2. Kesalahan membunuh dengan sengaja
Kesalahan membunuh menyerupai sengaja
Kesalahan membunuh tanpa sengaja
3. Hukuman-hukuman Kerana Kesalahan Membunuh
Dengan Sengaja
Hukuman kaffarah ini bersumberkan firman Allah Taala
dalam Surah al-Nisa, ayat 92 (yang bermaksud) :
“Dan barangsiapa membunuh seseorang Mukmin secara
tersalah hendaklah ia memerdekakan seorang hamba
sahaya yang beriman serta membayar diyat yang
diserahkan kepada keluarga (mangsa bunuh) melainkan
jika ia bersedekah. Jika ia (mangsa bunuh) itu dari kaum
yang memusuhi kamu pada hal ia beriman maka
hendaklah (pembunuh) memerdekakan hamba sahaya
yang beriman dan jika (mangsa bunuh) itu dari kaum kafir
yang ada perjanjian damai antara mereka dengan kamu,
maka hendaklah (pembunuh) membayar diyat yang
diserahkan kepada keluarga (mangsa bunuh) serta
memerdekakan hamba sahaya yang beriman.
Barangsiapa yang tidak memperolehinya hendaklah ia
(pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk
menerima taubat daripada Allah dan adalah Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
4. Selain membayar diat, pembunuh
juga diwajibkan untuk membayar
kaffarah berupa memerdekakan
hamba. Namun jika tidak ada maka
diganti dengan berpuasa selama 2
bulan berturut-turut.
5. Hukuman Bagi Jenayah Pembunuhan Menyerupai Sengaja
1) Hukuman asal bagi kesalahan ini ialah diyat seperti dalam kes pembunuhan sengaja
dan hukuman kaffarah.
2) Hukuman alternatif, bagi kesalahan ini dikenakankan ta’zir sebagai hukuman
alternatif kepada hukuman diyat dan puasa sebagai alternatif bagi hukuman kaffarah.
3) Hukuman ikutan (tab'iyyah), terdapat dua hukuman bagi kesalahan ini ialah haram
menerima pusaka dan juga haram menerima wasiat. (Wahbah al-Zuhailiyy 1989: 6/ 317,
326)
Hukuman Bagi Kesalahan Pembunuhan Tidak Sengaja
1) Hukuman asal, hukuman bagi kesalahan ini adalah diyat sama seperti dalam kes
yang terdahulu dan juga hukuman kaffarah.
2) Hukuman alternatif, ialah memerdekakan hamba, tiada hukuman ta’zir dikenakan.
3) Hukuman ikutan (tab’iyyah), iaitu haram menerima pusaka dan juga haram menerima
wasiat. (Wahbah al-Zuhailiy 1989: 6/ 328, 330)