebook agar terhasilnya bahasa-bahasa laman 
sosial yang menepati ciri-ciri sebenar bahasa Melayu. Kajian ini juga 
sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat agar dapat menggunakan 
bahasa singkatan laman sosial Facebook dengan betul dan menepati 
hukum bahasa Melayu.
24 
BIBLIOGRAFI 
Buku 
Chong, G. T., Tee, C. S. & Ahmad, Z., 2009. Longman Teks Pra-U STPM Bahasa 
Malaysia Kertas 1. Selangor: Pearson Malaysia Sdn, Bhd. 
Karim, N. S., 2008. Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan 
Bahasa dan Pustaka. 
Karim, N. S. & Hashim, S., 2013. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Melayu Penggal 2. 
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.. 
Kridalaksana, H., 1996. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia Edisi Kedua. 
Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. 
Parsidi, A., 1992. Kamus Akronim, Inisialisme dan Singkatan. Jakarta: Pustaka Utama 
Grafiti. 
Pustaka, D. B. d., 2008. Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS ) 
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . 
Winarno, A., 1991. Kamus Singkatan dan Akronim Baru dan Lama. Yogyarkarta: 
Kanisius. 
Bahan Internet 
Salleh, A., 2009. Tatabahasa : Morfologi Bahasa Melayu. Diakses pada 27 Julai 2013, 
daripada http://witra.blogspot.com/2009/01/sk-taman-bukit-mewah.html
25 
Lampiran 1 
Senarai data teks yang dikutip daripada responden 
BIL Bahasa Singkatan Laman Sosial 
Facebook 
Bahasa Baku 
1 Hari nih aku berbukak puasa 
berasaskan ayam.. hahaha. Hilang 
program daet tp yg penting 
tomyam mak oohhseem 
sedapnya.. 
Hari ini aku berbuka puasa makanan 
berasaskan ayam. Hahaha. Hilang 
keinginan untuk mengambil makanan 
seimbang tetapi yang penting tomyam 
mak sangat sedap. 
2 Gudnyte all .. esok ada meting 
penting nak kena hadir. hahaha 
Selamat malam semua. Esok ada 
perjumpaan penting yang perlu 
hadir.hahaha 
3 Jom gi bazaar tmn kote masai, spe 
nk join.. jom2. Slmt brbuka puasa 
kpda awq smua n skeluarga. 
Mari pergi bazar Taman Kota Masai. 
Siapa mahu ikut ? Mari-mari. Selamat 
berbuka puasa kepada awak semua 
dan keluarga. 
4 Byk sehh topup aq.. time aq ade 
topup, die buzy,, x tau nak call 
sape,, si die off phone plak,, kalo 
x, memang x ar aq on9.. 
Banyak sungguh kredit prabayar aku. 
Ketika kredit prabayar aku banyak 
masa ni pula dia sibuk. Tak tahu mahu 
telefon siapa. Kalau tidak aku memang 
tidak mahu online. 
5 Taiko sangat ke lu? Meh itu olang 
wa kasi bantai sama dia! 
Hebat sangat ke awak? Mari sini 
bergaduh dengan saya ! 
6 Some fun tonite.. kepale nga 
semak! 
Sedikit hiburan malam ini. Kepala 
tengah pening. 
7 Lu wat gua bikin pnas la dher… Awak buat saya marah ! 
8 Bnyk comel kau pnye mke nak 
arahII aq! 
Amboi ! jangan suka-suka mahu arah 
orang lain. 
9 Ohhh. Haha. Relaks brader Ohhh. Sabar abang. 
10 Menu berbuka ari ni ialah chicken 
chop n air cikong ais. Yumm2 . 
#slamat berbuka puasa semua 
Menu berbuka hari ini ialah ‘Chicken 
Chop’ dan air cikong ais. Selamat 
berbuka puasa semua. 
11 ‘perut oh perut’. Gua tahu luu 
tengah senakk. Lu relaks ahh skit, 
dah nak buka dah ni.’ Berbual dgn 
perut pon jadi. haha 
Perut oh perut, saya tahu awak tengah 
sakit. Awak sabar lah sekejap, dah nak 
buka puasa sebentar lagi. Berbual 
dengan perut pun boleh jadi. Haha. 
12 Bro ada Nampak kerja sekolah 
gua x? hilang lah. Haha. Macam 
mnew nak buat nie 
Abang ada Nampak kerja sekolah saya 
tak? Hilang pula. Haha. Macam mana 
mahu buat ni? 
13 Dia ajk aq p uma cikgu tp die ley 
k tmpat len 
Dia ajak aku pergi rumah cikgu tapi 
dia boleh pergi tempat lain pula. 
14 Hahaha!!! Kantoi sudahh Hahaha!!! Kami sudah tahu. 
15 Esok smua skola2 kt johor 
ditutup. Mknenye ujian geografi 
pun tkde laaa. Yesss! 
Esok semua sekolah-sekolah di Johor 
ditutup. Bermakna ujian geografi pun 
tiada. 
16 K now sy study tol2. T result Ok. Sekarang saya belajar sungguh-
mesti gempak sungguh, nanti keputusan mesti 
26 
menakjubkan. 
17 Jowm jln cri awex.. ari niey cuti 
lgi.. 
Mari jalan cari teman wanita. Hari ini 
cuti lagi. 
18 Kdt xd, nk g kdai ujan.. cdey nye Kredit tiada, mahu ke kedai hujan 
pula. Sungguh sedih. 
19 Walaupun ujian gerak gempur aku 
teruk, aq still okey. Tak de pape 
pun 
Walaupun ujian gerak gempur aku 
teruk, aku masih ok. Tiada apa-apa 
pun. 
20 Hari-hari gado, nanti lelame aq 
benci jugak die tu 
Hari-hari bergaduh, nanti lama-lama 
aku benci dia. 
21 Orait da nuck tito.. eh ta nuck off9 
jewk.. k tata agan lpew shur 
Alright, sudah mahu tidur. Eh tak 
mahu offline je. Ok selamat tinggal 
jangan lupa sahur. 
22 Lps exam td tetibe ada org 
menangis, knape tah? 
Lepas peperiksaan tadi tiba-tiba ada 
orang menangis, Kenapa entah? 
23 Kol brape ni dh. Aq lom siap lg! 
habisss lahh 
Pukul berapa sekarang ini? Aku belum 
siap lagi ! Habis la. 
24 Sy study, p slalu fail, hmmm nk g 
tuisen tk mampu. 
Saya belajar tapi selalu gagal. Hmmm 
mahu pergi tuisyen pula tidak mampu. 
25 Bak kta ustz.. x gne pose lau x 
solt.. so buln pose ni setn x 
de..kita bolh brubah .. percye la.. 
Bak kata ustaz, tiada guna puasa kalau 
tidak solat. Jadi bulan puasa ini syaitan 
tiada. Kita bolehlah berubah. Percaya 
la. 
26 Sy tak manje mcm pkwe awk 
semua. Hye hari jumaat 
Saya tidak manja seperti teman lelaki 
awak semua. Hai hari Jumaat. 
27 mcm2 alasan yg diberikan. Aq 
cme nk thu knpe qo buat mcm tu. 
Klau qo tak nak pon jgn la buat 
mcm tu. Bgi thu saje . aq x marah. 
Terima kasih lah sbb dah buat 
mcm tu 
Pelbagai alasan yang diberi. Aku cuma 
mahu tahu mengapa kau buat macam 
itu. Kalau kau tak mahu sekali pun 
jangan la buat macam itu. Bagi tahu 
sahaja, Aku tidak marah. Terima 
Kasih kerana sudah buat begitu. 
28 Adakah patut tuan e2 marahkan 
aku? Tidak ka dia tahu aku ne 
seorg yang comel? Hek3!. 
Storynya like this, aku sdh hantar 
quotation isnin lps tp no respon 
drp tuan e2. Tp td all of a sudden 
ketika diriku sdg berangan2 mjd 
org dia kol n aku bgtahu la 
tempahan sdh pn ditutup tp dia 
ckp pula aku pilih customer..aiks! 
Sapa faster dia dapat la kn. Why 
pla u angry2? Omaigot.. Tell me 
oi oi.. Who lives in the pineapple 
under the sea?? 
Patutkah tuan itu memarahi aku? 
Tidakah dia tahu bahawa aku seorang 
yang comel? Hek hek hek! Ceritanya 
begini, aku telah pun menghantar 
quotation pada isnin yang lepas tadi 
tiada maklum balas daripada dia. Tapi 
tadi tiba-tiba dia menelefon dan aku 
beri tahu bahawa tempahan sudah 
ditutup. Kemudian dia mengatakan 
bahawa aku memilih pelanggan. Siapa 
cepat dia dapat lah. 
29 bulan pose ni aq belajr kurang 
masuk la....tapu insyallah pas pose 
aq akan bangkit,,,, “SALAM 
RAMADHAN 3 N SELAMAT 
Di bulan puasa ini aku belajar kurang 
faham. Tapi insyallah selepas puasa 
aku akan bangkit. Salam Ramadhan 
ke-3 dan selamat berbuka.
27 
BERBUKA” 
30 Masa study agama,, topik 
mahar....ustazah ad kata yg, mahar 
itu @ mas kahwin y d beri lelaki 
kpd perempuan umpama kasih 
syg dy kt peremmpuan 2....so ag 
tinggi nilai mas kwin y dy bg, 
mkneny sgt syg la die kt 
perempuan 2.....so laky pd zaman 
skrg niew kne beruntung sbb dpt 
perempuan y zaman mahal mas 
kwin skrg niew....hahahaha.... 
Ketika belajar subjek agama islam, 
topik yang dipelajari adalah Mahar. 
Ustazah mengatakan bahawa mas 
kahwin yang diberi oleh lelaki kepada 
wanita umpama kasih saying mereka 
terhadap wanita tersebut. Jika nilai 
mas kahwin itu lagi tinggi bermakna 
lelaki tersebut sangat saying terhadapt 
wanita itu. Jadi, lelaki zaman sekarang 
beruntung kerana dapat perempuan 
yang mas kahwinya mahal. 
31 Awk,, ajr sy dlm study boleh x? Awak ajar saya dalam pelajaran bpleh 
tak? 
32 Yeahh. Hujan lebat #untung la 
ygkt umah bley tdo 
Yeahh. Hujan lebat. Untung bagi siapa 
yang di rumah boleh tidur. 
33 belajar dulu baru bercinta tp sume 
owg nak rase cinta .. so belajar 
sambil bercinta . hati2 
Belajar dahulu baru bercinta. Tapi 
semua orang ingin merasakan cinta. 
Jadi belajar sambil bercinta perlu 
berhati-hati. 
34 Dh kenyang kn brbuka td? Ha? Pe 
ag . g la solat magrib . tggu pe ag 
Sudah kenyang berbuka tadi? Apa 
lagi, pergi solat Maghrib mahu tunggu 
apa lagi? 
35 Mlm ni ade mkn2 kat ruma aku. 
Jemput dtg semua! 
Malam ini ada majlis di rumah aku. 
Semua dijemput hadir. 
36 Johor Darul Takzim @JDT puok 
kawe tunggu puok mu. Gomo 
kelate gomo 
Johor Darul Takzim ? kumpulan saya 
akan menunggu kumpulan anda. Maju 
Kelantan Maju ! 
37 Bru je bley jln Baru sahaja boleh berjalan. 
38 Kalau kita sedih pun buat apa nak 
tunjuk. Kalau kita marah pun buat 
apa nak tunjuk yang kita marah . 
lebih baik kita tunjuk yang kita 
bahagia dari tunjuk yang kita 
sedih gila 
Kalau kita sedih pun buat apa nak 
tunjuk. Kalau kita marah pun buat apa 
nak tunjuk yang kita marah . lebih 
baik kita tunjuk yang kita bahagia dari 
tunjuk yang kita sangat sedih. 
39 Buat homework sambil dengar 
lagu rayoo 
Buat kerja sekolah sambil mendengar 
lagu raya. 
40 Kejayaan kite tletak pada usaha 
sndiri. Kejayaan y baik i2 dtng dri 
kite sendiri. selagi kite berusaha 
maka perjalanan untuk menuju 
kejayaan i2 terbentang luas di 
hadapan mata. So,, berusaha la 
bersungguh2 untuk mengapainya. 
Bukan hnye ngn angan2 kosong 
sahaja. Semua i2 terletak pada 
hati kita n kekuatan kite. 
Insyaallah jika kita mampu, allah 
akn mmpermudhkan sgala usaha 
kite. Ianya tidak akn kmane2. 
Kejayaan kita terletak pada usaha 
sendiri. Kejayaan yang baik itu datang 
dari kita sendiri. Selagi kita berusaha 
maka perjalanan untuk menuju 
kejayaan itu terbentang luas di 
hadapan mata. Jadi, berusaha 
bersungguh-sungguh untuk 
mengapainya. Bukan hanye ngn 
angan-angan kosong sahaja. Semua itu 
terletak pada hati kita dan kekuatan 
kita. Insyaallah jika kita mampu, Allah 
S.W.T akan mempermudahkan segala 
usaha kita. Ianya tidak akan ke mane-
aminn mana. Amin. 
28 
41 Exam mid-year  ambex report 
card  rombak kelas  audit 
total 
,. Haisy banyak ny 
,. Semua ny menakut arn 
,. Rombak kelas + audit 
,. Mieza taa naa turun kelas 
,. Mieza rase mieza daa mule 
rapat n kowang-2 semue 
,. Daa macam adeq beradeq 
,. Balek lambat same-2, then solat 
zohor same2 
,. Study same-2 
,. Daa mcm dekat asrama arn 
,. Hmm 
,. Taa naa rombak kelas boleyh? 
,. Nanti sape naa ajar mieza 
macam kowang? 
Perperiksaan pertengahan tahun  
ambil kad penyata  rombakan kelas 
 Perubahan secara keseluruhan. 
Banyaknya, semua ini menakutkan. 
Rombak kelas+ audit, Mieza sudah 
merasakan seakan ingin turun kelas. 
Mieza rasa Mieza sudah mula rapat 
dengan semua seperti adik-beradik, 
pulang lewat bersama-sama, solat 
Zohor bersama-sama, belajar bersama-sama 
seakan-akan berada di asrama. 
Hmm, Boleh tak kalau tiada rombakan 
kelas? Nanti siapa mahu mengajar 
Mieza seperti kalian? 
42 Budok2 tikatang lime tengoh 
serabok wok lake orr minggu 
depang ade pecubaang spm. Mase 
tu ah ade ari sukang . mase tu ah 
nok wak prekse. Muka sorang2 pe 
ge menda doh hoo . debo ngat 
mok hoo . macang ge nok prekse 
doh2 je. Mase bnyak agi eyy dang 
agi eyh kalu nok buleh 10A++ 
tuh.. dok soh beng wak bolok 
ngat ahh kang pa pital kang. 
Haha. Pentnya jd pelajar form 5! 
Cptlah hendaknye hbis form 5 nii 
Semua pelajar tingkatan 5 pening 
kerana minggu depan ada peperiksaan 
percubaan SPM. Masa itulah nak buat 
hari sukan. Masa tulah juga nak 
adakan peperiksaan. Semua 
bermimikkan muka kepenatan. 
Mungkin kerana gementar seperti 
sudah mahu menduduki periksa SPM 
sebenar. Banyak masa lagi perlu 
belajar kalau nak dapat 10A. Jangan 
terlalu pening nanti masuk hospital 
pula. Cepatlah habis tingkatan 5 ni. 
Penat jadi pelajar tingkatan 5. 
43 aq nk tgk bola bleyy plak kdai 
mamak ny bkk crite do re mi 
plakk. 
Aku mahu menonton bola sepak tapi 
restoran mamak ini bukak cerita Do 
Re Mi pula. 
44 Jage perut .. 2 je aq kne uat . parut 
dah ok. Dlm perut je belum 
Jaga perut itu sahaja aku perlu buat. 
Parut sudah sembuh, dalam perut 
sahaja belum. 
45 Selamat petang all, bowink tol 
hari nie 
Selamat petang semua. Bosan sungguh 
hari ini. 
46 Mesej ayah me : ayah akak 
takotlah sebab spm dh nk dekat 
Ayah : baguslah ade rse takot..bt 
yg terbaik tau..klu dpt straight A 
ayah bg hadiah 
Me : ok ayah inshaallah..akak bt 
yg terbaik.. 
*mudah2 an dapat straight A nnti 
ayh nk bagi hadiah!hehe.. 
Mesej daripada ayah 
Saya: Ayah, kakak takut kerana SPM 
bakal menjelang tiba tidak lama lagi. 
Ayah: Bagus jika masih ada rasa takut. 
Buat yang terbaik dan jika kakak dapat 
semua A ayah akan beri hadiah. 
Saya: ok ayah, inshaallah akak akan 
lakukan yang terbaik. 
*Semoga mendapatkan A secara 
keseluruhan dan menerima hadiah dari
29 
ayah. 
47 Kalau bole dalam bulan pose nhe , 
setiap hari nak pegi bazar yang 
lain2 , nak pegi semue bazar yang 
ade kat johor nhe, tapi rasenyee 
macam tk bole jerkk 
#Bazar Ramadhan 
Jika berkesempatan di dalam bulan 
puasa ini, setiap hari saya akan pergi 
di setiap bazar ramadhan yang terdapat 
di Johor. Tapi rasanya seperti tidak 
akan mendapat kesempatan ini. 
48 Jiran aku buka lagu raya lha woi ! 
haihh mcm dh tk sabar betul nk 
raya ni 
Jiran aku mainkan lagu raya. Seperti 
tidak sabar mahu raya. 
49 OMG. Tdi I kne ckap kat depn 
smue owg. Perghh. Gemuruh.. 
gementarr.. aq tdi da mcm owg 
kat Eskimo sebab sejuk gemuruh 
punya pasal. Xpi aq n geng x 
menang . sowy geng 
Oh My God. Tadi saya berucap depan 
semua orang. Sungguh gemuruh dan 
gementar. Aku tadi seperti orang di 
Eskimo kerana sejuk dan gemuruh, 
Tapi aku dan kawan tidak menang. 
Maafkan kami kawan. 
50 Jauh dimata, dekat dihati. Saya 
tidur awal malam ni. Kaitan ? Jom 
mandi. 
#celaru 
Jauh di mata dekat di hati. Mala mini 
saya tidur awal. Kaitan? Mari mandi.
30 
Lampiran 2 
Senarai perkataan yang digunakan di dalam kajian 
Perkataan 
asal 
Ejaan 
baku/maksud 
Perkataan 
asal 
Ejaan 
baku/maksud 
dpt dapat I2 itu 
mcm macam 2 tu 
sbb sebab Off9 offline 
bley boleh n and 
bkk buka p tapi 
nk nak g pergi 
jgn jangan y yang
jln jalan x tak 
tp tapi p pergi 
bole boleh k ke 
ari hari ni ini 
ujan hujan kol pukul 
da sudah lom belum 
angan jangan tonite tonight 
ta tak gudnyte good night 
umah rumah oohseem awesome 
lau kalau I I 
de ada u you 
pe apa topup top up 
gi pergi buzy busy 
tol betul respon response 
daet diet lelama lama-lama 
sedih gila terlalu sedih tetiba tiba-tiba 
31
der abang memalam malam-malam 
awex teman wanita mkn2 makan-makan 
brader abang skolah2 sekolah-sekolah 
bro abang 
pkwe teman lelaki 
kantoi sesuatu 
perkara yang 
telah diketahui 
32 
k ok

Contenu connexe

Tendances

Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
HanaFitrah
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
fitri norlida
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
xiaomei1029
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Izzah Zahh
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
Ranjene Ramaya
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
IPG
 

Tendances (20)

Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Kerancuan bahasa presentation
Kerancuan bahasa presentationKerancuan bahasa presentation
Kerancuan bahasa presentation
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 

Similaire à PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning
salmaazizi
 
Kajian tinjauan penggunaan facebook
Kajian tinjauan penggunaan facebookKajian tinjauan penggunaan facebook
Kajian tinjauan penggunaan facebook
smk pengkalan aur
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Irma Nurmayanti
 
Ulasan jurnal strategi pembelajaran secara kolaboratif
Ulasan jurnal strategi pembelajaran secara kolaboratifUlasan jurnal strategi pembelajaran secara kolaboratif
Ulasan jurnal strategi pembelajaran secara kolaboratif
salmaazizi
 
Present bahasa rojak
Present bahasa rojakPresent bahasa rojak
Present bahasa rojak
jongakeling
 
TUGASAN 3 KPT6044
TUGASAN 3 KPT6044TUGASAN 3 KPT6044
TUGASAN 3 KPT6044
Nurul Mazni
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
Junaidah Jusoh
 

Similaire à PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook) (20)

4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning
 
Kajian tinjauan penggunaan facebook
Kajian tinjauan penggunaan facebookKajian tinjauan penggunaan facebook
Kajian tinjauan penggunaan facebook
 
Komputer ajar b.arab
Komputer ajar b.arabKomputer ajar b.arab
Komputer ajar b.arab
 
OPINI BHS INDONESIA
OPINI BHS INDONESIA OPINI BHS INDONESIA
OPINI BHS INDONESIA
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
 
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
 
Ulasan jurnal strategi pembelajaran secara kolaboratif
Ulasan jurnal strategi pembelajaran secara kolaboratifUlasan jurnal strategi pembelajaran secara kolaboratif
Ulasan jurnal strategi pembelajaran secara kolaboratif
 
Dampak media sosial
Dampak media sosialDampak media sosial
Dampak media sosial
 
Asgmt BMT.doc
Asgmt BMT.docAsgmt BMT.doc
Asgmt BMT.doc
 
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
 
Facebook sebagai media pembelajaran
Facebook sebagai media pembelajaranFacebook sebagai media pembelajaran
Facebook sebagai media pembelajaran
 
Kajian tinjauan
Kajian tinjauanKajian tinjauan
Kajian tinjauan
 
Present bahasa rojak
Present bahasa rojakPresent bahasa rojak
Present bahasa rojak
 
TUGASAN 3 KPT6044
TUGASAN 3 KPT6044TUGASAN 3 KPT6044
TUGASAN 3 KPT6044
 
Pemanfaatan media sosial facebook sebagai media pembelajaran
Pemanfaatan media sosial facebook sebagai media pembelajaranPemanfaatan media sosial facebook sebagai media pembelajaran
Pemanfaatan media sosial facebook sebagai media pembelajaran
 
Jurnal Pengantar Pendidikan.pdf
Jurnal Pengantar Pendidikan.pdfJurnal Pengantar Pendidikan.pdf
Jurnal Pengantar Pendidikan.pdf
 
makalah bahasa indonesia.docx
makalah bahasa indonesia.docxmakalah bahasa indonesia.docx
makalah bahasa indonesia.docx
 
Bahasa dan Sastra Indonesia
Bahasa dan Sastra IndonesiaBahasa dan Sastra Indonesia
Bahasa dan Sastra Indonesia
 
Ali Subhan Afrizal (Rancang bangun aplikasi dekstop kamus indonesia, inggris ...
Ali Subhan Afrizal (Rancang bangun aplikasi dekstop kamus indonesia, inggris ...Ali Subhan Afrizal (Rancang bangun aplikasi dekstop kamus indonesia, inggris ...
Ali Subhan Afrizal (Rancang bangun aplikasi dekstop kamus indonesia, inggris ...
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 

Dernier

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 

Dernier (20)

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 

PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

  • 1. PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2012/13 SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM NUR ATHIRAH BINTI KAMAROLASNAN NUR YAZSMIN FATIN BINTI YAACOB SITI SYAZA SYAHIRAH BINTI RUSLAN 2012/2013 (BAHASA MELAYU 910/5)
  • 2. 3 PENGHARGAAN Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah penyelidik menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dengan segala kemampuan yang ada serta dalam ruangan waktu yang agak terhad. Penyelidik juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Jasmani binti Saidin selaku guru mata pelajaran Bahasa Melayu kerana telah mencurahkan segala apa yang beliau ada dalam memastikan penyelidik dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Komitmen dan sikap keprihatinan yang beliau pamerkan telah menyuntik semangat penyelidik untuk menyelesaikan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga penyelidik ucapkan kepada ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyelesaikan tugasan ini. Penghargaan istimewa penyelidik dedikasikan kepada pihak-pihak ini kerana telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penyelidik. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kalian semua. Akhir kata, penyelidik berharap usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya dalam bidang yang penyelidik kaji ini. Semoga tugasan ini diredhai oleh Allah S.W.T. Shah Mohd Akmal bin Abdul Halim Siti Syaza Syahirah bt Ruslan Nur Yazsmin Fatin bt Yaacob Nur Athirah bt Kamarolasnan Julai 2013
  • 3. 4 1.0 PENGENALAN Bahagian ini menghuraikan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang laman sosial Facebook serta difinisi konesep-konsep penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.1 Latar Belakang Dunia kini yang semakin maju dalam penghasilan teknologi-teknologi canggih sememangnya memberikan keselesaan dalam kehidupan seharian manusia. Perkembangan teknologi-teknologi canggih ini juga telah menyebabkan ramai yang mempunyai dan mengemari telefon pintar. Telefon pintar ini boleh memuatkan pelbagai aplikasi menarik termasuklah ‘Facebook’ yang juga merupakan sebuah laman sosial yang mampu menghubungkan manusia ke serata dunia. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, laman sosial Facebook sememangnya menjadi medium untuk berkomunikasi di samping sebagai media hiburan belia masa kini. Laman sosial Facebook ini juga memudahkan komunikasi antara satu sama lain memandangkan aplikasinya sudah sedia ada di telefon-telefon pintar dan komputer peribadi. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan belia-belia kini begitu taksub menggunakan laman sosial Facebook dalam kehidupan seharian. Laman sosial Facebook sememangnya aplikasi yang sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia dan di seluruh dunia
  • 4. khususnya kepada golongan pelajar. Pada awalnya, Laman sosial Facebook ini tidak begitu dikenali ramai kerana saingan daripada laman-laman sosial lain seperti ‘Myspace’, ‘Imesh’ dan lain-lain. Namun, populariti Facebook meningkat dengan mendadak pada tahun 2008 yang mencatatkan 100 juta pengguna dan meningkat dari tahun ke tahun hingga ke hari ini kerana aplikasi-aplikasi yang menarik berjaya menarik hati pengguna dunia siber. Menyentuh soal bahasa yang digunakan di laman sosial ini sememangnya majoriti pengguna menggunakan bahasa yang tidak baku atau dikenali sebagai Bahasa Basahan. Bahasa ini mempunyai unsur-unsur campuran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Dialek. Dalam pada itu, singkatan dan gabungan kata juga turut digunakan secara meluas dalam laman sosial Facebook ini. Hal ini disebabkan bahasa singkatan ini lebih mudah, ringkas dan cepat untuk ditaip dan mampu 5 menjimatkan masa. Dari sudut pandangan negatif, pengunaan bahasa singkatan yang kerap di laman sosial seperti Facebook sememangnya memberikan impak yang sangat buruk terutamanya kepada pelajar-pelajar. Pelajar yang terbiasa dengan tulisan-tulisan ringkas ini tidak mustahil akan terbawa-bawa ke dalam dunia realiti yakni ketika dalam penulisan karangan dan lain-lain. Hal ini kerana, bahasa yang diguna pakai dalam Laman Sosial Facebook ini tidak baku, bahasa basahan, dan bahasa rojak. Sekiranya tiada langkah efektif yang dilaksanakan, tidak mustahil penularan bahasa laman sosial ini terus menular
  • 5. kepada generasi-generasi akan datang dan seterusnya menyebabkan Bahasa 6 Melayu ini tercemar. 1.2 Definisi Konsep Menurut Raja Masittah Raja Ariffin singkatan kata akan terbentuk apabila suatu istilah tidak ditulis secara penuh iaitu satu huruf atau lebih telah digugurkan. Sebagai contoh, MPR yang bermaksud Majlis Permusyawaratan Rakyat. Menurut Ateng Winarno pula, singkatan adalah bentuk pemendekan satu kata atau lebih yang proses pengejaanya dilakukan dengan menyebut huruf demi huruf yang berkaitan. Tamsilnya, DPR untuk Dewan Perwakilan Rakyat, SMA untuk Sekolah Menengah atas dan sda bermaksud sama dengan atas. Seterusnya, Harimurti Kridalaksana pula mendifinisikan singkatan sebagai salah satu hasil proses pemendekan yang berupa huruf atau gabungan huruf sama ada yang dieja huruf demi huruf mahupun yang tidak dieja huruf demi huruf. Sebagai analogi, PBB yang bermaksud Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dieja huruf demi huruf manakala dng yang bermaksud dengan yang tidak dieja huruf demi huruf.
  • 6. 7 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk (a) Mengenal pasti pengguguran vokal, konsonan dan suku kata dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook (b) Mengenal pasti percampuran bahasa yang digunakan dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook (c) Menjelaskan penggunaan huruf, dan angka dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook (d) Mengkelaskan jenis-jenis kata ganda yang kerap digunakan dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini penting untuk (a) Memperbanyak dokumentasi mengenai singkatan bahasa khususnya dalam laman sosial Facebook (b) Menyediakan panduan untuk dijadikan rujukan umum mengenai bahasa singkatan yang digunakan di laman sosial Facebook (c) Mendedahkan kepada masyarakat mengenai singkatan-singkatan yang digunakan di laman sosial Facebook (d) Memperjelaskan maksud-maksud perkataan tertentu yang diguna pakai dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook
  • 7. 8 4.0 SKOP KAJIAN Kajian ini berfokus kepada pengguran vokal, konsonan dan suku kata dalam proses penyingkatan sesuatu perkataan. Penggunaan huruf, angka dan simbol dalam proses penyingkatan kata turut dikaji dalam kajian ini. Selain itu, penggunaan kata ganda di laman sosial Facebook ini turut dikelaskan. 5.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis yang dipetik daripada laman sosial Facebook dalam kalangan 50 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Pasir Gudang, Johor. Oleh itu, penggunaan bahasa singkatan di laman sosial Facebook ini tidak mengambarkan penggunaanya oleh seluruh anggota masyarakat. 6.0 KAEDAH KAJIAN Segala kaedah, cara mendapatkan data, kaedah pemprosesan dan cara persembahan dapatan kajian dijelaskan di bahagian ini.
  • 8. 9 6.1 Mendapatkan data Sepanjang kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian teks. Teks yang dimuat naik ke dalam Facebook penyelidik kumpulkan daripada responden. Seramai 50 orang responden daripada pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 diminta memberikan 1 teks yang telah dimuat naik ke dalam laman sosial Facebook. Penyelidik telah memaklumkan 2 minggu lebih awal kepada responden yang terlibat bagi mempercepatkan proses mengutip data. 6.2 Mengumpul data Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik telah mengedarkan borang kepada para responden supaya dapat menyalin semula teks-teks yang telah dimuat naik berserta terjemahanya ke dalam bahasa Melayu baku. Terjemahan ini sememangnya sangat diperlukan agar pengkaji tidak tersilap ketika mengenal pasti maksud asal perkataan-perkataan tersebut. Hasilnya, sebanyak 50 teks berserta terjemahanya berjaya dikumpul dan ditaip semula yang bertujuan memudahkan penyelidik untuk merujuk data tersebut.
  • 9. 10 6.3 Menganalisis data Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada aspek-aspek yang ingin dikaji iaitu pengguguran, percampuran bahasa, penggunaan huruf dan angka, serta penggunaan kata ganda di laman sosial Facebook. 7.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini akan dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu pengguguran, percampuran bahasa, penggunaan huruf dan angka dan penggunaan kata ganda. Bahagian yang berikut memaparkan huraian berkaitan empat aspek ini. Perbincangan yang dilaksanakan ini berdasarkan data-data yang telah dikutip. 7.1 Pengguguran Vokal, Konsonan dan Suku Kata Morfologi merupakan bidang dalam ilmu bahasa yang mengkaji perkataan. Salah satu aspek perkataan yang merangkumi morfologi ialah bentuk kata. Di dalam laman sosial Facebook, bentuk kata yang sering digunakan ialah bentuk singkatan. Singkatan ini merangkumi pengguguran vokal, konsonan dan suku kata. Pengguguran ini bertujuan menyingkatkan perkataan-perkataan ini agar mudah untuk ditaip. Berikut merupakan jenis-jenis pengguguran yang digunakan dalam proses penyingkatan.
  • 10. 11 Pengguguran Vokal Contoh Bahasa Baku Vokal yang digugurkan dh dah a bg bagi a,i bt buat u,a dpt dapat a mcm macam a sbb sebab e,a bley boleh o bkk buka u,a nk nak a jgn jangan a jln jalan a tp tapi a,i Jadual 1 : Pengguguran vokal dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook
  • 11. Merujuk jadual 1, singkatan-singkatan ini lazimnya terbentuk apabila vokal-vokal tertentu digugurkan. Pengguguran vokal ini menjadikan sesuatu perkataan itu lebih ringkas dan mudah untuk ditaip. Namun, terdapat juga sesetengah perkataan yang digugurkan separuh huruf vokalnya dan tidak digugurkan keseluruhanya. Tamsilnya, bley yang bermaksud boleh telah memperlihatkan pengguguran satu vokal sahaja iaitu vokal a manakala vokal e dikekalkan. 12 Pengguguran konsonan Contoh Bahasa Baku konsonan yang digugurkan bole boleh h ari hari h ujan hujan h da sudah h angan jangan j ta tak k umah rumah r Jadual 2 : Pengguguran konsonan dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook
  • 12. Berdasarkan jadual 2, kebanyakan huruf konsonan yang digugurkan adalah huruf konsonan yang terletak di permulaan dan akhiran perkataan. Manakala huruf konsonan yang berada ditengah perkataan tidak digugurkan dan akan dikekalkan bagi membolehkan perkataan tersebut dibentuk. Sebagai contoh, bole, da, ujan yang memperlihatkan pengguguran konsonan di awal dan akhir perkataan sahaja. 13 Pengguguran suku kata Contoh Bahasa Baku Suku kata yang digugurkan lau kalau ka de ada a pe apa a gi pergi per tol betul be ni ini i kol pukul pu lom belum be Jadual 3 : Pengguguran suku kata dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook
  • 13. Dari segi pengguguran suku kata pula, kebiasaanya suku kata pertama dan terakhir akan digugurkan. Setiap suku kata yang digugurkan akan memendekan sesuatu perkataan yang akan menjadikanya lebih singkat dan amat releven untuk digunakan di laman sosial. 14 7.2 Percampuran Bahasa Di dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook, terdapat juga campuran bahasa asing yang bertujuan untuk menyingkatkan dan permudahkan sesuatu perkataan. Namun, penggunaan bahasa campuran ini juga digunakan akibat terbiasa dan terikut-ikut oleh para pengguna laman sosial tersebut. Antara bahasa campuran yang sering digunakan di dalam laman sosial Facebook adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Slanga, Bahasa Daerah dan Bahasa Pasar. Jadual-jadual dibawah akan menghuraikan jenis percampuran bahasa, contoh dan maksud sebenar perkataan tersebut. 7.2.1 Bahasa Inggeris Contoh Bahasa Baku Maksud tonite tonight malam ini gudnyte good night selamat malam oohseem awesome hebat I I saya
  • 14. u you awak topup top up tambah nilai buzy busy sibuk respon response bertindak balas daet diet makanan seimbang Jadual 4 : Penggunaan Bahasa Inggeris dalam laman sosial Facebook Bahasa Inggeris sememangnya kerap digunakan di dalam dunia siber namun perbezaan yang ketara dapat dilihat apabila Bahasa Inggeris tersebut dimelayukan dan digunakan bersama-sama dengan Bahasa Melayu. Berdasarkan jadual 4, terdapat beberapa perkataan yang digunakan secara kerap. Antara perkataan yang sering digunakan adalah I dan U. Kebiasaanya, perkataan ini kerap digunakan kerana mempunyai perkataan yang ringkas iaitu satu huruf sahaja. Oleh itu, percampuran Bahasa Inggeris ini juga bertujuan untuk menyingkatkan perkataan dan mampu memudahkan pengguna laman sosial tersebut untuk berkomunikasi. Penggunaan Bahasa Inggeris ini juga memperlihatkan sesetangah ataupun hampir semua yang diubah ejaannya. Sebagai analogi, busy yang menukarkan s kepada z sekaligus menjadikannya kepada buzy. Walaupun ejaan ditukar, sebutan asal perkataan tersebut tidak berubah. Terdapat juga sesetengah huruf digugurkan. Sebagai contoh, response ditukar menjadi respon yang memperlihatkan konsonan s dan vokal e digugurkan. 15
  • 15. 16 7.2.2 Bahasa Slanga Contoh Maksud sedih gila terlalu sedih der abang awex teman wanita brader abang bro abang pkwe teman lelaki kantoi sesuatu perkara yang telah diketahui Jadual 5 : Penggunaan Bahasa Slanga dalam laman sosial Facebook Berdasarkan analisis yang dibuat, bahasa slanga juga merupakan antara bahasa campuran yang amat popular yang digunakan oleh pelajar di laman sosial Facebook. Sesetengah bahasa slanga yang digunakan ini sememangnya sukar untuk difahami oleh golongan-golongan tua kerana bahasa slanga ini sangat fleksibal dengan golongan muda kerana bahasa ini hanya ditutur oleh golongan remaja. Bahasa slanga ini turut digunakan dalam menyingkatkan sesuatu perkataan seperti bro yang mewakili brother. Bahasa slanga di laman sosial Facebook ini juga dilihat tidak menggunakan ejaan asal sebaliknya menukar sebahagian ejaannya. Contonya brother ditukar menjadi brader.
  • 16. Perkataan yang digunakan ini juga adalah sebahagian daripada bahasa 17 basahan dan tidak formal. 7.2.3 Bahasa daerah Jenis Contoh Bahasa Baku Dialek Kelantan Johor Darul Takzim@JDT ? puok kawe tunggu puok mu..gomo klate gomo. Johor Darul Takzim ? kumpulan saya akan menunggu kumpulan anda. Maju Kelantan Maju ! Dialek Terengganu ..mase tu ah ade ari sukang..mase tu ah nok wak prekse.. Masa ada hari sukan masa tu lah juga nak buat peperiksaan. Jadual 6 : Penggunaan bahasa daerah/dialek dalam kalangan pelajar di laman sosial Facebook Dialek secara umumnya dapat diertikan sebagai suatu bentuk bahasa yang berbeza daripada bahasa standard. Di laman sosial Facebook, penggunaan dialek daerah negeri asal dalam kalangan pelajar juga sememangnya meluas walaupun pelajar tersebut telah menetap di negeri lain seperti di Johor. Dialek-dialek ini dapat dibezakan dari aspek kata ganti nama diri, sebutan, kosa kata dan ejaan. Sebagai
  • 17. contoh, dialek Kelantan menggunakan kawe sebagai saya, dan mu sebagai awak. Dialek-dialek yang digunakan di laman sosial ini adalah disebabkan faktor keselesaan yang memperlihatkan keselesaan menggunakan bahasa asal mereka. 18 7.2.4 Bahasa Pasar Contoh Bahasa Baku/Maksud Taiko sangat ke lu? Meh itu olang wa kasi bantai sama dia ! Hebat sangat ke awak? Mari sini bergaduh dengan saya ! Bnyk comel kau pnye mke nak arahII aq ! Amboi ! jangan suka-suka mahu arah orang lain. Lu wat gua bikin pnas la derrr…… Awak buat saya marah ! Jadual 7 : Penggunaan Bahasa pasar di laman sosial Facebook Bahasa pasar digunakan secara meluas di dalam laman sosial Facebook terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar. Selain bertujuan untuk menyingkatkan perkataan, bahasa ini turut digunakan dalam memberi sindiran/kata sinis kepada individu yang ingin ditujukan atau pun dengan tujuan gurauan. Bahasa yang digunakan ini tidak menepati hukum D-M misalnya itu olang. Kata banyak juga turut digunakan sebagai kata penguat. Berdasarkan jadual di atas, jelas bahawa
  • 18. perkataan bnyk comel menggunakan banyak sebagai kata penguat dan jelas menjadi kesalahan dalam Bahasa Melayu. 7.3 Penggunaan huruf dan angka dalam proses penyingkatan 19 perkataan Berdasarkan data yang dikutip, didapati terdapat ramai pelajar yang gemar menggunakan huruf dan angka dalam menyingkatkan sesuatu perkataan. Hal ini disebabkan penggunaan huruf dan angka dapat menggantikan satu perkataan lengkap yang memperlihatkan tiada perubahan makna yang terjadi. Namun, penggunaan huruf dan angka kadang-kala mampu menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai makna yang sama. 7.3.1 Penggunaan huruf Contoh Perkataan Asal k ok n and p tapi g pergi y yang
  • 19. x tak p pergi k ke Jadual 8 : Penggunaan huruf dalam bahasa singkatan laman sosial 20 Facebook Berdasarkan jadual 8, pelajar juga gemar menggunakan huruf dalam proses penyingkatan perkataan. Kebiasaanya, hanya huruf pertama sahaja yang dikekalkan dan selebihnya digugurkan. Namun, terdapat persamaan makna dalam penggunaan huruf ini bagi tujuan penyingkatan. Sebagai contoh, terdapat 2 perkataan yang menggunakan k sebagai singkatan. Antaranya ialah ok dan ke. Kedua-dua perkataan ini menggunakan k sebagai singkatan dan bagi yang kurang memahami dengan bahasa singkatan laman sosial Facebook mungkin akan tersalah tafsir. Begitu juga dengan p yang membawa maksud pergi dan tapi. 7.3.2 Penggunaan angka Contoh Perkataan Asal I2 itu 2 tu
  • 20. Off9 offline Jadual 9 : Penggunaan angka Penggunaan angka dalam proses penyingkatan kata sememangnya kerap digunakan dalam laman sosial Facebook. Kadang- kala, angka dan huruf dicampur bagi mewujudkan singkatan kata. Sebagai analogi, i+2 = itu dan off+9 = offline. Namun, penggunaan angka sahaja turut digunakan seperti 2 yang bermaksud tu. 7.4 Penggunaan kata ganda dalam laman sosial Facebook 21 Jenis Kata Ganda Contoh Bahasa baku Penggandaan separa -lelama -memalam -tetiba  lama-lama  malam-malam  tiba-tiba Penggandaan penuh -mkn2 -skolah2  makan-makan  sekolah-sekolah
  • 21. Jadual 10 : Penggunaan kata ganda mengikut jenis Jadual 10 menunjukan penggunaan kata ganda mengikut jenis dalam laman sosial Facebook. Merujuk jadual 10, terdapat 2 jenis penggandaan yang kerap digunakan di dalam laman sosial Facebook iaitu penggandaan penuh dan penggandaan separa. Namun, penggandaan ini tidak menepati ciri-ciri morfologi kerana tidak mempunyai ciri-ciri sebenar pergandaan. Sebagai contoh, pergandaan penuh diubah menjadi penggandaan separa seperti tiba-tiba yang bertukar menjadi tetiba. Penggandaan penuh juga tidak ditulis secara penuh yang hanya memperlihatkan penggunaan angka sebagai petunjuk penggandaan. Tamsilnya, mkn2 dan skolah2 yang mengikut ejaan bahasa melayu yang betul adalah makan-makan dan sekolah-sekolah. 22 8.0 RUMUSAN KAJIAN Rumusannya, kajian ini dapat mempamerkan penggunaan bahasa Melayu yang tidak mengikut ciri-ciri sebenar. Singkatan-singkatan yang dibuat ini juga mempunyai pelbagai kelemahan. Responden juga didapati mencampurkan pelbagai jenis variasi bahasa untuk menyingkatkan sesuatu perkataan. Dalam aspek morfologi pula,
  • 22. hampir keseluruhan perkataan atau ayat di dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook ini bercanggah dengan ciri-ciri morfologi sebenar. Bagi pelajar tingkatan 5, pelbagai impak akan terjadi sekiranya mereka tetap mengamalkan bahasa singkatan laman sosial Facebook ini. Tidak mustahil mereka akan terbawa-bawa bahasa ini sehingga ke dalam peperiksaan lantas menyebabkan kejatuhan martabat bahasa Melayu. Oleh itu, pihak-pihak berwajib perlu memaksimakan peranan mereka agar fenomena ini berjaya dihapuskan. 23 9.0 PENUTUP Sejajar denga perkembangan teknologi terkini, laman sosial sememangnya merupakan salah satu medium untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Namun, hukum bahasa juga perlu dititik beratkan agar kesucian bahasa ibunda kita terpelihara. Oleh itu, pelbagai kajian perlu dijalankan mengenai penggunaan bahasa singkatan laman sosial Facebook agar terhasilnya bahasa-bahasa laman sosial yang menepati ciri-ciri sebenar bahasa Melayu. Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat agar dapat menggunakan bahasa singkatan laman sosial Facebook dengan betul dan menepati hukum bahasa Melayu.
  • 23. 24 BIBLIOGRAFI Buku Chong, G. T., Tee, C. S. & Ahmad, Z., 2009. Longman Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1. Selangor: Pearson Malaysia Sdn, Bhd. Karim, N. S., 2008. Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Karim, N. S. & Hashim, S., 2013. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Melayu Penggal 2. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.. Kridalaksana, H., 1996. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia Edisi Kedua. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. Parsidi, A., 1992. Kamus Akronim, Inisialisme dan Singkatan. Jakarta: Pustaka Utama Grafiti. Pustaka, D. B. d., 2008. Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS ) Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Winarno, A., 1991. Kamus Singkatan dan Akronim Baru dan Lama. Yogyarkarta: Kanisius. Bahan Internet Salleh, A., 2009. Tatabahasa : Morfologi Bahasa Melayu. Diakses pada 27 Julai 2013, daripada http://witra.blogspot.com/2009/01/sk-taman-bukit-mewah.html
  • 24. 25 Lampiran 1 Senarai data teks yang dikutip daripada responden BIL Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook Bahasa Baku 1 Hari nih aku berbukak puasa berasaskan ayam.. hahaha. Hilang program daet tp yg penting tomyam mak oohhseem sedapnya.. Hari ini aku berbuka puasa makanan berasaskan ayam. Hahaha. Hilang keinginan untuk mengambil makanan seimbang tetapi yang penting tomyam mak sangat sedap. 2 Gudnyte all .. esok ada meting penting nak kena hadir. hahaha Selamat malam semua. Esok ada perjumpaan penting yang perlu hadir.hahaha 3 Jom gi bazaar tmn kote masai, spe nk join.. jom2. Slmt brbuka puasa kpda awq smua n skeluarga. Mari pergi bazar Taman Kota Masai. Siapa mahu ikut ? Mari-mari. Selamat berbuka puasa kepada awak semua dan keluarga. 4 Byk sehh topup aq.. time aq ade topup, die buzy,, x tau nak call sape,, si die off phone plak,, kalo x, memang x ar aq on9.. Banyak sungguh kredit prabayar aku. Ketika kredit prabayar aku banyak masa ni pula dia sibuk. Tak tahu mahu telefon siapa. Kalau tidak aku memang tidak mahu online. 5 Taiko sangat ke lu? Meh itu olang wa kasi bantai sama dia! Hebat sangat ke awak? Mari sini bergaduh dengan saya ! 6 Some fun tonite.. kepale nga semak! Sedikit hiburan malam ini. Kepala tengah pening. 7 Lu wat gua bikin pnas la dher… Awak buat saya marah ! 8 Bnyk comel kau pnye mke nak arahII aq! Amboi ! jangan suka-suka mahu arah orang lain. 9 Ohhh. Haha. Relaks brader Ohhh. Sabar abang. 10 Menu berbuka ari ni ialah chicken chop n air cikong ais. Yumm2 . #slamat berbuka puasa semua Menu berbuka hari ini ialah ‘Chicken Chop’ dan air cikong ais. Selamat berbuka puasa semua. 11 ‘perut oh perut’. Gua tahu luu tengah senakk. Lu relaks ahh skit, dah nak buka dah ni.’ Berbual dgn perut pon jadi. haha Perut oh perut, saya tahu awak tengah sakit. Awak sabar lah sekejap, dah nak buka puasa sebentar lagi. Berbual dengan perut pun boleh jadi. Haha. 12 Bro ada Nampak kerja sekolah gua x? hilang lah. Haha. Macam mnew nak buat nie Abang ada Nampak kerja sekolah saya tak? Hilang pula. Haha. Macam mana mahu buat ni? 13 Dia ajk aq p uma cikgu tp die ley k tmpat len Dia ajak aku pergi rumah cikgu tapi dia boleh pergi tempat lain pula. 14 Hahaha!!! Kantoi sudahh Hahaha!!! Kami sudah tahu. 15 Esok smua skola2 kt johor ditutup. Mknenye ujian geografi pun tkde laaa. Yesss! Esok semua sekolah-sekolah di Johor ditutup. Bermakna ujian geografi pun tiada. 16 K now sy study tol2. T result Ok. Sekarang saya belajar sungguh-
  • 25. mesti gempak sungguh, nanti keputusan mesti 26 menakjubkan. 17 Jowm jln cri awex.. ari niey cuti lgi.. Mari jalan cari teman wanita. Hari ini cuti lagi. 18 Kdt xd, nk g kdai ujan.. cdey nye Kredit tiada, mahu ke kedai hujan pula. Sungguh sedih. 19 Walaupun ujian gerak gempur aku teruk, aq still okey. Tak de pape pun Walaupun ujian gerak gempur aku teruk, aku masih ok. Tiada apa-apa pun. 20 Hari-hari gado, nanti lelame aq benci jugak die tu Hari-hari bergaduh, nanti lama-lama aku benci dia. 21 Orait da nuck tito.. eh ta nuck off9 jewk.. k tata agan lpew shur Alright, sudah mahu tidur. Eh tak mahu offline je. Ok selamat tinggal jangan lupa sahur. 22 Lps exam td tetibe ada org menangis, knape tah? Lepas peperiksaan tadi tiba-tiba ada orang menangis, Kenapa entah? 23 Kol brape ni dh. Aq lom siap lg! habisss lahh Pukul berapa sekarang ini? Aku belum siap lagi ! Habis la. 24 Sy study, p slalu fail, hmmm nk g tuisen tk mampu. Saya belajar tapi selalu gagal. Hmmm mahu pergi tuisyen pula tidak mampu. 25 Bak kta ustz.. x gne pose lau x solt.. so buln pose ni setn x de..kita bolh brubah .. percye la.. Bak kata ustaz, tiada guna puasa kalau tidak solat. Jadi bulan puasa ini syaitan tiada. Kita bolehlah berubah. Percaya la. 26 Sy tak manje mcm pkwe awk semua. Hye hari jumaat Saya tidak manja seperti teman lelaki awak semua. Hai hari Jumaat. 27 mcm2 alasan yg diberikan. Aq cme nk thu knpe qo buat mcm tu. Klau qo tak nak pon jgn la buat mcm tu. Bgi thu saje . aq x marah. Terima kasih lah sbb dah buat mcm tu Pelbagai alasan yang diberi. Aku cuma mahu tahu mengapa kau buat macam itu. Kalau kau tak mahu sekali pun jangan la buat macam itu. Bagi tahu sahaja, Aku tidak marah. Terima Kasih kerana sudah buat begitu. 28 Adakah patut tuan e2 marahkan aku? Tidak ka dia tahu aku ne seorg yang comel? Hek3!. Storynya like this, aku sdh hantar quotation isnin lps tp no respon drp tuan e2. Tp td all of a sudden ketika diriku sdg berangan2 mjd org dia kol n aku bgtahu la tempahan sdh pn ditutup tp dia ckp pula aku pilih customer..aiks! Sapa faster dia dapat la kn. Why pla u angry2? Omaigot.. Tell me oi oi.. Who lives in the pineapple under the sea?? Patutkah tuan itu memarahi aku? Tidakah dia tahu bahawa aku seorang yang comel? Hek hek hek! Ceritanya begini, aku telah pun menghantar quotation pada isnin yang lepas tadi tiada maklum balas daripada dia. Tapi tadi tiba-tiba dia menelefon dan aku beri tahu bahawa tempahan sudah ditutup. Kemudian dia mengatakan bahawa aku memilih pelanggan. Siapa cepat dia dapat lah. 29 bulan pose ni aq belajr kurang masuk la....tapu insyallah pas pose aq akan bangkit,,,, “SALAM RAMADHAN 3 N SELAMAT Di bulan puasa ini aku belajar kurang faham. Tapi insyallah selepas puasa aku akan bangkit. Salam Ramadhan ke-3 dan selamat berbuka.
  • 26. 27 BERBUKA” 30 Masa study agama,, topik mahar....ustazah ad kata yg, mahar itu @ mas kahwin y d beri lelaki kpd perempuan umpama kasih syg dy kt peremmpuan 2....so ag tinggi nilai mas kwin y dy bg, mkneny sgt syg la die kt perempuan 2.....so laky pd zaman skrg niew kne beruntung sbb dpt perempuan y zaman mahal mas kwin skrg niew....hahahaha.... Ketika belajar subjek agama islam, topik yang dipelajari adalah Mahar. Ustazah mengatakan bahawa mas kahwin yang diberi oleh lelaki kepada wanita umpama kasih saying mereka terhadap wanita tersebut. Jika nilai mas kahwin itu lagi tinggi bermakna lelaki tersebut sangat saying terhadapt wanita itu. Jadi, lelaki zaman sekarang beruntung kerana dapat perempuan yang mas kahwinya mahal. 31 Awk,, ajr sy dlm study boleh x? Awak ajar saya dalam pelajaran bpleh tak? 32 Yeahh. Hujan lebat #untung la ygkt umah bley tdo Yeahh. Hujan lebat. Untung bagi siapa yang di rumah boleh tidur. 33 belajar dulu baru bercinta tp sume owg nak rase cinta .. so belajar sambil bercinta . hati2 Belajar dahulu baru bercinta. Tapi semua orang ingin merasakan cinta. Jadi belajar sambil bercinta perlu berhati-hati. 34 Dh kenyang kn brbuka td? Ha? Pe ag . g la solat magrib . tggu pe ag Sudah kenyang berbuka tadi? Apa lagi, pergi solat Maghrib mahu tunggu apa lagi? 35 Mlm ni ade mkn2 kat ruma aku. Jemput dtg semua! Malam ini ada majlis di rumah aku. Semua dijemput hadir. 36 Johor Darul Takzim @JDT puok kawe tunggu puok mu. Gomo kelate gomo Johor Darul Takzim ? kumpulan saya akan menunggu kumpulan anda. Maju Kelantan Maju ! 37 Bru je bley jln Baru sahaja boleh berjalan. 38 Kalau kita sedih pun buat apa nak tunjuk. Kalau kita marah pun buat apa nak tunjuk yang kita marah . lebih baik kita tunjuk yang kita bahagia dari tunjuk yang kita sedih gila Kalau kita sedih pun buat apa nak tunjuk. Kalau kita marah pun buat apa nak tunjuk yang kita marah . lebih baik kita tunjuk yang kita bahagia dari tunjuk yang kita sangat sedih. 39 Buat homework sambil dengar lagu rayoo Buat kerja sekolah sambil mendengar lagu raya. 40 Kejayaan kite tletak pada usaha sndiri. Kejayaan y baik i2 dtng dri kite sendiri. selagi kite berusaha maka perjalanan untuk menuju kejayaan i2 terbentang luas di hadapan mata. So,, berusaha la bersungguh2 untuk mengapainya. Bukan hnye ngn angan2 kosong sahaja. Semua i2 terletak pada hati kita n kekuatan kite. Insyaallah jika kita mampu, allah akn mmpermudhkan sgala usaha kite. Ianya tidak akn kmane2. Kejayaan kita terletak pada usaha sendiri. Kejayaan yang baik itu datang dari kita sendiri. Selagi kita berusaha maka perjalanan untuk menuju kejayaan itu terbentang luas di hadapan mata. Jadi, berusaha bersungguh-sungguh untuk mengapainya. Bukan hanye ngn angan-angan kosong sahaja. Semua itu terletak pada hati kita dan kekuatan kita. Insyaallah jika kita mampu, Allah S.W.T akan mempermudahkan segala usaha kita. Ianya tidak akan ke mane-
  • 27. aminn mana. Amin. 28 41 Exam mid-year  ambex report card  rombak kelas  audit total ,. Haisy banyak ny ,. Semua ny menakut arn ,. Rombak kelas + audit ,. Mieza taa naa turun kelas ,. Mieza rase mieza daa mule rapat n kowang-2 semue ,. Daa macam adeq beradeq ,. Balek lambat same-2, then solat zohor same2 ,. Study same-2 ,. Daa mcm dekat asrama arn ,. Hmm ,. Taa naa rombak kelas boleyh? ,. Nanti sape naa ajar mieza macam kowang? Perperiksaan pertengahan tahun  ambil kad penyata  rombakan kelas  Perubahan secara keseluruhan. Banyaknya, semua ini menakutkan. Rombak kelas+ audit, Mieza sudah merasakan seakan ingin turun kelas. Mieza rasa Mieza sudah mula rapat dengan semua seperti adik-beradik, pulang lewat bersama-sama, solat Zohor bersama-sama, belajar bersama-sama seakan-akan berada di asrama. Hmm, Boleh tak kalau tiada rombakan kelas? Nanti siapa mahu mengajar Mieza seperti kalian? 42 Budok2 tikatang lime tengoh serabok wok lake orr minggu depang ade pecubaang spm. Mase tu ah ade ari sukang . mase tu ah nok wak prekse. Muka sorang2 pe ge menda doh hoo . debo ngat mok hoo . macang ge nok prekse doh2 je. Mase bnyak agi eyy dang agi eyh kalu nok buleh 10A++ tuh.. dok soh beng wak bolok ngat ahh kang pa pital kang. Haha. Pentnya jd pelajar form 5! Cptlah hendaknye hbis form 5 nii Semua pelajar tingkatan 5 pening kerana minggu depan ada peperiksaan percubaan SPM. Masa itulah nak buat hari sukan. Masa tulah juga nak adakan peperiksaan. Semua bermimikkan muka kepenatan. Mungkin kerana gementar seperti sudah mahu menduduki periksa SPM sebenar. Banyak masa lagi perlu belajar kalau nak dapat 10A. Jangan terlalu pening nanti masuk hospital pula. Cepatlah habis tingkatan 5 ni. Penat jadi pelajar tingkatan 5. 43 aq nk tgk bola bleyy plak kdai mamak ny bkk crite do re mi plakk. Aku mahu menonton bola sepak tapi restoran mamak ini bukak cerita Do Re Mi pula. 44 Jage perut .. 2 je aq kne uat . parut dah ok. Dlm perut je belum Jaga perut itu sahaja aku perlu buat. Parut sudah sembuh, dalam perut sahaja belum. 45 Selamat petang all, bowink tol hari nie Selamat petang semua. Bosan sungguh hari ini. 46 Mesej ayah me : ayah akak takotlah sebab spm dh nk dekat Ayah : baguslah ade rse takot..bt yg terbaik tau..klu dpt straight A ayah bg hadiah Me : ok ayah inshaallah..akak bt yg terbaik.. *mudah2 an dapat straight A nnti ayh nk bagi hadiah!hehe.. Mesej daripada ayah Saya: Ayah, kakak takut kerana SPM bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Ayah: Bagus jika masih ada rasa takut. Buat yang terbaik dan jika kakak dapat semua A ayah akan beri hadiah. Saya: ok ayah, inshaallah akak akan lakukan yang terbaik. *Semoga mendapatkan A secara keseluruhan dan menerima hadiah dari
  • 28. 29 ayah. 47 Kalau bole dalam bulan pose nhe , setiap hari nak pegi bazar yang lain2 , nak pegi semue bazar yang ade kat johor nhe, tapi rasenyee macam tk bole jerkk #Bazar Ramadhan Jika berkesempatan di dalam bulan puasa ini, setiap hari saya akan pergi di setiap bazar ramadhan yang terdapat di Johor. Tapi rasanya seperti tidak akan mendapat kesempatan ini. 48 Jiran aku buka lagu raya lha woi ! haihh mcm dh tk sabar betul nk raya ni Jiran aku mainkan lagu raya. Seperti tidak sabar mahu raya. 49 OMG. Tdi I kne ckap kat depn smue owg. Perghh. Gemuruh.. gementarr.. aq tdi da mcm owg kat Eskimo sebab sejuk gemuruh punya pasal. Xpi aq n geng x menang . sowy geng Oh My God. Tadi saya berucap depan semua orang. Sungguh gemuruh dan gementar. Aku tadi seperti orang di Eskimo kerana sejuk dan gemuruh, Tapi aku dan kawan tidak menang. Maafkan kami kawan. 50 Jauh dimata, dekat dihati. Saya tidur awal malam ni. Kaitan ? Jom mandi. #celaru Jauh di mata dekat di hati. Mala mini saya tidur awal. Kaitan? Mari mandi.
  • 29. 30 Lampiran 2 Senarai perkataan yang digunakan di dalam kajian Perkataan asal Ejaan baku/maksud Perkataan asal Ejaan baku/maksud dpt dapat I2 itu mcm macam 2 tu sbb sebab Off9 offline bley boleh n and bkk buka p tapi nk nak g pergi jgn jangan y yang
  • 30. jln jalan x tak tp tapi p pergi bole boleh k ke ari hari ni ini ujan hujan kol pukul da sudah lom belum angan jangan tonite tonight ta tak gudnyte good night umah rumah oohseem awesome lau kalau I I de ada u you pe apa topup top up gi pergi buzy busy tol betul respon response daet diet lelama lama-lama sedih gila terlalu sedih tetiba tiba-tiba 31
  • 31. der abang memalam malam-malam awex teman wanita mkn2 makan-makan brader abang skolah2 sekolah-sekolah bro abang pkwe teman lelaki kantoi sesuatu perkara yang telah diketahui 32 k ok